26
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER JANUARI 2012 HBPE 3203 PENDIDIKAN LUAR NO. MATRIKULASI : 830805045509-002 NO. KAD PENGNEALAN : 830805-04-5509 NO. TELEFON : 017-6752622 E-MEL : [email protected] PUSAT PEMBELAJARAN : MELAKA

PENDIDIKAN LUAR

Embed Size (px)

DESCRIPTION

asaimen

Citation preview

HBPE 3203 : Pendidikan Luar

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASASEMESTER JANUARI 2012HBPE 3203PENDIDIKAN LUARNO. MATRIKULASI

: 830805045509-002NO. KAD PENGNEALAN: 830805-04-5509NO. TELEFON

: 017-6752622E-MEL

: [email protected] PEMBELAJARAN: MELAKAISI KANDUNGAN

TAJUK

MUKA SURAT1. Pengenalan

2 - 32. Konsep pemuliharaan dan pemeliharaan alam

sekitar di malaysia

3

2.1 : aktiviti pemuliharaan dan pemeliharaan

alam sekitar di sekolah

3

2.1.1 : aktiviti kitar semula

3

2.1.2 : kempen satu pelajar, satu pokok

3

2.2 : aktiviti pemuliharaan dan pemeliharaan

alam sekitar menerusi pihak kerajaan

4

3. fakta asas bunga rafflesia

5 - 64. status taburan dan populasi bungan rafflesia

65. faktor kepupusan bunga rafflesia

76. usaha-usaha konservasi terhadap bunga rafflesia7 - 87. fakta asas badak sumatera

9 - 10 8. status taburan dan populasi badak sumatera

109. faktor kepupusan badak sumatera

1110. usaha-usaha konservasi terhadap badak sumatera11 - 13

11. kesimpulan

13 - 1412. rujukan

151. PENGENALANAlam sekitar merupakan penampung keperluan hidupan dengan membekalkan sumber makanan, udara dan sumber tenaga. Alam sekitar yang berkualiti pula ialah alam sekitar yang dapat memenuhi kesemua keperluan hidupan ini dengan baik dan pencemaran adalah pada paras yang minimum. Tujuan pendidikan konservasi yang utama ialah untuk memupuk kesedaran dan kepekaan terhadap alam sekitar dan alam semula jadi termasuk permasalahannya. Objektif ini akan meningkatkan keprihatinan individu dan kelompok komuniti serta masyarakat terhadap konservasi alam semula jadi.

Objektif pertama UNESCO 1976 ialah pengetahuan knowledge. Pengetahuan yang dimaksudkan ialah pemahaman dan pengetahuan yang terperinci mengenai alam sekitar, permasalahan, peranan dan tanggungjawab terhadap alam sekitar. Pengetahuan ini dapat memberikan peluang kepada semua orang untuk mendapatkan kesedaran, pengetahuan, dan komitmen untuk bersama-sama berganding bahu melakukan konservasi alam semula jadi.

Objektif yang seterusnya ialah sikap attitude. Nilai-nilai moral yang perlu dipupuk adalah rasa prihatin yang mendalam terhadap alam, motivasi untuk turut serta dalam usaha-usaha perlindungan alam sekitar serta semangat dalam manghargai alam secara lestari yang harus ditanam dalam diri pelajar. Pembentukan sikap yang mesra terhadap alam semula jadi akan menjadikan manusia lebih menghargai sumber-sumber yang semakin berkurangan.Keterampilan untuk menyelesaikan masalah-masalah yang berlaku dalam konservasi sumber daya alam juga dijadikan sebagai salah satu objektif pendidikan konservasi. Objektif ini dapat mengembangkan etika konservasi dan memberikan pengetahuan tentang cara dan kaedah yang betul serta tepat untuk menyelesaikan masalah pencemaran di alam sekitar.

Seterusnya ialah kemampuan penilaian evaluation ability. Sekiranya setiap pelajar mempunyai kemampuan untuk menilai konservasi alam dan program pendidikan dari segi ekologi, ekonomi, sosial, estetika dan pendidikan, alam sekitar pada masa depan pasti dapat dipelihara dan masalah pencemaran atau pelupusan haiwan dapat ditangani dengan mudah.

