15
Vol. 3, No.3 (2020) E-ISSN: 2637-0271 8 PEMENTASAN TEATER BERUNSUR ISLAM DI ZON PANTAI TIMUR, SEMENANJUNG MALAYSIA [ISLAMIC THEATRE ON THE EAST COAST OF PENINSULAR MALAYSIA] *1 FAZILAH HUSIN [email protected] 1 MOHD ZARIAT ABDUL RANI [email protected] 2 SITI HUSNIAH HUSIN [email protected] 1 ZULKIFLI MOHAMAD [email protected] 1 Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia, 43400 Serdang, Selangor. 2 Jabatan Bahasa Inggeris, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia, 43400 Serdang, Selangor. *Corresponding Author ABSTRACT This study is about Islamic theatre in states in the Northeast Region, located on the East Coast of Peninsular Malaysia (henceforth WTL) which comprises states such as Kelantan, Terengganu and Pahang. States in this region have similarities in their emphasis on religious and cultural values in their daily activities. The region has a background in theatrical arts and traditional performances in Malaysia including makyung, shadow puppets and joget. In this regard, the study aims to describe the development and features of Islamic theatre in WTL for the last 10 years, between 2009 and 2018. The description of the features of Islamic theatre has been focused on a single staging to represent each state in WTL. The analysis of the characteristics of Islamic theatre is based on the six principles outlined in the Theatre of Fitrah approach. Data collection involves document analysis and video, and interviews. The study found that there were not many Islamic theatres in the region during the study period, with only one staging in Kelantan, three in Terengganu and one in Pahang. The staging in Kelantan is fragmented about Kelantan religious scholars, Tok Kenali; in Terengganu, there were three performances, the theatre of Ustaz Zapin, Menunggu Kata dari Tuhan and Untuk Mu Rasulullah; and Pergi Mati … dengan Islam in Pahang. All of these manuscripts are preaching and featuring images, characters and questions related to Islam. In terms of staging, there are still some things that need to be refined to minimize conflicts with Islamic values. Keywords: Islamic elements, Northeast Region, Theatre of Fitrah, principles, characterization. ABSTRAK Kajian ini adalah tentang teater berunsur Islam yang dipentaskan di negeri-negeri di Wilayah Timur Laut (WTL) yang terletak di Pantai Timur Semenanjung Malaysia iaitu Kelantan, Terengganu dan

PEMENTASAN TEATER BERUNSUR ISLAM DI ZON PANTAI TIMUR

  • Upload
    others

  • View
    6

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: PEMENTASAN TEATER BERUNSUR ISLAM DI ZON PANTAI TIMUR

Vol. 3, No.3 (2020) E-ISSN: 2637-0271

8

PEMENTASAN TEATER BERUNSUR ISLAM DI ZON PANTAI

TIMUR, SEMENANJUNG MALAYSIA

[ISLAMIC THEATRE ON THE EAST COAST OF PENINSULAR

MALAYSIA]

*1FAZILAH HUSIN [email protected]

1 MOHD ZARIAT ABDUL RANI [email protected]

2 SITI HUSNIAH HUSIN [email protected]

1ZULKIFLI MOHAMAD [email protected]

1Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi

Universiti Putra Malaysia, 43400 Serdang, Selangor. 2 Jabatan Bahasa Inggeris, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi

Universiti Putra Malaysia, 43400 Serdang, Selangor.

*Corresponding Author

ABSTRACT

This study is about Islamic theatre in states in the Northeast Region, located on the East Coast of

Peninsular Malaysia (henceforth WTL) which comprises states such as Kelantan, Terengganu and

Pahang. States in this region have similarities in their emphasis on religious and cultural values in

their daily activities. The region has a background in theatrical arts and traditional performances in

Malaysia including makyung, shadow puppets and joget. In this regard, the study aims to describe

the development and features of Islamic theatre in WTL for the last 10 years, between 2009 and 2018.

The description of the features of Islamic theatre has been focused on a single staging to represent

each state in WTL. The analysis of the characteristics of Islamic theatre is based on the six principles

outlined in the Theatre of Fitrah approach. Data collection involves document analysis and video, and

interviews. The study found that there were not many Islamic theatres in the region during the study

period, with only one staging in Kelantan, three in Terengganu and one in Pahang. The staging in

Kelantan is fragmented about Kelantan religious scholars, Tok Kenali; in Terengganu, there were

three performances, the theatre of Ustaz Zapin, Menunggu Kata dari Tuhan and Untuk Mu

Rasulullah; and Pergi Mati … dengan Islam in Pahang. All of these manuscripts are preaching and

featuring images, characters and questions related to Islam. In terms of staging, there are still some

things that need to be refined to minimize conflicts with Islamic values.

Keywords: Islamic elements, Northeast Region, Theatre of Fitrah, principles, characterization.

ABSTRAK

Kajian ini adalah tentang teater berunsur Islam yang dipentaskan di negeri-negeri di Wilayah Timur

Laut (WTL) yang terletak di Pantai Timur Semenanjung Malaysia iaitu Kelantan, Terengganu dan

Page 2: PEMENTASAN TEATER BERUNSUR ISLAM DI ZON PANTAI TIMUR

Vol. 3, No.3 (2020) E-ISSN: 2637-0271

9

Pahang. Negeri-negeri di wilayah ini mempunyai persamaan tentang penekanan terhadap nilai

keagamaan dan kebudayaan dalam aktiviti seharian masyarakatnya. Pada asasnya, wilayah ini

mempunyai latar belakang seni teater dan persembahan tradisional yang terkenal di Malaysia

termasuklah makyung, wayang kulit, dan joget. Sehubungan itu, kajian ini bertujuan menghuraikan

perkembangan dan ciri teater berunsur Islam yang dipentaskan di WTL bagi tempoh 10 tahun terakhir

iaitu antara tahun 2009 dan tahun 2018. Penghuraian tentang ciri-ciri teater berunsur Islam yang telah

dipentaskan itu terfokus kepada sebuah pementasan sahaja bagi mewakili setiap negeri di WTL.

Analisis terhadap ciri-ciri teater berunsur Islam ini adalah berasaskan enam prinsip yang digariskan

dalam pendekatan “Teater Fitrah”. Pengumpulan data melibatkan analisis dokumen dan video, serta

temubual. Kajian mendapati tidak banyak pementasan teater berunsur Islam yang boleh dinikmati

oleh masyarakat di wilayah ini dalam tempoh kajian, di mana hanya sebuah pementasan berlangsung

di Kelantan, tiga di Terengganu dan satu di Pahang. Pementasan di Kelantan berbentuk fragmental

tentang ilmuwan agama Kelantan, Tok Kenali; di Terengganu berlangsung tiga pementasan iaitu

teater Ustaz Zapin, dan Menunggu Kata Dari Tuhan dan Untuk Mu Rasulullah; serta Pergi Mati …

dengan Islam di Pahang. Semua naskhah ini bersifat dakwah dan menampilkan imej, watak dan

persoalan yang berkaitan dengan Islam. Dari aspek pementasan, masih terdapat beberapa perkara

yang perlu diperhalusi untuk meminimumkan percanggahan dengan nilai Islam.

Kata kunci: unsur Islam, Wilayah Timur Laut, “Teater Fitrah”, prinsip, perwatakan

PENDAHULUAN

Kajian ini adalah tentang pementasan teater berunsur Islam yang pernah dipentaskan di negeri-negeri

Zon Pantai Timur Semenanjung Malaysia yang merangkumi negeri Pahang, Terengganu dan

Kelantan. Kajian ini bertujuan menghuraikan perkembangan dan ciri teater berunsur Islam yang

dipentaskan di WTL dalam tempoh 2009-2018 khususnya dari aspek jumlah pementasan yang

berlangsung dan unsur Islam yang dikemukakan melaluinya. Kombinasi negeri-negeri yang

digunapakai dalam kajian ini selari dengan takrifan Wilayah Timur Laut (WTL) yang dijelaskan oleh

Deraman (2018), tentang istilah tersebut iaitu berasaskan kepada persepsi geografi dan geobudaya

yang menyenaraikan Kelantan, Terengganu dan Pahang bagi negeri di Pantai Timur Semenanjung

(Malaysia), yang melangkaui Selatan Thailand, sebahagian Kemboja dan Vietnam. WTL adalah suatu

kawasan yang mengikat struktur kehidupan sosial dan budaya serumpun, mewarisi pengalaman

sejarah yang sama, mewarisi corak seni yang tidak jauh berbeza, serta mempunyai nilai yang sama.

