21

PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA PEMBELAJARAN WONG … filepembangunan perisian multimedia pembelajaran berbantukan komputer (pbk) satu topik dalam visual basic bernama “general procedure”

  • Upload
    others

  • View
    28

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA PEMBELAJARAN WONG … filepembangunan perisian multimedia pembelajaran berbantukan komputer (pbk) satu topik dalam visual basic bernama “general procedure”
Page 2: PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA PEMBELAJARAN WONG … filepembangunan perisian multimedia pembelajaran berbantukan komputer (pbk) satu topik dalam visual basic bernama “general procedure”
Page 3: PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA PEMBELAJARAN WONG … filepembangunan perisian multimedia pembelajaran berbantukan komputer (pbk) satu topik dalam visual basic bernama “general procedure”

PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA PEMBELAJARAN

BERBANTUKAN KOMPUTER (PBK) SATU TOPIK DALAM VISUAL BASIC

BERNAMA “GENERAL PROCEDURE”

WONG JIN WEN

Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer Serta Pendidikan

(Matematik)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL, 2006

Page 4: PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA PEMBELAJARAN WONG … filepembangunan perisian multimedia pembelajaran berbantukan komputer (pbk) satu topik dalam visual basic bernama “general procedure”
Page 5: PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA PEMBELAJARAN WONG … filepembangunan perisian multimedia pembelajaran berbantukan komputer (pbk) satu topik dalam visual basic bernama “general procedure”

iii

PENGHARGAAN

Penulis ingin merakamkan penghargaan kepada individu-individu berikut atas

sokongan dan cadangan mereka. Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan jutaan

terima kasih kepada Puan Norah Bt. Md. Noor selaku penyelia projek ini atas bimbingan,

nasihat, tunjuk ajar dan dorongan yang diberi sepanjang tempoh penyelidikan tesis ini.

Penghargaan istimewa ditujukan kepada ibu bapa saya yang sentiasa memberi

sokongan dan nasihat yang tidak terhingga sejak kecil hingga masa kini. Nasihat

mereka menimbulkan kesedaran saya mengenai kegigihan dan tabah hati apabila

menyelesaikan projek ini.

Tidak lupa juga, penghargaan saya kepada pensyarah-pensyarah yang sering

memberikan cadangan dan tunjuk ajar untuk menjayakan pembangunan perisian ini.

Selain itu, jasa rakan-rakan yang sentiasa memberikan bantuan, komen-komen yang

kritis dan idea-idea yang kreatif dalam proses pembangunan perisian ini akan saya

kenangi senantiasa.

Sekian, terima kasih.

Page 6: PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA PEMBELAJARAN WONG … filepembangunan perisian multimedia pembelajaran berbantukan komputer (pbk) satu topik dalam visual basic bernama “general procedure”

iv

ABSTRAK

Perisian Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) multimedia bertajuk

“General Procedure” dibina berdasarkan sukatan subjek Visual Basic 6.0 yang

ditawarkan dalam institusi-institusi pengajian tinggi dan sekolah-sekolah menengah atas.

Tujuan perisian PBK multimedia ini dibina adalah bagi menambah bahan pembelajaran

kendiri yang agak terhad di pasaran pada masa ini. Perisian PBK ini telah dibina dengan

menggunakan aplikasi Macromedia Authorware 7.0, Adobe Photoshop 7.0, Macromedia

Flash MX dan Sonic Foundry Sound Forge 6.0. Elemen-elemen multimedia seperti

audio, teks, grafik, animasi dan interaktiviti telah dimasukkan dalam perisian PBK untuk

menarik minat pengguna dan meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan

pembelajaran. Perisian PBK ini mempunyai ciri-ciri seperti pengajaran dan

pembelajaran yang interaktif dan sifat penerokaan. Ciri-ciri ini dapat merangsangkan

minat pelajar dan memudahkan proses pembelajaran pelajar.

Page 7: PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA PEMBELAJARAN WONG … filepembangunan perisian multimedia pembelajaran berbantukan komputer (pbk) satu topik dalam visual basic bernama “general procedure”

v

ABSTRACT

Multimedia Computer based Learning courseware on the title of “General

Procedure” is built based on the syllabus Visual Basic 6.0 which conducted in the higher

educational institutes and secondary high school. This courseware was built to add

collection of individual learning aid which is quite limited in Malaysia market currently.

