37
PENDAHULUAN D engan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah Pencipta semesta alam. Selawat dan salam bagi makhluk Allah yang paling mulia, pal- ing sempurna, paling agung; Nabi Muhammad s.a.w.. Bagindalah Nabi pilihan Allah yang menyeru kepada kebenaran dengan benar, yang membawa petunjuk ke arah jalan Allah yang lurus. Selawat dan salam untuk Baginda, keluarganya dan juga untuk para sahabatnya. Berikanlah kepadanya ya Allah, wasilah, fadhilah dan darjat yang tinggi. Bangkitkanlah dia dalam kedudukan yang terpuji sebagaimana yang Engkau janjikan. Tidaklah Engkau mengingkari atau melupakan janji. Selanjutnya Allah berfirman: ‘Sesungguhnya Kami telah mengutusmu (wahai Muhammad) sebagai Rasul yang menjadi saksi (yang diterima keterangannya), dan sebagai pembawa berita gembira (kepada orang-orang yang beriman), serta pemberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar). (Kami mengutusmu (wahai Muhammad) supaya engkau dan umatmu beriman kepada Allah dan RasulNya, dan supaya kamu kuatkan ugamaNya serta memuliakanNya, dan supaya kamu beribadat kepadaNya pada waktu pagi dan petang.’ (Al-Fath : 8-9) 1 Kandungan

PENDAHULUAN - khadijahmosque.org

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: PENDAHULUAN - khadijahmosque.org

1

PENDAHULUAN

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi MahaPenyayang. Segala puji bagi Allah Pencipta semesta alam.

Selawat dan salam bagi makhluk Allah yang paling mulia, pal-ing sempurna, paling agung; Nabi Muhammad s.a.w.. BagindalahNabi pilihan Allah yang menyeru kepada kebenaran denganbenar, yang membawa petunjuk ke arah jalan Allah yang lurus.Selawat dan salam untuk Baginda, keluarganya dan juga untukpara sahabatnya.

Berikanlah kepadanya ya Allah, wasilah, fadhilah dan darjatyang tinggi. Bangkitkanlah dia dalam kedudukan yang terpujisebagaimana yang Engkau janjikan. Tidaklah Engkaumengingkari atau melupakan janji.

Selanjutnya Allah berfirman:

‘Sesungguhnya Kami telah mengutusmu (wahai Muhammad)sebagai Rasul yang menjadi saksi (yang diterimaketerangannya), dan sebagai pembawa berita gembira(kepada orang-orang yang beriman), serta pemberi amaran(kepada orang-orang yang ingkar). (Kami mengutusmu(wahai Muhammad) supaya engkau dan umatmu berimankepada Allah dan RasulNya, dan supaya kamu kuatkanugamaNya serta memuliakanNya, dan supaya kamuberibadat kepadaNya pada waktu pagi dan petang.’

(Al-Fath : 8-9)

1 Kandungan

Page 2: PENDAHULUAN - khadijahmosque.org

2 Hakikat Tawassul dan Wasilah

Orang yang mencintai sesuatu akan sentiasa mengutamakansuatu yang dicintainya. Itu kalau ia jujur dalam cintanya. Jikatidak sedemikian, bererti dia hanya berpura-pura.

Sesiapa yang jujur dalam mencintai Rasulullah Sallallahu‘alaihi wa sallam, nescaya akan kelihatan tanda-tanda cinta itudalam dirinya. Dia akan selalu mengikuti Rasulullah Sallallahu‘alaihi wa sallam, meneladani Sunnahnya dalam perkataan,perbuatan dan segala tingkah laku Baginda, menjalankan segalaperintahnya, menjauhi semua larangannya. Dia akan berusahamengikuti adab Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam.Bagaimana sikap Baginda apabila menghadapi kesulitan, sedangberduka, sedang gembira atau ketika membenci sesuatu.

Allah berfirman :

‘Katakanlah (wahai Muhammad): ‘Jika benar kamumengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allahmengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan(ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.’

(Ali Imran : 31)

Allah juga berfirman :

Oleh itu, berimanlah kamu kepada Allah dan RasulNya, Nabiyang Ummi yang beriman kepada Allah dan Kalimah-kalimahNya (Kitab-kitabNya); dan ikutilah dia, supayakamu beroleh hidayah petunjuk.’

(Al-A’raf : 158)

Sahl bin Abdullah pernah berkata, firman Allah: ‘(iaitu) jalanorang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepadamereka’ boleh dicapai dengan mengikuti Sunnah. Allahmemerintahkan hal itu dan menjanjikan petunjuk bagi sesiapa

Kandungan

Page 3: PENDAHULUAN - khadijahmosque.org

3

sahaja yang mengikuti RasulNya. Dia mengutuskan RasulNyadengan hidayat dan agama yang benar untuk menyucikanmanusia, mengajar mereka kitab dan hikmah, serta memberipetunjuk kepada jalan yang lurus. Rasulullah Sallallahu ‘alaihiwa sallam menjanjikan kecintaan Allah melalui ayat dankeampunanNya apabila manusia mahu mengikuti Baginda sertamengutamakan Baginda mengatasi jiwa, nafsu, dan apa sahajayang dikehendaki oleh jiwa mereka. Kesempurnaan iman merekaakan tercapai apabila mereka taat kepada Baginda, rela denganhukum-hukum yang Baginda bawa, meninggalkan tentangan keatas diri Baginda dan berserah diri secara keseluruhannya.

Allah berfirman :

Maka demi Tuhanmu (wahai Muhammad)! Mereka tidakdisifatkan beriman sehingga mereka menjadikan engkauhakim dalam mana-mana perselisihan yang timbul di antaramereka, kemudian mereka pula tidak merasa di hati merekasesuatu keberatan dari apa yang telah engkau hukumkan,dan mereka menerima keputusan itu dengan sepenuhnya.

(An-Nisa’ : 65)

Tidak ada sesuatu yang tersembunyi bagi sesiapa sahaja yangmempelajari sesuatu ilmu atau mengkhususkan diri denganpemahaman yang paling lemah sekalipun. Pengagunganterhadap Allah merupakan penghargaan bagi Nabi beserta segalakeutamaannya. Kesempurnaan dan amalnya begitu elok dantidak terbilang banyaknya. Keagungan Rasulullah Sallallahu‘alaihi wa sallam adalah lebih dari apa yang mampu kita ucapkandengan lidah dan ditulis dengan pena.

Di antaranya ialah apa yang dijelaskan oleh Allah di dalamkitabnya. Allah mengingatkan manusia tentang keagungankeperibadian Baginda, memuji akhlak dan adabnya, dan

Pendahuluan

Kandungan

Page 4: PENDAHULUAN - khadijahmosque.org

4 Hakikat Tawassul dan Wasilah

memerintahkan hamba-hambanya untuk mengikutinya danmenghiasi diri dengan teladannya. Rasulullah Sallallahu ‘alaihiwa sallam sentiasa didahulukan dan diutamakan, dibersihkandan disucikan, dipuji dan diredhai, kemudian diberi pahala yangutama atasnya. Baginya jua keutamaan dan puji-puja dari awalhingga akhir.

Di antaranya ialah apa yang telah diterangkan oleh Allahkepada seluruh makhluknya. Allah menjelaskan tentangkesempurnaan RasulNya dan penghargaanNya atas dirinya.Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam dikurniakan keelokan yangmenakjubkan, akhlak yang terpuji, kemampuan yang mulia danberharga, serta keutamaan yang banyak. Baginda dikuatkandengan mukjizat yang terang, bukti yang jelas, dan rahmat yangnyata, yang boleh disaksikan oleh orang-orang yang menyertainya,boleh dilihat oleh orang-orang yang mendampinginya, dan bolehdiketahui oleh generasi-generasi sesudahnya dengan pengetahuanyang benar. Begitulah seterusnya, hingga ilmu hakikat tersebutsampai kepada kita dan cahayanya menyinari kita semua.

