Pembinaan Bangsa Kepelbagai Dalam Bingkai Kesatuan Oleh Dato' Dr Siddiq

Embed Size (px)

Citation preview

  • 7/29/2019 Pembinaan Bangsa Kepelbagai Dalam Bingkai Kesatuan Oleh Dato' Dr Siddiq

    1/13

    1

    MUKNAS-6

    PEMBINAAN BANGSA:

    KEPELBAGAIAN DALAM BINGKAI KESATUAN

    Siddiq Fadzil

    (Amanat Pimpinan 2012, Muktamar Nasional Keenam,Wadah Pencerdasan Umat Malaysia WADAH,

    15 September 2012/ 28 Syawal 1433)

    Kali ini kita bermuktamar di tengah kehangatan iklim politik menjelang PRU13.Aturan main dalam sistem demokrasi berpilihan raya memang membolehkankehadiran pelbagai parti dan persaingan antara parti dalam menawarkan khidmat yanglebih baik untuk rakyat. Parti memang pelbagai, programnya juga beragam, tetapisemuanya bersatu dalam komitmen menjayakan prinsip dan nilai demokrasi yang

    bertunjang pada kuasa dan daulat rakyat. Dalam masyarakat majmuk yang masihrapuh, rakyat harus cukup cerdas, dewasa dan bijaksana menyikapi pelbagai kerenahperpolitikan antara parti agar tidak terseret ke dalam silang sengketa yang memecahintegrasi nasional atau keharmonian antara kaum. Gejala pengeksploitasian sentimen

    perkauman harus diwaspadai demi memelihara kerukunan hidup yang telah kita binadengan susah payah. Sikap dan tindakan racist akan merosak segala yang telah kitausahakan selama ini. Sikap tidak waras seperti itulah yang secara metaforikdiungkapkan dalam al-Qur'an:

    ...

    Janganlah kamu seperti perempuan yang mengurai kembali

    tenunannya yang sudah siap menjadi terurai, (al-Nahl:92)

    Bangsa Malaysia: Aspirasi dan Wawasan

    Setelah 55 tahun merdeka, kita masih bertanya apakah "bangsa Malaysia" dalam ertiyang sebenarnya sudah wujud secara nyata dan tuntas? Memang ironis, tetapidemikianlah kenyataannya, selama berdekad-dekad kita hanya dapat berbicaratentang warga negara Malaysia dan tentang perpaduan kebangsaan atau integrasinasional, tetapi masih belum dapat dengan yakin dan pasti berbicara tentang "bangsaMalaysia" sebagai suatu realiti. Tentu ada alasannya apabila Rustam A.Sani,seorang intelektual rakyat menulis pada tahun 2006, "Political events in Malaysiaduring the last few years have convinced me that Malaysia is just a state withoutnation -or at least, a state with several competing nations". (Rustam A.Sani, 2008:59). Wawasan 2020 yang diungkapkan pada tahun 1991 meletakkan pembentukan

    bangsa Malaysia di puncak urutan sembilan cabaran yang harus ditangani. Hanyatinggal lapan tahun sahaja lagi untuk kita menyaksikan terlaksana atau tidaknyawawasan pembentukan bangsa Malaysia yang bersatu, "sejahtera, terintegrasiwilayah-wilayah dan kelompok-kelompok etniknya, menikmati kehidupan bersama

    yang sepenuhnya berasaskan persamaan hak dan keadilan, membentuk sebuah

  • 7/29/2019 Pembinaan Bangsa Kepelbagai Dalam Bingkai Kesatuan Oleh Dato' Dr Siddiq

    2/13

    2

    Bangsa Malaysia dengan rasa taat setia dan pengabdian yang tidak berbelah bagi

    terhadap bangsa tersebut".

    Harus diakui, membentuk bangsa memang tidak mudah, apa lagi dalam konteksMalaysia dengan kemajmukan masyarakatnya yang berpangkal dari dasar "pecah-

    perintah" era penjajahan Inggeris. Latar sejarah yang sedemikian menjadikan

    integrasi nasional yang dipupuk selepas kemerdekaan suatu yang sangat rapuh.Hubungan antara kaum banyak diasaskan pada politik akomodasi dan kompromi.Bagaimanapun pendekatan ini tidak selamanya dapat dilaksanakan dengan lancarkerana politik tawar-menawar antara kaum itu selalu dilatari prasangka dankecemburuan ras yang tebal.

    Kesedaran tentang keperluan penggagasan faham berbangsa dan bernegara dalamkonteks kemajmukan sebenarnya telahpun tumbuh seawal tahun-tahun 1940'an lagi.Gabungan PUTERA-AMCJA dapat dirujuk sebagai wadah gerakan politik pelbagaikaum yang dengan serius menangani isu bangsa dan negara Malaya. Gerakankerakyatan tersebut telah menghasilkan Perlembagaan Rakyat (1947), sebuahgagasan bersama yang mencerminkan kesepakatan rakyat pelbagai kaum tentang

    kehidupan berbangsa dan bernegara pada masa hadapan, dan sekaligus penolakankolektif terhadap perlembagaan Malayan Union tajaan penjajah. Antara yang perludicatat sebagai pencapaian penting era tersebut ialah penggagasan nation of intent,

    bangsa Malaya seluruhnya disebutMelayu.

    Mengenai isu kebangsaan Melayu tersebut Dr.Burhanuddin al-Helmiy, pemikir danpejuang politik yang serius, telah mengemukakan faham kebangsaan Melayu sebagaiideologi nasional, ideologi pemersatu rakyat pelbagai kaum. Sebagai ideologinasional, faham kebangsaan Melayu dalam konteks ini tidak bersifat eksklusif,terbatas hanya untuk kelompok baka Melayu sahaja. Sebaliknya, ia bersifat inklusif,meliputi golongan bukan dari baka Melayu yang telah putus hubungan dengankebangsaan asal. Ideologi nasional pembentuk kesatuan bangsa sebagaimanayang diungkapkan oleh Dr. Burhanuddin al-Helmiy itu ternyata memiliki kekuatanidea dan kekentalan semangat yang terumus dalam lima "rukun jiwa kebangsaan": i.