The Computer based Learning courseware was built using Macromedia Authorware 7.0,

Adobe Photoshop 7.0, Macromedia Flash MX and Sonic Foundry Sound Forge 6.0.

Elements multimedia such as audio, text, graphic, animation and interactivity was

included in the software to attract the user and increase the effectiveness in teaching and

learning process. The characterize of the software included two way teaching and

learning process interactively and exploration characteristic. These characteristics could

stimulate the students’ interest and to create an easier learning process.

Page 8: PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA PEMBELAJARAN WONG … filepembangunan perisian multimedia pembelajaran berbantukan komputer (pbk) satu topik dalam visual basic bernama “general procedure”

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA

SURAT

PENGESAHAN STATUS THESIS

PENGESAHAN PENYELIA

JUDUL i

PENGAKUAN ii

PENGHARGAAN iii

ABSTRAK iv

ABSTRACT v

KANDUNGAN vi

SENARAI RAJAH ix

SENARAI LAMPIRAN x

1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 2

1.3 Pernyataan Masalah 4

1.4 Rasional Pemilihan Tajuk 5

1.5 Objektif

1.5.1 Objektif Projek

1.5.2 Objektif Perisian

6

6

6

Page 9: PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA PEMBELAJARAN WONG … filepembangunan perisian multimedia pembelajaran berbantukan komputer (pbk) satu topik dalam visual basic bernama “general procedure”

vi

1.6 Kepentingan Projek

1.7 Skop Projek

1.8 Definisi Istilah

1.8.1 Perisian

1.8.2 Multimedia

1.8.3 Pembelajaran Berbantukan Komputer

(PBK)

1.8.4 Visual Basic

1.8.5 General Procedure

7

7

8

8

8

9

10

11

1.9 Penutup 12

2 SOROTAN PENULISAN

2.1 Pendahuluan 14

2.2 Kajian tentang Penggunaan Pembelajaran

Berbantukan Komputer (PBK) dalam Proses

Pengajaran dan Pembelajaran

2.3 Teori Pembelajaran Tingkah Laku

2.4 Teori Konstruktivisme

2.5 Pembelajaran Aktif

2.6 Pendekatan Pembelajaran Berbantukan

Komputer (PBK)

2.6.1 Simulasi

2.6.2 Latih Tubi

2.6.3 Tutorial

2.6.4 Permainan

2.6.5 Penyelesaian Masalah

2.7 Model Reka Bentuk Hannafin & Peck

2.8 Multimedia Interaktif

2.9 Multimedia Dalam Pendidikan

2.10 Penutup

15

16

17

18

19

19

20

20

21

22

22

23

24

25

Page 10: PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA PEMBELAJARAN WONG … filepembangunan perisian multimedia pembelajaran berbantukan komputer (pbk) satu topik dalam visual basic bernama “general procedure”

vii

3 REKABENTUK PERISIAN

3.1 Pendahuluan 26

3.2 Model Pembangunan Perisian

3.2.1 Fasa Analisa Keperluan

3.2.1.1 Sasaran Pengguna

3.2.1.2 Pengetahuan Sedia Ada

Pengguna

3.2.1.3 Perubahan Tingkah Laku

yang Diingini

3.2.1.4 Teori Pembelajaran

3.2.1.5 Objektif yang Ingin Dicapai

3.2.1.6 Perkakasan yang Diperlukan

3.2.1.7 Perisian yang Diperlukan

3.2.1.8 Spesifikasi yang Diperlukan

untuk Memain Semula

3.2.2 Fasa Rekabentuk

3.2.2.1 Aktiviti

3.2.2.2 Latihan

3.2.2.3 Ujian

3.2.2.4 Isi Kandungan

3.2.2.5 Carta Alir

3.2.2.6 Papan Cerita

3.2.3 Fasa Pembangunan dan Perlaksanaan

3.2.4 Penilaian dan Pengulangan

27

27

27

27

28

28

29

29

30

32

32

32

33

33

33

34

35

44

44

3.3 Kesimpulan 45

Page 11: PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA PEMBELAJARAN WONG … filepembangunan perisian multimedia pembelajaran berbantukan komputer (pbk) satu topik dalam visual basic bernama “general procedure”

