PENDAPAT TOKOH

Embed Size (px)

DESCRIPTION

NOTE

Citation preview

PENDAPAT TOKOH-TOKOH(1) George (1970) melihat pemikiran sebagai suatu proses penyelesaian masalahdan pelakuan semula jadi yang kompleks.Satu lagi elemen baru yang diperkenalkan dalam Reformasi Pendidikan ialahKemahiran Berfikir. Berfikir adalah satu kemahiran dan bukan kebolehansemula jadi. Kepintaran akal atau intelligent tidak bererti mempunyaikemahiran berfikir sekiranya ia tidak menguasai kemahiran itu.George (1970) melihat pemikiran sebagai suatu proses penyelesaian masalahdan pelakuan semula jadi yang kompleks. dan perlakuan semulajadi yang kompleks.(2)Edward de Bono (1976) pula mengaitkan kemahiran berfikir dengan pemikiran lateral yang membawalateral yang membawa maksud bukan sahaja untuk menyelesaikan masalah,malahan juga berfikir untuk melihat sesuatu dengan pelbagai perspektif bagimaksud bukan sahaja untuk menyelesaikanmasalah, malahan juga berfikir untuk melihat sesuatudengan pelbagai perspektif bagi menyelesaikan masalah.(3)Meyer (1977) pula melihat pemikiran sebagai melibatkan pengelolaan operasi-operasimental tertentu yang berlaku dalam minda atau sistem kognitifseseorang yang bertujuanmenyelesaikan masalah.(4)Chaffee (1988) pula, pemikiran merupakan proses luar biasa yang digunakandalam proses membuatkeputusan dan menyelesaikan masalah.Oleh itupemikiran ialah proses menggunakan minda untuk mencari makna dandan pemahaman terhadap sesuatu, meneroka pelbagai kemungkinan idea atau ciptaan dan membuatpertimbangan yang wajar bagi membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dan seterusnyamembuat refleksi dan metakognitif terhadap proses yang dialami.....(Nordin Tahir PIPPOnosko dan Newmann (1994) menjelaskan bahawa Pemikiran Aras Tinggi(higher-order thinking)didefinisikan sebagai penggunaan minda secara meluas untuk menghadapi cabaran-cabaran baru. Penggunaan minda secara meluas berlaku apabila seseorang itu perlu mentafsir, menganalisis atau memanipulasi maklumat untuk menjawab soalan atau menyelesaikan masalah yang dikemukakan. Hanya dengan mengaplikasikan maklumat yang telah diperoleh lebih awal untuk menjawab atau menyelesaikan masalah dalam situasi baru mungkin tidak akan membuahkan hasil. Mengikut Zevin (1995), pada kebiasaannya, Pemikiran Aras Tinggi merupakan perluasan maklumat yang sedia ada dalam minda untuk menghasilkan sesuatu yang baru atau asli. Masalah-masalah yang mempunyai pelbagai kemungkinan penyelesaian merupakan nadi kepada Pemikiran Aras Tinggi.

HOTS merupakan satu program kemahiran berfikir yang menggunakan aktiviti-aktiviti pemikiran peringkat tinggi melalui komputer untuk memperbaiki kemahiran asas, keyakinan sosial dan kemahiran penyelesaian masalah pelajar (Pogrow, 1985). Penguasaan kemahiran dan keyakinan adalah syarat yang penting untuk pelajar melibatkan diri dengan cekap dalam aktiviti pembelajaran yang kompleks.Sebelum menggunakan komputer, guru mengadakan satu perbincangan pemikiran di mana pelajar diminta menerangkan akibat dari strategi mereka dan guru juga mengutarakan soalan-soalan yang mencabar untuk pelajar selesaikan. Perlaksanaan program HOTS adalah berpisah dari pengajaran kelas yang biasa; di mana HOTS menggabungkan aktiviti komputer yang membolehkan pelajar menguji secara serta merta akibat dari idea mereka terhadap soalan-soalan, dengan kaedah pengajaran yang memberikan peluang kepada pelajar untuk banyak berfikir secara berkesan. HOTS membantu pelajar membina strategi untuk menghubungkan idea-idea mereka secara berkesan.

Berfikir secara selari -menggunakan teknik ~Enam Topi Berfikir Edward de Bono

Selalu berfikir secara serentak, terlalu banyak yang masuk dalam otak.

Tetapi dengan kaedah pemikiran selari 'paralel thinking' kita melakukan satu cara berfikir sahaja. Kaedah ini digunakan oleh jurutera pereka TV warna. Dalam TV ada tiga tiub, tiap-tiap satu tiub mengeluarkan warna-warna yang berlainan. Tapi pada skrin TV tiap-tiap warna bergabung dan menghasilkan warna-warna yang penuh. Dalam proses percetakan gambar, proses yang serupa juga digunakan. Kaedah enam topi berfikir pun begitu.

Topi-topi berfikir yang diciptakan ialah:

Hijau: Pemikiran kreatif

Hijau otak yang subur dengan idea- gunakan topi apabila berfikir. Sewaktu pakai topi ini jangan peduli sama ada idea itu betul atau salah. Lebih banyak lebih bagus. Idea gila gila pun tak apa. Pakai topi ini waktu mula-mula berfikir. Situasi sesuai apabila hendak menyelesaikan masalah.

Topi hijau pula mewakili kreativiti. Ia melambangkan tenaga pemikiran yang melihat sesuatu perkara dari perspektif yang baru dan juga mengeluarkan idea-idea yang kreatif dalam kaedah penyelesaian masalah.Topi hijau membantu kita untuk bergerak kehadapan dengan menjanakan idea-idea alternatif yang lebih baik berbanding idea asal. Ia juga digunakan untuk menyelesaikan atau memperbaiki masalah yang dilihat melalui topi hitam.

Kuning

Lambang pemikiran konstruktif atau membina. Kuning lambang hari cerah. Digunakan untuk mencari faedah dan manafaat daripada apa-apa idea yang diterbitkan oleh topi hijau. Bagi topi kuning semua idea boleh diperbaiki. Tidak ada yang mustahil. Semuanya boleh belaka. Idea yang comot sekalipun boleh digilap. Situasi yang paling baik untuk memakai topi ini ialah apabila mendengar idea-idea yang banyak kelemahan.

Putih

Lambang pemikiran objektif. Tujuan untuk mencari maklumat semata-mata. Berapa? Siapa? Di mana? Bila? bagaimana? Tidak emosi. Tidak prejudis. Tidak timbul soal suka atau tidak suka. Gunakan Topi ini sebelum membuat keputusan memilih mana-mana alternatif. Topi ini akan memastikan keputusan yang diambil adalah berdasarkan maklumat yang betul

Topi putih digunakan untuk mengumpul secara objektif segala maklumat yang berkaitan dengan apa yang sedang kita amati. Setiap pengguna topi putih tidak seharusnya memberi sebarang penilaian atau pendapat terhadap sesuatu maklumat.

Pendapat sendiri tidak akan dibenarkan sama sekali untuk dimasukkan sebagai maklumat yang hendak dikumpul atau menguatkan sesuatu pendapat. Hal ini amat bertentangan dengan pemikiran tradisional yang mana lebih cenderung kepada membuat keputusan terlebih dahulu dan hanya selepas itu sahaja barulah membuat jangkaan fakta-fakta untuk menyokong keputusan berkenaan.

Topi putih seringkali digunakan pada permulaan perbincangan untuk mencorakkan latar belakang sesuatu masalah. Ia juga boleh digunakan sekali lagi pada akhir perbincangan bagi memastikan sesuatu cadangan atau keputusan yang telah dibuat itu adalah berdasar kepada maklumat yang telah dikumpulkan.

Hitam

Lambang pemikiran yang kritikal dan negatif. Hitam lambang malam yang gelap. Segalanya tiada harapan. Apabila memakai topi ini cari semua yang salah, yang silap, yang sukar, yang berisiko dan berbahaya. Topi ini sesuai digunakan untuk menghasilkan pelan kecemasan. Situasi ini sesuai memakai topi, sebelum membuat sebaraang tindakan. Fikirkan apa yang buruk dan yang baik.

Topi hitam digunakan untuk menganalisis idea atau meneliti sesuatu cadangan secara logikal dari aspek undang-undang, keselamatan dan lain-lain agar kita lebih berhati-hati sebelum menerima sesuatu keputusan atau cadangan. Dalam erti kata lain kita melihat sesuatu keputusan itu dari sudut negatif. Negatif di sini bermaksud berhati-hati atau melindungi kepentingan sendiri. Ini penting kerana ia dapat menonjolkan kelemahan sesuatu keputusan yang akan diambil. Ia juga membenarkan kita untuk menyingkir, mengubah dan menyediakan pelan kecemasan untuk mengatasi sebarang kemungkinan.

Topi hitam juga dapat membantu kita menjadikan perancangan yang dibuat itu lebih kukuh dan fleksibel. Ia juga membantu kita dalam menjangkakan risiko-risiko yang mungkin berlaku sebelum membuat sebarang keputusan.

Merah

Topi Merah Lambang pemikiran emotif dan nilai. Warna merah lambang ghairah dan nafsu. Topi ini membenarkan kita mengambil kira emosi semasa berfikir. Situasi yang sesuai memakai selepas mengambil semua fakta yang ada.

Menggunakan topi merah kita akan melihat sesuatu masalah itu dengan menggunakan emosi atau intuisi sama ada secara positif atau negatif tanpa perlu menjelaskan sebabnya dan bukan digunakan untuk mengubah sesuatu perkara atau idea yang telah dibuat. Ia juga cuba untuk memahami macam mana orang lain akan bertindak dengan emosi.

Biru

Topi Biru Lambang langit. Topi diatas sekali. Mengawasi topi-topi lain bekerja. Topi biru mewakili kawalan proses berfikir secara keseluruhannya ataupun dalam bahasa yang lebih mudah ia digunakan untuk mengawal kegunaan topi berfikir yang lain. Kebiasaannya, ia digunakan oleh pengerusi mesyuarat atau ketua perbincangan.

