Pendidikan Alam Sekitar

Embed Size (px)

Citation preview

  • 5/24/2018 Pendidikan Alam Sekitar

    1/24

    1

    PERKEMBANGAN PENDIDIKAN BERKAITAN ALAM SEKITAR

    1.0 PENGENALAN

    Pendidikan boleh dilihat sebagai satu bentuk pelaburan. Ini kerana sistem pendidikan

    merupakan satu proses yang berterusan bagi melahirkan tenaga manusia untuk tujuan

    pembangunan. Sekiranya proses pembelajaran itu berkesan, maka akan melahirkan individu

    dan masyarakat yang peka, intelek, aktif dan mampu membezakan antara perkara baik dengan

    perkara yang buruk. Pendidikan yang diberikan ini telah memberi perubahan kepada

    masyarakat kerana melalui pendidikan ini masyarakat akan dapat membuka minda ke arah

    yang lebih positif. Antara pendidikan yang dilaksanakan untuk masyarakat ialah pendidikan

    alam sekitar. Pendidikan alam sekitar ini penting bagi meningkatkan kesedaran masyarakat

    terhadap kualiti alam sekitar. Pendidikan alam sekitar ini juga mampu melahirkan masyarakat

    yang memahami hubungan antara persekitaran manusia dengan persekitaran fizikal. Falsafah

    Pendidikan Kebangsaan (FPK) di Malaysia merupakan satu pendidikan yang berterusan ke

    arah mengembangkan potensi individu secara menyeluruh. Melalui FPK ini beberapa matlamat

    telah digariskan antaranya ialah untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmoni dari segi

    intelek, rohani, emosi dan jasmani (JERI). Pendidikan alam sekitar juga telah termaktub dalam

    matlamat yang digariskan iaitu bagi melahirkan insan yang seimbang dan harmoni.

    Pendidikan alam sekitar ini merupakan satu dimensi baru dalam sistem pendidikan yang

    terhasil disebabkan oleh masalah alam sekitar. Keseimbangan ekosistem telah terganggu

    akibat daripada kegiatan manusia sendiri sehingga menimbulkan pelbagai isu alam sekitar

    seperti pemusnahan hutan, hakisan, kepupusan spesies dan banyak lagi. Isu-isu ini telah

    mendorong pihak bertanggungjawab untuk bertindak memperbaiki kualiti alam sekitar. Keadaan

    ini telah mendesak pelbagai pihak untuk melaksanakan pendidikan alam sekitar ni agar

    masyarakat sedar bahawa pentingnya menjaga alam sekitar daripada tercemar. Pendidikan

    alam sekitar ini merupakan satu proses pendidikan sama ada formal atau tidak formal untuk

    membentuk sikap manusia agar lebih prihatin terhadap alam sekitar. Pendidikan alam sekitar ini

    juga dilaksanakan adalah untuk meningkatkan pengetahuan, kefahaman dan memupuk

    masyarakat untuk memilih cara hidup yang bertanggungjawab dalam memelihara dan

    memulihara alam sekitar. Penjagaan alam sekitar ini penting bagi mewujudkan satu ekosistem

    yang boleh menyokong kehidupan ke arah yang lebih bersih, produktif, seimbang dan terjamin.

  • 5/24/2018 Pendidikan Alam Sekitar

    2/24

    2

    2.0 SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN ALAM SEKITAR

    Pendidikan alam sekitar ini telah diasaskan oleh Sir Patrick Geddes pada tahun 1854

    sehingga 1933. Beliau telah digelarkan sebagai bapa Pendidikan Alam Sekitar. Thomas

    Pritchardmerupakan orang yang pertama menggunakan nama istilah Pendidikan Alam Sekitar

    ini. Istilah Pendidikan Alam Sekitar ini digunakan semasa persidangan IUCN di Paris pada

    tahun 1958. Beberapa persidangan alam sekitar di peringkat antarabangsa telah diadakan

    seperti persidangan Stockholm, The Belgrade Charter, Tbilisi, Laporan Kabinet, Malta dan

    Agenda 21. Melalui persidangan ini telah tercetusnya perbincangan tentang alam sekitar dunia

    serta peranan alam sekitar dalam memastikan keseimbangan alam sekitar terjamin. Melalui

    persidangan-persidangan yang diadakan ini juga telah menemui kata sepakat untuk merangka

    satu garis panduan, prinsip, matlamat dan objektif bagi program pendidikan alam sekitar ini.

    Persidangan Stockholm telah diadakan pada 5 hingga 16 jun 1972 di Stockholm,

    Sweden yang bertemakan Prinsip dan Alam Sekitar Manusia (Human Environment and

    Principles). Persidangan ini telah dianjurkan oleh United Nations. Tujuan persidangan ini

    diadakan adalah untuk mencapai satu keputusan tentang pendekatan global yang diperlukan

    bagi mencari jalan penyelesaian untuk memulihara kemerosotan alam sekitar yang semakin

    berleluasa. Persidangan ini telah membincang dan menghasilkan langkah bagi meningkatkan

    mutu alam sekitar. Hasil daripada persidangan ini juga telah satu badan iaitu UNEP ( United

    Nation Environmental Programme) telah ditubuhkan bagi menggubal polisi alam sekitar

    antarabangsa.

    UNEP yang ditubuhkan pada Jun 1972 ini merupakan satu institusi khusus Pertubuhan

    Bangsa-bangsa yang telah banyak menyumbangkan pelbagai kemudahan dalam menangani

    masalah alam sekitar di seluruh dunia. UNEP telah melaksanakan program-program berskala

    dunia dalam rangka memulihara alam sekitar. Dalam memuliharakan alam sekitar ini, UNEP

    mempunyai misi mengembangkan sistem kepimpinan dan kerjasama berhubung dengan

    penyebaran maklumat dalam membaiki kualiti hidup negara dan masyarakat untuk masa depan

    yang lebih baik Sehubungan itu, program Pendidikan Alam Sekitar telah dicadangkan bagi

    membantu individu memperoleh pengetahuan yang positif terhadap terhadap alam sekitar.

    Selepas persidangan ini diadakan, beberapa persidangan lain telah diadakan bagi merangka

    garis panduan, matlamat dan objektif program Pendidikan Alam Sekitar.

  • 5/24/2018 Pendidikan Alam Sekitar

    3/24

    3

    Pada tahun 1975 satu persidangan telah diadakan iaitu The Belgrade Charter.

    Persidangan ini telah diadakan di Belgrade, Yugoslavia. Persidangan ini telah membincangkan

    langkah-langkah untuk menangani isu-isu alam sekitar di seluruh dunia. Melalui persidangan ini

    langkah-langkah menangani alam sekitar telah dipersetujui. Antara langkah-langkah yang

    dipersetujui ialah mengadakan bengkel yang dikenali sebagai The Balgrade Charter 1975.

    Bengkel ini merupakan satu bengkel antarabangsa alam sekitar. Para peserta di Pertubuhan

    Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNECSO) mencadangkan

    satu rangka kerja global bagi pendidikan alam sekitar. Rangka kerja global ini dikenali sebagai

    Piagam Belgrade. Piagam Belgrade ini telah menggariskan beberapa tujuan penting. Antaranya

    ialah pendidikan alam sekitar ini perlu difahami dengan betul dan perlu membentuk pendidikan

    sepanjang hayat yang menyeluruh. Pendidikan yang menyeluruh merupakan satu responsif

    kepada perubahan dalam dunia pesat yang sentiasa berubah mengikut peredaran masa.

    Piagam Belgrade ini juga bertujuan untuk melahirkan individu yang memahami tentang masalah

    alam sekitar dunia ini. Apabila individu ini memahami tentang masalah alam sekitar ini, mereka

    akan berperanan dalam melindungi alam sekitar dengan mengambil kira nilai etika alam sekitar

    yang telah ditetapkan.

    Persidangan Tbilisi pada tahun 1977 merupakan persidangan alam sekitar yang

    pertama di dunia dan melibatkan ramai pemerintah atau kerajaan seluruh dunia. Persidangan

    ini diadakan di Tbilisi, Georgia (USSR) pada 14 hingga 26 Oktober 1977. Persidangan ini telah

    dihadiri oleh 265 delegrasi dan 65 pembentang serta pemerhati termasuk 3 organisasi antara

    kerajaan dan 20 organisasi bukan kerajaan antarabangsa. Persidangan ini telah dikendalikan

    oleh United Nations Education, Scientific dan Cultural Organization (UNESCO) dengan

    kerjasama U.N. Environment Programme (UNEP). Hasil persidangan ini telah menemui kata

    sepakat dengan mewujudkan garis panduan, matlamat serta objektif Pendidikan Alam Sekitar

    merentas kurikulum dan latihan dalam pra-perkhidmatan bagi guru-guru. Melalui cadangan

    yang telah dicadangkan dalam persidangan ini, mereka mencadangkan guru-guru akan

    membantu memberikan panduan kepada masyarakat dalam usaha membangunkan pendidikan

    alam sekitar ini supaya dapat difahami oleh semua masyarakat di peringkat kebangsaan,

    serantau dan global. Antara peranan penting dalam pendidikan alam sekitar ini ialah

    peningkatan pemeliharaan alam sekitar dunia dalam mewujudkan pembangunan yang mantap

    dan masyarakat dunia yang seimbang.

