7
Pembinaan Modul Program Pembangunan Sahsiah Pelajar Tahun Satu Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia Hassan Bin Hushin & Mohd Suhaimi Bin Khalid Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia Abstrak : Para pelajar merupakan aset yang amat berharga bagi kecemerlangan negara pada masa akan datang. Keupayaan mereka mengimbangi pembangunan sahsiah yang sempurna sebagaimana yang dikehendaki oleh ajaran agama dan nilai-nilai budaya merupakan kejayaan kepada masyarakat dan negara. Projek ini adalah berkaitan dengan pembinaan modul Program Pembangunan sahsiah Pelajar Tahun Satu Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia sebagai panduan Jawatankuasa First Year Experience (FYE) Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia. Modul ini dibina berdasarkan kepada dua kajian yang telah dijalankan bertajuk “Tinjauan Mengenai Kategori Masalah Dengan Demografi Di kalangan Pelajar Tahun Satu Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia Berasaskan Mooney Problem Check List (MPCL)” oleh Noriasah (2006) dan kajian bertajuk “Pilihan Dan Bentuk Aktiviti Program Pembangunan Pelajar Tahun Satu Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia: Satu Tinjauan” oleh Ahmad Nawawi (2007). Modul ini dibina berdasarkan model Drum (1981) yang menekankan tiga unsur asas pendekatan perancangan program untuk dimuatkan ke dalam kerangka program yang dibina mengikut piawaian Standard Guru Malaysia (SGM) yang masih dalam peringkat cadangan oleh Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia. Diharap modul ini akan dapat membantu pihak Jawatankuasa FYE Fakulti Pendidikan UTM menjalankan program dengan lebih lancar agar pelajar akan mendapat pelbagai maklumat tentang suasana sebenar kehidupan sebagai seorang mahasiswa universiti serta dapat meningkatkan sahsiah diri. Katakunci : modul program pembangunan sahsiah pelajar Pengenalan Pendidikan secara keseluruhannya ialah suatu proses mereka bentuk kebolehan dan sikap manusia. Proses ini berlaku membolehkan seseorang individu memperoleh keyakinan dan pertumbuhan kendiri. Dalam mengejar cita-cita pelajar akan berusaha memperbaiki diri dalam pelajaran dan berhasrat untuk melanjutkan pelajaran ke universiti dalam peredaran usia yang meningkat dewasa. Ini bertujuan bagi menyediakan diri mereka dalam menghadapi cabaran masa akan datang sama ada sebagai pemimpin, pekerja swasta ataupun sebagai seorang usahawan. Bagi menyediakan diri ke arah ini mereka akan memohon memasuki ke universiti selepas mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan awam yang sedia ditawarkan oleh Kementerian Pelajaran seperti SPM, STPM, Diploma dan sebagainya. Sesebuah negara yang mempunyai sistem pendidikan yang dijalankan secara terancang dan sistematik terhadap perkembangan jasmani dan rohani bagi tujuan melengkapkan kehidupan seseorang dengan sempurna. Ini dapat dilihat pentingnya sesebuah Institut Pengajian Tinggi kepada masyarakat pada masa kini. Boleh dikatakan sesiapa yang dapat memasuki ke IPT adalah dipandang tinggi oleh masyarakat. Ada antara ibu bapa yang sanggup meraikan kejayaan anak-anak mereka yang dapat memasuki mana-mana IPT awam di negara kita dengan majlis tertentu seperti kenduri dan sebagainya. Pendidikan tinggi di IPT telah dikaitkan dengan usaha menukar status seseorang

Pembinaan Modul Program Pembangunan Sahsiah Pelajar Tahun Satu Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Pembinaan Modul Program Pembangunan Sahsiah Pelajar Tahun Satu Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

Citation preview

Page 1: Pembinaan Modul Program Pembangunan Sahsiah Pelajar Tahun Satu Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

Pembinaan Modul Program Pembangunan Sahsiah Pelajar Tahun Satu Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

