1
Reka bentuk pengajaran merupakan platform dan suatu kemestian bagi menjamin keberkesanan satu proses pengajaran dan pembelajaran. Reka bentuk pengajaran merujuk kepada satu proses sistematis menterjemahkan prinsip-prinsip umum pengajaran-pembelajaran kepada bentuk perancangan bahan dan penyampaian pembelajaran. (Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad, & Wan Kamaruddin Wan Hasan, 2012). Seseorang guru perlu mengetahui perkara yang hendak dilaksanakan sebelum, semasa dan selepas proses pengajaran dan pembelajaran. Guru memerlukan satu perancangan yang rapi untuk memastikan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran dijalankan dengan lebih efisien dan berkesan. Oleh yang demikian, tidak dapat dinafikan bahawa pengaplikasian model pengajaran yang sesuai dalam satu reka bentuk pengajaran yang lengkap dan sistematik dapat membantu guru mengajar dan menyampaikan maklumat kepada pelajar dengan jelas dan berkesan. Secara tidak langsung, hal ini dapat memudahkan guru dan murid-murid mencapai objektif pembelajaran seperti yang telah dirancangkan. Bagi merancang proses pengajaran dan pembelajaran yang lengkap dan sistematik, model reka bentuk pengajaran yang berorientasikan bilik darjah haruslah diketengahkan dan dilaksanakan dengan sempurna. Dalam reka bentuk sesi pengajaran dan pembelajaran bagi topik major Sains, saya telah menggunakan model ASSURE.

Pen Gen Alan

Embed Size (px)

DESCRIPTION

x

Citation preview

Page 1: Pen Gen Alan

Reka bentuk pengajaran merupakan platform dan suatu kemestian bagi menjamin

keberkesanan satu proses pengajaran dan pembelajaran. Reka bentuk pengajaran merujuk

kepada satu proses sistematis menterjemahkan prinsip-prinsip umum pengajaran-pembelajaran

kepada bentuk perancangan bahan dan penyampaian pembelajaran. (Noriati A. Rashid, Boon

Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad, & Wan Kamaruddin Wan Hasan, 2012).

Seseorang guru perlu mengetahui perkara yang hendak dilaksanakan sebelum, semasa

dan selepas proses pengajaran dan pembelajaran. Guru memerlukan satu perancangan yang

rapi untuk memastikan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran dijalankan dengan lebih

efisien dan berkesan. Oleh yang demikian, tidak dapat dinafikan bahawa pengaplikasian model

pengajaran yang sesuai dalam satu reka bentuk pengajaran yang lengkap dan sistematik dapat

membantu guru mengajar dan menyampaikan maklumat kepada pelajar dengan jelas dan

berkesan. Secara tidak langsung, hal ini dapat memudahkan guru dan murid-murid mencapai

objektif pembelajaran seperti yang telah dirancangkan.

Bagi merancang proses pengajaran dan pembelajaran yang lengkap dan sistematik,

model reka bentuk pengajaran yang berorientasikan bilik darjah haruslah diketengahkan dan

dilaksanakan dengan sempurna. Dalam reka bentuk sesi pengajaran dan pembelajaran bagi

topik major Sains, saya telah menggunakan model ASSURE.