Pembestarian Sekolah

Embed Size (px)

Citation preview

  • 8/14/2019 Pembestarian Sekolah

    1/10

    PEMBESTARIAN SEKOLAH

    Pendahuluan

    Teknologi Maklumat (IT) merupakan suatu teknologi yang digunakan secara meluas

    pada hari ini. Kepentingannya dalam konteks masyarakat hari ini tidak dapat dinafikan

    lagi. IT telah menjadi salah satu keperluan asas masyarakat sepertimana keperluan asas

    yang lain. Ini bermakna, penguasaan ilmu pengetahuan dan kemahiran berkaitan IT

    adalah penting kerana ia merupakan titik tolak kepada kejayaan pembangunan

    masyarakat bermaklumat dalam era digital ini.

    Menurut Kamus Dewan, teknologi maklumat (IT) adalah suatu bidang yang

    meliputi penggunaan teknologi komputer dan telekomunikasi bagi memperoleh,

    memproses, dan menyebarkan maklumat. Manakala, teknologi maklumat dan

    komunikasi (ICT) pula bermaksud teknologi yang berkaitan dengan pemerolehan,

    penyimpanan pemprosesan dan penyebaran maklumat melalui penggunaan teknologi

    komputer dan telekomunikasi. Persatuan Teknologi Maklumat Amerika (ITAA) pula

    mentakrifkan teknologi maklumat ini sebagai "kajian, reka bentuk, pembangunan,

    pelaksanaan, dan dukungan atau pengurusan sistem-sistem maklumat berasaskan

    komputer, khususnya perisian penggunaan dan perkakasan komputer. Sejak tahun 1990-

    an, IT telah diterimapakai secara meluas sebagai istilah yang merujuk kepada industri

    pengkomputeran.

    Selaras dengan perkembangan teknologi semasa, Kementerian Pelajaran

    Malaysia (KPM) telah memperkenalkan ICT dalam pendidikan yang meliputi prasarana,

    pengisian dan latihan guru. Pelbagai projek ICT dilaksanakan, termasuklah pembekalan

    komputer, penyediaan makmal pengkomputeran, persediaan sukatan pelajaran dan

    perisian pendidikan sebagai aktiviti utama penyediaan prasarananya. Projek pertama

    dalam inisiatif ini ialah penubuhan sekolah bestari, aplikasi perdana Koridor Raya

    Multimedia (MSC) yang menekankan penggunaan ICT sebagai peneraju pedagogi dan

    pengurusan sekolah. Projek ini dirintis pada 1999 hingga 2002 di 88 buah sekolah.

    Langkah seterusnya adalah memperluaskan inisiatif tersebut ke seluruh sekolah melalui

    program pembestarian sekolah.

    http://e-komputer.info/ekompute/index.php?title=Persatuan_Teknologi_Maklumat_Amerika&action=edithttp://e-komputer.info/ekompute/index.php?title=Sistem_maklumat&action=edithttp://e-komputer.info/wiki/Komputerhttp://e-komputer.info/wiki/Perisian_penggunaanhttp://e-komputer.info/wiki/Perkakasan_komputerhttp://e-komputer.info/wiki/Perkakasan_komputerhttp://e-komputer.info/wiki/Perisian_penggunaanhttp://e-komputer.info/wiki/Komputerhttp://e-komputer.info/ekompute/index.php?title=Sistem_maklumat&action=edithttp://e-komputer.info/ekompute/index.php?title=Persatuan_Teknologi_Maklumat_Amerika&action=edit
  • 8/14/2019 Pembestarian Sekolah

    2/10

    Apakah Pembestarian Sekolah?

    Pembestarian Sekolah merupakan proses berterusan ke arah meningkatkan lagi

    pengunaan ICT dalam pendidikan dengan memberi fokus pada peningkatan kualiti

    pengajaran dan pembelajaran (P&P), keberkesanan pengurusan dan pentadbiran sekolah

    dan kompetensi guru.

    Program Pembestarian Sekolah juga memberi maksud mengaplikasikan konsep

    Sekolah Bestari sebagai satu institusi pembelajaran yang direka semula secara sistemik

    dari segi amalan pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan sekolah untuk

    membantu murid-murid menghadapi era teknologi maklumat. Komponen utama

    Pembestarian Sekolah adalah berfokus kepada pengajaran dan pembelajaran serta

    pengurusan sekolah berbantukan ICT. Proses Pembestarian Sekolah ini akan dapat

    melatih guru dan murid berkemahiran dalam bidang ICT. Justeru, kemahiran yang

    diperoleh dapat melahirkan murid yang boleh mengamalkan pembelajaran akses kendiri

    (self-accessed), terarah kendiri (self-directed) dan kadar kendiri (self-paced).

