90
1

PENA KETUA PENGARANG Sjn Vijay Gaundar al Arikrishan NEGERI SEMBILAN: Seramai 3000 Pegawai dan anggota Lain -Lain Pangkat dari ketiga-tiga cabang perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia

Embed Size (px)

Citation preview

  • 1

  • 2 1

    SIDANG EDITORIAL

    PENAUNG: Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor

    KETUA PENGARANG: Mej Jen Dato Hj Khlir Hj Mohd Nor

    PENASIHAT KEWARTAWANAN: Kol Zulkifli Dato Hj Tahir

    PENGARANG: Mej Hj Ahmad Nazran Hj Ashari

    EDITOR: Kapt Aminin Hafizhin Minhad

    WARTAWAN: Sjn Saiful Fazley Rusli, Kpl Nurulhaswani Ruzaini, Pbt Ainur Aisyhah Yahaya, Sharifah Yaso dan Luqmanul Arif Abd Karim

    JURU GAMBAR: SSjn Shamsul Zaidi Zolkoffly, Sjn Vijay Gaundar Arikrishnan

    GRAFIK: SSjn Nor Rizam Hamad dan En Mohd Rizal Ghazali

    PENGURUSAN: PW II Mohamad Solor Hj Ismon

    KORESPONDEN:

    TRUP TD : Kapt Muhammad Arajah Benjare, Kpl AmuthanParaman, Pbt Nurul Hanis Suhaimi, Pbt Najeeha Nordin

    MEDAN BARAT : Mej Suria Sulaiman, Kpl Mohd Qayyum Ismail,LKpl Fawzia Idayu, Pbt Zahiruddin Abdullah

    MEDAN TIMUR/1 DIVISYEN: SSjn Zulkapli Alias, Sjn Lim Rantai, KplRoslan Abdullah, LKpl Saiful Kasim, LKpl Aneng Lambop dan Pbt Mohd Nazrul Abdullah

    2 DIVISYEN: Kpl Mazlan Rosli, Kpl Mohd Nazri Bakai, Kpl Rosli Omar dan LKpl Ahmad Firdaus Mohamed

    3 DIVISYEN: Mej Hamri Hassan, SSjn Mohd Rozaimi Abdullah, Kpl Syarianah Abd Karim, Kpl Mohd Hafiz Hamzah

    4 DIVISYEN: Kapt Khairul Naim Khasim, Kpl Mohd Fauzi Abdul, Kpl Mohd Zulkifli Awang, Kpl Zul Ashwal Hawash Khan, LKpl Nurhaslinda Zakaria, Pbt Mohd Rizal Abdullah

    KUALA LUMPUR: Lt Kol Abd Razak Sipit, Sjn Taha Mohd Taib, Kpl Mohd Zahir Saidin Kpl Mohd Nazer Abu Bakar dan LKpl Mohd Nazari Ramli

    BTDM mengalu-alukan artikel, idea dan kritikan anda agardapat dikongsi bersama. Setiap surat atau artikel perlu adanama penuh dan di tandatangani. Segala sumbangan artikel

    boleh disalurkan terus kepada:Pengarang BTDM, Tingkat 8-11,

    Markas Tentera Darat,Wisma Pertahanan, Jalan Padang Tembak,

    50634 KUALA LUMPURatau

    e-mail: [email protected] Faks: 03-26985536/03-26923195

    Tel: 03-20716290

    22|Demo Kuasa Tembakan DKT 2015 Uji Keupayaan Aset TD

    24|Pusat Latihan TD Lahir perajurit muda berkualiti

    26|Jiwa Murni MK RAJD 2 Div bina dan baiki rumah veteran tentera

    30|Profil Pasukan 10 Komp KPD PARA kebanggaan TD

    38|Tattoo Kemahkotaan Sultan Johor ATM pamer persembahan menarik

    15|SMR TD Betul Sikap, Betul Semua

    32|Gempa Bumi Tragedi Kinabalu

    28|Bahana Dadah

    70|Konsep jihad dalam islam

    02|Bersama Pemimpin18|HUT39|Trup Td40|MKTD47|Medan Barat50|Medan Timur/1Div/Task Force54|2 Div57|3 Div64|4 Div

    PAPARAN MENARIK

    KHAS

    RENCANA

    BULANAN

    22|COVER STORY Tugas diutamakan, Syawal Diperbatasan

    22|Islamic State Perjuangan yang salah

    74|ULASAN BUKU10 Salah faham terhadap ISIS

  • 1203

    Bulan Syawal menjelma menandakan kejayaan umat islam berjuang melawan hawa nafsu selama sebulan di bulan Ramadhan. Masih tidak terlalu lewat untuk mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin. Memanjat kesyukuran kepada Illahi kerana memanjangkan umur kita untuk merasai nikmat kemeriahan meraikan perayaan ini bersama-sama keluarga tercinta. Ingatlah, disaat umat Islam yang lainnya sedang meraikan hari yang mulia disamping hilai tawa sanak saudara, terdapat rakan seperjuangan kita mengorbankan masa bersama keluarga demi melaksanakan tugas yang diamanahkan. Justeru, disebalik kegembiraan kita menyambut hari lebaran ini, seharusnya kita menanamkan rasa bangga dan hormat buat rakan-rakan seangkatan yang berkhidmat dengan penuh kesetian mempertahankan perbatasan negara demi mengekalkan kedaulatan, keamanan serta keharmonian yang dikecapi bertahun lama. Meskipun menyambut Syawal di perbatasan, namun sambutan Aidilfitri pada kali ini juga merupakan sesuatu yang istimewa khasnya buat anggota TD yang beroperasi di kawasan operasi kerana meraikannya bersama-sama pemimpin-pemimpin tertinggi seperti PTD, Panglima-Panglima Pemerintahan Medan dan Panglima-Panglima Divisyen masing-masing. Sikap keperihatinan dan pengorbanan mereka secara tidak langsung menghilangkan perasaan sedih dan gusar pegawai dan anggota yang bertugas diperbatasan.

    Mereka diberi bayangan bahawa menyertai jihad qital (perang) fisabilillah yang dilakukan demi menegakkan syiar Islam menjadi-kan mereka mujahidin disamping berharap akan dapat menyucikan dosa, memperoleh mati syahid

    Patah tumbuh, hilang berganti. Itulah ungkapan paling sesuai buat Mantan Sarjan Mejar Rejimen Tentera Darat (SMR TD), PW I Musa Harun yang menyertai misi Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) di United Nations Interim Force di Lubnan (UNIFIL) dan menjawat jawatan sebagai SMR TD Khas Malbatt 850-3. Setinggi-tinggi penghargaan kepada beliau di atas segala jasa dan sumbangan beliau terhadap TD sepanjang enam tahun beliau bertugas SMR TD. Terdahulu, ingin dizahirkan ucapan sekalung tahniah buat PW I Hayazi Abdul Aziz

    yang kini merupakan SMR TD baharu. Semoga dengan dengan pertukaran ini, prestasi TD terutamanya disiplin di kalangan anggota akan lebih meningkat dan kualitinya setaraf tentera luar negara. Mengambil kira ancaman semasa yang melanda globalisasi ini, ancaman Islamic States (IS) masih lagi dilihat sebagai satu ancaman yang amat membimbangkan. Melalui konsep jihad, kumpulan IS berjaya memancing setiap golongan terutama anak muda yang dangkal ilmu agama menyertai IS. Mereka diberi bayangan bahawa menyertai jihad qital (perang) fisabilillah yang dilakukan demi menegakkan syiar Islam menjadikan mereka mujahidin disamping berharap akan dapat menyucikan dosa, memperoleh mati syahid, dan memasuki syurga dengan cara mudah. Propaganda yang dimainkan ini amatlah dikhuatiri mempengaruhi warga TD yang beragama Islam khasnya untuk terjerumus dan dipesongkan tanpa menyedari maksud sebenar jihad dalam Islam. Setiap lapisan warga TD perlu memahami pengertian sebenar jihad dimana ia merupakan perjuangan untuk melaksanakan kebaikan dan menolak ketidakadilan, penindasan dan kemungkaran dari seseorang atau dalam masyarakat. Perjuangan ini adalah perjuangan rohani, sosial, ekonomi dan juga politikal. Justeru, konsep dan ruang lingkup jihad itu sebenarnya amat luas dan bukannya hanya terhad kepada konflik bersenjata. Oleh sedemikian, marilah kita bersama-sama berpegang utuh kepada ikrar kesatria kebanggaan kita, agar TD sentiasa menjadi sebuah angkatan yang diyakini dan dipercayai rakyat. Selain itu juga, negara turut digemparkan dengan bencana gempa bumi yang melanda Ranau, Sabah baru-baru ini. Gempa bumi yang turut melakar sejarah apabila ia merupakan gegaran terkuat pernah dicatatkan berlaku di negara ini. Peristiwa yang menyayat hati ini mengorbankan 18 nyawa dan pastinya terpahat diingatan masyarakat khususnya keluarga mangsa. Marilah kita bersama-sama bertafakur sejenak dan bersedekahkan bacaan Al-Fatihah buat mangsa yang beragama Islam khasnya. Buat keluarga mangsa pula, warga TD mengucapkan salam takziah dan diharap tabah menghadapi dugaan yang menimpa. TD juga ingin mengucapkan syabas kepada unit-unit TD yang terlibat dan jutaan terima kasih kepada agensi-agensi lain yang banyak membantu semasa proses penurunan mangsa bencana dilaksanakan dan tidak lupa juga kepada malim-malim gunung yang banyak berbakti dan berjasa. Diharapkan agar kerjasama ini berterusan dan lebih teguh pada masa akan datang. Akhir kata, mengambil kesempatan ini, saya mewakili warga BTDM mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin. Sekiranya terdapat kekhilafan dari pihak kami, dimohon agar tidak terasa hati dan dimaafi. Marilah warga TD kita menjalani kehidupan yang harmoni dan muafakat agar kesatuan ini akan terus unggul dan jitu.

    P E N A K ET U A P E N G A R A N G

  • 2

    TAHNIAH...Brig Jen Dato' Mohd Ramli Jaafar dinaikkan pangkat Mej Jen dan menjawat jawatan sebagai Asisten Ketua Staf (AKS) Markas Tentera Darat - Cawangan Operasi dan Latihan (MKTD-Cwg OPLAT) berkuatkuasa 3 Mac 2015 yang disempurnakan oleh Panglima Tentera Darat , Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor bertempat di Pejabat PTD pada 30 Mac 2015.- SSjn Shamsul Zaidi Zolkoffly

    TANDATANGANDirector Of Neighboring Countries Cooperation Center Kingdom Of Thailand, Gen Veerun Chantasatkol menandatangani Buku Lawatan sem-pena Kunjungan Hormat beliau ke atas Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor bertempat di Pejabat PTD pada 12 Jun 2015.- Sjn Saiful Fazley Rusli

    Oleh: SSjn Shamsul Zaidi Zolkoffly

    KUALA LUMPUR: Panglima Tentera Darat, Jen Tan Sri Raja Affandi Raja Mohamed Noor menerima Pemasyuran Ahli Keempat Hall Of Fame Maktab Pertahanan Angkatan Tentera (MPAT) yang disempurnakan oleh Komandan MPAT, Laksamana Pertama Dato Sabri Zali bertempat di Dewan Trisakti, MPAT Kuala Lumpur pada 16 Jun 2015. Hall Of Fame dicetuskan me-lalui Mesyuarat Lembaga Gabenor Maktab (Board of Governors) ke 45 pada Disember 2013 dengan kriteria

    PTD Terima Permashuran MPAT Ahli Yang Keempat

    pemilihan penerima berdasarkan kepada faktor kecemerlangan alumni MPAT yang masih berkhidmat serta memegang jawatan tertinggi didalam perkhidmatannya yang ditetap-kan melalui keputusan daripada Mesyuarat Lembaga Gabenor Maktab dan ianya merupakan penganugera-han tanda penghormatan tertinggi kepada alumni MPAT. Dalam ucapan PTD, beliau me-nyatakan kejayaan bukan diukur pada pangkat, pingat serta penghargaan, tetapi apa yang kita lakukan untuk anggota, pasukan dan organisasi serta sikap sentiasa merendah diri dan

    menegur anggota adalah sikap yang terbaik yang perlu ada pada pegawai atasan dan ianya akan menjadi contoh dan teladan kepada semua selain pan-dangan dan nasihat anggota bawahan juga boleh dijadikan sebagai panduan dalam membuat keputusan yang te-pat, tambah beliau lagi.Saya sentiasa berpesan kepada diri sendiri supaya tidak terleka dengan pangkat serta penghargaan yang diberikan, malah apa yang penting adalah sumbangan kepada anggota, pasukan dan juga organisasi dan ini membuatkan kita sentiasa diingati dan dihargai, katanya. Semenjak wujudnya maj l is Pemasyuran ini, penerima Hall Of Fame yang pertama adalah Panglima Angkatan Tentera, Jen Tan Sri Dato Sri (Dr.) Hj Zulkifeli Mohd Zain, penerima kedua, Panglima Tentera Udara, Jen Tan Sri Dato Rodzali Daud, manakala penerima keti-ga adalah Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Mohd Amdan Kurish. Turut hadir dalam majlis tersebut, pegawai-pegawai kanan ATM, alumni-alumni MPAT dan peserta kursus MPAT Siri 21/2001.