Hassan Bin Hushin & Mohd Suhaimi Bin Khalid Fakulti Pendidikan,

Universiti Teknologi Malaysia Abstrak : Para pelajar merupakan aset yang amat berharga bagi kecemerlangan negara pada masa akan datang. Keupayaan mereka mengimbangi pembangunan sahsiah yang sempurna sebagaimana yang dikehendaki oleh ajaran agama dan nilai-nilai budaya merupakan kejayaan kepada masyarakat dan negara. Projek ini adalah berkaitan dengan pembinaan modul Program Pembangunan sahsiah Pelajar Tahun Satu Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia sebagai panduan Jawatankuasa First Year Experience (FYE) Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia. Modul ini dibina berdasarkan kepada dua kajian yang telah dijalankan bertajuk “Tinjauan Mengenai Kategori Masalah Dengan Demografi Di kalangan Pelajar Tahun Satu Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia Berasaskan Mooney Problem Check List (MPCL)” oleh Noriasah (2006) dan kajian bertajuk “Pilihan Dan Bentuk Aktiviti Program Pembangunan Pelajar Tahun Satu Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia: Satu Tinjauan” oleh Ahmad Nawawi (2007). Modul ini dibina berdasarkan model Drum (1981) yang menekankan tiga unsur asas pendekatan perancangan program untuk dimuatkan ke dalam kerangka program yang dibina mengikut piawaian Standard Guru Malaysia (SGM) yang masih dalam peringkat cadangan oleh Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia. Diharap modul ini akan dapat membantu pihak Jawatankuasa FYE Fakulti Pendidikan UTM menjalankan program dengan lebih lancar agar pelajar akan mendapat pelbagai maklumat tentang suasana sebenar kehidupan sebagai seorang mahasiswa universiti serta dapat meningkatkan sahsiah diri. Katakunci : modul program pembangunan sahsiah pelajar Pengenalan Pendidikan secara keseluruhannya ialah suatu proses mereka bentuk kebolehan dan sikap manusia. Proses ini berlaku membolehkan seseorang individu memperoleh keyakinan dan pertumbuhan kendiri. Dalam mengejar cita-cita pelajar akan berusaha memperbaiki diri dalam pelajaran dan berhasrat untuk melanjutkan pelajaran ke universiti dalam peredaran usia yang meningkat dewasa. Ini bertujuan bagi menyediakan diri mereka dalam menghadapi cabaran masa akan datang sama ada sebagai pemimpin, pekerja swasta ataupun sebagai seorang usahawan. Bagi menyediakan diri ke arah ini mereka akan memohon memasuki ke universiti selepas mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan awam yang sedia ditawarkan oleh Kementerian Pelajaran seperti SPM, STPM, Diploma dan sebagainya. Sesebuah negara yang mempunyai sistem pendidikan yang dijalankan secara terancang dan sistematik terhadap perkembangan jasmani dan rohani bagi tujuan melengkapkan kehidupan seseorang dengan sempurna. Ini dapat dilihat pentingnya sesebuah Institut Pengajian Tinggi kepada masyarakat pada masa kini. Boleh dikatakan sesiapa yang dapat memasuki ke IPT adalah dipandang tinggi oleh masyarakat. Ada antara ibu bapa yang sanggup meraikan kejayaan anak-anak mereka yang dapat memasuki mana-mana IPT awam di negara kita dengan majlis tertentu seperti kenduri dan sebagainya. Pendidikan tinggi di IPT telah dikaitkan dengan usaha menukar status seseorang

Page 2: Pembinaan Modul Program Pembangunan Sahsiah Pelajar Tahun Satu Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

