7
PEMIKIRAN EKONOMI ISLAM

PEMIKIRAN EKONOMI ISLAM

  • Upload
    strom

  • View
    57

  • Download
    2

Embed Size (px)

DESCRIPTION

PEMIKIRAN EKONOMI ISLAM. Ekonomi menurut Islam Iaitu segala kegiatan yang berkaitan dengan usaha yang bertujuan untuk memenuhi keperluan hidup manusia. Dalam pengertian Islam, ekonomi – satu sains sosial yang mengkaji masalah-masalah ekonomi manusia yang didasarkan kepada asas dan nilai Islam. - PowerPoint PPT Presentation

Citation preview

Page 1: PEMIKIRAN EKONOMI ISLAM

PEMIKIRAN EKONOMI ISLAM

Page 2: PEMIKIRAN EKONOMI ISLAM

Ekonomi menurut Islam

Iaitu segala kegiatan yang berkaitan dengan usaha yang bertujuan untuk memenuhi keperluan hidup manusia.

Dalam pengertian Islam, ekonomi – satu sains sosial yang mengkaji masalah-masalah ekonomi manusia yang didasarkan kepada asas dan nilai Islam.

Ekonomi dalam Islam adalah sebahagian drpd asas kepada masyarakat dan negara Islam.

Sistem ekonomi Islam adalah bersumberkan wahyu bukan berteraskan akal semata-mata

Page 3: PEMIKIRAN EKONOMI ISLAM

Institusi Kewangan Islam

Institusi kewangan @ perbankan = institusi yang diberi hak untuk menjalankan aktiviti mengumpul dana @ sumber kewangan daripada orang ramai atau institusi lain, dan menggunakan sumber tersebut bagi tujuan pinjaman atau pelaburan.

Ianya juga diertikan sebagai institusi yang mencipta dan memperniagakan instrumen kewangan di samping memudahkan aliran kewangan dan aliran sumber-sumber antara peserta2 pasaran kewangan.

Antara institusi kewangan Islam;◦ Baitulmal◦ Bank◦ Sistem barter◦ Gadaian

Page 4: PEMIKIRAN EKONOMI ISLAM

Baitulmal

Institusi baitulmal di zaman Rasulullah dan khulafa’ al-rasyidin berperanan mengurus hasil pendapatan negara dan membiayai perbelanjaan negara.

Sumber pendapatan baitulmal pada waktu permulaan Islam:◦ Harta khas – zakat fitrah dan zakat harta◦ Harta am – fai’ (harta rampasan bukan melalui peperangan),

ghanimah dan rikaz (harta karun)◦ Cukai – kharaj (cukai tanah), jizyah (cukai ke atas orang bukan

Islam), usyur (cukai perniagaan)◦ Harta kebajikan – wakaf, pusaka, wasiat, sedekah dsb

Baitulmal masa kini (di Malaysia) adalah di bawah bidangkuasa Majlis Agama Islam Negeri2 dan peranannya adalah terhad, iaitu;

◦ Mengurus harta wakaf, zakat dan harta sumber am (pusaka, wasiat, sedekah, hibah, hasil sewaan, nazar)

Page 5: PEMIKIRAN EKONOMI ISLAM

Bank

Iaitu institusi yang menawarkan perkhidamatan kewangan seperti simpanan wang, pinjaman dsb.

Perbankan Islam ialah perbankan yang selaras dengan sistem nilai atau syariat Islam.

Perbankan Islam di Malaysia bermula apabila Lembaga Tabung Haji pada tahu 1969 memperkenalkan transaksi Islam untuk memboleh orang Islam menyimpan wang secara ansur-ansur bagi memenuhi perbelanjaan menunaikan haji dan melibatkan diri dalam penanaman modal dalam bidang perusahaan, perlandangan dan hartanah berdasarkan syariat Islam.

Pada tahun 1983, Bank Islam Malaysia sebagai bank Islam pertama telah ditubuhkan di bawah akta Bank Islam 1983. Objektifnya – menjalankan operasi sebagai bank perdagangan berlandaskan syarak dan menyediakan kemudahan perbankan kepada orang awam khususnya orang Islam.

Pada 1993, Skim Perbankan Tanpa Faedah diperkenalkan di mana institusi perbankan konvensional dibenar menawarkan produk dan perkhidmatan perbankan Islam

Page 6: PEMIKIRAN EKONOMI ISLAM

Sistem Barter

Iaitu satu sistem di mana berlaku pertukaran barang atau perkhidamatan dengan barang atau perkhidmatan lain bagi memenuhi kehendak atau keperluan.

Ianya berlaku dalam urusniaga sebelum wujudnya mata wang.

Sistem ini dianggap wujud ketidakadilan dan mempunyai unsur riba.

Rasulullah telah perkenalkan sistem mata wang bagi menggantikan sistem barter.

Di zaman khulafa al-Rasyidin, mata wang mula diperkemaskan dari segi bentuk.

Page 7: PEMIKIRAN EKONOMI ISLAM

Gadaian

Dalam bahasa Arab - Ar-Rahnu. Iaitu meletakkan sesuatu barang yang berharga sebagai jaminan

kepada sesuatu hutang yang diperolehi seorang pemberi hutang dengan perkiraan bahawa sekiranya orang yang berhutang tidak dapat melunaskan hutangnya, maka si pemberi hutang boleh mendapatkan kembali barang atau wangnya daripada barang gadaian itu.

Rukun gadaian:

1) Pemberi gadai (Rahin) dan penerima barang gadaian (Murtahin).2) Hutang (Marhun Bih) 3) Sighah (Ijab dan Qabul) 4) Penerimaan barang gadaian oleh pemberi hutang secara mutlak.5) Barang gadaian - barang yang halal dan sah untuk dijual beli menurut pandangan syarak.