28
KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL PEMBUATAN PERABOT TINGKATAN 2 2014

PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL - · PDF filev KANDUNGAN 1. RUKUN NEGARA vi 2. FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN vii 3. KATA PENGANTAR viii 4. PENGENALAN 4.1 Matlamat Pendidikan

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL -  · PDF filev KANDUNGAN 1. RUKUN NEGARA vi 2. FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN vii 3. KATA PENGANTAR viii 4. PENGENALAN 4.1 Matlamat Pendidikan

i

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH

PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL

PEMBUATAN PERABOT

TINGKATAN 2

2014

Page 2: PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL -  · PDF filev KANDUNGAN 1. RUKUN NEGARA vi 2. FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN vii 3. KATA PENGANTAR viii 4. PENGENALAN 4.1 Matlamat Pendidikan

ii

Page 3: PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL -  · PDF filev KANDUNGAN 1. RUKUN NEGARA vi 2. FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN vii 3. KATA PENGANTAR viii 4. PENGENALAN 4.1 Matlamat Pendidikan

iii

DOKUMEN STANDARD

PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL (PAV)

MODUL ELEKTIF KEMAHIRAN VOKASIONAL

PEMBUATAN PERABOT

TINGKATAN 2

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

Page 4: PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL -  · PDF filev KANDUNGAN 1. RUKUN NEGARA vi 2. FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN vii 3. KATA PENGANTAR viii 4. PENGENALAN 4.1 Matlamat Pendidikan

iv

Copyright © 2013 Bahagian Pembangunan KurikulumKementerian Pendidikan MalaysiaAras 4-8, Blok E9, Kompleks E,Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan62600 Putrajaya

Cetakan Pertama 2014

Tidak dibenarkan mengeluarkan ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa-apa jugabentuk dan dengan apa cara pun sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman, atau lain-lain sebelum mendapatkebenaran bertulis daripada Pengarah, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, Aras 4-8, Blok E9,Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 WP Putrajaya

Page 5: PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL -  · PDF filev KANDUNGAN 1. RUKUN NEGARA vi 2. FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN vii 3. KATA PENGANTAR viii 4. PENGENALAN 4.1 Matlamat Pendidikan

v

KANDUNGAN

1. RUKUN NEGARA vi

2. FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN vii

3. KATA PENGANTAR viii

4. PENGENALAN4.1 Matlamat Pendidikan Asas Vokasional4.2 Objektif Pendidikan Asas Vokasional4.3 Kurikulum Berasaskan Kompetensi4.4 Kurikulum Modular Berasaskan Standard

1111

5. PELAKSANAAN5.1 Waktu Pengajaran dan Pembelajaran (P&P)5.2 Penggunaan Teknologi Dalam P&P

22

6. DOKUMEN STANDARD KURIKULUM (DSK)6.1 Matlamat Modul6.2 Objektif Modul6.3 Fokus Modul6.4 Strategi Pengajaran dan Pembelajaran6.5 Organisasi Standard Kurikulum6.6 Standard Kandungan, Standard Pembelajaran dan Kriteria Pencapaian

44445

6-14

Page 6: PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL -  · PDF filev KANDUNGAN 1. RUKUN NEGARA vi 2. FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN vii 3. KATA PENGANTAR viii 4. PENGENALAN 4.1 Matlamat Pendidikan
Page 7: PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL -  · PDF filev KANDUNGAN 1. RUKUN NEGARA vi 2. FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN vii 3. KATA PENGANTAR viii 4. PENGENALAN 4.1 Matlamat Pendidikan

vi

RUKUN NEGARA

BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh

masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat

dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaan yang kaya dan

berbagai-bagai corak; membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden;

MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut

berdasarkan prinsip-prinsip berikut :

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN

KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA

KELUHURAN PERLEMBAGAAN

KEDAULATAN UNDANG-UNDANG

KESOPANAN DAN KESUSILAAN

Page 8: PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL -  · PDF filev KANDUNGAN 1. RUKUN NEGARA vi 2. FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN vii 3. KATA PENGANTAR viii 4. PENGENALAN 4.1 Matlamat Pendidikan

vii

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan

bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan

kepercayaan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan,

berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap

keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

Page 9: PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL -  · PDF filev KANDUNGAN 1. RUKUN NEGARA vi 2. FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN vii 3. KATA PENGANTAR viii 4. PENGENALAN 4.1 Matlamat Pendidikan

viii

Kata Pengantar

Dokumen Standard Kurikulum (DSK) ialah dokumen yang bertujuan untuk memenuhi cita-cita murni dan semangat FalsafahPendidikan Kebangsaan, dan menyediakan murid menghadapi arus globalisasi serta ekonomi berasaskan pengetahuan pada abadke-21.