    Ketuhanan Yang Maha Esa, ii. Kebangsaan, iii. Kedaulatan Rakyat, iv.Persaudaraan Sejagat, dan v. Keadilan Masyarakat. (Kamaruddin Jaffar, 1980:113-121).

    Sayang sekali, pemikiran tentang gagasan bangsa yang terhasil dari perahan otak,kerjasama, toleransi dan tentunya juga pengorbanan pelbagai golongan rakyat

    pejuang kemerdekaan itu tidak sempat teraktualisasi akibat tindakan supresif penjajahyang mempunyai agenda sendiri, kepada siapa kemerdekaan akan diserahkan, dan

    bagaimana rupa masyarakat yang akan mereka tinggalkan. Memang demikianlah

    kenyataannya, Inggeris mewariskan masyarakat pelbagai kaum korban dasar pecah-perintah yang sangat fragile, rapuh, terpisah-pisah dan terkurung dalam kepompongbudaya kaum masing-masing. Pembentukan satu bangsa terasa suatu yang masihterlalu jauh. Yang dapat dilakukan hanya sebatas mewujudkan perpaduan antarakaum yang disebut integrasi nasional melalui beberapa dasar integratif seperti BahasaKebangsaan, Dasar Pelajaran Kebangsaan, Dasar Kebudayaan Kebangsaan dankemudiannya Rukun Negara. Dasar-dasar tersebut pada umumnya memangmemiliki kekuatan integratif yang boleh menjadi landasan proses pembinaan satu

    bangsa, tetapi ketegasan pelaksanaannya yang musim-musiman menjadikannya

  • 7/29/2019 Pembinaan Bangsa Kepelbagai Dalam Bingkai Kesatuan Oleh Dato' Dr Siddiq

    3/13

    3

    kurang berkesan. Dari semasa ke semasa sikap dan perilaku racistatau perkaumansempit terus menggejala dan akhirnya memuncak pada peristiwa tragik 13 Mei 1969.

    Dasar-dasar Integratif: Rukun Negara dan DEB

    Tragedi berdarah konfik perkauman tersebut telah membangkitkan komitmen baruuntuk melakukan suatu societal engineering menerusi mekanisme Dasar EkonomiBaru (DEB) yang disemangati Rukun Negara. Perumusan Rukun Negara adalahuntuk memberikan set nilai dan prinsip (Kepercayaan Kepada Tuhan, Kesetiaankepada Raja dan Negara, Keluhuran Perlembagaan, Kedaulatan Undang-undang,

    Kesopanan dan Kesusilaan) sebagai landasan usaha mencapai perpaduanmasyarakat, memelihara cara hidup demokratik, mencipta masyarakat adil dalam ertikemakmuran negara dinikmati bersama secara adil dan saksama, menjamin sikapliberal terhadap tradisi budaya masyarakat yang kaya dan pelbagai, dan membinamasyarakat progresif berasaskan sains dan teknologi moden.

    DEB adalah dasar ekonomi yang digubah untuk mencapai objektif integrasi nasional

    menerusi pembasmian kemiskinan tanpa mengira kaum, dan penyusunan semulamasyarakat untuk menghapuskan pengenalan kaum dengan peranan ekonomi.Objektif sedemikian memang memiliki justifikasi faktual dan rasionalnya sendiri,tetapi pelaksanaannya telah semakin mangaburkan objektif integrasi nasional apabilatindakan-tindakan affirmative DEB dipersepsikan sebagai dasar diskriminatif yangmeng"anak emas"kan Melayu, dan sebaliknya meng"anak tiri"kan kaum bukanMelayu. Untuk mencapai sasaran peningkatan saham modal Melayu dari 2.5% padatahun 1970 kepada 30% pada tahun 1990, pemerintah telah mencipta kelompokkapitalis Melayu yang kaya raya. Segelintir Melayu kroni mengaut kekayaan negarahingga menjadi kelompok super-kaya atas nama masyarakat Melayu keseluruhannyayang rata-rata hanya menerima apa yang tersisa. Kontroversi di sekitar DEBsebenarnya sudah timbul sejak mula ia dilancarkan. Seawal tahun 70'an, kita yangketika itu aktif dalam ABIM sudah mengkritik pendekatan perkauman dankapitalistik DEB. Dalam mengakui keperluan membantu masyarakat Melayu, bagikita keutamaan harus diberikan kepada agenda membasmi kemiskinan tanpa mengirakaum, bukan mencipta kelas kapitalis Melayu. Yang miskin bukan cuma Melayu, dikalangan kaum Cina juga ada yang miskin, dan demikian juga kaum India. Kritikdan protes berterusan hingga ke hujung tempoh DEB yang berakhir pada tahun1990. Pada era pasca DEB kita dapat menyaksikan kesan dan implikasi dasartersebut terutama terhadap matlamat perpaduan kaum. Yang jelas DEB yangmenyasarkan peningkatan pemilikan saham modal Melayu menjadi 30%, hanyamampu mencapai 19% (atau 22% menurut satu taksiran lain). Sebahagianmasyarakat Melayu memang begitu terobsesi dengan DEB sehingga beranggapan

    bahawa apa pun yang mereka capai adalah kerana DEB, lalu mereka menuntutpenerusan dasar yang pro-Melayu itu. Di pihak lain, timbul tuntutan dari kaum-kaumbukan Melayu agar kepentingan mereka yang selama ini diabaikan diberi perhatiankhusus. Sementara itu apa jua ketidakpuasan kaum bukan Melayu yang berkaitandengan DEB ditanggapi oleh sebahagian masyarakat Melayu sebagai gugatanterhadap kepentingan mereka. Ternyata DEB tidak membantu peningkatan

    perpaduan nasional.

