5
Berpandukan program-program luar negara yang dikenali pasti,bincangkan pengaruh program-program tersebut, khususnya kesan positif ke atas pengajaran dan pembelajarn matematik sekolah rendah. Pendidikan matematik merupakan sektor penyokong yang penting dalam perancangan kerajaan bagi menyediakan sumber manusia yang mempunyai pelbagai keupayaan dalam era ekonomi berasaskan pengetahuan. Kepentingan sektor pendidikan matematik ini telah diterjemahkan ke bentuk perancanga dan perlaksanaan kurikulum sistem pendidikan yang direka bentuk untuk melahirkan individu yang bukan sahaja berpengetahuan, menguasai kemahiran tertentu,berfikiran k dan analitis, cekap menyelesaikan masalah dan membuatkeputusan, imaginatif dan kreat serta mempunyai sifat ingin mencipta danmenghasilkan sesuatu rekaan baru. Perkembangan yang berlaku kepada masyarakat dunia, telah memberi kesan terhadap rakyat Malaysia yang mana turut sama mengalami proses perkembangan yang pesat dan mencabar.Sebagai mekanisme asas bagi perkembangan tersebut, sistem pendidikannegara perlu menerima cabaran ini dengan penuh kedinamikan. Selaras denganitu proses pendidikan merupakan satu faktor penting untuk mencorak danmenggerakkan kegiatan manusia. i Malaysia, perkembangan profesional dalam pendidikan khususnya pendidikan matematik pada !aman maklumat ini seharusnya dilaksanakan dalamrangka usaha merealisasikan matlamat "a#asan $%$%. &ntuk memenuhi hasrat ini, kita perlu menjadi pengurus dan pemimpin pendidikan yang cekap, dedikasidan berpandangan jauh '(ik )!is *++ . leh sebab itu bagi melaksanakanproses ini para guru haruslah mempunyai daya pintar yang cerdas dan tinggisemasa pengajaran dan pembelajaran. Matlamat pendidikan khususnyaMatematik adalah untuk memperkembangkan pemikiran mantik, analitis,bersistem dan kritis, kemahiran penyelesaian masalah serta kebolehan menggunakan ilmu pengetahuan Matematik supaya individu dapat berfungsidalam kehidupan seharian dengan berkesan 'Kementerian Pendidikan Malaysia,*+// . Perbe!aan Matematik dengan pelajaran lain ialah dari segi penekanan terhadap beberapa komponen kognitif tertentu yang digunakan. 0iga komponen penting yang ditekankan ialah pengetahuan dan kefahaman, penggunaan konsep dan penyelesaian masalah '(ik )!is, *++ . engan adanya ketiga-tiga elemen tersebut maka pembelajaran matematik akan menjadi lebih mudah,berkesan dan pencapaian pelajar juga lebih baik. Persoalannya,bagaimanakah program-program pendidikan Matematik dari (egara luar tela mempengaruhi perkembangan kurikulum matematik di Malaysiasecara positif1

Pendidikan numeral di malaysia berkembang

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Matematik-perkembangan daripada program luar negara .

Citation preview

Berpandukan program-program luar negara yang dikenali pasti,bincangkan pengaruh program-program tersebut, khususnya kesan positif ke atas pengajaran dan pembelajarn matematik sekolah rendah. Pendidikan matematik merupakan sektor penyokong yang penting dalam perancangan kerajaan bagi menyediakan sumber manusia yang mempunyai pelbagai keupayaan dalam era ekonomi berasaskan pengetahuan. Kepentingan sektor pendidikan matematik ini telah diterjemahkan ke bentuk perancangan dan perlaksanaan kurikulum sistem pendidikan yang direka bentuk untuk melahirkan individu yang bukan sahaja berpengetahuan, menguasai kemahiran tertentu,berfikiran kritis dan analitis, cekap menyelesaikan masalah dan membuatkeputusan, imaginatif dan kreatif serta mempunyai sifat ingin mencipta danmenghasilkan sesuatu rekaan baru. Perkembangan yang berlaku kepada masyarakat dunia, telah memberi kesan terhadap rakyat Malaysia yang mana turut sama mengalami proses perkembangan yang pesat dan mencabar.Sebagai mekanisme asas bagi perkembangan tersebut, sistem pendidikannegara perlu menerima cabaran ini dengan penuh kedinamikan. Selaras denganitu proses pendidikan merupakan satu faktor penting untuk mencorak danmenggerakkan kegiatan manusia. Di Malaysia, perkembangan