Upload
others
View
2
Download
1
Embed Size (px)
Citation preview
1
PEMBELAJARAN PENYIARAN DRAMA CINTA DAN WAHYU, TV AL-HIJRAH
MENURUT NERACA MASLAHAH-AL MURSALAH
Mohd Huefiros Efizi bin Husain, Mohd Nasir bin Abd Majid
Fakulti Syariah dan Undang-undang
Universiti Sains Islam Malaysia
E-mel: [email protected], [email protected]
Abstrak
Kedudukan hukum dalam kehidupan masyarakat merupakan keutamaan sejak dari zaman mula
Islam, ini kerana hukum merupakan agen penentu sosial terhadap perubahan-perubahan yang
berlangsung di dalam kehidupan seharian manusia dan berfungsi mewujudkan kemaslahatan
umat manusia. Hal ini sesuai dengan syariat yang bertujuan memberikan kemanfaatan dan
menghilangkan kemudharatan untuk kepentingan masyarakat. Justeru, perkembangan dunia hari
ini menuntut kepada kaedah istinbat hukum melalui ijtihad para ulama’ menyelesaikan isu-isu
baharu muncul yang tiada dirakamkan dari sumber-sumber utama perundangan Islam antaranya
Maslahah al-Mursalah. Ia meliputi definisi, dalil, prinsip, penghujahan dan peranannya dari para
mujtahid berkaitan. Permasalahan kajian di dalam kertas kerja ini mengkaji aplikasi Maslahah al-
Mursalah sebagai sumber penetapan hukum Islam yang diterapkan di dalam drama Cinta dan
Wahyu, TV Al Hijrah. Kajian ini mendapati penerapan Maslahah al-Mursalah sangat ketara
melalui beberapa babak antaranya ciri-ciri pekerja baharu yang diperlukan di dalam sesebuah
syarikat, sistem pembelajaran di pondok dan membangunkan perniagaan makanan sunnah.
Selain itu kertas kerja ini mampu menjadi bahan rujukan TV Al Hijrah selaku stesen televisyen
pertama berteraskan dakwah islamiah di dalam pemilihan produk dan penyiaran sesebuah drama
serta bersaing bersama stesen-stesen televisyen yang lain dalam melestarikan industri penyiaran
drama di Malaysia.
Kata Kunci: Maslahah al-Mursalah, Drama Cinta dan Wahyu, TV AlHijrah.
2
Pendahuluan :
Allah menurunkan agama Islam sebagai agama memberikan keindahan kehidupan di
dunia dan akhirat. Adapun sumber perundangan oleh Allah adalah untuk merealisasikan agama
suci ini sebagai pegangan yang utuh dan menjamin kesejahteraan di muka bumi ini.1 Sesiapa
hamba-Nya yang mengikuti ajaran Islam maka akan menemui hikmah dan sebaliknya kepada
sesiapa yang mengingkarinya. Al-Quran mencakupi kaedah-kaedah atau sistem kehidupan
manusia yang lengkap menerusi permasalahan di dunia dan akhirat dengan istinbat hukum atas
kemaslahatan manusia.
Persoalan-persoalan hukum dalam pelbagai aspek yang dahulunya tidak muncul, telah muncul
pada era moden ini. Ia menuntut kepada hukum Islam hari ini mencari jawapan agar umat Islam
menjalani kehidupan dengan penuh tertib, berlandaskan syariat dari segenap aspek. Hubungan antara teori
hukum dan perkembangan semasa merupakan suatu persoalan asas dalam falsafah hukum. Maslahah al-
Mursalah adalah prinsip mencari kemaslahatan hasil ijtihad para ulamak yang berupaya
mengembangkan hukum Islam dan berusaha untuk mencari jalan keluar dari permasalahan yang
dihadapi.
Maslahah al-Mursalah merupakan dalil syarak selepas al-Quran, as-Sunnah, al-Ijma’ dan
tergolong di dalam al-Qiyas. Di sebalik penerimaan para mujtahid sebagai sumber hukum,
terdapat sebahagiannya menentang penerimaan dan pelaksanaan sumber hukum ini atas alasan
tersendiri.2 Berdakwah melalui media contohnya drama, merupakan salah satu saluran
penyampaian isi dakwah kepada sasaran penonton. Ia bertujuan menjaga kemaslahatan
masyarakat dewasa ini dengan paparan acuan peraturan kehidupan seharian yang benar melalui
tauladan yang disiarkan. Drama mempunyai pengaruh yang kuat dan mampu mencorakkan
tingkah laku dan sikap penonton. Keistimewaan ini menyebabkan drama amat berguna dalam
menyampaikan isi dakwah. TV AlHijrah tampil sebagai stesen televisyen yang meletakkan
drama jenis patuh syariah sebagai syarat penyiarannya.3 Oleh itu, kertas kerja ini bertujuan
menghuraikan sejauh mana konsep Maslahah al-Mursalah diterapkan ke dalam drama Cinta dan
Wahyu yang disiarkan di stesen televisyen tersebut di negara ini.