  • 7/29/2019 Pembinaan Bangsa Kepelbagai Dalam Bingkai Kesatuan Oleh Dato' Dr Siddiq

    4/13

    4

    Salah satu kesan menyolok dari DEB ialah peningkatan tahap ketidaksamaan(inequality) ekonomi baik di kalangan sesama kaum Melayu mahupun di kalangankaum-kaum lain. Jurang di antara golongan the have the have not the have a lotsemakin luas. Kemiskinan tidak terbasmi, sementara yang kaya, termasukkelompok orang kaya baru tajaan DEB terus menimbun kekayaan tanpamemperhitungkan caranya, bermoral atau tidak, dan tanpa kepedulian terhadap

    masyarakat awam bangsanya. Sementara itu dasar ekonomi ini juga dilihat sebagaibiang keladi mewabaknya pelbagai gejala fasad - kronisme, nepotisme, rasuah,politik wang, pembaziran dan sebagainya. Gejala yang tampaknya sudah tidakterkawal inilah yang menimbulkan protes pelbagai pihak, Melayu dan bukanMelayu.

    Demikianlah realiti pasca-DEB yang meninggalkan tanda tanya besar tentang sejauhmana dasar ekonomi tersebut dapat merealisasikan matlamat Rukun Negara,"Mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya,memelihara satu cara hidup demokratik, mencipta satu masyarakat adil di mana

    kemakmuran negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama, "

    Perumusan Rukun Negara adalah usaha penting ke arah pembinaan bangsa yang

    terintegrasi dalam perkongsian prinsip dan nilai hidup. Penghayatan prinsipKepercayaan kepada Tuhan seharusnya dapat menjelmakan bangsa yang religiusdan tamadun berketuhanan yang segala aspeknya - politik, ekonomi dan sosial -adalahfaith based. Prinsip Kesetiaan kepada Raja dan Negara seharusnya dapatmembina bangsa yang terpadu di bawah naungan raja dalam pengertian al-Imam al-`adil, dan bersatu dalam baldatun tayyibah dengan pengertian negara yang

    berkeadilan dan berkebajikan. Keluhuran Perlembagaan dan KedaulatanUndang-undang pula seharusnya dapat membina bangsa yang tertib, berdisiplin dan

    bersatu dalam menegakkan keadilan rule of law; sementara prinsip Kesopanan danKesusilaan seharusnya dapat membina bangsa beretika, berakhlak mulia, terpadudalam semangat saling hormat dan saling menyayangi.

    Rukun Negara dengan semangat integratifnya yang sedemikian bukan sahaja tidakdimasyarakatkan secara berkesan, malah seringkali pula dilanggar dan diselewengkan.Prinsip Kepercayaan kepada Tuhan tidak diterjemahkan secara konsisten ke dalamdasar dan amalan hidup berbangsa dan bernegara. Kita belum benar-benar bebas dari

    pesona model pembangunan sekular Barat yang membina tamadun tanpa Tuhan (acivilization without God). Program-program berunsur maksiat dan amalan yang

    bertentangan dengan nilai-nilai ketuhanan terus berleluasa tanpa kawalan yang bererti.Prinsip kesetiaan kepada Raja dan Negara seringkali diselewengkan menjadikesetiaan kepada parti pemerintah. Prinsip Keluhuran Perlembagaan dan KedaulatanUndang-undang kehilangan erti hakikinya akibat keruntuhan institusi kehakiman dankepolisan. Prinsip kesopanan dan kesusilaan pula semakin sering dicabul oleh

    amalan fitnah, caci-maki, politik samseng dan pelbagai bentuk kebiadaban lainnya.

    Perpaduan Ummah dan isu Mentaati Uli 'l-Amri

    Akhir-akhir ini telah timbul wacana di sekitar isu kepatuhan kepada uli 'l-amri.Ramai yang melihat adanya motif tersirat dan agenda terselubung di sebalik temayang pada zahirnya ingin membawa umat bersatu dengan mematuhi uli 'l-amri.Terlepas dari persoalan motif apa dan untuk kepentingan siapa, kita perlu menyikapi

  • 7/29/2019 Pembinaan Bangsa Kepelbagai Dalam Bingkai Kesatuan Oleh Dato' Dr Siddiq

    5/13

    5

    isu ta`at al-umara'secara ilmiah dan jujur. Tidak siapa pun yang dapat menafikanperlunya kepatuhan kepada pemerintah demi menghindari disintegrasi bangsa.Namun kepatuhan dalam konteks ini harus diletakkan dalam satu pakej bersamakomponen-komponen lainnya, terutama keadilan pemerintah dan syura antara

    pemerintah dan rakyat. Apabila segala persyaratan telah dipenuhi, agama punmewajibkan ta`at al-umara' (mentaati pemerintah) seperti yang di-nass-kan dalam

    ayat 59 surah al-Nisa':

    Wahai orang-orang yang beriman, taatilah Allah,taatilah Rasul dan uli 'l-amri (penguasa) darikalangan kamu.

    Dalam kaitan ini perlu ditegaskan bahawa ketaatan kepada pemerintah bukan ketaatanyang mutlak. Ia adalah taat yang bersyarat: i. Pemerintah melaksanakan syari`at, ii.Pemerintah menegakkan keadilan terhadap rakyat, dan iii. Pemerintah tidakmenganjurkan rakyat melakukan maksiat.

    Ayat al-Nisa'di atas menyebut kata taat dua kali, pertama pada Allah dan diulangpada Rasul. Ini menunjukkan ketaatan kepada Rasul adalah mutlak, semutlakketaatan kepada Allah. Tetapi kata taat (ati`u) tidak diulangi ketika menyebut uli 'l-amri. Ini mengisyaratkan ada di antara mereka yang tidak wajib dipatuhisebagaimana yang dijelaskan pada ayat pelengkapnya,

    Jika kamu berselisih tentang sesuatu, rujukkanlahkepada Allah (al-Qur'an) dan Rasul (al-Sunnah).

    Mengenai ayat tersebut al-Tayyibiy mengatakan bahawa ia bermasud, " jika mereka(pemerintah) tidak melaksanakan kebenaran (al-haqq) jangan patuhi mereka, danrujukkan apa yang kamu perselisihkan itu kepada hukum Allah dan Rasul-Nya".Penjelasan sedemikian selaras dengan kenyataan Ibn Hajar dalam Fath al-Baritentang jawapan sebahagian tabiin kepada sebilangan para penguasa (umara') BaniUmayyah yang menuntut ketaatan dengan berkata, "Bukankah Allah telahmemerintahkan kalian mentaati kami dalam firman-Nya wa uli 'l-amri minkum? Laludijawabnya, "Bukankah ia (ketaatan) telah dicabut diripada kamu? Ia itu apabilakamu menyimpang daripada kebenaran dengan firman-Nya, fa'in tanaza`tum fi

    shay'in farudduhu ila 'Llahi wa r-rasul". (Abu Faris, Muhammad `Abd al-Qadir,1984:67-73).

