Upload
ledieu
View
274
Download
8
Embed Size (px)
Citation preview
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS
PENDIDIKAN MORAL (MASALAH PENDENGARAN)
TAHUN PENGUKUHAN
2010
DRAF
Kementerian Pelajaran Malaysia
KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS
[ Masalah Pendengaran ]
Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia
2010
Cetakan Pertama 2010
© Kementerian Pelajaran Malaysia
Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam
apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat
kebenaran bertulis daripada Pengarah, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia, Aras 4-8, Blok E9,
Parcel E, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya.
iii
KANDUNGAN MUKA SURAT
Kandungan iii
Rukun Negara iv
Falsafah Pendidikan Kebangsaan v
Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan Khas (KSSRPK) vi
Reka Bentuk Kurikulum KSSRPK viii
Kurikulum Modular Berasaskan Standard ix
Pendahuluan KSSRPK Pendidikan Islam 1
Standard Kandungan Dan Standard Pembelajaran Pendidikan Moral Tahun Pengukuhan 4
iv
RUKUN NEGARA
BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak mencapai
perpaduan yang erat di kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidup
demokratik; mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan
dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal
terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak; membina satu
masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden;
MAKA KAMI, rakyat Malaysia berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha
kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut :-
KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN
v
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke
arah lebih memperkembangkan potensi individu secara
menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang
seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada
Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan
warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi
sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran
keluarga, masyarakat dan negara
vi
KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS MASALAH PENDENGARAN
Pendahuluan
Struktur Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan Khas (KSSRPK) Masalah Pendengaran dibina selaras
dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan berlandaskan prinsip-prinsip pendekatan bersepadu, perkembangan
individu secara menyeluruh, peluang pendidikan dan kualiti pendidikan sama untuk semua murid serta pendidikan
seumur hidup. KSSRPK Masalah Pendengaran bersifat holistik, dan sentiasa relevan bagi melahirkan modal insan
seimbang yang dapat menangani cabaran semasa dan masa depan selaras dengan teras kedua Pelan Induk
Pembangunan Pendidikan.
Bagi memenuhi keperluan individu, KSSRPK Masalah Pendengaran dibentuk secara fleksibel dan ini bertepatan
dengan Akta Pendidikan 1996, Bab 8 Pendidikan Khas, Seksyen 41, Subseksyen (1) (B) Peraturan-Peraturan
Pendidikan (Pendidikan Khas) 1997,yang menyatakan: “Dalam melaksanakan kurikulum pendidikan khas, guru-guru
boleh mengubahsuai kaedah atau teknik pengajaran atau pembelajaran, masa bagi aktiviti dan susunan aktiviti, mata
pelajaran dan bahan bantu mengajar bagi mencapai tujuan dan matlamat pendidikan khas”.
KSSRPK Masalah Pendengaran dibina supaya pembelajaran yang diperolehi di dalam bilik darjah dapat diaplikasikan
dalam kehidupan seharian. Kurikulum ini juga menyediakan pendidikan berkualiti secara optimum supaya semua
murid menjadi insan yang seimbang, berdikari dan berjaya dalam kehidupan.
Matlamat
Untuk memastikan perkembangan potensi murid secara menyeluruh, seimbang, dan bersepadu. Perkembangan ini
meliputi aspek-aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek bagi melahirkan insan yang seimbang, harmonis dan
berakhlak mulia. Untuk mencapai matlamat ini, satu bentuk pendidikan yang bersifat holistik perlu diperkasa untuk
memenuhi tuntutan pendidikan serta menangani cabaran kehidupan masa kini dan masa depan.