viii

4 PEMBANGUNAN PERISIAN

4.1 Pendahuluan 46

4.2 Pempakejan Perisian 47

4.3 Struktur Asas dan Kandungan Perisian

4.3.1 Paparan Masukan Nama dan Kata

Laluan

4.3.2 Paparan Menu Utama

4.3.3 Paparan Penukaran Maklumat

4.3.4 Paparan Menu Nota

4.3.4.1 Paparan Nota

4.3.5 Paparan Menu Latihan

4.3.5.1 Paparan Latihan

4.3.6 Paparan Menu Ujian

4.3.7 Paparan Menu Permainan

4.3.8 Paparan Kredit

47

48

49

50

51

52

53

54

55

56

57

4.4 Ciri-ciri Multimedia dalam Perisian

4.4.1 Interaktif

4.4.2 Navigasi

4.4.3 Animasi

4.4.4 Audio

4.4.5 Video

4.4.6 Grafik

4.4.7 Teks

4.5 Penutup

58

58

59

59

59

60

60

61

61

Page 12: PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA PEMBELAJARAN WONG … filepembangunan perisian multimedia pembelajaran berbantukan komputer (pbk) satu topik dalam visual basic bernama “general procedure”

ix

5 PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.1 Pendahuluan 62

5.2 Perbincangan

5.2.1 Model Pembangunan

5.2.2 Teori Pembelajaran

5.2.3 Masalah yang Dihadapi

5.2.3.1 Kekurangan Pakar dan

Pengalaman

5.2.3.2 Kekangan Perisian

5.2.3.3 Kesuntukan Masa

5.3 Cadangan

5.4 Kesimpulan

62

62

63

64

64

65

65

66

68

BIBLIOGRAFI 70

Lampiran A - I 73-95

Page 13: PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA PEMBELAJARAN WONG … filepembangunan perisian multimedia pembelajaran berbantukan komputer (pbk) satu topik dalam visual basic bernama “general procedure”

x

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK HALAMAN

2.1 Model Reka Bentuk Hannafin & Peck (1988) 23

4.1 Paparan Montaj 48

4.2 Paparan Menu Utama 49

4.3 Paparan Penukaran Maklumat 50

4.4 Paparan Menu Nota 51

4.5 Paparan Nota 52

4.6 Paparan Menu Latihan 53

4.7 Paparan Latihan 54

4.8 Paparan Menu Ujian 55

4.9 Paparan Menu Permainan 56

4.10 Paparan Kredit 57

Page 14: PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA PEMBELAJARAN WONG … filepembangunan perisian multimedia pembelajaran berbantukan komputer (pbk) satu topik dalam visual basic bernama “general procedure”

xi

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK HALAMAN

A Carta Alir Utama 73

B Carta Alir Penukaran Maklumat 74

C Carta Alir Nota 75

D Carta Alir Ujian 76

E Carta Alir Latihan 77

F Perancangan Pengajaran Visual Basic 78-80

G Soalan Ujian 81-84

H Jadual Penentuan Ujian 85

I Borang Penilaian Perisian Multimedia (Penilaian

Pakar) Penilai Umum

86-95

Page 15: PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA PEMBELAJARAN WONG … filepembangunan perisian multimedia pembelajaran berbantukan komputer (pbk) satu topik dalam visual basic bernama “general procedure”

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 PENGENALAN

Era perkembangan teknologi pada masa kini hampir mempengaruhi setiap

bidang dalam kehidupan kita. Bidang pendidikan yang dianggap sebagai

kejuruteraan pembangunan roh insan juga tidak dapat dikecualikan daripada arus

perubahan ini. Aspek teknologi telah digabungkan dalam kurikulum sekolah sebagai

satu daya usaha ke arah menyemai dan memupuk minat dan sikap yang positif

terhadap perkembangan teknologi.

Dalam bidang teknologi yang makin berkembang pesat kini, penggunaan

perisian multimedia adalah suatu pendekatan pembelajaran yang menghasilkan

generasi yang celik maklumat dan ia juga selaras dengan Falsafah Pendidikan

Kebangsaan yang menekankan melahirkan warganegara yang berilmu pengetahuan.

Para pendidik harus menggunakan teknologi komputer bagi meningkatkan

kemahiran kendiri supaya dapat menghasilkan kualiti pelajar yang lebih baik.

