Upload
cikgu-zaid
View
274
Download
8
Embed Size (px)
DESCRIPTION
asaimen
Citation preview
HBME3203 :
PENDIDIKAN MORAL : TAHUN 5 & 6
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASASEMESTER JANUARI 2012HBME3203PENDIDIKAN MORAL : TAHUN 5 & 6NO. MATRIKULASI
: 830805045509-002NO. KAD PENGNEALAN: 830805-04-5509NO. TELEFON
: 017-6752622E-MEL
: [email protected] PEMBELAJARAN: MELAKAISI KANDUNGAN
1. Pengenalan
22. Isu dan Salah laku
3 2.1 : Artikel Satu
3
2.2 : Artikel Dua
42.3 : Artikel Tiga
5
2.4 : Artikel Empat
6
2.5 : Artikel Lima
6
2.6 : Langkah Mengatasi Gejala Ponteng Sekolah
73. Rancangan Pengajaran Harian
8 124. Refleksi Rancangan Pengajaran Harian
134.1 : Kekuatan
134.2 : Kelemahan
13
4.3 : Cadangan Penambahbaikan
14
5. Rujukan
156. Lampiran Rancangan Pengajaran Harian
16 187. Lampiran Artikel
19 - 231. PENGENALAN
Menurut Kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka edisi ke empat, salah laku membawa erti kepada perlakuan yang dianggap tidak bermoral atau tidak beretika. Manakala, menurut ( Mok Soon Sang, 2004 ), salah laku adalah sebarang tingkahlaku yang dianggap tidak sesuai kepada satu tempat atau keadaan di mana ia berlaku. Tingkahlaku tidak normal dan terkeluar dari nilai dan norma sosial masyarakat termasuklah sekolah. Konsepnya bertentangan dengan tingkahlaku individu yang normal yang lazimnya dipersepsi, dirasai, dilakukan dan dialami oleh kebanyakan orang dalam masyarakat. Tingkahlaku bermasalah timbul adalah kerana kekurangan keupayaan individu dalam proses adaptasi / akomodasi apabila menghadapi perubahan situasi dalam alam persekitaran.
Isu salah laku sering dikaitkan di antara pelajar dengan alam persekolahan di mana situasi sekarang sangat membimbangkan dan perlu ditangani dengan segera. Ianya seperti satu penyakit barah yang berada di tahap yang paling kronik yeng memerlukan tindakan dan pengawalan yang tegas dari segala aspek menerusi semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung ataupun secara tidak langsung. Banyak yang telah kita dengar tentang gejala sosial. Pelbagai gejala sosial telah melanda masyarakat kita dan aktiviti yang terlibat begitu pelbagai sekali baik yang dilakukan oleh remaja mahupun orang dewasa. Namun, oleh kerana golongan remaja terutamanya pelajar merupakan bakal pewaris negara, maka kegiatan merekalah yang hangat diperkatakan dan mendapat perhatian daripada segenap lapisan masyarakat. Media massa sering kali menyiarkan pelbagai berita dan cerita tentang kenakalan remaja yang masih bersekolah dan pelbagai masalah sosial yang melanda mereka ini. Melihat kepada masalah sosial dan perbuatan jenayah membabitkan pelajar dan remaja benar-benar membimbangkan kita.2. ISU DAN SALAH LAKU PELAJAR2.1 : Artikel satu Menurut petikan laporan yang disediakan oleh BERITA HARIAN pada 22 Oktober 2001 yang bertajuk Ibu Bapa dan Anak Kongsi Bahan Lucah, laporan tersebut berdasarkan kajian sekumpulan penyelidik dari Universiti Sains Malaysia (USM) ke atas 381 orang murid Tahun 6 dari mukim Ulu Tiram, Kulai dan Kota Tinggi mendapati perbuatan tidak bermoral ibu bapa antara faktor yang mendedahkan kanak-kanak terbabit kepada bahan yang berunsur lucah. Hasil dapatan kajian mendapati ibu bapa tidak mengambil langkah berhati-hati dengan menonton video lucah di rumah sambil diperhatikan oleh anak-anak yang masih belum tidur. Selain itu, lambakan vcd dan dvd lucah yang amat mudah untuk dimiliki dengan harga yang amat murah iaitu semurah harga RM 5 sekeping membuatkan murid-murid mudah memiliki dan menyimpannya sebagai koleksi peribadi. Mereka sering menonton aksi yang boleh menaikkan nafsu seterusnya mendorong mereka untuk melakukan perbuatan meraba dan merogol. Gejala ini boleh merosakkan akhlak seterusnya mengakibatkan mereka terjebak kepada jenayah yang lebih berat di masa akan datang.Langkah mengatasi permasalahan ini perlu diambil segera bagi menangani gejala ini dari terus merebak di masa akan datang. Oleh yang demikian, ibu bapa seharusnya memainkan peranan penting dalam mengawal dan menjadi teladan serta contoh yang