63
ISI KANDUNGAN MUKA SURAT BAB 1: PENDAHULUAN Latar Belakang Kajian 1 Peringkat Umur dan Pemerolehan Sintaksis 2 Pendidikan Prasekolah 4 Pernyataan Masalah 5 Kepentingan Kajian 6 Ojektif Kajian 8 Persoalan Kajian 8 Batasan Kajian 9 Definisi Konsep Pemerolehan Sintaksis 10 Penguasaan Sintaksis 10 Jenis-Jenis Ayat 11 Kanak-Kanak Prasekolah 12 BAB 2 : SOROTAN LITERATUR Penguasaan Bahasa Dalam Kalangan Kanak-Kanak Yang Berumur 2 Tahun ke atas. 13 Kajian Tentang Pengetahuan dan Penggunaan Imbuhan Kata Nama Dan Kata Kerja Dalam Kalangan Kanak-Kanak Prasekolah. 15 Kajian Tentang Peringkat Bahasa 16 Kajian Tentang Pemerolehan Bahasa Dalam Kalangan Kanak-Kanak Melayu di Peringkat Prasekolah 18 BAB 3: METODOLOGI KAJIAN Reka Bentuk Kajian 20 Kerangka Teori 21 Pemerolehan Bahasa Kanak-Kanak 22 Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Bahasa Kanak-Kanak 23 1

Pemerolehan Dan Penguasaan Sintaksis Kanak-Kanak Prasekolah

Embed Size (px)

Citation preview

ISI KANDUNGAN

ISI KANDUNGAN

MUKA SURAT

BAB 1: PENDAHULUAN

Latar Belakang Kajian

1

Peringkat Umur dan Pemerolehan Sintaksis

2

Pendidikan Prasekolah

4

Pernyataan Masalah

5

Kepentingan Kajian

6

Ojektif Kajian

8

Persoalan Kajian

8

Batasan Kajian

9Definisi Konsep

Pemerolehan Sintaksis

10

Penguasaan Sintaksis

10

Jenis-Jenis Ayat

11

Kanak-Kanak Prasekolah

12

BAB 2 : SOROTAN LITERATUR

Penguasaan Bahasa Dalam Kalangan Kanak-Kanak Yang Berumur

2 Tahun ke atas.

13

Kajian Tentang Pengetahuan dan Penggunaan Imbuhan Kata Nama

Dan Kata Kerja Dalam Kalangan Kanak-Kanak Prasekolah.

15

Kajian Tentang Peringkat Bahasa

16

Kajian Tentang Pemerolehan Bahasa Dalam Kalangan Kanak-Kanak

Melayu di Peringkat Prasekolah

18

BAB 3: METODOLOGI KAJIAN

Reka Bentuk Kajian

20

Kerangka Teori

21

Pemerolehan Bahasa Kanak-Kanak

22

Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Bahasa Kanak-Kanak

23

Tempat Kajian

24

Persampelan

25

Subjek Kajian

26

Kaedah Kajian

26

Alat Kajian

27

Tatacara Kajian

27

Penganalisisan Data

27

BAB 4: DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN

Pengenalan

29

Dapatan Kajian

Latar Belakang Kanak-Kanak Prasekolah

30

Latar Belakang Lokasi Tempat Tinggal dan Taraf Sosioekonomi

30

Penghasilan Jenis-Jenis Ayat Bahasa Melayu

33

Binaan Ayat Kanak-Kanak Prasekolah

34

Hubungan Faktor Tempat Tinggal dengan Pemerolehan dan

Penguasaan Sintaksis

35

Hubungan Faktor Taraf Sosioekonomi dengan Pemerolehan dan

Penguasaan Sintaksis

36

Implikasi Dapatan dengan Teori Kajian

37

BAB 5: KESIMPULAN DAN CADANGAN

Kesimpulan

39

Cadangan

41

Bibliografi

Lampiran

Borang Soal Selidik Ibu Bapa

Borang Soal Selidik Responden

ABSTRAK

Bahasa merupakan satu sistem yang unik dan melibatkan proses kognitif. Bahasa juga merupakan wadah untuk menyampaikan masej kepada individu lain untuk difahami dan memberi makna. Kanak-kanak berumur antara 1 hingga 5 tahun merupakan tahap penguasaan bahasa yang paling kritikal. Kajian ini dapat memberi maklumat sebenar tentang pemerolehan dan penguasaan sintaksis kanak-kanak khasnya kanak-kanak di prasekolah.

Seramai 48 orang kanak-kanak prasekolah diambil untk dijadikan responden. Prasekolah ini terbahagi kepada dua kawasan yang berlainan iaitu seramai 25 orang kanak-kanak prasekolah di kawasan bandar dan 23 orang kanak-kanak prasekolah di kawasan luar bandar. Prasekolah di bandar melibatkan Tabika KEMAS Panji Alam, manakala praselokolah di luar bandar melibatkan Tabika KEMAS Belukar Sukai.

Kaedah tinjauan perbualan dan transkripsi digunakan dalam kajian ini untuk mendapat data dalam bentuk ujaran ayat kanak-kanak prasekolah. Hasil kajian menunjukkan ayat penyata ialah jenis ayat yang paling kerap digunakan iaitu sebanyak 53.8%, diikuti dengan ayat tanya sebanyak 25.7%, manakala ayat seruan hanya 11.8% dan ayat perintah sebanyak 8.7%.

Daripada penghasilan binaan ayat pula, dapatan menunjukkan kebanyakan kanak-kanak dalam kajian ini menghasilakan ayat yang berstruktur frasa nama + frasa nama, frasa nama + frasa kerja, frasa nama + frasa adjektif, dan frasa nama + frasa sendi nama. Sehubungan dengan ini, taraf sosioekonomi menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan dengan jenis ayat yang dihasilkan oleh kanak-kanak prasekolah. Lokasi tempat tinggal, kedudukan taraf sosioekonomi keluarga dan pendedahan ialah merupakan agen yang mempengaruhi pemerolehan dan penguasaan sintaksis kanak-kanak prasekolah.BAB 1

PENDAHULUAN

Latar Belakang Kajian

Bahasa merupakan satu sistem yang unik dan melibatkan proses kognitif. Bahasa juga merupakan wadah untuk menyampaikan sesuatu kepada individu lain yang difahami dan mempunyai makna tersendiri. Dalam usaha memperkasakan bahasa Melayu, pada peringkat perkembangan dan pemerolehan bahasa itu sendiri kita patut lihat lebih awal. Peringkat satu kata atau peringkat holofrasa tidak dianggap sebagai titik permulaan pemerolehan ayat (sintaksis). Awang Mohd Amin (1979), jelas menunjukkan bahawa umur kanak-kanak antara 1 hingga 5 tahun merupakan waktu penguasaan bahasa yang paling kritikal.

Dalam tempoh masa inilah kanak-kanak sangat mudah menerima pengaruh bahasa pertama atau ibunda yang telah didedahkan kepadanya sejak lahir lagi. Bahasa pertama ini akan dikuasai oleh individu secara semula jadi melalui proses pemerolehan bahasa. Kanak-kanak akan terus belajar bahasa pertama walaupun berada di alam persekolahan di peringkat rendah, menengah mahupun di peringkat universiti. Mereka akan belajar bahasa pertama sepanjang hayat mereka.

Atan Long (1978), kanak-kanak yang mempelajari bahasa pertama akan mengalami dua peringkat bahasa seperti berikut:

a. Bahasa pertama pada masa kecil. Pada peringkat ini, pertuturan kanak-kanak merupakan kegunaan yang dihalakan kepada diri mereka sendiri dan bukannya untuk perhubungan dengan masyarakat. Keadaan ini akan berterusan sehinggalah kanak-kanak tersebut berumur 4 tahun;

b. Bahasa pertama yang dipelajari setelah peningkatan usia dan dipraktikkan di sekolah. Ini membolehkan knak-kanak tersebut bertutur dengan ahli masyarakat dan juga ibu bapa dengan cara yang lebih berkesan.

Berkaitan dengan pemerolehan bahasa atau perkembangan bahasa kanak-kanak. Biasanya ia dikaji dari tiga sudut utama, iaitu pemerolehan fonologi, pemerolehan semantik dan pemerolehan sintaksis. Berhubung dengan pemerolehan sintaksis, Jamali Ismail (1980), mengatakan bahawa kanak-kanak menguasai ujaran yang terdiri daripada satu perkataan (one-word utterence) ketika berumur 1 tahun dan maju kepada ujaran 2 perkataan (two-word utterrence) ketika menjangkau umur 2 tahun. Pada peringkat seterusnya, kanak-kanak telah dapat mencantumkan perkataan menjadi ujaran-ujaran yang pendek.

Peringkat Umur dan Pemerolehan SintaksisTerdapat dua teori yang ditimbulkan oleh kedua-dua golongan ahli bahasa yang berpegang kepada paradigma behaviouris dan mentalis. Kedua-dua golongan ahli bahasa ini menghuraikan fenomena-fenomena bahasa dengan cara yang seringkalinya bertentangan antara satu sama lain. Maka telah wujud dua situasi yang berlainan dalam menghuraikan pelbagai fenomenayang berkaiatan dengan penguasaan sistem bahasa.

Golongan behaviouris berpendapat penguasaan bahasa adalah hasil daripada proses ransangan dan gerak balas. Golongan ini beranggapan perkembangan penguasaan bahasa adalah hasil langsung daripada perkembangan sistem kognitif dan kemajuan interaksi psiko-sosio antara kanak-kanak dengan alam sekitar. Ini ditafsirkan sebagai hasil peniruan dan pemerhatian ynag dilakukan oleh kanak-kanak terhadap pertuturan para penjaga dan orang dewasa. Zulkifley Hamid (1994), pemerolehan sintaksis dipersepsikan sebagai sifat mekanikal dan dikuasai menerusi proses peniruan berdasarkan prinsip-prinsip rangsangan dan gerak balas.

