14
2 Pelestaran Tulisan Jawi: Manifestasi Seni Khat Islam! di Masj d-masjid Negeri Perak Bukhari Lubis Idris bin Mohd. Radzi Muhammad Anas bin Al Muhsin Latar Belakang Sejak Islam datang ke Alam Melayu, bermulalah penggunaan tulisan jawi. Tulisan ini pula melalui pelbagai sistem ejaan. Sebagai susulan kepada perkembangan tulisan jawi ini, lahirlah khat Islami. Lebih tepat digelar seni khat Islami daripada istilah khat Arab (Muhammad Bukhari Lubis, 1995: 34). Sebenamya di Alam Melayu amnya dan Malaysia khasnya khat Islami juga berkembang dan diminati oleh kebanyakan orang. Oleh sebab itu contoh-contoh hasil tulisan ini boleh dilihat dalam pelbagai bahan seperti kertas, ubin, marmar, kayu, bulu ayam, bulu kambing, kaca dan sebagainya (boleh didapati daripada Koleksi Bukhari Lubis). Tempat atau ruang yang menerima tulisan khat ini adalah seperti buku, majalah, bangunan, dewan, kedai, iklan, papan tanda bandar atau jalan; dan tidak ketinggalan, malah yang terpenting, masjid (Muhammad Bukhari Lubis, 1995b: 32-34). Ini membuktikan bahawa di Malaysia juga terdapat beberapa tokoh khat Islami ini. Ada yang terlatih di negara kita sahaja, dan tidak kurang yang terlatih dari negara-negara Arab seperti Mesir dan Arab Saudi. Penyataan Masalah Manifestasi khat Islami di masjid sama sekali tidak dapat disangkal. Pergilah ke ‘kebanyakan’ masjid di Malaysia, kita akan dapat menyaksikan khat ini, Amat sedikit buku yang membahaskan penulisan khat Islami di masjid-masjid di seluruh dunia.1Setakat ini ada dua buah buku dalam bahasa Melayu yang berjudul Dari tujuh buah buku tentang masjid yang ditemukan di Perpustakaan Bukhari Lubis. tertulis dalam bahasa- bahasa Arab, Parsi dan Inggeris, hanya sebuah (dalam bahasa Parsi) yang khusus menyentuh perkara ini, berjudul Kutayba-yi kufi-yi masjid-i jam t-i Qazvin oleh Babu’Llah Zari i.

Pelestaran Tulisan Jawi: Manifestasi Seni Khat Islam! di Masj d

  • Upload
    hakhanh

  • View
    288

  • Download
    13

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Pelestaran Tulisan Jawi: Manifestasi Seni Khat Islam! di Masj d

2Pelestaran Tulisan Jawi: Manifestasi

Seni Khat Islam! di Masj d-masjid Negeri Perak

Bukhari Lubis • Idris bin Mohd. Radzi • Muhammad Anas bin A l Muhsin

Latar Belakang

Sejak Islam datang ke Alam Melayu, bermulalah penggunaan tulisan jawi. Tulisan ini pula melalui pelbagai sistem ejaan. Sebagai susulan kepada perkembangan tulisan jawi ini, lahirlah khat Islami. Lebih tepat digelar seni khat Islami daripada istilah khat Arab (Muhammad Bukhari Lubis, 1995: 34).

Sebenamya di Alam Melayu amnya dan Malaysia khasnya khat Islami juga berkembang dan diminati oleh kebanyakan orang. Oleh sebab itu contoh-contoh hasil tulisan ini boleh dilihat dalam pelbagai bahan seperti kertas, ubin, marmar, kayu, bulu ayam, bulu kambing, kaca dan sebagainya (boleh didapati daripada Koleksi Bukhari Lubis). Tempat atau ruang yang menerima tulisan khat ini adalah seperti buku, majalah, bangunan, dewan, kedai, iklan, papan tanda bandar atau jalan; dan tidak ketinggalan, malah yang terpenting, masjid (Muhammad Bukhari Lubis, 1995b: 32-34). Ini membuktikan bahawa di Malaysia juga terdapat beberapa tokoh khat Islami ini. Ada yang terlatih di negara kita sahaja, dan tidak kurang yang terlatih dari negara-negara Arab seperti Mesir dan Arab Saudi.

Penyataan Masalah

Manifestasi khat Islami di masjid sama sekali tidak dapat disangkal. Pergilah ke ‘kebanyakan’ masjid di Malaysia, kita akan dapat menyaksikan khat ini, Amat sedikit buku yang membahaskan penulisan khat Islami di masjid-masjid di seluruh dunia.1 Setakat ini ada dua buah buku dalam bahasa Melayu yang berjudul

Dari tujuh buah buku tentang masjid yang ditemukan di Perpustakaan Bukhari Lubis. tertulis dalam bahasa- bahasa Arab, Parsi dan Inggeris, hanya sebuah (dalam bahasa Parsi) yang khusus menyentuh perkara ini, berjudul Kutayba-yi kufi-yi masjid-i ja m t- i Qazvin oleh Babu’Llah Zari i.

