29
PELAN TINDAKAN LOCAL AGENDA 21,AMPANG JAYA LA 21 Ampang Jaya Bahagian Pembangunan Mampan,Jabatan Perancang Bandar,MPAJ

PELAN TINDAKAN LOCAL AGENDA 21,AMPANG JAYA LA 21

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: PELAN TINDAKAN LOCAL AGENDA 21,AMPANG JAYA LA 21

PELAN TINDAKAN LOCAL AGENDA

21,AMPANG JAYA

LA 21 Ampang Jaya Bahagian Pembangunan Mampan,Jabatan Perancang Bandar,MPAJ

Page 2: PELAN TINDAKAN LOCAL AGENDA 21,AMPANG JAYA LA 21

APA ITU LA21?

Secara asasnya local agenda 21 (LA21) ialah suatu program untuk

masyarakat, sektor swasta dan pihakberkuasa tempatan (majlis

daerah, majlis perbandaran, majlis bandaraya dan dewan bandaraya)

bekerjasama untuk merancang dan menguruskan kawasan

persekitaran mereka ke arah pembangunan mampan.

Melalui local agenda 21, masyarakat tempatan boleh melibatkan diri

untuk mengenalpasti dan mengkaji isu-isu pembangunan

mampan, membentuk pelan tindakan untuk menangani isu-isu tersebut

dan melaksanakan pelan tindakan itu.

Pendekatan asas program ini ialah pendekatan "bottom-up", atau dari

akar umbi ke atas. Ini bermakna, penduduk-penduduk tempatan sendiri

akan terlibat dalam menentukan pelan tindakan bagi kawasan masing-

masing.

KE ARAH PEMBANGUNAN MAMPAN

Pada bulan Jun 1992, para pemimpin dan wakil dunia dari 178 buah

negara telah berkumpul di Rio de Jeneiro, Brazil untuk menghadiri

Persidangan Bangsa-Bangsa Bersatu tentang Alam Sekitar (UNICED)

yang lebih dikenali sebagai Sidang Kemuncak Bumi (Earth Summit) dan

telah mencapai satu persetujuan untuk :-

a) Pengisytiharan Rio tentang Alam Sekitar dan Pembangunan.

b) Agenda 21.

c) Konvensyen tentang Kepelbagaian Biologi.

d) Konvensyen Rangka Kerja tentang perubahan cuaca.

e) Prinsip Perhutanan.

Sejak UNICED diadakan, lebih 2000 PBT dari 160 buah negara telah

melaksanakan LA21, terutamanya dalam negara Australia, Bolivia,

Denmark, Jepun, Republik Korea Selatan termasuk juga negara-negara

Asean seperti Thailand, Indonesia, Singapura dan Filipina.

Lain-lain program ialah :-

a) Agenda 21 Selangor,

b) Inisiatif Mampan Pulau Pinang,

c) Projek Bandaraya Sihat di Kuching dan Johor Bahru,

d) Pembangunan Bandar Mampan di Kuching dan Kota Kinabalu.

e) Inisiatif Bandaraya Selamat oleh MCPF dan PDRM.

f) Inisiatif Tadbir Urus Bandar (Projek UNDP) untuk Khidmat Projek

(UNOPS)

g) Seminar tentang Masyarakat Tempatan dan Alam Sekitar oleh

Persatuan Perlindungan Alam Sekitar Malaysia (EPSM)

Page 3: PELAN TINDAKAN LOCAL AGENDA 21,AMPANG JAYA LA 21
Page 4: PELAN TINDAKAN LOCAL AGENDA 21,AMPANG JAYA LA 21

SEKTOR SWASTA PIHAK BERKUASA TEMPATAN

MASYARAKAT

BERDAYA MAJU

TANGGUNG JAWAB

SAKSAMA

Page 5: PELAN TINDAKAN LOCAL AGENDA 21,AMPANG JAYA LA 21
Page 6: PELAN TINDAKAN LOCAL AGENDA 21,AMPANG JAYA LA 21
Page 7: PELAN TINDAKAN LOCAL AGENDA 21,AMPANG JAYA LA 21
Page 8: PELAN TINDAKAN LOCAL AGENDA 21,AMPANG JAYA LA 21
Page 9: PELAN TINDAKAN LOCAL AGENDA 21,AMPANG JAYA LA 21
Page 10: PELAN TINDAKAN LOCAL AGENDA 21,AMPANG JAYA LA 21

