Upload
others
View
48
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
PEMBANGUNAN PERISIAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
BERBANTU KOMPUTER (PPBK) BAGI MATA PELAJARAN
KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU TINGKATAN DUA (ELEKTIF
PILIHAN TEKNIKAL) LUKISAN TEKNIK BERTAJUK HAMPARAN
ROSMAN BIN MUHAMMAD
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/
organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perludikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secarapenyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atauLaporan Projek Sarjana Muda (PSM)
PSZ 19:16 (Pind. 1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL: PEMBANGUNAN PERISIAN PENGAJARAN DANPEMBELAJARAN BERBANTU KOMPUTER (PPBK) BAGI MATAPELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU TINGKATANDUA (ELEKTIF PILIHAN TEKNIKAL) LUKISAN TEKNIKBERTAJUK HAMPARAN.
SESI PENGAJIAN: 2005/2008
Saya ROSMAN BIN MUHAMMAD( HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis (PSM/ Sarjana/ Doktor Falsafah)* ini disimpan diPerpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:
1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja.3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara
institusi pengajian tinggi.4. ** Sila tandakan ( )
(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatanSULIT atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di
dalam akta rahsia rasmi 1972)
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telahditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikandijalankan)
TIDAK TERHADDisahkan oleh
(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)
Alamat Tetap: PN HANIM BINTI SULAIMANNO 2 , JLN INTAN, TMN SAMUDRA,86200 SIMPANG RENGAM,JOHOR.Tarikh: 28 APRIL 2008 Tarikh: 28 APRIL 200
"Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kuanliti untuk tujuan penganugerahan Ijazah
Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)”.
Tandatangan : ………………………………………………
Nama Penyelia : PN. HANIM BINTI SULAIMAN
Tarikh : 28 APRIL 2008
i
PEMBANGUNAN PERISIAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
BERBANTU KOMPUTER (PPBK) BAGI MATA PELAJARAN
KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU TINGKATAN DUA
(ELEKTIF PILIHAN TEKNIKAL) LUKISAN TEKNIK BERTAJUK
HAMPARAN
ROSMAN BIN MUHAMMAD
Laporan projek ini dikemukakan
Sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
Penganugerahan Ijazah sarjana Muda Teknologi
Serta Pendidikan ( Kemahiran Hidup )
FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
April 2008
PENGAKUAN
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.
Tandatangan : …………………………………………………..
Nama penuh : ROSMAN BIN MUHAMMAD
Tarikh : 28 APRIL 2008
iii
DEDIKASI
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani.
Segala pujian atas limpah dan kurnia Allah S.W.T tuhan seluruh alam.
Selawat dan salam ke atas junjungan nabi Muhammad S.A.W.
Buat ayah dan ibuku,
Muhammad Bin Hj. Pardi,Miskiah Binti Hj. Hashim
Tiada apa yang dapatku bicarakan hanya doamu mengiringi setiap detik perjalanan hidup
anakandamu ini. Harapanmu lebih sedekad yang lalu kini telah ku tunaikan jua
dan buat adinda-adindaku terima kasih atas segalanya.
Buat bapa dan ibu mertuaku,
Demiyati Bin Abdullah,Jamilah Binti Sian,
Segala dorongan, pengorbanan dan keikhlasan bantuanmu tidak
termampu diungkapkan dengan kata-kata. Hanya Allah sahaja yang maha mengetahui dan
membalasnya serta maafkanlah segala kekhilafan yang lalu.
Buat isteri tercinta Julaiha Binti Demiyati serta anak-anak tersayang,
Aiman Nur Qamarina, Aiman Muhammad Qashri, Aiman Muhammad Qarin, Aiman NurQistina
Segala pengorbanan dan keperitan dalam menghadapi dugaan hidup selama ini tetap
menjadi teladan dan kenangan kita sekeluarga .
Semoga Allah memberi hidayah dan membuka pintu rahmatNya.
iv
PENGHARGAAN
Segala puji dan syukur ke hadrat ilahi sehingga perisian pengajaran dan
pembelajaran yang dibangunkan berhasil dengan jayanya.
