of 10/10
PENDAHULUAN Urbanisasi adalah satu proses dinamik pengeluasan kawasan bandar yang melibatkan landskap fizikal semulajadi dan sektor sosioekonomi bandar (Shaharuddin et al. 2011). Transformasi yang berlaku di Malaysia khasnya di bandaraya Kuala Lumpur telah memberi kesan terhadap pelbagai aspek alam sekitar fizikal mahupun manusia. Transformasi bandar bukan sahaja membawa kepada kebaikan malahan menimbulkan kesan negatif kepada alam sekitar apabila dilakukan tanpa melakukan perancangan sehingga konsep daya tampung bandar diabaikan. Peningkatan penduduk sejajar dengan peningkatan kadar pencemaran udara, air dan bunyi, masalah kesesakan lalu lintas di bandar, ketidakselesaan akibat aktiviti manusia sehingga timbul fenomena pulau haba bandar. Keadaan ini mendorong peningkatan kadar mobiliti penduduk. Timbul isu banjir kilat yang semakin kerap di bandar setiap kali hujan lebat. Bagi menangani masalah isu alam sekitar penggunaan kaedah bumbung hijau mula diberi perhatian. Empat fokus utama yang akan dibincangkan adalah isu pencemaran udara, isu kesihatan warga kota, peningkatan suhu bandar dan menangani masalah alam sekitar fizikal melalui kaedah bumbung hijau. ISU PENCEMARAN UDARA Komponen alam sekitar sekitar terdiri daripada alam sekitar semula jadi, alam sekitar binaan dan alam sekitar yang baru. Persekitaran fizikal semulajadi iaitu air, udara dan pergerakan angin serta persekitaran alam sekitar manusia berubah akibat daripada tindakan atau interaksi antara satu sama lain. Kemerosotan kualiti udara di kawasan bandar berkait dengan kepesatan urbanisasi yang tidak terancang sehingga mewujudkan kawasan tepubina dan tanah lapang terbiar yang dahulunya adalah kawasan hijau. Kawasan hutan dibangunkan menjadi bangunan pejabat, kompleks perniagaan, kawasan perindustrian, pentadbiran dan kawasan perumahan yang menjadi tumpuan penduduk akibat daripada migrasi masuk ke bandar. Kesan daripada itu wujud masalah setinggan di kawasan tepi sungai, lombong terbiar, pinggir bandar dan pinggir hutan yang juga mengakibatkan peningkatan jumlah kenderaan, aktiviti industri dan aktiviti pembakaran terbuka secara tidak terkawal (Shaharuddin Ahmad dan Noorazuan Md Hashim, 2006).

Pencemaran udara

  • View
    5.662

  • Download
    1

Embed Size (px)