    Tidak sedikit ulama pendukung ketaatan mutlak (kepada pemerintah) yang berhujahdengan hadith dari Abu Hurayrah r.`a.,

    .

    Sesiapa yang taat kepadaku, sesungguhnya ia telah patuhkepada Allah, sesiapa yang mengingkariku sesungguhnya

  • 7/29/2019 Pembinaan Bangsa Kepelbagai Dalam Bingkai Kesatuan Oleh Dato' Dr Siddiq

    6/13

    6

    ia telah mengingkari Allah. Dan sesiapa yang mentaatiamir (penguasa) sesungguhnya ia telah mentaati aku, dansesiapa yang mengingkari amir, sesungguhnya ia telahmengingkari aku.

    Mereka menafsirkan hadith riwayat Muslim tersebut berdasarkan zahir lafaznya yang

    seolah-olah membawa maksud kewajipan taat tanpa syarat kepada amir, semua amir,asal amir, tidak kira baik atau jahat, adil atau zalim. Mentaati amir betapa punsifatnya bererti mentaati Rasul dan seterusnya bererti juga mentaati Allah. Zahirlafaz hadith tersebut memang membawa pengertian taat mutlak seperti itu, tetapi ia

    bukan satu-satunya hadith tentang isu taat al-umara'. Sebenarnya orang yang sama(Abu Hurayrah r.`a.) juga telah meriwayatkan hadith yang sama tetapi dengan

    perbezaan lafaz yang mengkhusus dan membatasi kemutlakan taat kepada amir,

    .

    Sesiapa yang mentaati aku, sesungguhnya ia telah mentaati

    Allah; dan sesiapa yang mengingkari aku, sesungguhnya iatelah mengingkari Allah. Dan sesiapa yang mentaati amirkusesungguhnya ia telah mentaati aku; dan sesiapa yangmengingkari amirku, sesungguhnya ia telah mengingkari aku.

    Hadith kedua yang juga diriwayatkan oleh Muslim itu jelas mengkhususkan ketaatankepada amir tertentu, iaitu amir yang dilantik oleh al-Rasul s.`a.w. sendiri (amiri),dan bukannya asal amir, adil atau zalim. Andainya kedua-dua riwayat hadith inidibaca serentak dengan kesimpulan riwayat kedua membatasi kemutlakan riwayat

    pertama, isu ta`at al-umara' dapat difahami dan diselesaikan dengan benar.

    Sebagai penjelasan lanjut perlu dicatat bahawa latar pengungkapan hadith tersebutterkait dengan peristiwa tertentu, iaitu pengangkatan ketua tentera yang dilakukanoleh al-Rasul s.`a.w. sendiri untuk memimpin suatu peperangan. Memang jelasyang dimaksudkan adalah amir lantikan Rasulullah s.`a.w. dalam konteks peperanganyang memerlukan tahap kepatuhan yang setinggi-tingginya. Demikian juga denganayat ta`at al-umara' (al-Nisa':59) seperti yang diriwayatkan oleh Ibn `Abbas r.`a.

    bahawa latar penurunannya (sabab al-nuzul) terkait dengan `Abd 'Llah ibn hudhafahibn Qays ibn `Adiy al-Sihamiy yang diutus oleh al-Rasul s.`a.w. dalam satu ekspedisiketenteraan.

    Hujah lain yang selalu dijadikan sandaran para pendukung ketaatan mutlak dansekaligus pengharaman protes, demonstrasi dan pembangkangan ialah perintah

    bersabar dalam hadith yang diriwayatkan dari Ibn Abbas,

    .

    Sesiapa yang mendapati ada sesuatu yang tidak disenangi padaamirnya hendaklah ia bersabar, kerana sesungguhnya sesiapamemisahkan diri dari jamaah walau seinci, lalu ia mati, makamatinya adalah mati jahiliah.

  • 7/29/2019 Pembinaan Bangsa Kepelbagai Dalam Bingkai Kesatuan Oleh Dato' Dr Siddiq

    7/13

    7

    Yang menjadi persoalan adalah ungkapan "hendaklah ia bersabar" (falyasbir), sabarterhadap apa? Sabar menerima kezaliman pemerintah dengan tetap taat kepadanya?Menurut para pendukung ketaatan mutlak memang demikianlah maksudnya. Dalamkaitan ini Dr. Muhammad Imarah memberikan penjelasan bahawa perintah bersabar

    dalam hadith tersebut sebenarnya merujuk hal-hal yang tidak disukai oleh manusiaseperti perang dan infaq, bukan hal-hal yang bersifat pelanggaran syari`at. Mungkinada ketikanya pemerintah meminta rakyat tampil menyertai perang, atau memintamereka menyumbangkan harta untuk dana pembiayaan sesuatu keperluan. Hal-halseperti itulah (yang umumnya tidak disenangi oleh manusia) yang harus disikapidengan sabar, patuh dan taat melaksanakan perintah. Mengingkari perintah dalamsituasi seperti itu bererti terkeluar dari jamaah, dan pemerintah dalam konteks iniadalah bersama jamaah rakyat. Demikianlah maksud sebenar sabar dalam hadithtersebut, yang ternyata jauh dari erti menerima kezaliman dan mentaati pemerintahzalim. Al-makruh (hal yang tidak disengangi) dalam hadith tersebut adalah sejenisdengan al-makruh yang disebut dalam ayat 216 surah al-Baqarah:

    .

    Diwajibkan ke atasmu berperang, meskipun ia suatu yangkamu benci. Mungkin kamu membenci sesuatu, walhal ia

    baik untuk kamu; dan mungkin kamu menyukai sesuatuwalhal ia buruk untuk kamu. Hanya Allah sendiri yangTahu, sedang kamu sebenarnya tidak tahu.