Seni persembahan adalah sebahagian peradaban yang terkandung di dalamnya seni budaya

yang tidak terkecuali, juga wujud di WTL. Dalam seni budaya ini terkandung psikologi dan

intelektualisme masyarakat yang mendokongnya yang kemudian membentuk peraturan hidup

berdasarkan akal budi yang menggambarkan ciri-ciri khusus sesuatu wilayah (Deraman, 2018).

Deraman menegaskan bahawa WTL adalah wilayah yang menitikberatkan aspek keagamaan dan nilai

budaya dalam aktiviti seharian masyarakatnya, sehubungan itu, dua aspek ini penting untuk

dipertimbangkan dalam memajukan sebarang kegiatan yang berasaskan kebudayaan dan kesenian.

Tidak sukar untuk mengaitkan WTL dengan imej kesenian dan keagamaan, malah Kelantan sendiri

dikenali sebagai Serambi Mekah yang berada di bawah pemerintahan kerajaan negeri yang

berorientasikan Islam di mana para ulamak dan ilmuan agama menduduki kerusi pimpinan negeri ini.

Dalam masa yang sama, negeri Kelantan juga adalah daerah kelahiran beberapa bentuk seni

persembahan terutamanya teater tari makyung, wayang kulit dan dikir barat. Negeri Terengganu juga

mempunyai tradisi teater yang unik. Jusoh (2013) berpandangan, negeri ini adalah lubuk pementasan

teater tradisi dan ritual, antara yang terkenal ialah persembahan ulek mayang dan main puteri yang

berasaskan perubatan tradisional, seni berbari yang dipersembahkan dalam bentuk lisan (Ismail,

2014), serta wayang kulit (teater boneka). Sementara itu, negeri Pahang kurang menonjol dari aspek

persembahan berbentuk teaterikal tetapi mempunyai beberapa tradisi seni pentas yang penting dan

Page 3: PEMENTASAN TEATER BERUNSUR ISLAM DI ZON PANTAI TIMUR

Vol. 3, No.3 (2020) E-ISSN: 2637-0271

10

hidup hingga ke hari ini iaitu joget Pahang, gamelan, zapin Pekan dan tarian piring. WTL tidak

ketinggalan menempatkan diri dalam peta teater Malaysia melalui sumbangan kegiatan berteater dan

penghasilan skrip drama pentas. Walau bagaimanapun, Jusoh (Ibid), berpandangan bahawa negeri-

negeri WTL Semenanjung Malaysia kurang memberikan sumbangan terhadap perkembangan teater

moden di Malaysia secara keseluruhannya. Jika perkara ini adalah benar, bererti sukar bagi penonton

di zon ini untuk menikmati teater, termasuklah pementasan yang berunsur Islam.

KONSEP TEATER BERUNSUR ISLAM

Pementasan berunsur Islam yang dimaksudkan oleh kajian ini ialah persembahan drama yang

mengandungi unsur-unsur Islam di dalamnya. Unsur-unsur tersebut kemungkinan wujud dan

membentuk sebahagian besar, kecil atau sepenuhnya dalam sesebuah persembahan yang

dilaksanakan. Pembentukan unsur-unsur ini dapat dilihat melalui aspek dramatik dan teaterikal

sesebuah teater. Aspek dramatik ialah untuk unsur-unsur yang membentuk sesebuah naskhah (teks)

iaitu pemikiran, dialog, aksi, watak, kesan visual dan kesan audio. Sementara aspek teaterikal pula

ialah aspek yang menyokong persembahan sesebuah naskhah di pentas dan di hadapan penonton.

Aspek yang menyokong sesebuah persembahan naskhah drama ialah rekaan pentas (set dan prop),

lakonan, kesan bunyi dan cahaya, kostum dan solekan. Kedua-dua aspek ini perlulah selari dengan

nilai Islam atau tidak bertentangan, begitu juga dengan aspek pengurusan produksi dan

panggung/ruang persembahan. Aspek pengurusan produksi termasuklah pengarahan yang meliputi

gaya lakonan dan susun atur kemunculan watak/pelakon. Sementara aspek pengurusan

panggung/ruang lakon ialah keprihatinan tentang keselesaan dan penyusunan kedudukan penonton

yang hadir. Unsur Islam yang dimaksudkan dalam kajian ini bukanlah hanya dengan kemasukan

ungkapan-ungkapan seperti Assalamualaikum, Bismillah, Allahuakbar dan lain-lain yang berkaitan

sama ada dalam bahasa Arab mahu pun ungkapan yang memuji Allah S.W.T., serta penampilan watak

dan perwatakan guru agama, imam dan wanita bertudung atau berjubah. Perkara yang disebutkan ini

tidak hingga menjadikan sesebuah teater itu disifatkan sebagai sebuah pementasan yang berunsur

Islam kerana hal tersebut merupakan budaya kepada masyarakat Melayu yang sejak beratus tahun

telah pun menganut agama Islam dan sebahagian besar identiti mereka adalah berimejkan perwatakan

Islam. Pementasan teater berunsur Islam dalam konteks kajian ini adalah persembahan naskhah atau

skrip drama pentas yang di dalamnya mengandungi perkara yang berkaitan dengan Islam,

dikemukakan dengan tujuan dakwah dan kebenaran Islam, bukan menghina atau

memperkecilkannya. Sehubungan itu, penghasilan naskhah teater atau skrip drama pentas berunsur

Islam sangat berkaitan dengan niat dan tujuan seseorang dramatis. Mana Sikana (2006)

membahagikan kepada empat kategori penulisan drama yang beliau kaitkan dengan aspirasi dan sikap

para penulis tersebut terhadap pemikiran berunsur Islam: pertama penulis yang menjadikan Islam

sebagai dasar penghasilan karyanya; kedua, golongan penulis terbuka dalam menghasilkan karya,

kemungkinan ada yang berkaitan dengan aspek keislaman; ketiga, penulis yang menunjukkan

kecenderungan untuk menggarap drama berunsur Islam; dan golongan penulis yang tidak

memasukkan unsur Islam secara langsung dalam karya masing-masing tetapi menulis untuk

kebaikan. Noor Hissham, Ramli & Syed Jaafar (2019) menjelaskan bahawa dalam konteks

masyarakat Melayu, seni persembahan termasuk teater yang tidak bertentangan dengan hukum Islam

dianggap sebagai “amalan yang sahih dan diterima.

Page 4: PEMENTASAN TEATER BERUNSUR ISLAM DI ZON PANTAI TIMUR

Vol. 3, No.3 (2020) E-ISSN: 2637-0271

11

KAEDAH KAJIAN

Data utama kajian ini ialah senarai pementasan teater berunsur Islam yang dipentaskan di WTL antara

tahun 2009 hingga 2018. Senarai ini diperoleh melalui tinjauan terhadap sebarang bentuk pelaporan

di media cetak dan elektronik. Data kedua ialah ciri pementasan teater berunsur Islam yang diperoleh

daripada rakaman video pementasan teater. Walau bagaimana pun terdapat teater yang tidak dimuat

naik videonya kerana sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan oleh pihak produksi. Sehubungan itu,

temu bual secara dalam talian telah dilaksanakan di mana soalan telah dihantarkan kepada wakil

produksi untuk mereka memberikan maklum balas. Selain temu bual secara dalam talian, temu bual

secara langsung juga dilakukan dengan pemberi maklumat yang berkaitan. Analisis terhadap rakaman

teater berunsur Islam dan pembinaan soalan temu bual adalah berasaskan prinsip “Teater Fitrah” yang

diasaskan oleh Noordin Hassan (2002), seorang dramatis terkenal di Malaysia yang telah menerima

Anugerah Sastera Negara pada tahun 1993. Dalam mengemukakan konsep “Teater Fitrah”, Noordin

Hassan mengemukakan prinsip-prinsip yang menurut beliau perlu ada dalam sesebuah teater yang

kandungannya adalah untuk berdakwah serta menampilkan atau membincangkan hal-hal yang

berkaitan dengan Islam. “Teater Fitrah” menurut Noordin Hassan menyenaraikan enam prinsip yang

perlu dirujuk dalam konteks teater dan keislaman, yang antara lainnya menitikberatkan tentang latar

belakang dan pegangan pembikin teater itu sendiri terhadap Allah S.W.T. Dalam kata lain, manusia

menurut konsep “Teater Fitrah” merupakan hamba yang bertanggungjawab untuk beriman kepada-