baik kepada anak-anak dalam kehidupan seharian agar anak mencontohi segala perbuatan dan tingkahlaku sebagai panduan hidup mereka. Selain itu, pihak penguatkuasaan harus membendung lambakan vcd dan dvd di jalanan agar vcv dan dvd lucah ini tidak mudah untuk dimiliki oleh golongan pelajar. Persatuan ibu bapa dan guru (PIBG) juga harus membentuk jawatankuasa bagi merangka program-program yang bertujuan menginsafkan dan memupuk jati diri yang tinggi dikalangan pelajar agar gejala-gejala salah laku seperti ini dapat dibendung dengan cara yang berkesan. Selain itu juga, penapisan filem atau iklan yang berunsur lucah dari pihak yang berkenaan juga dapat menbendung gejala ini dari terus parah. Masyarakat juga memainkan peranan dalam usaha ini seperti memantau dan mengambil berat setiap pergerakan anak-anak di persekitaran mereka.2.2 : Artikel dua
Menurut laporan UTUSAN MALAYSIA ONLINE yang bertarikh 11 Jun 2010 bertajuk Ramai Kanak-Kanak Perempuan Merokok, menunjukkan bahawa kes kanak-kanak (pelajar) perempuan semakin meningkat dari masa ke semasa dan kes ini semakin membimbangkan dan mendapat perhatian di seluruh Negara. Menurut laporan Kementerian Kesihatan, bilangan kanak-kanak perempuan berumur di bawah 10 tahun yang telah mula merokok adalah lebih ramai berbanding kanak-kanak lelaki dalam lingkungan usia tersebut. Timbalan menterinya, Datuk Rosnak Abdul Rashid Shirlin berkata, maklumat hasil kajian pada tahun 2003 menunjukkan 28.8 peratus gadis di bawah umur tersebut mula berjinak-jinak dengan rokok atas sebab-sebab tertentu. Secara keseluruhannya, kajian itu mendapati sebanyak 16.4 peratus anak muda dalam lingkungan usia tersebut didapati mula atau pernah cuba merokok.
Mengikut statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan ini menunjukkan bahawa gejala ini amat serius dan membimbangkan. Langkah pencegahan haruslah dilaksanakan agar gejala ini dapat dibendung. Ibu bapa sekali lagi seharusnya memantau dan mengawal tingkahlaku anak-anak mereka agar tidak terjebak dengan gejala rokok. Membuat pemeriksaan secara berkala pada barang-barang, koleksi dan di dalam bilik-bilik mereka. Guru juga berperanan memantau tingkahlaku murid-murid semasa mereka berada di sekolah serta membuat laporan kepada ibu bapa jika terdapat penglibatan anak-anak mereka dalam kes penyalahgunaan rokok di sekolah. Masyarakat setempat dan peniaga-peniaga juga harus bekerjasama dalam membanteras isu ini dengan mengawasi dan tidak membenarkan anak-anak yang dibawah umur untuk membeli dan memiliki rokok. Selain itu, meraka juga boleh bertindak dengan melaporkan aktiviti merokok dikalangan murid-murid kepada ibu bapa, pihak sekolah mahupun kepada pihak berkuasa seperti pihak polis. Kempen kesedaran menerusi media massa dan di sekolah dari masa ke samasa juga akan turut membantu mengatasi masalah ini dengan menyiarkan keburukan akibat merokok serta berkempen agar mereka mengamalkan gaya hidup yang sihat tanpa dadah. 2.3 : Artikel tiga
Kajian buli di sekolah rendah oleh Dekan Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Datin Dr. Noran Fauziah Yaakub (2003) mendapati mangsa buli dikalangan murid sekolah rendah sebenarnya tidak tahu mengapa mereka dibuli. Biasanya yang menjadi mangsa buli adalah murid-murid perempuan dan juga murid yang mempunyai masalah fizikal yang gemuk dan juga kulitnya yang gelap. Disebabkan dia gemuk dan sering berjalan lambatlah maka murid lain menolak dan mengejeknya,katanya. Walaupun ada sesetengah pihak menganggap buli adalah sebagai gurauan namun perkara tersebut sebenarnya mampu mendorong kepada perbuatan yang lebih serius jika tidak dibendung. Hasil kajian beliau mendapati kejadian buli semasa pulang dari sekolah mencatat 23.9 peratus, di kantin 18.0 peratus, di padang 17.4 peratus, di koridor kelas 16.6 peratus, semasa perjalanan ke sekolah 13.1 peratus, di tapak perhimpunan 10.7 peratus dan di tandas sebanyak 11.7 peratus. Statisti ini membimbangkan kerana dikhuatiri meningkat dari masa ke semasa. Kajian ini meliputi 2,528 murid di 29 buah sekolah di Perak.