profesional dalam pendidikan khususnya pendidikan matematik pada zaman maklumat ini seharusnya dilaksanakan dalamrangka usaha merealisasikan matlamat Wawasan 2020. Untuk memenuhi hasrat ini, kita perlu menjadi pengurus dan pemimpin pendidikan yang cekap, dedikasidan berpandangan jauh (Nik Azis, 1996). Oleh sebab itu bagi melaksanakanproses ini para guru haruslah mempunyai daya pintar yang cerdas dan tinggisemasa pengajaran dan pembelajaran. Matlamat pendidikan khususnyaMatematik adalah untuk memperkembangkan pemikiran mantik, analitis,bersistem dan kritis, kemahiran penyelesaian masalah serta kebolehan menggunakan ilmu pengetahuan Matematik supaya individu dapat berfungsidalam kehidupan seharian dengan berkesan (Kementerian Pendidikan Malaysia,1988). Perbezaan Matematik dengan pelajaran lain ialah dari segi penekanan terhadap beberapa komponen kognitif tertentu yang digunakan. Tiga komponen penting yang ditekankan ialah pengetahuan dan kefahaman, penggunaan konsep dan penyelesaian masalah (Nik Azis, 1996). Dengan adanya ketiga-tiga elemen tersebut maka pembelajaran matematik akan menjadi lebih mudah,berkesan dan pencapaian pelajar juga lebih baik. Persoalannya,bagaimanakah program-program pendidikan Matematik dari Negara luar telah mempengaruhi perkembangan kurikulum matematik di Malaysiasecara positif?

Pertama program-pramgram yang telah dipengaruhi oleh negara luar ialah Pembangunan Ruangan Statistik Dan Sejarah Dalam Majalah Web DinamikDunia Matematik. Dunia Matematik merupakan sistem e-pembelajaran yangdilihat berpotensi sebagai alternatif yang berkesan dalam pembelajaran. Projek ini menekankan pembelajaran secara terbuka yang menjangkaui batasan silibus matapelajaran matematik di sekolah. Dalam menghasilkan majalah web yang dinamik, perisian sistem kandungan dipilih sebagai medium penyampaian keranaperisian ini mudah digunakan dan percuma. Seterusnya, model ADDIE dipilihsebagai model rekabentuk kerana ia bertepatan dengan ciri-ciri majalah webyang menekankan proses pengajaran dan pembelajaran. Reka bentuk DuniaMatematik menyokong prinsip sosial konstruktivisme yang menekankan pengetahuan terbina semasa aktiviti social seperti perbincangan dan pertukaranpendapat antara ahli kumpulan serta interaksi antara rakan. Sehingga kini,sebanyak tujuh keluaran Dunia Matematik telah dihasilkan. Dunia Matematikdikeluarkan setiap bulan dan ia memuatkan beberapa ruangan yang memberikanpendedahan tentang kepelbagaian cabang matematik termasuklah Fokus, Isu Semasa, Kesenian, Sejarah, Statistik Kerjaya, Tokoh, Aplikasi, Tahukah Andamanakala aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan ialah seperti Pelajari Matematik,Perisian Matematik, Uji kefahaman, Permainan, Uji Minda dan Kuiz. Matematik masih lagi dianggap mata pelajaran yang sukar dikuasai oleh kebanyakan pelajar. Terdapat pelbagai perubahan dan usaha yang dilakukan dalam sistempendidikan matematik negara untuk meningkatkan mutu dan kualiti dalampendidikan matematik namun ia masih lagi berada di tahap sederhana. Pelajar sering mengganggap pembelajaran matematik itu sangat membosankan kerana anggapan mereka matematik itu hanyalah lebih berfokus kepada pengiraan,penggunaan rumus-rumus kompleks dan sebagainya (Zawawi, 2003). Kesanpositif, Kesedaran bahawa bidang matematik hanya melibatkan pengiraansahaja perlu diperbetul agar matematik tidak dilihat dari pandangan yang sempit.Ini kerana matematik itu adalah luas dan ia turut mencakupi keindahan sejarah dalam matematik dan aplikasi statistik dalam kehidupan serta pelbagai disiplinyang perlu dipatuhi. Maka selari dengan dengan perkembangan teknologi yangmengikuti arus permodenan, pembelajaran berlandaskan teknologi maklumatdan komunikasi digunakan untuk menangani masalah tersebut. Pelaksanaan dalam e-pembelajaran dalam dunia pendidikan digunakan dalam memperbaikikecacatan dalam sistem pendidikan matematik negara. Oleh itu, DuniaMatematik merupakan projek majalah web matematik