Upload
others
View
19
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL PENGAJARAN
KENDIRI PERMODELAN KERANGKA DAWAI MATA PELAJARAN
REKABENTUK BERBANTU KOMPUTER
LOURA LIND
UNIVERSITI TENOLOGI MALAYSIA
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PSZ 19:16 (Pind. 1/97)
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL: PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL
PENGAJARAN KENDIRI PERMODELAN KERANGKA DAWAI MATA PELAJARAN REKABENTUK BERBANTU KOMPUTER
SESI PENGAJIAN: 2008/2009
Saya LOURA LIND__________________________________ mengaku membenarkan tesis (PSM/ Sarjana/ Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara
institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( ) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam akta rahsia rasmi 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: DR MUHAMMAD SUKRI BIN SAUD PERUMAHAN KALLANG LOT 45, Nama Penyelia FASA II, PETI SURAT 203, 89908, TENOM, SABAH. Tarikh : 30 APRIL 2009 Tarikh : 30 APRIL 2009 CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada
pihak berkuasa/ organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)
“ Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kuantiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah
Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan
( Kemahiran Hidup )”.
Tandatangan : ……………………………………….
Nama Penyelia : DR. MUHAMMAD SUKRI BIN SAUD
Tarikh : 30 APRIL 2009
PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL PENGAJARAN
KENDIRI PERMODELAN KERANGKA DAWAI MATA PELAJARAN
REKABENTUK BERBANTU KOMPUTER
LOURA LIND
Laporan projek ini dikemukakan
sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
( Kemahiran Hidup )
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
April 2009
ii
″Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya saya jelaskan sumbernya”.
Tandatangan : ………………………...........
Nama Penulis : LOURA LIND
Tarikh : 30 APRIL 2009
iii
DEDIKASI
Ditujukan khas buat insan-insan yang tersayang ,
Teristimewa buat ,
Kedua ibu bapa dan ahli keluarga
Yang sentiasa mendoakan kejayaanku…..
Doa kalian sentiasa mengiringi setiap langkah ku
Khas buat,
Insan tersayang…..kehadiran mu bererti dalam kehidupan ku
Terima kasih di atas dorongan dan penghargaan yang diberikan selama ini….
Yang menjadikan ku terus teguh berada di sini….
Juga buat,
Teman-teman yang mengenali diri ini....
yang sentiasa ada semasa suka duka ku...
(Colista, Nani, Conelia, Ella, Bilhorn, Joelymund, Johnny, dan Welferd)
Serta buat teman-teman seperjuangan yang lain
Percayalah bahawa setiap usaha yang ditabur akan dituai hasilnya....
Tidak ada yang sia-sia dalam mengejar cita-cita
Seterusnya,
Penyelia Pembimbing yang telah Mendidik Dengan Penuh Sabar
Dr. Muhammad Sukri Bin Saud
Terima kasih Yang Tidak Terhingga.........
iv
PENGHARGAAN
Syukur kepada Tuhan kerana dengan izin dan limpah kurniaNya, saya dapat
menyelesaikan Projek Sarjana Muda I dan Projek Sarjana Muda II mengikut waktu
yang telah ditetapkan. Setinggi-tinggi penghargaan juga saya rakamkan kepada
penyelia Projek Sarjana Muda saya iaitu Dr. Muhammad Sukri Bin Saud, kerana
tidak pernah jemu untuk memberi bimbingan, dorongan, dan sokongan sepanjang
tempoh penyeliaannya bagi PSM I dan PSM II. Penghargaan yang tidak terhingga
kepada warga Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia juga kerana telah
memberikan kerjasama kepada saya sepanjang menjalankan kajian ini. Ucapan
terima kasih turut saya tujukan kepada keluarga yang banyak memberi dorongan bagi
menyelesaikan PSM I dan PSM II dan tidak lupa juga kepada rakan-rakan
seperjuangan yang banyak memberi perangsang dan berkongsi maklumat di
sepanjang proses penulisan kajian ini. Semoga jasa baik kalian dirahmati Tuhan.
