32
1 1.0 PENGENALAN Setiap Muslim yang komited dengan ajaran Islam adalah bertanggungjawab untuk melaksanakan suatu tugas yang suci dan paling mulia iaitu berdakwah. Tugas ini adalah merupakan warisan para nabi kepada umatnya untuk dilaksanakan dengan sebaik mungkin serta dengan segala keupayaan dan kemampuan yang dimiliki. Keagungan dan kegemilangan umat Islam pada zaman silam hingga muncul sebagai khaira ummah ketika itu, adalah berpunca daripada kejayaan mereka yang dapat melaksanakan tanggungjawab dakwah dengan berkesan. Mereka berusaha dengan penuh kegigihan mengajak manusia ke jalan Allah, menyeru melakukan kebaikan dan mencegah segala bentuk kemungkaran. Memahami metode dakwah yang dibawa oleh Rasulullah SAW adalah penting kerana apa yang ditunjukkan oleh baginda tentang cara berdakwah adalah merupakan satu sunnah. Ia merupakan prinsip asas bagi persediaan dan pelaksanaan dakwah itu sendiri. Sekiranya ia tidak dapat difahami secara jelas, maka dikhuatiri usaha dakwah menjadi kurang berkesan dan tidak sampai kepada matlamat yang dituju. Dalam konteks dakwah masa kini, tugas melaksanakan dakwah adalah mencabar terutama apabila berhadapan dengan manusia yang mempertikaikan kewujudan tuhan, dan mereka lebih berfahaman material semata- mata. Mereka juga mencabar pendakwah Muslim supaya dapat

Pendekatan Manhaj Syeikh Ahmad Deedat Dalam Dakwah Islamiah

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Pendekatan Manhaj Syeikh Ahmad Deedat Dalam Dakwah Islamiah

Citation preview

Page 1: Pendekatan Manhaj Syeikh Ahmad Deedat Dalam Dakwah Islamiah

1

1.0 PENGENALAN

Setiap Muslim yang komited dengan ajaran Islam adalah bertanggungjawab untuk

melaksanakan suatu tugas yang suci dan paling mulia iaitu berdakwah. Tugas ini adalah

merupakan warisan para nabi kepada umatnya untuk dilaksanakan dengan sebaik mungkin

serta dengan segala keupayaan dan kemampuan yang dimiliki. Keagungan dan kegemilangan

umat Islam pada zaman silam hingga muncul sebagai khaira ummah ketika itu, adalah

berpunca daripada kejayaan mereka yang dapat melaksanakan tanggungjawab dakwah

dengan berkesan. Mereka berusaha dengan penuh kegigihan mengajak manusia ke jalan

Allah, menyeru melakukan kebaikan dan mencegah segala bentuk kemungkaran.

Memahami metode dakwah yang dibawa oleh Rasulullah SAW adalah penting

kerana apa yang ditunjukkan oleh baginda tentang cara berdakwah adalah merupakan satu

sunnah. Ia merupakan prinsip asas bagi persediaan dan pelaksanaan dakwah itu sendiri.

Sekiranya ia tidak dapat difahami secara jelas, maka dikhuatiri usaha dakwah menjadi kurang

berkesan dan tidak sampai kepada matlamat yang dituju. Dalam konteks dakwah masa kini,

tugas melaksanakan dakwah adalah mencabar terutama apabila berhadapan dengan manusia

yang mempertikaikan kewujudan tuhan, dan mereka lebih berfahaman material semata-mata.

Mereka juga mencabar pendakwah Muslim supaya dapat membuktikan secara saintifik

tentang wujudnya tuhan dan sebagainya.

Menyedari hakikat ini, penulis mendapati bahawa pentingnya manhaj dakwah

Islamiah dalam dunia Islam. Manhaj al-Mujadalah merupakan salah satu manhaj yang

digunakan oleh tokoh islam untuk berhadapan dengan hujah atau idea-idea mengelirukan

sekaligus menyelamatkan umat Islam daripada terpengaruh dengan idea-idea dan pemikiran

yang karut lagi menyesatkan. Kemunculan Syeikh Ahmad Deedat sebagai pendebat yang

mempertahankan Islam telah memberi impak yang besar dalam dunia dakwah Islam.

Page 2: Pendekatan Manhaj Syeikh Ahmad Deedat Dalam Dakwah Islamiah

2

2.0 LATAR BELAKANG KAJIAN

Manhaj dakwah Islamiah yang berpandukan kepada anjaran wahyu, al-Quran al-Karim dan

al-Sunnah terdiri daripada beberapa perkara utama antaranya ialah manhaj al-Hikmah, al-

Maw’izah al-hasanah dan al-Mujadalah sebagaimana yang telah digariskan oleh ayat 125

surah al-Nahl. Manhaj al-Mujadalah merupakan salah satu manhaj yang digunakan untuk

berhadapan dengan hujah atau idea-idea mengelirukan sekaligus menyelamatkan umat Islam

daripada terpengaruh dengan idea-idea dan pemikiran yang karut lagi menyesatkan.

2.1 PERMASALAHAN KAJIAN

Sebahagian besar manusia zaman moden ini meminta segala sesuatu yang didakwahkan itu

mesti disertakan hujah dan bukti secara saintifik sebelum mereka bersedia menerimanya.

Mereka juga suka melakukan perdebatan dan perbahasan di samping kecenderungan mereka

untuk mempertikaikan kebenaran dengan mengemukakan hujah yang batil. Golongan

sebegini amat fanatik dengan kepercayaan sesat yang diwarisi daripada nenek moyang

mereka. Dalam keadaan yang sedemikian, hati mereka tidak mudah dilembutkan dengan

kata-kata nasihat, peringatan dan kata-kata lembut. Sebaliknya, hujah-hujah yang kuat dan

jitu perlu dikemukakan kepada mereka supaya dapat mematahkan pandangan mereka dan

seterusnya dapat memberikan kesedaran kepada mereka tentang kesesatan mereka.

2.2 PERSOALAN KAJIAN

1. Apakah manhaj dakwah Islamiah yang digunakan Syeikh Ahmad Deedat dalam

menghadapi idea-idea dan hujah yang mengelirukan terhadap dunia Islam.

2. Sejauh manakah keberkesanan manhaj dakwah Islamiah yang dipraktikkan Syeikh

Ahmad Deedat dalam menghadapi serangan pemikiran masyarakat non-Muslim.

Page 3: Pendekatan Manhaj Syeikh Ahmad Deedat Dalam Dakwah Islamiah

3

2.3 OBJEKTIF KAJIAN

Terdapat beberapa objektif kajian yang ingin dicapai melalui kajian ini, iaitu:

1. Mengkaji perlaksanaan manhaj al-Mujadalah yang digunakan Syeikh Ahmad Deedat

dalam dakwah Islamiah.

