Pemain Tenis Dunia

Embed Size (px)

Citation preview

[ROGER FEDERER]

Pengenalan Tenis merupakan salah satu pemainan menggunakan raket yang disukai oleh sebahagian besar penduduk dunia. Ia dikenali sebagai Jeu de Paume di Perancis, Real Tennis di Britain dan Royal Tennis di Australia. Ia merupakan sukan raket yang tertua berbanding sukan squash dan beberapa sukan raket yang lain. Berdasarkan beberapa catatan sejarah, permainan menggunakan bola dan raket telah dimainkan sejak sebelum masihi lagi. Ketika itu, ia dimainkan di Mesir dan Yunani. Roger Morgans pula di dalam bukunya yang bertajuk Tennis, The Development of The European Ball Game, menyatakan bahawa permainan tenis ini dimainkan di jalan raya pada Zaman Pertengahan. Tetapi pada abad ke-11, permainan yang seakan-akan tenis telah dimainkan pada pertama kalinya di salah sebuah kawasan di Perancis. Bola yang digunakan dibalut dengan benang berbulu dan pemukulnya hanya menggunakan tangan. Pada ketika itu, tenis dimainkan oleh para rahib di Perancis dan Itali. Permainan ini berkembang apabila rahib-rahib tersebut mengembara dari satu biara ke biara yang lain, yang seterusnya mewujudkan banyak peraturan. Keseronokan bermain tenis ini menyebabkan para rahib tidak mengendahkan larangan Pope. Pada abad ke-14, ia telah berkembang dari kawasan gereja sehingga ke istana dan turut menjadi permainan bagi golongan bangsawan.

Permainan ini kemudian diperkenalkan ke Itali dan Inggeris pada abad ke-13 dan ia telah mendapat sambutan hangat dalam waktu yang singkat dan terus berkembang ke negara-negara Eropah yang lain. Walaupun pada mulanya permainan tenis hanya menggunakan tangan, tetapi lama-kelamaan ada pemain yang menggunakan sarung tangan (glove), dan kemudiannya memintal tali di tangan. Seterusnya, ia mengalami perkembangan apabila mereka menggunakan rangka yang dipintal dengan tali dan berpemegang. Ia merupakan raket bertali yang mula diperkenalkan sekitar abad ke-15 oleh Antonio da Scalo, seorang profesor berbangsa Itali. Beliau menamakan permainan ini sebagai 'tenis padang' (lawn tennis). Manakala, di dalam buku Book of Games And Sports, yang diterbitkan dalam tahun 1801 pula, ia disebut sebagai tenis panjang. Bola tenis pula diperbuat daripada gabus yang dibalut dengan kain yang diikat secara ketat, tetapi ia hanya boleh bertahan selama 2 minggu. Bola tenis seterusnya mengalami revolusi apabila ia diperbuat menggunakan bulu biri-biri. Bola tersebut lebih ringan berbanding sebelumnya. Manakala, gelanggang tenis yang pertama telah dibina di Hampton Court pada tahun 1625 dan ia telah memperlihatkan motif sebenar permainan. Gelanggang tersebut masih lagi digunakan sehingga sekarang untuk pertandingan. Pada ketika itu juga, iaitu sekitar abad ke-16 dan abad ke-17, golongan bangsawan di England dan Perancis mula memainkannya. Di England, Henry VII amat menyukai sukan ini dan pewarisnya sendiri memiliki gelanggang asal di Hampton Court Palace. Pada ketika itu juga di Paris, sebanyak 1800 gelanggang telah dibina. Ada pendapat mengatakan bahawa gelanggang tenis telah di bina di atas kapal 2000 tan di Perancis. Manakala, gelanggang yang dibina di Versailles, Perancis pada tahun 1686, pula berharga 45,403 franc. Tetapi pada sekitar tahun 1700, tenis mula disisihkan di Perancis. Sungguhpun begitu, terdapat juga gelanggang yang dibina seperti di Bath pada tahun 1777 tetapi ia hanya digunakan selama 37 tahun sahaja, dan kini bangunan itu telah dikenali sebagai Bath Industrial Heritage Centre. Pada pertengahan abad ke 19, kebangkitan semula tenis mula dirasai. Ketika itu, gelanggang tenis yang pertama di Amerika Syarikat dan Australia telah dibina pada tahun 1876 dan 1882. Tetapi, perang dunia pertama telah memberikan impak yang negatif terhadap permainan tenis ini.Kelab tenis pertama iaitu Leamington telah didirikan di Perancis oleh J.B. Perera, Harry Gem, Dr. Frederick Haynes, dan Dr. Arthur Tompkins pada tahun 1872. Pada masa itu, tenis dikenali sebagai pelota atau lawn rackets. Dalam tahun 1874, permainan tenis pertama kali dimainkan di Amerika Syarikat oleh Dr. James Dwight dan F.R. Sears. Sementara itu, All England Croquet Club pula telah didirikan pada tahun 1868. Pada tahun 1970, barulah pejabatnya dibuka di Jalan Worple, Wimbledon. Pada tahun 1875, kelab ini bersedia memberikan dana untuk permainan tenis dan badminton. Peraturan permainan tenis padang juga ditulis. Amerika Syarikat pula mendirikan kelab tenis yang pertama di Staten Island. Keadaan ini menyebabkan perkembangan yang pesat dalam sukan tenis dan berjaya melahirkan ramai pemain tenis yang hebat di peringkat dunia. Kejuaraan tenis yang pertama telah bermula pada tahun 1877. Ketika itu, seramai 21 orang pemain telah mengambil bahagian. Dalam kejuaraan tersebut. Spencer William Gore telah menjadi pemenangnya. Kini, kejuaraan tenis tersebut dikenali sebagai Kejuaraan Wimbledon. Sukan tenis ini juga telah melahirkan ramai bintang tenis yang hebat dan terkenal, seperti Jimmy Connors, John Mc Enro, Ile Natashe, Bjorn Borg, Boris Becker, Mats Wilander, Stefie Graff, Monica Seles, Martina Hingis, Pete Sampras, Andre Agassi. Kini, tenis telah menjadi satu permainan yang berbentuk komersil yang menawarkan hadiah yang lumayan.

