45
PENCEMARAN ALAM SEKITAR Pengenalan Dalam usaha mengejar kemajuan negara dan meningkatkan taraf hidup penduduk,kegiatan ekonomi dan projek-projek pembangunan sesebuah negara tidak dapat dielakkan manusia sering mengabaikan masalah-masalah alam sekitar yang timbul akibat pelaksanaan aktiviti ekonomi dan projek pembangunan.Kesan-kesan negatif akibat proses pembangunan dan modernisasi secara terburu-buru semakin mendesak dan ini mengakibatkan kesan pencemaran.Kesemua kesan negatif ini semakin menggugat kesihatan manusia,sumber-sumber ekonomi dan kemandirian bumi.Untuk mengurangkan kesan-kesan negatif pembangunan ke atas alam sekitar,setiap aktiviti ekonomi dan pembangunan mestilah diseimbangkan dengan usaha pengurusan dan pemeliharaan alam. Pencemaran boleh ditakrifkan sebagai pembuangan benda-benda atau bahan- bahan hasil dari aktiviti manusia ke alam persekitaran menyebabkan terganggunya keselesaan atau kemandirian kehidupan.Takrifan Pencemaran yang lebih bermaklumat adalah menurut Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 yang menyatakan bahawa pencemaran adalah sebarang perubahan sama ada secara langsung atau tidak langsung kepada sifat-sifat fizik,kimia,biologi atau aras-aras radiasi mana-mana bahagian alam sekeliling dengan melepaskan,mengeluarkan atau meletakkan buangan hingga menjejaskan keguanaan-kegunaan berfaedah,yang menimbulkan sesuatu keadaan berbahaya atau mungkin berbahaya kepada kesihatan,keselamatan atau kebajikan awam atau organisma-organisma lain,tumbuhan dan haiwan.Pencemaran dapat dikategorikan dan disenaraikan kepada pelbagai bentuk pencemaran alam: 1.Pencemaran udara 2.Pencemaran air 3.Pencemaran laut

PENCEMARAN ALAM SEKITAR

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: PENCEMARAN ALAM SEKITAR

PENCEMARAN ALAM SEKITAR

Pengenalan

Dalam usaha mengejar kemajuan negara dan meningkatkan taraf hidup penduduk,kegiatan ekonomi dan

projek-projek pembangunan sesebuah negara tidak dapat dielakkan manusia sering mengabaikan masalah-

masalah alam sekitar yang timbul akibat pelaksanaan aktiviti ekonomi dan projek pembangunan.Kesan-

kesan negatif akibat proses pembangunan dan modernisasi secara terburu-buru semakin mendesak dan ini

mengakibatkan kesan pencemaran.Kesemua kesan negatif ini semakin menggugat kesihatan

manusia,sumber-sumber ekonomi dan kemandirian bumi.Untuk mengurangkan kesan-kesan negatif

pembangunan ke atas alam sekitar,setiap aktiviti ekonomi dan pembangunan mestilah diseimbangkan

dengan usaha pengurusan dan pemeliharaan alam.

Pencemaran boleh ditakrifkan sebagai pembuangan benda-benda atau bahan-bahan hasil dari aktiviti

manusia ke alam persekitaran menyebabkan terganggunya keselesaan atau kemandirian kehidupan.Takrifan

Pencemaran yang lebih bermaklumat adalah menurut Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 yang menyatakan

bahawa pencemaran adalah sebarang perubahan sama ada secara langsung atau tidak langsung kepada sifat-

sifat fizik,kimia,biologi atau aras-aras radiasi mana-mana bahagian alam sekeliling dengan

melepaskan,mengeluarkan atau meletakkan buangan hingga menjejaskan keguanaan-kegunaan

berfaedah,yang menimbulkan sesuatu keadaan berbahaya atau mungkin berbahaya kepada

kesihatan,keselamatan atau kebajikan awam atau organisma-organisma lain,tumbuhan dan

haiwan.Pencemaran dapat dikategorikan dan disenaraikan kepada pelbagai bentuk pencemaran alam:

1.Pencemaran udara

2.Pencemaran air

3.Pencemaran laut

4.Pencemaran bunyi

5.Pencemaran tanah

6.Pencemaran haba

7Pencemaran sungai dan kolam

Page 2: PENCEMARAN ALAM SEKITAR

Konsep Pencemaran sangat bergantung atau bersandar kepada sesuatu nilai atau pengukuran yang telah

ditetapkan terhadap sesuatu faktor yang menimbulkan pencemaran itu sendiri.Tanpa nilai ini,konsep

pencemaran menjadi kabur.Misalnya,sesuatu sayuran itu menjadi tercemar hanya apabila didapati daripada

pengukuran bahawa kandungan sesuatu bahan kimia di dalamnya telah melebihi paras bahaya.Bahan kimia

yang berbeza memberikan paras bahaya yang berbeza pula.Ini kesan daripada bahan kimia terhadap

makhluk hidup adalah berbeza.

Lazimnya pengukuran bahan kimia di dalam air dan di udara ditentukan dalam unit ppm(bahagian bahan

kimia per juta pelarutnya).Begitu juga dengan bahan-bahan pencemar lain diukur dengan unit-unit tertentu.

b)Kenalpasti apakah punca-punca sebenar menyebabkan berlakunya pencemaran tersebut.

Pencemaran udara

Mengikut laporan yang dibuat oleh Jabatan Alam Sekitar,melalui akhbar Utusan Pengguna pada tahun

2001:Jumlah keluaran bahan-bahan pencemaran udara bagi Malaysia dianggarkan sebanyak 933,000 tan

setahun.

Daripada jumlah ini,kenderaan ialah punca utama pencemaran ini(58.1%),diikuti oleh stesen jana

kuasa(23.9%),pembakaran bahan api industri(9.4%),pemprosesan industri(3.9%) dan pembakaran

terbuka(4.9%).

Pencemaran udara ini berlaku apabila terdapat benda asing dalam kepekatan yang mengganggu atau

membahayakan manusia,tumbuh-tumbuhan,b inatang dan harta benda.Benda asing ini adalah di dalam

bentuk abuk,asap,kabus,wap dan gas(Karbon Monoksida,Nitrogen Oksida,Hidrokarbon,Ozon,S ulfur

Oksida ,bau-bauan) ataupun apa-apa campuran bahan-bahan ini.

 

Rajah 1.1 Gambar Photo menunjukkan pencemaran udara hasil dari pembangunan industri .

Pembangunan tanpa pengurusan yang dirancang boleh membawa kesan buruk yang akan mengancam

kualiti alam sekitar.Jumlah kenderaan di seluruh negara meningkat hampir 2 kali ganda sejak

1980.Keadaan ini berbahaya kepada alam sekitar kerana karbon diosida yang dikeluarkan oleh kenderaan

menjejaskan kesihatan manusia dan juga menipiskan lapisan ozon.

Page 3: PENCEMARAN ALAM SEKITAR

Rajah 1.2 Gambar Photo menunjukkan pencemaran udara berlaku akibat dari pembuangan gas

karbon dioksida pada kenderaan.

Dapatlah dijelaskan punca-punca utama pencemaran udara ini adalah akibat daripada stesen jana kuasa

elektrik,kerja-kerja pembinaan,industri atau kilang,kenderaan bermotor dan pembakaran sampah sarap.

Penderaan alam sekitar melalui pencemaran udara timbul akibat daripada tindakan manusia itu

sendiri.Setiap manusia menyumbang terhadap kemusnahan alam sekitar.Perokok yang mengembuskan asap

ke udara,pembakaran sisa buangan di kawasan perumahan secara tidak terkawal juga membawa kesan

kepada pencemaran udara.

Pencemaran air

Pencemaran air bermaksud perubahan yang berlaku dari segi kandungan,keadaan dan warna sehingga tidak

sesuai dan akan memberi kesan terhadap manusia apabila digunakan.Pencemaran ini berlaku sama ada dari

segi biologi,kimia dan fizik.Bahan pencemaran boleh didapati dalam pelbagai bentuk iaitu gas,cecair dan

pepejal.Pencemaran air boleh berlaku di mana-mana sahaja tempat berair.Oleh itu,pencemaran air

merupakan pencemaran yang begitu meluas kerana didapati di seluruh dunia.

Antara punca-punca pencemaran air ialah:

a.Sisa bahan buangan kilang seperti sisatosid yang dibuang ke dalam sungai oleh pihak yang tidak

bertanggungjawab.Pembuangan ini dianggap mudah kerana tidak memerlukan kos pelupusan.

b.Pembuangan bahan-bahan buangan seperti sampah,minyak dan najis oleh sesetengah pihak individu juga

merupakan penyumbang ke arah pencemaran air.

c.Penerokaan juga membantu menyumbang ke arah pencemaran air.Ini adalah kerana,penerokaan yang

dijalankan sudah pasti menyebabkan hakisan tanah berlaku dan seterusnya tanah runtuh akan masuk ke

dalam sungai dan menjadi mendakan.Mendakan ini boleh mencetekkan lagi paras air sungai dan seterusnya

banjir akan berlaku.

Page 4: PENCEMARAN ALAM SEKITAR

Rajah 1.3 Gambar Photo Pembuangan sampah di sungai

Sesetengah bandar dan kampung mengepam pelbagai bahan buangan yang tidak dirawat,manakala kilang

kadang kala membuang bahan beracun ke dalam sungai.Ini boleh membunuh ikan dan tumbuhan seperti

haiwan air yang lain.Baja dan racun perosak kimia yang digunakan oleh petani juga dibawa oleh air hujan

ke dalam sungai dan anak sungai.Bahan-bahan ini boleh membunuh berbagai-bagai jenis hidupan air.

 

Rajah 1.4 Gambar Photo menunjukkan pembuangan sampah di sungai berhampiran kawasan

pembangunan industri.

Sikap tidak bertanggungjawab dan mementingkan keuntungan semata-mata telah membutakan hati dan

perasaan manusia terhadap alam sekitar.Pengusaha kilang umpamanya,berusaha menjimatkan kos dengan

mengambil jalan mudah,membuang sisa kilang ke dalam sungai walaupun menyedari kesannya terhadap

persekitaran.

Selain itu,kekurangan pengetahuan menyebabkan pemilik industri tidak mengambil berat serta cuba

mengelak piawaian keselamatan yang ditetapkan sama ada berhubung keselamatan manusia atau kestabilan

alam sekitar.Pembangunan tidak boleh dipersalahkan sebagai punca kemusnahan alam

sekitar.Pembangunan adalah rekaan manusia.

Masalah ini harus dipandang serius kerana sungai merupakan sumber air yang paling utama.Kepesatan

pembangunan industri,perumahan dan pembukaan tanah baru menyebabkan banyak sungai yang hilang

keupayaan untuk memainkan peranan semula jadinya.Sekiranya fenomena ini berterusan,tidak mustahil

rangkaian sungai di seluruh negara turut tercemar .

