24
PEMBANGUNAN LAMAN WEB GEOMETRI PEPEJAL MATEMATIK TINGKATAN DUA BERASASKAN PERMAINAN ZURIYATI BINTI JAMLI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PEMBANGUNAN LAMAN WEB GEOMETRI PEPEJAL MATEMATIK TINGKATAN ... · PDF filepembangunan laman web geometri pepejal matematik tingkatan dua berasaskan permainan zuriyati binti jamli universiti

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: PEMBANGUNAN LAMAN WEB GEOMETRI PEPEJAL MATEMATIK TINGKATAN ... · PDF filepembangunan laman web geometri pepejal matematik tingkatan dua berasaskan permainan zuriyati binti jamli universiti

PEMBANGUNAN LAMAN WEB GEOMETRI PEPEJAL MATEMATIK

TINGKATAN DUA BERASASKAN PERMAINAN

ZURIYATI BINTI JAMLI

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: PEMBANGUNAN LAMAN WEB GEOMETRI PEPEJAL MATEMATIK TINGKATAN ... · PDF filepembangunan laman web geometri pepejal matematik tingkatan dua berasaskan permainan zuriyati binti jamli universiti

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦♦♦♦

JUDUL: PEMBANGUNAN LAMAN WEB GEOMETRI PEPEJAL MATEMATIK

TINGKATAN DUA BERASASKAN PERMAINAN.

SESI PENGAJIAN: 2008/2009

Saya ZURIYATI BINTI JAMLI

(HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan

Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan berikut:

1. Tesis adalah hakmilik Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia.

2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja.

3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara

institusi pengajian tinggi.

4.**Sila tandakan (√ )

Disahkan oleh

_________________________ ____________________________

(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)

Alamat Tetap:

J-5160 JALAN MELATI, PM DR ZAIDATUN BINTI TASIR

TAMAN MAJU, Nama penyelia

77000 JASIN,

MELAKA

Tarikh: 23 APRIL 2009 Tarikh: 23 APRIL 2009

SULIT

TERHAD

TIDAK TERHAD

(Mengandungi maklumat berdarjah keselamatan atau

kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA

RAHSIA RASMI 1972)

(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh

organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan).

PSZ 19:16 (Pind. 1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

CATATAN * Potong yang tidak berkenaan.

** Jenis tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak

berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh

tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana

secara penyelidikan, atau disertai bagi pengajian secara kerja kursus dan

penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

Page 3: PEMBANGUNAN LAMAN WEB GEOMETRI PEPEJAL MATEMATIK TINGKATAN ... · PDF filepembangunan laman web geometri pepejal matematik tingkatan dua berasaskan permainan zuriyati binti jamli universiti

ii

PENGESAHAN PENYELIA

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer Serta Pendidikan (Matematik).”

Tandatangan : …………………………………………………..

Nama Penyelia : PROF MADYA DR ZAIDATUN BINTI

TASIR

Tarikh : 23 APRIL 2009

Page 4: PEMBANGUNAN LAMAN WEB GEOMETRI PEPEJAL MATEMATIK TINGKATAN ... · PDF filepembangunan laman web geometri pepejal matematik tingkatan dua berasaskan permainan zuriyati binti jamli universiti

PEMBANGUNAN LAMAN WEB GEOMETRI PEPEJAL MATEMATIK

TINGKATAN DUA BERASASKAN PERMAINAN

ZURIYATI BINTI JAMLI

Tesis ini dikemukakan

Sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Matematik)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

23 APRIL 2009

Page 5: PEMBANGUNAN LAMAN WEB GEOMETRI PEPEJAL MATEMATIK TINGKATAN ... · PDF filepembangunan laman web geometri pepejal matematik tingkatan dua berasaskan permainan zuriyati binti jamli universiti

ii

“Saya akui karya ini “Pembangunan Laman Web Geometri Pepejal Matematik

Tingkatan Dua Berasaskan Permainan” adalah hasil kerja saya sendiri kecuali

nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah dijelaskan asal sumbernya.”

Tandatangan : ...............................................................