Manakala pendekatan bagi golongan mentalis pula, penguasaan bunyi-bunyi bahasa tidak dianggap berlaku menerusi peniruan semata-mata, tetapi dianggap melibatkan organisasi-organisasi minda. Mereka menekankan kepentingan faktor-faktor dalaman (endogenous) seperti alat pemerolehan bahasa semula jadi. Chomsky (1969), sebagai pelopor aliran mentalis ini mmepercayai bahawa di dalam otak manusia terdapat unsur yang dikatakan sebagai struktur bahasa sejagat atau alat pemerolehan bahasa yang dirujuk sebagai LAD (Language Acquisition Device). LAD ini terdapat skema nurani, dan di sinilah berlakunya proses pemerolehan bahasa yang boleh diperkembang serta diperkukuhkan.

Steinberg (1995), telah membahagikan peringkat perkembangan penguasaan sintaksis kepada tiga tahap iaitu tahap telegraf, morfem, dan transformasi. Pada tahap telegraf, kanak-kanak mengucapkan gabungan kata yang ringkas, seolah-olah berlaku penjimatan kata yang keterlaluan. Pada tahap ini kanak-kanak jarang sekali mengucapkan kata-kata tugas. Ayat yang dibina dengan kata inti sahaja. Pada tahap ini kanak-kanak masih belum dapat menggunakan morfem-morfem terikat atau imbuhan.

Pada tahap morfem, kanak-kanak mula menggunakan kata-kata dengan lebih rencam daripada telegraf. Kata-kata tugas mula wujud pada tahap ini. Manakala pada tahap transformasi, kanak-kanak telah menguasai kebolehan untuk menukarkan bentuk-bentuk yang sederhana kepada bentuk yang lebih kompleks. Kanak-kanak boleh membentuk ayat-ayat nafian dan juga ayat-ayat pernyataan walaupun ayat-ayat tersebut tidak gramatis.

Pendidikan Prasekolah

Peluang pendidikan prasekolah diberi kepada semua kanak-kanak tanpa mengira latar belaknag sosial, agama, lokasi tempat tinggal, keadaan kesihatan mental dan fizikal kanak-kanak serta perkembangan intelek mereka. Program pendidikan prasekolahg hendaklah sesuai dengan tahap perkembangan kanak-kanak supayandapat merangsang pemikiran, membina sikap positif dan akhlak mulia, meningkatkan kecerdasan dan kesihatan ke arah penyuburan potensi yang optimum. Kurikulum pendidikan prasekolah memberi fokus kepada perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu. (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2001)

Awang Had Salleh (1973), pernah mengatakan bahawa Tadika dan Tabika adalah sebagai saluran atau jambatan bagi proses penyesuaian dari rumah tangga atau kekeluargaan kepada alam persekolahan. Manakala menurut Rohaty dan Abu Bakar(1994), pendidikan prasekolah bukan sekadar mengajar kanak-kanak mengenal huruf dan angka, tetepi juga mendedahkan kanak-kanak mengenali suasana di luar rumah, bergaul dengan rakan sebaya serta mengenali budaya penduduk pelbagai kaum.

Pernyataan Masalah

Institusi-institusi prasekolah membangun seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Ini sebagai peluang bagu mengembangkan kemahiran berbahasa di samping memupuk intelek dalam situasi pembelajaran yang pelbagai ragam. Chiam (2000), menegaskan peranan pendidikan prasekolah dalam perkembangan pembelajaran kanak-kanak. Pendidikan prasekolah bukan bermaksud untuk mengajar kanak-kanak membaca, menulis tetapi lebih penting adalah menyediakan atau menyiapkan diri kanak-kanak untuk belajar, membesar dan perkembangan kemahiran intelektual, pemahaman tentang alam sekeliling, kemahiran bersosial, perkembangan emosi dan sebagainya. Oleh itu, pendidikan prasekolah merupakan asas yang baik untuk pembelajaran dan perkembangan kanak-kanak.

Menurut Mangantar Simanjuntak (1990), mengatakan bahawa perkembangan bahasa kanak-kanak biasanya dikaji daripada tiga aspek iaitu;

a. Fonologi

b. Semantik

c. Sintaksis

Dalam aspek perkembangan fonologi, kanak-kanak akan menghasilkan bunyi secara rambang. Ini berlaku di peringkat agahan. Manakala perkembangan dalam aspek semantik pula, kanak-kanak mula berupaya menguasai beberapa perkataan dan memperluaskan perbendaharaan kata dengan agak cepat. Dalam aspek sintaksis pula, kanak-kanak menguasai ujaran yang terdiri daripada ayat-ayat yang mudah atau kompleks dengan membawa penegertian berdasarkan konteks penggunaannya.

Clark dan Clark (1977), mengatakan bahawa dalam tempoh 5 tahun, kanak-kanak yang normal dapat mengumpulkan pengalaman untuk berbahasa. Hal ini kerana pada umur tersebut adalah satu tempoh menguasaan bahasa yang kritikal. Jadi pendedahan kanak-kanak di prasekolah adalah penting kerana tahap ini merupakan permulaan sistem pendidikan formal.

Timbul persoalaan adakah para pendidik, iaitu para guru prasekolah atau pihak ibu bapa kanak-kanak itu sedar akan situasi ini. Kesempatan seperti ini patut dipergunakan oleh guru prasekolah dan pihak ibu bapa untuk mempersiapkan kanak-kanak tersebut bagi melangkah ke alam persekolahan yang sebenarnya.

Kepentingan Kajian

Juriah Long (1993) mengatakan bahawa perkembangan bahasa kanak-kanak berhubung rapat dengan perkembangan sosial dan kognitif . prasekolah memainkan peranan penting kepada kanak-kanak dalam aspek mendapatkan kemahirann sosial dam pembelajaran mereka sebelum ke alam persekolahan sebenar.

Dalam KBSR, penekanan diberi kepada tiga komponen bahasa iaitu, kemahiran lisan, bacaan dan menulis terutamanya dalam pengajaran bahasa. Kemahiran lisan berkait rapat dengan kemahiran komunikasi kanak-kanak secara verbal dan non-verbal. Tujuannya adalah membiasakan diri kanak-kanak menggunakan bahasa untuk berkomunikasi dengan betul di dalam mahupun di luar bilik darjah.

Kajian ini mempunyai beberapa kepentingan, antaranya adalah seperti berikut:

i. Kajian ini dapat memberikan maklumat sebenar kepada pengkaji tentang pemerolehan dan penguasaan sintaksis kanak-kanak khasnya di pradekolah;

ii. Kajian ini diharap dapat memberi panduan kepada guru-guru prasekolah dalam merancang strategi pengalaran dan pembelajaran yang lebih efektif dan berkesan;

iii. Kajian ini juga dapat membuat penelitian terhadap perkembangan pemerolehan dan penguasaan sintaksis di kalangan kanak-kanak Melayu khususnya;

iv. Kajian ini diharap dapat memberi panduan kepada penulis buku bahasa Melayu dan juga kepada pihak penerbit untuk kegunaan kanak-kanak prasekolah.

Peringkat umur kanak-kanak antara 5 hingga 6 tahun merupakan peringkat umur yang mudah dibentuk dalam mencapai matlamat pendidikan yang lebih berkualiti. Kanak-kanak yang menerima perhatian dan pengajaran yang berkualiti sudah pasti akan dapat melahirkan tenaga manusia yang proaktif, kreatif, dan inovatif ke arah menghasilkan prodik yang berkualiti serta berupaya menerajui negara pada masa hadapan.

Objektif Kajian

Objektif kajian ini adalah untuk melihat tahap pemerolehan dan penguasaan sintaksis bahasa Melayu di kalangan kanak-kanak prasekolah yang berada di bandar dan luar bandar di daerah Kuala Terengganu.

Objektif kajian secara khusus:

1. Untuk menganalisis pemerolehan dan penguasaan sintaksis di kalangan kanak-kanak prasekolah dari segi kebolehan menghasilkan jenis ayat bahasa Melayu;

2. Untuk mengkaji binaan pola ayat bahasa Melayu yang digunakan oleh kanak-kanak prasekolah;

3. Untuk mengkaji hubungan antara faktor lokasi tempat tinggal dengan pemerolehan dan penguasaan sintaksis bahasa Melayu di kalangan kanak-kanak prasekolah;

4. Untuk mengkaji hubungan antara faktor taraf sosioekonomi keluarga kanak-kanak prasekolah; dan

Persoalan Kajian

Kajian ini dilaksanakan untuk mencari jawapan kepada permasalahan berikut;

1. Sejauhmanakah kebolehan kanak-kanak prasekolah menghasilkan ayat penyata?

2. Sejauhmanakah kebolehan kanak-kanak prasekolah menghasilkan ayat tanya?

3. Apakah jenis ayat yang paling kerap dihasilkan atau digunakan oleh kanak-kanak prasekolah semasa mereka berkomunikasi?

4. Adakah terdapat hubungan antara faktor persekitaran dengan pemerolehan dan penguasaan sintaksis kanak-kanak prasekolah?

5. Adakah terdapat hubungan antara faktor latar belakang keluarga dengan pemerolehan dan penguasaan sintaksis kanak-kanak prasekolah?

Batasan Kajian

Kajian yang akan dijalankan ini adalah untuk mengkaji pemerolehan dan penguasaan sintaksis bahasa Melayu di kalangan kanak-kanak prasekolah. Kajian ini melibatkan kanak-kanak yang belajar di prasekolah di Daerah Kuala Terengganu, Terengganu. Kanak-kanak ini berumur antara 5 hingga 6 tahun. Tabika KEMAS yang terlibat iaitu Tabika Panji Alam, Kuala Terengganu iaitu sebuah tabika yang terletak di tengah bandar dan Tabika Kampung Belukar Sukai, Kuala Terengganu iaitu sebuah tabika yang terletak di luar bandar.

Pengkaji telah menganbil seramai 48 kanak-kanak prasekolah sebagai renponden. Seramai 25 orang kanak-kanak prasekolah dari Tabika Panji Alam dan seramai 23 orang kanak-kanak dari Tabika Kampung Belukar Sukai. Kajian ini hanya membataskan kepada dua jenis ayat bahasa Melayu iaitu ayat penyata dan ayat tanya. Di samping itu, pengkaji juga membuat analisis mengenai pola-pla ayat bahasa Melayu yang dihasilkan oleh kanak-kanak tersebut. Responden juga terdiri daripada kanak-kanak prasekolah yang datangnya dari pelbagai latar belakang, taraf sosioekonomi, persekitaran dan latar belakang keluarga.