Kejadian buli ini dapat dibendung jika pihak sekolah mengambil langkah yang tegas terhadap si pelaku buli tersebut. Laporan dihantar kepada ibu dan bapa agar pemupukan nilai-nilai murni tidak sahaja berlaku disekolah sebaliknya bermula dari rumah. Pendekatan ke arah keagamaan adalah pendekatan yang terbaik dalam usaha membendung isu buli di sekolah ini. Kaunselor seharusnya bentindak menangani masalah buli ini agar si pembuli tidaki mengulangi perbuatan tersebut dan mangsa yang dibuli harus dibantu agar tidak menjadi trauma atas kejadian buli yang menimpanya. Selain itu, pihak masyarakat sekeliling harus memainkan peranan yang penting dengan memantau dan menegah kejadian buli yang berlaku di kawasan mereka. Media massa juga dapat membantu dengan menyiarkan keburukan gejala buli dan kesannya kepada si pembuli serta mangsa buli menerusi sakuran-saluran yang berkenaan agar gejala ini dapat dibendung supaya tidak menjadi lebih kritikal di masa akan datang. 2.4 : Artikel Empat
Arkitel yang diambil dari BERITA HARIAN bertarikh 28 Julai 2008 yang bertajuk Kementerian Anggap Ponteng Masalah Disiplin Paling Serius. MenurutKamus Pelajarkeluaran Dewan Bahasa Dan Pustaka mentakrifkan ponteng sebagaimeninggalkan tugas atau tanggungjawab pelajaran tanpa kebenaran. Manakala menurut Kamus DewanEdisi Keempatmendefinasikan ponteng sebagai lari daripada tanggungjawab atau tugas tanpa kebenaran. Walau apa pun pendefinasian yang dibuat perlakuan ponteng lebih mudah difahami dalam ruang lingkup pelajar sekolah adalah meninggalkan tanggungjawab yang dipikul di atas bahu pelajar iaitu hadir ke sekolah untuk belajar dengan mengikut lunas-lunas peraturan yang dibuat oleh sekolah atau kegagalan pelajar untuk hadir ke sekolah secara sengaja tanpa alasan yang tepat dan munasabah. Rekod Kementerian Pelajaran tahun 2006 menunjukkan 21,060 pelajar (0.39 peratus) dikesan ponteng sekolah, manakala 24,840 pelajar (0.46 peratus) pada tahun sebelumnya.
2.5 : Artikel Lima
Artikel ini dipetik dari laman sesawang http://zulzaidi.wordpress.com yang mana beliau telah menilai hasil dapatan Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Selangor (JPNS) yang menyatakan bahawa pelajar yang gagal menyiapkan tugasan yang diberikan sengaja mengambil jalan ponteng sekolah kerana takut dimarahi oleh guru tersebut. Beliau menegaskan bahawa jika masalah ponteng ini tidak dibendung dengan segera dikhuatiri ianya menjadi serius dan tidak mampu ditangani dalam masa yang singkat. Sementara menerusi Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang, S.M. Mohamed Idris menyatakan bahawa cyber cafe menjadi tempat pelajar-pelajar sekolah membuang masa atau lebih sinonim dengan istilah ponteng. Segelintir pelajar masih lengkap berpakaian uniform sekolah ketika ditangkap sedang leka bermain permainan video. Pusat permainan video ini merupakan penyumbang utama kepada berlakunya kes-kes ponteng di seluruh Malaysia. 