39
1.0 PENGENALAN 1.1 Am Pencawang Elektrik sistem pembahagian merupakan punca bekalan dimana nilai voltan diubah daripada voltan tinggi seperti 33kV, 22kV, 11kV dan 6.6kV ke voltan rendah iaitu 433/250V. Ia juga adalah punca beban diagihkan kepada pengguna. Tenaga Nasional Berhad Distribution (TNBD) menggunakan sistem voltan 33/0.433kV, 22/0.433kV, 11/0.433kV dan 6.6/0.433kV bagi pencawang elektrik untuk dibekalkan kepada pengguna voltan rendah walaupun ada pengguna- pengguna besar yang dibekalkan terus dari Pencawang Masuk Utama (PMU), Pencawang Pengagihan Utama (PPU) atau Stesen Suis Utama (SSU).

PENCAWANG ELEKTRIK1

Embed Size (px)

DESCRIPTION

pencawang elektrik

Citation preview

Page 1: PENCAWANG ELEKTRIK1

1.0 PENGENALAN

1.1 Am

Pencawang Elektrik sistem pembahagian merupakan punca bekalan dimana

nilai voltan diubah daripada voltan tinggi seperti 33kV, 22kV, 11kV dan 6.6kV

ke voltan rendah iaitu 433/250V. Ia juga adalah punca beban diagihkan kepada

pengguna.

Tenaga Nasional Berhad Distribution (TNBD) menggunakan sistem voltan

33/0.433kV, 22/0.433kV, 11/0.433kV dan 6.6/0.433kV bagi pencawang elektrik

untuk dibekalkan kepada pengguna voltan rendah walaupun ada pengguna-

pengguna besar yang dibekalkan terus dari Pencawang Masuk Utama (PMU),

Pencawang Pengagihan Utama (PPU) atau Stesen Suis Utama (SSU).

Page 2: PENCAWANG ELEKTRIK1

2.0 DEFINASI

2.1 Definasi Am

Pencawang elektrik pembahagian adalah penempatan dan pemasangan

beberapa perkakasan atau radas elektrik seperti alat pensuisan voltan tinggi,

pengubah tiga fasa, kabel voltan tinggi, kabel voltan rendah dan papan

pengagihan voltan rendah, pengecas bateri dan lain lain lagi yang digunakan

untuk mengarahkan pengaliran tenaga elektrik dalam sistem kuasa dan

memastikan keselamatan sistem dengan menyediakan satu skim perlindungan.

Pencawang Elektrik, secara asas mengandungi satu atau beberapa litar

pendatang (in-coming) dan keluar (out-going) yang dikawal oleh alat pensuisan

voltan tinggi dan bertemu disatu atau lebih sistem basbar yang sama.

Secara amnya, pencawang elektrik adalah poin dalam sistem pembahagian

dimana:

Beberapa perkakasan atau radas elektrik dipasang dan digunakan untuk

mengarah pengaliran tenaga elektrik dalam sistem kuasa.

Kepastian keselamatan pada sistem tersebut dengan menyediakan satu

skim perlindungan otomatik.

Satu atau beberapa litar pendatang dan keluar bertemu pada satu atau

lebih sistem basbar dan dikawal oleh alat pensuisan voltan tinggi yang

kemudiannya dikendalikan untuk penyuisan.

Nilai voltan diubah dan dikawal.

Beban diagih, dikawal dan dilindungi

Page 3: PENCAWANG ELEKTRIK1

2.2 Mengikut Peraturan-Peraturan Elektrik 1994 Dari Akta Bekalan Elektrik 447 1990

"Pencawang ertinya mana-mana premis atau bahagiannya yang terkepung

yang mempunyai radas sama ada untuk mengubah atau menurunkan tenaga

kepada atau daripada voltan tinggi (selain daripada mengubah atau

menurunkan tenaga semata-mata bagi pengendalian peranti pensuisan atau

peralatan), atau untuk pensuisan, pengawalan atau pengawalseliaan tenaga

pada voltan tinggi dan yang cukup besar untuk membolehkan orang masuk

selepas radas diletakkan pada tempat itu, dan termasuk radas di dalamnya.