2. Menilai dan mengkaji keberkesanan manhaj al-Mujadalah dalam berhadapan dengan

serangan masyarakat non-Muslim atau masyarakat Muslim.

2.4 METODOLOGI

Metode kajian ini adalah kajian kepustakaan yang merangkumi kajian dan analisis dokumen.

Kaedah yang digunakan adalah dengan mengumpul data atau menganalisis data. Ianya

merujuk kepada pengumpulan data dan fakta daripada al-Quran dan hadith berkaitan dengan

manhaj dakwah Islamiah dan pandangan ulama serta merujuk buku-buku yang berkenaan dan

menganalisis data-data tersebut.

2.5 KEPENTINGAN KAJIAN

Nabi Muhammad SAW telah membawa dakwah Islamiah kepada manusia dengan manhaj

yang sangat tersusun yang dipimpin oleh wahyu Allah SWT. Baginda menyampaikan

dakwah ini dengan uslub yang bijaksana dan realistik serta uslub yang menggariskan ‘amal

islahiy untuk masa depan manusia yang cemerlang yang mana semuanya adalah kaedah-

kaedah amal yang membina. Baginda tidak membawa dan menyampaikan dakwah Islamiah

tanpa perancangan atau strategi dengan hanya bergantung harap semata-mata kepada sifat

‘ismah (maksum) baginda dan dukungan Allah SWT. Malah kedua-dua unsur yakni sifat

‘ismah baginda, dukungan Allah SWT dan penggunaan manhaj yang berkesan menjadi

pemangkin kepada kejayaan dakwah baginda (Wan Hussein Azmi. 1984: 32). Justeru,

mengkaji manhaj dakwah Islamiah adalah antara perkara yang sangat penting bagi setiap

pendakwah yang ingin membawa risalah dakwah ini agar dakwah yang ingin disebarkan

menepati kaedah-kaedah sebagaimana yang pernah digariskan oleh Rasulullah SAW.

Dakwah kontemporari kini memerlukan kajian berterusan terhadap manhaj dakwah untuk

Page 4: Pendekatan Manhaj Syeikh Ahmad Deedat Dalam Dakwah Islamiah

4

menilai kesesuaian manhaj dakwah yang sedang digunapakai sekarang dan mengatur strategi

baru dalam menghadapi cabaran-cabaran dakwah yang lebih hebat pada zaman ini.

Nabi Muhammad SAW telah membawa dakwah Islamiah kepada manusia dengan

manhaj yang sangat tersusun yang dipimpin oleh wahyu Allah SWT. Nabi Muhammad SAW

menyampaikan dakwah ini dengan uslub yang bijaksana dan realistik serta uslub yang

menggariskan amal islahiy (pembaikan) untuk masa depan manusia yang cemerlang yang

mana semuanya adalah kaedah-kaedah amal yang membina. Nabi Muhammad SAW tidak

membawa dan menyampaikan dakwah Islamiah tanpa perancangan atau strategi dengan

hanya bergantung harap semata-mata kepada sifat ismah (maksum) baginda, dukungan Allah

SWT dan penggunaan manhaj yang berkesan menjadi pemangkin kepada kejayaan dakwah

Nabi Muhammad SAW. Justeru, mengkaji manhaj dakwah Islamiah adalah perkara yang

sangat penting bagi setiap pendakwah yang ingin disebarkan menepati kaedah-kaedah

sebagaimana yang pernah digariskan oleh Nabi Muhammad SAW. Dakwah kontemporari

kini memerlukan kajian berterusan terhadap manhaj dakwah untuk menilai kesesuaian

manhaj dakwah yang sedang digunapakai sekarang dan mengatur strategi baru dalam

menghadapi cabaran-cabaran dakwah yang lebih hebat pada zaman ini.

3.0 PENGERTIAN AL-MUJADALAH

Al-Mujadalah adalah perkataan Arab dalam bentuk kata nama terbitan (masdar) dari

kata kerja jadala, yujadilu, dan mujadalatan (mujadalah) yang bermaksud khasama. Ia juga

boleh diertikan sebagai munazarah (‘Ali ‘Abd al-Halim. 1990: 181) . Menurut Lisan

al-‘Arab al-jadal mengandungi beberapa pengertian seperti berikut:

i. Ikatan yang kuat

ii. Satu bahagian tulang yang kuat

iii. Mengalah

iv. Suatu pertembungan hujah dengan hujah yang lain

Di dalam al-Mu’jam al-Wasit, al-Jadal diberikan maksud sebagai pertengkaran yang

kuat (Al-Mu’jam al-Wasit. 1960: 111) . Al-Mujadalah bolehlah diterjemahkan dalam bahasa

Melayu sebagai perbahasan, perdebatan, perbincangan atau muzakarah secara

Page 5: Pendekatan Manhaj Syeikh Ahmad Deedat Dalam Dakwah Islamiah

5

mengemukakan hujah dan bukti yang menyokong pandangan yang diberikan. Oleh itu, al-

Mujadalah al-husna bererti perdebatan dengan cara yang terbaik.

Menurut Ibn Khaldun memberi erti jadal sebagai rangkuman ilmu pengetahuan

tentang adab-adab perbincangan yang berlaku di kalangan mazhab-mazhab. Orang-orang

yang terlibat dalam jadal ini akan memberikan hujah dan dalil di mana di dalam perdebatan

tersebut akan ada pihak yang benar dan ada pihak yang salah (Ibn Khaldun. 1984: 365).

Al- Mujadalah dari segi istilah dakwah boleh difahami berdasarkan kupasan beberapa

ulama muktabar. Al-Imam al-Alusiy memberi pengertian al-mujadalah al-husna sebagai

perbincangan atau dialog antara pendakwah dengan sasaran dakwah dengan menggunakan

kata-kata yang lemah-lembut, rasa kasih sayang dan dengan cara yang termudah melalui

saluran-saluran yang biasa digunakan untuk menyenangkan pihak sasaran menerima mesej

yang hendak disampaikan (Al-Alusiy. T.th: 199).