Pemain Tenis Dunia. Roger Federer Roger Federer dilahirkan pada 8 Ogos 1981 di Basel, Switzerland. Beliau kini berumur 30 tahun, adalah seorang pemain asal Switzerland. Ia adalah salah satu pemain terbaik di dunia saat ini, dan menduduki peringkat pertama dunia dari 2 Februari 2004 hingga 18 Ogos 2008 dan kemudian dari 6 Julai 2009 hingga kini. Ia adalah pemegang rekod gelaran Grand Slam perseorangan putra terbanyak sepanjang sejarah dengan 16 gelaran. Banyak dari kalangan pengulas, penganalisis, pemain aktif, dan bekas pemain menganggapnya sebagai pemain terbaik sepanjang masa. Beliau mula bermain tenis pada usia 6 tahun. Pada usia 14 tahun, ia menjadi juara junior Switzerland. Tahun 1998, tahun terakhirnya dalam dunia tenis junior, ia menjadi juara perlawanan junior di Wimbledon. Pada bulan Julai tahun yang sama, ia bergabung dengan tur Persatuan Profesional Tenis (ATP). Dua tahun kemudian pada Sukan Olimpik Sydney 2000, ia berjaya mencapai babak semifinal, namun kalah dalam perebutan pingat gangsa. Tinggi badannya adalah 185 cm. Beliau mempunyai ketinggian sebanyak 1.85 meter dan berat badan sebanyak 85.0 kilogram. Gaya bermain yang biasanya digunakan oleh beliau dalam setiap perlawanan ialah pukulan kilas satu tangan menggunakan tangan kanan. Jumlah wang hadiah yang pernah beliau dapat ialah US$ 49,475,219. Roger Federer merupakan seorang pemain tenis lelaki dari Switzerland. Beliau telah menjadi pemain nombor satu di dunia sejak 2 Februari 2004. Beliau merupakan antara pemain paling hebat di dunia. Federer pernah memenangi Grand Slam 15 kali, Piala Masters Tenis tiga kali, serta ATP Masters Series 14 kali dalam kerjayanya. Beliau memegang rekod menang dalam tiga Grand Slam dalam setahun untuk tiga tahun (2004, 2006 dan 2007), mencapai perlawanan akhir dalam sepuluh Grand Slam berturut-turut, serta rekod bersama memenangi Kejohanan Wimbledon lima kali berturut-turut dari 2003 hingga 2007. Beliau merupakan satu-satunya pemain yang mencapai perlawanan akhir setiap Grand Slam untuk dua tahun berturut-turut dari 2006 hingga 2007, serta memenangi kedua-dua Wimbledon dan Terbuka Amerika Syarikat empat tahun berturut-turut. Roger Federer merupakan seorang pemain tenis lelaki dari Switzerland. Beliau menjadi pemain nombor satu di dunia sejak 2 Februari 2004. Beliau sering dianggap sebagai antara pemain paling hebat di dunia. Federer telah memenangi Grand Slam 15 kali, Piala Masters Tenis tiga kali, serta ATP Masters Series 14 kali dalam kerjayanya. Kini, beliau memegang rekod menang dalam tiga Grand Slam dalam setahun untuk tiga tahun (2004, 2006 dan 2007), mencapai perlawanan akhir dalam sepuluh Grand Slam berturut-turut, serta rekod bersama memenangi Kejohanan Wimbledon lima kali berturut-turut dari 2003 hingga 2007. Beliau merupakan satu-satunya pemain yang mencapai perlawanan akhir setiap Grand Slam untuk dua tahun berturut-turut dari 2006 hingga 2007, serta memenangi kedua-dua Wimbledon dan Terbuka Amerika Syarikat empat tahun berturut-turut.Kejayaan Roger Federar Dalam Perlawanan Tenis2001-2003Federer memenangi pertandingan ATPnya yang pertama pada Februari 2001 di Milan. Beliau mencapai suku akhir di Wimbledon, mangalahkan Pete Sampras dalam pusingan keempat. Pada 2002, beliau mencapai perlawanan akhir Masters Series pertamanya di Masters Miami, tetapi ditewaskan oleh Andre Agassi. Jurulatihnya Peter Carter meninggal dunia dalam satu kemalangan jalan raya pada Ogos 2002, dan ini dikatakan begitu menyedihkan bagi Federer. Federer kalah dalam Terbuka Perancis, Wimbledon dan Terbuka AS pada pusingan awal. Pada 2003, beliau mencapai pusingan 16 akhir Terbuka Australia tetapi kalah dalam pusingan pertama Terbuka Perancis. Namun, beliau berjaya memenangi Grand Slam pertamanya dalam Wimbledon, dengan mengalahkan Mark Philippoussis dalam perlawanan akhir dan hanya tewas satu set dalam seluruh kejohanan. Walaupun Federer kalah dalam pusingan 16 akhir Terbuka AS, beliau memenangi Piala Masters Tenis, dengan mengalahkan Andre Agassi dalam perlawanan akhir.2004Tahun 2004 merupakan tahun cemerlang bagi Federer. Beliau memenangi tiga daripada empat Grand Slam, dan menjadi pemain nombor satu di dunia selepas Terbuka Australia di mana beliau menewaskan Marat Safin dalam perlawanan akhir. Beliau menewaskan Andy Roddick dan Lleyton Hewitt dalam perlawanan akhir Wimbledon dan Terbuka AS masing-masing. Beliau juga meraih Piala Masters Tenis dengan mengalahkan Lleyton Hweitt dalam perlawanan akhir. Federer hanya gagal memenangi Terbuka Perancis serta pingat emas Olimpik Athens 2004.

