60
HALAMAN PENGAKUAN 1

Pencemaran Alam Sekitar

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Pencemaran Alam Sekitar

Citation preview

Page 1: Pencemaran Alam Sekitar

HALAMAN PENGAKUAN

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan

ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya ”

Tandatangan:

Nama Pelajar: YEAP CIA MIN

Tarikh :

1

Page 2: Pencemaran Alam Sekitar

SENARAI KANDUNGAN

Bil Perkara Muka Surat

1. Halaman Pengakuan 1

2. Senarai Kandungan 2

3.. Pengenalan 3~4

4. Punca-punca pencemaran alam

sekitar

5~9

5 Kesan-kesan pencemaran alam

sekitar

10~15

6. Langkah-langkah mengatasi

pencemaran alam sekitar

16~20

7. Peta minda pencemaran alam

sekitar

21~23

8. Penutup 24

9. Rujukan 25

10. Lampiran 26~28

PENGENALAN

2

Page 3: Pencemaran Alam Sekitar

Tajuk kajian yang saya jalankan ialah pencemaran alam sekitar, dalam usaha

mengejar kemajuan negara dan meningkatkan taraf hidup penduduk,

kegiatan ekonomi dan projek-projek pembangunan sesebuah negara tidak

dapat dielakkan manusia sering mengabaikan masalahmasalah alam sekitar

yang timbul akibat pelaksanaan aktiviti ekonomi dan projek pembangunan.

Kesan-kesan negatif akibat proses pembangunan dan modernisasi secara

terburu-buru semakin mendesak dan ini mengakibatkan kesan pencemaran.

Kesemua kesan negatif ini semakin menggugat kesihatan manusia, sumber-

sumber ekonomi dan kemandirian bumi. Untuk mengurangkan kesan-kesan

negatif pembangunan ke atas alam sekitar, setiap aktiviti ekonomi dan

pembangunan mestilah diseimbangkan dengan usaha pengurusan dan

pemeliharaan alam. Pencemaran boleh ditakrifkan sebagai pembuangan

benda-benda atau bahan-bahan hasil dari aktiviti manusia ke alam

persekitaran menyebabkan terganggunya keselesaan atau kemandirian

kehidupan. Takrifan Pencemaran yang lebih bermaklumat adalah menurut

Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 yang menyatakan bahawa pencemaran adalah

sebarang perubahan sama ada secara langsung atau tidak langsung kepada

sifatsifat fizik, kimia, biologi atau aras-aras radiasi mana-mana bahagian alam

sekeliling dengan melepaskan, mengeluarkan atau meletakkan buangan

hingga menjejaskan keguanaan-kegunaan berfaedah, yang menimbulkan

sesuatu keadaan berbahaya atau mungkin berbahaya kepada kesihatan,

keselamatan atau kebajikan awam atau organisma-organisma lain,tumbuhan

dan haiwan. Pencemaran dapat dikategorikan dan disenaraikan kepada

pelbagai bentuk pencemaran alam:

1. Pencemaran udara

2. Pencemaran air

3. Pencemaran laut

4. Pencemaran bunyi

5. Pencemaran tanah

3

Page 4: Pencemaran Alam Sekitar

6. Pencemaran haba

7. Pencemaran sungai dan kolam

Konsep pencemaran sangat bergantung atau bersandar kepada sesuatu

nilai atau pengukuran yang telah ditetapkan terhadap sesuatu faktor yang

menimbulkan pencemaran itu sendiri. Tanpa nilai ini, konsep pencemaran

menjadi kabur. Misalnya, sesuatu sayuran itu menjadi tercemar hanya apabila

didapati daripada pengukuran bahawa kandungan sesuatu bahan kimia di

dalamnya telah melebihi paras bahaya. Bahan kimia yang berbeza

memberikan paras bahaya yang berbeza pula. Ini kesan daripada bahan

kimia terhadap makhluk hidup adalah berbeza. Lazimnya pengukuran bahan

kimia di dalam air dan di udara ditentukan dalam unit ppm (bahagian bahan

kimia per juta pelarutnya). Begitu juga dengan bahan-bahan pencemar lain

diukur dengan unit-unit tertentu.

4

Page 5: Pencemaran Alam Sekitar

PUNCA-PUNCA PENCEMARAN ALAM SEKITAR

1. Pencemaran udara.

Mengikut laporan yang dibuat oleh Jabatan Alam Sekitar, melalui akhbar

Utusan Pengguna pada tahun 2001, jumlah keluaran bahan-bahan

pencemaran udara bagi Malaysia dianggarkan sebanyak 933,000 tan

setahun. Daripada jumlah ini, kenderaan ialah punca utama pencemaran ini

(58.1%), diikuti oleh stesen janakuasa (23.9%), pembakaran bahan api

industri (9.4%), pemprosesan industri (3.9%) dan pembakaran terbuka

(4.9%). Pencemaran udara ini berlaku apabila terdapat benda asing dalam

kepekatan yang mengganggu atau membahayakan manusia, tumbuh-

tumbuhan, binatang dan harta benda. Benda asing ini adalah di dalam bentuk

abuk, asap, kabus, wap dan gas (Karbon Monoksida, Nitrogen Oksida,

Hidrokarbon, Ozon, Sulfur Oksida, baubauan) ataupun apa-apa campuran

bahan-bahan ini. Pembangunan tanpa pengurusan yang dirancang boleh

membawa kesan buruk yang akan mengancam kualiti alam sekitar. Jumlah

kenderaan di seluruh negara meningkat hampir 2 kali ganda sejak 1980.

