5
Soalan 1 hingga Soalan 5 Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. Setiap pagi sarapan dihidangkan untuk anda. Ada nasi lemak, mi goreng, roti canai, roti bakar, dan bermacam-macam lagi hidangan yang bersilih ganti setiap hari. Malah, ibu anda akan berleter panjang sekiranya anda enggan menjamah hidangan tersebut. Mengapa, ya? Apa agaknya yang akan terjadi sekiranya anda tidak bersarapan? Anda diingatkan agar tidak mengabaikan sarapan kerana sarapan penting untuk kesihatan anda. Jangan biarkan perut anda kosong. Makanlah sedikit makanan sebagai alas perut. Jika tidak, perut anda akan sakit. Anda mungkin juga akan diserang penyakit gastrik. Jika hal ini berlaku, sudah tentu anda tidak dapat mengikuti pelajaran dengan baik. Tugas- tugas anda yang lain akan terganggu juga. Sesetengah orang sanggup meninggalkan sarapan kerana ingin kurus. Ada juga yang berbuat demikian kerana ingin berjimat cermat. Tetapi tindakan tersebut adalah berbahaya. Jangan ikat perut. Tahukah anda bahawa perut yang kosong tidak dapat membekalkan tenaga kepada anda? Badan anda akan menjadi lemah. Asid di dalam perut pula akan menghakis lapisan perut anda menyebabkan perut anda sakit. Hal ini demikian kerana tidak ada makanan yang dapat diproses oleh asid tersebut untuk disalurkan ke seluruh bahagian tubuh. Oleh itu, bersarapanlah sebelum anda memulakan hari anda. Mudah-mudahan kesihatan anda terjaga dan terang hati anda ketika menghadapi pelajaran. Namun begitu, anda tidak seharusnya makan terlalu banyak kerana dikhuatiri anda akan kekenyangan dan berasa mengantuk. Makanlah dalam kuantiti yang sederhana kerana banyak makan akan mendatangkan penyakit juga. Jadi, beringat-ingatlah. Kata orang, perut punca segala penyakit. PEMAHAMAN PETIKAN UPSR 2

Pemahaman 3

Embed Size (px)

DESCRIPTION

R

Citation preview

Page 1: Pemahaman 3

Soalan 1 hingga Soalan 5Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Setiap pagi sarapan dihidangkan untuk anda. Ada nasi lemak, mi goreng, roti canai, roti bakar, dan bermacam-macam lagi hidangan yang bersilih ganti setiap hari. Malah, ibu anda akan berleter panjang sekiranya anda enggan menjamah hidangan tersebut. Mengapa, ya? Apa agaknya yang akan terjadi sekiranya anda tidak bersarapan?

Anda diingatkan agar tidak mengabaikan sarapan kerana sarapan penting untuk kesihatan anda. Jangan biarkan perut anda kosong. Makanlah sedikit makanan sebagai alas perut. Jika tidak, perut anda akan sakit. Anda mungkin juga akan diserang penyakit gastrik. Jika hal ini berlaku, sudah tentu anda tidak dapat mengikuti pelajaran dengan baik. Tugas-tugas anda yang lain akan terganggu juga.

Sesetengah orang sanggup meninggalkan sarapan kerana ingin kurus. Ada juga yang berbuat demikian kerana ingin berjimat cermat. Tetapi tindakan tersebut adalah berbahaya. Jangan ikat perut. Tahukah anda bahawa perut yang kosong tidak dapat membekalkan tenaga kepada anda? Badan anda akan menjadi lemah. Asid di dalam perut pula akan menghakis lapisan perut anda menyebabkan perut anda sakit. Hal ini demikian kerana tidak ada makanan yang dapat diproses oleh asid tersebut untuk disalurkan keseluruh bahagian tubuh.

Oleh itu, bersarapanlah sebelum anda memulakan hari anda. Mudah-mudahan kesihatan anda terjaga dan terang hati anda ketika menghadapi pelajaran. Namun begitu, anda tidak seharusnya makan terlalu banyak kerana dikhuatiri anda akan kekenyangan dan berasa mengantuk. Makanlah dalam kuantiti yang sederhana kerana banyak makan akan mendatangkan penyakit juga. Jadi, beringat-ingatlah. Kata orang, perut punca segala penyakit.

