20
PENANDA WACANA Penanda wacana ialah rangkai kata yang digunakan untuk menghasilkan karangan yang baik dan teratur. * Ia menghubungkan satu ayat dengan ayat yang lain, suatu isi dengan isi yang lain dan suatu idea dengan idea yang lain yang saling berkaitan. * Penanda wacana juga sering digunakan apabila memulakan perenggan yang baharu. Apabila dua ayat digabungkan dengan penanda wacana yang sesuai, ayat itu akan menjadi lebih lancar dan sempurna serta mempunyai pertalian idea. Penanda wacana boleh dibahagikan kepada beberapa kategori mengikut fungsinya. Antaranya ialah: Contoh ayat: 1. Kami daripada keluarga yang miskin. Sungguhpun demikian , kami tidak pernah meminta belas ihsan daripada orang lain. 2. Saliza memang seorang murid yang pintar. Namun begitu , dia jarang membantu rakannya yang lemah dalam pelajaran. 1

Penanda Wacana

  • Upload
    drsha76

  • View
    81

  • Download
    7

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Penanda Wacana

Citation preview

PENANDA WACANA

Penanda wacana ialah rangkai kata yang digunakan untuk menghasilkan karangan yang baik dan teratur.

* Ia menghubungkan satu ayat dengan ayat yang lain, suatu isi dengan isi yang lain dan suatu idea dengan idea yang lain yang saling berkaitan.

* Penanda wacana juga sering digunakan apabila memulakan perenggan yang baharu. Apabila dua ayat digabungkan dengan penanda wacana yang sesuai, ayat itu akan menjadi lebih lancar dan sempurna serta mempunyai pertalian idea.

Penanda wacana boleh dibahagikan kepada beberapa kategori mengikut fungsinya. Antaranya ialah:

Contoh ayat:1. Kami daripada keluarga yang miskin.Sungguhpun demikian, kami tidak pernah meminta belas ihsan daripada orang lain.

2. Saliza memang seorang murid yang pintar.Namun begitu, dia jarang membantu rakannya yang lemah dalam pelajaran.

3. Jalan itu agak sunyi.Walau bagaimanapun, itulah satu-satunya jalan untuk pergi ke banglo Dato' Kamal.

4. Amirul tidak pergi ke sekolah.Sebaliknya, dia melepak di pusat permainan video.

Contoh ayat:1. Saya tidak dapat melihat dengan jelaslebih-lebih lagipada waktu malam.

2. Danish suka menonton rancangan dokumentari,tambahan pulayang berkaitan dengan haiwan.

3. Ramai suri rumah berbelanja di pasar raya itu kerana terdapat pelbagai jenis barang.Lagi pun, harganya murah.

4. Farzana mendapat tawaran belajar di luar negara.Malah, perbelanjaannya pun akan ditanggung oleh kerajaan negeri.

Contoh ayat:1. Ibunya telah meninggal dunia beberapa bulan yang lalu.Sejak itu, dia sering termenung dan kelihatan murung.

2.Badrul selalu ponteng sekolah.Lantaran itu,ibu bapanya telah dipanggiloleh pihak sekolah untuk menyelesaikan masalah tersebut.

3.Ibu bapa saya tiada di rumah ketika ini.Oleh itu, saya dan adik-adik saya tidak dibenarkan bermain di luar rumah.

4. Peperiksaan UPSR semakin hampir.Justeru, kita perlu belajar bersungguh-sungguh dan menumpukan sepenuh perhatian semasa guru sedang mengajar.

KATA GANTI NAMA DIRI Kata Ganti Nama Diri digunakan untuk menggantikan nama seseorang.Kata Ganti Nama Diri dibahagi kepada 3 jenis, iaitu :1. Kata Ganti Nama Diri Pertama2. Kata Ganti Nama Diri Kedua3. Kata Ganti Nama Diri Ketiga

Kata Ganti Nama Diri Pertama:Digunakan untuk orang yang bercakap.

Bentuk Tunggal: saya, aku, beta, patik, hambaBentuk Jamak : kami, kita

Panduan menggunakan Kata Ganti Nama Diri Pertama:Saya: - digunakan ketika bercakap dengan a) orang yang baru dikenali b) orang yang lebih tua c) teman-teman

Ayat: 1) "Saya akan pulang lewat hari kerana ada kelas tambahan," kata Hasnah kepada ibunya.