v
ABSTRAK
Tujuan utama kajian ini dijalankan adalah untuk membina dan menilai
kesesuaian dua Modul Pengajaran Kendiri (MPK) yang dibina di bawah tajuk
Wireframe Model, iaitu MPK 1: Pengenalan Kepada Binaan Asas AutoCAD 3D
(Wireframe), dan MPK 2: Pengenalan dan Pembinaan Model Kerangka Dawai
(Wireframe Model). Pembinaan kedua-dua MPK ini adalah berteraskan kepada
Model Teras-Cabang Shaharom (1994). Kajian ini merupakan kajian deskriptif yang
menggunakan pendekatan kualitatif dan kuantitatif dengan menggunakan borang soal
selidik, serta kaedah temubual sebagai instrumen kajian. MPK ini dinilai melalui tiga
peringkat penilaian, iaitu Penilaian Formatif Satu dengan Satu (PFSS) melibatkan
seorang pakar, Penilaian Formatif Kelompok Kecil (PFKK) melibatkan dua orang
pakar, dan Penilaian Formatif Percubaan Luar (PFPL) melibatkan seramai 16 orang
pelajar Tahun 2 Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)
(SPH). Penilaian dilakukan untuk menilai kesesuaian MPK yang dibina untuk
kegunaan pelajar Tahun 2 Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran
Hidup) - SPH bagi subjek Rekabentuk Berbantu Komputer (SPL 2402) di Universiti
Teknologi Malaysia (UTM), Skudai Johor. Hasil analisis mendapati bahawa kedua-
dua MPK ini adalah sesuai untuk kegunaan pelajar tahun 2 SPH bagi mata pelajaran
Rekabentuk Berbantu Komputer.
vi
ABSTRACT
The main purpose of this study is to develop and evaluate the suitability of
two Self Instructional Module (SIM) which were develop based on the Wireframe
Model topic, the modules were SIM 1:Introduction to AutoCAD 3D Basic
Development (Wireframe), and SIM 2: Introduction and Development of Wireframe
Model. The development of these modules was based on Shaharom Core-Branch
Model (1994). This is a descriptive study that used quantitative and qualitative
approached by using questionnaire form and interview method as study instrument.
The SIMs were evaluated through three stages of evaluations, were One-to-One
Formative Evaluation (OOFE) involved one expert, Small Group Formative
Evaluation (SGFE) involved two experts, and Outside-Trial Formative Evaluation
(OTFE) involved 16 students. This evaluations were done in order to find out
whether the SIMs are suitable for the use of second year student of Bachelor of
Technology with Education (Living Skills)-SPH for AutoCAD subject (SPL 2402) at
University Teknologi Malaysia (UTM), Skudai Johor. Analyzed result found that
both of the SIMs is suitable for the use of second year students of SPH for AutoCAD
subject.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xii
SENARAI RAJAH xiii
SENARAI SINGKATAN xvi
SENARAI LAMPIRAN xv
1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 4
1.3 Pernyataan Masalah 6
1.4 Objektif Kajian 6
1.5 Persoalan Kajian 7
1.6 Kepentingan Kajian 8
1.7 Skop Dan Batasan Kajian 9
viii
1.8 Definisi Istilah 10
1.8.1 Pengajaran Bermodul (PB)
1.8.2 Modul Pengajaran Kendiri (MPK)
1.8.3 Penilaian Formatif
1.8.4 CAD
1.8.5 AutoCAD
1.8.6 Wireframe
1.8.7 Kesesuaian
1.8.8 Pelajar Atau Murid
1.8.9 Guru Atau Pensyarah
1.9 Ringkasan 13
2 SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 14
2.2 Kajian Terhadap Pengindividuan Pengajaran dan 14
Pembelajaran Menerusi Pengajaran Bermodul
2.2.1 Definisi Modul Pengajaran Kendiri (MPK), dan 15
Pengajaran Bermodul (PB)
2.2.2 Tujuan Pengajaran Bermodul 15
2.2.3 Kebaikan Pengajaran Bermodul 16
2.3 Model Teras-Cabang Shaharom, 1994 16
2.3.1 Komponen Teras 17
2.3.2 Komponen Cabang 18
2.4 Model-model yang berkaitan dengan Pembinaan MPK 20
2.4.1 Model Burns (1972) 20
2.4.2 Model Kligstedt (1972) 22
2.4.3 Model Eijl (1976) 23
2.4.4 Model De vito (1976) 24
2.4.5 Model Meyer (1988) 25
2.5 Rasional penggunaan Model Teras-Cabang 25
Shaharom (1994)
ix
2.6 Kajian terhadap keberkesanan kaedah Pengajaran 26
Bermodul (PB) untuk mata pelajaran Fizik dalam
sukatan pelajaran Tingkatan Empat.
