pemimpin instruksional

Embed Size (px)

DESCRIPTION

ciri-ciri pengurusan sekolah yang berkesan

Citation preview

ciri-ciri Pengurus Sekolah yang hebat,yang berkesan dan yang dikehendaki oleh para pengikut di sekolah(guru,murid dan juga ibubapa).Antaranya saya dapat rumuskan seperti berikut:

1. Pengurus Sekolah mesti memiliki ilmu yang mencukupi- ada sesetengah mereka mendakwa daripada pengalaman terdapat pengurus sekolah yang tidak tahu banyak perkara.Apabila guru merujuk masalah kepada mereka,mereka meminta guru sendiri mencari jalan penyelesaian. Apabila tersilap atau tidak memenuhi keinginan mereka,gurulah yang akan menjadi mangsa. Impaknya mereka tidak disukai dan akan dijauhi.2. Pengurus Sekolah mesti berlaku adil- setiap orang adalah penting.Every body is some body. Oleh itu dakwa mereka semua guru harus dilayan sama adil dalam apa keadaan sekalipun tanpa perlu ada klik atau "gender bias" atau "geng bias"3. Pengurus Sekolah mesti menjadi perancang yang bijak- "If you fail to plan,that mean you plan to fail".Mejoriti bakal-bakal GPK yang ditemuduga tidak suka pengurus sekolah tidak merancang dengan baik dan tiada hala tuju. Mereka tidak "berahi" buat kerja "ad-hoc" kerana kerja begini menjadi "rohak". Mesyuarat atau taklimat "tukor-bimba". Kadang nama mesyuarat tetapi pelaksanaan menjadi taklimat yang lama,membosankan dan tidak fokus.4. Pengurus Sekolah Cekap Membuat Keputusan- banyak keputusan segera dan tepat perlu dibuat setiap hari,setiap masa. Namun ada pengurus sekolah yang sangat lemah membuat keputusan sehingga memberi tekanan dan beban kepada guru untuk melaksanakannya.5. Pengurus Sekolah mesti mempunyai komunikasi yang baik dan berkesan- ramai sangat bersetuju dengan perkara ini kerana dakwa mereka komunikasi yang baik dan berkesan akan meningkat motibvasi,rasa hormat serta keseronokan bekerja.Mereka tidak suka pengurus sekolah yang hanya tahu mengarah,berleter atau marah yang tidak padan dengan kesalahan atau tempat.6. Pengurusan Sekolah mesti menunjukkan tauladan- mereka amat menghormati pengurus yang cakap serupa bikin. Kalau pengurus mahu tepat masa,mereka perlu menunjukkan contoh.Begitu juga dalam perkara-perkara lain.Bila mengingatkan ciri-ciri di atas saya amat teringat jenis pemimpin yang dikategorikan oleh Prof. Syed Naquib Al-Atas yang membahagikan pemimpin kepada tiga jenis;

Pemimpin Rujukan- Pemimpin dan Kepimpinannya sentiasa dirujuk,dicontohi,diikuti biarpun dia telah tiada lagi kerana nilai,ilmu dan stailnya yang hebat dan penuh kebijaksanaan Pemimpin Siaran- pemimpin yang hanya tahu bercakap tetapi tidak tahu berbuat.Jahil dan tidak berilmu. Pemimpin Sialan- pemimpin yang diberi amanah tetapi mengkhianati. Membawa kehancuran kepada organisasi,huru-hura dan porak-peranda.

