26
FALSAFAH & PERKEMBANGAN PENDIDIKAN EID2143 PENDIDIKAN J-QAF MOHAMAD BAKIR B. ISMAIL BASRI BIN ABDULLAH

PENDIDIKAN J-QAF

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: PENDIDIKAN J-QAF

FALSAFAH & PERKEMBANGAN PENDIDIKAN

EID2143

PENDIDIKAN J-QAF

MOHAMAD BAKIR B. ISMAIL

BASRI BIN ABDULLAH

Page 2: PENDIDIKAN J-QAF

Sejarah Perkembangan Sistem Pendidikan Di Malaysia

Sistem Pendidikan Negara telah mengalami evolusi penting sejajar dengan pembangunan dan kemampuan negara. Evolusi pendidikan ini telah melalui lima fasa berikut:

• Zaman Pramerdeka (sebelum 1957);• Zaman Pasca Merdeka (1957-1970);• Zaman Dasar Ekonomi Baru (1971-1990);• Zaman Dasar Pembangunan Negara (1991-2000); dan• Zaman Dasar Wawasan Negara (2001-hingga sekarang).

Page 3: PENDIDIKAN J-QAF

Sejarah j-QAF

• Program j-QAF berasaskan idea Mantan Perdana Menteri Malaysia Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi yang telah dinyatakan secara khusus semasa lawatannya ke Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada 30 Disember 2003. Cetusan idea ini telah diperhalusi di peringkat Kementerian Pelajaran melalui satu seminar j-QAF pada 3 hingga 5 Mac 2004.

• Program j-QAF telah dilaksanakan secara uji kaji dalam projek rintis selama 3 bulan dan berakhir pada Julai 2004. YAB Perdana Menteri telah bersetuju program ini dilaksanakan mulai tahun 2005.

Page 4: PENDIDIKAN J-QAF

KONSEP PROGRAM j-QAF

• Program j-QAF adalah suatu usaha memperkasakan Pendidikan Islam (PI) melalui penekanan khusus dalam pengajaran Jawi, al-Quran, bahasa Arab dan fardu ain yang dilaksanakan di peringkat persekolah rendah. Pelaksanaan program ini menggunakan kurikulum serta model dan modulnya yang tersendiri. Tenaga guru yang khusus digunakan untuk pemulihan, bimbingan, kemahiran, pengukuhan, pengayaan dan penghayatan murid. Pelaksanaannya menggunakan peruntukan jadual waktu sedia ada.

Page 5: PENDIDIKAN J-QAF

OBJEKTIF PROGRAM j-QAF

• Setelah program ini dilaksanakan dengan baik dan berkesan semua murid Islam sekolah rendah akan dapat:

1. menguasai bacaan dan tulisan Jawi;

2. khatam al-Quran;

3. menguasai asas Bahasa Arab Komunikasi; dan

4. memantapkan dan menghayati amalan fardu ain.

Page 6: PENDIDIKAN J-QAF

KEPENTINGAN PROGRAM j-QAF

• Program j-QAF menjadi lebih penting sebagai suatu usaha ke arah memperkasakan PI yang sedia ada supaya semua bidang dalam PI iaitu bidang Tilawah al-Quran, Akidah, Ibadah, Sirah Nabawi, Akhlak dan Jawi lebih berkesan dan dapat dihayati dan diamalkan dalam kehidupan.

Page 7: PENDIDIKAN J-QAF

Kepentingan Pemulihan Jawi

• Jawi adalah sebahagian daripada komponen pendidikan Islam dan mula dilaksanakan pada tahun 2003 dengan pendekatan pengajaran 2 waktu seminggu pada 6 bulan pertama di tahun Satu. Laporan pemantauan mengenainya mendapati penguasaan bacaan dan tulisan jawi perlu dibaiki lagi. Ini bermakna jawi dalam pendidikan Islam semata-mata masih belum mencukupi dan berkesan. Oleh itu pemulihan Jawi dalam j-QAF menjadi keutamaan khasnya kepada murid tercicir supaya semua murid boleh menguasai Jawi setelah diberi bimbingan secara berterusan.