Pengajian Projek Sarjana Muda ini adalah salah satu subjek dalam
memenuhi kursus Program Khas Pensiswazahan Guru (PKPG) Universiti Teknologi
Malaysia dalam pengkhususan Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kemahiran Hidup) bagi Tahun 2005 / 2008
Syukur pada tuhan kerana memberi kekuatan dan ketabahan kepada saya
dalam menghadapi cabaran sehingga sempurnanya tugasan ini. Terima kasih tidak
terhingga kepada pensyarah pembimbing Puan Hanim Binti Sulaiman , Jabatan
Asas Pendidikan kerana memberi tunjuk ajar, nasihat dan bimbingan. Kepada kedua
ibu bapa dikasihi, isteri dan anak-anak tersayang, semangat, dorongan dan doa
kalian banyak membantu untuk menyempurnakan tugasan ini.
Akhir sekali setinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dan
rakan-rakan seperjuangan yang sama-sama membantu sehingga berjaya menyiapkan
tugasan ini.
Terima kasih
v
ABSTRAK
Perisian pengajaran dan pembelajaran berbantu komputer merupakan alat
Bantu mengajar yang amat berkesan. Namun begitu perisian pengajaran dan
pembelajaran berbantu komputer bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup khususnya
bagi tajuk elektif lukisan teknik hamparan amat kurang pada masa kini.
Pembelajaran menggunakan PPBK adalah bertujuan untuk memudahkan proses
pembelajaran dan mewujudkan suasana persekitaran pembelajaran yang
menyeronokkan. Oleh yang demikian, projek ini bertujuan membangunkan perisian
pengajaran dan pembelajaran Berbantu Komputer bagi mata pelajaran Kemahiran
Hidup Bersepadu Elektif Pilihan Teknikal bertajuk Lukisan Teknik Hamparan
berdasarkan teori pembelajaran konstruktivisme. Perisian ini dibangunkan
menggunakan pelbagai perisian Autoware 7.0, dibantu dengan pelbagai perisian
sokongan seperti Macromedia Flash 8.0, Autocad 2005, Sound Forge 7, Swishmax
2007 dan Adobe Photoshop CS . Isi kandungan perisian ini disusun berdasarkan
sukatan pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu Tingkatan dua dan buku teks KBSM.
Kandungan pelajaran yang dipilih ialah konsep lukisan teknik hamparan, jenis,
kaedah lukisan selari dan jejari. Perisian ini juga menerapkan konsep pembelajaran
kendiri untuk memberi peluang kepada pelajar persekitaran yang menyeronokkan.
vi
ABSTRACT
The software and courseware in learning process is the most effective
learning aids. However the Computer Aided Teaching and learning software’s for
the subject of living skills particularly for the elective topic “Lukisan Teknik
Hamparan” is not easily accessible these days. The use of Computer Aided
Teaching (CAT) is to facilitate the learning process and to provide a stimulating
environment for the learning. Hence, the purpose of this project is to develop a
software and courseware for “Kemahiran Hidup Elektif Pilihan Teknikal Bertajuk
Lukisan Teknik Hamparan”. The software and courseware built by the use of
Authoware 7.0 and Macromedia Flash 8.0, Autocad 2005, Sound Forge 7,
Swishmax 2007 and Adobe Photoshop CS. The content of the software was
constructed based on the Form Two integrated Living Skills Syllabus and its
accompanying text book. The chosen topic on the concept of “Lukisan Teknik
Hamparan”, types and methods of parallel and radius drawing. This software also
inculcates the self learning concept so as to encourage students to learn by
themselves in an enjoyable environment.