Kejayaan sesebuah organisasi bergantung ke atas prestasi kolektif pentadbirnya, iaitu orang yang mengarah kerja dan memimpin kakitangan keseluruhannya. Pemimpin (atau Ketua Jabatan) secara bersendirian mesti mendapatkan kerjasama secara sukarela daripada rakan sejawatnya kerana proses kepimpinan memang melibatkan dua orang atau lebih. Seorang daripadanya cuba membimbing dan mendorong yang lain dalam usaha mencapai matlamat sistem. Dalam proses perhubungan Ketua Jabatan dan kakitangan, terdapat banyak aspek yang perlu diberi perhatian.Misalnya, bagaimanakah seorang Ketua Jabatan mempengaruhi tingkah laku kakitangan supaya dapat menghasilkan output yang sempurna. Sebagai contoh dalam situasi sekolah misalnya, pengetua/guru besar dan guru-guru berusaha melahirkan pelajar yang sempurna dari segi mental, fizikal, rohani dan jasmani. Seorang pengetua/guru besar mesti mempunyai ciri-ciri kepimpinan, agar mendapat kerjasama dan diterima oleh semua kakitangan di sekolah.Apabila seseorang itu berjaya memimpin, ini bermakna dia berjaya mempengaruhi anggota-anggota yang lain di dalam organisasi itu. Kebolehan mempengaruhi bergantung kepada unsur yang penting iaitu kuasa yang ada pada seseorang itu. Mengikut Dr Robiah Sidin (1988), dalam bukunya Asas Pentadbiran Pendidikan, beliau menegaskan bahawa secara umumnya ada dua jenis kuasa yang boleh dipegang oleh seseorang pemimpin itu. Pertama, kuasa yang datang dengan jawatannya di dalam organisasi itu dan kedua, kuasa yang berpunca daripada keadaan dirinya sendiri atau kuasa individu. Kuasa yang bersangkut paut dengan jawatan adalah penting kerana memberi kepercayaan kepada anggota-anggotanya. Walau bagaimanapun untuk seseorang itu kekal menjadi pemimpin dia mesti juga mempunyai kuasa yang berunsurkan kebolehan tersendirinya. Ini termasuklah:1. Mentaliti Kebijaksanaan atau kebolehan membuat perhitungan yang jauh sebelum bertindak dengan menilai antara yang baik dan buruk berdasarkan pertimbangan ilmu dan pengalaman. Keberanian atau kesungguhan serta kesanggupan menghadapi cabaran dan masalah serta risiko, baik yang berpunca dari luar diri atau dalam diri sendiri. Mempunyai inisiatif atau tindakan yang dimulakan sendiri tanpa menunggu orang lain datang kepadanya minta bertindak. Mempunyai kreativiti sendiri, terutamanya dalam menyelesaikan masalah-masalah yang wujud dalam organisasi.2. Kemasyarakatan Kesediaan memberi dan menerima pendapat. Sikap positif dan terbuka. Daya penggerak dan semangat juang yang kuat. Kebolehan berkomunikasi secara berkesan.3. Moraliti Mempunyai disiplin diri yang unggul. Kebersihan jiwa terutamanya dari segi keadilan, amanah, ketenangan, kesabaran, keteguhan pendirian dan ketahanan diri. Iman yang teguh, terutama orang yang beragama Islam.Antara ketiga-tiga ciri yang dinyatakan, moraliti adalah yang terpenting untuk menilai seseorang pemimpin sama ada baik atau buruk, berkesan atau tidak, boleh bertahan lama atau tidak.Pemimpin memerlukan juga sikap tertentu untuk mempengaruhi orang lain. Perkara yang paling penting ialah pemimpin harus mempunyai pengertian dan tanggapan yang tajam terhadap individu-individu yang saling berurusan dengannya. Selain daripada itu seorang pemimpin juga harus mempunyai: Empati; iaitu kebolehan untuk memahami perasaan orang lain dan bersimpati. Kesedaran; akan kelemahan dan kekuatan dirinya sendiri. Sedar tentang bagaimanakah dirinya dianggap oleh orang lain. Hanya apabila ini berlaku maka barulah kepercayaan kebolehan dirinya akan timbul. Kebolehan: untuk melihat secara objektif akan masalah-masalah dan tingkah laku anggota-anggota lain. Pemimpin harus bersikap adil boleh memberi analisa yang adil dan tidak emosional.Selain itu, sekiranya seseorang itu ingin menjadi pemimpin yang baik, dia hendaklah mengamalkan perkara-perkara yang diketahui, dilihat dan diterima sebagai baik: Seseorang pemimpin harus bersedia untuk belajar dari siapa sekalipun apa yang dia tidak tahu kerana kepimpinan itu sesuatu yang boleh terus menerus dipelajari dari latihan dan pengalaman. Seseorang pemimpin mesti berani memberi jawapan yang tegas kepada sesuatu yang difikirkan baik atau tidak baik kepada organisasinya. Seseorang pemimpin yang baik berupaya memudahkan semua kerja, dengan menjadikannya kerja-kerja biasa yang boleh dilakukan oleh kebanyakkan orang bawahannya dan tidak memerlukan pakar khusus. Seorang pemimpin yang baik mempunyai perhubungan baik dengan orang-orang bawahannya. Dia mengenali mereka sebagai individu-individu yang mempunyai keistimewaan tersendiri. Pemimpin yang baik juga tidak berkasar dengan orang-orang bawahannya. Seseorang pemimpin yang baik pandai membahagikan masa. Dia tahu bila masa bertugas dan bila masa di luar tugas dan bertindak bersesuaian dengan keadaan. Pemimpin yang tidak cekap selalu merasa runsing dan bimbang dengan hal-hal tugas di mana juga dia berada. Dalam sesebuah organisasi terdapat pelbagai jenis manusia: ada yang malas, ada yang rajin dan ada yang boleh diharap serta ada yang tidak boleh diharap. Seorang pemimpin yang bijak tidak lemah semangat dengan keadaan ini. Dia menerima hakikat sedemikian dan menggunakan sebaik-baiknya apa yang ada. Seorang Pemimpin yang baik tahu dan mahu berbincang denganorang-orang bawahannya mengenai sesuatu hal yang dia sendiri tidak pasti. Dia tidak hanya pandai mengeluarkan arahan saja. Seorang pemimpin yang baik mempunyai banyak pengetahuan dan pengalaman mengenai tugas dan manusia. Seorang pemimpin yang baik pandai memperkembangkan kebolehan bekerja orang bawahannya. Dia tahu mengagihkan tugas kepada mereka. Seorang pemimpin yang bijak tidak sekali-kali lemah semangat dan cepat mengaku kalah apabila berdepan dengan sesuatu masalah. Kalau masalah tidak dapat diselesaikan dengan satu cara, dia menggunakan cara lain. Dia sentiasa bersikap positif.Melalui perbincangan mengenai ciri-ciri pemimpin berkesan di atas, beberapa kesimpulan dapat dibuat. Diantaranya ialah kepimpinan ialah perlakuan seseorang yang boleh menggerakkan orang lain untuk berfikir, merasa, bertindak dengan cara-cara tertentu. Dalam hal ini seorang pemimpin harus mengetahui keperluan dan motif orang-orang yang berkerja dengannya dan harus menitikberatkan pencapaian matlamat kumpulan. Dia juga harus berjaya mengekalkan kekuatan yang ada pada kumpulannya untuk menyelesaikan masalah dan mencapai matlamat masa depan.Seseorang pemimpin boleh menonjolkan kepimpinannya hanya melalui penglibatannya dalam kumpulan. Dalam kumpulan pula kekerapan interaksi bersama kakitangan membolehkan keberkesanan kepimpinannya. Kalau seorang pemimpin sentiasa bersembunyi dalam biliknya dan tidak mempunyai masa untuk berinteraksi dengan kakitangannya, maka kepimpinannya kurang berkesan.Kepimpinan bukan bergantung sepenuhnya kepada jawatan. Status jawatan yang disandang hanya satu daripada punca potensi kepimpinan. Kejayaan kepimpinan adalah fungsi kedua-dua kuasa; secara formal melalui jawatan dan secara tidak formal yang bukan kerana jawatan, iaitu penerimaan orang-orang bawahan12 SIFAT KEPEMIMPINAN25 Oktober 2014Tak BerkategoriUntukmenjadiSeorangPemimpinhendaknyaandaharusdapatmembangunkarakterdansifat-sifatkepemimpinanyangdapatmenjadiinspiratorbagibawahananda.Berikut12sifatkepemimpinanyangperluandakuasai:1. MemilikiPassionPassionmemilikiartiyangberagamdiantaranyaadalahsemangatdangairah,Keinginanbesar,Kegemasandankeberanian.Menjadiseorangpemimpinyangmemilikipassiondibutuhkankesadarandalamdiri.Passionmerupakanbentukantusiasmeyangditunjukkanolehseorangpemimpinkepadabawahannyayangbertujuanuntukmengembangkanpotensidiri.Seorangpemimpinharusbisamenularkanenergipositifkepadabawahannya.Gairahdansemangatseorangpemimpinakanterlihatdaribahasatubuhsaatdiaberaktivitas.Andamungkinmempunyaiseorangpimpinanyangenergik,kadangmenunjukkankegemasanataugreget-nyasaatmenyaksikansesuatuyangdiharapkanataudiinginkannya.Haltersebutdiekspresikandalamupayaagardiadapatmenginstropeksidiridanmengevaluasidirinyasaatmengalamikegagalan.Seorangpemimpinyangmemilikipassionharuslahberanidalammengambilkeputusan.Halinimerupakanbentuktanggungjawabdaritugaskepemimpinannya.Jikaandabertemudengansosokpemimpinyangmelepaskantanggungjawabkepadabawahannyaberartiandamempunyaipemimpinyangtidakbernyali.Pemimpinsepertiinitidakakanmendapattempatdankepercayaankembalidariparabawahannya.Berapabanyakpemimpindisekitarkitayangmelemparkantanggungjawabbahkankesalahannyakepadaoranglain.Keberanianadalahsimboldariseorangpemimpindalammenghadapiberbagaihambatandanrintangandalamkepemimpinannya.2. JujurMemasukiEramoderanisasisaatinijarangsekalikitatemuisosokpemimpinyangjujurdanamanah.Seorangpemimpinyanghanyamencarikeuntunganbagidirinyasendiriakanberfokuspadabagaimanacaramemanipulasiapapunyangmenjaditanggungjawabnyadanapayangdilakukannyasudahtidakobyektiflagi.Kejujuranadalahsimbolmoralitastertinggiyangharusdimilikiolehseorangpemimpin.Adasosokpemimpinyangmemilikikejujurandalammenjalankankebenarantetapibanyaksekaliorangdisekitarnyayangmencobamenggeserkedudukannyasebagaiseorangpemimpinkarenadianggapmenghalanginiatnyauntukberbuattidakbaik.SebagaicontohpadasaatPemilihanCalonAnggotaLegislatifbelumlamaini,banyaksekaliparacalonLegislatiftersebutmelakukanpolitikmembagikanuangdanjanji-janjikosong.Tindakantersebutbukanlahhalyangbaikyangpatutdimilikiolehseorangpemimpin.Pemimpinyangmemilikisifatjujuradalahmerekayangtindakandanucapanyaselaluberorientasipadakebenaran.Seorangpemimpinakanmelakukanapayangbenardanakanmengatakanapabilamemangsalah.Kejujuranseorangpemimpindapatkitalihatdarisikapdanperilakunya.Karenaperkataanseorangpemimpinadalahcerminandaridalamhatinya.3. komunikatifKevinHogan(2005)yangtelahmelakukanpenelitiankepadabanyakorangyangmemilikikemampuankomunikasiyangtinggisehinggaberhasildalamkehidupannya,mengatakanbahwakomunikasimemilikicakupanmaknayanglebihluasdaripadasekedarapayangandaucapkan.Komunikasiadalahbagaimanaandamengatakannya.Komunikasiadalahtentangmendengarkan,berbicara,danbertindakuntukmengungkapkanperasaandanpikiranandakepadaoranglain.Begitupulabagiseorangpemimpinharusmemilikikemampuankomunikasiyangbaikkepadabawahannyaagarapayangmenjaditujuanyangingindicapaidarikepemimpinannyadapatdisampaikankepadaparabawahan.4. PendengaryangbaikDalamsebuahorganisasiseorangleaderharusbisamenjadipendengaryangbaik,mengapa?S.RLevine&M.A.CrommenulisbahwaketerampilanMendengaradalahsatu-satunyaketerampilanyangpalingpentingdarisemuaketerampilanberkomunikasiyangada.Lebihpentingdariketerampilanuntukberorientasidenganberapi-api.Lebihpentingdarisuarayangpenuhkuasa.Lebihpentingdarikemampuanuntukberbicaradalambeberapabahasa.Malahlebihpentingdarikemampuanmenulisdengankata-katamenawan(THELEADERINYOU:HOWTOWINFRIENDS,INFLUENCEPEOPLE,ANDSUCCEEDINCHANGINGWORLD,NewYork,N.Y.:Simon&Schuster,1993,hal.985).Bayangkanjikaandamempunyaiseorangleaderyangtidakmaumendengarbawahannya,tentunyasedikitsekaliinformasiyangakandidapatolehleadertersebut.Tidakbanyakseorangleaderyangmaumenjadipendengaryangbaik,risetmembuktikanhanya25%sajapesanyangdisimpansaatseseorangmenerimapesan.Tuhanmenciptakananggotatubuhinibukantanpatujuan.Tuhanmemberikan2telingadan1lidahagarkitalebihbanyakmendengardaripadaberbicara.Menjadipendengaryangbaikbukanlahhalyangmudahbagiseorangleader,tetapimulaidarihalkecilsepertiiniakanmembawadampakyangbesarbagiperusahaan.Jadilahseorangleaderyangbanyakmendengardaripihaklainterutamadaribawahanandasendiri.Biasakanmendengardenganseksamaide-ideyangmuncul.Jikaandamerasatidakcocokdenganidetersebutpalingtidakandamendapatsudutpandangbarudanjikaideterebutsesuaidenganpandanganandamakasebagaiseorangleadertidakperlumerasagengsi.Menjadipendengaryangbaikterhadapbawahanandaakanmenambahkewibawaanandasebagaiseorangleader.5. IntegritasIntergritasyangdalambahasalatinberasaldarikataIntegratedartinyaKomplitutuhdansempurnayangberartitidakadacacat.Bagiseorangleaderyangmempunyaiintegritastinggitentukata-katayangdiucapkannyaakanmemberikankuasa,mempunyaikekuatanakanrencana-rencananyadanakanmemberikandaya(force)atassetiaptindakannya.Leaderyangmempunyaiintegritasselalubertindaksesuaidenganucapannya,selalukonsistendenganapayangsudahdiyakinidanyangdilakukannya,antarasikapdantindakanjugaantaranilaihidupyangdianutdengannilaihidupyangdijalankan.Bertindaktanpakompromiataskebenaranyangada.Didalammenjalankanperusahaanseorangleaderakanberfokuspadakebenaranuntuktujuankemajuanbersama.Parabawahanakandapatmembedakanleaderyangmempunyaiintegritasdenganyangtidak,karenaintegritastidakdapatdirekayasatetapitimbuldaridalamdiri.contohsikapseorangleaderyangmemiikiintegritasadalahmerekayangmeilikisikapjujur,mengatakanbenarjikabenardanmengatakansalahjikasalah.Tidakberbelit-belitdantidakberputar-putardalammemberikanjawabandalamrangkamenutupikesalahannya.Leaderharusmenyadarikelebihandankekurangandirinya,memperbaikikelemahandanmeningkatkankelebihannya.Seorangleaderjugaharustenangdalammenghadapisetiapmasalah,tidakmudahpanikmenghadapikeadaandarurat,krisisdantekanan.6. StrategiDalammenjalankansebuahperusahaanseorangpemimpinharusmembuatstategidalammenjalankanrodaperusahaannya.Jikadiibaratkanperangseorangpanglimaperangperlumemiikistrategiuntukmemenangipeperangantersebut.Begitupuladenganseorangpemimpinyangsiapdenganbeberapastrategiuntukmemajukanperusahaannya.Strategiinisangateratkaitannyadenganrencanakerjadalamsebuahperusahaan.Baikrencanakerjajangkapanjangmaupunrencanakerjajangkapendek.Halinidilakukanagarperusahaandapatmempelajaribagaimanatargetdapatdicapaidenganmaksimal,efektifdanefisien.Strategiinitentunyaterukurdenganapayangmenjadigoaldalamperusahaan.7. KomitmenMengapaseorangpemimpinharusmempunyaikomitmen?Jawabannyaseringkitatemuiterutamadalamsebuahorganisasi.Komitmendibangunsatusamalaindengantujuanagarsetiapindividuberpegangteguhdanberfokuspadakeputusanyangdiambil,tanpamempertanyakanapa-apalagiapapunkeadaanyangakanterjadi.Begitupulasebagaiseorangpemimpinyangtelahberkomitmenuntukmemajukanperusahaan,makasemuayangdilakukannyasemata-mataadalahuntukmemajukanperusahaanmenjadikanperusahaanlebihbaik.Komitmenbukanhanyasekedarkata-katauntukberkomitmentetapiharusdiwujudkandengansebuahsikap,perilakudanhasilsesuaidenganapayangtelahdiucapkannya.8. ApresiasiSetiaporangdilahirkansebagaimakluksosialdengankebutuhandasaringindiperhatikansalahsatunyamendapatkanapresiasiatasapayangdilakukannya,seorangleaderyangbaikadalahmerekayangdapatmenghargaihasilkerjatimdengancaramemberikanapresiasiyangbaik.Apresiasidibuktikandengantindakandanperkataanyangdapatdicontohbaikolehbawahanmaupunrekankerjadaridepartemenlainnya.Perkataanadalahalatutamabagisuksesandasebagaileaderdalammemimpinorganisasi,dimanaandaakanmenjadifigurterciptanyanilaidankemampuanandasertagambaranvisidanmisidalamkepemimpinan.Saatseorangsalesditantangpadasebuahtargetpenjualandandapatmencapainyabahkanmelebihitargetyangtelahdiberikandalamwaktuyangsingkatsaatitulahseorangleadermemberikanapresiasiatastugasyangdiberikanterebut.Apresiasiyangdiberikanpadamerekayangtelahmelakukanhal-halyangpositifdalammenjalankantanggungjawabyangdiembannyabertujuanuntukmemberikanmotivasidankepercayaanatasprestasiyangtelahdiraihnya.9. PrinsipSeorangpemimpinharuslahmemilikikejelasandalamsetiapperilakudanjugakeputusanyangdiambil.Inimerupakantanggungjawabutamaanda.Perilakudalammenjalankantugas-tugasharuslahjelassesuaidenganvisidanmisiperusahaan.Bentukkejelasaniniakanmemudahkanparabawahanandadalammelakukantugas-tugasnyasesuaidengantanggungjawabmasing-masing.SeorangPemimpinjugaharusmemilikikompetensidalammembuatstandarkompetensibagiperusahaandanjugasetiaporangyangadadidalamnya.Standarinidibuatagarandadapatmenjadikanperusahaanandayangterbaik.Andaharusdapatmeningkatkankualitasdanpelayanandalamperusahaandenganstandarkompetensiyangadamakasumberdayayangandamilikipuladapatandakelompokkansesuaidengankemampuannyasehinggahasilkerjadapatmaksimalsesuaidengankemampuanmasing-masing.Seorangpemimpinharusbisamengetahuibatasanatauhambatanyangbisamembuatperusahaantidakmencapaigoal,dansetelahmengetahuiitupemimpinharusbisamengatasinyasehinggaperusahaandapatmencapaigoal10. PemimpinharusmemilikiNilai(Value)Seorangpemimpinharuslahbisamenjadirolemodelbagibawahannya.Sebagaiorangyangtelahterpilihuntukmemimpinorganisasinyasecarahirarkimerekalahyangberadapadapucukpimpinantertinggidimanapemimpinlahyangbertanggungjawabdalammelaksanakan,memutuskan,memantaudanmemastikansetiapobjektifbagiorganisasitersebutuntukmencapaijayanya.Untukmemastikanorganisasiyangdipimpinnyaberjalandinamikbaikdariliniatassampaidenganlinibawahseorangpemimpinharuslahmempunyainilai-nilaitertentuataupunkualitipemimpinyanghebatyaitukepemimpinanyangbisamenjaditeladan.Nilai-nilaitersebuthendaknyabisadiimplementasikansertaditerapkandalammenjalankantanggungjawabnyasebagaiseorangpemimpinyangbaik.Contohnilaiyangmendasaradalahmemilikiattituteyangbaikyangdapatmenjaditeladanbagiparabawahannya.Perusahaanyangmemilikipemimpinyangbersih,menundukkandiri,danberusahabijakdalampengambilansetiapkeputusanakanmencerminkanbagaimanajalannyaperusahaantersebut.Pemimpinyangmempunyaisikapamanahdapatmenjauhkanseorangpemimpindarimelakukanpenyelewengansehinggasemuatugasnyadapatdilakukandenganbaiktanpaberlakuapa-apamasalah.Jikaseorangpemimpinikhlasdalammenjalankantugasnyamakadiatidakakanmengharapkanapa-apaganjaransampingandemikepentingannyasendiri,yangmenjaditujuannyadalahbagaimanamelakukanyangterbaikuntukkemaslahatanbanyakorangdalamorganisasiyangdipimpinnya11. DeterminationDeterminationyangdimaksuddalamkepemimpinanadalahseorangPemimpinyangdalamsetiapkeputusannyamempunyaikepastianbahwaapapunyangdiputuskanadalahyangterbaikbagiperusahaan.Pemimpinsebagaipenentuterhadaparahjalannyaperusahaan.Semuatentumengandungresikodanuntukitulahfungsipemimpinadauntukmelakukananalisaterhadapapayangtelahditentukannya.Halinimembutuhkansebuahkebulatantekaddankeyakinansehinggaapayangdiputuskandapatdijalankan.Contohjikaandabekerjadalamsebuahperusahaanyangsehatpadaawalnyadankemudianmasuklahseorangpimpinanbaruyangternyatadalammenjalankanperusahaantersebuttidakdapatmemberikankepastianterhadapmajunyaperusahaantentusebagaibawahanandaakanmempertimbangkanapakahakantetapbekerjadisituataumulaimelirikperusahaanyanglebihbaik.Pemimpinharuslahdapatmemberikepastianatasapayangmenjaditujuankemajuanperusahaan12. RendahHatiKitatentupernahmengenalilmuPadisemakinberisimakasemakinlamasemakinmenundukkebawah.Begitupulaandasebagaiseorangpemimpin,semakinandaberisimakasemakinmerendahpulasikap,tuturkatadanperilakuanda.Kerendahanhatimerupakanhalyangsangatpentingbagiseorangpemimpinyanghebat.Andatidakakanpernahberhasildalammembangunbisnisapabilatidakmengintrospeksidiriterhadapsetiapkesalahanpribadidanmengakuibahwasebenarnyaadakontribusoranglaindalamkesuksesananda.Bagaimancaraandamemunculkansikaprendahhatiini?SalahsatunyaadalahterbukaterhadapsemuaIde.Andabukanlahmakluksempurnayangtausegalanyadanmenguasaisemuamateri.Opinipihaklainsangatlahdiperlukan,kitaperlumempercayakansesuatukepadaahlinya,kepadamerekayangmemilikikualifikasidankeahlianyangrelevandenganhaltersebut.Pemimpinyanghebatadalahpemimpinyangtaukapansaatnyamenundadanmendelegasikansuatupekerjaankepadaoranglain.AndajugaharustautidaksemuaIdebagusitudatangdariahlinyabisasajaidebagustersebutdatangdaribawahananda.Yangkeduaadalahsalahsatutugasseorangpemimpinadalahmembantubawahananda,membimbingmerekadanmembuatmerekaterusberkembang.Seorangpemimpinharusnyamelayanidanbukanselalumendampakanpelayanan.Dalambanyakkasus,parabawahanandaakansegeramengenaliapakahandasebagaipemimpintulusmembantumerekaatauhanyaberusahauntukmendapatkankeuntunganpribadi.Untukituketulusanmelayaniadalahsikapmutlakyangharusdimilikiolehseorangpemimpin.