Definisi Konsep

Pemerolehan SintaksisPemerolehan bahasa iaitu proses yang berlaku apabila seseorang kanak-kanak mula memahami bahasa ibundanya (Chomsky, 1959; Brown dan Fraser, 1964; Brown, 1973; Mangantar Simanjuntak, 1987; Steinberg, 1995). Proses-proses pemerolehan bahasa ini terbahagi kepada dua jenis, iaitu perlakuan (perfomance) yang merangkumi proses-proses penerbitan dan yang kedua iaitu kecekapan (competence) dalam menguasai bahasa. Proses ini menekankan kebolehan kanak-kanak menguasai bahasa pertama tanpa melalui proses pembelajaran yang formal dan intensif.

Bahasa berperanan penting dalam komunikasi manusia. Setiap manusia perlu berbahasa untuk menyampaikan mesej, perasaan dan keinginan serta untuk memahami kehendak, keinginan dan fikiran orang lain walaupun hanya menggunakan bahasa isyarat. Bahasa juga sebagai media untuk menyatakan sesuatu fikiran dan menguasai sesuatu bidang pengetahuan.

Penguasaan Sintaksis

Penguasaan sintaksis merupakan perkembangan semula jadi kanak-kanak dari aspek penguasaan sintaksis dan dilihat dari teori pembentukan oleh Piaget, 1959; Braine, 1963; Sinclair, 1970; Atan Long, 1971; Slobin, 1971; Halliday, 1975; Lyons, 1990; iaitu corak perkembangan pertuturan adalah sama sahaja bagi semua kanak-kanak tidak mengira apa bahasa yang digunakan. Kecepatan pembelajaran adalah mengikut perwarisan dan rangsangan alam sekeliling yang diterima oleh kanak-kanak.

Pemerolehan dan penguasaan bahasa merupakan satu proses yang kompleks yang melibatkan perkembangan elemen mental kanak-kanak sejajar dengan peningkatannya dalam menguasai bahasa dan kemantapannya dalam mengujarkan sesuatu bahasa itu bergantung kepada pengaruh persekitaran yang dialami oleh kanak-kanak itu.

Jenis-Jenis Ayat

Nik Safian Karim, Farid Onn, Hashim Musa dan Abdul Hamid Mahmood (993), setiap pembentukan ayat dalam sesuatu bahasa itu dikenali sebagai satu binaan yang dikenali sebagai unsur. Dalam bahasa Melayu, semua ayat sama ada pendek atau panjang, mudah atau kompleks terdiri daripada empat pola ayat dasar iaitu, Frasa Nama + Frasa Nama, Frasa Nama + Frasa Kerja, Frasa Nama + Frasa Adjektif, dan Frasa Nama + Frasa Sendi Nama.

Jenis-jenis ayat dapat dibahagikan kepada empat berdasarkan kepada intonasi dan juga tujuannya. Empat jenis ayat itu terdiri daripada ayat penyata, ayat tanya, ayat seruan dan ayat perintah. Ayat penyata ialah ayat yang diucapkan untuk tujuan melakukan sesuatu penyataan. Ayat tanya iaitu ayat untuk tujuan mengemukakan pertanyaan. Ayat seruan pula iaitu ayat untuk menyatakan sesuatu keadaan perasaan dan ayat perintah pula diucapkan sama ada dalam bentuk suruhan, larangan, silaan, atau permintaan.

Kanak-kanak Prasekolah

Kanak-kanak prasekolah di Malaysia umumnya boleh didefinisikan sebagai kanak-kanak yang berumur kurang daripada 7 tahun. Di mana kanak-kanak belum memasuki alam persekolahan yang sebenarnya. Prasekolah merupakan satu unit sekolah yang menerima kanak-kanak bagi lebih kurang dalam tempoh setahun sebelum mereka memasuki darjah satu di sekolah rendah.

BAB 2

SOROTAN LITERATUR

Kajian tentang pemerolehan ayat di kalangan kanak-kanak di Malaysia masih kurang mendapat sambutan daripada pengkaji-pengkaji tempatan. Hal ini jelas apabila Mangantar Simanjuntak (1990), yang mengatakan bahawa pemerolehan bahasa lebih kurang 100 bahasa di dunia ini telah dikaji oleh ahli-ahli linguistik, psikologi, dan psikolinguistik. Akan tetapi, malangnya apabila bahasa Melayu tidak termasuk dalam kumpulan bahasa yang dikaji walaupun bahasa Melayu adalah bahasa yang ke-5 terpenting di dunia jika dilihat dari segi jumlah penuturnya.

Penguasaan bahasa di kalangan kanak-kanak yang berumur 2 tahun ke atas (Abdul Rashid Ali, 1992)

Abdul Rashid Ali (1992), telah mendefinisikan penguasaan bahasa kanak-kanak sebagai penggunaan bahasa dalam bentuk ujaran yang mempunyai makna berdasarkan lingkungan pengalaman, pemahaman, dan tanggapan kanak-kanak sendiri yang berbeza daripada sistem orang dewasa. beliau ingin memberitahu bagaimana kanak-kanak mempunyai aturan atau rumus pembentukan kata dan ayat, menganalisis perkembangan bahasa tatabahsa transformasi generatif kanak-kanak daripada koleksi ujaran kanak-kanak.

Sampel bagi kajian ini hanya terdiri daripada seorang kanak-kanak Melayu (perempuan) yang bertutur dalam bahasa Melayu sebagai bahasa ibunda. Kanak-kanak tersebut berumur 2 tahun 5 bulan semasa kajian ini dijalankan. Nazirah atau lebih dikenali sebagai Zirah atau Z sahaja. Z sering kali berpeluang berinteraksi dengan kakaknya Liyana (4 tahun lebih), ibu bapa, kakak (13 tahun lebih), dan abangnya (11 tahun lebih). Pendekatan yang digunakan dalam kajian ini ialah pendekatan interaksi. Kaedah kajian yang digunakan merupakan kaedah pemerhatian. Pemerhatian dijalankan dengan menggunakan rakaman pertuturan Zirah dalam pelbagai situasi dan keadaan bersama keluarganya sendiri.

Pola struktur digunakan untuk membantu pentafsiran makna ujaran bahasa Zirah seperti berikut:

a. ZK 1

b. ZK 1 + K 2

c. ZK 1 + K 2 + K 3 dan seterusnya

Z = Bahasa Zirah

K = Kata (kata nama, kata kerja, kata sendi nama, dan kata adjektif)

Hasil dapatan kajian menunjukkan Zirah menggunakan bahasanya untuk memberi nama atau menyebut benda-benda sama ada dengan menggunakan pengalaman hidup dunianya atau pun dengan mengagak-agak (guessing). Contoh:

B: Ini (apa)?

(Menunjukkan kepada gambar rusa)

Z: Ini ide ibang

(Ini kuda abang)

B: Ini (apa)?

( menunjukkan gambar gajah)

Z: Ini ajah

(Ini gajah)

(Sumber: Abdul Rashid Ali, 1992)

Berdasarkan perbualan dalam contoh di atas, Zirah banyak menggunakan pola ayat dua kata daripada jenis frasa nama.

Kajian tentang pengetahuan dan penggunaan imbuhan kata nama dan kata kerja di kalangan kanak-kanak prasekolah (Juriah Long, 1993)

Juriah Long (1993), pernah menganalisis pengetahuan dan penggunaan imbuhan kata nama dan kata kerja kanak-kanak prasekolah. Objektif kajian yang diutarakan oleh beliau adalah un tuk menkaji pengetahuan dan penggunaan imbuhan kata nama dan kata kerja yang diperoleh oleh kanak-kanak prasekolah (antara 5 hingga 6 tahun). Pengkaji telah menggunakan kaedah pemerhatian langsung yang dibuat secara spontan dalam situiasi yang sebenar.

Sampel kajian terdiri daripada 12 orang kanak-kanak dalam 2 kumpulan umur, iaitu 5 dan 6 tahun. Setiap kumpulan terdiri daripada 6 kanak-kanak lelaki dan perempuan. Dapatan kajian ialah struktur dan pola ayat yang mengandungi imbuhan kata nama dan kata kerja yang digunakan oleh kanak-kanak dan interaksi di rumah dan di tadika. Struktur-struktur ayat yang dianalisis dalam bahagian ini terdiri daripada ujaran-ujaran yang ditujukan kepada orang lain atau sebagai bahasa perhubungan dan juga ujaran-ujaran yang tertumpu pada diri sendiri atau pun sebagai bahasa egosentik.

Kajian ini mempunyai implikasi pendidikan bahasa. Kajian ini juga memberi gambaran bahawa penguasaan imbuhan kata nama dan kata kerja di kalangan kanak-kanak praseklah melibatkan dua proses, iaitu proses kognitif dan linguistik seperti yang disarankan oleh ahli-ahli interaksi. Seseorang kanak-kanak dapat menanggapi makna imbuhan yang tepat melalui penglibatan dalm perbualan dengan ibu bapa.

Kajian tentang peringkat pemerolehan bahasa (Steinberg, 1995)

Kajian yang dilakuan oleh Steinberg (1995), menunjukkan bahawa kanak-kanak dapat mengembangkan sistem linguistik yang kompleks, bergerak daripada peringkat satu kata ke peringkat perkembangan ayat dalam jangka masa yang singkat, iaitu ketika kanak-kanak berumur lebih kurang 4 hingga 5 tahun. Beliau mengatakan pemerolehan bahasa kanak-kanak berkembang mengikut satu susun atur bermula dari peringkat vokalisasi (6 bulan hingga 11 bulan), holofrasa (10 bulan hingga 18 bulan), telegrafik (18 bulan hingga ke atas), dan berakhir di peringkat perkembangan ayat-ayat kompleks (4 tahun hingga 5 tahun).