Keadaan ini berbahaya kepada alam sekitar kerana karbon diosida yang

dikeluarkan oleh kenderaan menjejaskan kesihatan manusia dan juga

menipiskan lapisan ozon.dioksida pada kenderaan.

Dapatlah dijelaskan punca-punca utama pencemaran udara ini adalah akibat

daripada stesen janakuasa elektrik, kerja-kerja pembinaan, industri atau

kilang, kenderaan bermotor dan pembakaran sampah sarap. Penderaan alam

sekitar melalui pencemaran udara timbul akibat daripada tindakan manusia itu

sendiri. Setiap manusia menyumbang terhadap kemusnahan alam sekitar.

Perokok yang mengembuskan asap ke udara, pembakaran sisa buangan di

kawasan perumahan secara tidak terkawal juga membawa kesan kepada

pencemaran udara.

5

Page 6: Pencemaran Alam Sekitar

2. Pencemaran air

Pencemaran air bermaksud perubahan yang berlaku dari segi kandungan,

keadaan dan warna sehingga tidak sesuai dan akan memberi kesan terhadap

manusia apabila digunakan. Pencemaran ini berlaku sama ada dari segi

biologi, kimia dan fizik. Bahan pencemaran boleh didapati dalam pelbagai

bentuk iaitu gas, cecair dan pepejal. Pencemaran air boleh berlaku di mana-

mana sahaja tempat berair. Oleh itu, pencemaran air merupakan pencemaran

yang begitu meluas kerana didapati di seluruh dunia.

Antara punca-punca pencemaran air ialah:

a) Sisa bahan buangan kilang seperti sisatosid yang dibuang ke dalam sungai

oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Pembuangan ini dianggap mudah

kerana tidak memerlukan kos pelupusan.

b) Pembuangan bahan-bahan buangan seperti sampah, minyak dan najis

oleh sesetengah pihak individu juga merupakan penyumbang ke arah

pencemaran air.

c) Penerokaan juga membantu menyumbang ke arah pencemaran air. Ini

adalah kerana, penerokaan yang dijalankan sudah pasti menyebabkan

hakisan tanah berlaku dan seterusnya tanah runtuh akan masuk ke dalam

sungai dan menjadi mendakan. Mendakan ini boleh mencetekkan lagi paras

air sungai dan seterusnya banjir akan berlaku. Sesetengah bandar dan

kampung mengepam pelbagai bahan buangan yang tidak dirawat, manakala

kilang kadang kala membuang bahan beracun ke dalam sungai. Ini boleh

membunuh ikan, tumbuhan dan haiwan air yang lain. Baja dan racun perosak

kimia yang digunakan oleh petani juga dibawa oleh air hujan ke dalam sungai

dan anak sungai. Bahan-bahan ini boleh membunuh pelbagai jenis hidupan

air. Sikap tidak bertanggungjawab dan mementingkan keuntungan semata-

mata telah membutakan hati dan perasaan manusia terhadap alam sekitar.

6

Page 7: Pencemaran Alam Sekitar

Pengusaha kilang umpamanya, berusaha menjimatkan kos dengan

mengambil jalan mudah membuang sisa kilang ke dalam sungai walaupun

menyedari kesannya terhadap persekitaran. Selain itu, kekurangan

pengetahuan menyebabkan pemilik industri tidak mengambil berat serta cuba

mengelak piawaian keselamatan yang ditetapkan sama ada berhubung

keselamatan manusia atau kestabilan alam sekitar. Pembangunan tidak boleh

dipersalahkan sebagai punca kemusnahan alam sekitar. Pembangunan

adalah rekaan manusia. Masalah ini harus dipandang serius kerana sungai

merupakan sumber air yang paling utama. Kepesatan pembangunan industri,

perumahan dan pembukaan tanah baru menyebabkan banyak sungai yang

hilang keupayaan untuk memainkan peranan semula jadinya. Sekiranya

fenomena ini berterusan, tidak mustahil rangkaian sungai di seluruh negara

turut tercemar.

3. Pencemaran tanah

Pencemaran tanah bermaksud perbuatan yang berlaku kepada sesuatu

kawasan sehingga terjadinya pertukaran warna, kesuburan dan hakisan.

Pencemaran ini disebabkan oleh bahan buangan sama ada berbentuk air

atau pepejal. Bahan pencemar pula terdiri daripada pencemar organik, kimia

atau fizik.