Ia boleh digunakan pada awal perbincangan untuk menjelaskan perkara yang akan dibincangkan, menjelaskan tujuan sesuatu perbincangan dan merancang corak pemikiran yang akan digunakan dalam perbincangan tersebut. Pemikir yang memakai topi biru boleh bersuara semasa perbincangan sedang berlangsung untuk mengawal perbincangan agar tidak kelam kabut dan pengunaan topi lain adalah mengikut peraturan.

"Thinking is the ultimate human resource. Yet we can never be satisfied with our most important skill. No matter how good we became, we should always want to be better."

"What I am putting forward in this book is a very simple concept which allows a thinker to do one thing at a time. He or she becomes able to separate emotion from logic, creativity from information, and so on."

"The six thinking hats allow us to conduct our thinking as a conductor might lead an orchestra."

"Six Thinking Hats" by Edward de Bono

Yang manakah warna topi berfikir pilihan anda? Semoga ia dapat membantu kita dalam membuat keputusan atau mengendalikan sesuatu perbualan dan perbincangan apabila menggunakan kaedah 6 topi berfikir ini :) Sesuatu yang menarik untuk difikirkan bukan?

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi(KBAT)1.0PENDAHULUANDalam usaha kita untuk bersaing dengan negara-negara termaju di dunia, sistem pendidikan kita perlu berupaya melahirkan generasi muda yang berpengetahuan, mampu berfikir secara kritis dan kreatif serta berupaya berkomunikasi dengan berkesan pada peringkat global. Di harapkan langkah mengaplikasikan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam PdP akan dapat menaikkan prestasi negara khususnya dalam persaingan peringkat antarabangsa terutama dalam pentaksiranProgramme for International Student Assessment(PISA) danTrends in International Mathematics and Science Study(TIMSS) yang dinyatakan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2015.2.0KONSEP & TEORI KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT)KBAT melibatkan kemahiran intelek yang tinggi. Kemahiran ini kebiasaan melibatkan merujuk kepada empat aras teratas dalam Taksonomi Bloom iaitu mengaplikasi, menganalisa, menilai dan mencipta.

KBAT juga mengaplikasikan pemikiran secara kritikal, pemikiran kreatif, pemikiran logical, pemikiran reflektif dan meta kognitif. Secara mudahnya murid mencerap sesuatu data atau maklumat kemudian diproses dalam minda dan akhirnya dikeluarkan semula dalam pelbagai bentuk. Kemahiran berfikir ini juga dikatakan sebagai berfikir secara kritis dan kreatif.Memiliki kemahiran ini murid bebas untuk membanding, membeza, menyusun atur, mengelas dan mengenal pasti sebab dan akibat mengikut pendapat dan pandangan mereka sendiri. Andai kata diberikan suatu soalan maka murid boleh memberi jawapan dalam pelbagai bentuk, idea baru dan melihat daripada beberapa sudut. Di sinilah dikatakan wujudnya pemikiran berbentuk kreatif, inovatif dan mereka cipta di kalangan murid.KBAT ini juga mempunyai kelebihan lain iaitu dapat meningkatkan lagi keupayaan dan kebolehan sedia ada pada murid. Mereka akan dapat mengawal, memandu dan mengukur pembelajaran yang telah mereka kuasai. Kebolehan ini akan menjadikan mereka lebih produktif dan berdaya saing. Seterusnya sudah tentu dapat meningkatkan kefahaman dan memperkukuh pembelajaran dalam apa sahaja perkara yang mereka pelajari nanti.Bagi menerapkan kemahiran berfikir aras tinggi dalam kalangan murid maka peranan guru sangat signifikan. Usaha ke arah itu perlu dilakukan secara bersungguh-sungguh. Sebenarnya kemahiran berfikir ini bukanlah asing kepada guru kerana mereka telah didedahkan tentang konsep dan kaedah kemahiran ini semasa mengikuti latihan perguruan di maktab atau universiti suatu ketika dahulu. Walau apa pun guru perlu terus ditingkatkan keupayaan kemahiran berfikir mereka supaya dapat memberikan yang terbaik kepada murid dalam pengajaran mereka. Antara cara berkesan yang boleh dilakukan untuk menerapkan KBAT dalam PdP ialah dengan mengemukakan soalan-soalan yang berunsurkan KBAT semasa proses PdP dijalankan. Soalan dikemukakan adalah soalan yang membolehkan murid untuk mengaplikasi, menganalisa, mensintesis dan menilai suatu maklumat daripada sekadar menyatakan semula fakta atau hanya mengingati fakta yang telah dipelajari.2.1 Perbandingan Teori Berkaitan KBAR dan KBAT Dalam MatematikKemahiran Berfikir Aras Rendah (KBAR)Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)

Lower-order thinking (LOT) is often characterized by the recall of information or the application of concepts or knowledge to familiar situations and contexts.Resnick (1987)Characterized higher-order thinking (HOT) as non-algorithmic.Resnick (1987)

LOT tasks requires a student to recall a fact, perform a simple operation, or solve a familiar type of problem. It does not require the student to work outside the familiarSchmalz (1973)The use of complex, non-algorithmic thinking to solve a task in which there is not a predictable, well-rehearsed approach or pathway explicitly suggested by the task, task instruction, or a worked out example.Stein and Lane (1996)

LOT is involved when students are solving tasks where the solution requires applying a well-known algorithm, often with no justification, explanation, or proof required, and where only a single correct answer is possible.Senk, Beckman, & Thompson (1997)HOT as solving tasks where no algorithm has been taught, where justification or explanation are required, and where more than one solution may be possible.Senk, et al (1997)

LOT as solving tasks while working in familiar situations and contexts; or, applying algorithms already familiar to the student.Thompson (2008)HOT involves solving tasks where an algorithm has not been taught or using known algorithms while working in unfamiliar contexts or situations.Thompson (2008)