Objektif yang terakhir ialah mengambil bahagian participation. Apabila pelajar mengambil bahagian dalam aktiviti konservasi, mereka dapat meningkatkan rasa tanggungjawab terhadap sesuatu masalah konservasi alam lalu dapat mengambil tindakan yang relevan dan sewajarnya untuk mengatasinya.

2.KONSEP PEMULIHARAAN DAN PEMELIHARAAN ALAM SEKITAR DI MALAYSIA.2.1 Aktiviti Pemuliharaan dan Pemiliharaan Alam Sekitar di Sekolah

2.1.1Aktiviti Kitar Semula

Pelbagai usaha boleh dilakukan oleh kita sebagai individu dan pelajar untuk memelihara alam sekitar. Salah satu amalan yang boleh pelajar laksanakan di sekolah adalah Kitar Semula. Kitar Semula bermaksud mengasingkan, mengumpul, memproses dan menggunakan bahan yang telah dipakai dalam kehidupan harian dan diguna atau diproses dengan menghasilkan satu produk baru.

2.1.2Kempen Satu Pelajar, Satu Pokok

Berikutan dengan aktiviti penebangan pokok yang semakin giat dijalankan dan sukar dibendung, kuantiti hutan di dunia menjadi semakin berkurangan. Untuk menimbulkan perasaan cinta akan alam sekitar, pihak sekolah boleh menganjurkan kempen Satu Pelajar, Satu Pokok. Kempen ini dapat dilakukan dengan menjemput seorang penceramah untuk menerangkan tentang kepentingan alam sekitar serta kesan yang akan berlaku jika tidak menjaganya.

2.2 Aktiviti Pemuliharaan dan Pemeliharaan Alam Sekitar Menerusi Pihak

Kerajaan.

Di seluruh malaysia, telah wujud rangkaian kawasan perlindungan bagi tujuan pemeliharaan dan pemuliharaan habitat flora dan fauna. Taman Negara yang terbesar di semenanjung malaysia meliputi kawasan seluas 434.351 hektar tanah dan telah diwartakan pada awal tahun 1939.

Dalam usaha-usaha untuk mengekalkan dan melindungi jenis-jenis hutan dalam keadaan semula jadi, Jabatan Perhutanan telah mengambil langkah menubuhkan Hutan Simpanan Dara (VJR) sebagai rezab semula jadi dan Arboretum. Sehubungan itu, perhatian tertumpu kepada aspek perlindungan terhadap spesies-spesies yang luar biasa dan yang menghadapi kepupusan. Sebagai contoh, Hutan Rekreasi Sungai Udang, Melaka telah diilhamkan oleh Y.A.B Ketua Menteri Melaka sendiri disempurnakan perasmiannya pada tanggal 26 Jun 2005. Pada tahun 1987, hutan rekreasi ini telah diwartakan sebagai Hutan Simpanan Kekal dengan keluasan yang masih tinggal kurang dari 200 hektar. Hutan Simpan Sungai Udang ini telah berjaya dikekalkan berkeadaan semula jadi hasil usaha pemuliharaan dan penanaman semual oleh pihak berwajib. Antara spesies berharga hutan yang berjaya ditanam di hutan simpan ini ialah Pokok Karas (aquilaria Malaccensis), Pokok Kayu Jati (Tectona Grandis), Pokok Nyatoh (Ganua Hirtiflora (Ridley) Van Royan) dan banyak lagi. Pada Tahun 2008, sebanyak RM300.000.00 telah diperuntukkan oleh kerajaan negeri bagi meningkatkan lagi kemudahan rekreasi di Hutan Rekreasi Sungai Udang.Segala usaha-usaha ini tidak akan berjaya jika semua pihak tidak memainkan peranan masing-masing di dalam usaha mengekalkan dan melindungi spesies flora dan fauna yang terdapat di Malaysia ini dari diancam kepupusan. Kerjasama dari semua pihak ditagih dalam usaha memastikan aktiviti pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar di Malaysia mencapai objektifnya agar generasi akan datang dapat menikmati spesies flora dan fauna yang terdapat di negara ini.