1 Abu Ishak Al-Syatibu, al-Muwafaqat fi usul al-Syariah, tahqiq : Abdullah Darraz, ( Beirut : Dar al-Fikr, t.th. ),
vol.ii, h.6 2 Abdul Aziz Dahlan “As-Shawkani ; Suplemen Ensiklopedia Islam, vol.2, ( Jakarta : PT Ichtiar Baru Van Hoeve,
2001 ), 189. 3 Sumber web utama TV AlHijrah, www.tvalhijrah.com
3
METODOLOGI KAJIAN
Kaedah kajian merupakan kaedah yang sistematik untuk menyelesaikan permasalahan kajian.
Ianya boleh difahami sebagai ilmu untuk mengkaji bagaimana kajian itu dijalankan secara
ilmiah, Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif yang melibatkan kaedah pengumpulan
data dan bertujuan untuk memahami secara mendalam fenomena berkaitan persoalan kajian.
Kajian kualitatif ini juga bertujuan menilai Maslahah al-Mursalah di dalam drama Cinta dan
Wahyu dan menjadi pembelajaran kepada penonton dan pihak berwajib.
Metod Pengumpulan Data
Metod pengumpulan data dalam kajian ini ialah kajian perpustakaan (library research). Ia
diperolehi ke atas penulisan dan dokumen bertulis yang dapat memberikan keterangan dan
digunakan sebagai bukti yang sahih tentang suatu kenyataan. Ini merangkumi sumber-sumber
dalam bentuk dalil dari al-Quran, as-Sunnah, buku-buku, jurnal, disertasi, prosiding seminar,
kertas kerja dan laman web. Data yang diperolehi dihimpun, dikaji dan menjadi panduan dalam
mengenalpasti kaedah yang terbaik Maslahah al-Mursalah di dalam drama Cinta dan Wahyu.
Metod Analisis Data
Dalam menganalisis data, pengkaji secara umumnya menggunakan metod analisis deskriptif
kualitatif iaitu dengan menilai mutu dan kesahihan data tersebut. Metod ini adalah satu kaedah
untuk menganalisa data yang terhasil melalui teori-teori dan pemikiran yang ada iaitu membuat
kesimpulan yang bersifat khusus.
Tinjauan terhadap Maslahah al-Mursalah
1. Definisi Maslahah al-Mursalah
Menurut Imam ar-Razi Maslahah berasal dari kata tunggal susunan huruf sod lam ha )ص ل ح(
dan kata jamak al-Masolih yang membawa maksud kemaslahatan, kemanfaatan dan kebaikan
dan berlawanan dengan maksud kerosakan dan kemudharatan. Surah al-Baqarah ayat 11
membawa maksud :
“Dan apabila dikatakan kepada mereka “Janganlah kalian membuat kerosakan di muka bumi,
mereka menjawab “Sesungguhnya kami orang-orang yang melakukan kebaikan.”.
4
Maslahah menurut Ibnu al-Manzur adalah kemanfaatan, berbeza dengan kerosakan.4
Berdasarkan definisi di atas, jelas menunjukkan Maslahah dengan membawa maksud kebaikan
dan kemanfaatan berselisih dengan kata mafsadah iaitu membawa kerosakan dan kemudharatan
iaitu bercanggah dengan tuntutan syarak.
Manakala Maslahah menurut istilah menampakkan perbezaan pendirian dari kalangan para
ulamak namun berpegang kepada satu tujuan iaitu memberi kemanfaatan dan menolak
kemudharatan sepertimana kehendak manusia di muka bumi ini. Imam al-Ghazali menyatakan
Maslahah mestilah berjalan mengikut landasan syariat dan ia bertujuan membawa kemanfaatan
dan menolak kemudharatan yang menjadi sebahagian keperluan manusia. Ia bertujuan
memelihara 5 keutamaan syarak iaitu agama, akal, jiwa, keturunan dan harta benda.5
Begitu juga dengan Imam al-Syatibi memahamkan Maslahah sebagai tuntutan setiap kejadian
di atas muka bumi dengan membawa kemanfaatan dan menolak kemudharatan namun tidak
menggunakan akal semata-mata dalam hal ini. Ia berdiri di atas prinsip jika tiada dirakamkan di
dalam sumber asas al-Quran dan as-Sunnah maka ia ditolak.6 ‘Izz al-Din Abd al-Salam pula
mentafsirkan Maslahah mencakupi al-khair (kebajikan), al-husn (kebaikan) dan al-
naf’(kemanfaatan).7 Ada pun Najm al-Din al-Tufi memberi definisi Maslahah melalui dua
perkara iaitu ‘urf dan syara’ di mana Maslahah dari sudut ‘urf ialah sebab yang menuju kepada
kebaikan dan kemanfaatan. Contohnya mengaut keuntungan dari sumber perniagaan. Sedangkan
Maslahah menurut syara’ ialah perkara yang membawa kepada tujuan syarak sama ada dari segi
ibadat dan muamalat8.
