5
Soalan 1 hingga Soalan 5 Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. PEMAHAMAN PETIKAN UPSR 3 Lot 45, Jalan SS21/52, 47400 Damansara Utama, Petaling Jaya. _________________________________________________________ ____________ Urus Setia Peraduan Melukis, Majalah Seni Kreatif, Lot 222, Jalan 2/4, 43500 Petaling Jaya. 12 APRIL 2008. Tuan, Hadiah Peraduan Melukis Untuk makluman tuan, saya telah memenangi tempat ketiga dalam peraduan melukis anjuran Majalah Seni Kreatif. Nama pemenang telah diumumkan dalam majalah tersebut pada keluaran Januari 2008. 2. Pada akhir bulan Januari, saya telah menerima surat yang menyatakan bahawa saya akan menerima hadiah tersebut dalam tempoh dua minggu. Namun demikian, sehingga hari ini saya masih belum menerima hadiah seperti yang dijanjikan. Saya telah mencuba menghubungi pihak tuan beberapa kali tetapi tidak mendapat layanan yang sewajarnya. 3. Oleh itu, besarlah harapan saya agar pihak tuan dapat memberikan penjelasan kepada saya tentang masalah yang sebenarnya. Saya berharap juga agar hadiah tersebut dapat

Pemahaman 3

Embed Size (px)

Citation preview

Soalan 1 hingga Soalan 5

Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

1.Surat ini adalah surat...

A aduan.

B undangan.

C rayuan.

D pesanan.

2.Apakah tujuan penulis menulis surat ini?

A untuk menuntut hadiah peraduan melukis

B untuk menyatakan rasa tidak puas hati terhadap hadiah yang diterima

C untuk menukar hadiah yang dimenanginya

D untuk menyertai peraduan melukis

3. Bilakah hadiah itu sepatutnya diterima?

A akhir bulan Januari

B awal bulan Februari

C pertengahan bulan Februari

D awal bulan Mac

4. Apakah harapan penulis terhadap pihak urus setia pertandingan itu?

A supaya hadiah itu dapat dikirimkan dengan segera

B supaya pihak penganjur membayar ganti rugi

C supaya dia diberi penjelasan tentang hal itu

D supaya dia diberi peluang memilih hadiahnya

5. Pada pendapat anda, mengapakah hadiah itu lambat diterima?

A hadiah itu telah dituntut oleh orang lain

B hadiah itu sebenarnya tidak disediakan oleh pihak penganjur

C penulis sebenarnya bukan pemenang yang sah

D kesilapan alamat semasa proses penghantaran

Soalan 6 hingga Soalan 10

Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

KLANG, Sabtu Sekolah Menengah Kijang, Klang melancarkan Program Penghijauan Sekolah. Program ini bertujuan untuk mengindahkan sekolah. Selain itu, program ini menerapkan konsep pemuafakatan dan pembinaan sahsiah murni dalam kalangan murid.

Program Penghijauan Sekolah adalah antara usaha untuk menaikkan nama sekolah selain mengindahkan dan membersihkan persekitarannya. Usaha ini penting bagi mewujudkan suasana yang sihat untuk pembelajaran. Hasilnya, sekolah ini terpilih buat kali keduanya sebagai Sekolah Harapan Negara bagi tahun ini.

Menurut Cikgu Vivian Lin, guru penyelaras program tersebut, nilai-nilai positif dapat disemaikan dalam kalangan murid bagi meningkatkan mutu kebersihan dan keindahan alam sekitar.

Konsep gotong-royong telah berjaya mewujudkan budaya yang menjadi teras kejayaan sekolah ini, katanya lagi. Logan a/l Rajunathan, pengerusi jawatankuasa penyelaras program tersebut berkata bahawa matlamat Sekolah Menengah Kijang untuk mewujudkan suasana alam sekitar yang bersih, nyaman, dan selesa di sekolah tercapai. Pencapaian tersebut pula adalah hasil daripada permuafakatan antara murid, guru, ibu bapa, serta masyarakat. Menurutnya lagi, semangat belajar dalam kalangan murid sekolah tersebut semakin meningkat kerana suasana belajar lebih selesa.

Antara aktiviti dalam Program Penghijauan sekolah termasuklah pembinaan 25 buah taman mini di sekolah. Taman mini itu diletakkan di bawah tanggungjawab persatuan atau kelab di Sekolah Menengah Kijang. Malah, Lembaga Pengawas sekolah turut bertanggungjawab atas sebuah taman mini yang dinamakan Taman Eksotik.

Usaha Sekolah Menengah Kijang ini turut menjadi contoh kepada sekolah lain di daerah Klang.

6.Apakah tujuan utama Program Penghijauan Sekolah dilancarkan?

Auntuk membentuk sahsiah murni di kalangan murid

B untuk menaikkan nama sekolah

C untuk mengindahkan kawasan sekolah serta menerapkan konsep

pemuafakatan

D untuk menyediakan persekitaran pembelajaran yang selesa

7. Nilai-nilai positif yang berikut dapat disemaikan melalui Program Penghijauan Sekolah, kecuali...

A jujur.

B bertanggungjawab.

C bekerjasama.

D cinta akan alam sekitar.

8. Frasa menaikkan nama dalam berita tadi bermaksud

Amemanggil nama.

B menjunjung nama.

C meninggikan nama.

D mengharumkan nama.

9.Konsep gotong-royong yang ditonjolkan oleh murid-murid Sekolah Menengah Kijang diibaratkan

A seperti aur dengan tebing.

B seperti anjing dengan kucing.

C seperti cincin dengan permata.

D seperti murai dicabut ekor.

10. Penyataan yang berikut benar tentang berita tadi, kecuali

A konsep permuafakatan dapat diterap di kalangan murid melalui Program

Penghijauan Sekolah.

B rata-rata murid amat bersetuju dengan Program Penghijauan Sekolah.

CProgram Penghijauan Sekolah hanya melibatkan murid-murid.

D suasana yang bersih dan nyaman dapat merangsang minda.

PEMAHAMAN PETIKAN UPSR 3

Lot 45, Jalan SS21/52,

47400 Damansara Utama,

Petaling Jaya.

_____________________________________________________________________

Urus Setia Peraduan Melukis,

Majalah Seni Kreatif,

Lot 222, Jalan 2/4,

43500 Petaling Jaya. 12 APRIL 2008.

Tuan,

Hadiah Peraduan Melukis

Untuk makluman tuan, saya telah memenangi tempat ketiga dalam peraduan melukis anjuran Majalah Seni Kreatif. Nama pemenang telah diumumkan dalam majalah tersebut pada keluaran Januari 2008.

2. Pada akhir bulan Januari, saya telah menerima surat yang menyatakan bahawa saya akan menerima hadiah tersebut dalam tempoh dua minggu. Namun demikian, sehingga hari ini saya masih belum menerima hadiah seperti yang dijanjikan. Saya telah mencuba menghubungi pihak tuan beberapa kali tetapi tidak mendapat layanan yang sewajarnya.

3. Oleh itu, besarlah harapan saya agar pihak tuan dapat memberikan penjelasan kepada saya tentang masalah yang sebenarnya. Saya berharap juga agar hadiah tersebut dapat dikirimkan dengan segera kepada saya.

Atas perhatian dan kerjasama tuan, saya ucapkan ribuan terima kasih. Sekian.

Yang benar,

Dareenchoi

..............................

(DARREN CHOI)