Pembangunan Portal Interaktif Pendidikan Sivik

Embed Size (px)

Citation preview

  • 8/19/2019 Pembangunan Portal Interaktif Pendidikan Sivik

    1/21

     

    PEMBANGUNAN PORTAL INTERAKTIF PENDIDIKAN SIVIK DAN

    KEWARGANEGARAAN (PSK) SERTA KAJIAN KEBOLEHLAKSANAAN

    DAN KEBERKESANANNYA SEBAGAI ALAT BANTU MENGAJAR

     NG BEE LING

    Ijazah Sarjana Pendidikan (Teknologi Pendidikan)

    Fakulti Pendidikan

    Universiti Teknologi Malaysia

    DISEMBER, 2010

  • 8/19/2019 Pembangunan Portal Interaktif Pendidikan Sivik

    2/21

     

    PSZ 19:16 (Pind. 1/97)

    CATATAN: *  Potong yang tidak berkenaan.** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada

     pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan

    tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT dan TERHAD.  Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana

    secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan

     penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). 

    BOR NG PENGES H N ST TUS TESIS

     

    JUDUL:   PEMBANGUNAN PORTAL INTERAKTIF PENDIDIKAN SIVIK DAN

    KEWARGANEGARAAN (PSK) SERTA KAJIAN KEBOLEHLAKSANAAN

    DAN KEBERKESANANNYA SEBAGAI ALAT BANTU MENGAJAR 

    SESI PENGAJIAN: 2010/2011

    Saya NG BEE LING 

    (HURUF BESAR)

    mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan

    Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

    1. 

    Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.

    2. 

    Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

     pengajian sahaja.

    3. 

    Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antarainstitusi pengajian tinggi.

    4.  **Sila tandakan ( )

    SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau

    kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalamAKTA RAHSIA RASMI 1972) 

    TERHAD (Mengandungi maklumat TERRHAD yang telah ditentukan

    oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) 

    TIDAK TERHAD

    Disahkan oleh

    _________________________ __________________________

    (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)

    Alamat Tetap: EN. JOHARI BIN HASSANDH 297, NAMA PENYELIA

    81500, PEKAN NANAS,PONTIAN, JOHOR.

    Tarikh: 16 DISEMBER 2010 Tarikh: 16 DISEMBER 2010 

  • 8/19/2019 Pembangunan Portal Interaktif Pendidikan Sivik

    3/21

    iii

    PENGAKUAN

    “Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

    yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”

    Tandatangan : …………………………………..

     Nama Penulis : NG BEE LING

    Tarikh : 16 DISEMBER 2010

  • 8/19/2019 Pembangunan Portal Interaktif Pendidikan Sivik

    4/21

    iv

    PENGESAHAN

    “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

    adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan ijazah

    Sarjana Pendidikan (Teknologi Pendidikan).”

    Tandatangan : …………………………….

     Nama Penyelia : EN. JOHARI BIN HASSAN

    Tarikh : …………………………….

  • 8/19/2019 Pembangunan Portal Interaktif Pendidikan Sivik

    5/21

    v

    PENGHARGAAN

    Alhamdulillah hirrabbil’alamin, saya merafakkan sepenuh kesyukuran ke

    hadrat Illahi dengan limpah dan kurniaNya, dapat saya selesaikan kajian ini dengan

     jayanya. Saya menjulang sepenuh penghargaan kepada Encik Johari Hassan iaitu

     penyelia saya di atas jasa dan kesudian beliau memberi bimbingan dan tunjuk ajar

    sepanjang proses menyiapkan kajian penyelidikan ini.

    Sekalung ucapan terima kasih juga ditujukan kepada kedua-dua insan yang

    disayangi, ibu dan bapa saya yang sentiasa mengiringi setiap jejak saya dengan doa

    yang berterusan tanpa mengenal erti jemu. Walaupun ayahanda dan bonda berada

     jauh di mata, namun doa dan harapan kalian tetap menjadi panduan, pedoman dan

    semangat sepanjang pengajian saya di Universiti Teknologi Malaysia.

    Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pensyarah yang

    telah mencurahkan ilmu dan bakti sepanjang pengajian. Tidak ketinggalan juga

    kepada rakan-rakan seperjuangan yang banyak membantu saya secara langsung dan

    tidak langsung sepanjang proses merealisasikan kajian penyelidikan ini. Pelbagai

    ilmu, idea dan pandangan yang bernas dapat saya rungkai sepanjang saya menjalani

    kajian penyelidikan ini.

    Kemaafan juga saya pinta sekiranya terdapat sebarang kesilapan dan

    kekurangan dalam projek penyelidikan ini. Akhir kata, saya berharap penyelidikanini dapat memberi manfaat kepada kita semua.

    Sekian.

  • 8/19/2019 Pembangunan Portal Interaktif Pendidikan Sivik

    6/21

    vi

    ABSTRAK

    Objektif kajian ini adalah untuk membangunkan sebuah portal interaktif bagi

    mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan yang boleh dijadikan sebagai

    alat bantu mengajar di sekolah. Kajian ini juga bertujuan untuk mengenal pasti

     persepsi guru mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan terhadap

    kebolehlaksanaan dan keberkesanan portal yang telah dibangunkan sebagai alat

     bantu mengajar, dan mengenal pasti persepsi murid Tahun 5 terhadap keberkesanan

     portal ini dalam pembelajaran akses kendiri. Kajian ini dijalankan secara kualitatif

    dengan menggunakan persampelan bertujuan melibatkan 4 orang guru mata pelajaran

    Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan dan 4 orang murid Tahun 5 dari 2 buah

    sekolah rendah di Johor. Hasil pembangunan portal menunjukkan bahawa portal

    interaktif yang dibangunkan menepati keperluan pengguna sasaran. Dapatan kajian

     persepsi menunjukkan guru mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan

     bersetuju bahawa portal interaktif Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan yang

    dibangunkan sesuai, boleh dilaksanaankan dan berkesan sebagai alat bantu mengajar.

    Kajian juga mendapati persepsi murid Tahun 5 menunjukkan bahawa portal

    interaktif Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan berkesan dalam pembelajaran

    akses kendiri.

  • 8/19/2019 Pembangunan Portal Interaktif Pendidikan Sivik

    7/21

    vii

    ABSTRACT

    The purpose of this study is to develop an interactive educational portal for

    PSK to become a good educational aids in teaching and learning process that

    enhance the efficiency and effectiveness of teaching and learning process in school.

    The specific objectives of this study are to determine the perceptions of teachers

    toward the usability and effectiveness of the PSK interactive educational portal as an

    educational aids and the perceptions of Year 5 pupils toward the effectiveness of thePSK interactive educational portal in enhancing self-assess learning. This study was

    conducted qualitatively with purposive sampling involving 4 teachers and 4 pupils

    from 2 primary schools in Johor. The product developed had fulfilled the users’

    requirements. The finding showed that teachers agreed and satisfied toward the

    usability and effectiveness of the PSK interactive educational portal as an

    educational aids. The study also showed that pupils agreed toward the effectiveness

    of the PSK interactive educational portal in enhancing self-assess learning. 