  • 5/24/2018 Pendidikan Alam Sekitar

    4/24

    4

    Kesinambungan dengan persidangan Tbilisi ini, satu seminar Latihan Alam Sekitar telah

    diadakan di Malta pada tahun 1991. Seminar ini diadakan di bawah anjuran UNESCO. Seminar

    ini telah mengesyorkan bahawa matlamat utama dalam pendidikan alam sekitar ini adalah

    untuk membantu masyarakat supaya menyedari dan memahami isu-isu alam sekitar. Selain itu

    juga, melalui pendidikan alam sekitar ini masyarakat dapat menguasai kemahiran dan

    kesungguhan dalam usaha mengatasi isu-isu alam sekitar serta mengekalkan kualiti alam

    sekitar sekaligus dapat meningkatkan kualiti kehidupan manusia.

    Pada tahun 1992, satu perhimpunan yang melibatkan 178 buah negara termasuk

    Malaysia telah diadakan di Rio de Janeiro, Brazil. Perhimpunan ini dikenali sebagai

    persidangan bumi di Rio de Janeiro. Melalui persidangan ini, satu deklarasi telah dihasilkan

    iaitu Agenda 21. Agenda 21 ini telah diwujudkan bertujuan untuk menjalankan pembangunan

    mapan di peringkat tempatan bagi abad ke 21. Agenda ini mengandungi 40 bab yang secara

    keseluruhannya berkisar tentang pembangunan mapan. Agenda 21 ini ialah satu program

    untuk masyarakat, sektor swasta dan pihak berkuasa tempatan berkerjasama untuk merancang

    dan menguruskan alam sekitar ke arah pembangunan mapan.

    Di Malaysia, kerajaan Malaysia telah mengambil inisiatif dengan menubuhkan

    Jawatankuasa Kabinet pada tahun 1974. Jawatankuasa kebinet ini ditubuhkan bagi mengkaji

    semula Dasar Pendidikan Kebangsaan. Dasar Pendidikan Kebangsaan dikaji semula dengan

    tujuan untuk memperbaiki pelaksanaannya supaya matlamat untuk melahirkan satu masyarakat

    yang bersatu padu dan berdisiplin serta memenuhi keperluan tenaga rakyat yang terlatih bagi

    membangunan negara. Pada tahun 1979, hasil daripada laporan jawatankuasa kabinet telah

    diterbitkan dengan memutuskan pelaksanaan Pendidikan Alam Sekitar merentas kurikulum

    dalam struktur Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan kurikulum Bersepadu

    Sekolah Menengah (KBSM). KBSR mula menerapkan pendidikan alam sekitar bermula dengan

    subjek Kajian Tempatan bagi murid tahun empat hingga enam. Pendidikan alam sekitar ini

    juga diterapkan dalam subjek lain seperti Muzik, Bahasa Melayu, Sivik dan Kewarganegaraan,

    Bahasa Inggeris dan Pendidikan Agama Islam.

  • 5/24/2018 Pendidikan Alam Sekitar

    5/24

    5

    3.0 AGENDA 21

    Malaysia telah menyertai pelbagai persidangan untuk menangani masalah pencemaran alam

    sekitar yang semakin lama semakin kritikal. Antaranya ialah Protokol Montreal, Persidangan

    Rio De Jeneiro, Deklarasi Langkawi, dan banyak lagi. Jun 1992, Malaysia antara 178 buah

    negara termasuklah anggota-anggota Pertubuhan-pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)

    sekali lagi menyertai perhimpunan yang melibatkan kerjasama antarabangsa mengenai

    masalah alam sekitar di Rio De Jeneiro, Brazil. Persidangan Rio De Jeneiro juga dikenali

    sebagai Persidangan Bumi. Melalui persidangan ini, lahirnya satu deklarasi iaitu Agenda 21.

    Tujuan Agenda 21 diperkenalkan adalah untuk menjalankan pembanguna mampan di peringkat

    abad ke-21 yang melibatkan ekonomi, sosial, dan alam sekitar.

    Menurut Worlds Commision On Environment & Development (1987), pembangunan

    mampan ialah pembangunan yang memenuhi keperluan sekarang tanpa menidakkan keperluan

    generasi akan datang termasuklah kawalan kependudukan, makanan, keselamatan, dan

    sumber tenaga. Manakala, menurut White & Whitney (1992), pembangunan mampan ialah

    pembangunan yang dapat memenuhi keperluan pada masa sekarang tanpa menjejaskan

    keupayaan keperluan pada masa hadapan. Menurut Mohammad Hisyam Mohammad (2007),

    pembangunan terbahagi kepada dua, iaitu membawa kebaikan atau keburukan. Kebaikan ialah

    apa sahaja yang membawa faedah dan keburukan ialah apa sahaja yang membawa kesan

    negatif kepada manusia dan hidupan lain. Menurut beliau lagi, manusia sebagai pelaku sumber

    alam dan sumber alam pula adalah peralatan kepada pembangunan. Hal ini kerana, sumber

    alam seperti bumi, langit dan laut merupakan asas yang penting dalam proses pembangunan.

    Sebagai manusia pula, kita harus menjaga sumber alam tersebut dengan baik agar setiap

    generasi pada hari ini mahupun generasi akan datang akan terus dapat menikmati sumber alam

    ini.

    Menurut Blowers(1993), pembangunan mampan mempunyai lima matlamat utama iaitu

    pemuliharaan sumber, pembangunan fizikal, kesaksamaan sosial, penyertaan politik, dan kualiti

    alam sekitar. Matlamat-matlamat ini akan tercapai sekiranya semua pihak termasuklah pihak

    sekolah, masyarakat awam, badan-badan bukan kerajaan (NGO) dan kerajaan berganding

    bahu dalam memastikan matlamat tersebut dapat tercapai dengan jayanya. Melalui Agenda 21

    ini, kerajaan telah merangka pelbagai program-program untuk mendidik masyarakat Malaysia di

    semua peringkat termasuklah sekolah, Institusi Pengajian Tinggi Awam dan swasta serta

    masyarakat bagi meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan alam sekitar.

  • 5/24/2018 Pendidikan Alam Sekitar

    6/24

    6

    3.1 Matlamat Agenda 21

    Matlamat yang pertama iaitu pemuliharaan sumber iaitu dengan memastikan sumber

    semulajadi yang sedia ada sentiasa terjaga terjamin melalui proses yang tertentu seperti

    penggunaan tanih yang baik, pengawalan bahan-bahan tercemar agar tidak menjejaskan

    udara, dan sebagainya. Matlamat yang kedua iaitu pembangunan fizikal ialah memastikan

    pembangunan adalah seimbang dan harmoni dengan penggunaan alam sekitar. Penggunaan

    alam sekitar tanpa had akan menyebabkan masalah alam sekitar akan bertambah teruk.

    Contohnya ialah pengawalan terhadap pelepasan gas beracun iaitu asap kilang. Penggunaan

    penapis pada cerobong asap dapat meminimakan masalah pencemaran udara. Kualiti alam

    sekitar iaitu matlamat ketiga ialah dengan pembangunan yang melindungi komponen-

    komponen alam semulajadi, buatan, dan sosio budaya yang sedia ada daripada tercemar. Hal

    ini kerana, apabila berlakunya pencemaran alam sekitar, maka akan mengundang pelbagai

    kesan negatif. Contohnya ialah ancaman kesihatan manusia dan menjejaskan kualiti

    kehidupan. Matlamat yang seterusnya ialah kesaksamaan sosial. Melalui pembangunan

    mampan, jurang perbezaan yang ketara antara golongan kaya dan miskin akan dapat

    dikurangkan. Seperti melalui bidang ekonomi dengan menyediakan peluang pekerjaan kepada

    golongan miskin dan menganggur dalam bidang penjagaan alam sekitar. Matlamat yang

    terakhir ialah penyertaan politik. Politik bukan sahaja dikaitkan dengan parti politik, namun

    politik juga boleh didefinisikan sebagai satu bentuk penyatuan suara masyarakat dalam

    membuat keputusan. Melalui penyertaan masyarakat dalam membuat keputusan akan

    meningkatkan perpaduan dan keharmonian dalam hidup bermasyarakat.

