19
Pembinaan ayat

Pembinaan Ayat

Embed Size (px)

DESCRIPTION

education

Citation preview

Page 1: Pembinaan Ayat

Pembinaan ayat

Page 2: Pembinaan Ayat

Takrif tentang ayat

“Ayat ialah unit pengucapan yang paling tinggi letaknya dalam susunan tatabahasa dan mengandungi makna yang lengkap. Ayat boleh terbentuk daripada satu perkataan atau susunan beberapa perkataan yang pengucapannya dimulakan dan diakhiri dengan

kesenyapan serta mengandungi intonasi yang sempurna.”

Nik Safiah Karim et. Al. (2006)

“Satu ayat boleh terbina daripada unit-unit tatabahasa yang lebih kecil : klausa, rangkai kata, kata dan morfem. Ayat merupakan satu bentuk pengucapan yang didahului dan diakhiri oleh kesenyapan. Maka ayat lebih umum dikenali sebagai bentuk pengucapan yang

mengandungi fikiran yang sempurna.”

Arbak Othman(1983)

Page 3: Pembinaan Ayat

Ayat merupakan unsur penting dalam kajian

bahasa.

Bilangan klausa dalam sesuatu ayat akan menentukan jenis ayat tersebut, sama ada ayat

tunggal atau ayat majmuk.

Ayat hanya terdiri daripada 2 bentuk.

Ayat dasar Ayat terbitan

Ayat intiAyat yg

dihasilkan drpd ayat

dasar melalui

Proses peluasan

Proses pengguguran

Proses penyusunan

semula

Page 4: Pembinaan Ayat

Binaan Ayat

Ayat terdiri daripada dua unsur utama, iaitu bahagian pertama disebut subjek dan bahagian kedua disebut predikat (subjek +

predikat).

Ayat = Subjek + Predikat

Bahagian ayat yang diterangk

an

Bahagian ayat yang

menerangkan subjek

AyatSubjek Predikat

Adik menangis.

Pengarang itu menulis novel.

Bangunan itu tinggi.

Page 5: Pembinaan Ayat

Frasa kerja

Frasa nama

Ayat dasar

- Ayat yang menjadi sumber bagi pembentukan ayat-ayat yang lain seperti ayat tunggal dan ayat majmuk.

- Pola atau struktur binaan ayat dasar mempunyai bentuk yang tetap iaitu mempunyai 4 pola.

Konstituen subjek

diisi oleh frasa nama

Konstituen predikat

diisi oleh 4 jenis unsur

Frasa sendi nama

Frasa adjektif

Page 6: Pembinaan Ayat

Contoh ayat mengikut pola ayat dasar

Pola Subjek (FN) Predikat (FN)

Pola 1(FN + FN)

1. Ali2. Budak itu

doktor.adik saya.

Pola Subjek (FN) Predikat (FK)

Pola 2(FN + FK)

1. Penonton2. Burung itu

bertepuk tangan.membuat sarang.

Pola Subjek (FN) Predikat (FA)

Pola 3(FN + FA)

1. Rumah itu2. Bapanya

besar.selalu sibuk.

Pola Subjek (FN) Predikat (FS)

Pola 4(FN + FS)

1. Kertas soalan2. Ibu bapanya

di dalam almari.di Negeri Sembilan.

Page 7: Pembinaan Ayat

Ayat tunggal

Ayat yang mempunyai satu klausa sahaja.

Terkandung satu konstituen subjek dan satu

konstituen predikat.

Ciri ini menunjukkan persamaan antara ayat tunggal dengan ayat

dasar.

Kesemua ayat dasar boleh menjadi ayat tunggal.

Namun demikian, terdapat beberapa perbezaan antara ayat tunggal dengan ayat dasar.

Page 8: Pembinaan Ayat

(a)Struktur ayat tunggal tidak semestinya subjek mendahului predikat seperti ayat dasar. Ayat tunggal boleh mempunyai susunan yang berbeza, iaitu kedudukan predikat mendahului subjek.

Ayat-ayat songsang merupakan ayat tunggal dan bukan ayat dasar kerana predikat ayat sedemikian sama ada sebahagian atau

seluruhnya mendahului konstituen subjek.

(a)Lukisannya(b)Cantik

cantik.lukisannya.

(a)Rumah mereka(b)Di atas bukit

di atas bukit.rumah mereka.

Contoh

Page 9: Pembinaan Ayat

(b) Ayat tunggal boleh terdiri daripada jenis ayat yang lain, misalnya ayat tanya dan ayat seruan dan bukan hanya ayat penyata seperti ayat dasar.

(a)Ke pejabatkah / bapa ?

(b) Kayakah keluarga / mereka ?

Contoh

Ayat tanya yang mengalami proses pendepanan konstituen predikat, manakala konstituen subjek berada di selepas

predikat.

Ayat tunggal dan ayat dasar hanya mempunyai persamaan sekiranya

susunan ayat tersebut adalah dalam bentuk ayat penyata.

Page 10: Pembinaan Ayat

Ayat Terbitan

Dikenali juga sebagai ayat transformasi.

Penerbitan ayat dilakukan melalui proses transformasi

yang mengakibatkan pengguguran, penyusunan

semula dan peluasan.

Proses Pengguguran

Satu proses transformasi yang

berlaku pada struktur ayat yang

mengakibatkan pengguguran unsur-

unsur tertentu daripada binaan ayat

itu.

