pembanguann lestari

Embed Size (px)

DESCRIPTION

pl

Citation preview

  • i

    KESEDARAN PEMBANGUNAN LESTARI DI PERINGKAT AWAL UMUR KANAK-KANAK

    MARIANI BT HAMBUG

    Tesis ini dikemukakan adalah sebagai

    memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam

    FAKULTI KEJURUTERAAN AWAM UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

    MEI 2008

  • ii

    SUSTAINABLE DEVELOPMENT AWARENESS AT EARLY CHILDHOOD AGE

    MARIANI BT HAMBUG

    This thesis is submitted as a partial requirement

    for award of Bachelor Degree in Civil Engineering

    FACULTY OF CIVIL ENGINEERING UNIVERSITY OF TECHNOLOGY MALAYSIA

    MEI 2008

  • iii

    PENGESAHAN PENYELIA

    Saya mengakui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan

    penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam.

    Tandatangan : Nama Penyelia : DR. ROZANA BINTI ZAKARIA Tarikh : 14 APRIL 2008

  • iv

    PENGESAHAN PENULIS

    Saya akui ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan

    sumbernya.

    Tandatangan : Nama Penulis : MARIANI BT HAMBUG Tarikh : 14 APRIL 2008

  • v

    .Teristimewa buat bapa En Hambug bin Hj

    Momen, mak Pn Saniah bt Abd Ghani,

    abang-abang Mohd Safri & Nazri,

    kakak-kakak Marni & Masni,

    serta adik-adik Mohd Sahrun & Maziana

    terima kasih atas sokongan kalian

  • vi

    PENGHARGAAN

    Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...... Saya

    ingin memanjatkan kesyukuran Alhamdulillah kerana dengan izinNYA maka terlaksana sudah hasil kajian ini.

    Ucapan setinggi-tinggi penghargaan terutama sekali lepada bapa tersayang, En. Hambug bin Hj Momen dan mak tercinta, Pn. Saniah bte Abd. Ghani serta adik-beradik yang lain dengan sepenuh kasih sayang dan sokongan moral yang dicurahkan serta berkat doa kalian, maka kajian ini berjaya dilaksanakan.

    Penghargaan yang tidak terhingga khas buat penyelia yang dihormati, Dr Rozana bt Zakaria di atas bimbingan dan tunjuk ajar yang diberikan sepanjang tempoh kajian dijalankan. Tidak lupa juga semua staff Fakulti Kejuruteraan Awam yang turut sama-sama membantu sepanjang saya menjalankan kajian ini.

    Tidak dilupakan kepada rakan-rakan sekuliah dan semua yang sudi membantu dalam menjayakan laporan ini. Semoga Allah memberkati apa yang kita lakukan ini Amin

  • vii

    ABSTRAK

    Persidangan Puncak Dunia (WSSD) yang diadakan di Johannesburg pada tahun 2002, telah membawa kepada satu pendekatan baru terhadap kemusnahan alam sekitar dan pembangunan global yang pantas. Pendekatan ini adalah berasaskan kepada konsep pembangunan lestari. Konsep pembangunan lestari atau pembangunan seimbang merupakan gagasan pembangunan moden yang paling proaktif dan praktikal untuk menangani isu mengimbangi antara tuntutan pembangunan dan pemeliharaan alam sekitar. Malaysia menerusi Rancangan Malaysia Ketujuh (1996-2000) telah menunjukkan iltizam yang tinggi untuk menjayakan konsep pembangunan lestari. Walaubagaimanapun, penerimaan terhadap konsep ini, masih tidak jelas dalam memastikan pembangunan yang lestari. Pada masa kini, pencemaran udara, pencemaran air, perubahan suhu bumi dan bencana yang disebabkan aktiviti manusia seperti banjir kilat, hakisan tanah adalah masalah yang berlaku berkaitan dengan pembangunan. Mengapa masalah ini berlaku? Adakah disebabkan kelemahan terhadap konsep pembangunan lestari ataupun kurangnya kesedaran dan pengetahuan di kalangan masyarakat mengenai pembangunan lestari. Disebabkan itu, perancangan yang berkesan terhadap pembangunan perlu dilaksanakan. Oleh itu kajian ini adalah membincangkan kesedaran pembangunan lestari di peringkat awal iaitu dalam kalangan kanak-kanak yang berumur diantara 5 tahun (pra sekolah) hingga 12 tahun. Kajian ini dijalankan berpandukan kepada kajian literatur dan menggunakan kaedah soal selidik untuk mendapatkan data. Data ini dianalisis menggunakan SPSS 16 dan Microsoft Excel 2003. Keputusan yang diperolehi, didapati konsep pembangunan lestari telah diterapkan di sekolah-sekolah kawasan kajian, di samping itu, mereka juga memahami pendekatan konsep ini yang menyeimbangkan antara pembangunan dan alam sekitar. Kajian ini juga, telah menunjukkan bahawa konsep pembangunan lestari sesuai didedahkan kepada kanak-kanak sebagai sebahagian matapelajaran atau aktiviti di sekolah. Perlaksanaan yang telah dilakukan pada masa sekarang telah dikenalpasti dan untuk memastikan keberkesanan konsep ini, beberapa perkara telah dicadangkan sesuai dilaksanakan di sekolah dan kawasan kejiranan agar konsep ini dapat diterapkan dengan berkesan dan berterusan.

  • viii

    ABSTRACT

    The World Summit on Sustainable Development (WSSD), held in Johannesburg in 2002 directing into new approach of new solution to sustain continuing environmental degradation and accelerating globalization. The key approach is based on the concept of sustainable development. It is proactive and practical initiative to overcome the issues arises between the urban development and the environmental protection. Through the seventh Malaysian Plan (1996-2000), Malaysia have put more effort to realising the sustainable development objective. This sustainable development initiatives, however have been slowing accepted in addressing environmental degradation and ensuring a sustainable mode of development. Nowadays, air pollution, water pollution, global climate change and natural disaster such as flash flood and soil erosion are the problem occur which relate with development. Why this scenario happening? Is that come from the weaknesses of the sustainable development concepts or it was affected by the human awareness and knowledge about sustainable development. Hence it is important to plan a better development to sustain environment. Therefore, this research were conducted in order to investigate the sustainable development awareness at early childhood age. The study was carried out using literature and questionnaires survey method and have been distributed to the respondent around Universiti Teknologi Malaysia residential area.. The data collected were analysed Statistical Package for Social Science (SPSS 16.0)and support by Microsoft Excel 2003 to obtain the average index and percentage. In conclusion, the result have been identified that sustainable development are applied at school and the responden understand sustainable development concept. From this study also shows that, the sustainable development education are suitable to be practised and applied in subject or any activities in school. Through this study, several method are identified suitable to be done at childhood age in order to make sustainable development concepts adapted in lifestyle.

  • ix

    ISI KANDUNGAN

    BAB

    BAB 1

    BAB II

    PERKARA

    JUDUL TITLE

    PENGAKUAN DEDIKASI PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT KANDUNGAN SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI SINGKATAN SENARAI LAMPIRAN

    PENDAHULUAN

    1.0 Pengenalan

    1.1 Matlamat Kajian 1.2 Penyataan Masalah

    1.3 Objektif Kajian 1.4 Skop Kajian 1.5 Metodologi Kajian

    KAJIAN LITERATUR

    2.0 Pendahuluan 2.1 Falsafah Pembangunan Negara 2.2 Apakah Pembangunan Lestari?

    M/ S

    i ii

    iii v

    vi vii

    viii ix xii xiii

    xiv xv

    1

    3 5

    5

    6 6

    8 11

    14

  • x

    BAB III

    BAB IV

    2.3 Kronologi Konsep Pembangunan Lestari 2.4 Prinsip Pembangunan Lestari 2.5 Evolusi Pendekatan Pembangunan Lestari 2.6 Masalah Alam Sekitar Akibat Pembangunan

    2.6.1 Pendahuluan 2.6.2 Kesan Rumah Hijau 2.6.3 Penipisan Lapisan Ozon

    2.7 Pertimbangan Ekologi dalam Pengurusan Alam Sekitar 2.7.1 Pendahuluan 2.7.2 Definisi Ekologi

    2.7.3 Ekologi: Keseimbangan Alam 2.7.4 Gangguan Ekosistem Kesan daripada Tindakan Manusia

    2.8 Usaha Untuk Memupuk Pembangunan Lestari 2.8.1 Pendidikan Dan Kesedaran Awam 2.8.2 Kurikulum Untuk Pra Sekolah dan Sekolah Rendah 2.8.3 Pembentukan Sekolah Lestari 2.8.3.1 Pendahuluan 2.8.3.2 Hasrat Sekolah Lestari

    2.8.3.3 Objektif Sekolah Lestari 2.9 Kesimpulan

    METODOLOGI KAJIAN

    3.0 Pendahuluan 3.1 Pengumpulan Data Kedua 3.2 Pengumpulan Data Utama

    3.2.1 Soal Selidik 3.3 Analisis Data

    ANALISIS DATA & KEPUTUSAN 4.0 Pengenalan

    4.1 Maklumat Responden 4.2 Mengenalpasti penerapan dan pemahaman pembangunan lestari

    16 17

    21

    24

    25

    26

    27

    28 29 31

    32 35

    36 37 38 39

    40 40

    41

    42

    44

    45

  • xi

    BAB V

    di peringkat pra sekolah dan sekolah rendah 4.2.1 Penerapan konsep pembangunan lestari diterapkan di

    sekolah

    4.2.2 Adaptasi pembelajaran pembangunan lestari di sekolah 4.3 Mengkaji pelajar diperingkat sekolah rendah sesuai diberi

    pendedahan menyeluruh tentang kepentingan pembangunan lestari

    4.3.1 Pendedahan konsep pada peringkat awal umur (5-12) tahun 4.3.2 Pembelajaran dan pengajaran pembangunan lestari di

    peringkat awal kanak-kanak?

    4.4 Mengenalpasti langkah-langkah yang sesuai dilakukan oleh pihak sekolah dan ibubapa untuk memastikan pembangunan lestari diadaptasikan dalam gaya hidup 4.4.1 Kaedah pembelajaran pembangunan lestari 4.4.2 Perlaksanaan pembangunan lestari di sekolah

    4.5 Perlaksanaan pembangunan lestari di kawasan kejiranan 4.6 Rumusan

    KESIMPULAN

    5.0 Pengenalan 5.1 Kesimpulan

    5.1.1 Penerapan dan pemahaman pembangunan lestari 5.1.2 Kesesuaian pendedahan pembangunan lestari di peringkat

    kanak-kanak

    5.1.3 Langkah-langkah yang perlu dalam perlaksanaan pembangunan lestari

    5.2 Cadangan 5.3 Had Kajian 5.4 Cadangan Kajian Masa Hadapan RUJUKAN

    LAMPIRAN A

    46

    47

    47

    48 49

    50

    50 51

    53 55

    57

    59 59 60

    60

    61 61 62 63 64

    66

  • xii

    SENARAI JADUAL

    NO. JADUAL TAJUK M/S

    1.0 4.1

    4.2

    4.3

    4.4

    4.5

    4.6

    4.7

    4.8

    4.9

    4.10

    Garis panduan kualiti udara 1996-1998 Status responden Pekerjaan responden Tempoh pengalaman bekerja responden Peratus responden yang mengetahui konsep pembangunan lestari

    Tahap persetujuan responden terhadap keberkesanan adaptasi pembangunan lestari Persetujuan responden terhadap pendedahan pembangunan lestari pada peringkat awal umur kanak-kanak Persetujuan responden terhadap sikap masyarakat yang perlu dipupuk dari peringkat awal Pendapat responden terhadap kaedah penerapan pembangunan lestari

    Peratus responden yang bersetuju terhadap kaedah perlaksanaan pembangunan lestari di sekolah Kaedah-kaedah perlaksanaan pembangunan lestari di kawasan rumah

    10 45 45 46

    47

    47

    49

    50

    51

    53

    55

  • xiii

    SENARAI RAJAH

    NO. RAJAH TAJUK M/S

    1.0 2.0

    2.1

    4.1

    4.2

    4.3

    Carta Alir Metodologi Kajian Objektif pembangunan lestari Hubungan tingkat kemajuan dan tingkat pencemaran Keberkesanan adaptasi pembangunan lestari Peratus persetujuan responden terhadap pendedahan pembangunan lestari pada peringkat awal umur kanak-kanak Peratus responden yang bersetuju terhadap kaedah-kaedah penerapan pembangunan lestari

    7

    15 23 48

    49

    51

  • xiv

    SENARAI SINGKATAN

    WSSD UTM

    SKTU 1 & 4 JAS

    CFC NGO

    DDT

    - World Summit on Sustainable Development - Universiti Teknologi Malaysia

    - Sekolah Kebangsaan Taman Universiti satu & empat - Jabatan Alam Sekitar - Cloroflorocarbon - Non Government Organization

    - Dichloro Diphenyl Tricholoethane

  • xv

    SENARAI LAMPIRAN

    LAMPIRAN TAJUK M/S

    A

    Borang soal selidik

    66

  • BAB I

    PENDAHULUAN

    1.0 PENGENALAN

    Tanggapan manusia terhadap alam sekitar, pembangunan ekonomi dan hubungan di antara keduanya semakin berubah. Penghujung 1980 an telah menyaksikan satu penilaian semula yang radikal terhadap kebimbangan manusia ke atas pembangunan sumber semulajadi dan hubungannya dengan degradasi alam sekitar, kualiti hidup, kemiskinan dan perubahan ekonomi. Penilaian radikal ini telah membuka satu pendekatan baru terhadap isu-isu berkaitan sumber semulajadi dan alam sekitar (Khairulmaini, 2000). Pendekatan ini adalah bertujuan untuk mengimbangkan permintaan manusia dan keupayaan daya tampung alam sekitar akibat kendalian sistem ekonomi. Pendekatan ini di gelar pembangunan lestari.

