Upload
ayu-faizah
View
517
Download
13
Embed Size (px)
Citation preview
SEJARAH PENDIDIKAN ISLAM
DI MALAYSIA
Ahli Kumpulan :
HANANI BINTI ABDUL AZIZ : 3122008991
NOR FAIZAH BT ABDUL AZIZ : 3122008091
SUHANA BINTI ADNAN : 3122008021
NORIZAWATI BT ISHAK : 3122008981
DEFINISI PENDIDIKAN ISLAM BERDASARKAN
AL-QURAN DAN AL-HADIS
• Pendidikan dikenali sebagai tarbiah dalam bahasa Arab.
• Perkataan tarbiah berasal dari kata kerja
membawa maksud tumbuh,berkembang dan
memelihara.
• Antara makna ialah memperbaiki (islah), memimpin
dan mentadbir.
• Oleh itu, pendidikan dalam bahasa Arab disebutkan
tarbiah yang pada asalnya membawa makna
pertumbuhan, perkembangan dan ketinggian.
• Menurut al-Baidhawi, tarbiah bererti:
Pendidikan ialah menyampaikan sesuatu secara tahap demi tahap
menuju kepada kesempurnaan.
• Di samping attarbiah, terdapat berbagai-bagai istilah
yang digunakan bagi menjelaskan lagi pengertian
pendidikan. Antaranya ialah ta’lim, ta’dib dan tadris.
DEFINISI PENDIDIKAN ISLAM MENURUT
PARA SARJANA ISLAM
• Al-Qardhawi (1982) mendefinasikan pendidikan Islam
sebagai pendidikan bagi keseluruhan hidup termasuk
akal dan hati, rohani, jasmani, akhlak dan tingkah laku.
• Khurshid Ahmad ( 1975 ) mendefinisikan pendidikan
islam sebagai satu latihan aqliah, jasmaniah dan ruhiyah
bertujuan melahirkan, manusia lelaki dan wanita.
• Langgulung, Hassan (1979 ) menegaskan, pendidikan
dalam definisi yang luas membawa erti merubah dan
memindahkan nilai-nilai kebudayaan kepada setiap
individu dalam masyarakat melalui berbagai-bagai
proses. Proses pemindahan tersebut ialah
pengajaran, latihan dan induk-trinasi. Pemindahan
nilai-nilai melalui pengajaran ialah memindahkan
pengetahuan dari individu kepada individu yang lain;
dan latihan ialah membiasakan diri melakukan
sesuatu bagi memperoleh kemahiran, sementara
indoktrinasi pula menjadikan seseorang dapat meniru
apa yang dilakukan oleh orang lain. Ketiga-tiga proses
ini berjalan serentak dalam masyarakat primitif dan
moden
Dapatlah disimpulkan bahawa pendidikan Islam
merupakan proses mendidik dan melatih akal,jasmani
dan rohani manusia yang berasaskan wahyu al-
Quran dan Sunnah bagi melahirkan manusia yang
bertaqwa dan mengabdikan diri semata-mata kepada
Allah.
Ianya bukanlah merupakan pendidikan yang dibina
berdasarkan pemikiran dan kenyataan-kenyataan
yang berlaku di sekeliling manusia semata-mata.
Merupakan suatu pendidikan yang mempunyai
hubungan erat dengan penciptanya (Allah), bertujuan
untuk kebahagiaan manusia di dunia dan akhirat.
PENDIDIKAN ISLAM AWAL DI TANAH MELAYU
Kedatangan agama Islam ke alam me
Haron Din dan Sobri Salamon (1998) menyatakan
bahawa secara kasarnya perkembangan pendidikan
agama di Semenanjung Tanah Melayu mengalami empat
tahap, iaitu:
1. Institusi Rumah Imam atau Guru
2. Institusi Pondok
3. Institusi Madrasah
4. Sistem Sekular
INSTITUSI RUMAH IMAM ATAU GURU
• Sebelum wujudnya sistem persekolahan pendidikan
Islam berlangsung di rumah guru yang
berkebolehan dalam bidang agama.
• Mohd. Yusoff (1986) menyatakan, pendidikan Islam
di rumah guru biasanya diberi sesudah solat
Subuh, Zohor atau Maghrib.
• Murid-murid diajar mengenal huruf-huruf jawi
sebagai panduan untuk membaca & menghafal al-
Quran.