Nama penulis : ZURIYATI BINTI JAMLI

Tarikh : 23 APRIL 2009

Page 6: PEMBANGUNAN LAMAN WEB GEOMETRI PEPEJAL MATEMATIK TINGKATAN ... · PDF filepembangunan laman web geometri pepejal matematik tingkatan dua berasaskan permainan zuriyati binti jamli universiti

iii

DEDIKASI

Dedikasi ini kutujukan istimewa buat :

Ibundaku Kamisah Binti Md Laya

Yang telah mengandung, melahir dan mendidik aku dengan didikan yang sempurna

Tanpamu siapalah aku di muka bumi Allah ini

Mak, Semoga mak dipanjangkan umur di dalam lembayung rahmat Allah

Ayahandaku Jamli Bin Mohamat

Yang berkerja siang dengan hati yang tulus ikhlas

Semata-mata untuk mencari nafkah yang halal untuk menyara aku dan keluarga

tercinta.

Ayah, Semoga ayah dipanjangkan umur di dalam lembayung rahmat Allah

Untuk terus beribadat kepada yang Maha Esa.

Nenekandaku Maimon Binti Muharam

Semoga Allah mencucuri rahmat yang melimpah ruah

Kakandaku Mohd Ariffin, Mohd Ridzuan, Zuliana

Adindaku Zuhartini

Kamu semua insan yang tak pernah sekali pun ku lupa

Kamu semua pelengkap keluargaku tercinta

Page 7: PEMBANGUNAN LAMAN WEB GEOMETRI PEPEJAL MATEMATIK TINGKATAN ... · PDF filepembangunan laman web geometri pepejal matematik tingkatan dua berasaskan permainan zuriyati binti jamli universiti

iv

Sahabat-sahabat seperjuangan

Haslina, Nurul Ain Bahyah, Nurul ’Aliya, Nur Fazleena, Norhayati, Siti

Zubaidah

Sahabat-sahabat Sunnah

Bashirah, Siti Fatimah dan Sutinah

Kalian lah membawa aku ke jalan memahami Islam yang sebenar

Semoga perhubungan dan perjuangan kita dirahmati Allah selama-lamanya

Rakan-rakan Sarjana Muda Sains dan Komputer dalam Pendidikan (Matematik) sesi

2005/2006 tidak mampu ku sebut satu-persatu

Kalian semua akan kuingat sampai bila-bila, insya-Allah

Moga perjuangan kita menjadi seorang guru semata-mata untuk mendapat redha

Allah

Pensyarah-pensyarah, dan guru-guru yang mendidikku

Insya-Allah, jasa kalian tak akan ku lupa sampai bila-bila

Hanya Allah SWT sahajalah dapat membalas jasamu kalian.

Mendidik dan membimbing kami tanpa penat dan jemu..

Dan mereka yang mengenali diriku ini...

Terima kasih, semoga jasa anda diberkati Allah SWT.........

Page 8: PEMBANGUNAN LAMAN WEB GEOMETRI PEPEJAL MATEMATIK TINGKATAN ... · PDF filepembangunan laman web geometri pepejal matematik tingkatan dua berasaskan permainan zuriyati binti jamli universiti

v

PENGHARGAAN

Segala pujian hanya bagi ALLAH SWT, Tuhan penguasa alam. Hanya

padanya tempat ku meminta pertolongan, petunjuk, keampunan dan taubat. Kepada-

Nya juala disandarkan pengharapan dan kecintaan yang paling agung, semoga DIA

menjauhkan kita daripada kejahatan diri dan keburukan amalan. Selawat dan salam

ditujukan buat junjungan tercinta, Nabi Muhammad, penutup sekalian nabi. Semoga

Allah mengampuni kita dan seluruh generasi terdahulu di kalangan para sahabat,

tabiin, tabi’ tabiin dan seluruh ulama yang berjasa pada Islam.

Bersyukur pada Allah SWT kerana limpah rahmatnya diizinkan saya untuk

menyiapkan projek saya ini. Pada kesempatan yang ada ini saya ingin merakamkan

setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada penyelia projek saya iaitu Prof.

Madya Dr. Zaidatun Tasir di atas segala bimbingan, bantuan, desakkan dan dorongan

yang diberikan sepanjang tempoh pembangunan perisian ini. Tiada apa yang

mampuku kubalas, hanya serangkap doa kepadamu Semoga Allah menempat Dr.

Zaidatun di kalangan orang-orang yang solehah, amin.

Tidak pernahku lupa, penghargaan ini juga ku tujukan kepada ibunda dan

ayahandaku yang tercinta Kamisah binti Md Laya dan Jamli bin Mohamat. Tidak

lupa nenekku iaitu Maimun binti Muharam, kekanda dan adindaku serta sahabat-

sahabat perjuangan. Hanya mampuku katakan “Tanpa kalian semua, siapalah aku

sekarang ini”. Moga Allah tempatkan kalian di kalangan yang soleh dan solehah,

amin.