2) "Nama saya Susana,saya datang dari Pulau Pangkor," kata Susana memperkenalkan dirinya ketika menghadiri temu duga.

Aku: - digunakan ketika bercakap dengan a) orang yang sangat rapat , mesra dan sedarjat b) ketika berdoa kepada Tuhan c) tidak boleh digunakan dalam suasana rasmi seperti majlis rasmi dan surat- menyurat rasmi.Ayat: 1) "Marilah singgah di rumah aku dulu," kata Azmi kepada Azman. 2) Ya, Allah, tabahkan hati aku untuk menghadapi dugaan ini!

Beta: - digunakan oleh raja dan sultan ketika bertitah.

Ayat: 1) "Beta akan pastikan rakyat di negeri ini hidup dengan aman dan damai," titah Sultan Allauddin.

Patik: - digunakan oleh orang yang berkedudukan / berpangkat ketika bercakap dengan raja / sultan.

Ayat: 1) "Patik akan melaksanakan segala titah perintah Tuanku," sembah Hang Tuah kepada Sultan.

Hamba: - digunakan oleh orang biasa yang tidak berkedudukan / berpangkat ( dengan tujuan untuk merendahkan diri apabila bercakap dengan orang lain.

Ayat: 1) "Bolehkah hamba menumpang di kampung ini?" tanya pemuda itu.

Kami: - digunakan untuk merujuk orang yang bertutur serta rakan-rakannya. - tidak termasuk orang yang menjadi teman berbicara.

Ayat: 1)Kami akan pergi ke kedai buku sebelum berjumpa dengannya di restoran.

2) Kami tidak dapat menghadiri majlis harijadinya kerana terpaksa pulang ke kampung dengan segera.

Kita: - digunakan untuk merujuk orang yang bertutur. - termasuk orang yang menjadi teman berbicara ( merujuk kepada semua )

Ayat: 1) Walau di mana kita berada, kita haruslah ingat akan jasa ibu bapa yang memelihara kita sejak darikecil lagi.

2) "Sekolah kita akan mengadakan gotong-royong pada hari Sabtu ini," kata ketua pengawas kepada pelajar-pelajar.

Penjodoh bilangan ialah perkataan yang digunakan berpasangan dengan kata nama untuk membilang atau menyebut kata nama itu. 1) angkatan Digunakan untuk : kumpulan atau kelompok benda dan manusiaContoh : tentera, usahawan, sasterawan, belia, penulisAyat Seangkatan pegawai polis bergegas ke tempat kemalangan itu2) bakulDigunakan untuk: benda yang diisikan di dalam bakulContoh : kuih, sampah, buah, makananAyat Mak Limah membawa sebakul kuih keria untuk dijual di gerai3) barisDigunakan untuk: benda yang berderet atau manusia yang beraturContoh : ayat, rumah, murid, tulisan, kerusiAyat Dua buah baris rumah setinggan hangus dijilat api pagi tadi4) batang Digunakan untuk: : benda yang lurus, panjang, dan keras Contoh : gigi, pakuk,lilin, jalan raya, tongkatAyat Datuk berjalan dengan menggunakan sebatang tongkat rotan5) bentuk Digunakan untuk : benda yang kecil dan berbentuk lengkungContoh: : subang,cincin,mata kailAyat Balkis membeli dua bentuk cincin berlian untuk tunangnya6) BerkasDigunakan untuk: benda yang telah diikat dalam satu ikatanContoh : bulu, rotan, kunci, lidi, rantingAyat Along Ajai membawa seberkas rotan dari hutan7) bidang Digunakan untuk : benda yang lebar, luas, dan rataContoh : sawah, ladang, tanah, tikar dan permaidaniAyat Nenek membentang sebidang tikar nipah untuk tetamu yang datang.8) bijiDigunakan untuk : buah buahan dan benda yang berbentuk bulatContoh : cawan,butang,guli, pinggan, tembikaiAyat Salleh menyusun enam biji cawan di atas meja