2005-2006Federer memulai tahun 2005 ditewaskan oleh Marat Safin dalam separuh akhir Terbuka Australia. Beliau juga dikalahkan oleh Rafael Nadal dalam separuh akhir Terbuka Perancis. Safin dan Nadal memenangi Terbuka Australia dan Terbuka Perancis masing-masing. Beliau berjaya mempertahankan kejuaraan Wimbledon dan Terbuka ASnya, tetapi kalah kepada David Nalbandian dalam perlawanan akhir Piala Masters Tenis 2005. Pada 2006, beliau sekali lagi memenangi tiga daripada empat Grand Slam, serta mengekalkan diri sebagai pemain nombor satu. Dalam Terbuka Perancis, Federer gagal menewaskan juara bertahan Rafael Nadal dalam perlawanan akhir. Beliau turut memenangi Piala Masters Tenis.

2007Federer memenangi Terbuka Australia, menewaskan Fernando Gonzlez dalam perlawanan akhir. Pada Mei, Federer menewaskan Nadal dalam Masters Hamburg, kali pertama dalam permukaan liat. Namun, Federe masih kalah kepada Nadal dalam perlawanan akhir Terbuka Perancis 6-3, 4-6, 6-4, 6-3. Federer berjaya meraih Wimbledon (7-6, 4-6, 7-6, 2-6, 6-2 menewaskan Nadal) dan Terbuka AS (7-6, 7-6, 6-4 menewaskan Novak okovi). Selepas itu, Federer tewas kepada David Nalbandian dalam pertandingan Masters Madrid dan Masters Paris berturut-turut. Pemain No. 3 dunia, Roger Federer dari Switzerlandberjaya menjuarai acara perseorangan lelakikejohanan Tenis Wimbledon 2012 apabila berjaya menewaskan pemain No. 4 dunia, Andy Murray dari Britain dalam pertarungan 4 set 4-6, 7-5, 6-3, 6-4. Dengan kemenangan ini Roger Federer berjaya menjuarai Wimbledon untuk kali ketujuh menyamai rekod kejuaraan lagenda tenis Pete Sampras dari Amerika Syarikat. Kejuaraan ini merupakan kejuaraan Grand Slam beliau yang ke-17 sepanjang karier beliau. Selain kejayaan manis ini, beliau juga berjaya merampas kedudukan sebagai pemain tenis No. 1 dunia daripada Novak Djokovic dari Serbia.Novak Djokovic menguasai sepenuhnya Jelajah ATP tahun ini - gah dengan rekod 57 kemenangan berbalas dua kekalahan dalam sembilan kejohanan yang disertainya setakat ini.Hadiah wang tunai yang diraih pemain No. 1 dunia itu setakat ini, jauh mengatasi jumlah yang dimenangi kedua-dua musuh ketatnya iaitu Rafael Nadal dan Roger Federer. Pemain Serbia itu jelas berada di kemuncak prestasi buat masa ini dan berkemungkinan besar untuk tahun-tahun akan dating. Namun, jika mahu dibandingkan dengan Federer dan Nadal dari aspek perolehan pendapatan, Djokovic masih bukan lawan pasangan tersebut yang mengungguli dunia tenis lelaki selama enam tahun ini dengan kombinasi 26 gelaran Grand Slam di antara mereka. Federer ialah pemain berpendapatan paling tinggi dalam tempoh 12 bulan lalu, meraih AS$47 juta (RM140.4 juta) menerusi