2.7 Kajian terhadap pembinaan dan penilaian kesesuaian 28
Modul Pengajaran Kendiri (MPK) dalam bidang
Pendidikan Teknik dan Vokasional : Kemahiran Hidup
(KH)
2.8 Ringkasan 30
3 METODOLOGI
3.1 Pengenalan 31
3.2 Rekabentuk Kajian 31
3.3 Tajuk-tajuk Modul Pengajaran Kendiri (MPK) 32
3.3.1 MPK 1: Pengenalan Kepada Binaan Asas 32
Lukisan 3D (Wireframe)
3.3.2 MPK 2: Pengenalan dan Pembinaan Model 33
Kerangka Dawai (Wireframe Model)
3.4 Responden 33
3.5 Instrumen Kajian 34
3.6 Tatacara Kajian 35
3.6.1 Kajian Tahap 1: Pembinaan MPK 37
3.6.2 Kajian Tahap 2: Penilaian Formatif Satu dengan 38
Satu (PFSS)
3.6.3 Kajian Tahap 3: Penilaian Formatif Kelompok 38
Kecil (PFKK) dan Penilaian Formatif Percubaan
Luar (PFPL)
3.6.4 Kajian Tahap 4: Analisis data dan maklumat 40
3.7 Andaian Kajian 41
3.8 Batasan Kajian 42
3.9 Ringkasan 43
x
4 ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 45
4.2 Bahagian A: Pembinaan Modul Pengajaran kendiri 45
(MPK)
4.2.1 MPK 1: Pengenalan kepada Binaan Asas Lukisan 46
3D (wireframe)
4.2.2 MPK 2: Pengenalan dan Pembinaan Model 47
Kerangka Dawai (Wireframe Model)
4.3 Bahagian B: Analisis Data Berdasarkan Persoalan Kajian 49
4.3.1 Analisis Persoalan Kajian 1 49
4.3.2 Analisis Persoalan Kajian 2 51
4.3.4 Analisis Persoalan Kajian 3 53
4.4 Ringkasan 54
5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 56
5.2 Rumusan 57
5.2.1 Bahagian A: Pembinaan Modul Pengajaran 57
Kendiri (MPK)
5.2.2 Bahagian B: Penilaian Modul Pengajaran Kendiri 58
(MPK)
5.3 Perbincangan 61
5.3.1 Perbincangan Bahagian A: Pembinaan MPK 1: 61
Pengenalan Kepada Binaan Asas Lukisan 3D
(Wireframe), dan MPK 2: Pengenalan dan
Pembinaan Model Kerangka Dawai (Wireframe
Model).
5.3.2 Perbincangan Bahagian B: Penilaian MPK oleh 63
pensyarah dan pelajar ke atas kesesuaian MPK 1:
Pengenalan Kepada Binaan Asas Lukisan 3D
xi
(Wireframe), dan MPK 2: Pengenalan dan
Pembinaan Model Kerangka Dawai (Wireframe
Model) yang dibina.