Bekas Timbalan Perdana Menteri Dato Seri Anwar Ibrahim dalam

Pembentangan Belanjawan 1998 menekankan bahawa setiap rakyat Malaysia perlu

mengetahui dalam bidang multimedia dan berkebolehan menggunakan komputer

(NST, 18 OKTOBER 1997).

Page 16: PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA PEMBELAJARAN WONG … filepembangunan perisian multimedia pembelajaran berbantukan komputer (pbk) satu topik dalam visual basic bernama “general procedure”

2

Selain itu, menurut bekas Menteri Pendidikan Dato Seri Mohd. Najib Tun

Razak (Utusan Malaysia, Feb 1997), reformasi pendidikan akan menitikberatkan

unsur teknologi maklumat yang menekankan program literasi komputer dan

pendidikan Sains dan Teknologi.

Salah satu daripada tujuh aplikasi perdana dalam projek mega Koridor Raya

Multimedia (MSC) yang diilhamkan oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir

adalah perlaksanaan Sekolah Bestari. Ekoran daripada wujudnya Sekolah Bestari,

penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran menjadikan semakin

penting. Pengajaran berintegrasikan komputer melibatkan penggunaan komputer

untuk mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran.

Di bawah perbelanjaan pembangunan, sejumlah RM3.7 bilion disediakan,

termasuk RM1.8 bilion bagi sekolah rendah, menengah, asrama dan rumah guru.

Sebanyak RM637 juta disediakan untuk projek pengkomputeran sekolah sementara

RM490 juta bagi membiayai keperluan infrastruktur institusi pendidikan tinggi awam.

Daripada pernyataan atas, kita dapat perhatikan bahawa betapa kukuhnya azam

kerajaan untuk melahirkan individu yang celik komputer.

Buta komputer pada masa kini adalah seumpama dengan buta huruf pada

tahun 60-an. Maka, penguasaan kemahiran menggunakan komputer bagi kita yang

hidup dalam abad ke-21 ini adalah sangat penting supaya tidak ditinggalkan oleh

masyarakat yang makin berkembang pesat kini.

1.2 Latar Belakang Masalah

Teknologi maklumat telah mengubah cara manusia bekerja. Dalam bidang

ICT, Koridor Raya Multimedia (MSC) dibangunkan dengan infrastruktur multimedia

yang mempunyaiteknologi “state-of-the-art”. Baharuddin Aris, et.al (2003), MSC

adalah satu langkah kerajaan membawa Malaysia ke mercu kejayaan dengan

Page 17: PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA PEMBELAJARAN WONG … filepembangunan perisian multimedia pembelajaran berbantukan komputer (pbk) satu topik dalam visual basic bernama “general procedure”

3

Malaysia memiliki teknologi canggih dan setanding dengan negara-negara yang

telah mendahului dalam bidang IT.

Sekolah Bestari merupakan salah satu projek dalam perdana Koridor Raya

Multimedia (MSC) yang bertujuan untuk menyediakan generasi baru yang mampu

mengharungi cabaran baru teknologi maklumat. Kesediaan guru untuk menukar cara

pengajaran yang tradisional kepada pengajaran yang berasaskan teknologi moden

dan canggih merupakan tulang belakang kepada kejayaan pelaksanaan sekolah

bestari.

Untuk menjayakan wawasan Sekolah Bestari dan projek Koridor Raya

Multimedia (MSC), pelajar-pelajar dan guru-guru dalam sekolah bukan sahaja

dikehendaki menguasai kemahiran menaip perkataan dengan komputer tetapi mereka

perlu juga menggunakan komputer untuk membangunkan sesuatu perisian serta

program-program yang dapat memudahkan kerja mereka. Sebagai contoh, guru-guru

sekarang sering diminta membinakan Bahan Bantu Mengajar berasaskan komputer

supaya dapat menarik minat pelajar dalam pengajaran yang disampaikan.

Maka, bahasa pengaturcaraan diperkenalkan dalam silibus sekolah menengah

atas dan universiti. Untuk mempelajari sesuatu bahasa pengaturcaraan dan

menguasainya dengan baik, kita perlu seorang guru atau pengajar untuk

menerangkan konsep-konsep penting dalam bahasa pengaturcaraan tersebut. Selain

itu, praktis yang banyak juga diperlukan dalam penguasaan bahasa pengaturcaraan.