hadiah kemenangan, bayaran iklan dan pertunjukkan serta yuran penampilan. Meskipun pencapaiannya kian merosot menyaksikan dia hanya merangkul satu gelaran tahun ini berbanding purata lapan kejuaraan setiap tahun sejak 2003, pendapatan bintang Switzerland itu sedikit pun tidak terjejas sebaliknya semakin meningkat. Federer memiliki perjanjian jangka panjang bersama Credit Suisse, Jura, Lind, National Suisse, Net Jets, Rolex dan Wilson. Tahun ini, dia memperbaharui kontrak dengan Marcedes-Benz yang sebelum ini hanya untuk China namun kontrak itu kini bertambah selepas ia diperluaskan kepada seluruh dunia. Menambah jumlah pendapatan pemain No. 3 dunia itu ialah kontraknya bersama Gilette memandangkan dia akan digunakan sebagai sebahagian program penajaan Olimpik 2012. Ini kerana Federer dianggap legenda di London berikutan pencapaian membolot enam gelaran Wimbledon. Bayaran termahal diterima Federer datangnya dari Nike. Kontraknya bersama syarikat gergasi barangan sukan itu dilanjutkan selama 10 tahun pada 2008 dan ia menjadi pakej penajaan paling lumayan dalam tenis bernilai lebih AS$10 juta setahun. Selain portfolio penajaan, Federer turut meraih pendapatan sampingan menerusi perlawanan pertunjukkan. Dia mampu meraih sebanyak AS$1 juta di setiap kali turun gelanggang. Pemain yang paling rapat dengan Federer dari segi pendapatan ialah Nadal dengan jumlah perolehan AS$31 juta dalam tempoh 12 bulan lalu. Dia menjana AS$10 juta menerusi hadiah kemenangan sahaja. Selebihnya, Nadal meraih pendapatan tambahan hasil tajaan Nike, Babolat, Kia Motors, Richard Maille dan sekumpulan syarikat Sepanyol. Tahun lalu, Nadal mengikut jejak langkah dua bintang bola sepak, David Beckham dan Cristiano Ronaldo, sebagai model seluar dalam Giorgio Armani. Djokovic (AS$18 juta) menduduki ranking keempat dengan sebahagian besar - AS$11 juta diperoleh melalui titik peluh di gelanggang. Status Djokovic sebagai pemain utama dunia sedikit sebanyak telah meningkatkan harga permintaannya untuk aksi pertunjukkan, namun penajaan masih terhad. Dia kini menerima tajaan daripada Sergio Tacchini, Head, Fitline dan Telekom Srbija. Ratu tenis Rusia, Maria Sharapova yang mengaut AS$25 juta, meletakkan dirinya pada ranking ketiga di belakang Federer dan Nadal. Angka berkenaan juga melayakkan dia bergelar atlet wanita berpendapatan paling tinggi di dunia. Juara tiga kali Grand Slam itu menampilkan portfolio memberangsangkan termasuk Nike, Head, Evian, Clear Shampoo, Sony Ericsson, Tiffany dan Tag Heuer. Dia dijangka terus berada di senarai pemain tenis terkaya selepas melanjutkan kontrak lumayan Nike bernilai AS$70 juta untuk lapan tahun bermula 2010.