Oleh yang demikian, definisi Maslahah dari segi istilah di atas memberi gambaran bahawa
Maslahah adalah sesuatu yang tidak disyariatkan menerusi dalil-dalil utama terdahulu malah ia
hasil dari ijtihad para ulamak di atas tujuan memberi kebaikan dan kemanfaatan dan menolak
segala kerosakan akan tetapi berlandaskan syariat islam. Imam al-Ghazali menggariskan
panduan kepada Maslahah dengan memelihara 5 keutamaan demi membawa kesejahteraan di
4 Ibnu Manzur, Lisan al-Arab, Beirut : Dar al-Fikr, Jil. 2, h. 516.
5 Al-Ghazali, al-Mustashfa, Jil. 1, h. 174.
6 Al-Syatibi, al-I’tisam : Dar al-Rahmat, jil. 1, h. 352.
7 ‘Izz al-Din ibn Abd al-Salam, Qawa’id al-Ahkam fi Masalih al-Anam. Kaherah : Maktabah al-Kulliyyat al-
Azhariyyah 1994, Juz 1, h. 5. 8 Najm al-Din al-Tufi, Syarah al-Arba’in al-Nawawiyah, h. 19, Mustafa Zaid, al-Maslahah fi al-Tasyri’ al-Islamiy
wa Najm al-Din al-Tufi, 1964M, Dar al-Fikr al-‘Arabiy, h. 211.
5
muka bumi ini. Justeru Maslahah memberi gambaran bahawa pensyariatan islam memenuhi
setiap ruang kegunaan manusia dan mengikut peredaran masa.
Maslahah al-Mursalah menurut Imam al-Ghazali disifatkan sebagai dalil yang tidak
dinyatakan secara jelas di dalam nas-nas syarak sebelum ini tentang penghujahan dan
penerimaannya sebagai sumber peletakan hukum dan tiada juga penolakannya9. Ini
membuktikan Maslahah al-Mursalah mampu menjadi panduan menyelesaikan hal-hal yang
berteraskan syarak yang berlaku walau tiada dalil sahih ke atasnya. Al-Shatibi mengeluarkan
tafsiran Maslahah al-Mursalah adalah penetapan maslahah yang tiada sandaran kukuh secara
khusus mengenai kebolehan dan juga penafian terhadapnya dari sumber hukum terdahulu dan ia
mestilah berlandaskan syarak islam10
. Justeru, Maslahah al-Mursalah dilihat satu metodologi
hukum islam yang tiada pertentangan ke atasnya dari nas-nas utama bahkan ia menjadi
pengantara kepada jawapan kemaslahatan yang timbul. Imam at-Tufi menerangkan Maslahah al-
Mursalah adalah dalil yang tidak kelihatan padanya mengikut syarak sama ada ditolak atau
diterima bersama11
.
Oleh yang demikian Maslahah al-Mursalah menjadi sebab kepada mencapai kemanfaatan
dan memperoleh kebaikan serta menepikan segala kemudharatan seperti keuntungan yang diraih
adalah disebabkan oleh urusan perniagaan. Ini dapat dirumuskan bahawa Maslahah al-Mursalah
ini satu tatacara istinbat hukum melibatkan ibadat dan adat yang memberi kebaikan dan
kesejahteraan sekalian manusia dan menolak segala kemudharatan berteraskan syariat yang tidak
dijumpai secara tepat di dalam nas-nas syarak. Ia juga tiada dalil dalam menyatakan penerimaan
atau penolakannya secara hakikat kepada penetapan hukum islam.
Bertepatan dengan tujuan penetapan hukum islam menerusi al-Quran dan as-Sunnah
dalam memberi kemaslahatan pelbagai sudut kehidupan bagi mencapai keharmonian kepada
penganut agama Islam melalui hikmah dan illat12
. Bertepatan dengan firman Allah Taala di
dalam Surah al-Baqarah ayat 185 yang bermaksud :
“Allah menghendaki kemudahan bagimu dan tidak menghendaki kesukaran bagimu.