Mukjizat Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam yangcemerlang adalah berupa pengetahuan dan ilmu yangdihimpunkan oleh Allah baginya. Termasuk di dalamnya semuakebaikan dunia dan agama, juga pengetahuannya tentangmasalah-masalah syariatnya, tuntutan agamanya, tipu dayahamba-hambanya, dan kebaikan umatnya. Baginda mengetahuiapa yang terjadi kepada umat-umat sebelumnya, kisah paraNabi dan Rasul sebelum dirinya, riwayat para penguasa yangkejam, dan sejarah masa silam semenjak zaman Nabi Adamhingga zaman Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam saat itu.Berkenaan dengan para Nabi dan Rasul sebelumnya, RasulullahSallallahu ‘alaihi wa sallam memelihara syariat-syariat mereka,menjaga kitab-kitab suci mereka, memahami sirah mereka,menyebarkan berita tentang mereka, sifat-sifat tugas mereka,perbezaan pandangan mereka, jumlah mereka, usia mereka, danhukum hakim-hakim mereka. Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam memahami tuntutan setiap golongan kafir dari umat-umat mereka itu, dan menentang penyelewengan-penyelewenganyang mereka lakukan terhadap isi kitab-kitab suci. Baginda jugamenguasai bahasa dengan fasih serta pelbagai macam dialeknya,

Kandungan

Page 5: PENDAHULUAN - khadijahmosque.org

5

menguasai sejarah bangsa Arab, mengenal tokoh-tokoh mereka,mahupun hukum-hukum yang berlaku di antara mereka,menguasai syair-syair mereka, dan dikurniakan kemampuanuntuk mengutarakan sesuatu secara singkat tetapi padatmaknanya.

Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam mengetahui teladan-teladan yang baik dan hukum-hukum yang terang, memudahkanpemahaman soal-soal syariat yang sulit. Syariat yang dibawanyameliputi keindahan akhlak, adab yang mulia, dan semua yangbaik, yang dijelaskan secara terperinci. Hatta seorang athies puntidak akan mampu mengingkari kebenarannya. Merekamenghina Nabi kerana mereka terbelenggu oleh nafsu. Bahkangolongan jahiliyyah yang kufur dan berlaku bengis atas dirinyamembenarkan seruannya tanpa meminta bukti.

Selanjutnya Baginda menghalalkan apa-apa yang baik danmengharamkan apa-apa yang buruk atas diri mereka. Bagindamengajarkan mereka agar sentiasa menjaga diri, kehormatandan harta mereka dari apa-apa yang boleh mendatangkankehinaan. Baginda memberitahu tentang batas usia dunia yangsingkat dan ancaman api neraka yang mengikut di belakangmereka. Kedua hal tersebut tidak boleh diketahui kecuali denganmempelajari secara tekun dan sungguh-sungguh tentang anekailmu pengetahuan.

Orang-orang yang menguasai berbagai ilmu pengetahuanseperti kedoktoran, fara’idh, hisab, genetika dan lain-lain akanmendapati bahawa sabda-sabda Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam mengandungi teladan yang baik, bahkan banyakmengemukakan tentang dasar-dasar ilmu dan pekerjaan mereka.

Dari segenap aspek pengajaran mukjizat Rasul kelihatanjelas bahawa mukjizat rasul-rasul tersebut sentiasa selarasdengan keadaan zamannya, selalu mengikuti kecenderunganyang berkembang di dalam masyarakat ketika itu. Berikutdinyatakan beberapa bukti tentang hal ini.

Pada zaman Nabi Musa ilmu yang menonjol dan menjadiidola di dalam masyarakat ketika itu ialah ilmu sihir. Itusebabnya Allah mengutuskan Musa kepada mereka berbekalkanmukjizat yang serupa dengan ilmu sihir. Para ahli sihir yang

Pendahuluan

Kandungan

Page 6: PENDAHULUAN - khadijahmosque.org

6 Hakikat Tawassul dan Wasilah

terkenal ketika itu berhimpun untuk beradu kehebatan melawanNabi Musa, dan ternyata Rasul utusan Allah tersebut berhasilmelumpuhkan seluruh lawannya. Maka dengan itu Allahmembatalkan sihir-sihir mereka. Selanjutnya zaman Isa as. Padamasa itu ilmu yang diagungkan-agungkan dan banyak dimilikioleh masyarakat adalah ilmu kedoktoran. Oleh sebab itu Isadatang kepada mereka dengan keahlian dalam bidang perubatanyang luar biasa, yang tidak mampu ditiru dan merupakan halyang berada di luar perhitungan kaumnya. Di antaranya beliaumampu menghidupkan orang mati, atau menyembuhkanpenderita penyakit sopak dan kusta tanpa ramuan ubat-ubatanataupun apa jua tindak balas perubatan selainnya.

Demikianlah mukjizat para Nabi dan Rasul. Kemudian Allahmengutus Muhammad ketengah-tengah bangsa Arab yang sangatmenonjol kemampuan bahasanya. Bangsa ini mahir berolah kata,bersilat lidah, bersyair serta gemar praktik perbomohan dan jugaramal-meramal. Justeru Allah menurunkan ke atas mereka Al-Quran yang menentang semua ilmu itu dan mengandungibeberapa keunikan seperti ;

Di aspek bahasa, Al-Quran memiliki keindahan bahasasekaligus kandungan erti yang membuatkan lidah-lidah merekamenjadi kelu.

Dari segi norma-norma dan aturan-aturan yang asing sertaberlainan dengan yang biasa berlaku di dalam masyarakat Arabketika itu.

Dari segi perkhabaran, Al-Quran membawa berita tentangrahsia-rahsia berbagai peristiwa mahupun isi hati yangtersembunyi. Apa yang diketengahkan menguatkan kebenarandan kejujuran Nabi pembawanya, dan hal ini diakui olehmusuhnya sekalipun.

Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam menafikan ilmuperbomohan. Praktik-praktik semacam itu kemungkinan benarhanya sekali, sebaliknya dusta sepuluh kali. Justeru, Bagindamembanteras habis-habisan sampai ke akar umbinya denganancaman neraka dan menandinginya dengan Al-Quran yangmemberitakan tentang kejadian di abad-abad yang lalu, tentangpara nabi beserta umat-umatnya yang telah lama musnah. Berita

Kandungan

Page 7: PENDAHULUAN - khadijahmosque.org

7

yang dibawanya seakan melumpuhkan alam, Ini merupakanmukjizat yang besar. Tidak ada kebatilan di dalamnya, baik darihadapan mahupun dari belakang.

Al-Quran adalah mukjizat yang abadi sampai hari kiamatkelak bagi seluruh umat terdahulu, sekarang dan di masa akandatang. Dalil-dalilnya jelas dan bukti-buktinya kuat. Tidak adayang tersembunyi di dalamnya bagi sesiapa sahaja yang mahumenekuni dan menelaah pemberitaannya yang ghaib-ghaib.Waktu yang terus berlalu juga turut membuktikan kebenaranberita-berita yang dibawanya. Hal ini juga membuat iman terussegar dan memperlihatkan buktinya.

Mukjizat para Rasul terdahulu tidak dapat lagi disaksikanseiring dengan berlalunya waktu. Mukjizat-mukjizat itu lenyapseiring dengan wafatnya Nabi-Nabi pembawanya. Namun tidakdemikian halnya dengan mukjizat Nabi kita, Muhammad. Al-Quran tidak hilang atau pupus ketika Rasulullah Sallallahu‘alaihi wa sallam wafat, bahkan ayat-ayatnya terasa seakansentiasa terkini dan tidak pernah berkurangan, walau sehurufsekalipun. Kerana itu Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallammengisyaratkan dengan sabdanya melalui Abu HurairahRadiallahu’anhu :

‘Tidak ada di antara para Nabi pun kecuali diberi suatutanda untuk diimani oleh manusia. Dan yang diberikankepadaku adalah wahyu yang diturunkan oleh Allahkepadaku. Maka Daku harap aku menjadi Nabi yang palingbanyak pengikutnya sampai hari kiamat nanti.’

Selain daripada itu, pada hadis sahih lainnya, RasulullahSallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda : ‘Perumpamaanku denganapa yang diutus oleh Allah adalah seperti seorang yangmendatangi suatu kaum lalu berkata, ‘Wahai saudara-saudara,aku telah melihat dengan mata kepalaku kedatangan suatupasukan dan aku benar-benar membawa berita yang nyata. Maka

Pendahuluan

Kandungan

Page 8: PENDAHULUAN - khadijahmosque.org

8 Hakikat Tawassul dan Wasilah

carilah keselamatan. Maka sebahagian dari kaumnya menurutikata-katanya dengan bergegas untuk menyelamatkan diri,sehingga mereka pun selamat. Sebahagian lagi tidak percayadan tetap tinggal di tempat mereka sehingga keesokan paginyamereka diserang dan dihancurkan oleh pasukan itu. Demikianlahcontoh orang yang mahu mentaatiku, mahu mengikuti danmelakukan apa yang ku serukan, serta orang yang menentangdan mendustakan kebenaran yang ku bawa.’