Page 5: PENCEMARAN ALAM SEKITAR

3. Pencemaran laut

 Antara punca-punca berlakunya pencemaran ini ialah:

a.Sungai yang tercemar akan mengalir ke laut,dan membawa pencemaran bersama-samanya.

b.Sesetengah bandar dan bandar raya di tepi pantai mengepam kumbahan terus ke dalam laut.

c.Minyak yang tumpah daripada tangki minyak dan pelantar minyak merebak di lautan lalu membunuh

burung laut,kerang-kerang dan hidupan liar yang lain.

d.Pencemaran yang berpunca daripada pembuangan sisa kilang.Industri memproses serbuk pencuci pakaian

memberikan kesan terhadap sistem air di laut.Bahan kimia,asid dan bahan organik seperti nutrien,bahan

radioaktif dan gas semakin berleluasa mencemari laut.

Rajah 1.5 Gambar photo menunjukkan asid dan bahan organik mencemari sekitar pantai.

4.Pencemaran tanah

Pencemaran tanah bermaksud perbuatan yang berlaku kepada sesuatu kawasan sehingga terjadinya

pertukaran warna,kesuburan dan hakisan.Pencemaran ini disebabkan oleh bahan buangan sama ada

berbentuk air atau pepejal.Bahan pencemar pula terdiri daripada pencemar organik,kimia atau fizik.

Antara punca-punca berlakunya pencemaran ini ialah:

a.Pembuangan bahan-bahan buangan daripada kilang seperti minyak,sisa toksik dan sisa-sisa kilang.

b.Pembuangan sampah merata-rata juga merupakan penyumbang ke arah pencemaran ini.

c.Penggunaan racun serangga secara berlebih-lebihan juga boleh menjadi salah satu punca pencemaran

tanah.

d.Sikap manusia yang jarang menghargai nilai-nilai maksum yang terdapat di kawasan menarik dan

indah.Penebangan pokok-pokok dan industri pembalakan di kawasan tersebut,bertujuan kononnya untuk

menggerakkan industri hiliran bagi membangunkan ekonomi negara.Kesan penebangan telah mengubah

sama sekali rupa bumi di kawasan berkenaan.

Pencemaran tanah juga memberi kesan ke atas aktiviti harian manusia.Jika hampir kesemua tempat telah

dicemari,manusia sudah tidak berpeluang lagi untuk melihat keindahan alam ini.Tanah yang telah dicemari

tidak sesuai lagi untuk dijalankan pertanian kerana bahan kimia akan membunuh tumbuhan yang ditanam.

Page 6: PENCEMARAN ALAM SEKITAR

Penukaran tanah dari hutan kepada pertanian telah mengakibatkan berlakunya penebangan hutan secara

meluas. Selain daripada mengurangkan jumlah hutan asal dan biodiversiti hutan dan hidupan liar,

penebangan hutan juga turut menyumbang kepada hakisan tanah, pemendapan, kerosakan cerun dan tanah

runtuh di Malaysia .Penebangan hutan yang berterusan dan kemusnahan hutan di kawasan tadahan air akan

menjejaskan bekalan air dan kualiti sumber air, menjejaskan kemampuan peng- ambilan semula air bawah

tanah dan menyebabkan lebih banyak banjir di kawasan tanah rendah.

Rajah 1.6 Gambar photo menunjukkan pembuangan sampah tidak teratur mencemari tanah.

Rajah 1.7 Gambar photo menunjukkan pembakaran terbuka bukan sahaja mencemari udara tetapi

merosakkan semula jadi tanah di kawasan berkenaan.

Pembangunan yang tidak dirancang dengan berkesan seperti pembalakan yang giat dan pembukaan tanah

secara berleluasa akan memberikan kesan buruk terhadap alam sekitar contohnya berlakulah hakisan

tanah,berlaku perubahan iklim,kesan kepada rumah hijau dan banjir.

Rajah 1.8 Gambar photo menunjukkan hasil kayu balak yang ditebang.

5.Pencemaran bunyi

Pencemaran bunyi ialah bunyi bising yang keterlaluan sehingga menyakitkan telinga.Pencemaran bunyi

biasanya melebihi 80 dB(A) dan pencemaran ini mengikut situasi dan keinginan masing-

Page 7: PENCEMARAN ALAM SEKITAR

masing.Pencemaran ini boleh dibahagikan kepada empat bahagian,iaitu kebisingan selang-seli,kebisingan

selenjar,kebisingan fluktuasi dan bunyi lantunan.

Antara punca-punca pencemaran ini ialah:

a.Bunyi kenderaan bermotor merupakan penyumbang ke arah pencemaran ini.

b.Industri-industri juga merupakan penyumbang ke arah pencemaran bunyi.Bunyi-bunyi ini datangnya

daripada penggunaan jentera,kenderaan dan sebagainya.

c.Kuari juga merupakan ejen pencemaran bunyi.Bunyi pemecahan batu,enjin gerudi dan pemunggahan batu

ke lori merupakan punca pencemaran ini.

d.Bunyi juga berpunca daripada proses pembangunan.

Rajah 2.0 Gambar photo menunjukkan kerja-kerja pembinaan yang memberi impak pencemaran

bunyi.

Kesimpulan

Malaysia sememangnya sebuah negara yang berkembang pesat serta maju dalam pelbagai bidang.Namun

dalam kepesatan pertumbuhannya itu,ramai yang tidak menyedari bahawa ia juga membawa kesan

sampingan terhadap alam sekitar.Kegiatan-kegiatan perusahan atau perkilangan asap-asap menyebabkan

pencemaran udara dan pembuangan toksik menyebabkan pencemaran air.Selain itu,kegiatan pembangunan

dan penerokaan hutan telah mengganggu sistem ekologi bumi dan mengakibatkan hakisan tanah.Terdapat

punca-punca lain yang menyebabkan pencemaran alam,seperti kegiatan pengangkutan yang mencemarkan

udara dan air,kegiatan perladangan dan sebagainya.

Sebenarnya,punca utama kemusnahan alam sekitar adalah rekaan manusia yang tidak mempunyai nilai

peka terhadap isu-isu sosial dalam masyarakat.

Page 8: PENCEMARAN ALAM SEKITAR

Sayang pada alam sekitar, patuh kepada undang-undang,bertanggung jawab,boleh membuat

pertimbangan.Maka,manusialah yang perlu rasional menangani keadaan ini.

Beberapa langkah-langkah mengatasi pencemaran alam sekitar

A.PENGGUNAAN TEKNOLOGI  MODEN

Penggunaan teknologi moden untuk mengurangkan pencemaran alam sekitar adalah amat penting.Sebagai

contohnya, tanpa teknologi moden, adalah tidak mungkin  untuk membersihkan tumpahan minyak di

laut.Dengan adanya teknologi moden, sisa pepejal seperti surat khabar lama, majalah lama, kertas, kain,

bahan plastik dan kaca dapat dikitar semula. Ini sudah tentu dapat mengurangkan pencemaran yang

disebabkan oleh pengurusan sisa pepejal yang tidak sempurna.

Bahan-bahan buangan industri pertanian boleh diubah kepada bahan-bahan yang berguna dan kurang

bahaya. Sebagai contoh, sampah sarap boleh dijadikan bahan api untuk menghasilkan tenaga elektrik.

Hampas pertanian seperti hampas kelapa sawit boleh

digunakan untuk menghasilkan metana.

Selain itu, dengan adanya teknologi moden, penapis udara telah dicipta dan dipasang pada ekzos kenderaan

dan cerobong asap kilang-kilang perindustrian. Penggunaan petrol tanpa plumbum juga merupakan satu

hasil daripada penggunaan teknologi moden. Ini dapat mengurangkan kandungan plumbum dalam

atmosfera yang bahaya kepada kesihatan manusia.

Penyelidikan ke atas minyak kelapa sawit sebagai pengganti bahan api fosil adalah satu usaha yang

menggalakkan pengurangan pencemaran alam sekitar. Dengan adanya teknologi moden jentera-jentera dan

mesin-mesin dapat diubahsuaikan menjadi kurang mencemarkan alam sekitar.

B.PENDIDIKAN ALAM SEKITAR MELALUI KURIKULUM

Tanggungjawab untuk menjamin sebuah negara yang bersih bukan sahaja dipikul oleh kerajaan tetapi patut

dipikul oleh semua pihak. Untuk membentuk rakyat yang bertanggungjawab kepada alam sekitar, mereka

perlulah mempunyai kesedaran.

Untuk memupuk kesedaran di kalangan rakyat, cara yang terbaik ialah melalui pendidikan. Sebab-sebab

pendidikan alam sekitar ini perlu ialah kerana ia dapat membentuk sikap positif diri terhadap alam sekitar.

Dengan adanya kesedaran pada seseorang individu, dia akan sedar tentang betapa pentingnya kualiti alam

sekitar yang tinggi dikekalkan. Ini kerana mereka sudah tahu apa masalah yang mungkin akan timbul

akibat sesuatu perbuatan yang tidak bertanggungjawab yang mencemarkan alam sekitar.

Pendidikan alam sekitar mula diperkenalkan secara formal pada peringkat rendah melalui Kurikulum

Page 9: PENCEMARAN ALAM SEKITAR

Bersepadu Sekolah Rendah ( KBSR ) dalam mata pelajaran Alam dan Manusia. Seterusnya adalah pada

peringkat menengah melalui Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah ( KBSM ), khususnya dalam mata

pelajaran sains seperti Biologi. Peringkat ketiga dan terakhir ialah pengajian tinggi melalui kursus Sains

Alam Sekitar dan Biologi Persekitaran.

Pendidikan alam sekitar kepada masyarakat umum pula disampaikan melalui media massa. Antara media

massa yang memainkan peranan yang penting ialah surat khabar, majalah, televisyen dan radio.Selain itu,

terdapat juga agensi kerajaan dan swasta yang mengadakan kempen dan ceramah. 

AKTIVITI DAN CADANGAN UNTUK MELINDUNGI ALAM SEKITAR

Memandangkan dunia sekarang sedang diancam bahaya pencemaran, langkah-langkah wajar dan berkesan

patut diambil. Langkah untuk melindungi alam sekitar ini bukanlah tanggungjawab pihak kerajaan sahaja.

Ia adalah tanggungjawab semua pihak. Kerajaan patutlah memperketatkan undang-undang yang

melindungi alam sekitar. Rondaan oleh pegawai Jabatan Alam Sekitar patut diperbanyakkan.

Para pengusaha terutama pengusaha kilang secara besar-besaran patutlah mendapatkan nasihat daripada

Jabatan Alam Sekitar sebelum sesuatu operasi perindustrian dijalankan. Pengguna memainkan peranan

yang terpenting dalam menangani masalah pencemaran. Sebagai seorang pengguna yang

bertanggungjawab, kita perlulah memilih barangan yang mendatangkan pencemaran yang kurang sekali.

Tanpa permintaan terhadap barangan yang mendatangkan pencemaran, pengusaha kilang juga akan mula

menggunakan bahan-bahan yang lebih sesuai dengan alam sekitar. Sebagai contoh, kita sepatutnya memilih

racun serangga dalam tin aerosol yang tidak mengandungi CFC.

Jika semua pihak ini bekerjasama untuk menangani masalah pencemaran, sudah tentu bumi akan di

panjangkan usianya.