9 Al-Ghazali, al-Mustasfa, h.174, ar-Razi, al-Mahsul, jil. 6, h. 221, al-Amadi, al-Ihkam fi Usul al-Ahkam, jil. 3, h.
315. 10
Al-Shatibi, Abu Ishaq Ibrahim ibn Musa al-Lakhmi al-Shatibi, al-I’tisam, Riyad : Maktabah al-Riyad al-Hadithah,
h. 115 11
At-Tufi, Syarah Mukhtasar ar-Raudhah. Jil, 3, h. 206. 12
Ibn Asyur, Tahir ibn Asyur, Maqasid al-Syariah al-Islamiyah. Tunis : Dar Suhnun, Kaherah : Dar al-Salam,
2006M, h. 12.
6
Dan hendaklah kamu mengagungkan Allah atas petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu,
supaya kamu bersyukur.”
2. Sejarah Maslahah al-Mursalah
Keistimewaan pensyariatan islam adalah memiliki pelbagai sumber dalam penetapan hukum
ke atasnya. Ianya bertitik tolak kepada tujuan mencapai kesejahteraan dan membawa kebaikan di
dunia dan akhirat. Selain al-Quran dan hadith sebagai sumber utama hukum, hadir Maslahah al-
Mursalah sebagai pelengkap penetapan hukum kepada perkara yang baru muncul hasil ijtihad
para ulamak. Amalan ini bermula sejak zaman para sahabat a.s dan berterusan kepada zaman
tabi’in, imam-imam mazhab dan sehingga kini. Berikut adalah sejarah Maslahah al-Mursalah :
i. Pengumpulan al-Quran al-Karim bermula zaman Saidina Abu Bakar as-Siddiq.
Wujud perbalahan pendapat pada awalnya terhadap usaha ini setelah melihat tiada dalil
khusus terhadap suruhan pengumpulan ayat-ayat suci al-Quran yang diturunkan kepada Rasullah
s.a.w pada zaman ini namun setelah melihat kemaslahatan akan datang dan khuatir dengan
syahid sebahagian para huffaz al-Quran dan kehilangan ayat-ayat al-Quran di dada-dada umat
Islam, maka usaha ini disambut baik dan diterima umum. Maksud ayat 9 dari Surah al-Hijr ialah:
“Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan al-Quran dan pasti Kami (pula) yang
memeliharanya.”
ii. Perlantikan Saidina Umar al-Khattab a.s sebagai khulafa’ ar-rasyidin.
Dakwah satu perihal yang mesti diteruskan walau setelah kewafatan Rasullah s.a.w. Begitu
juga dengan perlantikan kuasa pemimpin kepada umat. Walau tidak dinyatakan di dalam hadith
ketika zaman Nabi Muhammad s.a.w, perlantikan Saidina Umar a.s selepas Saidina Abu Bakar
dilihat sebagai menjaga kemaslahatan kelangsungan tampuk pimpinan dan membawa
kemanfaatan13
.
iii. Hukuman lapan puluh sebatan kepada peminum arak.
Tujuan dikenakan hukuman kesalahan minum arak dengan lapan puluh sebatan pada zaman
khulafa’ rasyidin sebagai tambahan dari empat puluh sebatan pada asalnya kerana memandang
serius terhadap kesalahan ini yang semakin menular di kalangan ummat ketika itu dan menjaga
kemaslahatan dengan memelihara kesihatan akal14
.
13
Al-Buthi, Dhawabit al-Maslahah, h. 309 14
As-Syatibi, al-I’tisam, h. 356
7
Kesimpulan dari rentetan sejarah Maslahah al-Mursalah ini menunjukkan keupayaan para
ulamak mencari kesepakatan dalam menghasilkan hukum terhadap perkara yang berlaku namun
tidak dijumpai dalil khusus dan suruhan atau larangan ke atasnya dari nas-nas terdahulu. Ini
kerana Islam memperkenalkan kasih sayang (rahmat) dan menjunjung tinggi prinsip-prinsip
keadilan (‘adalah) dan Maslahah al-Mursalah hadir melengkapi keperluan manusia dalam
mencari kemanfaatan, kebaikan dan terhindar dari segala kerosakan agar mencapai kebahagiaan
di dunia dan akhirat.
Drama ‘Cinta dan Wahyu’ dan TV AlHijrah
1. Definisi drama
Drama cukup dekat di hati penonton dan memberi kesan yang besar dalam perkembangan
minda penonton dengan menyiarkan mesej-mesej berfaedah melalui penceritaannya. Selain itu
drama memaparkan realiti kehidupan insan dan dipersembahkan melalui medium televisyen.