Pendapatan Roger Federer Roger Federer ( Switzerland) $ 35 million

Bintang tenis dunia, Roger Federer yang memperoleh pendapatan sebanyak 40.63 juta (RM198.265 juta), mengatasi kedudukan pemain bola sepak, David Beckham selepas diterajuinya selama dua tahun dalam senarai antarabangsa. Dalam senarai antarabangsa, Federer melonjak dari tempat kesembilan tahun lalu kerana menerima pendapatan berganda manakala Beckham terjatuh ke tangga ketiga dengan memperoleh 26.64 juta pound (RM130 juta), ketinggalan di belakang pemain terbaik dunia FIFA, Lionel Messi yang memperoleh 28.95 juta pound (RM141.27 juta). Bintang Real Madrid, Cristiano Ronaldo mengisi kelompok lima teratas dengan pendapatan mencecah 26.31 juta pound (RM128.39 juta) dan peninju Manny Pacquiao dengan 24.99 juta pound (RM121.95 juta). Federer menduduki tempat kedua dalam ranking keseluruhan tetapi Beckham sekadar di tempat ketujuh. Secara keseluruhan, purata pendapatan untuk semua senarai 50 atlet meningkat 11 peratus kepada 17.25 juta pound (RM84.17 juta) dan melonjak 1.7 peratus kepada 19.7 juta pound (RM96.13 juta) untuk 20 bintang antarabangsa. Top of FormBottom of Form

Grand Slam Tenis

Grand 4 Slam kejohanan, juga dipanggil "Majors" atau "Slam", tenis acara tahunan yang paling penting. Mereka menawarkan mata paling kedudukan dan hadiah wang tunai, kekuatan dan saiz medan, dan menarik perhatian yang paling awam dan media. Aturcara Grand Slam terdiri daripada Terbuka Australia pada Januari, Terbuka Perancis Mei / Jun, Wimbledon pada bulan Jun / Julai, dan Terbuka Amerika Syarikat (AS) pada bulan Ogos / September. Kejohanan Australia dan Amerika Syarikat dimainkan di gelanggang keras, Perancis pada tanah liat, dan Wimbledon di atas rumput. Wimbledon adalah Major tertua, yang diasaskan pada tahun 1877, diikuti oleh Amerika Syarikat pada tahun 1881, Perancis pada tahun 1891, dan Australia pada tahun 1905. Grand Slam panjang juga, dan asalnya, merujuk kepada pencapaian memenangi kesemua empat kejohanan utama dalam satu tahun kalendar tunggal dalam tempoh salah satu daripada lima disiplin: perseorangan lelaki dan wanita, lelaki wanita, dan beregu campuran. Dalam dua kali ganda satu pasukan boleh mencapai Grand Slam bermain bersama-sama atau seorang pemain boleh mencapai dengan rakan-rakan yang berbeza. Istilah "Grand Slam" tanpa syarat merujuk kepada memenangi empat jurusan dalam satu tahun kalendar. [1] [2] [3] Memenangi empat jurusan kejohanan berturut-turut tetapi tidak pada tahun yang sama dikenali sebagai Bukan-Kalendar Tahun Grand Slam, sementara memenangi kesemua empat jurusan pada mana-mana titik sepanjang kerjaya dikenali sebagai Kerjaya Grand Slam. Memenangi pingat emas Olimpik sebagai tambahan kepada empat jurusan dalam satu tahun kalendar dikenali sebagai "Golden Grand Slam". Ia hanya mungkin untuk mencapai matlamat ini pada tahun Olimpik sejak tahun 1988, apabila tenis lagi menjadi satu acara Olimpik. Pada tahun 1988, Steffi Graf menjadi yang pertama, dan setakat ini, hanya pemain untuk mencapai emas grand slam. [4] Andre Agassi dan Rafael Nadal telah mencapai kerjaya keemasan Grand Slam. Empat Majors dalam ketiga-tiga disiplin di mana seseorang layak-perseorangan, beregu, dan campuran dua kali ganda-dipanggil "berkotak set" Grand Slam tajuk. Tiada pemain telah memenangi kesemua 12 peristiwa dalam satu tahun kalendar tetapi ia telah dilakukan oleh tiga pemain perempuan dalam kerjaya mereka. Gelanggang Tenis