Seterusnya menurut Syed Qutb , al-Mujadalah bukanlah suatu cara untuk memburuk-

burukkan peribadi seseorang. Al-Mujadalah dengan cara yang batil atau bi al-sayyi’ah akan

menjatuhkan maruah seseorang. Para pendakwah seharusnya menjauhkan diri daripada

melakukan helah semata-mata untuk mengalahkan sasaran dakwah semasa mengemukakan

hujah. Apa yang penting ialah corak mujadalah yang berkesan yang dapat memberikan

kepuasan seterusnya mad’u dapat menerima kebaikan dengan mudah, senang dan jelas (Syed

Qutb. T.th: 3202)

Manakala menurut Dr. ‘Abd al-Karim Zaydan mengatakan bahawa al-Jadal dan al-

Munaqashah berlaku antara dua orang atau lebih, di mana setiap pihak mengemukakan

pandangan atau pendapat masing-masing berdasarkan hujah terhadap apa yang mereka yakini

(Zaydan. 1992: 478)

Kesimpulannya, para ulama sepakat menyatakan bahawa al-Mujadalah perlu

dilaksanakan dengan cara terbaik, berlemah-lembut, mempunyai rasa kasih sayang serta

menggunakan konsep memudahkan (tasyir) (Abu al-Su’ud. T.th: 200). Selain itu, dalam erti

kata yang lain, al-Mujadalah al-husna hendaklah memenuhi kriteria-kriteria seperti berikut:

Page 6: Pendekatan Manhaj Syeikh Ahmad Deedat Dalam Dakwah Islamiah

6

i. Lemah lembut dalam penyampaian hujah tanpa menggunakan kata-kata yang

kasar, maki hamun, sumpah seranah, ejekan, sindiran atau perlian.

ii. Hujah yang bernas, logik dan ilmiah tetapi mudah difahami dengan

memudahkan bahasa, gaya penyampaian dan pendekatan.

iii. Mempunyai perasaan hormat malah rasa kasih sayang terhadap pihak sasaran

serta mengharapkan agar mereka beroleh manfaat dan taufik hidayah hasil

mujadalah tersebut.

iv. Mempunyai matlamat yang jelas untuk menegakkan kebenaran dan

membatalkan kebatilan bukannya untuk menang di pentas sahaja.

3.1 ADAB-ADAB AL-MUJADALAH

Al-Imam Abu Hassan al-Basri ketika mengupas ayat 125, surah al-Nahl, beliau menyatakan

bahawa ia merangkumi empat perkara:

i. Memberikan kemaafan.

ii. Menjaga perasaan dan hati pihak lawan serta tidak merendah-rendahkan pandangan

mereka.

iii. Berhasrat mahu membimbing pihak lawan ke arah kebenaran dan tidak menghina

mana-mana orang yang berkaitan mereka.

iv. Menurut kemampuan dan keupayaan pihak lawan.

Syed Qutb telah menjelaskan beberapa keperluan ketika menggunakan manhaj al-

Mujadalah. Antaranya ialah tidak merendahkan pihak yang diajak berbincang, apatah lagi

menjatuhkan harga dirinya sehingga dia merasa yakin dengan tujuan perbahasannya (al-

Mujadalah) bukan untuk mencari kemenangan dalam berhujah tetapi untuk mencari

kebenaran yang wajar difahami. Pendakwah mesti menjadikan matlamat perbincangan adalah

semata-mata untuk menyerlahkan kebenaran yang sudah sedia menjadi fitrah kepada seluruh

umat manusia. Dia juga harus tetap menampakkan perhargaan kepada pihak yang diajak

berbincang kerana harga diri merupakan sesuatu yang amat bernilai dalam kehidupan

seseorang. Perbahasan (al-Mujadalah) tidak sepatutnya menimbulkan rasa kalah atau menang

antara semua pihak yang terlibat malah sewajarnya menimbulkan rasa manfaat yang tidak

ternilai hasil daripada perbincangan itu.

Page 7: Pendekatan Manhaj Syeikh Ahmad Deedat Dalam Dakwah Islamiah

7

3.2 KEPENTINGAN DAN MATLAMAT AL-MUJADALAH

Kepentingan al-Mujadalah dalam usaha dakwah Islamiah sudah tidak dapat dipertikaikan

lagi. Justeru ianya adalah suatu manhaj dakwah yang telah digariskan oleh Allah SWT dalam

al-Quran dan telah digunakan oleh para Nabi dan Rasul yang terdahulu juga para pendakwah

yang mewarisi dakwah Islam. Untuk menanggapi kepentingan al-Mujadalah ini, harus

disingkap apakah matlamat-matlamat yang boleh dicapai menerusi manhaj ini. Apabila

matlamat-matlamat ini dapat dicapai, barulah dapat diselami tentang mustahaknya manhaj ini

dipraktikkan dalam masyarakat manusia. Dr. ‘Ali ‘Abdul Halim telah menggariskan beberapa

matlamat mujadalah atau munazarah, iaitu:

i. Menegakkan kebenaran dalam sesuatu isu tertentu yang mempunyai

hubungkait dengan umat Islam, dan isu-isu yang mempunyai

kepentingan tertentu dalam kehidupan mereka serta menegakkan hujah

dan dalil secara hak.

ii. Membatalkan hujah-hujah yang memerangi Islam dan umat Islam iaitu

musuh yang menghalang kerja-kerja Islam dan yang mengadakan

pelbagai halangan dalam amal Islami dengan syarat pembatalan hujah

ini dilakukan secara yang disarankan oleh Allah SWT iaitu bi allati

hiya ahsan iaitu dengan cara yang terbaik.

iii. Memperkayakan idea pemikiran dan ilmu pengetahuan serta

memperdalamkannya di kalangan pendengar dengan cara melontarkan

isu-isu dan masalah-masalah yang masih terus menjadi titik perdebatan

dan perbincangan di kalangan masyarakat sehingga para pembahas

sampai kepada suatu pendapat yang sahih dan bermanfaat (‘Ali ‘Abd

Halim. 1990: 181).

Dengan ini dapatlah difahami bahawa al-Mujadalah atau al-Munazarah bukanlah

bertujuan untuk mencapai kemenangan peribadi atau puak atau kumpulan semata-mata

kerana kemenangan itu tidak memberikan sebarang manfaat hakiki. Sebaliknya, ia bertujuan

menegakkan kebenaran Islam, memberikan kefahaman Islam yang dipesongkan oleh musuh

dan memelihara kesucian maruah Islam.

Page 8: Pendekatan Manhaj Syeikh Ahmad Deedat Dalam Dakwah Islamiah

8

3.3 BENTUK-BENTUK AL-MUJADALAH

Berdasarkan ayat-ayat al-Quran al-Karim bolehlah dibahagikan mujadalah kepada dua jenis,

mujadalah terpuji dan mujadalah tercela.

Mujadalah terpuji ialah mujadalah yang bertujuan untuk menegakkan kebenaran,

sebagaimana firman Allah SWT dalam al-Quran al-Karim di dalam surah al-‘Ankabut ayat

46:

Bermaksud: “Dan janganlah kamu berbahas Dengan ahli Kitab

melainkan Dengan cara Yang lebih baik, kecuali orang-orang Yang

berlaku zalim di antara mereka; dan Katakanlah (kepada mereka):

"Kami beriman kepada (Al-Quran) Yang diturunkan kepada Kami dan

kepada (Taurat dan Injil) Yang diturunkan kepada kamu; dan Tuhan

kami, juga Tuhan kamu, adalah satu; dan kepadaNyalah, Kami patuh

Dengan berserah diri."