vii
SENARAI KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGAKUAN PENYELIA
JUDUL i
PENGAKUAN PENYELIDIK ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
SENARAI KANDUNGAN vii
SENARAI RAJAH xiii
SENARAI SINGKATAN xv
SENARAI LAMPIRAN xvi
1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Pernyataan Masalah 4
1.4 Objektif Projek 6
1.5 Rasional Projek 7
1.6 Kepentingan Perisian 8
1.7 Skop Kajian 9
1.8 Definisi Istilah 10
viii
1.8.1 Membangunkan Perisian 10
1.8.2 Bahan Bantu Mengajar 10
1.8.3 Pengajaran Dan Pembelajaran
Berbantu Komputer (PPBK) 10
1.8.4 Multimedia 11
1.8.5 Interaktif 12
1.9 Rumusan 13
2 SOROTAN PENULIS
2.1 Pengenalan 15
2.2 Sejarah Pengajaran Dan Pembelajaran
Berbantu komputer 16
2.3 Perkembangan Pembelajaran Berbantukan
Komputer (PPBK) Di Malaysia 16
2.4 Pengajaran Dan Pembelajaran Komputer 18
2.5 Kelebihan Pengajaran Dan Pembelajaran
Berbantu Komputer 19
2.6 Peranan Media dalam Pengajaran Dan
Pembelajaran 20
2.7 Teori Pembelajaran Konstruktivism Dalam
Pembangunan Perisian PPBK 21
2.8 Implikasi Teori Pembelajaran
Konstruktivism Dalam rekabentuk Dan
Pembinaan Perisian PPBK 22
2.9 Aplikasi Teori Pembelajaran
Konstruktism dalam Pembinaan Dan
Rekabentuk Perisian PPBK 24
2.9.1 Pembelajaran Tulen 25
2.9.2 Konteks Sosial 26
2.9.3 Galakkan Autonomi dan Pemilihan
Dalam Proses Pembelajaran 27
ix
2.9.4 Pengalaman Dengan Proses
Pembinaan Pengetahuan 28
2.9.5 Kesedaran Kendiri Dalam Proses
Membina Pengetahuan 28
2.10 Teori-Teori Pembelajaran 30
2.10.1 Asas Teori Behaviourisme Ke dalam
Rekabentuk Pembinaan Perisian PPBK 30
2.10.2 Asas Teori Kognitif 31
2.11 Elemen-Elemen Multimedia 32
2.11.1 Teks 33
2.11.2 Grafik 33
2.11.3 Audio 34
2.11.4 Video 34
2.11.5 Paparan 35
2.11.6 Animasi 35
2.12 Kelebihan-Kelebihan Multimedia Dalam
PPBK 36
2.12.1 Taraf Interaktif Yang Tinggi 36
2.12.2 Pengajaran Berdasarkan
Kebolehan Pelajar 36
2.12.3 Pelajar Mengawal Sendiri
Pembelajarannya 37
2.12.4 Menarik Dan Mengekalkan
Minat Terhadap Pelajaran 37
2.13 Rumusan 37
3 METODOLOGI PEMBANGUNAN
PERISIAN PPBK
3.1 Pengenalan 38
3.2 Model Reka perisian 39
3.2.1 Fasa Analisa Keperluan 40
x
3.2.2 Rekabentuk 41
3.2.3 Pembangunan 41
3.2.4 Pelaksanaan 41
3.2.5 Penilaian Dan Pengujian 42
3.3 Cara Pelaksanaan 42
3.4 Perkakasan Dan Perisian Yang Digunakan 43
3.4.1 Perkakasan yang Digunakan 43
3.4.2 Perisian Yang Digunakan 44
3.5 Pembinaan Carta Alir 45
3.6 Rumusan 48
4 HASIL REKA BENTUK PERISIAN
. 4.1 Pengenalan 49
4.2 Pakej Perisian 49
4.3 Panduan Pengguna 50
4.4 Kandungan Perisian 53
4.5 Menu Utama 53
4.5.1 Menu Info 54
4.5.2 Menu Info Perisian 54
4.5.3 Menu Info Sistem 55
4.5.4 Menu Info Mata Pelajaran 56
4.5.5 Objektif Perisian 56
4.5.6 Pengenalan Isi Kandungan Perisian 57
4.5.7 Menu Konsep Lukisan Hamparan 58
4.5.8 Menu Istilah 59
4.5.9 Menu Jenis Lukisan Hamparan 59
4.5.9.1 Menu Kaedah Selari 60
4.5.9.2 Menu Kaedah Jejari 62
4.5.10 Menu Latihan 64
4.5.11 Menu Kuiz 65
4.6 Menu Keluar 66
xi
4.7 Menu Penghargaan 67
4.8 Dapatan Hasil Penilaian Soal Selidik 68
4.8.1 Analisis Elemen Multimedia 68
4.8.2 Cara Pengunaan Perisian 68
4.8.3 Kandungan Perisian 69
4.8 Rumusan 69
5 PERBINCANGAN, KESIMPULAN
DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 70
5.2 Perbincangan 70
5.2.1 Faktor Kemahiran 71
5.2.2 Faktor Masa 71
5.2.3 Faktor Penilaian 72
5.3 Kelebihan Perisian Yang Dibangunkan 72
5.4 Implikasi Kajian 73
5.5 Rumusan 74
5.6 Cadangan Lanjutan Kajian 75
5.6.1 Elemen Perisian 75
5.6.2 Proses Pembinaan 75
5.6.3 Kajian 75
5.6.4 Maklumat 76
5.6.5 Pengujian 76
RUJUKAN 77
LAMPIRAN 81
xii
SENARAI RAJAH
NO RAJAH TAJUK MUKA SURAT
3.1 Carta Alir Model ADDIE 44
3.2 Carta Alir Bagi Keseluruhan Perisian 52
4.1 Menu Pendahuluan Perisian 56
4.2 Menu Pendaftaran Pengguna 57
4.3 Menu Daftar Detail Pengguna 57
4.4 Menu Utama 59
4.5 Menu Info 60
4.6 Menu Info Perisian 61
4.7 Menu Info Sistem 62
4.8 Menu Info Mata Pelajaran 63
4.9 Objektif Perisian 64
4.10 Pengenalan Lukisan Hamparan 65
4.11 Konsep Lukisan Hamparan 66
4.12 Menu Istilah 67
4.13 Menu Jenis Lukisan Hamparan 68
4.14 Menu Lukisan Hamparan Selari 69
4.15 Kaedah Lukisan Hamparan Selari1 69
4.16 Kaedah Lukisan Hamparan Selari 2 70
4.17 Menu kaedah Jejari 71
4.18 Kaedah Lukisan Hamparan Jejari 1 71
4.19 Kaedah Lukisan Hamparan Jejari 2 72
4.20 Menu Latihan 73
4.21 Paparan Kuiz 74
4.22 Keputusan Kuiz 74
4.23 Menu Keluar 75
xiv
SENARAI SINGKATAN
MSC - Multimedia Super Coridor
PPBK - Pengajaran dan Pembelajaran Berbantu Komputer
PBK - Pembelajaran Berbantu Komputer
FPK - Falsafah Pendidikan Kebangsaan
P&P - Pengajaran dan Pembelajaran
KBSM - Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
DBP - Dewan Bahasa dan Pustaka
GEN-2 - Generasi Kedua
ICT - Information Comunication Technology
GFL - Great For Learning
IBM - International Business Machines
CAI - Computer Aided Instruction
CBI - Computer Basic Instruction
CAL - Computer Aided Learning
CBI - Computer Basic Learning
ComIL - Computer Intelligent Learning
KDP - Komputer Dalam Pendidikan
CD - Compact Disc
IMLE - rekabentuk multimedia interaktif
CMC - komunikasi berperantara komputer
UTM - Universiti Teknologi Malaysia
PKPG - Program Khas pensiswazahan Guru
BAB I
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Malaysia merupakan sebuah negara yang semakin berkembang maju dan
salah satunya adalah penyediaan MSC (Multimedia Super Coridor). Ia merupakan
suatu projek teknologi maklumat yang penting kepada Malaysia untuk
meningkatkan seterusnya menjadikan taraf ekonomi negara, taraf pendidikan rakyat,
peningkatan sains dan teknologi, peningkatan perdagangan antarabangsa dan
pentadbiran bersifat lebih bersistematik dan efisyen.
Di bawah projek MSC, terdapat tujuh aplikasi telah diperkenalkan dan salah
satunya adalah untuk meningkatkan sistem pendidikan negara dengan
memperkenalkan teknologi maklumat sebagai satu komponen dalam persekitaran
dan pembelajaran. Dengan sebab ini, Program Sekolah Bestari dilaksanakan di mana
sekolah-sekolah dibekalkan dengan pelbagai kemudahan yang canggih seperti
komputer multimedia yang dapat membantu para guru mewujudkan satu proses
pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan dan menarik. Justeru itu,
Kementerian Pelajaran Malaysia telah menubuhkan Unit Teknologi Maklumat
khusus untuk membina perisian Pembelajaran Berbantu Komputer (PBK).