    B E R S A M A P E M I M P I N

  • 3203

    B E R S A M A P E M I M P I N

    PM Berbuka Puasa Bersama Warga ATM

    Oleh: Pbt Ainur Aisyah YahayaGambar: Sjn Vijay Gaundar al Arikrishan NEGERI SEMBILAN: Seramai 3000 Pegawai dan anggota Lain -Lain Pangkat dari ketiga-tiga cabang perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) hadir dalam Majlis Berbuka Puasa Warga ATM Bersama Perdana Menteri (PM), Dato Sri Mohd Najib Hj Tun Abdul Razak yang disambut oleh Menteri Pertahanan, Dato Seri Hishammuddin Tun Hussein bertempat di Padang Kawad Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA) pada 23 Jun 2015. Majlis bertujuan untuk memberi peluang dan ruang diatas kesudian PM turun padang dan mendampingi warga tentera serta prihatin terhadap kebajikan anggota tentera dalam menghargai jasa bakti dan pengorbanan warga ATM didalam penglibatan operasi bencana serta bantuan kemanusiaan di dalam mahupun luar negara yang menunjukkan komitmen yang amat tinggi. Dalam ucapan PM, beliau menegaskan bahawa aspek perumahan masih lagi merupakan agenda yang belum

    dapat diselesaikan sepenuhnya serta memberi jaminan masalah perumahan yang dihadapi oleh anggota tentera akan diselesaikan dalam masa terdekat. Seperti di Pusat Latihan Asas Tentera Darat sekurang-kurangnya 800 anggota masih berhadapan dengan masalah berkenaan, begitu juga dengan anggota di Kem Syed Sirajuddin, Gemas sehingga ada yang menyewa di Segamat Johor, katanya. Pada masa yang sama PM menyampaikan cek RM500,000 kepada Tabung Kebajikan Angkatan Tentera (TKAT) Malaysia dan menunaikan solat Maghrib, Isya serta solat sunat Tarawih berjemaah bersama warga ATM yang diimamkan oleh Ketua Pengarah KAGAT, Mej Jen Datuk Kamarudin Mamat di Masjid PUSASDA. Turut hadir Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Utama Hj Mohamed Hassan, Panglima Angkatan Tentera, Jen Tan Sri Dato Sri (Dr.) Hj Zulkifeli Mohd Zin, Panglima Tentera Darat Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor, PTL, PTU, TPTD, pegawai-pegawai ATM dan LLP.

    SIMBOLIKKol Dr Mohd Kenali Basiron memegang pedang sebagai satu simbolik selepas dinaikkan pangkat ke Brig Jen dan menjawat jawatan sebagai Ketua Bahagian Tadbir dan Logistik Markas ESSCOM berkuatkuasa pada 19 Jun 2015 yang disempurnakan oleh Panglima Tentera Darat, Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor bertempat di Pejabat PTD pada 01 Jul 2015.- SSjn Shamsul Zaidi Zolkoffly

  • 4

    Istiadat Perbarisan Pentauliahan Diraja Pegawai Kadet ATM

    B E R S A M A P E M I M P I NOleh: Sjn Saiful Fazley Rusli

    KUALA LUMPUR :Seramai 189 Pegawai Kadet ATM terlibat dalam Istiadat Perbarisan Pentauliahan Diraja dan Pengurniaan Watikah Tauliah Pegawai Kadet dan Pegawai Graduan ATM 2015 yang disempur-nakan oleh Tunku Panglima Besar Kedah Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Brig Jen Dato Seri Diraja Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah di iringi Panglima Angkatan Tentera, Jen Tan Sri Dato Sri (Dr.) Hj Zulkifeli Mohd Zin bertempat di Dataran Panglima Tentera Darat pada 25 Apr 2015. Dalam perbarisan tersebut , Pegawai Kadet Terbaik Keseluruhan d i a n u g e ra h k a n ke p a d a L t M Muhammad Firman Mohammad Faudzi yang menerima sebilah ped-ang serta Piala Seri Perkasa dan Pegawai Kadet Terbaik TD ialah Lt M Mohamad Hairul Md Salleh manakala Pegawai Kadet Terbaik TLDM dianugerahkan kepada Lt M Mohammad Hanafie Mohd Yasir dan Pegawai Kadet Terbaik TUDM ialah Lt M Muhammad Afiq Izzudin Kamaruddin. Tunku Panglima Besar Kedah yang mewakili Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong membaca titah

  • 5203

    Istiadat Perbarisan Pentauliahan Diraja Pegawai Kadet ATM

    B E R S A M A P E M I M P I N

    SPB semasa perbarisan mengucap-kan tahniah kepada Pegawai Muda ATM kerana berjaya menamatkan pengajian dengan jayanya dalam dua bidang yang berlainan iaitu bidang ketenteraan dengan di tauliahkan sebagai Pegawai Muda dalam ATM dan bidang akademik dengan mem-peroleh Ijazah Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM). Pada alaf baharu ini berbagai ancaman bentuk baharu mula dapat dirasakan dengan berlakunya proses globalisasi dan saudara-saudari mestilah proaktif membantu dalam merancang masa hadapan ATM su-paya dapat menyesuaikan diri dengan perkembangan yang berlaku serta pada masa yang sama nilai peribadi dan akhlak hendaklah dijaga agar ti-dak terjebak dengan gejala yang tidak sihat,katanya. Selesai istiadat perbarisan, acara diteruskan dengan Majlis Pengurniaan Watikah Tauliah Pegawai Kadet dan Pegawai Graduan ATM ke Lt M yang diadakan di Dewan Tun Templer, Maktab Tentera Diraja melibatkan 189 Pegawai Kadet ATM dan 67 Pegawai Graduan. Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Dato Sri Abdul Rahim Mohamad Radzi, pangli-ma ke tiga-tiga cabang perkhidmatan Darat, Laut dan Udara serta keluarga.

  • 6

    B E R S A M A P E M I M P I N

    Mesyuarat Agung Koperasi Tentera ke-50

    Oleh: PW II Mohamad Solor Hj Ismon

    SELANGOR: Koperasi Te n t e r a m e n g a d a k a n Mesyuarat Agung kali ke-50 yang disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pertahanan , Datuk Abdul Rahim Ba kri mewaki-l i Menteri Pertahanan m e r a n g k a p P e n a u n g Koperasi Tentera diiringi Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor bertem-pat di Dewan PERHEBAT, Sungai Buloh pada 14 Jun 2015. Terdahulu dari itu, turut diadakan pengundian serta pemilihan Ahli Lembaga Pengarah yang baharu yang mana hanya memilih empat

    MEJ JEN DATO ZULKIFLEEBIN MAZLAN (BERSARA)

    LT KOL HJ ABDUL HALIMBIN MOHD NOOR

    PW 1 ROMZIBIN ABD. WAHAB

    PW 1 MUSTAPHABIN A. JALIL (BERSARA)

    ahli yang tetinggi undiannya dan di-menangi oleh PW I Mustapha A. Jalil dengan jumlah undi sebanyak 11,477 manakala PW I Romzi Abd Wahab 11,210 undi, Mej Jen Dato Zulkiflee Mazlan (Bersara) 9,709 undi dan Lt Kol Hj Abdul Halim Mohd Noor den-gan 8,724 undi. Dalam ucapan Timbalan MENHAN, Koperasi Tentera kini diiktiraf sebagai di antara peneraju koperasi kredit di Malaysia dengan aset terkumpul berjumlah RM2.9 bilion dan kini sedang giat membuat persiapan un-tuk menjadi sebuah bank koperasi yang patuh syariah jika diluluskan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM). Untuk tahun 2014, koperasi ini sekali lagi berjaya mencatatkan prestasi kewangan yang memberang-sangkan dan keupayaan menjana

    keuntungan sebelum cukai berjumlah RM165.1 juta dalam keadaan eko-nomi semasa yang tidak menentu adalah sesuatu yang membanggakan, lebih-lebih lagi mampu membayar dividen sebanyak 10% atau lebih secara berterusan, jelas beliau. Pada masa yang sama, Timbalan M e n t e r i P e r t a h a n a n t u r u t

    meyampaikan sumbangan dari Koperasi Tentera kepa-da penerima Skim Takaful Berkelompok ATM, Skim Insentif Kecemerlangan (SIK) kategori PT3 dan SPM serta Anugerah Setia Tahun 2014 yang bertujuan menghargai anggota ten-tera yang terlibat dengan kematian, anak-anak ang-gota tentera yang cemer-lang dalam pelajaran dan ahli-ahli Koperasi Tentera yang aktif dalam keang-gotaan dengan tempoh yang melebihi 20 tahun. Turut hadir Naib-naib Yang Dipertua Koperasi Te n t e r a , L a k s a m a n a Madya Dato Seri Panglima Ahmad Kamarulzaman Hj Ahmad Badaruddin wakil Panglima Tentera Laut,

    Mej Jen Dato Marsaleh Hashim TUDM wakil Panglima Tentera Udara, Timbalan Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Hjh Hawa Mohamed Salleh, pegawai-pegawai kanan ATM, anggota LLP ketiga-tiga cabang perkhidmatan dan orang awam yang menjadi ahli Koperasi Tentera.

    AHLI LEMBAGA KOPERASI YANG BAHARU

  • 7203

    B E R S A M A P E M I M P I N

    J0HANPerdana Menteri (PM), Dato' Sri Mohd Najib Tun Hj Abdul Razak diiringi Panglima Angkatan Tentera (PAT) Jen Tan Sri Dato Sri (Dr.) Hj Zulkifeli Mohd Zin ,menyam-paikan piala dan cek bernilai RM15,000 kepada Johan Bola Sepak Piala 1Malaysia Grand Finals Kelab Bola Sepak Ipoh Fridays dari Perak yang diadakan di Stadium Bolasepak Mindef pada 11 Apr 2015. Perlawanan akhir menyaksikan, Kelab Bola Sepak Ipoh Fridays dari Perak mengalahkan Spt Indians Football Association dari Penang dengan jar-ingan 12-0. Turut hadir bekas-bekas pemain bola sepak negara, Dato Dr Peter Velappan, Datuk Santokh Singh, Datuk Soh Chin Aun, Tuan Haji Bakri Ibni, dan penyokong dari warga tentera sekitar Lembah Klang. - Pbt Ainur Aisyah Yahaya, Gambar: PW II Mohamad Solor Ismon

    Oleh: PW II Mohamad Solor Hj Ismon

    K U A L A L U M P U R : M e n t e r i Pertahanan, Dato Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jen Tan Sri Dato Sri (Dr.) Hj Zulkifeli Mohd Zin menyempurnakan pemakaian pang-kat Mej Jen Kehormat Askar Wataniah (AW) kepada Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal di Auditorium Kementah pada 9 Apr 2015. Sebelum itu, KPPA menyerahkan Surat Perlaksanaan Penambahbaikan Kaedah Gaji Tahunan kepada PAT dan KSU. Turut hadir wakil panglima-pangli-ma ketiga-tiga cabang perkhidmatan, pegawai-pegawai kanan tentera dan awam serta anggota dan kakitangan awam yang bertugas di Kementerian Pertahanan.

    KPPA Dipakaikan Pangkat Mej Jen Kehormat AW

    SERAH PERUNTUKAN...Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jen Tan Sri Dato Sri (Dr.) Hj Zulkefli Hj Mohd Zin menyerahkan replika cek peruntukan kewangan Kelab Sukan, Sosial dan Kebajikan ATM (KSSKA) kepada Panglima Tentera Darat, Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor dalam Mesyuarat Agung KSSKA Ke-9 dan kepada badan-badan yang bernaung di bawah KSSKA yang turut dihadiri Panglima Tentera Udara, Jen Dato Seri Roslan Saad, Timbalan Panglima Tentera Laut, Laksamana Madya Dato Seri Panglima Ahmad Kamarulzaman Hj Ahmad Badaruddin, Pegawai-pegawai Kanan dan ang-gota Lain-Lain Pangkat (LLP) dari ketiga-tiga cabang perkhidmatan bertempat di Dewan Dato Othman Harun Wardieburn pada 17 Apr 2015. PW II Mohamad Solor Hj Ismon

  • 8

    Oleh: Sjn Saiful Fazley Rusli

    NEGERI SEMBILAN: Seramai 135 Pegawai Muda Lelaki Tentera Darat dan 32 Pegawai Muda Wanita TD ter-libat dalam Penutup Kursus Induksi Pegawai Muda TD Tahun 2015 yang di sempurnakan oleh Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor bertempat di Auditorium Sebatang Karah, Akademi Tentera Darat (ATD) pada 15 Jun 2015. Kursus Induksi Pegawai Muda TD Tahun 2015 ini diadakan selama lima minggu mulai dari 16 Mei hingga 15 Jun 2015 yang bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada Pegawai Muda TD akan tugas dan tanggungjawab serta peranan sebagai seorang pegawai tentera yang berde-dikasi serta berdisplin tinggi sebelum kembali ke pasukan masing-masing. Dalam ucapan penutup PTD, beliau mengucapkan tahniah kepada semua Pegawai Muda kerana memilih TD se-bagai kerjaya yang mana di kalangan rakyat Malaysia kini masih ada anak muda yang berjiwa besar memilih tentera sebagai kerjaya dan secara tidak langsung menjadi pewaris serta

    B E R S A M A P E M I M P I N

    Pegawai Muda TD Tamat Kursus Induksi

    Pelancaran Buku Terbitan PERNAMA

    Oleh: Luqmanul Arif Abdul Karim

    KUALA LUMPUR: Pelancaran Buku Terbitan Khas oleh Perwira Niaga Malaysia (PERNAMA) yang berta-juk 'Born to Serve, Built to Survive' disempurnakan oleh wakil PAT iaitu Timbalan Panglima Tentera Darat

    (TPTD), Lt Jen Dato' Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah Hj Mohd Nawawi di Auditorium Kementerian Pertahanan pada 28 Apr 2015. Dalam ucapannya, beliau ber-bangga dengan kejayaan serta pen-galaman PERNAMA mengendalikan bidang perniagaan yang dimuatkan

    di dalam sebuah buku di mana an-tara pengisiannya terdapat perkara seperti sejarah penubuhan, pengala-man, rintangan serta cabaran yang dihadapi oleh mereka. Selain itu, buku tersebut turut menceritakan tentang pengalaman penglibatan PERNAMA dalam mem-beri khidmat kepada ATM yang berkhidmat di bawah Panji-Panji Pertubuhan Bangsa - Bangsa Bersatu (PBB) di Bosnia dan Cambodia. Kita sedia maklum PERNAMA men-dukung mandat yang diberikan oleh Kerajaan Malaysia khususnya Kementerian Pertahanan untuk menjalankan perniagaan dan perkh-idmatan yang berkaitan kepada selu-ruh warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM), ahli-ahli keluarga dan pelang-gan-pelanggan lain khususnya yang menetap di Kem Angkatan Tentera seluruh negara, ujarnya. Turut hadir di dalam majlis pelan-caran ialah Pengerusi PERNAMA Jen Tan Sri Dato' Sri Abdul Aziz Hj Zainal (B), Mantan-mantan Pengerusi PERNAMA, Pegawai Kanan ATM, Pegawai, anggota LLP dan warga awam.

    pelapis yang akan menentukan hala tuju TD pada masa akan datang. Menjadi seorang pegawai ten-tera bukanlah satu kerjaya yang mudah dan ianya mempunyai nilai yang tersendiri berbanding dengan kerjaya lain yang ada di negara ini kerana tidak semua orang mampu untuk menjadi seorang pegawai ten-tera yang berkredibel serta mampu memimpin dengan baik terhadap anggota bawahannya, tegas beliau.