Menurut Ibn Katsir, Allah SWT berfirman, memerintahkan Rasul-Nya Muhammad

SAW untuk menyeru makhluk ke jalan Allah dengan cara hikmah (perkataan yang tegas dan

benar). Ibnu Jarir berkata, “Dan demikianlah apa yang diturunkan Allah kepada Muhammad

dari kitab, sunnah dan pelajaran yang baik, iaitu tentang sesuatu yang di dalamnya terdapat

larangan dan ketetapan bagi manusia. Mengingatkan mereka dengan itu semua (al-Kitab,

sunnah dan mauizhoh) agar mereka takut akan siksa Allah SWT.”(Ibn Katsir. 1980: 592).

Kebenaran mujadalah dengan ahli Kitab dalam ayat ini adalah harus, sepertimana

kata Mujahid, iaitu mujadalah dengan cara yang terbaik, iaitu dengan makna menyeru

mereka kepada agama Allah SWT dan mengingatkan mereka tentang hujah-hujah Allah dan

Page 9: Pendekatan Manhaj Syeikh Ahmad Deedat Dalam Dakwah Islamiah

9

tanda-tanda kebesaran-Nya, dengan harapan mereka akan beriman, bukannya mujadalah

dengan cara mengeluarkan kata-kata kasar dan kesat. Ada juga yang berpendapat, makna ayat

ini ialah jangan kamu mujadalah dengan ahli Kitab yang telah beriman seperti ‘Abdullah ibn

Salam dan lain-lain (Al-Qurtubiy: 15). Walau apapun perbincangan mengenai ayat di atas,

kesimpulan yang dapat dibuat ialah mujadalah dalam konteks yang dinyatakan oleh ayat

tersebut adalah mujadalah yang tidak tercela.

Seterusnya mujadalah tercela, iaitu mujadalah untuk menolak dan memesongkan

kebenaran. Banyak ayat-ayat al-Quran al-Karim yang menyentuh mujadalah tercela yang

dilakukan oleh golongan kafir yang ingkar. Di antaranya ialah firman Allah SWT dalam al-

Quran al-Karim dalam surah al-An’am ayat 25:

Bermaksud: “Dan di antara mereka ada Yang mendengarkanmu (membaca

Al-Quran), pada hal Kami telah jadikan tutupan berlapis-lapis atas hati

mereka, Yang menghalang mereka daripada memahaminya, dan Kami

jadikan pada telinga mereka penyumbat (yang menjadikan mereka pekak);

dan kalaupun mereka melihat tiap-tiap keterangan (dan mukjizat Yang

membuktikan kebenaran Rasul), mereka tidak juga akan beriman kepada

keterangan itu; sehingga apabila mereka datang kepadaMu, sambil

membantahmu, berkatalah orang-orang Yang kafir itu: "Ini tidak lain

hanyalah cerita-cerita dongeng orang-orang dahulu".

Allah SWT menjelaskan dalam ayat di atas bahawa orang-orang kafir Quraisy yang

telah datang kepada Nabi Muhammad SAW untuk berdebat dengan baginda adalah orang-

orang yang telah ditutup hati mereka berlapis-lapis sehingga segala hujah ayat-ayat al-Quran

Page 10: Pendekatan Manhaj Syeikh Ahmad Deedat Dalam Dakwah Islamiah

10

al-Karim yang dibacakan oleh Nabi Muhammad SAW tidak mampu mereka fahami dan di

telinga mereka pula dibubuh penyumbat yang menyebabkan mereka pekak tidak dapat

mendengar.

Maksud mujadalah dalam ayat tersebut ialah berhujah dan berdebat dalam soal al-

haq dengan perkara batil. Mereka berkata apa yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW

hanyalah cerita dongeng orang-orang dahulu kala yang diambil daripada kitab orang-orang

terdahulu.

Menurut al-Suhayliy, semua kata-kata tentang asatir al awwalin (cerita-cerita

dongeng orang dahulu kala) dalam al-Quran al-Karim adalah dakwaan al-Nadr Ibn al-Harith

Ibn Kaldah. Dengan ini, jelas mujadalah dalam ayat ini yang mendapat kutukan Allah SWT

adalah mujadalah yang dilakukan secara batil, dengan cara berhujah batil untuk mengalahkan

kebenaran Islam. Contoh mujadalah lain yang tercela ialah firman Allah SWT dalam al-

Quran al-Karim dalam surah al-Zukhruf ayat 58:

Bermaksud: “Dan mereka berkata lagi: "Manakah Yang lebih baik, benda-

benda Yang Kami sembah atau Isa?" dan (sebenarnya) mereka tidak

mengemukakan Perbandingan itu kepadamu (Wahai Muhammad) melainkan

kerana membantah semata-mata (bukan kerana mencari kebenaran); bahkan

mereka itu adalah kaum Yang suka sekali mengemukakan bantahan.

Menurut tafsir al-Qurtubiy, mereka tidak memberikan perbandingan atau

perumpamaan tersebut kecuali kerana mahu berdebat, bahkan mereka itu adalah kaum yang

suka sekali mengemukakan bantahan secara batil. Tersebut dalam Sahih al-Tirmizi daripada

Abu Umamah, bahawa Rasulullah SAW bersabda,

Maksudnya:

Page 11: Pendekatan Manhaj Syeikh Ahmad Deedat Dalam Dakwah Islamiah

11

“Sesuatu kaum itu tidak sesat setelah mendapat hidayah yang mereka perolehi

kecuali apabila mereka ditimpa jadal (debat secara batil), kemudian baginda

Rasulullah SAW membaca ayat dalam surah al-Zukhruf ayat 58:

Bermaksud: “Dan mereka berkata lagi: "Manakah Yang lebih baik, benda-

benda Yang Kami sembah atau Isa?" dan (sebenarnya) mereka tidak

mengemukakan Perbandingan itu kepadamu (Wahai Muhammad) melainkan

kerana membantah semata-mata (bukan kerana mencari kebenaran); bahkan

mereka itu adalah kaum Yang suka sekali mengemukakan bantahan.”

Seterusnya Allah SWT berfirman lagi dalam al-Quran al-Karim dalam surah al-Hajj

ayat 23:

Bermaksud:“Dan ada di antara manusia Yang membantah perkara-perkara

Yang berhubung Dengan Allah Dengan tidak berdasarkan sebarang

pengetahuan, dan ia menurut tiap-tiap Syaitan Yang telah sebati Dengan

kejahatan.”