• Hindun Lidin(1986) menyatakan
INSTITUSI PONDOK
INSTITUSI MADRASAH
SISTEM SEKULAR
Pengenalan
-Menurut Zainal Abidin Abdul Kadir (1993) PI telah berjalan di bawah zamanpenjajahan selama lebih 400 tahun sehingga wujud penyata Razak 1956 dan
Penyata Rahman Talib 1960.
-PI telah dimasukkan dalam AKTA Pelajaran 1961 sebagai mata pelajarandalam jadual waktu dan diperuntukkan masa sebanyak 120 minit seminggu.
-Golongan pelajar (akhir tahun 1960an & awal 1970an ) menuntut agar pelajaran agama islam ditambah dan perlu diajar di maktab-maktab pusat –pusat pengajian tinggi serta mewujudkan universiti Islam dan mata pelajaran
agama Islamwajib diambil dalam peperiksaan awam.
-ABIM juga mendesak untuk meletakkan PI dalam mesyuarat melayu.
-Pada akhir tahun 1970an & awal 1980an, desakan tersebut telah diterima.
-Akhir tahun 1988, mata pelajaran Agama Islam dijadikan satu mata pelajaranyang mesti dipelajari oleh semua pelajar.dan ditambah masa dari 120 minit
kepada 240 minit.
Kronologi perkembangan sistem serta isi kurikulum pendidikan islam di Malaysia.
Pada peringkat awal iaitu peringkat yang masyhur dengan gelaran sekolahpondok, sistem pengajiannya dipanggil UMUMI (Abdullah ishak,1994) dimana
pembelajaran secara halaqah di hadapan guru pada waktu-waktu tertentu.
Pada tahun 1871, A.M Skinner ( Nazir sekolah-sekolah) menubuhkan sekolahMelayu dengan pengajaran al-quran dilakukan pada waktu petang dan pada
sebelah pagi pembelajaran seperti bacaan, mengira, ilmu hisab dan sebagainya. Penubuhan sekolah ini adalah ekoran daripada kurangnya sambutan kepada
sekolah vernakular yang ditubuhkan oleh kerajaan inggeris.
Setelah kemerdekaan, Penekanan Pendidikan Islam dalam sistem pendidikanKebangsaan bermula berdasarkan penyata Razak 1956, Penyata Rahman Talib
1960 dan Akta Pelajaran 1961.
Kurikulum Pengetahuan Agama islam pada ketika itu hanya menumpukankepada perkara-perkara asas seperti fiqh, Tauhid, Sejarah Islam dan pengajaran
beberapa ayat Al-quran dan hadis yang dipilih.
Pada awalnya, pengajaran Agama Islam adalah sekadar satu pemberianmaklumat dan tidak ada aspek pengamalan dan penghayatan yang mendalam. Pelajar-pelajar mengambil pelajaran agama hanya untuk mengetahui dan lulus
dalam peperiksaan awam seperti (SRP) dan (SPM).
Ekoran daripada itu, Pada tahun 1974, satu Jawatankuasa Mengkaji Mata Pelajaran Agama Islam Di Sekolah telah ditubuhkan bagi mengkaji dan menilaisemula kurikulum Pengetahuan Agama Islam termasuk pelaksanaannya yang
merangkumi kaedah pengajaran, penyeliaan dan tenaga pengajar.
Kajian yang dilakukan dilaporkan dalam Laporan Kabinet 1979. Diantararumusan yang dibuat berdasarkan kajian tersebut adalah seperti berikut ;
(a). Aspek amalan dan penghayatan islam tidak diberi penekanan di dalampengajaran dan pembelajaran agama islam.
(b). Pengajaran guru lebih banyak tertumpu kepada penyampaian pengetahuanagama dan sangat kurang dalam aspek amali.
(c). Mutu pengajaran berada di tahap yang rendah dan tidak menggunakan alatbantu mengajar yang diperlukan.
(d). Pembelajaran Agama Islam dan penghayatan belum sampai ke tahap yang diharapkan.
(e). Guru tidak mendapat penyeliaan dan bimbingan yang sewajarnya.
(f). Guru tidak mendapat latihan perguruan atau ikhtisas yang cukup.