Page 2: Pelestaran Tulisan Jawi: Manifestasi Seni Khat Islam! di Masj d

Pelestarian Tulisan Jawi: Manifestasi Seni Khat Islami di Masjid-masjid Negeri Perak /1 5

masjid (karangan N.A. Halim dan satu lagi berbentuk dokumentari, tiada nama pengarang). Tidak disentuh secara khusus tentang perhiasan khat di masjid- masjid.

Setakat ini tiada buku atau kajian yang membicarakan selok-belok penulisan khat di masjid-masjid baik di Malaysia mahupun di Perak. Kekosongan ini mesti diisi. Maka para pengkaji berasa perlu untuk membuat kajian tentang tulisan khat di masjid-masjid di negeri terletaknya Universiti Pendidikan Sultan Idris, iaitu Perak Darul Ridzuan.

Objektif Kajian

Tujuan kajian ini adalah untuk membahaskan tulisan khat yang tertera di masjid- masjid yang terpilih dari pelbagai aspek:

a. jenis khat yang digunakan (dalam masjid dan di papan tanda masjid),b. jenis ayat atau ungkapan yang dipilih,c. bahan yang menjadi wadah perhiasan khat ini,d. ejaan jawi yang digunakan untuk perkataan Arab dan Melayu,e. sejauh mana terjemahan ke bahasa Melayu yang diberikan itu tepat, gramatis

dan sebagainya,f. jika diketahui, siapa dia khatat yang berjasa dalam pelestarian seni khat ini.

Kajian Lampau

Seperti yang dibayangkan sebelum ini, tiada satu pun kajian khusus tentang perhiasan seni khat Islami di pelbagai masjid di Malaysia amnya dan Perak khasnya*

Kaedah Kajian

Pengkaji mengambil gambar khat yang terdapat di 180 buah masjid yang terpilih di seluruh negeri Perak. Berdasarkan gambar-gambar yang diambil, khat tersebut dianalisis dan dikelompokkan mengikut jenis khat, ayat atau ungkapan yang paling banyak atau biasa ditulis. Selain itu temu bual dijalankan untuk menyokong maklumat yang diperoleh.

Selepas kajian ini dibuat, seorang pensyarah (juga khatat) dari UTM, En. Abdul Rahman, telah diterima untuk membuat kajian (tesis Ph.D) di UIAM tentang khat di beberapa masjid utama di Malaysia, Mesir, Turki, Iran dan Pakistan. Beliau juga berkesempatan menemu bual Bukhari Lubis tentang perkara ini.

Page 3: Pelestaran Tulisan Jawi: Manifestasi Seni Khat Islam! di Masj d

16 / Menanggapi Keberkesanan dan Perubahan

Dapatan Kajian

a. Jenis khat yang digunakan

Jenis khat yang paling banyak digunakan ialah khat thuluth (48%) (contohnya, lihat LAMPIRAN A); diikuti dengan khat nasakh / naskhi (33%) (lihat LAMPIRAN B); khat raq’ah (0.2%); dan selebihnya khat Kufi, Divan’ dan Farsi. Terdapat juga tulisan yang tidak dapat digolongkan ke dalam mana-mana jenis khat (14%).

b. Jenis ayat atau ungkapan yang dipilih

Petikan yang ditulis terdiri daripada ungkapan Arab,3 sebanyak 27.5% (lihat LAMPIRAN C); al-Qur’an (23.9%) (lihat LAMPIRAN D); senarai ahli jawatankuasa atau jadual kegiatan masjid (16.3%) (lihat LAMPIRAN E); nama masjid atau keterangan pengasasan masjid (batu asas) (14.4%) (lihat LAMPIRAN F); ungkapan Melayu (12.7%) (lihat LAMPIRAN G), dan Hadith (5.2%) (lihat LAMPIRAN H). *

c. Bahan yang menjadi wadah perhiasan khat

Yang terbanyak ditulis di atas simen sahaja. Kemudian ada yang diukir di atas kayu, tembaga, atau ditulis di atas kertas.

M aksudnya apa sahaja ayat Arab yang bukan dari al-Q ur'an atau Hadith (selagi boleh dikesan).