Page 8: PENDIDIKAN J-QAF

AGIHAN WAKTU PEMULIHAN JAWI

Tahun 6 bulan pertama 6 bulan kedua

Tahun 1 2 waktu seminggu 1 waktu seminggu

Tahun 2 1 waktu seminggu

Tahun 3 1 waktu seminggu

Tahun 4 1 waktu seminggu

Tahun 5 1 waktu seminggu

Tahun 6 1 waktu seminggu

Page 9: PENDIDIKAN J-QAF

Kepentingan Khatam al-Quran

• Al-Quran pula telah diajar sebagai sebahagian Pendidikan Islam dalam bidang Asuhan Tilawah al-Quran pada masa ini. Namun ia tidak menekankan pembelajaran sehingga khatam al-Quran kerana ia memerlukan bimbingan berterusan daripada bilangan guru yang sesuai dengan nisbah murid yang menepati pendekatan talaqi dan musyafahah (iaitu satu kaedah pembelajaran secara bersemuka dengan guru bagi mendengar, membetul kesalahan dan menyebut semula dengan baik dan lancar). Oleh itu Pendidikan Islam pada masa ini hanya menjurus kepada kebolehan membaca sahaja manakala aspek khatam tidak ditekankan di sekolah tetapi menyerahkannya kepada masyarakat.

Page 10: PENDIDIKAN J-QAF

AGIHAN WAKTU KHATAM AL-QURAN DAN ASUHAN

TILAWAH AL-QU RAN

Tahun6 bulan pertama

(Khatam al-Quran)

6 bulan kedua(Asuhan Tilawah

al-Quran)

Tahun 1 4 waktu seminggu 3 waktu seminggu

Tahun 2 4 waktu seminggu 2 waktu seminggu

Tahun 3 4 waktu seminggu 2 waktu seminggu

Tahun 4 4 waktu seminggu 2 waktu seminggu

Tahun 5 4 waktu seminggu 2 waktu seminggu

Tahun 6 4 waktu seminggu 2 waktu seminggu

Page 11: PENDIDIKAN J-QAF

Kepentingan Bahasa Arab

• Status Bahasa Arab Sekolah Rendah pada masa ini sebagai mata pelajaran bahasa tambahan. Ia diajar di sekolah-sekolah rendah secara berpilih dan terhad. Tidak semua murid berpeluang mempelajarinya.

Page 12: PENDIDIKAN J-QAF

Kepentingan Fardhu Ain

• Ramai ibu bapa masih belum berpuas hati dengan tahap pencapaian dan penguasaan anak-anak mereka terhadap amalan fardu ain terutama dalam hal ibadah mendirikan solat.

Page 13: PENDIDIKAN J-QAF

MODEL-MODEL PROGRAM j-QAF

• Untuk pelaksanaan 2005 lima model telah dikenalpasti iaitu 4 model pengajaran dan 1 model kokurikulum. Model-model berkenaan adalah seperti berikut:

a. model Kelas Pemulihan Jawi;b. model Tasmik;c. model 6 bulan Khatam al-Quran;d. model Pelaksanaan Perluasan Bahasa Arab

Komunikasi;e. model Bestari Solat (kokurikulum).

Page 14: PENDIDIKAN J-QAF

• Pengukuhan program j-QAF dilaksanakan melalui kelab, persatuan dan aktiviti seperti berikut;a. Kelab Seni Tulisan Jawi;

b. Kem Bina Juara;

c. Ihtifal Khatam al-Quran;

d. Kem Literasi al-Quran; dan

e. Persatuan Bahasa Arab.

Page 15: PENDIDIKAN J-QAF

PELAKSANAAN PROGRAM j-QAF

• Program j-QAF telah dilaksanakan secara berperingkat-peringkat bermula tahun 2005 sehingga 2010 dengan unjuran pelaksanaannya seperti dinyatakan dalam jadual 1.

• Bagi maksud ini sebanyak 1221 buah sekolah telah terlibat pada tahun 2005. Dan pada tahun 2010 bilangan sekolah terlibat adalah sebanyak 7835 buah.

Page 16: PENDIDIKAN J-QAF

GURU j-QAF• Jawatan guru j-QAF diwujudkan bagi pelaksanaan program j-QAF. • Unjuran Perlaksanaan Program j-QAF di Sekolah seperti dalam

jadual berikut:

Tahun 2005 2006 2007 2008* 2009* 2010*

Peringkatpenyertaan

           