yang dilaksanakan supaya dapat menyediakan bahan dan aktiviti yang berkualiti serta dapat mewujudkanpembelajaran yang berpusatkan pelajar. Kedua, Perbandingan pengajaran berasaskan Multimedia dan Tradisional ke atas pencapaian matematik dan sikap matematik dikalangan pelajar berisiko. Mengikut sumber dan literatur berkaitan,pengajaran menggunakan multimedia dipercayai mampu merangsang pembelajaran dan meningkatkan tahap pencapaian akademik pelajar. Namun,bukti nyata yang menyokong atau menyangkal pernyataan ini khususnya dikalangan pelajar berisiko masih lagi kurang. Tujuan kajian adalah untuk mengkaji perbandingan pengajaran Matematik berasaskan multimedia dan tradisional keatas pencapaian Matematik dan sikap Matematik khususnya di kalangan parapelajar berisiko. Kaedah yang digunakan dalam kajian ini berbentuk eksperimenkuasi yang berlangsung selama 10 minggu dan melibatkan 54 orang pelajar.Ujian pencapaian Matematik dan soal selidik sikap Matematik digunakan sebagaiinstrumen. Data dianalisis menggunakan teknik ujian-t berpasangan danANCOVA. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat peningkatanpencapaian Matematik pelajar berisiko dalam kedua-dua kelas Matematikberasaskan multimedia dan tradisional. Namun, pencapaian Matematik pelajarberisiko dalam kelas Matematik berasaskan multimedia tidak berbeza secarasignifikan dengan pencapaian Matematik pelajar berisiko dalam kelas Matematikberasaskan tradisional. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa terdapatpeningkatan sikap terhadap Matematik pelajar berisiko dalam kelas Matematikberasaskan multimedia, sebaliknya berlaku penurunan sikap terhadap Matematikpelajar berisiko dalam kelas Matematik berasaskan tradisional. Walau bagaimanapun, kajian mendapati sikap Matematik pelajar berisiko dalam kelasMatematik berasaskan multimedia juga tidak berbeza secara signifikan dengansikap Matematik pelajar berisiko di dalam kelas Matematik berasaskantradisional. Kesan positif Pencapaian adalah ukuran seseorang individu tentangapa yang diketahuinya setelah mengikuti sesuatu kursus ataupun latihan(Glossary of Terms 2008). Mengikut Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM),pencapaian akademik seseorang pelajar bagi peringkat Ujian Penilaian SekolahRendah (UPSR) bermaksud skor atau gred yang diperoleh berdasarkan sistem piawaian gred (ABCDE) bagi setiap mata pelajaran melalui sebuah peperiksaank husus. Dalam kajian ini, pencapaian yang ingin dilihat secara khusus ialah pencapaian Matematik pelajar yang diperoleh daripada skor dan gred mengikutsistem pengredan A,B,C,D (lulus) dan E (gagal) berdasarkan status atau takrif yang ditetapkan oleh LPM. Akhir sekali, tahap perlaksanaan amalan pengajaran Matematik dalambahasa Inggeris. Pelaksanaan pengajaran Matematik dalam Bahasa Inggeris telah dilaksanakan sejak tahun 2003 secara peringkat demi peringkat.Pengajaran Matematik dalam bahasa Inggeris melibatkan perubahan komponenorganisasi pengajaran dalam kurikulum Matematik. Perubahan itu adalah pertukaran bahasa pengantar dari Bahasa Melayu ke Bahasa Inggeris danpenggunaan ICT dan bahan-bahan interaktif multimedia sebagai bahan bantu mengajar (BBM). Kedua-dua perubahan ini dalam komponen organisasi pengajaran matematik menuntut perubahan besar dan serta-merta daripadaguru-guru selaku agen pelaksana perubahan kurikulum sekolah. Guru-guru perlu berubah daripada segi tingkah laku , kebiasaan, dan amalan pengajaran dalammelaksanakan perubahan kurikulum (Ornstein & Hunkins 1998). Peranan guru sebagai agen pelaksana dasar kerajaan yang menjadikan Bahasa Inggerissebagai pengantar subjek Matematik amat penting demi menjamin pencapaian akademik yang tinggi. Objektif-objektif kajian yang ingin dicapai melalui kajian ini adalah seperti mengkaji tahap perlaksanaan pengajaran matematik dalam bahasa Inggeris oleh guru-guru sekolah rendah, mengkaji perbezaan tahap amalan pengajaran matematik dalam bahasa Inggeris di antara sekolah bandar dan luar