Gelanggang Tenis Gelanggang tenis indoor dan outdoor. Permukaannya rata dan bebas daripada sebarang gangguan. Ia dalam bentuk gelanggang rumput, yang diperbuat daripada kayu, simen ataupun parguay.

Ukuran gelanggang ialah 23.77 m (78 kaki) panjang dan 8.23 m (27 kaki) lebar untuk perseorangan dan 10.98 m bagi keseluruhan gelanggang. Gelanggang tenis dibahagi kepada dua bahagian. Bahagian tengah gelanggang terdapat satu jaring. Setiap bahagian di bahagi lagi kepada tiga bahagian, iaitu dua bahagian berbentuk empat segi di hadapan dan satu bahagian empat segi di belakang, Semua bahagian tersebut dipisahkan dengan garisan yang jelas dan sebaik-baiknya ditanda menggunakan garisan putih. Bola yang dipukul dari luar gelanggang hendaklah tidak menyentuh garisan kerana ia hanya akan membawa mata kepada pihak lawan.RefleksiPensyarah tenis WAJ 2012W iaitu En. Amran telah memberi saya tugasan projek mengenai tokoh tenis yang merupakan pemain tenis dunia. Selepas tugasan diberikan, saya merasakan tugasan saya ini agak susah. Tetapi setelah saya berkolabrasi bersama-sama kawan yang merupakan kawan seunit, baru saya dapat merasakan bahawa tugasan ini agak senang.kami juga terpaksa memilih permain tenis yang berbeza antara kami supaya kami dapat menjana idea yang pelbagai serta kami juga dapat mengetahui lebih lanjut tentang pemain tenis peringkat dunia. Saya telah memilih pemain tenis dunia yang bernama Roger Federer. Untuk mencari maklumat Roger dunia, saya terpaksa meminjam buku di pusat sumber, melayari internet,serta membaca jurnal. Ternyata setelah saya menerokai dan mengetahui serba sedikit pemain tenis dunia, barulah saya tertarik dengan pemainan tenis ini. Dengan pembacaan yang teliti membolehkan saya menyiapkan tugasan ini dengan lengkap. Maklumat melalui internet juga telah membantu saya. Ternyata jika kita merupakan pemain tenis yang amatur, pendapatan kita juga akan lumayan. Selain dapat mengetahui tentang pemain tenis, saya juga dapat mengetahui tentang Gran Slam. Selain itu, kami juga ditugaskan untuk mencari ukuran gelanggang tenis yang betul. Kami juga didedahkan kedudukan gelanggang serta susunatur yang betul. Setelah memcari maklumat, saya rasa teruja untuk bermain tenis.terdapat juga beberapa masalah ketika memnyiapakn tugasan ini. Masalah yang utama ialah rujukan adalah terhad, saya terpaksa memcari beberapa buku untuk menjadikan maklumat saya itu panjang. Selain itu, rujukan adalah dalam bahasa inggeris, saya terpaksa mengambil masa yang agak panjang untuk menterjemahkan ke dalam bahasa melayu. Tetapi saya amat bersyukur kerana saya dapat meyiapkan tugasan ini dengan sempurna.

RUJUKANGsport.blogspot (2011). Sejarah permainan Tenis. [Online]http://gsport-gsport.blogspot.com/2011/06/sejarah-permainan-tenis.htmwebsite profile Roger Federer ATP website profile of Roger Federer

[TENIS]Page 13