Jadual 11.0PERBEZAAN ANTARA MASALAH RUTIN DAN BUKAN RUTINSecara umum, masalah boleh diklasifikasikan sebagai masalah rutin dan masalah bukan rutin. Masalah rutin hanya memerlukan beberapa prosedur seperti operasi aritmetik untuk mendapatkan penyelesaian.Sebaliknya, jika situasi masalah itu tidak boleh diselesaikan mengikut kaedah pengiraan biasa maka ia dikenali sebagai masalah bukan rutin. Dalam situasi seperti itu, pelajar meneroka cara penyelesaian yang lebih mendalam untuk menyelesaikan masalah tersebut.3.1 Masalah RutinMasalah rutin merupakan masalah yang melibatkan hanya satu operasi aritmetik sahaja dalam menyelesaikannya. Dalam menyelesaikan masalah rutin, kita hanya perlu memahami masalah, memilih operasi yang sesuai serta mengaplikasikan algoritma-algoritma yang telah dipelajari. Prosedur penyelesaiannya adalah sudah kita ketahui. Ketika menyelesaikan masalah rutin, kita perlu mengenalpasti1.Apakah soalan yang perlu dijawab2.Fakta-fakta atau nombor yang perlu digunakan3.Operasi-operasi yang perlu digunakan4.Anggaran nilai penyelesaianMasalah rutin memberi kesan seperti berikut kepada kita:a.Memberi latihan dalam mengingat fakta-fakta asas dan langkah- langkah yang berurutanb.Mempertingkat kemahiran-kemahiran dalam operasi asasc. Memberi peluang untuk berfikir tentang perkaitan antara sesuatu operasi dan aplikasinya kepada situasi-situasi sebenar.Contoh-Contoh Soalan RutinContoh 1 :Ali makan 2 keping roti. 5 minit kemudian, dia makan 1 keping lagi roti. Berapa banyak keping roti Ali makan kesemuanya?Contoh 2:Maria membeli sekotak susu dengan harga RM1.55 dan sebungkus biskut dengan harga RM1.70. Berapakah jumlah wang yang dibayar oleh Maria?Contoh 3 :Cari perimeter segi empat tepat yang mempunyai panjang 8 meter dan lebar 17 meter.Contoh 4 :Cari panjang sebuah segi empat tepat yang mempunyai luas 48 meter persegi dan lebar 6 meter.3.2 Masalah Bukan RutinMasalah bukan rutin merupakan masalah yang memerlukan proses-proses yang lebih tinggi dalam menyelesaikan masalah berbanding masalah rutin. Untuk mencari penyelesaian dalam masalah bukan rutin adalah bergantung kepada kebolehan menggunakan pelbagai strategi penyelesaian masalah bersama dengan fakta-fakta dan maklumat dalam pertimbangan. Prosedur penyelesaian masalah bukan rutin tidak kita ketahui. Masalah bukan rutin biasanya diselesaikan dengan pelbagai cara yang memerlukan proses pemikiran yang berbeza.Antara kesan positif dalam mengaplikasikan masalah bukan rutin ialah seperti berikut:1.Dapat mengembangkan penggunaan strategi-strategi penyelesaian masalah2.Memberi peluang untuk memikirkan pelbagai cara penyelesaian, berkongsi kaedah-kaedah penyelesaian masalah serta meningkatkan keyakinan diri dalam penyelesaian masalah matematik3.Dapat menikmati keindahan dan logik yang wujud dalam matematik4.Meningkatkan kemahiran berfikir secara kritis.Contoh-contoh soalan bukan rutinContoh 1 :Maria membeli sekotak susu dengan harga RM1.55 dan sebungkus biskut dengan harga RM1.70. Dia memberikan RM4.00 kepada jurujual. Berapakah bilangan syiling yang diterima oleh Maria sekiranya jurujual itu memberikannya beberapa syiling 5 sen, 10 sen dan 20 sen?Terangkan jawapan anda?Contoh 2 :Mamat ingin membina pagar bagi reban ayam yang berbentuk segi empat. Dia mempunyai 20 meter wayar pagar.1. Apakah saiz segi empat yang boleh beliau hasilkan?2. Bentuk manakah yang terbaikContoh 3 :Antara nombor-nombor berikut, nombor yang mana berbeza? Mengapa?23, 20, 15, 25Contoh 4 :Ali telah membeli sebuah basikal dan kemudian menjualnya kepada rakannya dengan harga RM240. Dia telah mendapat keuntungan sebanyak 20% selepas menjual basikal itu.Berapakah harga kos basikal tersebut ?3.3 Nota AktivitiPerbincangan kumpulan kecil dijalankan secara berpasangan. Tugasan yang diberikan adalah menukarkan soalan rutin (KBAR) kepada soalan bukan rutin (KBAT).Soalan-soalan rutin yang dikemukakan adalah seperti berikut :1. RM 210 RM 30 =2. Rajah menunjukkan sebuah segi empat tepat84= ?Kira luas, dalam cm, segi empat tepat tersebut.Pelbagai jenis soalan akan diberikan oleh peserta. Perbincangan akan dilakukan bagi menentukan soalan-soalan yang dikemukakan adalah bukan rutin atau tidak.Cadangan jawapan :1. Pak Ali mempunyai wang sebanyak RM210. Dia memberikan wang tersebut kepada Chong dan Raju. Raju menerima RM30 kurang daripada Chong.Berapakah jumlah wang yang diterima oleh Chong?Jelaskan bagaimana anda mendapat jawapan?1. Johan ingin menggunakan seutas dawai yang panjangnya 24 cm untuk membentuk satu rangka segi empat dengan luas yang maksimum.Apakah panjang dan lebar bentuk segi empat itu?2.0KEPELBAGAIAN STRATEGI DALAM PENYELESAIAN MASALAHStrategi juga merujuk kepada prosedur yang akan membantu anda untuk memilih pengetahuan dan kemahiran yang digunakan di semua langkah penyelesaian masalah. Strategi yang dipilih harus fleksibel agar dapat digunakan untuk menyelesaikan pelbagai masalah. Berikut adalah beberapa strategi yang boleh digunakan. Penyelesaian masalah merupakan fokus utama dalam pengajaran dan pembelajaran matematik. Justeru, pembelajaran dan pengajaran perlu melibatkan kemahiran penyelesaian masalah secara komprehensif dan merentasi keseluruhan kurikulum. Perkembangan kemahiran penyelesaian masalah perlu diberi penekanan sewajarnya supaya murid dapat menyelesaikan pelbagai masalah secara berkesan. Kemahiran ini melibatkan langkah-langkah seperti berikut : Memahami dan mentafsirkan masalah Merancang strategi penyelesaian Melaksanakan strategi Menyemak semula penyelesaianKepelbagaian penggunaan strategi umum dalam penyelesaian masalah, termasuk langkah-langkah penyelesaiannya harus diperluaskan lagi penggunaannya dalam mata pelajaran ini. Dalam menjalankan aktiviti pembelajaran untuk membina kemahiran penyelesaian masalah ini, perkenalkan masalah yang berasaskan aktiviti manusia. Melalui aktiviti ini murid dapat menggunakan Matematik apabila berdepan dengan pelbagai situasi harian yang lebih mencabar. Antara strategi-strategi penyelesaian masalah yang boleh dipertimbangkan :Cuba jaya / teka uji1. Membina senarai / jadual / carta yang sesuai2. Mengenal pasti kemungkinan3. Menggunakan algebra4. Mengenal pasti pola5. Melukis gambarajah6. Guna Kaedah Unitari7. Guna Model8. Menyelesaikan masalah kecil terlebih dahulu10. Guna rumus11. Guna analogi / perbandingan12. Lakonan / ujikaji13. Mempermudahkan masalah14. Membuat anggaran15. Mental arimetik4.1 Strategi : (Cuba jaya / Mengenal pasti kemungkinan / Melukis gambarajah / Guna rumus)Contoh soalan yang diberikan ini mempunyai pelbagai strategi penyelesaian masalah.Contoh Soalan:Johan ingin menggunakan seutas dawai yang panjangnya 24 cm untuk membentuk satu rangka segiempat dengan luas yang maksimum. Apakah panjang dan lebar bentuk segi empat itu?Penyelesaian :Melukis gambarajahLukis atau lakar seberapa banyak gambarajah bentuk segi empat.Cubaletakkan nombor pada setiap sisi sehinggaberjayamenemui perimeter yang berjumlah24 cm. Kemudian, gunakankemungkinan kemungkinannombor lain yang difikirkan sesuai. Seterusnya, gunakan rumus luas segi empat untuk mencari luas maksimum segi empat tersebut dengan mendarab panjang dan lebar. Akhirnya, padanan nombor yang sesuai dan munasabah akan ditemui bersesuaian dengan kehendak soalan tersebut iaitu seperti gambarajah di bawah.Bentuk-bentuk yang berkemungkinan :

Jawapannya ialah 6 cm x 6 cm =36cm. Jawapan ini dipilih kerana bentuk itu mempunyai luas maksima jika dibandingkan dengan bentuk yang lain.4.2 Strategi : (Guna Kaedah Unitari / Guna rumus / Guna algebra dan Melukis gambarajah)Contoh Soalan :Ali telah membeli sebuah basikal dan kemudian menjualnya kepada John dengan harga RM 240. Dia telah mendapat keuntungan sebanyak 20% selepas menjual basikal itu. Berapakah harga kos basikal tersebut?Penyelesaian :i)Guna Kaedah UnitariUntung = 20%Harga Jual = RM 240 (100% +20%)Harga Kos = (100%)Oleh itu, 120% = RM 2401% = ?Cari nilai 1% terlebih dahulu.RM 240 120 = RM 2Oleh itu, 1% = RM 2Harga Kos = RM 2 100= RM 200

ENDIDIKAN KESIHATAN HBHE 1203Strategi PengajaranStrategi pengajaran adalah merujuk kepada cara-cara bagaimana guru mengendalikan sesuatu aktiviti pembelajaran dengan sistematik dan bukan dengan cara cuba jaya. Ia merupakan tindakan-tindakan spesifik yang dilakukan dengan sengaja oleh guru untuk mencapai matlamat-matlamat khusus dalam proses pembelajaran. Guru memerlukan kemahiran untuk merancang dan menguruskan kaedah dan teknik pengajaran supaya dapat disampaikan kepada murid-murid untuk memperolehi hasil pembelajaran maksimum. Aspek-aspek yang perlu diambil kira oleh guru semasa menentukan strategi pengajaran yang sesuai ialah objektif pengajaran, proses pengajaran, isi kandungan, persediaan dan kebolehan mengajar, gaya peribadi pengajaran dan persekitaran di dalam bilik darjah.Antara contoh-contoh strategi pengajaran ialah strategi pemusatan guru, strategi pemusatan murid, strategi pemusatan bahan dan strategi berasaskan tugasan.Dari segi strategi pemusatan guru, ia dikenali sebagai eksplisit. Ia merupakan strategi pengajaran dan pembelajaran yang telah lama diamalkan di dalam bilik darjah. Strategi pemusatan guru ini meletakkan guru ditengah-tengah aktiviti bilik darjah. Dalam strategi ini, guru perlu menguasai dan mengawal segala aktiviti pembelajaran. Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, guru memainkan peranan yang penting sedangkan murid hanya berperanan sebagai penonton sahaja. Bentuk komunikasi dan interaksi diantara guru dan murid adalah sehala. Guru banyak bercakap dan murid banyak mendengar. Ciri kepimpinan guru juga bersifat autokratik. Murid-murid tidak berpeluang menyumbangkan pendapat mereka. Guru yang banyak bertindak dan memberi arahan. Strategi pengajaran dan pembelajaran pula lebih mengutamakan pencapaian objektif pengajaran guru. Penyebaran ilmu pengetahuan lebih diutamakan daripada penyebaran nilai-nilai murni dan perkembangan emosi oleh guru.

Strategi ini mementingkan pencapaian murid-murid berdasarkan keputusan ujian dan peperiksaan. Teknik guru mengajar adalah tertumpu kepada penyampaian fakta-fakta. Pembelajaran murid banyak berbentuk mengingat dan menghafal. Justeru itu, murid kurang berupaya membuat interpretasi. Interaksi diantara murid juga pasif dan sifat-sifat social positif kurang dipupuk. Strategi ini mementingkan pengolahan kaedah keseluruhan kelas. Perbezaan murid dari segi kebolehan dan minat tidak diberi perhatian oleh guru. Akibatnya, dibawah strategi ini, murid-murid menjadi kurang kreatif dan berinisiatif. Strategi ini menggunakan persembahan bahan dalam langkah-langkah kecil dan sistematik dengan hentian untuk menyemak pemahaman murid. Strategi pemusatan guru mengandungi pengajaran yang mempunyai langkah-langkah kecil yang menegaskan latihan amali murid selepas setiap langkah. Peranan guru ialah menyampaikan bahan, membimbing murid pada sesi awal latihan amali dan membekalkan setiap murid dengan amali yang lebih tinggi dan kerap.Strategi pemusatan murid pula menunjukkan murid memainkan peranan penting dalam pengajaran dan pembelajaran. Aktiviti ini menjadikan murid sebagai fokus utama dalam proses pembelajaran. Murid-murid digalakkan melibatkan diri secara aktif dalam pengajaran dan pembelajaran melalui kaedah kumpulan, inkuiri penemuan, perbincangan, penyoalan, penyelesaian masalah, bermain, simulasi dan lain-lain. Strategi ini mungkin lebih sesuai apabila maklumat tidak dapat disampaikan dengan berkesan melalui strategi pemusatan guru dan apabila matlamat pengajaran merangkumi kemahiran kreatif dan kritikal. Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, murid memainkan peranan penting, sedangkan guru hanya sebagai pembimbing kepada murid. Komunikasi dan interaksi diantara guru dan murid adalah dua hala. Guru menggunakan kaedah menyoal dan membimbing murid supaya berfikir dan bertindakbalas memberi jawapan. Ciri kepimpinan guru bersifat demokratik dan murid sentiasa digalakkan memberikan pendapat mereka untuk mencapai objektif pembelajaran murid. Guru mengamanahkan tanggungjawab yang lebih kepada murid.