2.6 : Langkah Mengatasi Gejala Ponteng SekolahAntara langkah-langkah yang boleh dilaksanakan untuk menangani masalah ini adalah dengan mengetatkan peraturan sekolah. Hukuman yang lebih berat seperti digantung sekolah dan dibuang sekolah patut diwujudkan bagi pelajar-pelajar yang mempunyai kekerapan tidak hadir ke sekolah tanpa alasan yang munasabah. Sistem pengesanan amalan ponteng sekolah yang lebih efektif patut dilaksanakan supaya pelajar-pelajar yang kerap ponteng sekolah dapat dikesan dengan lebih cepat dan lebih berkesan. Khidmat kaunseling perlu diberikan kepada mereka yang sering ponteng sekolah bagi memastikan masalah yang mereka hadapi lalu langkah membantu boleh dilaksanakan.Ibu bapa turut perlu meluangkan lebih banyak masa bersama anak-anak mereka dan memberi perhatian yang secukupnya terhadap tingkah laku anak-anak mereka di sekolah. Kebebasan bergaul dengan rakan di luar sekolah turut patut dikawal demi mengelakkan anak-anak dipengaruhi dengan amalan suka ponteng sekolah. Didikan tidak formal sejak kecil perlu dilakukan kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Anak-anak perlu dididik untuk bersikap lebih bertanggungjawab dan berupaya berfikir secara rasional.Masyarakat sekeliling turut perlu berkerjasama dalam usaha menangani masalah ini dengan melaporkan kes-kes ponteng sekolah di luar sekolah jika dapat dikesan. Sikap bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing perlu dikikis di kalangan masyarakat. Pihak kerajaan juga boleh menganjurkan ceramah dan kempen yang berkaitan dengan keburukan kegiatan ponteng di setiap sekolah. Ini sedikit sebanyak dapat mrmbantu dalam mewujudkan kesedaran dalam diri pelajar mengenai keburukan gejala ponteng sekolah kerana belakang parang diasah, lagikan tajam.Kesimpulan, semua pihak perlu bekerjasama dalam menangani masalah ini sebelum nasi menjadi bubur. Demi mewujudkan generasi yang lebih berguna pada masa hadapan. Tindakan daripada satu pihak sahaja tidak akan membuahkan hasil. Jadi, sama-sama kita berganding bahu untuk menangani masalahini3. RANCANGAN PENGAJARAN HARIANMatapelajaran
: Pendidikan Moral
Tarikh
: 12 Mac 2012
Tahun
: 6 Bestari
Masa
: 8.40 9.40 pagi (60 minit)
Tajuk
: Amalan Ponteng Merosakkan Jiwa
Bidang
: 1.1 Nilai Berkaitan Dengan Perkembangan Diri
Nilai
: 1.1.3 Harga Diri
Pengetahuan Sedia Ada: Mengetahui cara menjaga penampilan diri
Hasil Pembelajaran
: Di akhir pembelajaran ini pelajar dapat,
i) Kognitif Menyenaraikan sekurang-kurangnya lima (5) akibat dan
kesan buruk akibat ponteng sekolah.
ii) Afektif Memahami dan berusaha memajukan diri dengan
mengelakkan diri dari aktiviti ponteng sekolah.
iii)Psikomotor Membina sebuah peta minda berkaitan punca gejala ponteng
Pendekatan
: Pembelajaran Aktif dan Pembelajaran Kooperatif
Teknik
: Perbincangan
BBM
: LCD, Laptop, Pen Marker, projektor, dan Keratan Gambar.
Langkah / MasaIsi KandunganAKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
STRATEGI/ KAEDAH/ BBM/ NILAI/ KBKK
Aktiviti Guru
Aktiviti Pelajar
Pengurusan Awal Kelas
(3 minit)Persediaan
Meminta pelajar-pelajar bersedia sebelum P &Pi) Guru mengarahkan para pelajar menyimpan buku , alat tulis dan mengarahkan para pelajar memberi perhatianii) Guru mengarahkan para pelajar berada dalam keadaan senyap serta meminta para pelajar meberi fokus kepada proses P & P.
iii) Guru meminta semua pelajar membaca doa.i) Pelajar memberi respon kepada guru.
ii) Pelajar membaca doa. KBKK:
Nilai:
Kepercayaan kepada Tuhan ,mematuhi arahan yang di berikan dan memberi tumpuan
Set Induksi
(7 minit)
Menarik minat pelajar terhadap pelajaran.i) Memupuk minat terhadap tajuk yang akan dipelajari dan menarik perhatian murid-murid terhadap tajuk yang akan diajar Keratan Gambar
(Rujuk Dalam Lampiran 13):i) Guru memaparkan beberapa
helaian gambar menggunakan
projektor mengenai:
i) Aktiviti ponteng sekolah.
ii) Tempat yang selalu dikunjungi jika
ponteng sekolah.
iii) Gejala salah laku lain semasa
ponteng.