    Menurut Kamus Dewan edisi ketiga; Pembangunan dapat didefinisikan sebagai perihal membangun, mencapai kemajuan serta perkembangan. Manakala lestari adalah merujuk kepada keadaan yang tidak berubah-ubah, kekal serta tetap. Oleh yang demikian, pembangunan lestari merupakan satu konsep kemajuan yang mengekalkan sumber alam semulajadi dan ekosistemnya supaya dapat dimanfaatkan bersama oleh generasi masa depan.

    Konsep pembangunan lestari yang dicerap di Perhimpunan Bangsa-Bangsa Bersatu pada tahun 1987 sudah lama menjadi inspirasi Malaysia. Dasar Kerajaan Malaysia yang secara langsung atau tidak mempengaruhi pembangunan alam sekitar merangkumi beberapa perkara. Undang-undang merangkumi dasar-dasar yang

  • 2

    menggalakkan pembangunan lestari sumber semulajadi seperti i) pemeliharaan sumber-sumber air ii) pemeliharaan hutan iii) pemeliharaan perikanan iv) pemeliharaan binatang liar v) penginapan penduduk termasuk keselamatan, kesihatan dan kebajikan vi) pemuliharaan tanih vii) pemeliharaan sumber marin x) kawalan pencemaran xi) dan penilaian kesan ke atas alam sekitar (Khairulmaini, 2000).

    Pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar telah menjadi polimik dan perdebatan hangat beberapa dekad lamanya dikalangan pencinta alam dan ahli industri. Di suatu ekstrim, alam merupakan khazanah yang tidak ternilai dan perlu dipelihara untuk warisan sejagat dan tinggalan untuk generasi akan datang. Di ekstrim yang lain pula, alam merupakan sumber yang perlu diterokai untuk pertumbuhan ekonomi dan kesejahteraan sosial. Usaha dalam mengurus alam sekitar untuk kepentingan masyarakat masa kini dengan tidak mengabaikan kepentingannya untuk generasi akan datang adalah merupakan falsafah pemeliharaan yang sebenar. Pendekatan inilah yang dinamakan sebagai pembangunan lestari (Ibrahim, 2000). Falsafah pemuliharaan dan pemeliharaan juga mendokong konsep pembangunan seimbang yang mengekalkan proses ekologi yang penting untuk sistem sokongan hayat, memelihara kepelbagaian genetik, dan memastikan pengunaan sumber alam secara berterusan.

    Kesungguhan Malaysia di dalam usaha untuk mewujudkan corak pembangunan ekonomi yang mementingkan kualiti alam sekitarnya tidak perlu dipertikaikan. Matlamat dan objektif pembangunan lestari adalah sangat jelas. Bagaimanapun mekanisma untuk menghasilkan perubahan-perubahan ini masih belum begitu berkesan. Cabaran pada alaf baru adalah untuk mengharung prinsip-prinsip pembangunan lestari yang sudah direka kepada dasar-dasar yang boleh dicapai yang akan menghasilkan perubahan-perubahan yang nyata. Setakat ini, sistem udara, air dan tanah-tanih masih terjejas (Sham,1994). Masalah alam sekitar seperti pencemaran air dan pencemaran organan masih merupakan masalah genting yang mempengaruhi sungai-sungai di Malaysia dan masalah ini telah wujud sejak tahun 1960 an lagi (Abu Bakar, 2000). Di tambah lagi dengan kadar pertambahan penduduk yang tinggi dan keperluannya, faktor peningkatan pencemaran, penggunaan sumber alam secara berlebihan dan degradasi tanah secara berterusan

  • 3

    merupakan petunjuk penting alam sekitar yang membawa kemusnahan (Ibrahim, 2000).

    Sebagai mewujudkan pembangunan yang berkekalan dan berterusan, pengetahuan mengenai pembangunan lestari perlu di semai bermula dari peringkat awal persekolahan iaitu pra sekolah dan sekolah rendah (Bhaskar, 2005). Penilaian sama ada sistem pendidikan dan penerapan kesedaran pembangunan lestari dikalangan masyarakat umum telah mencapai kejayaan sistem pendidikan seharusnya berterusan di peringkat sekolah supaya murid mendapat pendedahan. Penilaian ke atas penerapan kesedaran terhadap pembangunan lestari kepada masyarakat umum adalah lebih sukar sekiranya masyarakat itu belum pernah didedahkan kepada pendidikan mengenai pembangunan lestari di peringkat sekolah (Jamaludin, 1996). Sekiranya ini berlaku bermakna penerimaan masyarakat mengenai nilai berkaitan pembangunan lestari akan menjadi lebih sukar dan perlahan kerana sikap dan cara hidup yang tidak mementingkan alam sekitar. Ekoran itu, penyediaan garis panduan khususnya untuk penglibatan para pelajar perlu juga diwujudkan untuk memastikannya berjalan lancar dan efektif.

    1.1 PENYATAAN MASALAH

    Pembangunan yang dijalankan pada masa kini banyak menyumbang kpada kemusnahan alam sekitar seperti kadar pencemaran yang tinggi, kepupusan hutan dan menjejaskan ekosistem kehidupan (Jamaludin, 1996). Memang tidak dapat dinafikan, pembangunan adalah salah satu bidang yang memberi sumbangan besar dalam meningkatkan ekonomi negara. Adalah menjadi matlamat utama setiap negara-negara yang membangun untuk mencapai kemajuan dari segi ekonomi untuk meningkatkan taraf hidup rakyatnya untuk menjamin kehidupan yang lebih berkualiti di masa hadapan. Disebabkan keghairahan dalam mengejar kemajuan, aspek dalam pemeliharaan alam sekitar semakin diabaikan, hanya segelintir sahaja yang mementingkan kualiti alam sekitar ( Surtahman dan Abd. Ghafar, 1997). Keadaan ini semakin membimbangkan bukan sahaja kepada negara tetapi juga ia menyentuh kepada aspek globalisasi. Alam sekitar negara yang pada masa ini diancam dengan isu pelupusan buangan berbahaya secara haram yang semakin meningkat, kejadian

  • 4

    tumpahan minyak, pembalakan haram, hakisan tanah, pembangunan dilereng-lereng bukit dan di tanah tinggi, pembangunan zon pantai dan lain-lain (Rosnani, 2000). Manakalan di peringkat global pula, pelbagai impak negatif hasil daripada pembangunan yang dijalankan contohnya seperti penipisan lapisan ozon, peningkatan suhu dunia dan kemusnahan sumber kepelbagaian biologi.

    Berdasarkan kajian Surtahman dan Abd Ghafar mengenai peningkatan suhu sebanyak 7.8C (14F) dibandingkan dengan suhu purata kawasan luar bandar. Ini menunjukkan bahawa, peningkatan ini akan bertambah dari masa ke semasa sekiranya pembangunan yang dijalankan tidak terancang. Kepanasan ini adalah disebabkan keadaan bumi yang terlalu kering yang tidak dapat menyerap kelembapan pada batu-batu, tambahan pula bangunan konkrit yang didirikan dapat memerangkap haba persekitaran dan bangunan yang tinggi ini juga telah menjadi penghalang kepada laluan angin atau peredaran udara. Pada tahun 1997, musim kemarau yang berpanjangan akibat daripada fenomena El-Nino telah mengurangkan isipadu aliran sungai. Hal ini menyebabkan kadar pencairan bahan pencemar yang dilepaskan ke dalam sungai menjadi terlalu sedikit. Masalah pencemaran sungai adalah semakin ketara tahun demi tahun. Hampir dua pertiga daripada 116 batang limbangan sungai yang diawasi oleh Jabatan Alam Sekitar didapati tercemar atau sedikit tercemar (Rosnani, 2000).

    Alam sekitar di Semenanjung Malaysia umumnya terdapat pada tahap pertengahan di mana sesetengah tempat pada masa-masa tertentu keadaannya buruk. Sementara di kawasan-kawasan lain pula ada yang bertambah baik dan ada pula yang bertambah buruk. Begitu juga dengan aspek jenis pencemaran yang kadang-kala wujud satu-satu ada masanya terdapat tertumpu di kawasan tertentu. Keadaan tersebut bergantung pada tahap pembangunan yang dilaksanakan serta keupayaan alam sekitar dalam menyerap pencemaran. Kesedaran masyarakat mengenai pentingnya untuk menjaga alam sekitar bukan hanya untuk masa sekarang, tetapi juga untuk masa hadapan bersesuaian dengan strategi pembangunan berterusan (Jamaludin, 1996).

    Masalah kemerosotan alam sekitar telah dikesan mempunyai beberapa dimensi yang paling berkait, iaitu dari segi jenis pencemaran, kawasan yang diliputinya dan

  • 5

    juga punca-punca utama. Kesemuanya ini menggambarkan polisi pembangunan yang tidak mengambil kira perancangan guna tanah yang menyeluruh dan menitik beratkan pengekalan serta pemeliharaan alam sekitar fizikal.

    Mengikut soal selidik yang dilakukan oleh Jamaludin sebelum ini berkenaan pendapat awam, didapati bahawa sejumlah 66.3% daripada 795 responden yang mengetahui mengenai kempen tentang pembangunan dan alam sekitar dalam media massa adalah tidak berkesan. Dari segi mata pelajaran yang berkaitan pembangunan dan alam sekitar yang diajarkan disekolah, hanya 13.6% sahaja yang mengatakan mata pelajaran itu sudah mencukupi, sementara 68.7% mengatakan sebaliknya. Kenyataan ini telah jelas menyokong perlunya sistem pendidikan formal di sekolah sebenarnya satu-satunya cara yang paling baik bagi memupuk semangat menyintai dan menyedari kepentingan pembangunan yang berteraskan alam sekitar bagi kegunaan kini dan masa depan.

    1.2 MATLAMAT KAJIAN

    Mengkaji kesesuaian penerapan dan adaptasi pembangunan lestari di peringkat awal umur kanak-kanak dalam masyarakat Malaysia.

    1.3 OBJEKTIF KAJIAN

    i) Mengenalpasti penerapan dan pemahaman pembangunan lestari diperingkat pra sekolah dan sekolah rendah

    ii) Mengkaji sama ada pelajar diperingkat sekolah rendah sesuai diberi pendedahan menyeluruh tentang kepentingan pembangunan lestari

    iii) Mengenalpasti langkah-langkah yang sesuai dilakukan oleh pihak sekolah dan ibubapa untuk memastikan pembangunan lestari diadaptasikan dalam gaya hidup.

  • 6

    1.4 SKOP KAJIAN

    i) Kajian hanya mengkaji kesesuaian penerapan dan adaptasikan pembangunan lestari di peringkat awal umur kanak-kanak

    ii) Responden terdiri daripada ibubapa dan guru sekolah iii) Kajian hanya melibatkan kanak-kanak diperingkat sekolah tadika dan

    sekolah rendah kebangsaan di sekitar kawasan Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

    1.5 METODOLOGI KAJIAN

    Umumnya, kajian ini akan dilaksanakan mengikut carta alir yang ditunjukkan dalam metodologi kajian. Kajian ini dimulakan dengan kajian awal untuk mengenalpasti masalah, menentukan objektif kajian, menentukan skop kajian dan seterusnya kajian literatur yang menggunakan sumber buku dan jurnal. Bagi mendapatkan data dan maklumat, borang soal selidik dibuat dan diedarkan kepada responden. Data yang diperolehi kemudiaannya akan dianalisis menggunakan indeks purata untuk mendapatkan rangkin. Hasil daripada analisis data, perbincangan akan dibuat seterusnya kesimpulan dan beberapa cadangan akan diutarakan di bab terakhir kajian ini.