    Pengenalan

    Sistem pendidikan sedia ada perlu dimantapkan selaras dengan perkembangan era

    teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Beberapa penambahbaikan dalam pelbagai

    aspek perlu dilakukan supaya ianya berdaya saing dan relevan dengan kehendak semasa.

    Pewujudan Sekolah Bestari merupakan satu senario dalam pendidikan alaf baru di

    Malaysia dan bersesuaian dengan perkembangan teknologi, sosial serta budaya masa

    kini. Perkembangan seumpama ini memerlukan sesebuah institusi pendidikan yang

    menggabungkan serta memberikan penekanan terhadap beberapa aspek, antaranya

    pengajaran dan pembelajaran berbudaya fikir, pemusatan kepada pelajar, penggunaan

    bahan teknologi secara bijak, strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai, serta

    pengurusan sekolah yang efektif.

  • 8/14/2019 Pembestarian Sekolah

    3/10

    Dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006 - 2010 yang telah

    dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada 16 Januari

    2007, dasar utama yang ditekankan oleh KPM yang berkaitan dengan pembestarian

    sekolah adalah untuk memastikan semua pelajar celik ICT. Mengutamakan peranan dan

    fungsi ICT dalam pendidikan sebagai mata pelajaran atau pengupaya dalam pengajaran

    dan pembelajaran dan menggalakkan penggunaan ICT bagi meningkatkan produktiviti,

    kecemerlangan dan keberkesanan sistem pengurusan sekolah.

    Perlaksanaan pembestarian sekolah mengambilkira semua inisiatif ICT sedia ada

    di sekolah seperti projek rintis Sekolah Bestari, projek pengkomputeran dan makmal

    komputer sekolah, projek Pengajaran dan Pembelajaran Sains dam Matematik dalam

    Bahasa Inggeris (PPSMI), SchoolNet (projek penyediaan prasarana jalur lebar untuk

    capaian ke internet di semua sekolah) dan TV Pendidikan yang melibatkan aspek-aspek

    infrastruktur ICT dan aplikasi pengurusan, pengisian dan latihan. KPM akan

    menyelaraskan semua inisiatif ICT ini bagi meningkatkan produktiviti, kecemerlangan

    dan keberkesanan sistem pengurusan supaya boleh dilaksanakan secara cekap dan

    efektif, tanpa pertindihan dan pembaziran.

    Teachers will need to change their role in the electronic classroom from being

    information providers to counselors to help students develop know how and judgment to

    select information sources.

    Key to success in the Information Age will be making the right judgements

    between an awesome array of choices.

    We are examining our education system to create a curriculum where people

    learn how to learn for continuing education throughout their lives.

    (Tun Mahathir Mohamed, Launch of the Multimedia Super Corridor, 1 August 1996)

    The smart school program will be re-modelled and its implementation fast-

    tracked to enable more schools to benefit, at lower cost to the government. Smart

    schools will have access to the Internet through the SchoolNet program, which is

    already at an advanced stage of implementation.

  • 8/14/2019 Pembestarian Sekolah

    4/10

    Advanced teaching and learning materials developed through the Smart School

    Pilot program will be utilised for teaching, while the Smart School Management System

    will be used to improve administration processes.

    (Dato Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi,

    Launch of The Multimedia Super Corridor (M.S.C.) Next Leap, 3 July 2004)

    pembestarian sekolah adalah selaras dengan hasrat Perdana Menteri, Datuk Seri

    Abdullah Ahmad Badawi untuk menjadikan sekolah-sekolah awam lebih berdaya saing,

    kondusif dan moden mengikut arus pembangunan semasa.

    Dalam proses pembestarian sekolah, sasaran kementerian ialah untuk

    meningkatkan nisbah komputer kepada murid, masa dedahan murid dan guru kepada

    penggunaan komputer dan mengaplikasikan teknologi yang berkesan dari segi kos.

    (Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Pelajaran Malaysia, 7 Mei 2005)

    Skop Pembestarian Sekolah

    Pelaksanaan pembestarian ini memanfaatkan (leverage) kepada semua inisistif ICT yang

    sedia ada di sekolah merangkumi tiga elemen utama iaitu infrastruktur ICT dan Aplikasi

    Pengurusan, Pengisian Pengajaran dan Pembelajaran (P&P), dan Pembangunan Sumber

    Manusia. Fokus utama Pembestarian Sekolah ialah untuk memastikan semua sekolah

    akan mempunyai kecapaian ICT yang sama dengan;

    i. menyediakan kemudahan infrastruktur dan perkakasan yang mencukupiii. menyediakan perisian dan bahan-bahan digital yang lengkap

    iii. memberi latihan yang secukupnya kepada semua guru, pentadbir dan stafsekongan

  • 8/14/2019 Pembestarian Sekolah

    5/10

    Pembestarian Sekolah akan menfaatkan elemen utama yang telah dilaksanakan ke

    sekolah-sekolah melalui projek-projek KPM seperti:

    i. projek makmal pengkomputeran sekolahii. program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa

    Inggeris (PPSMI)

    iii. rangkaian SchoolNetiv. rancangan TV pendidikanv. projek Rintis Sekolah Bestari

    vi. ICT dalam pengajaran dan pembelajaranvii. mata pelajaran yang berasaskan ICT

    viii. perkongsian Pintar dengan Syarikat Swastaix. latihan ICT Gurux. pengurusan Perubahan bagi Guru dan Pentadbir Sekolah

    Program Pembestarian ini akan dijalankan secara berperingkat dan berfasa mengikut

    keutamaan dan keupayaan Kementerian dengan mengambil kira kesediaan sekolah.

