56
 1 1.0 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Acara sukan lompat jauh pada asalnya dikenali dengan nama lompatan luas atau broad jump. Sejarah permulaan acara lompat jauh dapat dikesan seawal tahun 708 Sebelum Masihi iaitu dalam Sukan Olimpik Kuno di Greece. Menurut catatan tersebut, lompatan sejauh 7.05 meter telah dibuat oleh Chionis, peserta Sparta. Bagaimanapun, teknik dan cara lompatan yang dibuat amat berlainan daripada lompatan pada masa kini. Berdasarkan bukti-  bukti lukisan yang terdapat pada tembikar yang dibuat pada zaman itu, lompatan dibuat secara berkali-kali, sama ada lompatan dalam bentuk multiple, double-triple atau quin-triple. Apabila Sukan Olimpik Moden dihidupkan pada tahun 1896, lompat jauh termasuk sebagai acara padang bagi salah satu acara kejohanan olahraga. Sejak itu ia terus diterima sebagai salah satu acara olahraga dalam kebanyakan kejohanan yang diadakan di pelbagai  peringkat di dunia. Perat uran dan teknik lompatan diperbaiki dari semasa ke semasa sehinggalah kepada bentuk lompatan yang ada seperti sekarang. Sukan lompat jauh merupakan salah satu sukan yang merangkumi aspek kelajuan, kekuatan dan ketangkasan untuk mendarat sejauh mungkin dari tempat pelepasan. Peserta akan berlari pada tahap maksima di atas landasan larian landas dan melakukan lompatan sejauh mungkin melalui papan kayu yang dijadikan sebagai tempat pelepasan (take off  ) dan mendarat di atas  pasir. Tempat jatuhan peserta akan ditanda dan ia menunjukkan jarak yang dibuat oleh peserta dari tempat pelepasan. Sukan lompat jauh ini di bahagikan

Pelaporan Thesis Alif

  • Upload
    meeeeow

  • View
    94

  • Download
    2

Embed Size (px)

DESCRIPTION

thesis

Citation preview

1.0 PENDAHULUAN1.1 PengenalanAcara sukan lompat jauh pada asalnya dikenali dengan nama lompatan luas atau broad jump. Sejarah permulaan acara lompat jauh dapat dikesan seawal tahun 708 Sebelum Masihi iaitu dalam Sukan Olimpik Kuno di Greece. Menurut catatan tersebut, lompatan sejauh 7.05 meter telah dibuat oleh Chionis, peserta Sparta. Bagaimanapun, teknik dan cara lompatan yang dibuat amat berlainan daripada lompatan pada masa kini. Berdasarkan bukti-bukti lukisan yang terdapat pada tembikar yang dibuat pada zaman itu, lompatan dibuat secara berkali-kali, sama ada lompatan dalam bentuk multiple, double-triple atau quin-triple. Apabila Sukan Olimpik Moden dihidupkan pada tahun 1896, lompat jauh termasuk sebagai acara padang bagi salah satu acara kejohanan olahraga. Sejak itu ia terus diterima sebagai salah satu acara olahraga dalam kebanyakan kejohanan yang diadakan di pelbagai peringkat di dunia. Peraturan dan teknik lompatan diperbaiki dari semasa ke semasa sehinggalah kepada bentuk lompatan yang ada seperti sekarang.

Sukan lompat jauh merupakan salah satu sukan yang merangkumi aspek kelajuan, kekuatan dan ketangkasan untuk mendarat sejauh mungkin dari tempat pelepasan. Peserta akan berlari pada tahap maksima di atas landasan larian landas dan melakukan lompatan sejauh mungkin melalui papan kayu yang dijadikan sebagai tempat pelepasan (take off) dan mendarat di atas pasir. Tempat jatuhan peserta akan ditanda dan ia menunjukkan jarak yang dibuat oleh peserta dari tempat pelepasan. Sukan lompat jauh ini di bahagikan kepada empat fasa lakuan. Ianya meliputi teknik larian landas (run), lonjakan (take off), layangan badan di udara (flight) dan teknik mendarat (landing). Walaupun lompat jauh merupakan acara yang paling mudah dipelajari berbanding acara-acara lompatan yang lain, tidak bermakna semua orang mampu melakukannya dengan baik. Teknik lompatan dan peraturannya perlu dipelajari dengan betul bagi mendapatkan lompatan yang baik. Ini kerana, sebagai satu acara sukan, ia juga tidak lari daripada risiko kecederaan. Justeru, ilmu pengetahuan mengenainya perlu dipelajari bagi menjamin daripada mengalami kecederaan.

Teknik-teknik lompatan baru telah diperkenalkan daripada kajian-kajian saintifik yang dilakukan keatasnya. Rekod lompatan terjauh, yang pada suatu masa dahulu diramalkan menjadi rekod paling lama, kini sudah pun diperbaiki. Atlet Amerika Syarikat, Bob Beamon telah melakukan lompatan sejauh 8.90 meter dalam Sukan Olimpik tahun 1968 di Mexico dan rekod ini telah dipecahkan pula oleh seorang lagi peserta Amerika Syarikat, iaitu Mike Powell di dalam World Championships Athletics (1991) di Tokyo dengan lompatan sejauh 8.95 meter. Ini menunjukkan bahawa rekod pencapaian sesuatu kejohanan akan sentiasa meningkat dan setiap rekod akan dipecahkan. Semua ini disebabkan adanya bentuk latihan, pembaharuan teknik dan keazaman yang tinggi daripada peserta itu sendiri.

Melihat kepada sejarah sukan lompat jauh, pengkaji telah melihat bagaimana sesuatu bentuk latihan dapat membantu mempertingkatkan prestasi di dalam sukan lompat jauh. Pengkaji telah mengenalpasti fasa lonjakan telah menjadi masalah di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang telah dijalankan. Sukan lompat jauh lebih banyak menumpukan kepada teknik larian dan teknik layangan badan di udara dalam sesi latihan berbanding teknik lonjakan (take off).

Antara faktor kebarangkalian mengapa fasa lonjakan tidak diambil tumpuan adalah disebabkan fasa ini sukar untuk dikenalpasti kerana kemahiran lonjakan ini berlaku dalam jangka masa yang pendek. Melalui latihan ansur maju yang dijalankan oleh pengkaji, ternyata murid tidak mampu untuk melonjak tinggi . Justeru, kajian ini bertujuan untuk merangka satu bentuk latihan yang dapat meningkatkan kuasa eksplosif otot kaki. Hasil pembacaan dan rujukan pengkaji, latihan yang dapat menghasilkan kuasa ialah dengan menggunakan latihan pliometrik. Pliometrik dikenali sebagai latihan yang bertujuan menghubungkan kekuatan dan kepantasan untuk menghasilkan eksplosif (jenis pergerakkan yang reaktif) iaitu merujuk kepada kuasa (Chu, 1992). Latihan pliometrik merupakan salah satu latihan yang membolehkan otot sampai pada tahap maksimum atau boleh menghampiri kekuatan maksimum dalam tempoh masa yang singkat. Ia menggunakan simpanan tenaga elastik (keanjalan) daripada eccentric contraction kepada concentric contraction.

Bagi menjalankan latihan pliometrik, pengkaji perlu mengambil kira mengenai risiko kecederaan otot. Latihan pliometrik merupakan latihan yang menggunakan semaksimum mungkin bahagian otot hamstring dan quadrisep di bahagian kaki. Pengkaji perlu melakukan aktiviti pemanasan badan (warm up) dan regangan otot sebelum memulakan latihan.

1.2 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran

Ekoran dari latihan ansur maju yang dijalankan, guru mendapati semasa menjalankan aktiviti didapati terdapat masalah di kalangan murid yang tidak dapat menguasai kemahiran tersebut.