vii
Organisasi Kurikulum Berasaskan Tunjang
Organisasi Kurikulum berasaskan tunjang dicadangkan bagi membangunkan modal insan yang berpengetahuan dan
berketerampilan. Tunjang (Rajah 1) merupakan domain utama yang saling menyokong antara satu sama lain bagi
membentuk insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Elemen-elemen dalam setiap tunjang
dijelmakan melalui disiplin ilmu tertentu iaitu:
1. Komunikasi
2. Kerohanian, Sikap dan Nilai
3. Kemanusiaan
4. Sains dan Teknologi
5. Perkembangan Fizikal dan Estetika
6. Keterampilan Diri
viii
Insanseimbang
KomunikasiPenggabungjalinan kemahiran berbahasa semasa berinteraksi dalam bahasa Malaysia, bahasa Inggeris, bahasa Cina dan bahasa Tamil
KomunikasiPenggabungjalinan kemahiran berbahasa semasa berinteraksi dalam bahasa Malaysia, bahasa Inggeris, bahasa Cina dan bahasa Tamil
Sains & TeknologiPenguasaan pengetahuan
sains, kemahiran dan sikap
saintifik
Penguasaan pengetahuan
dan kemahiran matematik
Penguasaan pengetahuan
dan kemahiran berasaskan
teknologi
Sains & TeknologiPenguasaan pengetahuan
sains, kemahiran dan sikap
saintifik
Penguasaan pengetahuan
dan kemahiran matematik
Penguasaan pengetahuan
dan kemahiran berasaskan
teknologi
Kerohanian, Sikap &
NilaiPenghayatan amalan
agama, kepercayaan,
sikap dan nilai
Kerohanian, Sikap &
NilaiPenghayatan amalan
agama, kepercayaan,
sikap dan nilai
Perkembangan Fizikal &
EstetikaPerkembangan jasmani dan
kesihatan untuk
kesejahteraan diri
Pemupukan daya imaginasi,
kreativiti, bakat dan apresiasi
Perkembangan Fizikal &
EstetikaPerkembangan jasmani dan
kesihatan untuk
kesejahteraan diri
Pemupukan daya imaginasi,
kreativiti, bakat dan apresiasiKeterampilan Diri
Pemupukan kepimpinan
dan sahsiah diri melalui
aktiviti kurikulum dan
kokurikulum
Keterampilan DiriPemupukan kepimpinan
dan sahsiah diri melalui
aktiviti kurikulum dan
kokurikulum
KemanusiaanPenguasaan ilmu dan
amalan tentang
kemasyarakatan dan alam
sekitar setempat, negara
dan global
Penghayatan semangat
patriotisme dan perpaduan
KemanusiaanPenguasaan ilmu dan
amalan tentang
kemasyarakatan dan alam
sekitar setempat, negara
dan global
Penghayatan semangat
patriotisme dan perpaduan
Insanseimbang
KomunikasiPenggabungjalinan kemahiran berbahasa semasa berinteraksi dalam bahasa Malaysia, bahasa Inggeris, bahasa Cina dan bahasa Tamil
KomunikasiPenggabungjalinan kemahiran berbahasa semasa berinteraksi dalam bahasa Malaysia, bahasa Inggeris, bahasa Cina dan bahasa Tamil
Sains & TeknologiPenguasaan pengetahuan
sains, kemahiran dan sikap
saintifik
Penguasaan pengetahuan
dan kemahiran matematik
Penguasaan pengetahuan
dan kemahiran berasaskan
teknologi
Sains & TeknologiPenguasaan pengetahuan
sains, kemahiran dan sikap
saintifik
Penguasaan pengetahuan
dan kemahiran matematik
Penguasaan pengetahuan
dan kemahiran berasaskan
teknologi
Kerohanian, Sikap &
NilaiPenghayatan amalan
agama, kepercayaan,
sikap dan nilai
Kerohanian, Sikap &
NilaiPenghayatan amalan
agama, kepercayaan,
sikap dan nilai
Perkembangan Fizikal &
EstetikaPerkembangan jasmani dan
kesihatan untuk
kesejahteraan diri
Pemupukan daya imaginasi,
kreativiti, bakat dan apresiasi
Perkembangan Fizikal &
EstetikaPerkembangan jasmani dan
kesihatan untuk
kesejahteraan diri
Pemupukan daya imaginasi,
kreativiti, bakat dan apresiasiKeterampilan Diri
Pemupukan kepimpinan
dan sahsiah diri melalui
aktiviti kurikulum dan
kokurikulum
Keterampilan DiriPemupukan kepimpinan
dan sahsiah diri melalui
aktiviti kurikulum dan
kokurikulum
KemanusiaanPenguasaan ilmu dan
amalan tentang
kemasyarakatan dan alam
sekitar setempat, negara
dan global
Penghayatan semangat
patriotisme dan perpaduan
KemanusiaanPenguasaan ilmu dan
amalan tentang
kemasyarakatan dan alam
sekitar setempat, negara
dan global
Penghayatan semangat
patriotisme dan perpaduan
Reka Bentuk Kurikulum
Rajah 1: Reka Bentuk Kurikulum KSSRPK
ix
KURIKULUM MODULAR BERASASKAN STANDARD
Kurikulum Sekolah Rendah digubal dalam bentuk pernyataan standard kandungan dan standard pembelajaran yang perlu dicapai
oleh murid.
Standard Kandungan
Pernyataan spesifik tentang disiplin ilmu yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi
aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai.
Standard Pembelajaran
Satu penetapan kriteria untuk memastikan kualiti pembelajaran dan pencapaian bagi setiap standard kandungan.