Kesan daripada kelemahan-kelemahan tersebut, beberapa langkah telah diambil
untuk mengatasi masalah tersebut dan diantaranya ialah pemberian latihan
perguruan kepada guru-guru tidak terlatih, melantik pegawai-pegawai yang
mencukupi di Unit Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat
Pendidikan Daerah, mewujudkan nazir Mata Pelajaran Agama dan akhirnya
menggubal serta melaksanakan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR)
Pendidikan Islam pada tahun 1982 dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
(KBSM) pada tahun 1988.
Perkembangan Sekolah Agama (Arab) masa kini.
Institusi Panel Agama atau Sekolah Agama (Arab) dibiayai sepenuhnya oleh ;
(1). Jabatan atau Majlis Agama Islam Negeri.
(2). Kementerian Pendidikan.
(3). Pembiayaian sendiri oleh individu-individu atau lembaga pengurus.
Menurut LEPAI (1988) pada keseluruhannya, sekolah agama di negara ini di bawah
tanggungjawab pihak-pihak berkuasa yang berlainan.
Dari segi Pentadbiran, ianya dibahagaikan secara umum kepada 3 jenis iaitu;
(1). Sekolah Agama Rakyat (SAR)
(2). Sekolah Agama Kerajaan Negeri (SAN)
(3). Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA)
Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan Sekolah Agama Kerajaan Negeri (SAN)
Pembangunan sekolah agama rakyat di Malaysia banyak dibantu oleh pihak berkuasa negeri
dan pusat dalam mentadbir dan menguruskan perjalanannya agar lebih baik daripada sedia
ada.
Dari sejarahnya, sejak awal penubuhan ia di bawah kelolaan masyarakat tempatan.
Bagaimanapun oleh kerana terdapat kelemahan yang ketara, pihak berkuasa telah memutuskan
untuk mengambil alih SAR yang mendapat sambutan yang menggalakkan daripada masyarakat
tempatan menyebabkan kerajaan negeri terus memikul tanggungjawab tersebut.
Sekolah-sekolah Agama Rakyat (SAR) dalam negeri ini boleh dibahagikan kepada beberapa
jenis dari sudut sejarah penubuhannya. SAR boleh dibahagikan kepada lima jenis kategori iaitu
;
(i). Ia ditadbir sepenuhnya oleh Jemaah Pengelola Sekolah atau Lembaga Pengelola Sekolah dan
dibantu oleh Majlis Agama Islam dan Jabatan Agama Islam Negeri. Contohnya SAR di Perak,
Kedah dan Pulau Pinang.
(ii). Ia ditadbir oleh kerajaan Negeri tetapi kuasa lembaga pengelola masih wujud. Terdapat SAR
jenis ini dikategorikan sebagai sekolah Bantuan Kerajaan Negeri, seperti di Kelantan.
(iii).SAR yang telah diambil alih oleh Kerajaan Negeri sepenuhnya dan sekarang menjadi
sekolah milik Kerajaan Negeri. Ia juga dinamakan Sekolah Agama Negeri (SAN)
sepeti di Negeri Selangor, Kelantan, Terengganu, Melaka, dan Negeri Sembilan.
(iv). SAR yang telah diambil alih oleh kementeriaan Pelajaran dan dijadikan SMKA
seperti SMKA Masyhor, Pulau Pinang.
(v). SAR yang ditadbir oleh Kementerian melalui proses pendaftaran dan dijadikan
Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK). Ia ditadbir secara bersama antara
Kerajaan Negeri dan Lementerian Pelajaran. Berdasarkan maklumat terkini terdapat
lebih kurang 119 SAR & SAN yang telah dijadikan SABK.
Sekolah Agama Rakyat (SAR) Kelana Jaya adalah sekolah yang berdaftar
dengan Jabatan Agama Islam, Selangor ( JAIS ) telah memulakan operasinya
pada awal tahun 80'an.
Sekolah ini menawarkan matapelajaran agama yang menggunakan sukatan
pelajaran JAIS dan juga Jabatan Kemajuan Islam Malaysia ( JAKIM ).
Pengambilan pelajar bermula dari Darjah 1 hingga ke Darjah 6.
Pelajar-pelajar Darjah 5 akan menduduki peperiksaan Ujian Penilaian Kelas
Kafa ( UPKK ) yang dikelolakan oleh JAKIM dan pelajar Darjah 6 akan
menduduki Peperiksaan Sijil Rendah Agama ( PSRA ) yang dikelolakan oleh
JAIS.