kepada manusia yang berdarjat tinggi dalam masyarakat, persediaan menceburi kerjaya elit, ada yang menganggap kemuncak pencapaian jika dapat memasuki ke Universiti dan proses terakhir persekolahan. Ini dapat di sokong dengan jumlah kemasukan ke IPTA tahun ini meningkat dengan ketara, di mana sejumlah 40116 orang telah ditawarkan melanjutkan pelajaran bagi sesi 2007/2008, daripada jumlah itu seramai 4,061 pelajar termasuk 100 orang pelajar antarabangsa yang mengikuti pengajian di peringkat Sarjana Muda ditempatkan di UTM Skudai, Johor ( Skudai Post Online ) . Namun adakah mereka memberi bekalan rohani dan jasmani yang secukupnya kepada anak-anak untuk menghadapi rencah kehidupan sebagai siswa siswi sebuah universiti yang berhadapan pelbagai pengalaman dan dugaan baru di samping berjauhan dengan keluarga. Seperti yang telah umum ketahui kecemerlangan pelajar dalam akademik perlu diimbangkan dengan kecemerlangan sahsiah individu dan penglibatan yang aktif dalam segenap aktiviti yang diadakan bagi melahirkan seorang pelajar yang serba boleh dan bertaraf dunia. Sesuai dengan slogan yang sering di ucapkan oleh pemimpin-pemimpin negara iaitu menjadi “cemerlang gemilang dan terbilang”. Dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan juga menekankan matlamat menjadikan pendidikan sebagai asas pembangunan negara dari sudut pembangunan yang seimbang antara material emosi dan jasmani serta intelektualisme individu. Latar Belakang Masalah Pembangunan pelajar di institusi pengajian tinggi adalah penting semenjak mereka melangkahkan kaki pada hari pertama lagi di kampus. Pembangunan pelajar didefinisikan sebagai pengetahuan mengenai teori-teori pembelajaran yang dipraktikkan di dalam pembelajaran, pembangunan dan pengkajian dengan pemikiran, emosi, budaya, sikap, jasmani, personaliti, dan pendedahan kepada kehidupan pelajar (Brown, 1980) dalam (Mohd Ismail, 2005). Pembentukan kumpulan-kumpulan kecil di universiti dapat memperlihatkan perkembangan pergaulan pelajar dalam usaha menyelesaikan masalah yang timbul semasa pengajian mereka. Oleh yang demikian program pembangunan pelajar adalah sangat penting diterapkan kepada pelajar tahun satu supaya mereka tidak hilang arah untuk melayari pengajian mereka dalam jangka masa panjang yang kebanyakan memakan masa pengajian tiga hingga empat tahun. Berdasarkan penyataan latar belakang masalah di atas jelas menunjukkan tidak ada lagi usaha-usaha untuk membina program-program yang dirancang khas untuk pelajar tahun satu di Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia. Oleh yang demikian dengan merujuk kepada masalah dan dapatan kajian yang dijalankan oleh penyelidik yang lepas seperti Ahmad Nawawi (2007) pengkaji akan merangka dan membina struktur modul program pembangunan pelajar dari segi sahsiah pelajar, mengikut kesesuaian pelajar-pelajar tahun satu di kampus UTM skudai. Ini bagi membolehkan pihak pentadbir menggunakannya untuk program-program khasnya untuk Fakulti Pendidikan. Dalam konteks ini Universiti Teknologi Malaysia mempunyai banyak fakulti di dalamnya untuk mengawal dan menyediakan program yang menyeluruh adalah sangat sukar. Namun begitu dengan batuan pihak tertentu seperti MPP dan HEP program yang dirancang dengan baik mengikut kesesuaian kepada pelajar. Namun begitu program yang dijalankan mestilah selaras dengan misi dan visi universiti. Dalam Fakulti Pendidikan sendiri terdapat pelbagai jabatan yang membentuk insan sebagai bakal guru yang cemerlang dari segi intelek dan rohaninya. Oleh yang demikian program yang dijalankan mesti bersesuaian dengan pelajar yang dibentuk menjadi seorang tenaga pendidik pada masa akan datang.

Page 3: Pembinaan Modul Program Pembangunan Sahsiah Pelajar Tahun Satu Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

Objektif Pembangunan Modul Modul ini dibina bertujuan membantu pihak pengurusan dalam mengendalikan program-program yang dijalankan melibatkan pelajar-pelajar tahun satu. Antara objektif khusus ialah:

i. Membantu pelajar yang menghadapi masalah pada peringkat awal untuk menyesuaikan diri di alam kampus.

ii. Membantu pelajar menyelesaikan masalah mereka dalam pembelajaran pada tahun pertama.

iii. Membantu pelajar meningkatkan jati diri mereka dan mengamalkan gaya hidup sihat.

iv. Membantu pelajar menjadi seorang insan yang cemerlang dalam semua aspek jasmani,emosi,rohani dan intelek.