    Dasar Dan Matlamat

    Dasar Pembestarian semua sekolah merangkumi dasar ICT iaitu;

    i. ICT untuk semua pelajarii. ICT sebagai alat pengajaran dan pembelajaran, sebagai mata pelajaran dan

    komponen mata pelajaran

    iii. ICT digunakan untuk meningkatkan kecekapan dan keberkesanan sistempendidikan

    Matlamat Pembestarian Sekolah ialah untuk mengoptimumkan potensi murid di

    semua sekolah Malaysia dengan menggunakan ICT sebagai pengupaya kepada

    pengajaran dan pembelajaran.

  • 8/14/2019 Pembestarian Sekolah

    6/10

    Status Semasa Dan Cabaran

    Sekolah Bestari secara ringkas boleh didefinisikan sebagai suatu sistem pendidikan yang

    mana proses pengajaran dan pembelajaran lebih berpusat kepada pelajar dengan

    menggunakan pendekatan yang lebih kritis dan kreatif serta menggunakan teknologi

    sebagai pengupaya. Penggunaan ICT sebagai bahan bantu dalam proses pengajaran dan

    pembelajaran merupakan jantung Sekolah Bestari. Pendekatan ini tidak hanya terhad

    dalam kurikulum, pedagogi, pentaksiran, pengajaran dan pembelajaran, malah juga

    dalam bidang pengurusan sekolah. Pengurusan dan pentadbiran sekolah dibestarikan

    agar pengurus sekolah dapat menguruskan perjalanan sesebuah sekolah dengan lebih

    efektif.

    Walau bagaimanapun, dalam proses menubuhkan Sekolah Bestari di seluruh

    negara, KPM kemudiannya telah mengambil langkah bijak dan kos efektif dengan

    memperkenalkan Program Pembestarian Sekolah. Ini memandangkan untuk

    membekalkan infrastruktur teknologi penuh sebuah Sekolah Bestari, Kerajaan perlu

    membelanjakan sebanyak RM1.8 juta, manakala untuk membekalkan infrastruktur

    teknologi makmal komputer, kerajaan memerlukan peruntukan sebanyak RM642,000

    bagi sebuah sekolah. Oleh itu, alternatif yang terbaik adalah dengan cara membestarikan

    sekolah sedia ada yang hanya memerlukan peruntukan yang jauh lebih rendah untuk

    setiap buah sekolah.

    Program Pembestarian Sekolah memberi maksud mengaplikasikan konsep

    Sekolah Bestari pada semua sekolah rendah dan menengah di seluruh negara.

    Komponen utama pembestarian sekolah adalah berfokus kepada pengajaran dan

    pembelajaran serta pengurusan sekolah berbantukan ICT. Proses Pembestarian sekolah

    dapat melatih guru dan pelajar berkemahiran dalam bidang ICT. Justeru, kemahiran

    yang diperoleh dapat melahirkan pelajar yang mengamalkan pembelajaran akses kendiri

    (self-accessed), terarah kendiri (self-directed) dan kadar kendiri (self-paced).

  • 8/14/2019 Pembestarian Sekolah

    7/10

    Pelaksanaan pembestarian ini mengambil kira (leveraging) semua inisiatif ICT

    yang sedia ada di sekolah merangkumi tiga perkara utama iaitu hardware, software dan

    wetware. Untuk itu, KPM telah pun membekalkan pelbagai peralatan dan kemudahan

    ICT seperti komputer, pencetak, server, projektor dan rangkaian. Statistik sehingga

    April 2005 menunjukkan sebanyak 4500 buah sekolah rendah dan menengah di seluruh

    negara telah dilengkapi dengan makmal komputer, sementara 8120 buah sekolah telah

    dirangkaikan dengan capaian internet berjalur lebar melalui rangkaian SchoolNet.

    Pelbagai perisian kursus telah dibangunkan, baik oleh pihak KPM mahu pun

    dengan kerjasama dengan pihak swasta. Perisian kursus untuk kegunaan Sekolah

    Bestari yang melibatkan empat mata pelajaran iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris,

    Sains dan Matematik telah dibangunkan dengan kerjasama pihak swasta. Selain

    daripada menghasilkan perisian kursus untuk digunakan oleh guru dan pelajar dalam

    program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris

    (PPSMI).