  • 7

    Metodologi Kajian

    Langkah Pertama

    Anggapan awal Status Pembangunan Di

    Malaysia

    Langkah Kedua

    Memahami prinsip pembangunan lestari

    Mengenalpasti masalah

    Membina Borang Soal Selidik

    Pengumpulan Data

    Analisis data

    - Perisian computer ( SPSS 16, Microsoft Excel)

    Langkah Ketiga

    Kesimpulan dan cadangan

    Kesedaran mengenai pembangunan lestari

    Prinsip Pembangunan Lestari

    Komuniti ibubapa Guru Sekolah

    Membina Borang Soal Selidik

    Edar Borang Soal Selidik

    Analisis Data & Keputusan

    Kesimpulan & Cadangan

    Rajah 1.0 : Carta Alir Metodologi Kajian

  • BAB II

    KAJIAN LITERATUR

    2.0 PENDAHULUAN

    Keperluan pembangunan untuk kesejahteraan manusia dan pentingnya mengekalkan integriti alam sekitar merupakan tuntutan yang selari dan perlu dilakukan secara bersama. Jika ditinjau dengan lebih mendalam, keperluan kesejahteraan manusia perlu disokong oleh usaha mengekalkan kesihatan alam sekitar. Ringkasnya, sistem sokongan hidup manusia bergantung kepada alam sekitar. Kualiti alam sekitar yang merosot akan membawa kepada kemusnahan sumber alam.

    Negara kini berhadapan dengan pelbagai isu alam sekitar yang kian hari kian mencabar. Punca pencemaran kini tidak lagi mengenal sempadan. Pada tahun 1997, seluruh negara berhadapan dengan bencana pencemaran udara merentasi sempadan yang paling teruk iaitu jerebu yang disebabkan oleh pembakaran hutan secara berleluasa di negara jiran. Kejadian ini bukan sahaja memusnahkan alam sekitar, malahan juga telah mengakibatkan kerugian kepada ekonomi negara serta mengugat kesihatan orang ramai (Rosnani, 2000).

    Bukan itu sahaja, alam sekitar juga di ancam dengan isu pelupusan buangan berbahaya secara haram yang semakin meningkat, kejadian tumpahan minyak, pembalakan haram, hakisan tanah, pembangunan di lereng-lereng bukit dan di tanah tinggi, pembangunan zon pantai dan lain-lain. Manakala di peringkat global pula, isu

  • 9

    mengenai penipisan lapisan ozon, peningkatan suhu dunia dan kemusnahan sumber kepelbagaian biologi telah mendapat perhatian.

    Pada masa kini secara amnya kualiti udara di seluruh negara kecuali semasa jerebu melanda berada dalam keadaan baik. Indeks Pencemaran Udara (IPU) iaitu petunjuk yang digunapakai untuk memudahkan orang ramai memahami status kualiti udara di kebanyakkan tempat adalah di bawah paras 100 seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 1.0, mengikut parameter karbon monoksida (CO), ozone (O3), sulfur dioksida (SO2), nitrogen dioksida (NO2) dan (partikal-partikal halus di bawah 10 mikron) PM10 iaitu di paras baik atau sederhana baik. Bahan pencemar yang paling ketara sekali di kawasan bandar dan perindustrian atau kawasan-kawasan yang sedang dibangunkan ialah habuk terampai (habuk halus). Pencemar-pencemar lain seperti gas-gas yang berpunca kebanyakanya daripada kenderaan bermotor dan industri-industri janakuasa masih dibawah paras yang ditetapkan dan disyorkan baik untuk alam sekitar. Namun demikian, di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Pulau Pinang ada kalanya paras pencemaran gas ini meningkat lebih daripada paras purata bagi seluruh negara (Rosnani, 2000). Keadaan ini perlu di awasi dengan lebih teliti terutama sekali dari segi perancangan pembesaran tempat-tempat berkenaan di masa akan datang.

  • 10

    Kualiti alam sekitar juga dipengaruhi oleh perubahan cuaca. Contohnya pada tahun 1997 musim kemarau yang berpanjangan akibat daripada fenomena El-Nino telah mengurangkan isipadu air aliran air sungai. Hal ini menyebabkan kadar pencairan bahan pencemar yang dilepaskan ke dalam sungai menjadi terlalu sedikit. Disamping itu juga, data-data pengawasan kualiti marin telah mendapati air laut dibeberapa tempat mencatatkan paras minyak dan gris, pepejal terampai dan bakteria Escherichia coli melebihi paras piawaian yang ditetapkan. Pencemaran pantai oleh tumpahan minyak yang terjadi akibat perlanggaran kapal tangki minyak.

    Masalah pencemaran sungai adalah semakin ketara tahun demi tahun. Hampir dua pertiga daripada 116 batang limbangan sungai yang diawasi oleh Jabatan Alam Sekitar didapati sama ada tercemar atau sedikit tercemar (Rosnani, 2000) walaupun tidak berlaku di sepanjang sungai dimana kebanyakan keadaannya masih lagi baik dan terkawal. Hanya apabila sungai-sungai ini mengalir atau melintasi kawasan-kawasan yang dibangunkan maka keadaannya akan menjadi tercemar. Punca utama pencemaran sungai ialah kelodak daripada aktiviti kerjatanah dan sebagainya. Kedua, adalah disebabkan oleh pelepasan kumbahan dari rumah-rumah kediaman dan premis-premis yang menyediakan kemudahan awam.

    Bahan Pencemaran

    Udara

    Petunjuk/Standard

    Pseudo

    Masa

    Purata

    Purata Indeks

    Pencemaran Udara

    SO2 0.04 ppm

    0.13ppm

    0.19ppm

    24 jam

    1 jam

    10 min

    100

    O3 0.10ppm

    0.06ppm

    1 jam

    8 jam

    100

    NO2 0.17ppm 1 jam 100

    CO 30ppm 1 jam 100

    PM10 150g/m3 24 jam 100

    Sumber; A. Bakar Jaafar,2000

    Jadual 2.0: Garis Panduan Kualiti udara 1996-1998

  • 11

    Situasi ini memanglah tidak menghairankan kerana, pembukaan tanah dilakukan tanpa langkah-langkah pencemaran hakisan yang sepatutnya. Masalah kumbahan pula akan berlanjutan buat beberapa tahun yang akan datang sehingga sistem pembentungan negara dapat disempurnakan.

    Sektor perindustrian pada umumnya telah dapat mengurangkan beban pencemaran masing-masing ketahap yang ditetapkan. Walaupun begitu, masih terdapat dikalangan sektor perindustrian yang masih melepaskan efluen yang tidak mematuhi piawaian yang ditetapkan terutama oleh industri-industri kecil dan sederhana. Pelupusan sampah sarap ditapak-tapak pelupusan yang tidak langsung ada sistem kawalan pencemaran telah menyebabkan tapak-tapak ini dan kawasan sekitarnya menjadi tercemar. Pembuangan sisa- sisa pepejal ini menjadi satu lagi isu yang kritikal menyumbang kepada masalah alam sekitar (Fathimath, 2005). Di Malaysia dalam tahun 1994, kadar penjanaan sisa pepejal adalah pada 7,500 tan dalam masa sehari dan di bandingkan pada empaat tahun selepas itu, sebanyak 15,300 tan dalam sehari (Muzaffar, 2008). Kesimpulan daripada ini, apakah yang akan terjadi pada alam sekitar, sekiranya pengurusan mengenainya tidak dititikberatkan? Oleh itu, konsep pembangunan lestari harus difahami oleh masyarakat agar mereka dapat berkerjasama dalam penjagaan alam sekitar.

    Pada masa kini dikalangan masyarakat atau orang ramai kesedaran terhadap isu-isu alam sekitar dan pemuliharaannya telah meningkat dan boleh dibanggakan. Malangnya tahap pembabitan atau iltizam setiap individu masih diperingkat yang rendah dan kebanyakannya masih beranggapan bahawa pemuliharaan alam sekitar adalah tanggungjawab pihak yang berwajib semata-mata.

    2.1 FALSAFAH PEMBANGUNAN NEGARA

    Pembangunan merupakan satu konsep yang amat luas dan sukar difahami tanpa merujuk kepada keadaan tertentu. Dasar Pembangunan Negara (DPN) telah menggariskan beberapa perubahan yang kini terjurus melalui matlamat Wawasan 2020. Pada dasarnya, pembangunan ditumpukan kepada usaha menjadikan Malaysia sebagai negara maju menjelang tahun 2020. Pembangunan di Malaysia telah

  • 12

    menyandarkan asasnya kepada pembangunan ekonomi sambil memberikan tumpuan memperkukuh kestabilan sosial dan politik.

    Pembangunan negeri-negeri di Malaysia lazimnya selaras dengan DPN. Negeri Selangor umpamanya, melalui Wawasan Selangor 2005 telah melakarkan rancangan mencapai status negeri maju menjelang tahun 2005, iaitu 15 tahun lebih awal dari hasrat pembangunan keseluruhanya. Bagi mencapai hasrat ini Selangor telah menyusun pelbagai strategi pembangunan, dan antaranya ialah mengimbangi pembangunan antara Lembah Klang dan kawasan lain di Selangor. Sementara penekanan pembangunan tertumpu kepada kepelbagaian guna tanah, perumahan, perindustrian, perhutanan dan pertanian. Bagaimanapun, usaha untuk mengimbangi pembangunan telah diterapkan dalam strateginya seperti antara ekonomi dan pengagihan, antara ekonomi dan alam sekitar, dan antara pembangunan fizikal dan spiritual (Ibrahim Komoo, 2000).

    Lebih dua dekad yang lalu, Malaysia telah mengalami proses modenisasi serta proses perubahan persekitaran yang begitu drastik. Akibatnya terdapat peningkatan dalam populasi penduduk di samping berkembangnya jumlah ruang pembandaran khususnya di pantai barat Semenanjung Malaysia (Noorazuan, 2003). Pertambahan populasi secara semulajadi dan kemasukan migrasi menyebabkan permintaan ke atas sumber-sumber semulajadi kian meningkat. Pembangunan dan urbanisasi membawa kepada perubahan dalam pola-pola guna tanah perbandaran yang moden serta canggih.

    Menurut Noorazuan (2003), Ladang Galloway dan Ladang Bukit Badak dua dekad lalu merupakan kawasan utama penanaman getah dan kelapa sawit di Selangor, namun sekarang menjadi tapak Pembinaan Bandar Cyberjaya dan Universiti Multimedia. Ladang Perang Besar dan Ladang Sedgeley pula telah menjadi tapak Bandar Pintar Persekutuan Putrajaya bagi menghadapi arus perdana globalisasi abad ke -21. Kecenderungan perubahan gunatanah ini sudah sinonim dengan corak pembangunan di Malaysia. Apa yang jelas, proses urbanisasi dan pemodenan di Malaysia seolah-olah meletakkan prasyarat wajib perubahan litupan atau gunatanah bagi menjayakan sesuatu projek pembangunan. Apakah harus alam sekitar termasuk sumber-sumber asli semulajadi dijadikan korban bagi menentukan

  • 13

    hala tuju pembangunan sesebuah negara? Sukarkah komponen-komponen dalam alam sekitar dipelihara atau dipulihara dan proses pemuliharaanya selaras dengan pembangunan ekonomi?

    Jesteru itu, adakah usaha-usaha bagi menentukan arah pembangunan dalam arus globalisasi yang menguntungkan dunia sosial serta sistem ekologinya di Malaysia? Persoalan seperti ini telah dibincangkan di peringkat dunia dan membentuk konsep pembangunan yang seimbang, di mana faktor ekonomi dan ekologinya di kawal bersama-sama. Konsep pembangunan lestari telah diketengahkan bagi menangani konflik antara alam sekitar dan pembangunan yang wujud di dunia.

  • 14

    2.2 APAKAH PEMBANGUNAN LESTARI ?

    Konsep pembangunan lestari atau seimbang merupakan gagasan pembangunan moden yang paling proaktif dan praktikal untuk menangani isu mengimbangi antara tuntutan pembangunan dan pemuliharaan alam sekitar. Konsep ini masih baru dan tercetus semasa Persidangan Bumi (Earth Summit) di Rio pada tahun 1992. Walaupun pengertian operasinya masih kabur dan boleh ditakrifkan secara pelbagai dalam situasi dan keperluan yang berbeza mengikut perspektif dan ideologi yang diterjemahkan oleh sesebuah organisasi atau pihak-pihak tertentu (McManus, 1996), (Gedeon, 2005).