Kepentingan Pembangunan Modul Daripada pembangunan modul ini dapat memberi sumbangan kepada pihak pentadbir universiti untuk menjalankan satu program yang dapat menyelesaikan masalah sosial pelajar bagi meningkatkan sahsiah pelajar seterusnya meningkatkan pencapaian akademik mereka dan menjadi seorang siswa yang unggul. Pembentukan Kerangka Program Kerangka program ini akan dibentuk berdasarkan kepada model pembangunan pelajar yang disarankan oleh Hurst and Jacobson (1985) yang memberi penekanan kepada tiga perkara utama iaitu tujuan program, sasaran program serta kaedah yang digunakan. Kerangka program ini juga turut mengambil kira piawaian Standard Guru Malaysia (SGM) yang digariskan oleh Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai panduan. Piawaian SGM ini terdiri daripada dua komponen utama iaitu standard dan keperluan. Komponen standard menekankan kepada tiga aspek utama iaitu nilai dan amalan profesion perguruan, pengetahuan dan kefahaman berkaitan bidang perguruan dan juga kemahiran menguasai pengajaran dan pembelajaran. Komponen keperluan pula memberi penekanan kepada latihan berkaitan dengan kursus yang diambil, penilaian, kolaborasi antara pelajar serta kemudahan infrastruktur dan infostruktur. Dengan menyertai program ini diharap semua pelajar Tahun Satu Fakulti Pendidikan yang dilatih dalam bidang perguruan akan dapat memenuhi piawaian standard kualiti yang ditetapkan supaya mereka dapat meningkatkan serta memantapkan ilmu, kemahiran dan juga personaliti diri. Kerangka Program ini mengandungi enam perkara asas terdiri daripada komponen, elemen, kaedah, sasaran, masa perlaksanaan dan agensi pelaksana. Kandungan Modul Tajuk Modul pembangunan sahsiah pelajar tahun satu ini mengandungi dua unit yang dibahagikan dengan tajuk besar iaitu:

v. Pengurusan diri seorang mahasiswa. vi. Pembangunan motivasi diri membentuk sahsiah cemerlang.

Unit pertama ialah pengurusan diri mahasiswa. Dalam unit ini dibahagikan kepada beberapa sub tajuk yang sesuai untuk pengetahuan pelajar tahun satu dan diamalkan sepanjang pengajian mereka. Antara sub-sub tajuknya ialah :

Page 4: Pembinaan Modul Program Pembangunan Sahsiah Pelajar Tahun Satu Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

i. Konsep umum pengurusan diri ii. Pengurusan diri secara fizikal iii. Pengurusan diri secara emosi iv. Kepentingan pengurusan diri v. Konsep umum pembentukan personaliti diri

a. Perwatakan b. Sahsiah c. Etika d. Kemasan diri

vi. Latihan dalam kumpulan Unit kedua pula ialah motivasi membentuk sahsiah diri. Dalam unit ini dibahagikan kepada beberapa sub tajuk yang dijangkakan adalah penting untuk pengetahuan pelajar tahun satu dan diamalkan sepanjang pengajian mereka. Antara sub-sub tajuknya ialah :

i. Konsep umum motivasi diri. ii. Kepentingan motivasi diri iii. Jenis-jenis motivasi iv. Langkah pertama untuk menjadi pelajar cemerlang v. Membina matlamat sebagai pelajar IPTA vi. Aktiviti Pengukuhan vii. Latihan dalam kumpulan

Pemilihan tajuk-tajuk dan sub-sub tajuk di atas diharapkan dapat membantu pihak pentadbiran fakulti serta pelajar menggunakannya sebagai panduan yang berguna dalam menghadapi pelbagai situasi di dalam kampus. Penulis mendapati input-input yang difokuskan dalam tajuk-tajuk di atas amat penting kepada pelajar baru menempuhi alam kampus yang serba mencabar. Matlamat Khusus Matlamat khusus yang terdapat dalam modul ini dipecahkan kepada dua mengikut tajuk. Matlamat ini dibina berasaskan keperluan pelajar mengikut tajuk yang dicadangkan. Penyataan matlamat dalam kedua-dua unit yang dibina adalah seperti berikut:

i. Matlamat unit satu : Supaya pelajar dapat mempersiapkan diri dan menanam nilai-nilai seorang guru yang beretika sebelum tamat pengajian.

ii. Matlamat unit dua : Supaya pelajar menjana diri ke arah mencapai kecemerlangan sepanjang pengajian di UTM.