Taat mengikuti Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam danberadab sebagaimana adab Baginda belum menjadikan seseorangmemahami teladan-teladan yang harus diikuti, hadis yangdiriwayatkan, atau masalah-masalah yang perlu dipelajari.Namun, sebelum itu dia harus mencintai Rasulullah Sallallahu‘alaihi wa sallam dan menjunjung tinggi cinta Rasul di atassegala-galanya kecuali Allah.

Imam Al-Bukhari dan Muslim di dalam Sahih mereka, danAn-Nasa’i di dalam Sunnahnya mengutip kata-kata Anas binMalik yang berkata : ‘Aku mendengar Rasulullah bersabda :

‘Tidak beriman salah seorang daripada kamu sehingga akulebih dia cintai daripada dirinya sendiri, ayahnya, anaknyadan sekelian manusia.’

Justeru, tidak hairanlah bila kedudukan kecintaan kepadaRasulullah yang sedemikian merupakan wujud pengagunganAllah atas dirinya. Sedangkan namanya pun disejajarkan dengannama Allah di dalam syahadat yang merupakan lambang Islamdan kejujuran iman.

Itulah bukti keagungan yang dikurniakan oleh Allah kepadaRasulNya, yang khusus untuknya sendiri, tidak termasuk paraNabi dan Rasul yang mendahuluinya.

Tidak ada dalil yang lebih nyata tentang penjagaan danpenghargaan Allah atas Rasulullah selain panggilan Bagindaterhadap keluarga, dan sahabat-sahabatnya harus disikapi

Kandungan

Page 9: PENDAHULUAN - khadijahmosque.org

9

secara berbeza dengan panggilan orang awam yang lain. Allahjuga mengagungkan sedemikian rupa sehingga sesiapa sahajadilarang meninggikan suara apabila berada di hadapan Baginda,sepertimana yang dinyatakan di dalam firman Allah :

‘Janganlah kamu jadikan seruan atau panggilan Rasulullahdi antara kamu seperti seruan atau panggilan sesama kamu;sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang di antara kamuyang menarik diri ke luar (dari majlis Nabi) secaraberselindung dan bersembunyi. Oleh itu, hendaklah merekayang mengingkari perintahnya, beringat serta berjaga-jagajangan mereka ditimpa bala bencana, atau ditimpa azabseksa yang tidak terperi sakitnya.’

(An-Nuur : 63)

Allah juga mengajarkan kepada hamba-hambanya adabbersikap terhadap Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam,mewajibkan hamba-hambaNya utnuk menghargai Bagindasepenuhnya dan mengagungkannya kerana kedudukannya yangmulia.

Allah Subhanahu wa Ta‘ala berfirman :

Pendahuluan

Kandungan

Page 10: PENDAHULUAN - khadijahmosque.org

10 Hakikat Tawassul dan Wasilah

‘Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamumemandai-mandai (melakukan sesuatu perkara) sebelum(mendapat hukum atau kebenaran) Allah dan RasulNya; danbertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah MahaMendengar, lagi Maha Mengetahui. Wahai orang-orang yangberiman! Janganlah kamu mengangkat suara kamu melebihisuara Nabi, dan janganlah kamu menyaringkan suara(dengan lantang) semasa bercakap dengannya sebagaimanasetengah kamu menyaringkan suaranya semasa bercakapdengan setengahnya yang lain. (Larangan yang demikian)supaya amal-amal kamu tidak hapus pahalanya, sedangkamu tidak menyedarinya. Sesungguhnya orang-orang yangmerendahkan suaranya semasa mereka berada di sisiRasulullah (s.a.w), - merekalah orang-orang yang telahdibersihkan Allah hati mereka untuk bertaqwa; merekaberoleh keampunan dan pahala yang besar.’

(Al-Hujurat: 1-3)

Demikianlah ayat-ayat yang menjelaskan apa yangdiwajibkan dalam menjalin kebaikan muamalat denganRasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam, yang selaras dengankemuliaan akhlaknya.

Termasuk penghargaan baginya, kepatuhan terhadapnya,memelihara keindahan muamalat dengannya, kedermawanpersahabatan dengannya, dan hormat dengan ertikata yangsebenar seperti yang telah diisyaratkan pada ayat-ayat yangdisebutkan sebelum ini, sekaligus menunjukkan besarnyaperhatian Ilahi terhadapnya:

Kaum Mukminin ditegah menyamaratakan panggilanRasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam sepertimana panggilanorang-orang awam yang lain, dengan ertikata tidakdiperbolehkan mengabaikannya, bermudah-mudah dalammenjawabnya, ataupun pulang tanpa mendapat izinnya.Bersegera menjawab panggilan Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa

Kandungan

Page 11: PENDAHULUAN - khadijahmosque.org

11

sallam adalah wajib, dan menuntut sesuatu tanpa izinnya adalahharam.

Kaum Mukminin dilarang menyamaratakan panggilanterhadap Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam denganpanggilan terhadap orang lain, misalnya dengan menyebutnamanya begitu sahaja, atau dengan suara yang keras, ataumemanggil sesuka hati dari luar jendela dari belakang pintu.Memanggil Baginda hendaklah dengan memakai jolokan yangterpuji, seperti ‘Wahai Nabiyullah, Wahai Rasulullah’ dandisertai dengan rasa hormat serta suara yang lunak.

Kaum Mukminin dilarang mendahulukan masalah-masalahnya sendiri berbanding perintah Allah dan RasulNya.Demikian juga tidak diperbolehkan menetapkan suatu hukumsebelum ada keterangan tentang hukum Allah dan RasulNya.Kaum Mukminin harus menjadi orang-orang yang tunduk dantaat kepada perintah Allah dan RasulNya.

Oleh kerana itu, ayat ini menyanggah tindakan-tindakanyang serampangan di hadapan Allah dan RasulNya, danmelarang berbicara sebelum mengikuti petunjuk Allah dan Rasul-Nya. Tujuannya adalah agar semua menjadi taat kepadanya danselalu mengikutinya, terutama pada urusan yang penting.Dengan demikian manusia boleh berjalan selaras dengan syariatdan meneladani akhlak, dan kebijaksanaan Rasul utama.

Tidak menghairankan apabila para sahabat mampumenjalankan perintah-perintah Allah dengan benar, sebabpemahaman mereka terhadap ayat-ayat Al-Quran sesuai denganpemahaman yang dimaksudkan oleh Rasulullah Sallallahu ‘alaihiwa sallam, dan mereka berpegang teguh kepadanya.

Sebagaimana dikatakan oleh Ibn Abbas r.a. tentang ayat diatas, ‘Jangan mengatakan apa pun selain daripada Al-Qurandan As-Sunnah’

Sementara itu Mujahid r.a. berkata : ‘Janganlah kamuberfatwa tentang sesuatu mendahului Rasulullah Sallallahu‘alaihi wa sallam, sampai Allah menetapkan hal itu melaluilisannya.’

Pendahuluan

Kandungan

Page 12: PENDAHULUAN - khadijahmosque.org

12 Hakikat Tawassul dan Wasilah

Manakala Ad-Dhahhak r.a. juga mengatakan sedemikian:‘Janganlah kamu memutuskan sesuatu masalah yang berhubung-kait dengan syariat agama kamu mendahului Allah dan Rasul-Nya.’

Secara umum boleh disimpulkan makna ayat di atas sebagaiberikut :

Janganlah orang-orang Mukmin tergesa-gesa pada perkataandan perbuatan mereka sebelum Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam berkata dan berbuat terlebih dahulu, sebab seluruh umatini pada hakikatnya berada di bawah perintahnya. Di sampingitu, seluruh umat ini dilarang menyelewengkan ketaatanterhadap Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam sertameninggikan suara di hadapan Baginda melebihi suaranya.Bersuara dengan keras akan menyebabkan tersesat danterhapusnya amal sebagaimana mendahulukan pandangan, akal,dan perasaan juga mengakibatkan rosak dan terhapusnyaamalan.