Page 9: PEMBANGUNAN LAMAN WEB GEOMETRI PEPEJAL MATEMATIK TINGKATAN ... · PDF filepembangunan laman web geometri pepejal matematik tingkatan dua berasaskan permainan zuriyati binti jamli universiti

vi

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk membangunkan sebuah laman Web yang

berasaskan permainan dalam tajuk Geometri Pepejal tingkatan dua. Penghasilan

permainan khas untuk digunakan dalam kelas mengambil masa yang lama serta kos

yang tinggi. Oleh itu, dengan membangunkan laman web berasaskan permainan ini

sedikit sebanyak dapat membantu pengguna mengaplikasikan permainan yang sedia

ada ke dalam kelas tanpa perlu membangunkannya sendiri. Ini sekaligus dapat

menjimatkan masa serta kos pengguna. Laman web ini dibangunkan khas untuk

tajuk Geometri Pepejal tingkatan dua sahaja. Semua permainan yang disediakan

telah dibangunkan mengikut subtopik yang ada dalam tajuk Geometri Pepejal. Di

antara subtopik yang dibincangkan adalah ciri-ciri, bentangan dan luas permukaan

geometri pepejal. Terdapat enam buah permainan yang berkaitan dengan subtopik

geometri pepejal telah dimuat naik ke dalam laman web ini. Laman web ini telah

dibangunkan sepenuhnya dengan menggunakan perisian Dreamweaver 8, Adobe

Flash MX 2004 dan Adobe Photoshop CS2. Laman web ini berpotensi untuk

menarik minat pengguna dalam tajuk Geometri Pepejal sekaligus menaikkan prestasi

mereka dalam Matematik.

Page 10: PEMBANGUNAN LAMAN WEB GEOMETRI PEPEJAL MATEMATIK TINGKATAN ... · PDF filepembangunan laman web geometri pepejal matematik tingkatan dua berasaskan permainan zuriyati binti jamli universiti

vii

ABSTRACT

The purpose of study was to develop a website based on games entitled Solid

Geometry form two. In order to develop a single game for class use, it will require

more time and higher will. Therefore by developing this website based on games, it

will help users who want to implement games into a classroom without need to

develop them personally. This will save users’ time and money. The website was

specially developed for Solid Geometry form two. All of the games have been

developed based on subtopics in Solid Geometry. The subtopics that have been

discussed were properties, nets and surface area of Solid Geometry. There were six

games, which related to the subtopics of Solid Geometry have been uploaded to the

website. This website was fully developed using Dreamweaver 8, Adobe Flash MX

2004 and Adobe Photoshop CS2. This website has a potential to attract users’

interest in Solid Geometry and then will help them to upgrade their performance in

Mathematics.

Page 11: PEMBANGUNAN LAMAN WEB GEOMETRI PEPEJAL MATEMATIK TINGKATAN ... · PDF filepembangunan laman web geometri pepejal matematik tingkatan dua berasaskan permainan zuriyati binti jamli universiti

viii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGESAHAN PENYELIA

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK vi

ABSTRACT vii

KANDUNGAN viii

SENARAI RAJAH xi

SENARAI SINGKATAN xiii

SENARAI JADUAL xiv

BAB I PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Pernyataan Masalah 5

1.4 Objektif Kajian 6

1.5 Skop Kajian 7

1.6 Kepentingan Kajian 7

1.7 Takrifan Istilah 10

1.7.1 Internet 10

1.7.2 Laman Web 10

1.7.3 Pendekatan Permainan 11

1.7.4 Geometri Pepejal 11

1.8 Penutup 12

Page 12: PEMBANGUNAN LAMAN WEB GEOMETRI PEPEJAL MATEMATIK TINGKATAN ... · PDF filepembangunan laman web geometri pepejal matematik tingkatan dua berasaskan permainan zuriyati binti jamli universiti