Antara aktiviti yang boleh melindungi alam sekitar ialah:

a.Pameran

b.Kempen-kempen

c.Pertandingan

d.Projek  Riadah Alam Sekitar

A.PAMERAN PENCEMARAN ALAM

Pameran yang dimaksudkan di sini ialah pameran segala bahan yang berkaitan dengan isu pencemaran.

Pameran ini boleh dilakukan di sekolah-sekolah dan juga tempat-tempat awam seperti perpustakaan awam.

Pameran ini bolehlah merangkumi isu-isu alam sekitar, sebab-sebab pencemaran, kesan-kesannya dan apa

Page 10: PENCEMARAN ALAM SEKITAR

yang boleh dibuat untuk mengurangkan kadar pencemaran.Bahan-bahan menarik seperti carta, polster dan

keratan surat khabar bolehlah dipamerkan. Selain itu, pita video dan slaid-slaid yang ada berkenaan dengan

pencemaran juga boleh ditayangkan.Pameran sebegini boleh meningkatkan kesedaran dan mengajar

masyarakat untuk melindungi alam sekitar.

B.KEMPEN MELINDUNGI ALAM SEKITAR

Menyertai sesuatu kempen untuk melindungi alam sekitar adalah sesuatu yang sihat dan amat digalakkan.

Antara kempen-kempen yang melindungi alam sekitar ialah kempen cintailah sungai kita, kempen kitar

semula, sahabat alam dan sebagainya. Kempen-kempen ini dapat memberi kesan yang mendalam terhadap

peserta-pesertanya.

Dalam kempen-kempen ini, peserta-peserta akan diajar tentang pentingnya menjaga alam sekitar dan cara-

cara menguruskan sisa buangan supaya hanya mendatangkan pencemaran yang minimum kepada alam

sekitar. Selain itu, kempen kitar semula dapat menggalakkan pengguna untuk mengitar semula bahan yang

boleh dikitar semula. Secara tidak langsung juga, peserta akan belajar untuk berjimat-cermat.

Sahabat alam telah menjalankan pelbagai aktiviti seperti menanam pokok-pokok bunga, membersihkan

kawasan yang kotor dan sebagainya. Penanaman pokok bunga akan mencantikkan pemandangan sesuatu

kawasan. Selain itu, ia juga dapat

,menapis debu yang berterbangan di udara. Tumbuhan hijau juga adalah penting untuk mengurangkan

kandungan oksigen yang boleh menyebabkan kesan rumah hijau.

Kempen cintai sungai telah menjalankan banyak aktiviti untuk membersihkan kawasan sungai. Selain

membersih, mereka juga menanamkan kesedaran kepada penduduk tempatan tentang kepentingan sungai.

C.PERTANDINGAN

Pertandingan seperti kuiz tentang pencemaran alam sekitar boleh meningkatkan pengetahuan dan kesedaran

tentang pentingnya melindungi alam sekitar.Dengan mengadakan kuiz, peserta akan cuba memahami

apakah itu pencemaran. Dalam proses ini, mereka akan mendapat pengetahuan tersebut. Mereka juga

mungkin akan mencari penyelesaian kepada masalah pencemaran. Ini sudah tentu akan membawa kebaikan

kepada peserta itu dan alam sekitar. Pertandingan melukis poster yang berkaitan pencemaran juga adalah

baik. Ia bukan sahaja memberi kesedaran kepada peserta sahaja tetapi mesejnya juga akan sampai kepada

orang ramai. Selain pertandingan yang telah disebutkan, pertandingan menulis karangan dan sajak juga

dapat memberikan kesedaran kepada orang ramai.

D.PENDEDAHAN MEDIA MASSA

Pada hari ini media massa memainkan peranan yang penting dalam membentuk cara pemikiran semua

pengguna. Oleh itu, dengan adanya pendedahan media massa tentang isu pencemaran, masyarakat umum

Page 11: PENCEMARAN ALAM SEKITAR

akan berhati-hati dalam menanggani masalah pencemaran. Setakat ini, media massa yang paling banyak

membuat pendedahan tentang isu pencemaran ialah majalah dan surat khabar. Televisyen juga ada

membuat pendedahan ini contoh TV3 dan TV7 tetapi adalah terlalu sedikit ditekankan keutamanya.

PENCEMARAN UDARA

Pencemaran udara boleh didefinasikan sebagai   terdapatnya gas, cecair atau zarah yang terkandung di udara sehingga berlakunya perubahan dan menjejaskan kehidupan atau bahan-bahan lain. Bahan-bahan tersebut terampai di udara dan memberi kesan negatif kepada manusia, tumbuh-tumbuhan dan haiwan. Ini sebabkan bahan-bahan ini akan masuk ke tubuh manusia melalui pernafasan dan berupaya menyekat pengaliran oksigen ke dalam salur-salur darah.  Ini boleh menimbulkan pelbagai penyakit seperti penyakit kekejangangan, barah, asma, kekejangan dan anemia.

Habuk, asap, kabus, wap atau bahan-bahan lain yang boleh menghalang penglihatan mata merupakan pelbagai bentuk pencemaran udara.

Klasifikasi Pencemaran Udara

Pencemaran udara dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu:

Pencemaran Udara Primer

Penghasilan sulfur monoksida dan karbon monoksida akibat daripada proses pembakaran yang tidak lengkap adalah punca pencemaran udara primer. Proses ini menyebabkan zarah-zarah yang halus terampai-ampai di udara dan memberi kesan sampingan kepada kesihatan kita.

Kebanyakan pencemaran udara primer ini dilepaskan melalui ekzos kenderaan, kawasan industri dan penggunaan dapur arang atau kayu.

Pencemaran Udara Sekunder

Pencemaran udara sekunder pula adalah tindak balas sulfur dioksida yang bergabung dan membentuk dengan gas-gas yang tidak diperlukan oleh benda hidup.

Sulfur dioksida memerlukan gas seperti karbon monoksida dan sufur monoksida (pencemar primer) untuk membentuk gas-gas lain. Sebagai contoh, gabungan sulfur dioksida, sulfur monoksida dan wap air akan menghasilkan asid sulfurik. Tindakbalas antara pencemar primer dengan gas-gas terampai di atmosfera akan menghasilkan peroksid asetil nitrat (PAN).

Jenis-jenis Bahan Pencemar

Antara jenis-jenis bahan pencemar adalah seperti berikut :

Sulfur dioksida Karbon monoksida Nitrogen dioksida dan ozon Alergen

Page 12: PENCEMARAN ALAM SEKITAR

Plumbum dan logam-logam lain

Punca Pencemaran

Pencemaran udara boleh berpunca daripada :

Pelepasan asap kenderaan Proses industri - penghasilan bahan pencemaran oleh kilang-kilang  asbestos/ simen/

bateri kereata Pembakaran di tempat pelupusan - pembakaran terbuka di bandar Pembakaran hutan Pelepasan habuk - pembakaran sisa kayu/ sekam padi Bahan-bahan sisa bandaran - sampah-sarap , sisa-sisa makanan Aktiviti Masyarakat - membakar sampah, memasak menggunakan arang/ kayu, merokok

Kesan Pencemaran

Kesan-kesan pencemaran udara :

Kesihatan terjejas Pertanian yang tidak produktif Kemalangan mudah berlaku - akibat penglihatan yang kabur Mengotorkan persekitaran - habuk

Sumber :

Pencemaran Alam Sekitar, Siri Pencemaran Alam, Jasiman Ahmad, Eddiplex Sdn. Bhd. 1996 Pencemaran Udara dan Bunyi, Siri Utamakan Alam Sekitar Anda, Jasman Ahmad & Siti Razmah Idris, Penerbit

Mikamas, 1996

Pencemaran airDaripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.Lompat ke: pandu arah, cari

Pencemaran sungai

Page 13: PENCEMARAN ALAM SEKITAR

Pencemaran air ialah pencemaran yang berlaku di sungai, tasik dan laut. Lokasi berair sering disalah anggap sebagai tempat pembuangan sampah terutama daripada aktiviti manusia.

[sunting] Malaysia

Punca utama pencemaran air antaranya ialah pembuangan sampah dari kawasan perumahan di sepanjang sungai, tepi tasik dan laut. Penduduk membuang najis manusia dan najis binatang ternakan seperti ayam,babi,lembu dan lain-lain ke dalam sungai.Sungai Semenyih,sebagai contoh pernah dicemari dengan puluhan ladang babi pada tahun 1980-an.

Kilang memproses getah dan minyak kelapa sawit juga menjadi punca kepada pencemaran air di sungai-sungai di Malaysia.Sisa toksik dibuang dan dialirkan ke dalam longkang, parit, terusan dan seterusnya ke dalam sungai. Pemandangan dari udara ke atas Sungai Juru yang terletak di Seberang Perai,Pulau Pinang menunjukkan warna air di Sungai Juru berwarna hitam pekat apabila sampai di laut.

Petani di Cameron Highland menggunakan baja kimia dan racun serangga sehingga menjejaskan kualiti air minuman di Sungai Terla. Hotel dan rumah kongsi para pekerja tidak mempunyai sistem perparitan yang sempurna menyebabkan najis manusia tidak dirawat dengan betul. Kes ini didedahkan kepada wartawan dan ditontonkan di televisyen. Selepas itu barulah Majlis Daerah Cameron Highland turun padang untuk mengambil tindakan bagi membetulkan keadaan.

Pengilang dari Taiwan dilaporkan mengeksport sisa kimia ke Malaysia dan ditanam di kawasan terpencil di Johor,Malaysia. Beberapa negara maju membuang sisa radioaktif dengan memasukkan sisa ini ke dalam tong-tong dram sebelum membuangkannya ke dalam laut. Tindakan ini boleh merosakkan hidupan marin. Tayar-tayar buruk kononnya akan dijadikan tukun-tukun tiruan di dasar laut terutama di Laut China Selatan. Sesetengah pulau tidak mempunyai sistem pelupusan sampah. Oleh itu wujud 'pulau sampah' secara terancang atau tidak dirancang. oleh itu, kita mesti menjaga dan memulihara air kita.