    Al-makruh dalam ayat tersebut adalah peperangan (al-qital) yang memang tidakdisenangi oleh manusia umumnya (`Imarah, Muhammad, 2004:146-149).

    Mengenai pemerintah zalim, Dr.Muhammad `Abd al-Qadir Abu Faris dalam bukunyaal-Nizam al-Siyasiy fi al-Islam menyatakan bahawa apabila pemerintah melakukankezaliman dan penindasan maka ia tidak lagi wajib ditaati. Dengan demikian tidakwajib mentaati al-umara' al-ja'irin (pemerintah zalim) kerana kezaliman adalahmaksiat, dan orang zalim adalah orang yang mengingkari Allah dan Rasul-Nya.Beliau lalu memetik hadith nabawi riwayat Imam Ahmad dari Anas,

    Tidak boleh taat kepada orang yang tidak taat

    kepada Allah.Ternyata ketaatan rakyat terkait erat dengan keadilan pemerintah. Demikianlah kaitanyang cuba diserlahkan oleh al-Fakhr al-Raziy dalam penafsirannya terhadap ayat ta`atal-umara'(al-Nisa':59) yang tidak seharusnya dipisahkan dari ayat sebelumnya (al-

    Nisa':58) yang dengan tegas mewajibkan pemerintah memberikan hak kepada yangberhak dan melaksanakan keadilan terhadap rakyat. (Abu Faris, Muhammad `Abd al-Qadir, 1984:72-73).

  • 7/29/2019 Pembinaan Bangsa Kepelbagai Dalam Bingkai Kesatuan Oleh Dato' Dr Siddiq

    8/13

    8

    Penafsiran sabar sebagai penyerahan dan kerelaan terhadap kezaliman pemerintahberlanjut kepada penyifatan kritik, protes dan aksi pembangkangan sebagaipenderhakaan, dan seterusnya pelabelan para pelakunya sebagai bughah. Persoalantentang al-baghy tidak seharusnya dibawa-bawa ke dalam wacana tentang

    perpolitikan antara parti dalam 8ystem demokrasi. Al-Baghiy dalam istilah fiqhdidefinisikan sebagai:

    Orang yang menentang imam yang adil, dan enggan mentaatinyadengan tidak melaksanakan kewajipannya.

    Al-Bughah dengan pengertian pemberontak yang melawan pemerintah yang adilsebagaimana definisi tersebut memang golongan pelaku kemungkaran dan

    pencerobohan berbahaya yang harus diperangi. (Sandaqjiy: 1987:57). Tetapigolongan penderhaka seperti itu jelas tidak sama dengan pembangkang dalam politikdemokrasi pelbagai parti. Kehadiran pembangkang dan peranannya dalam sistemdemokrasi adalah sah, baik dari segi undang-undang mahupun dari segi syara'.

    Tidak hanya sah, malah menjadi suatu kewajipan keagamaan jika pembangkangan itudilaksanakan dalam kerangka al-amr bi al-ma'ruf wa al-nahy `an al-munkarsebagaimana yang disebut dalam ayat 104, surah Ali `Imran. Dalam ulasannyatentang ayat tersebut Zafir al-Qasimiy menyatakan, "Jika mengkritik pemerintahtidak dapat dilakukan oleh semua orang, maka harus ada segolongan daripada merekayang memberikan perhatian berat kepada perkara yang penting ini dalam kehidupanumat, kerana sesungguhnya lafaz minkum membawa makna sebahagian. Atas dasarini pembangkangan (al-mu`aradah) adalah wajib dalam Islam. Dan kerana itu parafuqaha' Muslim berpendirian bahawa menyuruh kemakrufan dan mencegahkemungkaran atau pembangkangan adalah fardhu kifayah" (Balqarad, Abu AhmadMuhammad, 2007: 35).

    Dalam sistem demokrasi dengan segala aturan mainnya yang disepakati tidak timbulisu al-baghy dengan pengertian merampas kuasa secara tidak sah. Semua peserta

    persaingan dalam sistem demokrasi sepakat menerima konsep penggiliran kuasaberdasarkan mekanisme pilihan raya. Semua harus menerima hakikat bahawapembangkang hari ini boleh menjadi pemerintah esok, dan demikian pula sebaliknyaparti pemerintah hari ini boleh menjadi pembangkang esok. Mereka juga sepakatbahawa mandat pemerintahan adalah terbatas (lima tahun) dan harus dikembalikankepada rakyat dalam tempoh tersebut. Mereka harus menghormati hak rakyatmemberikan mandat kepada mana-mana parti, sama ada membaharui mandat kepada

    parti yang telah memerintah atau memberikannya kepada parti yang lain. Perpolitikanantara parti harus dilihat sebagai persaingan menawarkan khidmat yang lebih baik

    dalam semangatfa 'stabiqu 'l-khayrat.Dalam pilihan raya umum semua parti harus sama-sama tampil sebagai parti yangmenawarkan khidmat untuk dipilih oleh rakyat. Dalam kaitan ini parti yangsebelumnya memegang tampuk pemerintahan harus tampil sebagai sebuah parti,sama seperti parti-parti yang lain, dan tidak boleh tampil sebagai kerajaan, keranamandat sebagai kerajaan telah tamat. Andainya rakyat menolak parti yang telahmemerintah sebelumnya, mereka bukan bughah atau penderhaka. Justeru yangmereka tolak bukan sebuah kerajaan yang sah, tetapi parti yang telah tamat

  • 7/29/2019 Pembinaan Bangsa Kepelbagai Dalam Bingkai Kesatuan Oleh Dato' Dr Siddiq

    9/13

    9

    mandatnya. Mengekal atau mengganti kerajaan dalam sistem demokrasi berpilihanraya adalah suatu penterjemahan hak rakyat untuk memilih pemerintah yang merekaredhai. Kerana itu pilihan raya harus bersih demi mempastikan keputusannya benar-

    benar jelmaan hasrat dan kerelaan rakyat. Justeru, keredhaan rakyat adalah syaratlegitimasi pemerintahan. Demikianlah realisasi makna al-sha`b masdar al-sultah(rakyat sebagai sumber kuasa) dalam pengertian rakyat yang berkuasa mengangkat,

    dan rakyat jugalah yang berkuasa menurunkan.