Text of Pencemaran udara

  • 1. PENDAHULUANUrbanisasi adalah satu proses dinamik pengeluasan kawasan bandar yang melibatkanlandskap fizikal semulajadi dan sektor sosioekonomi bandar (Shaharuddin et al. 2011).Transformasi yang berlaku di Malaysia khasnya di bandaraya Kuala Lumpur telah memberikesan terhadap pelbagai aspek alam sekitar fizikal mahupun manusia. Transformasi bandarbukan sahaja membawa kepada kebaikan malahan menimbulkan kesan negatif kepada alamsekitar apabila dilakukan tanpa melakukan perancangan sehingga konsep daya tampungbandar diabaikan. Peningkatan penduduk sejajar dengan peningkatan kadar pencemaranudara, air dan bunyi, masalah kesesakan lalu lintas di bandar, ketidakselesaan akibat aktivitimanusia sehingga timbul fenomena pulau haba bandar. Keadaan ini mendorong peningkatankadar mobiliti penduduk. Timbul isu banjir kilat yang semakin kerap di bandar setiap kalihujan lebat. Bagi menangani masalah isu alam sekitar penggunaan kaedah bumbung hijaumula diberi perhatian. Empat fokus utama yang akan dibincangkan adalah isu pencemaranudara, isu kesihatan warga kota, peningkatan suhu bandar dan menangani masalah alamsekitar fizikal melalui kaedah bumbung hijau.ISU PENCEMARAN UDARAKomponen alam sekitar sekitar terdiri daripada alam sekitar semula jadi, alam sekitarbinaan dan alam sekitar yang baru. Persekitaran fizikal semulajadi iaitu air, udara danpergerakan angin serta persekitaran alam sekitar manusia berubah akibat daripada tindakanatau interaksi antara satu sama lain. Kemerosotan kualiti udara di kawasan bandar berkaitdengan kepesatan urbanisasi yang tidak terancang sehingga mewujudkan kawasan tepubinadan tanah lapang terbiar yang dahulunya adalah kawasan hijau. Kawasan hutan dibangunkanmenjadi bangunan pejabat, kompleks perniagaan, kawasan perindustrian, pentadbiran dankawasan perumahan yang menjadi tumpuan penduduk akibat daripada migrasi masuk kebandar. Kesan daripada itu wujud masalah setinggan di kawasan tepi sungai, lombong terbiar,pinggir bandar dan pinggir hutan yang juga mengakibatkan peningkatan jumlah kenderaan,aktiviti industri dan aktiviti pembakaran terbuka secara tidak terkawal (Shaharuddin Ahmaddan Noorazuan Md Hashim, 2006).Transformasi menjadikan isu pencemaran udara semakin ketara. Masalah pencemaranudara merentasi sempadan iaitu pembakaran ladang di Sumatera dan Kalimantan menjadikanmasalah pencemaran udara dan seterusnya masalah jerebu bermusim melanda Malaysiatermasuklah Kuala Lumpur yang meningkatkan konsentrasi PM10 atau bahan pencemarterampai di atmosfera bandar. Terdapat dua pola yang menunjukkan bahawa taburankonsentrasi PM10 semakin meningkat iaitu nilai konsentrasi terus meningkat walaupun padanilai yang sederhana dan yang kedua ialah taburannya semakin meluas ke kawasan luarbandardan semakin tinggi.ISU KESIHATAN WARGA KOTAPerkembangan industri, peningkatan jumlah kenderaan dan kekurangan kawasan hijaumenyebabkan peningkatan suhu dan kurangnya kadar kelembapan udara. Kadar pencemaranudara yang tinggi mengakibatkan masalah kepada manusia seperti penyakit bronkitis.yangberkait rapat dengan faktor iklim dalam rumah, sosio-ekonomi dan budayanya. Isu kesihatanwarga kota juga dianalisis berdasarkan bilangan hari tidak sihat di beberapa lokasi terpilihyang menunjukkan nilai yang sentiasa tinggi. Perubahan iklim persekitaran dalaman banyakdipengaruhi oleh pola angkubah cuaca di persekitaran luaran kerana kebanyakan bahanbinaan yang digunakan tidak mesra alam sehingga daya penyerapan, pembahangan,peresapan dan pantulan bahangan yang ketara dan tinggi. Pengunaan alat mekanikal iaitukipas, alat penghawa dingin berasingan atau berpusat dengan konsep tertutup rapat untuk