Teknologi maklumat telah mengubah cara manusia bekerja. Teknologi dapat
mempermudahkan tugas serta meningkatkan prestasi guru seperti penggunaan
teknologi untuk kerja-kerja pengurusan dan kerja-kerja pengajaran pembelajaran.
2
K-Ekonomi merupakan isu utama yang disarankan oleh Perdana Menteri kita, maka
seharusnya pengetahuan tentang teknologi maklumat adalah penting bagi guru-guru
dalam membentuk generasi yang akan datang. Mohd Zaliman et al. (2001)
menyatakan teknologi multimedia kian diiktiraf sebagai alat bantuan pengajaran
yang sesuai dalam membantu para pendidik untuk mendalami dan mendasari
cabaran dunia pendidikan era baru. Pendekatan pengajaran dan pembelajaran
teknologi maklumat di sekolah perlu digubah kepada pemikiran penyelidikan
,mengunpul maklumat, menganalisis data ke arah menggalakkan kreativiti dan
motivasi pelajar. Pendekatan pengajaran secara tradisional secara sogokan nota-nota
seharusnya di kikis dari pemikiran guru tetapi diubah dengan membekalkan
pengetahuan dan kemahiran ke arah mendapatkan maklumat.
Teknik pengajaran dan pembelajaran perlu disesuaikan dengan
perkembangan teknologi masa kini. Pengajaran dan pembelajaran secara tradisional
lebih menekankan kepada pengajaran dan pembelajaran berpusatkan guru perlu
diubah kepada pembelajaran berpusatkan pelajar dimana pelajar berpeluang
melibatkan secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Konsep pembelajaran berbantu komputer PBK semakin dominan dalam
dunia pendidikan sekarang. Pendekatan PBK ini membolehkan pelajar
melengkapkan diri dengan kemahiran asas yang diperlukan untuk memanfaatkan
sumber pembelajaran dengan lebih berkesan. Pendekatan ini secara tidak langsung
dapat membentuk kreativiti pelajar serta mewujudkan iklim pembelajaran yang
menarik dan menyeronokkan.
Untuk merealisasikan salah satu teori pedagogi dalam pendidikan iaitu guru
bertindak sebagai fasilitator kepada murid-murid, pembelajaran berpandukan
komputer (PBK) telah dikenalpasti sebagai bahan yang dapat membantu guru di
dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) memberikan pengetahuan dan
pengalaman mereka dalam subjek yang mereka ikuti.
3
1.2 Latar Belakang Masalah
Teknologi komputer juga adalah salah satu contoh hasil dari pemerhatian dan
pengkajian yang mendalam oleh manusia yang bertujuan untuk memudahkan urusan
duniawi manusia. Dengan teknologi ini juga telah berjaya merancakkan lagi
perkembangan teknologi-teknologi lain seperti teknologi dalam bidang geologi dan
pertanian.
Bidang pendidikan juga tidak terlepas dari arus gelombang ledakan teknologi
komputer di mana ia telah memudahkan para pendidik untuk melahirkan satu
generasi yang mampu memperkembangkan bakat diri dalam setiap aspek
sepertimana yang telah digariskan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).
Keperluan untuk meneroka bidang teknologi baru selaras dengan ledakan teknologi
maklumat telah menjadikan pendidikan sebagai agen utama untuk menangani
perkembangan masyarakat bermaklumat.
Pendidikan di Malaysia adalah satu proses atau usaha pendidikan yang
berterusan dan sempurna dan menjadi tanggungjawab bagi setiap pendidik untuk
merealisasikan objektif ini seterusnya dapat melahirkan dan membentuk sebuah
generasi yang memiliki kesepaduan dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.
Atas sebab ini, para guru harus menggunakan segala kemahiran yang dimiliki dan
mengaplikasi secara maksimum sumber-sumber yang wujud di sekeliling mereka.