KEPIMPINAN PENGETUA DI SEKOLAH

Seorang pengetua yang memegang teraju di peringkat sekolah memerlukan pengetahuan dan pengalaman yang tinggi berkaitan dengan pendidikan. Ia perlu mempunyai pengetahuan dalam bidang akademik, latar belakang murid dan masyarakat, masalah tingkah laku pelajar dan kakitangan, kurikulum sekolah, pengurusan pejabat, konsep kepimpinan, hubungan komunikasi dan masalah politik semasa. Tanpa pengetahuan dalam bidang-bidang tersebut seorang pentadbir pendidikan akan merasa tidak yakin di atas keupayaan kepimpinannya. Jadi kepimpinan yang cekap adalah memainkan peranan yang penting di sekolah.KEPEMIMPINAN GURU BESAR DALAM ORGANISASI SEKOLAHGuru besar merupakan orang yang terutama di peringkat sekolah untuk menyokong dan memastikan kejayaan pelaksanaan teras yang berkaitan di peringkat sekolah. Kualiti kepimpinan yang tinggi adalah sangat diperlukan untuk mengurus dan mentadbir sekolah bagi melahirkan generasi berkualiti. Guru besar haruslah berpandangan jauh, proaktif dan berani melakukan perubahan demi kepentingan dan masa depan pelajar mengikut perkembangan dan kesesuaian zaman, dan seterusnya membimbing dan berusaha untuk melonjakkan pencapaianan sekolahnya ke peringkat yang lebih cemerlang. Dalam kajian yang dijalankan oleh Fiedler, beliau merumuskan keberkesanan kepemimpinan tertakluk kepada kesepadanan di antara dua variable iaitu gaya kepimpinan dan tahap sokongan persekitaran. Tingkahlaku pemimpin mungkin digerakkan oleh tugasan ataupun perhubungan antara manusia dan diperjelaskan dalam tiga dimensi kritikal iaitu,hubungan pemimpin-ahli, struktur tugasan, dan kedudukan kuasa.

Selain itu, guru besar perlu menjaga hubungan pemimpin-ahli yang baik bagi memperolehi kerjasama yang erat daripada guru-guru dan seluruh warga sekolah. Apabila hubungan guru besar dan guru berada dalam keadaan baik, guru akan berasa lebih mudah untuk menjalankan tugas dan meningkatkan motivasi guru untuk mengajar murid-murid. Guru juga akan berusaha untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif di dalam kelas. Seterusnya, murid-murid juga akan berasa seronok untuk belajar di dalam kelas yang kondusif bersama guru yang bersemangat dan inovatif. Mengikut kajian Arfah (1994) ke atas 85 orang guru dan 5 orang guru besar sekolah rendah di Kedah didapati faktor-faktor motivasi yang tinggi dikalangan guru ialah kesefahaman dengan guru besar, sokongan dari guru besar, persekitaran kerja yang sihat dan hubungan baik dengan rakan sekerja. Oleh itu, hubungan interpersonal dengan guru besar dan rakan sejawat merupakan faktor motivasi yang tinggi di kalangan para guru. Guru besar dan pengetua perlu sedar bahawa merekalah yang menentukan budaya persekitaran dan kecemerlangan sekolah. Jika seseorang pemimpin diterima ahli, pemimpin akan berasa dirinya dihormati dan diinspirasikan untuk memimpin ahli ke tahap lebih berkesan.

Dalam penentuan keberkesanan dan kejayaan sesebuah sekolah, kepimpinan guru besarlah yang selalu dijadikan fokus utama oleh masyarakat. Kita tidak dapat melarikan diri daripada hakikat bahawa ibubapa menaruhkan kepercayaan yang tinggi kepada sesebuah sekolah jika mereka mempunyai kepercayaan yang tinggi pada kepimpinan guru besar. Selain itu, guru besar juga perlu merancang dengan teliti struktur tugasan dalam organisasi di sekolah. Selain daripada menjaga hubungan pemimpin-ahli yang baik, guru besar juga perlu menumpukan kepada aspek-aspek berkaitan dengan struktur tugasan seperti penyusunan serta pembahagian tugas, penekanan terhadap pencapaian matlamat sekolah, menghayati dan mengamalkan peraturan-peraturan atau arahan yang ditetapkan, penghasilan berkualiti dan budaya kerja cemerlang. Ini bersesuaian dengan Hussien (1997) yang berpandangan untuk menjadi guru besar yang mempunyai kepimpinan yang berkesan perlulah menyatakan matlamat sekolah dengan jelas kepada semua guru, staf sokongan, ibu bapa, masyarakat serta pelajar yang mempunyai kepentingan bersama. Sebagai pemimpin, guru besar perlu memastikan segala pembahagian tugasan dilakukan secara adil dan saksama tanpa ada rasa ketidakpuasan hati dari mana-mana pihak. Guru besar perlu memahami masalah yang dihadapi oleh guru-guru mereka dan perlu memikirkan cara untuk mengatasi masalah tersebut dengan berhemah.

Seterusnya ialah kedudukan kuasa yang ada pada seorang guru besar atau pengetua. Seorang guru besar mempunyai kuasa rasmi yang kuat untuk melantik, mendisiplin, menukar, dan menentukan naik pangkat seseorang guru. Disini menunjukkan, situasi menyokong proses kepimpinan. Kedudukan kuasa yang ada pada seseorang guru besar telah membantunya untuk meneruskan proses kepimpinan di sesebuah sekolah. Guru besar perlu bijak menggunakan kedudukan kuasa yang ada untuk mengawal guru-guru dengan baik dan seterusnya mewujudkan situasi kepemimpinan yang menyenangkan dalam organisasi di sekolah.

Ciri-Ciri Kepimpinan Pengetua/Guru Besar Berkesan Yang Dapat Menghadapi Cabaran dan Harapan Pada Abad Ke 21 Ini

OlehProf. Madya Dr. Shahril @ Charil bin Marzuki1. PendahuluanKecemerlangan atau kejayaan sesebuah sekolah banyak dipengaruhi dan disebabkan oleh kepimpinan pengetua/guru besar yang berkesan. Ini bermakna, pengetua atau guru besarlah yang dapat menggerakkan sekolah itu maju ke hadapan untuk mencapai kecemerlangan dalam akademik dan kegiatan ko-kurikulum atau mundur kebelakang sebagai sekolah yang tidak berkesan.In many ways the school principal is the most important and influential individual in any school. it is his leadership that sets the tone of the school, the climate for learning, the level of professionalism and morale of teacher and the degree of concern for what students may or may not become. if a school is a vibrant, innovative, child-centred place; if it has a reputation for excellence in teaching; if students are performing to the best of their ability one can almost always point to the principals leadership as the key to success. (Sergiovani, 1995: 83).Oleh yang demikian, Jawatankuasa Mengkaji Taraf Pelajaran di sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (1982), telah menyarankan bahawa peranan utama kepemimpinan pengetua/guru besar mestilah: cekap dan banyak menghabiskan masa mengelolakan aktiviti pembelajaran di sekolah-sekolah. Mengekalkan penyeliaan sekolahnya dengan cara yang berkesan, bertindak sebagai pakar runding, penasihat dan koordinator bagi program-program pengajaran dan pembelajaran di sekolah, dan perlu juga menghabiskan masa yang lebih dalam aktiviti-aktiviti profesional guru dan pelajar, dan jangan hanya bekerja semata-mata sebagai pentadbir yang berkurung di bilik mengeluarkan arahan dan surat-surat arahan dan surat-surat siaran. (Kementerian Pendidikan Mlaaysia, 1982: 6)Pernyataan di atas menunjukkan terdapat perubahan tugas utama pengetua/guru besar iaitu daripada pemimpin pentadbiran kepada pemimpin pengajaran. Perubahan peranan pengetua berlaku kerana desakan daripada Kementerian Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah supaya pihak sekolah dapat mewujudkan sekolah berkesan atau kecemerlangan dalam pencapaian akademik. Oleh itu, peranan pengetua yang hanya menjalankan peranan sebagai pemimpin pentadbiran sahaja tidak sesuai lagi bagi mencapai matlamat pendidikan pada alaf baru ini dan juga bagi menghadapi cabaran-cabaran dan harapan-harapan pada masa akan datang ini. Apatah lagi dalam konteks pembangunan sumber manusia yang memberi penekanan dalam bidang sains dan teknologi bagi memenuhi keperluan Wawasan 2020 yang menuntut pelbagai perubahan dalam sektor pendidikan. Oleh itu, dalam kontek untuk mencapai kecemerlangan dalam pendidikan pada alaf baru ini, pengetua/guru besar perlu mempunyai dua peranan atau fungsi utama secara serentak iaitu sebagai pemimpin pentadbiran dan pemimpin pengajaran.

2. Peranan Pengetua/Guru Besar Sebagai Pemimpin Pentadbiran dan PengajaranDi sekolah, pengetua/guru besar berperanan sebagai pemimpin pentadbiran dan pemimpin pengajaran. Dalam menjalankan tugas sebagai pemimpin pentadbiran dan pengajaran, peranan pengetua / guru besar menjalankan tugas seperti mengatur dan melaksanakan jadual waktu dan kalendar sekolah, mengawai SPBT, surat menyurat, mengagih dan mengawasi kerja-kerja kerani, mengumpul dan menyusun data, memastikan undang-undang dan peraturan sekolah dipatuhi oleh pelajar, mengurus perbelanjaan sekolah, memastikan kemudahan dan harta benda sekolah digunakan sebaiknya, dan menjalin hubungan antara sekolah dan pelbagai badan/awam di luar (Zaidatul Akmaliah, 1991: 20). Manakala Hanafi Kamal (1980: 245) mengariskan tugas pengetua/guru besar ialah: (i) kepimpinan (ii) kebajikan dan disiplin (iii) staf sekolah (iv) perancangan, membuat keputusan, pengelolaan, penyelarasan dan perhubungan (v) kurikulum dan pengajaran (vi) kualliti diri (vii) pejabat sekolah, kemudahan fizikal, kewangan dan pengurusan perniagaan (viii) hubungan sekolah-masyarakat. Robiah Sidin (1989: 37) pula menyatakan terdapat enam bidang tugas pengetua/guru besar iaitu: (i) perhubungan sekolah-masyarakat (ii) perkembangan kurikulum dan pengajaran (iii) pengurusan murid (vi) pengurusan kakitangan (v) pengurusan bangunan dan kemudahan-kemudahan lain (vi) pengurusan kewangan. Bagi Ahmad Tajuddin Abdul Hamid (1989: 64) mengatakan tugas pengetua/guru besar secara umumnya boleh disenaraikan dalam empat bidang sahaja iaitu:i. Melaksanakan rancangan pendidikan yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan.ii. Mengawas dan membimbing guru-guru di sekolah untuk menjamin pengajaran-pembelajaran berjalan dengan baik.iii. Mengawas dan menyelia disiplin, pembelajaran murid, kegiatan sukan, persatuan, kerja-kerja amal dan sebagainya.iv. Mengadakan perhubungan yang baik dan berkesan dengan pihak luar.Beberapa kajian dibuat di Amerika Syarikat menyenaraikan tugas pengetua/guru besar sebagai pemimpin pentadbiran dan pemimpin pengajaran seperti berikut: (i) kurikulum dan pengajaran (ii) perundingan (iii) kemudahan fizikal (iv) kewangan dan perniagaan (v) pemilihan, pengambilan dan pembuangan pekerja (vi) perhubungan awam (Hoy dan Miskel, 1991: 319).