3. FAKTA ASAS BUNGA REFFLESIABunga Pakma atau Refflesia

Saya memilih bunga yang terbesar di dunia bagi tujuan tugasan pada kali ini. Bunga Rafflesia merupakan sejenis tumbuhan berbunga yang terbesar dan hanya boleh dijumpai di kawasan Asia Tenggara sahaja. Ciri-Ciri Bunga Refflesia

i. Rafflesia adalah bunga yang besar dan berat dan mengeluarkan bau yang busuk .ii. Rafflesia adalah tumbuhan yang tidak berdaun iii. Rafflesia adalah tumbuhan yang tidak mempunyai akar. Tumbuhan ini mempunyai tisu yang kelihatan seperti tiub halus memasuki tumbuhan perumah. Rafflesia adalah sejenis parasit dan menyerap nutrisi dari tumbuhan lain.

iv. Bintik-bintik di bunga Rafflesia adalah organ seksnya dan menghasilkan bau yang amat busuk yang hampir sama seperti bau bangkai yang mereput.

v. Bau busuk yang dikeluarkan oleh bunga ini adalah bertujuan menarik perhatian mangsanya seperti lalat dan serangga lain.

vi. Bunga Rafflesia mempunyai jantina iaitu jantan dan betina. Jantina betina adalah yang sukar ditemui.Jenis-Jenis Refflesia Yang Telah Direkodkan1. Rafflesia Arnoldii

2. Refflesia Aurantia

3. Refflesia Azlanii4. Rafflesia Baletei

4. Rafflesia Banaoana

5. Rafflesia Bengkuluensis

6. Rafflesia Cantleyi

7. Rafflesia Gadutensis8. Rafflesia Hasseltii

9. Rafflesia Keithii

10. Rafflesia Kerrii

11. Rafflesia Leonardi

12. Rafflesia Lobata

13. Rafflesia Manillana14. Rafflesia Micropylora

15. Rafflesia Mira

16. Rafflesia Patma

17. Rafflesia Philippensis

18. Rafflesia Pricei

19. Rafflesia Rochussenii20. Rafflesia Schadebergiana

21. Rafflesia Speciosa

22. Rafflesia Tengku Adlinii23. Rafflesia Tuan MudaeSumber dapatan dipetik dari buku Rafflesia Bunga Terbesar di Dunia oleh Jamili Nais pada tahun 2004.

4. STATUS TABURAN DAN POPULASI BUNGA REFFLESIABunga Pakma atau Rafflesia ini mempunyai status taburan dan populasi yang hanya boleh ditemui di hutan hujan tropika di sekitar kawasan Asia Tenggara sahaja. Mengikut rekod penemuan bunga Rafflesia di serata Asia Tenggara, hanya ditemui di beberapa negara tertentu sahaja seperti Malaysia, Indonesia, thailand dan Filipina. Hanya boleh ditemui berdekatan kawasan sungai, kawasan curam dan berhampiran pokok buluh. Berikutan hanya boleh ditemui di beberapa buah nagara sahaja di Asia Tenggara ini mengakibatkan spesies flora ini menghadapi situasi diancam kepupusan yang sangat serius dan membimbangkan sehingga dikategorikan sebagai tumbuhan kawalan yang di ambang kepupusan.

Populasinya yang tidak banyak mengakibatkan ianya hampir pupus berikutan habitat asal tumbuhan ini sering diganggu oleh manusia. Hanya mempunyai sebanyak 24 spesies yang berjaya direkodkan sehingga ke hari ini menunjukkan bahawa ianya sejenis flora yang seharusnya dipelihara agar tidak pupus di masa akan datang.5. FAKTOR-FAKTOR KEPUPUSAN BUNGA RAFFLESIAi. Tumbuhan ini menjadi tumpuan pengamal perubatan terutama dari negara China kerana dikaitkan berguna kepada kesihatan bagi ibu-ibu yang baru lepas bersalin iaitu bertujuan untuk mengecutkan rahim peranakan.ii. Tumbuhan ini juga dikatakan membantu meningkatkan tenaga batin bagi golongan lelaki.