9) bilahDigunakan untuk : senjata atau benda yang tajam dan runcingAyat : Ayu memotong kek hari jadinya dengan menggunakan sebilah pisau10) botolDigunakan untuk : bahan cecair yang diisikan ke dalam botolContoh : air, dakwat minumam, kicap, minyakAyat Datuk Anuar sempat membeli tiga botol minyak wangi ketika berada di luar negara11) buahDigunakan untuk : benda yang besar, tempat, bangunan dan semua jenis kenderaanContoh : air,dakwat,minuman,kicap,minyakAyat Hairul berasa hairan apabila melihat sebuah lori tiba-tiba berhenti di hadapan rumahnya12 bukuDigunakan untuk : benda yang berbuku dan berbongkah kecilContoh : benang,roti sabunAyat Shamsul membeli sebuku roti di kedai itu

13 Bungkus Digunakan untuk : kumpulan benda yang dibalutContoh : coklat, nasi lemak, makanan ringanAyat Emak menyediakan lima belas bungkus nasi lemak untuk dibawa ke pejabat14 ButirDigunakan untuk : benda yang kecil dan bulatContoh : peluru,telur,beras,bawang, kelapaAyat : Salmah mengupas lima butir bawang merah.15 Carik Digunakan untuk : benda yang dikoyak kecil kecil dan memanjangContoh : daun, kertas, perca kainAyat Danial menggunakan beberapa carik perca kain untuk ditampal pada lukisannya16) cebisDigunakan untuk: benda yang sudah dipotong atau dikoyak kecil kecilContoh : kertas, kainAyat Emak menampal seluar adik yang koyak dengan menggunakan secebis kain

17 cekakDigunakan untuk : benda yang dipegang secara mencekakContoh : benih padi, serai, sirih, sayur sayuranAyat : Pakcik Halim mengambil secekak benih padi dari tapak semaian18 cubit Digunakan untuk : benda yang diambil sedikit sahajaContoh : garam, gula, kuih, makananAyat Suria memasukkan secubit garam ke dalam masakannya19 cucukDigunakan untuk : benda yang dicucuk dengan lidiContoh : meriam,pistol,senapangAyat Abang membeli lima puluh cucuk sate ayam dan daging lembu

20 das Digunakan untuk : bunyi letupan dan tembakanContoh : meriam,pistol, senapangAyat Adik segera menutup telinga apabila terdengar beberapa das tembakan

21 deret Digunakan untuk : bangunan dan kenderaan yang berderet deretContoh : gerai , kedai rumah, lori, motosikalAyat Datuk saya mempunyai sederet rumah sewa di Klang22 ekarDigunakan untuk : kawasan yang luasContoh : bendang, sawah,tanah,ladangAyat Pakcik menjual beberapa ekar tanah sawahnya untuk membiayai pelajaran anaknya23 ekorDigunakan untuk : semua jenis haiwanContoh : ayam,lembu,gajah,unta zirafahAyat : Haji Ahmad memelihara dua ekor kucing parsi24) gelasDigunakan untuk : cecair yang diisikan ke dalam gelasContoh : air kelapa, susu, kacang soyaAyat Fakarudin membeli dua gelas air kacang soya di pasar malam

25 gelungDigunakan untuk : benda yang panjang dan bergelungContoh : dawai kawat, rotan, tali wayarAyat Ah Cong menggunakan dua gelung dawai untuk membuat pagar26 gemalDigunakan untuk : benda yang dikumpulkan dan diikatContoh : padi, rumput lalangAyat David membawa empat gemal rumput di belakang motosikalnya27 genggamDiguanakan untuk : benda yang boleh digenggamContoh : beras, padi, garam,pasir, pulutAyat : Nenek memasak tiga genggam pulut pagi tadi28 gerombolanDigunakan untuk : kumpulan orangContoh : askar pengganas, polis, tenteraAyat Segerombolan polis telah dikejarkan ke tempat rusuhan itu