    Walaubagaimanapun, pengertian sebenar pembangunan lestari lebih banyak cenderung kepada yang termaktub dalam WCED (Brundtland Commision) yang mentakrifkan sebagai keperluan sesuatu aktiviti pembangunan yang dilaksanakan tanpa menjejaskan keperluan untuk mgenerasi akan datang. Keperluan disini adalah dirujuk kepada pendidikan, ekonomi, perindustrian dan pembinaan (Gedeon, 2005).

    Kebanyakkan definisi pembangunan lestari merangkumi tiga idea utama yang saling bergantung iaitu alam sekitar, ekonomi dan sosial. Pada tahun 1987, Barbier telah melakarkan tiga idea ini dalam bentuk tiga bulatan yang saling mengunci antara satu sama lain seperti dalam Rajah 1. Gambaran ini menyatakan objektif pembangunan lestari yang perlu diperkembangkan mengikut persilangan ketiga-tiga idea tersebut. Dengan kata lain ketiga-tiga idea ini haruslah dilaksanakan secara seimbang.

  • 15

    Walaupun konsep pembangunan lestari negara dilakar secara umum, pernyataan-pernyataan seperti mengintegrasi aspek sosial dan alam sekitar, peningkatan kualiti alam sekitar, dan hasrat penggunaan sumber bumi dengan lebih cekap menggambarkan wawasan yang jelas untuk mengimbangi objektif pertumbuhan ekonomi dengan kepentingan alam sekitar.

    Malaysia menerusi Rancangan Malaysia ke-7 (1996-2000) telah menunjukkan iltizam yang tinggi untuk menjayakan konsep pembangunan lestari dan menakrifkannya sebagai pembangunan yang memastikan ksejahteraan generasi masa kini tidak akan mengorbankan kepentingan generasi akan datang (Abdul Manaf, 2003). Ke arah mencapai matlamat tersebut, pertimbangan alam sekitar dan pemulihan akan disepadukan dengan perancangan pembangunan. Sebagai langkah menggalakkan pembangunan lestari, mekanisme ekonomi yang inovatif akan diwujudkan untuk menggalakkan sektor swasta mengaplikasi dan membangunkan teknologi bercirikan alam sekitar.

    Sistem ekonomi Mengurangkan kemiskinan Taraf hidup meningkat Meningkatkan mutu

    perkhidmatan

    Alam Sekitar Mengekalkan keindahan alam semulajadi

    Mengekalkan sumber alam

    Mengekalkan Kitaran Biologi

    Sistem sosial Mewujudkan institusi dan pusat

    pendidikan Mewujudkan pertubuhan sukarelawan untuk pembangunan lestari

    Kesejahteraan Hidup

    Rajah 2.0: Objektif pembangunan lestari

    Sumber: Barbier, 1987

  • 16

    2.3 KRONOLOGI KONSEP PEMBANGUNAN LESTARI

    Sumber: Noorazuan (1999)

    Perkembangan Prinsip Pembangunan Lestari

    1972 Persidangan UNCED (Stockholm)

    - Konsep pembangunan lestari diperkenalkan

    1980 World Conservation Strategy

    - Edisi pertama yang berkaitan dengan pembangunan lestari

    1987 Our Common Future (WCED)

    - Terbitan kedua, konsep mula digunakan di seluruh dunia

    1992 Persidangan UNCED (Rio De Janeiro)

    - Mesyuarat rasmi mengenai perancangan Agenda 21 yang dihadiri oleh pemimpin setiap negara

    1993-1996 The Conference of Commission On Sustainable Development (CSD)

    - Meneliti kerangka kerja bagi setiap bab Agenda 21

    1997 The Conference of Commission On Sustainable Development (CSD)

    - Meneliti penyelesaian kepada konflik yang timbul yang dibentangkan oleh wakil setiap negara.

  • 17

    2.4 PRINSIP PEMBANGUNAN LESTARI

    Kenyataan prinsip dan dasar, pembinaan perancangan yang kukuh dan usaha perlaksanaan berterusan kepada komitmen ini merupakan asas penting untuk mencapai kelestarian. Persidangan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Alam Sekitar dan Pembangunan di Rio De Janeiro dari 3 hingga 4 jun 1992 mengumumkan prinsip-prinsip berikut :

    Prinsip 1 : Manusia menjadi fokus pembangunan lestari. Mereka berhak menikmati kehidupan yang sihat dan produktif serta harmoni dengan alam semulajadi.

    Prinsip 2 :

    Selaras dengan perakuan Bangsa-Bangsa Bersatu dan prinsip undang-undang antarabangsa, semua negara mempunyai hak sepenuhnya untuk memanfaatkan sumber-sumbernya untuk memantapkan polisi-polisi alam sekitar dan pembangunannya sendiri, dan bertanggungjawab memastikan bahawa aktiviti-aktiviti di bawah bidang kuasa dan kawalannya tidak menyebabkan kerosakan alam sekitar negara lain atau kawasan melampaui batasan bidang kuasa negaranya.

    Prinsip 3 : Hak untuk membangun mesti ditunaikan bagi memenuhi keperluan pembangunan dan alam sekitar yang saksama untuk generasi kini dan akan datang.

    Prinsip 4 :

    Untuk mencapai pembangunan lestari, perlindungan alam sekitar hendaklah mengandungi proses pembangunan yang terkamir dan tidak boleh dipertimbangkan secara berasingan.

    Prinsip 5 :

    Semua Negara dan rakyat hendaklah bekerjasama membasmi kemiskinan sebagai suatu keperluan yang wajib untuk pembangunan lestari, dalam usaha mengurangkan perbezaan kualiti hidup dan

  • 18

    memenuhi keperluan majoriti penduduk dunia dengan lebih baik. Prinsip 6 : Keadaan dan keperluan-keperluan khas negara membangun, terutama

    negara kurang membangun dan terlalu terdedah kepada bahaya alam sekitar haruslah diberi keutamaan khusus. Tindakan-tindakan antarabangsa dalam bidang alam sekitar dan pembangunan hendaklah juga mengambilkira kepentingan dan keperluan semua negara.

    Prinsip 7 :

    Setiap negara hendaklah bekerjasama dalam semangat perkongsian sedunia untuk memulihara, melindungi dan mengekalkan kesihatan dan integriti ekosistem bumi. Memandangkan sumbangan yang berbeza terhadap kemusnahan alam sekitar sedunia, negeri mempunyai tanggungjawab yang sealiran tetapi berlainan. Negara maju mesti memahami tanggungjawab yang mereka pikul dalam susulan antarabangsa mengenai pembangunan lestari memandangkan tekanan yang diberikan oleh rakyat mereka ke atas alam sekitar sedunia serta teknologi dan sumber kewangan yang mereka kuasai

    Prinsip 8 :

    Untuk mencapai pembangunan lestari dan kualiti hidup yang lebih baik untuk semua rakyat, negara hendaklah mengurang dan memberhentikan pola-pola pengeluaran dan kepenggunaan yang tidak lestari dan memajukan polisi-polisi demografi yang sesuai.

    Prinsip 9 :

    Negara-negara hendaklah berkerjasama mengukuhkan keupayaan masyarakat terpinggir untuk pembangunan lestari dengan mempertingkatkan kefahaman saintifik dan teknologi dan dengan mempertingkatkan pembangunan, penyesuaian, pengembangan dan pemindahan teknologi baru dan inovatif.

    Prinsip 10 :

    Isu alam sekitar sebaik-baiknya ditangani dengan penyertaan semua rakyat terkesan pada semua peringkat yang relevan. Pada peringkat kebangsaan, setiap individu haruslah mempunyai akses yang sesuai kepada maklumat mengenai alam sekitar yang diwujudkan oleh pihak berkuasa awam, termasuk maklumat tentang bahan-bahan merbahaya

  • 19

    dan aktiviti-aktiviti di dalam komuniti mereka dan peluang penglibatan mereka di dalam proses membuat keputusan. Negara hendaklah membantu dan menggalakkan kesedaran dan penglibatan awam dengan meyebar maklumat secara meluas

    Prinsip 11 : Setiap negara hendaklah mempunyai perundangan alam sekitar yang berkesan. piawai alam sekitar, objektif serta keutamaan pengurusan perlu menggambarkan konteks alam sekitar dan pembangunan yang diamalkan

    Prinsip 12 :

    Negara hendaklah bekerjasama memajukan suatu sistem ekonomi antarabangsa yang membina dan terbuka yang membawa kepada pertumbuhan ekonomi dan pembangunan lestari di dalam semua negara untuk memberi tumpuan kepada masalah-masalah degradasi alam sekitar dengan lebih baik.

    Prinsip 13 :

    Negara hendaklah mewujudkan undang-undang kebangsaan berhubung tanggungjawab dan pampasan untuk mangsa-mangsa pencemaran dan kerosakan alam sekitar lain

    Prinsip 14 :

    Negara hendaklah bekerjasama secara berkesan untuk menghalang atau mencegah penempatan semula dan perpindahan ke negara lain akan sebarang aktiviti atau bahan yang menyebabkan degradasi alam sekitar yang serius atau yang didapati merbahaya kepada kesihatan manusia.

    Prinsip 15 :

    Pendekatan yang berhati-hati secara meluas hendaklah digunakan bagi melindungi alam sekitar oleh setiap negara mengikut keupayaannya

    Prinsip 16 :

    Pihak berkuasa kebangsaan hendaklah berusaha menginternalisasikan kos-kos alam sekitar, memajukan kegunaan alat ekonomi dan mengambilkira pendekatan di mana pencemar harus, pada dasarnya menanggung kos pencemaran demi untuk kepentingan awam dan bebas daripada ugutan perdagangan dan pelaburan antarabangsa.

  • 20

    Prinsip 17 :

    Penilaian impak alam sekitar, sebagai suatu alat kebangsaan hendaklah dijalankan bagi cadangan aktiviti-aktiviti yang berkemungkinan mempunyai impak yang bermakna terhadap alam sekitar dan tertakluk kepada keputusan pihak berkuasa kebangsaan yang berkelayakan.

    Prinsip 18 :

    Negara hendaklah sedia memaklumkan negara lain akan sebarang bencana tabii atau kecemasan lain yang berkemungkinan menghasilkan kesan-kesan merbahaya kepada alam sekitar negara berkenaan.

    Prinsip 19 :

    Negara hendaklah mengeluarkan makluman awal dan berjadual serta maklumat yang relevan kepada negara yang berpotensi terkesan oleh aktiviti-aktivi yang mungkin memberi kesan alam sekitar.

    Prinsip 20 :

    Wanita mempunyai peranan penting dalam pengurusan alam sekitar dan pembangunan.

    Prinsip 21 :

    Daya kreativiti, idea dan ketabahan belia dunia hendaklah digerakkan untuk membentuk suatu perkongsian global dalam usaha mencapai pembangunan lestari

    Prinsip 22 :

    Masyarakat terpinggir dan komuniti-komuniti mereka, dan komuniti-komuniti tempatan yang lain mempunyai peranan penting dalam pengurusan alam sekitar dan pembangunan disebabkan oleh pengetahuan-pengetahuan dan amalan-amalan tradisional mereka.

    Prinsip 23 :

    Alam sekitar dan sumber-sumber asli bagi rakyat yang tertindas, di bawah penguasaan dan rampasan hendaklah dilindungi.

    Prinsip 24 :

    Negara-negara hendaklah menghormati undang-undang antarabangsa yang melindungi alam sekitar semasa konflik peperangan dan bekerjasama membangunkannya.

  • 21

    Prinsip 25 : Keamanan, pembangunan dan perlindungan alam sekitar adalah saling berhubungkait dan tidak boleh dipisahkan

    Prinsip 26 :

    Negara hendaklah menyelesaikan perbalahan alam sekitar secara aman dan dengan cara yang sesuai dan selaras dengan Perakuan Bangsa-Bangsa Bersatu

    Prinsip 27 :

    Negara dan rakyat hendaklah bekerjasama dengan jujur berlandaskan semangat perkongsian dalam memenuhi prinsip-prinsip yang terkandung di dalam deklarasi ini dan dalam pembangunan selanjutnya undang-undang antarabangsa berhubung pembangunan lestari.

    Komitmen negara-negara dunia mengenai usaha menerima konsep pembangunan lestari merupakan perubahan paradigma yang paling memberangsangkan ke arah mengimbangi tuntutan pembangunan pemuliharaan alam sekitar (Ibrahim Komoo, 2000).