Strategi ini lebih berkesan dalam mengembangkan kebolehan murid dalam mengaplikasikan konsep dan sikap positif, menggalakkan motivasi, mengembangkan penyuburan diri dan menggalakkan kemahiran sosial berkumpulan. Strategi ini menimbulkan dan mewujudkan persekitaran kelas yang membolehkan murid dapat berinteraksi dengan guru dan murid lain.Strategi pemusatan berasaskan bahan terbahagi kepada dua kategori iaitu bahan pengajaran dan bahan pembelajaran. Bahan-bahan yang digunakan adalah seperti carta, graf, peta, spesimen, model gambar, slaid video, perakam pita dan projektor. Bahan yang lebih canggih adalah pakej pembelajaran berasaskan komputer, CD ROM, komputer multimedia, caker padat interaktif, bahan daripada internet, persidangan tele dan persidangan video. Strategi ini memupuk sifat-sifat social yang positif khasnya apabila murid dan guru berkongsi sumber dan bahan. Murid akan mendapat pengalaman realistik kerana dapat melihat situasi sebenar atau bahan maujud dan konkrit serta boleh menjadikan proses pengajaran lebih bermakna. Interaksi yang berlaku dalam bilik darjah banyak hala iaitu antara guru dengan bahan, bahan dengan murid dan guru dengan murid dan bahan. Strategi ini mengutamakan kecekapan dan kemahiran murid dalam memanipulasikan pelbagai jenis bahan. Strategi ini sesuai digunakan guru kerana ia menekankan perkembangan jasmani, kognitif dan rohani murid. Pembelajaran berasaskan sumber sangat berguna dalam membantu guru menghadapi murid pelbagai keperluan serta menyediakan pelbagai wahana untuk murid belajar pada kadar masing-masing pada setiap masa dan tempat.Guru yang menggunakan strategi berasaskan tugasan melibatkan murid dalam aktiviti atau memberi peluang untuk mengamalkan dan mengaplikasikan apa yang sedang mereka belajar. Aktiviti atau tugasan tersebut membuka peluang kepada murid menerima bimbingan, pelbagai strategi mempermudahkan tugasan atau scaffolding bentuk lain yang diperlukan untuk membolehkan mereka melaksanakan tugasan dengan jaya. Aktiviti yang dipilih dengan bijak perlu disampaikan dengan berkesan, dipantau dan diteruskan sekiranya inginkan kesan maksimum. Justeru itu, guru perlu menyediakan murid dengan memberikan bimbingan dan maklum balas semasa aktiviti dan menstruktur refleksi pasca aktiviti selepas sesuatu aktiviti.

Semasa memperkenalkan aktiviti, guru perlu menekankan tujuannya dengan cara yang boleh membantu murid melibatkan diri dalam aktiviti tersebut dengan idea yang jelas akan matlamat yang ingin dicapai. Kebanyakan tugasan bersama dengan murid akan memberi maklum balas tentang persembahan mereka dan mengukuhkan idea utama dengan mengaitkan kepada matlamat keseluruhan. Antara tugasan yang boleh diberikan ialah berlakon, menyanyi, membuat model, perbahasan dan perbincangan.

Strategi PembelajaranGuru digalakkan untuk menggunakan pelbagai strategi pengajaran dan pembelajaran untuk mengoptimumkan pembelajaran. Strategi yang dicadangkan berasaskan pada satu kontinum dari pemusatan guru pemusatan murid. Strategi yang dipilih untuk pengajaran dan pembelajaran efektif mesti memenuhi keperluan pelajar dan ia sesuai dengan iklim sekolah. Antara jenis-jenis strategi bagi strategi pembelajaran ialah strategi direktif, strategi pemerhatian, strategi mediatif, strategi generatif, strategi kolaboratif, strategi Outside-context dan strategi metakognitif.Strategi direktif memerlukan murid belajar melalui penerangan tentang konsep atau kemahiran oleh guru dan kemudian diikuti oleh ujian kefahaman dan latihan dengan bimbingan guru. Contohnya adalah seperti melalui kuliah dan latih tubi.Strategi pemerhatian pula memerlukan murid belajar dengan memerhati perbuatan orang lain atau perlakuan sesuatu kemahiran. Antaranya adalah seperti demonstrasi dan model.Strategi mediatif ialah murid belajar melalui interaksi yang dirancang oleh guru untuk menolong murid. Pertama, ianya memerlukan murid belajar bagaimana untuk mengaplikasi pengetahuan untuk menyelesaikan masalah. Kedua, membuat keputusan. Ketiga, mengenalpasti andaian dan keempat, menilai kebenaran andaian, keputusan dan hipotesis. Contohnya ialah dialectical reasoning, concept attainment, concept formation, inquiry training dan open-ended discussion.Strategi generatif pula menggalakkan murid menjana idea kreatif dan kritis. Ia membantu murid menyelesaikan masalah secara kreatif dengan menggunakan idea asli atau unik. Contohnya melalui sumbangsaran, peta minda, synectics, pemikiran lateral dan kreatif serta metafora.Strategi kolaboratif pula memerlukan murid bekerjasama dalam kumpulan untuk menyelesaikan masalah iaitu melalui pembelajaran koperatif.Strategi Outside-context ialah murid belajar melalui aktiviti yang berfokus dan intensif dalam satu tempoh masa melalui seminar, bengkel dan projek.Strategi metakognitif pula memerlukan murid memikirkan tentang proses pembelajaran, rancangan pembelajaran, pemantauan dan penilaian kendiri. Antara contoh-contoh soalan yang boleh difikirkan adalah seperti:Bagaimana saya boleh mempertingkatkan prestasi saya?Apakah yang saya telah belajar?Apakah bantuan yang saya perlukan?

PEMBELAJARAN SECARA KONTEKSTUAL

DefinisiPerkataan kontekstual jika diambil daripada ayat asalnya dalam Bahasa Inggeris (asal bahasa Latin con = with + textum = woven) membawa maksud mengikut konteks atau dalam konteks. Konteks pula membawa maksud keadaan, situasi dan kejadian. Secara umum, kontekstual membawa dua erti iaitu yang pertama, yang berkenaan, relevan, ada hubungan atau kaitan langsung serta mengikut konteks. Erti yang kedua ialah yang membawa maksud, makna dan kepentingan.Oleh itu, pembelajaran secara kontekstual iaitu kaedah atau strategi yang dilihat berwibawa untuk mencapai matlamat untuk melahirkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.

Konsep Pembelajaran KontekstualPembelajaran secara kontekstual adalah strategi pengajaran dan pembelajaran yang menggabungkan isi pelajaran dengan pengalaman harian individu, masyarakat dan alam pekerjaan. Dengan demikian pembelajaran akan lebih bermakna bagi murid jika maklumat disampaikan dalam konteks yang pelbagai dan bermakna kepada murid seperti dari segi konteks budaya, fizikal, sosial, fizikal dan psikologi. Kaedah ini menyediakan pembelajaran secara konkrit yang melibatkan aktiviti hands-on dan minds-on. Penekanan perlu diberi kepada kepelbagaian persekitaran pembelajaran untuk menghasilkan pembelajaran yang berkesan. Contoh persekitaran adalah seperti di dalam bilik darjah, makmal, di tempat kerja dan semasa menjalani kehidupan seharian.Pembelajaran kontekstual ini hanya berlaku apabila murid dapat memproses maklumat atau pengetahuan baru dengan cara yang bermakna dalam rangka minda mereka. Pembelajaran ini juga lebih berkesan jika maklumat disampaikan dalam konteks yang pelbagai iaitu dari segi fizikal, budaya, sosial serta psikologi dan bermakna kepada murid.

Pendekatan kontekstual juga merentas pelbagai disiplin ilmu seperti ilmu matematik, sains, bahasa, teknologi maklumat, komunikasi, kemanusiaan, teknikal dan vokasional.

Kepentingan Pembelajaran Secara Kontekstual Dalam Pengajaran dan PembelajaranPembelajaran kontekstual sangat penting atau perlu dalam pengajaran dan pembelajaran kerana murid-murid di dalam bilik darjah mempunyai pelbagai jenis kecerdasan. Pendekatan kontekstual ini menggalakkan guru memilih dan membina persekitaran pembelajaran yang menggabungkan pengalaman-pengalaman yang mereka lalui seberapa banyak yang boleh. Pengalaman-pengalaman yang dilalui termasuklah dari aspek sosial, fizikal, psikologikal, ke arah mencapai hasil pembelajaran yang diinginkan. Melalui persekitaran sedemikian, pelajar menemui perhubungan yang bermakna antara idea abstrak dan aplikasi praktikal dalam konteks alam yang nyata. Penghayatan konsep diperolehi melalui proses penemuan, pengukuhan dan menghubungkaitkan. Dengan ini, murid dapat mengekalkan maklumat dengan lebih berkesan melalui pengalaman sendiri.Cara tradisional tidak menggalakkan pembelajaran yang mampu membina minda pelajar ke arah pemikiran saintifik seperti mana yang dirasakan amat perlu dikuasai setiap pelajar bagi membolehkan mereka menghayati pelajaran sebagai budaya kehidupan seharian.Cara penyampaian guru menggunakan kaedah kontekstual secara langsung dan terus, sama ada secara sedar atau tidak, mahu atau tidak mahu, akan membantu guru mengajar dan membantu pelajar mempelajari setiap matapelajaran secara berkesan.Pembelajaran kontekstual juga mengambil kira pelbagai gaya pembelajaran yang boleh diaplikasikan oleh murid yang mempunyai pelbagai jenis tahap kecerdasan.