Pengkaji telah menjalankan aktiviti ansur maju bagi kemahiran lonjakan di dalam lakuan lompat jauh. Aktiviti tersebut dijalankan terhadap 32 orang murid lelaki Tahun 5 Al-Ghazali. Pengkaji telah merancang tiga aktiviti ansur maju iaitu berlari dengan mengangkat lutut tinggi, berlari dan melonjak melepasi halangan dan berlari dan menanduk belon tergantung. Bagi aktiviti tersebut, pengkaji mendapati terdapat segelintir murid yang tidak mempunyai daya lonjakan. Setelah diteliti, pengkaji dapat mengenalpasti murid tersebut iaitu seramai lapan orang. Pengkaji memberikan arahan serta demonstrasi teknik yang betul kepada murid tersebut bagi membantu mereka memahami bagaimana aktiviti lonjakan tersebut dilakukan. Di dalam aktiviti pertama, iaitu berlari dan mengangkat lutut tinggi, murid tersebut tidak dapat mengangkat lutut ke paras tinggi seperti yang dikehendaki. Mereka juga tidak mampu untuk berlari sambil mengangkat lutut dengan baik.

Bagi aktiviti kedua, murid-murid tersebut menghadapi masalah untuk melonjak melepasi halangan. Mereka hanya mampu melompat sedikit sahaja dan tidak melepasi had ketinggian halangan yang diletakkan oleh pengkaji. Seterusnya, bagi aktiviti menanduk belon tergantung, mereka tidak mampu untuk melonjak tinggi untuk menanduk belon. Pengkaji merendahkan sedikit ketinggian belon, namun murid-murid tersebut masih tidak mampu melonjak ke tahap yang dikehendaki oleh guru. Pengkaji telah membuat andaian kendiri bahawa murid-murid ini mampu melakukan aktiviti tersebut tetapi mempunyai masalah di dalam kuasa ekplosif kaki. Pengkaji telah menemu bual lapan orang murid tersebut. Mereka menyatakan bahawa mereka tidak mampu untuk melompat dan melonjak ke tahap yang diinginkan oleh guru. Mereka menyatakan bahawa mereka tidak pernah diajar cara melompat dan melakukan latihan yang dibentuk oleh guru. Sebelum ini, mereka hanya melompat dan tidak mengetahui fasa-fasa lakuan dalam lompat jauh. Di dalam kejohanan sukantara sekolah, mereka hanya mendapat satu markah dan tiada markah kerana melebihi papan lonjakan.

Lantaran itu, pengkaji telah mendapat gambaran awal bahawa murid-murid ini mempunyai masalah di dalam kekuatan otot kaki dan kuasa ekplosif kaki untuk melompat. Pengkaji perlu merangka satu siri latihan yang dapat membantu dan meningkatkan prestasi murid-murid tersebut terutamanya dalam memperbaiki fasa lonjakan bagi membantu meningkatkan prestasi lonjakan dalam sukan lompat jauh.

1.3 Refleksi Sorotan Literatur

Di dalam kajian ini, pengkaji telah membuat pembacaan ilmiah berkenaan kekuatan otot dan kuasa ekplosif kaki. Setiap jenis sukan memerlukan kecergasan fizikal bagi menjamin sesuatu kemahiran dicapai dengan baik dan cemerlang. Kekuatan otot memainkan peranan penting kerana setiap kali bersukan, otot akan bekerja keras dan berfungsi dalam keadaan semaksimum mungkin bagi mencapai hasil yang terbaik. Perkara ini disokong kerana Dick (2002) menyatakan bahawa kekuatan adalah komponen asas dalam menentukan keberkesanan pencapaian dalam bidang sukan. Manakala Coleman (2002) menyarankan bahawa kekuatan perlu diberi keutamaan sebelum melatih kemahiran, kelajuan, kuasa dan daya tahan. Tanpa asas yang kuat pada tubuh badan, atlet tidak mampu beradaptasi dengan bentuk latihan kelajuan atau kuasa yang berintensiti tinggi. Selain itu, tanpa asas kekuatan yang baik, atlet juga tidak mampu untuk melakukan latihan yang berulang-ulang untuk meningkatkan kemahiran dan daya tahan otot (Asmadi, 2007). Fox dan Mathews (1981) menjelaskan bahawa kekuatan adalah kemampuan otot atau sekumpulan otot dalam mengatasi rintangan bagi menghasilkan daya atau kerja. Baechle (1994) mendefinisikan kekuatan otot sebagai kemampuan otot atau sekumpulan otot menghasilkan daya pada tahap kelajuan tertentu. Bompa (1999) pula menyatakan bahawa kekuatan adalah kemampuan otot untuk menghasilkan daya bagi mengatasi rintangan. Berdasarkan pernyataan di atas, dapat disimpulkan bahawa kekuatan otot adalah merujuk kepada kemampuan otot atau sekumpulan otot untuk mengatasi jumlah beban yang dikenakan bagi menghasilkan daya (Asmadi, 2007).

Bagi mendapat lompatan yang maksimum, kuasa eksplosif kaki diperlukan kerana otot akan menghasilkan momentum lonjakan yang tinggi. Bagi sukan lompat jauh, keperluan kekuatan dan kuasa ekplosif kaki merupakan keperluan bagi mencapai kejayaan. Di dalam konteks ini, kekuatan otot dan kelajuan pergerakan memainkan peranan penting untuk menghasilkan kuasa otot (Asmadi, 2007). Kuasa boleh ditakrifkan sebagai kekuatan yang dibahagikan dengan masa yang diambil untuk melakukan sesuatu pergerakan. Kuasa ialah jumlah kerja yang dilakukan dibahagikan dengan perubahan masa. Kuasa juga boleh ditakrifkan sebagai tindakan kekuatan dan kelajuan dalam pergerakan (Croxdale & Morris, 2007). Gabungan antara komponen kecergasan fizikal iaitu kelajuan dan kekuatan otot akan menghasilkan kuasa otot. Manakala kuasa eksplosif gerakan pula dapat diaplikasikan daripada kerja otot menentang kelajuan rintangan (Bompa, 1999). Penggunaan kaedah latihan yang berkesan dapat meningkatkan kerja kuasa eksplosif otot dengan lebih efisien. Hasil daripada kajian lampau menunjukkan bahawa terdapat beberapa kaedah latihan yang boleh digunakan untuk meningkatkan kuasa otot antaranya ialah latihan bebanan dan latihan pliometrik (Zatsiorsky, 1995; Hewet, 1996;Scott, 1999; Rimmer & Slievert, 2000). Melihat kepada kenyataan-kenyataan daripada kajian terdahulu, pengkaji melihat latihan pliometrik adalah kaedah latihan terbaik untuk meningkatkan keupayaan kuasa eksplosif kaki murid.

Sejarah latihan pliometrik mula diperkenalkan pada tahun 1960 oleh Yuri Veroshanki, seorang jurulatih atlet warga Russia. Kejayaan beliau dalam latihan ini terbukti apabila atlet Russia, Valery Borzov telah berjaya di dalam acara pecut 100 meter dan 200 meter. Hasil kejayaan itu, latihan pliometrik mula menjadi perhatian dan Yuri Veroshanki dipanggil sebagai bapa penelitian pliometrik (Godfrey,2006). Istilah Plyometrics adalah kombinasi perkataan yang berasal dari bahasa Latin, iaitu plyo dan metrics yang bermaksud peningkatan yang dapat diukur (Chu,1992). Meskipun istilah itu mulai dikenalkan sejak pertengahan tahun 1960 atau 1970an, Bompa (1999) menyatakan bahawa latihan plyometric sudah diamalkan pada jangka waktu yang lama. Hal ini kita ketahui dengan pasti kerana kanak-kanak telah bermain lompat tali atau lompat scotch, bentuk-bentuk permainan seperti latihan pliometrik. Pliometrik dikenali sebagai latihan yang bertujuan menghubungkan kekuatan dan kepantasan untuk menghasilkan eksplosif (jenis pegerakkan yang reaktif) iaitu merujuk kepada kuasa (Chu, 1992).

Latihan pliometrik adalah berasaskan latihan kepantasan dan kekuatan dengan beban tetap (berat badan) dan latihan yang mendorong kepada pergerakkan yang pantas dan isipadu (set dan ulangan latihan) (Hedrick, 2003). Latihan pliometrik adalah subset kepada stretch-shorten cycle yang menekankan peningkatan julat regangan pergerakkan yang pantas dan maximal ballistic activation of muscle (LaChance, 1995). Jurulatih yang melaksanakan program latihan pliometrik harus memikirkan prinsip latihan asas apabila merancang program latihan tersebut. Latihan pliometrik mestilah spesifik untuk setiap atlet berdasarkan jenis sukan yang diceburi. Jurulatih akan memberi tindakbalas kepada atlet bagaimana prestasi dalam melaksanakan latihan tersebut. Kaedah latihan yang berkesan hendaklah melalui suatu proses perancangan latihan yang sistematik bagi mendapatkan kesan latihan yang maksimum (Zatsiorsky,1995).