Kedua-dua peperiksaan ini akan menjadi pra-syarat pengambilan pelajar ke
Sekolah Menengah Agama di bawah JAIS.
CONTOH SEKOLAH AGAMA RAKYAT
MATA PELAJARANTahap 1-Merangkumi pelajar-pelajar Darjah 1 hingga Darjah 3 yang mana matapelajarannya ialah subjek-subjek Feqah, Akhlak, Tauhid, Hafazan, Tilawah Al Quran, Asas Jawi dan Bahasa Arab.
Tahap 2-Merangkumi pelajar-pelajar Darjah 4 hingga Darjah 6 mempunyai tambahan 4 lagi subjek yaitu Tajwid, Khat, Sirah dan Imlak.
SYARAT KEMASUKANDarjah 1 ( 7 tahun ) hingga Darjah 6
WAKTU PERSEKOLAHANSesi pagi : 7.30 pagi - 10.30 pagiSesi petang : 2.45 ptg - 5.45 ptg
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA)
Sejarah penubuhan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) bermuladengan pengambilalihan 11 buah SM Agama Negeri (SMAN) dan SM Agama
Rakyat (SMAR) oleh Kementerian Pelajaran tahun 1977. Kini usia 11 buah sekolahtersebut telah genap 28 tahun (data pada tahun 2005).
Idea awal penubuhan SMKA diilhamkan oleh Pengarah Bahagian Agama Kementerian Pelajaran ketika itu, Allahyarham Hj Nik Mohammed Mohyideen bin
Hj Wan Musa. Menurut Allahyarham, langkah itu selaras dengan usaha untukmengubah citra sekolah-sekolah luwes dengan Dasar Pelajaran Kebangsaan. Hal inimemang menjadi hasrat Kementerian Pelajaran dan hasrat masyarakat Islam yang
sedar faedahnya.Sebelum ini beberapa langkah telah diambil dengan memberibantuan kepada sekolah-sekolah agama rakyat dan mencadangkan sekolah-sekolah
tersebut memperaktikkan sistem baru.
Penubuhan SMKA seiring dengan usaha pemodenan sistem pendidikan negara. Proses penambahbaikan sistem pendidikan Islam di sekolah-sekolah agama sesuaidengan perkembangan semasa. Justeru itu, ilham Allahyarham Hj Nik Mohammed
bin Hj Wan Musa ini telah direalisasikan oleh Tan Sri Dato' Paduka Dr Abdul Hamid bin Othman dan Dato' Zainal Abidin bin Hj Abdul Kadir
Matlamat SMKA
Mendidik pelajar dengan keperibadian Islam
Membekalkan ilmu yang memenuhi tuntutan duniawi dah ukhrawi
Memperkembangkan potensi pelajar dari segi minat, kreativiti, sahsiah dan
kepimpinan
Member peluang kepada pelajar untuk melanjutkan pelajaran dalam pelbagai
bidang ilmu dalam dan luar Negara
Objektif
Mencapai kecemerlangan kurikulum dank o-kurikulum
Melahirkan pelajar yang mengamalkan akhlak mulia
Membentuk generasi pelajar sebagai pemimpin yang boleh diteladani
Melahirkan pelajar yang mempunyai ketahan diri dalam menghadapi cabaran
budaya yang bercanggah dengan nilai-nilai Islam
Menyediakan pelajar yang dapat member sumbangan yang berkesan bagi
memenuhi keperluan Negara dan ummah
PROGRAM PENDIDIKAN SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA (SMKA)
PROGRAM KHAS AKTIVITI KO-KURIKULUM
Kelas Kemahiran Al-Quran Persatuan Falaq Syar'eei
Komputer Dalam Pendidikan Kelas Tarannum Al-Quran
Program Kecemerlangan SMKA Kumpulan Solat Jenazah
Badan Dakwah & Rohani
(BADAR)
Kelab Seni Khat
Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK)
PENGENALAN
Program Pendaftaran Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan Sekolah Agama Negeri (SAN) sebagai sekolah agama bantuan kerajaan (SABK) adalah satu usaha murni kerajaan untuk membantu dan memperkasakan sekolah-sekolah agama di Malaysia. Program ini pernah dicadangkan semula oleh jawatankuasa khas Tan Sri Murad pada Ogos 200
KONSEP SABK
1. Berdaftar dengan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).2. Ditadbir secara bersama antara KPM dan juga LPS/JAIN.3. Pemilikan tanah dan bangunan dikekalkan.4. Kurikulum agama negeri dikekalkan.5. Menerima pelbagai kemudahan dan bantuan.