Ini bermakna, kita perlu menaruhkan lebih masa dan tenaga dalam pembelajaran

bahasa pengaturcaraan.

Akan tetapi, pembelajaran bahasa pengaturcaraan ini tidak boleh semata-mata

bergantung terhadap pengajaran daripada guru atau pengajar kita. Waktu kuliah

yang bermasa dua jam seminggu dan waktu amali yang selama sejam seminggu

adalah tidak mencukupi bagi seseorang pelajar yang ingin menguasai bahasa

pengaturcaraan yang dipelajari.

Page 18: PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA PEMBELAJARAN WONG … filepembangunan perisian multimedia pembelajaran berbantukan komputer (pbk) satu topik dalam visual basic bernama “general procedure”

4

Bukan sahaja itu, dalam suasana pendidikan kita pada hari ini, bilangan

pelajar yang ramai telah menjadi satu kebiasaan yang tidak dapat kita elakkan di

dalam kelas. Guru terpaksa mengawal bilangan pelajar yang ramai dalam suatu kelas

dengan ruang dan keluasan yang terhad berkemungkinan mewujudkan suasana

pengajaran dan pembelajaran yang tidak selesa dan tidak efisien.

Akibat daripada apa yang telah disebutkan tadi, pembelajaran kendiri yang

berbantukan komputer merupakan salah satu cara penyelesaian yang baik. Tetapi,

pembelajaran bahasa pengaturcaraan yang berasaskan cakera padat adalah jarang

dijumpai dalam pasaran. Oleh itu, pembinaan perisian yang berasaskan

Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) adalah satu alternatif yang baik untuk

golongan pelajar dan guru atau pensyarah bagi meningkatkan kualiti pengajaran dan

pembelajaran bahasa pengaturcaraan. Di samping itu, guru atau pensyarah

berperanan sebagai fasilitator atau pemudah cara supaya interaktiviti dengan pelajar

ditingkatkan dan dapat membantu pelajar jika terdapat sebarang masalah

pembelajaran.

1.3 Penyataan Masalah

Seperti bahasa pengaturcaraan yang lain, Visual Basic 6.0 adalah bahasa

pengaturcaraan yang memerlukan banyak praktisterutamanya bagi topik “General

Procedure”. Topik ini adalah agak sukar dikuasai dan mengelirukan pelajar yang

baru mempelajarai bahasa pengaturcaraan dan lemah dalam bahasa pengaturcaraan.

Pelajar memerlukan lebih banyak latihan dan ulangan pembacaan dalam topik ini

untuk menguasai kegunaan sub program atau sub fungsi dalam Visual Basic 6.0.

Oleh itu, pembinaan perisian multimedia Pembelajaran Berbantukan

Komputer bagi topik “General Procedure” dalam Visual Basic dibina untuk

memudahkan para pelajar yang ingin menguasai bahasa pengaturcaraan Visual Basic

6.0 dengan lebih baik memandangkan perisian ini dapat digunakan oleh setiap

pelajar pada bila-bila masa dan ulang berapa kali.

Page 19: PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA PEMBELAJARAN WONG … filepembangunan perisian multimedia pembelajaran berbantukan komputer (pbk) satu topik dalam visual basic bernama “general procedure”

5

1.4 Rasional Pemilihan Tajuk

Visual Basic 6.0 merupakan perisian bahasa pengaturcaraan yang dianggap

paling sesuai diajar pada peringkat permulaan pengenalan kepada bahasa

pengaturcaraan. Ini disebabkan oleh penggunaan bahasa yang mudah dan

antaramuka yang userfriendly.

Walaupun pada keseluruhannya Microsoft Visual Basic adalah mudah

digunakan, tetapi topik “General Procedure” dalam Visual Basic adalah salah satu

topik yang agak sukar difahami dan dikuasai oleh para pelajar Visual Basic. Sub

program dan sub fungsi dalam topik ini memerlukan lebih banyak masa untuk

dikenali, difahami dan diaplikasikan dalam perisian yang dibina oleh para pelajar

Visual Basic. Selain itu, skop pembolehubah (scope of variables) dalam topik ini

juga amat penting dan perlu ditekankan dengan jelas supaya pelajar tidak

menghadapi masalah dalam pembinaan perisian.