Page 4: PENCAWANG ELEKTRIK1

3.0 Kriteria Bagi Pemilihan Pembinaan Pencawang

3.1 Pencawang elektik dibina atas sesab-sebab tertentu dan kriteria bagi pemilihan pembinaan pencawang adalah seperti berikut:

Keperluan dan jenis pengguna seperti kampung, taman

perumahan, hotel, industri kecil atau besar dll.

Memperkukuhkan sistem pembahagian voltan tinggi atau voltan rendah

Lokasi fizikal pencawang

Kos

Jenis pencawang dan alatsuis yang akan digunakan

Keadaan beban dan pengagihan beban dalam jangka masa panjang

Bekalan untuk pencawang

Komponen dan Alat kawalan sepert SCADA, RTU, Kapasitor Bank dll

3.2 Kriteria tersebut diatas boleh di bahagikan seperti berikut:

KEPERLUAN PENCAWANG

JENIS PENCAWANG

Pengguna Voltan Rendah P/E Atas Tiang. P/E Berbangunan, P/E Luar

Berpagar, P/E Padat

Kendalian Penyuisan Menggunakan Unit Gegelang Utama P/E

Berbangunan, P/E Luar Berpagar, P/E Compact

Sistem Perlindungan Menggunakan Pemutus Litar –

P/E Berbangunan,

Alat Kawalan Otomatik

Seperti SCADA

Menggunakan Unit Gegelang Utama Atau

Pemutus Litar – P/E Berbangun

Page 5: PENCAWANG ELEKTRIK1

4.0 KATEGORI PENCAWANG

4.1 Kategori pencawang

Kategori pencawang yang terdapat dalam sistem pembahagian TNB adalah

seperti berikut:

a. Pencawang Masuk Utama - PMUPunca penyambungan antara sistem penghantaran dan pembahagian

dimana nilai voltan sistem penghantaran di rendahkan untuk sistem

pembahagian.

275kV/132kV/33kV/11kV

132kV/33kV/11kV

132kV/11kV

b. Pencawang Pembahagian Utama - PPUPunca penyambungan sistem pembahagian 33kV dan 11KV atau

22kV dan 11kV (di negri Perak dan Johor sahaja) dimana nilai voltan

33kV atau 22kV di rendahkan untuk rangkaian 11kV. Keupayaan

pengubah yang biasa digunakan ialah 7.5 MVA, 15 MVA dan 30 MVA.

33kV/11kV

22kV/11kV

c. Stesen Suis Utama - SSUStesen Suis Utama adalah pengumpulan dan pemasangan pemutus litar

voltan tinggi 33kV, 22kV atau 11kV sahaja tanpa pengubah yang

diwujudkan bagi tujuan:

membekal pengguna besar 33kV, 22kV atau 11kV.

Mengukuh rangkaian 33kV, 22kV atau 11kV.

d. Pencawang Elektrik – P/EPencawang Elektrik adalah punca dimana nilai voltan 33kV, 22kV dan

11kV direndahkan kepada 433/250 V bagi membekalkan tenaga elektrik

Page 6: PENCAWANG ELEKTRIK1

kepada pengguna kecil dan domestik melalui sesalur talian atas atau

kabel voltan rendah.

Keupayaan pengubah yang biasa di gunakan ialah 100 KVA, 300 KVA,

500 KVA, 750 KVA dan 1000 KVA.

Alat pensuisan yang biasa digunakan dalam pencawang elektriki adaiah

Unit Gegelang Utama (Ring Main Unit)

Page 7: PENCAWANG ELEKTRIK1

5.0 KATEGORI PENCAWANG

5.1 Keluasan Tanah Dan Bangunan Pencawang

Berikut adalah keluasan tanah dan saiz bangunan pencawang yang

biasa diguna pakai dalam sistem pembahagian.