Hasil daripada pembacaan ilmiah ini, pengkaji telah merumuskan bahawa kaedah latihan pliometrik merupakan langkah terbaik dan sesuai untuk dijadikan program bagi memperbaiki teknik lonjakan kepada murid yang bermasalah . Pengkaji akan merangka bentuk latihan yang bersistematik dan bersesuaian dengan responden supaya kesan latihan dapat meningkatkan prestasi lonjakan kaki responden.

2.0FOKUS KAJIAN / ISU KEPRIHATINAN

Fokus kajian ini adalah untuk membantu murid-murid yang mengalami masalah di dalam fasa lonjakan di dalam kemahiran sukan lompat jauh. Melalui kaedah latihan pliometrik, murid-murid dapat meningkatkan kuasa eksplosif kaki. Pengkaji juga berharap murid-murid dapat memahami konsep latihan yang sesuai dan bersistematik dapat mempengaruhi pencapaian di dalam prestasi mereka.

2.1Tinjauan Masalah

Sebelum melakukan kajian, pengkaji telah membuat tinjauan awal permasalahan dengan melihat permasalahan tersebut dari pelbagai aspek. Pengkaji ingin memastikan permasalahan yang dikaji dapat memberi kesan jangka panjang terhadap murid-murid malahan untuk diaplikasikan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran sukan lompat jauh.

2.1.1Pemerhatian

Berdasarkan pemerhatian pengkaji di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran lepas, pengkaji mendapati subjek mempunyai masalah dalam melakukan aktiviti lonjakan yang melibatkan kuasa eksplosif otot kaki. Melalui sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P) pendidikan jasmani yang dijalankan, pengkaji telah melihat beberapa orang murid kerap melakukan kesalahan semasa proses ansur maju latihan kemahiran lonjakan bagi sukan lompat jauh. Beberapa aktiviti ansur maju pada sesi perkembangan menunjukkan beberapa responden tidak dapat menguasai kemahiran melonjak untuk melepasi halangan-halangan di dalam aktiviti tersebut.

Rajah 1: Kesalahan-kesalahan sepanjang aktiviti lonjakan

Rajah 1 menunjukkan pemerhatian awal yang dijalankan oleh pengkaji, terhadap murid-murid yang bermasalah dan diasingkan daripada kumpulan murid yang lain. Pengkaji meminta murid-murid bermasalah tersebut melakukan aktiviti tersebut dengan baik. Namun, murid-murid tersebut tetap melakukan kesalahan yang sama seperti hilang kawalan badan, jatuh, melanggar kon dan tidak berjaya melepasi halangan.

2.2Analisis Masalah

Selepas meneliti kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh murid-murid tersebut, pengkaji telah membuat refleksi kendiri dengan melihat punca masalah tersebut berpunca daripada kekuatan kaki murid, iaitu berkaitan kuasa eksplosif untuk melonjak ke udara. Bagi memastikan andaian pengkaji tepat, satu sesi temubual dijalankan selepas sesi P&P bagi melihat respon daripada murid berkenaan.

Jadual 1: Transkrip temu bual umumRespons

PengkajiKenapa cikgu tengok awak susah sangat nak menguasai kemahiran tadi? Kamu ada masalah atau awak sengaja buat-buat tak boleh?

Murid 1Memang saya tak boleh, cikgu. Saya dah cuba, tapi tak mampu, saya rasa malas dah ni, cikgu.

Murid 2Susah la, cikgu. Ni sampai rasa sakit dah kat belakang peha saya. Saya tak main-main pun cikgu suruh tadi.

Murid 3Tak mampu la, cikgu. Saya memang tak boleh.

Murid 4Minta maaf, cikgu. Saya tak nak dah buat.

Daripada jadual 1, pengkaji telah dapat membuat kesimpulan awal bahawa andaian awal pengkaji adalah tepat. Empat murid yang ditemu bual secara umum menunjukkan mereka memang tidak berupaya menguasai kemahiran lonjakan tersebut. Dengan ini, pengkaji telah merumuskan bahawa masalah ini perlu dikaji kerana penguasaan kemahiran lonjakan amat penting di dalam sukan lompat jauh, malahan kepada sukan-sukan yang lain seperti lompat tinggi, lompat kijang dan sebagainya.

2.2.1Ujian Pengesanan

Setelah pengkaji mengenal pasti masalah yang dihadapi murid, ujian pengesanan dilakukan dengan lebih terperinci bagi mendapatkan sampel kajian yang bermasalah untuk dijadikan responden terhadap kajian yang akan dijalankan. Dengan menggunakan ujian lompat jauh berdiri sebagai instrumen pengesanan sampel, pengkaji telah membuat saringan terhadap murid Tahun Lima Al-Ghazali dan mengenal pasti lapan sampel yang bermasalah.

Rajah 2: Ujian pengesanan sampel

Rajah 2 menunjukkan murid-murid Tahun Lima Al-Ghazali menjalani ujian pengesanan awal melalui kaedah ujian lompat jauh berdiri bagi melihat skor mereka. Melalui ujian pengesanan ini, pengkaji dapat mengenalpasti murid yang benar-benar bermasalah dan dijadikan responden untuk sampel kajian.

Lonjakan badan adalah teknik yang dilakukan pada fasa lonjakan sebelum melayangkan badan di udara. Lonjakan memerlukan kusaa eksplosif kaki yang bertenaga untuk membawa berat badan ke udara. Oleh itu pengkaji ingin melihat bagaimana latihan pliometrik dapat membantu subjek dalam meningkatkan kuasa eksplosif otot kaki. Satu bentuk latihan pliometrik iaitu standing jump over barrier dan bentuk ujian iaitu lompat jauh berdiri digunakan ke atas responden. Pengkaji telah membuat pembacaan ilmiah berkenaan latihan pliometrik dan kaitannya dengan kuasa eksplosif kaki, dan dapat melihat dengan jelas bahawa tindakan ini dapat memberi peluang penambahbaikan di dalam penguasaan murid di dalam sukan lompat jauh.

3.0OBJEKTIF KAJIAN / SOALAN KAJIAN

Kajian ini adalah berhasrat untuk mencapai objektif berikut:

3.1Objektif Umum.3.1.1Untuk meningkatkan kuasa eksplosif kaki.

3.2Objektif Khusus.3.2.1Untuk membentuk satu bentuk latihan pliometrik yang sesuai dengan murid dan mencapai objektif kajian.3.2.2Untuk mempertingkatkan kuasa eksplosif kaki bagi murid yang menghadapi masalah.

3.3Untuk mencapai fokus dan objektif kajian, pengkaji akan mendapatkan jawapan kepada persoalan berikut:3.3.1Adakah bentuk latihan yang dirancang dapat meningkatkan prestasi murid dalam ujian yang dijalankan?3.3.2Adakah bentuk latihan yang dijalankan dapat menyelesaikan masalah yang dihadapai oleh murid di dalam penguasaan kemahiran lonjakan lompat jauh?

3.4 Batasan Kajian.

Kajian ini terbatas terhadap murid lelaki Tahun Lima Al-Ghazali di Sekolah Kebangsaan Seri Budiman II pada sesi 2011. Masalah yang timbul adalah tertumpu kepada responden yang mengalami masalah ketika sesi pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan pengkaji. Dengan ini, segala dapatan kajian tidak boleh digeneralisasikan dengan lain-lain responden di tempat lain.

4.0KUMPULAN SASARAN

Kajian telah dijalankan ke atas lapan orang murid lelaki Tahun Lima Al-Ghazali, SK Seri Budiman II, Kuala Terengganu, yang telah dikenal pasti mempunyai masalah di dalam fasa lonjakan sukan lompat jauh di dalam fasa perkembangan ansur maju sesi pengajaran dan pembelajaran pendidikan jasmani.