Proses REACT Dalam Pembelajaran Secara KontekstualMenurut modul yang diterbitkan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum (2001), pelajar akan melalui satu atau lebih daripada bentuk pembelajaran berikut:R (relating / menghubungkait) iaitu pelajar belajar dalam konteks menghubungkaitkan pengetahuan baru dengan pengalaman hidup.

E (experiencing / mengalami) iaitu pelajar belajar dalam konteks penerokaan, penemuan dan reka cipta.A (applying / mengaplikasikan) iaitu pelajar belajar dalam konteks bagaimanapengetahuan atau informasi boleh digunakan dalam situasi lain.C (cooperating / bekerjasama) iaitu pelajar belajar dalam konteks bekerjasama, memberi maklum balas dan berkomunikasi.T (transferring / memindahkan) iaitu pelajar belajar dalam konteks pengetahuan sedia ada dan menggunakan atau membina daripada apa yang diketahui.Prinsip REACT adalah amat penting untuk difahami oleh guru dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran secara kontekstual. Menurut Noor Azizah (2002), elemen menghubung kait iaitu Relating bermakna mempelajari sesuatu dalam konteks pengalaman hidup. Kurikulum yang cuba menempatkan pembelajaran dalam konteks pengalaman hidup mesti menumpukan perhatian murid kepada taakulan, peristiwa dan situasi harian. Kemudiannya taakulan, peristiwa dan situasi harian itu dikaitkan dengan maklumat baru untuk menyelesaikan sesuatu masalah (Noor Azizah, 2002). Murid juga digalak dan dibimbing untuk mengaitkan pengetahuan sedia ada dengan apa yang dipelajari atau yang akan dipelajari.Experincing atau elemen mengalami adalah merujuk kepada pembelajaran aktif murid itu sendiri yang mengalami atau membentuk pengalaman mereka. Prinsip ini penting untuk murid meneroka dan menemukan pengetahuan dengan sendiri dan dapat membuat perkaitan melalui pengalaman yang dialami. Walaupun murid-murid dimotivasikan dengan strategi pengajaran dan pembelajaran seperti aktiviti berasaskan teks, video dan lain-lain, tetapi bentuk ini masih merupakan bentuk pembelajaran yang pasif (Noor Azizah, 2002).Prinsip REACT yang ketiga ialah aplikasi atau Applying. Alikasi adalah berdasarkan kepada aktiviti pekerjaan dalam pembelajaran kontekstual (Noor Azizah, 2002). Guru harus memastikan murid dapat melihat perkaitannya antara yang dipelajari didalam bilik darjah dengan dunia luar. Menurutnya lagi, sekolah boleh melakukan aktiviti seperti dalam teks, video, makmal, amali, lawatan kilang, mentoring dan latihan kerja.

Elemen seterusnya ialah Cooperating iaitu bekerjasama. Pengalaman bekerjasama bukan sahaja membantu kebanyakan murid mempelajari bahan pelajaran, malah ia juga konsisten dengan fokus dunia tentang pengajaran kontekstual (Tan, 2003). Melaluinya, selain daripada murid mendapat pengetahuan, mereka juga dapat belajar untuk cope dengan pelbagai situasi seperti pembahagian tugas, kawalan emosi semasa perbincangan, semasa membentang dan seumpamanya. Kemahiran interpersonal yang merupakan salah satu daripada kecerdasan pelbagai juga dapat digilap. Sekaligus, potensi murid dapat diperkembang dengan lebih menyeluruh merangkumi pelbagai aspek.Yang terakhir sekali, elemen Transfering iaitu memindahkan. Secara lazimnya, kebanyakan murid menghadapi situasi pembelajaran yang baru tanpa sebarang kaitan dengan pengetahuan yang sedia ada. Jadi, pemindahan pembelajaran yang lepas adalah penting dan bagi menggalakkan pemindahan ini, tindak balas dari murid adalah mustahak (Noor Azizah, 2002). Menurut Ng (1999) dan Tan (2003), pendekatan ini menyerupai aspek menghubung kait iaitu ia berasaskan perkara-perkara yang lazim dan diketahui. Secara tradisinya, kebanyakan murid menghadapi situasi pembelajaran yang baru tanpa sebarang kaitan dengan pengetahuan sedia adanya. Guru boleh membantu meningkatkan semangat dan keyakinan murid dengan menyediakan titian yang dapat menghubungkan pengalaman pembelajaran baru dengan apa yang telah diketahui oleh murid iaitu melalui proses pemindahan.Menurut Pusat Perkembangan Kurikulum (2001), elemen Transfering melibatkan murid belajar dalam konteks pengetahuan sedia ada. Mereka akan memindahkan pengetahuan tersebut samada menggunakan ataupun membina daripada apa yang diketahui. Contohnya murid menggunakan Teorem Pythogoras untuk membuat sudut tegak gelanggang permainan. Aktiviti seperti pertandingan rekacipta umpamanya dapat memupuk elemen ini kepada murid apabila murid menggunakan konsep atau pengetahuan mereka untuk mencipta ciptaan baru mahupun memperelok benda yang sudah ada.

KEMAHIRAN BERFIKIR

DefinisiCosta (1985), mengatakan pemikiran sebagai proses penerimaan rangsangan luar oleh minda melalui deria-deria yang kemudiannya diproses dan digunakan. Menurut Dewey (1933), menganggap pemikiran sebagai usaha memeriksa dan menimbang sesuatu butir maklumat dengan teliti berdasarkan criteria tertentu. Sigel (1984) pula mengatakan pemikiran meliputi aktiviti seperti refleksi pengkonsepan dan penyelesaian masalah. Pressiesen (1987) mengatakan pemikiran sebagai aktiviti mental di mana pengetahuan diperolehi dan diolah melalui proses penaakulan. Beyer (1992), menerusi Functional Thinking Model melabelkan berfikir dalam domain kognitif yang pelbagai aras. Aras terendah merupakan kebolehan mengingat dan menyimpan data diikuti kebolehan memproses dan penaakulan. Aras ketiga menerangkan kebolehan kemahiran kritis dan kreatif dan aras tertinggi sekali menentukan kebolehan seseorang menyelesaikan masalah dan membuat keputusan. Keseluruhan proses kognisi ini dikawal oleh satu lagi proses iaitu metakognisi.Som Hj Nor dan Dahalan Mohd Ramli (1998), merumuskan pemikiran sebagai proses menggunakan minda untuk mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu, menerokai pelbagai kemungkinan idea atau ciptaan danmembuat pertimbangan yang wajar, bagi membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dan seterusnya membuat refleksi dan metakognisi terhadap proses yang dialami.

Kepentingan Kemahiran Berfikir Dalam Pengajaran Dan PembelajaranDari aspek pendidikan, kemahiran belajar akan mempengaruhi cara pembelajarannya sama ada kepantasan serta keberkesanan pembelajarannya. Kajian-kajian tentang berfikir menunjukkan bahawa murid yang dilatih untuk berfikir mempunyai perkembangan positif terhadap pembelajarannya.Kemahiran berfikir berupaya meningkatkan penguasaan pengetahuan dan meningkatkan motivasi dalam diri murid. Peningkatan motivasi untuk belajar dengan cara tidak langsung membantu kemahiran berfikir.

Selain itu, semua negara tidak terlepas daripada perubahan dan perkembangan pesat. Maka dengan itu, Malaysia memerlukan rakyatnya berkeupayaan dan berkuasa untuk berfikir selari dengan pembangunan negara dan dunia sekarang. Jika rakyat tiada kemahiran ini, segala hasrat kerajaan tidak akan tercapai dan negara akan menjadi hamba negara maju.Kemahiran berfikir juga penting untuk memenuhi tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan .mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, jasmani dan emosi (JERI). Aspek JERI ini bertujuan melahirkan individu yang bijaksana dan bermoral. Bagaimana ia boleh tercapai? Dalam kemahiran berfikir, ada disentuh tentang akal dan hati dimana pemikiran yang baik ialah pemikiran yang telah mengambil kira kedua-dua akal dan hati.Latihan kemahiran berfikir juga diperlukan dewasa ini sebagai usaha dalam menjayakan konsep terkini negara seperti KBSR, KBSM, Sekolah Bestari yang mahukan murid berkemampuan bukan sahaja dari segi intelek, malah dalam kemahiran berkomunikasi, berfikir secara kritis dan kreatif, menyelesaikan masalah dan membuat keputusan.Kemahiran berfikir juga penting dalam merealisasikan Wawasan 2020 yang bertujuan membentuk Malaysia sebagai sebuah negara maju dan sejahtera. Terdapat pelbagai cabaran untuk mencapai wawasan ini antaranya mewujudkan masyarakat berjiwa bebas, gagah dalam menghadapi masalah, membangunkan negara yang demokratik, membentuk masyarakat bermoral dan beretika, liberal, saintifik dan progresif. Untuk menangani cabaran-cabaran ini, cara berfikir dan strategi berfikir yang lebih sesuai dan serasi perlu ditemui.Berdasarkan keperluan ini, Khalid Mohd Nor dan Mohd Amir Sharifuddin telah menyarankan satu strategi berfikir yang memerlukan pemindahan paradigm dan berfikir secara tradisional kepada berfikir secara lebih kreatif, membangun, meneroka dan proaktif. Penekanan ini perlu kepada perekabentukan, percambahan idea dan kemahiran berfikir. Hasrat Wawasan 2020 jelas menerangkan kepentingan belajar dan mengajar kemahiran berfikir kepada individu yang kita damping. Justeru itu, semua pihak harus mengembeling tenaga untuk menjana pemikiran yang kritis dan kreatif ini terhadap individu pelajar sejak kecil lagi.

Model Kemahiran BerfikirModel kemahiran berfikir yang telah dicipta oleh Pusat Perkembangan Kurikulum dikenali sebagai Kemahiran Berfikir secara Kritis dan Kreatif (KBKK). Dalam model ini kemahiran berfikir dikategorikan kepada empat kategori yang saling berkait antara satu sama lain. Model ini digambarajahkan seperti dalam rajah dibawah.