Vokalisasi

Bebelan merupakan vokalisasi yang melibatkan penggunaan bunyi-bunyi bahasa, terutamanya suku kata vokal dan konsonan-vokal, contohnya /a/, /u/, /gi/, /pa/. Pengulangan bunyi memberikan bayi kualiti bunyi serupa bahasa, contohnya: /mama/, /gigi/, /papa/ dan sebagainya. Kanak-kanak Jepun pada usia 6 bulan telah mengeluarkan bunyi mirip bahasa Jepun, begitu juga dengan bayi bangsa Cina dan Inggeris.

Holofrasa (Pertuturan satu kata)

Kanak-kanak yang normal akan mengeluarkan kata pertama ketika usia 4 bulan tetapi secara puratanya kanak-kanak dikatakan akan menuturkan kata pertama pada sekitar umur 10 bulan. Kita perlu ketahui ialah penggunaan bunyi-bunyi yang bermakna. Jika kanak-kanak tersebut menyebut kucing atau meyebut bunyi yang hampir dengan perkataan kucing sewaktu melihat atau semasa menyentuh binatang tersebut, barulah kita boleh kata kanak-kanak tersebut sudah tahu makna perkataan kucing. Orang yang terdekat sahaja yang boleh mengecam bunyi-bunyi bermakna yang dituturkan oleh kanak-kanak tersebut.

Kegunaan Kata Tunggal

Kata tunggal yang sama boleh digunakan untuk tujuan yang berlainan. Satu kata boleh digunakan untuk menamakan satu objek, conthnya; mama untuk mama, nana untuk banana. Kata tunggal juga digunakan untuk melahirkan sesuatu yang rumit. Sebagai contoh, pengkaji mendapati seorang kanak-kanak berkata peach + daddy + spoon dalam situasi ayahnya meletakkan satu potong buah peach ke atas permukaan sudu. Didapati semua pengkaji mendapat fenomena yang sama. Dkatakan kanak-kanak meletakkan pelbagai kegunaan pada kata tunggal.

Tetegrafik (Pertuturan Dua dan Tiga Kata)

Ketika usia 18 bulan (1 tahun 6 bulan), kebanyakan kanak-kanak mula menghasilkan pertuturan dua dan tiga kata. Menutur Steinberg (1993), walaupun baru berusia 1 tahun 6 bulan, tetapi kanak-kanak sudah pandai menggunakan bahasa untuk meminta, memberi amaran, menolak, cakap besar, bertanya, menjawab dan memberitahu. Pertuturan digunakan untuk melahirkan idea seperti kuantiti (more), milk (my), nafian (no sleep), lokasi (banana table), dan benda (big, red).

Perkembangan Ayat-ayat Kompleks

Perkembangan ayat nafi ditunjukkan oleh Steinberg (1995), sebagai contoh bagaimana struktur seperti ini diperoleh.

No money; not a teddy bear; no play that;

No fall; no singing song; no the sun shining.

(Sumber: Steinberg, D.D, 1995)

Kajian Tentang Pemerolehan Bahasa di kalangan Kanak-kanak Melayu di Peringkat Prasekolah (Vijayaletchumy, 2000)

Dalam aspek sintaksis, kanak-kanak sudah dapat mengujarkan ayat-ayat mudah yang berupa ayat-ayat selapis iaitu ayat yang mengandungi satu subjek dan satu predikat. Walau bagaimanapun kanak-kanak ini masih terikat dengan ujaran ayat-ayat penyata. Kanak-kanak ini juga sudah pandai mengujarkan ayat-ayat yang beraneka ragam dalam gabungan kata nama, kata kerja, kata ganti nama, dan kata adjektif. Contoh:

1. Abang anak emak (KN + KN + KN)

2. Kapal terbang abang (KN + KN)3. Nenek duduk di kampung (KN + KK + KSn + KN)4. Mirul makan dengan kicap (KN + KK + KSn + KN)5. Emak beli baby (KN + KK + KN)(Sumber: Vijayaletchumy, 2000)

Manakala jenis-jenis ayat yang diujarkan oleh kanak-kanak tersebut juga beraneka jenis.

Ayat Penyata:

Abang anak emak

Abang minum milo

Abang pakai seluar

Mak tak kerja

(Sumber: Vijayaletchumy, 2000)

Ayat tanya:

Lauk apa mak?

Mak tak kerja?

Mak tolong kakak masak?

(Sumber: Vijayaletchumy, 2000)

Ayat Perintah:

Jangan kacaulah

(Sumber: Vijayaletchumy, 2000)

Ayat nafi:

Tidak mahu lagi

Dia bukan orang

Saya tak nangis

(Sumber: Vijayaletchumy, 2000)

Berdasarkan huraian di atas, ia amat bersemuaian dengan objektif kajian iaitu untuk menganalisis pemerolehan dan penguasaan sintaksis di kalangan kanak-kanak prasekolah, mengkaji binaan pola ayat bahasa Melayu, mengkaji hubungan antara faktor persekitaran, dan latar belakang keluarga dengan pemerolehan dan penguasaan sintaksis nahasa Melayu. BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

Reka Bantuk Kajian

Kajian ini merupakan satu kaedah tinjauan yang manggunakan soal selidik dan temu bual serta bercerita berdasarkan gambar sebagai alat rangsangan. Tuckman (1972), kaedah tinjauan merupakan kaedah yang sering kali dilakukan dalam pendidikan khususnya dalam kajian-kajian di sekolah. Tetapi menurut Trow (1967), pengkaji harus berhati-hati kerana kesilapan dan ketidaksesuaian kajian tinjauan timbul banyak peringkat dari pemilihan masalah kajian, pemilihan sampel, bentuk soalan kajian dan analisis data.

Phillips (1971), mengatakan bahawa kaedah ini juga boleh digunakan untuk menungut maklumat berkaitan dengan nilai individu, pandangan dan perhubungan sosialnya. Namaun begitu, pelaksanaan kajian lualitatif tidak mempunyai suatu prosedur standard yang dapat memenuhi jangkaan dan keperluan semua pihak kerana ia banyak bergantung kepada tujuan dan konteks kajian.

Dalam kajian ini, pengkaji akan membuat tinjauan untuk memerhatikan pergerakan kanak-kanak di sekitar prasekolah. Ini perlu untuk membantu pengkaji mengesan dari segi pendedahan dan rangsangan kanak-kanak di kawasan persekitarannya, iaitu di dalam bandar dan di luar bandar dalam pemerolehan dan penguasaan sintaksis mereka.

Kerangka Teori

Kajian yang menggunakan beberapa perspektif teori lebih berupaya untuk menghasilkan dapatan kajian yang lebih bermakna. Shafie Abu Bakar (1995), menjelaskan beberapa kriteria yang dapat mengukuhkan pembinaan sesebuah teori antaranya:

i. Adanya prinsip asas yang dapat diolah sehingga dikenal pasti kriterianya.

ii. Dapat analisis secara relevan dan bersifat ilmu.

iii. Ada korelasi antara tahap-tahap persoalan dan perbandingan.

iv. Kekukuhan hujah, walaupun ia merupakan sebahagian daripada keseluruhan.

v. Ada pendekatan yang sistemetik sehingga ia tisak diragukan kebenarannya.

Pendekatan teori yang diaplikasikan dalam kajian ini adalah Teori Mentalis. Teori Mentalis sebagai konsep, maka kajian ini akan mencuba meneliti pemerolehan dan penguasaan sintaksis di kalangan kanak-kanak prasekolah yang berumur antara 5 hingga 6 tahun.

Teori Genetik-Kognitif yang telah digolongkan dalan kategiri teori kognitif telah dijadikan kerangka teori kajian ini. Teori Mentalis ini diperkenalkan oleh Chomsky (1959), yang telah mengubah secara radikal perkembangan psikolinguistik. Maka wujudlah satu teori pemerolehan dan pembelajaran bahasa yang disimpulkan daripada teori linguistiknya (Teori Transformasi Generatif). Teori ini memberi penekanan yang mutlak pada otak yang melandasi pemerolehan dan pembelajaran bahasa.

Teori ini mengatakan bahawa otak manusia telah dicipta secara semula jadi (genetik) untuk berbahasa. Oleh itu, otak manusia telah dilengkapi dengan struktur bahasa sejagat dan disebut sebagai Alat Pemerolehan Bahasa atau Language Device (LAD). LAD menerima ucapan-ucapan dan data-data yang berlaian melalui pancaindera sebagai masukan lalu membentuk rumus-rumus linguistik.

Pemerolehan Bahasa Kanak-kanak

Chomsky (1965), si anak bukan sahaja memperoleh rangsangan lalu memberikan tindak balas, bahkan minda kanak-kanak dilengkapi dengan alat pemerolehan bahasa yang semula jadi. Alat inilah yang membezakan manusia dengan haiwa dan merupakan ciri khas minda manusia yang tidak terdapat pada makhluk lain. LAD mengandungi tatabahasa sejagat. Diandaikan bahawa struktur pada pola bahasa yang ada dalam minda kanak-kanak adalah sama bagi semua bahasa di dunia dan bersifat sejagat.

Teori Mentalis menghubungkan realiti mental dengan lakuan bahasa yang sebenar. Pengetahuan bukanlah satu latihan pancaindera tetapi adalah daripada fikiran manusia. Rasionalnya ialah idea yang semula jadi menjadi asas kebenaran dalam pengetahuan kita. Teori ini juga menganggap bahasa sebagai pengetahuan yang dihasilkan oleh sesuatu proses dalam otak dan saraf setelah menerima rangsangan daripada pancaindera. Kreativiti yang wujud dalam otak atau pemikiran penutur bahasa adalah keperluan dalam diri manusia yang ada sejak lahir, bukannya hanya alat luar untuk komunikasi malah adalah sesuatu yang pasti ada dalam diri manusia.

Sehubungan dengan itu, Vygotksy (1978), mencadangkan mula-mula perkataan dibentuk sebagai cara untuk berkomunikasi, kemudian berlaku penyerapan bentuk-bentuk linguistik, konsepsi dan aksi. Semua ini dibayangkan melalui perbualan egosentrik yang berfungsi untuk mengorientasikan kanak-kanak kepada diri sendiri dari segi aktiviti kefahaman dan tingkah laku sedar.