1. Kepemimpinan Pengetua/Guru Besar Di Sekolah Yang BerkesanKebanyakan penulis dan penyelidik dalam pendidikan mengakui bahawa kebanyakan pengetua/guru besar yang dapat mewujudkan sekolah yang berkesan atau sekolah cemerlang berfungsi atau berperanan sebagai pemimpin pengajaran.Di antara penulis-penulis tersebut ialah Sweeney (1982), Weber (1971), Rutter (1979), Edmonds (1979), Levine dan Lessotte (1981), Wellish et al. (1978), Hussein Mahmood (1993), dan Shahril Marzuki (1997).Menurut Sweeney (1982), terdapat enam ciri kepemimpinan pengetua/guru besar yang berkait dengan kepimpinan pengajaran di sekolah berkesan. Ciri-ciri pengetua/guru besar itu ialah:i. Memberi penekanan terhadap pencapaian pelajar dalam bidang akademik.ii. Menyusun dan menetapkan strategi pengajaran.iii. Menyedia dan mengekalkan suasana yang kondusif di sekolah (Iklim sekolah).iv. Kerap menilai pencapaian akademik pelajar.v. Menyelaras program pengajaran.vi. Membantu dan memberi semangat kepada para guru.Wellish, et al. (1978) menegaskan ada empat perbezaan antara kepimpinan sekolah yang berkesan dengan kepimpinan sekolah Tidak Berkesan.Menurut Wellish, et al. (1978), pengetua di sekolah berkesan adalah:i. Mempunyai kepakaran yang jelas terhadap peranannya dalam kepimpinan pengajaran dan matlamat yang ingin dicapai.ii. Selalu menilai kembali kemajuan guru dan berusaha untuk memperbaikinya supaya dapat menghasilkan pencapaian akademik yang baik di kalangan pelajarnya.iii. Mengambil tanggungjawab yang lebih dalam membuat keputusan berhubung dengan pengajaran.iv. Memilih dengan teliti perkara-perkara yang berkaitan dengan pengajaran dan perancangan program pendidikan dengan bantuan guru-gurunya untuk kejayaan sekolahnya.Manakala Shahril @ Charil Marzuki (1997:74) mengatakan bahawa peranan pengetua/guru besar dalam kepimpinan pengajaran adalah meliputi: menyelia, membuat cerapan dan memotivasikan guru-guru dalam pengajaran, bertindak sebagai pakar rujuk, membimbing dan tunjuk ajar kepada guru-guru dalam pengajaran, kurikulum, penggunaan alat bantu mengajar dan pengurusan kelas, dan pencapaian matlamat dan misi sekolah. Ini telah disokong oleh Hussein Mahmood (1993: 36) yang mengatakan:Tanggungjawab ini termasuklah mengadakan falsafah sekolah, mengadakan matlamat dan objektif sekolah, membimbing para guru supaya kecekapan mereka dalam pengajaran dan lain-lain bidang kurikulum dapat dipertingkatkan. Di samping itu juga, guru besar seharusnya melaksanakan program perkembangan staf, menyelaras segala aktiviti pendidikan serta lain-lain usaha yang dijalankan oleh pihak sekolah.Namun begitu terdapat beberapa penyelidik dan penulis yang berbeza pendapat tentang peranan pengetua sebagai pemimpin pengajaran dan sebaliknya. Antara penulis-penulis yang tidak bersetuju bahawa pengetua mesti berperanan penting sebagai pemimpin pengajaran ialah Fullon (1979), Krajewski (1977), Smyth (1983), Weldy (1979), Wirsig (1980), dan Ahmad Tajuddin Abdul Hamid (1989).Fullon (1979) mengatakan bahawa pengetua berperanan sebagai pemimpin pengajaran hanyalah merupakan satu dongengan sahaja. Dalam mempertahankan pendapat ini, beliau menegaskan bahawa terdapat beberapa bukti yang jelas menunjukkan pengetua tidak boleh menjadi pemimpin pengajaran.Antara bukti tersebut ialah:-i. Pengetua tidak diberi latihan untuk menjadi pemimpin pengajaran di peringkat sekolahnya.ii. Pengetua banyak terlibat dalam pentadbiran dan pengurusan am sekolah yang lain.iii. Pengetua tidak mempunyai masa yang banyak untuk menjadi pemimpin pengajaran.iv. Pengetahuan seseorang pengetua tidak pelbagai dan kepandaian mereka dalam kepimpinan pengajaran amat terhad.Oleh itu, mereka tidak mampu menjadi pemimpin pengajaran.Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Ahmad Tajuddin Abdul Hamid (1989), mendapati pengetua-pengetua di Malaysia adalah faham dan jelas tentang tugas mereka dalam kepemimpinan pengajaran, namun tugas mereka itu tidak dapat dijalankan sepenuhnya kerana beban tugas yang lain adalah berat dan pelbagai. Oleh itu, pengetua-pengetua menyerahkan tugas-tugas kepimpinan pengajaran di sekolah-sekolah mereka kepada guru kanan mata pelajaran tanpa garis panduan yang jelas dan mereka juga amat kekurangan masa bagi membincangkan hal-hal yang berkaitan dengan kurikulum dan pengajaran-pembelajaran dengan guru-guru secara profesional.Menurut Smyth (1983), penyelidikan yang dilakukan di Australia dan di lain-lain tempat menunjukkan bahawa pengetua hari ini adalah bukan sebenarnya pemimpin pengajaran di sekolahnya. Ini disebabkan:i. Kekurangan masa kerana mereka terpaksa mengambil bahagian dalam aktiviti lain dari tugas pengajaran dalam masa persekolahan.ii. Mereka tidak mahu mencampuri autonomi yang dipunyai oleh guru-guru di bilik darjah.iii. Mereka takut kerana kekurangan kepakaran.Namun begitu, pendapat di atas telah disangkal oleh Wirsig (1980), yang mengatakan bahawa walaupun pengetua kelihatan tidak mengambil berat terhadap tugas pengajaran tetapi mereka sebenarnya mahu beraksi sebagai pemimpin pengajaran, dalam keupayaan yang mereka ada.Daripada perbincangan di atas adalah nyata bahawa peranan utama pengetua/guru besar di sekolah-sekolah adalah sebagai pemimpin pentadbiran dari pemimpin pengajaran. Ini jelas berdasarkan Pekeliling Pentadbiran 3/67 (Pindaan 1982) yang menegaskan bahawa pengetua/guru besar dikehendaki mengajar dalam bilik darjah sekurang-kurangnya lima waktu seminggu. Dalam menjalankan tugas mengajar ini, pengetua/guru besar mestilah peka dengan perubahan-perubahan dalam kurikulum, kaedah pengajaran-pembelajaran dan penggunaan alat bantu pengajaran-pembelajaran yang terkini seperti penggunaan komputer atau teknologi maklumat (IT) dan masalah-masalah yang dihadapi oleh guru-guru dan pelajar-pelajar dalam bilik darjah. Dari segi profesionalismenya pula, penglibatan pengetua/guru besar dalam aktiviti pengajaran-pembelajaran akan mendorong dirinya untuk mengemaskinikan pengetahuan, menerokai bidang dan pengetahuan baru selari dengan perkembangan semua. Namun begitu, bagi menghadapi cabaran dan harapan pada abad ke 21 ini, peranan pengetua/guru besar tidak terbatas hanya sebagai kepemimpinan pentadbiran dan pemimpin pengajaran sahaja, tetapi lebih daripada itu.

1. Ciri-Ciri Kepemimpinan Pengetua / Guru Besar Yang Berkesan Pada Masa DepanSebenarnya adalah sukar untuk menentukan ciri-ciri pengetua/guru besar yang berkesan pada masa depan, kerana seseorang pengetua yang berjaya menjadi pemimpin yang baik di sesebuah sekolah pada hari ini belum tentu akan berjaya menjadi pemimpin yang baik di sekolah lain pada masa depan. Mengikut Stoner (1989: 552), seseorang individu yang merupakan pemimpin yang efektif dalam satu situasi mungkin berprestasi paling buruk dalam satu situasi yang lain. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa pendapat tentang ciri-ciri pengetua berkesan atau cemerlang. Menurut Abas Awang (1999), pengetua yang berkesan memiliki ciri-ciri profesional seperti berikut:i. Mengenali penyakit (masalah persekolahan).ii. Mengenal pasti ubatnya (penyelesaian masalah).iii. Mengetahui tempoh memerlukan rawatan (jangka masa masalah dapat ditangani).iv. Mempunyai etika yang tinggi.v. Memahami teori-teori yang berkaitan dengan kerjanya.vi. Berilmu.vii. Berkemahiran dalam bidang tugasnya.viii. Bersikap positif dan yakin.Beliau seterusnya mengutarakan pelbagai kemahiran yang perlu ada pada seseorang pengetua yang berkesan iaitu kepimpinan pengajaran yang berkesan, pengurusan kurikulum, ko-kurikulum, sumber dan kewangan, perancangan strategik, kemahiran berkomunikasi, memotivasi, pemantauan, penilaian, membuat keputusan, TQM dan ISO 9000.Melalui kemahiran-kemahiran ini, pengetua akan mempunyai piawai dalam pengurusannya dan ada fokus untuk dilaksanakan. Manakala mengikut Institut Aminuddin Baki (1998), berdasarkan (mesyuarat Gerakan Pengetua Berkesan pada 5 Mac 1998) mengatakan bahawa ciri-ciri pengetua/guru besar yang berkesan mengikut model Malaysia adalah seperti berikut:-a. Mengamalkan cara berkomunikasi yang cekap.b. Prihatin terhadap hubungan kemanusiaan.c. Prihatin dan peka tentang perbezaan budaya dan adat resam masyarakat.d. Mempunyai wawasan yang jelas.e. Berjaya mewujudkan persekitaran pendidikan yang dinamik.f. Menerima tugas sebagai satu profesion.g. Membuat keputusan secara konsensus.h. Memanfaatkan penggunaan teknologi maklumati. Ketrampilan lain(i) Ketrampilan pentadbiran menganalisis masalah secara berkesan membuat pertimbangan yang saksama mengurus dan membuat keputusan (ii) Ketrampilan peribadi menilai pendidikan secara jelas mempunyai minat dan motivasi yang tinggi menjaga perawakan diriBagi menghadapi cabaran-cabaran dan harapan pada masa depan, di mana dunia pendidikan akan terus berubah sesuai dengan kemajuan zaman dan dunia tanpa sempadan, langit terbuka, penggunaan komputer dan teknologi maklumat di sekolah, ditambah pula dengan seribu satu macam kerenah pentadbiran, guru dan masalah pelajar, maka pengetua yang berkesan pada masa depan hendaklah mempunyai ciri-ciri seperti berikut:i. Mempunyai kualiti kepimpinan.ii. Mempunyai kemahiran dan berketrampilan dalam bidang teknikal, kemanusiaan, pendidikan, budaya dan simbolik.iii. Berwawasan, kreatif dan inovatif.iv. Mempunyai kemahiran komunikasi dan motivasi.v. Mempunyai kemahiran membuat keputusan dan penyelesaian masalah.vi. Mempunyai kecergasan fizikal dan kestabilan emosivii. Beriman dan bermoral.