Standard kandungan dan standard pembelajaran diorganisasikan dalam bentuk bahagian dan unit yang mengandungi elemen
pengetahuan, kemahiran dan nilai yang telah dikenal pasti perlu dikuasai oleh murid. Kandungan kurikulum disampaikan dalam
bentuk bahagian atau unit yang dinamakan modul. Modul terdiri daripada Modul Teras Asas, Modul Teras Tema dan Modul Elektif.
1
KSSRPK PENDIDIKAN MORAL PENDAHULUAN KSSRP Masalah Pendengaran ialah satu program mendidik murid masalah pendengaran supaya menjadi insan yang bermoral atau berakhlak mulia dengan menekankan aspek perkembangan pemikiran moral, perasaan moral dan tingkah laku moral. Pendidikan Moral di sekolah rendah memberi tumpuan kepada usaha memupuk kekuatan kerohanian dan moral murid melalui penghayatan dan amalan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia yang terdapat dalam agama, tradisi dan adat resam pelbagai kaum di negara ini. Dengan itu, murid dapat memberi satu panduan hidup yang membolehkan mereka menjadi insan yang bermoral. Ini membolehkan mereka menjadi individu yang bertanggungjawab moral dan sosial terhadap segala keputusan dan tindakan yang dilakukan. Beberapa prinsip utama telah dikenal pasti sebagai panduan dalam melahirkan insan yang menyeluruh dari segi jasmani, intelek, emosi, rohani dan sosial. Prinsip-prinsip itu adalah:
Bertanggungjawab pada diri, keluarga dan orang lain;
Berpegang teguh pada ajaran agama;
Prihatin kepada alam sekitar
Mengekalkan keamanan dan keharmonian hidup;
Bersemangat patriotik;
Menghormati hak asasi manusia; dan
Mengamalkan prinsip demokrasi dalam kehidupan.
MATLAMAT
Pemilihan prinsip-prinsip di atas dilakukan untuk merialisasikan semangat dan hasrat yang terkandung dalam Rukun Negara,Wawasan 2020, Falsafah Pendidikan Negara dan Falsafah Pendidikan Khas. Sebagai sebuah negara yang sedang melangkah ke arah status negara maju, kita perlu membina masyarakat yang sepenuhnya bermoral dan beretika, iaitu sebuah masyarakat bersatu padu yang mempunyai nilai keagamaan dan keharmonian yang kukuh dan bersikap toleransi. Pendidikan Moral juga memberi peluang kepada murid masalah pendengaran menguasai kemahiran-kemahiran tertentu seperti kemahiran generik, kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, kemahiran menyelesaikan konflik dan kemahiran sosial. Penguasaan kemahiran-kemahiran ini juga akan menyediakan murid masalah pendengaran menghadapi dunia teknologi maklumat dan komunikasi serta cabaran alaf baru dengan penuh keyakinan dan bertanggungjawab sosial dan moral. Penguasaan kemahiran ini juga akan membantu pembinaan daya tahan dan kebolehan menghadapi segala tekanan dan cabaran hidup dalam kalangan murid. Murid masalah pendengaran juga digalakkan mencari dan memperoleh sumber-sumber maklumat melalui teknologi maklumat dan komunikasi seperti internet, CD–Rom, e-mail dan sidang telekomunikasi. Aktiviti seperti ini dapat berfungsi sebagai perangsang dan pemangkin kepada kewujudan masyarakat Malaysia yang celik teknologi.
2
Kurikulum Pendidikan Moral Masalah Pendengaran bermatlamat membentuk insan berakhlak mulia, bertanggungjawab dan boleh menyumbang ke arah keharmonian dan kestabilan negara serta masyarakat global. OBJEKTIF Kurikulum Pendidikan Moral Masalah Pendengaran membolehkan murid:
i. memahami dan menghayati nilai-nilai murni masyarakat Malaysia.
ii. meningkatkan amalan budi pekerti mulia. iii. menyedari dan menerima kepentingan tanggungjawab moral
dan sosial bagi mengekalkan kesejahteraan hidup dalam perhubungan diri dengan keluarga, masyarakat,negara serta alam sekitar, dan
iv. mengembangkan dan mengaplikasikan pemikiran moral, perasaan moral, dan perlakuan moral dalam membuat sesuatu pertimbangan dan keputusan yang selaras dengan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia.