[sunting] Rujukan

[sunting] Pautan luar

Diambil daripada "http://ms.wikipedia.org/wiki/Pencemaran_air"Kategori: Bekalan air | Pencemaran air | Sains alam sekitar

Related searches: pencemaran air di malaysia pencemaran udara di malaysia water pollution

Page 14: PENCEMARAN ALAM SEKITAR

Search Results

The core of environmental 700 × 409 - 63k - giflandungtj.blogspot.comFind similar images

Pencemaran air ini berlaku 1024 × 768 - 129k - jpggcgeografismkkn.blogspot.comFind similar images

Pencemaran air juga akan 400 × 300 - 40k - jpgbmpk12.blogspot.comFind similar images

Pencemaran air adalah suatu 362 × 275 - 34k - jpgmakalahsekolah.wordpress.comFind similar images

Pencemaran air adalah suatu 292 × 320 - 41k - jpgniki21mei.wordpress.comFind similar images

Spoiler for pencemaran air: 399 × 600 - 276k - jpegkaskus.usFind similar images

kepada pencemaran air di 450 × 319 - 38k - jpgmhafiznizam.blogspot.comFind similar images

tingakat pencemaran air 330 × 244 - 37k - jpgaga152aulia.wordpress.comFind similar images

Sumber pencemaran air yang 315 × 236 - 39k - jpgidkf.bogor.netFind similar images

Page 15: PENCEMARAN ALAM SEKITAR

Punca berlaku pencemaran 640 × 480 - 86k - jpgsayangialamsekitar.blogspot.comFind similar images

Secara umum bahan pencemar air 320 × 210 - 25k - jpgminidisini.wordpress.com

PENCEMARAN AIR 400 × 346 - 21k - jpgbmpengurusankumpulan15.blogspot.comFind similar images

adalah pencemaran air, 400 × 233 - 19k - jpgyosnex.blogsome.comFind similar images

PENCEMARAN AIR 360 × 412 - 59k - jpgmembers.fortunecity.comFind similar images

tentang pencemaran air 315 × 236 - 29k - jpggemaalam.wordpress.comFind similar images

PENCEMARAN AIR

Pencemaran air berlaku apabila perubahan berlaku dari segi kandungan, keadaan dan warna sehingga tidak sesuai dan memberi kesan apabila digunakan. Pencemaran berlaku sama ada dari segi  biologi, kimia dan fizik. Pencemaran air bukan hannya berlaku di sungai tetapi juga di laut dan ianya boleh berlaku secara sengaja atau tidak. Pencemaran ini lebih kepada bahan pencemar dari kilang.

Punca Pencemaran

Kumuhan kilang - kebanyakan kumuhan kilang seperti  sisa toksid dibuang ke sungai atau laut.

Sikap individu - pembuangan bahan-bahan buangan seperti sampah, minyak dan najis. Aktiviti Pertanian - penerokaan tanah untuk dijadikan kawasan pertanian menyebabkan

hakisan tanah yang seterusnya  mengakibatkan mendekan berlaku. Mendekan in akan mencetekkan sungai dan menjadikan air sungai menjadi keruh.

Kesan Pencemaran

Kesihatan manusia - bakteria. virus, parasit dan bahan kimia yang lain. Haiwan - Hidupan air seperti ikan, siput, udang atau ketam akan mati dengan tumpahan

minyak, pembuangan sampah dan sisa toksid.

Sumber : Pencemaran Alam Sekitar, Siri Pencemaran Alam, Jasiman Ahmad, Eddiplex Sdn. Bhd. 1996

Page 16: PENCEMARAN ALAM SEKITAR

PENCEMARAN BUNYI

Bunyi bising yang keterlaluan dan boleh memkakkan telinga merupakan definasi bagi pencemaran bunyi. Ini berlaku apabila pengeluaran bunyi terjadi di tempat atau kawan yang tidak bersesuaian. Sebagai contoh, kilang-kilang yang mengeluarkan gangguan bunyi kepada penghuni-penghuni rumah. Pencemaran bunyi kebiasanya melebihi 80 desibel (dB).

Klasifikasi Pencemaran Bunyi

Pencemaran bunyi boleh diklasifikasikan kepada beberapa jenis :

Kebisingan selenjarIni adalah kebisingan yang selar dan kurang daripada 3 desibel (dB). Ini berlaku apabila seseorang sedang berbisik kerana gelombang bunyi bergetar dengan lebih perlahan.

Kebisingan fluktasiKebisingan fluktasi pula adalah kebisingan yang terlatak antara puncak gelombang yang tinggi dan rendah. Pada tahap ini getaran gelombang bunyi akan bergetar dengan lebih cepat daripada kebisingan selenjar. Getaran gelombang adalah sekitar 3 dB sahaja. Contoh : bunyi enjin kenderaan, orang sedang bercakap.

Hentakan impulsIni merupakan bunyi yang lebih intensiti dalam tempoh yang lebih singkat. Contoh : tembakan, ketukan atau lagaan daripada benda yang keras. Pada kebiasaannya, tahap ini getaran gelombang akan memuncak dan menurun dengan cepat. Pada tahap ini intensiti bunyi adalah melebihi 80 dB kemudian gelombang bunyi  akan menurun. Akan tetapi intensiti masih menunjukkan  tahap yang tinggi keran bunyi yang kuat akan memberi kesan yang lama terhadap getaran.

Kebisingan selang-seliKebisingan ini berlaku secara berselang-seli. Ianya dihasilkan apabila bunyi bising  menjadi perlahan dan kuat dalam jangka masa yang pendek. Contoh : Ketika seseorang sedang menggergaji kayu, getaran akan berlaku ketika gergaji itu bergerak dan getaran tidak akan berlaku apabila gergaji kayu dihentikan. Semasa gergaji sedang ditarik intensitinya akan meninggi pada kadar tertentu dan menurun apabila gergaji tidak disorongkan.

Punca Pencemaran

Antara punca-punca pencemaran bunyi adalah :

Pembangunan kawasan industri - bunyi yang dikeluarkan melalui pemprosesan material, jentera, kenderaa, aktiviti pembuatan akan menjejaskan ketenteraman orang ramai dan memberi kesan gelisah, kurang rehat, gangguan pemikiran dan lain-lain.

Kawasan petempatan - bunyi yang dikeluarkan apabila cerucuk-cerucuk besi ditanam di dalam tanah akibat pembinaan bangunan-bangunan tinggi.

Kenderaan - kenderaan awam yang mengeluarkan bunyi yang memekakkan telinga. Aktiviti masyarakat - mendengar radio/ televisyen dengan kuat. Kuari - bunyi yang dikeluarkan akibat daripada pemecahan batu-batu

Kesan Pencemaran

Kesan-kesan pencemaran bunyi : Wujud pelbagai penyakit

Page 17: PENCEMARAN ALAM SEKITAR

Menjejaskan produktiviti Gangguan psikologi Hilang imbangan diri Pekak Kesan kepada ibu yang mengandung

Sumber :

Pencemaran Alam Sekitar, Siri Pencemaran Alam, Jasiman Ahmad, Eddiplex Sdn. Bhd. 1996 Pencemaran Udara dan Bunyi, Siri Utamakan Alam Sekitar Anda, Jasman Ahmad & Siti Razmah Idris, Penerbit

Mikamas, 1996

Pencemaran bunyiDaripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.Lompat ke: pandu arah, cari

Sebuah pesawat Boeing 747-400 berlalu agak dekat dengan rumah sebelum mendarat di Lapangan Terbang Heathrow London.

Pencemaran bunyi (atau bunyi persekitaran) merupakan bunyi hasilan mesin, haiwan atau manusia yang mengganggu aktiviti atau keseimbangan kehidupan manusia atau haiwan.

Sumber kebanyakan bunyi di luar rumah adalah sistem pengangkutan, termasuk bunyi kenderaan, bunyi kapal terbang, dan bunyi kereta api.[1][2] Perancangan bandar yang lemah menimbulkan pencemaran bunyi, kerana bangunan kilang dan rumah kediaman bersebelahan boleh menyebabkan pencemaran bunyi dalam kawasan kediaman.

Sumber lain bagi punca pencemaran bunyi dalam dan luar rumah adalah penggera kereta, siren perkhidmatan kecemasan, perkakasan pejabat, mesin pengilangan, kerja pembinaan, peralatan penyenggaraan laman, salakan anjing, alatan, perkakasan bermotor, dengungan lampu, sistem hiburan audio, pembesar suara, dan orang bising.

Isi kandungan

[sorokkan] 1 Kesan pada kesihatan manusia

Page 18: PENCEMARAN ALAM SEKITAR

2 Kesan alam sekitar 3 Kesan pencemaran bunyi di UK 4 Pengurangan dan mengawal bunyi 5 Rujukan

6 Pautan luar

[sunting] Kesan pada kesihatan manusia

Kesan kesihatan bunyi adalah berkait dengan kesihatan dan tingkah-laku secara semulajadi. Bunyi yang tidak dikehendaki ini dikenali sebagai pencemaran bunyi. Bunyi yang tidak diingini ini mampu merosakkan secara fisiologi dan kesihatan fisiologi . Pencemaran bunyi mampu menyebabkan rimas dan agresif, hipertensi, tahap tekanan tinggi, kehilangan pendengaran, gangguan tidur, dan kesan buruk yang lain.[3][4][5][6] Lebih lanjut lagi, tekanan dan hipertansi adalah punca utama masaalah kesihatan, di mana telinga berdengung tinitus boleh menyebabkan seseorang mengalami masalah daya ingatan, tekanan teruk dan kadang-kala serangan panik.[4][7]

Pendedahan kronik kepada bunyi bising mungkin menyebabkan kehilangan pendengaran akibat bising. Lelaki berusia yang didedahkan kepada bising pengilangan menunjukkan statistik jelas pengurangan sensitif pendengaran berbanding sejawat yang tidak terdedah, sungguhpun perbezaan dalam sensitif pendengaran berkurangan dengan masa dan kedua-dua kumpulan sukar dibezakan pada usia 79.[8] Perbandingan dengan puak Maaban di Ghana, yang tidak begitu terdedah kepada kebisingan pengangkutan atau perkilangan, berbanding penduduk Amerika Syarikat biasa, menunjukkan bahawa pendedahan kronik kepada bising persekitaran tahap bising serdahana menyumbang kepada kehilangan pendengaran.[3]

Tahap bunyi bising yang tinggi mampu menyumbang kepada kesan kardiovaskular dan pendedahan kepada tahap serdahana tinggi dalam sesi tempoh lapan jam tunggal mampu menyebabkan peningkatan statistik pada tekanan darah dari lima hingga sepuluh poin dan peningkatan tekanan perasaan [3] dan "vasoconstriction" mendorong kepada peningkatan tekanan darah dilihat di atas termasuk juga peningkatan kejadian penyakit arteri koronari.

Pencemaran bunyi juga merupakan punca gangguan orang ramai. Kajian 2005 oleh penyelidik Sepanyol mendapati bahawa penghuni kawasan bandar sanggup membayar sekitar empat Euro setiap decibel setahun bagi pengurangan bunyi.[9]

[sunting] Kesan alam sekitar

Bising mampu memberi kesan buruk pada haiwan menyebabkan tekanan, meningkat risiko kematian dengan menukar keseimbangan sensitif pengesanan dan mengelak pemangsa/mangsa, dan menganggu penggunaan bunyi mereka sebagai perhubungan terutama berkait dengan pembiakan dan navigasi. Dedahan lampau akustik boleh mendorong kepada kehilangan pendengaran sementara atau kekal.[10]

Page 19: PENCEMARAN ALAM SEKITAR

Kesan bising pada kehidupan haiwan adalah kemusnahan habitat yang disebabkan bunyi bising, dalam kes spesies terancam mungkin merupakan laluan kepada kepupusan. Pencemaran bunyi telah menyebabkan kematian speseis paus tertentu yang menyadai diri mereka menyadai diri mereka selepas terdedah kepada sonar tentera yang kuat.[11]

Bunyi bising turut menyebabkan spesies berhubung lebih kuat, yang dikenali sebagai tindak balas vokal Lombard.[12] Ahli sains dan penyelidik telah melakukan ujian yang menunjukkan lagu paus adalah lebih panjang apabila pengesan kapal selam diaktifkan.[13] Sekiranya makhluk tidak "bercakap" cukup kuat, suara mereka akan tenggelam oleh bunyi "anthropogenik". Bunyi yang tidak didengari ini mungkin amaran, pencarian mangsa, atau persediaan bagi jaring buih. Apabila satu spesies mula bersuara lebih kuat, ia akan menengelami suara speseis lain, menyebabkan keseluruhan sistem ekologi akhirnya bercakap lebih kuat.