Allah berfirman :

‘Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamumengangkat suara kamu melebihi suara Nabi, dan janganlahkamu menyaringkan suara (dengan lantang) semasabercakap dengannya sebagaimana sebahagian kamumenyaringkan suaranya semasa bercakap dengan sebahagianyang lain. (Larangan yang demikian) supaya amal-amalkamu tidak hapus pahalanya, sedang kamu tidakmenyedarinya.’

(Al-Hujurat : 2)

Larangan Allah meninggikan suara melebihi suara Nabitersebut bukan hanya berdasarkan alasan adab sopan-santun,melainkan juga sebagai ujian bagi hati-hati untuk meraih

Kandungan

Page 13: PENDAHULUAN - khadijahmosque.org

13

ketakwaan dan mendapatkan ampunan serta balasan yang besardan utama. Lihat sahaja firman Allah yang berbunyi :

‘Sesungguhnya orang-orang yang merendahkan suaranyasemasa mereka berada di sisi Rasulullah (s.a.w), merekalahorang-orang yang telah diuji Allah hati mereka untukbertaqwa; bagi mereka keampunan dan pahala yang besar.’

(Al-Hujurat : 3)

Sesudah turun ayat :

‘Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamumengangkat suara kamu melebihi suara Nabi, dan janganlahkamu menyaringkan suara (dengan lantang) semasabercakap dengannya sebagaimana sebahagian kamumenyaringkan suaranya semasa bercakap dengan sebahagianyang lain. (Larangan yang demikian) supaya amal-amalkamu tidak hapus pahalanya, sedang kamu tidakmenyedarinya.’

(Al-Hujurat : 2)

Anas bin Malik r.a. meriwayatkan bahawa Thabit r.a. dudukdi dalam rumahnya dan berkeluh kesah, ‘Aku ini ahli neraka...’Dia tidak mahu lagi menemui Nabi sehinggalah Nabi bertanyakepada Sa’ad bin Muaz r.a., ‘Wahai Abu Amru, apa yang dikeluh-kesahkan oleh Thabit?’

Jawab Sa’ad r.a., ‘Dia tidak menderita apa-apa. Saya lihatdia sihat wal’afiat.’

Pendahuluan

Kandungan

Page 14: PENDAHULUAN - khadijahmosque.org

14 Hakikat Tawassul dan Wasilah

Lalu Sa’ad r.a. mendatangi Thabit r.a. dan meniru kata-kataRasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam tentang dirinya. BerkataThabit r.a., ‘Telah turun ayat itu, sedangkan kamu tahu bahawasuaraku keras melebihi suara Nabi. Maka aku adalah ahlineraka..’

Lantas Sa’ad r.a. melaporkan keterangan Thabit r.a. tersebutkepada Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam, lalu RasulullahSallallahu ‘alaihi wa sallam berkata : ‘Tetapi dia adalah ahlisyurga.’

Manakala di dalam riwayat Muhammad bin Thabit bin Qaisbin Syammas tentang ayahnya, Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam berkata : ‘Tidakkah engkau rela untuk hidup dihormati,lalu terbunuh sebagai syahid, dan masuk syurga?’

Dia menjawab: ‘Saya rela dengan keterangan RasulullahSallallahu ‘alaihi wa sallam berkaitan berita gembira dariAllah itu, dan saya tidak akan meninggikan suara saya melebihisuara Rasulullah.’

Lalu Allah s.w.t. menurunkan ayat:

‘Sesungguhnya orang-orang yang merendahkan suaranyasemasa mereka berada di sisi Rasulullah (s.a.w), merekalahorang-orang yang telah diuji Allah hati mereka untukbertaqwa; bagi mereka keampunan dan pahala yang besar.’

(Al-Hujurat : 3)

Jadi wajiblah atas semua manusia, bahkan fardhu ‘ain untukmemerhatikan bagaimana Allah s.w.t. menghargai RasulullahSallallahu ‘alaihi wa sallam, dan wajib pula untuk mentaatiperintah Allah, mengagungkan NabiNya, dan menetapkankeimanannya kepada Allah dan RasulNya.

Kandungan

Page 15: PENDAHULUAN - khadijahmosque.org

15

Fardhu ‘ain atas semua manusia untuk mengambil peduliterhadap Allah berkenaan dengan kedudukan RasulNya, baikdalam keadaan hidup mahupun setelah wafat. Sebab kedudukanRasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam, penghargaan danpengagungan ke atasnya setelah wafatnya harus dilakukansebagaimana ketika hidupnya. Misalnya sewaktu menyebutnya,menyebutkan hadis-hadis dan sunnahnya, mendengar namanya,mendengar sirahnya, mendengar tentang muamalatnya dengankeluarganya, dan juga mengagungkan keluarga beserta sahabat-sahabatnya.

Abu Ibrahim Al-Najibi r.a. berkata : ‘Wajib atas semuaorang beriman, apabila mengingati Baginda atau mendengarnamanya disebut, untuk tunduk, khusyuk, dan bersikap tenangdan mengingati kewibawaan serta keagungannya, seolah-olahBaginda hidup di sampingnya, dan bersopan santunsebagaimana yang diajarkan oleh Allah.’

Al-Qadhi Abu al-Fadl r.a. menguatkan pendapat di atasdengan mengatakan: ‘Hal ini menjadi sirah orang-orang salihzaman dahulu, juga imam-imam kita yang ikhlas, yang diredhaiAllah.’

Sekarang kita memiliki hak untuk bertanya kepada dirisendiri, apakah telah seperti itu ketundukan, kekhusyukan danpenghargaan kita terhadap Nabi s.a.w.? Apakah telah layakpenghargaan kita terhadapnya, dan sudahkan kita menjalankanadab-adab sebagaimana yang diajarkan oleh Allah s.w.t. apabilakita berhadapan langsung dengannya? Sudahkah kita penuhihak Rasulullah s.a.w. seperti yang diperintahkan Allah s.w.t. :

‘Katakanlah (wahai Muhammad): ‘Jika benar kamumengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allahmengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan(ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.’

(Ali Imran : 31)

Pendahuluan

Kandungan

Page 16: PENDAHULUAN - khadijahmosque.org

16 Hakikat Tawassul dan Wasilah

Atau kita menolak dan menentangnya sehingga berlakulahfirman Allah s.w.t. atas diri kita :

‘Katakanlah, taatilah Allah dan Rasul jika kamu berpaling(menderhaka), maka sesungguhnya Allah tidak suka kepadaorang-orang yang kafir.’

(Ali Imran : 32)

Atau kita telah menjalankan perintahNya dengan memenuhihakNya sebagaimana yang difirmankan :

‘...sahut dan sambutlah seruan Allah dan seruan RasulNyaapabila Rasul menyeru kamu kepada perkara-perkara yangmemberikan kehidupan kepadamu...’ .

(Al-Anfal : 24)

Atau kita menzalimi diri sendiri dan menentang perintah-Nya :

‘Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang diberiingat dengan ayat-ayat Tuhannya, kemudian ia berpalingdaripadanya (dan tetap mengingkarinya); SesungguhnyaKami tetap membalas kepada orang-orang yang berdosa.’

(As-Sajdah : 22)

Sebenarnya tiada helah untuk kita tidak mengakui hal itu.

Di dalam dan luar negara kita, ada sahaja golongan-golonganyang rosak fahamannya dan keji pula tindakannya. Setiap saat

Kandungan

Page 17: PENDAHULUAN - khadijahmosque.org

17

yang kita dengar dan kita rasakan dari kelompok-kelompok inihanyalah tindakan agresif yang jahat dan kejam untuk salingmenghancurkan dan membuat kerosakan. Bahkan kita juga bolehmenemui betapa banyaknya cara dan tipu muslihat yang merekagunakan, dengan keberanian yang luar biasa dan jumlahpengikut yang besar pula, untuk mengatasi orang-orang yangmenuruti mereka, layak untuk dibinasakan atau setidaknyaditentang. Waktu dan dana dalam hal ini tidak harusdibimbangkan.

