Pencairan Glasier Iceland

  • Upload
    najwadz

  • View
    170

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Pencairan Glasier Iceland

Glasier Breidamerkurjokull di Iceland seperti yang ditunjukkan dalam imej Landsat, mengalami pengurangan sejak 1973. Ini dijangka oleh ahli glasiologis bahawa glasier ini berkurang lebih cepat dalam tahun lewat 1990-an berbanding dalam lewat 1980-an atau 1970-an. Setelah dianalisis dengan teliti oleh ahli glasiologis NASA, Dorothy Hall, meyimpulkan bahawa pengurangan yang berlaku sejak 1997 hingga 2000 adalah pada kadar yang sama antara tahun 1973 dan 2000.

Saintis Kini Sahkan Glasier Himalaya Sedang CairKATHMANDU: Para saintis yang membuat kajian tentang pemanasan global mengesahkan bahawa glasier di pergunung Himalaya iaitu banjaran tertinggi di muka bumi kini sedang mencair pada kadar yang paling pantas dalam tempoh 30 tahun. Penemuan itu, yang diterbitkan dalam tiga laporan oleh Pusat Pembangunan Integrasi Gunung Antarabangsa (ICIMOD), menunjukkan glasier di sekitar Himalaya telah menguncup sebanyak 21 peratus dan di Bhutan pula sebanyak 22 peratus dalam tempoh 30 tahun. Laporan ini yang dibentangkan pada Persidangan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu Mengenai Iklim di Durban, Afrika Selatan, merupakan yang paling komprehensif yang pernah dilaporkan mengenai status ais atau glasier yang sedang mencair di banjaran Himalaya. Ini mengesahkan kebimbangan sebahagian besar saintis yang membuat jangkaan bahawa glasier di banjaran tersebut akan cair sepenuhnya menjelang 2035. Projek selama tiga tahun ICIMOD yang ditaja oleh Kerajaan Sweden menunjukkan 10 litupan glasier yang dikaji memperlihatkan pengucupan yang bukan sahaja ketara tetapi pantas dari tahun 2002 hingga 2005. Satu lagi kajian mendapati, terdapatnya pengurangan taburan salji yang ketara pada sepanjang banjaran Himalaya dalam tempoh 10 tahun kebelakangan ini. "Laporan ini memberikan indikasi yang jelas di manakah akan berlaku perubahan yang ketara pada eko-sistem global," kata Rajendra Pachauri, pengerusi Panel Antara Kerajaan Mengenai Perubahan Iklim Dunia(IPCC). Kebimbangan saintis ialah bagaimanakah perubahan pada iklim di banjaran itu akan menjejaskan kehidupan 1.3 bilion manusia yang bermastautin di sepanjang lembah dan kawasan yang dilalui oleh sungai-sungai yang berpunca dari pergunungan Himalaya.

Yang pasti, pencairan glasier di Himalaya akan menyumbang kepada kenaikkan para laut. Satu lagi kebimbangan saintis ialah glasier yang mencair akan membentuk tasik-tasik besar di kaki gunung Himalaya dan seandainya ia pecah atau melimpah, apakah bentuk malapetaka yang akan menimpa berjuta-juta manusia yang bermastautin di sepanjangan basin hiliran.

glasier1. timbunan besar ais yang bergerak perlahan-lahan menuruni cerun atau merebak ke permukaan bumi.

GLASIER DI HIMALAYA SEMAKIN MENYUSUT DAN AKAN LENYAP AKIBAT PEMANASAN GLOBALWRITTEN BY FOON WENG LIAN TUESDAY, 16 AUGUST 2011 09:42