ix

BAB II SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 13

2.2 Perkembangan Komputer Dalam P&P 13

2.3 Kepentingan Laman Web Dalam P&P 13

2.4 Kajian Mengenai Keberkesanan Laman

Web Dalam P&P 17

2.5 Pembelajaran Menerusi Permainan 19

2.6 Jenis-jenis Permainan 20

2.7 Pengaplikasian Permainan Dalam Pendidikan 20

2.8 Permainan Menerusi Internet 22

2.9 Teori Pembelajaran 23

2.9.1 Teori Tingkah Laku 23

2.9.2 Teori Kognitif 24

2.9.3 Teori Pembelajaran Masteri 24

2.10 Model Reka Bentuk 25

2.11 Penutup 28

BAB III REKA BENTUK LAMAN WEB

3.1 Pengenalan 29

3.2 Model Reka Bentuk Pengajaran 30

3.2.1 Fasa Analisis 31

3.2.2 Fasa Reka Bentuk 33

3.2.3 Fasa Pembangunan Dan Integrasi 37

3.2.4 Fasa Pengujian 37

3.2.5 Fasa Penyelenggaraan 38

3.3 Pemilihan Perisian Untuk Membangunkan

Laman Web 38

3.4 Penyebaran Laman Web 41

3.5 Penutup 41

Page 13: PEMBANGUNAN LAMAN WEB GEOMETRI PEPEJAL MATEMATIK TINGKATAN ... · PDF filepembangunan laman web geometri pepejal matematik tingkatan dua berasaskan permainan zuriyati binti jamli universiti

x

BAB IV REKA BENTUK LAMAN WEB

4.1 Pengenalan 43

4.2 Reka Bentuk Laman Web 44

4.2.1 Muka Depan Laman Web 45

4.2.2 Laman Utama Laman Web 47

4.2.3 Permainan mudah 51

4.2.4 Permainan sukar 63

4.2.5 Kemudahan Lain Dalam Laman Web 65

4.3 Komen Terhadap Laman Web 68

4.4 Penutup 69

BAB V PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 70

5.2 Perbincangan 70

5.3 Masalah-masalah Yang Dihadapi Semasa

Pembangunan Laman Web 72

5.4 Kelebihan Laman Web 73

5.5 Kelemahan Laman Web 75

5.6 Kesimpulan 76

5.7 Cadangan Kajian Lanjutan 77

5.8 Penutup 78

Page 14: PEMBANGUNAN LAMAN WEB GEOMETRI PEPEJAL MATEMATIK TINGKATAN ... · PDF filepembangunan laman web geometri pepejal matematik tingkatan dua berasaskan permainan zuriyati binti jamli universiti

xi

BIBLIOGRAFI 79

Page 15: PEMBANGUNAN LAMAN WEB GEOMETRI PEPEJAL MATEMATIK TINGKATAN ... · PDF filepembangunan laman web geometri pepejal matematik tingkatan dua berasaskan permainan zuriyati binti jamli universiti

xii

SENARAI RAJAH

No. Rajah Tajuk

Muka Surat

2.1 Model Air Terjun (Waterfall) 26

2.2 Model ADDIE 28

3.1 Carta alir laman web tajuk Geometri Pepejal

(Solid Geometry) Matematik tingkatan dua

berasaskan permainan

34

4.1 Muka depan laman web Gametry (bahagian

atas)

46

4.1 Muka depan laman web Gametry (bahagian

bawah)

46

4.3 Halaman The Games (Objektif pembelajaran) 47

4.4 Halaman The Games (Pilihan Jenis

Permainan)

48

4.5 Halaman G-Blogs 50

4.6 Halaman G-Link atau GameLink 51

4.7 Halaman Teacher Invaders 52

4.8 Teacher Invaders (ruangan bermain) 53

4.9 Soalan dan jawapan 53

4.10 Jawapan yang diberikan betul 54

4.11 Jawapan yang diberikan salah 54

4.12 Skor markah dalam Teacher Invaders 55

4.13 Paparan utama Fling The Teacher 56

4.14 Paparan mereka mangsa permainan 57

4.15 Ruangan menjawab soalan 57

4.16 Kotak popup untuk menetapkan jawapan 58

Page 16: PEMBANGUNAN LAMAN WEB GEOMETRI PEPEJAL MATEMATIK TINGKATAN ... · PDF filepembangunan laman web geometri pepejal matematik tingkatan dua berasaskan permainan zuriyati binti jamli universiti