Antara punca-punca berlakunya pencemaran ini ialah:

a) Pembuangan bahan-bahan buangan daripada kilang seperti minyak, sisa

toksik dan sisa-sisa kilang.

b) Pembuangan sampah merata-rata juga merupakan penyumbang ke arah

pencemaran ini.

c) Penggunaan racun serangga secara berlebih-lebihan juga boleh menjadi

salah satu punca

pencemaran tanah.

d) Sikap manusia yang jarang menghargai nilai-nilai maksum yang terdapat di

7

Page 8: Pencemaran Alam Sekitar

kawasan menarik dan indah. Penebangan pokok-pokok dan industri

pembalakan di kawasan tersebut, bertujuan kononnya untuk menggerakkan

industri hiliran bagi membangunkan ekonomi negara. Kesan penebangan

telah mengubah sama sekali rupa bumi di kawasan berkenaan. Pencemaran

tanah juga memberi kesan ke atas aktiviti harian manusia. Jika hampir

kesemua tempat telah dicemari, manusia sudah tidak berpeluang lagi untuk

melihat keindahan alam ini. Tanah yang telah dicemari tidak sesuai lagi untuk

dijalankan pertanian kerana bahan kimia akan membunuh tumbuhan yang

ditanam. Penukaran tanah dari hutan kepada pertanian telah mengakibatkan

berlakunya penebangan hutan secara meluas. Selain daripada

mengurangkan jumlah hutan asal dan biodiversiti hutan dan hidupan liar,

penebangan hutan juga turut menyumbang kepada hakisan tanah,

pemendapan, kerosakan cerun dan tanah runtuh di Malaysia. Penebangan

hutan yang berterusan dan kemusnahan hutan di kawasan tadahan air akan

menjejaskan bekalan air dan kualiti sumber air, menjejaskan kemampuan

pengambilan semula air bawah tanah dan menyebabkan lebih banyak banjir

di kawasan tanah rendah.

Pembangunan yang tidak dirancang dengan berkesan seperti pembalakan

yang giat dan pembukaan tanah secara berleluasa akan memberikan kesan

buruk terhadap alam sekitar contohnya hakisan tanah, perubahan iklim,

kesan kepada rumah hijau dan banjir.

4. Pencemaran bunyi

Pencemaran bunyi ialah bunyi bising yang keterlaluan sehingga menyakitkan

telinga. Pencemaran bunyi biasanya melebihi 80dB(A) dan pencemaran ini

mengikut situasi dan keinginan masing-masing. Pencemaran ini boleh

dibahagikan kepada empat bahagian iaitu kebisingan selang-seli, kebisingan

selenjar, kebisingan fluktuasi dan bunyi lantunan.

8

Page 9: Pencemaran Alam Sekitar

Antara punca-punca pencemaran ini ialah:

a) Bunyi kenderaan bermotor merupakan penyumbang ke arah pencemaran

ini.

b) Industri-industri juga merupakan penyumbang ke arah pencemaran

bunyi.Bunyi-bunyi ini datangnya daripada penggunaan jentera, kenderaan

dan sebagainya.

c) Kuari juga merupakan ejen pencemaran bunyi. Bunyi pemecahan batu,

enjin gerudi dan pemunggahan batu ke lori merupakan punca pencemaran

ini.

d) Bunyi juga berpunca daripada proses pembangunan.

9

Page 10: Pencemaran Alam Sekitar

KESAN-KESAN PENCEMARAN ALAM SEKITAR

Kesan–Kesan Pencemaran Udara

Kesan terhadap Kesihatan Manusia

Pencemaran udara telah memberi kesan yang buruk terhadap hidupan di

dunia pada masa kini. Di antara kesan utama yang menimpa manusia

akibatdaripada pencemaran udara ialah terhadap sistem pernafasan. Udara

dan bahancemar yang terperangkap di dalamnya akan memasuki hidung atau

mulut manusia dan memasuki paru-paru melalui trakea. Karbon monoksida

(CO) adalah antara gas yang dapat meracuni sistem pengangkutan oksigen

dalam darah dengan begitu berkesan sekali. Selain itu, bahan cemar Nitrogen

Oksida (NO2) boleh menyebabkan edema dan pendarahan pulmonari, bahan

cemar gas ozon(O3) boleh menimbulkan kerengsaan. Habuk,asap, kabus,

wap atau bahan-bahan lain juga menghalang penglihatan mata dan juga

menjejaskan matamanusia.

Kesan Terhadap Lapisan Ozon

Pencemaran udara juga menyebabkan penyusutan lapisan ozon bumi

yang melindungi hidupan di bumi ini daripada sinaran terus matahari.

Pembebasan gas klorofluoro carbon atau CFC yang digunakan dalam alat-

alat penyembur, alat penyaman udara dan peti sejuk menipiskan lapisan ozon

ini. Ini menyebabkan lebih banyak sinaran matahari yang sampai ke bumi.

Pendedahan secara terus kepada cahaya matahari boleh menyebabkan

kanser kulit yang amat berbahaya kepada manusia dan juga hidupan lain.