Salah satu sumber tersebut adalah komputer dan perisian yang berbentuk
pembelajaran (PPBK). Malah dalam satu kajian, penggunaan komputer dan perisian
berbentuk pembelajaran (PPBK) telah mempercepatkan proses pendidikan dan
berjaya mewujudkan proses pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan
meyeronokkan. Ia terbukti lebih berkesan dari penggunaan alat-alat yang
konvesional seperti papan tulis dan kapur. Pengajaran dan pembelajaran berbantu
komputer adalah penggunaan komputer yang dapat membantu proses pengajaran
dan pembelajaran menjadi lebih seronok yang melibatkan interaktivi antara pelajar
dengan komputer dan guru hanya sebagai fasilitator.
4
Menurut Yusuf (1998), penubuhan Unit Teknologi Komputer oleh
Kementerian pelajaran Malaysia hanya khusus untuk membina perisian PPBK bagi
mata pelajaran Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, Sains dan Matematik. Bagi mata
pelajaran lain belum lagi dilaksanakan hingga kini. Mata pelajaran vokasional telah
diperkenalkan dan diterapkan secara berperingkat di sekolah menengah harian
bermula pada tahun 2002. Pembangunan perisian bagi mata pelajaran pendidikan
vokasional amat sesuai dibangunkan untuk membantu guru mencapai objektif
pengajaran dan pembelajaran dalam tajuk hamparan. Perisian ini menjadi satu
alternatif kepada guru bagi mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran di
dalam bilik darjah.
1.3 Penyataan Masalah
Jika dilihat kepada suasana pengajaran dan pembelajaran dahulu,
kebanyakan para guru lebih cenderung menggunakan kaedah konvesional iaitu
menggunakan kaedah “Chalk and Talk” di mana guru secara total menjadi tutor
kepada pelajar dengan kapur dan papan tulis. Ini kerana kaedah ini mudah
dilaksanakan tanpa perlu membuat persediaan yang lama oleh guru tersebut. Namun
begitu, bagi pelajar suasana pembelajaran sebegini membuat mereka bosan dan jemu
kerana hanya wujud hubungan satu hala sahaja di mana guru sahaja yang
mengemukakan kandungan dan pelajar hanya mendengar serta suasananya yang
statik dan sama pada setiap sesi pembelajaran. Ini membuatkan minat pelajar-
pelajar untuk mendalami pelajaran mata pelajaran itu berkurangan. Hasil dari
kesedaran ini, perlu adanya revolusi pengajaran dan pembelajaran yang mampu
menarik minat pelajar untuk melibatkan pelajar secara menyeluruh dalam proses
pengajaran dan pembelajaran (P&P).
Mata pelajaran Lukisan Teknik merupakan mata pelajaran Elektif Kemahiran
Teknikal yang ditawarkan kepada pelajar sekolah menengah tingkatan dua.
Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran lukisan teknik kurang berkesan
disebabkan oleh kekurangan media pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran
5
teknikal. Pengajaran dan pembelajaran berasaskan komputer untuk mata pelajaran
lukisan teknik boleh menghasilkan pembelajaran yang efektif. Terdapat fakta telah
membuktikan bahawa pelajar menggunakan 75 peratus keupayaan untuk mengingat
berdasarkan kepada apa yang mereka dengar, lihat dan lakukan, 40 peratus daripada
apa yang mereka lihat serta dengar manakala 20 peratus daripada apa yang mereka
dengar sahaja. Oleh sebab itu, ciri interaktif dalam persembahan multimedia
merupakan komponen penting yang tidak seharusnya diabaikan kerana ia boleh
menyokong keupayaan ingatan manusia itu sendiri. Memandangkan keupayaan
multimedia banyak memberi kesan yang positif terhadap proses penyampaian
maklumat, maka tidak hairanlah mengapa ia dipilih sebagai agen membantu
Pengurusan P&P dalam bilik darjah.