5.0TINDAKAN

Dalam melaksanakan kajian tindakan ini, pengkaji telah mengaplikasikan model Kemmis dan McTaggart (1988) untuk mengumpul dan menganalisis data. Proses kajian tindakan melibatkan refleksi ke atas isu pengajaran dan pembelajaran yang hendak ditangani. Pengkaji menyediakan satu pelan yang sesuai untuk mengatasi masalah dan melaksanakan pelan yang dihasilkan. Dalam proses pelaksanaannya, pengkaji perlu memerhati kemajuan tindakan yang dijalankan itu. Keseluruhan pelaksanaan itu disifatkan sebagai Gelungan Pertama dan jika masalah itu tidak dapat diatasi, maka pengkaji perlu memulakan proses semula ke Gelungan Kedua dengan proses yang sama tetapi corak latihan dan frekuensi diubah supaya bersesuaian dengan objektif kajian sehinggalah masalah itu diselesaikan. Pada Gelungan Kedua pengkaji perlu mereflek dan membuat adaptasi terhadap pelan tindakan yang telah dijalankan.

Rajah 3: Model Kemmis dan McTaggart (1988)Rajah 3 menunjukkan gelungan proses tindakan mengikut Model Kemmis dan McTaggart (1988) di mana pengkaji telah mengambil langkah mereflek, merancang, bertindak dan memerhati. Pengkaji telah merangka satu pelan tindakan hasil adaptasi daripada model tersebut.

Rajah 4: Pelan Tindakan mengikut Model Kemmis dan McTaggart (1988)

Pengkaji telah meneliti permasalahan yang berlaku sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) bagi kemahiran lompat jauh. Hasil daripada catatan refleksi, pengkaji mula meneliti masalah yang timbul dan mengkaji permasalahan tersebut. Apabila pengkaji telah mengenalpasti masalah yang timbul, tindakan selanjutnya ialah merancang untuk mencari jalan penyelesaian kepada masalah tersebut. Di dalam proses merancang, pengkaji telah membuat semakan literatur dan meninjau kajian-kajian terdahulu berkenaan masalah di dalam kemahiran lonjakan lompat jauh. Perancangan yang disusun mengambil kira semua aspek terutamnya berkaitan keselamatan responden. Setelah meneliti dan membuat pembacaan yang teliti, satu program latihan telah dirangka iaitu latihan pliometrik. Protokol dan prosedur latihan dibentuk supaya dapat memenuhi kriteria yang dikehendaki serta memastikan responden mudah memahami hasrat pengkaji. Seterusnya, pengkaji mula bertindak dengan melakukan latihan pliometrik enam minggu terhadap responden. Sepanjang proses latihan berlaku, pengkaji telah merekod data temubual bersama responden bagi melihat keberkesanan latihan. Selain itu, skor ujian pra dan pos turut direkodkan bagi melihat peningkatan prestasi responden terhadap program latihan yang dijalankan. Setelah selesai tempoh latihan pliometrik dan ujian pos lompat jauh berdiri, pengkaji telah menganalisis data dari segi pemerhatian dan skor data yang diperolehi bagi melihat keberkesanan latihan dan peningkatan prestasi di dalam fasa lonjakan setiap responden.

5.1 Prosedur Tindakan

Responden akan menjalani latihan pliometrik di bawah pengawasan pengkaji selama tiga kali seminggu selama enam minggu. Latihan pliometrik dijangka akan berjalan pada 28 Mac 2011 sehingga 06 Julai 2011. Pengkaji akan menggunakan masa sesi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani di waktu pagi atau masa terluang murid pada waktu petang. Pengkaji akan menggunakan 30 minit setiap pagi untuk melaksanakan latihan pliometrik yang dirancang. Seterusnya, pengkaji juga akan melakukan latihan tersebut pada sebelah petang iaitu antara jam 1.30 petang hingga 2.00 petang. Secara keseluruhannya, pengkaji akan melakukan latihan tersebut selama 90 minit dalam tempoh tiga kali seminggu. Tempoh 30 minit bagi setiap sesi tersebut meliputi sesi regangan otot selama lima minit, latihan pliometrik selama 20 minit dan gerak kendur selama lima minit.

National Association for Sports and Physical Education (NASPE) (2005) menjelaskan bahawa prinsip latihan perlu memanipulasikan bentuk latihan dan juga jumlah set dan pengulangan. NASPE juga menyatakan bentuk latihan yang sesuai untuk kanak-kanak berusia 9-11 tahun mengikut garis panduan FITT (fitness, intensity, time, type) ialah:

Jadual 2: Jadual prinsip latihan mengikut garis panduan FITT

Umur9- 11 tahun

Kekerapan (frequency)2 -3 hari per seminggu

Intensiti (intensity)paling ringan

Masa (time)sekurang-kurangnya 1 set ( perlu lakukan 2 set ), 6-15 kali ulangan, sekurang-kurangnya 20-30 minit.

Jenis (type)kumpulan otot major

Chu (1992) telah menggambarkan skala intensiti untuk latihan pliometrik seperti berikut:

HighDepth jumpsBox drills Multiple hops and jumps Standing jumps LowJumps-in-place Exercises

Rajah 5: Skala intensiti latihan pliometrik

Berdasarkan kepada prinsip latihan mengikut garis panduan FITT dan skala intensiti latihan pliometrik, pengkaji telah merangka protokol program latihan yang bersesuaian dengan umur responden. Melalui tindakan protokol ini, responden dapat melakukan sesi program latihan dengan teratur dan sistematik.

Jadual 3: Protokol program latihan pliometrik enam minggu

MingguLatihanDrill PliometrikSet xUlanganIntensitiLatihan

Minggu 1Standing Jump Over Barrier2 x 8Rendah

Minggu 2Standing Jump Over Barrier2 x 8Rendah

Minggu 3Standing Jump Over Barrier2 x 8Rendah

Minggu 4Standing Jump Over Barrier2 x 8Rendah

Minggu 5Standing Jump Over Barrier2 x 8Rendah

Minggu 6Standing Jump Over Barrier2 x 8Rendah

5.1 Cara Mengumpul Data

5.1.1 Pengkaji telah menggunakan beberapa kaedah yang sesuai untuk mengumpul data dan maklumat : Borang Skor Ujian Soal Selidik Berstruktur

5.1.2 Berikut ialah alat kajian atau instrumen yang digunakan untuk program latihan pliometrik dan mengukur kekuatan dan kuasa eksplosif kaki responden yang terlibat : Latihan pliometrik (standing jump over barrier) Ujian Lompat Jauh Berdiri

5.1.3 Alatan dan kemudahan bagi latihan pliometrik (standing jump over barrier) dan ujian lompat jauh berdiri ialah: Pita lekat Pita ukur Skitel 30 sm Penanda Pembaris panjang Pelapik getah

5.1.4 Pengurusan dan organisasi: Latihan pliometrik.

Rajah 6: Latihan pliometrik standing jump over barrier

Lapan skitel 30 sm disusun secara selari di atas padang. Jarak di antara skitel adalah 1 meter.

Prosedur:1. Latihan ini dijalankan dengan murid memakai pakaian dan kasut sukan yang sesuai.2. Responden 1 (R1) akan berdiri dalam keadan sedia di garisan permulaan.3. Kedua-dua belah kaki dirapatkan dengan keadaan selesa.4. Lutut dibengkokkan.5. Hayun kedua dua belah tangan.6. Lompat melepasi ketinggian skitel dengan membawa berat tubuh badan ke hadapan.7. Serap daya lompatan dengan membengkokkan lutut dan merendahkan pusat graviti tubuh.8. Ulang langkah 3 7 sehingga selesai di garisan penamat.9. Responden 2 (R2) akan bergerak selepas R1 selesai hingga ke garisan penamat.10. Latihan akan ditamatkan sekiranya R1 :- Tidak melepasi skitel. Melompat dengan sebelah kaki. Menyentuh skitel. Tidak dapat meneruskan lompatan dan berhenti

Ujian lompat jauh berdiri.