Nya, mengabdikan diri dan bertakwa, beramal disertakan dengan niat yang suci, tanpa ada keraguan

terhadap Allah S.W.T. Teater yang dipentaskan mestilah mempunyai nilai-nilai Islam yang membawa

kepada keimanan, dan jika penonton itu bukan Muslim, mereka akan dapat melihat nilai moral, etika

dan nilai (baik) yang bersifat sejagat. Prinsip terakhir yang disenaraikan ialah tentang pemaparan

yang dapat mengekalkan tumpuan penonton terhadap pementasan supaya mereka mendapat

pengalaman melalui aksi-aksi yang dipersembahkan kepada mereka. Hal tersebut digabungkan sekali

dengan perhatian terhadap memanifestasikan nilai-nilai Islam dengan pendekatan yang beretika serta

menjaga peraturan pementasan (tatasusila) supaya hasrat untuk menyampaikan ajaran Islam (sebagai

suatu ibadat) tidak terseleweng atau tidak tercapai. Noordin Hassan berpandangan bahawa teater

mempunyai kelebihan lihat dan dengar untuk penonton memahami sesuatu yang mahu disampaikan

melaluinya. Berikut adalah takrifan ringkas enam prinsip yang disenaraikan dalam “Teater Fitrah”:

(i) penyelesaian cerita berpihak kepada protagonis yang mempercayai bahawa beriman kepada Allah

S.W.T. adalah fitrah manusia, (ii) mengemukakan watak dengan adegan yang sedar tentang hakikat

tentang pengabdian diri kepada Allah, (iii) cerita boleh memanifestasikan perkataan tentang kejiwaan

atau spiritual, yang diutamakan adalah niat yang baik, (iv) memanifestasikan keimanan kepada Allah

S.W.T. melalui tindak-tanduk, (v) teater yang mengandungi nilai-nilai Islam merangsang fikiran dan

emosi penonton, dan (vi) nilai Islam ditampilkan gambaran dan imejan melalui teater dengan tujuan

untuk ibadat, tetapi menjaga etika dan tatasusila pementasan (Husin, Mohamad, Mohamad & Abdul

Rani, 2019). Konsep “Teater Fitrah” oleh Noordin Hassan ini menekankan tentang peranan watak

protagonis atau hero yang menggerakkan keseluruhan cerita. Aspek ini ditekankan kerana sifat teater

yang dipentaskan secara langsung di hadapan penonton, kewujudan watak ini membantu penonton

fokus terhadap perkembangan cerita dan konflik hingga kepada penyelesaian yang terus terikat pada

watak protagonis (Castagno, 2012). Daripada ini akan wujud watak antagonis - penentang utama dan

sumber konflik watak protagonis, watak pasangan (ally) dan watak pesaing (Taylor, 2002). Untuk

mendapatkan gambaran tentang ciri-ciri teater berunsur Islam yang dipentaskan di WTL, kajian ini

Page 5: PEMENTASAN TEATER BERUNSUR ISLAM DI ZON PANTAI TIMUR

Vol. 3, No.3 (2020) E-ISSN: 2637-0271

12

menganalisis sebuah pementasan mewakili setiap negeri di WTL iaitu Tok Kenali, Ustaz Zapin dan

Pergi Mati ... dengan Islam berdasarkan konsep “Teater Fitrah” menggunakan prinsip-prinsipnya

yang telah diperjelaskan di atas.

PERTUMBUHAN TEATER BERUNSUR ISLAM DI MALAYSIA DAN WILAYAH TIMUR

LAUT

Samat (1999) meletakkan Syed Alwi al-Hadi sebagai pelopor drama berunsur Islam berikutan

penulisan dan pementasan drama sejarah berunsur Islam iaitu “Tariq bin Ziad: Pahlawan Islam” dan

drama sejarah “Hang Tuah Pahlawan Melayu” di Panggung Victoria, Royal dan Garrick di Geyland,

Singapura pada tahun 1945, ketika Tanah Melayu berada di bawah penjajahan tentera Jepun. Ejaan

rasmi naskhah ini ialah Tarik bin Ziad Pahlawan Islam, yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan

Pustaka, Kementerian Pelajaran, Persekutuan Tanah Melayu, Kuala Lumpur pada tahun 1959.

Naskhah ini dikategorikan sebagai Lakonan Sejarah tentang kisah hidup Tareq Ben Ziad, seorang

pahlawan Islam yang sangat berani dan menyumbang dalam penyebaran Islam ke Eropah. Naskhah

yang sama kemudian telah dipentaskan pula pada tahun 1956 di Bukit Besi, Dungun, Terengganu.

Walau bagaimanapun, pementasan itu telah mencetuskan kontroversi berkaitan akidah Islam.

Menurut Ismail (2014), pementasan Tariq bin Ziad menerima kecaman hebat kerana salah seorang

wataknya memakai salib, kerana menurut kehendak skrip. Ismail dalam tulisan yang sama

berpandangan bahawa pada ketika itu terdapat situasi yang memaksa, “Mungkin pengarahnya

berbangsa Inggeris, pemain yang bekerja dengan syarikat mereka dipaksa bermain, kena main juga.

Mungkin para pelakon waktu itu jahil tentang pengertian bermain drama sebenarnya. Mungkin.”

Situasi ini menunjukkan pihak produksi termasuklah pengarah dan pelakon serta pereka tidak

memikirkan tentang kesan dan reaksi masyarakat daripada pemaparan tersebut, berbanding kisah

yang mahu disampaikan kepada penonton. Jusoh (2013) mencatatkan, sekitar tahun 1975,

Perkumpulan Teater Terengganu (KUMPUTER) telah mementaskan beberapa skrip drama

termasuklah Natrah. Pementasan Natrah menyumbang dalam rentetan perkembangan teater berunsur

Islam atau yang membicarakan hal ehwal Islam. Mana Sikana (2006) menyifatkan naskhah Tareq

ben Ziad atau Tarik bin Ziad sebagai drama berunsur Islam bersama dua lagi drama iaitu Tragedi Tun

Hamzah (1964) oleh Hassan Ibrahim, yang menampilkan sebuah perbandingan antara undang-

undang feudalisme dengan keunggulan undang-undang Islam, selain berlatarbelakangkan tragedi

kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka; serta drama Anak Nazar Tujuh Keramat (1988) oleh Kalam

Hamidy yang memaparkan tentang sikap seorang ketua dan pemimpin dalam melaksanakan hukum-

hakam Islam.

Pementasan teater pertama berunsur Islam berlatarbelakangkan suasana di mana Tanah

Melayu dan WTL khasnya, masih berada di bawah perkembangan teater tradisional yang kemudian

diikuti oleh bangsawan, sandiwara dan realisme atau teater moden. Keempat-empat bentuk teater ini

tidak menumpukan perhatian kepada penerapan unsur Islam dalam penghasilan karyanya. Jika ada

unsur dimasukkan, unsur tersebut adalah berkaitan dengan kehidupan harian masyarakat Melayu

yang telah pun menerima dan mengamalkan ajaran Islam dalam kehidupan mereka. Perkembangan

ini diteruskan dengan pementasan dan penghasilan teater dan naskhah drama yang bersifat pasca

moden, meninggalkan bentuk drama dan teater sedia ada sebelum itu. Era tersebut bermula sekitar

tahun 1970-an dengan pementasan Bukan Lalang Ditiup Angin oleh Noordin Hassan yang banyak

memasukkan unsur-unsur keislaman (Mana Sikana, 1989) yang kemudian ditemui juga dalam

Page 6: PEMENTASAN TEATER BERUNSUR ISLAM DI ZON PANTAI TIMUR

Vol. 3, No.3 (2020) E-ISSN: 2637-0271

13

penghasilan naskhah-naskhah beliau yang lain selepas itu. Naskhah Tiang Seri Tegak Berlima (2006)

karya Noordin Hassan dikatakan seiring dengan prinsip amar makruf nahi mungkar di sisi Islam

(Gaisun & Sujud, 2019). Begitu juga beberapa dramatis lain yang memasukkan unsur Islam dalam

naskhah pementasan mereka termasuklah Mana Sikana, Ismail Kassan dan S.M Noor. Perkembangan

tentang minat para dramatis untuk menghasilkan naskhah-naskhah berkaitan aspek keislaman

berlatarbelakangkan perubahan dan transformasi nilai-nilai Islam di Malaysia ketika itu yang disertai

gerakan dakwah yang menerima gagasan pemikiran al-Faruqi, tokoh falsafah dan pemikiran Islam

kelahiran Palestin-Amerika yang tersohor di peringkat antarabangsa (Abdul Rahman, Mohd Rashid,

Wan Yusof & Amir, 2018). Pada tahun 1980-an, penghasilan drama berunsur Islam terus berkembang

dan digalakkan oleh pihak yang berwajib. Mana Sikana (2006) menyimpulkan bahawa trend

membawa atau memasukkan unsur Islam ke dalam teater-teater di Malaysia sekitar tahun 1980-an itu

turut membantu kelahiran bentuk drama yang baharu. Berkaitan itu, Bahagian Agama, Jabatan