Dokumen ini menyarankan strategi pengajaran dan pembelajaran yang merangkumi pelbagai aktiviti dan penggunaan sumber.Guru digalakkan menggunakan kreativiti untuk memilih, menyusun dan mengolah aktiviti mengikut kesesuaian murid. DSK inidiharapkan dapat membantu guru merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran secara berkesan. Dalammelakukan aktiviti pengajaran dan pembelajaran, guru diharapkan dapat memberikan penekanan pada unsur bernilai tambah, iaitukemahiran berfikir, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, kemahiran belajar cara belajar, kajian masa depan, kecerdasanpelbagai, pembelajaran kontekstual, dan pembelajaran konstruktivisme. Di samping itu, nilai murni dan semangat patriotik dankewarganegaraan tetap diutamakan. Semua elemen ini diharapkan dapat memberikan keyakinan kepada murid dan bolehdiaplikasikan dalam kehidupan harian dan dunia pekerjaan.

DSK ini menjelaskan standard pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid berasaskan pendekatan masteri. Hasil pembelajarantersebut dinyatakan secara eksplisit mengikut tahap kesukaran isi kandungan dan tahap keupayaan murid. Kandungan DSK inimenggariskan standard pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid. Pernyataan dalam Standard Pembelajaran memberikancabaran yang sesuai dengan murid pada tahap tertinggi dalam pendidikan sekolah menengah. DSK ini seharusnya dapatmembantu guru merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.

Dalam menyediakan DSK yang dibangunkan ini banyak pihak yang terlibat terutama guru, pensyarah, penyelidik, eksekutif industri,pegawai Kementerian Pendidikan Malaysia dan individu yang mewakili badan-badan tertentu. Kepada semua pihak yang telahmemberikan sumbangan kepakaran, masa, dan tenaga sehingga terhasilnya DSK ini, Bahagian Pembangunan Kurikulummerakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih.

(Dr. MASNAH BINTI ALI MUDA)PengarahBahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Page 10: PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL -  · PDF filev KANDUNGAN 1. RUKUN NEGARA vi 2. FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN vii 3. KATA PENGANTAR viii 4. PENGENALAN 4.1 Matlamat Pendidikan
Page 11: PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL -  · PDF filev KANDUNGAN 1. RUKUN NEGARA vi 2. FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN vii 3. KATA PENGANTAR viii 4. PENGENALAN 4.1 Matlamat Pendidikan

1

PENGENALANStruktur Kurikulum Standard Pendidikan Asas Vokasional (PAV) digubal berlandaskan prinsip-prinsip Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

(KBSM) yang selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Matlamat Pendidikan Asas VokasionalMatlamat PAV adalah untuk menyediakan peluang kepada murid lepasan UPSR menjadi modal insan berkemahiran bekerja dan bersedia

melanjutkan pembelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

Objektif Pendidikan Asas Vokasional

Objektif PAV adalah untuk menjadikan aliran pendidikan vokasional sebagai pilihan selain daripada aliran perdana yang sedia ada. Ini

bersesuaian dengan murid berisiko untuk tercicir, agar dapat menimbulkan minat belajar yang berterusan terutama dalam bidang kerja tangan.

PAV dilihat mampu menggilap potensi belajar murid melalui kurikulum yang dapat memberikan kemahiran generik asas dan kemahiran spesifik

pekerjaan. Kemahiran ini, yang memang dituntut oleh majikan dan industri, akan menanam kemahiran yang menjadi asas kepada

pembentukan sahsiah dan pembangunan karakter yang mantap. PAV turut menyediakan murid dengan pengetahuan dan kemahiran

pekerjaan serta memberikan pendedahan dan bimbingan agar mereka kritis, kreatif dan inovatif. Melalui aktiviti yang menarik dan berkesan,

murid dapat membuat keputusan dalam mencorakkan masa depan serta menerap dan mengembangkan kompetensi keusahawanan serta

menjana budaya niaga.