iv) Rujuk lampiran 13
i) Pelajar memerhatikan
gambar yang dipaparkan
oleh guru
ii) Pelajar memberi perhatian
terhadap gambar yang
dipaparkan.BBM:
Keratan Gambar, Projektor
Aktiviti
1(18 minit)Perbincangan
i) Berkongsi idea
antara guru dan
pelajar.
ii) membuka minda
pelajar-pelajar
tentang isi
pembelajaran.i) Guru bertanya kepada pelajar-
pelajar apa yang pelajar faham
tentang gambar yang dipaparkan
melalui projektor.
ii) Guru menjelaskan mengenai
gambar-gambar yang dipaparkan
dan meminta pelajar memberi
maklum balas. i) Pelajar memberi perhatian
terhadap penerangan guru
ii) Pelajar mengemukakan soalan
jika terdapat sebarang
ketidakfahaman.
KBKK:
i) Menghubung-kaitkan
paparan gambar
dengan pendapat
pelajar-pelajar.
ii) menguji kefahaman
pelajar.
Aktiviti
2(15 minit)
Menggalakkan Pelajar berkerjasama di dalam kumpulan
i) untuk menilai
pelajar-pelajar
sama ada
memahami
sepenuhnya isi
pembelajaran
tersebut.
Aktiviti Berkumpulani) Guru membahagikan pelajar-pelajar
dalam tiga kumpulan iaitu
Kumpulan A, B, dan C.
ii) Guru mengedarkan jadual kosong
berkaitan kesan dan akibat gejala
ponteng sekolah.iii) Rujuk lampiran 14
i) Pelajar membentuk 3 kumpulan
iaitu kumpulan A,B dan C.
ii) Pelajar bergerak dalam
kumpulan masing-masing.iii) Murid dikehendaki berbincang dan mengisi jadual tersebut.
iv) Wakil setiap kumpulan membentangkan hasil catatan masing-masing.
BBM: JadualKBKK:
Memberikan jawapan dan alasan mengenai jawapan tersebut.
Penilaian(10 minit)
i) Pelajar di beri peta minda untuk diisi
oleh pelajar.
ii) Peta minda rujuk lampiran 15i) Pelajar dikehendaki
melengkapkan peta minda tentang punca-punca berlakunya gejala
ponteng sekolah.
Penutup( 7 minit)
Rumusan
i) Mengenal pasti
punca gejala
ponteng sekolah.
ii) Mengetahui kesan
dan akibat
melakukan aktiviti
ponteng sekolah.Membuat Kesimpulani) Guru menerangkan punca-punca
berlakunya gejala ponteng sekolah.
ii) Guru menjelaskan bahawa kesan
gejala ponteng sekolah boleh
merosakkan masa depan pelajar
jika tidak dihentikan.i) Pelajar bertanya kepada guru.
ii) Pelajar memberikan pendapat
mereka.iii) Pelajar memberi perhatian
terhadap penerangan guru.
iv) Pelajar mengemukakan soalan
jika terdapat sebarang
ketidakfahaman.
KBKK :Boleh merumuskan dan membuat kesimpulan apa yang dipelajari.Nilai :Berani, yakin, terbuka, dan mampu merumuskan pembelajaran yang dipelajari.
Refleksi : ________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
4. REFLEKSI PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN4.1 : Kekuatan
i. Objektif yang disediakan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran mudah dan dapat dicapai oleh pelajar.ii. Aktiviti yang dirangka oleh guru memastikan penglibatan secara aktif oleh semua pelajar.
iii. Bahan bantu mengajar yang digunakan oleh guru dilihat mampu menarik minat pelajar untuk memberikan tumpuan.
iv. Aktiviti proses pengajaran dan pembelajaran yang dirangka guru dapat dilaksanakan mengikut masa yang ditetapkan.
v. Pendekatan dan teknik mengajar yang digunakan oleh guru bersesuaian dengan tahap pemikiran para pelajar.
vi. Aktiviti lembaran kerja disusun mengikut keperluan pelajar.
vii. Gambar yang digunakan oleh guru menarik.
4.2 : Kelemahani. Bilangan murid terlalu ramai sehingga menyukarkan guru untuk menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
ii. Terdapat beberapa pelajar mengganggu pelajar lain semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung.iii. Tajuk yang terlalu mudah dan tidak memerlukan tahap pemikiran yang tinggi oleh para pelajar.
iv. Teknik belajar secara berkumpulan mengakibatkan suasana kelas sedikit bising dan mengganggu pelajar lain.
v. Guru terpaksa mengambil masa menyediakan projector dan LCD sebelum memulakan proses pengajaran dan pembelajaran.
vi. Pelajar tidak melibatkan diri secara aktif di dalam aktivti berkumpulan sebaliknya hanya beberapa ahli dalam kumpulan sahaja yang aktif.vii. Suasana bilik darjah yang tidak kondusif.