Pada aspek yang lain pula, kita boleh lihat orang-orangmunafik dan berdusta tentang Rasulullah s.a.w., keluarganya,dan hamba-hamba Allah yang soleh. Orang-orang seperti ini puntidak terhitung banyaknya. Apa yang menghairankan, dusta-dusta tersebut banyak dilempar kepada Islam. Mereka menghiasilidah mereka, menodai serta menjelek-jelekan Islam dan parapenganutnya. Dengan berbuat begitu, mereka mengira telahmendapat keredhaan Tuhan dalam agama mereka, dan telahmengikuti teladan Nabi mereka dalam menyampaikan risalah.

Padahal sebaliknya, mereka berdegil sampai mengingkarikepemimpinan Rasulullah s.a.w. yang telah terbukti nyata,menghindari selawat dan salam ke atas Baginda, sertamerendahkan kehormatannya yang murni dan agung. Samahalnya, mereka pun menolak adanya kekhususan yangdianugerahkan Allah kepada wali-wali yang dikehendakiNya.

Itu semua terjadi kerana mereka dikuasai oleh kedengkian,hingga sikap yang keluar dari mereka hanyalah permusuhan.Mereka menghadapi wali-wali Allah yang mulia tidak dengansikap hormat dan pengakuan, sebaliknya dengan ingkar disertaicemuhan dan penghinaan. Padahal sudah menjadi sunnatullah,wali-wali semacam itu dikurniakan karamah dan keajaiban yangluar biasa.

Lantas apalah salahnya sekiranya kita ikhlas beragamakerana Allah semata-mata dan mengutamakan cinta terhadapRasul kita dengan sepenuh jiwa?

Apa salahnya seandainya kita memenuhi seruan Tuhan kitaserta mengharumkan kalbu kita dengan selawat dan salam keatas Rasul kita?

Pendahuluan

Kandungan

Page 18: PENDAHULUAN - khadijahmosque.org

18 Hakikat Tawassul dan Wasilah

Apa salahnya kita menyucikan hati kita dan memahatkanniat yang ikhlas untuk menjawab panggilan Allah dan Rasul-Nya, juga mencintai ahlul bait dan wali-wali Allah yang solehdan terhormat?

Apa salahnya seandainya kita membersihkan lidah dan penakita dari mengumpat sejarah nenek moyang kita dan teguhmencintai Rasulullah, ahlul bait dan para wali, sertamerelakannya sebagai penutup para Nabi dan Mursalin utusanAllah?

Apa salahnya di mata mereka dan kita seandainya kitamelakukan hal-hal tersebut?

Bahkan apa salahnya sekiranya kita mengabaikanperbezaan-perbezaan pendapat yang berlaku di antara kita danberpegang kepada tali Allah yang kukuh sahaja?

Sesungguhnya nenek moyang kita dari ahlul bait dan parawali telah menjadi pembuka kurnia dan menjadi wali bagi agamakita. Anugerah ini tidak diperolehi oleh orang-orang lain walausampai bila pun. Bahkan Rasulullah s.a.w. pernah bersabda :

‘Sebaik-baik kurun adalah kurunku, kemudian yangberikutnya, dan yang berikutnya.’

Jadi, begitulah kita dengan para pembawa ilmu dankeutamaan yang namanya dicatat dan diabadikan oleh sejarahkemanusiaan. Mereka yang membawa obor petunjuk untukmenerangi jalan dan meninggalkan pusaka yang murni, yang tidakboleh diketahui nilai dan kedudukannya kecuali oleh orang yangmahu merasakan, mengenal, menyaksikan, serta mengakuinya.

Begitulah kisah tentang pemimpin kita, iaitu wali-wali yangjika dicatatkan nescaya tidak akan kering mata pena dan tidakterlipat lembaran (lantaran terlalu banyak). Walaupun manusiadikurniakan kemampuan bahasa yang luar biasa, tidak memadaibaginya kecuali dengan mengakui keutamaan dan karamahnya,serta dengan menyatakan ilmu dan kelayakannya.

Kandungan

Page 19: PENDAHULUAN - khadijahmosque.org

19

Begitulah kita dengan manusia utama yang dipilih Allah bagimakhlukNya, diutamakan risalahnya, dan merupakan makhlukyang paling agung, sebagaimana firmanNya :

‘Dan bahawa sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yangamat mulia.’

(Al-Qalam : 4)

Bukankah Baginda yang membuka kaedah-kaedahperadaban baru untuk menjawab firman Allah s.w.t. :

‘Wahai orang-orang yang beriman, sahut dan sambutlahseruan Allah dan seruan RasulNya apabila Dia menyerukamu kepada perkara-perkara yang memberikan kehidupankepadamu.’

(Al-Anfal : 24)

Bukankah iman itu harus untuk mengutamakan kecintaanterhadapnya dan kepatuhan kepada perintahnya? Baginda s.a.w.bersabda :

‘Tidak beriman salah seorang dari kamu sehingga aku lebihdia cintai berbanding dirinya sendiri, ayahnya, anaknya dansekelian manusia.’

Bukankah mengutamakan Baginda itu maksudnya antaralain mengikutinya, menyahutnya, dan mentaati semua perintahdan larangannya? Beliau bersabda :

Pendahuluan

Kandungan

Page 20: PENDAHULUAN - khadijahmosque.org

20 Hakikat Tawassul dan Wasilah

‘Tidak beriman salah seorang dari kamu sehingga iamenjadikan nafsunya mengikuti apa yang aku bawa.’

Bukankah hakikat beriman dan memberi sambutankepadanya menjadikan Baginda sebagai orang yang paling iacintai dari dirinya sendiri, hartanya, anaknya, ayahnya dansemua orang yang lain?

Dapatkah hal seperti itu dilakukan oleh orang-orang yangberlaku keji dan suka mengurangi hak Rasul Tuhan Penciptaalam?

Dapatkah hal seperti itu dilakukan oleh orang-orang yangkikir kepadanya walau sekadar untuk bertawassul dengannya,serta mengucapkan selawat dan salam atas dirinya?

Beliau s.a.w. bersabda :

‘Cukuplah seseorang itu dianggap bakhil bila namakudisebutkan di hadapannya dia tidak mengucapkan selawatdan salam kepadaku.’

Pemimpin kita Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam adalahwasilah kita kepada Allah semasa hidupnya mahupun sesudahwafatnya di alam kubur serta penolong kita di sisi Allah di akhirat.Pada waktu itu semua Nabi terhalang untuk memberikanpertolongan.

Patutkah kita menolak mereka yang terdahulu daripada kita,para sahabat, tabi’in, tabi’ al-tabi’in dan seterusnya orang yangsoleh itu? Bahkan Allah s.w.t. mewariskan bumi seisinya kepadamereka. Dia mengkhususkan pemberianNya bagi mereka,menguatkan mereka dengan karamah, dan membanjiri merekadengan anugerahNya, hingga tepatlah apa yang disebutkan olehAllah s.w.t. tentang mereka pada firmanNya :

Kandungan

Page 21: PENDAHULUAN - khadijahmosque.org

21

‘Untuk mereka sahajalah kebahagiaan yang mengembirakandi dunia dan di akhirat; tidak ada (sebarang perubahan padajanji-janji Allah. Yang demikian itulah kejayaan yang besar.’

(Yunus : 64)

Bukankah mereka berada dalam kedudukan yang layaksehingga kita dapat mencari barakah melalui mereka danbertawassul dengan amal-amal baik mereka?

Bukankah mereka berada pada kedudukan yang layaksehingga Dia menganugerahkan mereka dengan kekuasaan, lebihdari manusia-manusia lain?

Bukankah mereka tergolong manusia-manusia yang dipilihAllah untuk menerima kekuasaan dan kenikmatan sehinggadengan itu mereka memuji-mujiNya?

Bukankah mereka di antara yang dipilih oleh Allah untukmencintaiNya, dibangunkan untuk menolong dan melayaniNyasementara mereka tetap menjaga sembahyang-sembahyangnya?

Bukankah mereka termasuk di kalangan orang-orang yangdipanggil ke hadhrat Ilahi dan diperlihatkan martabat merekasehingga orang-orang yang terdahulu memeluk Islam itulah yangterdekat di sisiNya?

Bukankah bagi mereka telah terbuka pintu-pintu menujusisiNya dan Dia mengangkat hijab dari kalbu-kalbu merekasehingga mereka hormat dan beradab kepadaNya?

Bukankah mereka yang dirayu dengan kasih sayang dan tidakperlu khuatir Dia akan murka dan berpaling dari diri mereka?