Tahun 1 1221 1235 1247 827 766 762

Tahun 2   1221 1235 1247 827 766

Tahun 3     1221 1235 1247 827

Tahun 4       1221 1235 1247

Tahun 5         1221 1235

Tahun 6           1221

Bilanganpenyertaan

1221 2456 3703 4530 5296 6058

Page 17: PENDIDIKAN J-QAF

• UNJURAN BILANGAN GURU j-QAF DI SEKOLAH RENDAH

Tahun 2005 2006 2007 2008 2009 2010

Bilangan guru            

Tahun 1 3663 3705 3741 3780 3819 4797

Tahun 3(Tambahan

guru)    1221 1235 1247 1260

Tahun 3(Tambah 1 guru

bahasa Arab)      1221 1235 1247

Jumlah KumulatifGuru j-QAF

3663 7368 12330 18566 24867 32171

Page 18: PENDIDIKAN J-QAF

SASARAN

• Sasaran program ini ialah murid-murid di Sekolah Rendah. Mulai tahun 2005 semua murid Tahun 1 di sekolah-sekolah yang terpilih akan melaksanakannya terlebih dahulu. Murid-murid yang lain akan meneruskan pembelajaran sedia ada dan dilibatkan dalam Ihtifal Khatam al-Quran bersama-sama murid Tahun 1. Sebanyak 1221 buah sekolah dengan 4,861 buah kelas dan seramai 141,725 orang murid akan terlibat pada tahun 2005. Pada tahun 2006 jumlah sekolah yang melaksanakan program j-QAF ialah 1,235 buah sekolah yang melibatkan seramai kira-kira 93,783 murid.

Page 19: PENDIDIKAN J-QAF

LATIHAN GURU

• Urusan latihan perguruan dan pengambilan guru-guru pelatih j-QAF dilaksanakan oleh Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malay sia. Bagi meningkatkan tahap profesionalisme guru-guru j-QAF, Kementerian Pelajaran akan mengadakan latihan kepada mereka dari semasa ke semasa di dalam dan luar negara.

Page 20: PENDIDIKAN J-QAF

PENGIKTIRAFAN

• Pihak KPM akan mengadakan satu program pengukuhan kepada program j - QAF sebagai satu cara memberi galakan dan pengiktirafan kepada guru, murid dan masyarakat. Program tersebut dinamakan dengan Ihtifal Khatam al-Quran Sekolah-Sekolah. Program ini diadakan di semua peringkat; sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan.

Page 21: PENDIDIKAN J-QAF

PEMANTAUAN DAN BIMBINGAN

• Pegawai-pegawai j-QAF peringkat pusat dan negeri akan menjalankan pemantauan secara berterusan untuk memberi bimbingan bagi menjamin keberkesanan pelaksanaan program ini. Laporan pemantauan dibuat dari semasa ke semasa mengikut keperluan bagi mengenal pasti kelemahan dan kekuatan program tersebut untuk diambil tindakan sewajarnya.

Page 22: PENDIDIKAN J-QAF

Kesan pengajaran j-QAF

• Pelaksanaan program j-QAF sudah menampakkan kejayaan ketara apabila semakin ramai murid mahir menulis dalam jawi menerusi konsep pengajaran pemulihan jawi lebih menarik menggunakan kaedah inovasi pembelajaran seperti permainan, lagu dan multimedia.

Page 23: PENDIDIKAN J-QAF

Kesan pengajaran j-QAF

• perkembangan bacaan al-Quran menerusi Model Enam Bulan Khatam al-Quran yang menekankan kaedah pengajaran Iqra dan instrumen latih tubi tasmik.

Sesi tasmik memberi peluang kepada guru melakukan pemantauan terhadap perkembangan murid dalam bacaan al-Quran menerusi sesi penilaian yang direkodkan sekali gus berjaya membantu murid mempelajari al-Quran dengan lebih bersistematik.

Page 24: PENDIDIKAN J-QAF

Kesan pengajaran j-QAF

• penguasaan asas bahasa Arab dalam kalangan murid pula semakin menyerlah apabila mereka berupaya menyebut pelbagai perkataan dalam bahasa Arab, berbanding rakan sebaya mereka yang tidak mengikuti program j-QAF sebelum ini.

Page 25: PENDIDIKAN J-QAF

Kesan pengajaran j-QAF

• Pengajaran amali solat misalnya yang diselang-selikan dengan pelaksanaan Kem Bestari Solat yang dilaksanakan empat kali setahun banyak membantu murid mendalami amali solat.

Hasilnya, pencapaian cemerlang berjaya ditonjolkan murid dalam amali solat dengan lebih sempurna dari segi bacaan, perbuatan, ilmu pengetahuan dan penghayatan dalam solat.

Page 26: PENDIDIKAN J-QAF

Rujukan

• Buku Panduan Dasar, Pelaksanaan Dan Pengurusan Kurikulum Dan Kokurikulum Program J-Qaf, Jabatan Pendidikan Islam dan Moral, Kementerian Pelajaran Malaysia.

• Pengajian Agama Islam dan j-QAF Metodologi dan Pedagogi Pendidikan. Oxford Fajar Sdn. Bhd. Shah Alam

• Berita Harian Online: 5 Oktober 2009