Burung Robin Eropah European Robins yang tinggal dalam persekitaran bandar lebih cenderung untuk menyanyi pada waktu malam di tempat yang memiliki pencemaran bunyi yang tinggi pada waktu siang, mencadangkan bahawa ia menyanyi malam kerana ia lebih senyap, dan perutusan mereka boleh disebarkan melalui persekitaran dengan lebih jelas.[14] Yang menariknya, kajian yang sama membuktikan bahawa bunyi waktu siang adalah jangkaan lebih kuat bagi nyanyian waktu malam berbanding pencemaran cahaya, yang sering kali dikatakan punca fenomena tersebut.

Zebra finch menjadi kurang taat dengan pasangannya apabila terdedah kepada bunyi trafik. Ini mampu mengubah arah evolusi melalui pemilihan trait, menyerap sumber yang biasanya digunakan bagi aktiviti laindan dengan itu mendorong kepada akibat genetik dan evolosi yang besar.[15]

[sunting] Kesan pencemaran bunyi di UK

Angka yang dikumpulkan oleh Rockwool, pengilang kapas mineral penebat bangunan, berdasarkan tindak balas pihak berkuasa tempatan kepada permintaan berasaskan Akta Kebebasan Maklumat ("Freedom of Information Act - FOI") menunjukkan dalam tempoh April 2008 - 2009 majlis dewan menerima 315,838 aduan berkait pencemaran bunyi dari kediaman persendirian. Ini menyebabkan pegawai kesihatan persekitaran diseluruh UK mengeluarkan 8,069 notis pengurangan bunyi, atau sebutan di bawah syarat Akta Tingkah-laku Anti-Sosial ("Anti-Social Behaviour (Scotland) Act"). Dalam tempoh 12 bulan terakhir, 524 rampasan peralatan telah dibenarkan termasuk mengalih pembesar suara, stereo dan televisen kuat. Majlis Dewan Bandar Westminster telah menerima aduan tertinggi bagi setiap seorang penduduk berbanding daerah lain di UK dengan 9,814 aduan mengenai bunyi, yang bersamaan dengan 42.32 aduan setiap seribu penduduk. Lapan dari 10 majlis tertinggi menurut aduat setiap 1,000 penduduk terletak di London.[16]

[sunting] Pengurangan dan mengawal bunyi

Page 20: PENCEMARAN ALAM SEKITAR

Tiub bunyi di Melbourne, Australia, direka bagi mengurangkan bising laluan jalan tanpa mengurangkan kecantikan kawasan tersebut.

Teknologi bagi mengurangkan atau menyingkir bunyi boleh dilaksanakan seperti berikut:

Terdapat pelbagai strategi bagi mengurangkan bunyi jalan termasuk: penggunaan halangan bunyi, menghadkan kelajuan kenderaan, menukar tekstur permukaan jalan, menghadkan kenderaan berat, menggunakan kawalan trafik yang melicinkan aliran trafik bagi mengurangkan brek dan pecutan, dan reka bentuk tayar. Faktor penting dalam perlaksanaan strategi ini adalah model komputer bagi bunyi jalan, yang mampu menangani topografi, meteorologi, operasi trafik dan pengurangan hipotesis tempatan. Kos membina pengurangan bina dalam adalah serdahana, tertakluk kepada penyelesaian ini difikirkan pada tahap perancangan projek laluan jalan.

Bising kapal terbang boleh dikurangkan sehingga satu tahap dengan mereka semula enjin jet yang lebih senyap, yang dilakukan dengan tekunnya pada 1970-an dan 1980-an. Strategi ini telah membawa pengurangan terhad tetapi disedari bagi tahap bising bandar. Pertimbangan operasi, seperti menukar laluan penerbangan dan tempoh masa penggunaan landasan, telah membuktikan kebaikannya bagi penduduk berhampiran lapangan terbang. Program penebat semula disponsor oleh FAA bermula sejak 1970-an juga mendapat kejayaan besar bagi mengurangkan bising dalam kediaman bagi beribu penduduk seluruh Amerika Syarikat.

Pendedahan pekerja kepada bising pengilangan telah diatasi sejak 1930-an. Perubahan termasuk reka semula peralatan perkilangan, memasang sistem gantungan dan halangan fizikal di tempat kerja.

Amerika Bebas Bising ("Noise Free America"), pertubuhan anti pencemaran bunyi, sering melobi bagi perlaksanaan undang-undang bunyi disemua tahap kerajaan.[17]

[sunting] Rujukan

1. ↑ Senate Public Works Committee, Noise Pollution and Abatement Act of 1972, S. Rep. No. 1160, 92nd Cong. 2nd session

Page 21: PENCEMARAN ALAM SEKITAR

2. ↑ C. Michael Hogan and Gary L. Latshaw, The relationship between highway planning and urision specialty conference, 21-23 Mei 1973, Chicago, Illinois. by American Society of Civil Engineers. Urban Transportation Division

3. ↑ 3.0 3.1 3.2 S. Rosen and P. Olin, Hearing Loss and Coronary Heart Disease, Archives of Otolaryngology, 82:236 (1965)

4. ↑ 4.0 4.1 J.M. Field, Effect of personal and situational variables upon noise annoyance in residential areas, Journal of the Acoustical Society of America, 93: 2753-2763 (1993)

5. ↑ "Noise Pollution". Pertubuhan Kesihatan Sedunia. http://www.euro.who.int/Noise.

6. ↑ "Road noise link to blood pressure". BBC News. http://news.bbc.co.uk/1/hi/health/8247217.stm.

7. ↑ Karl D. Kryter, The Effects of Noise on Man , Academic Press (1985) 8. ↑ Rosenhall U, Pedersen K, Svanborg A (1990). "Presbycusis and noise-induced

hearing loss". Ear Hear 11 (4): 257–63. doi:10.1097/00003446-199008000-00002. PMID 2210099.

9. ↑ Jesús Barreiro, Mercedes Sánchez, Montserrat Viladrich-Grau (2005), "How much are people willing to pay for silence? A contingent valuation study", Applied Economics, 37 (11)

10. ↑ Effects of Anthropogenic Noise in the Marine Environment 11. ↑ Bahamas Marine Mammal Stranding Event of 15–16 March 2000 12. ↑ www.dosits.org/glossary/pop/lvr.htm 13. ↑ Variation in humpback whale (Megaptera novaeangliae) song length in relation

to low-frequency sound broadcasts 14. ↑ Fuller RA, Warren PH, Gaston KJ (2007). "Daytime noise predicts nocturnal

singing in urban robins.". Biology Letters 3: 368–70. doi:10.1098/rsbl.2007.0134. 15. ↑ Milius, S. (2007). High Volume, Low Fidelity: Birds are less faithful as sounds

blare, Science News vol. 172, p. 116. (references) 16. ↑ "London is home to the noisiest neighbours". London Evening Standard.

http://www.thisislondon.co.uk/standard/article-23714071-details/London+is+home+to+the+noisiest+neighbours/article.do.

17. ↑ http://www.noisefree.org

PENCEMARAN TANAH

Pencemaran tanah bermaksud perbuatan yang berlaku kepada sesuatu kawasan sehingga terjadinya pertukaran warna, kesuburan dan hakisan. Ianya disebabkan oleh bahan buangan dalam bentuk air atau pepejal. Bahan pencemar terdiri daripada pencemar organik, kimia atau fizik. Seriusnya pencemaran tanah bergantung kepada kesuburan tanah. Pencemaran menunjukkan tahap serius apabila kesuburan tanah sudah hilang. Tanah akan bertukar warna menjadi kehitaman dan tumbuh-tumbuhan di kawasan tersebut akan menjadi layu.

Punca Pencemaran

Bahan buangan kilang - minyak, sisa toksik dan sisa-sisa kilang ( dibiarkan begitu sahaja atau ditanam dalam tanah ).

Masyarakat - pembuangan sampah merata-rata tempat dan pelupusan yang tidak sistematik.

Page 22: PENCEMARAN ALAM SEKITAR

Kesan Pencemaran

Kesuburan tanah - tercemar dan tidak sesuai untuk tujuan pertanian.

Sumber : Pencemaran Alam Sekitar, Siri Pencemaran Alam, Jasiman Ahmad, Eddiplex Sdn. Bhd. 1996

ISU PENCEMARAN ALAM SEKITAR MERUPAKAN SATU ISU GLOBAL YANG MEMERLUKAN PENELITIAN BERSAMA DI

PERINGKAT ANTARABANGSA . BINCANGKAN .

 

PENGENALAN

Jika kita lihat tajuk perbincangan ini, ianya merupakan satu tajuk yang meluas dan banyak aspek boleh dibincangkan . Tetapi jika kita renung dan teliti dengan sedalam-dalamnya maka kita dapati satu perkara yang perlu diambil kira adalah pada perkataan 'memerlukan penelitian bersama' .

Berdasarkan kepada isu yang hendak dibincangkan 'memerlukan penelitian bersama' membawa maksud bahawa , isu pencemaran yang merupakan isu global ini perlu dibincangkan, difikirkan dan ditangani bersama-sama di peringkat antarabangsa . Ini adalah kerana masalah pencemaran yang berlaku di seluruh dunia ini pernah, sedang dan akan dialami oleh semua negara . Jadi langkah-langkah bijak perlu dirancangkan bagi mengatasi masalah ini .

Bagaimanakah cara kita hendak menyelesaikan masalah di atas ? Cara kita menjawab atau menyelesaikannya adalah bergantung kepada persepsi kita sendiri terhadap alam sekitar . Ia juga mendedahkan cara hidup kita; adakah cara hidup kita dapat membantu memulihara alam sekitar atau sebaliknya ?

Unit Pendidikan Persatuan Pencinta Alam atau Malaysia Nature Society (MNS) sering menerima pertanyaan tentang apakah cara-cara memulihara alam sekitar yang sepatutnya dilakukan oleh semua pihak . Tidak kurang juga yang menanyakan adakah usaha seorang individu dapat memulihara alam sedangkan masalah-masalah itu telah menjadi semakin rumit .

Jika kita meniliti punca-punca masalah alam sekitar, kita mendapati bahawa kebanyakannya disebabkan oleh permintaan manusia terhadap hasil keluaran industri . Ini membawa kepada masalah tekanan terhadap keupayaan bumi membekalkan ruang dan sumber untuk permintaan ini .

Tekanan terhadap alam sekitar terdiri daripada dua bentuk .

Pertamanya tekanan daripada permintaan terhadap sumber asli seperti bahan api, air dan juga tanah .

Page 23: PENCEMARAN ALAM SEKITAR

Keduanya, ialah sisa industri yang mencemarkan udara dan persekitaran .