29 gugusDigunakan untuk : kumpulan benda yang berkelompok dan buah buahan dalam setangkaiContoh : bintang, anggur, kunci, langsat, rambutanAyat : Mei Lan membeli tiga gugus langsat di gerai itu30 gulungDigunakan untuk : membilang benda yang panjang dan bergulungContoh : filem, kain, kertas, permainan, tikarAyat Nalini menjemur tiga gulung permaidani di pagar rumahnya31 gumpalDigunakan untuk : benda yang bergumpalContoh : asap, awan, kapas, kekabu, tembakauAyat : Ekor, kucing siam itu seperti segumpal kapas32 helaiDigunakan untuk : benda yang nipis, lembut, lebar, dan berkeping kepingContoh : baju, borang, cadar, tuala, sapu tanganAyat : Di dalam almari itu cuma ada sehelai baju33 hidangDigunakan untuk : makanan yang siap disajikanContoh : kuih, lauk, nasiAyat Puan Noriah menyediakan dua hidangan kuih kepada tetamu yang hadir34 hirisDigunakan untuk : benda yang sudah potong tipis tipisContoh : lobak merah, tomato, timun, dagingAyat Puan Jah meletakkan tiga hiris timun di atas hidangan nasi ayam itu35 ikat Diguanakan untuk : benda yang telah diikatContoh : atap, kayu, sayur sayuran, sirihAyat Faizah membeli dua ikat sawi dan tiga ikat kangkung36 jambakDigunakan untuk : benda yang berangkai rangkaiContoh : bunga, kunciAyat Wati berasa sungguh gembira menerima sejambak bunga daripada tunangnya37 jambanganDigunakan untuk : kumpulan bunga yang sudah digubah bungaContoh : BungaAyat Daris meletakkan jambangan bunga itu di atas mejanya

38 jemput Digunakan untuk : benda yang diambil dengan hujung jari Contoh : rempah, garam, gula, kunyitAyat Ibu menggaul ikan kembung itu dengan garam dan dua jemput serbuk kunyit39 jengkal Digunakan untuk : jarak atau lebar sesuatu benda atau tempat dengan menggunakan kedua dua hujung jari tanganContoh : kain, benang,tali dawaiAyat : Panjang meja tulis itu lima jengkal40 KajangDigunakan untuk : benda yang berbentuk lebarContoh : kain, kertas, layarAyatHadi memerlukan empat kajang kertas untuk menampal dinding biliknya41 kakiDigunakan untuk : benda yang bertangkaiContoh : payung, lilin, cendawanAyat : Lina meletakkan sekaki payung di belakang pintu

42 kalungDigunakan untuk : benda yang diikat secara bersembunyi dalam bentuk bulatanContoh : manik, mutiara, Ayat Encik Ravi menempah dua kalung bunga malai untuk majlis perkahwinan anaknya43 ) Kandang Digunakan untuk : haiwan yang berada di dalam kandangContoh : lembu, kambing, kerbau, kuda, biri,biriAyat Pak Din berasa sedih kerana sekandang lembunya terkena penyakit kuku dan mulut44 kapur Digunakan untuk : sirih yang telah siap dikapurkanContoh : sirihAyat Nenek mengunyah sekapur sirih sambil mengayam tikar45karanganDigunakan untuk : bunga siap digubahContoh : pelbagai jenis bungaAyat Puan Jamilah mendapat sekarangan bunga daripada pekerja - pekerja sempena hari jadinya46 kawanDigunakan untuk : kumpulan haiwanContoh : burung, gajah, lebah, merpati, serigalaAyat : sekawan gajah telah merosakkan tanaman pisang di kampung itu47 kelompokDigunakan untuk : kumpulan benda, haiwan dan manusiaContoh : pulau, nelayan, bintang, gajah, juruteraAyatNina asyik melihat sekelompok bintang yang berkelipan pada malam itu48 Kepal Digunakan untuk : benda yang boleh dikepalContoh : nasi,pulut,tanah, dodolAyat Fatin makan dua kepal pulut yang ditanak oleh neneknya49 KEPINGDigunakan untuk : benda yang rata, nipis dan lebarContoh : biskut, gambarAyat Zainal makan tiga keping biskut sahaja pada waktu rehat

50 KEPULDigunakan untuk : benda yang berkepul-kepulContoh : asap,awan,wapAyat Siti menjerit jerit apabila melihat kepul asap hitam dari dapur rumahnya

3