    Andainya kita ingin komited dalam merealisasikan aspirasi Rukun Negara untuk"Memelihara satu cara hidup demokratik", maka kita harus sanggup menjadimanusia demokrat yang jujur, menghormati kepelbagaian, termasuk kepelbagaian

    parti politik dengan segala ragam aliran pemikirannya. Parti-parti politik harussanggup kalah dalam pilihan raya demi memenangkan prinsip dan idealismedemokrasi. Cara hidup demokratik aspirasi Rukun Negara jangan dikhianati dengansikap dan perilaku yang tidak demokratik, sanggup melakukan apa sahaja, yang

    penting menang! Walaupun dengan menginjak-injak nilai, norma dan aturan maindemokrasi yang sihat. Sikap dan perilaku curang dan tidak demokratik itulah yangakan mengakibatkan disintegrasi bangsa.

    Pembinaan Bangsa: Kepelbagaian dalam Bingkai Kesatuan

    Pembinaan bangsa dalam konteks Malaysia harus berasaskan formula kepelbagaiandalam kesatuan. Kita harus dapat bersikap positif, melihat dan menerimakepelbagaian kaum, agama dan budaya bukan sebagai sumber konflik, sebaliknyasebagai aset kekuatan, kekayaan, kreativiti dan dinamika kemajuan. Bangsa tidakdapat dibina menerusi formula melting potatau kawah besar peleburan. Tidak adagolongan yang rela jati dirinya dilebur. Kebinekaan atau keragaman budaya tidakmenjadi masalah, andainya ia diletakkan dalam bingkai keekaan atau kesatuan.Formula kepelbagaian dalam kesatuan adalah selaras dan serasi dengan fitrah dansunnatu 'Lah. Tema inilah yang dihuraikan dengan cukup menarik olehDr.Muhammad `Imarah dalam bukunya, al-Islam wa al-Ta`addudiyyah: al-Ikhtilafwa al-Tanawwu` fi Itar al-Wihdah (Islam dan Pluralisme: Perbezaan danKepelbagaian dalam Bingkai Kesatuan). Segala kewujudan yang kita saksikan padaalam dan kehidupan semuanya memancarkan hakikat kepelbagaian dalam kesatuan-- keesaan Pencipta dengan kepelbagaian makhluk ciptaan-Nya; kesatuan keinsanandengan kepelbagaian bangsa, warna dan bahasanya; kesatuan agama Allah dengankepelbagaian syari`atnya; kesatuan syari`at dengan kepelbagaian fiqh, mazhab danijtihadnya.

    Fitrah sunnatu 'Llah berupa kepelbagaian dalam bingkai kesatuan itulah yang

    diaplikasikan oleh Rasulullah s.`a.w. dalam pembinaan ummah negara Madinahsebagaimana yang tercermin dalam perlembagaan ulung Sahifah Madinah, sebuahperlembagaan yang dilatari kepelbagaian kabilah, agama dan budaya warganya.Lewat Sahifah tersebut Rasulullah s.`a.w. telah membentuk ummah: ummahdiniyyah (umat keagamaan) dan ummah siyasiyyah (umat politik). Ummah diniyyah

    bersifat eksklusif dan terbatas hanya untuk kaum Muslimin (annahum ummatunwahidatun min duni 'n-nas), sementara ummah siyasiyyah bersifat inklusif meliputikaum Muslimin dan orang Yahudi (wa anna Yahuda Bani `Awf ummatun ma`a 'l-

    Mu'minin). Kata kunci dalam ungkapan pembentukan ummah politik ini ialah kata

  • 7/29/2019 Pembinaan Bangsa Kepelbagai Dalam Bingkai Kesatuan Oleh Dato' Dr Siddiq

    10/13

    10

    ma`a (bersama) iaitu orang Yahudi bersama kaum Muslimin membentuk satu umat(umat Madinah). Ungkapan ma`a al-Muslimin (bersama kaum Muslimin), bukan minal-Muslimin (sebahagian daripada kaum Muslimin), bererti bahawa masyarakatYahudi tidak menjadi bahagian daripada umat (keagamaan) Islam, tetapi menjadi

    bahagian daripada umat (politik) Madinah bersama dengan umat Islam.

    Peruntukan dalam Sahifah tersebut jelas memberikan status kewarganegaraan penuh(al-muwatanah al-kamilah) kepada masyarakat Yahudi. Sebagai warga umat dannegara Madinah status, hak dan tanggungjawab mereka sama dengan umat Islam.Mereka bukan warganegara kelas dua. Persamaan hak dan tanggungjawab tersebutdicatat dengan ungkapan li al-Yahud dinuhum wa li al-Muslimin dinuhum (Yahudidengan agama mereka, dan kaum Mukminin dengan agama mereka). Ertinyanya

    perlembagaan ini memberikan hak kebebasan beragama dan membenarkan parapenganut pelabagai agama mengamalkan agama masing-masing dan mengekalkan jatidiri keagamaan masing-masing. Persamaan tanggungjawab pula dicatat denganungkapan wa anna al-Yahuda yunfiquna ma`a al-Mu'minin madamu muharibin(masyarakat Yahudi dan kaum Mukminin sama-sama membiayai peperangan apabilanegara Madinah diserang). Hak dan tanggungjawab yang sama juga diberikan kepada

    kabilah-kabilah Arab yang ikut menjadi warga Sahifah Madinah. Persamaan hak dantanggungjawab kewarganegaraan antara Muslim dan bukan-Muslim itulah yangkemudiannya terumus dalam prinsip lahum ma lana, wa `alayhim ma `alayna (mereka

    berhak mendapat apa yang kita dapat, dan memikul tanggungjawab yang sama kitapikul) Demikianlah antara yang tercermin dalam Sahifah Madinah, sebuahperlembagaan Islami yang disemangati kepelbagaian dalam bingkai kesatuan (al-tanawwu` fi itar al-wihdah).