Pancaran matahari yang terik juga menyebabkan berlakunya pencairaan

10

Page 11: Pencemaran Alam Sekitar

kepada ais-ais di bahagian kutub-kutub bumi dan menyebabkan berlakunya

ketidakseimbangan ekosistem di dunia padamasa kini

Kesan Rumah Hijau dan Pemanasan Global

Kesan yang paling ketara dan sedang hangat diperkatakan oleh seluruh

warga dunia pada masa kini adalah kesan pemanasan global yang

disebabkan oleh kesan rumah hijau. Kenaikan suhu bumi dan penipisan

lapisan ozon menjadi punca kepada pemanasan global ini yang dapat

dirasakan oleh seluruh penduduk bumi. Kenaikan suhu bumi disebabkan oleh

pembebasan gas-gaskarbon dioksida dan terkumpul di dalam udara. Gas

karbon dioksida yang terlalu banyak menyebabkan haba di bumi

terperangkap dan akhirnya suhu bumi meningkat dan persekitaranya menjadi

panas. Penyusutan lapisan ozon juga adalah faktor utama kejadian

pemanasan global ini. Pemanasan global menyebabkan keadaan bumi

menjadi panas, ekosistem terganggu, banjir berlakusecara kerap dan juga

berlakunya kejadian alam yang tidak normal. Kebakaran hutan yang berlaku

juga sedikit sebanyak memberi kesan kepada suhu di bumi ini dan juga

menjejaskan kualiti udara.

Kesan-Kesan Pencemaran Air

Kesan Kepada Kualiti Air

Penggunaan air laut juga terutamanya sebagai agen penyejuk bagi

mesin dalam sektor janakuasa elektrik merosakkan kualiti air. Air yang panas

selepas digunakan untuk menyejukkan mesin-mesin dalam sektor ini akan

disalurkan semula ke laut. Ini menyebabkan seluruh kawasan saliran laut itu

akan menjadi panas dan mengakibatkan hidupan di kawasan itu sukar untuk

beradaptasi kerana keadaan suhu airnya yang tinggi dan meningkat secara

11

Page 12: Pencemaran Alam Sekitar

mendadak justeru mengganggu ekosistem hidupan di laut secara perlahan-

lahan.

Bahan-bahan toksid yang dibuang akan memberi kesan terhadap

kitaran makanan dengan mempengaruhi dan meracuni hidupan-hidupan di

sungai dantasik seperti rumpair, burung, ikan dan hidupan lain. Bahan-bahan

toksid yang bercampur dengan air sungai atau tasik,secara langsung akan

mempengaruhikualiti air minuman. Hal ini memberi kesan negatif terhadap

kesihatan, seperti kehadiran nitrat yang berlebihan dalam air minuman yang

akan mengakibatkan keracunan darah kepada bayi kecil dan barah kepada

orang dewasa.

Mengurangkan Kandungan Oksigen Terlarut

Proses yang dihasilkan oleh industri terutamanya industri

pemprosesan makanan biasanya kaya dengan nutrien inorganik contohnya

nitrogen, fosforus dan kalium disamping sebatian-sebatian organik terlarut.

Oleh itu, nutrien ini menyebabkan risiko pencemaran dilupuskan secara tidak

langsung di dalam sungai atau tasik dan menghasilkan keadaan eutrofikasi.

Sebatian organikterlarut mengurangkan jumlah kandungan oksigen

terlarut(BOD).

Kemusnahan Hidupan Akuatik

Di Malaysia, aktiviti perindustrian, urbanisasi, serta perladangan

menyebabkan pencemaran logam berat, racun makhluk perosak, pencemran

organik serta peningkatan keledak dalam air. Ia merupakan pencemaran

utama yang memusnahkan kehidupan akuatik. Laluan utama pencemaran

dari darat kelautan adalah melalui sungai. Sungai-sungai yang tercemar

seperti Sungai Juru, Sungai Pinang, Sungai Sepang, Sungai Jejawi, Sungai

Kelang, Sungai Perai, Sungai Buloh dan beberapa sungai mengalirkan

12

Page 13: Pencemaran Alam Sekitar

berbagai jenis racun, keledak bahan kumbahan dan najis haiwan ke dalam

lautan. Spesies yang sensitif akan lama kelamaan lenyap, sama ada

disebabkan oleh kematian individu atau kegagalan pembiakan. Bagi spesies

yang tahan lasak, pengumpulan bahan toksik dalam badan mereka boleh

menyebabkan risiko yang tinggi kepada haiwan-haiwan yang terletak di

penghujung rantaian makanan, termasuk manusia.

Kesan-Kesan Pencemaran Tanah

Tanah Beracun

Kesan daripada pencemaran tanah ini kepada dunia sangat ketara

seperti pencemaran-pencemaran lain juga. Ianya juga memberi kesan yang

sangat buruk terhadap kesihatan manusia serta hidupan lain. Pembuangan

sampah-sarap, sisatoksik dan nulear menjadikan tanah beracun dan tidak

boleh didiami. Contoh yang paling ketara adalah letupan loji nuklear di

Chernobyl, Russia. Kesannya dapat dirasai hingga ke Sweden, kerana 23

orang telah dilaporkan mati akibat daripada kesan radio aktif nuklear tersebut.

Semua penduduk di sekitarnya dipindahkan dan di sesetengah tempat,

penjualan daging terpaksa dihentikankerana kadar pencemaran terlalu tinggi

dan membahayakan kesihatan.