Sejarah Ampang berkait dengan sejarah pembangunan Kuala Lumpur kerana melibatkan perlombongan bijih timah dan

dipercayai seawal pertengahan kurun 18.

Sekitar 1860 an ,kawasan Ampang meliputi kawasan seluas 4,375 km persegi mulai dari Jalan Circular (Jln Tun

Razak),kawasan Sg.Puteh dibahagian timur,kawasan Sg.kerayong di bahagian Utara Bukit Belachan (Tmn. Rimba

Ampang).

Majlis Perbandaran Ampang Jaya ditubuhkan pada 1hb Julai 1992 yang bertujuan mempertingkatkan pemberian

perkhidmatan yang berkualiti tinggi,cekap dan berkesan kepada masyarakat. Ia juga bertujuan untuk memastikan

perancangan yang lebih teratur,supaya pembangunan lebih menyeluruh dan bersepadu dapat dihasilkan.

Majlis perbandaran Ampang Jaya terletak didalam dua pusat pentadbiran tanah dan daerah iaitu Hulu Langat dan

Gombak. Ia meliputi keseluruhan Mukim Ampang di Daerah Hulu Langat dan keseluruhan Mukim Hulu Kelang dan

sebahagian Mukim Setapak di Daerah Gombak. Keluasan kawasan MPAJ adalah 14,350 hektar.

Ampang Jaya mempunyai dua kawasan pihihanraya parlimen iaitu Ampang dan Pandan manakala kawasan pilihanraya

DUN adalah seperti berikut;

i. DUN Lembah Jaya

ii. DUN Bukit Antarabangsa

iii. DUN Teratai

iv. DUB Cempaka

v. DUN Hulu Kelang

SEJARAH AMPANG JAYA

Page 11: PELAN TINDAKAN LOCAL AGENDA 21,AMPANG JAYA LA 21

Luas 14,350 hektar

Mukim Mukim Ampang Daerah Hulu

Langat,Mukim Hulu Kelang dan

sebahagian Mukim Setapak,Daerah

Gombak.

Penduduk 534,692 orang

Bilangan taman perumahan 166 -Taman Perumahan

22- Kampung

Pecahan gunatanah dna

pembangunan

Hutan -55.04%

Institusi & Kemudahan msykt. -2.26%

Tanah lapang & Rekreasi -3.7%

Kediaman-13.96%

Perniagaan -1.44%

Perindustrian-1.11%

Pertanian-0.02%

Tanah kosong-7.33%

Infrastruktur & Utiliti-1.87%

Badan air-1.85%

Pengangkutan-11.36%

Sumber RT MPAJ

Page 12: PELAN TINDAKAN LOCAL AGENDA 21,AMPANG JAYA LA 21

WAWASAN PEMBANGUNAN MAMPAN AMPANG JAYA

“Menjadikan Perbandaran Ampang Jaya sejahtera, makmur dan

harmoni kearah pembangunan mampan berasaskan kelestarian

alam sekitar”

Page 13: PELAN TINDAKAN LOCAL AGENDA 21,AMPANG JAYA LA 21

Pada tahun 2005, MPAJ telah mewujudkan Unit Local Agenda 21 sebagai

Urusetia dan Pelaksana Program di bawah Jabatan Belia dan Masyarakat

MPAJ (JBM) .Bengkel LA 21 kali pertama telah diadakan pada 8 – 9 April

2006 di Hotel Marriott IOI resort,Putrajaya.

Selaras dengan itu, pihak JBM telah merangka penubuhan Jawatankuasa

Kerja LA21 dan mendapat kelulusan dalam Mesyuarat Penuh Majlis pada

tahun yang sama.