Selain daripada yang telah dibincangkan, bahan pengajaran bagi Visual Basic

yang berasaskan kepada cakera padat adalah sukar dijumpai dalam pasaran.

Walaupun laman web Microsoft telahpun membekalkan tutorial setiap topik dalam

Visual Basic tetapi keterangan yang diberikan didapati amat sukar difahami dan

penerangan yang diberikan tidak cukup jelas.

Pembangunan perisian Pembelajaran Berbantukan Komputer yang berunsur

multimedia dapat menyelesaikan pelbagai masalah dalam pembelajaran topik

“General Procedure” dalam Visual Basic. Pelajar boleh membuat ulangkaji yang

berulang kali tanpa bergantung kepada kadar pembelajaran pelajar yang lain.

Page 20: PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA PEMBELAJARAN WONG … filepembangunan perisian multimedia pembelajaran berbantukan komputer (pbk) satu topik dalam visual basic bernama “general procedure”

6

1.5 Objektif

1.5.1 Objektif Projek

Projek ini dibangunkan berasaskan beberapa objektif seperti yang

disenaraikan di bawah:

i) menghasilkan perisian aplikasi Pembelajaran Berbantukan Komputer

(PBK) multimedia interaktif dalam usaha meningkatkan kualiti

pengajaran dan pembelajaran bagitopik “General Procedure”dalam

Visual Basic.

ii) menambahkan bilangan perisian Pembelajaran Berbantukan

Komputer (PBK) mengenai topik “General Procedure”dalam Visual

Basic 6.0.

1.5.2 Objektif Perisian

Perisian yang dibangunkan ini mempunyai beberapa objektif, iaitu:

i) menarik minat pelajar dalam pembelajaran“General Procedure”

dalam Visual Basic 6.0.

ii) meningkatkan fahaman pelajar mengenai topik“General Procedure”

dalam Visual Basic 6.0.

iii) menyediakan satu bentuk perisian yang berfungsi secara interaktif

kepada pelajar subjek ini.

Page 21: PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA PEMBELAJARAN WONG … filepembangunan perisian multimedia pembelajaran berbantukan komputer (pbk) satu topik dalam visual basic bernama “general procedure”

7

1.6 Kepentingan Projek

Pada tahun lalu kerajaan telah membuat keputusan untuk melaksanakan

pengajaran mata pelajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris dengan

menggunakan ICT. Program ini melibatkan perbelanjaan sebanyak RM5 bilion bagi

tempoh RMK-8. Kerajaan juga akan roll-out program sekolah bestari secara

berperingkat. Maka, penghasilan Bahan Bantu Mengajar yang berasaskan komputer

bukanlah lagi suatu tugas yang mustahil bagi guru-guru Sains dan Matematik.

Memandangkan bahan pengajaran dalam bentuk cakera padat adalah sukar

didapati dalam pasaran, projek ini adalah amat penting untuk menambahkan bilangan

Pembelajaran Berbantukan Komputer bagi topik “General Procedure” dalam Visual

Basic. Perisian yang dibina ini dapat menjadi salah satu rujukan bagi guru-guru atau

pensyarah yang mengajar Visual Basic dalam sekolah atau universiti.

Selain itu, projek ini dapat membantu pelajar mengenalpasti matlamat

pendidikan, mendefinisikan hala tuju bagi pelajar tersebut, memantau kemajuan

kendiri, dan kemudian menyediakan ruang untuk pelajar belajar mengikut kadar

pembelajaran kendiri. Bukan sahaja itu, projek ini juga bertanggungjawab

menyediakan suasana yang menggalakkan pembelajaran terarah kendiri yang kreatif

dan berdikari.

1.7 Skop Projek

Projek ini dibina khas untuk pengajaran Visual Basic 6.0 dalam pendidikan

multimedia di pusat pengajian tinggi ataupun di sekolah menengah atas. Projek ini

juga sesuai digunakan sebagai asas rujukan kepada para guru, pensyarah atau

individu yang berminat untuk mempelajari konsep asas“General Procedure”dalam

Visual Basic 6.0. Isi kandungan projek ini memberi penumpuan kepada“sub

program and function” dan “scope of variables”.