Kerosakan Tanah dan Kualitinya

Pencemaran tanah juga merosakkan tanah dan kualitinya. Sisa-sisa

industri dan hasil tumpahan daripada kenderaan pengangkut menjadikan

tanah rosak dan kurang berkualiti. Tanah yang kurang berkualiti

menyebabkan tumbuh-tumbuhan atau sayur-sayuran yang ditanam tidak

hidup dengan sempurna dan tidak subur. Hujan asid yang meresap ke dalam

tanah, perlombingan yang berlebihan, penebangan hutan atau pembalakan

menyebabkan tanah terhakisdan rosak. Selain itu penggunaan racun

serangga atau rumpai turut berperanan mengurangkan kualiti tanah.

13

Page 14: Pencemaran Alam Sekitar

Kemajuan dari segi pengangkutan juga menyebabkan banyak kawasan tanah

telah digunakan untuk tujuan pembinaan jalanraya, landasan keretapi dan

lapangan terbang.

Hakisan Tanah

Satu lagi kesan pencemaran tanah ini adalah hakisan. Hakisan tanah

adalah salah satu fenomena yang sangat sering berlaku di seluruh dunia.

Ianya bukan sahaja merugikan dari sudut kewangan dan ekonomi bahkan

juga mengancam keselamatan dan nyawa manusia, misalnya tanah runtuh

dan juga gempa bumi. Terdapat banyak negara-negara yang sedang diancam

hakisan tanah. Di negara-negara tertentu juga, angin menjadi salah satu agen

yang boleh menyebabkan hakisan. Antara aktiviti-aktiviti manusia yang boleh

menyebabkan hakisan adalah pembersihan dan pembajakan serum bukit

yang menyebabkan tiada tumbuhan yang dapat menahan tanah daripada

dialirkan bersama-sama dengan air apabila hujan lebat, penebangan hutan,

padang ragut yang meluas dan berlebihan, dan penanaman secara meluas

hanya satu jenis tanaman.

Kesan-Kesan Pencemaran Bunyi

Menggangu Persekitaran

Kesan-kesan pencemaran bunyi terhadap dunia pada masa kini termasuklah

menggangu persekitaran dengan keadaan bunyi yang bising dan melampau.

Pencemaran bunyi menyebabkan keadaan persikitaran sangat bising dan

menjadikan kehidupan manusia serta hidupan lain terganggu. Haiwanjuga

akan merasa takut dan berasa terpaksa berhijrah ke habitat baru yang lebih

senyap. Ini akan menyebaban gangguan ekosistem dan member masalah

kepada manusia juga.

Masalah Pendengaran Manusia

14

Page 15: Pencemaran Alam Sekitar

Pencemaran bunyi menyebabkan kerosakan pada telinga manusia

secara serta-merta dan juga secara kronik. Sekiranya telinga menerima bunyi

yang kuat iaitu lebih daripada 120 dB, selaput tympanum di dalam telinga

akan pecah serta kerosakan tulang kecil pada telinga dan ini menyebabkan

kehilangan pendengaran kekal. Pendedahan berpanjangan kepada bunyi

kuat iaitu lebih 85dB dalam masa 8 jam sehari, ia akan merosakkan koklia

dan menyebabkan pendengran menjadi tidak berkualiti dan kemungkinan

juga akan menjadi pekaksecara perlahan-lahan

Kesan-kesan di luar telinga pula adalah seperti kesan fisiologi iaitu

meningkatkan tekanan darah, meningkatkan pergerakan otot, meningkatkan

pergerakan gastrik dan pembesaran pupil. Seterusnya kesan psikomatik

seperti sakit kepala, pening, loya, muntah, pergerakan mata tak dapat

dikawal, gangguan percakapan, dan juga memberi kesan kepada tingkahlaku.

15

Page 16: Pencemaran Alam Sekitar

LANGKAH-LANGKAH MENGATASI PENCEMARAN ALAM SEKITAR

A. PENGGUNAAN TEKNOLOGI MODEN

Penggunaan teknologi moden untuk mengurangkan pencemaran alam sekitar

adalah amat penting. Sebagai contohnya, tanpa teknologi moden, adalah

tidak mungkin untuk membersihkan tumpahan minyak di laut. Dengan

adanya teknologi moden, sisa pepejal seperti surat khabar lama, majalah

lama, kertas, kain, bahan plastik dan kaca dapat dikitar semula. Ini sudah

tentu dapat mengurangkan pencemaran yang disebabkan oleh pengurusan

sisa pepejal yang tidak sempurna. Bahan-bahan buangan industri pertanian

boleh diubah kepada bahan-bahan yang berguna dan kurang bahaya.