Menurut para penyelidik Jepun, kajian mereka menunjukkan sekurang-kurangnya tiga glasier di Himalaya sedang mengalami menyusut dalam sepanjang tempoh 40 tahun lalu akibat daripada permanasan global. Dua daripada tiga glasier tersebut, yang terletak di tengah dan timur Nepal, berkemungkinan besar akan hilang pada masa yang akan datang. Dengan menggunakan sistem GPS (Global Positioning System) dan simulasi, mereka mendapati bahawa kadar penyusutan dua glasier, iaitu Yala di tengah dan AX010 di timur Nepal, telah meningkat sejak 10 tahun kebelakangan ini berbanding dengan 1970-an dan 1980-an. Glasier di Yala telah menyusut sebanyak 0.8m, manakala AX010 sebanyak 0.81m dalam tempoh 2000-2010, berbanding dengan 0.68m dan 0.72m 20 tahun dahulu. Peningkatan kadar penyusutan ini dipercayai berkait rapat dengan pemanasan global. Penyusutan itu mungkin akan meningkat lagi dalam masa yang akan datang. Glasier di Yala dan AX berkemungkinan besar akan hilang sekiranya pemanasan global terus berlaku sehingga menyebabkan suhu Bumi meningkat. Namun, satu lagi kajian dan simulasi masih diperlukan untuk mengetahui bilakah glasier tersebut akan lenyap. Himalaya merupakan banjaran gunung yang merangkumi 15,000 glasier dan terletaknya gunung tertinggi di dunia seperti Gunung Everest dan Gunung K2. Selain daripada perubahan iklim dan kelembapan, ketinggian juga merupakan faktor utama yang memastikan kewujudan glasier. Glasier Rikha Samba di barat Nepal juga sedang mengalami penyusutan sejak 1970, namun kadarnya berkurang ke 0.48m dalam 10 tahun terdekat ini berbanding dengan 0.57m setahun 30 tahun yang lalu. Ini disebabkan oleh glasier

tersebut terletak di 5700m dan merupakan altitud yang tinggi yang menyebabkan kehilangan glasier dapat digantikan dengan pengumpulan salji yang lebih banyak. Untuk Yala dan AX pula, kedua-dua glasier ini terletak pada altitud yang lebih rendah dan kadar pengumpulan salji adalah lebih rendah. Oleh sebab itu, kedua-dua glasier ini sedang menghadapi ancaman yang serius iaitu berkemungkinan besar akan lenyap daripada permukaan banjaran tersebut. Glasier di Banjaran Himalaya merupakan sumber air yang terpenting kepada benua Asia. Ia menyalurkan sumber air mentah kepada sungai-sungai yang penting di negara-negara seperti India dan China. Oleh itu, sekiranya glasier-glasier tersebut lenyap, maka akan berlakunya kekurangan bekalan sumber air kepada negara-negara tersebut. Foon Weng Lian Forum Air Malaysia

Definisi Pemanasan global berkaitan dengan peningkatan suhu dunia. Suhu bumi telah meningkat dua darjah dan kadarnya berbeza mengikut benua dan kawasan tertentu. Kajian mendapati kawasan Artik lebih pantas menjadi panas berbanding kawasan lain. Perubahan iklim biasanya berlaku dalam tempoh 10,000 tahun tetapi kini perubahan iklim berubah dalam tempoh 100 tahun sahaja, jarak hanya 2 generasi sahaja.

Suhu bumi meningkat sejak tahun-tahun 90an. Kajian mendapati iklim panas melampau di Perancis, iklim lebih panas di rantau Siberia dan pencairan "permafrost" (lapisan tanah yang kekal beku di rantau paling sejuk) terutamanya di rantau Artik. Ahli sains meramalkan keseluruhan ais laut di Artik akan cair pada musim panas 2099. Litupan ais Greenland dan Antartika Barat akan mencair . Paras laut akan meningkat kira-kira 7 meter secara mendadak.

Faktor pemanasan global Panel Antara Kerajaan tentang Perubahan Cuaca (IPCC) ditubuhkan pada 1988 oleh Pertubuhan Meteorologi Sedunia serta Program Alam Sekitar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Kegiatan terasnya adalah menyemak dan menilai maklumat saintifik, teknikal dan sosioekonomi yang terkini. Saintis alam sekitar telah ditempatkan dipelbagai lokasi strategik dan mengumpulkan laporan ilkim dan cuaca seluruh dunia secara sistermatik. Dapatan daripada kajian ini amat memeranjatkan terutama berhubung tentang faktor pemanasan global dan kesan jangka pendek dan panjang daripadanya. * Laporan 1 (1990) dan Laporan 2 (1995) IPCC menunjukkan banyak ketidakpastian iklim dunia dan bersifat negatif . Pemanasan global ini akan menjejaskan manusia atau tamadunnya. * Laporan ketiga (2001) berkisar kepada "Menangani Perubahan Iklim. * Laporan Penilaian Keempat tentang (Perubahan Iklim 2007) .