xiii

4.17 Paparan bagi jawapan yang betul 58

4.18 Paparan bagi jawapan yang salah 59

4.19 Paparan mangsa dilontarkan setelah berjaya

menjawab semua soalan

59

4.20 Paparan tahniah kepada pengguna yang

berjaya menjawab semua soalan

60

4.21 Paparan utama permainan Match-up Quiz 61

4.22 Kotak pengenalan permainan Match-up Quiz 61

4.23 Paparan dalam permainan Match-up Quiz 62

4.24 Kotak amaran Time up 63

4.25 Paparan permainan Multiple Choice dari

Hard Games

64

4.26 Paparan jika jawapan yang dipilih salah 64

4.27 Markah daripada semua soalan yang dijawab 66

4.28 Halaman muat turun (download) pertama 66

4.29 Halaman muat turun (download) kedua 67

4.30 Halaman Pembangun (Webmaster) 67

Page 17: PEMBANGUNAN LAMAN WEB GEOMETRI PEPEJAL MATEMATIK TINGKATAN ... · PDF filepembangunan laman web geometri pepejal matematik tingkatan dua berasaskan permainan zuriyati binti jamli universiti

xiv

SENARAI SINGKATAN

ATM Automated Teller Machine

BBM Bahan Bantu Mengajar

KPM Kementerian Pelajaran Malaysia

MSC Koridor Raya Multimedia (Multimedia Super Corridor)

PDA Personal Digital Assistant

PMR Peperiksaan Menengah Rendah

P&P Pengajaran dan Pembelajaran

WWW World Wide Web

HTML Hypertext Markup Language

Page 18: PEMBANGUNAN LAMAN WEB GEOMETRI PEPEJAL MATEMATIK TINGKATAN ... · PDF filepembangunan laman web geometri pepejal matematik tingkatan dua berasaskan permainan zuriyati binti jamli universiti

xv

SENARAI JADUAL

No. Jadual Tajuk Muka Surat

4.1

Jumlah soalan dalam setiap permainan

(game)

49

Page 19: PEMBANGUNAN LAMAN WEB GEOMETRI PEPEJAL MATEMATIK TINGKATAN ... · PDF filepembangunan laman web geometri pepejal matematik tingkatan dua berasaskan permainan zuriyati binti jamli universiti

BAB I

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Di era serba canggih ini pengetahuan mengenai Teknologi Maklumat amat

penting. Di mana-mana sahaja dapat kita perhatikan orang ramai ada yang

memegang Personal Digital Assistant (PDA), membawa komputer riba ke hulu ke

hilir, menggunakan Automated Teller Machine (ATM) dan banyak lagi. Kedatangan

teknologi yang serba canggih ini diterima baik oleh masyarakat terutama sekali

golongan remaja masa kini. Namun begitu, Matematik tidak pula disambut dengan

baik oleh semua. Walhal, kewujudan Matematik adalah lebih dahulu daripada

teknologi yang dibangga-banggakan oleh semua.

Kebanyakkan masyarakat hanya memandang Matematik dengan sebelah mata

sahaja. Apabila ditanya kepada masyarakat mengenai Matematik, tanpa banyak

berfikir dan mudahnya menjawab:

Page 20: PEMBANGUNAN LAMAN WEB GEOMETRI PEPEJAL MATEMATIK TINGKATAN ... · PDF filepembangunan laman web geometri pepejal matematik tingkatan dua berasaskan permainan zuriyati binti jamli universiti

2

“saya benci Matematik semasa di sekolah”, “Matematik?, yuk”,

“saya tak dapat buat dengan baik dalam Matematik”

Menurut Douglas et al. (2006) tiada siapa pun yang rasa sedih apabila

mengaku yang mereka tidak dapat membuat dengan baik dalam Matematik. Ini

menunjukkan yang masyarakat kini sangat memandang ringan akan Matematik.

Bahkan, ramai yang beranggapan bahawa Matematik itu menyusahkan,

teknologi itu memudahkan. Ada di antara mereka yang sudah ada blog sendiri,

laman web sendiri dan sebagainya. Oleh kerana mereka amat berminat terhadap

teknologi seperti Internet, maka amat sesuailah jika pembelajaran Matematik

disalurkan melalui Internet. Bukan itu sahaja, laman web juga menyediakan peluang

dan persekitaran untuk pelajar menggunakan pembelajaran kendiri. Menurut

Shoenfeld (1985) dan Boaler (1998) melalui pengalaman pengurusan pengetahuan

sendiri mampu membantu pelajar dalam menyelesaikan masalah-masalah dengan

berkesan. Contohnya, pelajar menimba pengalaman dan ilmu melalui permainan

yang berasaskan penyelesaian Matematik di laman web yang dibina.