Sebagai contoh, sampah sarap boleh dijadikan bahan api untuk

menghasilkan tenaga elektrik. Hampas pertanian seperti hampas kelapa sawit

boleh digunakan untuk menghasilkan metana. Selain itu, dengan adanya

teknologi moden, penapis udara telah dicipta dan dipasang pada ekzos

kenderaan dan cerobong asap kilang-kilang perindustrian. Penggunaan petrol

tanpa plumbum juga merupakan satu hasil daripada penggunaan teknologi

moden. Ini dapat mengurangkan kandungan plumbum dalam atmosfera yang

bahaya kepada kesihatan manusia. Penyelidikan ke atas minyak kelapa sawit

sebagai pengganti bahan api fosil adalah satu usaha yang menggalakkan

bagi menggurangkan pencemaran alam sekitar. Dengan adanya teknologi

moden jenterajentera dan mesin-mesin dapat diubahsuaikan menjadi kurang

16

Page 17: Pencemaran Alam Sekitar

mencemarkan alam sekitar.

B. PENDIDIKAN ALAM SEKITAR MELALUI KURIKULUM

Tanggungjawab untuk menjamin sebuah negara yang bersih bukan sahaja

dipikul oleh kerajaan tetapi patut dipikul oleh semua pihak. Untuk membentuk

rakyat yang bertanggungjawab kepada alam sekitar, mereka perlulah

mempunyai kesedaran. Untuk memupuk kesedaran di kalangan rakyat, cara

yang terbaik ialah melalui pendidikan. Sebab-sebab pendidikan alam sekitar

ini perlu ialah kerana ia dapat membentuk sikap positif diri terhadap alam

sekitar. Dengan adanya kesedaran pada seseorang individu, dia akan sedar

tentang betapa pentingnya kualiti alam sekitar yang tinggi dikekalkan. Ini

kerana mereka sudah tahu apa masalah yang mungkin akan timbul akibat

sesuatu perbuatan yang tidak bertanggungjawab yang mencemarkan alam

sekitar. Pendidikan alam sekitar mula diperkenalkan secara formal pada

peringkat rendah melalui Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR)

dalam mata pelajaran Alam dan Manusia. Seterusnya adalah pada peringkat

menengah melalui Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM),

khususnya dalam mata pelajaran sains seperti Biologi. Peringkat ketiga dan

terakhir ialah pengajian tinggi melalui kursus Sains Alam Sekitar dan Biologi

Persekitaran. Pendidikan alam sekitar kepada masyarakat umum pula

disampaikan melalui media massa. Antara media massa yang memainkan

peranan yang penting ialah surat khabar, majalah, televisyen dan radio.

Selain itu, terdapat juga agensi kerajaan dan swasta yang mengadakan

kempen dan ceramah.

C. AKTIVITI DAN CADANGAN UNTUK MELINDUNGI ALAM SEKITAR

Memandangkan dunia sekarang sedang diancam bahaya pencemaran,

langkah-langkah wajar dan berkesan patut diambil. Langkah untuk

17

Page 18: Pencemaran Alam Sekitar

melindungi alam sekitar ini bukanlah tanggungjawab pihak kerajaan sahaja. Ia

adalah tanggungjawab semua pihak. Kerajaan patutlah memperketatkan

undang-undang yang melindungi alam sekitar. Rondaan oleh pegawai

Jabatan Alam Sekitar patut diperbanyakkan. Para pengusaha terutama

pengusaha kilang secara besar-besaran patutlah mendapatkan nasihat

daripada Jabatan Alam Sekitar sebelum sesuatu operasi perindustrian

dijalankan. Pengguna memainkan peranan yang terpenting dalam menangani

masalah pencemaran. Sebagai seorang pengguna yang bertanggungjawab,

kita perlulah memilih barangan yang mendatangkan pencemaran yang kurang

sekali. Tanpa permintaan terhadap barangan yang mendatangkan

pencemaran, pengusaha kilang juga akan mula menggunakan bahan-bahan

yang lebih sesuai dengan alam sekitar. Sebagai contoh, kita sepatutnya

memilih racun serangga dalam tin aerosol yang tidak mengandungi CFC. Jika

semua pihak ini bekerjasama untuk menangani masalah pencemaran, sudah

tentu bumi akan di panjangkan usianya.

Antara aktiviti yang boleh melindungi alam sekitar ialah:

a) Pameran

b) Kempen-kempen

c) Pertandingan

d) Projek Riadah Alam Sekitar

D. PAMERAN PENCEMARAN ALAM

Pameran yang dimaksudkan di sini ialah pameran segala bahan yang

berkaitan dengan isu pencemaran.

Pameran ini boleh dilakukan di sekolah-sekolah dan juga tempat-tempat

awam seperti perpustakaan awam. Pameran ini bolehlah merangkumi isu-isu

alam sekitar, sebab-sebab pencemaran, kesan-kesannya dan apa yang boleh

dibuat untuk mengurangkan kadar pencemaran. Bahan-bahan menarik

seperti carta, polster dan keratan surat khabar bolehlah dipamerkan. Selain

18

Page 19: Pencemaran Alam Sekitar

itu, pita video dan slaid-slaid yang ada berkenaan dengan pencemaran juga

boleh ditayangkan. Pameran sebegini boleh meningkatkan kesedaran dan

mengajar masyarakat untuk melindungi alam sekitar.