5.4 Cadangan 67
5.5 Ringkasan 68
RUJUKAN 69
LAMPIRAN 73
xii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKASURAT
3.1 Jadual Skala Pemeringkatan Kesesuaian MPK
41
4.1 Jadual Persetujuan Responden Terhadap
Format MPK 1 dan MPK 2 Berdasarkan
Penilaian Formatif Satu dengan Satu (PFSS)
50
4.2 Jadual Persetujuan Responden Terhadap
Kesesuaian MPK 1 dan MPK 2 Berdasarkan
Penilaian Formatif Kelompok Kecil (PFKK)
52
4.3 Jadual Persetujuan Responden Terhadap
Kesesuaian MPK 1 dan MPK 2 Berdasarkan
Penilaian Formatif Percubaan Luar (PFPL)
53
xiii
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK MUKASURAT
2.1 Model Teras-Cabang 20
3.1 Tatacara Kajian 36
3.2 Rangka Kerja Kajian Pembinaan MPK 37
3.3 Rangka Kerja Penilaian Formatif Satu dengan
Satu (PFSS)
38
3.4 Rangka Kerja Penilaian Formatif Kelompok
Kecil (PFKK), dan Penilaian Formatif
Percubaan Luar (PFPL)
39
xiv
SENARAI SINGKATAN
PB - Pengajaran Bermodul
PFKK - Penilaian Formatif Kelompok Kecil
PFPL - Penilaian Formatif Percubaan Luar
PFSS - Penilaian Formatif Satu dengan Satu
P&P - Pengajaran dan Pembelajaran
MPK - Modul Pengajaran Kendiri
SPH - Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)
UTM - Universiti Teknologi Malaysia
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Perkembangan pendidikan merupakan salah satu aspek penting dalam
membangunkan sesebuah negara. Kecekapan suatu sistem pendidikan secara khusus
boleh dilihat dari segi sejauh mana sistem persekolahan itu dapat menjalankan
fungsinya untuk memenuhi keperluan semasa bagi masyarakat yang berkenaan (Koh,
1994). Sistem pendidikan yang dijalankan haruslah bersesuaian dengan era
pembangunan sesebuah negara, agar ianya seiringan dengan keperluan semasa dan
dapat menyumbangkan sesuatu yang berharga kepada pelbagai aspek.
Penggunaan teknologi komputer merupakan salah satu ciri bahawa sesebuah
negara telah menuju ke era pembangunan. Penggunaan komputer dalam bidang
Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) telah diperkenalkan di Amerika Syarikat sejak
tahun 1960-an. Sebagai sebuah negara yang sedang membangun, Malaysia juga tidak
ketinggalan menggunakan komputer dalam bidang pendidikan dengan menambahkan
satu mata pelajaran yang menggunakan komputer, iaitu Rekabentuk Berbantu
Komputer atau AutoCAD. Rekabentuk Berbantu Komputer telah membuka era baru
dalam bidang rekabentuk dan Lukisan Kejuruteraan dengan penggunaan komputer.
2
Menurut Bryan (2003), AutoCAD adalah program yang direka oleh Autodesk,
yang digunakan secara meluas di dalam bidang kejuruteraan dan arkitek. Dictionary
of IT Terms (2002) turut memberikan definisi AutoCAD sebagai pakej perisian CAD
untuk Kejuruteraan Mekanikal yang dipasarkan di Autodesk Inc. Berdasarkan
takrifan-takrifan ini, bolehlah disimpulkan bahawa AutoCAD merupakan satu
kaedah atau teknik di mana manusia dan mesin saling bergandingan untuk
menyelesaikan masalah di dalam aspek kejuruteraan.
Melalui penggunaan AutoCAD, masa penyediaan, penambahbaikan, dan
penyuntingan lukisan kejuruteraan dapat dijimatkan, di samping mengurangkan
pembaziran bahan lukisan seperti kertas lukisan dan alat melukis yang lain. Perisian
CAD yang digunakan telah memudahkan para pelukis kerana, membolehkan pelukis
tidak perlu membuat penyuntingan atau penambahbaikan secara keseluruhan pada
lukisan yang terdahulu.
Terdapat dua elemen dalam pembelajaran, iaitu pengajar serta pelajar. Dalam
sistem pendidikan pengajar bermaksud guru, manakala pelajar adalah pelajar sekolah.
Sistem Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) yang hanya menggunakan buku teks
atau satu sumber sahaja dalam mempelajari sesuatu mata pelajaran kurang
memberikan kesan dalam pembelajaran pelajar. Pada kebiasaannya, maklumat yang
terkandung di dalam buku teks hanya menyentuh sedikit tentang sesuatu topik dalam
pembelajaran, di mana ianya hanya menyumbangkan pengetahuan asas sahaja.