4.3 : Cadangan Penambahbaikan
i. Bilangan pelajar dalam sesebuah bilik darjah harus di kecilkan mengikut kesesuaian bilik darjah tersebut.ii. Guru hendaklah memastikan penglibatan kesemua pelajarnya dalam setiap aktiviti yang dijalankan.
iii. Memberikan peneguhan dan penegasan kepada pelajar yang mengganggu pelajar lain ketika sedang belajar.
iv. Guru haruslah menyediakan bahan bantu mengajar yang menarik dan sesuatu yang mencapah minda para pelajar mereka untuk berfikir.
v. Guru hendaklah juga memastikan setiap pelajarnya menyumbangkan idea di dalam sebarang bentuk aktivit berkumpulan.
vi. Guru haruslah bijak menguruskan masa dalam merangka aktiviti proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.
vii. Guru hendaklah bertindak bersama-sama pelajar sebelum memulakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan memastikan bilik darjah di dalam suasana yang bersih dan ceria bagi menarik mood pelajar untuk belajar.
( patah perkataan : 2,594 )RUJUKAN / REFERENSISaharudin Suhaidi ( Februari 2011 ), HBME3203 : PENDIDIKAN MORAL :
TAHUN 5 & 6, Meteor Doc. Sdn. Bhd.
Berita Harian (Edisi Online). 28 Julai 2008. Kementerian anggap ponteng masalah
paling serius. http://mazlan66.wordpress.com/2008/07/28/salah-laku-pelajar/Disiplin Sekolah Semakin Merosot. Retrieved Mac 11, 2012, from Pusat Maklumat
Rakyat Website:
http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/acticle/385-info-ringkas/5668-disiplin-sekolah-semakin-merosot.html
Utusan Malaysia (Edisi Online). 11 Jun 2010. Ramai Kanak-Kanak Perempuan Merokok. http://unitrendahspsjpnt.blogspot.com/2010/06/ramai-kanak-kanak-
perempuan-merokok.html
Marzita Abdullah, (2004). Kena Buli : Mangsa Tidak Tahu Mengapa. Retrieved Mac 11,
2012, from Blogspot Website : http://gejalabuli.blogspot.com/
Zulzaidi, (2009). Nasihati Pelajar Ponteng Dengan Al Quran. Retrieved Mac 12, 2012
from Wordpress Website : http://zulzaidi.wordpress.com/2009/02/22/nasihati-pelajar-ponteng-dengan-al-quran/
LAMPIRAN RPH
Lampiran 13
Lampiran 14
Isi Jadual Di Bawah.Nyatakan Akibat Dan Kesan Dari Aktiviti Ponteng Sekolah
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
Lampiran 15
Arahan
Anda dikehendaki melengkapkan peta minda berkaitan punca-punca ponteng sekolah.
LAMPIRAN ARTIKEL SATU
ARTIKEL DUA
ARTIKEL TIGA
ARTIKEL EMPAT
ARTIKEL LIMA
HYPERLINK "http://mazlan66.wordpress.com/2008/07/28/salah-laku-pelajar/" http://mazlan66.wordpress.com/2008/07/28/salah-laku-pelajar/
Kementerian anggap ponteng masalah disiplin paling serius
PONTENG sekolah bukan sekadar masalah disiplin di kalangan pelajar, tetapi persoalannya lebih besar, antaranya ke mana dan apakah yang mereka buat sepanjang waktu melakukan salah laku itu serta akibatnya.
Berdasarkan pengalaman lalu, akibat pelajar ponteng bukan saja ketinggalan dalam pelajaran, malah lebih teruk lagi termasuk terbabit gejala negatif seperti penyalahgunaan dadah, vandalisme, gangsterisme, minuman keras, seks bebas, perjudian dan melepak.
Implikasi besar yang mungkin wujud akibat masalah ponteng itu menyebabkan ia dianggap Kementerian Pelajaran sebagai salah laku disiplin paling serius.
Rekod Kementerian Pelajaran tahun lalu menunjukkan 21,060 pelajar (0.39 peratus) dikesan ponteng sekolah, manakala 24,840 pelajar (0.46 peratus) pada tahun sebelumnya.