    Pada masa yang sama turut dia-dakan sesi dialog antara PTD dengan Pegawai Muda yang bertujuan untuk memberi pengetahuan dan pertan-yaan dari Pegawai Muda bertanyakan akan isu terkini berkaitan TD. Turut hadir Ketua Staf Markas TD, Mej Jen Dato Mazelan Kasap, Panglima Pemerintahan Latihan Dan Doktrin Tentera Darat (PL&DTD), Mej Jen Dato Suhaimi Hj Mohd Zuki serta pegawai-pegawai kanan TD.

  • 9203

    B E R S A M A P E M I M P I N

    Oleh: Sjn Vijay Gaundar Arikrishnan

    KUALA LUMPUR: Seramai enam Pegawai Kanan Kehormat Askar Wataniah (AW) dianugerahkan pan-gkat Kehormat yang disempurnakan oleh Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Dato Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah Hj Mohd Nawawi bertempat di Markas Tentera Darat (MK TD) pada 22 Jun 15. Penganugerahan pangkat Kol Ke h o r m a t d i m u l a ka n d e n ga n Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Perlis Romli Dai, SUK Negeri Kedah Dato Paduka Hj Mohd Puat Hj Mohd Ali dan Timbalan Ketua Setiausaha Pengurusan Kementerian Pertahanan, Dato Mohammad Foad Hj Abdullah dengan ketiga-tiga pega-wai ini dilantik sebagai Pengerusi Pendukung negeri masing-masing. Seterusnya pangkat Lt Kol Kehormat dianugerahkan kepada Dato Tunku Mahmood Fawzy Tunku Muhiyiddin dan dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Pendukung AW (AJKPAW) Negeri Sembilan, Timbalan Ketua Audit Negara (Persekutuan)

    Penganugerahan Pangkat Kehormat Askar Wataniah

    Datuk Anwari Surii Ahli dilantik seb-agai AJKPAW Negeri Selangor dan Hj Yaakop Hj Md Saad dilantik sebagai AJKPAW Negeri Pulau Pinang. Turut hadir Ketua Staf MK TD Mej Jen Datuk Mazlan Kasap, Asisten Panglima Pasukan Simpanan Mej Jen Dato Pahlawan Zulkifli Mansor, Ketua

    Jurutera, Mej Jen Dato Pahlawan Ir Abdul Nasser Ahmad, AKS P&P Mej Jen Dato Shahrani Mohd Sany, pegawai-pegawai kanan TD sertaisteri pegawai yang dinaikkan pangkat.

    Oleh: SSjn Shamsul Zaidi Zolkoffly KUALA LUMPUR: Panglima Tentera Darat, Jen Tan Sri Raja Affandi Raja Mohamed Noor melancarkan Tabung

    PTD Lancar Tabung Ihya Ramadhan

    Ihya Ramadhan serta menyampaikan sumbangan Tabung Zakat Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bersempena kedatangan bulan Ramadhan bertem-pat di Masjid Khalid Al-Walid pada 19

    Jun 2015. Tabung Ihya Ramadhan ini meru-pakan sumbangan derma dari setiap perkhidmatan Darat, Laut dan Udara serta perseorangan dan digunakan bagi meneruskan aktiviti-aktiviti di masjid dan surau sepanjang bulan Ramadhan seperti berbuka puasa, moreh, tadarus serta ceramah. Bagi Sumbangan Tabung Zakat ATM untuk masjid, surau jumaat dan surau ATM, sejumlah RM210,000.00 diluluskan oleh Jawatan Tabung Zakat ATM dan diagihkan kepada 210 surau dan masjid ATM sebagai bantuan melaksanakan program Ihya Ramadhan. Terdahulu, ceramah agama disam-paikan oleh Pensyarah Kanan Ijaz Al-Quran dari Universiti Putra Malaysia, Dr. Mohd Shukki Othman dan bacaan Al-Quran yang dibacakan oleh Imam Besar Masjid Khalid Al-Walid, PW I Hj Mohamad Nor Ahmad untuk diperdengarkan kepada Panglima-Panglima Perkhidmatan, warga ATM dan warga Kementerian Pertahanan.

  • 10

    C O V E R S T O R Y

    Oleh: Sjn Vijay Gaundar al Arikrishnan

    Disaat umat Islam sedang meraikan Aidilfitri dalam suasana gembira bersama-sama keluarga, seba-hagian besar anggota keselamatan tabah dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka bagi memastikan kedaulatan negara terus terbela. Meskipun tidak berada di kampung halaman bersama-sama insan tersayang dan hanya sahutan hidupan liar menggantikan gelak tawa sanak saudara di belantara nan tebal namun Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Tentera Darat (TD) khasnya, tetap menjunjung setia akan tugas yang dia-manahkan menjaga perbatasan negara bagi memastikan sempadan negara tidak dicerobohi oleh anasir-anasir berbahaya. Walaupun bertugas semasa musim perayaan merupakan sesuatu perkara yang biasa buat pasukan ke-selamatan, namun tidak dinafikan sedikit sebanyak pasti terdetik kesayuan tatkala takbir raya bergema di corong telinga. Apa yang pasti, wajah-wajah insan tersayang akan terlintas di benak fikiran satu persatu sekali gus me-nambah kesyahduan di pagi lebaran yang mulia. Namun begitu, bagi pegawai dan anggota yang sedang bertugas di mana jua mereka berada ketika lebaran menjelma, tidak wujud dalam kamus hidup mereka akan erti penyesalan apatah lagi bait-bait keluhan dibibir. Bagi anggota TD khasnya, pengorbanan yang dilakukan memberi kepuasan mutlak kepada diri mereka asalkan rakyat dapat menik-mati keharmonian, keamanan dan suasana persekitaran yang selamat secara berterusan. Itulah erti pengorbanan seorang satria dan perwira negara yang mencurahkan keringat tanpa mengira masa dan keadaan. Namun sedemikian, meskipun beraya jauh diper-antauan, sambutan Aidilfitri pada tahun ini ternyata cukup istimewa khasnya bagi pegawai dan anggota 6 Rejimen Renjer Diraja (RRD) yang terlibat dalam Operasi Banding di Perak kerana meraikan bersama-sama tampuk

    pemerintahan tertinggi TD iaitu Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor dan barisan pegawai kanan ke kawasan Operasi Banding untuk meraikan lebaran bersama pega-wai dan anggota yang bertugas. Turut hadir, Panglima Medan Tentera Darat (PMTD) Lt Jen Dato Sri Zulkiple Hj Kassim, Panglima 2 Divisyen, Mej Jen Dato Fadzil Mokhtar, Pemangku Ketua Staf Markas Tentera Darat Mej Jen Dato Shahrani Tan Sri Mohd Sany, AKS Cawangan Operasi dan Latih Mej Jen Dato, Ramli Jaafar, Panglima 2 Bgd Brig Jen Mohammad Ab Rahman dan Pegawai Memerintah 6 RRD. Walaupun delegasi pimpinan tertinggi TD tidaklah terlibat secara langsung dengan tugas yang disandang oleh pegawai dan anggota yang sedang beroperasi, namun ke-hadiran mereka amatlah bermakna kerana mereka tidak

    melepaskan peluang untuk bersama keluarga masing-masing atas dasar keprihatinan terhadap anggota bawa-han mereka. Pengorbanan yang ditunjukkan ini sekaligus menaikkan kembali moral dan semangat pegawai dan anggota yang bertugas diperbatasan untuk meraikan bulan kemaafan ini. Kehadiran tampuk pemimpin TD pada hari terakhir Ramadhan ini disambut dengan taklimat operasi kepada

  • 11203

    C O V E R S T O R Y

    PTD terlebih dahulu dan seterus-nya berbuka puasa bersama-sama anggota yang menjalankan operasi. Meskipun tidak bersama-sama kelu-arga masing-masing, namun suasana Aidilfitri jelas dirasai apabila bukan sahaja takbir Aidilfitri dilaungkan di surau MK Taktikal malah persiapan juadah-juadah khas hari raya tu-rut dilaksanakan. Suasana menjadi

    lebih ceria apabila PTD sendiri turut membantu dalam membakar lemang, menyediakan ketupat, memasak rendang, mengacau dodol dan lain-lain. Semangat muafakat yang dilatih dalam dunia ketenteraan jelas ter-pamer apabila anggota tentera yang terdiri dari pelbagai kaum turut serta membantu menyediakan hidangan bagi menyambut hari raya. Menjelang pagi Syawal, kesemua tetamu, pegawai dan anggota menun-aikan solat sunat Aidilfitri bersama-sama dan disusuli dengan Majlis Jamuan Aidilfitri. Semasa majlis terse-but berlangsung, PTD menyampaikan bungkusan kuih raya kepada kesemua warga TD yang bertugas. Beliau turut berucap di dalam majlis tersebut dan dalam ucapannya beliau menyifatkan keikhlasan dan pengorbanan yang dipamerkan oleh semua pegawai

    dan anggota untuk bertugas di hari lebaran adalah begitu besar kerana mereka sanggup meninggalkan ke-luarga demi melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan demi mempertahankan negara tercinta daripada sebarang ancaman kes-elamatan khasnya di sepanjang sem-padan Malaysia dan Thailand. Di atas kesedaran itu, beliau terpanggil untuk mengorbankan kemeriahan Aidilfitri bersama keluarga bagi meraikannya bersama semua anggota yang sedang menjalankan operasi di sekitar ka-wasan utara Semenanjung Malaysia. Semasa kunjungan tersebut, beliau bersama pegawai kanan TD turut melawat di beberapa lokasi operasi di kawasan Banding lain dan turut menyerahkan sumbangan bungkusan raya untuk anggota yang bertugas di setiap lokasi. Meskipun diper-batasan, ia bukanlah satu halangan untuk menyambut hari lebaran dan pengalaman meraikannya di kawasan operasi pasti akan terpahat diingatan buat setiap warga TD yang terlibat.

    keikhlasan dan pen-gorbanan yang dipa-merkan oleh semua pegawai dan anggota untuk bertugas di hari lebaran adalah begitu besar kerana mereka sanggup meninggalkan keluarga demi melak-sanakan amanah yang dipertanggungjawabkan

  • 12

    Bersama PTD

  • 13203

  • 14

    Medan Timur

    3 Div

    1 Div

    4 Div

  • 15203

    SMR (Sarjan Mejar Rejimen) atau lebih dikenali sebagai RSM (Regimental Sergeant Major) secara amnya merupakan jawatan paling kanan dalam anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) atau lebih dikenali sebagai Pegawai Tidak Tauliah Kanan. Namun, peranan SMR dalam pembentukan sahsiah anggota TD amat penting kerana SMR merupakan penghubung atau jambatan di antara pegawai atasan dan anggota bawahan. Oleh yang demikian, kredibiliti dan keterampilan semua SMR amat penting untuk menzahirkan organisasi yang utuh dan mantap. Baru-baru ini, TD mengadakan Perbarisan Serah Terima Tugas SMR TD di antara PW I Musa Haron dan PW I Hayazi Abdul Aziz yang disempurnakan oleh PTD, Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor di Padang Kawad Rej 515 (AW) pada 7 Mei 2015 berikutan Mantan SMR TD akan menyertai misi Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) di United Nations Interim Force in Lubnan (UNIFIL) dan menjawat jawatan sebagai SMR TD Khas Malbatt 850-3 dan bagi menghargai serta mengenang jasa dan pengorbanan PW I Musa Harun sepanjang beliau menjawat jawatan SMR TD selama tujuh tahun, ikut Wawancara Khas Wartawan Berita Tentera Darat Malaysia (BTDM), Kapt Aminin Hafizhin Minhad serta Jurugambar BTDM, Sjn Saiful Fazley Rusli bersama Mantan SMR TD ke-6. 1079294 PW I Musa Haron dilahirkan pada 17 Sept 1968 di Kampung Seberang Prai, Masjid Tanah, Melaka dan dibesarkan di Singapura. Beliau merupakan anak keempat dari lima adik beradik yang mana bapa beliau seorang pekerja pelabuhan kapal di Keppel Shipyard manakala ibunya adalah seorang surirumah. Beliau mendapat pendidikan awal di Labrador Primary School dan Mei Chin Secondary School dengan kelulusan GCE