Manakala maklumat lain terpaksa dirujuk pada buku rujukan. Selain itu, soalan-
soalan yang terkandung dalam buku teks juga terhad, serta kebiasaannya hanya
menguji pengetahuan asas pelajar (Sazila, 2002).
Hal ini dapat dilihat dalam proses P&P bagi mata pelajaran Rekabentuk
Berbantu Komputer pada peringkat Universiti Teknologi Malaysia, Skudai Johor
(UTM), di mana para pelajar tidak dapat menguasai sesuatu topik dengan baik dalam
suatu masa P&P di dalam kelas. Menurut Rudin (1992), dari pemerhatian di bilik
darjah adalah jelas bahawa ramai guru tidak mengambil peluang untuk memberi
penerangan yang berkesan yang boleh memudahkan kefahaman muri-murid
3
mengenai sesuatu yang mereka ingin sampaikan. Sebaliknya, pendekatan-pendekatan
yang digunakan sering kali membosankan pelajar dan mempengaruhi mereka secara
negatif. Lazimnya masalah-masalah ini boleh diatasi dengan penggunaan alat bantu
mengajar yang ringkas, senang direkabentuk dan murah tetapi berkesan.
Oleh itu, bagi meningkatkan keberkesanan sistem P&P, para pelajar perlu
dibantu dengan menggunakan Modul Pengajaran yang terdiri daripada pelbagai
bentuk atau media. Semua media boleh dikelaskan kpada lima kategori iaitu bahan
bercetak, bahan visual, bahan audio, bahan sebenar serta interaksi sesama manusia
(Russel, 1974). Dengan penggunaan Modul Pengajaran Kendiri, pengembangan dan
kekuatan minda pelajar adalah bergantung kepada bahan yang dihasilkan khas atau
sekurang-kurangnya telah diubahsuai mengikut objektif yang dikehendaki. Menurut
Rowntree (1986), bahan pengajaran kendiri yang dibina seharusnya meliputi atau
menyerupai fungsi guru dalam situasi pembelajaran konvensional. Iaitu membantu,
memotivasi, menghuraikan, mengingatkan, bertanyakan soalan, serta memberikan
pemulihan dan sebagainya.
Pengajaran Bermodul (PB), dengan menggunakan Modul Pengajaran Kendiri
(MPK) amat diperlukan semasa proses P&P kerana ianya bercirikan mudah lentur.
Hal ini menunjukkan bahawa Pembelajaran Bermodul dalam MPK dapat
meningkatkan prestasi pelajar. Menurut Shaharom (1995), Modul Pengajaran
Kendiri (MPK) biasanya disesuaikan dengan perbezaan individu di kalangan para
pelajar dengan menyediakan kemudahlenturan dari segi kecepatan diri (self-pasing),
format, dan juga kandungan bahan pembelajaran. Oleh itu, adalah tidak mustahil jika
MPK turut sesuai digunakan oleh para pelajar dalam mempelajari mata pelajaran
Rekabentuk Berbantu Komputer di peringkat UTM. Menurut Creager dan Murray
(1971), perlu diingatkan bahawa Pengajaran Bermodul (PB) ini bukanlah untuk mata
pelajaran tertentu sahaja, malahan ia boleh digunakan pada semua mata pelajaran dan
di semua peringkat; dari sekolah menengah hinggalah ke peringkat universiti.
4
1.2 Latar Belakang Masalah
Pada hari ini bilangan organisasi yang menggunakan teknologi CAD telah
meningkat, malahan mata pelajaran AutoCAD turut diperkenalkan di kebanyakan
sekolah menengah, politeknik, dan pusat pengajian tinggi. Hal ini adalah disebabkan
keberkesanan penggunaan peralatan CAD yang penting bagi kebanyakan syarikat
untuk bersaing dengan jayanya dalam bidang pemasaran (Robert, 1984).