Kamus Dewan edisi ketiga memberi definisi drama ialah sesuatu persembahan lakonan yang
dipersembahka oleh para pelakon sama ada di pentas teater, radio mahupun televisyen15
. Abdul
Aziz Hammudah menerangkan drama itu adalah kesenian lakonan yang memaparkan perihal
kehidupan manusia di atas bumi ini namun diseliakan mengikut kehendak penonton sebagai
sebuah tarikan16
. Penonton hari ini semakin bijak memilih drama untuk ditonton berikutan
lambakan drama di televisyen khususnya dengan paparan cerita yang mengikut selera
masyarakat, mengikut arus perdana dan mampu memberi kesan secara santai dan menghiburkan.
Manakala drama menurut Mana Sikana pada tahun 2006 ialah satu cabang kesenian yang
dilakukan oleh para pelakon meliputi pergerakan tubuh, lontaran suara, pemilihan pakaian dan
penghayatan di dalam jiwa mengikut teknik dan peraturan tertentu di hadapan penonton17
.
Oleh yang demikian, syarikat penyiaran dan penerbit drama mestilah berganding bahu dalam
memastikan drama yang dipilih untuk disiarkan mencapai kualiti dan standard dari segi pelbagai
cabang seperti mesej disampaikan, lakonan dan pengurusan teknikal drama yang dimahukan
supaya ia mampu memberi manfaat dan mencegah dari segala kemudharatan. Maksud firman
Allah s.wt di dalam Surah al-Imran ayat 110 :
15
Kamus Dewan Edisi Ketiga, 2002. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, h. 315. 16
Abd Aziz Hammudah, al-Bina’ ad-Drama, 1998. Hai’ah al-Masriah al-Ammah Lil Kitab, al-Qahera, h. 16. 17
Mana Sikana (2006), Drama Melayu, Tradisional, Moden dan Pascamoden. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan
Pustaka, h. 3.
8
“Kalian adalah ummat yang terbaik yanf dilahirkan untuk manusia,
menyuruh kepada makruf dan menghindarkan dari mungkar dan beriman kepada Allah.
Sekiranya ahli kitab beriman, tentulah itu lebih baik dari mereka di antara mereka yang
beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasiq.”
Kesimpulan dari himpunan definisi drama di atas, jelas menunjukkan drama adalah satu
jalinan yang menghubungkan sesama masyarakat dan salah satu faktor pembentukan budaya
yang dipersembahkan dalam bentuk lakonan melalui medium-medium tertentu seperti televisyen
dengan mengikut caranya tersendiri.
2. Drama Cinta dan Wahyu
Kajian ini mengkhususkan kepada drama bersiri ‘Cinta dan Wahyu’ yang diadaptasi dari
novel Kala Cinta dan Wahyu Bersatu karangan A.Ubaidillah Alias. Drama 12 siri bersiaran pada
tahun 2013 di TV AlHijrah terbitan Syarikat AlKahfi Pictures ini adalah rentetan dari drama
‘Warkah Cinta’ yang juga diadaptasi dari novel iaitu Warkah Cinta Berbau Syurga. Antara nama
watak-watak utama dalam naskhah ini ialah Amir Mukhlis, Balqis, Tasnem, Amelia dan Izzudin.
Selain memaparkan pergolakan cinta antara muda mudi berlandaskan ajaran islam, drama yang
diarahkan Sutradara Mior Hashim Manap ini menunjukkan sisi berbeza berbanding drama-drama
lain. Pengkaji tertarik dengan kewibawaan agamawan iaitu Graduan Universiti Al-Azhar, Mesir
terjun ke medan masyarakat dalam pelbagai bidang seperti perniagaan, sukarelawan dan pekerja
pejabat sebahagian yang dipaparkan di dalam naskhah ini. Selain itu drama yang memilih lokasi
penggambaran di Malaysia dan Kemboja ini turut menyelitkan kehidupan pengajian agama di
pondok secara ringkas. Drama yang bersiaran 1 jam setiap episod ini tidak lari dari memberi
pengajaran melalui tema percintaan patuh syariah, kekeluargaan, persahabatan dan hubungan
sesama saudara seagama yang pasti memberi panduan kepada penonton tentang tatacara
kehidupan islam yang baik.
Justeru pengkaji akan mengkaji dan menghuraikan secara terperinci Drama Cinta dan Wahyu
ini dari sudut pandang Maslahah al-Mursalah yang boleh dijadikan sebagai pembelajaran kepada
penerbit, syarikat penyiaran, penonton khususnya dan masyarakat amnya. Berdiri di atas prinsip
membawa kemanfaatan dan menghindarkan kemudharatan di mana suruhan dan tegahannya
9
tidak dijumpai secara khusus di dalam Al-Quran dan as-Sunnah namun berlandaskan syariat
islam yang tepat.