FOKUS Fokus KSSRP Pendidikan Moral Masalah Pendengaran adalah seperti berikut;
i. Pemikiran Moral Maklumat dan idea asas yang berkaitan nilai-nilai murni berfikir secara rasional untuk membuat penaakulan dan pertimbangan perasaan moral.
ii. Perasaan Moral Aspek kesedaran hati nurani yang menyebabkan murid bermasalah pendengaran berasa gembira apabila membuat sesuatu yang betul dan merasa bersalah jika melakukan sesuatu yang tidak betul.
iii. Perlakuan Moral Kebolehan murid bermasalah pendengaran mengawal diri dan bertindak secara bertanggungjawab dan bermoral.
ORGANISASI KANDUNGAN KSSRP Pendidikan Moral Masalah Pendengaran mengandungi 14 nilai murni untuk di sampaikan dalam kalangan murid bermasalah pendengaran. Nilai-nilai murni ini adalah sesuai untuk disampaikan kepada murid-murid bermasalah pendengaran di sekolah rendah untuk membentuk modal insan dan rakyat Malaysia berakhlak mulia. KANDUNGAN
1. Kepercayaan kepada Tuhan Keyakinan wujudnya Tuhan sebagai pencipta alam dan mematuhi segala suruhanNya berlandaskan pegangan agama masing-masing selaras dengan prinsip Rukun Negara.
2. Baik Hati Kepekaan terhadap perasaan dan kebajikan diri sendiri dan orang lain dengan memberi bantuan dan sokongan moral secara tulus ikhlas.
3. Bertanggungjawab Kesanggupan untuk memikul dan melaksanakan tugas serta kewajipan dengan sempurna.
4. Berterima kasih Perasaan dan perlakuan untuk menunjukkan pengiktirafan dan penghargaan terhadap sesuatu jasa, sumbangan atau pemberian.
5. Hemah Tinggi Beradab sopan dan berbudi pekerti mulia dalam pergaulan seharian.
6. Hormat-menghormati Menghargai dan memuliakan seseorang dan institusi sosial dengan memberi layanan yang sopan.
3
7. Kasih sayang Kepekaan dan perasaan cinta yang mendalam serta berkekalan yang lahir daripada hati yang ikhlas.
8. Keadilan Tindakan dan keputusan yang saksama serta tidak berat sebelah.
9. Keberanian
Kesanggupan untuk menghadapi cabaran dengan yakin dan tabah.
10. Kejujuran Bercakap benar, bersikap amanah dan ikhlas dalam setiap perlakuan.
11. Kerajinan Usaha yang berterusan, bersungguh-sungguh dan bersemangat dalam melakukan sesuatu perkara.
12. Kerjasama Kesediaan melakukan sesuatu untuk kepentingan bersama.
13. Kesederhanaan Bersikap tidak keterlaluan dalam membuat pertimbangan dan tindakan tanpa mengabaikan kepentingan diri dan orang lain.
14. Toleransi Kesanggupan bertolak ansur, sabar dan mengawal diri demi kesejahteraan hidup.
4
KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH
PENDIDIKAN MORAL TAHUN PENGUKUHAN
Standard Kandungan Standard Pembelajaran
1. Kepercayaan kepada Tuhan.
Keyakinan wujudnya Tuhan sebagai pencipta alam dan
mematuhi segala suruhanNya berlandaskan pegangan
agama masing-masing selaras dengan prinsip Rukun
Negara.
1.1. Mengetahui keunikan alam
1.1.1 Menunjukkan kepelbagaian ciptaan Tuhan
1.1.2 Mewarna gambar berkaitan keindahan alam
1.1.3 Mengambil bahagian dalam aktiviti menjaga keindahan alam
1.1.4 Melakar keadaan alam di sekitar kawasan sekolah
2. Baik hati
Kepekaan terhadap perasaan dan kebajikan diri sendiri dan
orang lain dengan memberi bantuan dan sokongan moral
secara tulus ikhlas.
2.1 Membantu ahli keluarga
2.1.1 Mengetahui cara membantu ahli keluarga
2.1.2 Keperluan membantu ahli keluarga
2.1.3 Menghulurkan bantuan kepada ahli keluarga
2.1.4 Menghasilkan buku skrap tentang cara-cara membantu ahli
keluarga.
3. Bertanggungjawab
Kesanggupan untuk memikul dan melaksanakan tugas
serta kewajipan dengan sempurna.
3.1 Melaksanakan tanggungjawab diri.
3.1.1 Tahu tanggungjawab terhadap diri sendiri.
3.1.2 Melaksanakan tanggungjawab diri.
5
Standard Kandungan Standard Pembelajaran
4. Berterima kasih.
Perasaan dan perlakuan untuk menunjukkan pengiktirafan dan
penghargaan terhadap sesuatu jasa, sumbangan atau
pemberian.