iii. Selain itu, habitat asal tumbuhan ini diganggu oleh manusia menerusi pembukaan kawasan baru, penerokaan hutan yang menjadi habitatnya, pembalakan haram, penebangan hutan secara berleluasa serta pembangunan penempatan manusia.

iv. Menurut kajian, tumbuhan ini juga masih belum pernah berjaya dibiak secara komersil sebaliknya hanya tumbuh meliar secara semula jadi sahaja.6. USAHA-USAHA KONSERVASI TERHADAP BUNGA REFFLESIA

Usaha-usaha konservasi adalah bertujuan memastikan flora dan fauna yang diancam kepupusan dapat dipelihara agar dapat dipertontonkan kepada generasi akan datang. Antara usaha konservasi yang dilaksanakan bagi usaha menyelamatkan Bunga Refflesia di Malaysia ini adalah menerusi program In-Situ bertujuan mengekalkan tumbuh-tumbuhan dan haiwan di habitat asalnya agar dapat mengekalkan biak baka flora dan fauna tersebut. Program ini adalah hasil keperihatinan kerajaan Malaysia dengan mewartakan hutan-hutan simpan dan dara yang terdapat di Malaysia sebagai Hutan Simpan Negara yang dilindungi dari sebarang aktiviti yang mendorong kepada kemusnahan bermula pada tahun 1997 di Semenanjung Malaysia serta Sabah dan Sarawak. Semua pihak yang terlibat bekerjasama bagi memastikan objektif yang dirangka menerusi program ini dapat dicapai seterusnya memastikan kesinambungan habitat flora tersebut.Selain itu, program konservasi biodiversiti juga turut diperkenalkan dalam usaha membantu pemuliharaan tumnbuhan yang diancam kepupusan ini. Biodiversiti adalah program yang menggunakan teknologi sebagai memacu utama dalam usaha memantau dan merekodkan hasil dapatan kajian berkaitan bunga Rafflesia ini. Sebagai contoh, pemantauan menerusi kamera dan satelit dilihat mampu mengurangkan dan mengatasi masalah pembalakan haram dan penerokaan hutan di kawasan habitat bunga Rafflesia ini. Selain itu, penubuhan pusat penyelidikan dan pembangunan juga dilihat mampu mengatasi masalah kepupusan tumbuhan ini. Hasil penyelidikan mampu membawa perubahan yang positif ke atas tumbuhan ini menerusi program pembakaan secara komersial.

Selain itu juga, kerajaan, badan NGO dan orang perseorangan juga memainkan peranan penting dalam usaha mengawal populasi tumbuhan ini agar tidak pupus di masa akan datang. Kesedaran disalurkan kepada masyarakat menerusi dokumentari berkaitan tumbuhan tersebut. Penyebaran pendidikan di sekolah juga mempu membawa perubaan di mana pelajar dididik agar menyayangi alam sekitar dan memeliharan flora dan fauna yang terdapat di negara Malaysia ini.

7. FAKTA ASAS BADAK SUMATERABadak Sumatera / Badak Kerbau ( Dicerorhinus Sumatrensis )Saya memilih Badak Sumatera di dalam tugasan ini kerana badak ini di ambang kepupusan jika usaha memeliharan habitat dan populasinya tidak dijalankan dengan jayanya. Badak tergolong di dalam Order Perissodactyla dan famili Rhinocerotidae. Terdapat dua subfamili badak iaitu badak yang mempunyai satu sumbu dan badak yang mempunyai dua sumbu. Lima jenis badak yang ditemui di dunia iaitu Badak Hitam, Badak Putih, Badak Sumatera, Badak India dan Badak Raya. Perkataan rhinoceros bermaksud hidung yang mempunyai tanduk. Ini amat bersesuaian dengan badak kerana hanya spesies badak sahaja yang mempunyai sumbu di atas hidungnya.Ciri-Ciri Badak Sumaterai. Badak Sumatera merupakan badak yang terkecil di dalam keluarga badak dunia.ii. Mempunyai purata berat antara 600 hingga 950 kilogram dengan ketinggian 1.5 meter dan panjang badan antara 2 hingga 3 meter serta kulit perang kekelabuan diselaputi bulu perang kemerahan dan merupakan spesies badak yang berbulu paling lebat.iii. Badak ini mempunyai dua lipatan kulit iaitu pada bahu dan hujung perut.