Sebab kedua pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran lukisan teknik
kurang berkesan adalah disebabkan oleh kekurangan tenaga pengajar dalam bidang
teknikal. Kekurang guru menyebabkan pelajar kurang mendapat tumpuan semasa
proses pembelajaran. Selain itu, sistem pembelajaran masa kini di mana seorang
guru bagi tiga puluh pelajar akan membantutkan perjalanan kelas jika pelajar tidak
memahami langkah kerja yang menyebabkan mereka tidak dapat meneruskan
penghasilan lukisan sehinggalah dibantu oleh guru.
Selain itu, kebolehan berbeza yang ada pada pelajar menyebabkan
penerangan oleh guru hanya dapat dimanfaatkan oleh segelintir pelajar. Bagi pelajar
yang yang kurang memahami penerangan yang diberikan, menyebabkan mereka
kurang mendapat peluang untuk mengulangi langkah kerja lukisan yang mereka
pelajari.
Berdasarkan permasaalahan tersebut, media pembangunan perisian untuk
mata pelajaran lukisan teknik amat diperlukan bagi membantu proses pengajaran
dan pembelajaran untuk pelajar tingkatan dua. Media perisian interaktif PPBK
membolehkan pelajar mempelajari pembelajaran mereka secara langkah demi
langkah mengikut kebolehan mereka. Bagi pelajar yang menggunakan multimedia
lebih memberikan motivasi untuk belajar, memberikan penjelasan yang lebih
berkesan dan lengkap. Sesuatu masalah dapat diulangkaji dengan berulangkali dan
6
kemampuan mereka dapat diukur dan perisian menjadi sangat berguna kepada
pelajar. Sesuatu media pengajaran yang dibina berperanan untuk membantu pelajar
memahami dan menguasai konsep, aspek dan subjek tersebut dengan lebih jelas
supaya dapat membuka minda pelajar kearah pemikiran mendalam melalui
pembelajaran secara interaktif. Bagi perancang media perisian PPBK perlu
mendalami bentuk pembelajaran agar perisian PPBK yang dibina lebih terarah dan
terancang sesuai dengan objektif pengajaran.
Pembangunan perisian yang dibina diharap setanding dengan media perisian
PPBK yang berada dipasaran masa kini. Bagi memastikan pembangunan perisian
ini berfungsi dan boleh digunakan oleh pelajar, satu penilaian awal akan dilakukan
terhadap keberkesanan pembangunan perisian ini. Penilaian awal dilakukan untuk
mendapat komen, kritikan dan maklumbalas daripada pengguna perisian untuk
proses pembaikan mutu perisian dan memenuhi kehendak dan citarasa pengguna.
1.4 Objektif Projek
Objektif utama penghasilan projek pembangunan perisian ini adalah untuk
menghasilkan satu perisian berasaskan CD-rom dengan menggunakan teknologi
Multimedia. Ia akan diguna pakai oleh guru-guru atau pelajar-pelajar tingkatan dua
dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu (Elektif Pilihan Teknikal),
lukisan teknik bertajuk Hamparan. Secara khususnya objektif kajian ini adalah
seperti berikut;
1.4.1 Membina satu perisian Pengajaran Dan Pembelajaran Berbantu
Komputer (PPBK) bagi tajuk “Hamparan” dalam mata pelajaran elektif
Kemahiran Teknikal Lukisan Teknik, Kemahiran Hidup Bersepadu
Tingkatan Dua.
1.4.2 Menghasilkan perisian PPBK yang mengandungi elemen-elemen
kaedah pembelajaran kendiri.
7
1.4.3 Menghasilkan Perisian yang interaktif dan sesuai mengikut sukatan
mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu Tingkatan Dua.
1.4.5 Perisian dapat memenuhi objektif pengajaran dan pembelajaran sub
tajuk hamparan lukisan teknik, Kemahiran Hidup Bersepadu Tingkatan
Dua.
Dalam penggunaan aplikasi komputer ini, pelajar akan menggunakan secara
maksimum deria penglihatan dan deria pendengaran mereka di mana mereka akan
melihat paparan atau gambar rajah yang ditayangkan di dalam perisian ini, dan
mendengar setiap arahan yang dikemukakan semasa proses pembelajaran. Ini
menunjukkan bahawa pelajar telah menggunakan kemahiran berfikir dengan
bermakna (mindtools) dalam proses pembelajaran.