E. KEMPEN MELINDUNGI ALAM SEKITAR

Menyertai sesuatu kempen untuk melindungi alam sekitar adalah sesuatu

yang sihat dan amat digalakkan. Antara kempen-kempen yang melindungi

alam sekitar ialah kempen cintailah sungai kita, kempen kitar semula, sahabat

alam dan sebagainya. Kempen-kempen ini dapat memberi kesan yang

mendalam terhadap peserta-pesertanya. Dalam kempen-kempen ini, peserta-

peserta akan diajar tentang pentingnya menjaga alam sekitar dan caracara

menguruskan sisa buangan supaya hanya mendatangkan pencemaran yang

minimum kepada alam sekitar. Selain itu, kempen kitar semula dapat

menggalakkan pengguna untuk mengitar semula bahan yang

boleh dikitar semula. Secara tidak langsung juga, peserta akan belajar untuk

berjimat-cermat. Sahabat alam telah menjalankan pelbagai aktiviti seperti

menanam pokok-pokok bunga, membersihkan kawasan yang kotor dan

sebagainya. Penanaman pokok bunga akan mencantikkan pemandangan

sesuatu kawasan. Selain itu, ia juga dapat menapis debu yang berterbangan

di udara. Tumbuhan hijau juga adalah penting untuk mengurangkan

kandungan oksigen yang boleh menyebabkan kesan rumah hijau. Kempen

cintai sungai telah menjalankan banyak aktiviti untuk membersihkan kawasan

sungai. Selain membersih, mereka juga menanamkan kesedaran kepada

penduduk tempatan tentang kepentingan sungai.

F. PERTANDINGAN

Pertandingan seperti kuiz tentang pencemaran alam sekitar boleh

meningkatkan pengetahuan dan kesedaran tentang pentingnya melindungi

19

Page 20: Pencemaran Alam Sekitar

alam sekitar. Dengan mengadakan kuiz, peserta akan cuba memahami

apakah itu pencemaran. Dalam proses ini, mereka akan mendapat

pengetahuan tersebut. Mereka juga mungkin akan mencari penyelesaian

kepada masalah pencemaran. Ini sudah tentu akan membawa kebaikan

kepada peserta itu dan alam sekitar. Pertandingan melukis poster yang

berkaitan pencemaran juga adalah baik. Ia bukan sahaja memberi kesedaran

kepada peserta sahaja tetapi mesejnya juga akan sampai kepada orang

ramai. Selain pertandingan yang telah disebutkan, pertandingan menulis

karangan dan sajak juga dapat memberikan kesedaran kepada orang ramai.

G. PENDEDAHAN MEDIA MASSA

Pada hari ini media massa memainkan peranan yang penting dalam

membentuk cara pemikiran semua pengguna. Oleh itu, dengan adanya

pendedahan media massa tentang isu pencemaran, masyarakat umum akan

berhati-hati dalam menanggani masalah pencemaran. Setakat ini, media

massa yang paling banyak membuat pendedahan tentang isu pencemaran

ialah majalah dan surat khabar. Televisyen juga ada membuat pendedahan ini

contoh TV3 dan NTV7 tetapi adalah terlalu sedikit ditekankan keutamaannya.