Pihak Jabatan Perancang Bandar MPAJ (JPB) semasa itu memainkan

peranan sebagai Pelapor dan Pemantau kepada setiap program yang

dilaksanakan.

Susulan daripada Seminar JKP yang diadakan di Hotel De Palma pada

penghujung 2012 dan taklimat pemantapan pemahaman Local Agenda di

Auditorium MPAJ ,program LA 21 terus di perkukuhkan pelaksanaan dari

semasa ke semasa.

Page 14: PELAN TINDAKAN LOCAL AGENDA 21,AMPANG JAYA LA 21

Gambar sekitar Bengkel LA21 Ampang Jaya, Di Kelab Darul Ehsan pada 18 Januari 2015

Page 15: PELAN TINDAKAN LOCAL AGENDA 21,AMPANG JAYA LA 21

Bengkel Local Agenda 21 Ampang Jaya telah diadakan pada 18hb. Januari

2015 bertempat di Kelab Darul Ehsan,Ampang Jaya.

Program dianjurkan oleh Jabatan Perancang Bandar dan Jabatan Belia

Masyarakat dengan dirasmikan oleh Tn.YDP MPAJ,Tn.Abdul Hamid Bin

Hussain dan majlis ditutup oleh Tn.Memangku Setiausaha MPAJ,Tn.Johari Bin

Atli.

Majlis dihadiri seramai 173 orang peserta terdiri daripada wakil penduduk dan

wakil agensi terlibat. Peserta diberi kefahaman mengenai pelaksanaan LA 21

dan pengalaman Urusetia LA 21 Kuala Lumpur melaksanakan program ini.

Melalui bengkel ini,isu dan masalah berkaitan alam sekitar,ekonomi dan sosial

telah dapat dikenalpasti seterusnya menjadi asas pembentukan Pelan

Tindakan LA 21 Ampang Jaya.

Page 16: PELAN TINDAKAN LOCAL AGENDA 21,AMPANG JAYA LA 21

Susulan daripada Bengkel LA 21 yang telah diadakan pada 18hb Januari

2015, MPAJ telah membuat penambahbaikan agar lebih fokus dan menyeluruh

dalam pelaksanaan program LA 21 ini dengan membuat penstrukturan semula

LA 21 Ampang Jaya.

Hanya Pelan Tindakan yang aktif dengan program yang konsisten akan

diteruskan dan ditambah dari semasa kesemasa bagi mencapai matlamat

pembangunan mampan yang telah disasarkan secara keseluruhan.

Jawatankuasa Kerja ditubuhkan berdasarkan Pelan Tindakan dan program

sediada yang telah disusun. Ini untuk mengurangkan program berbentuk

“Jabatan”.

Penilaian semula Pelan Tindakan perlu dibuat setiap 3 tahun untuk melihat

keberkesanan Pelan Tindakan tersebut bagi memastikan wawasan

pembangunan mampan Ampang Jaya berjaya dicapai.

Page 17: PELAN TINDAKAN LOCAL AGENDA 21,AMPANG JAYA LA 21
Page 18: PELAN TINDAKAN LOCAL AGENDA 21,AMPANG JAYA LA 21

JAWATANKUASA INDUK LA 21 AMPANG JAYA

DiPengerusikan oleh: TN.YDP MPAJ

Bersidang 3 bulan sekali

Membentangkan pelaporan program yang telah dijalankan

J/K KERJA PELAN TINDAKAN 1

(AMPANG JAYA PRIHATIN ALAM

SEKITAR)

Pengerusi : Ahli Majlis

Setiausaha : Pengarah Jab Kejuruteraan.

Dianggotai Jab. Teknikal berkaitan,wakil penduduk, Persatuan/NGO, Pemaju, Badan Profesional

J/K KERJA PELAN TINDAKAN 2

(RAKYAT HARMONI AMPANG JAYA SEJAHTERA)

Pengerusi: Ahli Majlis

Setiausaha : Pengarah Jab. Belia dan Masyarakat.