    Level. Untuk melayakkan beliau menyertai Angkatan Tentera Malaysia, beliau mengambil SRP di Saint Joseph Private School, Larkin, Johor Bahru pada tahun 1987 sebelum berhijrah ke Malaysia pada hujung tahun 1988. Pada tanggal 23 Jun 1989, beliau mengangkat sumpah sebagai anggota tentera di Pusat Latihan Rekrut di Port Dickson. Setelah menamatkan latihan selama enam bulan, beliau seterusnya diserapkan ke Batalion Ke-13 Rejimen Askar Melayu Diraja yang berpangkalan di Kuching Sarawak. Di sepanjang perkhidmatan, beliau menunjukkan sikap dedikasi dan ketekunan kerja yang tinggi dan berusaha dengan gigih untuk meningkat maju dalam kerjaya ketenteraan. Hasil dari kesungguhan dan dedikasi yang beliau pamerkan, dalam tempoh 19 tahun

    perkhidmatan beliau berjaya menyandang jawatan sebagai SMR TD. Beliau memegang beberapa jawatan di sepanjang tempoh perkhidmatan di antaranya adalah Lans Koperal/Koperal Tambor di 13 RAMD, Ketua Seksyen (BIS) di 13 RAMD, Penolong Ketua Platun di 13 RAMD, Penolong Jurulatih Pegawai Cawangan Ketua Platun di PULADA, Jurulatih Kawad di IPDA, Sarjan Mejar Rejimen Istiadat di 1 RAMD dan Sarjan Mejar Rejimen di PULADA. Pada 7 Julai 2008, beliau diberi kepercayaan dan mandat oleh

    Mantan SMR TD:

    Betul Sika

    p, Betul Se

    mua

  • 16

    pucuk pimpinan TD untuk menjawat jawatan sebagai SMR TD. Kursus-kursus yang beliau hadiri di sepanjang tempoh perkhidmatan adalah Kadar Pasukan (13 RAMD), Asas Brass Band (PUZIDA), Ketua Seksyen (PULADA), Kawad dan Pentadbiran Sarjan Platun (IPDA), Platun Sarjan Decentralized (3 RAMD), Senjata Kecil PTT

    (PULADA), Penataran Jurulatih (PULADA), Kawad dan Pentadbiran Sarjan Mejar Kompeni (IPDA), Kawad dan Pentadbiran Pegawai Waren (IPDA), American Language Course dan U.S Army Sergeant Major di Texas, USA. Beliau mendirikan rumahtangga dengan Salina Ahmad dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu dua lelaki dan dua perempuan. Di masa lapang hobi beliau adalah mendengar muzik dan melayari internet. Bagi aktiviti sukan pula beliau amat meminati badminton dan bola tampar. Semasa tempoh beliau menjawat jawatan SMR TD pelbagai pencapaian berjaya dicapai dan antaranya ialah beliau menjadi Principle Delegation dalam seminar atau konferens di luar negara seperti Senior Enlisted Conference Advance di Singapura (2009), US PACOM Senior Enlisted Konferens di Hawaii (2010), ASEAN Sergeant Major Annual Meeting di Bogor, Indonesia (2011), ASEAN Sergeant Major

    Annual Meeting di Brunei (2012), ASEAN Sergeant Major Annual Meeting di Oo Phy Lyn Myanmar (2013), ASEAN Sergeant Major Annual Meeting di Hanoi, Vietnam (2014) dan NCOs Leadership Development di Darwin Australia (2015). Menyingkap kenangan beliau sepanjang beliau memegang jawatan SMR TD beliau memberitahu sememangnya terdapat pelbagai kenangan yang dilalui dan yang paling terkesan di ingatannya ialah ketika beliau dijemput ke Majlis International Student Hall of Fame Induction Ceremony di US Army Sergeant Academy, El

    S M R T D

  • 17203

    Paso Texas pada tahun 2010. Ia merupakan penghormatan terbesar buat diri saya apabila di induksikan bersama sembilan SMR antarabangsa yang lain dan Hall Of Fame saya dipampangkan di laluan utama akedemi tersebut malah saya juga diberikan saat yang istimewa apabila diberikan peluang untuk berucap di hadapan komandan, fasilator dan juga bekas fasilator saya serta semua pelajar akademi. Setiap yang manis pasti ada yang pahit begitu juga yang terjadi kepada Mantan SMR TD ini. Namun, baginya tiada kenangan pahit yang ketara disepanjang perkhidmatannya kerana beliau menganggap segala kesulitan, kesusahan dan kegagalan adalah asam garam dan lumrah dalam dunia ketenteraan. Beliau turut menyatakan segala kesukaran itu dianggap sebagai cabaran untuk menambah baik kualiti diri agar membentuk personaliti diri terbaik untuk mendokong hasrat pemimpin menjadikan TD sebagai ketumbukan yang kredibel. Nasihat beliau kepada semua warga LLP TD agar

    anggotanya selain dari ATM dan sentiasa bersikap positif serta perlu mengamalkan sikap jujur dalam melaksanakan tugas. Tambahnya lagi, untuk mencapai tahap ini (sebagai SMR TD), beliau sentiasa mengamalkan prinsip iaitu sentiasa Ikut Arahan dan Betul Sikap, Betul Semua. Di akhir bicara, beliau turut memberi harapan serta mandatnya kepada SMR TD ke-7, PW I Hayazi Abd Aziz agar SMR TD yang baharu ini dapat membawa imej anggota LLP TD ke tahap yang lebih tinggi agar setanding dengan tentera luar negara yang maju, disamping memperkasakan ilmu pengetahuan dan membentuk sikap yang positif.

    PROFIL SMR TD KE-7

    Nama : PW 1 Hayazi Abdul Aziz Tarikh Lahir : 19 September 1974 Tempat Lahir : Alor Setar, Kedah Tarikh Mula Berkhidmat : 10 April 1993 Nama Isteri : Yusandayu Yahaya Nama Anak : Muhammad Arif Haikal : Muhammad Amar Haziq Hobi : Berenang dan bermain bola sepak Prinsip Hidup: Sentiasa melakukan yang terbaik Kursus : Rekrut keseluruhan terbaik intake 125/93, Kadar , Kursus Asas Semboyan, Kursus Jurulatih Abseiling Penyelamat Udara, Kursus Pentadbiran Sarjan Platun, Kursus Taktik Sarjan Platun, Pentadbiran Sarjan Mejar Kompeni, Kursus Pentadbiran Pegawai Tidak Tauliah Kanan Pencapaian Terbaik : Ketika menjawat jawatan SMR 1 RAMD membawa kumpulan Kontijen Public Duties pada 16 Apr - 16 Jun 2008 di Buckingham Palace, Saint Jamess Palace, Windsor Castle dan Tower of London di London, Britain.

    mereka semua perlu mengetahui bahawa kerjaya sebagai anggota tentera adalah satu profesion yang paling baik di dunia. Tiada organisasi lain yang boleh memberi perkhidmatan dan kebajikan yang p a l i n g b a i k k e p a d a

    S M R T D

  • 18

    Oleh: PW II Mohamad Solor Hj Ismon

    NEGERI SEMBILAN: Seramai 65 Pegawai dan 150 anggota lain-lain Pangkat (LLP) Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) terlibat dalam Perbarisan Hari Ulang Tahun (HUT) KAGAT Ke-30 diketuai oleh Lt Kol (Dr.) Hj Khairul Fauzi Azmi bertem-pat di Padang Kawad Institut Latihan Kefahaman Islam Angkatan Tentera Malaysia (ILMI) pada 16 Apr 2015. Dalam ucapan Pengerusi KAGAT,

    Usia 30 Tahun Mematangkan KAGAT

    Mej Jen Dato Hj Kamarudin menyatakan keadaan dan perkembangan semasa di peringkat ATM, negara dan serantau menuntut KAGAT untuk bergerak dengan lebih laju dan dinamik, mengatur langkah strategik, supaya KAGAT terus dilihat relevan dengan tuntutan semasa perkhidmatan. KAGAT perlu bergerak pantas seiring dengan keper-luan semasa ATM bagi memenuhi piagam pelanggan, memantapkan perkhidmatan keagamaan dan mem-perkasakan pendidikan kerohanian bagi menyediakan ketumbukan ATM yang berilmu, beriman, beramal dan bertakwa ke arah memperkukuhkan kekuatan dan daya tempur yang menjadi perisai negara. Satu anjakan paradigma daie askari menuntut KAGAT bergerak lebih proaktif bagi membentuk imej terbaik dan mempamerkan disiplin Islam yang merupakan core busi-ness KAGAT, katanya. Tambahnya lagi, sepanjang 30 tahun perkhidmatan KAGAT selain memberi perkhidmatan keagamaan, peng-hayatan syiar Islam di kalangan anggota dan organisasi ATM, kehadiran KAGAT juga turut memberikan kesan baik dari segi pembinaan imej ATM sebagai sebuah organisasi penting negara yang turut menyokong dasar-dasar kera-jaan yang ingin membina sebuah negara Malaysia yang aman dan sentiasa dirahmati Allah. Turut diadakan acara pemakaian pangkat dan Anugerah Sijil Kepujian Pengerusi Kor kepada lima pega-wai dan 16 anggota LLP serta Serah Terima Tugas SMR ILMI.

    H U T

  • 19203

    H U T

    Oleh: SSjn Shamsul Zaidi ZolkofflyGambar: PW II Azmi Abd Aziz, Sjn Vijay Gaundar Ariskrishnan

    JOHOR: Seramai 27 pegawai dan 417 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) terlibat dalam Perbarisan Hari Ulang Tahun RAJD Ke-62 diketuai Kol Anbualagan Chengotayyan yang dis-empurnakan oleh Ketua Jurutera, Mej Jen Dato Pahlawan Ir. Abdul Nasser Ahmad bertempat di Padang Kawad Institut Kejuruteraan Medan (IKEM) pada 22 Apr 2015. Dalam ucapan Ketua Jurutera, beliau menyeru kepada semua warga RAJD supaya memainkan peranan yang lebih meluas dalam membantu

    HUT RAJD ke-62

    pembangunan negara melalui Projek Jiwa Murni dan projek di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) serta mengucapkan tahniah kepada anggota RAJD yang terlibat secara langsung dalam OP MURNI ketika negara dilanda banjir besar pada penghujung 2014. Ketika negara dilanda banjir besar pada penghujung 2104, pasukan-pasukan medan RAJD bertindak cemerlang dalam membantu memulihkan perhubungan darat seperti membaikpulih jalanraya dan jambatan serta membantu tugas membekal air bersih katanya. Beliau mengingatkan kepada semua warga RAJD, selain mempunyai kemahiran dan pengetahuan di dalam bidang kejuruteraan, warga RAJD perlu meningkatkan kemahiran komunikasi dan berfikir di luar kotak serta tidak megah dan mendabik dada dengan kejayaan yang diperolehi malah ianya adalah salah satu permulaan kepada pembi-naan pasukan RAJD yang serba kompeten. Perbarisan turut dimeriahkan dengan penyampaian hadiah Skuadron Terbaik bagi tahun 2014 yang dimenangi oleh 3 Skuadron RAJD serta Sijil Anugerah Perkhidmatan Cemerlang kepada 16 anggota RAJD dan terdahulu dari itu pelbagai acara diadakan seperti Pertandingan Skill RAJD, Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat, Ramah Mesra Bersama Anggota dan Derma Darah.

  • 20

    H U T

    Oleh: Luqmanul Arif Abdul KarimGambar: Sjn Saiful Fazley Rusli

    MELAKA: Seramai 18 Pegawai dan 249 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) Kor Kesihatan Diraja (KKD) terlibat dalam Perbarisan Hari Ulang Tahun KKD Ke-48 yang disempurnakan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan Angkatan Tentera, Lt Jen Datuk (Dr) Hj Abd Razak Hj Md Yusoff di Padang Kawad Institut Latihan Kesihatan Angkatan Tentera (INSAN) pada 11 Mei 2015. Perbarisan terdiri dari lima Detasmen diketuai oleh Pakar peru-batan kecemasan Hospital Angkatan Tentera (HAT) Lt Kol (Dr.) Mohd Hafizi Abdullah, dan diiringi oleh Pancaragam Batalion ke-9 Rejimen Askar Melayu Diraja (Para) di bawah

    Cabaran Dan Disiplin Memantapkan KKD

    pimpinan Drum Mejar SSjn Wan Khairul Akmar Wan Jaafar. Pengerusi KKD dalam perutusannya berkata, sepanjang penubuhan KKD yang berusia 48 tahun pada tahun ini, terdapat banyak rintangan, cabaran dan dugaan yang dihadapi dalam memberikan perkhidmatan kesihatan yang terbaik dan selamat kepada ATM khasnya dan negara amnya. "Saya menasihatkan semua warga KKD agar mempu-nyai nilai disiplin diri yang tinggi, nilai kesetiaan yang tidak berbelah bahagi kepada perkhidmatan dan mem-beri keutamaan kepada kepentingan perkhidmatan serta mempunyai nilai integriti yang tinggi selain memiliki semangat setiakawan yang kukuh kerana tanpanya sifat ini akan goyah dan roboh," tegas beliau. Perbarisan diteruskan dengan penyampaian Sijil Kepujian Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan kepada empat pegawai, 25 anggota LLP serta lapan orang awam dan seterusnya penyampaian Anugerah Kecemerlangan Pusat Kesihatan Angkatan Tentera (PKAT) kepada PW I

    Nor Azmi Mohd Zan dari 2 Bn Ubat dan CIV Navamani M. Manikass dari HAT Tuanku Mizan. Pada masa yang sama turut disampaikan beberapa anugerah yang lain iaitu Anugerah RSAT Terbaik yang di menangi oleh 805 RSAT Taiping, Anugerah PPAT Terbaik

    di menangi 701 PPAT Seremban dan Anugerah PGAT Terbaik di menangi 609 PGAT Kuching. Turut hadir Pengarah Perubatan Mej Jen Dato' (Dr.) Ya'akob Koming, Pengarah Pergigian Mej Jen Dato' (Dr.) Sukri Hussin, pegawai-pegawai kanan KKD, dan anggota LLP.