3. TV AlHijrah
TV AlHijrah merupakan stesen televisyen hak milik kerajaan Malaysia yang dikendalikan
oleh Al Hijrah Media Corporation dan memulakan operasi pada September 2009 di Pusat Islam,
Kuala Lumpur. Selari dengan jumlah peratusan tertinggi rumah di semenanjung Malaysia
didiami oleh orang Melayu yang dilengkapi televisyen iaitu 63% mewakili 12237 juta, manakala
27% atau 5.1 juta terdiri dari Cina dan diikuti India iaitu 1.9 juta atau 10%18
, TV AlHijrah hadir
sebagai saluran televisyen digital Islam pertama di Malaysia dan menerbitkan pelbagai
rancangan yang menarik berlandaskan pensyariatan islam dan kualiti bahan penyiaran bersifat
universal. Sejajar dengan perkembangan Islam melalui media visual dan audio, TV AlHijrah
dilihat selari dengan acuan falsafah komunikasi Islam iaitu berteraskan Al-Quran dan As-Sunnah
dan menjadi contoh kepada yang lain untuk mendaulatkan nama Islam ke seluruh dunia19
dengan
ajaran amar makruf nahi mungkar. Secara tidak langsung kita tidak perlu lagi berpegang utuh
kepada pembentukan etika komunikasi dari barat yang sememangnya terpesong dari ajaran Islam
yang tepat.
Objektif utama penubuhan TV AlHijrah ialah menjadikan sebuah stesen televisyen yang
mampu menyatupadukan ummah serta memupuk perpaduan masyarakat majmuk berteraskan
Islam, kedua sebuah media yang merangsang dan menggerakkan ekonomi ummah mengikut
perspektif Islam, ketiga memperkenalkan kepada masyarakat Malaysia bahawa Islam itu cantik,
menarik, indah dan Islam sebagai “way of life”. Selain itu objektif keempat berusaha membentuk
akhlak dan moral serta peribadi mulia terutamanya di kalangan remaja dan pemuda, kelima agen
penangkis propaganda negative terhadap Islam dari dalam dan luar negara dan terakhir berhasrat
murni menyebarkan kandungan Islam ke peringkat serantau dan antarabangsa. Daripada objektif
yang diperkenalkan oleh TV AlHijrah di atas, jelas menunjukkan TV AlHijrah mengambil serius
usaha memartabatkan Islam bukan sahaja ditujukan sesama Muslim malah dengan masyarakat
berbilang agama dan bangsa melalui medium penyiaran televisyen dengan pendekatan tersendiri
di samping membangunkan industri penyiaran Islam. TV AlHijrah hari ini setanding stesen
18
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Minda_DakwahdiTVperlukreativiti/Article/index_html. 19
Mohd Safar Hashim (2009). Islam Sebagai Asas Falsafah Komunikasi, Zulkiple Abd. Ghani, Komunikasi Di
Malaysia : Satu Penelitian Awal Pendekatan Islam Hadhari, Bangi Malaysia; Institut Islam Hadhari, h. 19-34.
10
televisyen yang terdahulu daripadanya di Malaysia dalam bersaing menghasilkan produk yang
berkualiti dan mengikut selera penonton.
DAPATAN KAJIAN
Pengkaji akan membincangkan perkara-perkara yang menepati konsep Maslahah al-Mursalah di
dalam drama 12 episod Cinta dan Wahyu yang disiarkan di TV AlHijrah terbitan syarikat
AlKahfi Pictures.
1. Penulis skrip dari kalangan agamawan.
Skrip drama Cinta dan Wahyu ini ditulis oleh Ust. A. Ubaidillah bin Alias dari Kota Bharu.
Jika diimbas sejarah pendidikan, beliau merupakan Graduan Fakulti Syariah dan Undang-
undang, Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir dan bergiat aktif menulis novel bertemakan
islamik antaranya Warkah Cinta, Cinta Kembali Bertasbih dan Mengintai Cinta Khalifah.
Melihat kepada judul karya-karya ini jelas menampilkan sisi cinta antara lelaki dan wanita
berlandaskan Islam dan menjaga hubungan antara makhluk dengan Allah Taala. Drama Cinta
dan Wahyu tidak terkecuali dengan mengangkat tema yang sama dan memperkenalkan jalan
cerita yang tersendiri. Ini dilihat satu usaha yang boleh dibanggakan dalam memberi
kemanfaatan dan menolak kemudharatan apabila skrip drama yang berunsurkan Islam itu
ditulis sendiri oleh individu yang berkelayakan. Hasilnya jalan cerita yang disiarkan
memenuhi etika patuh syariah walau di dalam lakonan antara lelaki dan perempuan seperti
menjaga aurat, pergerakan dan pemakaian.