Pita pengukur

Rajah 7: Organisasi ujian lompat jauh berdiri

Prosedur:

1. Responden wajib memakai pakaian dan kasut sukan yang bersesuaian.2. Murid berdiri di belakang garisan mula dalam keadaan sedia.3. Kaki dibuka seluas bahu dan mengikut keselesaan responden.4. Rendahkan tubuh dengan membengkokkan lutut.5. Hayunkan tangan dan lompat dengan membawa berat tubuh ke hadapan.6. Mendarat dengan menyerap daya lompatan dengan membengkokkan lutut.7. Berdiri statik untuk diambil ukuran lompatan.8. Ujian akan terbatal sekiranya :a. Murid melompat dengan sebelah kaki.b. Melompat melebihi garisan mula.

5.3Cara Menganalisis Data

Responden juga diminta untuk melengkapkan butiran-butiran peribadi diri yang disediakan seperti nama, berat, tinggi, dan umur. (Rujuk Lampiran C). Setelah selesai mengisi borang yang disediakan para responden bersedia untuk menjalani ujian pre-test pada hari pertama di minggu yang pertama. Sebelum melakukan ujian ini subjek diminta untuk melakukan aktiviti regangan dan memanaskan badan terlebih dahulu untuk mengelakkan daripada berlakunya kecederaan. Selesai sahaja ujian tersebut para responden akan menjalani program latihan pliometrik enam minggu yang telah ditetapkan oleh pengkaji mengikut jadual yang telah dirancang. Responden akan diambil kedatangan setiap kali latihan dijalankan dengan mengisi kad kedatangan yang telah disediakan oleh penyelidik.

Jadual 4: Norma Ujian Lompat Jauh BerdiriTAHAPTAHAP 2

10 TAHUN11 TAHUN12 TAHUN

CemerlangLEBIH DARI 175.55LEBIH DARI 183.31LEBIH DARI 192.04

Sangat Baik151.70 175.54157.52 183.30170.26 192.03

Baik127.85 151.69131.71 157.51148.51 170.27

Sederhana104.00 127.84105.92 131.70126.75 148.50

LemahKURANG DARI 103.99KURANG DARI 105.91KURANG DARI 126.74

Jadual 4 menunjukkan norma ujian bagi lompat jauh berdiri dengan meletakkan lima tahap pencapaian iaitu lemah, sederhana, baik, sangat baik dan cemerlang. Penganalisisan data bagi kajian yang dijalankan ini ialah dengan menggunakkan norma yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Ujian Talent Identification (TID)

Setelah selesai sahaja latihan dijalankan pengkaji sekali meminta para responden untuk melakukan aktiviti menyejukkan badan. Motifnya ialah untuk mengelakkan dari berlakunya sebarang kecederaan yang tidak diingini terjadi. Di akhir setiap kali latihan dijalankan para responden akan dibekalkan dengan minuman berglukosa.

Pada akhir ujian kecergasan ini sekali lagi para responden akan menjalani ujian. Ujian ini dipanggil ujian post-test atau ujian selepas, di mana setelah selesai mengharungi latihan selama enam minggu bagi melihat sama ada terdapat sebarang peningkatan ataupun tidak. Sekali lagi ujian lompat jauh berdiri akan dijalankan bagi membandingkan keputusan ujian sebelum dan selepas latihan. Data akan diambil dan diproses ke dalam program berbantukan komputer.

6.0ANALISIS DAN INTERPRESTASI DATA

Dapatan kajian pra dan pos akan dilakukan pengkaji dengan menggunakan ujian lompat jauh berdiri. Setelah melakukan ujian, pengkaji akan merujuk kepada skala markah keseluruhan berdasarkan norma ujian lompat jauh berdiri untuk menentukan tahap pencapaian responden bagi tujuan pemerolehan data. Ujian akan dilaksanakan sebelum dan selepas tamat tempoh rawatan latihan. Rawatan yang diberi kepada subjek ialah dengan menjalani latihan pliometrik iaitu standing jump over barrier. Pengkaji akan membandingkan hasil dapatan tersebut bagi melihat keberkesanan rawatan.

Hasil dapatan data akan dianalisis menggunakan perisian berbantukan komputer bagi melihat keberkesanan latihan terhadap responden. Selain itu, pengkaji akan membuat soal selidik separa berstruktur bagi mengetahui kesan latihan terhadap responden dan pengetahuan yang diperoleh sepanjang tempoh latihan. Gred-gred yang diperolehi melalui norma akan dianalisis oleh pengkaji. Memandangkan pengkaji menggunakan data kuantitatif, maka pengkaji akan menggunakan analisis berbentuk deskriptif. Analisis deskriptif mengkehendaki pengkaji mencari kekerapan dan peratusan serta min dan sisihan piawai bagi data yang diperolehi.

6.1Adakah bentuk latihan yang dirancang dapat meningkatkan prestasi murid dalam ujian yang dijalankan?

6.1.1Analisis Data Ujian Pra dan Pos

Dalam mengumpulkan data kajian,satu borang telah diedarkan kepada semua responden. Borang tersebut mengandungi nama, jantina, berat, tinggi, Body Mass Index (BMI) dan data-data tentang latihan dan ujian lompat jauh berdiri yang akan dijalani.(Rujuk Lampiran A). Setelah selesai menjalankan ujian pra dan pos terhadap semua responden, data mentah yang dicatat dianalisis secara deskriptif bagi mendapatkan nilai min, sisihan piawai dan peratusan data. Data yang berbentuk kuantitatif telah dianalisis menggunakan perisian berbantukan komputer.

Jadual 5: Kumpulan responden, bilangan, umur dan jantinaKumpulanBilangan Umur Jantina

Tahun 5 Al-GhazaliLapan Orang10 TahunLelaki

Jadual 5 di atas menunjukkan data yang berkaitan dengan responden untuk kajian ini yang terdiri daripada kumpulan murid tahun empat di Sekolah Kebangsaan Seri Budiman 2. Bilangan responden adalah seramai lapan orang. Umur responden kesemuanya berusia 10 tahun. Responden yang di uji hanya terdiri daripada jantina lelaki sahaja.

Jadual 6: Skor ujian pra mengikut respondenSampelSkor Ujian Pra

PercubaanSkor TerbaikTahap

R1152156149156Baik

R2140138136140Baik

R3155162160160Sangat baik

R4142140138142Baik

R5152147150152Baik

R6128132131131Baik

R7124121121124Sederhana

R8142140145145Baik

Rajah 8: Markah ujian pra bagi setiap responden.

Hasil analisis ujian pra lompat jauh berdiri, pengkaji telah melakukan dengan memberikan tiga percubaan kepada responden. Daripada tiga percubaan tersebut, skor terbaik akan diambil kira sebagai skor ujian untuk dianalisis. Responden mempunyai tiga peluang percubaan dan bagi setiap percubaan responden bebas mengambil masa untuk memastikan skor yang diperoleh menunjukkan prestasi terbaik responden. Jadual 6 menunjukkan seorang sampel sahaja mendapat skor pada tahap sangat baik (157.52 183.30cm), enam responden berada pada tahap baik (131.71 157.51cm), dan seorang berada pada tahap sederhana (105.92 131.70cm). Ukuran tahap adalah merujuk kepada norma ujian lompat jauh berdiri ujian Talent Identification (TID). (Rujuk Lampiran G). Daripada analisis ini, pengkaji telah membuat ramalan awal supaya selepas menjalani latihan pliometrik enam minggu, responden akan memperolehi peningkatan skor dan berada pada tahap sekurang-kurangnya sangat baik (157.52 183.30cm). Penekanan akan diberikan secara khusus sepanjang latihan dan faktor ralat diambil kira supaya tindakan yang dilakukan pengkaji memperolehi peningkatan skor.

Jadual 7: Markah ujian pos bagi setiap respondenSampelMarkah Ujian Pos

PercubaanSkor TerbaikTahap

R1176174177177Sangat Baik

R2155152157157Sangat Baik

R3180180181181Sangat Baik

R4159157157159Sangat Baik

R5169172170172Sangat Baik

R6159162158162Sangat Baik

R7162165163165Sangat Baik

R8179179177179Sangat Baik

Rajah 9: Markah ujian pos bagi setiap responden.