  • 8/19/2019 Pembangunan Portal Interaktif Pendidikan Sivik

    8/21

    viii

    KANDUNGAN

    BAB PERKARA HALAMAN

    HALAMAN JUDUL i

    PENGAKUAN ii

    DEDIKASI iii

    PENGHARGAAN ivABSTRAK v

    ABSTRACT vi

    KANDUNGAN vii

    SENARAI JADUAL xi

    SENARAI RAJAH xii

    SENARAI SIMBOL / SINGKATAN /

    TATANAMA / ISTILAH

    xiv

    SENARAI LAMPIRAN xv

    1 PENDAHULUAN 1

    1.1 Pengenalan 1

    1.2 Latar Belakang Masalah 3

    1.3 Pernyataan Masalah 5

    1.4 Objektif Kajian 6

    1.5 Persoalan Kajian 61.6 Rasional Kajian 7

    1.7 Skop Kajian 8

    1.8 Kepentingan Kajian 8

    1.8.1 Murid Tahun 5 8

    1.8.2 Guru mata pelajaran PSK 9

  • 8/19/2019 Pembangunan Portal Interaktif Pendidikan Sivik

    9/21

    ix

    1.9 Definisi Istilah Operasional 9

    1.9.1 Pendidikan Sivik dan

    Kewarganegaraan 

    9

    1.9.2 Portal 10

    1.9.3 Interaktif 10

    1.9.4 Persepsi 11

    1.9.5 Kebolehlaksanaan 11

    1.9.6 Keberkesanan 12

    1.9.7 Pembelajaran Akses Kendiri 12

    1.10 Kesimpulan 12

    1.11 Penutup 13

    2 SOROTAN PENULISAN 14

    2.1 Pengenalan 14

    2.2 Definisi Pendidikan 14

    2.2.1 KBSR 15

    2.2.2 Inovasi Pendidikan 16

    2.3 Perkembangan Teknologi dalam Pendidikan 17

    2.3.1  Perbezaan Persekitaran Pembelajaran

    Tradisional dengan Pembelajaran

    menggunakan Teknologi

    2.3.2 

    Kerangka Kerja TPACK dalam

    Pendidikan

    19

    20

    2.3.3 

    Penggunaan Elemen Multimedia

    dalam Pendidikan

    21

    2.4 Teknologi Internet dalam Pendidikan 27

    2.4.1 Portal Pendidikan 27

    2.5 Kajian Keberkesanan Multimedia dalam

    Pendidikan

    28

    2.6 

    Kelebihan Pembelajaran Berbantukan

    Komputer (PBK) berbanding dengan

    medium lain

    29

    2.7 Masalah Pembelajaran mata pelajaran PSK 29

  • 8/19/2019 Pembangunan Portal Interaktif Pendidikan Sivik

    10/21

    x

    2.8 Penutup 31

    3 METODOLOGI 32

    3.1 Pengenalan 32

    3.2 Pembangunan Portal Interaktif PSK 32

    3.2.1  Teori Pembelajaran

    3.2.2 

    Model Reka Bentuk Instruksi

    3.2.3  Proses Model ADDIE

    33

    35

    36

    3.3 Kajian Kebolehlaksanaan dan Keberkesanan

    Portal Interaktif PSK

    45

    3.3.1 Kaedah Kajian 46

    3.3.2 Persampelan3.3.3 Instrumentasi

    3.3.4 Model Analisis Data Kualitatif

    4848

    49

    3.4 Kesahan dan Kebolehpercayaan Data 50

    3.5 Jangkaan Hasil Kajian 51

    3.6 Penutup 52

    4 HASIL KAJIAN 534.1 Pengenalan 53

    4.2 Hasil Pembangunan Portal Interaktif PSK 53

    4.3 Penilaian Portal Interaktif PSK 58

    4.4 Penerapan Strategi Pembelajaran Akses

    Kendiri

    63

    4.5 

    Analisis Data Kajian Kebolehlaksanaan dan

    Keberkesanan Portal

    67

    4.5.1 

    Analisis Data Pemerhatian4.5.2  Analisis Data Temu Bual

    6768

    4.6  Kesimpulan 73

    4.7  Penutup 74

  • 8/19/2019 Pembangunan Portal Interaktif Pendidikan Sivik

    11/21

    xi

    5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN

    CADANGAN

    76

    5.1 Pengenalan 76

    5.2 Perbincangan 76

    5.2.1 

    Pembangunan Portal Interaktif PSK

    sebagai ABM

    5.2.2 

    Kajian Persepsi Guru terhadap

    Kebolehlaksanaan dan Keberkesanan

    Portal Interaktif PSK sebagai ABM

    5.2.3  Kajian Persepsi Murid terhadap

    Keberkesanan Portal Interaktif PSK

    dalam Pembelajaran Akses Kendiri

    76

    81

    82

    5.3 Rumusan 83

    5.4 Cadangan 83

    5.5 Penutup 84

    BIBLIOGRAFI 86

    LAMPIRAN A – F 91-125

  • 8/19/2019 Pembangunan Portal Interaktif Pendidikan Sivik

    12/21

     

    BAB 1

    PENDAHULUAN

    1.1 

    Pengenalan

    Asas pendidikan di Malaysia adalah berlandaskan “Falsafah Pendidikan

     Negara”. Falsafah Pendidikan Negara mula diistiharkan pada tahun 1988 dan

     berhasrat untuk melahirkan modal insan yang seimbang dan harmonis dari pelbagai

    aspek yang mulia. Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah

    lebih memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu

    untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi

    dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini

    adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan,

     berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai

    kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan

    kemakmuran masyarakat dan negara (Falsafah Pendidikan Negara, 1988).