Bil Kategori Pencawang

Jenis Keluasan Tanah

Saiz Bangunan

1

PPU

Berbangunan Atau Gas Insulated Substation

46.0m x 46.0m Mengikut

kesesuian

setempat

2

PPU

Berbangunan

Satu tingkat

3

PPU

Berbangunan

Dua tingkat

4

SSU

Berbangunan 31.0 m x 31.0m 24.0m x 9.1m

5

P/Elektrik

Berbangunan

Satu

Chamber

14.63m x 14.63m 7.67m x 5.72m

6

P/Elektrik

Berbangunan

Dua

Chamber

17.68m x 14.63m 10.67m x 5.72m

7

P/Elektrik Padat 5.0m x 5.0m 2.5m x 2.5m

Page 8: PENCAWANG ELEKTRIK1

6.0 JENIS DAN REKABENTUK PENCAWANG PEMBAHAGIAN

6.1 Komponen Komponen Pencawang Elektrik

Komponen-komponen asas terpasang dalam Pencawang Elektrik :

Kepungan Bangunan, Pagar, Kiosk Terlitup Logam

atau Tiang

Alat Pensuisan Voltan Tinggi Pemutus Litar, Unit Gegelang Utama,

& Voltan Rendah Pengasing, Papan Pengagihan Voltan

Rendah, Fius

Alatubah 3 Fasa

Kabel Voltan Tinggi Dan Voltan Rendah

Sistem Perlindungan Geganti, Fius

Sistem Pembumian Letrod Bumi, Penangkap Kilat

Alat Pemadam Api CO2

Capacitor Bank Memperbaiki Faktor Kuasa

Sistem Bekalan Arus Terus DC 110V, 48V dan 30V

Arahan Pertolongan Cemas

Tikar Getah Dalam Pencawang Berbangunan

Page 9: PENCAWANG ELEKTRIK1

6.2 Jenis Pencawang Elektrik

Jenis dan rekabentuk pencawang elektrik yang terdapat dalam sistem

pembahagian TNB adalah seperti berikut:

Bil Jenis Pencawang

1 P/E Berbangunan

- Berasingan

- Bersama bangunan lain

2 P/E Luar Berpagar

3 P/E Atas Tiang

- Dua Tiang

- Empat Tiang

4 P/E Padat

6.3 Rekabentuk Pencawang Berbangunan 11/0.433kv

Page 10: PENCAWANG ELEKTRIK1

Pencawang berbangunan biasanya di dirikan dalam taman perumahan dan

kilang. Satu kebaikan pencawang ini ialah semua perkakasan terdapat di

dalam bangunan konkrit yang dipagarkan, maka selamat kepada orang awam

dan haiwan.

Panduan Kejuruteraan Bil 157/2001 melalui Arahan Kejuruteraan Bil 143/2001

yang dikeluarkan oleh jabatan kejuruteraan TNBD memberi garis panduan

untuk seragamkan rekabentuk pencawang berbangunan satu chamber dan

dua chamber di semua negri.

Mengikut panduan tersebut, ciri-ciri rekabentuk asas utama yang perlu diikuti

adalah seperti berikut:

▫ Saiz/ dimensi pencawang

▫ Foundation pencawang

▫ Reinforced Concrete (RC) Floor Loading Factors Pencawang

▫ Bilik Alatubah

▫ Bilik Alatsuis

▫ Bumbung jenis RC Flat Roof

▫ Dinding Pencawang

▫ Damp proof Course (DPC) untuk ground beam

▫ Pintu & Tingkap

▫ Pagar dan Pintu Pagar

▫ Warna dan logo

▫ Peparit (trenches) dan checkered plate

▫ pendawaian dan pepasangan pencawang

6.4 Saiz Bangunan / Dimensi

Page 11: PENCAWANG ELEKTRIK1

Jenis Pencawang

Keperluan Rekabentuk Dua Chamber Satu Chamber

Keperluan Tanah 60 kaki X 50 kaki

18,290mm X 15240mm

50 kaki X 50 kaki

15240mm X 15240mm

Saiz Bangunan 18.75 kaki X 35.17 kaki

5720mm X 10,270mm

18.75 kaki X 25.17 kaki

5720mm X 76700mm

FoundationFoundation untuk pencawang bergantung pada keadaan tanah dan jika

keadaan tidak bersesuian, piling harus dilakukan.