KEMAHIRAN BERFIKIR KRITIS

Maksud Kemahiran Berfikir KritisKemahiran berfikir secara kritis ialah kecekapan dan keupayaan menggunakan minda untuk menilai kemunasabahan dan kewajaran sesuatu idea, meneliti kebernasan dan kelemahan sesuatu hujah, dan membuat pertimbangan yang wajar dengan menggunakan alasan dan bukti. Kemahiran-kemahiran mikro dalam kemahiran ini ialah:Membanding bezaMembuat kategoriMeneliti bahagian-bahagian kecil dan keseluruhanMenerangkan sebabMenyusun mengikut urutanMembuat ramalanMengusul periksa andaianMembuat inferens.

Kepentingan Kemahiran Berfikir KritisKemahiran berfikir kritis begitu penting kerana murid-murid diajar berfikir secara kritis; belajar cara menyoal; iaitu, bila hendak menyoal dan jenis soalan yang hendak ditanya dan belajar bagaimana menaakul; iaitu, bila menggunakan penaakul dan kaedah penaakul yang hendak digunakan. Dalam proses pemikiran kritikal ini, murid perlu memahirkan diri mereka dalam beberapa aspek. Antaranya ialah:mahir dalam menyatakan sesuatu kenyataan dengan jelas.berkemahiran untuk mencari jawapan kepada sesuatu persoalanmenumpukan kepada beberapa isi-isi pentingfikiran terbuka

Tiga Proses Dalam Kemahiran Berfikir Kritis1) Kemahiran Membanding dan MembezaKemahiran membanding beza bermaksud kemahiran berfikir yang membolehkan kita meneliti perbezaan dan persamaan dua atau lebih perkara. Perkara yang dikaji boleh merupakan objektif, peristiwa, idea organisma dan sebagainya. Contohnya, membanding beza lori dengan kereta atau ayat pasif dengan ayat aktif. Proses banding beza ini juga tidak berdiri dengan sendiri kerana ia sebahagian daripada proses penyelesaian masalah dan membuat keputusan ekoran daripada melihat perbezaan ini.Tujuan membanding beza dilakukan adalah untuk menganalisis ciri-ciri yang sepadan dan tidak sepadan dan cuba merangka implikasi daripada analisis tersebut. Selain itu, kemahiran ini dapat membantu kemahiran mikro lain seperti mengorganisasi, membuat definisi dan membuat analogi. Hasil daripada aktiviti ini seharusnya dapat membantu kita membuat keputusan yang bijaksana.

2) Kemahiran MengklasifikasiKemahiran mengklasifikasi adalah merupakan kemahiran berfikir dalam mengelompokkan sebilangan perkara dalam kategori tertentu mengikut ciri-ciri tertentu yang boleh diperhatikan. Contohnya, mengkategori jenis sayur-sayuran, kenderaan, nutrient makanan dan alat-alat muzik.Tujuan mengkategori atau mengklasifikasi ialah membantu kita mengenal sesuatu perkara dengan lebih mendalam. Dalam zaman ledakan maklumat ini, keupayaan kita untuk mengumpul, mencari dan menyenarai dan mengkategori maklumat dapat membantu kita menyusun dan mengatur maklumat dengan lebih sistematik dan teratur

3) Kemahiran Membuat UrutanKemahiran membuat urutan adalah mengatur perkara-perkara mengikut satu susunan berdasarkan criteria yang bermakna. Perkara yang dikaji boleh merupakan sesuatu objek, organisma, idea atau institusi.

Tujuannya adalah untuk mengesan mana-mana perkara yang disusun mengikut turutan dapat dijalankan dengan senang, cepat dan ekonomik. Objek-objek yang disusun mengikut urutan dapat disimpan didalam ruang yang memadai. Sebarang objek yang hilang dapat dikesan dengan cepat. Sesuatu peristiwa yang telah berlaku seperti kemalangan dapat ditinjau semula supaya sebab kemalangan dan siapakah yang bertanggungjawab dapat dikenalpasti. Semasa menyusun tugas secara urutan, kita boleh mengutamakan tugas yang lebih penting.

Aktiviti Murid Berfikir Secara KritisAktiviti Kemahiran Menyusun Mengikut TurutanMurid perlu membuat menyusun cara memberi bantuan mula bagi apabila melecur:

Sapukan ubat luka.Sapukan antiseptik bagi mencegah pembiakan bakteriaTampalkan plaster bagi menutup lukaCuci luka dengan air bersih.

Jawapan diatas akan disusun menjadi:1. Cuci luka dengan air bersih.2. Sapukan antiseptik bagi mencegah pembiakan bakteria3. Sapukan ubat luka4. Tampalkan plaster bagi menutup luka.

Lembaran Kerja Kemahiran Berfikir Kritis (1) (Mengkelas)

Kenalpasti ciri-ciri diatas dan cuba kelaskan mengikut jantina.

Lelaki1) 2) 3)

Perempuan1) 2) 3)

Lembaran Kerja Kemahiran Berfikir Kritis (2) (Membuat inferens)

1) Perhatikan situasi diatas.2) Nyatakan mengapa situasi sedemikian terjadi?3) Apakah akibat-akibat yang akan ditanggung oleh pemandu kenderaan diatas?4) Apakah langkah-langkah yang perlu diambil untuk mengelakkan daripada ia berulang?a) Pemandu_____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________b) Kerajaan______________________________________________________________________________________________________________________________________________

KEMAHIRAN BERFIKIR KREATIF

Maksud Kemahiran Berfikir KreatifKecekapan menggunakan minda untuk menerokai pelbagai kemungkinan dalam menghasilkan sesuatu yang baru dan asli, sama ada bersifat maujud, abstrak atau idea. Kemahiran mikro dalam kemahiran berfikir kreatif ialah:menjana dan menghasilkan idea,mencipta sesuatu yang baru, asli, luar biasa, pelbagai, dan bernilai sama ada bersifat maujud, abstrak, idea atau gagasan.menerokai dan mencari makna , pemahaman dan penyelesaian masalah seacara inovatif.Kepentingan Kemahiran Berfikir KreatifPemikiran kreatif membincangkan bagaimana cara-cara atau teknik-teknik untuk memperluaskan dan memperkembangkan daya imaginasi, inovasi dan kreativiti individu untuk mendapatkan dan mengumpulkan banyak idea baru dengan dengan menggunakan pelbagai teknik kreatif. Terdapat empat kepentingan menguasai kemahiran berfikir secara kreatif iaitu:Untuk memupuk dan mewujudkan pemikiran yang baik dan berkesan.Untuk mengamalkan budaya berfikir secara kreatifUntuk mengelakkan kesilapan dalam berfikirMeningkatkan kualiti dalam berfikir

Tiga Proses Dalam Kemahiran Berfikir Kreatif1) Menjana Idea (Sumbangsaran)Menjana idea adalah menghasilkan idea-idea baru yang dapat digunakan untuk menyelesaikan sesuatu masalah atau menghasilkan ciptaan baru.Ia bertujuan untuk membolehkan kita memikirkan sebab-sebab yang mungkin bagi sesuatu perkara. Ia juga menyenaraikan kemungkinan-kemungkinan pilihan dan penyelesaian untuk dipertimbangkan sebelum membuat keputusan dan menyelesaikan masalah.

Kita juga dapat belajar menjana idea-idea sendiri supaya tidak perlu bergantung kepada orang lain sebelum membuat pilihan.

2) Mencipta MetaforaMencipta metafora menggunakan bahasa figuratif untuk menerangkan makna sesuatu perkara. Metafora menegaskan ciri-ciri sesuatu objek, orang atau peristiwa dengan menggunakan sesuatu perkara lain yang beranalogi untuk menerangkan ciri-ciri dengan jelas dan dramatis. Apabila kita mencipta metafora, kita sebenarnya menggunakan suatu analogi secara figuratif.Ini bertujuan untuk membolehkan kita memikirkan sebab-sebab yang mungkin bagi sesuatu perkara. Ia juga menyenaraikan kemungkinan-kemungkinan pilihan dan penyelesaian untuk dipertimbangkan sebelum membuat keputusan dan menyelesaikan masalah. Ia membolehkan kita belajar menjana idea-idea sendiri supaya tidak perlu bergantung pada orang lain sebelum membuat pilihan.

3) Mencipta analogiMencipta analogi ialah kemahiran untuk membentuk kefahaman tentang sesuatu konsep secara mengaitkan konsep itu dengan konsep lain, yang mempunyai ciri yanga serupa.Tujuan membuat analogi ialah untuk membantu kita memahami sesuatu yang abstrak dengan mengaitkan sesuatu yang konkrit yang agak serupa. Contohnya, kita bandingkan sebatang pokok dengan sebuah keluarga. Pokok perlu disiram air, dibaja dan dicantas supaya subur dan mengeluarkan hasil. Begitu juga dengan keluarga, perlu diberi kasih sayang, makanan, pakaian dan perhatian supaya bahagia. Analoginya ialah keluarga yang bahagia adalah seperti pokok yang sihat.