Bandar, mengkaji kesan amalan perlaksanaan pengajaran matematikdalam bahasa Inggeris terhadap sikap pelajar dalam mata pelajaran matematik,mengkaji kesan amalan perlaksanaan pengajaran matematik dalam bahasaInggeris terhadap persepsi pelajar kepada guru matematik dan mengkaji kesanamalan perlaksanaan matematik dalam bahasa Inggeris terhadap pencapaian pelajar dalam mata pelajaran matematik sekolah rendah. Berdasarkan analisis kajian ini , secara keseluruhannya tahap amalan pengajaran matematik dalambahasa Inggeris di sekolah rendah berada pada tahap tinggi. Analisis data yang telah dibuat adalah berasaskan kepada lima persoalan kajian yang telah diutarakan di peringkat awal kajian ini. Antara perkara utama yang telah dicapai melalui analisis ini didapati bahawa tidak terdapat perbezaan terhadap tahapperlaksanaan pengajaran matematik dalam bahasa Inggeris di antara sekolah bandar dan luar bandar, wujudnya hubungan yang signifikan antaraperlaksanaan matematik dalam bahasa Inggeris dengan persepsi murid terhadapguru dan sikap pelajar terhadap mata pelajaran matematik, dan tidak terdapat hubungan yang signifikan antara perlaksanaan matematik dalam bahasaInggeris dengan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran matematik. Secara kesimpulannya, pada masa kini penggunaan Matematik telah bertambah dengan luasnya dalam semua lapisan masyarakat. Kalau dahulu masyarakat hanya berpendapat bahawa Matematik adalah untuk pengiraansahaja, tetapi pada masa kini peranan yang dimainkan oleh Matematik meliputipelbagai jenis aktiviti seperti pemprosesan data, simulasi, membuat keputusandan komunikasi. Walaupun demikian jika dilihat situasi terkini kita akanmendapati banyak isu yang membincangkan tentang pendidikan Matematik.Salah satu isu yang hangat diperbincangkan adalah tentang kemerosotan pencapaian keputusan Matematik. Soalnya, dimanakah punca sebenarnyakeadaan ini? Banyak faktor yang menyumbang kepada kemerosotan pencapaianpelajar dalam mata pelajaran Matematik. Faktor-faktor tersebut mungkin berpunca dari pelajar itu sendiri, kurikulum yang digunakan, budaya persekitarandan juga guru yang mengajar. Para pelajar menganggap matematik suatu matapelajaran yang sukar dan menjemukan. Ini secara tidak langsung akan 8mengurangkan minat mereka terhadap mata pelajaran ini. Selain itukemerosotan pencapaian ini juga banyak berpunca dari sikap pelajar itu sendiriterhadap mata pelajaran matematik serta wujudnya kekurangan dalampengetahuan, kemahiran dan kefahaman matematik sejak dari peringkat rendahlagi.Rujukan: 9Matemtk menjadi salah satu unsur utama dalam agenda pembangunan negaramenuju tahun 2020 untuk mewujudkan sebuah masyarakat saintifik dan progresif. Peranan Matematik dalam sesebuah masyarakat tidak bolehdipertikaikan. Kemajuan dalam bidang ini boleh dijadikan kayu penyukur bagitamadun fizikal sesebuah bangsa yang mana bangsa yang maju tidakmengabaikan matematik (Rosaimi,1994). Dalam perkembangan Sains danTeknologi, penguasaan bidang Matematik merupakan teras yang perlu dikuasaioleh para pelajar terutamanya pelajar dalam bidang kejuruteraan. SistemPendidikan Negara yang menitikberatkan bidang Sains dan Teknologi sememangnya mengharapkan golongan pelajar yang mampu menguasai bidang matematik. Guru-guru dalam sektor pendidikan khususnya mata pelajaranmatematik juga harus sedar akan tanggungjawab dan peranan yang dipikuldalam mendidik anak bangsa dalam mencapai matlamat negara. Golonganpendidik ini perlu memiliki kemahiran-kemahiran tertentu agar dapat mewujudkansuasana pengajaran dan pembelajaran yang kondusif dan berkesan.Persoalan tugasan 1. Topik-topik esei: Bagaimanakah program-program pendidikan Matematik dari Negara luar telah mempengaruhi perkembangan kurikulum matematik di Malaysia secara positif? Berpandukan program-program luar negara yang dikenali pasti, bincangkan pengaruh program-program tersebut, khususnya kesan positif ke atas pengajaran dan pembelajarn matematik sekolah rendah.