Kurikulum Berasaskan Kompetensi

Kurikulum PAV adalah menggunakan konsep Kurikulum Berasaskan Kompetensi yang membenarkan murid mengulang semula kompetensi

yang belum dicapai sehingga murid PAV kompeten sesuatu kemahiran yang di perlukan oleh Kriteria Pencapaian.

Kurikulum Modular Berasaskan Standard

Kurikulum Pendidikan Asas Vokasional digubal dalam bentuk pernyataan Standard Kandungan, Standard Pembelajaran dan Kriteria

Pencapaian yang mengandungi elemen pengetahuan, kemahiran dan nilai yang telah dikenal pasti perlu dikuasai oleh murid.

Standard Kandungan

Pernyataan spesifik tentang disiplin ilmu yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh

persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai.

Standard Pembelajaran

Satu penetapan kriteria untuk memastikan kualiti pembelajaran dan pencapaian bagi setiap Standard Kandungan

Page 12: PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL -  · PDF filev KANDUNGAN 1. RUKUN NEGARA vi 2. FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN vii 3. KATA PENGANTAR viii 4. PENGENALAN 4.1 Matlamat Pendidikan

2

Kriteria Pencapaian

Kriteria pencapaian adalah kenyataan yang mengkhususkan apa yang perlu ditaksir dan tahap pencapaian yang diperlukan bagi setiap

Standard Pembelajaran.

PELAKSANAAN

Waktu Pengajaran dan Pembelajaran (P&P)

Waktu P&P modul ini diperuntukkan sebanyak 30 waktu seminggu selama 35 minggu menjadikan keseluruhan 1050 waktu setahun.

Guru berlatar belakang opsyen Kejuruteraan Awam/ Membuat Perabot paling sesuai mengajar modul ini. Pelaksanaan modul ini hendaklah

menggunakan prasarana yang sedia ada. Jika sekolah mempunyai kekurangan prasarana, guru haruslah membuat perancangan supaya

pengajaran ini dapat dilaksanakan sebaik mungkin.

Penggunaan Teknologi Dalam P&P

Dicadangkan, guru boleh menggunakan bahan/ peralatan sebenar yang sedia ada untuk mengajar modul ini. Sekiranya kemahiran masih

belum dapat dikuasai sepenuhnya maka ia boleh diperkukuhkan secara merentas kurikulum dalam disiplin ilmu lain. Guru perlulah kreatif

dalam P&P yang melibatkan penggunaan bahan/peralatan di bilik darjah/ bengkel/ makmal/ ladang/ lapangan. Guru perlu mengolah P&P

supaya mengintegrasikan TMK serta keusahawanan dapat diaplikasikan.

Page 13: PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL -  · PDF filev KANDUNGAN 1. RUKUN NEGARA vi 2. FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN vii 3. KATA PENGANTAR viii 4. PENGENALAN 4.1 Matlamat Pendidikan

3

DOKUMEN STANDARD KURIKULUM

PEMBUATAN PERABOT

Page 14: PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL -  · PDF filev KANDUNGAN 1. RUKUN NEGARA vi 2. FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN vii 3. KATA PENGANTAR viii 4. PENGENALAN 4.1 Matlamat Pendidikan
Page 15: PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL -  · PDF filev KANDUNGAN 1. RUKUN NEGARA vi 2. FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN vii 3. KATA PENGANTAR viii 4. PENGENALAN 4.1 Matlamat Pendidikan

4

Matlamat ModulMatlamat Modul Pembuatan Perabot adalah untuk melahirkan murid yang berpengetahuan dalam bidang penghasilan perabot.