Kajian mendapati 98 % punca pemanasan global ialah pelepasan karbon dioksida akibat pembakaran bahan bakar fosil yang telah dilakukan sejak abad ke-18. . Perubahan penggunaan tanah menyumbang 30 peratus pelepasan karbon dioksida. Kesan rumah hijau lebih hebat dan iklim dunia akan berubah secara mendadak, tanpa dapat dibendung lagi.

Pelepasan karbon dioksida Impak pelepasan karbon dioksida tidak difahami ramai kerana gas tersebut tidak berbau dan bukan toksik.Konsentrasi karbon dioksida di atmosfera telah meningkat daripada kira-kira 280 bahagian sejuta (ppm) dicatat di kurun ke-18 (sebelum era revolusi perindustrian) kepada 379 ppm pada tahun 2005.

Menjelang 2099 kadarnya meningkat kepada 700 ppm jika cara hidup sekarang berterusan. Secara bandingan , planet lain seperti Marikh,

suhunya kira-kira 400 darjah celcius dan 90 peratus daripada atmosferanya adalah karbon dioksida. Hampir tiada kehidupan di Marikh dan bumi akan menjadi seperti itu.

IPCC mendesak seluruh kerajaan dan penduduk dunia menstabilkan tahap karbon dioksida di atmosfera kepada paras yang boleh diuruskan iaitu 450 ppm. Bagi menghapuskan kepekatan karbon dioksida di dalam atmosfera, ia mengambil masa antara 200 atau 300 tahun . Walau apapun tindakan pemulihan dilakukan , untuk kembali pulih amat sedikit.

Mulai abad ke-18 majoriti warga dunia menggunakan bahan bakar fosil daripada sumber asas air atau kayu . Dunia ada banyak alternatif tetapi kita tidak menggunakannya secara bijak , berkesan dan menyeluruh. Kita terlalu bergantung kepada bahan bakar fosil. Negara membangun seperti India dan China tidak setuju dengan pengurangan pengggunaan bahan bakar fosil. 2 bilion penduduk di India dan China menggunakan bahan bakar fosil secara keterlaluan.

Kesan pemanasan global di Malaysia Sumber ekosistem yang ada telah digunakan ke paras maksimum dengan penangkapan ikan berlebihan dan pemupusan kawasan besar hutan. Enam bilion penduduk dunia kini menggunakan sumber asli bumi secara berlebihan dan tidak terkawal . Jika pemanasan global berterusan , manusia dan tamdunnya akan pupus sebagaimana pupusnya dinosaur.

Ramalan saintis menunjukkan peningkatan 7.0 meter paras laut, kawasan rendah seperti Kuala Muda (Kedah) dan Kelantan akan ditenggelami air. Keadaan monsun akan bertukar sama sekali kerana kita akan menerima lebih banyak hujan sewaktu monsun timur laut, yang bermakna lebih banyak kejadian banjir.

Kesedaran rakyat Malaysia dan amnya masyarakat dunia sukar ditingkatkan. Hanya 3 /10 rakyat Malaysia yang prihatin kepada isu-isu alam sekitar. Kejadian gempa bumi 26 Disember 2004 dan banjir besar di Johor adalah pengajaran terbaik. Mendidik bukanlah untuk membuat mereka cemas tetapi meminta mereka bertindak secara betul dan tepat.

Tenaga alternatif

Tenaga alternatif seperti tenaga nuklear dan suria sebagai alternatif yang berdaya maju. Malaysia perlu meneroka dan mempelajari sendiri

tenaga nuklear sebagaimana Korea dan Jepun. Malaysia menerima 300 hingga 400 watt satu meter persegi cahaya matahari.