1.5 Rasional Projek
Memahami sesuatu pengajaran dan pembelajaran seperti sub tajuk
hamparan ini bukanlah satu perkara yang mudah bagi seseorang pelajar.
Dengan adanya perisian ini, pelajar dapat memahami dengan jelas setiap topik-
topik yang dipaparkan seperti konsep hamparan, jenis lukisan hamparan,
istilah-istilah yang digunakan dan aplikasi lukisan hamparan kaedah selari dan
jejari dalam lukisan teknik. Perisian ini juga dapat membantu pelajar untuk
belajar secara kendiri iaitu belajar mengikut kehendak mereka pada bila-bila
masa yang mereka suka. Ini secara tidak langsung, sedikit sebanyak telah
membantu guru dalam proses pemindahan pengajaran kepada pelajar. Di antara
tujuan perisian ini dibangunkan adalah seperti berikut:
1.5.1 Memberi pemahaman secara jelas dan menarik minat pelajar dalam
sub tajuk lukisan teknik Mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu
8
Tingkatan dua dengan bantuan penggunaan unsur-unsur tambahan
multimedia
1.5.2 Membantu pelajar dengan mengikuti semua program yang telah
disediakan dalam perisian contohnya penyediaan soalan latih tubi dan
mengikuti pembelajaran dalam tutorial.
1.5.3 Membantu pelajar memahami sub topik hamparan dalam mata pelajaran
lukisan teknik yang susah dengan bantuan animasi.
1.5.4 Membantu guru dan pelajar dalam proses pengulangan isi pelajaran tajuk
hamparan lukisan teknik Kemahiran Hidup Tingkatan Dua pada bila-
bila masa.
1.5.5 Sebagai memenuhi tuntutan semasa yang mementingkan penggunaan
dalam teknologi multimedia dalam bidang pendidikan.
1.6 Kepentingan Perisian
Perisian PBK yang dibangunkan ini mempunyai pelbagai kepentingan
terhadap penggunanya. Antaranya ialah:
1.6.1 Guru dapat mengaplikasikan teknologi komputer dengan lebih luas lagi
dalam proses P&P di sekolah.
1.6.2 Pelajar dapat belajar mengikut kehendak mereka di samping dapat membuat
proses pengulangan mengikut kemahuan mereka dansecara tidak langsung,
pelajar dapat belajar secara kendiri pada bila-bila masa.
9
1.6.3 Dapat menarik minat pelajar dengan adanya penambahan elemen-elemen
seperti audio, video, dan montaj perisian seterusnyamereka dapat
meningkatkan tahap pencapaian dengan pembelajaran yang berterusan.
1.6.7 Membantu guru dalam mewujudkan proses P&P dengan lancar seterusnya
dapat meningkatkan mutu pengajaran.
1.6.8 Memberikan peluang kepada pihak sekolah untuk mempelbagaikan bahan
rujukan di pusat sumber sebagai kemudahan kepada pelajar dan guru
1.6.9 Membantu pihak Kementerian Pelajaran dalam mempelbagaikan sumber
bahan perisian multimedia PPBK mata pelajaran teknikal untuk proses P&P.
1.7 Skop Kajian
Perisian multimedia yang akan dibangunkan ini adalah mengikut sukatan
mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu Tingkatan Dua dan subjek yang dipilih
untuk dibangunkan adalah subjek lukisan teknik bertajuk hamparan. Isi pelajaran
yang disediakan dalam perisian ini berteraskan Buku Teks Kurikulum Bersepadu
Sekolah Menengah (KBSM) Tingkatan 2, keluaran Dewan Bahasa dan Pustaka
(DBP).
Perisian yang akan dibangunkan ini dikhususkan kepada penggunaan pelajar-
pelajar tingkatan dua. Perisian ini digunakan oleh guru-guru yang mengajar mata
pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu bertajuk lukisan teknik sebagai bahan bantu
mengajar tambahan yang menarik bagi memudahkan penyampaian dan pemahaman
terhadap isi pelajaran subjek ini kepada pelajar dalam proses pengajaran dan
pembelajaran (P&P).