Faktor Beban Lantai RC (Reinforced Floor Loading factors)Beban berikut harsus diikuti semasa merekabentuk lantai RC pencawang

Bilik Perkakasan Mass/weight

Alatubah Alatubah 5000kg

Alat Pensuisan VCB atau UGU

VCB – setiap panel

Panjang -1800mm

Lebar - 600mm

Tinggi - 2300mm

1000kg/panel

(6 panel VCB/UGU

dalam satu bilik)

Kriteria rekabentuk – 10KN/m2

Piawaian yang harus diikuti ialah Code of Practice CP 3 Chapter V Part 2 1972

dan BS 6399 Part 1, 1984 atau lain yang di luluskan oleh TNB

Bilik AlatubahLantai bilik mesti menahan keberatan alatubah.Sekiranya keadaan tanah tidak

sesuai, tapak alatubah mesti di bina dengan cerucuk (piling) atau cross beam.

Bilik Alat Pensuisan

Page 12: PENCAWANG ELEKTRIK1

Bilik alat pensuisan dipasang dengan pemutus litar hampagas atau unit

gegelang utama dimana dimensinya ialah panjang 1800mm. lebar 600mm dan

tinggi 2300mm dengan jisim atau massa 1000kg. Bilik alat pensuisan biasanya

dapat dipasang dengan 6 pemutus litar hampagas / unit gegelang utama.

Bumbung Bumbung pencawang adalah rata dan konkritnya tidak kalis air dan tidak retak.

DindingBata untuk dinding adalah jenis ‘well-burnt red clay bricks’ dengan campuran

simen pasir mortar. Tebal dinding sekeliling ialah 230mm termasuk dinding

penghadang antara bilik pensuisan dan bilik alatubah.

Pintu & TingkapSemua pintu dan tingkap mesti diperbuat dari bahan tersebut

Anodized Brown Aluminum

Composite – Fibre Reinforced Plastic

Mild Steel (untuk kes tertentu di mana kecurian dan kerosakan harta

benda awam berlaku)

Jenis Fibre Reinforced Plastic adalah bahan pilihan dan semua tingkap mesti

dipasang dengan ‘anti vermin netting’ diluar.

Gate & PagarKetinggian gate dan pagar ialah 2.135m atau 7 kaki dan pagar diperbuat dari

besi bergalvani ‘chain-link’ berukuran 63mm X 63mm saiz SWG 10

CatSemua warna cat mesti lah mengikut warna korporat TNB dan jika warna lain

perlu digunakan untuk sesuian keadaan sekitar, kosnya ditanggung oleh

pemaju.

Peparit dan Plat Berpetak

Page 13: PENCAWANG ELEKTRIK1

Semua peparit dalam pencawang mesti di tutup dengan plat berpetak 6mm

tebal untuk peparit 600mm dan 9mm tebal untuk peparit 1200mm. Plat penutup

dipotong dengan ukuran 610mm lebar dengan lubang pengangkat. Setiap plat

di kimpal dengan 2 nombor 150 panjang 25X25 MS Angle Iron sebagai

‘stopper’.

Pendawaian Pendawaian fasa tunggal dengan konduit PVK termasuk Main Switch, ELCB,

MCB dan papan pengagihan termasuk pembumian berasingan.

Page 14: PENCAWANG ELEKTRIK1
Page 15: PENCAWANG ELEKTRIK1
Page 16: PENCAWANG ELEKTRIK1

6.4 Rekabentuk Pencawang Luar Berpagar 11/0.433kv

Pembinaan Pencawang Elektrik Luar berpagar lebih berekonomi kalau

dibandingkan dengan pembinaan P/E Berbangunan kerana kos untuk

mendirikan bangunan tidak perlu.