Sumber: Wikipedia, Bahasa Melayu BERITA Bandar 'Hilang'

Paras air laut meningkat akibat pemanasan global ancam 7 kawasan di Malaysia JOHOR BAHRU: Beberapa bandar di negara ini yang terletak di kawasan rendah, terutama berhampiran pantai berkemungkinan ditenggelami air laut dalam tempoh sembilan tahun akan datang berikutan fenomena paras air laut yang semakin meningkat akibat pemanasan global. Jika fenomena itu berterusan secara konsisten dan tiada langkah pencegahan dirangka dari awal, antara kawasan berisiko tinggi ditenggelami pada tahun 2020 kelak ialah Batu Pahat, Melaka, Pulau Pinang, Miri, Klang, Selangor dan Pekan. Kemungkinan mengenai kejadian itu ditemui pakar Fakulti Kejuruteraan

Awam dan Alam Sekitar dari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) hasil analisis data paras air laut yang direkodkan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) sejak 2004. Prof Ir Dr Abdul Aziz Abdul Samad yang juga Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) universiti itu, berkata data paras air laut yang dianalisis Pensyarah Jabatan Kejuruteraan Air dan Persekitaran, Dr Tan Lai Wai, mendapati sejak 2004 sehingga awal tahun ini, paras air laut negara meningkat secara purata 10 sentimeter (sm) setiap tahun.

Sumber: Berita Harian, 18 Mei 2011

Fenomena Pemanasan Global

Tangani fenomena pemanasan global

BARU-BARU ini, Parlimen telah berbahas mengenai isu pemanasan global yang memberi kesan kepada keadaan iklim dan cuaca negara ini. Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk S. Sothinathan dalam sesi perbahasan berkata tiada jaminan kejadian seperti banjir di Johor awal tahun lalu tidak berulang dan menerima taburan hujan yang tinggi daripada paras normal.

Pemanasan global ialah keadaan alam sekitar yang mengalami peningkatan suhu yang tinggi berbanding suhu normal. Pemanasan berlaku di seluruh dunia yang diakibatkan oleh aktiviti manusia seperti penebangan hutan, kegiatan perkilangan dan industri, permotoran, penerokaan hutan, pembangunan hutan batu dan

pengautan khazanah-khazanah alam sama ada di atas atau di dalam perut bumi.

Kesan saintifik pemanasan global ialah tahap pencairan salji di Kutub Utara semakin tinggi, paras air laut meningkat dan keluasan saiz daratan semakin mengecil. Kesan material ialah kejadian bencana alam seperti kemarau, banjir dan kebakaran manakala kesan kemanusiaan termasuklah kehilangan nyawa dan kecederaan.

Sebelum ini, kita pernah menyalahkan negara jiran kononnya menjadi punca keadaan jerebu dan pemanasan kawasan hampir seluruh negara yang diakibatkan aktiviti pembakaran hutan di negara tersebut.

Namun demikian, jika kita kaji dan teliti sebenarnya tidak banyak berlaku perubahan pemanasan alam sekitar sama ada semasa jerebu ataupun tidak. Mengapa keadaan ini berlaku? Faktor kebakaran hutan hanyalah sebagai sebahagian penyumbang kepada pemanasan global. Banyak faktor lain yang mempengaruhi pemanasan alam sekitar ini.

Ahli-ahli sains dan geografi sependapat mengatakan punca utama pemanasan global ialah nipisnya lapisan ozon yang diakibatkan oleh pelepasan gas khususnya klorofluorokarbon (CFC).

Jika kita prihatin dan sedar, tahun 2005 adalah musim berlakunya ribut taufan yang sangat aktif. Difahamkan sebanyak 26 kejadian ribut dan 14 kejadian puting beliung telah berlaku. Buat pertama kali, taufan ganas iaitu Katrina, Rita dan Wilma terjadi dalam satu musim. Kejadian ribut taufan ini bukan sahaja melanda Benua Amerika, malahan menyerang juga negara China, Korea, dan pantai sekitar Laut China Utara.

Pada tahun lepas pula dikhabarkan penduduk di beberapa negara di Afrika yang lazimnya terkenal sebagai negara panas kerana mempunyai

kawasan gurun yang sangat luas telah menyaksikan salji dalam tempoh 25 tahun.

Di Eropah pula, diberitakan bahawa banyak kematian berlaku yang berpunca daripada kepanasan melampau pada bulan Julai lalu dan di Paris sahaja, seramai 29 orang telah maut. Walaupun kejadian ini tidak tidak seburuk kepanasan yang berlaku pada tahun 2003 yang menyebabkan kira-kira 15,000 maut di Perancis dan 20,000 telah maut di Itali.