Lihatlah firman Allah s.w.t. :

Pendahuluan

Kandungan

Page 22: PENDAHULUAN - khadijahmosque.org

22 Hakikat Tawassul dan Wasilah

‘Ketahuilah! Sesungguhnya wali-wali Allah, tidak adakebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka,dan mereka pula tidak akan berdukacita.’

(Yunus : 62)

Bukankah mereka yang basirahnya disinari dengan kurnia-nya, nuraninya dibersihkan, dan diberitahu tentang rahsia-rahsia yang tersembunyi?

Bukankah mereka itu yang disebut-sebut sebagai orang-orang yang terbaik dan terselamat dari penglihatan parapenjahat, sebab mereka itu laksana mempelai kerana mempelaiitu tidak dilihat oleh orang-orang jahat?

Jadi, bagaimana mungkin mereka dijauhkan dari haknya,sedangkan mereka seperti itu keadaannya? Keberadaan manusiamerupakan salah satu rahsia Sang Pencipta Yang Esa. Diamenciptakan manusia dari air mani, lalu diberi kemampuanuntuk mendengar dan melihat, serta ditunjukkan kepadanyajalan, setelah beberapa saat sebelumnya dia tidak punya ertiapa-apa.

Setiap ciptaan pastilah ada penciptanya, setiap makhlukpastilah memiliki Khaliq. Adapun Si Pencipta atau Khaliq ituTunggal dan Maha Mampu melakukan apa sahaja yangdikehendakinya, memilih dan memberi siapa sahaja yang Diakehendaki apa pun yang Dia kehendaki dan bila pun Diakehendaki.

Firman Allah s.w.t. :

‘...Dan tiadalah pemberian Tuhanmu itu tersekat (darisesiapa pun).’

(Al-Isra’ : 20)

Penjelasan yang sangat terang. Meskipun demikian, masihtertutup purnama kebenaran ini dari mata yang tidak mahumencari. Masih tertutup bintang petunjuk ini dari semua yangenggan berfikir dan menggunakan akalnya. Bahkan orang-

Kandungan

Page 23: PENDAHULUAN - khadijahmosque.org

23

orang seperti itu tidak mampu menyempurnakan perbahasan,ilmu dan pemikiran yang fitrah tentang rahsia-rahsia Ilahiyyahdan kurnia Rabbaniyyah seperti yang diberikan oleh Allahkepada hamba-hambaNya yang bertakwa.

Mereka berdiri di hadapan pancaran kebenaran yang sangatjelas, tetapi hati-hati mereka terhalang dan penglihatan merekatertutup oleh tabir kegelapan. Maka berpalinglah mereka darikebenaran dalam memahami ayat-ayat Allah yang merupakanbukti-bukti jelas. Mereka juga meninggalkan serta melupakansunnah yang menunjukkan kebenaran rahsia-rahsia Ilahiyyah,iaitu rahsia-rahsia yang diberikan dan dikurniakan Allah kepadahambaNya yang terpilih.

Di antara hamba-hamba Allah terdapat orang-orang yangbukan termasuk Nabi atau syuhada’ tetapi kedudukan merekadi sisi Allah pada hari kiamat disertai oleh para Nabi dansyuhada’. Di dalam Sunnahnya, Abu Daud r.a. merakamkankata-kata Umar r.a. :

‘Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda : ‘Ada diantara hamba Allah orang-orang yang bukan termasuk Nabimahu pun syuhada’, tetapi mereka disertai oleh para Nabidan syuhada’ pada kedudukan mereka di sisi Allah di harikiamat.’ Maka berkatalah seseorang, : ‘Wahai Rasulullah,beritahu kepada kami siapa mereka itu?’ Baginda menjawab:‘Mereka adalah kaum yang saling mengasihi dan mencintaidi jalan Allah, bukan kerana hubungan keluarga atau kerana

Pendahuluan

Kandungan

Page 24: PENDAHULUAN - khadijahmosque.org

24 Hakikat Tawassul dan Wasilah

harta yang mereka bahagikan. Demi Allah, wajah-wajahmereka bercahaya, mereka berada di dalam cahaya. Merekatidak takut ketika orang-orang merasa ketakutan dan tidakberduka tatkala orang-orang bersedih.’ Kemudian Bagindamembaca ayat berikut: ‘Ketahuilah! Sesungguhnya wali-waliAllah, tidak ada kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik)terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.’

(Yunus : 62)

Ada orang-orang yang lupa bahawa Rasulullah s.a.w.memiliki pewaris iaitu para ulama’ yang arif akan Allah, yangmewarisi dari Nabi mereka ilmu dan ketakwaan, maka merekamenjadi penggantinya dalam memberi petunjuk, dan berdakwahkepada Allah Subhanahu wa Ta‘ala. Mereka menyerap cahayanyauntuk ikut menerangi jalan kebenaran, petunjuk, serta hidayahbagi manusia. Mereka menyampaikan agama untuk manusiadengan meneladani adab dan akhlak Rasulullah s.a.w. di dalamkehidupannya, dalam gerak dan diamnya.

‘Masih tetap segolongan umatku yang menegakkan kebenarandan teguh atasnya. Orang-orang yang ingin membinasakanmereka tidak ada yang boleh mencelakakan mereka sehinggadatangnya ketetapan dan kehendak Allah.’

Mereka inilah pewaris-pewaris Nabi iaitu mereka yangmenyertainya; merupakan penawar yang diberikan Allah untukmendidik jiwa, membina akhlak, menanam akidah, danmemantapkan iman manusia.

Maka jalan untuk menyucikan jiwa dan berhias dengankesempurnaan akhlak diteladani oleh golongan yang mewarisijalan Muhammad Sallallahu ‘alaihi wasallam, iaitu orang-or-ang yang membuat keimanan, ketakwaan, dan akhlak kitabertambah baik apabila bersahabat dengan mereka. Merekaitulah orang-orang yang keperibadiannya merupakan gambarandari keperibadian teladan, iaitu keperibadian MuhammadRasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam.

Kandungan

Page 25: PENDAHULUAN - khadijahmosque.org

25

Pewaris Nabi Muhammad ini tidak lain adalah waliyullahyang arif kepada Tuhannya, yang tidak pernah gentar mahu punsedih lantaran keimanan dan ketakwaan mereka.

Namun banyak orang yang melupakan semua itu, bahkanbergerak semakin jauh sampai melupakan peranan wasilah dantawassul. Mereka mengingkari bahawa Al-Quran yang muliaitu sendiri merupakan wasilah atau perantara yang diturunkanoleh Allah atas RasulNya yang terakhir untuk mengeluarkanmanusia dari kegelapan dan membimbing mereka menuju terang,serta memberi hidayat dengannya menuju jalan Allah Yang MahaMulia lagi Maha Terpuji.

Allah s.w.t. berfirman :

‘...Kitab yang Kami turunkannya kepadamu (wahaiMuhammad) untuk kamu mengeluarkan umat manusiaseluruhnya dari gelap-gelita (kekufuran) kepada cahaya(keimanan) dengan izin Tuhan mereka, (iaitu) ke jalan AllahYang Maha Kuasa lagi Maha Terpuji.’

(Ibrahim : 1)

Dan juga :

‘(Al-Quran ini) sebuah Kitab yang diturunkan kepadamu(wahai Muhammad dari Tuhanmu). Oleh itu, janganlah adaperasaan bimbang dalam dadamu mengenainya, supayaengkau memberi amaran dengan Al-Quran itu (kepada orang-orang yang ingkar), dan supaya menjadi peringatan bagiorang-orang yang beriman.’

(Al-A’raf : 2)

Pendahuluan

Kandungan

Page 26: PENDAHULUAN - khadijahmosque.org

26 Hakikat Tawassul dan Wasilah

Manakala Sayyidina Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam,akhlaknya adalah Al-Quran bahkan dikatakan Baginda adalahAl-Quran yang hidup.

Sedangkan agama merupakan wasilah atau perantara yangsempurna dan mutlak, yang diambil oleh manusia untukmerealisasikan tujuan penciptaan dirinya, sebagaimanadisebutkan di dalam Al-Quran :

‘Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkansupaya mereka menyembahKu.’

(Az-Zariyat : 56)

Apabila untuk beragama itu memerlukan iman, maka yangdimaksudkan dengan iman ialah iman kepada Allah, kepadaMalaikat-MalaikatNya, kepada Kitab-KitabNya, kepada HariPertemuan denganNya, kepada Rasul-RasulNya, dan kepadaKebangkitan di Hari Akhir.