Artikel dari sanoslayer

20

Page 21: Pencemaran Alam Sekitar

PUNCA PENCEMARAN ALAM SEKITAR

21

Page 22: Pencemaran Alam Sekitar

22

PEMBUANGAN SISA BAHAN KILANGPEMBUANGAN SAMPAH PENGGUNAAN RACUNSIKAP MANUSIA ACUH TAK ACUH

ASAP KENDERAAN BERMOTORINDUSTRI (PENGGUNAAN JENTERA)KUARIPROSES PEMBANGUNAN

SISA BAHAN BUANGAN KILANG PENEROKAAN

PEMBAKARAN BAHAN API INDUSTRISTESEN JANAKUASA ELEKTRIKKERJA-KERJA PEMBINAANPEMBAKARAN SAMPAH-SARAP

PUNCA PENCEMARAN

UDARA

PUNCA PENCEMARAN

AIR

PUNCA PENCEMARAN

TANAH

PUNCA PENCEMARAN

BUNYI

Page 23: Pencemaran Alam Sekitar

KESAN PENCEMARAN ALAM SEKITAR

23

TANAH RACUNKEROSAKAN TANAH & KUALITINYA

PENGANGGUAN PERSEKITARANMASALAH PENDENGARAN MANUSIA

MENGURANGKAN KANDUNGAN OKSIGEN TERLARUTKEMUSNAHAN KEHIDUPAN AKUATIK

PENYUSUTAN LAPISAN OZONRUMAH HIJAU & PEMANASAN GLOBAL

KESAN PENCEMARAN

UDARA

KESAN PENCEMARAN

AIR

KESAN PENCEMARAN

TANAH

KESAN PENCEMARAN

BUNYI

Page 24: Pencemaran Alam Sekitar

LANGKAH-LANGKAH PENCEMARAN ALAM SEKITAR

24

-PENGUNAAN TEKNOLOGI MODEN-PENDIDIKAN ALAM

SEKITAR MELALUI KURIKULUM

-KEMPEN-PERTANDINGAN

- AKTIVITI DAN CADANGAN UNTUK MELINDUNGI ALAM

SEKITAR -PAMERAN

PENCEMRAN ALAM

-PENDEDAHAN MADIA MASSA

Page 25: Pencemaran Alam Sekitar

PENUTUPPencemaran alam sekitar memberi banyak kesan yang sangat buruk

terhadap dunia pada masa kini. Kejadian hujan asid, kesan rumah hijau,

penipisan ozon adalah antara kesan-kesan pencemaran alam sekitar yang

serius dan perlu ditangani segera sebelum ia menjadi lebih kritikal. Manusia

dan juga hidupan lain saling berkait untuk terus hidup di dunia ini. Manusia

memerlukan bahan makanan. Sekiranya sumber makanan dicemari, maka

tiadalah sumber makanan untuk manusia.

Sekiranya penduduk dunia atau manusia bersikap sambil lewa dengan

keadaan alam sekitar yang semakin tercemar ini, dunia mungkin akan

menjadi semakin kritikal dan hidupan lain di muka bumi ini akan terjejas atau

pupus secara tidak langsung dan kemungkinan dunia akan musnah secara

perlahan-lahan.

Manusia seharusnya bertanggungjawab dan menjaga serta

memulihara alam sekitar. Jika pencemaran dibiarkan berterusan, bumi akan

kehilangan keindahannya dan mungkin suatu hari nanti, dunia ini tidak boleh

lagi didiami oleh sebarang hidupan termasuklah manusia.

Manusia seharusnya telah memulakan usaha-usaha untuk melakukan

pemuliharaan terhadap alam sekitar yang telah musnah ataupun terjejas pada

masa sekarang. Manusia tidak lagi boleh menunggu sehingga tibanya masa

keadaan alam sekitar menjadi benar-benar kritikal, dan barulah mengambil

tindakan, kerana segala-galanya mungkin akan terlambat dan tidak boleh

diselamatkan lagi.

Kesimpulannya, manusia harus peka terhadap isu-isu alam sekitar

dan berusaha untuk mengelakkan sebarang aktiviti yang boleh menyebabkan

pencemaran serta berusaha memulihara alam sekitar untuk kesejahteraan

hidupmasa hadapan.

25

Page 26: Pencemaran Alam Sekitar

RUJUKAN

Buku

1. Abu Bakar Yang.2004.Alam Sekitar Anugerah Tuhan.Kuala Lumpur : IKIM

2. Bryan Cartledge.1992.Monitoring The Environment.United States of

America : Oxford University Press

3. David D. Kemp.1990. Global Environmental Issue: A Climatological

Approach.London : Routledge

4. Douglas D.Ofiara, Joseph J.Seneca.2001.Economical Losses From

Marine Pollution. United States Of America:Island Press

5. ECD Sabah.2002.Environmental Management In Sabah:Issues And

Challenge.Kota Kinabalu : ECD Sabah

6. EPD Sabah.2003.Environmental Indicator Report.Kota Kinabalu : EPD

Sabah.

7. Harry M. Freeman.1995.Industrial Pollution Prevention Handbook. United

StatesOf America : McGraw-Hill, Inc

8. Ismail Sahid.1985.Masalah Alam Sekitar Di Malaysia.UKM:UKM

9. Jasman Ahmad & Siti Razmah Idris.1996.Pencemaran Udara dan

Bunyi.Kuala Lumpur :Penerbit Mikamas

10. Jasman Ahmad.1996.Pencemaran Alam Sekitar.Kuala Lumpur : Eddiplex

Sdn. Bhd.

11. Mohaidi Tajuddin.1989.Teori Ekonomi Alam Sekitar.Kula Lumpur: Dewan

Bahasa Dan Pustaka

12. William P.Conningham, Barbara Woodworth.1990.Environmental Science:

A Global Concern.United States of America: WM C.Brwon Publishers

Internet

1. http://www.greenpages.com.my

2.http://www.keepandshare.com/doc/2005692/pencemaran-alam-sekitar-pdf-

june-24-2010-1-22-pm-578k?da=y

26

Page 27: Pencemaran Alam Sekitar

LAMPIRAN

Rajah 1.1 - Pencemaran udara hasil dari pembangunan industri

Rajah 1.2 - Pencemaran udara berlaku akibat dari pembuangan gas karbon

Rajah 1.3 - Pembuangan sampah di sungai

27

Page 28: Pencemaran Alam Sekitar

Rajah 1.4 - Pembuangan sampah di sungai berhampiran kawasan

pembangunan industry

Rajah 1.5 - Asid dan bahan organik mencemari sekitar pantai

Rajah 1.6 - Pembuangan sampah tidak teratur mencemari tanah

28

Page 29: Pencemaran Alam Sekitar

Rajah 1.7 - Pembakaran terbuka bukan sahaja mencemari udara tetapi

merosakkan semula jadi tanah di kawasan berkenaan

Rajah 1.8 - Hasil kayu balak yang ditebang.

Rajah 1.9 - Kerja-kerja pembinaan yang memberi impak pencemaran bunyi.

29

Page 30: Pencemaran Alam Sekitar

30