Perdana Menteri menganjurkan Peraduan Mengarang Berunsur Islam Sempena Abad ke-15 Hijrah

yang melibatkan pelbagai genre penulisan, bermula 7 November 1980 hingga 12 Mac 1981, tarikh

keputusan peraduan diumumkan (Asar Belum Berakhir, 1984). Melalui pertandingan ini, telah

terhasil sejumlah naskhah drama pentas yang menerapkan unsur-unsur Islam termasuklah penulis dari

WTL. Salah sebuah karya yang menerima hadiah penghargaan ialah naskhah Tukang oleh

Badaruddin M.Z (Badaruddin Mat Zakaria) yang berasal dari Kuala Lipis, Pahang. Naskhah ini

memasukkan watak Tuk Bilal dan beberapa perbincangan yang berkaitan dengan kematian selain

bacaan ayat-ayat Al-Quran sebagai justifikasi sebagai karya yang berunsur Islam. Seterusnya, sekitar

tahun 1990-an muncul beberapa lagi naskhah yang membawakan unsur-unsur Islam di dalamnya

seperti Cenderawasih oleh S.M. Noor, 1400 oleh Noordin Hassan, Hikmah oleh Mana Sikana, serta

Rintih Chicago oleh Faisal Tehrani yang menampilkan persoalan yang berkaitan dengan komuniti

Palestin yang berhijrah ke Amerika Syarikat. Cenderawasih oleh S.M Noor membawakan pemikiran

konsep keimanan seorang Muslim dan tentang hidayah atau cahaya keimanan yang melibatkan dua

watak utama iaitu Matang dan ayahnya, Sawo (Husin, 2010). Perkembangan berterusan dengan

penghasilan naskhah-naskhah berunsur Islam secara konsisten oleh Noordin Hassan antara tahun-

tahun 1980-an hingga ke awal era 2000. Tidak ketinggalan ialah karya-karya Dinsman, seorang

dramatis yang sehingga dekad kebelakangan ini masih aktif menghasilkan naskhah-naskhah teater

Islam antaranya “Menunggu Kata Dari Tuhan” (2016) dan “Tamu Dari Medan Perang” (2017).

Kedua-dua naskhah ini dikatakan menggarap isu-isu berkaitan masyarakat Islam (Husin, Muhamad,

Muhamad& Abdul Rani, 2019). Kecenderungan para dramatis dan penggiat teater membawakan

persoalan dan isu berkaitan Islam ke dalam skrip drama pentas dan teater dapat disifatkan sebagai

suatu kelahiran aliran baharu dalam perkembangan drama dan teater di Malaysia. Perkara ini

ditekankan oleh Mana Sikana (2006) yang berpandangan drama berunsur Islam memberikan rupa

baharu kepada drama Melayu yang berasaskan drama realisme mahu pun aliran lain dalam pasca

moden. Walau bagaimanapun, menurut beliau kemunculan aliran ini kurang dibincangkan

menyebabkan kehadirannya kurang dirasai sebagai suatu gelombang dan bentuk baru kepada drama

dan teater di Malaysia. “Teater Fitrah” menyediakan garis panduan kepada dramatis dan penggiat

teater yang mahu berkarya dalam kerangka Islam.

Tentang perkembangan teater di Kelantan, Deraman (2018) telah menyebutkan beberapa

pementasan yang telah berlangsung di negeri itu termasuklah Ashabul Kahfi, Berqasidah Bersajak,

Awang Gedebe dan Tok Kenali oleh (arahan) Haji Hassan Jali (Hasan Jali) dalam artikel beliau

tentang citra budaya Kelantan. Deraman mendapati persembahan Tok Kenali sangat memukau, tiada

Page 7: PEMENTASAN TEATER BERUNSUR ISLAM DI ZON PANTAI TIMUR

Vol. 3, No.3 (2020) E-ISSN: 2637-0271

14

watak wanita ditampilkan, dan tindakan tersebut adalah atas pertimbangan matang sebagai seorang

yang beragama Islam dan mengamalkan ajarannya. Kenyataan ini menjelaskan pandangan beliau

sebagai seorang tokoh sastera dan budaya yang dihormati di tanah air ini, bahawa teater boleh

dipentaskan dengan baik sambil disesuaikan dengan mempertimbangkan baik dan buruk yang

dibenarkan atau tidak dibenarkan oleh Islam. Kenyataan ini merupakan penerangan beliau yang wajar

dipertimbangkan oleh penggiat teater yang ingin membuat pementasan di Kelantan: perlu

menyesuaikan persembahan tersebut dengan peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan negeri yang

berasaskan perundangan Islam. Beliau menyatakan bahawa Kelantan lebih kaya dengan seni

persembahan teater dan muzik berbanding tarian. Kenyataan ini terbukti dengan sinonimnya Kelantan

dengan tiga bentuk seni persembahan yang telah disebutkan sebelum ini. Hassan Jali adalah antara

penggiat teater berunsur Islam yang penting dalam perkembangan teater aliran ini terutama di

Kelantan. Menurut Ismail (2000/2001), Allahyarham Hassan Jali, tokoh teater Islam yang dirujuk

oleh A. Aziz Deraman, berazam untuk menerapkan unsur Islam yang wajar dalam teater arahan beliau

bermula dengan pementasan Ashaabul Kahfi kerana beliau percaya bahawa bidang drama dan teater

mampu menjadi medium untuk berdakwah kepada masyarakat Islam. Dalam pementasan Ashaabul

Kahfi pada tahun 2001, pihak Dewan Ulama Kelantan telah meminta beliau untuk tidak menampilkan

watak Raja Kafir. Sehubungan itu, beliau telah menggantikan watak tersebut dengan watak tukang

cerita, serta hanya melibatkan pelakon lelaki sahaja. Sebelum itu, pada tahun 1998, Hassan Jali telah

mementaskan Jihad Putera Jeram di Hotel Perdana, Kota Bharu. Teater ini juga hanya memaparkan

watak lelaki di pentas, penglibatan watak wanita hanyalah di belakang tabir iaitu dalam pengendalian

pakaian dan solekan. Dalam sejarah penglibatan dan perjuangan Hassan Jali untuk mementaskan

teater yang membawakan hal-ehwal keislaman, beliau mengambil pertimbangan yang bersesuaian

dengan kehendak Islam serta menerima pandangan pihak yang berwajib tentang corak dan bentuk

teater yang akan dipersembahkan. Turut dicatatkan oleh pengkaji ini tentang Hassan Jali ialah pada

awal usaha beliau mementaskan teater berunsur Islam, memang terdapat percampuran antara watak

lelaki dan wanita di pentas, tetapi hal tersebut telah beliau tambah baik dalam pementasan seterusnya.

Tindakan Hassan Jali dalam menangani sebarang masalah berkaitan urusan produksi dan pemaparan

kisah atau persoalan yang mahu dipentaskan, dapat menjelaskan bahawa nilai Islam dan peraturan

pihak berkuasa di sesebuah tempat pementasan memainkan peranan penting dalam menjayakan

sesebuah pementasan.

Perkembangan teater di Terengganu, serba-sedikit telah dibincangkan oleh Jusoh (2013).

Beliau melihat penemuan Batu Bersurat yang menunjukkan bahawa Islam telah sampai ke

Terengganu seawal tahun 1303 Masihi berdasarkan catatan huruf, tulisan serta kata-kata yang terukir

pada batu itu, yang merupakan petanda bahawa aspek sastera turut berkembang, serentak dengan

kemasukan Islam. Menurut beliau lagi, Terengganu mempunyai (sejarah) kerajaan besar serta Islam

mula bertapak di negeri ini daripada seluruh Tanah Melayu, tetapi sayangnya “… para dramatisnya

semacam kurang berminat untuk mengungkapkannya. Kesudahan keadaan pendramaan sedemikian

memperlihatkan amat sedikitnya penciptaan drama sejarah dalam kalangan penulis drama di

Terengganu.” Mohamed Jusoh menekankan tentang dramatis Terengganu yang diharap oleh beliau

untuk menghasilkan naskhah teater atau skrip drama pentas tentang Terengganu termasuklah tentang

kemasukan dan perkembangan Islam. Perkara ini dianggap penting kerana melalui penghasilan

naskhah teater berbentuk sejarah mahu pun Islam akan memungkinkan sesebuah pementasan yang

berunsur keislaman atau pun persejarahan. Salah seorang penggiat teater Terengganu yang penting

untuk dicatatkan ialah Wan Ahmad Ismail, yang membesar di Kampung Suyung Kecil, Kuala