Pengenalan teknologi CAD dalam bidang pendidikan adalah memerlukan
penguasaan yang tinggi oleh para pelajar. Proses Pengajaran dan Pembelajaran
semasa kuliah belum cukup bagi para pelajar 2 SPH - Sarjana Muda Teknologi serta
Pendidikan (Kemahiran Hidup) di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai untuk
menguasai sesuatu tajuk yang dipelajari bagi mata pelajaran Rekabentuk Berbantu
Komputer (AutoCAD) (SPL 2402). Pengajar dan pelajar tidak dapat menilai
kemajuan P&P dengan hanya pembelajaran semasa kuliah tanpa penilaian. Justeru
itu para pelajar perlu dibantu dengan MPK yang dapat memberikan pengukuhan
kepada pelajar selepas mempelajari sesuatu bahagian atau tajuk dalam mata pelajaran
ini. Modul Pengajaran Kendiri (MPK) biasanya mempunyai unsur-unsur penilaian di
tempat-tempat yang strategik dan juga di akhir sesuatu modul berkenaan. Ini
membolehkan para pelajar mencuba ujian-ujian yang disediakan, dan pada masa
yang sama mereka akan mendapat maklum balas yang segera dan berterusan
mengenai tahap pencapaian dan kefahaman mereka (Shaharom, 1994). Pengajar juga
dapat menggunakan bahagian aktiviti pelajar, iaitu bahagian pengayaan dan
pemulihan yang terdapat dalam MPK untuk memenuhi keperluan pelajar yang
berdasarkan kecekapan serta kelemahan mereka.
Penyampaian isi pengajaran untuk mempelajari sesuatu mata pelajaran
dengan menggunakan satu kaedah sahaja akan menyebabkan pelajar mudah berasa
bosan. Sebagai contoh, pada hari ini kaedah kuliah masih lagi digunakan di mana
hubungan guru dan pelajar adalah sehala. Guru mengajar serta menyoal pelajar,
sementara pelajar pula hanya mendengar dan menjawab soalan guru. Kaedah
pembelajaran ini biasanya dianggap membosankan pelajar (Esah, 2003).
5
Pencapaian, kefahaman dan minat murid boleh ditingkatkan dalam
pengajaran jika alat bantu mengajar digunakan dalam penjelasan guru dan sebagai
pendorong (Rudin, 1992). Menurut Shaharom (1995), Pengajaran Bermodul (PB)
menyediakan peluang kepada para pelajar untuk mempelajari sesuatu bahan
pelajaran dengan pelbagai cara dan membenarkan setiap pelajar memilih media yang
paling sesuai serta berkesan bagi mereka untuk memahami bahan tersebut.
AutoCAD merupakan satu mata pelajaran yang agak sukar difahami, oleh itu
ianya memerlukan banyak latihan dan tumpuan yang lebih bagi mempelajari sesuatu
topik. Para pelajar memerlukan satu Modul Pembelajaran yang membolehkan proses
Pengajaran dan Pembelajaran dilakukan pada bila-bila masa yang sesuai, serta
pelajar dapat memahami sesuatu tajuk dengan mudah kerana ianya telah dipecahkan
kepada unit-unit yang kecil.
Sering juga berlaku masalah kelas terpaksa dibatalkan atau ditiadakan
sekiranya pengajar tidak dapat hadir kerana ada tugasan luar. Selain itu, para pelajar
juga boleh tidak hadir kuliah jika kehadiran tidak menjadi syarat untuk memenuhi
komponen kerja kursus. Hal ini menyebabkan para pelajar tertinggal satu topik yang
seharusya dipelajari pada hari berkenaan. Ciri mudah lentur yang terdapat pada
sesuatu MPK dapat digunakan sebagai pengganti pengajar ketika tidak dapat hadir
mengajar dan juga membolehkan para pelajar mempelajari sesuatu topik secara
sendiri sekiranya tidak menghadiri kuliah. Menurut Shaharom (1995), MPK adalah
pakej pembelajaran yang bertujuan untuk membolehkan para pelajar belajar sendiri.
Selain itu, masih kurang modul bagi mata pelajaran AutoCAD yang hanya
menjurus kepada pemahaman sesuatu bab atau topik yang memasukkan bahagian
teras, pengayaan, serta pemulihan. Oleh itu, penyelidik merasakan perlunya
penghasilan MPK ini untuk membantu pelajar memahami sesuatu bab dengan mudah.