Selain ponteng, salah laku pelajar kurang sopan seperti merokok, tidak hormat guru dan pengawas serta berbahasa kesat adalah kesalahan paling banyak berlaku di sekolah membabitkan 23,220 kes (0.43 peratus ) tahun lalu dan 19,980 kes (0.37 peratus) pada 2006.
Kesalahan berunsur jenayah seperti mencuri, mencederakan pelajar, bergaduh dan pukul juga antara kes banyak dicatatkan di sekolah iaitu 18,900 (0.35 peratus) tahun lalu dan 18,360 (0.34 peratus) pada 2006.
Isu lewat ke sekolah atau tidak pentingkan masa juga agak ketara dengan rekod 18,360 pelajar (0.34 peratus) terbabit tahun lalu dan 15,120 pelajar (0.28 peratus) pada tahun sebelumnya.
Masalah kenakalan pelajar seperti membawa telefon bimbit ke sekolah mencatatkan penurunan kes agak ketara iaitu daripada 15,120 pada 2006 kepada 8,640 kes tahun lalu.
Kesalahan laku musnah seperti merosakkan kemudahan atau menconteng di bangunan sekolah juga berkurangan daripada 3,780 kes pada 2006 kepada 3,240 kes tahun lalu.
Kes salah laku disiplin berunsur kelucahan termasuk membuat bahasa isyarat, lukisan serta menggunakan perkataan tidak senonoh mencatat jumlah sama pada 2006 dan tahun lalu, iaitu 2,700 kes.
Statistik kementerian mengenai salah laku disiplin pelajar dalam tempoh 2003 hingga 2007 mencatatkan kadar purata dua peratus, manakala kes jenayah yang diteliti menerusi rekod polis pada kadar purata 0.03 peratus.
Walaupun jumlah kes disiplin pelajar negara ini jauh lebih rendah berbanding negara lain, Kementerian Pelajaran tetap menganggap ia isu yang perlu ditangani secara serius.
Sumber:Berita Harian 28 Julai 2008
HYPERLINK "http://zulzaidi.wordpress.com/2009/02/22/nasihati-pelajar-ponteng-dengan-al-quran/" http://zulzaidi.wordpress.com/2009/02/22/nasihati-pelajar-ponteng-dengan-al-quran/
Sebelum kita mengupas perihal perlakuan ini harus kita selaku rakyat Malaysia memahami apa yang diinterpretasikan sebagai ponteng. MenurutKamus Pelajarkeluaran Dewan Bahasa Dan Pustaka mentakrifkan ponteng sebagaimeninggalkan tugas atau tanggungjawab pelajaran tanpa kebenaran. Manakala menurut HYPERLINK "http://ms.wikipedia.org/wiki/Kamus_Dewan" \o "Kamus Dewan" \t "_blank" Kamus DewanEdisi Keempatmendefinasikan ponteng sebagailari daripada tanggungjawab atau tugas tanpa kebenaran. Walau apa pun pendefinasian yang dibuat perlakuan ponteng lebih mudah difahami dalam ruang lingkup pelajar sekolah adalahmeninggalkan tanggungjawab yang dipikul di atas bahu pelajar iaitu hadir ke sekolah untuk belajar dengan mengikut lunas-lunas peraturan yang dibuat oleh sekolah atau kegagalan pelajar untuk hadir ke sekolah secara sengaja tanpa alasan yang tepat dan munasabah.
Masalah yang timbul berkenaan barah ponteng ini adalah disebabkan beberapa faktor yang menjadi sebab musabab pelajar sekolah melakukan perlakuan sedemikian. Antara faktor utama yang menjadi punca masalah ini adalah pengaruh rakan-rakan sebaya yang boleh memusnahkan masa depan pelajar sekolah ini. Ponteng ini boleh dikatakan sebagai ketagihan yang merantai diri pelajar masa kini kerana jika sekali pelajar melakukan perbuatan ini, pasti fenomena ponteng akan berulang dan terus berulang dengan kegagalan dalam pelajaran sebagai kesudahannya.
Kegagalan menyiapkan kerja rumah yang diberikan oleh guru-guru juga menjadi faktor besar penyumbang masalah ini. Sikap malas yang dibajai oleh pelajar itu sendiri berakar umbikan pengaruh rakan-rakan sebaya yang mempunyai sikap yang sama. Datuk Abdullah Muhammad, Pengarah Jabatan Pelajaran negeri (JPNS) menyatakan bahawa pelajar yang gagal menyiapkan kerja rumah yang diberikan, sengaja mengambil jalan ponteng sekolah kerana takut dimarahi guru.