    Berpandukan hasrat mulia kerajaan dalam bidang pendidikan, pelbagai usaha

    murni ke arah memantapkan lagi sistem pendidikan hari ini adalah sangat diharapkan.

    Perkembangan teknologi multimedia yang drastik menjadi batu lonjatan dan

    membuka jalan baru untuk penyelidikan dalam bidang pendidikan. Menurut

    Jamalludin dan Zaidatun (2000), multimedia merupakan suatu revolusi terbesar

    dalam bidang pendidikan dan komunikasi selepas penemuan mesin percetakan.

  • 8/19/2019 Pembangunan Portal Interaktif Pendidikan Sivik

    13/21

      2

    Impak perkembangan dan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi

     bukan sahaja dirasai dalam bidang perindustrian, malahan bidang pendidikan juga

    telah mendapat banyak faedah daripadanya dan membuktikan keberkesanan dari segi

    hasil pembelajaran sejak ianya mula diperkenalkan.

    Menurut Hizral Tazzif Hisham (Berita Harian, 14 April 2004), penggunaan

    teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam proses pengajaran dan

     pembelajaran dapat merangsang minda kreatif pelajar dan pelajar bebas daripada

    kongkongan pembelajaran tradisional yang terlalu bergantung kepada hafalan.

    Kaedah dan pendekatan pengajaran juga sentiasa dimantapkan mengikut

     peredaran dan keperluan zaman. Teknologi multimedia merupakan lanjutan daripadamaklumat tradisi yang dahulunya hanya berasaskan teks semata-mata kepada suatu

    sistem penyampaian dan perkongsian maklumat yang lebih bersifat dinamik dan

    menarik (Jamalludin dan Zaidatun, 2005). Ini menunjukkan peranan teknologi

    sentiasa dialu-alukan dalam usaha membangunkan bidang pendidikan supaya seiring

    dengan kehendak dan kepentingan semasa.

    Mata Pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan diajar sebagai satu

    mata pelajaran persekolahan mulai tahun 2005 di sekolah rendah dan sekolah

    menengah. Sivik merujuk kepada hubungan individu dengan masyarakat di

    sekelilingnya. Manakala kewarganegaraan merujuk kepada hubungan individu

    dengan negaranya.

    Pada masa dahulu, pendidikan sivik bertumpu pada struktur dan jenis

    kerajaan. Tetapi kini, mata pelajaran ini memberi tumpuan pada keadaan semasa

    masyarakat serta keperluan masa depannya. Berdasarkan keadaan semasa yangmelanda golongan remaja, kurikulum mata pelajaran Pendidikan Sivik dan

    Kewarganegaraan memberi tumpuan utama pada isu perpaduan, patriotisme dan

     pemahaman kepelbagaian budaya masyarakat Malaysia.

  • 8/19/2019 Pembangunan Portal Interaktif Pendidikan Sivik

    14/21

      3

    Kurikulum ini mempunyai hasrat yang murni iaitu membantu murid

    menguasai pengetahuan sivik, kemahiran sivik dan nilai sivik supaya menjadi

    warganegara yang bersemangat patriotik, boleh bekerjasama dengan orang lain,

    mengapresiasi kepelbagaian budaya masyarakat Malaysia, menyelesaikan konflik

    tanpa menggunakan keganasan, menyayangi alam sekitar, bertanggungjawab dan

    menyumbang ke arah pembangunan negara melalui kurikulum ini.

    Dalam pelaksanaan pengajaran mata pelajaran Pendidikan Sivik dan

    Kewarganegaraan, guru perlu peka terhadap pembinaan akhlak dan kesedaran murid

    tentang hak dan tanggungjawab sebagai warganegara dengan mengambil kira aspek

     pengetahuan sivik, kemahiran sivik dan nilai sivik. Aktiviti pengajaran dan

     pembelajaran hendaklah dilakukan secara berkesan dengan memberi tumpuan

    kepada penglibatan murid secara aktif dalam suasana yang kondusif dan

    menggembirakan.