Beriman dengan cara ini merupakan wasilah yang dengannyamembolehkan manusia memperolehi petunjuk dan hidayat dariAllah Subhanahu wa Ta‘ala di dunia serta keberhasilan dankemenangan di negeri akhirat.

Firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala :

‘...Dan mereka yang beriman kepada Kitab (Al-Quran) yangtelah diturunkan kepadamu dan kitab-kitab yang telahditurunkan sebelummu, serta mereka yakin akan adanya(kehidupan) akhirat. Mereka itulah yang tetap mendapatpetunjuk dari Tuhan mereka. Dan merekalah orang-orangyang beruntung.’

(Al-Baqarah : 4-5)

Kandungan

Page 27: PENDAHULUAN - khadijahmosque.org

27

Apabila agama tersebut adalah Islam, maka Islam adalahsyahadah ‘Laa ilaaha Illallah’ dan ‘Muhammadur Rasulullah’.Dan syahadah ‘Laa ilaaha Illallah Muhammadur Rasulullah’adalah wasilah yang membimbing hamba-hamba menujukeselamatan dan wasilah untuk memasuki syurga.

Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda :

‘Barangsiapa bersaksi bahawa tiada Tuhan yang patutdisembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad adalahpesuruh Allah, maka diharamkan atasnya api neraka.’

Baginda bersabda lagi :

‘Barangsiapa bersaksi bahawa tiada Tuhan yang disembahselain Allah dan tidak menyekutukanNya, dan bahawaMuhammad adalah hamba dan utusanNya, bahawa Isaadalah hamba Allah dan utusanNya serta ruhNyadicampakkan ke dalam diri Maryam, syurga adalah benar,dan neraka adalah benar, ia akan dimasukkan ke dalamsyurga oleh Allah sesuai dengan amal perbuatannya.’

Maka Islam adalah mendirikan solat.

Solat merupakan sendi agama yang mencegah keburukandan kejahatan, serta merupakan wasilah yang dipergunakan olehhambaNya untuk mendekatkan diri kepada Tuhannya.

Pendahuluan

Kandungan

Page 28: PENDAHULUAN - khadijahmosque.org

28 Hakikat Tawassul dan Wasilah

Allah berfirman :

‘Ingatlah! Janganlah engkau (wahai Muhammad) menurutkehendaknya, dan (sebaliknya) sujudlah dan dampingkanlahdirimu kepada Allah (dengan taat dan beramal soleh)!’

(Al-Alaq : 19)

Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda pula :

‘Seorang hamba berada paling dekat dengan Tuhannyatatkala ia bersujud.’

Islam juga adalah membayar zakat yang difardhukan.

Zakat adalah satu cara untuk menyucikan harta danmerupakan wasilah yang dipergunakan oleh manusia untukmenjaga hartanya serta keberkatan di dalamnya, juga bolehmenjadi penawar kepada penyakit. Sebagaimana disabdakanoleh Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam :

‘Bentengilah harta kamu dengan zakat dan ubatilah orangyang sakit diantara kamu dengan sedekah.’

Islam adalah berpuasa pada bulan Ramadhan.

Puasa Ramadhan yang disertai keimanan dan perhitunganmerupakan wasilah bagi orang-orang yang berpuasa untukmencari keampunan atas dosa-dosanya.

Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda lagi :

‘Barangsiapa berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanandan perhitungan, maka Allah akan memberinya keampunanatas dosa-dosanya yang telah lalu.’

Kandungan

Page 29: PENDAHULUAN - khadijahmosque.org

29

Islam adalah melaksanakan ibadah haji apabila mampu.

Melaksanakan ibadah haji ke Baitullah Al-Haram bagiorang-orang yang berkemampuan mencapainya tanpa gangguan,tidak disertai oleh kefasikan, dan tidak pula menimbulkanperdebatan merupakan wasilah yang membolehkan orang yangmenunaikan haji keluar dari dosa-dosanya.

Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda lagi :

‘Barangsiapa menunaikan ibadah haji tanpa melakukansesuatu yang buruk dan fasik akan keluar dari dosa-dosanyasebagaimana dia keluar dari perut ibunya.’

Islam juga adalah jihad pada jalan Allah.

Jihad di jalan Allah s.w.t. merupakan wasilah yang dilakukanoleh orang yang berjihad itu untuk meraih darjat syuhada’, yangtetap hidup di sisi Tuhannya dan mendapat rezeki.

Allah s.w.t. berfirman :

‘Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yangterbunuh pada jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati)bahkan mereka hidup di sisi Tuhan mereka dengan mendapatrezeki. Mereka bersukacita dengan kurniaan Allah yang telahdilimpahkan kepada mereka, dan mereka bergembira denganberita baik mengenai (saudara-saudaranya) orang-orangyang masih tinggal di belakang, yang belum sampai kepadamereka, bahawa tidak ada kebimbangan terhadap mereka,dan mereka pula tidak akan berdukacita.’

(Ali Imran : 169-170)

Pendahuluan

Kandungan

Page 30: PENDAHULUAN - khadijahmosque.org

30 Hakikat Tawassul dan Wasilah

Jihad juga adalah wasilah yang membolehkan orang yangberjihad tersebut diharamkan jasadnya dari api neraka.Sebagaimana disabdakan oleh Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam :

‘Barangsiapa menyebabkan kakinya berdebu di jalan Allah,maka Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka.’

Manakala jika dikatakan bahawa agama adalah ihsan, makayang dimaksudkan dengan ihsan ialah :

‘Engkau beribadat kepada Allah seolah-olah engkaumelihatNya, dan apabila engkau tidak melihatNya, Dia tetapmelihatmu.’

Ibadah kepada Allah seolah-olah melihatNya akanmenjadikan seseorang berusaha sekuat tenaganya untuk tidakmeninggalkan khusyuk dan tunduk, diam dan tekun, sertamemadukan batiniyyah dan lahiriyyah untuk menyempurnakanibadah dengan sebaik-baiknya. Ini merupakan cara terbaik untukmenyedarkan manusia bahawa Allah Subhanahu wa Ta‘alasentiasa menyertai dan menjaganya setiap waktu.

Allah s.w.t. berfirman :

‘...Dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allahadalah beserta orang-orang yang berusaha membaikiamalannya.’

(Al-Ankabut : 69)

Dan firman Allah s.w.t. lagi :

Kandungan

Page 31: PENDAHULUAN - khadijahmosque.org

31

‘Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa, danorang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya.’

(An-Nahl : 128)

Apabila agama ini diterjemahkan dengan erti ‘kejujurandalam berniaga’, maka kejujuran tersebut merupakan wasilahbagi pedagang berkenaan agar kelak pada hari kiamat dapatberkumpul dengan para Nabi, siddiqin, syuhada’ dan orang-orang yang soleh.

Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda :

‘Pedagang yang jujur dan dapat dipercayai akan bersamapara Nabi, siddiqin dan syuhada .’

Jikalau agama ini diterjemahkan sebagai sikap ‘amanah’maka ‘amanah’ tersebut menjadi wasilah yang digunakan olehseseorang yang amanah untuk memelihara iman dan agamanya.

Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda :

‘Tidak beriman orang yang tidak memiliki sifat amanah, dantidak beragama orang yang tidak dapat dipercayai.’

Apabila agama ini adalah ‘keikhlasan’ maka yangdimaksudkan adalah keikhlasan dalam bertani, berdagang, ataupekerjaan lain, atau dalam soal-soal kehidupan yang lain. Apayang jelas, keikhlasan dalam amalan apa sahaja yang bolehmenjadi wasilah bagi seseorang yang ikhlas itu supaya apa yangdilakukannya diterima oleh Allah.

Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda :

Pendahuluan

Kandungan

Page 32: PENDAHULUAN - khadijahmosque.org

32 Hakikat Tawassul dan Wasilah

‘Sesungguhnya Allah tidak mahu menerima amalan apapunkecuali yang dilakukan secara tulus dan ikhlas, dan keranawajahNya.’

Jikalau agama ini diterjemahkan sebagai kejujuran secaraumum dan menyeluruh, maka kejujuran tersebut boleh menjadiwasilah bagi pelakunya agar boleh dicatat di sisi Allah sebagaigolongan siddiqin.