Terdapat pelbagai media boleh digunakan dalam pengajaran dan

pembelajaran tetapi penggunaan media yang baik dan menarik merupakan

sebahagian daripada keperluan untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran yang

dilaksanakan adalah berkesan (Jamalludin dan Zaidatun, 2005). Oleh itu,

pembelajaran melalui permainan juga merupakan satu langkah yang baik bagi

menarik minat pelajar yang kurang berminat dan lemah dalam Matematik. Ini

kerana, setiap manusia mempunyai cara yang berbeza dalam menerima sesuatu ilmu.

Page 21: PEMBANGUNAN LAMAN WEB GEOMETRI PEPEJAL MATEMATIK TINGKATAN ... · PDF filepembangunan laman web geometri pepejal matematik tingkatan dua berasaskan permainan zuriyati binti jamli universiti

3

1.2 Latar Belakang Masalah

Matematik merupakan subjek penting di peringkat menengah rendah

mahupun menengah atas. Matematik merupakan pintu gerbang kepada karier,

membantu dalam membuat keputusan berinformasi dan menolong untuk bersaing

sebagai satu bangsa (Douglas et al. 2006). Namun begitu ramai yang beranggapan

bahawa Matematik itu sukar dan menyusahkan. Kesukaran ini disebabkan oleh

pelajar itu sendiri yang tidak memahami ayat Matematik yang diberikan. Sebaliknya

pula kepada pelajar yang mahir dalam membaca ayat Matematik akan dapat

memahami masalah Matematik yang diberikan dengan baik (Erickson, 1999; Boaler,

1998).

Bukan itu sahaja, ciri-ciri Matematik itu yang saling berkait di mana

pemahaman setiap konsep bersandar dengan pemahaman konsep-konsep lain adalah

punca pelajar menghadapi kesukaran untuk memahami Matematik (Maznah, 2000).

Ini juga menyebabkan Matematik menjadi subjek yang kurang digemari di kalangan

pelajar.

Menurut Burley (1989) terdapat tiga golongan pelajar di sekolah iaitu pelajar

yang berkebolehan semulajadi dalam Matematik, pelajar yang tidak mahu ada kaitan

dengan Matematik selepas berumur 16 tahun dan pelajar yang berhasrat

menggunakan Matematik dalam mata pelajaran Fizik, Kimia dan banyak lagi.

Golongan yang paling besar antara tiga tersebut merupakan golongan pelajar yang

tidak mahu ada kaitan dengan Matematik selepas berumur 16 tahun. Ini dapat dilihat

bahawa, pelajar yang tidak suka atau tidak minat pada Matematik lebih tinggi

berbanding dengan pelajar yang benar-benar meminati Matematik.

Pelajar yang kurang gemarkan Matematik ini biasanya terdiri daripada

pelajar-pelajar yang lemah dalam Matematik. Pelajar yang lemah ini biasanya tidak

mampu memahami konsep serta tidak dapat menguasai kemahiran Matematik yang

Page 22: PEMBANGUNAN LAMAN WEB GEOMETRI PEPEJAL MATEMATIK TINGKATAN ... · PDF filepembangunan laman web geometri pepejal matematik tingkatan dua berasaskan permainan zuriyati binti jamli universiti

4

diterapkan, menyebabkan mereka tidak boleh menyelesaikan masalah Matematik

dengan baik (Maznah, 2000). Mereka ini juga terdiri daripada golongan-golongan

yang sering membuat kesilapan dalam menyelesaikan Matematik.

Menurut Lucia (1998), pelajar biasanya banyak membuat kesilapan dalam

tajuk Geometri Pepejal (Solid Geometry). Ini kerana mereka tidak mampu untuk

menghubungkaitkan hubungan subjek lain dalam masalah geometri pepejal. Ini juga

mungkin disebabkan mereka memang tidak tahu ataupun tidak cuba menggunakan

ilmu yang ada dengan sebaik mungkin. Ini merupakan sebahagian masalah dalam

kesinambungan Matematik bersama geometri pepejal.

Menurut Fu Foo Yang (1990), kaedah pengajaran dan pembelajaran

berasaskan komputer terutamanya penggunaan web berjaya memperkayakan

pengalaman dalam mempelajari sesuatu tajuk yang berunsurkan permainan. Ini

kerana beliau telah membuat kajian terhadap 58 pelajar yang berkebolehan sederhana

dan rendah. Hasil kajian beliau menunjukkan pelajar memberi sikap yang positif

terhadap teknik pembelajaran menerusi web yang berunsurkan permainan.