    Kesimpulannya, teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) memainkan

     peranan yang penting dalam bidang pendidikan khasnya dari segi keberkesanan

     penyebaran maklumat. Pendidikan masa kini patut mengintegrasikan dan menyelami

     potensi teknologi maklumat dan komunikasi dalam proses pengajaran dan

     pembelajaran rutin di sekolah.

    1.2 Latar Belakang Masalah

    Mata Pelajaran Sivik dan Kewarganegaraan merupakan mata pelajaran bukan

    teras yang diajar dari Tahun 4 hingga Tahun 6 di peringkat sekolah rendah.

    Disebabkan mata pelajaran ini bukan mata pelajaran teras, ianya tidak begitu dititik

     berat atau diberi penekanan yang ketara seperti mata pelajaran teras yang lain di

    kalangan murid maka tidak hairanlah ada sebahagian murid tidak berminat untuk

    mempelajarinya.

  • 8/19/2019 Pembangunan Portal Interaktif Pendidikan Sivik

    15/21

      4

    Dari aspek pengajar pula, masih ramai guru mengamalkan teknik pengajaran

    tradisional. Walaupun dalam huraian sukatan pelajaran mata pelajaran Pendidikan

    Sivik dan Kewarganegaraan ada menekankan penerapan unsur-unsur bernilai tambah

    seperti kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi dalam melakukan aktiviti

     pengajaran dan pembelajaran. Guru diharapkan dapat memberi penekanan kepada

    unsur bernilai tambah iaitu kemahiran berfikir, kemahiran belajar cara belajar,

    kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, teori pelbagai kecerdasan,

     pembelajaran masteri, pembelajaran secara kontruktivisme dan pembelajaran akses

    kendiri. Di samping itu, nilai murni seperti semangat patriotik dan kewarganegaraan

    tetap diutamakan (Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Sivik dan

    Kewarganegaraan, 2005).

    Di samping itu, masih wujud masalah kekurangan guru di sekolah. Hal ini

     juga menyumbang kepada masalah pengajar yang kurang pakar dan kurang

     berpengalaman dalam usaha menyampaikan hasil pembelajaran yang berkesan

    kepada murid-murid.

    Selain masalah pengajar dan murid, terdapat satu masalah lagi yang tidak

     boleh diabaikan iaitu masalah kepelbagaian bahan pengajaran dan rujukan yang

    lengkap. Bagi tajuk “Kenali Budaya Kita”, strategi atau kaedah pembelajaran yang

    terbaik ialah menerusi hayatan persembahan kebudayaan atau melawat ke muzium

    kebudayaan kerana konsep budaya berbentuk abstrak dan tidak mudah difahami

    secara teori atau lisan, ianya memerlukan penerangan yang lebih terperinci menerusi

    objek konkrit seperti gambar (grafik), suara (audio), rakaman video (video) agar

    murid dapat mengenalinya dengan berkesan dan tepat. Namun begitu, strategi atau

    kaedah yang baik ini memerlukan perbelanjaan yang tinggi dan masa yang panjang

    dalam proses perancangan aktiviti.

    Tambahan pula, purata waktu pengajaran dan pembelajaran bagi mata

     pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan di sekolah rendah hanya sejam

    dalam seminggu memandangkan ianya mata pelajaran bukan teras. Hal ini juga

    menjadi kekangan kepada para pengajar untuk membuat perancangan yang efektif

  • 8/19/2019 Pembangunan Portal Interaktif Pendidikan Sivik

    16/21

      5

     bagi pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Pendidikan Sivik dan

    Kewarganegaraan.

    1.3  Pernyataan Masalah 

    Merujuk kepada latar belakang masalah yang dibincangkan sebelum ini,

    sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa terdapat beberapa faktor dominan yang

    menyumbang kepada masalah pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran

    Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan di sekolah rendah. Hasilnya pengajaran dan

     pembelajaran bagi mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan menjadi

    tidak efektif dan kurang berkesan.

    Antara faktor yang menyumbang kepada masalah pengajaran dan

     pembelajaran mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan ialah:

    (a)  Kewujudan masalah kurang motivasi, bosan dan tidak berminat dalam

    mempelajari mata pelajaran ini di dalam diri murid itu sendiri atau pengaruh

    yang negatif yang datangnya daripada tanggapan ibu bapa, masyarakat yang

     berpendapat bahawa mata pelajaran ini tidak penting kerana ianya bukan

    mata pelajaran teras maka tidak perlu diberi perhatian atau penekanan yang

    sewajarnya.

