6
PENANDA WACANA Penanda Wacana - rangkaikata yang digunakan untuk menghasilkan karangan yang baik dan teratur. -menghubungkan satu ayat dengan ayat yang lain, suatu isi dengan isi yang lain dan suatu idea dengan idea yang saling berkaitan. -juga sering digunakan apabila memulakan perenggan yang baru. -apabila dua ayat digabungkan dengan penanda wacana yang sesuai, ayat itu akan menjadi lebih lancar dan sempurna serta mempunyai pertalian yang idea. -Penanda wacana boleh dibahagikan kepada beberapa kategori mengikut fungsinya. a.Menunjukan pertentangan maklumat: Penanda Wacana Ayat Contoh bagaimanap un Ibu menangis teresak- esak.Bagaimanapun, tangisannya reda setelah dipujuk kakak. biarpun Sani gagal dalam perlumbaan

PENANDA WACANA 3.docx

Embed Size (px)

Citation preview

PENANDA WACANA

Penanda Wacana- rangkaikata yang digunakan untuk menghasilkan karangan yang baik dan teratur.-menghubungkan satu ayat dengan ayat yang lain, suatu isi dengan isi yang lain dan suatu idea dengan idea yang saling berkaitan.-juga sering digunakan apabila memulakan perenggan yang baru.-apabila dua ayat digabungkan dengan penanda wacana yang sesuai, ayat itu akan menjadi lebih lancar dan sempurna serta mempunyai pertalian yang idea.-Penanda wacana boleh dibahagikan kepada beberapa kategori mengikut fungsinya.a.Menunjukan pertentangan maklumat:

Penanda Wacana

Ayat Contoh

bagaimanapun

Ibu menangis teresak-esak.Bagaimanapun, tangisannya reda setelah dipujuk kakak.

biarpun demikian

Sani gagal dalam perlumbaan itu. Biarpun demikian, dia tidak berputus asa.

meskipun

Hanis tidak berganjak dari situ meskipun telah diarahkan pulang.

meskipun demikian

Puan Kartini telah mendapatkan rawatan di hospital pakar. Meskipun demikian, penyakitnya masih tidak sembuh.

namun

Tati menjerit meminta tolong. Namun tiada siapa-siapa yang mendengar jeritannya.

namun begitu

Suhaila memang murid yang pintar. Namun begitu, dia jarang membantu rakannya yang lemah dalam pelajaran.

sebaliknya

Yasir tidak ke sekolah. Sebaliknya, dia melepak di pusat permainan video.

sungguhpun demikian

Kami daripada keluarga yang miskin. Sungguhpun demikian, kami tidak pernah meminta belas ihsan daripada orang lain.

walau bagaimanapun

Jalan itu agak sunyi. Walau bagaimanapun, itulah satu-satunya jalan untuk ke banglo Tuan Kassim.

walaupun demikian

Budin kuat makan. Walaupun demikian, badannya tetap kurus.

b. Menunjukkan sesuatu yang kian bertambah atau bersamaan:

Penanda Wacana

Ayat Contoh

lagipun

Banyak suri rumah berbelanja di pasar raya itu kerana terdapat pelbagai jenis barang. Lagipun, harganya murah.

lebih-lebih lagi

Saya tidak dapat melihat dengan jelas, lebih-lebih lagi pada waktu malam.

malah

Nur Hasanah mendapat tawaran belajar di London. Malah perbelanjaannya pun akan ditanggung oleh kerajaan negeri.

tambah lagi/tambahan pula

Danial suka menonton dokumentari, tambahan lagi yang berkaitan dengan haiwan.

c. Menunjukkan akibat atau kesimpulan:

Penanda Wacana

Ayat Contoh

akhir kata

Sekian sahaja kandungan warkah saya. Akhir kata, semoga kita dapat berjumpa lagi.

akhirnya

Pasukan itu tidak bermain dengan bersungguh. Akhirnya mereka kalah.

dengan itu

Nazri kurang aktif dalam kokurikulum. Dengan itu, dia tidak terpilih sebagai murid cemerlang.

jadi

Celian tidak sihat. Jadi, dia tidak hadir ke sekolah hari ini.

justeru

Peperiksaan kian hampir. Justeru , perlu lebih tekun belajar.

kalau begitu

Nampaknya kamu sudah sihat. Kalau begitu, kamu boleh pulang hari ini.

lantaran itu

Badrul selalu ponteng. Lantaran itu, bapanya telah dipanggil oleh pihak sekolah.

malangnya

Kami telah cuba menghubungi ayahnya. Malangnya, tiada jawapan.

oleh itu/oleh sebab itu

Ibu bapa saya tiada di rumah. Oleh itu, saya tidak boleh keluar bermain.

semenjak itu/sejak itu

Bapanya meninggal dunia beberapa bulan yang lalu. Semenjak itu, dia sering murung.

d) Menunjukkan sesuatu yang berikutnya:

PenandaWacana

Ayat Contoh

kemudian

Mula-mula masukkan tepung gandum. Kemudian, masukkan sebiji telur.

lepas itu/selepas itu

Bibik mengemas rumah. Lepas itu, Bibik memasak hidangan tengah hari.

selanjutnya

Guru Besar menyampaikan ucapan alu-aluan. Selanjutnya, beliau merasmikan majlis tersebut.

e) Menunjukkan masa yang sama atau pada masa itu.

Penanda Wacana

Ayat Contoh

dalam pada itu

Mak Jah mengambil upah menjahit pakaian. Dalam pada itu, dia juga ,menjual kuih.

di samping itu

Fazil seorang yang peramah. Di samping itu, dia mudah mesra dan suka bergaul.

selain itu

Membaca buku menambahkan pengetahuan. Selain itu, membaca buku juga dapat mengis masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah.

sebelum itu

Ayah akan ke Kedah sebentar lagi. Sebelum itu, dia memastikan kenderaannya berfungsi dengan baik.

Posted by NORAZILA IBRAHIM at 08:17