Perkara ini jelas membuktikan bahawa kanak-kanak tidak dipengaruhi oleh bentik pertuturan bahasa penjaga mereka dalam proses menguasai bahasa. Mangantar Simanjuktak (1990), mengatakan bahawa terdapat bukti bahawa kanak-kanak membetulkan kesalahan mereka bukan kerana ditegur oleh orang-orang dewasa tetapi kerana mereka telah dapat menetukan rumus-rumus yang betul untuk membolehkan mereka menghasilkan bentuk-bentuk pertuturan yang gramatis. Ini telah menggambarkan bahawa kanak-kanak mempunyai kebolehan dan keupayaan untuk berbahasa berlandaskan Teori Mentalis.

Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Penguasaan Bahasa Kanak-kanak

Terdapat banyak faktor yang mempengaruhi penguasaan bahasa seseorang kanak-kanak. Antara faktor seperti status sosioekonomi, pengaruh ibu bapa, prosedur pengajaran di sekolah dan sikap kanak-kanak itu sendiri. Umumnya, kanak-kanak boleh menguasai bahasa hanya melalui rangsangan dan gerak balas. Corder (1974), setiap bayi yang dilahirkan telah dilengkapi dengan mekanisme dalaman yang tertentu secara semula jadi untuk membolehkan seseorang membina struktur tatabahasa bagi bahasa tersebut.

Terdapat juga perkaitan antara penguasaan bahasa dengan taraf sosioekonomi. Ini merupakan satu hubungan terus dan mmepunyai kolerasi yang positif. Atan Long (1978), kanak-kanak yang berasal dari golongan sederhana dan tinggi boleh bercakap awal berbanding kanak-kanak dalam kelas sosial yang lebih rendah. Mereka juga lebih cepat dan mempunyai kebolehan yang baik dalam membentik struktur ayat berbanding rakan sebaya lain dari kelas bawahan.

Penguasaan ibu bapa juga boleh mempengaruhi persekitaran kanak-kanak dalam berbahasa. Hal ini kerana, kanak-kanak bermula dari rumah dan keluarga merupakan agen komunikasi yang pertama dalam kehidupan mereka. Oleh itu, ibu b apa perlu menguasai bahasa yang baik untuk berkomunikasi dengan anak-anak mereka.

Tempat Kajian

Kajian tentang pemerolehan dan penguasaan sintaksis kanak-kanak melibatkan kanak-kanak yang bekajar di Tabika KEMAS di daerah Kuala Terengganu. Kanak-kanak ini berumur 5 hingga 6 tahun. Tabika yang terlibat ialah Tabika KEMAS Panjia Alam, di mana lokasinya terletak di tengah-tengah bandar dan Tabika KEMAS Kampung Belukar Sukai terletak di kawasan luar bandar. Kategori gred Tabika Kemas ini ditentukan oleh beberapa aspek iaitu:

i. Kurikulum

ii. Ko-kurikulum

iii. Pemaju masyarakat

iv. Kebajikan kanak-kanak

v. Pengurusan dan pengelolaan program tabika

vi. Khidmat komuniti

Antara kemudahan yang disediakan ialah padang permainan yang mempunyai papan jongkang-jongkit, papan gelunsur, petak berpasir, dan kawasan berumput. Manakala dalam bilik darjah pula terdapat alat bantu mengajar seperti gambar, permainan matematik dan lain-lain yang bersesuaian dengan proses pembelajaran.

Persampelan

Pengkaji telah memilih secara rawak iaitu seramai 30 orang kanak-kanak Tabika KEMAS iaitu 15 orang kanak-kanak dari Tabika Panji Alam yang terletak di tengah-tengah bandar dan 15 orang dari Tabika Kampung Bekar Sukai yang terletak di luar bandar. Jumlah sampel dianggap mencukupi kerana berdasarkan pandangan Fraenkel dan Wallen (1996), mencadangkan 30 orang individu untuk satu kumpulan bagi kajian kualitatif. Mohd Majid Konting (1990), penggunaan subjek yang besar dalam kajian kualitatif akan menyebabkan kesukaran mengolah pembolehubah tak bersandar, kesukaran mncerapkan kesan olahan pembolehubah tak bersandar pada pembolehubah bersandar dan kesukaran mengawal kesan pembolehubah-pembolehubah ekstranus.

Dalam proses pemilihan ini, pengkaji akan menggunakan kebijaksanaan, peluang, masa dan persoalan kajian seperti yang disarankan oleh Jorgensen (1989), iaitu kajian, kesanggupan, dan kerjasama dari tempat kajian, kebenaran, dan kelulusan serta saiz sekolah sebagai kriteria dalam menentukan sesuatu kelas diambil sampel kajian.

Subjek Kajian

Subjek kajian yang dipilih untuk tujuan kajian ini adalah seperti berikut:

1. Dua buah tabika yang dipilih di kawasan Kuala Terengganu, iaitu Tabika Panji Alam dan Tabika Kampung Belukar Sukai.

2. Kanak-kanak yang terlibat iaitu seramai 30 orang yang beruimur lingkungan antara 5 hingga 6 tahun.

Kaedah Kajian

Selain daripada soal selidik ibu bapa, pengkaji juga membina borang temu bual dengan responden (Lampiran A). Ini bertujuan untuk mengetahui tahap pemerolehan dan penguasaan sintaksis bahasa Melayu secara spontan melalui cerita yang disampaikan dan secara tidak langsung mendekati kanak-kanak untuk mengetahui pengalaman mereka.

Menurut Bogdan dan Biklen (1992), kaedah pengutipan data deskriptif melalui temu bual adalah cara yang paling lazim terutamanya dalam kajian yang melibatkan pemerhatian sampel kajian. Tanpa penggunaan temu bual, data yang diperoleh dari pemerhatian tidak dapat memberi gambaran yang lengkap tentang apa yang diperhatikan.

Patton (1987), melalui temu bual kita akan memperoleh dari sampel kajian sesuatu yang kita tidak boleh perhatikan secara langsung, seperti perasaan, pemikiran dan kecenderungan mereka. Manakala menurut Moore (2000), temu bual semi-struktur adalah cara yang paling baik digunakan apabila kita mahu mengumpul struktur maklumat dan maklumat tentang sikap atau kepercayaan.

Alat Kajian

Beberapa alat digunakan dalam kajian ini termasuklah borang soal selidik, soalan-soalan temu bual, gambar rangsangan, borang jadual binaan sintaksis dan rakaman traskripsi.

Tatacara Kajian

Beberapa langkah yang telah dilakukan bagi menjalankan kajian ini:

i. Penyediaan bahan borang soal selidik untuk ibu bapa dan responden

ii. Gambar temu bual dengan responden

Penganalisisan Data

Pengkaji menggunakan kaedah analisis kandungan. Pengkaji menganalisis setiap ayat yang dilafazkan oleh kanak-kanak dan mengklasifikasikan mengikut jenis ayat-ayat bahasa melayu, iaitu ayat penyata, ayat tanya, ayat seruan dan ayat perintah. Semua data yang dikumpul itu dianalisis dengan memilih yang tertenping secara terperinci.

Nik Safiah Karim dan rakan-rakan (1993), menyatakan bahawa:

a. Ayat penyata ialah ayat yang diucapkan untuk tujuan melakukan sesuatu pertanyaan atau mengemukakan keterangan tentang sesuatu perkara

b. Ayat tanya ialah ayat untuk tujuan mengemukakan sesuatu pertanyaan.

c. Ayat perintah ialah ayat yang diucapkan untuk tujuan memberi arahan atau untuk tujuan menimbulkan suatu tindakan.

d. Ayat seruan ialah ayat yang diucapkan secara bernada seru untuk menyatakan sesuatu keadaan perasaan seperti marah, takut, geram, takjub dan sebagainya.

Manakala binaan ayat ditentukan oleh cara susunan unsur dan konstituen yang dibentuk. Contohnya ayat dasar dan ayat majmuk.

a. Ayat dasar iaitu pola ayat yang menjadi sumber kepada pembentukan atar terbitan semua ayat yang lain dalam sesuatu bahasa itu.

b. Ayat majmuk ialah ayat yang dibina dengan mencatumkan dua ayat tunggal atau lebih, dan pencantuman ayat-ayat ini disusun mengikut cara tertentu sehingga menjadikannya ayat baharu.

Faktor latar belakang keluarga diberi tumpuan utama. Latar belakang sesebuah keluarga bergatung kepada rapat dengan tahap pendidikan, jenis pekerjaan dan jumlah pendapatan bulanan sesebuah keluarga. Setelah dibuat penggolongan keluarga renponden mengikut kelas sosialnya, maka responden dengan sendirinya digolongkan dalam kelas sosial yang diwakili oleh keluarga mereka.

Berdasarkan kriteria dan prosedur yang telah dihuraikan tentang pemilihan tempat kajian, sampel kajian, pengumpulan data, maka diharapkan kajian ini dapat menjelaskan segala persoalan kajian yang ingin diselidiki. Pengkaji juga akan membuat rumusan bagi semua persoalan kajian berdasarkan kaedah dan dapatan yang diperoleh. BAB 4

DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN

PENGENALAN

Pengkaji akan menumpukan perbincangan tentang pemerolehan dan penguasaan sintaksis kanak-kanak prasekolah dan faktor-faktor yang mempengaruhinya. Pemerolehan dan penguasaan sintaksis akan dikaji dan dibincangkan di bawah aspek berikut:

i.Profil respondenii. Jenis ayat yang dihasilkan oleh kanak-kanak di bandar dan di luar bandar.

iii.Binaan ayat kanak-kanak prasekolah.

iv.Hubungan antara faktor persekitaran dengan pemerolehan dan penguasaan sintaksis kanak-kanak prasekolah.

v. Hubungan antara faktor latar belakang keluarga kanak-kanak prasekolah.