TUJUAN DIDAFTARKAN SECARA SABK
1. Mempertingkatkan kualiti pengurusan pentadbiran.2. Mempertingkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran.3. Mempertingkatkan kualiti pengurusan sumber manusia.4. Mempertingkatkan kualiti prasarana dan kemudahan
SYARAT-SYARAT PENDAFTARAN
1. Sudah berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN).2. Melaksanakan sesi persekolahan sepenuh masa.3. Menggunakan dwi- kurikulum (kurikulum agama dan kurikulum kebangsaan).4. Mempunyai murid sendiri yang mengambil peperiksaan awam KPM.5. Mendapat persetujuan semua pihak yang berkepentingan terhadap sekolah.6. Mempunyai bangunan sendiri.7. Bangunannya dibina diatas tapak tanah yang berstatus wakaf.8. Memenuhi syarat keselamatan, kesihatan dan perancangan Pihak Berkuasa Tempatan.9. Bilangan muridnya melebihi 150 orang.10. Tidak menanggung hutang.
KELEBIHAN DIDAFTARKAN SEBAGAI SABK
1. Kelebihan Sekolah Agama- Menerima bantuan sumbangan bagi urusan pentadbiran sekolah.- Menerima bantuan modal bagi menampung keperluan pembangunan fizikal sekolah.- Menerima bantuan insentif (SAR sahaja) setelah memorandum Persefahaman (MOU) ditandatangani.- Jawatan hakiki diwujudkan.- Menerima guru terlatih sekiranya guru sedia ada tidak mencukupi.- Kurikulum agama dan pelaksanaan Sijil Tinggi Agama (STAM) dikekalkan.
2. Kelebihan kepada guru dan kakitangan
- Berpeluang diserap ke dalam perkhidmatan kerajaan.- Berpeluang menikmati gaji dan elaun yang setaraf dengan kelayakan.- Berpeluang mendapat kenaikan pangkat.- Berpeluang mendapat kemudahan kerajaan.- Berpeluang mengikuti kursus iktisas.- Berpeluang melanjutkan pelajaran.- Berpeluang untuk ikut serta dalam akyiviti KPM
3. Kelebihan kepada murid
- Berpeluang mendapat bantuan.- Berpeluang bersaing dengan murid- murid di sekolah aliran perdana.- Berpeluang melanjutkan pelajaran ke sekolah-sekolah KPM yang
terbaik.- Berpeluang untuk ikut serta dalam aktiviti anjuran KPM.- Berpeluang mendapat pendidikan yang LEBIH berkualiti
CARA MEMOHON
1. Menghantar surat permohonan dan saliran keputusan mesyuarat Ahli Lembaga Pengelola Sekolah (LPS) atau Pihak Berkuasa Agama Negeri kepada Bahagian Pendidikan Islam.
2. Menghantar profil sekolah, senarai nama ahli Lembaga Pengelola Sekolah, guru, kakitangan dan murid beserta salinan dokumen geran tanah, pelan sekolah dan sijil pendaftaran sekolah yang disahkan.
3. Menyemak dan mempersetujui draf MoU yang dikemukan oleh KPM.
4. Menghantar surat persetujuan terhadap draf MoU kepada KPM.
5. Menandatangani dokumen MoU.
6. Mengisi borang pendaftaran
JENIS-JENIS BANTUAN YANG BOLEH DIBERIKAN KEPADA SABK:
1. Bantuan Perkapita Mata Pelajaran
2. Bantuan Perkapita Bukan Pelajaran
3. Bantuan Yuran Khas
4. Bantuan ko-kurikulum
5. Bantuan Aset
6. Bantuan Pakaian Seragam
7. Bantuan RMT
8. Bantuan Pembangunan
9. Bantuan Buku Teks
10. Bantuan Pembaikan Kecemasan
11. Skim Baucer Tuisyen
12. Bantuan KWAPM
13. Bantuan Biasiswa
14. Bantuan Makan Asrama
15. Bantuan Peralatan PPSMI
16. Bantuan Utiliti
17. Gaji dan elaun guru serta kakitangan
18. Bantuan Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Dan Pembersihan Kawasan
Sekian…
Thank You to me!!..