Ini menyebabkan berlakunya pencemaran serius secara global seperti kesan rumah hijau, permusnahan ozon dan hujan asid .

Bila kita fikirkan mengenai pencemaran secara global ini, rasanya terlalu sukar untuk seseorang individu itu memperbaiki keadaan . Kita mungkin tertanya-tanya, apakah tindakan seorang individu itu berupaya untuk memberikan apa-apa kesan ? Namun begitu, kita harus sedar bahawa pencemaran yang serius beginilah sebenarnya berpunca daripada tindakan individu juga . Oleh yang demikian, tindakan individu jugalah yang dapat membantu menyelamatkan bumi kita ini .

Definisi

Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) mengatakan bahawa pencemaran adalah suatu perbuatan yang mencemarkan (mengotorkan) - pengotoran alam - perbuatan mencemarkan kebersihan alam sekeliling dengan sampah sarap .

Jenis-jenis pencemaran

Terdapat pelbagai cara pencemaran ini boleh berlaku . Tetapi ianya terbahagi kepada dua jenis iaitu :

Pencemaran yang disebabkan oleh faktor Semulajadi

Pencemaran yang disebabkan oleh faktor semulajadi adalah pencemaran yang berlaku dengan sendirinya setelah berlakunya bencana alam seperti letusan gunung berapi, dilanda ribut taufan, gempa bumi dan sebagainya .

Pencemaran yang disebabkan oleh faktor manusia .

Pencemaran yang disebabkan oleh faktor manusia adalah pencemaran yang dilakukan oleh manusia samada sengaja atau tidak disengajakan . Antaranya adalah:

a. Pencemaran Udara

Contohnya, gas-gas beracun, zarah-zarah yang terperangkap hasil dari asap kenderaan, jerebu dari kesan pembakaran secara terbuka dan sebagainya .

b . Pencemaran Air

Contohnya, pembuangan air kumbahan, sisa-sisa kimia, haba, pembuangan sampah dan sebagainya .

Page 24: PENCEMARAN ALAM SEKITAR

c . Pencemaran Tanah

Contohnya, pemusnahan hutan akibat pembalakan, pembuangan sisa-sisa kimia dan sisa-sisa pepejal .

Kesan-kesan Pencemaran

Mengancam Kesihatan Manusia

Akibat daripada pencemaran alam sekitar, kesihatan manusia turut terjejas . Di negara kita misalnya penggunaan kereta masa kini telah bertambah dengan begitu pesat berbanding tahun 1950an dan 1960an dahulu . Malangnya kecanggihan teknologi pembuatan kenderaan bermotor telah menimbulkan banyak masalah misalnya pencemaran udara, pencemaran bunyi, kerosakan alam dan hidupan semulajadi .

Pengeluaran gas monoksida iaitu sejenis gas beracun yang boleh membunuh sekiranya terkumpul dalam kawasan yang tertutup . Sejenis lagi unsur yang boleh terhasil melalui penggunaan kenderaan bermotor ialah plumbum iaitu sejenis bahan kimia yang sangat beracun dan boleh menyebabkan kerosakan otak terutamanya di kalangan kanak-kanak .

Selain dari itu seperti yang berlaku di Teluk Minamata, Jepun, pencemaran toksid yang masuk ke dalam air menyebabkan simptom kebas-kebas, sakit kepala, kabur penglihatan dan penuturan yang tidak betul . Sesetengahnya berakhir dengan kelumpuhan dan ada yang menemui maut . Simptom yang disebabkan oleh keracunan raksa ini telah membabitkan beratus-ratus keluarga nelayan . Ia dikenali sebagai penyakit Minamata .

Mengancam tumbuhan dan binatang

Kesan daripada pencemaran yang berlaku bukan sahaja dialami oleh manusia bahkan turut memberi kesan kepada hidupan yang lain . Antara kesan pencemaran yang banyak membunuh organisma laut di perairan cetek ialah kesan daripada tumpahan minyak ke laut . Apabila tumpahan minyak berlaku dengan banyak berhampiran persisiran pantai ia membentuk lapisan minyak yang mengancam kehidupan laut serta burung . Tumpuhan tersebut juga turut menjejaskan tumbesaran dan kesuburan plankton .

Antara kesan yang dianggap kronik ialah anomalia, iaitu pembesaran tubuh dan tingkahlaku yang tidak normal, serta kurang daya ketahanan badan kepada penggunaan sumber air tersebut .

Sebagai contoh yang lain kesan daripada keracun raksa, kejadian yang aneh berlaku di Teluk Minamata, Jepun, yang mana burung-burung yang sedang terbang tiba-tiba menjunam dari angkasa . Kucing berjalan terhoyong-hayang dengan mulut yang berbuih, kemudian berlari tidak menentu lalu mati .

Kapal Showa Maru yang menumpahkan 7700 tan minyak di kepulauan Riau dalam tahun 1975, menjejaskan beratus-ratus hektar tanaman tropika di perairan Indonesia . Walaupun

Page 25: PENCEMARAN ALAM SEKITAR

selepas empat tahun kejadian tersebut berlaku, kesan saki-baki minyak masih kelihatan dan telah memusnahkan ekosistem laut di Asia Tenggara yang terkenal sebagai akuakultur .

Kerosakan Harta Benda

Pencemaran yang disebabkan oleh faktor semulajadi seperti letusan gunung berapi, ribut taufan, gempa bumi dan sebagainya, banyak memberi kesan kepada kerosakan harta benda . Sebagai contoh kejadian letusan gunung berapi yang berlaku di Indonesia iaitu Gunung Merapi telah menyebabkan berlakunya kerosakan harta benda . Ini disebabkan oleh lahar panas yang dikeluarkan oleh gunung tersebut . Antara kerosakan harta benda yang berlaku ialah kemusnahan kediaman penduduk dan kemudahan infrastruktur di kawasan yang terlibat .

 

 

 

 

 

 

 

 

 

LANGKAH-LANGKAH BERSEPADU

PENYELESAIAN ISU ALAM SEKITAR

Arus pembangunan ke arah menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju telah mencetuskan pelbagai situasi . Pembangunan pesat sektor ekonomi dan perindustrian serta kestabilan politik dan sosial telah memberikan taraf hidup yang selesa kepada rakyat dan menaikkan imej negara di kaca mata dunia . Namun begitu, disebalik keselesaan dan

Page 26: PENCEMARAN ALAM SEKITAR

pembangunan tersebut timbulnya beberapa masalah sampingan yang boleh memudaratkan kehidupan masyarakat .

Pencemaran yang melibatkan beberapa negara seperti pencemaran perairan pantai dan pencemaran udara yang disebabkan oleh jerebu memerlukan penglibatan yang aktif dari negara-negara yang terbabit untuk mendapatkan penyelesaian bersama .

1. Pencemaran Laut

Malaysia dikelilingi oleh laut di mana terdapat pelbagai aktiviti seperti carigali minyak dan pengangkutan air . Justeru itu Malaysia juga adalah terdedah kepada risiko tumpahan minyak yang besar . Perangkaan menunjukkan bahawa lebih dari 165 pelantar minyak telah menjalankan usaha carigali dan aktiviti pengeluaran di perairan Laut Cina Selatan dan Selat Melaka pula adalah laluan perkapalan yang antaranya paling tersibuk di dunia . Dalam tahun 1995 terdapat lebih kurang 30251 buah kapal yang telah melalui Selat Melaka yang mana hampir 30% adalah merupakan kapal-kapal tangki. (Sumber : Perangkaan Jabatan Laut Semenanjung Malaysia )

Kini, laut semakin terancam oleh aktiviti manusia yang ghairah mengejar materialistik tanpa menghiraukan implikasi kepada alam sekitar . Pencemaran di Asia Tenggara adalah berpunca daripada pelbagai faktor . Kepelbagaian faktor ini menyebabkan kualiti dan kuantiti air laut tercemar dengan begitu teruk tanpa ada satu vaksin yang mujarap untuk memulihkannya . Lebih 90% daripada punca pencemaran laut adalah disebabkan oleh aktiviti manusia dan baki 10% adalah berpunca dari sektor perkapalan . (Persatuan Pencinta Alam, Tumpahan Minyak Yang Meracuni Perairan Malaysia , Dewan Kosmik (Mac), DBP, Kuala Lumpur, 1995, m.s.:53-55)

Langkah dan kerjasama yang diambil oleh negara-negara berpantai di rantau Asia Tenggara .

Terdapat tiga buah negara yang saling berkongsi perairan iaitu Malaysia, Indonesia dan Thailand . Ketiga-tiga negara ini saling terlibat dalam kerjasama yang bertujuan untuk mencapai kepentingan bersama . Malaysia dan Indonesia telah bekerjasama dalam usaha untuk mempertahankan kedaulatan Selat Melaka di bawah kedaulatan kedua-dua negara . Walaupun isu Selat Melaka bersifat rumit namun ia tidak pernah menghalang negara-negara berpantai untuk prihatin terhadapnya .

Kejadian yang berlaku pada 6 Januari 1967, telah memaksa negara-negara yang berpantai untuk mengambil satu tindakan yang positif terhadap kejadian tersebut . Di dalam tahun tersebut kapal tangki minyak Jepun yang dikenali sebagai Torry Canyon yang telah didaftarkan di Liberia telah terlibat dalam perlanggaran . Akibatnya berlaku pertumpahan minyak yang mana memerlukan kos yang tinggi untuk membersihkannya . Jumlah kos yang diperlukan pada ketika itu ialah 16 juta dollar .

Buat masa ini Malaysia dan Indonesia melalui ASEAN mereka telah menyalurkan pandangan mereka mengenai isu-isu Selat Melaka . Satu rancangan yang dikenali sebagai

Page 27: PENCEMARAN ALAM SEKITAR

Rancangan Kontigensi Kebangsaan Mengawal Tumpahan Minyak telah diadakan di Jabatan Alam Sekitar . Objektif bagi kerjasama serantau ini membolehkan satu tindakan serta-merta dijalankan bagi mengawal tumpahan minyak ynag tertumpah di perairan Malaysia .

Selain dari Malaysia, negara-negara berpantai yang lain seperti Singapura turut mewujudkan beberapa badan tertentu untuk mengatasi masalah ini . Kesemua badan-badan yang ditubuhkan ini terletak di bawah satu pentadbiran pelabuhan Singapura atau dikenali sebagai Port of Singapore (PSA) . Syarikat-syarikat minyak juga prihatin dengan isu ini . Mereka telah bergabung untuk membentuk Tierred Area Response Capability (TARC) . Pertubuhan ini dibentuk pada tahun 1986 dan dianggotai oleh Syarikat Minyak ESSO, Caltex dan Mobile . Organisasi ini mempunyai pelbagai kelengkapan yang canggih dan terkini yang dapat digunakan dalam kerja-kerja pengawalan dan pembersihan kawasan tumpahan minyak .

Pada tahun 1992, singapura telah mencadangkan penubuhan satu badan khas untuk mengatasimasalah tumpahan minyak . East Asia Response Limited (EARL) akhirnya telah terbentuk dan ia dianggotai oleh lima syarikat minyak terkemuka . Syarikat-syarikat itu ialah ESSO, Petronas, Caltex, Mobile dan Shell . Pertubuhan ini berbeza dari pertubuhan yang lain kerana peranannya yang luas dan tidak terhad di kawasan perairan Malaysia dan Singapura sahaja tetapi meliputi rantau Asia Pasifik termasuk Jepun dan Australia .