2. Pemilihan pekerja
Episod 5 di dalam drama ini menunjukkan cara pemilihan pekerja yang akan menguruskan
bahagian agama dalam sesebuah institusi melalui sesi temuduga antara beberapa orang calon.
Ciri-ciri yang dimahukan adalah bagaimana seseorang pekerja itu mampu memakmurkan
bilik ibadat yang tersedia, mengatasi masalah sosial di kalangan pekerja di situ dan menjadi
pekerja ikutan yang lain menerusi soalan yang diajukan ketika sesi temuramah di dalam
babak pada minit 25.25 sehingga 31.03. Ini bertujuan mengharapkan kelestarian dan
keharmonian sektor pekerjaan dengan berteraskan syariat Islam. Kita dapat meneladani kisah
perlantikan Saidina Umar al-Khattab sebagai khalifah ar-Rasyidin selepas Saidina Abu Bakar
11
as-Siddiq bagi meneruskan deligasi kepimpinan dan dakwah Islamiah yang tergolong di
dalam Maslahah al-Mursalah dengan membawa kebaikan dan menolak kebatilan kepada
agama.
3. Jual beli produk makanan Sunnah Nabi Muhammad s.a.w
Di dalam al-Quran dan as-Sunnah banyak menceritakan tentang perihal hukum berjual beli
dan berkaitan makanan. Ia banyak dibahaskan oleh para ulamak dengan peringkat-peringkat
tertentu supaya manusia dapat mengenal halal dan haram sesuatu perkara. Namun tiada dalil
khusus melibatkan ciri-ciri jual beli makanan sunnah Nabi Muhammad s.a.w. Dewasa ini
menyaksikan kemajuan teknologi menyebabkan manusia mencari idea dan berfikir untuk
menghasilkan sesuatu atas keperluan mengikut acuan yang dihalalkan. Contohnya makanan
sunnah campuran susu kambing dan buah-buahan seperti kurma. Ia boleh dicadangkan
kepada pengguna untuk kesihatan tubuh badan di mana kedua-duanya mempunyai khasiat
yang tersendiri. Begitu juga yang disampaikan melalui drama ini, perniagaan makanan
Sunnah Nabi Muhammad s.a.w seperti susu kambing campuran madu dan madu campuran
habbatus sauda’ mendapat perhatian dari penduduk setempat dengan memilihnya sebagai
penawar kesihatan dan dijadikan amalan harian.
4. Pembinaan pam air
Atas dasar tanggungjawab dan kebajikan sesama manusia, drama ini juga memaparkan usaha
rombongan rakyat Malaysia ke Kemboja. Ia bukan hanya menghulurkan sumbangan
berbentuk kerohanian dengan penyebaran dakwah dan pendidikan kepada penduduk
setempat yang kurang bernasib baik sahaja, malah sumbangan berbentuk material dengan
pembinaan pam air di kawasan yang sukar ditemui air bersih. Sumbangan ini bertujuan
memberi kemudahan memperoleh air yang bersih untuk dimanfaatkan di dalam ibadat,
makanan dan kegunaan harian yang lain. Secara tidak langsung perihal ini dapat menjauhkan
dari segala kemudharatan. Ini boleh dilihat pada episod 11, minit 31.00 di dalam drama
tersebut.
12
5. Masjid menggunakan kubah selain kubah kebiasaan
Kubah merupakan simbolik pembinaan masjid dan melambangkan kedaulatan agama Islam.
Senibinanya di Malaysia pada kebiasaan berbentuk separa bulat beserta simbolik bulan sabit
dan bintang dan diletakkan di tengah bumbung masjid. Bukan itu sahaja, terdapat menara di
sebelahnya yang berbentuk tirus pada hujung. Oleh yang demikian, tiada dalil khusus
menerangkan jenis bentuk kubah masjid dengan ciri-ciri tertentu. Di dalam drama Cinta dan
Wahyu ini menampilkan keindahan Masjid Jubli Perak Ismail Petra atau dikenali sebagai
Masjid Beijing kerana menggabungkan senibina Cina dan Islam yang menyerupai Masjid
Niujie di Beijing, China yang berusia lebih daripada 1000 tahun. Ini salah satu contoh yang
menunjukkan Islam itu syumul dan amat menitikberatkan keindahan dan menepis segala
tanggapan negatif seperti Islam adalah agama jumud dengan satu ketetapan, adat dan budaya
sahaja. Ternyata senibina ‘Masjid Beijing’ yang terletak di Rantau Panjang, Kelantan ini
meraikan seluruh umat Islam tidak kira latar belakang bangsa yang berbeza namun
menganuti agama yang satu.