Aktiviti Murid Berfikir Secara KreatifAktiviti Kemahiran Membuat Keputusan

BERHENTI MEROKOK!!!1. Kenalpasti alternatif-alternatif yang boleh diambil bagi membuat keputusan.________________________________________________________________________________________________________________________________________________2. Apakah kesan atau akibat dijangka timbul apabila alternatif dilaksanakan, sama ada baik atau buruk.________________________________________________________________________________________________________________________________________________3. Nyatakan pilihan yang terbaik.________________________________________________________________________________________________________________________________________________4. Apakah kriteria utama pilihan tersebut dibuat?________________________________________________________________________________________________________________________________________________5. Apakah keputusan terbaik bagi memenuhi matlamat.________________________________________________________________________________________________________________________________________________

Lembaran Kerja Kemahiran Berfikir Secara Kreatif (1) (Penyelesaian Masalah)

1) Apakah masalahnya?________________________________________________________________________________________________________________________________________________2) Apakah masalah utama dan apakah masalah sampingan?________________________________________________________________________________________________________________________________________________3) Bagaimana cara untuk mengatasi masalah?- Masalah utama :__________________________________________________________________________________________________________________________- Masalah sampingan: ______________________________________________________________________________________________________________________4) Apakah cara penyelesaian terbaik?______________________________________________________________________________________________________________________________________________5) Adakah cara penyelesaian itu berkesan selepas dilaksanakan?________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________

Lembaran Kerja Kemahiran Berfikir Secara Kreatif (1) (Membuat analogi)

1) Bandingkan dua item atau perkara yang tidak sama diatas.2) Cari sifat-sifat yang sama yang boleh dihubungkaitkan.____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________3) Nyatakan hubungkait sebagai metafora.____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

PENUTUP

Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif (KBKK) yang bijak dapat menyediakan generasi kini untuk menghadapi kehidupan yang mencabar dunia yang berteknologi tinggi dan berpelbagai budaya. Kepentingan menguasai KBKK adalah termasuk :

Mengelakkan Kesilapan BerfikirEmpat jenis kesilapan berfikir yang umum dan harus dielakkan adalah berfikir secara: Terburu-buru iaitu tanpa menggunakan masa untuk meneliti unsur-unsur yang terlibat. Sempit iaitu tanpa menggunakan maklumat yang mencukupi dan relevan. Kabur iaitu tanpa mengorganisasikan maklumat dan pemikiran secara jelas. Bercelaru iaitu tanpa mempertimbangkan semua factor secara sistematik dan teratur.

Meningkatkan Pemikiran Secara Kritis dan KreatifPemikiran yang kritis dan kreatif dapat dipelajari sekiranya latihan yang secukupnya diadakan. Tiga prinsip pengajaran pembelajaran KBKK adalah : Pengajaran berfikir dijalankan secara eksplisit, jelas, tersurat dan nyata supaya murid-murid sedar tentang proses berfikir yang dialami. Suasana bilik darjah yang penuh dengan timbang rasa supaya murid-murid menghargai pemikiran yang bijak. Kemahiran berfikir disebatikan dalam pengajaran kandungan supaya murid-murid dapat memikirkan apa yang dipelajari.

Memperkembangkan Daya IntelekPengajaran pembelajaran KBKK dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) adalah sesuai dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, jasmani dan emosi. Peningkatan KBKK juga sesuai dengan konsep Sekolah Bestari yang membolehkan murid-murid menguasai pelajaran mereka berdasarkan sifat-sifat individu sendiri.

Memupuk Pembelajaran Berdaya FikirMurid-murid mempunyai pengetahuan awal tentang alam sekitar sebelum mengikut pendidikan persekolahan. Untuk meningkatkan pengetahuan mereka, mereka harus menilai, mengkritik, mengubahsuai dan membina semula pemahaman mereka secara aktif dalam pemikiran mereka. Oleh itu, penguasaan KBKK dapat memupuk pembelajaran berdaya fikir.

Merealisasikan Wawasan 2020Tun Dr Mahathir, bekas Perdana Menteri Malaysia, sewaktu melancarkan Wawasan 2020 pada 20 Februari 1991, telah menyatakan bahawa apa yang lebih penting kepada kita semua ialah apa yang berada di antara dua telinga: the brain power atau kuasa otak, bukan apa yang berada di antara dua bahu: the brawn power atau kuasa otot, atau apa yang berada di antara dua tapak kaki: the natural resources atau sumber semulajadi.

Kepentingan Global, Nasional dan IndividuZaman ini adalah zaman persaingan kekuatan minda dan fikiran. Ledakan maklumat telah menyebabkan situasi di mana bagaiman menguasai pengetahuan lebih penting daripada apa yang dikuasai. Oleh itu, persaingan global yang hebat telah menyebabkan negara kita melancarkan rancangan Multimedia Super Corridor (MSC), di mana kekuatan minda akan membolehkan negara kita mendahului negara-negara yang lain dalam abad ke-21.

Pendidikan kesihatan konsep, matlamat dan objektifKonsep pendidikan kesihatan-Pendidikan Kesihatan merupakan satu aktiviti penting yang biasa diambil untuk menggalakkan kesihatan. Ia adalah komunikasi maklumat yang membolehkan orang untuk membuat keputusan untuk mengikuti aktiviti-aktiviti berkaitan kesihatan di semua peringkat hidup yang kondusif untuk kesihatan yang betul.Ia adalah berkenaan dengan komunikasi dalam bidang-bidang yang berkaitan dengan bekalan air, kebersihan, kesihatan masyarakat, kesihatan mental, kawalan penyakit, kebersihan diri, kitaran pengurusan bencana, mengurangkan risiko penyakit berjangkit yang penghantaran, pemakanan yang betul, alkohol dan dadah, kemalangan dan pertolongan cemas dan lain-lain.Matlamat Pendidikan Kesihatan hendaklah-1. Membantu pelajar untuk mengasimilasikan badan jika pengetahuan yang bersesuaian untuk pendidikan kesihatan.2. Mendedahkan pelajar kepada pelbagai aktiviti dan pengalaman yang berkaitan dengan pendidikan kesihatan.3. Membantu individu membangunkan pemahaman yang kukuh pembangunan jumlah mereka dan membolehkan mereka untuk mencapai self-images yang positif.4. Menyediakan peluang untuk pelajar membuat keputusan peribadi yang berkaitan dengan pembangunan Intelek, fizikal dan emosi mereka.5. Membolehkan pelajar untuk mengalami hubungan sosial yang akan menggalakkan tingkah laku yang wajar, kepimpinan dan kerjasama dengan orang lain.Objektif pendidikan jasmani-Bagi pelajar-1. Sikap positif terhadap kecergasan fizikal dan kesihatan yang baik.2. Sistem nilai peribadi dan memuaskan hubungan dengan rakan sebaya.3. meningkatkan kesedaran diri dan konsep diri yang positif.4. kemerdekaan, kesalingbergantungan dan rasa tanggungjawab.5. Pemahaman isu-isu seksualiti manusia.6. Kefahaman tentang konsep dan maklumat fakta yang sesuai.Bagi pesakit-pesakit dan orang awam-1. Meningkatkan kesedaran penyakit itu adalah masalah kesihatan awam yang penting.2. Untuk meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap gejala-gejala dan tanda-tanda penyakit.3. Untuk meningkatkan pengetahuan dan sikap pesakit mengenai pengesanan, rawatan dan kawalan penyakit.4. Untuk menggalakkan keluarga dan komuniti pendidikan bahan penting untuk tabiat gaya hidup yang positif.5. Untuk mewujudkan kesedaran awam tentang kesan-kesan sakit = arak, rokok dan dadah, dan sebagainya.Untuk profesional kesihatan-1. Meningkatkan pengetahuan, sikap dan kemahiran profesional kesihatan semua mengenai tanda, simptom dan strategi pengurusan bagi bahaya kesihatan bagi meningkatkan kawalan penyakit.2. Untuk menggalakkan profesional kesihatan untuk merawat pesakit dengan berhati-hati.3. Untuk membangunkan sumber dan bahan untuk kegunaan profesional kesihatan.4. Untuk menggalakkan penyelidikan seluruh dunia bagi membendung kemalangan.5. Untuk menggalakkan meneruskan program pendidikan maklumat yang tepat mengenai diagnosis dan rawatan penyakit