Berdasarkan ayat-ayat di atas, jelas mujadalah yang dibentangkan itu adalah

tercela,kerana Allah SWT menyebutnya dalam bentuk celaan.

4.0 MANHAJ AL-MUJADALAH DALAM KONTEKS DAKWAH KINI

Dalam konteks dakwah di zaman moden ini, kepentingan manhaj al-Mujadalah boleh dilihat

dari dua aspek, dakwah kepada non-muslim dan dakwah kepada masyarakat Muslim. Dalam

konteks kepada non-Muslim, didapati tugas melaksanakan dakwah di zaman moden adalah

Page 12: Pendekatan Manhaj Syeikh Ahmad Deedat Dalam Dakwah Islamiah

12

suatu perkara yang tidak kurang susahnya berbanding zaman dahulu, terutamanya bila

berhadapan dengan golongan manusia yang berpelajaran tinggi serta berfahaman material

semata-mata.

Menurut al-Imam al-Alusiy, manhaj al-Mujadalah sesuai dilaksanakan terhadap

golongan yang suka melakukan perdebatan dan perbahasan, di samping kecenderungan

mereka untuk mempertikaikan kebenaran dengan mengemukakan hujah yang batil. Golongan

sebegini amat fanatik dengan kepercayaan sesat yang diwarisi daripada nenek moyang

mereka.

Dalam keadaan yang demikian dan dengan sifat sedemikian hati mereka tidak mudah

dilembutkan dengan kata-kata nasihat, peringatan dan kata-kata lembut. Sebaliknya, hujah-

hujah yang kuat dan jitu perlu dikemukakan kepada mereka supaya dapat mematahkan

pandangan mereka dan seterusnya dapat memberikan kesedaran kepada mereka tentang

kesesatan mereka. Corak mujadalah sedemikian masih tidak terkeluar daripada al-Mujadalah

al-Husna kerana cara sedemikian sesuai dengan tabiat golongan ahli kitab, kaum musyrikin

dan juga golongan munafik (Al-Alusiy. T.Th: 254).

Al-Imam al-Ghazali telah membahagikan sasaran dakwah kepada tiga golongan

berdasarkan tiga manhaj ialah hikmah, al-maw’izah al-hasanah dan al-Mujadalah al-husna.

Berhubung al-Mujadalah, beliau menetapkan bahawa golongan yang sesuai dengan manhaj

ini ialah golongan yang menentang akidah. Manhaj al-Mujadalah boleh digunakan dalam

dakwah terhadap ahl al-dzimmah, ahl al-hudnah, ahl al-aman dan juga orang-orang yang

tidak boleh diperangi dengan mata pedang. Ia juga boleh berlaku pada permulaan dakwah dan

juga untuk menerangkan kebenaran dan menghapuskan kesangsian di hati manusia,

sebagaimana ia adalah manhaj dakwah untuk kaum musyrikin, ahl al-kitab dan juga golongan

munafiqin (Al-Ghazzali. T.th: 41).

Dalam ertikata yang lain, bolehlah dianggap bahawa manhaj al-Mujadalah ini sesuai

untuk golongan yang keras kepala yang enggan menerima kebenaran kecuali dengan hujah

yang jitu dan perdebatan yang tegas (Muhammad Talat Abu Syer. 1986: 267).

4.1 CABARAN MANHAJ AL-MUJADALAH

Page 13: Pendekatan Manhaj Syeikh Ahmad Deedat Dalam Dakwah Islamiah

13

Sebahagian besar manusia zaman moden ini meminta segala sesuatu yang

didakwahkan itu mesti disertakan hujah dan bukti secara saintifik sebelum mereka bersedia

menerimanya.

Di antara persoalan utama yang berterusan memerlukan manhaj al-Mujadalah ini

ialah persoalan ketuhanan. Sehingga kini, masih terlalu ramai manusia yang meragui tentang

kewujudan tuhan di mana mereka meminta pendakwah Muslim supaya memberikan bukti-

bukti secara saintifik tentang wujudnya tuhan. Di sinilah letaknya manhaj al-Mujadalah

untuk menghadapi golongan seumpama ini, di samping mengemukakan hujah-hujah yang

bernas, logik dan saintifik.

Sementara dari aspek dakwah kepada Muslim pula, manhaj al-Mujadalah amat

penting dan terus relevan sebagai suatu wasilah ke arah memantapkan kefahaman umat Islam

yang seringkali diganggu gugat oleh serangan pelbagai isme Barat yang merosakkan umat

Islam. Di antara isu-isu utama yang umat Islam seringkali terkeliru ialah seperti isu Negara

Islam, pelaksanaan hukum hudud, isu-isu kewanitaan dan lain-lain. Isu-isu seumpama ini

harus diperjelaskan secara ilmiah dan jelas agar segala kekeliruan yang timbul dapat

dihapuskan. Justeru, mempertahankan sesuatu atau menolaknya memerlukan hujah yang jitu,

bernas dan logik dan memerlukan penyampaian dengan cara yang terbaik.(Syukir. 1997: 54).

Dalam memperoleh sesuatu kebenaran melalui manhaj ini, al-Mujadalah tidak beerti

mesti diadakan suatu majlis perdebatan terbuka dengan dihadiri oleh kedua-dua pihak yang

bertelagah. Al-Mujadalah boleh dilaksanakan secara berasingan tanpa dihadiri oleh kedua-

dua pihak seperti berhujah menerusi penulisan buku, rencana di akhbar atau artikel di majalah

atau pidato di masjid, ceramah umum dan lain-lain. Perkara yang penting dilakukan oleh para

pendakwah ialah mengemukakan dalil dan hujah untuk menerangkan sesuatu kebenaran

berhubung Islam.

5.0 PENDEKATAN MANHAJ SYEIKH AHMAD DEEDAT DALAM DAKWAH

ISLAMIAH

Jika disebut nama Sheikh Ahmed Deedat, mungkin tidak ramai daripada kalangan generasi

muda sekarang yang mengenali beliau walaupun sumbangan tokoh ini terhadap Islam cukup

Page 14: Pendekatan Manhaj Syeikh Ahmad Deedat Dalam Dakwah Islamiah

14

banyak. Beliau yang lebih mesra dipanggil dengan gelaran uncle (pak cik) telah

menghabiskan lebih 40 tahun untuk berdakwah kepada bukan Islam di seluruh dunia terutama

kepada penganut Kristian.