Jenis Khat

' ■ Thuluth

I | Nasakh

§y Lain-lain

E !8 Raq’ah

Page 4: Pelestaran Tulisan Jawi: Manifestasi Seni Khat Islam! di Masj d

Pelestarian TaUscm Jawi: Manifestasi Seni Khat Islami di Masjid-masjid Negeri P e r a k /17

d Ejaan jawi yang digunakan untuk perkataan Arab dan Melayu

Kerana kecuaian terdapat sesekali ejaan dalam bahasa Arab yang salah, misalnya (nama masjid) j! , UujUJl 5 <jki! ; MtSSeUl (hamzah di bawah alif; tidak perlu hamzah itu kerana ia tergolong ke dalam hamzat al-wasl) dan <3̂ .

Pada umumnya membetuli sistem yang diketengahkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1984. Bagaimanapun, ada juga yang tersilap. Misalnya: ejaan perkataan-perkataan berikut: “tf*!

Banyak juga yang ketinggalan zaman, tidak dapat membezakan bunyi huruf p daripada huruf/; semuanya dilambangkan dengan huruf f, misalnya ‘0^^CLujla tdialAxo t jTiiia

e. Terjemahan ke bahasa Melayu.

Ada yang baik dan tepat. Namun tidak kurang yang menyalahi nahu bahasa Melayu atau terjemahannya keAraban. Contohnya: perkatan perbetulkanlah, segala dosa-dosaku, berkata, bercakap dan ungkapan niat ini: “Sahaja aku i'tikaf di dalam ini masjid sunat kerana Allah Ta’ala.”

f. Khatat yang menabur bakti.

Pada umumnya amat sukar dikesan. Tiada khatat yang khusus dilantik oleh Jabatan Agama Islam Perak. Bagaimanapun, ada juga khatat yang dapat diketahui sama ada melalui tanda tangan yang disertakan atau disisipkan di celah-celah tulisan mereka itu, atau diketahu melalui informan masjid berkenaan. Antara

Page 5: Pelestaran Tulisan Jawi: Manifestasi Seni Khat Islam! di Masj d

18 / Menanggapi Keberkesanan dan Perubahan

mereka ini ialah khatat terkenal dari negeri Kedah, Tuan Haji Wan Abdullah Wan Puteh,4 Tuan Haji Yahya (ayah kepada Dr. Abdullah Sani, pensyarah Pusat Pengajian Pendidikan, USM), Ustaz Mohd. Taib (dari Jabatan Agama Islam Perak), Ustaz Zulkifli Ibrahim (bekas pegawai JAKIM), dan Ustaz Bomidin (bilal Masjid Jalan Diary, Ipoh). Ada juga sumbangan khat daripada bekas pelajar SITC seperti Haji Ahmad Mantik (pelajar sebelum Perang Dunia Kedua) dan Haji Maad bin Uda Lateh (pelajar tahun 1946-49, juga AJK masjid) [r.h], Karya mereka ini masih tertera di Masjid Ghufraniyah, Sungai Siput Utara.

Cadangan

a. Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) mestilah memantau kegiatan ini supaya perhiasan tulisan khat ini dipandang menarik dan memberi kesan luaran dan dalaman. Harus dielakkan daripada sikap ‘asal jadi’. Bantuan kewangan yang sewajamya hendaklah dihulurkan.

b. Untuk ini juga, JAIP atau AJK masjid berkenaan perlu mencari penulis khat yang betul-betul berbakat.

c. Pilihan ayat-ayat al-Qur’an dan Hadith dipelbagaikan. Jangan ditumpukan kepada ayat-ayat yang selalu diucapkan oleh imam/khatib sahaja.

d. Elakkan daripada menulis ungkapan Melayu atau terjemahan ke bahasa Melayu dengan menggunakan aksara rumi.

e. Pastikan ejaan jawi yang digunakan itu betul, khususnya nama-nama orang yang menganggotai jawatankuasa masjid atau yang terlibat dalam kegiatan masjid.

f. Pantau agar terjemahan ke bahasa Melayu yang dipaparkan itu gramatis dan menarik.

g. Untuk jangka masa panjang, JAIP dan Jabatan Pendidikan Perak hendaklah sentiasa berusaha memberi kursus-kursus penting yang dapat melahirkan penulis khat warga Perak yang berbakat dan tersohor. Wajar sekali diadakan pertandingan seberapa kerap mungkin untuk mencapai matlamat ini

Lihat artikel tulisan Bukhari Lubis tentang beliau dalam Ensiklopedia Sejarah dan Kebudayaan Melayu, jilid IV, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, him. 2576-2577. Lihat karya khatnya - dengan tandatangan ringkas - pada Lampiran A (Gambar 1), Lampiran C (Gambar 5), dan Lampiran D (Gambar 7).

Page 6: Pelestaran Tulisan Jawi: Manifestasi Seni Khat Islam! di Masj d

Pelestarian Tulisan Jawi: Manifestasi Seni Khat Islami di Masjid-masjid Negeri P e r a k /19

Rujukan

Abdul Halim Nasir, 1984. Masjid-masjid di Semenanjung Malaysia. Kuala Lumpur: Berita Publishing Sdn. Bhd.