Apabila berlakunya kejadian tumpahan minyak, langkah pertama yang harus dilakukan ialah mengawal tumpahan minyak daripada merebak ke kawasan lain . Tumpahan minyak akan cepat merebak melalui tiupan angin dan pengaliran arus air yang deras . Terdapat empat cara yang digunakan untuk mengawal tumpahan minyak iaitu :

I. Cara mengepung dan mengumpul tumpahan II. Menggunakan dispersent dan bahan kimia

III. Pembersihan pantai IV. Dibiarkan sahaja

Selain daripada itu, terdapat pelbagai faktor yang perlu diambil dalam mengawal tumpahan minyak daripada merebak . Antaranya ialah :

I. Lokasi tumpahan II. Kuantiti tumpahan

III. Jenis tumpahan IV. Keadaan laut V. Keupayaan tindakbalas bahan yang tertumpah

Apabila berlaku kejadian tumpahan minyak, pihak yang bertanggungjawab akan menjalankan operasi pembersihan minyak secara berperingkat-peringkat iaitu peringkat tempatan, peringkat kawasan dan peringkat wilayah .

Page 28: PENCEMARAN ALAM SEKITAR

Operasi peringkat wilayah berjalan apabila tumpahan minyak yang berlaku adalah yang terbesar, melibatkan kawasan yang luas dan jumlah tumpahan yang banyak. Ia dilakukan apabila jumlah peralatan, tenaga dan sumber dari negara ini tidak mencukupi dan melibatkan bantuan daripada negara lain . Di antara alternatif daripada kerjasama peringkat wilayah ini ialah :

I. Rancangan Kontigen Lombok - Makasar II. Standard Operating Prosedure for Straits of Malacca and the Straits of Singapore

III. Standard Operating Prosedure for Malaysia and Brunei Darussalam IV. ASEAN - Oil Spill Response Action Plan (ASEAN - OSRAP)

Seterusnya terdapat juga objektif bagi mewujudkan kawalan tumpahan minyak. Antara objektifnya ialah :

I. Untuk mengadakan satu sistem tindak balas serta-merta yang diselaraskan bagi menghadapi tumpahan minyak.

II. Untuk meningkatkan kemampuan dan sumber-sumber yang ada dari segi peralatan serta latihan kakitangan bagi menghadapi kejadian tumpahan minyak.

III. Untuk mengelakkan kesan buruk ke atas persekitaran dengan cara mengawal aliran minyak.

Terdapat juga langkah-langkah lain yang dilakukan untuk mengurangkan dan mengelak berlakunya kemalangan kapal di Selat Melaka dan Selat Singapura. Negara-negara berpantai merasakan amat perlu bagi mereka untuk mengawal keselamatan lalu lintas di kedua-dua selat tersebut. Oleh itu, mereka telah menyarankan agar Trafic Separation Scheme (TSS) atau Skim Lalu Lintas diwujudkan memandangkan di Eropah telah lama menggunakan kaedah ini iaitu sejak pertengahan abad ke-19. Perlaksanaan TSS adalah didorong oleh kejayaan skim yang serupa di Eropah. Cadangan untuk mengadakan skim ini di Eropah bermula pada tahun 1857 iaitu di England. Cadangan ini dibuat ekoran dari tragedi perlanggaran kapal milik Amerika dan Perancis yang mengorbankan seramai 3000 orang.

Beberapa saranan juga telah dibuat bagi menjaga supaya pencemaran tidak berlaku secara berleluasa. Antaranya ialah :

I. Masalah pencemaran Selat Melaka harus dikaji dengan lebih mendalam dan tindakan yang bersesuaian harus segera diambil.

II. Akta Zon Ekonomi Eksklusif 1984 haruslah digunakan setakat yang diperlukan dan mengenakan denda yang lebih tinggi kepada mereka yang mencemar laut dan pantai.

III. Majlis peringkat tertinggi dianggotai oleh kalangan negara-negara berpantai yang berkongsi perairan Selat Melaka harus ditubuhkan untuk meneliti perkara ini dan mencari jalan penyelesaiannya.

IV. semua pengguna Selat Melaka diwajibkan membayar levi atau tol.

Page 29: PENCEMARAN ALAM SEKITAR

Dengan wujudnya pelbagai saranan, akta, skim dan pertubuhan diharapkan masalah pencemaran akan dapat dikurangkan bagi memelihara perairan negara kita. Di Malaysia berbagai pihak terbabit dalam penguasaan pencemaran seperti Jabatan Alam Sekitar (JAS), Jabatan Kastam dan Eksais Diraja, Jabatan Marin, Jabatan Laut, TLDM dan PDRM yang diperwakilkan kuasa menyiasat di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Walaupun begitu, Jabatan Alam Sekitar adalah bertanggungjawab sepenuhnya dalam menguatkan akta tersebut dengan dibantu oleh agensi-agensi maritim yang lain.

2. Pencemaran Udara

Memang tidak dapat dinafikan bahawa pengangkutan moden telah banyak membawa perubahan dan kebaikkan pada taraf kehidupan masyarakat Malaysia. Sistem jalanraya yang baik, kemudahan sistem penerbangan yang cemerlang, dan adanya pelabuhan yang bertaraf antarabangsa sememangnya telah dapat membawa negara dan rakyat ke era kemajuan dan pemodenan. Kini setelah Malaysia merdeka, boleh dikatakan 90%-95% kawasan desa yang jauh dari bandar dan kota telah dapat menikmati kemudahan jalan raya yang telah mengubah keadaan dan rezeki penduduk desa. Walaubagaimanapun, perubahan dan kebaikan ini tidak mungkin berlaku tanpa membebankan alam sekitar. Lazimnya, setiap perbuatan dan perubahan itu membawa bersamanya kebaikan dan keburukan.

Kesan negatif yang disebabkan oleh sistem pengangkutan merupakan faktor terbesar yang menyebabkan pencemaran udara. Dianggarkan setiap tahun, lebih kurang 13.6 juta tan gas-gas beracun yang berpunca daripada penggunaan kenderaan merosakkan kawasan hutan, tasik dan kehidupan laut. Gas beracun ini juga turut menambahkan kesan rumah hijau serta membahayakan kesihatan manusia sejagat.

Ahli sains telah membuktikan bahawa pengangkutan secara keseluruhan menghasilkan 64% gas Nitrogen Oksida (unsur utama yang menyebabkan terjadinya hujan asid), 42% Hidrokarbon, 66% Karbon Monoksida, 32% Plumbum, 30% Karbon Dioksida, 74% Benzena (merupakan bahan beracun), serta Toluena, Xilena, dan Etilena yang tidak diketahui jumlah peratusannya.

Sekiranya dikaji jenis sistem pengangkutan (pengangkutan darat, laut dan udara) maka jelaslah bahawa kenderaan bermotor seperti kereta, lori, motorsikal dan bas merupakan punca utama pencemaran berbanding dengan kapal laut dan kapal terbang. Analisis yang dibuat di Switzerland menunjukkan sistem pengangkutan darat, kecuali kereta api, menggunakan sebanyak tiga kali ganda keluasan tanah. Ini melibatkan penggunaan tenaga sebanyak 3.5 kali ganda bagi kereta dan 8.7 kali ganda bagi lori dan trak yang menghasilkan 9 kali ganda pencemaran. Sekiranya analisis yang dibuat di Malaysia, berkemungkinan statistik yang sama akan di dapati dan barang kali juga lebih tinggi daripada hasil kajian di Switzerland memandangkan kepada pertambahan penggunaan kenderaan bermotor ( terutamanya kereta ) di Malaysia akhir-akhir ini.

Langkah Penyelesaian

Page 30: PENCEMARAN ALAM SEKITAR

Bahaya pencemaran akibat penggunaan kenderaan bermotor telah lama diberi perhatian serius oleh negara-negara maju. Di Amerika misalnya, satu Akta Udara Bersih (Clean Air Act) telah diwujudkan untuk mengurangkan penghasilan Hidro Karbon, Karbon Monoksida dan oksida-oksida Nitrogen tertentu. Pengurangan ini dilakukan dengan cara mewajibkan penggunaan penukar bermangkin ( Catalytic Converters) dalam industri pembuatan kenderaan bermotor. Penukar bermangkin dua hala (Two -way Catalytic Converters) boleh mengurangkan hingga 98% unsur-unsur pencemaran dengan cara menukarkan Hidro Karbon dan Karbon Monoksida kepada Karbon Dioksida dan Wap. Penukar bermangkin tiga hala (three- way Catalytic Converters) pula boleh mengoksidakan oksida-ksida Nitrogen tertentu, tanpa mengurangkan kecekapan enjin atau menambahkan penggunaan minyak kenderaan bermotor.

Kesan Plumbum terhadap kesihatan juga boleh dielakkan sekiranya kita menggunakan minyak tanpa plumbum (unleaded). Tindakan tegas kerajaan Malaysia adalah perlu untuk mengurangkan penggunaan dan penjualan minyak berplumbum demi menjamin kesihatan masyarakat umum, terutamanya penghuni kota.

Mencari alternatif selain daripada minyak juga adalah penting bagi tujuan mengurangkan kesan pencemaran alam sekitar. Dua bahan alternatif yang dicadangkan ialah gas asli (natural gas) dan Propana. Kajian yang telah dijalankan menunjukkan bahawa bahan-bahan yang mengandungi kandungan oktana yang tinggi tidak menghasilkan plumbum dan boleh mengurangkan sehingga 90% pengeluaran Karbon Monoksida dan Hidrokarbon . Kecekapan enjin juga meningkat daripada 6% kepada 15% apabila menggunakan bahan-bahan ini sebagai bahan pembakar.

Dewasa ini, kajian bagi menghasilkan minyak enjin biomassa daripada tumbuh-tumbuhan sedang giat dijalankan. Contohnya di negara kita, ahli sains telah pun menemui sejenis minyak daripada kelapa sawit yang boleh mengurangkan pencemaran udara tanpa menjejaskan kecekapan enjin. Sungguhpun penemuan ini masih terlalu baru untuk dipastikan sama ada ia praktikal atau pun tidak, ia patut dijadikan satu titik permulaan bagi meningkatkan usaha kita ke arah mencapai konsep pembanguna berterusan yang perihatin terhadap persekitaran.

Di negara-negara barat, penggunaan kenderaan yang menggunakan kuasa elektrik juga sedang dikaji secara giat. Kenderaan jenis ini tidak menghasilkan pencemaran bunyi dan udara. Namun demikian, tenaga elektrik adalah mahal dan kesannya terhadap alam sekitar mungkin bergantung kepada cara tenaga elektrik tersebut dihasilkan.

Kenderaan bermotor, sama ada buruk ataupun baru, hanya bertanggungjawab kepada separuh daripada persoalan dan alam sekitar. Separuh lagi tanggungjawab tersebut terletak dibahu kita sebagai pengguna. Sekiranya kita ingin mengurangkan kesan negatif penggunaan kenderaan bermotor terhadap alam sekitar, maka sikap perihatin terhadap cara kita menggunakan kenderaan adalah amat penting.