Murid juga berkemahiran menggunakan alatan tangan dan mesin. Selain itu, murid akan berkebolehan melaksanakan proses

penghasilan perabot. Murid diharapkan dapat mengamalkan peraturan keselamatan bengkel dan etika kerja yang baik serta boleh

meneruskan pembelajaran dalam bidang ini ke peringkat yang lebih tinggi untuk melahirkan modal insan yang berkemahiran tinggi

pada masa akan datang.

Objektif ModulDi akhir modul ini, murid akan dapat;

1. Menyediakan bahan kerja perabot.

2. Menyediakan bahagian-bahagian perabot.

3. Menyediakan komponen-komponen perabot.

4. Memasang bahagian perabot

5. Mengaplikasi Keupayaan Teras

Fokus ModulKurikulum Standard Pendidikan Asas Vokasional dalam bidang Kejuruteraan Awam/Dekorasi Dalaman memberi penekanan kepada asas

pengetahuan berteraskan kepada perkembangan dan penggabungan domain pengetahuan kerjaya, kompetensi kemahiran teknikal dengan

menerapkan aspek keselamatan, teknologi hijau dan keusahawanan.

Strategi Pengajaran dan Pembelajaran

Proses pengajaran dan pembelajaran adalah berpusatkan murid untuk menggalakkan pembelajaran, mengekalkan minat dan menimbulkan

kesedaran murid supaya terus maju dengan menggunakan pendekatan holistik seperti berikut:

Pendekatan modular berasaskan kompetensi

Pendekatan pembelajaran berasaskan masalah, tugasan dan aktiviti

Pendekatan pembelajaran melalui penghasilan produk

Pembelajaran autentik (kontekstual dan konstruktif)

Pembelajaran kolaboratif dan koperatif Pembelajaran masteri Integrasi TMK merentas kurikulum Integrasi keusahawanan merentas kurikulum Lawatan industri Pengurusan kewangan berhemah

Page 16: PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL -  · PDF filev KANDUNGAN 1. RUKUN NEGARA vi 2. FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN vii 3. KATA PENGANTAR viii 4. PENGENALAN 4.1 Matlamat Pendidikan

5

Organisasi Standard KurikulumStandard Kurikulum modul ini disusun supaya mempunyai kesinambungan dengan pengetahuan dan kemahiran di Tingkatan 2 hingga 3.

Standard Kandungan mempunyai satu atau lebih Standard Pembelajaran yang dikonsepsikan berdasarkan bidang pembelajarantertentu. Standard Kandungan ditulis mengikut hierarki dalam domain kognitif dan afektif. Pernyataan Standard Kandungan inimerupakan pernyataan umum yang mengandungi unsur pengetahuan, kemahiran berfikir, sikap dan nilai murni yang sesuai denganStandard Pembelajaran yang dihasratkan. Secara am, Standard Pembelajaran disusun mengikut hierarki dari mudah ke kompleks,sungguhpun begitu urutan Standard Pembelajaran dan Kriteria Pencapaian boleh diubahsuai mengikut kesesuaian dan keperluanpembelajaran.

Aktiviti boleh dipelbagaikan untuk mencapai satu Standard Kandungan bagi memenuhi keperluan pembelajaran, sesuai dengankebolehan serta gaya pembelajaran murid. Guru digalakkan merancang aktiviti yang dapat melibatkan murid secara aktif bagi menjanapemikiran secara analitis, kritis, inovatif dan kreatif di samping menggunakan teknologi sebagai wahana dalam mencapai StandardKandungan tersebut dengan lebih berkesan. Selain daripada itu, kurikulum ini turut menerapkan elemen keusahawanan, kreativiti daninovasi sebagai persediaan ke arah menyediakan modal insan yang berupaya menyumbang ke arah menjadikan negara sebagai negaraberpendapatan tinggi selaras dengan hasrat Model Baru Ekonomi.

Page 17: PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL -  · PDF filev KANDUNGAN 1. RUKUN NEGARA vi 2. FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN vii 3. KATA PENGANTAR viii 4. PENGENALAN 4.1 Matlamat Pendidikan

6

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN KRITERIA PENCAPAIAN

1. Menyediakan bahan

kerja perabot1.1 Mengenal pasti keperluan kerja

1.1.1 Mentafsir lukisan projek.1.1.2 Mengenal pasti spesifikasi produk dan komponen.1.1.3 Mengenal pasti tugasan berdasarkan spesifikasi produk.