    2.5 EVOLUSI PENDEKATAN PEMBANGUNAN LESTARI

    Konsep formal pembangunan lestari muncul lewat 1980-an sebagai suatu pendekatan yang bersepadu dan berbagai bidang terhadap kerisauan berkait dengan eksploitasi alam sekitar, pembangunan ekonomi dan kemerosotan kualiti hidup. Pendekatan perhubungan ini boleh dicerap di skala global, rantauan dan negara, dan membekalkan satu kerangka di mana manusia dapat memahami dan seterusnya mempengaruhi arah pembangunan ekonomi, di negara terbangun atau yang sedang membangun. Fikiran tentang pembangunan lestari ini mula diperkenalkan di perjumpaan Strategi Pemuliharaan Dunia (World Conservation Strategy) pada tahun 1980 tajaan International Union for the Conservation of Nature (IUCN).

  • 22

    Fikiran pertama ini menegaskan kelestarian atau mengekalkan semata-mata

    di sudut ekologi, dan tidak menghiraukan langsung pembangunan ekonomi. Tegasan utama adalah :-

    (a) pemeliharaan proses-proses ekologi (b) keterusan sumber semulajadi (c) pemeliharaan kepelbagaian genetik

    Tegasan hanya mementingkan kesejahteraan alam sekitar fizikal ini telah dikritik kerana difikirkan sebagai anti pembangunan. Formulasi ini melihat perhubungan ekonomi-alam sekitar hanya dari sudut kesan manusia ke atas alam sekitar dan mengambarkan semua kesan adalah bersifat negatif. Oleh itu fikiran ini cenderung untuk melihat kepada kesan-kesan negatif, dan bukan penyebab degradasi alam sekitar. Sebagai contoh, pendapat yang mengatakan semua penebangan hutan tropika perlu dihentikan kerana akan menjejaskan alam sekitar tanpa memikirkan sama ada daya-daya yang mengakibatkan pencerangan boleh dikawal (khairulmaini, 2000).

    Salvage (1974) berpandangan bahawa secara umumnya terdapat hubungan di antara tingkat pencemaran alam sekitar dengan tingkat kemajuan ekonomi sesebuah negara. Semakin maju sesebuah sistem ekonomi maka semakin besar masalah alam sekitar yang dihadapi. Hubungan ini ditunjukkan oleh beliau melalui model Rostow (Rajah 2). Salvage telah menunjukkan bahawa zaman pertumbuhan industri secara berterusan dan zaman penggunaan secara besar-besaran merupakan zaman kritikal yang menyumbang kepada peningkatan kadar pencemaran.

  • 23

    Pembangunan ekonomi juga berperanan penting dalam meningkatkan kebajikan masyarakat secara keseluruhannya. Ini terbukti apabila berlaku peningkatan dalam indeks-indeks seperti pengangguran. Namun demikian jika kualiti alam sekitar terabai maka akan menyebabkan kebajikan masyarakat akan menurun. Pertumbuhan ekonomi yang berterusan lebih cenderung untuk menjatuhkan tingkat kebajikan sosial berbanding dengan meningkatkanya (Abdul Manaf, 2003).

    Fahaman yang kurang mengenai perhubungan pembangunan ekonomi ke atas alam sekitar telah menghasilkan formulasi-semula konsep pembangunan lestari. Formulasi - semula ini telah mempengaruhi pembentukan World Commission On Environment and Development (WCED) pada 1984 atau lebih dikenali sebagai The Brundtland Commission. Suruhanjaya ini telah memulakan beberapa kajian yang

    TINGKAT

    PENCEMARAN

    PERINGKAT PERTUMBUHAN (melalui masa)

    Zaman

    Tradisional

    Pecuta

    n

    Pertumbuhan Industri

    Berterusan

    Penggunaan Besar-

    besaran

    Sumber : Salvage (1974) Rajah 2.1 : Hubungan Tingkat Kemajuan dan Tingkat Pencemaran

  • 24

    menerbitkan Our Common Future ( The Brudtland Report) pada tahun 1987. Laporan ini telah meletakkan satu tanda ukur bagi semua perbincangan masa-masa akan datang tentang pembangunan lestari.

    Laporan Brundtland ini mentakrifkan pembangunan lestari sebagai:

    .pembangunan adalah satu keperluan dalam sesebuah negara yang mana perlaksanaannya tidak menjejaskan keperluan untuk generasi akan datang..

    Laporan ini menegaskan tanggapan yang berbeza terhadap pembangunan ekonomi, di mana kualiti pertumbuhan dilihat sebagai sama penting dengan kuantiti pertumbuhan. Satu cara untuk mengungkapkan ini adalah, manusia boleh meletakkan nilai ke atas alam sekitar fizikal melalui beberapa bentuk pengurusan alam sekitar tertentu. Langkah ini biasanya akan menghasilkan pulangan jangka masa pendek yang rendah, tetapi menegaskan bahawa amalan alam sekitar yang bagus dan pengurusan ekonomi jangka masa panjang yang kukuh berlaku sama-sama (Khairulmaini, 2000).

    2.6 MASALAH ALAM SEKITAR AKIBAT PEMBANGUNAN

    2.6.1 Pendahuluan

    Alam sekitar memainkan peranan yang penting dalam kehidupan manusia. Manusia berusaha membangunkan alam sekitarnya untuk kesejahteraan hidup. Alam sekitar merujuk kepada segala komponen hidup (biosis) seperti haiwan dan tumbuhan dan yang bukan hidup (abiosis) contohnya, tanah, bentuk muka bumi, cuaca dan faktor kimia. Satu keseimbangan wujud antara manusia dan organisma dengan alam sekitar dan keseimbangan ini adalah dinamik, iaitu sentiasa berubah.

    Populasi manusia yang kian meningkat pada penghujung kurun ini telah membawa kepada peningkatan pelbagai masalah alam sekitar. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan seperti perindustrian dan pembalakan telah mengancam alam sekitar. Masalah ini semakin serius dan telah diikitiraf sebagai masalah sedunia dan telah

  • 25

    dibincangkan di Sidang Puncak Bumi di Rio de Janeiro pada 1992 (A. Halim, 2000). Isu-isu yang dibincangkan termasuklah pencemaran. Aktiviti-aktiviti manusia kini yang hidup dengan kemajuan sains dan teknologi serta mementingkan pembangunan ekonomi merupakan punca pencemaran yang utama. Kenyataan ini diberikan oleh A. Halim (2000) bahawa jika manusia terus melakukan exploitasi tanpa batas terhadap sumbersumber asli dan alam sekitar, dunia mungkin akan menghadapi kemusnahan.

    Seorang ahli ekologi, Dassman (1976) yang dibukukan oleh A. Halim menyatakan bahawa, sampai ketahap ini manusia menguasai sumbersumber tenaga yang tidak terkira banyaknya dan penyalahgunaan terhadap sumber tenaga tersebut. Begitu juga kenyataan yang diberikan olah Nebel dan Wright (1997) yang juga dibukukan olah A. Halim menyatakan bahawa populasi manusia yang semakin bertambah berlipat kali ganda telah menjadikan tekanan kepada setiap sistem dan pada masa yang sama melemahkan produktiviti melalui pencemaran dan eksploitasi yang berlebihan.

    Keduadua petikan di atas dengan jelas menunjukkan bahawa punca utama yang menyebabkan masalah alam sekitar pada hari ini ialah kurang pengetahuan tentang alam ini iaitu saling pergantungan antara manusia dan alam sekitar.

    2.6.2 Kesan Rumah Hijau

    Kesan rumah hijau merupakan suatu fenomena pemanasan bumi. Sinar ultraungu yang dipancarkan oleh matahari ke bumi, sebahagiannya akan dipantul semula ke angkasa lepas oleh atmosfera, sebahagian lagi pula akan sampai ke bumi untuk memanaskan bumi. Haba yang sampai ke bumi akan dipantul semula oleh permukaan bumi ke angkasa lepas sebagai sinar inframerah. Tidak semua tenaga haba ini akan menembusi atmosfera. Kebanyakan tenaga haba ini akan diserap oleh gas-gas di atmosfera contohnya gas karbon dioksida, karbon monoksida, klorofluorokarbon dan metana. Haba yang terperangkap ini akan meningkatkan suhu bumi dan memastikan bahawa bumi sentiasa panas. Pertambahan gas-gas yang mencemar seperti oksida nitrogen dan sulfur dioksida juga telah memerangkap haba

  • 26

    dan menaikkan suhu. Pertambahan karbon dioksida disebabkan oleh pembakaran bahan-bahan api fosil seperti arang batu, petrol dan gas asli.

    Pertambahan yang berterusan ini sekiranya tidak dikawal, dijangka akan meningkat 15 bahagian per juta setiap 10 tahun. Kesan rumah hijau ini akan mendatangkan pelbagai masalah kepada manusia. Antaranya ialah air di lautan dan sungai akan menjadi panas dan lebih mudah tersejat, tanah-tanah terutamanya di hemisfera utara dan latitud tengah akan menjadi lebih kering. Berikutan itu, atmosfera akan menjadi lebih panas, arah angin pula akan berubah dan menyebabkan kejadian ribut kerap berlaku. Taburan hujan yang tidak seragam juga akan berlaku sehingga mengakibatkan kemarau, akibat pemanasan bumi yang tidak sekata. Aras laut akan naik dan banjir sedunia akan berlaku kerana bongkah-bongkah ais di Kutub Utara dan Kutub Selatan akan cair. Kejadian-kejadian ini akan mengancam kehidupan manusia serta hidupan-hidupan lain contohnya aktiviti-aktiviti seperti pertanian, perikanan dan bekalan air. Pertambahan penduduk dunia juga akan meningkatkan penggunaan tenaga. Permintaan terhadap bahan api fosil dan bekalan tenaga elektrik akan bertambah, lebih banyak akan ditebang dan dibuka dan kawasan perindustrian semakin banyak. Kesemua aktiviti ini akan mengakibatkan penambahan kuantiti gas rumah hijau di atmosfera dan seterusnya meningkatkan suhu bumi.

    2.6.3 Penipisan Lapisan Ozon

    Penipisan lapisan ozon atmosfera boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian. ozon ialah sejenis gas yang terdiri daripada tiga atom oksigen yang terletak di lapisan stratosfera bumi. Lapisan ozon merupkan satu perisai semula jadi bumi dengan menyerap sinar ultraungu yang berbahaya dan sangat penting untuk keseimbangan cuaca dunia. Ozon dibentuk apabila molekul oksigen terurai kepada atom oksigen dengan kehadiran sinar ultraungu, atom oksigen bebas ini akan bertindak balas dengan molekul oksigen dan membentuk molekul ozon dengan kehadiran gas nitrogen. Formula Walaupun begitu, ozon boleh terurai kepada molekul oksigen oleh oksida nitrogen yang dibebaskan oleh kapal terbang supersonik atau atom klorin dari sebatian CFC (kluorofluorokarbon). Kluorofluorokarbon atau

  • 27

    juga dikenali sebagai freon ini merupakan satu sebatian yang digunakan oleh pendingin hawa dan peti sejuk. Tindak balas antara atom klorin dengan ozon akan mengembalikan oksida nitrogen dan atom klorin ke atmosfera setelah memusnahkan molekul ozon yang menyebabkan lapisan ozon semakin nipis.

    Kebocoran pada lapisan ozon telah dikesan di kawasan Antartika pada tahun 1985, di Artik pada tahun 1987 dan sekarang di Australia. CFC bukan sahaja memusnahkan lapisan ozon tetapi juga molekul CFC berupaya menyerap haba 20000 kali ganda lebih baik daripada satu molekul karbon dioksida. Urbanisasi merupakan proses pembandaran sesebuah kawasan dengan menjadikan kawasan itu kawasan perbandaran. Urbanisasi akan membawa kepada pertambahan penduduk akibat imigrasi penduduk luar bandar ke bandar. Apabila terdapat banyak penduduk, kegiatan-kegiatan ekonomi berkembang, banyak tanah baru akan dibuka untuk menempatkan rumah, bangunan dan kilang. Pembinaan-pembinaan yang berleluasa akan menyebabkan pencemaran air, udara dan bunyi. Penduduk lebihan yang kian bertambah pula akan mewujudkan kesesakan dan kawasan setinggan. Keseimbangan ekologi semula jadi akan terganggu apabila jalanraya dan bangunan dibina di kawasan hutan yang dibuka.

    2.7 PERTIMBANGAN EKOLOGI DALAM PENGURUSAN ALAM SEKITAR

    2.7.1 Pendahuluan

    Dalam dunia moden berasaskan sains dan teknologi yang membawa pelbagai kesenangan dan kemewahan ini, masalah alam sekitar juga turut menjadi topik perbincangan di serata dunia. Pengetahuan dan kemajuan yang dimiliki seolah-olah masih belum menjamin kesejahteraan hidup. Keadaan ini sangat membimbangkan dan perlu di pandang serius untuk masa yang akan datang dan generasi yang bakal mewarisinya. Pembangunan fizikal dalam bidang-bidang seperti pembinaan, teknologi maklumat dan komunikasi masih menggusarkan masyarakat pada hari ini kerana masalah-masalah alam sekitar yang menakutkan.