Antara contoh MPK yang hanya menjurus kepada sesuatu bab adalah MPK yang
telah dihasilkan oleh Shaharom Noordin bagi tajuk Sifat Bahan dalam mata pelajaran
Fizik Tingkatan Empat, 1994.
6
1.3 Pernyataan Masalah
Modul Pengajaran Kendiri (MPK) merupakan suatu isi pelajaran yang dapat
membantu pelajar untuk meningkatkan pemahaman mereka bagi sesuatu mata
pelajaran.
Satu kajian perlu dijalankan untuk menghasilkan satu MPK yang lengkap
bagi kegunaan para pelajar 2 SPH di peringkat Universiti Teknologi Malaysia,
Skudai Johor. Modul Pengajaran Kendiri yang dihasilkan adalah khusus bagi tajuk
Wireframe Model yang bersesuaian dengan sukatan pelajaran dan kegunaan para
pelajar 2 SPH, dengan mengadaptasikan Model Teras-Cabang Shaharom Noordin,
1994.
Dalam konteks kajian yang dijalankan pengkaji ingin menilai adakah
Penilaian Formatif ke atas dua MPK yang dibina di bawah tajuk Wireframe Model
memenuhi keperluan sukatan pelajaran, dan menekankan ke atas penglibatan para
pelajar dalam mata pelajaran serta sesuai digunakan bagi mata pelajaran Rekabentuk
Berbantu Komputer di peringkat UTM.
1.4 Objektif Kajian
Antara objektif kajian ini dijalankan adalah untuk:
1.4.1 Menilai kesesuaian format bagi dua MPK Rekabentuk Berbantu Komputer
bagi bab Wireframe Model yang dibina untuk tujuan pengajaran melalui
Penilaian Formatif Satu dengan Satu (PFSS).
1.4.2 Menilai kesesuaian bagi dua MPK Rekabentuk Berbantu Komputer bagi bab
Wireframe Model yang dibina kepada pengajar yang mengajar mata pelajaran
7
Rekabentuk Berbantu Komputer melalui Penilaian Formatif Kelompok Kecil
(PFKK).
1.4.3 Menilai kesesuaian bagi dua MPK Rekabentuk Berbantu Komputer bagi bab
Wireframe Model yang dibina kepada pelajar yang mempelajari mata
pelajaran Rekabentuk Berbantu Komputer melalui Penilaian Formatif
Percubaan Luar (PFPL).
1.5 Persoalan Kajian
Secara keseluruhannya, persoalan kajian adalah berdasarkan Penilaian
Formatif yang akan dijalankan oleh penyelidik ke atas responden yang telah dipilih.
Di samping itu, responden akan membuat penilaian terhadap MPK yang mana
responden adalah terdiri daripada para pengajar atau pensyarah Rekabentuk Berbantu
Komputer di peringkat UTM, serta pelajar yang mengambil mata pelajaran
Rekabentuk Berbantu Komputer. Terdapat beberapa perkara yang hendak ditentukan
oleh penyelidik, iaitu:
1.5.1 Adakah Penilaian Formatif Satu dengan Satu (PFSS) terhadap format dua
MPK Rekabentuk Berbantu Komputer bagi bab Wireframe Model mendapati
ianya sesuai digunakan sebagai bahan Pengajaran dan Pembelajaran bagi
mata pelajaran Rekabentuk Berbantu Komputer di peringkat pelajar 2 SPH di
UTM, Skudai?
1.5.2 Adakah Penilaian Formatif Kelompok Kecil (PFKK) terhadap dua MPK
Rekabentuk Berbantu Komputer bagi bab Wireframe Model mendapati ianya
sesuai digunakan sebagai bahan Pengajaran dan Pembelajaran bagi mata
pelajaran Rekabentuk Berbantu Komputer di peringkat pelajar 2 SPH di
UTM, Skudai?
8
1.5.3 Adakah Penilaian Formatif Percubaan Luar (PFPL) terhadap dua MPK
Rekabentuk Berbantu Komputer bagi bab Wireframe Model mendapati ianya
sesuai digunakan sebagai bahan pengajaran dan Pembelajaran bagi mata
Pelajaran Rekabentuk Berbantu Komputer di peringkat pelajar 2 SPH di
UTM, Skudai?