Page 8: PEMENTASAN TEATER BERUNSUR ISLAM DI ZON PANTAI TIMUR

Vol. 3, No.3 (2020) E-ISSN: 2637-0271

15

Terengganu, tempat lahirnya para ulama terkemuka Terengganu Walau bagaimanapun tumpuan

pengkaryaan tokoh ini lebih kepada teater beraliran sejarah, realisme dan komedi (Tengku Intan

Marlina, Rahamad & Ahmad, 2014, Ismail, W.A., 2016 & Ismail, W.A., 2014). Penelitian dan

laporan terhadap perkembangan teater bagi negeri Pahang juga sangat sukar ditemui. Tetapi dalam

konteks perkembangan seni persembahan dan teater Malaysia, negeri Pahang mempunyai beberapa

tokoh penting yang mempunyai sumbangan besar terhadap bidang ini, antaranya ialah Zakaria

Ariffin, Roslan Madun dan Aripin Said. Zakaria Ariffin menulis dan mengarahkan teater, Roslan

Madun terlibat dengan pengarahan serta turut memperjuangkan kegemilangan syair hingga ke

peringkat nusantara, sementara Aripin Said menumpukan perhatian kepada persembahan lagu-lagu

dan cerita rakyat khususnya dari negeri Pahang.

DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN

Kajian ini mendapati bahawa hanya sebuah teater berunsur Islam yang dipentaskan di Kelantan bagi

tempoh kajian iaitu antara 2009 hingga 2018 yang dapat direkodkan. Usaha Hassan Jali membawakan

persoalan, nilai dan pendekatan pementasan Islam dalam teater di negeri itu tidak diteruskan

sehinggalah teater Tok Kenali (MAIK, 6/3/2017) kembali dipentaskan oleh pihak Majlis Agama

Islam Kelantan (MAIK). Pementasan ini di bawah arahan Dr. Nik Mohd Azlan Abd Hadi, Timbalan

Yang Dipertua MAIK dan dilakonkan oleh kakitangan MAIK, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)

cawangan Wilayah Timur Laut serta Pertubuhan Peradaban Melayu Kelantan (PERADABAN)

(Rahman, 15/11/2016). Tiadanya penerusan pementasan berunsur Islam di Kota Bharu, khususnya

dalam kalangan penggiat yang pernah bekerjasama dengan Allahyarham Hassan Jali, antaranya ialah

kerana penghasilan karya seumpama itu memerlukan ketelitian khasnya dari aspek pelaksanaan dan

penghayatan berkaitan dengan unsur keislaman yang mahu dibawakan atau diterapkan itu (Zack

Zaideen, 5/5/2019). Perkara ini menjadi persoalan penting dalam kalangan penggiat teater yang

memahami akan ajaran Islam dan peraturannya, kerana kesatuan nilai yang dipegang dalam menjaga

kesucian daripada memberikan imej dan tanggapan kurang baik hasil daripada tafsiran yang cetek.

Pementasan teater fragmental ilmuwan agama Kelantan, Tok Kenali yang berlangsung pada tahun

2016 ini diadakan di Pusat Perdagangan Kelantan yang dihadiri oleh pelbagai golongan masyarakat

termasuklah pelajar sekolah, pelajar sekolah pondok, penuntut universiti serta masyarakat awam.

Pendekatan fragmental yang dipilih oleh MAIK dalam pementasan ini bererti hanya babak-babak

pilihan atau tertentu yang dipersembahkan kepada penonton. Teater ini adalah mengenai kehidupan

ulamak tersohor Kelantan iaitu Tok Kenali yang menuntut ilmu sehingga ke Mekah dan pulang bagi

menabur bakti dengan pegangan Islam yang kuat. Tok Kenali juga membawa bersama perubahan dari

segi pembangunan dan pemikiran bagi umat Islam secara umum di Tanah Melayu sekitar tahun 1920-

an. Unsur Islam yang diterapkan termasuklah persembahan dimulai dengan bacaan ayat-ayat suci Al-

Quran. Turut ditampilkan ialah babak orang kampung di Kelantan yang buta huruf gigih meneliti

majalah berunsur Islam iaitu Pengasuh yang diterbitkan oleh MAIK, yang mana Tok Kenali adalah

ketua pengarang pertama majalah tersebut. Babak lain ialah paparan tentang penjajah Inggeris atau

“Mat Salleh” yang ingin menyebarkan propaganda agama selain Islam namun ditewaskan dengan

rundingan damai oleh Tok Kenali yang fasih berbahasa asing. Walau pun teater ini hanya

menampilkan babak-babak pilihan, usaha menganjurkan pementasan ini merupakan petanda bahawa,

persembahan teaterikal tetap mempunyai tempat dalam proses pendidikan, penyebaran maklumat dan

penerapan nilai Islam selain suatu bentuk hiburan yang terarah. Persembahan digabungkan dengan

Page 9: PEMENTASAN TEATER BERUNSUR ISLAM DI ZON PANTAI TIMUR

Vol. 3, No.3 (2020) E-ISSN: 2637-0271

16

beberapa unsur termasuk komedi dewasa, dimulakan dengan bacaan Al-Quran, nyanyian dan petikan

gitar yang mengiringi pembacaan sajak.

Di Terengganu, bagi tempoh kajian ini, dapat kenal pasti tiga buah teater berunsur Islam yang

telah dipentaskan iaitu Ustaz Zapin pada bulan April 2015, di Jabatan Kebudayaan dan Kesenian

Negara, (JKKN) Terengganu, Menunggu Kata Dari Tuhan pada bulan November 2015 di Universiti

Malaysia Terengganu (UMT) dan Untuk Mu Rasulullah pada bulan November 2018 di Dewan

Konvensyen Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu. Teater Untuk Mu Rasulullah merupakan

persembahan muzikal yang menelusuri sirah berkaitan pahit-getir kehidupan baginda Rasulullah

S.A.W. sepanjang hayatnya sebagai penyampai dakwah dan utusan Allah S.W.T. Perkisahan itu

dimulakan daripada perjuangan Rasulullah S.A.W. menentang kaum musyrikin di Mekah hinggalah

pada saat Baginda menyampaikan khutbahnya yang terakhir. Sementara itu, Menunggu Kata Dari

Tuhan adalah teater berasaskan hadis riwayat Bukhari dan Muslim berkenaan sesalan berpanjangan

sahabat Rasulullah S.A.W. yang bernama Ka’ab bin Malik. Ka’ab mengalami gangguan dari segi

emosi apabila beliau menyesal kerana tidak menyertai peperangan Tabuk yang wajib bagi kaum lelaki

Muslimin yang sihat pada ketika itu. Pementasan berbentuk monolog ini antara lainnya, menampilkan

detik-detik Kaab bermunajat meminta keampunan di atas dosa-dosanya. Ustaz Zapin (UMT Official,

2015) membawakan persembahan realisme yang membicarakan isu berkaitan kefahaman Islam

dalam kalangan masyarakat Melayu yang secara asasnya telah beragama Islam sejak azali tetapi

malangnya kebanyakannya masih kabur tentang ajaran dan hukum-hakam Islam yang perlu

diamalkan. Ustaz Zapin mengisahkan tentang Ustaz Ngadiran yang cuba menyampaikan dakwah

Islam melalui pendekatan berbeza iaitu melalui tarian zapin. Kepulangan beliau dari Yaman telah

mencetuskan konflik dalam kalangan orang kampung, kerana ada yang tidak bersetuju dengan

pendekatan dakwah yang beliau terapkan.

Sementara di Pahang, hanya sebuah teater berjaya dikesan dipentaskan dalam tempoh kajian

2009-2018 iaitu teater Pergi Mati … dengan Islam. Maklumat pementasan diperoleh melalui blog

Kerabatastena (Kerabatastena, 2010). Pementasan ini berlangsung pada Februari 2010, di Universiti

Teknologi Nasional (UNITEN) Kampus Muadzam, Kuantan, persembahan Unit Rumpun Teater

Astena. Teater ini adalah tentang kekeliruan dalam beragama yang diutarakan oleh seorang Hamba

Allah S.W.T. yang inginkan jawapan. Menurut pengarah dan penulis skrip teater ini, MK Farhan

(Farhan), pelajar tahun akhir UNITEN, beliau telah merujuk pihak yang arif mengenai ilmu agama

sebelum menjayakan pementasan ini dan tiada masalah dan keraguan yang timbul dari segi skrip dan

lakonan. Beliau yakin bahawa dengan niat dan iltizam murni untuk memberi mesej dakwah melalui

persoalan ketuhanan, teater ini mampu mewujudkan platform dakwah dalam bidang kegiatan seni

khususnya pementasan teater. Walaupun hasrat pengarah dan pasukan produksi ini sangat mulia,

tetapi judul teater tersebut menimbulkan kekeliruan dari segi makna, sama ada mahu berjuang dengan

Islam atau tidak peduli dengan Islam. Maklumat tentang teater ini sangat terhad, tiada ulasan atau

maklum balas daripada penonton yang kemungkinan hadir ke pementasan tersebut. Terdapat

beberapa gambar yang dikongsi di blog Kerabat Astena, yang menunjukkan proses persiapan

pementasan yang memperlihatkan beberapa pelakon memakai kostum tradisional Melayu seperti baju

kurung, bertudung, berbaju Melayu dan bersongkok dan krew yang terlibat dalam produksi ini yang

terdiri daripada tenaga lelaki dan wanita.