  • 28

    Kebimbangan ini pernah disuarakan oleh Meadows dan rakan-rakan (1972) dalam The Limits to Growth yang menyebut bahawa apabila manusia terus melakukan eksploitasi tanpa batas terhadap sumber-sumber asli dan alam sekitar, dunia mungkin akan menghadapi kemusnahan menjelang abad ke 21.

    Amaran ini telah mendorong kepada banyak persidangan dan perbincangan mengenai alam sekitar di seluruh dunia seperti Persidangan Kemuncak Bumi mengenai alam sekitar dan pembangunan yang diadakan dalam tahun 1992 di Rio de Janeiro, Brazil dan persidangan mengenai perubahan cuaca dunia di Kyoto, Jepun dalam tahun 1997 yang membincangkan mengenai perubahan cuaca dunia akibat pencemaran.

    Namun begitu, laporan atau berita sering kali memaparkan bahawa air dan udara disekeliling kita semakin tercemar. Laporan kualiti Alam Sekitar 2002 Jabatan Alam Sekitar menyatakan status kualiti udara bagi tahun 2002 secara keseluruhannya mencatatkan kemerosotan berbanding tahun sebelumnya. Status kualiti udara tidak sihat ini adalah disebabkan oleh peningkatan kepekatan pencemar ozon (O3) yang tinggi dan kepekatan habuk halus di bawah saiz 10 mikron (PM10). Begitu juga dengan kualiti sungai yang semakin tercemar. Dalam tahun yang sama, daripada 927 stesyen dalam 120 lembangan sungai, 489 (53%) masih terkawal manakala 303 (33%) dan 139 (15%) sangat tercemar.

    2.7.2 Definisi Ekologi

    Perkataan ekologi bukanlah suatu istilah baru atau moden kerana masalah alam sekitar sering dikaitkan dengana pembangunan dan pemodenan. Ekologi ditakrifkan sebagai suatu cabang sains yang melibatkan hubungan sesama organisma hidup (makhluk) dan juga hubungan mereka dengan alam aekeliling.

    Alam sekitar merujuk kepada satu lapisan nipis yang yang mengandungi tanah, batu, air dan udara yang meliputi planet bumi, bersama-sama dengan organisma yang ditanggungnya dan lapisan ini sentiasa berubah, sama ada ke arah menambah atau mengurangkan keupayaannya menanggung kehidupan yang ada.

  • 29

    Lapisan nipis ini dipanggil biosfera dan lebih dikenali sebagai alam sekitar. Biosfera adalah satu lapisan setebal kurang daripada 15 batu iaitu dari dasar laut yang terdalam ke puncak gunung yang paling tinggi di mana organisma boleh hidup tanpa bantuan alat-alat khas. Walaubagaimanapun istilah yang lebih kerap didengar ialah atmosfera iaitu satu lapisan di atas muka bumi yang merangkumi tempat tinggal manusia.

    Ekosistem ialah suatu perkumpulan tumbuhan dan haiwan, termasuk bakteria dan kulat, yang hidup berinteraksi sesama mereka dan juga dengan alam sekitar. Contohnya hutan bakau yang merupakan satu ekosistem yang tersendiri.

    2.7.3 Ekologi : Keseimbangan Alam

    Bagaimanakah bumi ini dengan ekosistem-ekosistem yang ada di dalamnya dapat terus bertahan sekian lama? Apakah faktor yang menyebabkan kehidupan terus berpanjangan? Sebenarnya ekosistem yang ada dapat bertahan lama disebabkan adanya kitaran atau pusingan nutrien yang sentiasa berlaku. Kitaran ini bermula dengan kebolehan tumbuhan mengambil tenaga yang datangnya dari matahari. Tenaga perlu kerana tiada benda hidup yang dapat wujud tanpa tenaga dalam bentuk makanan. Semua makhluk mesti makan dan pola pemakanan di atas muka bumi ini membentuk rantaian makanan yang tiada penghujungnya.

    Bahan-bahan galian yang larut dari dalam tanah, yang larut dalam air di panggil nutrien bersama-sama dengan nitrogen dalam udara akan diambil oleh tumbuhan. Tumbuhan hijau juga memerlukan karbon dioksida dari udara dan yang penting sekali, cahaya matahari untuk membentuk tenaga. Rantaian makanan bermula bila tumbuhan dimakan oleh haiwan besar dan serangga. Haiwan-haiwan ini kemudian dimakan oleh haiwan lain. Setelah makan, haiwan perlu membuang najis. Bahan buangan ini akan berbalik kepada tanah. Bila haiwan mati, akan dimakan pula oleh serangga, ulat, kulat dan bakteria yang akhirnya akan mereputkannya supaya bahan-bahan ini juga kembali ke dalam tanah.

  • 30

    Ekosistem adalah sesuatu yang kompleks. Walaupun begitu tidak pernah berlaku ketidak seimbangan di antara rantaian makanan antara tumbuhan dan haiwan. Ini bermakna walaupun kompleks tetapi sentiasa ada kesinambungan dan keseimbangan. Sungguhpun bumi mempunyai sumber tenaga yang tidak pernah putus-putus daripada matahari tetapi jumlah bahan-bahan ini dapat digunakan berulang-ulang kali kerana proses kitaran semula sentiasa berlaku. Kitaran karbon contohnya bermula bila tumbuhan mengambil Karbon Dioksida dari udara untuk membentuk makanan. Tumbuhan dan haiwan pengguna akan menukar sebahagian daripada karbon kepada karbon dioksida dan dibebaskan ke atmosfera sebagai hasil sampingan pernafasan. Pemakan detritus, iaitu organisma yang memakan sisa-sisa haiwan dan tumbuhan yang mati akan memulangkan semula karbon ke atmosfera menerusi pernafasan. Sesetengah haiwan yang mati akan tertimbus dalam endapan sebelum mereka direputkan oleh pereput. Sesetengah bahan yang tertimbus sejak berjuta-juta tahun dahulu telah ditukarkan menjadi arang batu, minyak dan gas melalui tindakan haba dan tekanan. Bahan-bahan ini digunakan oleh manusia sebagai bahanapi fosil, yang apabila dibakar akan menghasilkan karbon dioksida yang akan kembali ke atmosfera.

    Sekian lama kadar perpindahan tenaga dan bahan di kalangan komponen-komponen alam sekitar yang tertentu telah menjadi stabil. Tetapi di akhir-akhir ini aktiviti manusia telah mula mengganggu kadar perpindahan tersebut. Contohnya, penggunaan bahan api fosil yang terlalu banyak telah menyebabkan pertambahan dalam perpindahan karbon ke atmosfera dalam kuantiti yang banyak (Abdul Halim, 2000).

  • 31

    2.7.4 Gangguan Ekosistem Kesan Daripada Tindakan Manusia

    Alam ini dijadikan begitu seimbang, di mana komponen-komponen di dalamnya dijalin dengan kesempunaan. Sekiranya berlaku gangguan kepada satu bahagian ekosistem akan menggugat keseluruhan ekosistem. Sebagai contoh gangguan ekosistem adalah penggunaan racun serangga DDT (Dichloro Diphenyl Tricholoethane) yang memberi kesan kepada populasi Burung Robin. Populasi Burung Robin telah berkurang ini adalah rentetan daripada penggunaan racun serangga DDT. Semburan ini telah menyebabkan daun-daun gugur ke tanah dan akan di makan oleh cacing tanah yang menjadi makanan kepada Burung Robin. Ini akan menyebabkan Burung Robin akan mati dan mungin akan pupus.

    Begitu juga yang berlaku dengan populasi rusa di Hutan Simpanan Kaibab di Arizona Amerika Syarikat. Apa yang berlaku, sebelum 1906, rusa di kawasan ini lebih kurang 4000 ekor sahaja. Rusa ini membantu kehidupan haiwan-haiwan lain seperti serigala, singa gunung dan beruang kerana rusa ini adalah makanan haiwan-haiwan tersebut. Selain daripada pemangsa, rusa ini terpaksa pula bersaing dengan haiwan lain seperti biri-biri untuk meragut rumput. Dalam tahun itu juga, kawasan trsebut telah diumumkan sebagai kawasan perlindungan rusa bermakna tidak ada lagi haiwan ternak dan pemangsa di kawasan tersebut. Disebabkan itu populasi rusa bertambah secara mendadak. Namun, dalam kuantiti yang terlalu banyak ini rusa sukar dikawal dan akibatnya banyak rusa yang mati disebabkan kebuluran dan penyakit timbul daripada persaingan yang hebat sesama mereka. Akhirnya populasi rusa menurun ke paras asal.

    Contoh ini menunjukkan gangguan atau perubahan kepada suatu bahagian ekosistem. Perlindungan ke atas hidupan liar juga tidak boleh tersalah langkah dan tanpa pengetahuan tentang saling kaitan antara komponen-komponen ekosistem.

    Dalam hal ini, pengetahuan tentang saling kaitan sesama organisma dan juga alam sekitar adalah kunci kepada kejayaan dalam pengurusan alam sekitar.

  • 32

    2.8 USAHA UNTUK MEMUPUK PEMBANGUNAN LESTARI

    2.8.1 Pendidikan Dan Kesedaran Awam

    Walaupun telah banyak agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan sektor swasta telah melaksanakan program pendidikan dan latihan tetapi kesedaran alam sekitar di kalangan masyarakat Malaysia didapati masih lagi di tahap yang tidak memuaskan (Ali Hamsa, 2000). Ini dapat dilihat, kesan aktiviti pembangunan itu sendiri yang mengancam hidupan semulajadi diseluruh dunia yang membawa kepada pemanasan bumi.

    Kerajaan telah menggunakan pelbagai pendekatan sebagai strategi jangka panjang bagi mewujudkan kefahaman dan pandangan yang lebih jelas di kalangan masyarakat terhadap alam sekitar. Hal ini hanya akan dapat direalisasikan sekiranya, dimensi alam sekitar diperkenalkan ke dalam kurikulum pra-sekolah dan sekolah rendah (Ali Hamsa ,2000). Pendidikan pada peringkat awal umur kanak-kanak ini penting diterapkan dengan lebih serius agar pada umur yang sebegini mereka sudah memahami kepentingan penjagaan alam sekitar. Pembelajaran ini hendaklah dilaksanakan secara berterusan pada setiap peringkat pembelajaran sehinggalah ke peringkat pengajian tinggi. Usaha ini juga harus dilengkapi dengan kegiatan kokurikulum yang berteraskan alam sekitar. Contohnya, mengadakan lawatan tersusun ke tapak perlindungan atau kawasan-kawasan yang tidak tercemar, penerapan program pembelajaran pembangunan lestari yang diadakan secara anjuran bersama dengan persatuan seperti Persatuan Pencinta Alam dan jabatan-jabatan seperti Jabatan Alam Sekitar dan Jabatan Pendidikan. Melalui cara ini, kanak-kanak lebih mudah memahami prinsip ekologi yang berkait rapat dengan konsep ekosistem

    Disamping itu, pendidikan penting untuk mempertingkatkan pebangunan lestari dan memperbaiki keupayaan manusia untuk menangani isu-isu alam sekitar dan pembangunan. Alam sekitar dan pembangunan perlu digabungkan sebagai komponen penting dalam pembelajaran. Pendidikan formal atau tidak formal adalah penting untuk menukar sikap manusia agar mereka mempunyai keupayaan untuk

    menilai dan menghadapi kepekaan mereka terhadap pembangunan lestari.

  • 33

    Melalui pendidikan juga, kesedaran alam sekitar dan etika, nilai dan sikap, kemahiran dan tingkah laku yang konsisten dengan pembangunan lestari dan untuk keberkesanan penglibatan awam dalam membuat keputusan. Untuk mencapai keberkesanan pendidikan alam sekitar dan pembangunan hendaklah dikendalikan dengan mengambilkira persekitaran biologi, fizikal, sosio ekonomi yang dinamik, pembangunan manusia dan juga kerohanian.