  • Oleh: Lt Norazila Mohamad Rozailli, Mohd Rizal GhazaliGambar: Lkpl Mohamad Ridhuan Mohd Suhaimi

    Pasukan sukarela wujud di Tanah Melayu sejak tahun 1861 dengan penubuhan pasukan sukarela yang dinamakan Penang Volunteer. Pada tahun 1902, Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (FMS) terdiri daripada Negeri Perak, Selangor, dan Negeri Sembilan manakala Pahang mula menubuhkan unit sukarelanya yang dikenali sebagai Malay State Volunteer Rifles (MSVR). Pasukan sukarelatersebut terus berkembang dan beberapa pasukan baru ditubuhkan dengan gelaran Malay Federated Malay States Volunteer Force (FMSVF), Unfederated Malay States Volunteer Force (UFMSVF) dan Straits Settlement Volunteer Force (SSVF). Apabila tercetusnya Perang Dunia Kedua, semua pasukan sukarela yang wujud berganding bahu dengan angkatan tetap menentang tentera Jepun di Malaya dan ketika tercetus darurat di tanah air pada tahun 1948, satu pasukan sukarela iaitu Pasukan Kawalan Kampung (Home Guard) ditubuhkan. Home Guard ini memainkan peranan yang penting sepanjang masa darurat tersebut. Dalam tahun 1958, apabila keadaan keselamatan dalam negeri dapat dikawal semula Home Guard d i b u b a r k a n . M e m a n d a n g k a n ramai dari kalangan anggota Home Guard mahu terus menyumbang perkhidmatan sukarela mereka, Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu m e n ga m b i l ke p u t u s a n u n t u k menghidupkan serta menyusun pasukan sukarela supaya ianya lebih berkesan dan tersusun rapi, sesuai dengan tujuan penubuhan pasukan sukarela tersebut. The Territorial Army Ordinance digubal pada tahun 1958. Dengan kuasa Ordinan ini pasukan sukarela yang baru dikenali dengan nama Askar Wataniah ditubuhkan pada 1 Jun 1958. AW m e r u p a ka n s a l a h s a t u pasukan di dalam Angkatan Sukarela Persekutuan yang berfungsi sebagai Pasukan Simpanan Tentera Darat (TD). Terdapat pelbagai Rejimen dan Kor dalam AW yang mempunyai peranan dan tugas tersendiri . Pasukan-pasukan AW diletakkan di bawah pentadbiran briged setempat dan di bawah kawalan teknikal

    HUT AW ke 57

    Bahagian Pasukan Simpanan (BPS), Markas Tentera Darat Pasukan AW diorganisasikan dan distrukturkan dalam komponen-komponen berikut: Elemen Tempur, Bantuan Tempur, Bantuan Perkhidmatan, Elemen Pakar dan Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES). Dato' Yeop Mahidin Mohamed Shariff merupakan Pengarah AW yang pertama. Pada tahun 1963, sekal i lagi

    p a s u k a n A s k a r W a t a n i a h mengalami penyusunan semula. Pada tahun ini juga, Persekutuan Tanah Melayu digantikan dengan nama Malaysia yang mana ia merangkumi Singapura, Sabah dan Sarawak. Penubuhan Malaysia pada 16 Sep 1963 bagaimanapun ditentangi oleh kerajaan Indonesia (pimpinan Presiden Sukarno). Ini mengakibatkan pihak Indonesia melancarkan konfrontasi terhadap Malaysia dan sekali lagi keselamatan negara terancam. Sebilangan besar

    anggota ini dikerah berkhidmat sepenuh masa bagi membantu tentera Tetap menjalankan tugas. Dengan timbulnya pelbagai ancaman terhadap keselamatan negara,pasukan AW mula diperbesarkan. Pada 2 Jun 2015, bertempat di Politeknik Sultan Azlah Shah (POLISAS) bersempena dengan Perbarisan Pembukaan latihan MALPTAAC yang dirasmikan oleh Brig Jen Dato Ezam Wan Chik,

    Ketua Pengarah Bahagian Pasukan Simpanan, ianya turut diadakan besempena sambutan HUT AW ke-57 Pada sebelah malam pula diadakan majlis tahlil yang dirasmikan oleh Mej Jen Dato Pahlawan Zulkifli Mansor, Asisten Panglima Pasukan Simpanan. Manakala pada 14 Jun 2015, diadakan program derma darah yang dirasmikan oleh Lt Kol (K) Datuk Haji Mohlis Jaafar, Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik.

    21203

    H U T

  • 22

    D K T

    Oleh: Luqmanul Arif Abdul KarimGambar: PW II Solor, Pbt Ainur Aisyah Yahaya

    Dentuman demi dentuman memecah keheningan pagi sekitar kawasan Gemas, Negeri Sembilan yang seme-mangnya mengejutkan penduduk se-tempat. Letupan-letupan itu bersilih ganti menggegarkan bumi, tembakan tanpa henti dilepaskan bagi me-mastikan pasukan musuh yang kini melarikan diri, benar-benar dapat dilumpuhkan sepenuhnya. Apa yang berlaku sebenarnya ialah sebahagian daripada pertunjukan yang dipamer-kan oleh Angkatan Tentera Malaysia

    DKT 2015 Uji Keupayaan Aset TD

    (ATM) semasa Demonstrasi Kuasa Tembakan (DKT) 2015 di Lapang Sasar Gemas. Nyata demonstrasi yang diadakan itu memperlihatkan kehe-batan dan juga ketangkasan Tentera Darat Malaysia (TDM) dalam mem-pamerkan persenjataan yang cukup digeruni oleh lawan.Boleh dikatakan pada hari berkenaan, TDM menun-jukkan hampir kesemua aset tempur miliknya dalam demonstrasi selama setengah hari itu. Menteri Pertahanan (MENHAN) Dato Seri Hishamudin Tun Hussein diiringi oleh Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Dato Sri (Dr.) Hj Zulkefli Mohd Zin diper-tontonkan dengan DKT tahun 2015 pada 28 Mei 2015. Ketibaan MENHAN disambut oleh Panglima Tentera Darat, Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed

  • 23203

    D K T

    Noor serta Panglima Pemerintahan Medan Barat, Lt Jen Dato Sri Zulkiple Hj Kassim lalu dimulakan dengan tembakan Opening Gambit sebagai simbolik menyambut kehadiran MENHAN ke DKT pada tahun ini. DKT pada tahun ini melibatkan aset-aset TD seperti Kompeni Infantri (Mekanise), IFV Adnan, IFV 300 Adnan, dan Senjata Bantuan Batalion Mortar 81 mm serta aset terkini Kor Armor Diraja iaitu Kereta Kebal Pendekar PT 91, Condor APC, SIBMAS AFSV-90, Stormer, dan Scorpion manakala Rejimen Artileri Diraja mempersembahkan aset mereka iaitu meriam 105 mm, meriam 155 mm, dan Astross II. Pada masa yang sama antara sen-jata lain yang turut melakukan demo ialah senjata anti pesawat seperti Anza Mk III, Igla dan Jernas manakala senjata anti kereta kebal pula seperti Metis M, Eryx dan Bakhtar Shikan ser-ta dua buah pesawat F/A-18D Hornet dan empat buah pesawat Hawk 208 dari TUDM turut mempersembahkan aksi menarik. Diantara tarikan DKT pada tahun ini ialah demonstrasi persenjataan terbaru TD iaitu kenderaan 88 Gempita. Persembahan DKT 2015 ini dia-dakan sebagai pendedahan kepada Penuntut Maktab Turus Angkatan Tentera dan juga Penuntut Kursus dari Pusat Latihan Ketenteraan dari seluruh negara. Turut hadir Panglima 3 Div, Mej Jen Dato Zamrose Mohd Zin, pegawai kanan TD dan anggota LLP.

  • 24

    P U S AT L AT I H A N

    Oleh: Pbt Ainur Aishah YahayaGambar: SSjn Shamsul Zaidi Zolkoffly NEGERI SEMBILAN: Seramai 1,424 Perajurit Muda (PM) Lelaki dan 38 PM Wanita terlibat dalam Perbarisan Tamat Latihan PM Lelaki siri 176 dan Wanita 38/2014 yang disempurnakan oleh Panglima Tentera Darat (PTD) Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor bertempat di Padang Kawad Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA) pada 16 Mei 2015. PM berjaya menamatkan Latihan Asas PM setelah enam bulan mengharungi cabaran latihan yang bermula dari 17 Nov 2014 yang dijalankan secara konvensional yang mana pelaksanaannya diselaraskan supaya objektif latihan dapat dicapai dan melalui kaedah tersebut setiap PM dapat menjalani latihan dalam waktu, tempat, kondisi serta bentuk latihan yang sama serta pelaksanaan latihan adalah untuk melatih dan melengkapkan PM dengan pengetahuan dan kemahiran asas ketenteraan sebelum diserap ke kor-kor TD. Bagi merealisasikan hasrat tersebut, PM dilatih dalam aspek-apek pengetahuan ilmu ketenteraan, ketahanan mental dan fizikal, disiplin, keperibadian dan kerohanian dan ini terbukti apabila lima PM memenangi kategori yang dipertandingkan iaitu keseluruhan PM Terbaik disandang oleh PM Mohd Nazril Zaim Azemi, Akademik Terbaik PM Mohd Ridzuan Bakri, Kawad Terbaik PM Rizal Aznan Rahmat, Jasmani Terbaik PM Mohd Khairi Kamarulzaman manakala Penembak Terbaik PM Mohd Khairul Ikhwan Mat Rashid. Dalam ucapan PTD, Beliau mengingatkan PM supaya menjunjung tinggi Sumpah Perajurit dan menghayati Ikrar

    TD Lahir Perajurit Muda Berkualiti

  • 25203

    TD Lahir Perajurit Muda Berkualiti

    P U S AT L AT I H A N

    Kesatria yang dilafazkan disamping itu juga nilai-nilai spiritual dan pegan-gan agama janganlah diketepikan sama sekali dan harus dijadikan teras pegangan kerana ianya akan mem-bawa kepada pengukuhan nilai insan dan sahsiah diri dalam mewujudkan khairul ummah atau umat terbaik yang mempunyai keseimbangan ter-hadap semua aspek. Saya ingin mengingatkan saudara saudari sentiasa menjaga nama baik TD dengan mempamerkan tahap profesionalisma dan akhlak yang tinggi serta sentiasa mengutamakan pelaksanaan tugas melebihi kepent-ingan diri sendiri demi menjamin keunggulan TD sebagai organisasi yang disegani, tegasnya. Turut hadir Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Dato Hj Ahmad Hasbullah Hj Mohd Nawawi, Panglima Medan Barat, Lt Jen Dato Zulkiple Hj Kassim, Panglima Medan Timur, Lt Jen Datuk Mohd Zaki Hj Mokhtar, Panglima Latihan Tentera Darat, Mej Jen Dato Suhaimi Hj Mohd Zuki, Pegawai Kanan TD, anggota LLP dan keluarga PM.