Syeikh Ahmad Deedat merupakan tokoh pendebat Islam yang unggul dan dikenali

dalam masyarakat dunia. Beliau merupakan contoh pendebat yang baik dan banyak berlaku

perdebatan beliau dengan paderi-paderi kristian dimana Syaikh Ahmad Deedat telah berjaya

membongkar kepalsuan agama Kristian berhubung isu-isu berkaitan dengan ketuhanan,

kenabian, Nabi Isa dan lain-lain yang diputarbelitkan oleh pendeta-pendeta agama Kristian.

Sheikh Ahmed Deedat juga adalah seorang tokoh Islam yang disegani di peringkat

antarabangsa kerana pakar dalam membincangkan perbandingan agama. Beliau sering

dijemput untuk bersyarah membincangkan soal agama Yahudi dan Nasrani sejak berpuluh-

puluh tahun yang lalu. 

Ahmad Deedat atau nama sebenarnya Ahmad Hoosen Deedat dilahirkan di Surat,

India pada tahun 1918. Selepas dilahirkan, ayah beliau yang bekerja sebagai tukang jahit

telah meninggalkan beliau sekeluarga kerana berhijrah ke Afrika Selatan. Hanya pada tahun

1927, beliau dapat bertemu dengan ayahnya apabila beliau mengikuti langkah ayahnya

berhijrah ke Afrika Selatan.

Walaupun belum berpeluang memiliki pendidikan yang formal, Deedat

memberanikan diri berhijrah demi mengubah dan memperbaiki taraf hidup keluarganya

selama ini. Rupa-rupanya langkah untuk menyusul ayahnya merupakan perjumpaan terakhir

dengan ibunya apabila ibunya meninggal dunia selang beberapa bulan selepas Deedat

meninggalkan tanah kelahirannya.

Hidup di perantauan yang mempunyai perbezaan budaya, bahasa dan suasana

persekitaran merupakan suatu yang mencabar. Namun kesemua faktor itu bukan penghalang

beliau untuk merebut peluang yang tersedia. Beliau terus berusaha menyesuaikan diri dengan

suasana persekitaran. Berkat ketabahan, kegigihan dan kesungguhannya dalam mempelajari

serta mengutip setiap peluang yang ada, pada usia 9 tahun, Ahmad Deedat yang tidak pernah

mendapat pendidikan secara formal dalam bahasa Inggeris sebelumnya, telah berjaya

menghadapi halangan bahasa untuk menjadi pelajar yang cemerlang di sekolahnya. Minat

Page 15: Pendekatan Manhaj Syeikh Ahmad Deedat Dalam Dakwah Islamiah

15

membaca serta kesungguhannya yang mendalam dalam menuntut ilmu membolehkan beliau

mendapat keistimewaan daripada pihak sekolah sehingga beliau menamatkan darjah 6.

Namun, kerana masalah kewangan, persekolahannya tergendala.

Pada awal usia 16 tahun beliau telah melibatkan diri dalam bidang perniagaan apabila

bekerja sebagai jurujual. Pengalaman yang diperoleh sepanjang terlibat juru jual antara faktor

utama yang mendorong beliau melibatkan diri dalam bidang dakwah. Pada ketika itu beliau

bekerja di sebuah toko milik orang Islam. Toko itu terletak berhampiran sebuah sekolah

menengah Kristian di Natal South Coast. Oleh sebab masyarakat Islam merupakan golongan

minoriti di sana, mereka dipandang rendah oleh masyarakat tempatan. Pada suatu hari

beberapa orang pelajar dari sekolah tersebut telah pergi ke toko tersebut. Berlaku suatu

insiden yang tidak diduga sehingga menimbulkan pertengkaran kecil. Selepas insiden itu,

beliau menerima penghinaan yang tidak henti-henti daripada pelajar yang merupakan bakal

mubaligh-mubaligh Kristian itu. Mereka sering memperleceh ajaran Islam apabila beretemu

dengan Dedat di toko tersebut. Pengalaman pahit ini telah melahirkan keazaman yang

membara dalam diri anak muda ini untuk menentang propaganda dan dakyah palsu pelajar

berkenaan.

Seolah-olah telah ditakdirkan, Deedat kemudian menemui sebuah buku berjudul

Izharul-Haq yang bermaksud mengungkap kebenaran. Buku ini memaparkan kejayaan-

kejayaan yang dicapai oleh umat Islam di India dalam menghadapi gangguan dan ancaman

paderi-paderi Kristian semasa penaklukan dan penjajahan Inggeris di India. Secara tidak

langsung idea untuk menangani debat telah tertanam kukuh di dalam jiwanya. Deedat telah

membeli kitab Injil dan kemudian melakukan debat dan diskusi dengan pelatih-pelatih

mubaligh Kristian. Bagaimanapun mereka berundur secara tergesa-gesa dan dengan tidak

beradab kerana tidak mampu berhadapan dengan kefasihan dan kelantangan Deedat dalam

berhujah. Pelatih tersebut kemudian memanggil guru mereka serta pendeta-pendeta di daerah

tersebut.

Kejayaan Deedat berhadapan dengan pendeta-pendeta Kristian menjadi pendorong

kepada beliau untuk terus menggiatkan usaha berdakwah kepada masyarakat. Selepas

berkahwin dan mempunyai beberapa orang anak, beliau pernah menetap di Pakistan selama

tiga tahun selepas negara tersebut memperoleh kemerdekaan. Kemudian kembali ke Afrika

Page 16: Pendekatan Manhaj Syeikh Ahmad Deedat Dalam Dakwah Islamiah

16

Selatan untuk meneruskan cita-citanya membela Islam. Beliau mengadakan kelas-kelas

berkaitan pengajian Injil. Malah beliau telah mendirikan As-Salaam, sebuah institusi untuk

melatih pendakwah-pendakwah Islam. Sepanjang penglibatannya dalam kegiatan dakwah,

Deedat mendapat sokongan daripada isteri dan anak-anak mereka. Melalui institusi ini,

mereka telah menaburkan pelbagai khidmat, termasuk mendirikan masjid dan pusat

pendidikan yang masih kekal hingga ke hari ini.

Ahmad Deedat juga merupakan pengasas dan Presiden Islamic Propagation Centre

International(IPCI), jawatan yang masih dipegangnya sehingga ke hari ini. Tokoh pendakwah

yang gigih ini telah menerbitkan lebih daripada 20 buah buku dan mengedarkan berjuta-juta

naskhah risalah dakwah secara percuma. Di peringkat antarabangsa, beliau telah di jemput

berdebat dan mengadakan kuliah di pelbagai negara di seluruh dunia, termasuk Malaysia.

Sepanjang pembabitan dengan dakwah, beliau telah berdebat dengan ramai paderi Kristian.