Sebuah jurnal terkenal melaporkan bahawa keadaan kemarau panjang serta panas dan kering telah menyebabkan kebakaran hutan yang memusnahkan lebih daripada 8.5 juta ekar kawasan dunia dan menghapuskan lebih 1 juta spesies hidupan di darat dalam jangka masa 50 tahun. Kejadian ini ada kaitannya dengan pemanasan global.

Sebenarnya, isu peningkatan suhu atau pemanasan terjadi disebabkan pelbagai faktor. Selain daripada penipisan ozon, kejadian kemarau dan jerebu, kejadian pulau haba dan kesan rumah hijau juga memberi galakan kepada isu pemanasan global.

Kesan rumah hijau terjadi kerana berlakunya peningkatan pelepasan gas seperti karbon dioksida, nitrogen monoksida dan metana ke atmosfera seumpama pembebasan CFC. Pulau haba pula berlaku apabila pelepasan haba di kawasan membangun khususnya di bandarbandar terlalu banyak dan tersekat oleh bangunan-bangunan tinggi pencakar langit. Haba yang tidak dapat dilepaskan ke atmosfera itu akan membahangi kawasan sekitar.

Kesan dan bahang pemanasan global juga telah mengganggu sistem cuaca dan iklim di negara kita secara tidak langsung. Iklim Khatulistiwa dengan panas dan lembap sepanjang tahun telah tidak berada pada paras yang normal. Kejadian banjir besar di Johor pada awal tahun lalu itu adalah antara kejadian yang membuka mata banyak pihak di negara kita.

Amaran Peristiwa banjir besar yang menenggelamkan sebahagian petempatan di Lembah Klang seperti di Batu Tiga dan Taman Tun Dr. Ismail juga memberi kesan mendalam dan seolah-olah mahu memberikan amaran kepada negara kita bahawa peristiwa besar itu tidak akan berhenti malah akan terjadi pada bila-bila masa.

Umpama peribahasa, 'sediakan payung sebelum hujan' dan 'mencegah lebih baik daripada mengubati', langkah-langkah awal pencegahan atau meminimumkan kesannya adalah perlu supaya kejadian seperti itu tidak memburukkan imej pengurusan alam sekitar dan pembangunan negara.

Negara tidak boleh berkompromi dengan tanggungjawab sosial menjaga dan memelihara alam sekitar. Pendidikan alam sekitar kepada generasi muda perlu dimulakan sejak di rumah atau di bangku sekolah lagi. Pendidikan kepada generasi tua juga penting dilakukan kerana ada golongan yang kaya, mewah dan berpelajaran tetapi tidak mengambil berat soal alam sekitar.

Pusat pengajian tinggi atau jabatan-jabatan tertentu mesti melakukan kajian agar kejadian yang disebabkan oleh fenomena alam termasuk pemanasan dunia dapat boleh diminimumkan kesannya. Langkahlangkah lain boleh juga dilakukan seperti penanaman hutan semula, kitar semula, kempen kesedaran dan penggunaan sumber tenaga yang mesra alam. Kejayaan melaksanakan tugasan ini akan memberi keselesaan dan keselamatan kepada penduduk.

Langkah-langkah negara lain seperti sistem Green Dot di Jerman, cukai bahan buangan di Denmark dan mengharamkan pengedaran beg plastik dan alas meja pakai buang di Taiwan patut menjadi teladan dan dorongan ke arah mesra alam sekitar di negara ini.

Green Dot di Jerman ialah sistem kitar semula bahan-bahan pembungkus. Bahan-bahan pembungkus yang mempunyai green dot ini

akan dikutip, diasingkan dan dikitar semula. Cukai bahan buangan di Denmark yang dihantar ke pusat pelupusan dan insinerator akan dikenakan tetapi tidak kepada bahan buangan yang akan dikitar semula. Pembuangan, dan pembakaran beg plastik pula memberi kesan buruk kepada persekitaran kerana menjadi punca sampah dan kekotoran.

Isu pemanasan global adalah isu dunia dan bukan sahaja negara kita yang terlibat. Sumbangan negara kita ke atas pemanasan global

mungkin tidak seberapa namun, sebagai satu sumbangan global, negara kita juga perlu melaksanakan ikhtiar agar tidak menyumbang untuk memanaskan alam sekitar.