1. Mengapakah kita diingatkan agar tidak mengabaikan sarapan?A kerana ibu akan berleter jika kita tidak makanB kerana sarapan penting untuk kesihatanC kerana banyak makanan lazat dihidangkan untuk sarapanD kerana kita tidak akan pandai jika tidak bersarapan

2. Apakah akibatnya jika kita tidak bersarapan?A kita akan dapat menguruskan badanB kita tidak akan bersemangat untuk belajarC kita akan menghadapi masalah kesihatan

3. Apakah antara punca sakit perut?A terlalu banyak makan ketika laparB tidak makan makanan yang berkhasiat ketika bersarapanC tiada tenaga yang dibekalkan oleh perut yang kosongD lapisan perut dihakis oleh asid kerana tiada makanan untuk diproses

PEMAHAMAN PETIKAN UPSR 2

Page 2: Pemahaman 3

4. Nyatakan maksud simpulan bahasa ikat perut.A tidak ada selera makanB menahan lapar kerana ingin berjimatC makan sedikit sebagai alas perutD berpuasa kerana ingin menguruskan badan

5. Pada pendapat anda, apakah tujuan kita makan?A untuk mengelakkan rasa lapar yang berpanjanganB untuk menikmati makanan yang lazat dan pelbagaiC untuk membekalkan tenaga kepada tubuh badanD untuk mengawal berat badan yang semakin kurang

Soalan 6 hingga Soalan 10Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Sang Kancil sedang berehat di tepi sungai. Tiba-tiba dia terdengar bunyi dengung di atas kepalanya. Apabila Sang Kancil mendongak, dia terlihat akan seekor agas sedang mengelilinginya.

Sang Kancil: Benda apakah yang berbunyi itu, Sang Agas?Sang Agas: Perut hambalah yang berbunyi, Sang Kancil.Sang Kancil: Eh, bagaimana pula perut tuan hamba dapat berbunyi?Sang Agas: Pagi tadi badan hamba tergesel pada badan Sang Kerbau. Kebetulan ada

duri yang melekat pada badan Sang Kerbau itu. Sebagai akibatnya, duri tersebut tertikam pada perut hamba dan menyebabkan perut hamba

berbunyi.Sang Kancil: Oh, kasihan! Tentu sakit perut tuan hamba.Sang Agas: Sudah tentu. Tambahan pula, duri yang tertikam dalam badan hamba ini

sejari besarnya.Sang Kancil: (Mengejek) Janganlah tuan hamba mencuba membohongi hamba. Mana

mungkin duri sebesar jari dapat masuk ke dalam badan tuan hamba itu.Sang Agas: Mengapa tuan hamba berkata demikian?Sang Kancil: Bukankah badan tuan hamba hanya sebesar jarum? Jadi, tentulah mustahil

duri yang besar dapat masuk ke dalam badan tuan hamba itu.Sang Agas: Hai, Sang Kancil! Yang hamba maksudkan sejari itu ialah ukuran jari

hamba sendiri, bukannya ukuran jari tuan hamba (sambil tertawa). Tampaknya badan tuan hamba saja yang besar, tetapi akal

tuan hamba lebih kecil daripada badan hamba ini.

Sang Kancil terdiam. Dia berasa malu sendiri. Dalam hatinya, Sang Kancil mengakui kebijaksanaan Sang Agas.

Page 3: Pemahaman 3

6. Apakah yang mengganggu Sang Kancil ketika dia sedang berehat?A teguran Sang AgasB bunyi dengung di atas kepalanyaC jeritan Sang AgasD cerita Sang Agas tentang perutnya

7. Apakah punca bunyi tersebut?A duri di perut Sang Agas menyebabkan perutnya berbunyiB perut Sang Agas kosong menyebabkan perutnya berbunyiC perut Sang Agas berbunyi kerana tergesel pada badan Sang KerbauD tusukan jarum pada perut Sang Agas menyebabkan perutnya berbunyi

8. Mengapakah Sang Kancil menuduh Sang Agas berbohong?A kerana Sang Agas memang suka berbohongB kerana Sang Kancil tidak nampak apa-apa yang mencucuk badan Sang

AgasC kerana badan Sang Agas lebih kecil daripada badan Sang KerbauD kerana mustahil duri sebesar jari Sang Kancil dapat masuk ke dalam badan

Sang Agas

9. Penyataan yang berikut adalah benar tentang dialog tadi, kecuali...A perut Sang Agas tertikam duri semasa bergesel dengan Sang Kerbau.B badan Sang Agas hanyalah sebesar jarum.C duri yang melekat pada Sang Kerbau mengeluarkan bunyi.D Sang Kancil tidak menyangka bahawa Sang Agas bijak.

10. Pada pendapat anda, apakah peribahasa yang sesuai untuk menggambarkan watak Sang Agas?A seperti katak di bawah tempurungB seperti harimau menyembunyikan kukunyaC seperti tikus membaiki labuD seperti mengajar itik berenang