    Dhimmiy atau Warganegara?

    Terdapat anggapan bahawa Sahifah Madinah tidak dapat dijadikan model sebuahnegara yang moden, lengkap dan terperinci. Memang perlembagaan nabawi tersebuttidak digubal untuk tujuan itu. Bagaimanapun ia tetap relevan sebagai contoh

    penterjemahan prinsip dan nilai kenegaraan al-Qur'an ke dalam bentuk sebuahperlembagaan sesuai dengan realiti zaman dan lingkungan. Yang perlu dilihat bukanrinciannya, tetapi prinsip-prinsip dan nilai-nilai dasarnya. Dengan demikian Sahifah

    Madinah tetap relevan sebagai acuan menangani masalah pluralisme masyarakat,termasuk isu persamaan status, hak dan tanggungjawab kewarganeraan antara Muslimdan bukan-Muslim. Perlembagaan nabawi itulah yang menjadi rujukan Dr.FathiOsman ketika membahaskan isu tanggungjawab warga bukan-Muslim dalam

    pertahanan negara. Katanya, "The military service may have some religiouscharacter for Muslims, but it meanwhile signifies national defense for nonMuslims.

    NonMuslims were allowed to share with Muslims the responsibility of defendingMedina in the Prophet's Constitutional document which he drew up just after his

    migration there. This did not particularly work, but it cannot affect the validity of

    the principle." (Fathi Osman, 2002:153). Tentunya dari semangat Sahifah Madinahjugalah beliau mendapat keberanian mendukung prinsip persamaan penuh (fullequality) Muslim dengan bukan-Muslim dari segi hak dan tanggungjawab,

    I do not think Muslims have any legal problem with regards

    to full equality with non-Muslims in rights and obligations.

  • 7/29/2019 Pembinaan Bangsa Kepelbagai Dalam Bingkai Kesatuan Oleh Dato' Dr Siddiq

    11/13

    11

    What emerged as the status of "dhimmis" (non-Muslims within

    the Muslim state) was historically developed rather than built

    in the permanent laws of the Qur'an and Sunnah. Many

    scholars, including the Westerners, admit that the status of

    non-Muslims in the Muslim world during the Middle Ages,

    was better than what the Jews or other religious minorities

    received in the Christian countries in those ages. Theimportant question is: Are Muslims now ready to go further

    to secure and sanction full equality for the non-Muslim with

    them in a contemporary Islamic state? When reservations and

    "ifs" and "buts" are raised, how can Muslims expect that

    non-Muslims would be convinced of, or be loyal to, the

    concept of Islamic state, while they are offered full equality

    without reservations in a secular democracy? (Fathi Osman,2002:152).

    Perbincangan tentang kewarganegaraan orang bukan-Islam selalu dikaitkan dengan

    status dhimmiy yang terkesan tidak disenangi oleh masyarakat bukan-Islam.Sebenarnya telah ramai ulama dan sarjana Muslim yang menganggap pengkategoriantersebut sudah tidak relevan lagi. Status dhimmiypada hakikatnya tidak membawa

    pengertian negatif warganegara kelas dua. Ia lebih membawa makna jaminan umatIslam untuk melindungi warga bukan-Islam dari sebarang bentuk penindasan.Bagaimanapun dari segi hukum fiqh tidak ada halangan menggugurkan istilahdhimmiyyun untuk digantikan dengan istilah muwatinun. Dr. Yusuf al-Qaradawiymengatakan bahawa para fuqaha' silam umumnya menganggap kaum dhimmiysebagai ahl al-dar(warga negara Islam) yang bererti mereka bukan orang asing. Jikademikian mereka sebenarnya adalah ahl al-watan dan seharusnya disebut muwatinunsama seperti warga Muslim. Seterusnya al-Qaradawiy menyarankan agar istilah-istilah tertentu dalam sejarah masa lalu seperti dhimmah dan ahl dhimmah dipadamsahaja dari kamus masa kini kerana tidak lagi dapat diterima oleh masyarakat bukanIslam. Beliau berhujah bahawa Khalifah `Umar ibn al-Khattab r.`a. telah bersetujumemadam istilah yang lebih penting iaitu jizyah apabila kaum Nasrani Bani Taghlibmeminta agar ia digantikan dengan istilah sadaqah. (Al-Qaradawiy, Yusuf, 2010:40-42). Dari segi realitinya status dhimmiy sudah tidak ada sejak abad 19 (zaman Turki`Uthmani). Mengenai fakta ini Al Ghunaimi menyebut, "When sultan Abdel Majidissued the Khatti-Sherifof Gulhane, in 1839, proclaiming the principal of equality

    between the Muslims and the Christians, the classical legal status of the dhimmis,

    presumably, was to disappear." (AlGhunaimi, Mohammad Talaat, 1968:213).

    Pendidikan Wahana Integrasi Bangsa

    Bagi rantau ini kepelbagaian dan kemajmukan sudah menjadi bahagian daripadasejarah dan kebudayaannya. Hampir semua agama dan tamadun besar dunia --Islam, Kristian, Hinduisme, Buddhisme, Konfusianisme -- telah hadir dan hidup

    berdampingan dengan harmonis selama berabad-abad. Keunikan rantau ini sebagaidaerah terkaya dengan pengalaman dialog ketamadunan memberikan harapan danoptimisme kemampunan membina kesatuan bangsa berlandaskan kalimatin sawa'dalam pengertian perkongsian suatu set nilai yang disepakati.

  • 7/29/2019 Pembinaan Bangsa Kepelbagai Dalam Bingkai Kesatuan Oleh Dato' Dr Siddiq

    12/13

    12

    Pembinaan bangsa berasaskan nilai-nilai bersama sudah pasti memerlukan mekanismeyang berkesan. Untuk itu pendidikan merupakan wahana nation building yangterbaik. Justeru, esensi pendidikan tidak lain adalah the tansmission of values atau

    pemindahan nilai dari generasi ke generas. Nilai-nilai yang diwariskan itulah yangmembentuk watak bangsa. Dalam konteks negara kita, Falsafah Pendidikan

    Kebangsaan adalah pencitraan watak bangsa yang diaspirasikan, "rakyatMalaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia,

    bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi

    sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara."