Semua data yang diperoleh, kemudiannya dianalisis dalam bentuk peratusan. Bagi menentukan faktor-faktor yang mempengaruhi pemerolehan dan penguasaan sintaksis kanak-kanak prasekolah. Pengkaji akan membincangkan beberapa aspek seperti:

a. Taraf sosioekonomi keluarga responden

b. Lokasi tempat tinggal responden

c. Pendedahan dan rangsangan

DAPATAN KAJIANLatar Belakang Kanak-kanak PrasekolahHasil daripada soalselidik yang diedarkan kepada kanak-kanak prasekolah Tabika Panji Alam (dalam bandar) seramai 25 orang dan Tabika Kampung Belukar Sukai (luar bandar) seramai 23 orang.

Latar Belakang Lokasi Tempat Tinggal dan Taraf SosioekonomiKajian ini telah melibatkan sebanyak 48 orang kanak-kanak prasekolah. Sebanyak 25 (52.1%) kanak-kanak yang tinggal di dalam bandar dan 23 (47.9%) kanak-kanak di luar bandar. Kajian ini sebenarnya mengambil kesemua kanak-kanak yang mengikuti prasekolah di kawasan tersebut sebagai responden.

Jadual 1: Lokasi Tempat Tinggal Kanak-kanak Prasekolah

Lokasi Tempat Tinggaln%

Bandar2552.1

Luar Bandar2347.9

Jumlah48100

Kajian ini juga mengambil kira tentang taraf sosioekonomi keluarga kanak-kanak yang terlibat, iaitu pendapatan ibu bapa dan penjaga. Bagi menentukan golongan sosioekonomi tersebut, pengkaji merujuk kepada pendapatan perkapita dari laporan rancangan Malaysia ke-8 olej Jabatan Perangkaan Malaysia (2000). Berdasarkan laporan tersebut, pengkategorian taraf sosioekonomi keluarga berdasarkan pendapatan RM 3201 ke atas adalah tinggi, RM 3200 hingga RM 1201 adalah sederhana dan RM 1200 ke bawah adalah rendah. Sehingga itu, jadual 2 kanak-kanak prasekolah tersebut terbahagi kepada tiga kumpulan iaitu sosioekonomi tinggi (27.1%), sederhana (50.0%), dan rendah (22.9%). Hasil dapatan menunjukkan bahawa kebanyakan kanak-kanak yang terlibat daripada golongan sosioekonomi yang sederhana iaitu 24 orang.

Jadual 2: Taraf Sosioekonomi Kanak-Kanak Prasekolah

Taraf Sosioekonomin%

Tinggi (RM 3201 ke atas)1327.1

Sederhana (RM 1201-RM 3200)2450.0

Rendah (RM 1200 ke bawah)1122.9

Jumlah48100

Sehubungan dengan itu, jika dibandingkan sosioekonomi antara kanak-kanak di dalam bandar dengan kanak-kanak luar bandar, dapatan menunjukkan kebanyakan kanak-kanak berada dalam golongan sosioekonomi sederhana, iaitu di dalam bandar (56.0%), manakala (43.5%) luar bandar. Taraf sosioekonomi tinggi (16.0%) di bandar dan (39.1%) di luar bandar. Manakala taraf sosioekonomi rendah (28.0%) di bandar dan (17.4%) di luar bandar.

Jadual 3: Hubungan Lokasi Tempat Tinggal Dengan Taraf Sosioekonomi Kanak-Kanak

Taraf SosioekonomiBandarLuar Bandar

n %n %

Tinggi (RM 3201 ke atas)4 16.09 39.1

Sederhana (RM 1201- RM 3200)14 56.010 43.5

Rendah (RM 1200 ke bawah)7 28.04 17.4

Jumlah25 10023 100

Jadual 4, menunjukkan pencapaian akademik ibu bapa atau penjaga kanak-kanak tersebut. Kebanyakannya mereka berkelulusan di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (44.0%) dalam bandar dan 43.5% bagi luar bandar. Selain itu, sebanyak 34.8% ibu bapa atau penjaga di bandar berkelulusan sekolah menengah. Manakala terdapat 20.0% ibu bapa atau penjaga di luar bandar hanya perpendidikan sekolah rendah. Di peringkat kelulusan ijazah terdapat 4.0% di dalam bandar dan 13.0% di luar bandar. Manakala di dalam bandar terdapat (1.0%) yang berkelulusan Sarjana. Pencapaian akademik mempunyai kaitan dengan tatatingkat taraf sosioekonomi sesebuah keluarga.

Jadual 4: Taraf Sosioekonomi Dengan Kelulusan Akademik

Kelulusan AkademikSosioekonomi

TinggiSosioekonomi SederhanaSosioekonomi Rendah

n %n %n %

Sekolah Rendah1 7.72 8.32 18.2

Sekolah Menengah0 0.06 25.06 54.5

Sijil Pelajaran Malaysia7 53.811 45.83 27.3

Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia1 7.71 4.20 0.0

Diploma1 7.72 8.30 0.0

Ijazah2 15.42 8.30 0.0

Sarjana1 7.70 0.00 0.0

Jumlah13 100 24 100 11 100

Ini menunjukkan tahap pendidikan mempunyai kaitan dengan taraf sosioekonomi. Semakin tinggi tahap pendidikan yang diterima akan menyebabkan peningkatan tahap ekonomi sesebuah keluarga itu.

Penghasilan Jenis-Jenis Ayat Bahasa Melayu.Dapatan kajian menunjukkan penghasilan jenis-jenis ayat berbeza mengikut lokasi tempat tinggal dan juga tahap sosioekonomi keluarga kanak-kanak prasekolah. Pengkaji menggunakan dua keping gambar dan meminta kanak-kanak itu bercerita dan berinteraksi apa sahaja tentang gambar yang diberikan.

Pada peringkat ini, kanak-kanak menggunakan bahasa secara spontan untuk bercerita dan membincangkan perkara yang ada dalam pengalaman mereka. Daripada kajian yang telah dijalankan didapati pemerolehan jenis-jenis ayat bahasa Melayu berbeza-beza antara satu aktiviti dengan aktiviti yang lain. Kanak-kanak prasekolah berkebolehan menghasilkan pelbagai jenia ayat apabila aktiviti yang ditempuhi itu menarik dan mencabar perasaan ingin tahu mereka.

Dapatan transkripsi menunjukkan kepelbagaian jenis ayat yang dihasilkan oleh kanak-kanak iaitu ayat penyata, ayat tanya, ayat seruan, dan ayat perintah. Dapatan menunjukkan kanak-kanak didalam bandar berjaya menghasilkan ayat penyata (51.2%), ayat tanya (30.4%), ayat seruan (9.4%), dan ayat perintah (9.0%). Manakala kanak-kanak di luar bandar pula, ayat penyata (57.5%), ayat tanya (19.1%), ayat seruan (15.2%), dan ayat perintah (8.2%).

Kecenderungan kanak-kanak menghasilkan ayat penyata dan ayat tanya menunjukkan tahap pemerolehan bahasa yang selari dengan peringkat usia dan perkembangan diri kanak-kanak yang berusia 5 tahun ke atas. Dalam masa yang sama, kanak-kanak pada peringkat ini amat gemar bertanyakan tentang sesuatu yang ada di sekitar pengalaman bahasa mereka.

Binaan Ayat Kanak-kanak Prasekolah

Nik Safiah Karim dan rakan-rakan (1993), ayat dasar ialah ayat yang menjadi dasar atau sumber bagi pembentukan semua ayat lain. Dalam bahasa Melayu, pola ayat dasar boleh dibahagikan kepada empat jenis. Konstituen subjek pada umumnya diisi oleh frasa nama, sementara konstituen prediket pula diisi oleh empat jenis unsur yang berbeza, iaitu frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif, dan frasa sendi nama.

Jadual 5: Pola Ayat Dasar Bahasa Melayu

PolaSubjekPrediket

Pola 1Frasa NamaFrasa Nama

Pola 2Frasa NamaFrasa Kerja

Pola 3Frasa NamaFrasa Adjektif

Pola 4Frasa NamaFrasa Sendi Nama

Ayat majmuk pula terbahagi kepada tiga jenis, iaitu ayat majmuk gabungan, ayat majmuk pancangan dan ayat majmuk campuran. Menurut Nik Safiah Karim dan rakan-rakan (1993), ayat majmuk gabungan ialah ayat yang terdiri daripada dua ayat atau lebih yang dijadikan satu dengan cara menggabungkan atau mencantumkan ayat-ayat tersebut dengan kata hubung seperti dan, atau, tetapi dan sebagainya. Manakala ayat majmuk pancangan pula iaitu dua ayat yang tidak sama taraf iaitu masing-masing dapat bersiri sendiri. Ayat majmuk campuran pula ialah ayat yang mengandungi lebih daripada satu jenis ayat, yakni yang terdiri daripada campuran ayat tunggal dengan ayat majmuk atau deretan pelbagai ayat majmuk.

Kanak-kanak prasekolah berkebolehan menghasilkan ayat dasar mengikur pola-polanya dan juga ayat majmuk. Kanak-kanak prasekolah dalam bandar dalam menghasilkan sebanyak 422 (90.36%) ayat dasar dan 45 (9.63%) ayat majmuk. Manakala kanak-kanak prasekolah diluar bandar pula dapat menghasilkan 309 (93.63%) ayat dasar dan 21 (6.36%) ayat majmuk.

Jadual

Hubungan Faktor Lokasi Tempat Tinggal dengan Pemerolehan dan Penguasaan Sintaksis.

Kawasan tempat tinggal dapat mempengaruhi proses berbahasa kanak-kanak. Kanak-kanak yang tinggal di bandar mengetahui lebh banyak kata nama yang berkaitan dengan alat-alat elektrik, jenis kenderaan, pakaian dan jenis peralatan rumah yang moden. Manakala kanak-kanak luar bandar didapati perkembangan leksikalnya bergantung kepada lokasi tempat tinggalnya. Secara tidak langsung perkembangan bahasa mereka juga terbatas dalam persekitaran yang mereka tempuhi sahaja.