Oleh itu, pembelajaran berasaskan laman web ini diharap dapat menarik

minat pelajar dan seterusnya diharapkan dapat meningkatkan prestasi mereka dalam

mata pelajaran Matematik.

1.3 Pernyataan Masalah

Matematik merupakan salah satu elemen penting dalam kehidupan seharian

kita. Matematik membantu manusia dalam berfikir secara kritis dan membuat

keputusan dengan bernas yang mana ia mampu membantu untuk bersaing sebagai

Page 23: PEMBANGUNAN LAMAN WEB GEOMETRI PEPEJAL MATEMATIK TINGKATAN ... · PDF filepembangunan laman web geometri pepejal matematik tingkatan dua berasaskan permainan zuriyati binti jamli universiti

5

satu bangsa. Namun begitu, pembelajaran Matematik dianggap perkara remeh dan

tidak serius. Ini menyebabkan ramai di antara kita yang sering ditipu oleh peniaga

yang jahat yang mengambil kesempatan ke atas mereka-mereka yang tidak pandai

dalam Matematik.

Oleh kerana menganggap Matematik itu susah, maka secara automatiknya

mereka tidak menggemari Matematik. Padahal, Matematik itu mudah apabila

dipelajari. Perkara ini bersangkut-paut juga dengan pelajar tingkatan dua. Sekiranya

pelajar-pelajar Tingkatan dua yang kurang minat ataupun lemah dalam Matematik

tidak cuba untuk mempertingkatkan prestasi mereka, mereka akan menghadapi

kesukaran untuk mempelajari Matematik tingkatan tiga kelak. Ini boleh

mempengaruhi markah serta minat mereka terhadap Matematik di masa depan.

Ini bermakna pelajar perlu berusaha untuk meminati Matematik terutama

sekali tajuk Geometri Pepejal (Solid Geometry). Dalam tajuk ini banyak masalah

yang timbul dalam proses P&P. Salah satunya adalah menyediakan bahan bantu

mengajar (BBM). Tajuk ini memerlukan objek sebenar bagi memberi kefahaman

kepada pelajar. Maka dengan itu bahan seperti bongkah kayu, prisma dan

sebagainya perlu di bawa masuk ke dalam kelas. Bahan tersebut terlalu besar dan

banyak. Menurut Mok Soon Sang (1994), salah satu penyebab kegagalan

penguasaan pembelajaran oleh pelajar ialah bahan pengajaran yang disediakan

kurang menarik minat pelajar. Jika kelemahan tersebut tidak dapat diperbaiki,

pelajar akan mulai hilang minat mereka untuk meneruskan pembelajaran. Oleh itu

penggunaan web bagi tajuk Geometri Pepejal (Solid Geometry) amat wajar

dilaksanakan bagi memudahkan proses P&P dengan memberi gambaran tiga dimensi

yang mudah.

Berbagai kaedah digunakan bagi menarik minat pelajar terhadap Matematik.

Salah satu kaedahnya adalah pengajaran dan pembelajaran berasaskan laman web, di

mana laman web merupakan paparan antaramuka di Internet untuk kegunaan

pengiklanan, penyelidikan, pendidikan atau pembelajaran dan lain-lain. Oleh yang

Page 24: PEMBANGUNAN LAMAN WEB GEOMETRI PEPEJAL MATEMATIK TINGKATAN ... · PDF filepembangunan laman web geometri pepejal matematik tingkatan dua berasaskan permainan zuriyati binti jamli universiti

6

demikian, kajian ini akan membangunkan laman web berasaskan pendekatan

permainan bagi tajuk Pepejal Geometri Tingkatan Dua. Permainan yang akan

dihasilkan adalah bersesuaian dengan sukatan pelajaran Matematik tingkatan dua,

bagi tajuk Geometri Pepejal (Solid Geometry).

1.4 Objektif Kajian

Objektif kajian ini ialah:

i. Membangunkan sebuah prototaip laman web permainan berasaskan

penyelesaian Matematik tajuk Geometri Pepejal (Solid Geometry) tingkatan

dua.

ii. Menghasilkan aktiviti P&P berasaskan permainan bagi tajuk Geometri

Pepejal (Solid Geometry).