iv. Badak ini mempunyai telinga yang paling besar berbanding dengan badak lain.

v. Badak Sumatera mempunya dua sumbu di bahagian atas hidung dengan sumbu yang hadapan lebih panjang dari sumbu belakang.vi. Badak jantan lebih besar dari badak betina dan mempunyai bibir seperti cangkuk.

vii. Spesies ini biasanya hidup bersendirian kecuali musim mengawan dan melahirkan seekor anak pada setiap kelahiran.

viii. Badak Sumatera hanya makan daun, akar, kulit pokok kayu dan buah-buahan hutan yang jatuh ke tanah.

Sumber dipetik dari Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN)8. STATUS TABURAN DAN POPULASI BADAK SUMATERA

Badak Sumatera amat jarang ditemui di dunia dan siancam kepupusan di seluruh kawasan taburannya. Pada masa dahulu, badak ini boleh ditemui di Asia Tenggara tetapi kini ianya terhad dalam populasi kecil dan terpencil di Malaysia, Thailand, Selatan Myanmar, Kemboja, Indonesia dan Vietnam. Di semenanjung Malaysia, taburan Badak Sumatera terhad kepada beberapa buah negeri sahaja iaitu di Kedah, Perak, Pahang, Terengganu dan Kelantan. Selain itu ia juga boleh ditemui di negeri Sabah dan Sarawak. Spesies ini boleh ditemui di hutan tanah pamah sehingga ke hutan gunung dan kebiasaannya pada ketinggian 1000 meter dari paras laut. Pada tahun 1990an, badak ini boleh ditemui di seluruh negara namun pada tahun 2009, populasi badak ini dianggarkan kurang dari 70 ekor sahaja. Badak Sumatera disenaraikan sebagai binatang liar yang di lindungi sepenuhnya di bawah Akta Perlindungan Hidupan Liar Akta No. 76 (1972). Di mana, tiap-tiap orang yang menyalahi undang-undang sama ada menembak, membunuh atau mengambil sebahagian anggotanya adalah melakukan kesalahan dan boleh didenda sebanyak RM15,000.00 atau dipenjara selama lima tahun atau kedua-duanya sekali. Badak Sumatera disenaraikan di dalam Appendiks Convention of International Trade in Endangered Species (CITIES). Spesies ini juga dikategorikan sebagai sangat terancam di dalam Senarai Data Merah IUCN (2001).9. FAKTOR-FAKTOR KEPUPUSAN BADAK SUMATERAi. Kemusnahan habitat asal badak ini seperti pembalakan haram, penerokaan hutan bertujuan perindustrian, pertanian ataupun pembangunan.

ii. Pemburuan haram yang bertujuan untuk mendapatkan sumbu badak tersebut yang dikatakan mempunyai nilai pasaran yang sangat tingga atas tujuan perubatan.

iii. Pencemaran juga penyumbang kepada kemerosotan populasi Badak Sumatera ini.

iv. Pemanasan global turut berperanan mengancam populasinya kerana lebih kerap bersendirian dan melakukaan aktiviti berkubang sahaja walaupun pada musim mengawan.v. Selain itu, populasi badak ini terancam berikut akibat terkena perangkap yang dipasang oleh manusia yang bertujuan untuk mendaptkan haiwan yang lain.

vi. Hasil hutan menjadi sumber makanan kepada haiwan yang semakin berkurangan ini juga penyumbang kepada kepupusan Badak Sumatera ini.

10. USAHA-USAHA KONSERVASI TERHADAP BADAK SUMATERASebagai contoh, Jabatan Perhilitan Malaysia menjalankan program konservasi Ex-situ bagi memelihara Badak Sumatera di Malaysia. Konsep KonservasiEx-situJabatan perhilitan di Malaysia adalah untuk merancang, mengurus, mengendali dan menyelaras program dan aktiviti pembiakan spesies Badak Sumatera. Proses pembiakan badak ini secara ex-situ memerlukan perkhidmatan rawatan, aplikasi bioteknologi, pengurusan genetic dan penelidikan. Terdapat empat program utama di bawah KonservasiEx-situ:i. Khidmat Veterinar.

ii. Pembiakan dan Konservasi Ex-Situ di Pusat-Pusat konservasi Hidupan Liar.

iii. Pembiakan Komersil.

iv. Perbankan Sumber Genetik Hidupan Liar.