    Pendidikan yang dimaksudkan ini juga adalah dengan tujuan untuk berusaha mencapai perolehan pendidikan alam sekitar dan pembangunan, yang dikaitkan dengan pendidikan sosial, daripada peringkat sekolah rendah dan tadika (Abu Bakar, 2000)

    Selain itu, pendidikan di peringkat pengajian tinggi juga bertujuan untuk meningkatkan konsep persepaduan alam sekitar dan pembangunan di dalam semua program pendidikan, khasnya pemeriksaan ke atas punca isu-isu alam sekitar dan pembangunan yang utama dalam konteks tempatan, berasaskan bukti saintifik yang paling tepat dan punca-punca pengetahuan lain yang sesuai, dan memberi penekanan khas kepada latihan lanjutan untuk membuat keputusan terhadap masalah alam sekitar yang dihadapi.

    Dengan mengambilkira bahawa negara telah mempunyai agendanya tersendiri dalam menangani masalah alam sekitar, berikut dicadangkan beberapa objektif yang dicadangkan sesuai untuk dilaksanakan terutamanya dalam meningkatkan pendidikan yang berkaitan alam sekitar (A. Bakar, 2000):

    a. mengalakkan pergerakan kempen kesedaran dengan menekankan peranan keluarga dalam aktiviti alam sekitar, penyiaran pengetahuan dan nilai sosial dan pembangunan sumber manusia

    b. membangunkan program sokongan yang melibatkan kanak-kanak dalam isu alam sekitar dan pembangunan seperti forum kanak-kanak, dan bergotong royong untuk menambah pengetahuan mereka mengenai alam sekitar. Program-program seperti melukis permandangan alam semulajadi dikalangan

  • 34

    kanak-kanak juga mampu memberikan rasa cintakan keindahan alam sekitar yang menghijau.

    c. Mengalakkan aktiviti-aktiviti seperti bercucuk tanam di antara kanak-kanak dan ibubapa yang bertujuan memupuk minat kanak-kanak terhadap tumbuh-tumbuhan semulajadi.

    d. Memperbanyakkan aktiviti-aktiviti seperti rekacipta barangan dengan menggunakan bahan buangan, dengan ini konsep kitar semula dapat disemai. Kitar semula adalah salah satu kaedah yang dapat menjimatkan penggunaan sumber tenaga semulajadi. Sebagai contoh, dengan menggunakan tin aluminium yang dikitar semula hanya memerlukan 5% tenaga jika dibandingkan dengan memproses semula tin aluminium daripada sumber semulajadi, sebanyak 95% penggunaan tenaga dapat dijimatkan. Ini memberikan kesan yang begitu besar terhadap penggunaan sumber semulajadi (Badruddin, 2007)

    e. Mengadakan program lawatan ke kawasan yang tidak tercemar dan keindahan yang masih kekal di bawah seliaan guru sekolah atau pihak penganjur. Kanak-kanak hendaklah diberi peluang mengajukan seberapa banyak persoalan yang timbul. Ini akan dapat membantu mempercepatkan proses pembelajaran kanak-kanak mengenai pembangunan lestari.

    Pendidikan merupakan diantara perkara utama yang boleh mempengaruhi pemikiran sesebuah masyarakat. Dalam konteks ini, untuk mengubah sikap masyarakat kepada yang lebih baik, perlu diterapkan pngetahuan mengenai pembangunan lestari. Oleh itu sokongan yang lebih daripada semua pihak untuk aktiviti pendidikan, latihan dan kesedaran awam yang berkaitan dengan alam sekitar dan pembangunan haruslah dititikberatkan. Guru-guru sekolah dan ibubapa haruslah sentiasa sedar dan peka terhadap peranan masing-masing agar pembangunan lestari dapat diterapkan di peringkat awal umur kanak-kanak (Bhaskar, 2005).

  • 35

    2.8.2 KURIKULUM UNTUK PRA SEKOLAH DAN SEKOLAH RENDAH

    Jadual di bawah menunjukkan idea yang mungkin berkesan dan realistik yang dicadangkan oleh Bartholomew dan Bruce (1993). Cadangan ini juaga sesuai diaplikasikan di peringkat sekolah menengah.

    Cadangan garis panduan kurikulum pra sekolah dan sekolah rendah;

    i) Kanak-kanak mudah terpengaruh dengan personaliti Personaliti di sini merujuk kepada penampilan atau penyampaian tenaga

    pengajar contohnya dapat menimbulkan minat pelajarnya untuk mempelajari apa yang hendak disampaikan

    Dengan cara ini, kanak-kanak mudah untuk mengaplikasikan apa yang dipelajari dan akan menjadi amalan atau hobi mereka

    ii) Isi kandungan bahan bacaan Merujuk kepada apa yang kanak-kanak telah tahu perlu untuk mengetahui

    pengetahuan asas kanak-kanak untuk mengembangkan lagi pengetahuanya

    Apa yang kanak-kanak perlu tahu bertujuan memberikan dan menambahkan pengetahuan mereka

    Apa yang mereka nak tahu ini akan dapat menimbulkan minat dikalangan kanak-kanak untuk mempelajari mengenai alam sekitar

    iii) Pengunaan Perkataan dan ayat Menggunakan pekataan dan ayat yang mudah di fahami oleh kanak-kanak

    (Sumber: Bhaskar,2005)

  • 36

    2.8.3 PEMBENTUKAN SEKOLAH LESTARI

    2.8.3.1 Pendahuluan

    Sekolah Lestari adalah program yang dicetuskan semasa Simposium Pendidikan Alam Sekitar untuk pengetua-pengetua sekolah peringkat kebangsaan pada 27-30 Ogos 2001 di Melaka, yang dianjurkan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS), Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar (MOSTE) dengan kerjasama Maktab Perguruan Teknik, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Pihak-pihak yang terlibat ini telah merangka draf Garis Panduan ke Arah Pembentukan Sekolah Lestari.

    Melalui program ini, elemen pendidikan alam sekitar dapat diterapkan pada kalangan guru dan pelajar secara langsung dan komuniti setempat secara tidak langsung dengan mengintegrasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai murni alam sekitar dalam kurikulum dan kokurikulum.

    Sekolah Lestari bertujuan membentuk persekitaran sekolah yang menitikberatkan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar dalam aspek pengurusan, kurikulum, kokurikulum dan penghijauan. Penglibatan sekolah dalam aktiviti sekolah lestari memberi peluang kepada mereka untuk mengamal, menghayati dan membudayakan ciri-ciri mesra alam di sekitar sekolah, rumah, komuniti setempat, masyarakat dan akhirnya di peringkat negara.

  • 37

    2.8.3.2 Hasrat Sekolah Lestari

    Hasrat Sekolah Lestari adalah suatu usaha bagi melaksanakan Dasar Alam Sekitar Negara. Dasar ini mempunyai lapan prinsip dan tujuh strategi hijau. Strategi hijau pertama memfokuskan aspek pendidikan dan kesedaran yang membri kefahaman tentang konsep kesejahteraan alam sekitar dan pembangunan lestari, selaras dengan prinsip-prinsip Pembangunan Lestari dalam Agenda 21 di Rio.

    Pendidikan dan kesedaran terhadap pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar memerlukan pengetahuan, kefahaman, perubahan sikap dan penyertaan masyarakat. Perkara ini perlu dipupuk seawal mungkin kerana ia akan menjadi faktor penentu ke arah amalan cara hidup yang mesra alam pada masa akan datang. Satu cara yang berkesan untuk memupuk kesedaran tentang alam sekitar adalah melalui pendidikan terutamanya di peringkat sekolah rendah.

    Dalam usaha pembentukan sekolah mesra alam yang layak bergelar sekolah lestari, tumpuan perlu di berikan kepada empat komponen iaitu pengurusan, kurikulum, kokurikulum dan penghijauan

  • 38

    2.8.3.3 Objektif Sekolah Lestari

    Sekolah Lestari yang dibentuk adalah bertujuan mencapai objektif-objektif berikut :

    a. Memupuk nilai murni alam sekitar pada kalangan warga sekolah b. Meningkatkan tahap kesedaran warga sekolah mengenai kepentingan

    pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar c. Menggalakkan warga sekolah melaksanakan aktiviti mesra alam dengan

    berkesan d. Meningkatkan kerjasama antara sekolah dengan masyarakat dalam

    menjayakan pendidikan alam sekitar dan e. Mewujudkan suasana sekolah yang kondusif bagi melahirkan warga sekolah

    yang mempraktikkan amalan hidup lestari.

    (Sumber : Jabatan Alam Sekitar)

    Bagi memperolehi kefahaman yang lebih mendalam dan lebih baik tentang konsep kesejahteraan alam sekitar dan pembangunan lestari serta sikap prihatin terhadap alam sekitar, pendidikan dan kesedaran alam sekitar akan digalakkan secara menyeluruh dengan penggabungan penyebaran maklumat secara latihan selaras dengan agenda 21. Pendidikan alam sekitar yang formal dan tidak formal yang menyeluruh dan strategi latihan serta program penyebaran maklumat perlu di perkenalkan di sekolah sekolah.

  • 39

    2.9 KESIMPULAN

    Pendekatan pembangunan merupakan sebuah cara radikal baru mendekati eksploitasi sumber semulajadi dan pembangunan ekonomi, dan dilihat sebagai satu jalan keluar untuk mengatasi masalah pembangunan sumber semulajadi menuju alaf baru. Pada asasnya prinsip-prinsip murni yang terdapat dalam pendekatan tersebut masih belum disepadukan ke dalam satu program tindakan yang koheren. Jelas terdapat beberapa halangan utama yang perlu diatasi sebelum matlamat pendekatan ini dicapai. Keupayaan untuk mengatasi halangan-halangan ini adalah cabaran yang perlu dihadapi oleh manusia menuju alaf baru ini.

    Hal ini mungkin memerlukan perubahan radikal dalam jentera pentadbiran, aras tanggapan masyarakat, inovasi teknologi dan kaedah-kaedah ekonomi yang baru. Paling penting pendekatan ini akan bergantung kepada pemikiran baru terhadap perubahan ekonomi dan perhubungan manusia dan alam sekitarnya. Psikologi baru ini mungkin merupakan cabaran paling besar kerana mereka yang mampu membuat perubahan tidak akan membuat perubahan sehingga laluan pembangunan ekonomi lain diterima. Kemunculan kesedaran alam sekitar sejak kebelakangan ini jelas memberi harapan, tetapi sedikit sahaja yang akan berubah selagi harapan ini tidak diubah menjadi tindakan atau perlaksanaan ke atas pembangunan lestari.

  • BAB III

    METODOLOGI KAJIAN

    3.0 Pendahuluan

    Penentuan metodologi penyelidikan adalah penting bagi memastikan projek penyelidikan ini mencapai objektif yang diharapkan. Objektif utama kajian ini adalah untuk mengetahui tahap kesedaran mengenai pembangunan lestari di peringkat kanak-kanak. Kawasan di sekitar Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah dipilih secara rawak untuk menilai tahap kesedaran mengenai pembangunan lestari. Pengumpulan data dalam kajian ini dilakukan melalui pengumpulan data pertama iaitu soal selidik dan temu bual dan data kedua melalui pembacaan. Data-data ini dikumpulkan untuk tujuan analisis dan mendapatkan keputusan yang menyeluruh mengenai kajian ini.

    3.1 Pengumpulan Data Kedua

    Pengumpulan data kedua adalah penting untuk mendapatkan gambaran awal mengenai kajian yang dilakukan. Pemahaman yang mendalam dalam kajian ini sangat penting untuk dimasukkan dalam bahagian kajian literatur. Daripada sumber ini juga penyelidik boleh mendapatkan pendapat-pendapat penyelidik yang pernah menjalankan kajian yang sama. Disamping itu, penilaian boleh dilakukan di antara kajian sekarang dan sebelum ini untuk mendapatkan keberkesanan keputusan dalam

  • 41

    penyelidikan yang dilakukan. Secara umumnya pengumpulan data dilakukan melalui buku-buku, jurnal, suratkhabar dan internet.

    3.2 Pengumpulan Data Utama

    Pengumpulan data kedua mempunyai maklumat yang penting untuk disertakan dalam kajian. Walaubagaimanapun, dengan cara ini sahaja tidak cukup untuk mendapatkan kesempurnaan dalam penyelidikan. Oleh itu pengumpulan data utama juga diperlukan dalam kajian yang dilakukan untuk mendapatkan data terbaru, dan gambaran mengenai situasi pada masa penyelidikan. Di dalam kajian ini terdapat dua kaedah yang dijalankan iaitu soal selidik dan temubual.