Merujuk kepada analisis ujian pos, pengkaji telah melihat peningkatan skor ujian selepas tempoh latihan pliometrik. Jadual 7 menunjukkan semua responden mencapai tahap skor sangat baik (157.52 183.30cm). Skor minimum telah dicapai oleh R2 dengan lompatan sejauh 157cm, diikuti oleh R4 sejauh 159cm, R6 sejauh 162cm, R7 sejauh 165cm, R1 sejauh 177cm, R8 sejauh 179cm dan skor maksimum telah berjaya dicapai oleh R3, iaitu sejauh 181cm. Daripada hasil ujian pos, pengkaji telah membuat perbandingan dengan skor ujian pra.

Jadual 8: Perbandingan markah ujian pra dan pos setiap respondenRespondenUjian PraTahapUjian PosTahap

R1156Baik177Sangat Baik

R2140Baik157Sangat Baik

R3160Sangat baik181Sangat Baik

R4142Baik159Sangat Baik

R5152Baik172Sangat Baik

R6131Baik162Sangat Baik

R7124Sederhana 165Sangat Baik

R8145Baik 179Sangat Baik

Jadual 8 menunjukkan peningkatan skor ujian antara ujian pra dan ujian pos. R1,R2,R4,R5,R6 dan R8 menunjukkan peningkatan daripada tahap baik dengan purata skor baik (131.71 157.51cm), kepada tahap sangat baik dengan purata skor sangat baik (157.52 183.30cm). R3 telah menunjukkan peningkatan dari segi skor ujian, tetapi masih berada pada tahap yang sama iaitu sangat baik. R7 menunjukkan peningkatan yang mendadak apabila meningkat dariapada tahap sederhana kepada tahap sangat baik.

Rajah 10: Perbandingan markah ujian pra dan pos setiap responden.

Rajah 10 di atas menunjukkan graf bagi ujian sebelum dan ujian selepas ujian lompat jauh berdiri untuk komponen kekuatan dan kuasa eksplosif kaki. Graf menunjukkan semua hasil keputusan bagi setiap responden yang di uji iaitu seramai lapan orang. Berlaku sedikit peningkatan terhadap semua responden bagi skor ujian selepas. Pengkaji mendapati peningkatan skor keseluruhan bagi semua responden berlaku dengan peratus keseluruhan sebanyak 14.88%.

Jadual 9: Jadual min dan sisihan piawai bagi ujian pra dan ujian pascaRESPONDEN SKOR UJIAN PRASKOR UJIAN POS

Min143.75169

Responden N88

Sisihan Piawai12.2689.457

Jadual 9 menunjukkan bacaan nilai min bagi skor ujian pra keseluruhan responden adalah 143.75cm. Bagi ujian pos, nilai bacaan min bagi skor ujian pos keseluruhan responden ialah 169cm. Jadi, dapat disimpulkan bahawa terdapat peningkatan skor min bagi keseluruhan responden bagi ujian pra dan ujian pos. Bacaan nilai sisihan piawai bagi ujian pra ialah 12.268 manakala bacaan nilai sisihan piawai bagi ujian pos ialah 9.457. Situasi tersebut menggambarkan serakan skor bagi semasa ujian pra adalah lebih besar berbanding serakan skor semasa ujian pos.

Rajah 11: Perbandingan skor min bagi ujian pra dan ujian lompat jauh berdiriKesimpulannya, merujuk kepada Rajah 11, terdapat peningkatan nilai min tahap penguasaan kuasa kaki responden di dalam ujian lompat jauh berdiri yang dijalankan. Latihan pliometrik enam minggu yang dijalankan oleh pengkaji menunjukkan keberkesanan terhadap responden dengan peningkatan daripada segi min skor ujian pra 143.75 kepada min skor ujian pos 169. Peningkatan min skor adalah sebanyak 25.25 iaitu 14.95%.

6.2 Adakah bentuk latihan yang dijalankan dapat menyelesaikan masalah yang dihadapai oleh murid di dalam penguasaan fasa lonjakan lompat jauh?

6.2.1 Analisis Transkrip Temu Bual BerstrukturSesi temu bual dijalankan melalui dua peringkat iaitu temu bual awal dan temu bual akhir. Temu bual awal diadakan sebelum latihan pliometrik dijalankan dan temu bual akhir diadakan selepas tamat ujian pos terhadap semua responden yang terlibat. Sesi temu bual dijalankan secara berstruktur dengan pengkaji telah menetapkan matlamat temu bual dijalankan disamping mengambil kira penerangan responden mengenai perasaan mereka terhadap program latihan yang dijalankan. Sesi temu bual ini berbentuk santai dengan guru menetapkan soalan-soalan yang ingin diajukan sambil mengambil keterangan lain daripada responden. Tujuan dan rasional sesi temu bual ini dijalankan ialah untuk melihat samada bentuk latihan yang diadakan dapat membantu murid mengatasi masalah mereka di dalam menguasai fasa lonjakan lompat jauh.

6.2.2 Analisis Transkrip Temu Bual AwalTemu bual awal dijalankan selepas ujian pra di dalam bilik kaunseling. Tujuan pengkaji menjalankan temu bual selepas ujian pra ialah untuk menunjukkan prestasi murid tanpa menjalani sebarang latihan khusus untuk menjalani ujian pra tersebut.Temu bual diadakan secara berstruktur, iaitu soalan disediakan oleh pengkaji bagi mendapatkan maklumat yang diperlukan disamping mengambil kira soalan-soalan lain secara semi-formal. Pengkaji telah menyediakan empat soalan yang hendak diajukan kepada semua responden. Tujuan temu bual awal ini diadakan ialah untuk mencungkil persepsi dan pendapat responden terhadap keberkesanan sistem latihan terutamanya terhadap masalah prestasi kekuatan dan kuasa eksplosif kaki.

Jadual 10: Transkrip temu bual awalRespons

Pengkaji Apakah perasaan kamu apabila melihat keputusan ujian lompat jauh berdiri yang telah cikgu jalankan?

Responden 1Tak puas hati, cikgu.

Responden 2Dekat sangat, nak buat sekali lagi.

Responden 3Tak boleh jauh la, cikgu.

Responden 4Dekat, cikgu. Orang lain jauh lagi.

Responden 5Nak buat lain, cikgu

Responden 6Nak buat lain.

Responden 7Tak puas hati ni, cikgu. Buat semula.

Responden 8Dekat la, cikgu.

Pengkaji

Adakah kamu tahu sebab dan masalah yang menyebabkan keputusan awak sebegini?

Responden 1Tak tahu la, cikgu. (sambil tersenyum)

Responden 2Kaki saya tak kuat nak lompat, cikgu.

Responden 3Kaki tak kuat, cikgu.

Responden 4Rasa dok rok la, cikgu. (dialek Terengganu)

Responden 5Saya memang tak suka lompat-lompat ni, cikgu.

Responden 6Saya rasa lemah nak lompat, cikgu.

Responden 7Ntahsebab tak pernah main macam ni, cikgu.

Responden 8Sama jekaki dok rok cetong. (dialek Terengganu)

Pengkaji Adakah kamu pernah menjalani latihan untuk meningkatkan kuasa eksplosif kaki kamu?

Responden 1Tak pernah,cikgu

Responden 2Sama la, cikgu. Tak pernah pun.

Responden 3Tak, cikgu.

Responden 4Tak pernah langsung, cikgu.

Responden 5Saya tak minat, cikgu.

Responden 6Tak, cikgu.

Responden 7Tak, cikgu.

Responden 8Dop, cikgu.

Pengkaji

Adakah kamu berminat mengikuti latihan pliometrik, iaitu latihan khusus untuk memperbaiki prestasi kamu?

Responden 1Kalau cikgu yang ajar, saya nak. (dengan nada seronok)

Responden 2Tak tahu la cikgu, saya malas la.

Responden 3Tak jadi menda gak, cikgu

Responden 4Malas la saya, cikgu.

Responden 5Main bola sedap lagi, cikgu

Responden 6Saya nak, cikgu

Responden 7Boleh, cikgu

Responden 8Saya ikut cikgu jer.