Alatan Penyediaan alatan merupakan satu perkara asas yang penting dan sangat di perlukan untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti dalam kedua-dua unit yang dibina ini. Antara peralatan dijangka sangat perlu dalam modul ini adalah seperti berikut :

i. LCD ii. Komputer iii. Papan layar

Latihan Dalam Kumpulan Modul yang dibina ini juga disediakan dengan aktiviti pengukuhan atau latihan dalam kumpulan. Aktiviti pengukuhan dan aktiviti dalam kumpulan yang dibina adalah berdasarkan

Page 5: Pembinaan Modul Program Pembangunan Sahsiah Pelajar Tahun Satu Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

pengalaman dan pembacaan penulis tentang aktiviti yang sering dijalankan dalam program seperti ini. Ini dapat dilihat dalam Cek Mat (2005), penulis mengambil idea-idea yang beliau utarakan dan diubahsuai mengikut keperluan pelajar. Apa yang dikemukakan oleh beliau bersesuaian dengan organisasi pekerjaan dan kurang sesuai untuk pelajar. Oleh itu, pengubahsuaian latihan dalam modul pembangunan sahsiah ini dibina khusus untuk pelajar tahun satu Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia. Latihan dalam modul ini akan mendedahkan pelajar tahun satu kepada suasana sebenar alam kampus yang begitu mencabar. Selain itu penulis juga menggunakan rujukan buku-buku hasil penulisan daripada mereka yang pakar dalam bidang ini seperti, HM Iskandar, Mohd Fazilah Kamsah, dan Mohd Shukri Abdullah. Dengan modul yang dicadangkan diharap pelajar dapat menjalani kehidupan alam kampus dengan nilai sahsiah yang terpuji, terutamanya pelajar daripada Fakulti Pendidikan yang diketahui umum adalah bakal pendidik apabila mereka tamat pengajian di UTM nanti. Rumusan Modul ini dibangunkan untuk kegunaan pihak Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia serta Jawatankuasa First Year Experience dalam melahirkan pelajar tahun satu yang cemerlang dan berketerampilan dari segala segi melalui pencapaian akademik serta dapat menyesuaikan diri dengan suasana dan gaya pembelajaran di universiti. Oleh itu, modul ini dibina dua objektif iaitu objektif am dan objektif khusus. Objektif am adalah merangkumi keseluruhan modul ini, iaitu unit pertama dan unit kedua. Ia dinyatakan dahulu sebelum modul pertama. Ini bertujuan menjelaskan objektif secara keseluruhan modul tersebut. Objektif am modul ini dapat menilai dan menjelaskan potensi diri dan seterusnya menyumbang kepada pembentukan kendiri yang bersikap positif, bermotivasi, dinamik dan berkeyakinan terhadap keupayaan diri sendiri. Dalam proses pembinaan modul ini, penulis menekankan beberapa perkara telah diambil kira antaranya ialah kesesuaian dengan kumpulan sasaran, kaedah digunakan dan latihan yang disediakan. Pemilihan tajuk-tajuk dan sub-sub tajuk dalam modul ini, diharapkan dapat membantu pihak pentadbiran fakulti serta pelajar menggunakannya sebagai panduan yang berguna dalam menghadapi pelbagai situasi di dalam kampus. Penulis mendapati input-input yang difokuskan dalam tajuk-tajuk di atas amat penting kepada pelajar baru menempuhi alam kampus yang serba mencabar. Kerangka program dan modul-modul pembangunan yang terkandung di dalam modul akan dianggap baik apabila dimuatkan dengan pelbagai aktiviti yang disusun rapi sesuai dengan kumpulan sasaran pelajar yang akan mengikuti program tersebut akan mengambil kira segala aspek kandungan yang diperlukan secara lebih spesifik mengenai pembangunan sahsiah di kalangan pelajar. Ianya meliputi segala program yang berkaitan dengan pembangunan sahsiah pelajar yang akan dapat membantu mereka menjadi insan yang lebih mulia. Program yang dicadangkan dalam modul ini akan memberi kebaikan kepada para pelajar tahun satu di IPT yang mengikutinya. Jawatankuasa yang menjalankan program ini dapat membantu pelajar untuk menghadapi tahun pertamanya dan juga bakal melahirkan pelajar cemerlang. Ini kerana kebelakangan ini hanya kajian sering dijalankan tentang masalah sosial dan keruntuhan sahsiah di kalangan pelajar IPT, namun begitu tiada satu modul khusus bagi menyelesakan masalah yang timbul. Dengan terbinanya modul ini dapatlah meringankan pihak-pihak yang terlibat dengan program pembangunan pelajar di IPT amnya dan di UTM khususnya. Modul ini dirangka khas untuk pembangunan asas sahsiah pelajar di samping memotivasikan

