Pendidikan Muzik Prasekolah

  • View
    11.395

  • Download
    0

Embed Size (px)

Transcript

Perkembangan kanak-kanak melalui muzik Oleh: HJ ZULKIPLY BIN HJ YAAKOB INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN HUSSEIN ONN, BATU PAHAT, JOHOR. "Movement is as necessary to mental and physical development as food." -- Grace Nash "Dance is an island in a sea of motion." -- Rudolf Laban If you can walk, you can dance. If you can talk, you can sing. Zimbabwe Proverb

Mendengar dan bermain alat muzik adalah sama (hukumnya) dengan merasa makanan yang lazat, menghidu bau yang harum, melihat pemandangan yang cantik atau mencapai pengetahuan yang tidak diketahui adalah semuanya keseronokan naluri yang dianugrahkan Tuhan kepada manusia. Semuanya memberi kesan menenangkan fikiran apabila kepenatan jasmani dan memberi kesan dalam memulihkan semula tenaga . (Syaikh Syaltut menggunakan hujah Imam alGhazali dalam Ihya Ulumiddin, Jld 2, pg 208.) Pengenalan: Pendidikan muzik bagi kanak-kanak melibatkan perkembangan kreatif dan daya estetika. Program yang terdapat dalam pendidikan muzik mengandungi program nyanyian, pergerakan, pendengaran, penciptaan, permainan alat dan respon kepada visual dan verbal bunyi-bunyian. Disamping itu muzik turut dapat menyumbangkan kepada perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh yang meliputi perkembangan intelek, emosi, social dan fizikal. Swanwick K and Talor D.(1982), menyatakan muzik boleh dijadikan satu perantaraan untuk bersosial dan merenggangkan emosi yang tegang. Muzik juga telah menjadi sebahagian daripada budaya dalam masyarakat Malaysia. Kanak-kanak secara semulajadinya cukup cepat terangsang kepada bunyi muzik yang mereka dengari. Lazimnya juga kanak-kanak akan merasa selesa melahirkan ekpresi melalui muzik, irama dan ton yang merupakan asasasas dalam pendidikan muzik. Kenapa pendidikan muzik Kanak-kanak pada umumnya sangat kreatif. Sepanjang mereka berada di sekolah mereka bukan sahaja hanya berkebolehan melahirkan fikiran dan perasaan melalui bahasa yang berkesan tetapi berkemampuan melahirkan

perasaan-perasaan yang mereka alami seperti bahagia, marah, sedih, takut, kecewa dan lain-lain lagi melalui media seni halus dan kraf serta muzik. Jika diberi satu bimbingan yang betul oleh guru, kanak-kanak akan terangsang untuk menunjukkan daya imaginative dan kreativiti dengan pelbagai cara mengunakan pelbagai alatan dan bahan. Menyedari hakikat ini maka menjadi tanggungjawab guru prasekolah untuk menyediakan ruang dan peluang untuk kanak-kanak prasekolah agar mereka dapat meluahkan emosi mereka dengan cara yang lebih terkawal iaitu melalui pengalaman mendengar, bermain, menyanyi dan bergerak mengikut rentak dan alunan muzik 1. Muzik dapat membantu kesan yang positif kepada perkembangan kanakkanak. Perkembangan kemahiran kognitif seperti peningkatan minda dan boleh memberi sebab. Boleh memperkayakan persekitaran rangsangan seperti penggunaan deria motor kanak-kanak Kajian menyatakan kanak-kanak yang aktif/ terlibata secara langsung dalam muzik akan dapat: o Membaca dan mathematik dengan baik apabila mula memasuki alam persekolahan. o Menumpukan perhatian dan boleh mengawal pergerakan motor. o Bermain dengan baik dan mempunyai keyakinan diri yang tinggi.