6.2.3 Analisis Temu Bual Awal

Pengkaji telah menentukan soalan bagi mendapatkan jawapan yang menjurus kepada kehendak kajian. Jadual 10 menunjukkan hasil temu bual semua responden yang mempunyai masalah berkaitan dengan prestasi mereka. Hasil ujian pra lompat jauh berdiri menjadi rujukan kepada prestasi awal mereka. hasil temu bual mendapati murid tidak berpuas hati dengan pencapaian mereka. Responden turut mengakui mereka mempunyai masalah di dalam menguasai kemahiran melonjak untuk mendapatkan skor yang baik. Pengkaji turut melihat punca permasalahan ini berkaitan dengan perkembangan responden di dalam penguasaan kuasa ekplosif kaki memandangkan responden tidak pernah menjalani latihan berkaitan dengan aspek kuasa eksplosif kaki. Responden juga berminat untuk menjalani latihan bagi memperbaiki prestasi mereka.

Jadual 11: Analisis Kekerapan Temu Bual Awal.ItemsKekerapan

Prestasi skor ujian pra Skor tidak mencapai tahap yang diingini.8

Masalah kuasa eksplosif kaki Lemah di dalam lonjakan8

Tidak pernah menjalani latihan Tiada latihan khusus berkaitan kuasa eksplosif kaki8

Berminat menjalani latihan Memperbaiki prestasi Menyelesaikan masalah4

Jadual 11 menunjukkan hasil analisis temu bual awal yang dijalankan pengkaji. Di dalam item pertama sesi temu bual tersebut, semua responden menyatakan skor ujian pra lompat jauh berdiri tidak mencapai tahap yang diingini. Bagi item kedua, pengkaji mengajukan soalan berkenaan masalah yang menyebabkan skor mereka tidak mencapai tahap terbaik. Semua responden menjawab masalah tersebut berpunca daripada kekuatan kaki mereka, iaitu merujuk kepada kuasa eksplosif kaki yang lemah. Mereka bersependapat masalah tersebut berpunca apabila tidak mampu untuk melonjak tinggi bagi mencapai skor terbaik. Bagi item ketiga, pengkaji telah mengajukan soalan berkenaan latihan yang pernah dijalani oleh responden pada masa lalu, khusus pada bahagian kaki. Semua responden menyatakan mereka tidak pernah menjalani latihan khusus untuk meningkatkan kuasa eksplosif kaki mereka. Di dalam item yang keempat, hanya empat responden berminat untuk menjalani latihan yang akan dijalankan. Empat responden lain beranggapan, latihan tidak mampu merubah skor ujian mereka kerana faktor lain seperti malas dan tidak mahu berusaha memperbaiki prestasi mereka.

6.2.4 Analisis Transkrip Temu Bual Akhir.

Pengkaji menjalankan sesi temu bual akhir bersama semua responden selepas selesai tempoh latihan pliometrik enam minggu dan ujian pos lompat jauh berdiri. Tujuan dan rasional pengkaji ialah untuk mendapat maklum balas berkenaan latihan yang dijalankan dan keberkesanan latihan tersebut terhadap masalah yang dihadapi responden.

Jadual 12: Transkrip temu bual akhirRespons

Pengkaji Apakah perasaan kamu selepas melihat peningkatan skor di dalam ujian tadi?

Responden 1Bangga la cikgu. Banyak tu.(sambil menunjukkan kad skor)

Responden 2Seronok, cikgu. Tak sabar nak tunggu main lagi.

Responden 3Tak sangka la, cikgu.

Responden 4Seronok, rasa nak buat lagi.

Responden 5Gagah, cikgu.

Responden 6Seronok, cikgu.

Responden 7Boleh dah wakil sekolah ni, cikgu. (sambil tersenyum)

Responden 8Sedap tengok markah, cikgu.

Pengkaji Adakah kamu rasa masalah kamu dah selesai? Puas hati tak?

Responden 1Puas hati dah ni, cikgu. Nak sama dengan markah cikgu dahhehe. (sambil ketawa)

Responden 2Selesai la cikgu. Skor dah sampai tahap ni.

Responden 3Puas hati, cikgu.

Responden 4Puas, cikgu. Patot cikgu buat awal lg sebelum sukantara.

Responden 5Yakin sikit nak lompat, cikgu. Memang puas hati.

Responden 6Suka la, cikgu. Sebab apa cikgu tak buat masa awal-awal lagi?

Responden 7Puas hati, cikgu. Orang tak gelak dah tengok saya lompat.

Responden 8Sedap la, cikgu. Puas hati. Dop caye rasa(dialek Terengganu)

Pengkaji Adakah kamu setuju kalau cikgu cakap faktor kejayaan kamu ni hasil latihan yang kita jalankan bersama?

Responden 1Memang dah, cikgu. Selalu lompathaha (sambil ketawa)

Responden 2Memang la, cikgu.

Responden 3Cikgu la.

Responden 4Setuju sangat-sangat, cikgu.

Responden 5Memang la, cikgu. Cikgu kan bijakhaha (sambil ketawa)

Responden 6Latihan yang kita buat kan, cikgu.

Responden 7Memang. Saya setuju.

Responden 8Setuju, cikgu.

Pengkaji Adakah kamu yakin, dengan latihan yang kita jalani selama enam minggu ini, dapat membantu kamu dalam sukan lompat jauh akan datang?

Responden 1Yakin, cikgu.

Responden 2Patut cikgu buat awal lagi.

Responden 3Yakin, cikgu.

Responden 4Boleh menang dengan darjah lima lagi, cikgu.

Responden 5Yakin sangat la, cikgu.

Responden 6Sama la, cikgu. Yakin jugak.

Responden 7Sekarang yakin, cikgu.

Responden 8Yakin, cikgu.

6.2.5 Analisis Temu Bual Akhir

Di dalam sesi temu bual akhir, pengkaji telah meletakkan matlamat temu bual untuk melihat keberkesanan program ke atas masalah kuasa eksplosif kaki mereka. Hasil analisis temu bual telah dibentuk di dalam jadual kekerapan bagi memudahkan analisis data dijalankan.

Jadual 13: Analisis kekerapan temu bual akhir.ItemsKekerapan

Prestasi skor ujian pos Skor mencapai tahap yang diingini8

Masalah kuasa eksplosif kaki Dapat diatasi dengan baik8

Jalan penyelesaian masalah Menjalani latihan khusus berkaitan kuasa eksplosif kaki8

Berminat menjalani latihan Memperbaiki prestasi Meningkatkan prestasi akan datang8

Jadual 13 menunjukkan jadual kekerapan bagi empat item temu bual akhir yang dijalankan ke atas lapan responden. Pengkaji telah menetapkan item soalan bagi sesi temu bual akhir bagi melihat sejauh manakah keberkesanan program latihan pliometrik enam minggu terhadap masalah responden di dalam penguasaan kemahiran lonjakan. Bagi item pertama sesi temu bual tersebut, semua responden menyatakan mereka mendapat skor terbaik bagi ujian pos yang dijalankan. Semua responden telah melihat perubahan yang berlaku apabila mereka mencatatkan peningkatan yang memberangsangkan. Data ujian pra dan pos ujian lompat jauh berdiri menunjukkan peningkatan, dan semua responden berpuas hati dengan pencapaian tersebut. Bagi item kedua, pengkaji melihat peningkatan yang berlaku hasil dari latihan pliometrik yang dijalankan telah membantu menyelesaikan masalah responden. Respon yang diterima menunjukkan responden berpuas hati dan merasakan program latihan tersebut banyak membantu mereka menguasai kemahiran lonjakan lantas menghasilkan skor terbaik. Item ketiga, pengkaji melihat hasil perubahan yang berlaku menunjukkan keberkesanan latihan tersebut. Hasil temu bual yang dijalankan menunjukkan semua responden bersetuju dan menyatakan hasrat supaya latihan ini terus dijalankan. Di dalam item keempat, pengkaji mendapati semua responden berminat untuk meneruskan latihan kerana melalui latihan ini, mereka dapat merasai dan melihat perubahan yang positif dan berharap latihan ini diteruskan untuk sesi akan datang.

7.0PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN DAPATAN

Di dalam bab ini, pengkaji telah membuat kesimpulan bagi setiap dapatan data yang dianalisis. Setiap dapatan data yang diperoleh telah mencapai objektif dan menjawab persoalan kajian.