Dianggotai Jab. Teknikal berkaitan, wakil penduduk, Persatuan/NGO, Institusi Pendidikan dan lain-lain.

J/K KERJA PELAN TINDAKAN 3

(AMPANG JAYA BEBAS SAMPAH)

Pengerusi : Ahli Majlis

Setiausaha : Pengarah Jab. Perkhidmatan Perbandaran dan Kesihatan

Dianggotai Jab. Teknikal berkaitan, wakil penduduk, Persatuan/NGO dan lain-lain

J/K KERJA PELAN TINDAKAN 4

(EKONOMI DINAMIK AMPANG JAYA

BERDAYA SAING)

Pengerusi: Ahli Majlis

Setiausaha: Pengarah Jab. Pelesenan

Dianggotai Jab. Teknikal berkaitan, wakil penduduk, Persatuan/NGO,DewanPerniagaan/Pengilang dan lain-lain.

J/K PELAN TINDAKAN 5

(AMPANG JAYA BANDAR SELAMAT & BEBAS HALANGAN)

Setiausaha: Pengarah,Jab. Perancang Bandar

Dianggotai Jab. Teknikal berkaitan dan Ahli Majlis

URUSETIA MESYUARAT

Jabatan Perancang Bandar

Page 19: PELAN TINDAKAN LOCAL AGENDA 21,AMPANG JAYA LA 21

Lima (5) Jawatankuasa Kerja ditubuhkan mengikut Pelan

Tindakan.

DiPengerusikan oleh Ahli Majlis yang dipilih, Setiausaha Mesyuarat

adalah mengikut Pelan Tindakan yang dibentuk dan Ahli Mesyuarat

terdiri daripada Pengarah Jabatan,agensi luar , wakil penduduk atau

persatuan, NGO dan pihak swasta serta mereka yang berkaitan.

Page 20: PELAN TINDAKAN LOCAL AGENDA 21,AMPANG JAYA LA 21

Penglibatan awam dalam perancangan dan pembuat

keputusan .

Penyertaan awam dalam setiap program yang dilaksanakan

mengikut perancangan.

Kerjasama dan menjalin hubungan yang baik antara pelbagai

pihak yang terlibat seperti NGO,pemimpin masyarakat,eakil

penduduk, pendidik,pihak berkuasa keselamatan ,pihak swasta

dan lain-lain.

Page 21: PELAN TINDAKAN LOCAL AGENDA 21,AMPANG JAYA LA 21

BIL PELAN TINDAKAN PROGRAM

1. AMPANG JAYA PRIHATIN ALAM SEKITAR

i. Sambutan Hari Alam Sekitar.

ii. Kempen Bumi Hijau.

iii. Ampang Jaya “Trees For Life”.

iv. Kempen Hari Tanpa Beg Plastik & Tidak Lupus.

v. Kenali dan Cintai Pokok.

2. RAKYAT HARMONI AMPANG JAYA SEJAHTERA.

i. Komuniti Sukan (Menyediakan Infra dan Program Sukan-

Sukan Berbasikal).

ii. Kebun Komuniti & Kebun Kejiranan.

iii. Rumah Kasih (Pusat Jagaan Harian Anak-anak Istimewa).

iv. KOMBES / Zon Bersih Mini.

v. PROGRAM GOTONG ROYONG

3. AMPANG JAYA BEBAS SAMPAH

i. Baja Kompos.

ii. Program Kitar Semula.

iii. Program kitar Semula Minyak Masak Kepada Biofuel

4. EKONOMI DINAMIK AMPANG JAYA BERDAYA

SAING.

i. Peluang Pekerjaan.

ii. Seminar Keusahawanan.

iii. Penggalakan Pelancongan.