1.2 Mengenal pasti bahan mentah 1.2.1 Mengenal pasti bahan berdasarkan lukisan projek.1.2.2 Menyenaraikan bahan mengikut keperluan produk

berdasarkan lukisan projek.1.2.3 Mengenal pasti kaedah mengurus bahan mengikut

Spesifikasi produk.1.2.4 Memeriksa keadaan bahan mengikut spesifikasi produk.

1.3 Memotong 1.3.1 Menentukan jenis- jenis mesin memotongmengikut spesifikasi produk.

1.3.2 Melaraskan mesin memotong dan mengikut ukuranberdasarkan Standard Operation Procedure (SOP).

1.3.3 Menggunakan mesin memotong dengan kaedah yangbetul berdasarkan Standard Operation Procedure (SOP).

1.3.4 Membersihkan kawasan kerja berdasarkan keperluankerja.

1.4 Mengetam kayu 1.4.1 Menentukan jenis- jenis mesin pengetam mengikutspesifikasi produk.

1.4.2 Melaraskan mesin pengetam mengikut ukuranberdasarkan Standard Operation Procedure (SOP).

1.4.3 Menggunakan mesin pengetam dengan kaedah yangbetul berdasarkan Standard Operation Procedure(SOP).

1.4.4 Membersihkan kawasan kerja berdasarkan keperluankerja.

Page 18: PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL -  · PDF filev KANDUNGAN 1. RUKUN NEGARA vi 2. FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN vii 3. KATA PENGANTAR viii 4. PENGENALAN 4.1 Matlamat Pendidikan

7

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN KRITERIA PENCAPAIAN

1.5 Membelah 1.5.1 Menentukan jenis- jenis mesin membelah mengikutspesifikasi produk.

1.5.2 Melaraskan mesin membelah mengikut ukuranberdasarkan Standard Operation Procedure (SOP).

1.5.3 Menggunakan mesin membelah dengan kaedah yangbetul berdasarkan Standard Operation Procedure (SOP).

1.5.4 Membersihkan kawasan kerja berdasarkan keperluankerja.

1.6 Membentuk kayu 1.6.1 Menentukan jenis- jenis mesin kumai mengikutspesifikasi produk.

1.6.2 Melaraskan mesin kumai mengikut ukuranberdasarkan Standard Operation Procedure (SOP).

1.6.3 Menggunakan mesin kumai dengan kaedah yangbetul berdasarkan Standard Operation Procedure(SOP).

1.6.4 Membersihkan kawasan kerja berdasarkan keperluankerja.

1.7 Menyediakan laporan aktiviti 1.7.1 Memeriksa bahan yang telah disediakan berdasarkanspesifikasi produk.

1.7.2 Menyimpan bahan mengikut prosedur penyimpanan.1.7.3 Melengkapkan rekod mengikut format berdasarkan

Standard Operation Procedure (SOP) dan spesifikasiProduk.

2. Menyediakan bahagian-bahagian perabot

2.1 Mengenal pasti keperluan kerja 2.1.1 Mentafsir lukisan projek2.1.2 Mengenal pasti spesifikasi produk dan komponen2.1.3 Mengenal pasti tugasan berdasarkan spesifikasi produk

Page 19: PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL -  · PDF filev KANDUNGAN 1. RUKUN NEGARA vi 2. FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN vii 3. KATA PENGANTAR viii 4. PENGENALAN 4.1 Matlamat Pendidikan

8

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN KRITERIA PENCAPAIAN

2.2 Mengenal pasti bahan mentah 2.2.1 Mengenal pasti bahan berdasarkan lukisan projek2.2.2 Menyenaraikan bahan mengikut keperluan produk

berdasarkan lukisan projek.2.2.3 Mengenal pasti kaedah mengurus bahan mengikut

Spesifikasi produk.2.2.4 Memeriksa keadaan bahan mengikut spesifikasi produk.