4.1 Kepimpinan Yang BerkualitiPengetua/guru besar yang berkesan perlu mempunyai kepimpinan yang berkualiti. Menurut Azmi Zakaria (1996), pengetua yang berkesan perlu mempunyai ciri-ciri kualiti kepimpinan seperti berikut:i. Kemahuan yang tinggi untuk memimpin dan tabah bertindak menghadapi cabaran.ii. Pintar dan berinisiatif tinggi.iii. Berwawasan dan mempunyai matlamat yang jelas mengenai organisasi dan pengajaran.iv. Bekerja keras dan menjadi contoh yang baik kepada staf yang lain.v. Memberi peluang kepada guru menonjolkan kepimpinan mereka.vi. Mengetahui batasan kepimpinan formal dan tidak formal seperti kemahiran interpersonal, ramah dan baik hati.vii. Proaktif dan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap tugas.Oleh itu, pengetua yang berkesan pada masa depan boleh menghadapi cabaran dan masalah-masalah sekolah secara profesional dan berkesan.Mengikut Edmonds (1979), kepimpinan pengetua yang berkesan membolehkan "principals can make difference". Manakala Mortimore (1995), mengatakan salah satu faktor sekolah berkesan ialah pengetua yang mempunyai kepemimpinan profesional (professional leadership) iaitu pengetua yang mempunyai sikap yang tegas dan bermatlamat.Ia juga mengamalkan pendekatan bersama dan permuafakatan rumah-sekolah seperti dalam soal-soal pembelajaran pelajar dan membuat keputusan. Kepemimpinan profesional juga menekankan keunggulan pengetua itu sendiri sebagai pemimpin untuk menangani pelbagai masalah di sekolah.

2. Berkemahiran dan Berketrampilan (Competent Leader)Pengetua yang berkesan perlu mempunyai pelbagai kemahiran dan ketrampilan supaya dapat menjalankan tugas sebagai pemimpin sekolah yang berkesan. Ketrampilan ini boleh membantu pengetua menangani cabaran-cabaran dan harapan-harapan yang diminta oleh majikan, ibu bapa dan pelajar yang terdapat di sekolah. Mengikut Sergiovani (1995: 85), seseorang pengetua yang berkesan perlu mempunyai lima kemahiran iaitu:i. Kemahiran teknikal.ii. Kemahiran manusia.iii. Kemahiran pendidikan.iv. Kemahiran simbolik.v. Kemahiran budaya.Kemahiran teknikal bermaksud pengetua boleh memainkan peranan sebagai jurutera pengurusan (management engineer) (Sergiovani, 1995: 93). Ia perlu cekap dan mahir dalam memanipulasi strategi dan keadaan untuk menjamin keberkesanan yang maksimum dan optimum dalam menyelesaikan masalah seperti pengajaran-pembelajaran, disiplin pelajar, kekurangan komitmen guru dan sebagainya. Kemahiran ini termasuklah kemahiran merancang (planning), pengelolaan (organizing), penjadualan (schedule dan penyelarasan (coordinating), tentang takwim, masa, dan organisasi sekolah.Kemahiran manusia bermaksud pengetua berkesan berperanan sebagai jurutera manusia (human engineer) (Sergiovani, 1995: 93). Ini bermakna pengetua perlu mempunyai kemahiran kemanusiaan yang tinggi, mahir dan cekap dalam aspek perhubungan manusia seperti perhubungan individu dan mampu memotivasikan stafnya. Salah satu masalah yang dihadapi di sekolah pada masa kini ialah kurangnya wujud hubungan baik dan mesra antara pengetua dengan guru, guru dengan guru, dan guru dengan pelajar. Selain itu, wujudnya masalah seperti kurang komitmen, ketidakhadiran bertugas dan perasaan burn out di kalangan guru-guru juga menggambarkan pengetua kurang berjaya dalam memotivasi guru-gurunya. Bagi menangani masalah ini, pengetua perlu mempunyai kemahiran motivasi untuk membina dan mengekalkan moral yang tinggi di kalangan staf dengan memberi penghargaan, sokongan, menggalakkan serta melibatkan stafnya dalam membuat keputusan.Kemahiran pendidikan bermaksud, seseorang pengetua adalah menjadi pemimpin atau pengamal klinik "Clinical Practitioner (Sergiovani, 1995: 93). Ini bermakna seseorang pengetua yang berkesan mesti pakar dalam pendidikan. Ia bertindak sebagai pakar rujuk dalam kurikulum, pengajaran-pembelajaran, penggunaan alat bantu mengajar, diagnosis keperluan, penilaian dan membuat pencerapan pengajaran guru dalam kelas. Kemahiran ini penting bagi menangani masalah berkaitan dengan pengajaran-pembelajaran guru dan pelajar dan pengetua sepatutnya bertindak sebagai super teacher kepada guru dan pelajarnya.Kemahiran simbolik bermaksud pengetua sebagai ketua atau chief (Sergiovani, 1995: 93), di mana pengetua yang berkesan akan berada di sekolah sepanjang masa, membuat rondaan di kawasan sekolah, melawat bilik darjah, mengenali dan mengetahui masalah pelajar, mewujudkan perpaduan bagi mencapai visi dan misi sekolah, mengetuai upacara rasmi di sekolah. Melalui kemahiran ini, pengetua dapat menangani masalah yang berlaku di sekolah seperti masalah dalam bilik darjah, masalah disiplin pelajar dan kelakuan yang tidak sihat.Kemahiran budaya bermaksud, seseorang pengetua adalah memainkan peranan sebagai high priest (Sergiovani, 1995: 93). Ini bermakna pengetua perlu mencari, mentafsir dan memperkukuhkan nilai, kepercayaan dan unsur budaya yang dapat menjadi sekolah berkesan. Peranan pengetua termasuklah mewujudkan visi dan misi sekolah, mewujudkan simbol-simbol sekolah, mewujudkan sosiolisasi di antara guru dengan pelajar, dan mengadakan upacara memberi hadiah atau penghargaan kepada guru dan pelajar yang telah mencapai kejayaan.Melalui kemahiran ini pengetua dapat mewujudkan budaya sekolah atau sekolah berwatak yang perlu diikuti oleh guru-guru dan pelajar-pelajar bagi menangani masalah disiplin pelajar.

2. Berwawasan, Kreatif dan Inovatif

Seorang pengetua yang berkesan mestilah mempunyai wawasan dan sanggup mengambil risiko terhadap tindakannya. Salah satu sebab sekolah kurang berkesan dan timbulnya pelbagai masalah di kalangan guru dan pelajarnya ialah kerana pengetua tidak mempunyai wawasan.Jika adapun, wawasan itu tidak disampai dan dijelaskan kepada guru dan pelajarnya. Mengikut Hussein (1993: 163), wawasan dikatakan sebagai gambaran mental masa depan yang hendak dicapai. Ia meliputi rasional, matlamat, arah hala dan keutamaan yang mendorong dan memberi tenaga kepada guru dan pelajar untuk mendapat hasilan yang dicita-citakan. Untuk membolehkan seseorang pengetua itu merealisasikan wawasannya, ia perlu sentiasa dinamik, kreatif dan inovatif serta inginkan perubahan. Pengetua yang berkesan juga perlu menjelaskan kepada guru dan staf lain serta pelajar, ibu bapa dan masyarakat sekitar tentang matlamat dan wawasan sekolahnya. Dengan cara ini, masalah kurangnya hubungan, sokongan dan komitmen daripada guru, pelajar dan masyarakat terhadap sekolah dapat ditangani dengan mudah dan berkesan.

3. Kemahiran Berkomunikasi dan Bermotivasi

Pengetua yang berkesan harus mempunyai kemahiran berkomunikasi dan motivasi. Berlakunya beberapa masalah di kalangan guru dan pelajar, sekolah dengan agensi luar seperti masyarakat kerana komunikasi tidak jelas dan pendekatan yang digunakan oleh pengetua kurang sesuai. Oleh itu, pengetua perlu memahami, proses, pola dan saluran komunikasi yang betul supaya maklumat dapat disampaikan dan diterima oleh guru, pelajar dan ibu bapa. Mengikut A.L. Ramaiah (1999: 115), seseorang pengetua yang mahir dalam proses komunikasi adalah pengetua yang sedar serta peka terhadap pelbagai halangan kepada komunikasi, sentiasa bertindak mendengar secara aktif, dan sebagai pemberi maklum balas yang mahir. Pengetua yang mempunyai kemahiran komunikasi yang baik akan dapat menangani pelbagai masalah ketidakjelasan matlamat, kurangnya komitmen dari guru dan masalah disiplin di kalangan pelajar. Selain itu, masalah jurang komunikasi antara pengetua dengan pelajar dan masyarakat dapat dikurangkan.Selain kemahiran berkomunikasi, pengetua yang berkesan perlu mempunyai ciri-ciri sebagai seorangmotivator dan kaunselor di sekolah. Motivasi boleh didefinisikan sebagai penggerak atau pendorong untuk sesuatu tingkah laku supaya menjadi bertenaga dan bertujuan (Zaidatul Akmaliah, 1999: 108). Kemahiran motivasi penting bagi membolehkan pengetua berhadapan dengan pelbagai masalah guru dan pelajar di sekolah. Biasanya masalah yang dihadapi oleh pengetua di sekolah ialah bagaimana untuk mempengaruhi dan memotivasi pekerja supaya bekerjasama dalam usaha mencapai visi sekolah, iaitu untuk menjadi sekolah berkesan.

4. Kemahiran Membuat Keputusan dan Menyelesaikan MasalahKemahiran membuat keputusan dan menyelesaikan masalah adalah satu lagi ciri yang perlu dimiliki oleh pengetua yang berkesan dalam menangani pelbagai masalah di sekolah. Sebarang masalah yang dihadapi sama ada yang melibatkan guru, pelajar, masyarakat dan pihak berkuasa pendidikan memerlukan penyelesaian masalah yang cepat dan betul. Mengikut Lunenburg (1995: 116), proses membuat keputusan di sekolah melibatkan enam peringkat iaitu:i. Mengenal pasti masalah.ii. Mengenal pasti alternatif.iii. Menilai alternatif.iv. Memilih alternatif yang sesuai.v. Melaksanakan keputusan.vi. Menilai keberkesanan keputusan yang telah dibuat.Mengikut Lunenburg (1995) lagi, pengetua perlu melibatkan guru dan pelajar dalam membuat keputusan bagi meningkatkan kecemerlangan sekolah, manakala Hussein Mahmood (1993: 1124) penglibatan para guru dalam membuat keputusan mempunyai kaitan yang signifikan dengan rasa puas hati bekerja, tanggapan positif di kalangan guru terhadap kepimpinan pengetua dan pencapaian akademik yang tinggi.

2. Kecergasan Fizikal dan Kestabilan Emosi

Pengetua yang berkesan juga perlu mempunyai personaliti yang sesuai iaitu dari segi fizikal dan emosi. Dari segi fizikal ia perlu mempunyai tubuh badan yang sihat, tidak cacat dan cergas. Pengetua yang tidak mempunyai tahap kesihatan yang baik didapati sukar menjalankan tugasnya dengan berkesan. Pengetua juga perlu mempunyai tahap kecerdasan (IQ) yang tinggi dan kecerdasan emosi yang seimbang (EQ Test). Kenyataan ini disokong oleh Keith Davis (1972) yang mengatakan pemimpin (pengetua) hendaklah mempunyai kecerdasan IQ yang tinggi daripada kecerdasan standard kakitangannya. Ciri ini penting bagi membolehkan pengetua menangani masalah yang dihadapi secara rasional. Mengikut Keith Davis lagi, pemimpin (pengetua) juga perlu mempunyai kematangan sosial iaitu matang dan stabil dari segi emosi serta mempunyai konsep kendiri yang boleh diteladani dan disanjung. Kajian yang dijalankan untuk melihat stres dan kepuasan kerja di kalangan guru-guru di negara ini mendapati bahawa pengetua adalah antara golongan yang mengalami stres pekerjaan berbanding dengan profesion lain. Kecergasan fizikal yang terganggu dan ketidakstabilan emosi akan mempengaruhi sikap dan tingkah laku pengetua terhadap tugas dan gaya kepimpinannya. Pengetua yang terlalu emosional didapati lebih mudah mengalami stres dan sukar diajak berunding. Mereka lebih cenderung mengamalkan gaya kepimpinan autokratik. Manakala pengetua yang stabil emosinya lebih mudah diajak berunding dan cenderung mengamalkan gaya kepimpinan demokratik.