7.1Adakah bentuk latihan yang dirancang dapat meningkatkan prestasi murid dalam ujian yang dijalankan?Peningkatan skor ujian pos di dalam ujian lompat jauh berdiri menunjukkan program latihan pliometrik yang dijalankan oleh pengkaji berkesan terhadap lapan responden tersebut. Program latihan ini adalah sangat signifikan dalam meningkatkan keupayaan responden di dalam kuasa eksplosif kaki. Hasil kajian lampau juga menunjukkan bahawa latihan yang boleh digunakan untuk meningkatkan kuasa otot adalah latihan pliometrik (Rimmer & Slivert, 2000). Dengan menggunakan latihan pliometrik standing jump over barrier, usaha meningkatkan kuasa eksplosif kaki responden telah berjaya. Kejayaan kajian ini bergantung kepada jenis latihan pliometrik yang sesuai dengan keupayaan responden dengan meneliti set dan ulangan latihan. Latihan pliometrik adalah berasaskan latihan kepantasan dan kekuatan dengan beban tetap (berat badan) dan latihan yang mendorong kepada pergerakan dan isipadu (set dan ulangan) (Hendrik, 2003). Tempoh latihan selama enam minggu turut menjadi faktor kejayaan di dalam peningkatan skor responden. Latihan selama enam minggu merupakan latihan yang ekonomi (paling singkat) untuk melihat kesan latihan (Turner, 2003).

Melihat kepada skor ujian pra dan pos, peningkatan skor ujian adalah jelas apabila setiap responden menunjukkan kesan positif. Keputusan skor ujian pra lompat jauh berdiri menunjukkan pencapaian seorang responden di tahap sederhana,lima responden berada pada tahap baik dan seorang sahaja di tahap sangat baik. Selepas menjalani latihan pliometrik, keputusan skor ujian pos lompat jauh berdiri menunjukkan peningkatan positif apabila semua responden sudah berada pada tahap sangat baik. Nilai min bagi ujian pra ialah 143.75 dan min ujian pos ialah 169. Nilai peningkatan min keseluruhan responden ialah 15.385% membuktikan bahawa perlaksanaan latihan pliometrik berkesan di dalam meningkatkan kuasa eksplosif kaki.

7.2Adakah bentuk latihan yang dijalankan dapat menyelesaikan masalah yang dihadapai oleh murid di dalam penguasaan fasa lonjakan lompat jauh?Hasil kajian menunjukkan bentuk latihan yang dijalankan pengkaji dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh murid di dalam penguasaan fasa lonjakan. Masalah yang dihadapi oleh responden lebih tertumpu kepada keupayaan kuasa kaki di dalam melakukan lonjakan yang berulang-ulang. Sesi temu bual yang dijalankan turut menunjukkan responden mempunyai masalah di dalam penguasaan lonjakan kerana tidak berupaya untuk melonjak. Responden dapat mengenal pasti masalah yang dihadapi apabila ujian pra lompat jauh berdiri yang dilakukan menunjukkan skor mereka yang tidak mencapai tahap yang diingini. Dengan menggunakan kaedah temu bual, pengkaji telah mencungkil persepsi responden tentang skor ujian pra mereka. Hasilnya, responden mengakui mereka lemah di dalam aktiviti melompat yang menggunakan kuasa eksplosif kaki. Setelah menjalani latihan pliometrik yang dijalankan pengkaji, peningkatan skor ujian pos lompat jauh berdiri menyebabkan responden merubah persepsi berkenaan masalah yang mereka alami. Hasil temu bual akhir membuktikan responden bersetuju bahawa kaedah latihan yang dipilih berkesan di dalam meningkatkan kuasa eksplosif kaki.

7.3KesimpulanHasil analisis data yang dijalankan, pengkaji berjaya membuktikan latihan pliometrik yang dirancang oleh pengkaji berhasil meningkatkan skor ujian lompat jauh berdiri. Perancangan yang teliti dari segi jenis, intensiti dan set latihan diambil kira bagi memastikan latihan pengkaji berkesan. Temu bual yang dijalankan turut membuktikan latihan pliometrik berkesan di dalam menyelesaikan masalah responden di dalam penguasaan kuasa eksplosif kaki.

8.0CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA

Setelah selesai dan memperolehi hasil dalam menjalankan kajian tindakan ini, pengkaji ingin membuat beberapa saranan kepada kajian akan datang yang untuk menjalankan kajian berlandaskan kajian ini. Bagi menghasilkan kajian yang baik dan berkualiti, seseorang pengkaji perlu berhati-hati memilih latihan yang ingin dilakukan sama ada menjurus kepada objektif kajian. Terdapat pelbagai latihan di dalam Pendidikan Jasmani tetapi pemilihan latihan haruslah menepati kehendak objektif kajian supaya kesan latihan yang dilakukan mendapat kesan maksimum terhadap responden.

Kajian akan datang juga perlu memantau subjek untuk menjalani latihan yang telah ditetapkan. Sekiranya pengkaji tidak mampu berbuat demikian, pengkaji boleh menyuruh individu yang boleh dipercayai bagi memantau responden menjalani latihan. Apabila ada pemantauan, responden akan menjalani latihan dengan bersungguh-sungguh. Jesteru, ia akan mengelakkan terdapat sebarang ralat dalam pemerolehan keputusan kelak. Selain itu, pengkaji yang akan datang mestilah memberi penerangan tentang prosedur kajian dengan jelas teratur kepada subjek. Hal ini adalah bagi mengelakkan berlaku sebarang kekeliruan kepada subjek.

Bilangan responden yang lebih besar dicadangkan untuk kajian yang lebih luas dan menyeluruh. Pengkaji dapat mewujudkan kumpulan responden kawalan dan kumpulan responden rawatan. Melalui kaedah ini, keputusan kajian kajian dapat menguji keberkesanan latihan pliometrik ini dengan lebih tepat dan jelas. Selain itu, kajian ini juga dapat digeneralisasikan kepada bilangan populasi.Pengkaji juga menyarankan agar bagi kajian seterusnya, latihan yang dikenakan perlu mengambil kira aspek keselamatan terutamanya aspek kecederaan otot. Asmadi (2007) menyatakan bahawa kecederaan serius akan berlaku disebabkan oleh jenis latihan pliometrik yang digunakan melebihi keupayaan otot. Kesimpulannya, jenis latihan dan intensiti latihan yang dipilih haruslah bersesuaian bagi mengurangkan risiko kecederaan.

SENARAI RUJUKAN

Asmadi Ishak. (2007). Kesan Periodisasi Model Non-Linear Latihan Pliometrik dan Latihan Bebanan Terhadap Kuasa Otot Kaki Pada Atlet Bola Tampar Universiti.Diperoleh pada April 17, 2011, daripada http://ppp.upsi.edu.my/eWacana/KesanPeriodisasi.htm

Ahmad Wafi. (1996). Seri Teras Sukan Olahraga Padang. Kuala Lumpur: Godmark Enterprise.Bompa, T.O. (1999). Periodization: Theory and Methodology of Training (4th Ed.). Champaign: Human Kinetics.

Baechle, T.R. (1994). Essentials of Strength Training and Conditioning: National Strength and Conditioning Association. Champaign: Human Kinetics.

Chu, Donald. A., Jumping into Plyometrics. Champaign, Illinois: Human Kinetics Pub., 1992.

Croxdale, K., Morris, T. (2007). Plyometric Bench Press Training for More Strength and Power. Diperoleh pada April 17, 2011, daripada www.plyobenchpress.htm

Helen Tan. (1997). Manual Olahraga. Selangor: Setiakawan Sdn Bhd

Hedrick, A., Dahoda, J., Rogers, R., Bennett, S., (2003), Learning From Each Other: Plyometric Training, Strength and Conditioning Journal, Vol. 25 (6), pp. 53-54

National Association for Sports and Physical Education. 2005. (2nd ed.). The Physical Best Teachers Guide. Physical Education for Lifelong Fitness. United States of America: Human Kinetics

Richard Godfrey. (2006)Detraining Why a change really is better than a rest p.1. Diperoleh pada April 17, 2011, daripada (http://www.pponline.co.uk/encyc/detraining.htm)

Rimmer, E., & Slievert, G. (2000). Effective of a Plymetrics Intervention Program on Sprint Performance. The Journal of Strenght and Conditioning Researh, 14(3) , 295-301

Turner, A., (2003) Improvement in Running Economy After 6 Weeks of Plyometric Training, Journal of Strength and Conditioning Research, 2003, 17(1), 6067

36