    Agenda 21 mengandungi empat puluh buah bab yang mengandungi mengenai

    pembangunan mampan. Contohnya ialah bab 21 mengenai pengurusan sisa pepejal, bab 6

    mengenai kesihatan manusia, bab 28 iaitu peranan pihak berkuasa tempatan (PBT) dan

    sebagainya. Terdapat beberapa prinsip Agenda 21 iaitu penyertaan dan ketelusan iaitu melalui

    penglibatan semua lapisan masyarakat dan badan-badan kerajaan serta bukan kerajaan dalam

    semua program yang dianjurkan melalui program agenda 21. Prinsip yang seterusnya ialah

    peka kepada keupayaan. Dalam memastikan pembangunan yang dirancang berjalan seperti

    yang direncanakan, alam sekitar tidak boleh dikorbankan. Pembangunan secara mesra alam

    harus dilakukan agar pembangunan mampan tercapai. Selain itu, prinsip Agenda 21 ialah

    kesaksamaan. Kesaksamaan dalam sudut Agenda 21 ialah dalam memastikan bahawa semua

    lapisan masyarakat tidak kira pelajar sekolah, pelajar IPT, masyarakat awam, kaum serta

    agama yang berbeza juga harus terlibat dalam program Agenda 21.

  • 5/24/2018 Pendidikan Alam Sekitar

    7/24

    7

    Prinsip-prinsip yang terdapat dalam Agenda 21 dirangka bagi menjayakan objektif

    program Agenda 21 iaitu mendedahkan kepada masyarakat serta sektor swasta tempatan

    kepada isu pembangunan, menjelaskan bahawa tanggungjawab pembangunan mampan

    adalah tanggungjawab bersama dan bukannya pihak kerajaan sahaja, merumuskan strategi

    dan pelan tindakan Agenda 21 berdasarkan isu-isu pembangunan mampan setempat, dan

    melaksanakan pelantindakan Agenda 21 dalam bentuk projek-projek pembangunan mampan.

    Antara proses-proses perlaksanaan Agenda 21 yang telah diadakan ialah wasasan masyarakat,

    usaha sama, kajian isu bersama masyarakat, merumus pelan tindakan, pelaksanaan dan

    pemantauan serta penilaian dan maklum balas. Wawasan masyarakat iaitu melalui bengkel

    atau seminar yang diadakan bagi meningkatkan pengetahuan terhadap alam sekitar dan

    pembangunan mampan. Antara contoh-contoh aktiviti yang boleh dilaksanakan di bawah

    program Agenda 21 bagi peringkat masyarakat ialah aktiviti gotong-royong. Melalui aktiviti

    gotong-royong, pelbagai kesan positif yang dapat dilihat. Contohnya ialah dapat mengeratkan

    hubungan silaturahim, mengurangkan pencemaran, dan sebagainya. Bagi peringkat sekolah

    pula, telah diadakan program kitar semula. Tiga jenis tong sampah yang bewarna untuk kaca,

    kertas, dan plastik disediakan di setiap sekolah bagi menanam cintakan alam sekitar dan

    mengurangkan masalah pencemaran yang patut disemai sejak dari bangku sekolah lagi.

    Berdasarkan bab 28 dalam Agenda 21 ada menyatakan punca kebanyakan masalah

    dan penyelesaian yang ditangani oleh Agenda 21 berakar umi dalam kegiatan tempatan. Maka,

    penyertaan dan kerjasama PBT menjadi faktor penentu bagi mencapai matlamat. Melalui

    konsep usahasama tiga pihak berkepentingan iaitu masyarakat, pihak berkuasa tempatan, dan

    sektor swasta bekerjasama kearah pembangunan mampan. Melalui program-program yang

    dijalankan oleh Agenda 21, dapat mewujudkan suasana kehidupan yang selesa melalui

    persekitaran yang bersih, selamat, dan harmoni serta dapat meningkatkan peluang untuk

    masyarakat dan sektor swasta turut serta dalam proses pembangunan. Isu pembangunan

    mampan di peringkat tempatan juga dapat dikaji dan ditangani secara bersama.

    3.2 Hasil Agenda 21

    Persidangan Rio De Jeneiro 1992 telah menghasilkan Agenda 21 yang bermatlamatkan

    pembangunan mampan. Di peringkat kerajaan, semua PBT telah dijemput bagi menyertai

    program Agenda 21 secara berperingkat. Antara kumpulan pertama PBT yang melaksanakan

    program Agenda 21 ialah Majlis Perbandaran Miri, Majlis Perbandaran Petaling Jaya, Majlis

  • 5/24/2018 Pendidikan Alam Sekitar

    8/24

    8

    Daerah Kerian, dan Majlis Perbandaran Kerian. Peringkat kedua pula iaitu pada 2002, semua

    PBT memulakan program Agenda 21.

    Di peringkat sekolah, lahirnya subjek Alam dan Manusia bagi meningkatkan tahap

    kesedaran pentingnya penjagaan Alam Sekitar kepada pelajar. Pada tahun 1982, 305 buah

    sekolah telah terpilih untuk melaksanakan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) di

    peringkat sekolah rendah dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) bagi peringkat

    sekolah menengah. Pada tahun 1994, subjek Sejarah, Geografi dan Sains telah digabungkan

    di peringkat KBSR menjadi subjek Alam dan Manusia. Walaubagaimanapun, setelah pelajar

    berada di peringkat sekolah menengah, pelajar agak lemah dalam matapelajaran Sains. Jadi,

    kerajaan telah memecahkan subjek Alam dan Manusia kepada dua iaitu Sains dan Kajian

    Tempatan di peringkat KBSR supaya pelajar lebih fokus terhadap sesuatu subjek.

    Kesinambungan subjek Kajian tempatan di peringkat KBSM ialah subjek Geografi. Namun,

    pada hari ini, Kementerian Pelajaran Malaysia telah menghapuskan subjek Kajian Tempatan di

    peringkat KBSR dan hanya memperkenalkan bidang alam sekitar di peringkat KBSM sahaja

    iaitu subjek geografi yang bermula di Tingkatan satu. Selain itu, setiap guru juga dibekalkan

    Buku Panduan Pendidikan Alam Sekitar Merentas KBSR. Pendidikan Alam sekitar bukan

    sahaja diterapkan di dalam kurikulum, malah ia turut diterapkan dalam kokurikulum. Contohnya

    ialah persatuan Geografi, persatuan Alam sekitar, Badan beruniform Pandu Puteri, dan banyak

    lagi yang menerapkan sifat cintakan alam sekitar.

    Majlis Perbandaran Petaling Jaya mencatatkan bilangan penduduk yang semakin

    meningkat dan kemajuan dari sektor ekonomi juga terus meningkat amat memerlukan

    pentadbiran secara mampan. Pendidikan Alam Sekitar bukan sahaja berlaku diperingkat

    sekolah, malah di peringkat masyarakat juga turut diterapkan, contohnya ialah Majlis

    Perbandaran Petaling Jaya melaksanakan program Agenda 21 yang dibangunkan oleh Unit

    Perancangan Ekonomi dan United Nations Development Programme berkaitan isu

    keselamatan, persekitaran alam sekitar, dan integrasi sosial. Seminar yang diadakan pada 10

    Mei 2000 telah dihadiri oleh penduduk setempat, Agensi Kerajaan dan NGO, dan pihak

    sekolah telah memberi pandangan mengenai masalah berbangkit. Slogan Ke Arah

    Pembangunan Mampan telah dilancarkan oleh komuniti Agenda 21 di Petaling Jaya. Antara

    aktiviti yang telah dilancarkan di dalam komuniti ini ialah mengadakan kempen di peringkat

    tempatan dan banyak lagi. Di peringkat sekolah sekitar Petaling Jaya pula, taklimat Agenda 21

    dan Program kitar semula giat diadakan Latihan kesedaran pentingnya alam sekitar yang sihat

    dan pembangunan secara mamapan turut diadakan kepada pelajar dan guru-guru di sekolah-

  • 5/24/2018 Pendidikan Alam Sekitar

    9/24

    9

    sekolah di Petaling Jaya. Di peringkat penduduk setempat pula diadakan demonstrasi

    menghapuskan sisa buangan dapur di sekitar kawasan perumahan serta pertandingan

    kawasan kejiranan terbaik tahun 2004 telah diadakan. Pelaksanaan program bersama

    Kementerian Kesihatan program Harmonising NEHAP Policy In The Local Government turut

    diadakan.

    Di peringkat Institusi Pengajian Tinggi (IPT) samada awam mahupun swasta turut

    diadakan pelbagai program bagi meningkatkan kesedaran Alam Sekitar. Pada tahun 1985,

    Jabatan Alam Sekitar telah menganjurkan Pertandingan Debat Alam sekitar antara Institusi

    Pengajian Tinggi buat pertama kali. Sejak tahun 1991, Pertandingan Debat Antara Alam

    Sekitar antara Institusi Pengajian Tinggi dan Majlis Debat Universiti-Universiti Malaysia

    (MADUM) serta pihak Dewan Bahasa dan Pustaka telah dijadikan program tahunan. Program-

    program seperti ini diadakan bagi meningkatkan pengetahuan mahasiswa iaitu pemimpin pada

    masa hadapan cakna akan isu-isu berkenaan alam sekitar di semua peringkat termasuklah

    peringkat nasional dan antarabangsa. Selain itu, melalui program ini juga ia dapat

    mengggalakkan jaringan kerjasama melalui pertukaran idea dan perkongsian pengalaman

    antara IPTA dan IPTS serta menggalakkan dan memberi peluang kepada mahasiswa untuk

    menyampaikan idea, pendapat, dan kritikan berkaitan isu-isu alam sekitar dan kaedah untuk

    mengatasi masalah serta dapat membina keyakinan dan kualiti kepimpinan pelajar IPT. Selain

    itu, kerjasama antara Bank Agro dengan IPT juga turut diadakan melalui penubuhan kelab

    MyAgrobagi menyemai keperihatinan penjagaan alam sekitar.

    4.0 PENDEKATAN PENDIDIKAN ALAM SEKITAR

    Pada hari ini didapati kemerosotan mutu alam sekitar semakin meruncing sehingga telah

    menimbulkan pelbagai isu yang berterusan seperti banjir kilat, tanah runtuh, pemusnahan

    hutan, pencemaran, kesan rumah hijau, penipisan lapisan ozon, hakisan dan juga kepupusan

    spesies. Permasalahan ini merupakan antara isu besar yang tidak pernah surut, sebaliknya

    saban hari kita menyaksikan berlakunya peningkatan terhadap isu-isu berkenaan. Mengapakah

    situasi sedemikian berlaku?

    Jika diamati, bukan tiada usaha yang dilaksanakan bagi membendung permasalahan

    ini. Malah, saban tahun begitu banyak program dan aktiviti kesedaran alam sekitar

    dilaksanakan. Namun demikian, ia dilihat seolah-olah kurang memberi impak kepada rata-rata

  • 5/24/2018 Pendidikan Alam Sekitar

    10/24

    10

    kita. Buktinya, kita masih lagi melihat perbuatan segelintir daripada kita yang membuang

    sampah merata-rata tanpa sedikit pun rasa bersalah. Ini jelas memberi cerminan kepada kita

    bahawa kesedaran masyarakat terhadap kepentingan menjaga alam sekitar masih lagi berada

    pada tahap yang rendah. Justeru, usaha berterusan dan proaktif perlu dilakukan bagi

    mendidik masyarakat agar lebih peka terhadap kepentingan menjaga alam sekitar. Salah satu

    usaha yang boleh diterapkan ialah dengan mengintegrasikan pendidikan alam sekitar dalam

    pengajaran di sekolah baik di peringkat pra, rendah, menengah dan juga di institusi pengajian

    tinggi bagi melahirkan generasi yang terdidik dan mempunyai kesedaran tinggi terhadap aspek

    pemeliharaan alam sekitar pada masa hadapan.

    Penerapan pendidikan alam sekitar dalam pengajaran merupakan wadah penting yang

    tidak seharusnya hanya dibebankan di bahu pendidik semata-mata. Sebaliknya

    perlaksanaannya perlu mendapat sokongan padu daripada semua pihak agar ia dapat

    dijayakan bagi meningkatkan kesedaran berhubung kualiti alam sekitar, di samping membantu

    generasi masa hadapan untuk mengawal kehidupan mereka dengan lebih baik dalam

    memastikan usaha memakmurkan alam dapat dilaksanakan dengan sewajarnya. Oleh yang

    demikian, penglibatan semua pihak adalah penting dalam memastikan matlamat perlaksanaan

    pendidikan alam sekitar dapat direalisasikan dengan jayanya bagi membentuk sebuah

    kerangka masyarakat yang bukan sahaja lebih peka dan prihatin terhadap isu-isu alam sekitar

    sejagat, tetapi juga dapat melahirkan masyarakat yang mempunyai pengetahuan yang luas

    berkaitan alam sekitar dan berkemahiran tinggi untuk bertindak secara individu atau bersama

    dalam menyelesaikan isu-isu semasa berkaitan alam sekitar. Malahan, dengan pengetahuan

    dan kemahiran yang ada ia secara tidak langsung turut juga dapat meningkatkan komitmen

    masyarakat terhadap permasalahan alam sekitar yang timbul.

    Dalam mengintegrasikan pendidikan alam sekitar, ia tidak hanya terhad dalam proses

    pengajaran dan pembelajaran sahaja. Sebaliknya ia perlu diperluaskan lagi sebagai suatu

    bidang pendidikan yang bersifat merentasi kurikulum dan kokurikulum. Ini adalah bagi

    memastikan pendidikan alam sekitar lebih berkesan kepada para pelajar dan dapat

    disepadukan dengan mata pelajaran lain (seperti Sains, Matematik, Pendidikan Jasmani,

    Pendidikan Islam, Pendidikan Seni, Kemahiran Hidup, Pendidikan Moral dan sebagainya) di

    dalam kelas dan juga aktiviti-aktiviti luar kelas yang lain. Dengan usaha penyepaduan

    pendidikan alam sekitar dan aktiviti kokurikulum, ia dapat menjadi tanda aras sejauh mana

    pendidikan alam sekitar yang diterapkan di dalam bilik darjah difahami dan diaplikasikan oleh

    para pelajar. Malah melalui aktiviti kokurikulum juga dapat dijadikan garis panduan untuk para

  • 5/24/2018 Pendidikan Alam Sekitar

    11/24

    11

    pendidik menilai keberkesanan penyepaduan pendidikan alam sekitar dengan subjek-subjek

    lain yang diajar di dalam kelas berdasarkan pengamatan terhadap para pelajar dalam

    menggunakan pengetahuan dan kemahiran tentang alam sekitar semasa aktiviti luar kelas

    dijalankan.

    Proses penyepaduan unsur pendidikan alam sekitar dalam kedua-dua kurikulum dan

    kokurikulum perlu dijadikan sebagai sebahagian daripada proses pembelajaran yang penting.

    Ini kerana, proses pembelajaran secara teori yang disusuli dengan pembelajaran secara

    praktikal (iaitu memberi peluang dan pendedahan kepada para pelajar untuk merasai sendiri

    pengalaman berinteraksi dengan alam sekitar serta melihat segala permasalahan alam sekitar

    yang berlaku) adalah lebih berkesan dan bermakna dalam memastikan kesedaran yang lahir

    adalah betul-betul terkesan kepada jiwa mereka. Kesedaran seumpama inilah yang hendak kita

    jelmakan agar generasi akan datang tidak mudah goyah dan terpengaruh dengan godaan

    materialistik sehingga sanggup mengorbankan kepentingan alam sekitar. Pada masa yang

    sama, pelajar yang diberi pendedahan secara langsung terhadap senario semasa alam sekitar

    akan lebih memahami segala kemelut alam sekitar yang berlaku di sekeliling mereka. Ini sekali

    gus dapat menjadi pendorong kepada para pelajar untuk bergiat secara lebih proaktif dalam

    usaha memelihara dan memulihara alam sekitar.

    Dalam konteks ini, ruang dan peluang yang wujud dalam kokurikulum seharusnya

    digunakan dengan sebaik mungkin oleh golongan pendidik bagi mempelbagaikan strategi ke

    arah pembelajaran dan pengajaran yang lebih berkesan sebagai salah satu pendekatan yang

    bijak dalam usaha mempromosikan pendidikan alam sekitar dalam kancah pendidikan semasa

    pada hari ini. Aktiviti pembelajaran dan pengajaran yang lebih menarik dan menyeronokkan

    seperti kerja lapangan, perkhemahan, trekking dan kempen alam sekitar semasa aktiviti

    kokurikulum adalah disarankan agar proses pembelajaran tidak membosankan dan mudah

    diterima oleh para pelajar.

    Kejayaan pengintegrasian unsur pendidikan alam sekitar dalam kurikulum dan

    kokurikulum sekolah adalah bergantung kepada komitmen yang diberikan oleh golongan

    pendidik sebagai pelaksana dan juga semua pihak yang terlibat baik secara langsung mahupun

    tidak langsung dalam usaha ini. Malah, matlamat pendidikan alam sekitar untuk melahirkan

    individu yang berkeperibadian tinggi serta bertanggungjawab terhadap alam sekitar pastinya

    dapat dicapai dengan jayanya jika semua pihak khususnya pihak-pihak berwajib mengambil

  • 5/24/2018 Pendidikan Alam Sekitar

    12/24

    12

    tanggungjawab dan peranan masing-masing untuk memberi pendidikan alam sekitar dengan

    lebih serius tanpa rasa dibebani dengan tanggungjawab berkenaan.

    5.0 KEPENTINGAN PENDIDIKAN ALAM SEKITAR

    Pendidikan alam sekitar adalah penting untuk mempertingkatkan pembangunan mapan dan

    memperbaiki keupayaan manusia untuk menangani isu-isu alam sekitar dan pembangunan.

    Alam sekitar dan pembangunan perlu digabungkan sebagai komponen penting dalam

    pembelajaran. Pendidikan formal dan tidak formal adalah penting untuk menukar sikap manusia

    agar mereka mempunyai keupayaan untuk menilai dan menghadapi kepekaan mereka

    terhadap pembangunan mapan. Ianya juga penting untuk mencapai kesedaran alam sekitar

    dan etika, nilai dan sikap, kemahiran dan tingkah laku yang konsisten dengan pembangunanmapan dan untuk keberkesanan penglibatan awam dalam membuat keputusan. Untuk

    mencapai keberkesanan pendidikan alam sekitar dan pembangunan hendaklah dikendalikan

    dengan mengambil kira persekitaran biologi, fizikal, sosio ekonomi yang dinamik, pembangunan

    manusia, dan juga kerohanian. Semua elemen ini hendaklah digabungkan dalam semua

    disiplin dan menggunakan kaedah formal dan tidak formal dan cara berkomunikasi yang

    berkesan. Selain itu ianya juga bertujuan untuk mencapai kesedaran alam sekitar dan

    pembangunan di dalam semua sektor masyarakat di peringkat dunia secepat mungkin.

    Pendidikan yang dimaksudkan ini juga adalah dengan tujuan untuk berusaha mencapai

    perolehan pendidikan alam sekitar dan pembangunan, yang dikaitkan dengan pendidikan

    sosial, daripada peringkat umur sekolah rendah dan tadika hingga kepada setiap orang

    dewasa. Selain itu ianya juga bertujuan untuk meningkatkan konsep persepaduan alam sekitar

    dan pembangunan di dalam semua program pendidikan, khasnya analisa ke atas punca isu-isu

    alam sekitar dan pembangunan yang utama dalam konteks tempatan, berasaskan bukti saintifik

    yang paling tepat dan punca-punca pengetahuan lain yang sesuai, dan memberi penekanan

    khas kepada latihan lanjutan untuk pembuat keputusan di semua peringkat. Di samping itu kitajuga menyedari bahawa terdapat kekurangan dalam kesedaran dalam aktiviti-aktiviti manusia

    dengan alam sekitar akibat maklumat yang tidak mencukupi dan tidak tepat. Negara-negara

    membangun khasnya kurang mempunyai teknologi dan kepakaran. Adalah perlu untuk

    meningkatkan kepekaan awam terhadap masalah alam sekitar dan pembangunan dan

  • 5/24/2018 Pendidikan Alam Sekitar

    13/24

    13

    melibatkan mereka dalam penyelesaian masalah dan menggalakkan sikap bertanggungjawab

    dan motivasi dan komitmen terhadap pembangunan mapan.

    Selain daripada meningkatkan kesedaran, salah satu aspek lagi yang penting untuk

    dikemukakan kepada masyarakat ialah latihan. Latihan adalah salah satu alat penting untuk

    membangunkan sumber manusia dan memudahkan peralihan ke arah dunia yang lebih mapan.

    Ianya hendaklah menumpukan kepada usaha untuk mengisi dan meningkatkan pengetahuan

    dan kemahiran yang akan membantu individu mendapatkan pekerjaan dan melibatkan diri

    dalam kerja yang berkaitan dengan alam sekitar dan pembangunan. Dalam masa yang sama,

    program latihan hendaklah meningkatkan kesedaran dalam isu-isu alam sekitar dan

    pembangunan sebagai proses pembelajaran dua hala. Namun begitu, dalam usaha untuk

    mengintegrasikan pendidikan alam sekitar dalam pembelajaran, wujud pula masalah lain yang

    dapat dilihat secara jelas di peringkat penglibatan di sekolah. Antaranya ialah :

    a. Kesediaan Guru dan Aspek Etika Peribadi

    Faktor guru baru, kurang pengalaman dan faktor persekitaran yang kurang terdedah

    dengan penerapan unsur pendidikan alam sekitar akan menyebabkan kemungkinan

    guru-guru ini belum bersedia dari aspek etika peribadi. Ini termasuklah kurangnya

    persediaan dengan keyakinan dan pengetahuan tradisi dalam mengekalkan mutu alam

    sekitar. Sebagai contoh, guru mata pelajaran kurang mengetahui cara untuk mengaitkan

    tajuk-tajuk dalam mata pelajaran tersebut dengan aspek-aspek alam sekitar. Selain itu,

    ada guru yang merasakan tanggungjawab untuk menyebarkan tentang alam sekitar

    bukan tanggungjawab mereka sebaliknya tugas ini wajar dipikul oleh pihak yang lebih

    berkaitan mengenai alam sekitar seperti Jabatan Alam Sekitar dan Persatuan

    Pengguna.

    b. Kesediaan Guru dari Aspek isi kandungan dan Motivasi Intrinsik

    Persediaan guru dalam bidang pendidikan yang agak kurang dari aspek kesedaran alam

    sekitar. Motivasi instrinsik terhadap alam sekitar adalah penting dan perlu dipupuk

    dalam diri guru justeru kursus motivasi pendidikan alam sekitar diberikan kepada guru

    guru pelatih di maktab mahupun di universiti. Oleh itu, kursus ini perlulah dijadikan

    sebagai kursus wajib kerana ia amat memberikan kesan positif kepada masyarakat .

  • 5/24/2018 Pendidikan Alam Sekitar

    14/24

    14

    c. Kurang Kesedaran

    Dalam memperkembangkan dan mempergunakan situasi yang membolehkan proses

    pembelajaran berlaku secara spontan dan berkesan. Guru perlulah mempunyai

    kesedaran dan tanggungjawab yang tinggi tentang pentingnya pendidikan alam sekitar.

    Namun malangnya, kesedaran ini masih kurang dan menimbulkan masalah dalam

    pelaksanaan pendidikan alam sekitar di sekolah. Sebagai contoh, ramai guru yang

    membiarkan sahaja masalah alam sekitar berlaku di sekolah tanpa cuba berusaha untuk

    memperbaikinya. Sikap ini sebenarnya berpunca daripada kurangnya kesedaran alam

    sekitar dalam kalangan guru

    5.1 Langkah-langkah mengatasi

    Bagi mengatasi masalah yang timbul dalam pelaksanaan pendidikan alam sekitar, beberapa

    langkah boleh diambil untuk mengatasinya. Antaranya ialah dengan memberi orientasi

    kefahaman Pendidikan Alam Sekitar kepada pegawai-pegawai terlibat dalam penggubalan dan

    perkembangan kurikulum sekolah di semua peringkat. Hal ini kerana, pihak ini akan

    memastikan aspek-aspek mengenai alam sekitar dan kepentingannya dimasukkan secara aktif

    dan bersepadu di dalam sukatan kurikulum.

    Selain itu juga, memberi orientsi kefahaman alam sekitar ini juga kepada pendidik yang

    terlibat dalam latihan perguruan. Semua guru pelatih perlu diwajibkan mengambil kursus

    pendidikan alam sekitar sebagai kursus pilihan dalam latihan perguruan. Kursus sebegini akan

    membantu guru pelatih mengenai gambaran umum mengenai penerapan pendidikan alam

    sekitar dalam pengajaran kelak. Sekurang-kurangnya, guru pelatih ini akan didedahkan cara

    bagaimana ingin menerapkan konsep alam sekitar dalam mata pelajaran yang diajar dan

    sekaligus dua input dapat disampaikan serentak iaitu mengenai mata pelajaran yang diajar dan

    mengenai alam sekitar.

    Disamping itu juga, guru-guru juga boleh membina isi pengajaran dengan isu dan

    masalah alam sekitar tempatan dalam pengajaran. Kaedah ini sudah pasti dapat menarik minat

    pelajar untuk mengetahui lebih mendalam mengenai alam sekitar. Hal ini kerana, corak

    pengajaran guru tidak hanya tertumpu kepada isi pengajaran di dalam buku teks semata-mata

    tetapi dipelbagaikan dari sumber-sumber lain seperti internet, keratan akhbar, video dan

  • 5/24/2018 Pendidikan Alam Sekitar

    15/24

    15

    gambar. Disamping kaedah pengajaran lebih menarik, guru juga berjaya menyelitkan mengenai

    isu alam sekitar kepada para pelajar.

    6.0 KOMPONEN ALAM SEKITAR

    Manusia dan alam sekitar adalah saling berkait rapat antara satu sama lain. Ia juga

    boleh dikatakan mempunyai satu hubungan yang begitu unik. Jadi, alam sekitar merupakan

    segala elemen penting yang berada di sekeliling manusia. Menurut Raman (2003), Persekitaran

    adalah keseluruhan keadaan luaran yang mempengaruhi kehidupan manusia, persekitaran

    menentukan mutu dan hidup matinya sesuatu penghidupan. Oleh itu, bagi meneruskan

    kelangsungan kehidupan seharian, manusia amatlah memerlukan alam sekitar. Jika dilihat

    kepada aspek kehidupan ini, tidak ada satu pun organisma yang dapat hidup tanpa hidupan lain

    seperti contoh haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Ianya telah mewujudkan keseimbangan yang

    baik dan dikongsi secara bersama. Dalam konteks pendidikan alam sekitar, ia mempunyai

    komponen-komponennya yang dikenali sebagai komponen alam sekitar. Komponen alam

    sekitar terbahagi kepada tiga iaitu alam sekitar semula jadi, alam sekitar buatan dan alam

    sekitar sosiobudaya.

    Alam sekitar semula jadi meliputi segala keperluan asas yang terdapat di bumi ini

    seperti air, udara dan matahari serta terdapatnya kitaran fizikal yang menyokong setiap

    kehidupan di alam ini seperti kitar karbon, oksigen dan nitrogen. Selain itu, di dalam komponen

    semula jadi ini juga terdapat sistem biologi dan ekologi di mana kedua-dua sistem ini saling

    berinteraksi dalam kehidupan. Bagi menggambarkan persekitaran yang berunsurkan alam

    semula jadi, termasuklah manusia dan hidupan lain ia dikenali sebagai ekosistem. Ekosistem

    adalah suatu kesatuan lingkungan kehidupan di mana ia merupakan tempat terjadinya saling

    kebergantungan antara makhluk-makhluk kehidupan dalam lingkungannya. Ekosistem terdiri

    daripada dua jenis komponen iaitu komponen biotik dan komponen abiotik. Komponen biotik

    ialah komponen hidup seperti contoh tumbuh-tumbuhan, haiwan dan manusia manakala

    komponen abiotik pula adalah komponen bukan hidup tetapi berada di sekitar komponen hidup

    seperti contoh tanah, udara, air dan matahari. Oleh yang demikian, kedua-dua komponen ini

    saling bergantung dan berinteraksi antara satu sama lain.

    Bagi komponen yang kedua pula iaitu alam sekitar buatan. Komponen ini merangkumi

    manusia dan juga persekitaran fizikal yang dibuat atau dibina oleh manusia seperti contoh

  • 5/24/2018 Pendidikan Alam Sekitar

    16/24

    16

    taman bunga, zoo, taman burung dan taman bunga. Di negara kita, taman Wetland Putrajaya

    adalah taman buatan manusia yang terbesar dan unik di rantau ini. Taman ini dibina dan dihiasi

    dengan pelbagai jenis pokok dari spesies tempatan seterusnya menjadikan taman ini sebagai

    satu khazanah tumbuhan tanah lembap. Selain itu, taman ini juga menjadi tumpuan kepada

    pelbagai jenis haiwan selaras dengan pengembangan taman ini yang bertujuan untuk menjadi

    pusat rujukan berkaitan dengan ekosistem bagi kawasan tanah lembap. Selain itu, contoh lain

    alam sekitar buatan manusia yang terdapat di negara kita ini adalah seperti Hutan Rekreasi

    Sungai Tekala, Hutan Rekreasi Sungai Chongkak dan Hutan Rekreasi Templer. Jika dilihat

    kepada ketiga-tiga tempat rekreasi buatan manusia ini, ia mempunyai ciri-ciri ke arah

    melestarikan kawasan melalui pendekatan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.

    Manakala bagi komponen yang ketiga pula adalah alam sekitar sosiobudaya. Komponen

    ini berkisarkan kepada alam sekitar di mana ia dikaitkan dengan cara dan bagaimana manusia

    itu berinteraksi dan menyesuaikan diri dalam banyak keadaan sama ada dalam kumpulan

    seperti contoh dalam aspek pekerjaan, pendidikan, kekeluargaan, agama dan juga budaya.

    Secara keseluruhannya, ia merangkumi etika persekitaran buatan manusia atau pun

    persekitaran yang wujud di sekelilingnya serta hubungan manusia dengan budayanya. Seperti

    mana contoh menurut Zainal Abidin (1986), masyarakat daripada golongan asli dan bomoh

    memuliakan persekitaran mereka dengan beberapa tanggapan dan kepercayaan yang

    menyebabkan mereka akur dan takut terhadap sesuatu objek seperti busut, pokok besar,

    haiwan tertentu dan sebagainya. Maka, melalui kepercayaan dan amalan inilah, secara tidak

    langsung manusia akan melestarikan persekitaran seterusnya ia akan wujud satu nilai yang

    murni ke arah menghormati makhluk lain. Dalam masa yang sama juga, perkara sebegini

    mampu mengubah manusia daripada cuba mengeksploitasi alam sekitar secara berleluasa. Ini

    kerana, budaya dan kehidupan manusia dipengaruhi oleh alam sekeliling.

    7.0 KITAR SEMULA JADI ALAM SEKITAR

    Segala interaksi yang baik antara organisma dengan alam sekitar telah dikenali sebagai

    keseimbangan alam. Keseimbangan alam ini sangat penting untuk mengekalkan kehidupan

    yang baik di atas muka bumi ini. Kitar semula jadi merupakan peranan yang utama dan amat

    penting untuk mencapai keseimbangan alam ini. Antara contoh-contoh kitar semula jadi adalah

    kitar karbon, kitar nitrogen, kitar nutrien, kitar air dan kitar oksigen. Kesemua kitar semula jadi

  • 5/24/2018 Pendidikan Alam Sekitar

    17/24

    17

    inilah yang memainkan peranan untuk membolehkan segala organisma terus hidup dan

    membiak.

    Bagi Kitaran Karbon, aliran ini terjadi dalam pelbagai bentuk yang berbeza dan ia sangat

    penting kepada semua benda hidup kerana semua benda hidup mengandungi karbon. Karbon

    dioksida yang telah terbebas semasa proses respirasi akan digunakan oleh tumbuh-tumbuhan.

    Kemudian, tumbuh-tumbuhan pula akan mengeluarkan makanan dan oksigen kepada haiwan.

    Secara keseluruhannya, jika dilihat kepada kitaran karbon ini, ia merupakan suatu proses

    bahawa karbon yang telah digunakan kemudian dilepaskan semula ke udara. Ia boleh

    dikembalikan semula ke udara melalui beberapa proses iaitu proses pernafasan, pembakaran

    dan pereputan. Oleh kerana karbon dioksida agak larut di dalam air, maka peratusan karbon

    dioksida di udara dapat dikawal oleh tasik, sungai dan lautan. Apabila terdapat kekurangan

    karbon dioksida di udara, maka karbon dioksida yang terdapat di dalam tasik, sungai dan lautan

    itu akan terbebas ke udara. Selain itu, tumbuh-tumbuhan juga amat penting kerana ia

    mengawal kandungan karbon dioksida di udara. Apabila peratusan karbon dioksida di udara

    meningkat, maka kadar proses fotosintesis juga akan meningkat.

    Manakala Kitaran Oksigen pula, membawa maksud edaran gas oksigen di muka bumi

    ini melalui beberapa proses iaitu proses pembakaran, fotosintesis, pereputan dan juga

    pernafasan. Kitaran oksigen ini sentiasa memastikan kandungan oksigen di udara sentiasa

    berada pada tahap 21%. Gas Oksigen telah digunakan semasa proses pernafasan. Tumbuh-

    tumbuhan dan haiwan menggunakan oksigen untuk mengoksidakan segala makanan semasa

    proses pernafasan kemudian menghembuskan karbon dioksida ke udara. Semasa proses

    pernafasan berlaku, sel-sel dalam badan telah diberi tenaga untuk bergerak kemudian oksigen

    diserap ke dalam paru-paru dan dibawa ke seluruh badan. Dan karbon dioksida telah

    dikeluarkan semula semasa menghembuskan nafas. Selain itu, gas oksigen juga digunakan

    dalam proses pereputan di mana mikroorganisma akan menggunakan oksigen untuk

    menguraikan haiwan dan tumbuh-tumbuhan yang sudah mati.

    Dan kitaran yang terakhir adalah Kitaran Nitrogen. Kitaran Nitrogen merupakan gas

    nitrogen yang dibebaskan ke udara melalui proses penitritan oleh bakteria. Gas Nitrogen di

    udara berubah menjadi sebatian nitrat adalah melalui proses letusan gunung berapi, terjadinya

    kilat dan wujudnya aktiviti bakteria pengikat nitrogen. Jika tumbuh-tumbuhan dan haiwan yang

    telah mati, bakteria pereputan akan menguraikan tisu mati organisma kepada sebatian

    ammonia, kemudian sebatian ammonia ini diubah oleh bakteria penitritan menjadi nitrit

  • 5/24/2018 Pendidikan Alam Sekitar

    18/24

    18

    seterusnya menjadi nitrat. Akhirnya nitrat telah diubah oleh bakteria pendenitritan menjadi gas

    nitrogen semula.

    8.0 PROGRAM ALAM SEKITAR

    Melalui pendidikan alam sekitar terdapat banyak program program dan aktivitiaktiviti yang

    telah dirancang dan dilaksanakan oleh pelbagai pihak tidak kira badan kerajaan ataupun badan

    bukan kerajaan (NGO). Menurut Dasar Alam Sekitar Negara, Dasar Perubahan Iklim Negara

    dan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 yang merupakan asas pengurusan alam sekitar di negara

    kita. Jabatan Alam Sekitar (JAS) pula menguatkuasakan Akta Kualiti Alam Sekitar manakala

    Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) bertanggungjawab untuk dasar-dasar yang

    berkaitan dengan perubahan alam sekitar dan iklim seperti Dasar Alam Sekitar Kebangsaan

    dan Dasar Perubahan Iklim Negara. Selain itu, NRE juga bertanggungjawab untuk

    melaksanakan program-program alam sekitar atau projek-projek yang memberi manfaat kepada

    persekitaran global secara berkesan.

    8.1 Sekolah Lestari

    Program ini telah dilancarkan pada 27 januari 2005 di SMK Bandar Baru Bangi dalam satu

    Majlis Pelancaran Bersamaoleh Y.B. DatoSri AdenanHj. Satem, Menteri Sumber Asli dan Alam

    Sekitar dan YB Dato Sri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Pelajaran Malaysia. Program ini

    dilaksanakan adalah untuk memupuk nilai murni alam sekitar dalam kalangan warga sekolah.

    Selain itu, ia juga untuk meningkatkan tahap kesedaran warga sekolah mengenai kepentingan

    pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar. Program ini juga untuk menggalakkan warga

    sekolah melaksanakan aktivit mesra alam dan juga sekali gus dapat meningkatkan kerjasama

    antara sekolah dengan masyarakat dalam menjayakan pendidikan alam sekitar. Akhir sekali

    program ini juga bertujuan untuk menwujudkan suasana sekolah yang kondusif bagi melahirkan

    warga sekolah yang mempraktikkan amalan hidup lestari.

    Sekolah lestari ini memberi pendekatan yang menyeluruh kerana ia melibatkan semua

    lapisan warga sekolah bersama keluarga, komuniti setempat, kerajaan, pihak swasta dan juga

    badan bukan kerajaan. Selain itu, ia juga menitikberatkan pendekatan bersepadu dalam

    pengurusan, kurikulum, kokurikulum dan juga penghijauan sekolah. Dibawah program ini ia

  • 5/24/2018 Pendidikan Alam Sekitar

    19/24

    19

    telah menyediakan paying aktiviti alam sekitar. Ia telah menyenaraikan aktivitIaktiviti dibawah

    Sekolah Lestari iaitu seperti Projek Riadah Alam Sekitar (PRIAS), Projek Wira Alam, Toyota

    Eco Youth, RE & EE, Penceriaan Taman, Projek 3K, Kem Kesedaran Alam Sekitar dan lain-

    lain aktiviti.

    Bagi menilai setiap sekolah yang menyertai Sekolah Lestari, ia tel;ah menetapkan

    beberapa komponen iaitu pengurusan, kurikulum, kokurikulum dan komponen penghijauan.

    Dari segi komponen pengurusan, sekolah tersebut haruslah memiliki ataupun menyediakan

    sudut maklumat alam sekitar di bilik darjah dan kawasan tertentu di sekolah mereka. Selain itu,

    sekolah tersebut haruslah menyediakan dan mengimplementasikan peraturan sekolah yang

    berkaitan dengan alam sekitar. Melaui komponen penghijauan pula sekolah akan

    melaksanakan program sekolah dalam taman. Dalam program sekolah dalam taman ini setiap

    pokok yang ditanam hendaklah dilabelkan dengan nama - nama sainstifik dan nama tempatan

    pokok tersebut seperti pokok Kesum yang dilabelkan dengan nama sainstifiknya iaitu

    Polygonum minu. Selain daripada itu terdapat juga program satu pelajar, satu pokok. Ia bagi

    memupuk rasa minat pelajar terhadap pokok dan alam sekitar.

    Dalam aspek ko-kurikulum pula, sekolah haruslah melaksanakan Program Kitar Semula

    yang akan dikelolakan dibawah persatuan ataupun badan beruniform di sekolah. Melalui

    program ini pelajar akan mengumpulkan barang yang boleh dikitar semula dari rumah mereka

    sendiri dan barang tersebut di bawa ke sekolah. Rentetan daripada Program Kitar Semula

    tersebut akan diteruskan dengan aktiviti menghasilakan barangan yang kreatif melalui barang

    yang telah dikumpul tersebut. Maka para pelajar, guru dan keluarga secara tidak langsung

    terlibat dalam proses program tersebut. Hasil kreativiti pelajar dalam mengunakan barang kitar

    semula terhasillah model landskap, barangan dan sebagainya seperti lampiran. Elemen alam

    sekitar dalam Pembelajaran Dan Pengajaran (P&P) juga diterapkan oleh guru semasa di dalam

    kelas. Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia menyatakan bahawa Pendidikan Alam

    Sekitar disepadukan dan diajar secara jelas dalam mata pelajaran seperti Pendidikan Moral,

    Geografi, Bahasa, Pendidikan Agama Islam dan juga dalam mata pelajaran Pendidikan Sivik

    dan Kewarganegaraan yang telah diperkenalkan pada tahun 2005. Melalui mata pelajaran di

    atas guru dapat menerapkan nilainilai murni dalam diri pelajar sebagai contoh dalam subjek

    Bahasa Melayu, guru mengajar tajuk karangan dan memberikan risalah risalah tentang

    pencemaran alam sekitar. Kemudian meminta pelajar untuk menyatakan faktor berlakunya

    pencemaran dan kesan pencemaran terhadap bumi dan masyarakat. Ia secara tidak langsung

  • 5/24/2018 Pendidikan Alam Sekitar

    20/24

    20

    dapat mmperlihatkan pelajar bagaimana ,manusia sendiri yang memusnahkan tempat tinggal

    mereka.

    Program ini telah bermula sejak tahun 2005 sehingga sekarang. Sekolah yang

    memenangi pertandingan ini akan menerima Sijil Khas Sekolah Lestari- Anugerah Alam Sekitar.

    Permohonan penyertaan bagi program Sekolah Lestari semakin meningkat bermula dari tahun

    2005/2006 iaitu sebanyak 67 sekolah kepada 116 buah sekolah pada tahun 2007/2008.

    Pemenang pada tahun 2009/2010 ialah SMK ST. Michael, Penampang bagi kategori

    menengah, manakala SJK (C) Tuang Hua, Sibu bagi kategori rendah.

    8.2 Projek Hijau Lestari

    Projek Hijau Lestari menurut laman webnya merupakan satu Projek Berasaskan Komuniti

    (community based project) yang memerlukan penyertaan dari semua golongan komuniti dalam

    pengurangan sisa makanan ke tapak pelupusan. Terdapat dua projek iaitu Projek Hijau Lestari

    Komuniti dan Projek Hijau Lestari Sekolah. Kedua-dua projek ini mengajak semua komuniti

    termasuk murid-murid, guru-guru dan pekerja-pekerja sekolah untuk melibatkan diri dalam

    aktiviti menjaga alam sekitar bermula di rumah. Aktiviti ini dilaksanakan secara berperingkat dan

    berterusan dan menjadi sebahagian daripada projek 'Low Carbon Society'. Projek ini mendapat

    sokongan daripada Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan juga BioSense.

    Konsep asas Projek Hijau Lestari ini adalah untuk mengurangkan sisa daripada

    sumbernya iaitu; reduce, recycle and reuse. Melalui projek ini kawasan ataupun dipanggil

    penjana sisa seperti rumah, kantin, pusat penjaja bertanggungjawab dalam menguruskan sisa

    buangan mereka. Oleh itu, projek ini ia ingin mengajar pelbagai lapisan masyarakat bagaimana

    untuk menguruskan sisa pembuangan mereka. Pasukan Biosense akan mengajar para peserta

    untuk merawat sisa makanan untuk menjadi baja kompos. Kemudian baja kompos tersebut

    boleh digunakan untuk tanaman sendiri ataupun dujual semula kepada Biosense mengikut

    kualiti dan harga yang ditetapkan ia dikenali sebagai buy back program. Antara sekolah dan

    kawasan yang terlibat ialah SK Seremban 2, SK Taman Dusun Nyior, SMK Dato' Sheikh

    Ahmad, Taman Sri Kasih, Seremban dan banyak lagi.

  • 5/24/2018 Pendidikan Alam Sekitar

    21/24

    21

    8.3 Sahabat Alam Malaysia

    Sahabat Alam Malaysia ataupun SAM merupakan sebuah badan bukan kerajaan (NGO). SAM

    ditubuhkan pada tahun 1977, Presiden SAM ialah S.M. Mohammad Idris dan betapak di Pulau

    Pinang. Tujuan penubuhan SAM ialah untuk memelihara alam yang dianugerah dan

    diamanahkan oleh Tuhan daripada dieksploitasi dan dimusnahkan oleh kegiatan manusia

    dalam pelbagai bentuk kegiatan atas nama pembangunan dan kemajuan. SAM teruskan

    perjuangan mereka dalam membina kesedaran kritikal masyarakat dan kerajaan bagi semua

    peringkat dalam mengawal kegiatan manusia terhadap alam. Ia untuk mengembalikan kita

    dalam menguruskan sumber alam demi keharmonian hidup dan untuk generasi masa depan.

    Pada tahun 1983, SAM telah menyertai Friends of the Earth International (FoEI), dan

    menerbitkan beberapa buku dan majalah berita. SAM berperanan dalam mengerakkan kempen

    mengenai pencemaran, penggunaan tanah, penyah-hutanan, perikanan, tenaga, air,

    empangan, pertanian, hak orang asli dan perlancongan.

    SAM juga telah membuat satu kerjasama dengan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS)

    dalam Program Kesedaran Alam Sekitar yang diadakan pada 18.02.2011 di Tg. Uda River

    Resort, Kg Setiawan, Daerah Manjung, Perak Darul Ridzuan. Program tersebut disertai oleh 50

    orang peserta yang terdiri dari pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Seri Iskandar dan

    Universiti Perguruan Sultan Idris Shah (UPSI), Tg. Malim. Program ini berkaitan dengan

    kesedaran tentang pentingnya pemeliharaan sungai. Para peserta diberi penerangan tentang

    kaedah pemantauan kualiti air sungai secara biologi dan juga secara kimia.

    Antara kejayaan SAM ialah pembatalan projek penapisan minyak Sungai Limau

    Hidrokarbon Hub (SULIHH) oleh pihak Jabatan Alam Sekitar. Projek ini tidak diluluskan kerana

    laporan kesan alam sekitar (EIA) yang dikemukakan syarikat-syarikat terbabit tidak memenuhi

    Seksyen 34A(2), Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. SAM juga telah menerima penghargaan

    dengan penganugerahan Global 500, Honour Roll 1978, Alternative Global Price 1988 Goldman

    Award 1991, Conde Nast Travel Environmental Award 1998 dan The Right Liverhood Award.

    8.4 Kitar Semula

    Pada 2 Disember 2000, program kitar semula dilancarkan secara rasminya dengan penglibatan

    Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Program Kitar Semula telah mencecah usia 14 tahun

    pelaksanaannya dan kadar kitar semula telah meningkat daripada 5% pada tahun 2006 kepada

  • 5/24/2018 Pendidikan Alam Sekitar

    22/24

    22

    10.5% pada tahun 2012 manakala 22% pada tahun 2020. Peningkatan ini sudah mula

    meunjukkan bahawa rakyat Malaysia mengambil berat tentang longgokan sisa pepajal yang

    semakin meningkat. Menurut Japan International Corporation Agency(JICA) dalam laman web

    KPKT, jumlah sisa pepejal yang dihasilkan oleh penduduk negara ini akan meningkat dari tahun

    ke tahun dan menjelang tahun 2020, sisa pepejal yang dihasilkan dianggarkan sebanyak

    30,000 tan sehari.

    Program Kitar Semula ini dilaksanakan seluruh negara mengikut PBT yang terlibat telah

    menyeluruh bukan sahaja di bangunan-bangunan kerajaan, sekolah, malah di bangunan

    persendirian dan kawasan awam juga diletakkan tong-tong kitar semula. Promosi di media

    massa juga meluas bagi merancakkan lagi kempen ini. Selepas melihat masalah yang akan

    dihadapi oleh negara pada masa hadapan, pihak KPKT lebih komited dalam meneruskan

    program. Ia dapat dilihat dengan pembelian Tong Kitar Semula 240 liter yang akan diserahkan

    kepada PBT, pembinaan dua buah pusat pengumpulan kitar semula berskala besar di Subang

    Jaya, Selangor dan PPR Taman Intan Baiduri , Kuala Lumpur, penganjuran Forum 3R, Projek

    Perintis Kempen Kitar Semula di lapan Presint di Putrajaya dan banyak lagi. menurut surat

    maklum balas kepada Utusan Malaysia yang berkaitan aktikel yang bertajuk Kempen

    Kesedaran Kitar Semula Gagal? bertarikh 8 Disember 2010 menyatakan tentang kajian

    Penilaian Outcome dan Impak Projek Perintis Kempen Kitar Semula di lapan Presint di

    Putrajaya mendapati majoriti penduduk bersetuju kempen yang dilaksanakan kerana ia telah

    meningkatkan tahap kesedaran mereka terhadap aktiviti kitar semula dan sekali gus

    mempengaruhi mereka untuk terus mengitar semula.

    Pihak kementerian juga menjalankan program anjuran bersama dengan Danish

    International Development Assistance (DANIDA) di seluruh Malaysia. Antara program tersebut

    seperti Recycle Bank in Schools & 3R Aktivity in Rural Community di Pulau Pinang, 2Recycling

    Activities in Selected Model Schoolsdi Kinta Selatan, Perak dan Schedule Collection of Bulky

    Wastes and Recycleabledi Melaka.

    8.5 Hari Tanpa Beg Plastik

    Melaui satu kenyataan media yang dikeluarkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri,

    Koperasi dan Kepenggunaan telah melancarkan Majlis Pelancaran Kempen Kurangkan

    Penggunaan Beg Plastik Dan Hari Tanpa Beg Plastik peringkat Wilayah. Pada 16 Oktober 2010

  • 5/24/2018 Pendidikan Alam Sekitar

    23/24

    23

    menteri PDNKK mengumumkan kempen Hari Tanpa Bag Plastik pada setiap hari sabtu

    dilaksanakan diseluruh negara mulai 1 Januari 2011. Kempen ini dilaksanakan berperingkat-

    peringkat bermula daripada tahun 2010-2011 dan ecara menyeluruh pada tahun 2013. Hari

    Tanpa Beg Plastik merupakan satu kempen yang dimulakan oleh kerajaan Selangor. Kempen

    ini bertujuan untuk memupuk rasa sayangkan bumi ini dan berharap ia mampu dijadikan

    sebagai tabiat harian dan bukan sahaja untuk hari Sabtu bagi penduduk di Selangor.

    Kempen ini telah mendapat sokongan daripada organisasi-organisasi dan pasaraya-

    pasaraya besar seperti Giant, Tesco, SpeedMart, 7-Eleven, TF Value, dan sebagainya. Menurut

    Utusan Online, Kerajaan negeri Melaka akan melaksanakan 'Hari Tanpa Beg Plastik' pada

    setiap Jumaat dan Sabtu di semua pasar raya dan pusat beli-belah di negeri itu bermula 1 April.

    Pasaraya yang terlibat ialah Pasaraya Aeon, Tesco dan Mydin. Kesedaran untuk kempen ini

    timbula apabila melihat kenyataan yang menyatakan lebih kurang 500 billion ke 1 trilion beg

    plastik digunakan serata dunia. Ini bermaksud lebih dari sejuta beg plastik dalam seminit.

    Menurut laman web rasmi Kementirian Penerangan lagi, sekiranya 1 daripada 5 rakyat

    Malaysia mengalkan kempen ini maka kita mengurangkan sebanyak 110,822,400,000 beg

    sepanjang umur. Negara China telah mengharamkan pemberian beg plastik secara percuma.

    9.0 PENUTUP

    Pendidikan alam sekitar sepatutnya diterapkan sejak dari awal lagi oleh ibu bapa sendiri. Hal ini

    kerana pendidikan tidak fomal dirumah dan persekitaran banyak memberi impak kepada

    kehidupan masa hadapan mereka. Sifat cintakan alam sekitar dan tahap kesedaran terhadap

    alam sekitar perlu ditingkatkan sekarang supaya sikap kiat yang sayangkan alam sekitar

    menjadi satu tabiat yang baik dan menjadi ikutan generasi akan dating. Sebagai contoh

    membuang sampah keluar dari kenderaan, anak-anak akan mengikut ibu bapa mereka yang

    selalu membuang sampah keluar dari kenderaan tanpa rasa bersalah dan merasakan perkara

    tersebut satu kebiasaan mereka.

    Walaupun kerajaan dan banyak NGO yang terlibat dalam memberikan kesedaran

    kepada masyarakat akan tetapi masyarakat masih lagi tidak dapat memahami secara kritikal

    masalah alam sekitar sekarang ayang akan memeberi impak kepada kehidupan masa hadapan

    anak bangsa nanti. Oleh itu, hebahan dan juga kempen perlu dilaksanakan dengan

    memberikan fokus terhadap promosi dan juga hebahan di laman sesawang. Ini kerana generasi

  • 5/24/2018 Pendidikan Alam Sekitar

    24/24

    24

    sekarang lebih dekat dengan laman sesawang ini terutamanya Facebook, Twitter, Instagram

    dan sebagainya. Medium seperti boleh diguna pakai oleh pihak perlaksana untuk

    mempromosikan pendidikan alam sekitar pada masa kini dan jagan terlalu bergantung kepada

    telivesyen, radio dan akhbar sahaja.

    Pendidikan alam sekitar bukan sahaja mengajar kita untuk mengenal bumi kita dan

    mencintainya malah mengajar kita untuk berhadapan dengan segalan situasi bencana alam

    yang bakal berlaku. Selain itu, ia mengajar kita juga untuk cuba memperbaiki kesalahan yang

    kita lakukan kepada alam sekitar kita. Sebagai contoh bagaimana untuk mengurangkan

    pembuangan sisa pepejal dan sebagainya. Oleh itu, pendidikan alam sekitar ini merupakan satu

    proses pembelajaran yang panjang dan boleh dikatakan sebagai pembelajaran sepanjang

    hidup. Sekiranya kita tidak mahu hidup dalam persekitaran yang tidak kondusif maka

    berubahlah dari sekarang untuk menjamin kehidupan yang nyaman pada masa hadapan.