    3.2.1 Soal Selidik

    Borang soal selidik diagihkan secara rawak kepada ibubapa, dan guru-guru sekolah rendah di sekitar kawasan yang berdekatan UTM. Sebelum diedarkan kepada responden, Pilot Study dilakukan untuk memastikan soalan-soalan yang diajukan boleh difahami atau tidak. Kebanyakkan soalan-soalan yang terdapat dalam soal selidik ini adalah dalam bentuk Likert Scale. Responden hanya perlu memberikan pendapat sama ada sangat bersetuju, setuju, tidak setuju dan sangat tidak setuju. Borang soal selidik ini dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu;

    Bahagian I : Mengetahui latar belakang responden

    Bahagian II : Mengenalpasti aplikasi pembangunan lestari diperingkat pra sekolah dan sekolah rendah

    Bahagian III: Mengenalpasti kaedah penerapan pembangunan lestari di peringkat sekolah.

  • 42

    Tajuk Kesedaran Pembangunan Lestari pada Peringkat kanak-kanak

    Soal selidik

    Analisis statistik SPSS

    Version 16.0

    Keputusan dan Kesimpulan

    Persembahan data

    Pembacaan Awal Pengumpulan Data

    Analisis Data

    3.3 Analisis Data

    Setelah pengumpulan data dilakukan daripada borang soal selidik yang telah diagihkan, analisis data dilakukan. Analisis data dilakukan dengan menggunakan perisian komputer SPSS Version 16.0. Dengan menggunakan perisian ini frekuensi, peratusan, min, sishan piawai dan varians boleh diperolehi dengan mudah menggunakan perisian ini. Metodologi penyelidikan adalah seperti di bawah :

    Kaedah Purata Indeks (Al-Hammad, et al.1996) juga digunakan dalam analisis ini.

    Purata Indeks =

    xxa

    i

    ii

    Di mana ai = constant yang melambangkan pemberat bagi i: xi = pembolehubah yang melambangkan kekerapan responden bagi I = 1,2,3,4,5 dan digambarkan seperti berikut: xi = kekerapan jawapan bagi tidak utama dan sejajar dengan a1 = 1, x2 = kekerapan bagi jawapan kurang utama dan sejajar dengan a2 = 2, x3 = kekerapan jawapan bagi sederhana utama dan sejajar dengan a3 = 3, x4 = kekerapan jawapan bagi utama dan sejaajar dengan a5 =, x5 = kekerapan jawapan bagi paling utama dan sejajar dengan x5 = 5

  • 43

    Lima kategori skala yang digunapakai bagi menggambarkan keutamaan perkara-perkara yang dikaji dengan berdasarkan lingkungan purata mata yang dikelaskan seperti berikut : (Ab. Majid & McCaffer,1997)

    5 = Paling Utama 4.50 Purata Mata 5.00 sama dengan 90-100% 4 = Utama 3.50 Purata Mata < 4.50 sama dengan 70-

  • BAB IV

    ANALISIS DATA DAN KEPUTUSAN

    4.0 Pengenalan

    Bab ini akan membincangkan tentang analisis data serta keputusan yang diperolehi hasil daripada analisis yang dibuat. Data yang dianalisis dan keputusan yang dibuat adalah berdasarkan kajian yang telah dibuat di sekitar Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Taman Universiti, dan Taman Sri Pulai. Kajian ini melibatkan guru-guru sekolah rendah dan ibubapa yang mempunyai anak masih di sekolah rendah. Sebanyak 150 set borang soal selidik telah diedarkan ke sekolah sekolah rendah iaitu Sekolah Kebangsaan Taman Universiti Satu (SKTU 1), Sekolah Kebangsaan Taman Universiti Empat (SKTU 4), Sekolah Kebangsaan Taman Sri Pulai, Taska Jati dan Masjid Taman Universiti. Sebanyak 109 set borang soal selidik telah dikembalikan. Oleh itu analisis yang dibuat berdasarkan 109 responden yang telah menjawab soal selidik ini. Analisis ini dibahagikan kepada empat bahagian mengikut bahagian yang terkandung dalam borang soal selidik seperti yang disertakan pada lampiran A :

    Maklumat latar belakang responden (Demografi) Mengenalpasti penerapan dan pembangunan lestari di peringkat pra sekolah

    dan sekolah rendah

    Mengkaji sama ada pelajar diperingkat sekolah rendah sesuai diberi pendedahan menyeluruh tentang kepentingan pembangunan lestari

    Mengenalpasti langkah-langkah yang sesuai dilakukan oleh pihak sekolah dan ibubapa untuk memastikan pembangunan lestari diadaptasikan dalam gaya hidup.

  • 45

    4.1 Maklumat Responden

    Jadual 4.1 : Status Responden

    Hasil daripada maklum balas yang diperolehi, didapati 56% responden terdiri daripada golongan ibubapa dan selebihnya iaitu sebanyak 44% adalah guru-guru yang tidak mempunyai anak di sekolah kajian soal selidik. Keputusan ini ditunjukkan seperti Jadual 4.1 di atas.

    Jadual 4.2: Pekerjaan Responden

    Bagi pekerjaan responden pula, sebahagian besar responden terdiri daripada guru sekolah rendah iaitu sebanyak 87.2% responden. Sebanyak 4.6% responden mewakili pensyarah dan 8.3% responden adalah kakitangan pentadbiran.

    Kekerapan

    Peratus (%)

    Valid

    Ibubapa

    61

    56

    Guru-guru yang anak-anak tidak bersekolah di sekolah kajian

    48

    44

    Jumlah

    109

    100

    Kekerapan

    Peratus (%)

    Valid

    Guru Sekolah

    95

    87.2

    Pensyarah

    5

    4.6

    Kakitangan Pentadbiran

    9

    8.3

    Jumlah

    109

    100

  • 46

    Jadual 4.3 : Tempoh pengalaman bekerja responden

    Dalam soal selidik ini, pengalaman bekerja responden merupakan perkara yang perlu di ketahui untuk memastikan keberkesanan kajian ini. Daripada data yang diperolehi, didapati 15.6% responden mempunyai pengalaman 1 hingga ke 2 tahun, 26.7% responden berpengalaman 2 hingga ke 4 tahun. Manakala sebanyak 57.8% responden berpengalaman 5 tahun ke atas.

    4.2 Mengenalpasti penerapan dan pemahaman pembangunan lestari di peringkat pra sekolah dan sekolah rendah

    Analisis ini dibuat untuk mencapai objektif pertama kajian ini iaitu mengenalpasti penerapan dan pemahaman pembangunan lestari di peringkat pra sekolah dan sekolah rendah. Terdapat tiga (3) soalan dalam bahagian ini, soalan pertama memerlukan responden menandakan pada ruang jawapan yang disediakan. Manakala soalan kedua dan ketiga, responden diberi lima pilihan menggunakan Skala Likert sama ada sangat tidak setuju (1), tidak setuju (4), tidak pasti (3), setuju (4) dan sangat setuju (5) dengan pendapat yang diberikan dalam soal selidik ini.

    Tempoh masa perkhidmatan

    Peratus (%)

    Valid

    1 2 tahun

    15.6

    2 4 tahun

    26.7

    5 tahun keatas

    57.8

    Jumlah

    100

  • 47

    4.2.1 Adakah konsep pembangunan lestari diterapkan di sekolah?

    Jadual 4.4: Peratus responden yang mengetahui konsep pembangunan lestari

    Jadual 4.3 menunjukkan analisis kekerapan dan peratus untuk mengenalpasti penerapan konsep pembangunan lestari di sekolah. Didapati sebanyak 80.7% responden menyatakan bahawa konsep pembangunan lestari diterapkan di sekolah dan 14.7% lagi menyatakan konsep ini tidak diterapkan di sekolah. Manakala 4.6% responden tidak begitu pasti tentang konsep ini. Ini menunjukkan, konsep pembangunan lestari telah diaplikasi di sekolah namun masih terdapat sekolah yang tidak menerapkan konsep ini.

    4.2.2 Adakah pembelajaran pembangunan lestari diadaptasikan secara berkesan diperingkat sekolah pada masa ini?

    Jadual 4.5 : Tahap persetujuan responden terhadap keberkesanan adaptasi pembangunan lestari

    Kekerapan Peratus %

    Valid Ya 88 80.7

    Tidak 16 14.7

    Tidak Pasti 5 4.6

    Jumlah 109 100

    Kekerapan Peratus % Persetujuan Sangat Tidak Bersetuju

    1

    9 Tidak Bersetuju 18 16.5

    25.5 Tidak Ambil Tahu

    6 5.5 5.5

    Setuju 73 67.0

    Data Valid

    Sangat Setuju 6 5.5

    72.5 Jumlah 109 100.0

  • 48

    Rajah 4.1: Keberkesanan adaptasi Pembangunan Lestari diperingkat Sekolah

    Berdasarkan data yang diperolehi, sebanyak 72.5% responden yang bersetuju pembelajaran pembangunan lestari perlu diadaptasi secara berkesan di peringkat sekolah. Manakala 25.5% responden tidak bersetuju pembangunan lestari diadaptasi di peringkat sekolah. Daripada peratus ini, menunjukkan masih terdapat masyarakat yang kurang menyedari kepentingan konsep ini. Ini mungkin disebabkan kerana, penyebaran maklumat mengenai konsep ini amat sedikit atau kurang berkesan. Oleh sebab itu, untuk menyampaikan kepada masyarakat tentang perlunya konsep ini difahami. Sekolah didapati tempat yang sangat sesuai untuk penerapan konsep ini.

    4.3 Mengkaji sama ada pelajar diperingkat sekolah rendah sesuai diberi pendedahan menyeluruh tentang kepentingan pembangunan lestari

    Analisis ini dibuat untuk mencapai objektif kedua kajian ini iaitu mengkaji sama ada pelajar di peringkat sekolah rendah sesuai diberi pendedahan menyeluruh tentang kepentingan pembangunan lestari. Terdapat dua (2) soalan dalam bahagian ini, kedua-dua soalan, responden diberi lima pilihan menggunakan Skala Likert sama ada sangat tidak setuju (1), tidak setuju (4), tidak pasti (3), setuju (4) dan sangat setuju (5) dengan pendapat yang diberikan dalam soal selidik ini.

    Adaptasi Pembangunan Lestari Diperingkat Sekolah Rendah

    25.55.5

    72.5

    01020304050607080

    Tahap persetujuan

    Pera

    tus

    R

    es

    pon

    den

    (%

    ) Tidak SetujuTidak PastiSetuju

  • 49

    4.3.1 Adakah anda bersetuju bahawa pendedahan pada peringkat awal umur (5-12) tahun boleh membentuk modal insan yang bertanggungjawab pada alam sekitar?

    Jadual 4.6 :Pendapat terhadap pendedahan pembangunan lestari pada awal umur

    Rajah 4.2: Pendapat responden terhadap pendedahan pembangunan lestari pada peringkat awal umur

    Daripada soal-selidik yang dijalankan, didapati 80.7% responden bersetuju bahawa pendedahan terhadap pembangunan lestari akan dapat membentuk masyarakat yang mencintai alam sekitar. Pembangunan lestari adalah konsep pembangunan yang menitik beratkan alam sekitar dan dilaksanakan berdasarkan prinsip-prinsip penjagaan alam sekitar seperti yang dijelaskan pada Prinsip Pembangunan Lestari (Bab2, seksyen 2.4). Melalui prinsip ini, masyarakat akan lebih bertanggungjawab, menghormati dan mementingkan kelestarian ekosistem. Namun begitu terdapat 20% responden tidak bersetuju dengan pendapat ini dan manakala 4.6% responden tidak pasti dengan pendapat tersebut.

    Kekerapan Peratus % Persetujuan Sangat Tidak Bersetuju

    1

    9 Tidak Bersetuju 12 11

    20 Tidak Ambil Tahu

    5 4.6 4.6

    Setuju 71 65.1

    Valid

    Sangat Setuju 17 15.6

    80.7 Jumlah 109 100.0

    Tahap Persetujuan Responden Terhadap Pendedahan Pembangunan Lestari Kepada

    Kanak-Kanak (5-12) Tahun

    20 4.6

    80.7

    0102030405060708090

    Tahap Persetujuan

    Pera

    tus

    Res

    ponde

    n (%

    )

    Tidak SetujuTidak PastiSetuju

  • 50

    4.3.2 Adakah anda bersetuju bahawa sikap masyarakat terhadap alam sekitar boleh diperbaiki dengan pembelajaran dan pengajaran diperingkat awal kanak-kanak?

    Jadual 4.7: Persetujuan responden terhadap sikap masyarakat yang perlu di pupuk dari peringkat awal.

    Pemusnahan alam sekitar adalah sangat dipengaruhi oleh sikap manusia seperti dibincangkan dalam Masalah Alam Sekitar Dan Pembangunan (Bab 2, Seksyen 2.6.1). Sebanyak 93.6% responden menyokong pendapat bahawa masalah ini akan dapat diperbaiki dengan pembelajaran dan pengajaran diperingkat awal kan