Selain itu, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara ( PERHILITAN ) telah menjalankan aktiviti pengawalan popuilasi dan habitat Badak Sumatera sedia ada menerusi program pengawalan in-situ di mana pengawalan dan pemantauan oleh RPU telah dimulakan pada tahun 1995 yang bertujuan untuk mengutip dan mengemaskini data Badak Sumatera di lapangan. Kumpulan ini terdiri daripada empat hingga enam orang kakitangan yang masuk ke habitat Badak Sumatera setiap bulan. Lokasi survey yang akan dijalankan biasanya di kawasan yang diketahui habitat badak Sumatera sama ada di luar kawasan hutan perlindungan atau di dalam kawasan hutan perlindungan.

Pihak bertanggungjawab juga telah melaksanakan program Inventori Biodiversiti dalam usaha memeliharan habitat Badak Sumatera. Objektif inventori ini dilaksanakan adalah untuk mengumpul data populasi Badak Sumatera berdasarkan kesan yang ditemui. Data yang diperolehi daripada program ini akan dikumpul dan dianalisi dan boleh disimpan di dalam database PERHILITAN.Selain itu juga, pemasangan perangkap kamera turut di gunakan dalam usaha pemeliharaan spesies Badak Sumatera ini. Kaedah perangkap kamera ini merupakan satu kaedah yang digunakan untuk mendapatkan maklumat atau untuk mengetahui kehadiran Badak Sumatera ini di kawasan yang jauh terpencil di dalam hutan. Kaedah ini pernah digunakan pada tahun 1998 dalam kajian populasi Harimau Belang di Taman Negara oleh Laidlaw.

Dasar penguatkuasaan juga adalah antara strategi pihak jabatan PERHILITAN dengan bekerjasama sepenuhnya dengan agensi-agensi kerajaan seperti imigresen, polis dan tentera bertujuan untuk memperkukuhkan pengawalan di kawasan sempadan dan habitat yang didiami oleh Badak Sumatera dengan mengumpul maklumat dan perisikan. Selain itu, orang awam digalakkan supaya bersama-sama membantu dengan cara member maklumat berkenaan sebarang aktiviti yang menyalahi Akta Hidupan Liar 1972/76 terutamanya yang membabitkan aktiviti pemburuan haram terhadap Badak Sumatera.Kerajaan juga prihatin dan peka dengan program kesedaran awam dengan member focus kepada meningkatkan kesedaran dikalangan masyarakat di Malaysia khususnya yang tinggal berhampiran dengan habitat asal haiwan tersebut dalam usaha pemuliharaan habitatnya. Kumpulan sasaran bagi program ini adalah terdiri daripada pelajar, belia, guru-guru serta masyarakat setempat. Tanpa usaha yang berterusan dari semua pihak, Badak Sumatera ini akan mengalami kepupusan sama seperti spesies haiwan yang sedia pupus di bumi Malaysia ini. Kerjasama dari semua pihak amat ditagih semeunya dalam usaha memastikan populasi dan habitat Badak Sumatera ini tidak diganggu oleh kerakusan manusia.

11. KESIMPULAN

Secara keseluruhannya selepas menyiapkan tugasan yang diberikan kali ini saya dapati jika kita tidak mengambil langkah yang drastic di dalam usaha mengekal dan melindungi habitat-habitan flora dan fauna yang diancam kepupusan adalah tidak mustahil dalam tempoh masa yang singkat segala flora dan fauna yang begiru unik dan sukar ditemui ini akan pupus dan hilang dari muka bumi Malaysia ini. Ini adalah satu kerugian dan kesannya akan diterima oleh generasi akan datang di mana mereka hanya mampu melihat spesies yang pupus ini menerusi saluran media massa dan cerita-cerita dari orang-orang yang sudah tua sahaja.