Hasil pengguguran menyebabkan unsur tersebut tidak lagi

wujud.

Page 11: Pembinaan Ayat

Contoh ayat yang mengalami proses pengguguran

(a)Pengguguran subjek kata ganti nama diri orang kedua dalam ayat perintah.

Dalam ayat perintah jenis suruhan, kata ganti nama diri orang kedua sebagai subjek ayat boleh digugurkan.

1) Kamu semua jangan buat bising.

Jangan bising !

2) Tuan silalah masuk. Silalah masuk.

3) Murid-murid bangun. Bangun !

Page 12: Pembinaan Ayat

(b) Pengguguran subjek frasa nama yang serupa dalam ayat majmuk.

(1)Dia berjaya. Dia berusaha bersungguh-sungguh.

- Dia berjaya kerana dia berusaha bersungguh-sungguh. - Dia berjaya kerana berusaha bersungguh-sungguh.

(2) Kami akan hadir. Kami mendapat jemputan.

- Kami akan hadir jika kami mendapat jemputan. - Kami akan hadir jika mendapat jemputan.

Page 13: Pembinaan Ayat

(c) Pengguguran predikat frasa kerja yang serupa dalam ayat majmuk.

(1)Rina bekerja di Putrajaya. Mira bekerja di Putrajaya.

- Rina bekerja di Putrajaya dan Mira bekerja di Putrajaya. - Rina dan Mira bekerja di Putrajaya.

(2) Kucing binatang kesayangan. Arnab binatang kesayangan.

- Kucing binatang kesayangan dan arnab binatang kesayangan. - Kucing dan arnab binatang kesayangan.

Page 14: Pembinaan Ayat

Proses Penyusunan Semula

Bentuk perkataan

dalam ayat asal diubah

susunannya dan diterbitkan semula dalam satu struktur ayat gramatis yang baharu.

Proses ini mengakibatkan perubahan pada

kata-kata tertentu serta

pengantian atau penambahan kata-kata lain

pada ayat yang diterbitkan

Proses ini tidak

membawa perubahan

pada makna ayat.

Page 15: Pembinaan Ayat

(a)Penyusunan semula frasa nama sebagai subjek

Proses ini melibatkan transformasi ragam ayat aktif kepada ayat pasif. Subjek asal dalam ayat aktif itu pula dipindahkan kepada kedudukan selepas kata kerja dalam ayat pasif.

Imbuhan kata kerja berubah, meN- digantikan dengan di- dan kata sendi nama oleh mengikuti frasa kerja berimbuhan di- tersebut.

(1)Pekedai itu mengira harga barang.

- Harga barang dikira oleh pekedai itu.

(2) Anggota polis mengawasi kesesakan jalan raya.

- Kesesakan jalan raya diawasi oleh polis.

Page 16: Pembinaan Ayat

(b) Penyusunan semula melalui ayat songsang

Proses ini boleh berlaku pada ayat-ayat songsang yang mengandungi keterangan tempat, masa, syarat dan seumpamanya.

Proses ini berlaku apabila unsur keterangan tersebut hendak difokuskan dengan cara keterangan ini diletakkan di hadapan ayat.

(1)Atikah mengirimi sahabatnya sebungkusan hadiah.

- Atikah mengirimkan sebungkusan hadiah kepada sahabatnya.

(2) Ayah menghadiahi ibu sebentuk cincin berlian.

- Ayah menghadiahkan sebentuk cincin berlian kepada ibu.

Page 17: Pembinaan Ayat

Proses Peluasan

- berlaku melalui penambahan unsur-unsur dalam ayat yang baharu.

(a)Peluasan subjek frasa nama.

Subjek ayat boleh diperluas dengan memancangkan satu ayat yang lain kepada subjek ayat asal melalui penggunaan kata relatif yang. Proses ini boleh berlaku jika kedua-dua subjek ayat itu serupa.

(1)Kereta itu kepunyaan saya. Kereta itu baru dibeli.

- Kereta yang baru dibeli itu kepunyaan saya.

(2) Bunga itu bunga mawar merah. Bunga itu berbau harum.

- Bunga yang berbau harum itu bunga mawar merah.

Page 18: Pembinaan Ayat

(b) Peluasan frasa predikat

Peluasan ini boleh berlaku jika frasa nama dalam ayat yang hendak dipancangkan itu berfungsi sebagai subjek kepada ayat pancangan tersebut.

(1)Ahmad membeli rumah itu. Rumah itu besar.

- Ahmad membeli rumah yang besar itu.

(2) Guru memarahi budak itu. Budak itu nakal.

- Guru memarahi budak yang nakal itu.

Page 19: Pembinaan Ayat

(c) Peluasan menggunakan kata hubung

Proses ini berlaku melalui proses penggabungan ayat dengan menggunakan kata hubung tetapi, walaupun, jika dan sebagainya. Kata hubung sedemikian boleh digunakan bagi menghasilkan ayat terbitan jika terdapat dua unsur frasa yang sama dalam ayat.

(1)Kita tidak boleh menonton wayang. Kita tidak ada tiket.

- Kita tidak boleh menonton wayang jika tidak ada tiket.

(2) Dia pergi bekerja. Dia tidak sihat.

- Dia pergi bekerja walaupun tidak sihat.