2. menyimpan hawa sejuk yang juga mengundang kepada pelbagai masalah seperti sindrombangunan sakit (sick-building syndrome) yang tidak mempunyai kadar pengudaraan yangcukup bagi penghuni dan penggunanya (Shaharuddin Ahmad, 1996). Kajian mengenai perkaitan antara penyakit sistem saluran pernafasan denganpencemaran udara berdasarkan kadar kes infeksi saluran pernafasan akut (ARI) mencatatkankadar yang tinggi iaitu kurang sihat. Penyakit saluran pernafasan dan penyakit asmamenunjukkan kadar yang tinggi berbanding keseluruhan populasi responden untuk kanak-kanak antara umur 12 tahun ke bawah dan warga tua antara umur 65 tahun ke atas. Prosesurbanisai menggalakkan kemasukan tenaga kerja yang menyebabkan penggunaan tanah yangkurang mapan, kekurangan tempat berjalan kaki yang mesra alam, kurang projek perumahanmampu beli penduduk warga kota dan perkembangan pesat pembinaan lebuh raya(Mohmadisa Hashim dan Mohamad Suhaily Yusri Che Ngah, 2010). Peningkatan jumlahkenderaan keluar masuk ke kawasan bandar turut meningkatkan kadar konsentrasi bahanampaian (PM10), karbon monoksida (CO), nitrogen oksida (NOx), hidrokarbon (HCs) dan gasozon (O3).ISU PENINGKATAN SUHUIsu peningkatan suhu dan haba dalam bandar akibat daripada bersih proses termabandar menjadikan perbezaan imbangan tenaga dan suhu bandar berbanding kawasan luarbandar lebih tinggi. Haba rasa daripada permukaan dan lapisan sempadan bandar lebih tinggidisebabkan oleh penyerapan bahangan gelombang pendek. Pola gunatanah yang berbezaseperti tepubina bangunan, jalan raya, tanah lapang, badan air, kawasan perniagaan, kawasanhijau, menunjukkan keupayaan penyerapan, pemantulan dan penyimpanan haba yang berbezamempengaruhi ketidakseragaman sifat morfologi dan bentuk muka bumi bandar. Kekurangantumbuhan hijau dan bertanaman menyebabkan kurangnya proses sejatan dan perpeluhandaripada badan air dan tumbuhan. Keadaan ini membawa kepada curahan hujan lebih banyakmenjadi larian air permukaan ke parit-parit, longkang dan sungai berdekatan.Peningkatan haba kerana kekurangan kelembapan bandingan, struktur bangunantinggi dan rapat, dan bahan binaan konkrit yang menghalang pergerakan angin dan bersifatturbulens. Binaan bangunan yang berwarna gelap dan mempunyai permukaan tidak ratamemberi kesan kepada kapasiti bangunan menyimpan haba dan geometri bangunan bandaryang kompleks memberi fungsi pantulan berganda bahangan suria. Kesan pemanasan globalyang disebabkan oleh pembebasan gas rumah hijau antropogenik seperti pembebasan PM10,CO, SO3, Pb, O3, dan NOX dalam udara daripada kenderaan bermotor, industri, alatpenghawa dingin dan pembakaran terbuka yang meningkatkan bahangan haba di bumiterperangkap dan akhirnya suhu bumi meningkat dan persekitarannya menjadi panas dan 3. pembentukan pulau haba bandar (Shaharuddin Ahmad, Noorazuan Md. Hashim, dan YaakobMohd Jani, 2009). Kesannya adalah permukaan bumi akan menjadi panas atau suhu bandarsemakin meningkat, ekosistem terganggu, pembentukan kejadian petir, hujan lebat dan banjirkilat berlaku secara kerap dan akan terus kerap berlaku dari semasa ke semasa.KONSEP BUMBUNG HIJAU DALAM MENANGANI ISU ALAM SEKITARBANDARKonsep bumbung hijau boleh dijadikan permukaan hijau mapan dalam mengatasi isualam sekitar bandar kerana mampu mengawal bangunan daripada bahangan suria, mengawalsuhu dan pergerakan angin dan kelembapan sama ada di dalam ataupun di luar bangunan(Shaharuddin Ahmad, 2013). Pengurangan air larian permukaan juga dapat digunakan dengankaedah bumbung hijau selain dikatakan dapat menjadi penyimpan air hujan khususnya padawaktu puncak. Kajian bumbung hijau dikaitkan dengan penyeimbangan suhu yang dikelaskankepada tiga iaitu melambatkan masa awal larian air permukaan, mengurangkan jumlah larianair permukaan dan menyebarkannya dalam tempoh yang lama secara perlahan-lahan.KESIMPULANKesimpulannya, transformasi bandar banyak memberi kesan kepada peningkatankemerosotan atmosfera bandar, isu kesihatan warga kota, peningkatan suhu ambient.Walaupun begitu terdapat cara untuk mengatasi masalah alam sekitar melalui kaeadahbumbung hijau. Kepesatan urbanisasi bandar juga turut mempengaruhi kualiti udara banadardari aspek konsentrasi PM10 dengan nilai yang semakin meningkat. Isu kesihatan warga kotamenunjukkan kesan kepada kesihatan manusia melalui angkubah pelbagai simptom penyakitdan bilangan hari tidak sihat. Peningkatan suhu di kawasan bandar ketara berbandingkawasan luar bandar atau lebih dikenali sebagai Pulau Haba Bandar. Isu-isu alam sekitar inidapat ditangani melalui kaedah bumbung hijau. 4. RUJUKAN(Shaharuddin Ahmad, 1996). Indoor Environment and Sick Building Syndrome : APrevelance Study in Kuala Lumpur, Malaysia. Dalam Proceedings of the 14th InternationalCongress of Biometeorology, Ljublna, Slovenia, 239.Shaharuddin Ahmad dan Noorazuan Md Hashim, (2006). Kebakaran Hutan Dan IsuPencemaran Udara di Malaysia : Kes Jerebu Pada Ogos 2005.Shaharuddin Ahmad, Noorazuan Md. Hashim, dan Yaakob Mohd Jani, (2009). FenomenaPulau Haba Bandar dan Isu Alam Sekitar di Bandaraya Kuala Lumpur. Geografia : MalaysiaJurnal of Society and Space, 5 (3) :57-76.Shaharuddin Ahmad, Noorazuan Md. Hashim, dan Yaakob Mohd Jani, (2011). AccleratedUrbanisation and The Changing Trend of Rainfall in Tropical Urban Areas. World AppliedScience Journal, 13 (11) : 69-73.Shaharuddin Ahmad, (2013). Alam Sekitar dan Transformasi Bandar : Satu PenelitianTerhadap Kesan Alam Sekitar Fizikal di Bandaraya Kuala Lumpur. Pembentangan KertasKerja di Persidangan Geografi dan Alam Sekitar ke-4 UPSI pada 5-6 MEI 2013.Mohmadisa Hashim dan Mohamad Suhaily Yusri Che Ngah, (2010). Pembangunan danAlam Sekitar di Malaysia. Tanjong Malim : Penerbit Universiti Sultan Idris. 5. LAMPIRAN