Selain itu kita patut mengurangkan penggunaan penyaman udara dalam kenderaan bermotor kecuali jika benar-benar diperlukan. Penggunaan alat penyaman udara boleh

Page 31: PENCEMARAN ALAM SEKITAR

menghasilkan gas Klorofluorokarbon (CFC) dan menambahkan penggunaan minyak hingga 12 % terutamanya sewaktu kesesakkan lalu lintas. Penggunaan alat penyaman udara boleh digantikan dengan penggunaan ventilator udara dan membuka tingkap sewaktu memandu. Menggunakan kadbod penghalang cahaya di cermin hadapan dan belakang ketika meletakkan kenderaan bermotor ditengah panas juga boleh mengurangkan kepanasan dalam kenderaan bermotor. Dengan ini kita dapat mengurangkan penggunaan alat penyaman udara sewaktu memandu kenderaan seterusnya dapat mengurangkan pencemaran alam sekitar.

Berkongsi kenderaan untuk ke pejabat atau tempat-tempat tertentu bukan sahaja menjimatkan tenaga dan wang, malahan adalah satu cara yang lebih bersih dan bijak dalam memulihara alam sekitar daripada tercemar. Selain itu, menyelesaikan seberapa banyak tugas dalam satu perjalanan juga boleh menjimatkan penggunaan minyak. Akhir sekali kita seharusnya mengurangkan penggunaan kenderaan bermotor bagi perjalanan jarak dekat. Penggunaan basikal, kenderaan awan ataupun berjalan kaki adalah lebih baik untuk alam sekitar disamping memberi kesan yang positif terhadap kesihatan kita.

Justeru itu, kempen Masyarakat Penyayang sepatutnya diperluaskan bagi merangkumi hubungan manusia dengan alam sekitar agar masyarakat Malaysia lebih prihatin dan bertangungjawab terhadap persekitarannya. Pengguna kenderaan haruslah menggunakan kenderaan mereka dengan bijak agar dapat memulihara kesejahteraan alam sekitar di samping mengurang dan menyelesaikan masalah berkaitan dengan sistem pengangkutan.

3 . Pencemaran Darat

Manusia mengguna dan menyesuaikan diri dengan unsur-unsur alam semulajadi seperti hutan, bahan galian, air, udara, tanah, sumber-sumber laut dan bahan api, mengindahkannya menerusi proses-proses pengeluaran kepada bentuk barangan dan perkhidmatan .

Proses-proses pengeluaran ini berkait rapat dengan sistem ekonomi serta perkembangan dan pertumbuhannya . Sikap memandang sesuatu dari perspektif keuntungan menimbulkan sifat mengeksploitasi alam sekitar tanpa memperkirakan kepupusan sumber-sumber alam semula jadi .

Hutan memang mempunyai nilai komersial dalam ekonomi negara . Hutan didapati membekalkan kayu balak dan kertas yang merupakan satu sumber penting bagi pendapatan matawang asing . Di kawasan tropika, rotan dianggarkan menyumbangkan nilai tahunan sebanyak RM 1200 juta setahun dalam perdagangan dunia . Akan tetapi eksploitasi hutan yang melampau untuk tujuan pembalakan, pertanian, ternakan dan sebagainya telah mengakibatkan pencemaran alam yang sangat dahsyat .

Umpamanya, banjir yang melanda beberapa kawasan seperti India, Bangladesh dan kawasan-kawasan Asia yang lain telah mengurangkan sumber air sungai yang bersih untuk kegunaan sehari-hari . Hasil tanaman padi, tebu dan sebagainya juga terjejas . Di sebaliknya kerajaan negara-negara tersebut terpaksa membelanjakan kira-kira RM 140

Page 32: PENCEMARAN ALAM SEKITAR

juta hingga RM 750 juta sebagai perbelanjaan banjir . Kadar pemendakan yang tinggi akibat penusnahan hutan yang tidak terkawal juga telah mengurangkan jangka penggunaan air kolam di Utara Pulau Luzon, Filipina, di kolam Air Nizamzagar, India dan lain-lain .

Beberapa peristiwa yang boleh dianggap sebagai tragedi hitam, seperti tragedi Pos Dipang di Kampar, Perak, tanah runtuh di Genting Highlands dan beberapa lagi peristiwa yang telah mengorbankan banyak nyawa didapati berpunca daripada kealpaan manusia dalam menjaga alam sekitar , disebabkan terlalu mementingkan keuntungan melalui cara meminimumkan kos ataupun disebabkan kejahilan mereka dalam pengurusan alam sekitar .

Langkah penyelesaian

Langkah penyelesaian untuk menghadkan pembalakan di buat oleh semua kerajaan negeri dengan mematuhi kuota pembalakan yang ditetapkan dalam usaha memastikan pengurusan dan pembangunan hutan berkekalan . Pihak kerajaan negeri juga disarankan supaya menanam semula pokok sebagai langkah pemeliharan semula hutan bagi tujuan pembalakan di masa hadapan . Tabung penanaman semula hutan diwujudkan ke arah memastikan semua pihak mematuhi peraturan undang-undang .

Di bawah garis panduan yang disediakan oleh Pertubuhan Antarabangsa Balak Tropika pula menitikberatkan beberapa aspek ke arah meningkatkan kesedaran pemeliharaan hutan tropika di kalangan negara anggota . Ini termasuklah :

1. Menurunkan aktiviti dan kadar pembalakan secara sistematik dari tahun ke setahun .

1. Membentuk plan penggunaan tanah di peringkat kebangsaan bagi pemeliharaan hutan dan pengeluaran balak yang berkekalan .

1. Mempelbagaikan penggunaan sumber-sumber hutan dengan meningkatkan penggunaan kayu getah, buluh, rotan dan produk hutan lainnya .

1. Menghadkan eksport kayu balak mentah tanpa diproses .

Di samping kerajaan persekutuan, Malaysia mempunyai 13 buah negeri yang mempunyai undang-undang yang tersendiri ke atas hutan dan pemeliharaan hutan masing-masing . Dalam konteks ini, sebarang peraturan yang diwartakan diperingkat kerajaan persekutuan tidak semestinya harus dilaksanakan serentak di semua negeri . Sementara itu, terdapat beberapa peruntukan dan kelonggaran yang diberikan kepada kerajaan negeri bahawa penebangan dan pemeliharaan hutan serta balak adalah bidang kuasa kerajaan mereka . Semua ini banyak membantu ke arah ketidakcekapan dan permasalahan dalam menguruskan sumber hutan dan pembalakan di negara ini .

 

 

Page 33: PENCEMARAN ALAM SEKITAR

KESIMPULAN

Kita sudah tentulah merasa jijik dan tidak selesa jika rumah kita berada dalam keadaan berasap, kotor dan busuk. Konsep ini harus diperkembangkan dengan menganggapkan bumi ini sebagai rumah kita. Jika kita menganggapkan bumi ini sebagai rumah kita sendiri, sanggupkah kita mengotorinya?

Bumi adalah satu-satunya planet yang membolehkan kita dan hidupan lainnya hidup bebas. Bukankah alasan ini sudah cukup untuk kita membelainya dengan perasaan penuh timbang rasa dan kasih sayang? Perasaan hormat harus diberikan kepada semua bentuk hidupan dan persekitaran yang menjadi jiran tetangga kita. Segala tindakan manusia mempunyai kesan yang mendalam terhadap alam sekitar. Perasaan hormat terhadap hidupan lain bermakna menghormati diri kita sendiri. Menjaga kesejahteraan alam sekitar supaya tidak tercemar bermakna menghormati keperluan kita untuk mendapatkan udara dan bekalan air yang bersih.

Secara globalnya masalah pencemaran laut merupakan di antara agenda terpenting yang harus dihadapi oleh negara-negara berpantai. Walaupun pelbagai masalah yang timbul dalam penguatkuasaan pencemaran disektor marin, namun ia tetap dijalankan oleh agensi-agensi maritim yang dipertanggungjawabkan dalam menangani masalah ini. Kerjasama ini bukan hanya terletak pada agensi-agensi yang terbabit tetapi orang-orang awam juga boleh berkerjasama dengan melaporkan segera sebarang kejadian pencemaran laut yang dilakukan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Kerjasama yang padu di antara agensi-agensi maritim dengan pihak-pihak swasta bagi menaja operasi pembersihan anasir pencemaran di laut amatlah dialu-alukan. Masalah pencemaran laut tidak akan dapat diselesaikan sekiranya tiada kesedaran dalam diri manusia sendiri tentang peri pentingnya alam sekitar kepada manusia. Selain daripada itu, undang-undang yang tertakluk juga harus dikuatkuasakan bagi menjamin masalah yang sama tidak akan berulang lagi.

Penglibatan JAS dalam melaksanakan tanggungjawabnya hanya akan tercapai dengan kerjasama dan kefahaman masyarakat umum akan betapa pentingnya penjagaan alam sekitar. Alam sekitar yang bersih dan terlindung mencerminkan masyarakat yang harmonis dan sihat bagi menerajui pembangunan sains dan teknologi negara.

Alam semulajadi mengetahui sesuatu yang terbaik untuknya. Sekiranya kita mencurahkan bahan kimia ke dalam sesuatu organisma, ianya tampak seolah-olah kita melemparkan sekarung nat untuk skru dan pasak ke dalam peralatan jentera "delicate" yang pernah diciptakan.

 

 

 

Page 34: PENCEMARAN ALAM SEKITAR

 

 

 

 

 

 

BIBLIOGRAFI

Ismail Hashim, 1991. Krisis Alam Sekitar : Tanggungjawab Manusia Sejagat. Akademik Khas, 1991.

Hashim Dzakiria dan Azilah Kassim, 1994. Kesan Negatif Kenderaan Bermotor Terhadap Alam Sekitar. Dewan Kosmik, Disember 1994.

Rohaini Haris, 1994. Jabatan Alam Sekitar. Dewan Kosmik, Mei 1994.

Dr. Moha Asri Abdullah, 1997. Industri Pembalakan Negara: Antara Garis Panduan dan Permasalahan. Dewan Ekonomi, April 1997.

Wong Khek Seng, 1991. Hutan dan Permusnahan. Akademik Khas, 1991.

Prof. Madya Dr. Abdul Halim Sulaiman, 1994. Pencemaran Air. Dewan Kosmik, Mei 1994.

Tajulddin Muhammad, 1997. Pemuliharaan Alam Sekitar. Dewan Ekonomi, Jun 1997.

Persidangan Maritim Malaysia. Penguatkuasaan Pencemaran Marin dan Masalah-masalahnya. Jabatan Alam Sekitar Kuala Lumpur. 16-19 Disember 1996.

ISI KANDUNGAN

BIL TAJUK MUKA SURAT

     

1 Pengenalan 1

     

Page 35: PENCEMARAN ALAM SEKITAR

2 Langkah-langkah Bersepadu Penyelesaian Isu Alam Sekitar

7

     

3 Kesimpulan 20

     

4 Bibliografi 22