4.1 Mengamalkan sikap berterima kasih
4.1.1 Mengamalkan ucapan terima kasih dalam kehidupan seharian.
4.1.2 Mengenali cara memberi penghargaan.
4.1.3 Memberi penghargaan melalui pelbagai cara.
4.1.4 Menghasilkan kad ucapan / nota/ e-mel hari lahir atau hari istimewa.
5. Hemah tinggi
Beradab sopan dan berbudi pekerti mulia dalam pergaulan
seharian.
5.1 Menunjukkan adab dalam tutur kata dan
tingkah laku.
5.1.1 Mengenal tingkah laku yang sopan.
5.1.2 Mengamalkan tingkah laku yang sopan dalam kehidupan seharian.
5.1.3 Membuat lakonan ringkas yang menunjukkan tingkah laku yang
bersopan.
6. Hormat-menghormati
Menghargai dan memuliakan seseorang dan institusi sosial
dengan memberi layanan yang sopan.
6.1 Menghormati diri
6.1.1 Mengenali cara menjaga diri sendiri
6.1.2 Menghormati diri sendiri
6.1.3 Menghormati setiap individu seperti menghormati diri sendiri.
6
Standard Kandungan Standard Pembelajaran
7. Kasih sayang
Kepekaan dan perasaan cinta yang mendalam serta
berkekalan yang lahir daripada hati yang ikhlas.
7.1 Menyayangi diri
7.1.1 Menyatakan cara menjaga kebersihan dan keselamatan diri.
7.1.2 Menyatakan cara menjaga kebersihan dan keselamatan diri
7.1.3 Menghargai diri dengan menjaga kebersihan dan keselamatan diri
7.1.4 Mengecam peralatan untuk menjaga kebersihan
8. Keadilan
Tindakan dan keputusan yang saksama serta tidak berat
sebelah.
8.1 Mengamalkan sikap adil dalam perlakuan seharian.
8.1.1 Mengenali contoh keadilan dalam perlakuan seharian
8.1.2 Tujuan mengamalkan sikap adil dalam perlakuan seharian.
9. Keberanian
Kesanggupan untuk menghadapi cabaran dengan yakin dan
tabah.
9.1 Mengamalkan sikap berani
mempertahankan maruah diri.
9.1.1 Menceritakan perlakuan berani mempertahankan maruah diri
berpandukan gambar.
9.1.2 Main peranan tentang kepentingan berani mempertahankan maruah
diri.
7
Standard Kandungan Standard Pembelajaran
10. Kejujuran
Bercakap benar, bersikap amanah dan ikhlas dalam setiap
perlakuan.
10.1 Mengamalkan sikap jujur dalam diri.
10.1.1 Mengenal sebab-sebab perlunya bercakap benar.
10.1.2 Mengamalkan sikap bercakap benar dalam perlakuan harian.
11. Kerajinan
Usaha yang berterusan, bersungguh-sungguh dan
bersemangat dalam melakukan sesuatu perkara.
11.1 Mengamalkan sikap rajin dalam perlakuan
11.1.1 Mengetahui ciri-ciri diri yang bersikap rajin.
11.1.2 Kebaikan mengamalkan sikap rajin.
11.1.3 Mengamalkan sikap rajin dalam diri.
12. Kerjasama
Kesediaan melakukan sesuatu untuk kepentingan bersama
12.1 Bersedia memberi kerjasama kepada individu
yang memerlukan
12.1.1 Mengetahui kebaikan bekerjasama
12.12 Mengenal pasti aktiviti yang boleh dilakukan bersama-sama
berdasarkan gambar.
12.1.3 Menjalankan aktiviti bersama-sama rakan
13. Kesederhanaan
Bersikap tidak keterlaluan dalam membuat pertimbangan
dan tindakan tanpa mengabaikan kepentingan diri dan
orang lain.
13.1 Mengamalkan sikap sederhana dalam
Diri
13.1.1 Mengenal perlakuan sederhana dalam diri
13.1.2 Mengetahui kepentingan bersikap sederhana
13.1.3 Mengamalkan perlakuan sederhana dalam kehidupan seharian
8
Standard Kandungan Standard Pembelajaran
14. Toleransi
Kesanggupan bertolak ansur , sabar dan mengawal diri
demi kesejahteraan hidup
14.1 Mengamalkan sikap toleransi dalam diri
14.1.1 Mengamalkan sikap bertolak ansur.
14.1.2 Melakonkan sikap bertolak ansur.
14.1.3 Bercerita kisah berunsurkan sikap tolak ansur.