3. Beriman dan BermoralCiri-ciri pengetua yang berkesan tidak akan lengkap jika tidak mengambil kira dari sudut keagamaan. Dari perspektif Islam, keunggulan seseorang pemimpin atau pengetua seharusnya melibatkan ketinggian komitmen, moral dan akhlak. Ketinggian moral dan akhlak sewajarnya dijadikan budaya sekolah di samping mensepadukan kurikulum dan agama. Sebagai pemimpin sekolah, pengetua perlu mempunyai rasa bertanggungjawab dan amanah terhadap tugas yang diberikan kepada mereka. Selain daripada mempunyai kemahiran seperti yang telah dihuraikan sebelum ini, pengetua juga perlu mempunyai "character" atau keperibadian dan akhlak yang baik sehinga boleh dijadikan "uswatun hasanah" (model terbaik).Perkara ini juga selaras dengan Steven Covey (1990) yang mengatakan pemimpin bermoral ialah pemimpin yang lebih menenangkan hati mereka secara perbincangan moral dan rasional. Ia perlu mengamalkan konsep syura iaitu setiap pengetua perlu menerima pandangan orang lain atau kakitangannya dengan berlapang dada dan berhati terbuka dalam membuat keputusan. Oleh itu, sebagai pengetua sebarang tindakan yang diambil untuk menangani masalah haruslah berdasarkan kepada nilai-nilai kejujuran, keikhlasan, keadilan dan amanah terhadap tugas dan tanggungjawab. Dengan mempunyai ciri-ciri ini, pengetua akan dapat menangani masalah di sekolah dalam keadaan menang-menang (win-win).