5. AMPANG JAYA BANDAR SELAMAT & BEBAS

HALANGAN.

i. Memperkasa penguatkuasaan &Pencegahan jenayah.Projek

lorong belakang Ampang Point

ii. Program Bandar Selamat : “Blackspot” dan “Hotspot”

iii. Penyediaan Kemudahan OKU.

iv. Kempen keselamatan

Page 22: PELAN TINDAKAN LOCAL AGENDA 21,AMPANG JAYA LA 21

BULAN JAN FEB MAC APR MEI JUN J ULAI OGOS SEPT OKT NOV DIS

PERKARA

WAWASAN

MASYARAKAT

PERKONGSIAN/USAHA

SAMA PROGRAM

ANALISIS ISU

MASYARAKAT

PELAN TINDAKAN

PELAKSANAAN

PEMANTAUAN

PENILAIAN AKTIVITI

LAPORAN TAHUNAN

Page 23: PELAN TINDAKAN LOCAL AGENDA 21,AMPANG JAYA LA 21

Pengerusi : Tuan Haji Abd. Hamid bin Hussain

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Ampang Jaya

Setiausaha : Pengarah Jabatan Perancang Bandar MPAJ

(Unit Pembangunan Mampan, Jabatan Perancang Bandar MPAJ

Keahlian :

Wakil Sektor Kerajaan :

1. Pengarah Jabatan Belia dan Masyarakat

2. Pengarah Jabatan Perlesenan MPAJ

3. Pengarah Jabatan Kejuruteraan MPAJ

4. Pengarah Jabatan Bangunan dan Senibina MPAJ

5. Ketua Bahagian,Bahagian Pesuruhjaya Bangunan MPAJ

6. Pengarah Jabatan Perkhidmatan Perbandaran & Kesihatan

7. Pengarah Jabatan Perbendaharaan

8. Pengarah Jabatan Korporat

9. Pengarah Jabatan Penguatkuasaan

10. Pengarah Jabatan Penilaian Pengurusan Harta

11. Pengarah Jabatan Undang-Undang

Page 24: PELAN TINDAKAN LOCAL AGENDA 21,AMPANG JAYA LA 21

12. Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Daerah Gombak

13. Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Daerah Hulu Langat

14. Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Selangor

15. Pegawai Pelajaran Daerah Jabatan Pendidikan Daerah Gombak

16. Pegawai Pelajaran Daerah Jabatan Pendidikan Daerah Hulu Langat

17. Ketua Pegawai AADK Ampang

18. Pegawai Tadbir Agama/Pendaftar KananPejabat Agama Islam

Cawangan Gombak Timur

19. Pegawai Tadbir Agama/Pendaftar Kanan

Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat

20. Pengarah

Jabatan Pengairan dan Saliran Selangor

21. Pengarah Jabatan Alam Sekitar

22. Pengarah Pejabat MARA Negeri Selangor

23. Ketua Balai Ampang IPD Ampang Jaya

24. Ketua Polis Balai Polis Pandan Indah

25. Ketua Polis Balai Polis Taman Melawati

26. Ketua Polis Balai Polis Taman Keramat

27. Pengarah Pejabat Imigresen Negeri Selangor

28. Pegawai JAPNIN Daerah Hulu Langat

29. PegawaiJAPNIN Daerah Gombak

30. Pegawai JKM Gombak/Hulu langat

31. Wakil Penduduk :

32. Wakil Pihak Swasta

Page 25: PELAN TINDAKAN LOCAL AGENDA 21,AMPANG JAYA LA 21

Jawatankuasa Induk LA21 Ampang Jaya dipengerusikan oleh YDP Majlis Perbandaran Ampang Jaya.

Setiausaha LA21 adalah Pengarah Perancangan Bandar MPAJ

Bersidang secara berkala setiap empat kali dalam setahun.

