Upload
siewleng-ling
View
217
Download
3
Embed Size (px)
DESCRIPTION
pj
Citation preview
1.0 PENGENALAN
Mengikut Kamus Dewan, olahraga bermaksud latihan gerak badan dan sukan
yang memerlukan kekuatan dan kelajuan seperti melompat, berlari, melontar benda dan
sebagainya.
Dalam kehidupan harian kita, berlari merupakan suatu aktiviti yang sihat lagi
meyeronokkan. Manusia dan haiwan digalakkan melibatkan diri dalam aktiviti ini untuk
pelbagai tujuan. Ini bermakna semua manusia dan haiwan yang sihat berkeupayaan untuk
berlari dan bergerak.
Akan tetapi mampukah seseorang itu berlari dengan pantas sehingga dapat
menewaskan pelari lain pada masa dan jarak yang sama? Adalah sukar bagi pelari untuk
berlari dengan pantas, sekiranya tidak mempunyai ciri-ciri yang membolehkan ia bertindak
sedemikian. Seseorang individu memerlukan kemahiran, fikiran dan kebolehan yang
sebaiknya untuk berjaya.
Dari masa ke semasa, kebolehan manusia menjadi suatu acara yang menarik, sehingga
menarik perhatian awam untuk meyaksikan pertandingan olahraga dari turun-temurun. Maka
dari sini, lahirnya istilah olahraga yang merangkumi acara-acara larian. lompatan dan
lontaran; yang lebih dikenali sebagai acara balapan dan acara padang.