ENDAHULUANDatuk Dr. Abdul Shukor b Abdullah, Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia dalam kata penghantarnya dalam buku Sukatan Pelajaran Pendidikan Kesihatan, Pusat Perkembangan Kurikulum, 1999 menjelaskan bahawa Pendidikan Kesihatan membantu murid meningkatkan pengetahuan kesihatan, memupuk sikap positif terhadap kesihatan, dan mengamalkan gaya hidup sihat.Kurikulum Pendidikan Kesihatan di Malaysia digubal untuk memenuhi keperluan pertumbuhan dan perkembangan individu bagi membentuk masyarakat sihat yang mengamalkan gaya hidup sihat dan dibahagikan kepada 3 tunjang pembelajaran iaitu:-i.Kesihatan Diri dan Keluargaii.Gaya Hidup Sihatiii.Kebersihan dan Keselamatan Persekitaran.Matlamat dan objektif Pendidikan Kesihatan diharap dapat dicapai melalui tunjang yang dinyatakan. Pemahaman dan menghayati pengetahuan, kemahiran dan pengalaman Pendidikan Kesihatan kepada murid-murid amat perlu agar dapat mengamalkan gaya hidup sihat sebagai budaya masyarakat Malaysia. Murid dididik supaya sentiasa bersedia menyesuaikan diri dengan cabaran perubahan persekitaran dan sosial. Kurikulum Pendidikan Kesihatan yang terancang dan persekitaran yang kondusif dapat menggalakkan proses pengajaran dan pembelajaran bagi meningkatkan potensi individu ke tahap optimum.( Sukatan Pelajaran Pend. Kesihatan, 1999 )2.DEFINISI PENDIDIKAN KESIHATANWikipedia menerangkan bahawa Pendidikan Kesihatan merupakan suatu proses membekalkan atau menggunakan pengalamaan bagi mempengaruhi secara mendalam kefahaman, sikap dan amalan berhubung dengan kesihatan individu, keluarga dan komuniti.Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pula, kesihatan ialah satu tahap atau keadaan apabila seseorang individu itu mempunyai kesejahteraan yang sempurna dari segi fizikal, mental dan sosial, dan bukan semata-mata bebas daripada penyakit atau tidak upaya. Definisi ini melibatkan dua aspek penting dalam kesihatan, iaitu aspek negatif (penyakit tidak sihat, cedera, cacat, tidak upaya atau lemah ), dan aspek positif (kesejahteraan dari segi mental, fizikal dan sosial).Perkataan kesihatan dikatakan berasal daripada perkataan Inggeris lama untuk perkataanheal(hael) yang bermaksud keseluruhan (whole) . Ia merujuk kepada kesihatan yang menyeluruh, iaitu berkaitan individu secara keseluruhan termasuklah integriti, sihat atau kesejahteraan.Kesihatan bersifat holistik dan merangkumi pelbagai dimensi atau domain. Kesihatan holistik bermaksud mengambil kira pelbagai pengaruh dan interaksi dimensi-dimensi tersebut. Dimensi kesihatan bagi individu adalah seperti berikut :iKesihatan fizikal.ii Kesihatan mentaliii Kesihatan emosiivKesihatan sosialvKesihatan rohaniahviKesihatan seksualSelain kesihatan individu terdapat dua lagi dimensi kesihatan yang lebih luas yang mempengaruhi individu iaitu :i.Kesihatan Masyarakatiaituhubungan antara kesihatan dan cara masyarakat distruktur, disusun dan dibangunkan. Ini termasuklah keperluan infrastruktur asas untuk kesihatanii.Kesihatan persekitaran bermaksudpersekitaran fizikal di mana orang ramai tinggal dan ini termasuklah perkara-perkara seperti perumahan, pengangkutan, kemudahan sanitasi dan air bersih, serta pencemaran.3.MATLAMAT DAN OBJEKTIF PENDIDIKAN KESIHATANPendidikan Kesihatan bertujuan membantu murid meningkatkan pengetahuan kesihatan, memupuk sikap positif terhadap kesihatan, dan mengamalkan gaya hidup sihat.( wikipedia.org)Objektif pendidikan kesihatan dirancang dan digubal agar murid-murid boleh mencapai perkara-perkara seperti berikut :i.mempertingkatkan pengetahuan kesihatan diri, keluarga, masyarakat dan persekitaran.ii.menguasai kemahiran bagi menghadapi dan menangani masalah dan isu berkaitan dengan kesihatan.iii.membentuk sikap yang positif terhadap kesihatan berasaskan pengetahuan dan pengalaman.iv.menjadikan gaya hidup sihat sebagai rutin harianv.berperanan aktif dalam meningkatkan kualiti kehidupan masyarakat secara keseluruhan.( Sukatan Pelajaran Pend. Kesihatan, 1999 )4.BUDAYA PEMBELAJARAN PENDIDIKAN KESIHATANBudaya pembelajaran Pendidikan Kersihatan di Malaysia adalah melalui penglibatan murid-murid secara penghayatan ilmu, berinteraksi dengan guru, rakan dan masyarakat serta penyimpanan rekod kesihatan dan kegiatan murid sebagai bukit pembelajaranTiga tunjang dalam Pendidikan Kesihatan iaitu yang pertama Kesihatan Diri dan Keluarga, ini bermakna penjagaan kesihatan diri, perasaaan dan kekeluargaan. Tumpuan pengajaran dan pembelajaran diberi kepada kesihatan diri, seksualiti, kekeluargaan, perkahwinan dan keibubapaanGaya Hidup Sihat merupakan tunjang yang kedua, dan konsep tunjang ini adalah pengalaman aktiviti kehidupan harian yang sihat dan menjauhi tingkah laku berisiko secara berterusan. Pengajaran dan pembelajaran memberi tumpuan kepada penyelesaian konflik, pengurusan stres, kemahiran merancang, pemakanan, penyalahgunaan bahan dan pencegahan dadah.Tunjang yang ketiga adalah Kebersihan dan Keselamatan Persekitaran, konsep tunjang ini adalah pemeliharaan kebersihan dan keselamatan persekitaran dan pertolongan cemas.Kaedah atau pendekatan pengajaran dan pembelajaran dalam Pendidikan Kesihatan adalah menekankan gaya hidup sihat yang sesuai dengan ciri dan keperluan murid, dan pembelajaran adalaha melalui aktivitiMurid diberi peluang mempelajari pengetahuan,kemahiran dan nilai berkaitan dengan mata pelajaran denganmelakukan aktiviti, eksperimen dan amalan rutin. Murid juga perlu diberi peluang untuk meluahkan emosi, memperkembangkan proses mental dan membentuk perhubungan yang sihat dalam suasana yang membina.Murid juga diajarmenguasai kemahiran berfikir secara kritis, kreatif dan inovatif. Kemahiran berfikir yang terdapat dalam Pendidikan Kesihatan ini termasuklah membanding dan membeza, meneliti bahagian-bahagian kecil dan keseluruhan, menyusun mengikut urutan, membuat inferens, menjana dan menghasilkan idea, dan mencipta analogi. Mata pelajaran ini juga mendidik murid membuat keputusan yang bijak dan menyelesaikan masalah.Nilai murni yang terdapat dalam mata pelajaran Pendidikan Kesihatan selaras dengan matlamat mata pelajaran ini antaranya ialah kebersihan,keselamatan, tanggungjawab, keprihatinan, kasih sayang dan kerjasama.5.INTERPRETASI PENDIDIKAN KESIHATAN DAN PROGRAM YANG BOLEH DILAKSANAKAN DI SEKOLAHSebagai Pentadbir atau Guru Besar pelagai program boleh dilaksanakan di sekolah yang berkaitan dengan Pendidikan Kesihatan. Kebanyakan sekolah sememangnya telah mengadakan pelbagai program yang merupakan program Pendidikan Kesihatan samada secara lansung atau tidak langsung. Selain daripada mata pelajaran Pendidikan Kesihatan yang diajar sebagai subjek, Pendidikan Kesihatan boleh diterapkan melalui pelbagai kaedah atau pendekatan. Ini termasuklah dalam program-program Hal-Ehwal Murid, begitu juga dalam program-program Kokurikulum.Pendidikan haruslah diajar atau lebih tepat lagi diterapkan kepada murid-murid supaya ia menjadi budaya. Perkara-perkara begini kadang-kadang agar sukar juga hendak diajar atau diterapkan kerana murid-murid datang dari pelabagai budaya atau cara hidup yang berbeza, sebagai contoh cara pemakanan mereka di rumah, kadang-kadang apa yang ditafsir oleh ibubapa di rumah akan pemakanan sihat amat berbeza sekali dengan pemakanan sihat yuang sebenarnya. Justeru itu peranan sekolah amat penting sekali dalam hal ini. Perkara-perkara berkaitan Pendidikan Kesihatan perlu ditunjuk ajar di sekolah dan jadikannya satu rutin agar ianya akan menjadi budaya kepada murid-murid yang akan membesar sebagai masyarakat yang faham akan pentingnya penjagaan kesihatan.6.MATLAMAT DAN OBJEKTIF PENDIDIKAN KESIHATAN YANG HENDAK DIPUPUK DI SEKOLAHProgram Kesihatan merupakan program yang dijalankan untuk menjamin kebersihan dan kesihatan murid yang berterusan sepanjang tahun untuk mewujudkan suasana persekitaran yang bersih di samping membina amalan-amalan yang baik untukObjektifnya pula adalah untuk :i.Menanamkan sikap menjaga kebersihan dan kesihatan di kalangan murid.ii.Memastikan kawasan sekolah adalah kawasan yang bersih dan selamat.iii.Mengindahkan kawasan sekolah dengan pelbagai tanaman hiasan.iv.Memberi maklumat kepada murid berkaitan kebersihan dan kesihatan.7.AKTIVITI-AKTIVITI YANG BOLEH DILAKSANAKAN DI SEKOLAHPelbagai aktiviti boleh dirancang dan dilaksanakan di sekolah dalam usaha menerapkan kefahaman dan kesedaran di samping matlamat jangka panjang iaitu untuk menjadikan satu budaya, antaranya :-I.Kempen anti denggiII.Taklimat, ceramah & motivasi tentang tanggungjawab menjaga kebersihan dan kesihatan diri.III.Mengadakan hari kesihatanIV.Program anti rokok dan dadahV.Menceriakan tempat-tempat rekreasi & persekitaran sekolahVI.Menggalakkan program motivasi, amalan hidup sihat, senaman & permainanVII.Tandas bersihVIII.Kantin bersih & selamatIX.Pertandingan kelas terbersihX.Pameran kesihatanXI.Melukis posterXII.Kempen kebersihanXIII.Kitar semulaXIV.Melukis mural8.RUMUSANProgram-Program Kesihatan yang dilaksanakan dengan terancang dan baik sudah tentu akan memberi kesan yang efektif kepada murid-murid khasnya dan sekolah secara amnya.Kawasan sekolah yang bersih dan ceria sudah pasti akan mwujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan. Penekanan kepada Pendidikan Kesihatan kepada murid-murid, malah sebagai Guru Besar penekanannya juga harus kepada guru-guru, staf sokongan, pekerja swasta, pengusaha kantin, ibubapa dan komuniti sekitar sudah pasti akan mewujudkan budaya sekolah yang sihat, bersih, ceria dan selamat.Guru Besar atau Pentabdir haruys memainkan peranan utama dalam menerapkan kesedaran Pendidikan Kesihatan kepada warga sekolah dan komniti sekitar. Program-program yang dirancang atau inigin dilaksanakan biarlah melibatkan semua pihak kerananya melalui penglibatan semua pihak baru kefahaman dan kesedaran timbul.Selain daripada itu pihak sekolah juga boleh memohon bantuan atau pertolongan komuniti dan ibubapa yang mempunyai latar yang berkaitan Kesihatan. Mereka boleh membantu pihak sekolah dalam program-program yang berkaitan. Agensi-agensi luar samada swasta atau kerajaan juga boleh membantu pihak sekolah dalam usaha sekolah untuk menjadikannya satu budaya.Kesimpulannya Pendidikan Kesihatan bukan hanya mengajar matapelajaran Pendidikan Kesihatan sebagai satu subjek malah ia boleh dilaksanakan dengan merangkumi pelbagai aktiviti atau program dalam usaha menjadikan satu cara hidup yang baik.