  • 26

    MK RAJD 2 Div Bina dan Baik Pulih Rumah Veteran Tentera

    J I W A M U R N I

    menyatakan projek membina dan membaik pulih rumah veteran dan tanggungan dilaksanakan oleh unit-unit di bawah naungan RAJD 2 Div

    Oleh: PW II Mohamad Solor Hj IsmonJurugambar: Sjn Saiful Fazley Rusli

    Markas Rejimen Askar Jurutera Diraja 2 Divisyen (MK RAJD 2 Div) melaksanakan projek membina dan membaiki rumah veteran di bawah Program NBOS 71Malaysia Veteran Home Repair Programme (1MVHRP) bagi tahun 2014. Program 1MVHRP adalah salah satu inisiatif di bawah 1Malaysia Veteran Recognition Programme bertujuan untuk menaiktaraf hidup rakyat khususnya golongan veteran dan tanggungan yang berpendapatan rendah. Lanjutan daripada kejayaan ATM melalui RAJD sejak Mei 2013 dalam program tersebut, pada tahun 2014 sekali lagi RAJD dipertanggungjawabkan untuk membina sebanyak 50 buah rumah baru dan 50 buah rumah untuk dibaiki di seluruh negara. Pihak Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) pula ber-tanggungjawab sebagai peneraju kepada program ber-sama Tentera Darat dengan memberi bantuan dari aspek pelaksanaan yang diserahkan kepada RAJD. Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) pula mengu-rus dan menyediakan peruntukan bagi keseluruhan projek yang dilaksanakan oleh RAJD di seluruh negara. Mengikut perancangan, pasukan RAJD 2 Div di pertang-gungjawabkan untuk membina 19 buah rumah baru dan 17 buah rumah untuk baik pulih di kawasan tanggung-jawab 2 Div. Lokasi pelaksanaan melibatkan enam buah negeri iaitu Perlis, Kedah Pulau Pinang, Perak, Kelantan dan Terengganu. Penilaian peserta bagi program ini adalah berdasarkan senarai peserta yang di keluarkan oleh pihak JHEV. Peruntukan bagi pelaksanaan projek RAJD 2 Div adalah sebanyak RM 1,042,00.00. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut lagi program membina dan membaik pulih rumah veteran melibatkan

    zon utara wartawan Berita Tentera Darat Malaysia, PW II Mohamad Solor Hj Ismon bersama Jurugambar, Sjn Saiful Fazley Rusli menemubual Pemerintah Rejimen Jurutera Diraja (PRJD) 2 Div, Lt Kol Sharuddin Mohd Noh di Pejabatnya pada 14 Mei 2015. Menurut Lt Kol Sharuddin, program yang dilaksanakan ini adalah mengikut perancangan dan peruntukan yang di berikan kepada RAJD 2 Div yang bertanggungjawab menyelaras keseluruhan projek zon utara bagi tempoh yang ditetapkan. Ia bagi membantu peserta dikalangan bekas-bekas tentera dan balu-balu tentera bagi membina serta membaik pulih rumah-rumah mereka dan menaik-taraf kehidupan mereka. Dengan tanggungungjawab serta amanah yang di-berikan, pasukan RAJD 2 Div sebagai pelaksana projek berusaha memberi perkhidmatan yang terbaik kepada golongan veteran untuk membina dan membaik pulih rumah mengikut kemampuan serta peruntukan yang ada. Berat mata memandang berat lagi bahu memikul itu-lah ungkapan yang sentiasa di lalui oleh semua pegawai dan anggota LLP di bawah naungan RAJD 2 Div untuk merealisasikan impian para veteran dan balu-balu yang di tinggalkan untuk mempunyai kediaman yang sempurna. Projek membina dan membaik pulih rumah veteran dan tanggungan dilaksanakan oleh unit-unit di bawah naungan RAJD 2 Div. Antaranya adalah 1 Skuadron RAJD yang berpengkalan di Kelantan, 2 Skn RAJD kawasan Perak, 6 Skn RAJD merangkumi negeri Kedah, Pulau Pinang dan Perlis serta 7 Skn RAJD di negeri Terengganu.

  • 27203

    J I W A M U R N I

    Penempatan projek-projek yang ditetapkan sebagai con-toh, projek rumah baru di 19 lokasi merangkumi negeri Kelantan melibatkan tujuh daerah iaitu Binjai, Kg Hutan Hilir, Dewan Beta, Machang, Tanah Merah dan Pasir Putih. Negeri Terengganu melibatkan daerah, Manir, Setiu dan Jertih. Negeri Perak melibatkan lima daerah iaitu Kg Tersusun Gerik, Badariang, Bagan Serai, Kuala Kangsar dan Bota. Bagi Negeri Kedah melibatkan daerah Sik dan Kota Sarang Semut serta Pulau Pinang di daerah Penaga.Manakala projek baik pulih melibatkan 24 lokasi di negeri Perlis termasuk daerah Dato Kayaman, Wang Kelian dan Kg Hutan Melintang. Negeri Kedah pula melibatkan lima daerah iaitu Kg Setar Yan, Kg Kuala Sungai Yan, Mukim Tunjang Jitra, Kg Pulau Pisang Jitra dan Bukit Kecil Sg Petani. Bagi negeri Pulau Pinang daerah-daerah yang ter-libat adalah Kg Petani Kubang Semang, Mukim 20 Kubang Semang, Balik Pulau dan Nibong Tebal. Kawasan-kawasan projek bagi negeri Perak merang-kumi daerah Bota, Gerik, Kuala Kangsar dan Pengkalan Hulu. Di negeri Kelantan pula, tumpuan projek adalah di kawasan Machang, Gua Musang, Dabong dan Bachok, sementara di Terengganu, kawasan-kawasan Dungun, Ajil Hulu Terengganu, Besut dan Batu Rakit Kuala Terenggganu menjadi tumpuan. Dengan kerjasama rapat dari semua pihak yang ter-libat, keseluruhan projek membina dan membaik pulih rumah zon utara siap dilaksanakan 100 peratus mengikut jadual yang ditetapkan. Faktor cuaca dan struktur tanah merupakan penyumbang penting dalam satu-satu projek. Sebagai contoh, anggaran tempoh untuk menyiapkan sebuah rumah baru adalah selama tiga bulan sekiranya keadaan cuaca dan struktur tanah adalah baik. Bagi kat-egori baik pulih, ia mengambil masa hanya antara dua atau ke tiga minggu sahaja. Sebagai sebuah pasukan yang mempunyai kepakaran dalam bidang kejuruteraan membantu Tentera Darat di masa perang dan aman, pasukan RAJD 2 Div sentiasa mengekalkan semangat saling membantu, bekerjasama dalam satu kumpulan dan menyiapkan tugasan mengi-kut waktu yang ditetapkan. Bagi seluruh pegawai dan anggota khususnya RAJD 2 Div melaksanakan amanah dan tanggungjawab yang diberi oleh pihak atasan tidak mengira masa dan waktu adalah satu tugas yang wajib dilaksanakan. Itulah antara pengorbanan dan peranan pasukan yang bergelar Rejimen Askar Jurutera Diraja. Rejimen yang bukan sahaja sentiasa bersiap sedia membantu Tentera Darat dalam apa juga tugas yang dilaksanakan, juga memberi sinar harapan kepada warga tentera sama ada yang masih berkhidmat atau bersara demi menjaga kebajikan dan mengeratkan hubungan yang sedia terjalin agar berkekalan. Tentera dan rakyat berpisah tiada.

  • 28

    R E N C A N A

    Gejala dadah dan penyalahgunaanya bukanlah satu perkara yang baharu di dalam sejarah peradaban manusia. Dadah seringkali melibatkan tentang pen-gambilnya akan berhalusinasi atau mabuk, cergas, khayal, dan sebagainya. Penggunaan dadah adalah perkara yang positif jika dos pengambilan di kawal dan dadah juga akan menjadi negatif jika dos yang diambil tidak dikawal dan boleh mengakibatkan kematian. Pada asalnya dadah digunakan dalam bidang perubatan sebagai tujuan perubatan untuk mengubati pelbagai pe-nyakit yang kritikal dan normal mengikut sukatan yang ditetapkan. Contohnya adalah semasa proses pembedahan di mana dadah morfin digunakan untuk membuatkan pesakit khayal dan tidak merasa sakit, meredakan batuk dan lain-lain lagi. Di Malaysia, penggunaan dadah dikesan secara rasmi pada awal kurun ke-19 kaum cina yang berhijrah daripada Negara Tanah Besar China ke Tanah Melayu. Semasa peng-hijrahan, mereka membawa bersama budaya negara asal iaitu menghisap dadah candu. Tujuan mereka menghisap candu adalah untuk menghilangkan segala tekanan yang dihadapi semasa bekerja kerana kesan dari menghisap candu membuatkan mereka khayal dan melupakan segala permasalahan yang dihadapi. Pada tahun 1952, Akta Dadah Berbahaya digubal oleh kerajaan berikutan berlakunya penyeludupan dadah candu yang berleluasa tanpa kawalan. Sejurus itu, banyak tangkapan dilakukan dan usaha membanteras penyeludu-pan dan pengedaran dadah candu giat dijalankan. Untuk mengendalikan perbicaraan kes tentang dadah candu, kerajaan menubuhkan sebuah mahkamah khas dan hakim yang mengendalikan kes tersebut dikenali sebagai Hakim Mahkamah Candu.

    Sumber Dadah

    Dadah boleh didapati dari sumber semulajadi iaitu dari Pokok Popi atau nama saintifiknya ialah Papaver Somniferum. Pokok ini ditanam di seluruh dunia dan ianya sangat mudah untuk ditemui. Apabila buah popi muda ditoreh, ia akan mengeluarkan getah atau cecair berwarna putih dimana hasilnya dikumpul dan dikeringkan. Selepas

    proses pengeringan berakhir ianya akan menjadi Candu Mentah. Di zaman moden ini, candu mentah boleh di proses secara sintetik dan pembuatannnya adalah mudah dan cepat. Daripada Candu Mentah, akan terhasilnya Dadah Morfin yang memberi kesan kepada otak jika di ambil secara berlebihan tanpa sukatan dan kawalan. Terdapat satu lagi dadah yang bersifat semulajadi iaitu Ganja. Ganja boleh diperolehi daripada pohon ganja atau nama saintifiknya ialah Cannabis Sativa. Ganja boleh dikenali dengan nama jalanan seperti Marijuana, Weed, Pot, Hemp, dan sebagainya. Ganja boleh diperolehi dalam bentuk blok kecil dimana ianya sukar untuk dikesan oleh penguatkuasa. Ganja diambil secara hisapan yang sama seperti menghisap rokok atau di sedut melalui alat khas iaitu Bong dan juga rokok paip. Selain daripada sumber semulajadi, dadah juga boleh diproses dan ianya dikenali sebagai Dadah Sintetik dimana terdapat campuran daripada bahan-bahan yang lain den-gan tujuan untuk meningkatkan rasa khayal yang tinggi dan cepat. Antara contoh dadah sintetik ialah seperti Metaphetamine atau Meth, Kokain, Heroin, Ekstasi dan Steroid.

    Dadah Dari Pandangan Islam

    Mengikut hadis dan nas yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Abu Dawud bermaksud Rasulullah S.A.W melarang setiap perkara yang memabukkan. Dalam hadis lain yang diriwayatkan oleh Jabir, Rasulullah bersabda yang bermaksud Apa-apa saja yang memabukkan adalah haram ataupun sedikit. Perkataan mabuk bukan sahaja merujuk kepada peminum arak, ianya juga ditujukan kepada penagih dadah kerana kesannya adalah sama seperti arak yang memabukkan dan penagihnya mudah untuk hilang per-timbangan terhadap persekitarannya. Dadah mempunyai pengaruh yang amat kuat kepada fizikal dan emosional penagihnya. Mereka yang terli-bat dengan penagihan dadah akan lupa kepada dirinya sendiri, lalai untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang muslim kerana mereka tenggelam di dalam dunia khayal mereka. Dari sudut fizikal pula, penagih dadah jenis syabu, ekstasi, dan heroin, akan mudah marah dan cepat

    Oleh: Luqmanul Arif bin Abdul Karim

  • 29203

    R E N C A N Aberada di dalam keadaan murung dimana mereka tidak selesa dengan persekitaran mereka. Jika terdapat individu yang tidak sengaja melanggar mereka seperti berlaga bahu, mereka akan cepat naik angin dan kebarangkalian untuk berlaku kecederaan adalah tinggi. Walaupun di dalam Al-Quran dan Hadis Rasulullah tidak terdapat larangan yang khusus tentang penagihan dadah, tetapi secara umumnya Al-Quran dan Hadis melar-ang sekeras-kerasnya setiap penganut agama Islam untuk mendekatkan diri kepada kemusnahan yang membawa kepada kerosakan diri. Kerosakan diri disini membawa maksud membunuh diri. Islam melarang penganutnya membunuh diri kerana di dalam Firman Allah S.W.T dalam Surah An-Nisaa ayat 29 yang bermaksud Dan janganlah kamu membunuh dirimu, sesungguhnya Allah adalah Maha Penyayang kepadamu. Di sini dapat ditafsirkan bahawa Allah melarang hambanya untuk mendekatkan diri kepada kemusnahan dan kecelakaan kerana Allah kaya dengan sifat Maha Mengasihani hambanya.

    Penyalahgunaan Dadah Dan Kesannya

    Pada tahun lepas negara dikejutkan dengan kematian beberapa warganegara Malaysia dan warga asing di dalam konsert Future Music Festival Asia (FMFA) yang pada mulanya berlangsung selama tiga hari tetapi ianya diberhentikan disebabkan kes ini. Menurut laporan berita, mangsa dipercayai membeli dadah jenis Syabu dan Meth di luar tapak konsert sebelum masuk ke tapak hiburan tersebut. Mangsa di dapati overdose dan mati dalam ke-adaan mata terbeliak dan mulut berbuih berikutan kesan dadah tersebut. Menurut pandangan Ketua Unit Ketagihan, Pakar Psikiatri Hospital Kuala Lumpur Dr Norliza Chemi kesan penggunaan dadah seperti syabu dan meth boleh me-nyebabkan serangan jantung secara mengejut dan pada masa yang sama overdose terjadi disebabkan dadah yang diambil menyerang sistem pernafasan yang membuatkan otak tidak menerima oksigen yang mencukupi. Selain itu, ianya juga membuatkan fungsi jantung berhenti dan menyebabkan mangsa tidak sedarkan diri, koma serta ke-matian. Ditambah pula dengan keadaan di dalam konsert

    itu yang sesak dan padat membuatkan mangsa tidak boleh bernafas dengan normal. Selain daripada kes penagih dadah Syabu dan Meth, golongan remaja pada hari ini semakin bijak dalam memusnahkan diri sendiri iaitu dengan menyedut gas semburan ubat kebas yang mengandungi bahan kimia Ethylchloride. Terdapat beberapa cara penyedutan gas iaitu dengan menyembur gas berkenaan ke dalam plastik dan ditekup ke mulut serta hidung dan menyedutnya. Laporan Akhbar terkini menerangkan terdapat cara baru untuk menyedut gas berkenaan iaitu dengan menyembur gas ke kolar atau poket baju dan dihidu berulang kali tanpa disedari oleh orang lain. Kesan daripada penyedutan gas tersebut, otak mereka akan mengecut dan gagal berfungsi (brain malfunction). Penagih gas boleh mengalami halusi-nasi dalam tempoh yang lama. Kesimpulannya, janganlah kita mendekatkan diri den-gan perkara yang merosakkan diri dan juga persekitaran kerana sebagai hamba Allah, menjadi tanggungjawab untuk kita memelihara anggota tubuh badan kita seb-agaimana kita dilahirkan suatu ketika dahulu dan begitu juga semasa kita akan pergi menghadap Allah di Padang Mahsyar kelak. Akal dan pemikiran yang sempurna mes-tilah digunakan dengan sebaiknya kerana yang membeza-kan kita golongan manusia dengan haiwan adalah kur-niaan akal. Manusia dan haiwan mempunyai persamaan iaitu mempunyai nafsu, tetapi haiwan tidak mempunyai akal. Terserah kepada kita untuk menentukan kemana arah tuju dan takdir kita di hari yang mendatang.