Page 10: PEMENTASAN TEATER BERUNSUR ISLAM DI ZON PANTAI TIMUR

Vol. 3, No.3 (2020) E-ISSN: 2637-0271

17

Analisis terhadap rakaman video pementasan Tok Kenali dan Ustaz Zapin menunjukkan bahawa

pementasan-pementasan ini menepati ciri-ciri yang digariskan sebagai sebuah teater berunsur Islam

berdasarkan prinsip-prinsip “Teater Fitrah” walau pun masih ada aspek yang perlu ditambah baik

untuk lebih selaras dengan nilai dan hukum-hakam Islam:

TEATER USTAZ ZAPIN, TOK KENALI DAN PERGI MATI … DENGAN ISLAM

BERASASKAN PRINSIP-PRINSIP KONSEP “TEATER FITRAH”

Berdasarkan prinsip i, konsep “Teater Fitrah” oleh Noordin Hassan, menekankan tentang

penyelesaian cerita yang berpihak kepada watak protagonis yang mempercayai bahawa beriman

kepada Allah S.W.T. adalah fitrah manusia: Kedua-dua teater ini diakhiri dengan kejayaan watak

protagonis atau watak utama melaksanakan tanggungjawab masing-masing untuk membawa

perubahan kepada masyarakat daerah masing-masing. Ustaz Ngadiran dalam teater Ustaz Zapin telah

menyatukan penduduk kampung dan dapat menyampaikan dakwah melalui tarian zapin sementara

Tok Kenali dalam teater Tok Kenali telah membawa suatu perubahan kepada rakyat Kelantan

antaranya ialah tentang tanggapan terhadap pendidikan moden yang ditakuti menjejaskan akidah

Islam sebaliknya merupakan saluran maklumat dan pengetahuan baharu. Manakala prinsip ii,

menekankan soal pengemukaan watak dengan adegan yang sedar tentang hakikat tentang pengabdian

diri kepada Allah: watak-watak dalam kedua-dua teater ini terdiri dari masyarakat yang beragama

Islam dan masing-masing sedar tentang hukum-hakam Islam. Yang membezakan antara watak-watak

ini ialah tahap penghayatan dan kefahaman tentang agama Islam yang mereka anuti. Cuma dalam

teater Tok Kenali ada ditampilkan watak penjajah untuk menggambarkan keupayaan Tok Kenali

berinteraksi dalam bahasa Inggeris dengan bangsa asing. Ustaz Ngadiran (Ustaz Zapin) dipaparkan

sebagai sabar berhadapan dengan sikap masyarakat yang kurang mengerti tentang niatnya untuk

menyampaikan dakwah melalui zapin, beliau juga menjelaskan kepada masyarakat yang terdiri

daripada golongan belia dan dewasa bahawa tarian zapin atau apa jua perbuatan haruslah kerana Allah

S.W.T. Watak Tok Kenali menunjukkan bahawa pengabdian kepada Yang Maha Esa melalui

tindakannya mendalami ilmu agama di luar negara adalah perlu sebagai seorang Muslim tetapi itu

tidak menghalang beliau membuat perubahan dalam dirinya dengan mendalami pelbagai ilmu dan

pengetahuan baharu termasuklah fasih berbahasa Inggeris.

Prinsip iii, konsep “Teater Fitrah” pula tentang cerita yang boleh memanifestasikan perkataan

tentang kejiwaan atau spiritual, yang diutamakan adalah niat yang baik: dalam usaha menyampaikan

dakwah dan ilmu agama kepada penduduk kampung, Ustaz Ngadiran sentiasa menekankan nilai-nilai

murni dalam ucapan beliau (dialog) kepada para belia di kampung tersebut. Beliau percaya bahawa

gerak zapin merupakan suatu kesihatan jiwa serta badan kerana wujud keseimbangan serta

mengingatkan kelompok belia yang terlibat dengan latihan zapin bahawa segala gerak adalah untuk

mengagungkan dan kerana Allah S.W.T. semata. Tok Kenali yang menuntut ilmu sehingga ke Mekah

telah pulang ke negeri Kelantan bagi menabur bakti dengan pegangan Islam yang kuat di dada. Beliau

berdakwah kepada penduduk setempat berpandukan ilmu agama yang telah dituntut di Tanah Haram.

Prinsip ke-iv, konsep “Teater Fitrah” pula menekankan soal memanifestasikan keimanan kepada

Allah S.W.T. melalui tindak-tanduk tertentu: Ustaz Ngadiran memanifestasikan keimanan beliau

terhadap Allah S.W.T. melalui dakwah. Beliau cuba membawa suatu perubahan baru kepada

penduduk kampung melalui pendekatan berzapin. Melalui watak Penghulu, sewaktu meminta tetamu

yang datang ke rumahnya, dia menekankan tentang masa untuk mengerjakan ibadat iaitu solat atau

Page 11: PEMENTASAN TEATER BERUNSUR ISLAM DI ZON PANTAI TIMUR

Vol. 3, No.3 (2020) E-ISSN: 2637-0271

18

sembahyang yang merupakan manifestasi kehambaan terhadap Allah S.W.T. iaitu waktu Maghrib,

telah hampir, dan diikuti kira-kira satu jam selepas itu adalah waktu Isyak. Urusan seterusnya akan

disambung selepas dua waktu ini. Tok Kenali melalui dakwah beliau telah membawa pelbagai

perubahan termasuklah dari segi pembangunan dan pemikiran bagi umat Islam secara umum di Tanah

Melayu sekitar tahun 1920-an. Melalui prinsip v, konsep “Teater Fitrah,” menjelaskan bahawa teater

yang mengandungi nilai-nilai Islam merangsang fikiran dan emosi penonton: melalui teater Ustaz

Zapin, penonton dapat berfikir mengenai nilai aktiviti seni tarian dalam Islam. Ustaz Ngadiran telah

menjelaskan bahawa aktiviti tarian dalam Islam seperti zapin adalah dibenarkan kecuali jika terdapat

penari perempuan yang boleh mendatangkan fitnah serta menimbulkan syahwat penonton lelaki.

Sementara wanita pula boleh menari di hadapan mahramnya sahaja. Sementara, teater Tok Kenali

menampilkan nilai ilmu agama dan ketamadunan yang tinggi melalui kehidupan seorang ulamak

terkenal Nusantara iaitu Tok Kenali. Melalui ketinggian ilmu beliau sebagai seorang alim yang telah

menuntut ilmu di Mekah, teater ini menyampaikan mesej mengenai sikap seorang ulama yang tidak

mengenal erti penat untuk menuntut ilmu.

Menurut konsep “Teater Fitrah” melalui prinsip vi, ditekankan nilai Islam yang ditampilkan

gambaran dan imejan melalui teater dengan tujuan untuk ibadat, tetapi menjaga etika dan tatasusila

pementasan. Etika dan tatasusila ini boleh dilihat daripada beberapa aspek antaranya tentang larangan

Islam akan percampuran antara lelaki dan wanita yang bukan mahram yang merangkumi penampilan

pelakon di pentas dan kedudukan penonton di hadapan pentas atau ruang menonton. Persembahan

adalah menampilkan ciri teater iaitu menampilkan pelakon yang menghidupkan cerita,

dipersembahkan di suatu yang yang khusus dan dihadiri oleh penonton. Sementara itu teater yang

dipentaskan pula haruslah membawakan ilmu dan pengajaran yang memberi manfaat dari aspek

keimanan dan ketakwaan kepada Allah S.W.T. Pementasan Ustaz Zapin berlangsung di Auditorium

Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negeri Terengganu, Kuala Terengganu. Pelakonnya terdiri

daripada mahasiswa Universiti Tun Hussein Onn (UTHM) yang melibatkan pelakon lelaki dan

wanita. Pementasan ini adalah sempena Festival Teater MAKUM (Majlis Kebudayaan Universiti-

Universiti Malaysia) sehubungan itu, penontonnya terdiri daripada para mahasiswa, komuniti

setempat dan masyarakat kampus. Penonton dalam pementasan seperti ini tidak disusun atur

mengikut jantina tetapi berdasarkan kelompok peserta festival, juri dan tetamu khas sementara yang

lain daripada kelompok tersebut boleh duduk secara bebas atau jika bertiket kemungkinan mengikut

nombor kerusi yang ditetapkan. Pementasan Tok Kenali berlangsung di Dewan Konvensyen,

Kelantan Trade Centre, Kota Bharu. Teater berkonsep Islamik itu dibarisi pelakon yang juga

kakitangan Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK), Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Wilayah

Timur dan Pertubuhan Peradaban Terengganu (PERADABAN). Berdasarkan video yang dianalisis,

penonton dibahagikan kedudukan, di mana penonton lelaki berada di hadapan ruang menonton.