    (b) 

    Kekurangan ciri-ciri kreativiti dan inovatif di kalangan guru dalam

    menyampaikan maklumat kepada murid dalam proses pengajaran dan

     pembelajaran. 

    (c)  Kesuntukan masa dalam merancang strategi pengajaran dan pembelajaran

    yang efektif. 

  • 8/19/2019 Pembangunan Portal Interaktif Pendidikan Sivik

    17/21

      6

    (d) 

    Ketidaklengkapan dari segi bahan-bahan pengajaran dan sumber rujukan

    yang bernas. 

    (e)  Perancangan strategi atau kaedah pengajaran berkesan seperti lawatan dan

     persembahan kebudayaan memerlukan kos yang amat tinggi dan proses

     perancangan amat rumit serta mengambil masa yang panjang.

    1.4  Objektif Kajian

    Secara umumnya, kajian ini mengambil inisiatif untuk mempelbagaikan

     bahan rujukan pengajaran agar ianya menjurus kepada pengajaran dan pembelajaran

    yang lebih berkesan dan efektif.

    Objektif kajian adalah seperti berikut.

    i) 

    Membangunkan portal pendidikan sebagai alat bantu mengajar bagi mata

     pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan.

    ii)  Mengenal pasti persepsi guru mata pelajaran PSK terhadap kebolehlaksanaan

    dan keberkesanan portal yang dibangunkan sebagai alat bantu mengajar.

    iii) 

    Mengenal pasti persepsi murid Tahun 5 terhadap keberkesanan portal dalam

    menerapkan strategi pembelajaran akses kendiri.

    1.5 

    Persoalan Kajian

    Berdasarkan objektif kajian, persoalan yang akan dijawab dalam kajian ini

    adalah seperti berikut:

  • 8/19/2019 Pembangunan Portal Interaktif Pendidikan Sivik

    18/21

      7

     

    i)  Apakah persepsi guru terhadap kebolehlaksanaan dan keberkesanan portal

    interaktif PSK sebagai ABM?

    ii) 

    Apakah persepsi murid terhadap keberkesanan portal interaktif PSK dalam

     pembelajaran akses kendiri?

    1.6 

    Rasional Kajian

    Seperti yang telah dibincangkan di dalam pernyataan masalah, jelasnyaterdapat banyak masalah dalam proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran

    Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan di peringkat sekolah rendah. Justeru

     pembangunan laman web dalam kajian ini diharapkan dapat mengatasi beberapa

    kekurangan dalam proses pengajaran dan pembelajaran tradisional yang kurang

    mendatangkan hasil pembelajaran yang memberangsangkan.

    Pembangunan laman web ini juga diharapkan dapat membetulkan tanggapan

    negatif dalam diri murid bahawa mata pelajaran ini membosankan dan tidak penting.

    Murid-murid dan juga guru-guru juga kemungkinan besar tidak dapat menghayati

    apa yang sepatutnya dipelajari dalam tajuk ini.

    Selain itu, kefahaman murid-murid dapat dipertingkatkan dengan menguasai

    istilah baru menerusi penerangan berbentuk grafik, audio atau video yang tentunya

    merangsang minda murid-murid untuk mengukuhkan ilmu yang dipelajarinya. Ia

     juga dapat meminimumkan kekeliruan atau prasangka yang mungkin wujud

    sekiranya murid-murid tidak memahami dan menghayati konsep-konsep tertentu.

    Tambahan pula, elemen-elemen multimedia yang digunakan dalam laman

    web ini dapat menyampaikan informasi atau maklumat dengan menarik dan

    menyeronokkan. Menurut Baharuddin Aris et al. (2002), gabungan grafik, animasi,

  • 8/19/2019 Pembangunan Portal Interaktif Pendidikan Sivik

    19/21

      8

     bunyi dan video memberangsangkan dan tidak menjemukan selain dapat memberi

    maklum balas serta merta.