Atas usaha dan kesungguhannya itu, beribu-ribu orang yang pada mulanya prejudis terhadap

Islam, menerima kebenaran apabila menganut agama Islam. Sebagai penghargaan terhadap

jasanya dalam bidang dakwah, beliau telah menerima anugerah King Faisal International

Award pada tahun 1986. Anugerah yang berprestij menghargai kegigihan dan pengorbanan

seorang tokoh terhadap kemajuan Islam di peringkat antarabangsa.

Bagi Deedat, debat adalah satu bentuk muzakarah dalam mencari sesuatu kebenaran.

Beliau berkata, keagungan peradaban Islam akan luntur beransur-ansur jika umatnya enggan

kembali kepada amalan tradisi, iaitu bermuzakarah bagi menangani sebarang masalah yang

dihadapi. Katanya, pergeseran di kalangan umat Islam sering didasari sikap taksub kepada

fahaman tertentu yang pada pada anggapan penyokong fahaman tersebut adalah benar.

Menurut Deedat, sikap taksub inilah punca utama berlakunya pelbagai bentuk perselisihan di

kalangan umat Islam di seluruh dunia. Malah lebih malang lagi perselisihan ini telah

mengakibatkan berlakunya pertumpahan darah sesama umat Islam.

Dalam usaha menjaga kemurnian ajaran Islam, Deedat juga pernah menghantar surat

kepada Rashad Khalifah, tokoh berasal dari Tucson, Arizona Amerika Syarikat yang

mendakwa dirinya Utusan Tuhan. Rashad Khalifa yang terkenal dengan teori komputer

berkaitan al-Quran, menolak hadis dan sunnah Rasulullah. Dalam satu surat yang dihantar

kepada Rashad Khalifa bertarikh 20 Mei 1988, Deedat telah mendesak Rashad menarik balik

Page 17: Pendekatan Manhaj Syeikh Ahmad Deedat Dalam Dakwah Islamiah

17

dakwaannya dan mengajak Rashad Khalifa berdebat dengannya di Madison Square Garden,

New York. Namun Rashad Khalifa enggan bertemu dan melayan permintaan untuk berdebat

yang ditawarkan oleh Ahmad Deedat.

Ahmad Deedat yang pernah melawat Malaysia, juga mengagumi corak kepimpinan

Malaysia yang dianggapnya sebagai pemimpin dunia Islam yang berwibawa. “Saya

mengagumi pemimpin awak, tetapi sayang belum pernah ada pemimpin Malaysia melawat

bagi mendapat pandangan saya dalam menyelesaikan kemelut Islam masa kini.”

“Saya juga mengenali Tunku Abdul Rahman (Perdana Menteri Malaysia pertama) dan

beliau (Allahyarham) seorang pemimpin yang baik,” katanya kepada wartawan Malaysia

sewaktu rombongan Malaysia mengunjungi beliau. Ahmed Deedat pernah berceramah di

Dataran Merdeka, Kuala Lumpur, pada 21 Februari 1992, di samping berkunjung ke

beberapa tempat termasuk Johor dan Selangor serta beberapa universiti tempatan.

Sesungguhnya, sumbangan Ahmad Deedat sangat bermakna buat perkembangan

Islam di Afrika Selatan dan juga seluruh dunia. Kegigihan beliau dalam mempertahankan

Islam daripada dicemari oleh propaganda agama lain patut dicontohi, dihargai dan

diteruskan.Sepanjang hayat dakwah beliau, Syeikh Deedat telah menghasilkan 20 buah buku

yang telah diterjemahkan ke ratusan bahasa. Syarahan pertama beliau diberi tajuk

“Muhammad: Messenger of Peace”. Dari syarahan yang hanya sekadar didengari oleh 15

orang, pengikut Syeikh Deedat bertambah dan semakin bertambah mencapai angka jutaan.

Sebagai penghargaan yang tertinggi untuk prestasinya yang bersejarah itu, beliau telah

dianugerahkan penghargaaan antarabangsa dari Raja Faisal pada tahun 1986. Penghargaan

yang sangat berharga dalam dunia Islam.

Di kalangan masyarakat Barat, Syeikh Deedat lebih dikenali sebagai seorang ulama

Bible berbanding ulama Islam. Hal ini disebabkan pengetahuan beliau yang sangat mendalam

mengenai bible. Melalui dakwahnya, Syeikh Deedat lebih banyak menggunakan Bible dalam

berhujah terutamanya apabila berdepan dengan paderi-paderi Kristian. Pendekatan ini

digunakan Syeikh Deedat adalah kerana sikap paderi-paderi Kristian yang umumnya enggan

mengiktiraf sumber selain dari Bible. Syeikh Ahmad Deedat paling dikenali melalui sesi

debat beliau dengan seorang paderi terkemuka Amerika, Jimmy Swaggart. Debat bertajuk “Is

The Bible the Word of God” ini berlangsung di hadapan 8000 orang hadirin. Antara

Page 18: Pendekatan Manhaj Syeikh Ahmad Deedat Dalam Dakwah Islamiah

18

perdebatan beliau yang hebat ialah perdebatan dengan Paderi Josh McDowell bertajuk

‘Benarkah Nabi Isa disalib? dan paderi Jimmy Swaggart bertajuk ‘Adakah Injil kalam

Allah?’. Dan antara karya-karyanya yang tersohor ialah seperti ‘The Choice Between Islam

and Christianity’, ‘Is the Bible God Word?’, ‘What is His Name?’ dan ‘al-Quran, The

Miracles of Miracles’.

Walau bagaimanapun, pada 3 Mei 1996, Syeikh Ahmad Deedat telah diuji Allah s.w.t

dengan penyakit lumpuh. Oleh yang demikian, Syeikh Ahmad Deedat telah hilang

kemampuan untuk bergerak dan bercakap. Dengan hanya berbekalkan keupayaannya untuk

menggerak mata, Syeikh Ahmad Deedat meneruskan hayatnya sehinggalah Tuhan

menjemputnya pada 8 Ogos 2005. Saat-saat hidupnya digunakan hanya-sanya untuk dakwah

Islam. Usaha Syeikh Ahmad Deedat ini tetap berterusan walaupun beliau hanya mampu

terbaring di atas katil. Mesej Islam semasa sakitnya tetap sama dengan mesejnya semasa

sihat. Hujjahnya tetap kuat dan teguh dalam berhadapan dengan paderi-paderi yang datang

melawat. Sisa sembilan tahun usia hidupnya, Ahmad Deedat hanya boleh berbaring di tempat

tidurnya di Verulam, Afrika Selatan. Dan akhirnya pada 8 Ogos 2005, beliau telah

menghembuskan nafasnya yang terakhir setelah menderita sakit dan kelumpuhan hampir 10

tahun lamanya akibat terserang strok di rumahnya di Trevennen Road di Verulam, provinsi

Kwazulu-Natal, Durban. Ribuan orang dari seluruh Afrika Selatan menghantar jenazah beliau

ke tempat peristirehatan terakhirnya. Keranda yang membawa tokoh cendiakawan muslim ini

ditutupi kain berwarna hijau dan diusung dari tempat kediamannya di Verulam, Afrika

Selatan untuk disolatkan di Masjid Wick Street. Solat jenazah itu diikuti oleh sekitar 1000

orang jemaah dipimpin oleh ulama terkemuka asal Zambia Mufti Ismail Menk. Setelah itu

jasadnya dimakamkan di pemakaman umum Islam di Verulam. Beliau dikenal sebagai

pejuang dakwah. Kiprahnya dalam dakwah berhasil meningkatkan status warga muslim di

Afrika Selatan, namanya dikenal juga dikenal oleh komuniti muslim di Asia.