    Pakar Psikiatri Hospital Kuala Lumpur Dr Norliza Chemi kesan penggunaan dadah seperti syabu dan meth boleh menyebabkan serangan jantung secara mengejut dan pada masa yang sama overdose terjadi disebabkan dadah yang diambil menyerang sistem per-nafasan yang membuatkan otak tidak menerima oksigen yang mencukupi

  • 30

    P R O F I L PA S U K A N

    10 KOMP KPD PARA Kebanggaan TD

    Mungkin ramai yang tidak menyedari dan tidak kurang pula yang mempunyai tanggapan bahawa apabila diperkatakan mengenai pembekalan melalui udara ruang lingkup penugasannya hanyalah terbatas kepada bidang ketenteraan di waktu perang sahaja malahan tanpa disedari bahawa pembekalan melalui udara juga dilakukan ke atas kerja-kerja kemanusiaan seperti menggugurkan barang-barang makanan di kem-kem pelarian atau kepada penduduk-penduduk yang mengalami masalah kebuluran dan bencana alam. Pembekalan melalui udara adalah merupakan satu kaedah pengangkutan atau penghantaran barang dan peralatan dalam apa saja bentuk dan saiz kepada trup-trup di medan pertempuran yang mana kaedah pembekalan melalui udara adalah cara yang terbaik bagi mempercepatkan penghantaran sesuatu barang atau bekalan. Apabila disebutkan sahaja perkataan guguran udara jelaslah ter-bayang kepada penggunaan payung terjun atau parachute yang merupakan gabungan dari dua perkataan iaitu para dan chute yang membawa maksud, para dalam bahasa Itali bererti me-lindungi manakala chute pula berasal dari bahasa Perancis yang membawa maksud jatuh dan apabila kedua-duanya digabungkan bererti melindungi sesuatu barang-barang yang jatuh. Guguran melalui udara yang ulung kali dilakukan di Malaya dilaporkan pada 25 Apr 1948 iaitu semasa dalam OPS HAYSTACK yang berlokasi di bahagian utara negeri Perak oleh pihak British yang menempatkan sebuah pesawat udara dari jenis Dakota kepunyaan Royal Australian Air Force dari Skuadron No 110 di Taiping dengan tujuan untuk membantu pasukan-pasukan di bahagian utara Malaya pada ketika itu. Organisasi pasukan tersebut kemudian berkembang sehinggakan tertubuhnya unit-unit Hantaran Udara (HU) melalui pengstruk-turan semula unit-unit tersebut di bawah naungan TD yang kini ditempatkan dalam Kor Perkhidmatan Diraja (KPD). Di era dunia tanpa sempadan kini, TD semakin pesat membangun sejajar dengan pembangunan negara. Begitu juga dengan KPD dan tidak ramai yang mengetahui bahawa KPD mempuyai satu pasukan yang mampu dibanggakan iaitu 10 Kompeni Kor Perkhidmatan Diraja Briged Kesepuluh Infantri Para (10 Komp KPD 10 Bgd Para) yang mempunyai kepakaran dan berkemampuan melaksanakan tugas dan tanggungjawab dalam mengendalikan peralatan-peralatan yang melibatkan HU bagi memberi perkhidmatan kepada ketiga-tiga cabang perkhidmatan dalam ATM serta kerajaan Malaysia bagi membantu melaksanakan misi menggugurkan peralatan-peralatan samada bantuan tempur atau kemanusiaan. Pasukan ini juga terlibat dengan pelbagai operasi dan latihan-latihan samada di dalam atau luar negara. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai pasukan ini, ikuti temubual Wartawan BTDM, PW II Muhammad Solor Hj Ismon dan Jurugambar, Kpl Nurulhaswani Ruzaini bersama Pegawai Pemerintah 10 Komp KPD Para, Kapt Ahmad Hazri Ibrahim beserta Kapt Mohd Hasnul Hisyam Yusuf dan PW II Mohd Khalil Shahrin bagi mengupas kemampuan dan tugas-tugas yang dilaksanakan oleh pasukan tersebut. Sejarah awal penubuhan pasukan ini bermula pada tangal 1 Jan 1980 dengan nama 22 Kompeni Angkut dan pada 1 Jan 1993 pasukan ini dibubarkan dan ditukar nama kepada Komp KP 10 Bgd Para. Selaras dengan pengstrukturan semula 10 Bgd Para, pada 1 Mei 2008 Komp KP 10 Bgd Para sekali lagi ditukar nama kepada 10 Komp KPD Para.Pegawai Pemerintah, Kapt Ahmad Hazri ketika ditemui menyatakan hasrat dan wawasan 10 Kom KPD Para untuk menjadi pasukan bantuan perkhidmatan yang terlatih serta berada di tahap kesiagaan yang tinggi supaya dapat memberi bantuan khidmat kepada ketumbukan 10 Bgd Para dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab bagi menghadapi sebarang kemungkinan yang mendatang. Misi pasukan adalah untuk memberi bantuan di dalam aspek KPD dengan cepat dan berkesan kepada pasukan-pasukan di bawah naungan 10 Bgd Para dan antara visi pasukan adalah untuk beroperasi sebagai pasukan aturgerak cepat setanding dengan pasukan lain di bawah naungan 10 Bgd Para serta berupaya melaksanakan tugas dengan mahir dan cekap, selain meningkatkan dan mengekalkan mutu disiplin anggota ditahap yang tertinggi, semangat setia kawan

  • 31203

    Misi pasukan adalah untuk memberi bantuan di dalam aspek Kor Perkhidmatan Diraja dengan cepat dan berkesan kepada pasukan- pas uk an di bawah naungan 10 Bgd (PARA)

    dan sifat kekeluargaan di antara semua peringkat anggota selain daripada menentukan segala arahan dan keperluan pihak atasan dipatuhi dalam menyediakan bantuan perkh-idmatan kepada semua pasukan di bawah naungan TD selaras dengan cogan kata KPD iaitu Berkhidmat Kepada Semua. Disamping itu, peranan pasukan ini juga adalah untuk memberi bantuan logistik merangkumi aspek bantuan kenderaan, bekalan serta penghantaran melalui udara (guguran udara/anduh bawah) dan penghantaran pesawat bagi tujuan latihan dan operasi ketumbukan 10 Bgd (Para). Manakala tugasan platun pula mengikut bahagian an-taranya Platun HU sentiasa melaksanakan latihan secara berterusan bagi memastikan kepakaran berada di tahap yang tinggi, memastikan peralatan anduh bawah serta guguran udara dan pendaratan pesawat sentiasa berada

    di tahap yang terbaik. Platun Pengangkutan pula perlu memastikan pencapaian kadar boleh gerak kenderaan pasu-kan pada tahap 85 pera-tus bagi memastikan kadar kemalangan di tahap sifar pada setiap tahun dan VOR (pembai-kan peringkat platun) pasukan tidak melebi-hi 5 peratus daripada p e g a n g a n s e b i l a n g masa. Platun Bekalan pula b erperanan mel ak-sanakan latihan secara berterusan berkaitan dengan prinsip ulang bekal dan dokumen-tasi yang berkaitan ser-ta memastikan setiap

    anggota memiliki pengetahuan di dalam melaksanakan operasi ulang bekal dan memahami tatacara pengendalian dokumen yang berkaitan semasa latihan dan operasi agar dapat mengawal pegangan minyak AVTUR peringkat Bgd. Latihan-latihan yang sering dilaksanakan seperti EKS STALLION PACK yang menggugurkan Water Trailer, 1/4 ton Shankey Trailer dan empat buah drum (A 22 Cargo Bag), EKS TACOP iaitu mengikat dan mengugurkan HE dan CDS, EKS HORNBILL STRIKE, EKS HELANG TUAH, EKS GERAK PANTAS dan EKS LEAP TIGER yang memperlihat-kan kemampuan serta keupayaan pasukan melaksanakan sesuatu guguran dari udara melibatkan aset TD. Antara operasi yang berjaya dilaksanakan dan mem-banggakan pasukan adalah operasi kemanusiaan di Aceh, Indonesia selepas Tsunami membadai negara itu pada 26 Dis 2004 yang mana pasukan ini menggugurkan bantuan bekalan makanan, manakala bantuan operasi adalah ketika di Timor Leste yang mana pasukan mengugurkan kenderaan bantuan tempur. Penglibatan pasukan yang terbaru adalah dalam misi pencarian kehilangan pesawat MAS MH370 dengan mengikat dan mengugurkan Combat Rubber Raiding Craft (CRRC).

    P R O F I L PA S U K A N

  • 32

    G E M PA B U M I

    TRAGEDI KINABALU

    Tanggal 5 Jun 2015 jam 0715, negara sekali lagi dike-jutkan dengan gempa bumi yang melanda negeri Sabah. Peristiwa menyayat hati ini, pasti akan terpa-hat diingatan rakyat dan keluarga mangsa apabila gegaran 5.9 pada skala ritcher ini tragedi yang mengorbankan seki-tar 18 pendaki Gunung Kinabalu terdiri daripada rakyat Malaysia, Singapura, Filipina, Jepun dan China. Sehingga kini, dicatatkan sebanyak 11 kejadian gempa bumi yang melanda sekitar negeri bawah bayu itu dan 3 daripadanya berlaku di Ranau, Sabah. Namun, bencana gempa bumi yang terbaru ini mencatatkan tahap kekuatan tertinggi yang pernah melanda negara.

    OPS KINABALU

    Ekoran dari kejadian ini, bagi tujuan menyelamat satu operasi khas diberi nama OPS Kinabalu diaktifkan. Operasi yang melibatkan pelabgai agensi ini adalah terdiri dari-pada Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Special Malaysia Disaster Assistance and Rescue Team (SMART), Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) negeri Sabah dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Walau bagaimanapun, ketika usaha menyelamat hendak dilaksanakan, pelbagai kekangan dan kesukaran timbul disebabkan oleh kurang arif akan keadaan bentuk muka bumi dan cuaca yang buruk menyebabkan kum-pulan penyelamat sukar untuk memberi bantuan dengan kadar yang segera. Meskipun mengetahui tindakan menyelamat perlu dibuat sepantas mungkin, kumpulan menyelamat tidak boleh bertindak secara tergesa-gesa berikutan peran-cangan rapi merangkumi semua aspek adalah perlu bagi mengelakkan situasi menjadi lebih buruk. Bantuan he-likopter diaturgerak dengan penugasan membawa turun saki-baki mangsa. Namun begitu, usaha tersebut menemui kegagalan dan jalan buntu akibat kabus di sekitar gunung terlalu tebal serta waktu malam yang menghadkan jarak penglihatan juruterbang. Setelah mengenalpasti segala halangan yang dihadapi, kumpulan penyelamat membuat perbincangan untuk mencari langkah penyelesaian bagi menjalankan operasi menyelamat dengan kadar segera.

    TINDAKAN BERANI

    Hakikatnya, meskipun mereka meyakini bahawa pasukan penyelamat akan tiba memberikan ban-tuan, namun memikirkan keadaan gunung yang sejuk dan perut yang lapar, sekumpulan malim gunung atau penunjuk arah Gunung Kinabalu membuat perancangan lain bagi membawa tu-run semua pendaki yang terselamat daripada gempa tersebut. Meskipun tanpa sebarang persediaan yang

    rapi dan tiada peralatan yang lengkap dengan hanya ber-bekalkan keberanian dan kebijaksanaan mereka, seramai 173 pendaki berjaya dibawa turun. Akibat tindakan berani ini, banyak nyawa berjaya diselamatkan. Kumpulan peny-elamat yang sedang bersiap sedia di kaki gunung terkejut apabila melihat kelibat mangsa tiba di tempat mereka berlabuh. Hanya tepukan dan sorakan kumpulan menyelamat sahaja yang berkumandang di kawasan itu kerana

    pelbagai kekangan dan kesukaran telah timbul disebabkan oleh kurang arif akan keadaan bentuk muka bumi dan cuaca yang buruk menyebabkan kum-pulan penyelamat sukar untuk memberi bantuan dengan kadar yang segera

    GEMPA BUMI SABAH

  • 33203

    pelbagai kekangan dan kesukaran telah timbul disebabkan oleh kurang arif akan keadaan bentuk muka bumi dan cuaca yang buruk menyebabkan kum-pulan penyelamat sukar untuk memberi bantuan dengan kadar yang segera

    G E M PA B U M I

    GEMPA BUMI SABAHterlalu kagum dan sebagai tanda penghormatan di atas keberanian malim gunung dan kecekalan pendaki-pendaki tersebut. Berdasarkan laporan dan maklumat daripada malim gunung tersebut, operasi membawa turun mayat mangsa-mangsa dapat dilaksanakan dengan lancar.