Pencawang ini biasanya di bina untuk projek memperkukuhkan sistem, kilang

atau bekalan elektrik luar bandar.

Perkakasan dan radas yang dipasang terdedah pada keadaan cuaca kerana

pencawang luar tidak berbumbung dan dikepung dengan pagar, oleh itu

perkakasan atau radas yang dipasang adalah jenis pemasang luar (outdoor)

dan mempunyai kadaran IP (Ingress Protection) tertentu. Pada lazimnya

bumbung dibina untuk alat pensuisan voltan tinggi.

6.4.1 Ukuran PencawangUkuran piawaian Pencawang Luar TNB ialah:

Bil Ukuran Tanah Ukuran Pagar

1

Jika keluasan tanah yang diperolehi

- 762cm x 609.6cm (25' x 20'),

609.6cm x 457.2cm (20'x 15')

2

Jika keluasan tanah yang diperolehi

- 762cm x 762cm (25' x 25'),

762cm x 762cm (25' x 25'),

6.4.2 Kedudukan Alatubah Kapasiti alatubah yang lazim digunakan dalam pencawang luar ialah ialah

300kVA, 500kVA, 750kVA dan 1000kVA dan diletakkkan diatas tapak konkri

yang dibina dipenjuru pencawang. Kedudukan nya di 152.4 cm atau 5 kaki dari

tengah tapak yang hendak dibina ke pagar.

Nisbah campuran konkrit tapak tersebut adalah 1:2:4

1bahagian pasir + 2 bahagian simen + 4 bahagian batu kecil

Page 17: PENCAWANG ELEKTRIK1

Saiz tapak alatubah 11/0.433adalah seperti berikut:

Bil Keupayaan Alatubah

Ukuran Tapak Dalam Tanah

1 300 KVA 3 kaki X 4 kaki X 1.5 kaki 1 kaki

2 500 & 750 KVA 4 kaki X 5 kaki X 1.5 kaki 1 kaki

3 1000 KVA 4 kaki X 6 kaki X 1.5 kaki 1 kaki

4 33/0.433 kV 4 kaki X 7 kaki X 4 kaki 3 kaki

6.4.3 Kedudukan Perkakasuis

Perkakasuis ditempatkan dipenjuru pagar betentangan dengan pintu bagi

memudahkan pengendaliannya.

Ruang lapang berukuran 81.3cm (2' 8") mesti diberi diantara perkakasuis dan

pagar supaya kerja penyelenggaraan dapat dijalankan dengan senang.

6.4.4 Kedudukan Peti PembekalPeti Pembekal biasanya ditempatkan disudut depan pagar dan pintunya adalah

selari dengan pagar supaya kerja penukaran fius voltan rendah dapat

dijalankan tanpa memasuki pintu pencawang.

6.4.5 Pagar PencawangTujuan menegakkan pagar ialah untuk mengelakkan orang awam dan haiwan

yang tidak. mempunyai kebenaran untuk memasuki pencawang. Ini ialah

kerana pengunaan perkakasan voltan tinggi di dalam sesuatu pencawang.

6.4.6 Senarai Alat-Alat

i. 4 x batang besi sesiku untuk 4 penjuru

Ukuran 51mm x 51mm x 6.4mm x 304mm (2" x 2" x ¼ “x 10')

ii. 4 x batang besi sesiku untuk tiang tengah

Ukuran 51mm x 51mm x 6.4mm x 304mm. (2" x 2" x ¼ “x 10')

Page 18: PENCAWANG ELEKTRIK1

iii. 2 x batang besi sesiku untuk palang diantara

Ukuran 38mm x 38mm x 6.4mm x 6096mm. (1 1/2" x 1 1/2" x ¼ “x 20')

iv. 2 x batang besi sesiku untuk palang di antara tiang

Ukuran 38mm x 38mm x 6.4mm x 4572mm (1 1/2" x 1 1/2" x ¼ “x 15')

v. 2 x batang besi sesiku untuk palang pintu

Ukuran 38mm x 38mm x 6.4mm x 622mm (1 1/2" x 1 1/2" x ¼ “x 2 1/2')

vi. 2 x batang besi sesiku untuk tiang pintu

Ukuran 38mm x 38mm x 6.4mm x 2438mm (1 1/2" x 1 1/2" x ¼ “x 8')