6.0 KESIMPULAN

Manhaj dakwah Islamiah yang berpandukan kepada ajaran wahyu, al-Quran dan al-Sunnah

terdiri daripada beberapa perkara utama antaranya ialah manhaj al-hikmah, al-maw’izah al-

hasanah dan al-mujadalah. Memahami ruang lingkup manhaj ini secara meluas termasuk

Page 19: Pendekatan Manhaj Syeikh Ahmad Deedat Dalam Dakwah Islamiah

19

memahami kepentingan, contoh-contohnya dan pelaksanaannya adalah suatu perkara yang

amat penting.

Dari satu sudut yang lain, memahami ketiga-tiga manhaj ini secara bersepadu pada

suatu masa adalah perkara yang amat penting bagi memastikan pelaksanaannya dalam

dakwah dilakukan secara sempurna, komprehensif, lengkap dan tidak bercanggah dengan

kehendak asal al-quran dan al-sunnah. Kupasan-kupasan ulama muktabar dalam menjelaskan

kedudukan manhaj al-mujadalah menjadi asas kukuh kepada kefahaman terhadap manhaj

dakwah yang betul. Apa yang telah dikemukakan oleh mereka adalah inti pati yang sangat

penting sebagai asas untuk diperluaskan lagi oleh pendakwah masa kini.

Dengan meneliti contoh-contoh yang dikemukakan ketika mengupas manhaj tersebut,

adalah diharapkan agar pelaksanaan yang tepat terhadap manhaj dakwah akan memberikan

kesan yang baik dan positif kepada perkembangan dakwah. Manhaj al-mujadalah yang harus

dilihat bersesuaian dengan kehendak semasa tanpa terkeluar daripada intipati yang telah

dikemukakan oleh ulama muktabar. Proses memperkembangkan manhaj dakwah ini sangat

penting dalam memenuhi tuntutan dakwah semakin mencabar di alaf baru ini terutamanya

apabila alat-alat komunikasi moden telah berkembang terlalu pesat. Para pendakwah harus

melihat di manakah ruang yang boleh digunakan bagi memanfaatkan segala perkembangan

teknologi moden ini demi perkembangan dan penyebaran dakwah yang lebih berkesan.

Justeru, manhaj al-Mujadalah ini masih terus relevan pada zaman ini dan fungsinya

amat nyata sekali dalam menundukkan manusia agar menerima hakikat kebenaran dan

menolak kemungkaran. Kepentingan al-Mujadalah dalam usaha dakwah Islamiah tidak dapat

dipertikaikan lagi kerana ianya adalah suatu manhaj dakwah yang telah digariskan oleh

Allah SWT dalam al-Quran dan telah digunakan oleh para Nabi dan Rasul yang terdahulu

juga para pendakwah yang mewarisi dakwah Islam pada masa kini.

Page 20: Pendekatan Manhaj Syeikh Ahmad Deedat Dalam Dakwah Islamiah

20

RUJUKAN

Al-Quran Al-Karim dan Terjemahannya.

Al-Qurtubiy. Abu ‘Abd Allah Muhammad ibn Ahmad al-Ansariy. T.th. al-Jami’ li Ahkam al-

Quran. Kaherah: Wizarat al-Thaqafah.

Ali ‘Abd al-Halim. 1990. Al-Da’wah Ila Allah. Mesir: Dar al- Wafa’.

Ahmad Deedat. 2002. The Choice Dialog Islam & Kristian. Jakarta: Jahabersa.

Page 21: Pendekatan Manhaj Syeikh Ahmad Deedat Dalam Dakwah Islamiah

21

Ahamad Deedat. 2000. Muhammad The Natural Successor To Christ. Pakistan: Dare to

Read.

Basmeih. Sheikh Abdullah Basmeih.1998. Tafsir Pimpinan al-Rahman kepada Pengertian

al-Qur’an (30 Juz). Kuala Lumpur: Darul Fikir.

Al-Ghazzaliy, Abu Hamid. T.th. Ihya’ ‘Ulum al-Din. Beirut: Dar Ihya’ al-Turath al-‘Arabiy.

Fadal Hassan Abbas. 2010. Wacana Al-Quran Membongkar Dakwaan Palsu Orientalis

Terhadap Al-Quran. Selangor: PTS Publications & Distributors SDN. BHD.

Ibn Khaldun. 1984. Al-Muqaddimah. Beirut: Dar al-Quran.

Ibn Katsir. 1980. Tafsir Ibn Katsir. Beirut: Daarul Fikri.

Ibrahim Hj. Che Noh. 2001. Metodologi Dakwah. Bangi: Jabatan Pengajian Dakwah dan

Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam: UKM.

Muhammad Talat Abu Syer. 1986. Al-Du’ah ila Allah fi al-Quran al-Karim wa

Munahijuhum. Kaherah: Universiti al- Azhar.

Syuhadak, Aswadi Syuhadak. 2007. Teori dan Teknik Mujadalah Dalam Dakwah, Dikusi,

Musyawarah Perspektif al-Quran. Surabaya: Dakwah Digital Press.

Syukir, Asmuni. 1997. Dasar-dasar Strategi Dakwah Islam. Surabaya: Al-Ikhlas.

Qutb, Muhammad Qutb. 2001. Salah Faham Terhadap Islam. Kota Bharu: Pustaka Dian.

Wan Hussein Azmi. 1984. Ilmu Dakwah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Zaydan, ‘Abd al-Karim Zaydan. 1992. Usul al-Dacwah: Qahirah.

Page 22: Pendekatan Manhaj Syeikh Ahmad Deedat Dalam Dakwah Islamiah

22

Anon. 1960. Al-Mu’jam al-Wasit. Kaherah: Majma’ al-Lughah al-‘Arabiyyah.