1. Cadangan dan Saranan Untuk Pemilihan dan Lantikan JawatanPengetua/Guru Besar Pada Abad Ke 21 IniDi bawah ini adalah cadangan dan saranan untuk memperbaiki pemilihan dan lantikan pengetua/guru besar sekolah dan dicadangkan juga jawatan pengetua dinaikkan taraf sesuai dengan beban tugas dan tanggungjawab pengetua di sekolah pada abad ini.5:1 Semua sekolah menengah Gred A, seharus dinaikkan pangkat daripada Jawatan Pengetua DG2 kepada Jawatan Pengetua DG1 selaras dengan beban tugas yang dijalankan oleh pengetua pada hari ini. Walau bagaimanapun, dalam perlantikan jawatan Pengetua DG1, hendaklah berdasarkan kepada kelulusan (Masters dan Ph.D.), pengalaman, dan ciri-ciri pengetua yang berkesan seperti yang dicadangkan di atas.5:2 Bagi sekolah menengah Gred B, seharusnya disandang oleh pengetua berjawatan DG2. Walau bagaimanapun, bagi menjalankan tugas-tugas sebagai pengetua, seharusnya diberi elaun tanggung kerja di antara RM450 RM650. Ini untuk membezakan gaji dan beban tugas pengetua DG2 dengan guru-guru biasa DG2 (lantikan melalui time base).5:3 Bakal-bakal pengetua/guru besar yang telah menghadiri Kursus National Professional Qualification Headship (NPQH) dari IAB dan dari Institut Pengetua, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya, hendaklah terus dilantik ke jawatan Pengetua/Guru Besar di sekolah menengah Gred B atau rendah Gred A dengan elaun tanggungan kerja, jika ada kekosongan jawatan dan tanpa menunggu kekananan jawatan. Ini disebabkan latihan-latihan yang diberikan kepada mereka ini tidak akan dapat diamalkan di sekolah sebagai pengetua/guru besar jika tidak terus dilantik.5:4 Jawatan Guru Besar Gred A di sekolah rendah seharusnya dipegang oleh guru-guru siswazah yang telah menghadiri kursus NPQH, dengan diberi elaun tanggungan kerja. Jawatan Guru Besar di sekolah rendah Gred B seharusnya dipegang oleh guru-guru DG4 atau DG5.5:5 Pengetua/guru besar yang dilantik dan yang memegang jawatan di sekolah hendaklah terdiri daripada mereka yang berumur 35 45 tahun, kerana mereka ini masih bertenaga, berinovatif dan kreatif dalam mengubah dan memajukan sekolah untuk menjadi sekolah berkesan.6. Jawatan Pengetua seharusnya dipegang oleh mereka yang mempunyai keluusan Master atau Ph.D. serta telah menghadiri kursus NPQH di IAB.7. Kesimpulan8. Dalam menangani permasalahan yang semakin kompleks di sekolah-sekolah pada abad ke 21 ini, pengetua/guru besar seharusnya mempunyai ciri-ciri seperti: mempunyai kualiti kepimpinan, mempunyai kemahiran dan berketrampilan dalam bidang teknikal, kemanusiaan, pendidikan, budaya dan simbolik, berkemahiran dalam komunikasi, motivasi, membuat keputusan dan penyelesaian masalah. Selain itu, ia mesti mempunyai kecergasan fizikal dan kestabilan emosi, beriman dan bermoral. Walau bagaimanapun, Kementerian Pendidikan seharusnya memberikan ganjaran yang setimpal dengan beban tugas dan tanggungjawab yang semakin kompleks yang dipikul oleh pengetua pada abad ke 21 ini.9. Artikel 7: KEPIMPINAN PENDIDIKAN DAN PENGURUSAN PENDIDIKAN: CABARAN KEPADA GURU BESAR DAN PENGETUA10. 11. KEPIMPINAN PENDIDIKAN DAN PENGURUSAN PENDIDIKAN: CABARAN KEPADA GURU BESAR DAN PENGETUA12. 13. Dr. Norasmah Othman14. Kamaruzaman Moidunny15. 16. 17. Abstrak18. 19. Kertas ini membincangkan konsep asas bagi kepimpinan pendidikan dan pengurusan pendidikan sebagai mana yang dialami oleh guru besar dan pengetua di sekolah-sekolah. Peranan guru besar dan pengetua yang semakin mencabar dari sehari ke sehari memerlukan mereka meneliti dan memahami semula isu-isu kepimpinan dan pengurusan yang pelbagai. Justeru itu, mereka perlu mengetahui tentang piawaian dan ciri-ciri penting dalam menggerakkan sekolah agar menjadi sebuah organisasi yang berkesan dan cemerlang. Sehubungan dengan itu, kertas ini juga turut membincangkan mengenai standard kompetensi kepengetuaan agar dapat memberikan hala tuju jelas kepada guru besar dan pengetua dalam usaha mereka memperlengkapkan diri dengan semua kemahiran yang diperlukan sebagai seorang pemimpin dan pengurus. Ciri-ciri penting dalam standard kompetensi kepengetuaan ini seharusnya dapat menggerakkan minda guru besar dan pengetua untuk membuat refleksi kendiri bagi mengesan kekuatan dan kelemahan yang mereka ada.20. 21. 22. Pendahuluan23. 24. Konsep kepimpinan seringkali bertindan dengan dua istilah penting iaitu pengurusan dan pentadbiran. Istilah pengurusan digunakan secara meluas di Britain, Eropah dan Afrika manakala istilah pentadbiran selalu digunakan di Amerika Syarikat, Kanada dan Australia (Bush 2003).25. 26. Dimmock (1999) menyatakan bahawa kepimpinan di sekolah adalah tugas peringkat atasan untuk membangunkan staf, murid dan pencapaian sekolah. Manakala pengurusan melibatkan penyelenggaraan rutin operasi semasa di sekolah dan pentadbiran pula melibatkan kerja-kerja peringkat bawahan. Cuban (1988) pula menyatakan bahawa kepimpinan adalah usaha mempengaruhi orang lain untuk mencapai hasil akhir yang diinginkan. Manakala pengurusan adalahpenyelenggaraan secara cekap dan berkesan terhadap perjalanan semasa bagi sesuatu organisasi. Bush (1998) pula menyatakan bahawa kepimpinan adalah berkait kepada nilai atau tujuan; manakala pengurusan adalah berkaitan dengan perlaksanaan atau isu-isu teknikal. Manakala Fidler (1997) pula menyatakan bahawa kepimpinan dan pengurusan mempunyai hubungan yang rapat dan bertindan dalam banyak perkara, terutama dalam memotivasikan individu dan memberikan hala tuju kepada organisasi.27. 28. Pengurusan pendidikan sebagai satu disiplin khusus banyak dibincangkan oleh Culbertson (1980), Hughes (1985), Hughes dan Bush (1991), Bush (1999) dan Glatter (1999). Bidang pengurusan pendidikan ini diterjemahkan daripada prinsip-prinsip pengurusan yang digunakan dalam industri dan bidang kewangan (Bush 2003).Pembinaan teori pengurusan pendidikan pulamelibatkan aplikasi model-model di bidang industri ke bidang pendidikan.29. 30. Kerja-kerja penyumbang-penyumbang besar dalam bidang pengurusan seperti Fayol (1916), Taylor (1947) dan Weber (1947) mempunyai pengaruh yang besar dalam pembinaan disiplin pengurusan pendidikan secara khusus. Fayol mengemukakan teori tentang prinsip-prinsip umum pengurusan, manakala Taylor pula mengemukakan teori tentang pengurusan saintifik dan Weber mengemukakan teori tentang pengurusan birokrasi (Bush 2003).31. 32. Pada hari ini, kepimpinan dan pengurusan pendidikan telah berkembang pesat dengan munculnya teori-teori tersendiri secara spesifik dan terperinci. Teori-teori ini disokong pula oleh data-data berbentuk empirikal yang didapati daripada kajian-kajian meluas dalam bidang pendidikan. Teori-teori dan konsep-konsep pengurusan pendidikan amat perlu diketahui oleh pentadbir atau pengurus pendidikan kerana dapat membekalkan kerangka kerja terhadap tindakan pengurusan. Tindakan pengurusan ini perlu diambil apabila berhadapan dengan situasi dan masalah yang dialami semasa mentadbir dan mengurus sekolah. Oleh itu, seseorang pengurus atau pentadbir perlu mengetahui hal-ehwal pengurusan pendidikan seperti definisi, konsep dan model-modelnya.33. 34. Kepimpinan Pendidikan dan Pengurusan Pendidikan35. 36. Pengurusan pendidikan mempunyai pelbagai definisi yang digunakan oleh pakar-pakar pendidikan. Tidak terdapat definisi tunggal yang dipersetujui oleh semua orang bagi pengurusan pendidikan kerana pembangunannya amat pesat dan terdapatpengaruh disiplin-disiplin bidang lain seperti sosiologi, sains politik, ekonomi dan pengurusan umum.Bush (2003) mentakrifkan pengurusan pendidikan sebagai satu bidang kajian dan amalan yangberkait dengan operasi bagi organisasi pendidikan. Manakala Bolam (1999) pula mentakrifkan pengurusan pendidikan sebagai suatu fungsi eksekutif untuk melaksanakan dasar yang telah dipersetujui. Bagi Glatter (1999) pula, pengurusan pendidikan adalah kajian yang berkaitan dengan operasi dalaman institusi pendidikan dan hubungannya dengan persekitaran.37. 38. Guru besar atau pengetua seringkali memainkan peranan sebagai pemimpin dan pengurus. Menurut Abdul Aziz (2003), mereka adalah pemimpin profesional yang memainkan dua peranan yang amat saling bergantungan antara satu sama lain, yang dinamakan sebagai kepimpinan dan pengurusan. Hughes (1988) telah mencadangkan Model Dua Peranan bagi guru besar dan pengetua iaitu peranan pemimpin profesional dan peranan ketua eksekutif.Manakala Bell (dalam Bell dan Bush 2002) menyatakan bahawa kepimpinan dan pengurusan tidak boleh dipisahkan dan sebarang langkah untuk memisahkan peranan tersebut adalah tidak tepat. Ini adalah kerana peranan sebagai pemimpin profesional dengan peranan pengurusan adalah saling lengkap melengkapi antara satu sama lain.39. 40. Bagi OSullivan et al. (1990) pula, peranan pengurusan bukan sahaja dilaksanakan oleh guru besar atau pengetua. Pengurus di sekolah termasuklah guru besar atau pengetua, guru-guru penolong kanan, guru kanan mata pelajaran dan guru-guru dengan tanggungjawab khusus. Mereka bertindak sebagai koordinator, pengawal, perancang dan pelaksana. Andaian di atas tidak mencakupi jangkaan atau tindakan terhadap tingkah laku dan aktiviti kerana tidak memasukkan dimensi kepimpinan yang berasaskan nilai pendidikan dan falsafah, juga profesionalisme.41. 42. Sejak akhir-akhir ini, terdapat peningkatan tanggapan bahawa sekolah mempunyai kepimpinan yang terserak atau tertabur dalam pengurusan sekolah (Gron 1999, 2000). Contohnya di Britain, kerajaannya menyatakan bahawa kepimpinan adalah perkara yang dikongsikan bersama (DfES 1998). Manakala Hall dan Wallace (1996) menyatakan terdapat bukti kukuh bahawa kumpulan pengurusan kanan di sekolah melaksanakan kepimpinan secara bersama. Berdasarkan kajian-kajian di Amerika Syarikat pula, Hallinger dan Heck (1999) berpendapat bahawa guru besar atau pengetua masih mempunyai kedudukan yang signifikan dalam struktur sekolah yang berhirarki. Walaubagaimana pun, mereka menyatakan bahawa adalah tidak benar untuk menyatakan bahawa hanya guru besar atau pengetua sahaja yang menghasilkan kepimpinan untuk penambahbaikan di sekolah. Begitu juga, adalah tidak benar menyatakan bahawa guru besar atau pengetua tidak mempengaruhi keberkesanan sekolah.43. 44. Peranan guru besar atau pengetua adalah berbeza dengan peranan guru-guru penolong kanan. Ini adalah disebabkan oleh tanggungjawab mereka yang berbeza dengan tanggungjawab guru-guru penolong kanan. Guru-guru penolong kanan tidak perlu kompeten seperti guru besar atau pengetua kerana mereka berada di aras hirarki yang berbeza. Dengan perbezaan-perbezaan ini, guru-guru penolong kanan berhadapan dengan cabaran kepimpinan yang berbeza (Hartzell 1993a). Guru-guru penolong kanan berperanan melakukan tugas-tugas perkeranian, penjagaan dan disiplin. Amalan-amalan ini dilakukan dalam keadaan reaktif kerana kuasa membuat keputusan masih berada di tangan guru besar atau pengetua. Bagi Hartzell (1993a, 199b), Hickman dan Treslan (1994) dan Koru (1994) pula, peranan guru-guru penolong kanan dikategorikan sebagai melakukan tugas pengurusan yang ringkas, pelbagai dan terdiri daripada pecahan-pecahan kecil.45. 46. Bagi Gunter (2001) pula, kepimpinan sekolah juga disumbangkan oleh guru-guru penolong atau guru-guru biasa. Oleh itu, kepimpinan seharusnya disebarkan di kalangan guru-guru untuk mengelakkan beban tugas, memastikan tugas dilaksanakan dengan cekap dan berkesan serta dapat mewujudkan peluang kepimpinan dalam skala yang lebih besar. Mortimore et al. (1988) pula menambah bahawa penglibatan guru-guru penolong kanan dalam dasar membuat keputusan akan meningkatkan pencapaian murid-murid.47. 48. Dalam konteks Malaysia, Zakaria (1996) menyatakan bahawa pemimpin sekolah mesti mempunyai kemahuan kuat untuk memimpin, mempunyai visi, contoh yang baik, berilmu, proaktif, rajin, tidak mudah mengalah dan mempunyai kemahiran komunikasi yang tinggi.Sementara itu, Laporanmesyuarat Gerakan Pengetua Cemerlang pada tahun 1998 (dalam Abdul Aziz 2003) menyatakan bahawa pemimpin sekolah berkesan menggunakan kemahiran komunikasi yang cemerlang, mempunyai hubungan manusia yang baik, sensitif kepada adat dan budaya yang pelbagai, mempunyai visi yang jelas, mampu mewujudkan persekitaran pendidikan yang dinamik, menerima tugas sebagai tanggungjawab profesional, membuat keputusan berdasarkan persetujuan bersama dan mahir dalam pengurusan dan teknologi maklumat; dan kemahiran personal yang lain.49. 50. Manakala Shahril (2001) pula menyatakan bahawa kepimpinan yang cemerlang mempunyai ciri-ciri kepimpinan berkualiti, berkemahiran dan berketrampilan, mempunyai wawasan dan kreatif serta inovatif, berkemahiran berkomunikasi dan bermotivasi, berkemahiran membuat keputusan dan menyelesaikan masalah, mempunyai kecergasan fizikal, kestabilan emosi dan kecergasan fikiran; serta beriman dan bermoral.51. 52. Berdasarkan generalisasi di atas, terdapat idea yang sama daripada perspektif Malaysia dengan perspektif Barat daripada segi ciri-ciri pemimpin sekolah.Walaubagaimana pun, dengan perbezaan konteks seperti corak pentadbiran sekolah dan budaya, pengalaman Barat mungkin kurang sesuai untuk diaplikasikan secara langsung di Malaysia. Namun begitu, adalah diakui bahawa idea-idea daripada Barat ini menyediakan pengetahuan asas kepada guru besar atau pengetua dalam usaha menambahbaikkan sekolah masing-masing. Menurut Abdul Aziz (2003) pengaruh politik, pentadbiran dan sistem pendidikan British di Malaysia bukanlah suatu perkara yang baru. Malaysia telah menerima pengaruh Barat ini semenjak sebelum merdeka lagi, dan diteruskan hingga ke hari ini ditambah pula dengan pengaruh globalisasi.53. 54. 55. Kepentingan pengurusan dan kepimpinan sekolah56. 57. Pengurusan sekolah boleh didefinisikan sebagai tindakan guru besar atau pengetua dalam melaksanakan tugas bersama serta melalui individu dan kumpulan bagi mencapai objektif organisasi sekolah. Manakala kepimpinan sekolah merupakan semua aktiviti dan perlakuan oleh guru besar atau pengetua yang mencerminkan kebolehannya mempengaruhi individu dan kumpulan ke arah mencapai objektif organisasi sekolah (IAB 1993).58. 59. Bush dan Jackson (2002) menyatakan bahawa terdapat kajian yang banyak berhubung kepentingan pengurusan dan kepimpinan terhadap hasil dalam bidang pendidikan. Bagi Edmond (1979) dan Bush dan Forman (1998), kualitipengurusan dan kepimpinan sekolah dilihat sebagai kunci kecemerlangan sekolah. Dalam hal ini, kualiti guru besar atau pengetua merupakan faktor terpenting bagi keberkesanan sekolah. Perkara ini juga dipersetujui oleh Mortimore et al. (1988) danStoll dan Fink (1996) yang menyatakan dapatan kajian tentang ciri-ciri keberkesanan sekolah menekankan kepentingan terhadap kualiti kepimpinan sekolah.60. 61. Menurut Scheerens (1992) pula, kajian-kajian menunjukkan bahawa keberkesanan sekolah tertumpu kepada lima faktor iaitu kepimpinan pendidikan yang kuat, penekanan kepada pemerolehan kemahiran asas, persekitaran yang tersusun dan selamat, jangkaan pencapaian murid yang tinggi dan pentaksiran perkembangan murid secara berkala.62. 63. Sementara Sammons (1995) telah mengenal pastisebelas faktor keberkesanan sekolah dan mendapati bahawa faktor kepimpinan diberikan nilaian yang tinggi. Beliau menyatakan bahawa hampir semua kajian keberkesanan di sekolah rendah dan menengah menunjukkan kepimpinan adalah merupakan faktor utama. Kenyataan ini juga dipersetujui oleh Reynolds dan Teddlie (2000) yang menyatakan bahawa kepimpinan yang ditunjukkan oleh guru besar atau pengetua adalah penting dalam menjana keberkesanan sekolah. Mereka telah menyenaraikan lima keperluan bagi pemimpin sekolah yang berkesan yang selaras dengan keberkesanan sekolah iaitu kepimpinan tegas dan bertujuan, pendekatan partisipatif, pendekatan secara instruksional, pemantau pencapaianstaf secara peribadi dan berterusan; dan pemilihan dan penggantian staf secara proaktif.64. 