    PUNCA

    Menjadi tanda tanya buat semua pihak apabila bencana ini berlaku memandangkan Malaysia berada pada Garisan Khatulistiwa dan Gunung Berapi Lipat Tua. Penjelasan serta perincian mengapa dan bagaimana gempa bumi ini berlaku dirungkai oleh Pakar Geologi Universiti Malaysia Sabah (UMS), Prof Felix Tongkul dalam satu sesi soal jawab bersama Astro Awani. Menurut beliau, kejadian gempa bumi di Ranau adalah berkait dengan kehadiran sesar aktif. Sesar aktif ini diger-akkan kerana Sabah masih menerima tenaga mampatan dari interaksi tiga plet utama dan negeri bawah bayu itu terletak pada tenggara Plet Eurasia. Di sebelah timur pula terdapat Plet Filipina-Pasifik.

    Plet ini bergerak sekitar 10 cm setahun ke arah barat bertembung dengan Plet Eurasia. Di bahagian selatan Plet Australia bergerak ke arah utara dengan kelajuan sekitar 7cm per tahun. Walaupun Sabah terletak sekitar 1000 km dari jalur pertembungan plet, ia masih tetap menerima tenaga mampatan jarak jauh ini.

    KEKAL DI INGATAN

    Sepanjang tempoh bermulanya tragedi gempa bumi se-hingga berakhirnya misi mencari dan menyelamat, banyak nyawa yang terkorban tragis bencana ini. Laungan dan tangisan mengiringi sepanjang proses membawa turun mayat mangsa gempa tersebut. Pengorbanan malim gunung yang lebih mengutamakan nyawa orang lain daripada diri sendiri menjadi satu ke-bangaan dan junjungan rakyat. Bahkan, ada malim gunung yang menghembuskan nafas terakhir akibat dihempap batu kerana tidak sempat mencari tempat berlindung setelah membantu kesemua pendaki berlindung di tempat yang selamat. Semoga jasa perwira yang tidak didendang ini akan dikenang sehingga ke akhir hayat.

  • 34

    Oleh: Lt Kol Abd Razak Sipit,Sarifah Yaso

    Is t i l a h I s l a m i c S t a t e ( I S ) s a n g a t p o p u l a r kebelakangan ini. Tiap ceruk dunia berbicara menge-nai IS. Namun siapakah IS yang sebenarnya? Apakah yang diperjuangkan dan siapakah anggota-anggotanya? Hakikatnya sesiapa sahaja yang ingin memperjuangkan kewujudan kerajaan Daullah Islamiyah dan menentang pemerintahan yang tidak berlandaskan syariat Islam pun boleh menganggotai IS. Inilah yang menjadikan penduduk dunia gusar kerana kumpulan IS berjaya menarik ribuan pejuang, pemberontak, militan dari seluruh dunia tidak mengira warna kulit, kaum, latar belakang, pendidikan berjuang atas nama ISLAM. Rakyat Malaysia yang majoritinya beragama Islam berfahaman Sunnah Wal-jamaah (Sunni), pastinya akan terkeliru dan mempersoalkan kenapa kita tidak boleh menyokong IS sedangkan mereka merupakan sekumpulan orang Islam berfahaman Sunni yang bangkit berjuang me-nentang kezaliman kerajaan pimpinan Syiah dan mereka ingin membangkitkan semula kegemilangan dunia Islam. Oleh itu, sebelum membuat sebarang andaian atau lebih terkeliru, sama-sama kita selidiki sejarah pemben-tukan IS yang menyebabkan ianya tidak menepati syariat ajaran islam yang sebenar dan perlu ditolak oleh semua umat Islam.

    Kronologi Pembentukan Islamic State (IS)

    IS tidak muncul secara tiba-tiba. Penubuhan dan kekua-tannya pada hari ini boleh dikenalpasti sewaktu krisis di Iraq pada tahun 2003 lagi. Cuma yang membezakan adalah situasi, pemimpin dan juga namanya. Jika lapisan demi lapisan IS terbentuk hari ini dikupas dan diselidiki, imej IS yang paling awal adalah Jemaah al-Tauhid wal-Jihad (JTJ) diketuai oleh Abu Musab Al-Zarqawi berideologikan Salafisme yang berjuang sebagai pemberontak di Jordan. Semasa krisis di Iraq Zarqawi berbaiah kepada Al-Qaeda dan diterima sebagai pasukan penggempur hadapan Al-Qaeda. Selepas kejatuhan rejim Saddam Hussein, timbul beberapa puak yang ingin menguasai Iraq dan bercita-cita membentuk kekhilafahan Islam, dan dari beberapa orang tersebut yang paling menonjol adalah Abu Musab Al- Zarqawi atau nama sebenarnya Ahmad Fadhil Nazzal Al-Khalaylah. Beliau mendapat kepercayaan pemimpin Al-Qaeda, Osama Laden untuk mengelola sebuah kem latihan di Herat (Afghanistan Barat). Pada tahun 2004, disebabkan perjuangan Zarqawi sepenuhnya di Iraq beliau menukar nama JTJ kepada Al-Qaeda In Iraq (AQI). Pada bulan Januari 2006, Zarqawi berjaya meng-gabungkan AQI dan lima kumpulan lagi iaitu Jaish at-Taifha al-Mansoura, Katbiyan Ansar Al-Tawhid wal Sunnah, Faksi Saray Al-Ji- had, Brigade Al-Ghuraba, dan Al-Ahwal Brigade yang bergabung dengan Al Qaeda untuk membentuk Mujahideen Shura Council (MSC) atau Majlis Syura Mujahidin. MSC merupakan sebuah organisasi yang bertujuan untuk menyatukan semua kelompok masyara-kat Sunni di Iraq. Namun disebabkan keganasan dan tindakan-tindakan yang dilakukan oleh AQI jauh daripada ajaran Islam sebenar menyebabkan Al-Qaeda tidak bersetuju dan ke-luar daripada pakatan MSC. Seterusnya, pada 7 Jun 2006 Zarqawi terbunuh dalam serangan udara AS di daerah

    Abu Musab Al-Zarqawi

    Abu Bakr Al-Baghdadi

    Hibib berhampiran Tikrit. Abu Ayyub Al-Masri diangkat menjadi pemimpin baru MSC. Abu Ayyub Al-Masri kemudiannya mengumumkan pembentukan Ad-Dawlat Al-Islamiyya Fil-Iraq atau Islamic State in Iraq (ISI) dan pada Okt 2006 melantik Abu Omar Al-Baghdadi sebagai pemimpinnya. Abu Omar atau nama sebenarnya Hamed Dawood Al-Zawy merupakan mantan anggota pasukan keamanan Iraq yang dipecat kerana sifat ekstrimismenya. Pembentukan ISI bagi mendirikan sebuah negara Islam di Iraq dan menguasai Iraq yang pada masa itu diperin-tah oleh puak Syiah yang berpusat di Baghdad. ISI tidak mengakui kedaulatan dan kepimpinan Syiah kerana puak Sunni dizalimi, ditindas, dinafikan hak mereka tanpa ber-perikemanusiaaan. Kekejaman ini membuatkan ahli kum-pulan dan puak Sunni yang lain bangkit dan menyokong perjuangan IS. Bermula daripada sini, konflik dalaman di antara mereka tercetus dan berlarutan. Pertikaian dan percanggahan di antara puak Syiah dengan ISI mem-buatkan mereka bermusuhan sesama sendiri. Kumpulan ISI bagaimanapun berjaya dilemahkan oleh serangan Amerika Syarikat (AS) dan penubuhan Majlis Sahwa oleh pemimpin puak Arab Sunni yang menolak keganasan ISI ditambah dengan kematian pemimpin mereka, Abu Omar. Pada tahun 2010, sebulan selepas kematian Abu Omar, Abu Bakr Al-Baghdadi calon yang paling menonjol

    I S L A M I C S TAT E

    ISLAMIC STATE : PERJUANGAN YANG SALAH

  • 35203

    ISLAMIC STATE : PERJUANGAN YANG SALAH

    Abu Ayyub Al-Masri

    dan layak memimpin ISI berdasarkan pengalaman dan dia merupakan

    ketua Kabinet Syariah serta Ketua Majlis Syura Negara Islam Iraq.

    Maka secara rasminya beliau diangkat menjadi pemimpin

    serta membina semula keu-payaan ISI. Menjelang 2013, Abu Bakr melancarkan puluhan serangan dalam tempoh sebulan di Iraq. Abu Bakr juga meny-ertai pemberontakan terhadap Presiden Syria, Bashar al-Assad dengan menubuhkan Barisan

    al-Nusra (al-Nusra Front). Kejayaan al-Nusra Front merekrut dan menarik ramai pejuang dari seluruh dunia memberi keyakinan kepada Abu Bakr untuk bergerak merentasi sempadan. Selepas pakatan gabungan dibentuk kumpulan itu mengelarkan mereka sebagai Kumpulan Negara Islam Iraq dan Syria (Islamic State of Iraq and Syria ISIS) pada April 2013.

    Abu Bakr melancarkan serangan demi serangan dan berjaya menawan kubu pertahanan terkuat tentera Syria di Raqa. Tentera Syria yang ditawan ditembak beramai-ramai dan disembelih seterusnya dipertontonkan ke seluruh dunia melalui jaringan sosial Youtube. Bagi menggambarkan penubuhan negara Islam berkhalifah yang merangkumi wilayah Iraq, Syria, Jordan, Lubnan, Palestin, Israel, Cyprus, Hatay di Selatan Turki dan Semenanjung Sinai di Mesir Abu Bakr menukar nama ISIS kepada Islamic State of Iraq and the Levant (ISIL). Pada tahun 2014, ISIL berjaya menakluki bandar Mosul di Iraq dan menuju ke arah Baghdad. Selepas menggabungkan pentadbiran puluhan bandar dan pekan yang ditawan, ISIL mengisytiharkan pembentukan negara khalifah dan menukar namanya kepada Islamic State. Abu Bakr kemudiannya melantik dirinya sebagai khali-fah serta menyeru seluruh umat islam di dunia berbaiah kepadanya. Namun demikian, Al-Qaeda enggan berbaiah dan mengeluarkan kenyataan kumpulan mereka tidak mempunyai kaitan lagi dengan IS.

    Ideologi IS

    Setelah mendalami susur galur IS, mari kita menyelami fahaman, ideologi atau pegangan jihad yang mereka per-juangkan agar lebih mengenali IS yang sebenar-benarnya. Matlamat perjuangan IS ini adalah untuk mendirikan Daullah Islamiyah dengan menggunakan pendekatan manhaj Dakwah Wal Jihad manakala pegangan akidah mereka adalah Salafi Jihadi, (PUPJI, 1996; Nasir Abas, 2012; Abu Rusydan, 2012; Abu Bakar, 2012; Said, 2012). Salafi Jihadi ini merupakan satu istilah yang diberikan kepada kalangan umat Islam yang beraliran pemikiran seperti Salafiyun (iaitu kembali kepada Al-Quran dan sunnah, memurnikan akidah serta menolak bidaah) dan golongan ini mempunyai matlamat dakwah untuk menegakkan daulah Islam dengan menggunakan kaedah jihad qital (perang) serta tidak ragu-ragu mengkafirkan pemerintah Islam yang tidak menegakkan hukum syariah di dalam sesebuah negara.

    Konsep Salafiyyah ini sebenarnya membawa pengertian satu aliran yang berkehendakkan ahlul as-salaf sebagai ikutan dan panduan umat Islam namun begitu, konsep ini di-dapati terpesong dari landasan yang sebenarnya. Ia menjadi satu aliran pemikiran atau mazhab khusus bagi golongan tertentu yang mendakwa mereka menjadi pengikut ulama ter-tentu seperti Ibnu Taimiyah dan menolak ulama lain yang dianggap menyimpang dari kebenaran. Walaupun perkataan Salaf keli-hatan sinonim dengan kelompok Salafi namun sebenarnya ia bukan hak eksklusif dan menjadi ciri-ciri khas golongan tersebut. Salaf iaitu Generasi Pertama dan terbaik dari umat Islam, yang terdiri dari para Sahabat, Tabiin, Tabiut Tabiin dan para imam pembawa petunjuk pada

    I S L A M I C S TAT E

  • 36

    tiga kurun pertama yang dimuliakan oleh Allah S.W.T. Sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: Sebaik-baik manusia adalah pada masaku ini (yaitu para Sahabat:Salafus Soleh), kemudian yang sesudahnya (masa Tabiin), kemudian yang sesu-dahnya (masa Tabiut Tabiin). [HR Bukhari 2652, Muslim 2533]. Salafiyyah sebenarnya bukan suatu mazhab pemikiran melainkan suatu zaman yang berkah. Adalah menjadi bidaah menjadikan Salafiyyah sebagai suatu aliran yang tertentu dan membezakannya dengan aliran Ahlul Sunnah wal al-Jamaah (Muhamad Said Ramadan, 1996). Masalah yang timbul lewat abad ke-20 ialah IS mencanangkan bahawa hanya mereka dari golongan Salafi dan pengikut manhaj Salaf lalu menuduh kelompok umat Islam yang lain tidak mengikut manhaj Salaf (Habib Rizieq, 2012). Berdasarkan pengkajian, kelompok yang mengaku Salafi ini sebenarnya adalah juga dikenali sebagai Wahabi. Justeru, tidak ada perbezaan diantara Salafi dan Wahabi. Fahaman ini dikenali sebagai Wahhabiyah Hanbaliyah di Jazirah Arab dan apabila fahaman ini dieksport ke luar tanah Arab ianya bertukar nama menjadi Salafi (Hassan, 1992). Muhammad Said Ramadhan al-Buthi dalam bu-kunya, as-Salafiyah Marhalah Zamaniyah Mubarakah La Madzhab