Manakala, penonton wanita tidak kelihatan dan diandaikan berada di bahagian belakang.

Kedua-dua teater ini menampilkan konsep asas teater iaitu ada pelakon, kisah yang

disampaikan dan ada penonton yang menyaksikannya. Semua watak dalam kedua-dua teater ini

memakai pakaian yang mencerminkan situasi sebenar sebuah kampung Melayu yang penduduknya

mengamalkan ajaran Islam di samping adat budaya dan tradisi Melayu yang diamalkan. Kostum

semua watak lelaki dan wanita adalah selaras dengan adat budaya Melayu dan Islam, sopan dan tidak

menjolok mata. Penampilan antara visual keislaman dan budaya Melayu adalah seimbang dalam

teater ini dan kostum keseluruhan pelakon adalah bersesuaian dan menutup aurat. Pakaian watak alim

ulama dalam Tok Kenali adalah bersesuaian dengan tujuan teater ini sendiri iaitu untuk memberi

Page 12: PEMENTASAN TEATER BERUNSUR ISLAM DI ZON PANTAI TIMUR

Vol. 3, No.3 (2020) E-ISSN: 2637-0271

19

pendedahan mengenai kehidupan seorang ulama Kelantan yang tersohor iaitu Tok Kenali. Bagaimana

pun dari aspek imej dalam teater Ustaz Zapin ada aksi yang memperlihatkan kaki pelakon wanita

yang memakai kain batik terdedah hingga ke paras atas sedikit daripada buku lali. Memandangkan

kaki wanita adalah aurat mengikut hukum Islam, perkara seperti ini perlukan lebih perhatian daripada

pengarah-pengarah teater khususnya, untuk tidak terlepas pandang dalam hal seperti itu. Begitu juga

dengan dialog dalam teater ini, masih perlu diperhatikan kerana terdapat pertelingkahan atau

pertengkaran yang mendorong penggunaan perkataan dan nada yang kurang sesuai dan kedengaran

kasar walaupun dalam bentuk gurauan seperti “Mak kau buta, kot?” seperti yang dilafazkan oleh salah

seorang daripada watak dalam teater ini. Begitu juga dengan teater Tok Kenali, ada diselitkan

‘komedi dewasa’ atau ‘double meaning’ sedangkan penonton terdiri daripada pelbagai usia. Hal-hal

kecil seperti ini yang membentuk rata-rata pementasan teater yang menampilkan isu-isu Islam, di

mana aspek keislaman yang digabungkan dengan pendekatan persembahan teater moden sedia ada

yang bersifat realistik budaya semasa atau setempat.

Pengumpulan data untuk teater Pergi Mati … dengan Islam dilaksanakan melalui kaedah temu

bual dengan penulis skrip dan pengarah pementasan tersebut, Farhan (28/4/2020) secara dalam talian

kerana tiada video rakaman yang ditemui di internet sebagaimana dua teater yang dibincangkan

sebelum ini. Walau bagaimanapun, Farhan telah mengkongsikan trailer berdurasi 1:58 minit melalui

medium yang sama. Teater ini merupakan suatu perdebatan dan pertikaian terhadap Sifat 20 Allah

S.W.T., kebenaran penulisan al-Quran kerana ditulis oleh orang lain (melibatkan manusia - penulis)

serta kebenaran yang dibawa oleh guru-guru agama (dalam menyampaikan ajaran Islam-penulis).

Perdebatan dan pertikaian sedemikian bertentangan dengan konsep dakwah yang bertujuan menyeru

manusia ke arah kebaikan dan ke jalan Allah S.W.T. (Omar, 2016). Pemaparan teater seperti ini lebih

kepada menimbulkan keraguan, persoalan, salah faham dan pertelingkahan pendapat dalam kalangan

penonton. Melalui temu bual dengan Farhan terhadap soalan-soalan berdasarkan prinsip-prinsip

konsep “Teater Fitrah,” teater ini menampilkan ciri-ciri yang bertentangan: merujuk kepada prinsip

i, watak protagonis mati dalam keadaan menyesal atas tindakannya mempersoalkan tentang

kewujudan Allah S.W.T. Berkaitan prinsip ke ii, sebahagian watak-watak ini beriman tetapi tingkah

laku mereka tidak mencerminkan keimanan terhadap Allah S.W.T., sementara sebahagian yang lain

diragui keimanannya sedang mereka merasa yakin akan keimanan diri mereka sendiri. Dari aspek

niat, sebagaimana digariskan melalui prinsip iii, penulis dan pengarah teater ini mempunyai hasrat

untuk membela Islam dengan tujuan mengkritik cara hidup dan amalan melulu oleh umat Islam

hingga memberi tanggapan buruk daripada pihak bukan Islam. Prinsip iv, berkaitan pemaparan atau

memanifestasikan keimanan watak-watak terhadap Allah S.W.T., adalah hampir tiada kerana

keseluruhan naskhah sentiasa mempersoalkan tentang kebenaran Islam. Prinsip iv berkaitan dengan

prinsip seterusnya di mana sekali lagi, hampir tiada nilai-nilai Islam yang dipaparkan oleh teater ini,

malah penulis dan pengarah teater ini, menyatakan bahawa, naskhah ini boleh memesongkan akidah

penonton sekiranya mereka keluar (daripada ruang menonton teater tersebut - penulis) tanpa

bimbingan kerana setiap babak mengemukakan dialog yang menguji keimanan penonton, berasaskan

dialog sokratik yang mempersoalkan hal ketuhanan dan kebenaran yang juga disebut sebagai absurd

dari segi aliran. Dalam hal ini, tiada dinyatakan di mana-mana bahagian dalam poster siar raya yang

dirujuk di blog, kenyataan mahu pun jawapan lanjut daripada kenyataan beliau terhadap situasi

tersebut, suatu segmen atau risalah yang diedarkan pasca penontonan untuk memandu penonton.

Teater ini menampilkan imej yang bercampur baur antara keislaman dan bertentangan, berdasarkan

trailer terdapat pelakon wanita yang memakai pakaian yang kurang mengikut syariat Islam, beberapa

Page 13: PEMENTASAN TEATER BERUNSUR ISLAM DI ZON PANTAI TIMUR

Vol. 3, No.3 (2020) E-ISSN: 2637-0271

20

watak menjerit-jerit dan menggunakan bahasa yang kasar selain dialog-dialog pertikaian akan

peristiwa penurunan al-Quran. Teater ini mempunyai persamaan dari aspek posisi khalayak dengan

teater Ustaz Zapin, di mana penonton tidak disusun atur mengikut jantina. Daripada perbincangan

itu, dapat dirumuskan bahawa Pergi Mati … dengan Islam, bukanlah sebuah pementasan berunsur

Islam sebagaimana yang digariskan oleh prinsip-prinsip dalam konsep “Teater Fitrah.”