Bahagian pagar yang boleh dibuka untuk memasukan alatubah

Ukuran 3.03m x 1.82m (10’ x 6’) di buat dengan

i. 2 batang besi sesiku

Ukuran 38mm x 38mm x 6.4mm x 3040mm. (1 1/2" x 1 1/2" x ¼ “x 10')

ii. 2 batang besi sesiku

Ukuran 38mm x 38mm x 6.4mm (1 1/2" x 1 1/2" x ¼ “x 10')

iii. 1 batang besi siku untuk tiang Peti Pembekal

Ukuran 51mm x 51mm x 6.4mm x 2438mm (2" x 2" x ¼” x 8')

iv. Beberapa batang kayu untuk digunakan sebagai pancang kayu.

6.4.7 Alat-Alat

i. Cangkul

ii. Penyodok

iii. Tukul besi 2 lb.

iv. Tali

v. Alateras spirit

vi. Pita Ukuran

6.4.8 Aturcara

i. Bersihkan kawasan pembinaan pencawang

ii. Ratakan tanah kawasan pembinaan pencawang

Page 19: PENCAWANG ELEKTRIK1

iii. Ukur dan pancang kawasan yang diratakan dengan menggunakan

batang kayu dan tali. Ukurannya mengikut saiz pencawang.

iv. Dengan menggunakan pita ukuran sukat penjuru persegi pencawang

untuk menentukan kawasan betul-betul dalam keadaan persegi

v. Gali dan menegakkan tiang

vi. Kabel voltan tinggi dan voltan rendah, biasanya direntang selari

ditepi pagar bertujuan: mengelakkan kerosakan dari kenderaan berat

yang memasuki pencawang. dan menyenangkan kerja

penyambungan dimasa hadapan kerana gelungan pada laluan ini

membolehkan kabel diubahsuai untuk membuat sambungan baru.

vii. Plet tanda "BAHAYA" mesti diletakkan pada setiap sisi pagar P/E.

viii. Plet tanda ‘DILARANG MASUK’ diletakkan pada pintu pagar P/E.

ix. Nama pencawang di letakkan di bahagian hadapan pagar.

x. Dawai berduri perlu pasang diekeliling atas pagar bagi mengelakkan

orang yang tiada bekenaan memanjat dan memasuki pencawang.

xi. Setiap penjuru tiang pagar perlu disambungkan dengan pengalir

bumi ke rangkaian pembumian pencawang.

Page 20: PENCAWANG ELEKTRIK1
Page 21: PENCAWANG ELEKTRIK1

6.5 Rekabentuk Pencawang Atas Tiang 11/0.433kV

Pencawang Atas tiang merupakan pencawang yang paling berekonomi untuk

di bina sebab tidak memerlukan alat pensuisan voltan tinggi. Ia sesuai dibina

untuk bekalan elektrik luar bandar dimana beban setempat tidak terlalu tinggi

dan tapak untuk membina pencawang tidak luas. Kalau dibandingkan dengan

pencawang luar berpagar.

6.5.1 Faktor-Faktor Pembinaan Pencawang Atas Tiang

i) Keupayaan alatubah Pencawang Atas Tiang dihadkan pada 300 KVA

kerana galas beban struktur penyokong perlu dipertimbangkan.

ii) Dimana pembinaan Pencawang Atas Tiang tidak dapat dielakkan, maka

tidak melebihi 3 pencawang tersebut boleh didirikan dalam siri. Ini

adalah untuk menyenangkan kerja-kerja pensuisan.