KESIMPULAN
Maslahah al-Mursalah merupakan sumber hukum yang disepakati hasil ijtihad para
ulamak selepas nas-nas utama di dalam pensyariatan Islam. Tiada dalil yang jelas menunjukkan
Maslahah al-Mursalah ini diterima atau ditolak untuk diamalkannya. Fungsi konsep ini adalah
memberi kemanfaatan dan menghilangkan kemudharatan bersandarkan syariat Islam dengan
memberi kesejahteraan di dunia dan akhirat kelak berserta syarat tidak bercampur dengan hawa
nafsu dan emosi. Ia bermula sejak zaman para sahabat selepas kewafatan Rasullah s.a.w dalam
mencari jawapan di atas hukum-hukum baharu muncul berikutan perubahan masa dan situasi.
Melihat kepada kepentingan menyebarkan ajaran Islam di zaman sains dan teknologi ini, drama
menjadi pengantara terdekat di antara manusia dan Islam dengan meneladani setiap nilai-nilai
murni dan patuh syariah yang dipaparkan. Drama bukan hanya ditonton dari sudut pelakon yang
terlibat dan perjalanan sebuah penceritaan sahaja malah harus di teliti perkara-perkara yang
boleh dikategorikan memberi kebaikan dan menolak keburukan yang tidak dijumpai
penetapannya di dalam sumber perundangan Islam yang asal tetapi bersesuaian syariat Islam.
Jelas kelihatan aplikasi konsep Maslahah al-Mursalah di dalam drama Cinta dan Wahyu. Justeru
konsep Maslahah al-Mursalah ini mampu memberi panduan kepada TV AlHijrah dalam
13
pemilihan skrip drama dan melestarikan industri dan ekonomi di dalam bidang penyiaran drama
dengan peningkatan kualiti produk yang terhasil.
RUJUKAN
Al-Quran al-Karim
Abdul Aziz Dahlan “As-Shawkani ; Suplemen Ensiklopedia Islam, vol.2, ( Jakarta : PT Ichtiar Baru Van
Hoeve, 2001 ).
Abd Aziz Hammudah, al-Bina’ ad-Drama, 1998. Hai’ah al-Masriah al-Ammah Lil Kitab, al-Qahera, h.
16.
Al-Syatibi, Abu Ishaq Ibrahim ibn Musa al-Lakhmi al-Syatibi, al-Muwafaqat fi usul al-Syariah, tahqiq :
Abdullah Darraz, ( Beirut : Dar al-Fikr, t.th. ).
Al-Syatibi, Abu Ishaq Ibrahim ibn Musa al-Lakhmi al-Syatibi, al-I’tisam, Riyad : Maktabah al-Riyad al-
Hadithah.
Al-Buthi, Muhammad Saied Ramadhan, Dhawabit al-Maslahah fi as-Syariah al-Islamiah, Muassasah ar-
Risalah, Beirut.
Al-Amadi, Ali bin Muhammad al-Amadi Abu al-Hasan, al-Ihkam fi Usul al-Ahkam, Tahqiq : Dr. Saied
Jamil, Dar al-Kitab al-Arabi – Beirut.
Al-Ghazali, Abi Hamid Muhammad bin Muhammad al-Ghazali , al-Mustasfa Min ‘Ilm al-Usul,
Dar al-Fikr- Beirut
At-Tufi, Najm al-Din al-Tufi, Syarah Mukhtasar ar-Raudhah al-Qudamiyah.
At-Tufi, Najm al-Din al-Tufi, Syarah al-Arba’in al-Nawawiyah.
Ibn Asyur, Tahir ibn Asyur, Maqasid al-Syariah al-Islamiyah. Tunis : Dar Suhnun, Kaherah : Dar al-
Salam, 2006M, h. 12.
Ibnu Manzur, Lisan al-Arab, Beirut : Dar al-Fikr.
Izz al-Din ibn Abd al-Salam, Qawa’id al-Ahkam fi Masalih al-Anam. Kaherah : Maktabah al-Kulliyyat al-
Azhariyyah.
14
Kamus Dewan Edisi Ketiga, 2002. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, h. 315.
Mana Sikana (2006), Drama Melayu, Tradisional, Moden dan Pascamoden. Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa dan Pustaka, h. 3.
Mohd Safar Hashim (2009). Islam Sebagai Asas Falsafah Komunikasi, Zulkiple Abd. Ghani, Komunikasi
Di Malaysia : Satu Penelitian Awal Pendekatan Islam Hadhari, Bangi Malaysia; Institut Islam Hadhari,
h. 19-34.
Mustafa Zaid, al-Maslahah fi al-Tasyri’ al-Islamiy wa Najm al-Din al-Tufi, 1964M, Dar al-Fikr al-
‘Arabiy.
http:// www.tvalhijrah.com
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Minda_DakwahdiTVperlukreativiti/Article/index_html.