2. Kanak-kanak dapat menikmati kepuasan diri dengan rakan - Dengan menikmati muzik bersama rakan kanak-kanak akan mempunyai sifat kepunyaan terhadap kumpulannya. - Kanak-kanak akan hilang sifat malu apabila bersama dalam kumpulan. 3. Muzik membuatkan kanak-kanak berasa seronok. - Kanak-kanak dapat meningkatkan pengalaman dan dapat merasa seronok apabila belajar muzikDefinisi Muzik Hampir semua orang pernah mendengar perkataan muzik dan mungkin ramai juga yang mengatakan yang ia tahu maksud perkataan muzik. Tetapi untuk mendapatkan persetujuan tentang definisi muzik mungkin tidak begitu mudah. Pada amnya muzik adalah diakui sebagai satu cabang seni dan juga sains yang menggabungkan bunyi-bunyi vokal dan atau instrumental termasuk bunyi-bunyi semula jadi dari persekitaran atau rekaan dengan satu cara yang dianggap memuaskan mengikut estetika, corak pemikiran, dan emosi manusia yang juga boleh mencerminkan sesuatu budaya tertentu. Bunyi burung, semboyan keretapi, azan dari masjid, bacaan quran, bunyi kipas dan bunyi-bunyi lain yang didengar dipersekitaran boleh didefinisikan sebagai muzik juga.

Bahasa Arab, pengertian muzik dalah sebagai handasah alsawt yang bermaksud kejuruteraan bunyi secara artistik . Sebenarnya muzik ialah satu perkataan yang telah diwarisi daripada cerita-cerita dongeng zaman puba Yunani diberi nama sebagai Muses yang bemaksud semua bentuk seni halus termasuk muzik. Tetaoi pada hari ini perkataan muzik ini digunakan secara universal dan bermaksud seni bunyi-bunyian . Matlamat dan objektif Matlamat Pendidikan muzik adalah bertujuan untuk memperkembangakan potensi dan kualiti diri individu dari segi nilai estetika muzik dan etika melalui pelbagai pengalaman muzik ke arah meningkatkan kesejahteraan hidup dalam konteks budaya dan aspirasi negara Objektif Dengan memahami muzik kanak-kanak akan dapat; 1. menikmati pelbagai pengalaman muzik 2. memperkembangkan nilai estetika, kreativiti, dan ekspresi diri; 3. merasai dan mengenal konsep muzik 4. meningkatkan kemahiran mendengar muzik secara aktif; 5. mengenal dan memahami sistem notasi muzik yang asas 6. memperkembangkan kemahiran asas dalam kegiatan nyanyian, muzik dengan gerakan dan permainan alat; 7. memupuk semangat berusaha, disiplin diri dan yakin diri; 8. mengamalkan semangat toleransi dan kerjasama; 9. mengenal dan menghargai pelbagai jenis muzik tanah air, tradisional dan semasa yang sesuai; 10. mengenal muzik yang sesuai dari beberapa negara lain; dan 11. menjadi pengguna muzik yang berpengetahuan dan berdiskriminasi.

Untuk menyediakan persekitaran pembelajaran muzik yang kondusif ia perlu merangkumi, play..main permainan komunikasi gambaran imiginasi bercerita bekongsi refleksi dalam kehiduoan seharian penglibatan kumpulan dan individu dalam kehidupan bermasyarakat. Sentiasa menggunakan latih tubi Kanak-kanak sentiasa mematuhi dan mengikut model.Keupayaan muzik semula jadi kanak-kanak menjadi stabil apabila mereka berumur sembilan tahun. Pada peringkat awal kanak-kanak, ia merupakan tempoh kritikal untuk memahami dan menghasilkan muzik (Andress, B, 1980). Jadual dibawah menerangkan kemahiran muzikal yang dikuasai oleh kanak-kanak mengikut peringkat-peringkat perkembangan tertentu.