iii) Dalam semua keadaan, kelegaan dari paras bumi atau apa-apa objek

kekal bersebelahan dengan pencawang di mana orang awam boleh

berdiri mestilah sekurang kurangnya 4.0 meter.

iv) Semua pengalir yang tidak bertebat untuk system pembumian mesti di

hadang atau ditebatkan sekurang kurangnya 3.0 meter dari paras bumi

atau apa-apa objek kekal bersebelahan dengan pencawang di mana

orang awam boleh berdiri

v) Semua dawai umbang untuk menyokong tiang mesti dipasang dengan

penebat umbang sekurang kurangnya 3.0 Meter dari paras bumi.

vi) Notis Bahaya dan penghadang panjat dipasang untuk

keselamatan.

Page 22: PENCAWANG ELEKTRIK1

vii) Pastikan kelegaan antara fasa ke fasa dan antara fasa ke

struktur

dawai-dawai lompatan dituruti seperti keperluan asas rekabentuk untuk

menyenangkan kerja-kerja menukar fius voltan tinggi dengan

menggunakan rod kendalian.

viii) Sambungan piawaian fasa-fasa punca-punca voltan tinggi

pengubah dan fasa pada palang bas adalah mustahak.

Pastikan punca A pengubah disambung pada palang bas fasa Merah,

punca B pengubah disambung pada palang bas fasa Kuning dan punca

C pengubah disambung pada palang bas fasa Biru pencawang.

6.5.2 Senarai Barang-BarangDengan berpandukan gambarajah Pencawang Atas Tiang, barang-barang bagi

pembinaan pencawang tersebut boleh di senaraikan.

Bilangan Barang1. 6 M.S. Bolt & Nut 19.05mm x 228.6mm (3/4" x 9")

2. 40 M.S. Bolt & Nut 15.875mm x 63.5mm. (5/8" x 2 1/2")

3. 4 M.S. Bolt & Nut 15.875mm x 203.2mm (5/8" x 8")

4. 3 M.S. Bolt & Nut 15.875mm x 38.1mm (5/8" x 1 1/2")

5. 12 M.S. Bolt & Nut 12.7mm x 38.1m (1/2" x 1 1/2")

6. 6 Cross By Clip 1/2"

7 10 Kabel socket 200A

8. 30m PVC Copper 35mm (19/064)

9. 51kg. Stay Wire 7/10 S.W.G.

10. 180m Binding wire S.W.G. 16

11. 1 Copper busbar 50.8mm x 6.35mm x 304.8mm (2" x 1/4" )

12. 4 Danger plate

13. 5 liters Aluminum paint

14. 5 liters Anti Corrosive Paint

15. 3 Earth Chamber

16. 10 Hacksaw blade 3304.8mm (12")

Page 23: PENCAWANG ELEKTRIK1

17. 2 Paint Brush 25.4mm (I")

18. 2 Paint Brush 51mm (2")

19. 4 bag Simen

20. 51 KG Stay Wire 7/14 S.W.G.

6.5.3 Persiapan Barang Bagi Pembinaan Pencawang

i) 2 tiang besi berukuran 114.3mm x 139.7mm x 168 mm x 10.67m (4

1/2" x 5 1/2" x 6 5/8” x 35'). Pastikan kedua-dua tiang mempunyai

lubang untuk menyokong alatubah dan pastiksn ia telah dicat dengan

anti karat dan disalut dengan cat aluminium.

ii) Palang besi alur berukuran 102mm x 5Imm x 6.35mm (4"x 2"x 1/4")

untuk penebat pin, kabel, penangkap kilat, fius drop-out voltan tinggi,

alatubah dan pengalas alatubah.

iii) Pengapit kabel berukuran 5Imm x 6.35 mm (2" x 1/4")

6.5.4 Keselamatan Kerja

Oleh kerana kerja-kerja pembinaan pencawang atas tiang adalah merbahaya,

perkara-perkara keselamatan mesti dipatuhui seperti berikut:

Memakai topi keselamatan sepanjang kerja

Tangga yang digunakan mesti diikat dihujungnya kepada tiang dan

sudut antara tangga dan tiang tidak terlalu besar.