Jadual 6: Jenis Ayat Mengikut Lokasi Tempat Tinggal Kanak-Kanak

Jenis AyatBandarLuar Bandar

n %n %

Ayat Penyata239 51.2196 57.5

Ayat Tanya142 30.463 19.1

Ayat Seruan44 9.450 15.2

Ayat Perintah42 9.027 8.2

Jumlah 467 100336 100

Kesimpulannya, lokasi tempat tinggal kanak-kanak mempunyai kaitan dengan kebolehan kanak-kanak dalam pemerolehan dan penguasaan ayat penyata dan ayat tanya.

Hubungan Faktor Taraf Sosioekonomi Keluarga dengan Pemerolehan dan Penguasaan Sintaksis

Pendapatan keluarga bergantung rapat dengan taraf pendidikan dan jenis pekerjaan ibu bapa. Di Malaysia dalam kumpulan pendapatan terdapat maklumat yang menunjukkan pendapatan yang tidak sedimbang antara kumpulan etnik. Oleh yang demikian, latar belakang keluarga dan taraf sosioekonomi keluarga mempunyai hubungan dengan pemerolehan dan penguasaan sintaksis kanak-kanak.

Jadual 7: Jumlah Ayat dengan Taraf Sosioekonomi

Jumlah Ayat yang Dihasilkan

Taraf Sosioekonomi

n

%

Tinggi (RM3201 ke atas)

309

38.8

Sederhana (RM1201-RM3200)

258

32.3

Rendah (RM1200 ke bawah)

230

28.9

Jumlah

797

100

Implikasi Dapatan dengan Teori KajianKanak-kanak berupaya memperoleh bahasa kerana ia sudah terancang untuk berkembang dalam minda kanak-kanak tersebut dari segi biologis. Apabila kanak-kanak terdedah kepada bahasa maka dengan sendirinya kanak-kanak akan mempunyai keupayaan untuk memperoleh bahasa dan proses penguasaan adalah bergantung kepada keupayaan kepada kematanya kognitif.

Menurut Chomsky dalam Mengantar Simanjuntak (1987), setiap kanak-kanak dilahirkan dengan pengetahuan bahasa. Berdasarkan suatu pengamatan yang dilakukan oleh Steinberg (1995), beliau mendapati penguasaan bahasa ini tiada hubungan dengan kecerdasan. Ini berlaku kerana kanak-kanak yang kurang kebolehannya berkemampuan menguasai bahasa ibundanya walaupun ayat-ayat yang dituturkannya tidak gramatis dan tidak lengkap dan jumlahnya terhad.

Kanak-kanak yang normal mampu menguasai bahasa ibundanya tanpa halangan. Kanak-kanak mula bercakap lebih kurang pada usia yang sama melalui tahap-tahap perkembangan. Kajian ini menunjukkan kanak-kanak mampu menggunakan pengetahuan asas tatabahasa iaitu jenis-jenis ayat dan bentuk. Berdasarkan dapatan sintaksis yang dihasilkan oleh kanak-kanak prasekolah didapati kanak-kanak berupaya menghasilkan empat pola ayat dasar bahasa Melayu.

Berdasarkan teori yang disarankan oleh Steinberg (1995), peringkat yang terakhir ialah peringkat yang perkembangan ayat kompleks. Menurut beliau, setelah pertuturan kanak-kanak menjadi lebih panjang, struktur ayat yang mudah berkembang menjadi ayat yang kompleks. Ketika berumur 4 atau 5 tahun, kanak-kanak telah dapat menghasilkan struktur ayat yang berguna dalam bahasanya. Contoh ayat yang dinyatakan oleh Steinberg (1995), ialah;

1. I dont want it, i dont know his name

2. Dont touch the fish, dont knock my box

3. We can talk but cant dance(Sumber: Steinberg, 1995)Ini bersamaan dengan pemerolehan dan penguasaan sintaksis bagi kanak-kanak Melayu

Walaupun struktur bahasa tidak sama. Pada peringkat ini, mereka boleh menghasilkan ayat yang berbentuk majmuk dengan penambahan kata sendi dan mempunyai makna tertentu. Dapatan juga menunjukkan penghasilan ayat majmuk tidak begitu banyak berbanding dengan ayat dasar. Contoh;

1. Kita kena datang, kena jalan.

2. Kami mandi dengan kucing

3. aku lagi cerdik tau, kucing aku tau.

(Sumber: Dapatan Kajian Kanak-kanak Prasekolah)

Kesimpulannya, dapatan kajian ini menunjukkan bahawa pemerolehan dan penguasaan

sintaksis kanak-kanak prasekolah khususnya dalam bahasa Melayu adalah bersamaan dengan pemerolehan dan penguasaan sintaksis kanak-kanak daripada bangsa lain. Dengan itu, peranan ibu bapa dan guru juga amat penting untuk mempertingkatkan penguasaan sintaksis kanak-kanak di samping mengadakan persekitaran dan pendedahan yang boleh membantu perkembangan bahasa kanak-kanak.

BAB 5

KESIMPULAN DAN CADANGAN

KesimpulanPada keseluruhannya, berpandukan pada pengiraan peratus (%), pengkaji mendapati responden berkebolehan menghasilkan jenis-jenis ayat bahasa Melayu terutamanya dalam aspek ayat penyata dan ayat tanya dengan mudah berbanding ayat perintah dan ayat seruan.

Walaupun kanak-kanak prasekolah ini boleh menguasai ayat perintah namun demikian bilangan ayat tersebut tidaklah begitu banyak berbanding ayat lain kerana ayat perintah adalah untuk mengarah atau meminta sesuatu daripada individu lain.

Ayat penyata adalah jenis ayat yang paling kerap dihasilkan (51.2%), diikuti ayat tanya (30.4%), ayat seruan (9.4%), dan ayat perintah (9.0%). Nik Safiah Karim (1993), yang mengatakan bahawa kanak-kanak paling mudah menguasai ayat penyata dalam komunikasinya bagi tujuan menyatakan atau memberi keterangan tentang sesuatu hal atau untuk menyampaikan maksudnya.

Kebolehan bertutur awal tidak semestinya kanak-kanak itu dapat menguasai bahasa dengan baik. Kadang-kadang terdapat faktor di luar jangkaan yang mempengaruhi perkembangan bahasa seseorang itu. Ini bertepatan dengan pendapat Asmah Hj. Omar (1985), yang mengatakan bahawa pertumbuhan dan perkembangan bahasa dipengaruhi oleh latar belakang kekeluargaan, pergaulan kanak-kanak dengan orang lain di luar keluarga serta alam sekitar kehidupan kanak-kanak tersebut.

Manakala menurut Lyons (1990), kanak-kanak akan mula bercakap pada usia lebih kurang melalui tahap perkembangan yang sama. Ini bermakna kanak-kanak yang tidak dapat bercakap pada masa dan tahap yang sama kerana beberapa faktor yang ada hubungannya dengan persoalan yang masih tidak jelas tentang apa yang menentukan kanak-kanak dapat menguasai kata-kata asas dengan betul, dan tentang persoalan perkaitan dengan keupayaan kanak-kanak membentuk ujaran dengan dua kata yang nermakna biasa.

Lihat dalam konteks pengajaran dan pembelajaran, guru hendaklah memainkan peranan penting. Guru perlu menyediakan konteks pembelajaran yang sihat dan menggalakkan kanak-kanak melibatkan diri secara aktif dalam interaksi. Guru juga perlu memberi kerjasama kepada kanak-kanak dalam proses pembelajaran bahasa. Unsur-unsur tatabahasa pula dipelajari secara tidak langsung melalui interaksi tersebut. Kajian ini menunjukkan kanak-kanak mmapu menggunkan pengetahuan asas tatabahasa sesuatu bahasa khususnya bahasa Melayu.

Menurut Shahril Marzuki (1993), KEMAS telah menubuhkan pusat-pusat persekolahan di kawasan luar bandar untuk tujuan menolong kanak-kanak dari golongan yang tidak berkemampuan mendapat pendidikan persediaan sebelum kanak-kanak tersebut masuk ke alam persekolahan secara formal. Melaluinya, kanak-kanak dapat mempertingkatkan kemahiran fizikal, kemahiran sosial, kemahiran emosi, kemahiran akademi, mahupun perkembangan bahasa di bawah bimbingan dan kawalan guru prasekolah.

Cadangan

Pengkaji ingin mengemukakan beberapa cadangan yang difikirkan penting untuk mmeperbaiki kelemahan dalam meningkatkan lagi tahap pemerolehan dan penguasaan sintaksis bahasa Melayu kanak-kanak prasekolah. Antara cadangannya ialah:

1. Kanak-kanak hendaklah diberi peluang untuk berinteraksi, berkomunikasi secara lisan seberapa banyak yang boleh. Ini bukan sahaja di antara rakan sebaya tetapi juga dengan orang dewasa yang hadir dalam persekitaran mereka. Menurut Dulay dan Krashen (1982), kualiti persekitaran bahasa sangat penting untuk kejayaan dalam menguasai bahasa yang baik, tahap pemerolehan bahasa kanak-kanak itu akan meningkat. Sehubungan dengan itu, sebagai ibu bapa perlulah menyediakan satu suasana persekitaran bahasa yang boleh memberangsangkan.

2. Pembelajaran bahasa di sekolah merupakan lanjutan kepada pemerolehan dan penguasaan bahasa di rumah. Ibu bapa memainkan peranan penting dalam memperkembangkan bahasa kanak-kanak supaya menjadi lebih mantap serta mampu untuk menghadapi cabaran dan rintangan berbahasa dalam konteks pendidikan dan juga interaksi dengan masyarakat bahasa di luar bilik darjah.

3. Mata pelajaran yang diajar di sekolah tadika seharusnya lebih terbuka dan bukan terlalu formal. Bahan bantuan mengajar atau media seperti gambar perlu ditambah supaya kanak-kanak dapat digalakkan bercerita tentang gambar tersebut. Guru haruslah menggunakan bahan rangsangan khususnya bahan bantuan mengajar seperti audio video yang menitikberatkan aspek lihat dan dengar. Ini dapat menggalakkan kanak-kanak tersebut menjadi lebih aktif dan turut serta dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa.

4. Aktiviti-aktiviti perbincangan secara tidak formal dan pengucapan secara lisan merupakan unsur penting dalam perkembangan bahasa. Oleh itu, guru prasekolah memastikan gerak kerja yang dijalankan hendaklah yang dapat merangsangkan kanak-kanak melibatkan diri dalam perbualan yang boleh membawa kepada perbincangan.

5. Guru perlu mewujudkan hubungan sosial yang lebih memuaskan dengan pelajarnya kerana dengan cara ini akan mendorong kanak-kanak bersifat kreatif. Dengan adanya hubungan yang rapat juga akan mewujudkan rasa yakin dan berani dalam diri kanak-kanak untuk menyertai perbualan, perbincangan dan mengemukakan lebih banyak persoalan.

6. Pusat Perkembangan Kurikulum dan Kementerian Pendidikan harus lebih peka dengan perkembangan pesat pusat prasekolah pada masa kini. Pihak kementerian hendaklah membuat pemantauan dari masa ke masa bagi memastikan pengelolaan pusat-pusat prasekolah mengikut garis panduan yang telah dikeluarkan menjadikannya sebagai sumber rujukan untuk perancangan pusat prasekolah masing-masing.

Guru prasekolah haruslah memikirkan strategi yang boleh menyeronokkan kanak-kanak. Dalam usaha mengajar kanak-kanak, guru tidak harus memikirkan pencapaian akademik semata-mata tanpa memikirkan aspek perkembangan yang lain. Bermain sambil belajar sangat sesuai bagi kanak-kanak prasekolah.

LAMPIRAN ABORANG SOAL SELIDIK IBU BAPA / PENJAGA

Arahan: Jawab semua soalan dengan mengisi tempat kosong.

Nama

: ____________________________________

Umur

: ____________________________________

Nama anak: ____________________________________

1. Pertalian dengan kanak-kanak tersebut.

Anak

()

Anak saudara

()

Cucu

()

Adik

()

Lain-lain: nyatakan ()

2. Pekerjaan anda.

Pegawai Tadbir

()

Guru

()

Kerani

()

Petani

()

Buruh

()

Peniaga

()

Lain-lain: nyatakan()

3. Pekerjaan suami/ isteri

Pegawai Tadbir

()

Guru

()

Kerani

()

Petani

()

Buruh

()

Peniaga

()

Lain-lain: nyatakan()

4. Pendapatan anda sebulan.

Lebih daripada RM 2000 ()

RM800 hingga RM 1999

()

RM799 hingga ke bawah()

5. Pendapatan suami/isteri.

Lebih daripada RM 2000 ()

RM800 hingga RM 1999

()

RM799 hingga ke bawah()

6. Kelulusan akademik anda.

Sekolah Rendah

()

Sekolah Menengah

()

Sijil Pelajaran Malaysia

()

Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia()

Ijazah

()

Sarjana

()

Doktor Falsafah

()

7. Bahasa pertuturan anda dengan keluarga di rumah. Tandakan 1 hingga 4 mengikut keutamaan.

Bahasa Melayu

()

Bahasa Inggeris

()

Bahasa Cina

()

Bahasa Tamil

()

Lain-lain: Nyatakan __________________

8. Anak anda seorang yang periang?

Ya

()

Tidak

()

9. Bilakah anak anda mula bercakap?

6 bulan hingga 8 bulan

()

9 bulan hingga 12 bulan

()

13 bulan hingga 18 bulan()

19 bulan hingga ke atas

()

10. Pernahkah anda membaca buku kepada anak anda?

Ya

()

Tidak pernah

()

Kadang-kadang

()

11. Pernahkah anda bercerita dengan anak anda?

Ya

()

Tidak pernah

()

Kadang-kadang

()

12. Anda ada menyediakan buku cerita untuk anak anda dirumah?

Ya, secukupnya

()

Ya, jika perlu

()

Tidak cukup

()

Tidak pasti

()

13. Pernahkah anda membawa anak-anak ke perpustakaan?

Pernah

()

Tidak pernah

()

14. Kekerapan anda membawa anak ke perpustakaan dalam sebulan.

Selalu

()

Kadang-kadang

()

15. Berapa jauhkah jarak rumah ke perpustakaan?

Kurang daripada 5 km

()

6 km hingga 10 km

()

Lebih 10 km

()

16. Tandakan (/) bagi peralatan yang terdapat di rumah anda.

Televisyen

()

Radio

()

Perakan video

()

Cekera padat

()

Peti ais

()

Mesin basuh

()

Telefon

()

17. Adakah terdapat komputer di rumah anda.

Ya

()

Tidak

()

18. Bagaimana dengan kebolehan anak anda dalam aspek berikut:

Baik

1

Sederhana2

Lemah

3

Pergaulan dengan rakan sebaya()

Bercerita

()

Berkomunikasi

()

Pencapaian di sekolah

()

Borang Temu Bual Dengan Reponden.

Nama: ______________________________________

Umur: ______________________________________

1. Bolehkah anda membaca?

Perkataan ()

Sintaksis()

2. Di rumah anda mempunyai komik atau buku cerita?

Ada

()

Tidak ada()

3. Bolehkah anda bercerita?

Boleh

()

Tidak boleh()

4. Jika boleh, ceritakan sebuah cerita yang pernah anda dengar.

5. Siapakah yang pernah bercerita kepada awak?

Ibu

()

Ayah

()

Kakak

()

Abang

()

Cikgu

()

Kawan

()

6. Di rumah, anda ada televisyen atau radio?

Ya

()

Tidak ada()

7. Namakan rancangan televisyen yang anda suka tonton pada waktu lapang.

Sangat suka

3

Suka

2

Tidak suka

1

Rancangan: Along

()

Doremon ()

Power Renges()

Anak Sidek()

8. Apakah hobi anda pada waktu lapang?

Bermain

()

Membaca buku

()

Bercerita

()

9. Pernahkah pada waktu cuti sekolah ibu bapa anda membawa melawat atau melancong?

Ya

()

Tidak

()

10. Jika pernah, ke nama ibu bapa selalu membawa anda?

Zoo

()

Muzium Negara

()

Taman Permainan()

Tempat Mandi

()Prasekolah di bandar

(Tinggi)

Ayat Penyata

i. Nama kucing aku Tompok

ii. Tak tahu sudahlah

iii. Tak, kami baru aje mandikan kusing

iv. Rumah kau tu jauhlah

v. Makan nasilah

vi. Alah tak bolehlah

vii. Coklat pun hitam

viii. Kucing mana boleh berenang

ix. Kat rumah aku banyak kucing hitam

Ayat Tanya

i. Nak tahu tak?

ii. Habis kalau rumah aku jauh?

iii. Oh, apa tu?

iv. Ha, kucing hitam ada?

v. Eh, kucing tu tengah buat apa?

vi. Siapa tu?

vii. Cantik tak?

viii. Siapa nak cakap dengan engko?

(Sederhana)

Ayat Penyata

i. Eh, sorry

ii. Biru

iii. Bengkel

iv. Dekat tu lah

v. Nak juga beli layang-layang

vi. Boleh, nanti kita beli ye

vii. Suka

viii. Ungu cantiknya warna tu

ix. Okey, esok kita beli

x. Dia berlatih

Ayat Tanyai. Adik awak berapa tahun?

ii. Badan dia warna apa?

iii. Nama kucing ini apa?

iv. Awak orang mana?

v. Eh, betul ke?

vi. Botol ni warna apa ha?

vii. Ni nak warna apa

viii. Kampung awak dekat mana?

(Rendah)

Ayat Penyata

i. Ni tebu

ii. Layang-layang ni besarlah

iii. Cantik

iv. Tengok

v. Talinya panjang

vi. Warna biru

vii. Warna hitam

viii. Entahlah, kayu kot

ix. Tak perasan pun

x. Tak payah, nanti dia pergi merata-rata

Ayat Tanya

i. Ni pokok apa?

ii. Hijau pekat mana, Umi?

iii. Siapa cakap cantik

iv. Macam mana ni?

v. Tanah ke?

vi. Bawah ni, apa?

vii. Warna oren adakah?

viii. Umi tak pernah tengok kucing?

Prasekolah di luar bandar

(Tinggi)

Ayat Penyata

i. Kucing itu cantiklah sangat

ii. Bila dah siap baru cakap

iii. Pekatlah cikit

iv. Kau pergilah, comot sekali

v. Jangan cakap orang comot, nanti lawa-lawa dia orang comot juga

vi. Siapa warna cantik, dia dapat hadiah

vii. Kita buat sendiri senang aje

viii. Main kat rimah lagi bagus

Ayat Tanya

i. Layang-layang ko warna apa?

ii. Tengok, cantik tak?

iii. Dia buat macam mana?

iv. Dia buat daripada apa?

v. Macam mana nak ambik?

vi. Engko tu tak tahu malu ke?

vii. Nama kamu siapa?

viii. Ada merah pekat tak?

(Sederhana)

Ayat Penyata

i. Merah

ii. Pinjam warna

iii. Warna coklat

iv. Tak boleh

v. Ada

vi. Memang tak boleh

vii. Kedekut

viii. Padan muka

ix. Orang nak pinjam warna pun tak boleh

Ayat Tanya

i. Ada pemadam tak?

ii. Ni pokok apa?

iii. Ni warna apa?

iv. Awak cakap apa?

v. Kenapa?

vi. Bila?

vii. Ko warna rambut ke?

viii. Bunga nak warna apa?

ix. Ei, ni pokok apa ha?

(Rendah)

Ayat Penyata

i. Ini wau

ii. He, ni layang-layang besar

iii. He, ni kertas

iv. Tak boleh padam

v. Layang-layang ini tinggi

vi. Aha, ada pelangi

vii. Engkau dah siap dah

viii. Comel

ix. Putih

x. Saya pun warna hitam

Ayat Tanya

i. Kenapa comot?

ii. Awak warna apa?

iii. Baik, awak nak warna apa?

iv. Isj, awak warna apa?

v. Nama kucing awak siapa?

vi. Kenapa engkau kedekut?

vii. Macammana muka dia?

viii. Engkau ada buku ini?

PAGE 56