Abdul Halim Nasir, 1995. Seni Bina Masjid di Dunia Melayu-Nusantara. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

al-Baba, Kamil. 1988. Ruh al-Khatt al-'Arabi. Beirut: Dar Lubnan.

al-Bahnisi, L Afif. 1995. Mu jam Mustalahat al-Khatt al-cArabi wa al-Khattdtin. Beirut: Maktabat Lubnan.

al-Bayati, Basil. 1984. The City and the Mosque. Oxford: Aarp.

Mutholib A1 Fasiriy. 2002. Kaligrafi dalam Berbagai Acara. Babat-Lamongan: Combi Prima Grafika.

al Faruqi, Isma’il R. & al Faruqi Lois Lamya’. 1986. The Cultural Atlas o f Islam. New York: Macmillan Publishing House.

Frishman, Martin and Khan, Hasan-uddin. Pnyt. 1994. The Mosque; History, Architectural Development & Regional Diversity. London: Thames and Hudson Ltd.

Holod, Revata & Khan, Hasan-Uddin. 1997, The Contemporary Mosque: Architects, Clients and Designs since the 1950s. New York: Rizzoli International Publications, Inc.

al-Masdjidfi al-Jazd’ir. T.th. T.tp: t.p. [Silslat al-Fann wa al-Thaqafah.]

Masjid: Sejarah, Ciri-ciri Pembentukan dan Pembinaan Masjid-masjid Dunia, Malaysia dan Kuala Lumpur. Kuala Lumpur: Puncak Amal (M) Sdn. Bhd.

Muhammad Bukhari Lubis. 1995A. “al-Qur’an sebagai pencetus Kegiatan Seni Khat.” Tamadun. Julai.

Muhammad Bukhari Lubis. 1995B. “al-Qur'an dan Seni Khat di masjid,” Tamadun. Ogos.

Muhammad Bukhari Lubis. 2000. “Wan Abdullah Wan Puteh.” Ensiklopedia Sejarah dan Kebudayaan Melayu. Jil. IV, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Salman, cIsa; al-Tzzi, Najlah; "Abd al-Khaliq, Hana’; dan Yunus, Najat. 1982. al-lmarat al-Arabiyah al-lsldmiyah f i al-Irdq. Jil. I. Baghdad: Dar al-Rashid.

Zari'i, Babu’Llah. 1373 HS. Kutayba-yi Kufi-yi Masjid-i Jdmf'-i Qazvin. Tehran: Sazman- i Chap u Intisharat-i Vizarat-i Farhang-i Irshad-i Islami.

Page 7: Pelestaran Tulisan Jawi: Manifestasi Seni Khat Islam! di Masj d

20 / Menanggapi Keberkesanan clan Perubahan

LAMPIRAN A

Gambar 1

Page 8: Pelestaran Tulisan Jawi: Manifestasi Seni Khat Islam! di Masj d

LAMPIRAN B

Gambar 3

Pelestarian Tulisan Jawi: Manifestasi Seni Khat Islami di Masjid-masjid Negeri Perak / 21

Gambar 4

Page 9: Pelestaran Tulisan Jawi: Manifestasi Seni Khat Islam! di Masj d

22 / Menanggapi Keberkesanan dan Perubahan

LAMPIRAN C

Gambar 5

Gambar 6

Page 10: Pelestaran Tulisan Jawi: Manifestasi Seni Khat Islam! di Masj d

LAMPIRAN D

Gambar 7

Pelestarian Tulisan Jawi: Manifestasi Seni Khat Islami di Masjid-masjid Negeri Perak / 23

Page 11: Pelestaran Tulisan Jawi: Manifestasi Seni Khat Islam! di Masj d

24 / Menanggapi Keberkesanan dan Perubahan

LAMPIRAN E

Gambar 9

Gambar 10

Page 12: Pelestaran Tulisan Jawi: Manifestasi Seni Khat Islam! di Masj d

LAMPIRAN F

Gambar II

Pelestarian Tulisan Jawi: Manifestasi Seni Khat Islami di Masjid-masjid Negeri P e r a k /25

Gambar 12

Page 13: Pelestaran Tulisan Jawi: Manifestasi Seni Khat Islam! di Masj d

26 / Menanggapi Keberkesanan dan Perubahan

LAMPIRAN G

Gambar 13

Page 14: Pelestaran Tulisan Jawi: Manifestasi Seni Khat Islam! di Masj d

Pelestarian Tulisan Jawi: Manifestasi Seni Khat Islami di Masjid-masjid Negeri Perak /2 7

LAMPIRAN H

Gambar 15

vV vi>„ ' "

'tes**SS

«Bi. ’ 'a, .I f '5 ;. x..v— , ■ .. • ’• ? -y-

Gambar 16