Tali-tali yang digunakan didalam keadaan baik

Tali pinggang keselamatan digunakan pada masa menjalankan kerja

diatas tiang

Semua peralatan yang digunakan diatas tiang disimpan dalam beg

semasa tidak digunakan

Tidak seorang pun dibenarkan duduk dibawah kawasan kerja.

Page 24: PENCAWANG ELEKTRIK1

Tali digunakan untuk menaikkan barang-barang atau peralatan dan

jangan sekali buang sebarang peralatan.

6.6.5 Penyimpai Penebat pin 11kV

Penyempaian penebat pin 11kV untuk menyokong palang bas mesti dilakukan

dengan cara piawaian TNB. Dawai penyempai yang digunakan berukuran 16

S.W.G tembaga.

Page 25: PENCAWANG ELEKTRIK1
Page 26: PENCAWANG ELEKTRIK1

6.6 Rekabentuk Pencawang Pakaj/Padat 11/0.433k

Pencawang Pakaj/Padat diperkenalkan dalam sisitem TNBD beberapa tahun yang lalu.

Pencawang Pakaj/Padat adalah jenis yang disiap bina dan terdapat

perkakasan utama seperti alat pensuisan voltan tinggi, pengubah 3 fasa dan

papan pengagihan voltan rendah dipasang siap dalam satu kiosk terlitup

logam.

Kebaikan pencawang ini ialah:

Memerlukan tapak yang kecil dan polisi TNB untuk mengunakan

pencawang jenis ini dimana tapak untuk membina pencawang

adalah sukar untuk diperolehi.

Perlindungan dari kecurian dan kerosakkan perkakasan dalam

pencawang.

Perlindungan dari pencemaran udara

Senang dipasang dan masa untuk membina dan menyiapkan

pencawang kurang

Keburukan:

Keupayaan alatubah adalah terhad kepada 300 KVA, 500KVA, 750

KVA dan 1000KVA sahaja.

Perlu diganti kesemuanya jika mengalami kerosakan pada salah

satu perkakasan.

6.6.1 RekabentukKiosk terlitup logam kalis cuaca pencawang pkajt/padat direka mengikut

piawaian IEC dan terdapat tiga ruang iaitu:

- Ruang Voltan tinggi

- Ruang alatubah

- Ruang papan pengagihan voltan rendah

Page 27: PENCAWANG ELEKTRIK1

Ruang voltan tinggi menempatakan alat pensuisan voltan tinggi jenis Unit

Gegelang Utama dan terdapat pintu berasingan untuk membuka ruang ini.

Ruang alatubah menempatkan alatubah 3 fasa dan ruang papan pengagihan

voltan rendah menempatkan papan pengagihan voltan rendah.

6.6.2 Data Teknikal, Ukuran dan Dimensi (Jenis MTM)

Kadaran Kuasa (KVA) 300 500 750 1000

Nisbah Pengubahan (kV) 11 / 0.433 11 / 0.433 11 / 0.433 11 / 0.433

Alatubah Kadar kuasa

(KVA)

300 500 750 1000

Jenis Hermetically Sealaed (Kedap udara) / Minyak

Papan

Pengagihan

Voltan

Rendah

Unit

Pendatang 1 x 800A 1 x 800A 1 x 1600A 1 x 1600A

Unit keluar 5 x 400A 5 x 400A 8 x 400A 8 x 400A

UGU (RMU) Jenis SF6 / Minyak

Kiosk

Penutup Mild steel

Tapak Palang saluran keluli (Channel Steel)

Berat

keseluruhan

Kg 2410 3608 4317 5184

Dimensi

keseluruhan

(mm)

Panjang 2840 2840 2840 3398

Lebar 2000 2000 2000 1900

Tinggi 2307 2307 2307 2562

Page 28: PENCAWANG ELEKTRIK1
Page 29: PENCAWANG ELEKTRIK1
Page 30: PENCAWANG ELEKTRIK1