Page 6: Pembinaan Modul Program Pembangunan Sahsiah Pelajar Tahun Satu Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

mereka dalam menghadapi kehidupan sebagai pelajar kampus yang mempunyai nilai sahsiah yang tinggi.

Rajah 1: Rangka Pembinaan Modul Program Pembangunan Pelajar

Rujukan Abdullah Hassan, Ainon Mohd (2000). “Kemahiran Interpersonal Untuk Guru”. Selangor: PTS

Publication & Distributor Sdn. Bhd. Chek Mat (2004). “Kursus Kejurulatihan Belia”. Kuala Lumpur: Utusan Publication &

Distributor Sdn. Bhd. Evans, N. J., Fornet D. S., Guido-Dibirto.F (1998). “Student Development in College Theory,

Reasearch, And Practice.”. San Francisco, California: Jossey-Bass. Fazillah Hanom Mohd Nor (2005). “Pembangunan Pelajar Kolej Kediaman: Persepsi Dan

Faktor Penglibatan”. Skudai: UTM. Gretchen E. Lopez (2004). “Interethnic Conte, Curriculum, and Attitudes In The First Year of

College”. Journal of Social Issues, Vol. 60, 1, 2004, pp.

Page 7: Pembinaan Modul Program Pembangunan Sahsiah Pelajar Tahun Satu Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

Hurst and Jacobson(1985). A Conceptual Model Of Intervention Strategies. In W.H.Morrill, J.C.Hurst, E.R. Oetting, et al.,Dimensions Of Intervention For StudentDevelopment (pp.85-95), New York: Wiley

Jas Laile Suzana Jaafar (2002). “Psikologi Remaja”. Selangor: Prentice Hall Kamarul Azmi Jasmi (2001). “Paradigma al-iman Ai-Nawawi Dalam Pembangunan Insan, satu

Kajian Teks Terhadap Kitab Riyadh Al-Solihin”. Kuala Lumpur: Universiti Malaya. Muhamad Rudzuan Mohd Nor (2008). “Pembinaan Modul Program Pembangunan Kepimpinan

Pelajar Tahun Satu, Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia”. UTM: Projek Sarjana Muda.

Noriasah Osman Teng (2006). “Tinjauan Kategori Masalah Dengan Demografi Di Kalangn Pelajar Tahun Satu Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia Berasaskan “Mooney Problem Check List” UTM: Projek Sarjana Muda.

Rosman Abd Rahman (2000). “Persepsi Pelajar Terhadap Program Motivasi Sekolah”. UTM: Projek Sarjana Muda.

Shahabuddin Hashim, Dr. Rohizani Yaakub (2004). “Teori Personaliti Dari Perspektif Islam, Timur Dan Barat”. Bentong Pahang: PTS Publication & Distributor Sdn. Bhd.

Sharifah Alawiyah Alsagoff (1985). “Pendidikan Pedagogi”. Kuala Lumpur: Henman Asia. Wan Azmi Ramli (1992). “Pembangunan Masyarakat dari Perspektif Kebajikan”. Kuala

Lumpur: Utusan Publication & Distributor Sdn. Bhd.