Daripada Ibn Mas’ud r.a., Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda :

‘Kejujuran itu membawa kepada kebajikan, dan kebajikanmembawa kepada syurga. Maka seseorang terus melakukankejujuran sampai tertulis di sisi Allah sebagai orang yangjujur. Adapun dusta itu membawa kepada kejahatan dankejahatan membawa kepada neraka. Maka seseorang itu terusberbuat dusta sampai dicatat di sisi Allah sebagai pendusta.’

Carilah teladan yang anda kehendaki tentang apa yangdiperintahkan oleh Pemberi syariat yang bijaksana itu, nescayaakan temui di hadapan anda sesuatu yang mudah dan tidakmemberatkan. Ia juga merupakan wasilah yang benar, yang bolehdigunakan oleh seseorang hingga wujud jawapan dariPenciptanya.

Bahkan kalau anda mahu anda boleh katakan : ‘SebagaimanaAl-Quran yang mulia beserta perintah-perintah dan larangan-laranganNya yang tertera di dalamnya, boleh digunakan sebagaiwasilah, kemudian Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam,beserta mukjizat dan segala hal yang aneh dan luar biasa yangkeluar daripada tangannya boleh digunakan sebagai wasilah,maka agama dalam keseluruhannya yang penuh dan isinya yang

Kandungan

Page 33: PENDAHULUAN - khadijahmosque.org

33

mutlak atas dasar dan cahaya sebagaimana disebutkan di atasboleh juga digunakan sebagai wasilah. Dunia yang diliputikenikmatannya yang tidak terhitung pun dapat digunakansebagai wasilah untuk bertawassul kepada redha Allah yangmenciptakannya.’

Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda :

‘Janganlah kamu mencela dunia, sebab ia merupakankenikmatan yang paling baik bagi orang-orang yang beriman.Dengannya ia mencapai kebaikan, dan dengannya ia selamatdari kejahatan.’

Sabda Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam, ‘Janganlahkamu mencela dunia..’ maksudnya dunialah yang membawakamu untuk taat kepada Allah. Maka dari itu dikatakan olehBaginda s.a.w., ‘sebab ia merupakan kenikmatan yang palingbaik bagi orang-orang yang beriman...’

Jadi, dunia itu dipuji kerana ia merupakan kenikmatan ataukurnia bukan kerana ia merupakan kebanggaan dan wujudkepalsuan.

Kalau anda sudah mengetahui semua itu, wahai saudarakupembaca yang terhormat, maka tidak ada jalan untukmengingkari tawassul atau wasilah, sebab tawassul ataumenggunakan wasilah dengan segala sesuatu dan dalam semuamasalah adalah diperbolehkan. Hal tersebut boleh dilakukan bilasahaja diperlukan dan menjadi keperluan hidup.

Al-Baihaqi r.a. mengeluarkan dengan sanad sahih di dalamkitabnya, Dalail An-Nubuwwah, bahawa Al-Hafiz Az-Zahabi r.a.berkata : ‘Raihlah itu, sebab sesungguhnya semua itu adalahpetunjuk dan cahaya’

Diterima daripada Umar Radiallahu’anhu, katanya,Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda :

Pendahuluan

Kandungan

Page 34: PENDAHULUAN - khadijahmosque.org

34 Hakikat Tawassul dan Wasilah

‘Tatkala Nabi Adam, melakukan kesalahan, beliau bertaubatdan berkata : ‘Wahai Tuhanku, aku memohon dengan hakMuhammad agar Engkau mengampuniku.’ Maka Allahmenjawab: ‘Hai Adam, bagaimana engkau mengetahui soalMuhammad sedangkan dia belum lagi diciptakan?’ Adammenjawab : ‘Wahai Tuhanku, setelah Engkau menciptakanaku, aku mendongak ke langit memandang tiang-tiang Arasyyang tertulis: Laa ilaaha Illallah Muhammadur Rasulullah.Maka aku tahu bahawa Engkau tidak akan menyertakannamaMu kecuali dengan nama orang yang Kau kasih.’ Allahmenjawab: ‘Engkau benar wahai Adam. Dia adalah makhlukyang paling Ku kasihi. Kalau engkau memohon kepadaKudengan haknya, kau Ku ampuni. Kalau tidak keranaMuhammad, tidaklah Aku menciptakanmu.’

(Hadis ini dikeluarkan oleh Al-Hakim dalam Al-Mustadrakdengan syarah Al-Bukhari dan Muslim dan dibenarkan oleh At-Thabrani dan ditambahkan: ‘Dan dia adalah penutup para Nabidari keturunanmu.’)

Kandungan

Page 35: PENDAHULUAN - khadijahmosque.org

35

Diterima pula daripada Abu Bakar bin Muhammad bin Ahmadbin Al-Farj dari Ibn Hamid r.a., katanya : ‘Abu Ja’far r.a., AmirulMukminin, telah berbincang dengan Malik r.a. (Imam Malik binAnas r.a.) di Masjid Rasulullah.’ Kata Imam Malik r.a. : ‘WahaiAmirul Mukminin, janganlah anda meninggikan suara di masjidini, sebab Allah telah mengatur nada suara manusia tentang halitu dengan firmanNya :

‘...Janganlah kamu mengangkat suara kamu melebihi suaraNabi, dan janganlah kamu menyaringkan suara (denganlantang) semasa bercakap dengannya sebagaimanasebahagian kamu menyaringkan suaranya semasa bercakapdengan sebahagian yang lain, supaya amal-amal kamu tidakhapus pahalanya, sedang kamu tidak menyedarinya.’

(Al-Hujurat : 2)

Dan Dia memuji manusia dengan firmanNya :

‘Sesungguhnya orang-orang yang merendahkan suaranyasemasa mereka berada di sisi Rasulullah (s.a.w), merekalahorang-orang yang telah diuji Allah hati mereka untukbertaqwa; mereka beroleh keampunan dan pahala yang besar.’

(Al-Hujurat : 3)

Serta mengecam manusia dengan firmanNya :

Pendahuluan

Kandungan

Page 36: PENDAHULUAN - khadijahmosque.org

36 Hakikat Tawassul dan Wasilah

‘Sesungguhnya orang-orang yang memanggilmu dari luarbilik-bilik (tempat ahlimu, wahai Muhammad), kebanyakanmereka tidak mengerti (adab dan tata tertib).’

(Al-Hujurat : 4)

Manakala cara menghormati Baginda dalam keadaan wafatsama dengan cara menghormatinya dalam keadaan hidup.’

Maka Abu Ja’far r.a. menjadi tenang dan bertanya: ‘WahaiAbu Abdullah (gelaran Imam Malik r.a.), apabila hendak berdoa,apakah aku harus menghadap kiblat atau menghadap kepadaRasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam?’

Jawab Imam Malik r.a. : ‘Mengapa mesti memalingkan wajahdarinya, sedangkan dia adalah wasilah anda dan wasilah ayahanda, Adam, kepada Allah pada hari kiamat? Menghadaplahkepadanya dan mintalah syafaat dengan perantaraannya,nescaya Allah akan mengabulkannya.’

Allah s.w.t. berfirman :

‘Dan kalaulah mereka ketika menganiaya diri mereka sendiridatang kepadamu (wahai Muhammad) lalu memohon ampunkepada Allah, dan Rasulullah juga memohon ampun untukmereka, tentulah mereka mendapati Allah Maha Penerimataubat, lagi Maha Mengasihani.’

(An-Nisa’ : 64)

Selawat dan salam bagimu wahai Sayyidi, wahai RasulullahSallallahu ‘alaihi wa sallam.’

Selanjutnya saya memohon supaya buku ini dapatmenggambarkan dengan jujur kesimpulan sebenar dari Al-Qurandan As-Sunnah, perkataan para ulama’ dan umat terdahulu.

Demikianlah, saya berharap kepada Allah agar menuliskanmanfaat baginya dan menggerakkan hati kaum muslimin untuk

Kandungan

Page 37: PENDAHULUAN - khadijahmosque.org

37

menerimanya, serta menjadikan hal tersebut sebagai tambahankebaikan kita. Hasbunallahu wa ni’mal wakiil.

MUSA MUHAMMAD ALI

Pendahuluan

CLICK HERE TO CONTINUE...

Kandungan