    1.7 Skop Kajian

    Kajian ini dilaksanakan untuk meninjau kebolehlaksanaan dan keberkesanan

     portal interaktif PSK yang dibangunkan sebagai ABM. Kajian hanya dijalankan

     berdasarkan maklumat yang diperolehi sepanjang masa melaksanakan kajian ini.

    Skop kajian ini adalah tertumpu kepada kumpulan sasaran iaitu 4 orang guru

    mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan dan 4 orang murid tahun 5

    dari sekolah SJK (C) Yu Ming (1) dan SK Taman Universiti 4.

    1.8 

    Kepentingan Kajian

    Orientasi kajian yang berpaksikan sumber intelek sudah pasti mempunyai

    kepentingan kepada pelbagai golongan terutamanya kepada golongan pendidik dan

     penggubal agenda pendidikan masa hadapan. Antara kepentingan kajian ini adalah

    seperti yang berikut:

    1.8.1  Murid Tahun 5

    Pembangunan laman web ini dapat membentuk pengetahuan asas ataupun

    konsep murid tentang seni tari dan muzik serta alat muzik tradisional. Apabila murid

    melayari laman web sendiri, mereka akan lebih menghayati kesenian dan

    kebudayaan yang sebelum ini tidak dapat dijalankan dalam pembelajaran tradisional.

  • 8/19/2019 Pembangunan Portal Interaktif Pendidikan Sivik

    20/21

      9

    Selain itu, pembangunan portal interaktif PSK ini dapat menerapkan strategi

     pembelajaran akses kendiri dalam kalangan murid.

    1.8.2  Guru mata pelajaran PSK

    Hasil kajian ini juga turut membantu guru melihat kembali adakah mereka

    telah menjadikan murid sentiasa berfikir aktif dengan mempelbagaikan strategi

     pengajaran. Ia juga dapat memberi sumber alternatif kepada guru dalam

    menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran selain turut melengkapkan diri

    dengan pengetahuan selaras dengan perkembangan semasa terutama dalam bidang

    teknologi maklumat.

    1.9  Definisi Istilah Operasional

    Bahagian ini menjelaskan istilah dan konsep yang menjadi asas yang

    menyokong tema kajian yang diusahakan. Definisi istilah dan konsep yang

    diterangkan dalam bahagian ini hanya bersesuaian dengan konteks kajian ini sahaja.

    1.9.1  Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan

    Sivik ialah kajian hak dan tanggungjawab yang perlu ada pada seseorang

    warganegara. Sivik dipengaruhi oleh teori-teori Confucius dari China dan Plato pada

    zaman Yunani purba.

    Kewarganegaraan pula ialah kajian tentang tanggungjawab seseorang

    individu dengan negaranya.

  • 8/19/2019 Pembangunan Portal Interaktif Pendidikan Sivik

    21/21

      10

    Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan bertujuan untuk mendidik

    warganegara supaya mereka lebih beretika dalam kehidupan awam khasnya

    masyarakat majmuk.

    1.9.2  Portal

    Portal bermaksud laman web yang mempunyai hubungan dengan pelbagai

    laman web yang lain, biasanya boleh dicapai melalui Internet. Dalam kajian ini,

     portal merujuk kepada hasil pembangunan laman web atau produk teknologi yang

    mengintegrasikan kebanyakan elemen multimedia seperti teks, grafik, video dan

    interaktiviti yang relevan bagi mata pelajaran Pendidikan Sivik dan

    Kewarganegaraan.

    1.9.3 

    Interaktif

    Interaktif sering dikaitkan dengan ciri-ciri antara muka (interaksi) pengguna

    dengan sistem komputer. Ia boleh dijadikan sebagai satu metafora di mana "melihat"

    merujuk kepada reka bentuk luaran sistem, manakala "berasa" merujuk kepada

    interaktivitinya. Secara tidak langsung ini boleh dianggap sebagai suatu takrif tidak

    rasmi interaktiviti.

    Dalam bidang Sains Komputer, interaktif merujuk kepada perisian yang

    menerima dan menjawab input daripada manusia, misalannya data atau perintah-

     perintah (command 

    ). Di samping itu, interaktif terbahagi kepada tiga kategori iaitu:

    i)  Tidak interaktif ( Noninteractive) sekiranya sesuatu mesej itu tidak berkaitan

    dengan mesej sebelumnya