Jika kita merungkai permasalahan ini pasti kita akur bahawa persekitaran kebanyakan sekolah masakini kurang kondusif atau kita katakan sebagai suasana yang membosankan. Jika kita perhatikan murid-murid prasekolah yang mana mereka amat menyukai suasana persekolahan tersebut kerana keseronokan dan keriangan belajar berorientasikankeilmuan yang tidak membosankanatau kita katakan sebagai Taman Ilmu. Tapi masalah yang timbul di kebanyakan sekolah-sekolah adalah suasana sekolah yang seakan tanah perkuburan dan bukannya taman keilmuan.
HYPERLINK "http://gejalabuli.blogspot.com/" http://gejalabuli.blogspot.com/
Kena buli : Mangsa tidak tahu mengapa 17/02/2004 12:35 p.m.Oleh Marzita AbdullahNORAN FAUZIAH YAAKUBKAJIAN buli di sekolah rendah oleh Dekan Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Datin Dr. Noran Fauziah Yaakub mendapati ada mangsa buli sebenarnya tidak tahu mengapa mereka dibuli.Seorang mangsa buli iaitu murid perempuan pernah ditolak murid lain sehingga jatuh bukit dan berubah perangai menjadi seorang yang penakut dan murung kerana sering dibuli dan tidak tahu mengapa dibuli.Namun daripada pemerhatian yang dibuat semasa kajian tersebut Noran mendapati, mangsa berkenaan dilakukan sedemikian kerana keadaan fizikalnya yang gemuk dan kulitnya yang gelap.``Disebabkan dia gemuk dan sering berjalan lambatlah maka murid lain menolak dan mengejeknya,'' katanya.Tegas Noran walaupun kejadian buli dianggap oleh pihak sekolah suatu perkara biasa atau sekadar `gurauan' di kalangan murid namun perkara tersebut sebenarnya mampu mendorong kepada perbuatan yang serius jika tidak dibendung.``Ibu bapa dan guru seringkali tidak menjangka teruknya kesan buli dan memandang remeh perbuatan tersebut,'' katanya.``Tetapi di negara kita kejadian buli berlaku di dalam kelas semasa guru mengajar dan sebelum guru masuk mengajar,'' katanya.Kejadian buli di kantin dan padang sekolah di negara ini hanya mencatatkan masing-masing 18.0 peratus dan 17.4 peratus.Kejadian buli juga banyak berlaku semasa murid pulang dari sekolah (23.9 peratus), koridor kelas (16.6 peratus), perjalanan ke sekolah (13.1 peratus), perhimpunan (10.70 peratus) dan tandas (11.7 peratus).Dalam pada itu beliau berkata, dapatan kajiannya juga mendapati hanya 8.6 peratus sahaja murid tidak pernah menjadi mangsa buli dan sebanyak 14.5 peratus murid tidak pernah membuli.Malah katanya, majoriti kejadian buli melibatkan murid lelaki Tahun 6 membuli rakan sekelasnya yang juga murid lelaki Tahun 6 manakala jumlah murid perempuan yang menjadi pembuli dan mangsa buli adalah terlalu sedikit.``Murid-murid ini terlibat membuli secara fizikal seperti menendang, menolak dan memeras ugut manakala buli psikologi melibatkan perbuatan mengejek, menyindir atau memanggil rakan dengan panggilan tidak baik,'' katanya.Sementara itu, kajiannya juga mendapati murid yang dibuli lazimnya akan bertindak semula menjadi seorang pembuli kerana ingin membalas dendam sama ada kepada pembuli atau murid lain.Daripada jumlah tersebut 53.6 peratus murid yang dibuli secara fizikal akan membuli rakan yang lain secara fizikal manakala 49.4 peratus yang dibuli secara psikologi akan melakukan perkara yang sama kepada rakannya.Kajian Noran itu yang dijalankan pada tahun lalu meliputi 2,528 murid di 29 sekolah di Perak iaitu di Ipoh, Kuala Kangsar, Sungai Siput, Teluk Intan dan beberapa sekolah di hulu Perak.Daripada jumlah tersebut sebanyak 818 murid sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) dan SJKT dengan masing-masing sebanyak 750 dan 950 responden manakala pembahagian jantina pula ialah 51.2 peratus murid lelaki dan 48.8 peratus murid perempuan.
Punca-Punca Berlakunya Aktiviti Ponteng Sekolah
PAGE 23
_1253083327.bin