2.3 Menyediakan templet 2.3.1 Mentafsir lukisan projek mengikut skala penuh.2.3.2 Mengenal pasti bahan templet mengikut lukisan projek.2.3.3 Menyediakan templet mengikut lukisan projek.2.3.4 Menekap (trace) templet pada bahan berdasarkan

lukisan projek.2.3.5 Meletakkan penahan (stopper) di tempat yang ditentukan

berdasarkan spesifikasi templet.

2.4 Menghasilkan tanggam temudan tanggam jejari.

2.4.1 Mengenal pasti bahan mengikut lukisan kerja2.4.2 Mengenal pasti bahan perekat mengikut spesifikasi

produk.2.4.3 Melaraskan mesin mengikut ukuran berdasarkan

Standard Operation Procedure (SOP).2.4.4 Menggunakan mesin dengan kaedah yang betul

berdasarkan Standard Operation Procedure (SOP).2.4.5 Membersihkan kawasan kerja berdasarkan keperluan

kerja.

Page 20: PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL -  · PDF filev KANDUNGAN 1. RUKUN NEGARA vi 2. FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN vii 3. KATA PENGANTAR viii 4. PENGENALAN 4.1 Matlamat Pendidikan

9

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN KRITERIA PENCAPAIAN

2.5 Menghasilkan tanggam lekap 2.5.1 Mengenal pasti bahan mengikut lukisan kerja2.5.2 Mengenal pasti bahan perekat mengikut spesifikasi

produk.2.5.3 Melaraskan mesin mengikut ukuran berdasarkan

Standard Operation Procedure (SOP).2.5.4 Menggunakan mesin dengan kaedah yang betul

berdasarkan Standard Operation Procedure (SOP).2.5.5 Membersihkan kawasan kerja berdasarkan keperluan

kerja.

2.6 Membuat kerja merekat dan

mengapit

2.6.1 Mengenal pasti bahan kayu mengikut spesifikasi produk2.6.2 Mengenal pasti bahan perekat mengikut spesifikasi

produk.2.6.3 Melaraskan mesin mengikut ukuran berpandukan

Standard Operation Procedure (SOP) dan spesifikasiproduk.

2.6.4 Menggunakan mesin dengan kaedah yang betul bagimenghasilkan kayu pepejal berlapis berdasarkanStandard Operation Procedure (SOP) dan spesifikasiproduk.

2.6. 5 Membersihkan kawasan kerja berdasarkan keperluankerja.

2.7 Menggunakan gergaji pita 2.7.1 Mengenal pasti bahan dan templet mengikut spesifikasiproduk.

2.7.2 Melaraskan mesin gergaji pita mengikut ukuranberdasarkan Standard Operation Procedure (SOP).

2.7 3 Menggunakan mesin gergaji pita dengan kaedah yangbetul berdasarkan Standard Operation Procedure (SOP).

2.7.4 Membersihkan kawasan kerja berdasarkan keperluankerja.

Page 21: PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL -  · PDF filev KANDUNGAN 1. RUKUN NEGARA vi 2. FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN vii 3. KATA PENGANTAR viii 4. PENGENALAN 4.1 Matlamat Pendidikan

10

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN KRITERIA PENCAPAIAN

2.8 Mengenal pasti keadaankomponen kayu padu berlaminat

2.8.1 Memeriksa kecacatan kandungan kelembapan dankuantiti kayu padu berlamint

2.8.2 Mengawal kelembapan kayu dengan kaedahpembungkusan

2.8.3 Pengesahan Pengawal Kualiti berdasarkan StandardOperation Procedure (SOP)

2.8.4. Menyimpan kayu padu berlaminat di tempat khasberdasarkan prosedur penyimpanan

2.9 Menyediakan laporan aktiviti 2.9.1 Melengkapkan senarai semak dan merekod mengikutformat berdasarkan spesifikasi produk.

3. Menyediakan

komponen perabot3.1 Mengenal pasti keperluan kerja.

3.1.1 Mentafsir lukisan projek.3.1.2 Mengenal pasti spesifikasi produk dan komponen.3.1.3 Mengenal pasti tugasan berdasarkan spesifikasi produk.

3.2 Mengenal pasti komponen

perabot.