KESIMPULAN

Usaha untuk mementaskan teater dengan unsur-unsur Islam telah pun berlangsung sejak tahun 1940-

an lagi kerana kesedaran yang wujud dalam kalangan dramatis dan penggiat teater untuk

mengemukakan isu dan aspek keislaman dalam karya masing-masing. Khalayak di WTL sendiri telah

dapat menikmati pementasan teater berunsur Islam seawal tahun 1956 melalui pementasan Tariq bin

Ziad. Teater berunsur Islam yang dipentaskan di WTL dalam tempoh kajian ini iaitu antara 2009-

2018 tidak banyak beza daripada bentuk, isu dan pendekatan yang juga dilaksanakan di zon-zon lain

dalam kajian ini (Zon Selatan, Tengah dan Utara). Terdapat pementasan yang menggabungkan

beberapa bentuk dan unsur teater dalam menyampaikan kisah dan persoalan keislaman dan ini

merupakan suatu percubaan dan usaha, yang mana fokusnya adalah pada mesej bukan pendekatan

persembahan atau teaterikaliti. Situasi tersebut menyebabkan ada elemen yang kurang sesuai dengan

nilai Islam yang dibawa bersama dalam sesebuah persembahan. Tidak banyaknya pementasan

berunsur Islam yang dapat dikesan membawa kepada dua persoalan iaitu: kelemahan dari aspek

dokumentasi dan pelaporan tentang teater yang dipentaskan atau bakal dipentaskan oleh sesebuah

produksi, menyebabkan kemungkinan ada persembahan yang tidak dapat dikesan oleh kajian ini;

kedua ialah memang sangat kurang pementasan berunsur Islam diadakan di WTL ini. Dalam

perkembangan teater di Malaysia, tahun 1980-an merupakan era di mana aspek keislaman dalam

teater telah mendapat perhatian yang lebih besar berbanding sebelum itu sama ada dari aspek

penulisan naskhah, pendekatan pementasan mahu pun aspek teoretikal drama dan teater Islam itu

sendiri seperti yang dikemukakan oleh Noordin Hassan melalui konsep “Teater Fitrah”. Masih

banyak pendedahan dan perbincangan yang perlu dilakukan berkenaan teater dan Islam supaya semua

pihak yang terlibat dalam kitaran produksi teater berunsur Islam mempunyai kefahaman yang lebih

mendalam terhadap kedua-dua aspek ini. Ini kerana dalam mengemukakan atau membincangkan

kisah dan persoalan Islam seperti kisah tokoh, ajaran Islam dan sebagainya, persembahan adalah

masih lagi mengandungi unsur-unsur yang kurang sesuai dengan Islam. Penghasilan teater berunsur

Islam tidak hanya mempertimbangkan aspek teaterikal, artistik dan estetik tetapi juga niat sebenar

naskhah tersebut dibawakan kepada penonton adalah untuk dakwah menegakkan syiar Islam.

Sehubungan itu semua aspek berkaitan persembahan dan implikasinya terhadap imej dan nilai Islam

perlu diberikan perhatian yang khusus. Pengukuhan pendekatan dan bentuk persembahan inilah yang

akhirnya akan memberikan sebuah pementasan beraliran Islam yang mempunyai ciri-ciri tersendiri

untuk dirujuk dan dikenal pasti rupa bentuknya.

PENGHARGAAN

Kajian ini adalah di bawah Penyelidikan Pementasan Teater Berunsur Islam dibiayai oleh Geran Putra

Vot 9662400 Universiti Putra Malaysia.

Page 14: PEMENTASAN TEATER BERUNSUR ISLAM DI ZON PANTAI TIMUR

Vol. 3, No.3 (2020) E-ISSN: 2637-0271

21

RUJUKAN

Abdul Rahman, T., Mohd Rashid, Z., Wan Yusof, W.S. & Amir, A. N. (2018). Sumbangan

Al-Faruqi dalam Pembaharuan dan Transformasi Islam di Malaysia. AL-QIYAM International Social

Science and Humanities Journal. Vol. 1 No. 3 (2018): (Online Publication Date: 30 Sept

2018).

Asar Belum Berakhir: Antologi Drama Peraduan Mengarang Berunsur Islam Sempena Abad Ke-15

Hijrah. 1984. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Castagno, P.C. 2012. New Playwright Strategies: Language and Media in the 21st Century. New

York: Routledge.

Deraman, A. A. 2018. Kerelatifan Budaya: Catatan Pengalaman. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka.

Husin, F. 2010. Teater Melayu: Teks dan Eksperimental. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Husin, F. 2017. Islam dalam Drama dan Teater Melayu. Abdullah, A. K. & Ilya Kablam (ed.). Sastera

Melayu Islam: Antologi Puisi & Kertas Kerja. Kuala Lumpur: Esastera Enterprise.

Husin, F., Mohamad, N. F., Mohamad, Z. & Abdul Rani, M. Z. 2019. Pendekatan Persembahan

Teater-Teater Berunsur Islam Dinsman. International Journal of Creative Industries. Volume

1, Issues 2 (December): 18-28.

Hassan, N. 2002. Teater Fitrah dan Esei Pilihan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Gaisun, I. Z. & Sujud, A. 2019. Beriman kepada Allah SWT sebagai Fitrah Manusia dalam Skrip

Drama ‘Tiang Seri Tegak Berlima’ karya Noordin Hassan. PENDETA: Journal of Malay

Language, Education and Literature. Jilid 10: 1-11.

Ismail, M. 2014. Kajian Seni Berbari di Terengganu dan Kelantan. Tesis Master, Universiti

Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim. (Tidak diterbitkan)

Ismail, S. Z. B. 2000/2001. Hassan Jali Sebagai Seorang Dramatis Islam di Kelantan. Tesis Sarjana

Muda Persuratan Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. (Tidak diterbitkan)

Jusoh, M. 2013. Memoir Teater Sastera Terengganu. Ampang: Pekan Ilmu Publication Sdn. Bhd.

Kerabatastena. 6/2/2010. Pergi Mati … dengan Islam. Pementasan pertama di Muadzam Shah.

http://kerabatastena.blogspot.com/2010/02/pergi-mati-dengan-islam-pementasan.html.

Dirujuk pada 16/2/2020.

Kerabatastena. 6/2/2010. Pementasan perdana: 'Pergi Mati... Dengan Islam.'

http://kerabatastena.blogspot.com/. Dirujuk pada 16/2/2020.

Maik Kelantan. 6 Mac 2017. Persembahan Teater Syarahan Perdana Tok Kenali.

https://www.youtube.com/watch?reload=9&v=JEmmvFnkdE4. Dirujuk pada 12/2/2020..

Mana Sikana. 2006. Drama Melayu Tradisional, Moden dan Pasca moden. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka.

Mana Sikana. 1989. Di Sekitar Pemikiran Drama Moden. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

M. Khaidzir Farhan. 2010. Trailer: Teater pergi Mati … dengan Islam.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1375741395081&id=1278221475. Dirujuk

pada 11/5/2020.

Noor Hissham, M. K. H., Ramli, M. A & Syed Jaafar, S. M. J. 2019. Unsur Kearifan Tempatan dalam

Seni Persembahan Melayu-Islam: Analisis dari Perspektif Hukum Islam. Jurnal Fiqh, Vol. 16

No. 2: 321-352.

Page 15: PEMENTASAN TEATER BERUNSUR ISLAM DI ZON PANTAI TIMUR

Vol. 3, No.3 (2020) E-ISSN: 2637-0271

22

Omar, M.N. 2016. Teori dan Konsep Pengurusan Dakwah: Satu Tinjauan Awal. Jurnal Ilmi. Jilid 6:

149-168.

Rahman, A. 15 November 2016. Teater Tok Kenali Menjadi Medium Dakwah. BH Online.

https://www.bharian.com.my/node/213193. 13/2/2020.

Samat, T. 1999. Syed Alwi Syed Syeikh al-Hadi: Pelopor Drama Berunsur Islam di Tanah Melayu.

Zam Ismail (Peny.). Rel Waktu Himpunan karya penerima Hadiah Sastera Darul Ta’zim

Pertama 1996. Johor Bharu: Yayasan Warisan Johor.

Taylor, V. 2002. Stage Writing: A Practical Guide. Marlborough: The Crowood Press.

Tengku Intan Marlina, Rahamad, M.S. & Ahmad, M. N. 2014. Wan Ahmad Ismail: Dari Pulau ke

Pentas. Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Melayu.

UMT Official. Apr 13, 2015. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia "Ustaz Zapin"

https://www.youtube.com/watch?v=PfEKDCzh-D8. Dirujuk pada 14/2/2020.

Ismail, W. A. 2006. Menarah Sembilu: Dari Pulau ke Pentas Sebuah Esei Panjang. Kuala Terengganu:

Wahwi Production House.

Ismail, W. A. 2014. Tentang Tanda dan Simbol. Seri Kembangan: Impian Publications &

Distributions Sdn Bhd.

TEMUBUAL

Nama informan: Encik Zack Zaideen

Kerjaya: Guru dan penggiat teater Kelantan

Tempat temubual: Kompleks Sekolah-sekolah Wakaf Mek Zainab, Kota Bharu, Kelantan.

Tarikh temubual: 5 Mei 2019

Nama informan: Encik Mohd Khaidzir Farhan

Kerjaya: Jurutera system, pengarah dan penulis skrip Pergi Mati … dengan Islam

Tempat tembual: dalam talian melalui Facebook Messenger

Tarikh: 28 April 2020.