Fungsi utama Jawatankuasa Induk LA21 Ampang Jaya adalah seperti berikut :

i. Memperakukan Wawasan Masyarakat Ampang Jaya yang dihasilkan daripada Bengkel LA21

Ampang Jaya,

ii. Membentuk, memandu dan mengawasi kemajuan setiap Jawatankuasa Kerja,

iii. Meluluskan Pelan Tindakan dan Kalendar Aktiviti Tahunan bagi setiap Jawatankuasa Kerja LA21

Ampang Jaya dan memantau pelaksanaannya,

iv. Membincangkan isu-isu strategik perbandaran bagi tindakan lanjut Jawatankuasa-

Jawatankuasa Kerja LA21 Ampang Jaya,

v. Memperakukan Laporan Tahunan LA21 Ampang Jaya yang akan dipanjangkan kepada

Mesyuarat Penuh Majlis Perbandaran Ampang Jaya dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan

Tempatan (KPKT).

Page 26: PELAN TINDAKAN LOCAL AGENDA 21,AMPANG JAYA LA 21

Pengerusinya adalah Ahli Majlis yang dilantik.

Setiausaha adalah Pengarah Jabatan yang berkaitan dengan pelan Tindakan yang disediakan.

Bersidang secara berkala mengikut kesesuaian dan keperluan.

Keanggotaan tidak dihadkan pada bilangan tertentu dan boleh ditambah mengikut keperluan dari masa ke

semasa.

Fungsi utama Jawatankuasa-Jawatankuasa Kerja LA21 Ampang Jaya adalah seperti berikut :

i. Menyediakan Deraf Pelan Tindakan yang merupakan perancangan program berdasarkan isu-isu

strategik perbandaran mengikut sektor masing-masing,

ii. Mengenal pasti rakan kongsi bagi setiap program di dalam Pelan Tindakan,

iii. Menyelaras, melaksana dan mengawasi pelaksanaan kemajuan projek Local Agenda 21 di

bawah Pelan Tindakan setiap Jawatankuasa Kerja LA21 Ampang Jaya,

iv. Mengemukakan Minit Mesyuarat Jawatankuasa Kerja dan Kalendar Tahunan Aktiviti untuk

perakuan Jawatankuasa Induk.

Page 27: PELAN TINDAKAN LOCAL AGENDA 21,AMPANG JAYA LA 21

Terdiri dari seorang Ketua Unit yang dikenali sebagai Pegawai LA21 Ampang Jaya, dan dibantu oleh beberapa

kakitangan sokongan.

Fungsi utama Unit LA21 adalah seperti berikut :

i. Bersama menjalankan aktiviti meningkat kesedaran melalui dialog, penyelidikan dan kempen di

peringkat tempatan,

ii. Memantau perlaksanaan setiap projek LA21 Ampang Jaya,

iii. Bertindak sebagai pusat setempat atau one-stop-centre kepada program yang melibatkan LA21

Ampang Jaya,

iv. Menjadi urusetia Mesyuarat Jawatankuasa Induk dan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja,

v. Melaporkan kemajuan perlaksanaan LA21 dari masa ke semasa kepada Mesyuarat Penuh

Majlis dan KPKT dari masa ke semasa,

vi. Menerbitkan bahan hebahan, buletin, dan garis panduan LA21 Ampang Jaya,

vii. Menerbitkan Laporan Tahunan LA21 Ampang Jaya,

viii. Memberikan sokongan kesetiausahaan dan logistik kepada Jawatankuasa Induk dan

Jawatankuasa Kerja.

Page 28: PELAN TINDAKAN LOCAL AGENDA 21,AMPANG JAYA LA 21

LA 21 adalah satu kaedah penyertaan awam disamping saluran penambahbaikan menyelesaikan masalah bersama.

Menjadikan nilai pembangunan mampan sebagai agenda melaksanakan pembangunan Sosial,ekonomi dan fizikal.

LA 21 memerlukan komitmen ,usahasama dan penyertaan dan konsensus bagi Memastikan Wawasan Pelan Tindakan Ampang Jaya tercapai.

Melaksanakan Dasar “ Merakyatkan Pembangunan” dengan mengalu-alukan “penyertaan Awam”

Memastikan pembangunan yang dirancang dan dilaksana memenuhi aspirasi rakyat dan kerajaan.

Page 29: PELAN TINDAKAN LOCAL AGENDA 21,AMPANG JAYA LA 21