Habitat flora dan fauna ini harus dikawal dan lindungi kerana ianya memberikan kesan yang positif kepada alam persekitaran mahupun kepada kerajaan Malaysia menerusi prospek pelancongan. Kebanjiran pelancong-pelancong asing ke bumi Malaysia ini adalah berkaitan Negara Malaysia di antara 10 negara di dunia yang kaya dengan spesies flora dan fauna unik yang tidak boleh ditemui ditempat. Menerusi keunikannya ia mampu menjana pendapatan ekonomi Negara. Lambakan pelancong sedikit sebanyak membantu penduduk tempatan yang berada di sekitar kawasan yang lindungi meningkatkan taraf hidup mereka.

Usaha-usaha konservasi yang telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan sejak dahulu lagi sehingga ke hari ini hendaklah disambut baik dan dibantu oleh badan-badan NGO mahupun secara orang perseorangan bagi memastikan segala usaha kerajaan selama ini mendatang hasil seperti yang rancang. Kawalan dan perlindungi yang lebih ketat memastikan habitat asal hidupan ini tidak terganggung dan terpeliharan dari anasir-anasir luar yang mahu mengaut keuntungan dengan memusnahkan habitatnya. Penegasan dan hukuman yang lebih berat diberikan kepada mereka yang menceroboh dan mengambil mana-mana bahagian spesies yang dilindungi agar mereka tidak mengulangi perkara yang sama. Selain itu, usaha memantau dan mengawal secara berkala melalui program biodiversiti dilihat mampu melindungi dan mendapatkan maklumat yang penting dalam usaha kerajaan menubuhkan pusat penyelidikan bagi mengkaji sesuatu spesies flora dan fauna dengan lebih mendalam.Pendidikan dan kesedaran kepada orang awam juga penting dalam usaha kerajaan bagi memastikan flora dan faunan yang dilindungi ini kekal dan berkembang biak agar dapat dipertontonkan kepada generasi akan datang. Menerusi program kesedaran kepada masyarakat yang telah dilakukan amat berguna di dalam usaha menyedarkan masyarakat betapa pentingnya mengekalkan habitat dan flora serta fauna yang sedia ada yang diancam kepupusan ini. Pendidikan di sekolah juga berperanan dalam usaha kerajaan memupuk nilai-nilai yang baik serta memupuk sifat menyayangi dan melindungi alam sekitar agar generasi ini melindungi dan memeliharan alam sekitar serta hidupan yang ada di sekeliling mereka.Hutan hujan tropika telah banyak membekalkan kita dengan spesies-spesies yang berguna terutamanya tumbuh-tumbuhan dan hidupan untuk makanan dan pertanian, perubatan, estetik dan industri-industri yang bersumberkan tumbuhan hutan dan hidupan liar. Seandainya hutan-hutan ini masih terus kekal, nescaya masih banyak lagi peluang yang mampu disumbangkan untuk kehidupan sejagat.

(patah perkataan : 2,927)RUJUKAN / REFERENSIbadak Kerbau. Retrieved Mac 12, 2012, from wildlife.gov.my :

http://www.wildlife.gov.my/printed_material/kbdMamClist/badakKerbau.pdfkonservasi-ex-situ. Retrieved Mac 12, 2012, from wildlife.gov.my :

http://www.wildlife.gov.my/index.php/bm/fungsianaktiviti/konservasi-ex-situAsri, (2010). Pembasmian Hutan : Pembasmian hutan deforestation. Retrieved Mac 12,

2012, from Blogspot Website : http://asriblog.blogspot.comCaeser Rio, (2011). Objektif Pendidikan Konservasi. Retrieved Mac 12, 2012

from Blogspot Website : http://caeser-rio.blogspot.comCaeser Rio, (2011). Definisi Istilah kajian Flora dan Fauna. Retrieved Mac 12, 2012

from Blogspot Website : http://caeser-rio.blogspot.comUtusan Malaysia (2010). Teknologi. Retrieved Mac 12, 2012 from Utusan Malaysia

(Edisi Online) :

http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0314&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sains_%26_Teknologi&pg=st_05.htm HYPERLINK "http://t1.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcQIrG58Kl1Z5q-c6Ld3z-X8P_V2botRyEhhwyOKR0PBbxjf4IUX-A"

PAGE 14

_1253083327.bin