65. Berdasarkan penerangan di atas, kualiti kepimpinan yang khusus perlu dimiliki oleh guru besar atau pengetua. Kualiti kepimpinan ini merupakan ciri penting dalam menentukan kejayaan sesebuah sekolah seperti yang dinyatakan oleh Beare et al. (1993). Sehubungan dengan itu juga, Ishak (2006) pula menyatakan bahawa empat ciri kepimpinan yang paling dikagumi di seluruh dunia termasuk di Malaysia adalah jujur, berwawasan, kompeten dan berupaya membangkit inspirasi.66. 67. Banyak negara percaya bahawa kepimpinan dan pengurusan guru besar atau pengetua yang baik akan meningkatkan standard pendidikan (Bush dan Jackson 2002). Contohnya seperti di Amerika Syarikat, terdapat syarat-syarat khusus bagi peserta yang ingin mengikuti latihan kepengetuaan. Mengikut Cooper dan Boyd (1987), program latihan ini dikawal, diadakan di universiti, diwajibkan, hanya untuk kalangan guru dan diiktiraf melalui penganugerahan sijil khas. Sementara di England pula, sesiapa yang ingin menjadi seorang pentadbir sekolah diwajibkan menyertai dan menyempurnakan program latihanNational Professional Qualification for Headship(NPQH) (Bush dan Jackson 2002). Mulai 1 April 2004 pula, semua guru besar atau pengetua yang dilantik buat kali pertama ke jawatan tersebut mestilah mempunyai atau sedang berusaha mendapatkan kelayakan dalam latihan NPQH. Seterusnya menjelang 1 April 2009, NPQH merupakan syarat mandatori bagi semua guru besar dan pengetua baru di London, seperti yang termaktub dalam Seksyen 135, Akta Pendidikan 2002 (DfES 2004a). Hal ini menunjukkan bahawa kepimpinan dan pengurusan telah diiktiraf sebagai faktor penting dalam mempertingkatkan standard pendidikan.68. 69. Berdasarkan kenyataan Datuk Dr. Zulkurnain Awang, Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran Malaysia pada 21 Januari 2007, pengenalpastian calon guru besar atau pengetua boleh dibuat melalui melalui kelayakan mereka sendiri dan melalui permohonan (Hasani dan Mariam 2007). Beliau turut menyatakan bahawa mulai tahun 2007, permohonan perlu dibuat oleh calon untuk menjadi guru besar atau pengetua. Ini bermaksud, faktor kekananan atau senioriti bukan lagi menjadi faktor utama untuk perlantikan (Hasani dan Mariam 2007).Sementara melalui Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010 (PIPP 2006-2010) pula, hanya calon yang berdedikasi dan menunjukkan komitmen tinggi terhadap jawatan pengurusan dan bukannya berasas kepada kelulusan akademik semata-mata, akan dilantik menjadi guru besar atau pengetua. PIPP 2006-2010 yang dilancarkan pada 16 Januari 2007 dilihat sebagai usaha KPM untuk merealisasikan Misi Nasional bagi menjadi negara maju menjelang tahun 2020 (Anon 2007a).70. 71. Dua kunci utama untuk mencapai kejayaan sebenar PIPP adalah kepimpinan di peringkat sekolah dan komitmen ibu bapa (Anon 2007b). Nilai kepimpinan dan keupayaan pengurusan di peringkat sekolah memainkan peranan yang amat penting. Dalam hal ini, guru besar atau pengetua akan menentukan hala tuju sekolah dan menyelesaikan masalah-masalah bagi mengatasi cabaran untuk memenuhi kehendak PIPP. Justeru, kepimpinan unggul di peringkat sekolah perlu diberi perhatian dan sokongan yang sewajarnya untuk mewujudkan sekolah yang berkesan dan menepati PIPP.72. 73. Isu memperkasakan sekolah kebangsaan yang dikemukakan dalam PIPP juga merupakan isu yang berkait rapat dengan kepimpinan guru besar atau pengetua sekolah. Istilah memperkasakan Sekolah Kebangsaan merujuk kepada maksud menjadikan Sekolah Kebangsaan lebih berkuasa,lebih hebat dan lebih kuat agar menjadi sekolah pilihan utama rakyat (Gurnam Kaur et al. 2007). Sekolah Kebangsaan pula merujuk kepada sekolah rendah dan menengah yang menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama (Noor Azam et al. 2006a).74. 75. Kepimpinan di peringkat sekolah perlu berubah untuk memperkasakan Sekolah Kebangsaan. Pemimpin sekolah perlu mempunyai visi yang lebih luas dan boleh melihat agenda nasional dalam konteks berbilang kaum (Noor Azam et al. 2006b). PIPP pula melihat kekuatan kepimpinan sebagai teras kejayaan sesebuah organisasi maka Sekolah Kebangsaan yang telah diperkasa seharusnya diterajui oleh guru besar atau pengetua yang berkesan (Wahid 2007).76. 77. 78. Cabaran Peranan Guru Besar dan Pengetua79. 80. Tugas dan peranan yang perlu dilaksanakan oleh guru besar dan pengetua semakin mencabar dari sehari ke sehari kerana perkembangan pesat yang berlaku dalam sistem pendidikan, di dalam dan di luar negara (Abdullah Sani 2004; Ayob 2005; Cheng 2002; Hussein 1997; Omardin 1999). Menurut Cheng (2002), peranan dan cabaran sebagai pemimpin sekolah semakin kompleks. Oleh itu, guru besar atau pengetua bukan hanya perlu kepada pengetahuan profesional sahaja tetapi perlu juga memahami kehendak pelbagai pihak yang berkepentingan terhadap sekolah.81. 82. 83. Hasil dapatan kajian yang dilakukan oleh Rhodes dan Brundrett (2006) yang mendapati terdapat kekurangan guru besar dan pengetua di Kanada, Australia, New Zealand dan Amerika Syarikat, ada kaitan dengan cabaran dan dugaan besar yang dihadapi oleh pentadbir-pentadbir sekolah. Bagi mereka, sebab bagi kekurangan pemimpin sekolah ini adalah kompleks dan penyelesaiannya seringkali selalu dielakkan.Di samping itu pula kecemerlangan murid dan sekolah seringkali disandarkan kepada pengurusan dan kepimpinan yang dimiliki oleh guru besar dan pengetua. Tegasnya, peranan yang perlu dilaksanakan oleh guru besar dan pengetua adalah sangat besar dan mencabar.84. 85. Sergiovanni (1984) telah mengklasifikasikan peranan-peranan guru besar dan pengetua kepada lima bidang utama iaitu dalam bentuk petugas, pendidikan, organisasi, pentadbiran dan pasukan. Peranan-peranan ini bertambah dan berubah mengikut masa, menjadikannya bertambah kompleks dan rencam. Perkara ini memberikan implikasi yang serius terhadap kebolehan dan kemampuan guru besar dan pengetua untuk menghadapinya. Jika mereka tidak bersedia terhadap cabaran-cabaran yang bakal dihadapi, kecemerlangan murid dan sekolah sukar untuk dibangunkan. Jelas sekali mereka perlukan bantuan dan sokongan dalam menghadapi cabaran-cabaran dan harapan tinggi yang diletakkan di bahu mereka. Oleh itu, pengwujudan program-program latihan yang sesuai bagi pemimpin-pemimpin pendidikan adalah satu keperluan. Kursus-kursus seperti Pengurusan dan Kepimpinan Sekolah (KPKS), Pengurusan Strategik untuk Organisasi Pendidikan dan kursus Pengurusan Permuafakatan Strategik yang dilaksanakan oleh KPM melalui Institut Aminuddin Baki (IAB) merupakan langkah yang sangat baik dan perlu diteruskan.86. 87. Di samping program-program latihan yang sesuai bagi guru besar dan pengetua sekolah, satu standard kompetensi untuk mereka seharusnya diguna pakai. Standard kompetensi ini seharusnya dapat menjadi titik rujukan dalam menyediakan asas kepimpinan dan pengurusan sekolah yang mantap dan berkesan. Justeru itu, di bawah ini dipaparkan perbahasan tentang kompetensi yang dimaksudkan itu.88. 89. 90. Standard Kompetensi Kepengetuaan91. 92. Di Amerika Syarikat,Council of Chief State School Officers(CCSSO) telah mengeluarkan standard untuk pemimpin sekolah pada tahun 1996 yang mengandungi perkara asas berkaitan pengetahuan, kecenderungan bertindak dan pencapaian, yang akan membantu mewujudkan sekolah yang produktif dan mengukuhkan hasil pendidikan (CCSSO 1996).Standard ini dibina daripada kajian dan perbincangan personel daripada 24 buah negeri yang disesuaikan dengan kurikulum kursus pemimpin pendidikan yang dikeluarkan olehNational Council of the Accreditation of Teacher Education(NCATE). Terdapat enam standard yang dikemukakan oleh CCSSO yang menyatakan bahawa:93. i.Pentadbir sekolah adalah pentadbir pendidikan yang mempromosi kecemerlangan murid-murid dengan membantu pembangunan, kejelasan, pelaksanaan dan sebagai orang bertanggungjawab terhadap visi pembelajaran agar dikongsi bersama dan disokong olehkomuniti sekolah94. ii.Pentadbir sekolah adalah pentadbir pendidikan yang mempromosi kecemerlangan murid-murid dengan mempelopori, mengasuh dan mempertahankan budaya sekolah dan program instruksional yang mempengaruhi pembelajaran murid dan pertumbuhan profesional95. iii.Pentadbir sekolah adalah pentadbir pendidikan yang mempromosi kecemerlangan murid-murid dengan memastikan pengurusan organisasi, operasi dan sumber-sumber bagi keselamatan, kecekapan dan keberkesanan persekitaran pembelajaran.96. iv.Pentadbir sekolah adalah pentadbir pendidikan yang mempromosi kecemerlangan murid-murid dengan membuat kolaborasi dengan fakulti (universiti) dan ahli-ahli komuniti, bertindak balas terhadap minat dan keperluan komuniti yang pelbagai dan menggerakkan sumber-sumber komuniti97. v.Pentadbir sekolah adalah pentadbir pendidikan yang mempromosi kecemerlangan murid-murid yang berfungsi dengan integriti, adil dan beretika.98. vi.Pentadbir sekolah adalah pentadbir pendidikan yang mempromosi kecemerlangan murid-murid dengan pemahaman, bertindak balas dan mempengaruhi politik, sosial, ekonomi, perundangan dan budaya.99. 100. Di England pula,Deparment for Education and Skills(DfES) telah mengeluarkan standard untuk pemimpin sekolah yang terdiri daripada enam bidang utama. Bidang-bidang ini adalah membentuk masa depan, memimpin pengajaran dan pembelajaran, membangunkan kendiri dan bekerja dengan orang lain, mengurus organisasi, menjamin akauntabiliti dan memperkasakan komuniti (DfES 2004b). Bagi setiap bidang, keperluan pengetahuan, kualiti profesional dan tindakan yang diperlukan untuk mencapai tujuan asas telah dikenal pasti.101. 102. Di Wales pula, standard kompetensi kepengetuaannya adalah sama seperti yang terdapat di England (The National Assembly of Wales2004). Dan jika dilihat secara lebih dekat, standard kompetensi bagi Wales, Scotland dan Ireland Utara diiktiraf bagi kemasukan ke jawatan guru besar atau pengetua di England. Hal ini dapat menjelaskan kepada kita bahawa telah wujud penyeragaman secara tidak formal dan pengiktirafan daripada segi standard kompetensi kepengetuaan bagi negeri-negeri England, Wales, Scotland dan Ireland Utara.103. 104. Dalam konteks Malaysia, Jemaah Nazir Sekolah (JNS) telah menggubal Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) yang mengandungi pernyataan dan instrumen pemastian standard untuk pemimpin-pemimpin sekolah (JNS 2004). Standard ini mengandungi empat dimensi yang dikenali sebagai hala tuju kepemimpinan, pengurusan organisasi, pengurusan program pendidikan dan kemenjadian murid. Hala tuju kepemimpinan mempunyai elemen visi, misi dan kepemimpinan. Dimensi pengurusan organisasi pula mengandungi struktur organisasi, perancangan, iklim, pengurusan dan pembangunan sumber serta pengurusan maklumat. Manakala dimensi pengurusan program pendidikan pula mempunyai elemen pengurusan kurikulum, kokurikulum dan hal-ehwal murid, pengajaran dan pembelajaran, pembangunan sahsiah dan penilaian pencapaian murid. Dimensi kemenjadian murid pula mengandungi elemen akademik, kokurikulum dan sahsiah.105. 106. Bagi Hussein (1989), kompetensi yang selalu dikaitkan dengan guru besar dan pengetua adalah misi sekolah, kurikulum dan pengajaran, pentadbiran sekolah serta hubungan dan komunikasi manusia. Kompetensi ini dilihat sebagai ramuan penting untuk sekolah yang berkesan dan berjaya. Bagi beliau juga, pentadbiran sekolah dilihat sebagai perkara yang paling kurang penting berkaitan formulasi dan proses pelaksanaan serta pematuhan undang-undang dan peraturan.107. 108. Bagi Louis dan Miles (1990) pula, guru besar dan pengetua perlu menjadi pengurus, mereka bentuk dan melaksanakan pelan, memfokuskan kepada pencapaian tugas, berurusan dengan struktur dan sistem, ketua yang berpegang pada visi, menggalakkan perkongsian dan rasa kekitaan, melibatkan diri dengan perancangan evolusi, sentiasa peka dengan perbezaan budaya serta perubahan yang mungkin untuk jangka masa panjang.109. 110. Sementara bagi Grant (1978) (dalam Gaban 1982) menyatakan bahawa kompetensi guru besar dan pengetua terdiri daripada lapan bidang iaitu mewujudkan matlamat, menguruskan staf, menyusun atur masa dan ruang, menyusun atur bahan dan perkakasan, perkhidmatan luar pengajaran, hubungan dengan komuniti, latihan dan perkhidmatan serta penilaian program.111. 112. Bagi Omardin (1999), seseorang guru besar atau pengetua perlu berperanan dalam pengurusan pejabat, perkhidmatan dan perjawatan, hal-ehwal pelajar, pendaftaran pelajar, akademik, kokurikulum, bimbingan dan kaunseling, skim pinjaman buku teks, biasiswa, asrama, pusat sumber, koperasi sekolah, kantin, peperiksaan, kewangan, pembangunan sekolah, persatuan ibu bapa dan guru dan pengurusan sekolah berkesan. Manakala Zaiton (2001), menyatakan bahawa guru besar atau pengetua perlu berperanan dalam bidang pengurusan kurikulum, kokurikulum, perkembangan staf, penyeliaan dan penilaian, disiplin dan kebajikan pelajar, hubungan sekolah dengan ibu bapa dan komuniti serta pengurusan kewangan.113. 114. Selanjutnya, Bahagian Sekolah (2004), KPM pula menyatakan bahawa tanggungjawab guru besar dan pengetua meliputi tujuh bidang utama iaitu pengurusan kurikulum, kokurikulum dan hal-ehwal murid, pengurusan sekolah yang merangkumi pentadbiran, kewangan, perkhidmatan dan perjawatan, perhubungan dengan ibu bapa dan masyarakat setempat, kemajuan sekolah, pengajaran serta kepimpinan pengajaran dan penyelidikan pendidikan.Manakala Ayob (2005) pula mengkelaskan senarai tugas guru besar atau pengetua kepada sembilan bidang iaitu kurikulum, penilaian dan pentaksiran, kokurikulum, hal-ehwal murid, fizikal dan kemudahan, kewangan, pejabat, staf dan komuniti.115. 116. Setelah diteliti dan diperhalusi, kesemua standard yang dikemukakan sama ada di dalam atau di luar negara mempunyai banyak persamaannya. Perbezaan cuma daripada segi istilah yang digunakan, namun banyakpersamaan wujud daripada segi kandungan dan tugas yang perlu dilaksanakan oleh guru besar atau pengetua. Standard-standard ini juga adalah sama seperti Standard Kompetensi Kepengetuaan Sekolah Malaysia (SKKSM) yang dikemukakan oleh IAB pada tahun 2006. Dalam standard initerdapat sembilan bidang pengurusan yang perlu dikuasai oleh pentadbir-pentadbir sekolah (IAB 2006a) iaitu pengurusan dan kepimpinan organisasi, pengurusan kurikulum, pengurusan kokurikulum, pengurusan hal-ehwal murid, pengurusan kewangan, pengurusanpentadbiran pejabat, pengurusan persekitaran dan kemudahan fizikal, pengurusan dan pembangunan sumber manusia serta pengurusan perhubungan luar.117. 118. Selain daripada SKKSM, beberapa ciri lain juga adalah penting dalam proses meningkatkan lagi pengurusan dan kepimpinan guru besar danpengetua di sekolah. Ini termasuklah kualiti peribadi, pengetahuan teori, amalan pengurusan strategik, kemahiran dan teknik menangani perubahan. Kualiti peribadi yang dimaksudkan adalah seperti komunikasi, kepimpinan, inovasi, minat dan keyakinan. Sementara amalan pengurusan strategik pula melibatkan pengenalpastian masalah, perancangan strategik, pelaksanaan dan penilaian strategik.119. 120. Penutup121. 122. Isu kepimpinan pendidikan dan pengurusan pendidikan bukanlah merupakan suatu isu yang lapuk walaupun telah lama dibincangkan oleh pakar-pakar pendidikan. Isu-isu baru dalam bidang pendidikan yang semakin kompleks memerlukan kefahaman dan pentaksiran semula konsep-konsep kepimpinan dan pengurusan oleh guru besar dan pengetua. Ini adalah kerana guru besar dan pengetua perlu menghadapi dan menangani isu-isu ini secara spontan selama mana mereka masih menjawat jawatan sebagai pemimpin dan pengurus sekolah. Ini adalah kerana, sebuah sekolah yang berkesan dan cemerlang selalunya diterajui oleh seorang guru besar atau pengetua yang berkesan dan cemerlang. Keberkesanan dan kecemerlangan mereka seharusnya didasari oleh kemampuan dan keupayaan untuk menangani isu-isu kepimpinan dan pengurusan secara berkesan dan cemerlang.