    Yang selalu dipermasalahkan ialah soal sejauh mana kepedulian kita terhadap falsafahtersebut? Apakah seluruh komponen pendidikan -- kurikum, buku teks,

    pengajaran dan pembelajarannya mendukung matlamat pembinaan watak bangsaseperti yang dicitrakan? Yang jelas obsesi pendidikan kita lebih tertumpu pada

    pencapaian prestasi akademik dan pembinaan kemahiran, tanpa perhatian yangsecukupnya pada aspek pembinaan watak. Seorang penuntut yang membaca falsafah

    pendidikan tersebut akan berasa dirinya terkeluar dari kelompok manusia yangbercitra seperti itu. Baginya manusia yang dicitrakan dalam Falsafah Pendidikan

    Negara itu adalah sejenis makhluk asing.

    Mewaspadai Gejala Disintegrasi

    Fenomena mutakhir dalam sejarah perkembangan masyarakat majmuk di Malaysiamengisyaratkan tumbuhnya kesedaran tentang idealisme dan aspirasi bersama yangmerentasi persempadanan kaum. Mereka mulai bersatu memperjuangkan nilai-nilaikemanusiaan, keadilan, demokrasi dan integriti. Mereka bersatu melawan gejalakebejatan: kezaliman, diskriminasi, rasuah, kronisme, pembaziran, penipuan dankecurangan. Sebuah parti politik pelbagai kaum muncul sebagai suatu kekuatan baruyang tidak boleh diremehkan. Segala perkembangan tersebut memang membawa ertidan implikasi besar terhadap eksperimen menangani pluralisme di negara ini. Namuncabaran-cabaran yang harus dihadapi tidak sedikit dan tidak kecil. Masa depaneksperimen penting ini akan banyak bergantung kepada kebijaksanaan dankewibawaan para pemimpinnya dalam membina wawasan dan gagasan nasional yangkuat, realistik dan meyakinkan. Kegagalan memupuk persefahaman, toleransi dan

    pendewasaan politik di kalangan warga parti-parti yang berkaitan akan menjadikanfenomena ini suatu perkongsian rapuh yang hanya didasari perkiraan-perkiraan politik

    pragmatik semata-mata.

    Demikian perkembangan yang berlaku di satu pihak, sementara di pihak lain kitamenyaksikan usaha memperlihatkan komitmen membina kesatuan bangsa. Di mana-

    mana ada slogan, simbol dan retorik serba satu. Tetapi pada masa yang sama timbulpula gejala disintegrasi bangsa: membangkitkan semangat perkauman, menimbulkanrasa tidak selamat di kalangan masyarakat tertentu, mengungkit-ungkit tragedi ngeri13 Mei, mengusung "fatwa" sembrono menghukum segolongan rakyat sebagai kafirharbiy, membiarkan, kalaupun tidak menggalakkan, tindakan-tindakan liar dan

    provokatif, kekerasan, keganasan dan kebiadaban. Mudah-mudahan rakyatMalaysia cukup cerdas dan bijaksana menafsir dan menyikapi gejala baru: politik

    pecah-perintah dan perintah memecah.

  • 7/29/2019 Pembinaan Bangsa Kepelbagai Dalam Bingkai Kesatuan Oleh Dato' Dr Siddiq

    13/13

    13

    Semoga Allah berkenan mengurniakan kita petunjuk dan kekuatan menjayakaneksperimen besar pembentukan bangsa berasaskan acuan Perlembagaan Madani:kepelbagaian dalam bingkai kesatuan.

    Rujukan

    Abu Faris, Muhammad `Abd al-Qadir. 1984. Al-Nizam al-Siyasiy fi al-Islam. Beirut:Dar al-Qur'an al-Karim.

    Al Ghunaimi, Mohammad Talaat. 1968. The Muslim Conception of InternationalLaw and Western Approach. The Hague: Martinus Nijhoff.

    Al-Qaradawiy, Yusuf. 2010. Al-Watan wa al-Muwatanah. Kaherah: Dar al-Shuruq.

    Balqarad, Abu Ahmad Muhammad. 2007. Mafhum al-Hizbiyyah al-Siyasiyyah waHukmuha fi al-Islam. Al-Mansurah: Dar al-Kalimah.

    Huwaydiy, Fahmiy. 1999. Muwatinun la Dhimmiyyun. Kaherah: Dar al-Shuruq.

    `Imarah, Muhammad. 2004. Al-Islam wa Huquq al-Insan: DaruratLa Huquq. Kaherah: Dar al-Salam.

    --------------------------- 2008. Al-Islam wa al-Ta`addudiyyah: al-Ikhtilaf wa al-Tanawwu` fi Itar al-Wihdah.

    Kamaruddin Jaffar. 1980. Dr.Burhanuddin al-Helmiy -- Politik Melayu dan Islam.Kuala Lumpur: Yayasan Anda.

    Osman, Fathi, 2002. Human Rights on the Eye of the 21st Century: Problem forMuslim and Others. Dlm. ISLAMIC MILLENNIUM vol.II, no.3-4,special edition . Jakarta: IMFO-AMAN.

    Rustam A.Sani. 2008.Failed Nations? Concerns of a Malaysian Nationalist.Petaling Jaya: SIRD.

    Sandaqjiy, Ibrahim ibn Aliy (ed.). 1987. Kitab Qatl Ahl al-Baghy min al-Hawi al-Kabir Ta'lif Abi al-Hasan `Aliy ibn Muhammad ibn Habib al-

    Mawardiy. Kaherah: Matba`at al-Madaniy.

    Sharifah Zaleha Syed Hasan & Ong Puay Liu (ed.). 2012. Pluralism in Malaysia andSingapore: Essays on Issues and Challenges. Bangi: Institute ofEthnic Studies, Universiti Kebangsaan Malaysia.

    Siddiq Fadzil, 1995. Pembinaan Bangsa Malaysia: Antara Wawasan Nasional danAspirasi Islam. Kertas kerja Kongres Cendekiawan Melayu iv.UKM, Bangi.

    KDH:13092012