AKTIVITI MUZIK: Bidang NyanyianBidang nyanyian memberi penumpuan dan penegasan kepada aspek postur, pendengaran, sebutan, pernafasan da eknik pengeluaran suara. Kegiatan ensemble vokal diadakan bagi memastikan penglibatan semua pelajar secara harmonis dan seimbang. Amalan nilai-nilai murni yang berkaitan dengan disiplin diri dan kerjasama diutamakan dalam kegiatan ensembel. Penerapan nilai-nilai murni juga dipupuk melalui lirik lagu terutama melalui lagu yang berunsur budaya tanah air masyarakat Malaysia. Konsep muzik yang ditegaskan dalam bidang nyanyian ialah melodi dan irama. Antara kegiatan yang diadakan adalah seperti berikut; a. Mari menyanyi Menyanyi lagu yang digemari-lagu beraksi -lagu berentak tradisional -lagu pusingan dan -lagu suara berlapis Menyanyi secara spontan dan hafalan Menyanyi dengan menggunakan skor muzik

b. Menyanyi secara muzikal Menyanyi lagu dalam pelbagai meter dengan memberi penegasan kepada tekanan dan latihan sebutan berirama Menyanyi pelbagai jenis lagu dengan memberi tumpuan kepada: -pic, tempo,corak irama, melodi; dan -ekspresi mengikut mud dan dinamik. c. Teknik dan cara menyanyi Membuat latihan vokal dengan memberi tumpuan kepada latihan skel dan warna ton Membuat latihan teknik menyanyi untuk mengenal bentuk kontur, urutan dan rangkai lagu dengan tumpuan kepada; -pernafasan -pengeluaran suara -artikulasi -sebutan, dan -postur. d. Meneroka dan mengenal muzik nyanyian Mendengar dan menyanyi dalam beberapa jenis jalinan suara seperti monofoni dan polifoni. Membuat pelbagai improvisasi dengan mengolah konsep muzik seperti pic, irama dan lirik seperti cara nyanyiannya. Mendengar dan menilai pelbagai jenis lagu dan nyanyian dari aspek; -lirik -melodi -cara menyanyi, dan -cara persembahan Mendengar secara bebas dan berpandu dengan memberi perhatian kepada konsep muzik dan jenis muzik vokal Berbual mengenai sesuatu lagu dari segi cara hidup, alam sekitar, lagenda dan tokoh. Memberi respon mengikut lagu dari segi perasaan dan pengalaman diri. Mendengar dan mengenali pelbagai jenis lagu yang berunsur tradisional dan lagu dari negara lain.

Muzik dengan gerakan Muzik dengan pegerakan memberi peluang kepada pelajar menggunakan tubuh badan sebagi respon kepada muzik. Kegiatan dalam bidang ini mementingkan kesedaran penggunaan semua anggota badan untuk melahirkan ekspresi diri melalui rangsangan muzik yang didengar sambil memahami konsep muzik khususnya irama dan ekspresi. Terdapat lima jenis kegiatan pergerakan dengan muzik yang disusun mengikut perkembangan dari yang mudah kepada yang kompleks. Kegiatannya adalah seperti berikut:

Gerakan mengikut lirik lagu Gerakan mengikut konsep muzik Interpretasi muzik dengan gerakan Gerakan bebas dengan muzik; dan Gerakan yang menunjukkan cerita atau tema dengan muzik.

Pergerakan ialah interpretasi idea, perasaan serta tanggapan deria yang dilahirkan secara simbolik. Terdapat empat unsur pergerakan iaitu ; a. Imbangan berat badan Ruang Masa Daya/ aliran.

Imbangan berat badan.

Faktur ini ada kaitannya dengan tenaga bila bergerak, tegang dalam otot dan pegangan. Bahagian anggota bawah badan (paras pusat ke bawah) mencerminkan tenaga kekuatan manakala bahagian anggota atas badan (paras pusat ke atas) mencerminkan keringanan. Pergerakan yang kuat memerlukan tenaga otot dan ketegangan otot tetapi pergerakan yang ringan memerlukan sedikit sahaja tenaga otot. b. Ruang

Pastikan ada ruang disekeliling angota badan. Dari satu tempat yang tetap kita boleh menggerakkan badan ke merata-rata arah dan aras tertentu.