    Pembestarian sekolah melibatkan pengurusan pendidikan yang lebih cekap dan

    berkesan dengan penggunaan aplikasi Smart School Management System (SSMS),

    Educational Management Information System (EMIS) dapat membantu

    memperkemaskan pengaliran dan perkongsian maklumat di peringkat sekolah, jabatan

    dan kementerian.

    Latihan kemahiran ICT kepada individu yang terlibat sentiasa diadakan dari

    semasa ke semasa. Pentadbir sekolah, guru, staf sokongan dan personel di pelbagai

    peringkat Pejabat Pendidikan Daerah, Jabatan Pelajaran Negeri, dan Bahagian-bahagian

    di KPM turut dibimbing dan dilatih menggunakan segala kemudahan ICT yang

    disediakan.

  • 8/14/2019 Pembestarian Sekolah

    8/10

    Strategi Perlaksanaan

    Strategi perlaksanaan pembestarian sekolah ini merangkumi penyediaan hardware,

    software dan wetware. Bagi memastikan program pembestarian sekolah ini berjalan

    lancar, cekap dan efektif, KPM akan:

    i. menjadikan 88 buah sekolah di bawah projek rintis Sekolah Bestari sebagaipenanda aras bagi program Pembestarian Sekolah.

    ii. menyelaras semua inisiatif ICT di bawah Jawatankuasa MaklumatPerkomputeran Kementerian (JMPK).

    iii. menilai semula setiap perisian kursus yang telah dihasilkan dan melantik juruaudit untuk mengkaji dan menilai kesemua inisiatif ICT dari aspek P&P,

    pentadbiran dan pengurusan serta mencadangkan pelan strategik ICT yang baru.

    iv. membekalkan infrastruktur, perkakasan dan aplikasi pengurusan yangmencukupi.

    v. meningkatkan jumlah perisian bagi membantu proses pengajaran danpembelajaran.

    vi. memantapkan program latihan dan bimbingan ICT kepada pentadbir sekolah,guru dan pelajar. Antara latihan yang dijalankan termasuklah asas penggunaan

    komputer, penggunaan komputer untuk pengajaran dan pembelajaran,

    penggunaan perisian kursus dan penggunaan TV Pendidikan dalam pengajaran

    dan pembelajaran.

    vii. menggalakkan perkongsian pintar dengan pihak luar KPM.

  • 8/14/2019 Pembestarian Sekolah

    9/10

    Kesimpulan

    Dalam menongkah arus globalisasi dan cabaran pendidikan hari ini, semua pihak harus

    mengorak langkah yang proaktif. Perubahan ke arah sistem pendidikan bestari adalah

    suatu usaha yang amat baik.

    Adalah menjadi harapan kementerian, melalui pembestarian sekolah ini akan:

    membentuk modal insan yang berkemahiran dalam bidang ICT ke arah

    masyarakat k-ekonomi.

    mengimbang jurang digital antara bandar, luar bandar dan pendalaman.

    membentuk masyarakat yang kreatif, kritis dan inovatif.

    membudayakan pembelajaran sepanjang hayat berasaskan ICT.

    membangunkan pendidikan bertaraf dunia.

    Pembestarian sekolah ini perlu disokong dan dilaksanakan oleh semua untuk menjana

    modal insan yang mempunyai minda kelas pertama.

    Rujukan

    Abd Samad Hanif, et.al. (2005). Teknologi Komputer. Perak: Universiti PendidikanSultan Idris.

    Kementerian Pelajaran Malaysia (2006). Rancangan Malaysia Ke-9: Pelan Induk

    Pembangunan Pendidikan 2006 - 2010. Edisi Pelancaran. Putrajaya:

    Kementerian Pelajaran Malaysia.

    Ministry of Education (1997). The Malaysian Smart School: A Conceptual Blueprint.

    Kuala Lumpur: Ministry of Education.

    Mohammad Sani Ibrahim, Dr. Hj. dan Mohd Jasmy Abd Rahman (2003).

    Pembestarian Sekolah Dalam Era Globalisasi: Satu Pemikiran Baru Dalam

    Sistem Pendidikan Malaysia.Jurnal BTP. 5. hlm. 21 - 41.

  • 8/14/2019 Pembestarian Sekolah

    10/10

    Norizan bt . Hj. Ahmad (2003). Kemahiran dan Penggunaan Komputer Dalam

    Pengajaran dan Pembelajaran Sains Di Sekolah Menengah: Lebih Banyak Soalan

    Daripada Jawapan. ICT Dalam Pendidikan Dan Latihan: Trend dan Isu:

    Konvensyen Teknologi Pendidikan Ke-16. 128135.