3.2.1 Mengenal pasti komponen berdasarkan lukisan kerja.3.2.2 Menghasilkan komponen mengikut lukisan kerja.

Page 22: PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL -  · PDF filev KANDUNGAN 1. RUKUN NEGARA vi 2. FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN vii 3. KATA PENGANTAR viii 4. PENGENALAN 4.1 Matlamat Pendidikan

11

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN KRITERIA PENCAPAIAN

3.3 Membentuk mengunakan mesin. 3.3.1 Mengenal pasti bentuk mengikut bahagian-bahagianperabot berdasarkan lukisan kerja.

3.3.2 Membuat jig dan penetap berdasarkan lukisan kerja.3.3.3 Membuat acuan dan templet berdasarkan lukisan kerja.3.3.4 Melaras mesin pembentuk mengikut acuan dan templet

berpandukan standard operation prosedur (SOP).3.3.5 Menggunakan mesin pembentuk dengan kaedah yang

betul dan selamat berpandukan Standard OperationProsedur (SOP).

3.3.6 Menguji acuan dan templet dengan kaedah yangselamat.

3.3.7 Membersihkan kawasan kerja berdasarkan keperluankerja.

3.4 Membuat Lubang dan Puting. 3.4.1 Mengenal pasti tanggam lubang dan puting berdasarkanlukisan projek.

3.4.2 Melaras mesin pelubang dan pemuting mengikut ukuranberpandukan Standard Operation Procedure (SOP).

3.4.3 Menggunakan mesin melubang dan memuting dengankaedah yang betul dan selamat berpandukan StandardOperation Procedure (SOP).

3.4.4 Menguji ketepatan hasil kerja mengunakan alat yangbetul.

3.4.5 Membersihkan kawasan kerja berdasarkan keperluankerja.

3.5 Menebuk Lubang 3.5.1 Membuat jig dan penetap berdasarkan lukisan kerja3.5.2 Melaraskan mesin penebuk lubang mengikut ukuran

berpandukan Standard Operation Procedure (SOP).3.5.3 Menggunakan mesin penebuk lubang dengan kaedah

yang betul dan selamat berpandukan StandardOperation Procedure (SOP).

Page 23: PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL -  · PDF filev KANDUNGAN 1. RUKUN NEGARA vi 2. FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN vii 3. KATA PENGANTAR viii 4. PENGENALAN 4.1 Matlamat Pendidikan

12

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN KRITERIA PENCAPAIAN

3.5.4 Menguji ketepatan hasil kerja menggunakan alat yangbetul.

3.5.5 Membersihkan kawasan kerja berdasarkan keperluankerja

3.6 Melelas permukaan kayu. 3.6.1 Mengenal pasti jenis kertas pasir dan mesin pelelas yangakan digunakan.

3.6.2 Memasang kertas pasir dan melaraskan mesin pelelasdengan kaedah yang betul berpandukan StandardOperation Procedure (SOP).

3.6.3 Melelas permukaan projek menggunakan mesin pelelasdengan kaedah yang betul dan selamat berpandukanStandard Operation Procedure (SOP)

3.7 Menyediakan laporan aktiviti. 3.7.1 Memeriksa bahan komponen berdasarkan spesifikasiproduk.

3.7.2 Menyimpan komponen mengikut prosedur penyimpanan.3.7.3 Menyediakan rekod komponen perabot mengikut

Standard Operation Procedur (SOP) dan spesifikasiproduk.

4. Memasang Bahagian

Perabot

4.1 Mengenal pasti keperluan kerja. 4.1.1 Mentafsir lukisan projek.4.1.2 Mengenal pasti spesifikasi produk dan komponen.4.1.3 Mengenal pasti tugasan berdasarkan spesifikasi produk.

4.2 Mengenal pasti bahagian-

bahagian perabot

4.2.1 Menyenaraikan bahagian berdasarkan lukisan kerja.4.2.2 Memilih dan menentukan bahagian-bahagian perabot

mengikut lukisan kerja.

Page 24: PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL -  · PDF filev KANDUNGAN 1. RUKUN NEGARA vi 2. FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN vii 3. KATA PENGANTAR viii 4. PENGENALAN 4.1 Matlamat Pendidikan

13

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN KRITERIA PENCAPAIAN

4.3 Mengenal pasti jig pemasangan

dan penetap bahagian perabot

4.3.1 Mengenal pasti jenis jig pemasangan berdasarkankepada spesifikasi komponen.

4.3.2 Mengenal pasti kaedah penggunaaan jig pemasangandan penetap.

4.3.3 Memasang jig dan penetap mengikut jenis dankegunaannya berdasarkan spesifikasi produk.

4.3.4 Mematuhi kaedah pemasangan jig dan penetap.

4.3.5 Menguji jig pemasangan dan penetap mengikut jenis dankegunaannya berdasarkan lukisan kerja.

4.4 Memasang komponen perabot4.4.1 Mengenal pasti pemasangan komponen berdasarkan

lukisan kerja.4.4.2 Memilih bahan lekapan (hardware) berdasarkan

keperluan pemasangan.4.4.3 Mengenal pasti mesin dan mesin mudah alih

berdasarkan keperluan kerja.4.4.4 Menggunakan mesin dan mesin mudah alih dengan

kaedah yang betul dan selamat berpandukanStandard Operation Procedure (SOP).

4.4.5 Memeriksa dan menentukan kualiti pemasangankomponen berdasarkan lukisan kerja.

4.4.6 Menempatkan komponen siap ke ruang penyimpanan.

4.5 Menyediakan laporan aktiviti. 4.5.1 Memeriksa bahan komponen berdasarkan spesifikasiproduk

4.5.2 Menyimpan komponen mengikut prosedur penyimpananMenyediakan rekod komponen perabot mengikutStandard Operation Procedure (SOP) dan spesifikasiproduk.

Page 25: PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL -  · PDF filev KANDUNGAN 1. RUKUN NEGARA vi 2. FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN vii 3. KATA PENGANTAR viii 4. PENGENALAN 4.1 Matlamat Pendidikan

14

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN KRITERIA PENCAPAIAN

5. Mengaplikasi

Keupayaan Teras

5.1 Mengurus Kerja 5.1.1 Merancang kerja secara individu berdasarkan keperluan

kerja.

5.1.2 Menyenaraikan objektif dan matlamat berdasarkan

keperluan kerja.

5.1.3 Merancang ruang kerja individu berdasarkan keperluan

kerja.

5.1.4 Mengaplikasikan strategi penyelesaian masalah

berdasarkan keperluan kerja.

5.2 Menguruskan Sistem 5.2.1 Mengawal dan memperbaiki pengurusan sistem.

5.3 Mengurus Maklumat 5.3.1 Menyediakan maklumat bergambar berdasarkan

keperluan kerja.

5.3.2 Memproses maklumat menggunakan perisian komputer

berdasarkan keperluan kerja.

5.3.3 Menyediakan analisa maklumat berdasarkan keperluan

kerja.

5.3.4 Menyediakan laporan bercetak berdasarkan keperluan

kerja.

5.4 Kerjasama Dengan Rakan Sekerja 5.4.1 Membentuk jawatankuasa kecil berdasarkan keperluankerja.

5.4.2 Menyenaraikan peranan ahli jawatankuasa yang telah

dibentuk berdasarkan keperluan kerja.

5.4.3 Menyenaraikan nama-nama yang akan membentuk ahli

jawatankuasa berdasarkan keperluan kerja.

5.4.4 Menyenaraikan punca-punca yang menyebabkan

timbulnya konflik berdasarkan keperluan kerja.

5.4.5 Menyenaraikan kaedah penyelesaian konflik berkenaan

berdasarkan keperluan kerja.

Page 26: PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL -  · PDF filev KANDUNGAN 1. RUKUN NEGARA vi 2. FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN vii 3. KATA PENGANTAR viii 4. PENGENALAN 4.1 Matlamat Pendidikan
Page 27: PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL -  · PDF filev KANDUNGAN 1. RUKUN NEGARA vi 2. FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN vii 3. KATA PENGANTAR viii 4. PENGENALAN 4.1 Matlamat Pendidikan
Page 28: PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL -  · PDF filev KANDUNGAN 1. RUKUN NEGARA vi 2. FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN vii 3. KATA PENGANTAR viii 4. PENGENALAN 4.1 Matlamat Pendidikan

15

Terbitan:

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUMKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA