Upload
vuthu
View
256
Download
7
Embed Size (px)
Citation preview
DRAF KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS (MASALAH PEMBELAJARAN)
DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN
PENDIDIKAN SENI VISUAL
TAHUN LIMA
DRAF
DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN
KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS
(MASALAH PEMBELAJARAN)
PENDIDIKAN SENI VISUAL
TAHUN LIMA
Bahagian Pembangunan Kurikulum
DRAF
Cetakan Pertama 2014 © Kementerian Pendidikan Malaysia Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia, Aras 4-8, Blok E9, Parcel E, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya.
DRAF
RUKUN NEGARA
BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita untuk mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh
masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta masyarakat yang adil bagi kemakmuran negara
yang akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak;
membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden; MAKA KAMI, rakyat Malaysia,
berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-
prinsip yang berikut:
KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN
DRAF
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha
berterusan ke arah lebih memperkembangkan
potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk melahirkan insan yang
seimbang dan harmonis dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan
warganegara Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan
terhadap keharmonian dan kemakmuran
keluarga, masyarakat dan negara.
DRAF
KANDUNGAN MUKA SURAT
PENDAHULUAN 1
MATLAMAT 1
OBJEKTIF 1
STANDARD KURIKULUM BERASASKAN TUNJANG 2
KURIKULUM MODULAR BERASASKAN STANDARD 2
KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI 3
ELEMEN MERENTAS KURIKULUM 4
FOKUS MATA PELAJARAN : PENDIDIKAN SENI VISUAL
Matlamat
Objektif
5
RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU 6
PENTAKSIRAN SEKOLAH
Pentaksiran Rujukan Standard
Tafsiran Umum
Tafsiran Mata Pelajaran : Pendidikan Seni Visual
DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN
7
7
8
9
11
DRAF
1
PENDAHULUAN
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Pendidikan Khas
(Masalah Pembelajaran) dibina selaras dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan yang berlandaskan prinsip-prinsip
pendekatan bersepadu, perkembangan individu secara
menyeluruh, peluang pendidikan dan kualiti pendidikan yang sama
untuk semua murid dan pendidikan seumur hidup. KSSR
Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran) bersifat holistik, tidak
menekankan akademik semata-mata selaras dengan yang
dihasratkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
(PPPM).
Bagi memenuhi keperluan individu, pengajaran dan pembelajaran
di Program Pendidikan Khas Integrasi Masalah Pembelajaran
dibentuk secara fleksibel selaras dengan Peraturan-Peraturan
Pendidikan (Pendidikan Khas) 2013 , 8.(1)(c) yang menyatakan;
....seseorang guru boleh membuat pengubahsuaian kepada:
i. kaedah atau teknik pengajaran dan pembelajaran
ii. masa yang diperuntukkan bagi setiap aktiviti
iii susunan aktiviti; dan
iv bahan bantu mengajar
...... apa-apa pengubahsuaian yang dibuat di bawah
perenggan (1)(c) hendaklah mengikut Kurikulum Pendidikan
Khas.
KSSR Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran) dibina supaya
pembelajaran yang diperolehi di bilik darjah dapat diaplikasikan
dalam kehidupan seharian. Kurikulum ini juga menyediakan
pendidikan berkualiti untuk murid bermasalah pembelajaran
supaya mereka menjadi insan yang seimbang, berdikari dan
berupaya menjalani kehidupan dengan lebih bermakna.
MATLAMAT
KSSR Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran) digubal dengan
matlamat untuk memastikan potensi murid dapat dikembangkan
secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu, sesuai dengan
tahap keperluan murid pendidikan khas. Perkembangan ini meliputi
aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek bagi melahirkan insan
yang seimbang, harmonis dan berakhlak mulia.
OBJEKTIF
KSSR Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran) membolehkan
murid:
i. mengamalkan tingkah laku dan sikap positif dalam
menguruskan kehidupan seharian dengan lebih bermakna
serta menjadi warganegara yang berguna
ii. mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran serta dapat
berdikari dalam kehidupan seharian
iii. menunjukkan kemahiran dan keterampilan ke arah
kehidupan berkerjaya
iv. mengamalkan penjagaan kesihatan dan keselamatan diri
dengan sempurna
v. menggunakan kemahiran berbahasa untuk berkomunikasi,
berinteraksi dan bersosialisasi dengan menepati tatasusila
masyarakat majmuk
DRAF
2
vi. mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian
bagi yang beragama Islam
vii. mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian
viii. melibatkan diri dalam aktiviti riadah
ix. menghargai keindahan alam dan warisan budaya
x. menggunakan kemahiran teknologi maklumat dan
komunikasi seiring dengan perkembangan semasa.
STANDARD KURIKULUM BERASASKAN TUNJANG
Organisasi kurikulum berasaskan tunjang dicadangkan bagi
membangunkan modal insan yang berpengetahuan dan
berketerampilan. Tunjang (Rajah 1) merupakan domain-domain
utama yang saling menyokong antara satu sama lain bagi
membentuk insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani
dan intelek. Domain bagi setiap tunjang adalah:
i. Komunikasi
ii. Kerohanian, Sikap dan Nilai
iii. Kemanusiaan
iv. Sains dan Teknologi
v. Fizikal dan Estetika
vi. Keterampilan Diri
KURIKULUM MODULAR BERASASKAN STANDARD
KSSR Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran) digubal dalam
bentuk pernyataan Standard Kandungan dan Standard
Pembelajaran yang perlu dicapai oleh murid. Standard Kandungan
dan Standard Pembelajaran diorganisasikan dalam bentuk modular
yang mengandungi elemen pengetahuan, kemahiran dan nilai.
Rajah 1: Bentuk Kurikulum Standard Sekolah Rendah
DRAF
3
Standard Kandungan
Pernyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan
boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan yang merangkumi
aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai.
Standard Pembelajaran
Satu penetapan kriteria atau indikator kualiti pembelajaran dan
pencapaian yang boleh diukur bagi setiap Standard Kandungan.
Standard Prestasi
Satu set kriteria umum yang menunjukkan tahap penguasan murid
sebagai petunjuk bahawa sesuatu perkara itu telah dikuasai
KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI
Kurikulum kebangsaan bermatlamat untuk melahirkan murid yang
seimbang, berdaya tahan, bersifat ingin tahu, berprinsip,
bermaklumat, dan patriotik serta mempunyai kemahiran berfikir,
berkomunikasi dan bekerja secara berpasukan. Kemahiran abad
ke-21 ini selari dengan 6 aspirasi yang diperlukan oleh setiap murid
untuk berupaya bersaing pada peringkat global yang digariskan
dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia iaitu setiap murid
akan mempunyai kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa,
etika dan kerohanian, identiti sosial, pengetahuan dan kemahiran
berfikir.
Kemahiran berfikir telah ditekankan di dalam kurikulum sejak tahun
1994 dengan memperkenalkan Kemahiran Berfikir Kreatif dan Kritis
(KBKK). Kemahiran berfikir ini menekan kepada pemikiran dari aras
rendah sehingga aras tinggi. Bermula pada tahun 2011, Kurikulum
Standard Sekolah Rendah (KSSR) telah memberi penekanan
kepada Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT).
KBAT merujuk pada keupayaan untuk mengaplikasikan
pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan
refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan,
berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu. KBAT juga merujuk
kepada kemahiran mengaplikasi, menganalisis, menilai dan
mencipta seperti di Jadual 1.
KBAT Penerangan
Mengaplikasi Menggunakan pengetahuan, kemahiran, dan
nilai dalam situasi berlainan untuk
melaksanakan sesuatu perkara
Menganalisis Mencerakinkan maklumat kepada bahagian
kecil untuk memahami dengan lebih
mendalam serta hubung kait antara bahagian
berkenaan
Menilai Membuat pertimbangan dan keputusan
menggunakan pengetahuan, pengalaman,
kemahiran, dan nilai serta memberi justifikasi
Mencipta Menghasilkan idea atau produk atau kaedah
yang kreatif dan inovatif
Jadual 1: Penerangan KBAT
Kemahiran ini ditulis secara eksplisit dalam setiap kurikulum mata
pelajaran.
DRAF
4
KBAT boleh diaplikasikan melalui aktiviti berbentuk pembelajaran
inkuiri, penyelesaian masalah dan projek. Guru dan murid perlu
menggunakan alat berfikir seperti peta pemikiran, peta minda, dan
Thinking Hats, serta teknik penyoalan yang menggalakkan
pemikiran ke aras tinggi. Murid perlu diberi tanggungjawab atas
pembelajaran mereka sendiri.
ELEMEN MERENTAS KURIKULUM
Dalam KBSR terdapat beberapa elemen merentas kurikulum telah
diperkenalkan seperti Bahasa, Pendidikan Alam Sekitar,
Patriotisme, Kemahiran Berfikir, Pendidikan Kesihatan Reproduktif
dan Sosial, Pencegahan Rasuah, Pendidikan Pengguna dan
Keselamatan Jalanraya. Elemen Merentas Kurikulum dalam KBSR
dikekalkan dan ditambah dengan memberi penekanan pada
elemen Kreativiti dan Inovasi, Keusahawanan, dan Teknologi
Maklumat dan Komunikasi.
Kreativiti dan Inovasi
Kreativiti dan inovasi adalah dua perkara yang berkaitan. Secara
umum, kreativiti merujuk kepada tindakan penghasilan idea,
pendekatan atau tindakan baru. Inovasi pula ialah proses menjana
idea dan mengaplikasikan idea kreatif dalam konteks tertentu.
Elemen kreativiti dan inovasi merupakan antara elemen yang diberi
penekanan dalam KSSR bagi menyediakan murid menangani
cabaran abad ke-21. Kreativiti dan inovasi perlu dipupuk dan
dibangunkan ke tahap optimum supaya murid berupaya
menghasilkan idea dan ciptaan yang berkualiti, dan seterusnya
menjadi amalan dan budaya dalam kehidupan seharian Bagi
mencapai matlamat ini penulisan standard pembelajaran bagi mata
pelajaran Teknologi Maklumat dan Komunikasi yang berkaitan
dengan pemupukan kreativiti dan inovasi dinyatakan secara
tersurat. Sungguhpun begitu guru digalakkan menerapkan elemen
kreativiti dan inovasi dalam mana-mana topik yang difikirkan sesuai
sekiranya elemen ini tidak dinyatakan secara tersurat. Guru
haruslah menyediakan aktiviti yang meransang minat dan kreativiti
murid. Murid perlu dibimbing dengan pengetahuan dan kemahiran
untuk membolehkan mereka mengembangkan daya kreativiti dan
memupuk sikap dan personaliti yang positif.
Keusahawanan
Dalam Model Baru Ekonomi, antara ciri Malaysia pada tahun 2020
adalah inovatif dan keusahawanan. Penerapan elemen
keusahawanan dalam KSSR bertujuan membentuk ciri dan amalan
keusahawanan sehingga menjadi satu budaya dalam kalangan
murid. Ciri dan amalan keusahawanan ini boleh dibentuk dengan:
Mengamalkan sikap keusahawanan;
Mengaplikasikan pemikiran keusahawanan;
Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran
pengurusan perniagaan;
Memformulasikan konsep, proses atau produk
keusahawanan; dan
Mengamalkan nilai, moral dan etika baik dalam
keusahawanan.
Semua ciri dan amalan ini dilaksanakan bersesuaian dengan tahap
kebolehan murid sekolah rendah.
DRAF
5
Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)
Teknologi merupakan satu wadah yang berkesan untuk
memperkukuhkan pembelajaran sesuatu mata pelajaran.
Penggunaan teknologi seperti televisyen, radio, komputer, Internet,
perisian komputer, perisian kursus dan antara muka berkomputer
menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih menarik dan
berkesan. Animasi dan simulasi berkomputer membantu dalam
mempelajari konsep yang sukar dan abstrak, dan boleh
dipersembahkan dalam bentuk perisian kursus atau laman web.
Elemen TMK merupakan satu elemen yang diberi penekanan
dalam KSSR. Terdapat tiga pendekatan dalam menggunakan TMK
iaitu:
Belajar mengenai TMK
Belajar melalui TMK
Belajar dengan TMK
FOKUS MATA PELAJARAN: PENDIDIKAN SENI VISUAL
Matlamat
Pendidikan Seni Visual memberi fokus kepada usaha mencungkil
dan mengembangkan bakat juga potensi murid supaya dapat
mengamalkan kemahiran yang dipelajari seterusnya melahirkan
murid-murid yang berkeyakinan, berkemahiran, berketerampilan
serta bersikap positif dalam kehidupan.
Aspek yang diberi penekanan adalah perkembangan motor halus
dan motor kasar. Kemahiran menggambar, mencorak, membentuk
dan membina serta penghargaan kepada hasil kraf tradisional
boleh dimasukkan ke.dalam perkembangan motor halus dan motor
kasar Proses ini memberi keutamaan kepada aktiviti-aktiviti bagi
memenuhi kehendak tajuk berdasarkan kebolehan, kreativiti dan
inovasi.
Objektif
Pendidikan Seni Visual membolehkan murid
i. menunjukkan kemahiran kognitif, psikomotor dan sosial
ii. mengembangkan bakat, kreativiti dan inovasi.
iii. menghayati keindahan alam dan warisan budaya
iv. menghasilkan karya seni yang kreatif
v. menimba ilmu sebagai persediaan ke arah kerjaya masa
depan
DRAF
6
RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU
Rancangan Pendidikan Individu (RPI):
…adalah....suatu rekod yang mengandungi butiran
sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pendaftar yang
menyatakan tentang rancangan pendidikan bagi setiap
murid berkeperluan pendidikan khas.
Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan
Khas) 2013
...adalah satu dokumen bertulis yang menjelaskan matlamat
perancangan pendidikan yang dirancang untuk setiap murid
berkeperluan khas dan dijadikan panduan oleh guru dalam
proses pengajaran dan pembelajaran dan boleh
menyatakan tahap pencapaian murid.
Buku Panduan Rancangan Pendidikan (RPI)
Individu Murid-Murid Berkeperluan Khas,
2000
RPI dirumuskan sebagai suatu rancangan pengajaran berasaskan
penilaian pelbagai disiplin yang disediakan bagi memenuhi
keperluan murid pendidikan khas. Ia dirancang khusus bagi individu
murid, dan dokumentasi dilakukan tentang segala pengubahsuaian
dan penerapan ke atas rancangan pembelajaran dan perkhidmatan
yang disediakan. Justeru, RPI memaklumkan ibubapa dan pihak
sekolah tentang keperluan individu murid dan bagaimana keperluan
tersebut dirancang untuk dipenuhi. Bagi mencapai tujuan tersebut,
perlu ada kerjasama dan kolaborasi antara pihak sekolah, ibubapa,
dan murid itu sendiri, dengan dibantu oleh pegawai pendidikan
peringkat negeri dan daerah, dan individu dari agensi atau khidmat
sokongan lain.
RPI memperincikan antara lain:
i. Tahap prestasi sedia ada murid
ii. Perancangan akademik dan bukan akademik
iii. Matlamat pendidikan tahunan yang boleh dicapai murid
iv. Objektif pendidikan yang boleh diukur
v. Objektif, prosedur dan urutan pentaksiran bagi
mengenalpasti perkembangan dalam pencapaian
vi. Perkhidmatan yang diperlukan oleh murid
vii. Perancangan, jangkamasa dan tarikh sesuatu
perkhidmatan dapat disediakan untuk murid, dan
viii. Perancangan dan persediaan bagi membantu dan
membimbing murid berinteraksi dengan persekitaran
mereka.
DRAF
7
PENTAKSIRAN SEKOLAH
Pentaksiran Sekolah (PS) adalah salah satu komponen utama
dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) kerana ia berperanan
mengukuhkan pembelajaran murid, meningkatkan keberkesanan
pengajaran guru dan mampu memberi maklumat yang sah tentang
apa yang telah dilaksanakan atau dicapai dalam PdP. PS
dilaksanakan oleh guru dan pihak sekolah sepenuhnya bermula
dengan perancangan, pembinaan item dan instrumen pentaksiran,
pentadbiran, pemeriksaan atau penskoran, perekodan hingga
pelaporan. PS penting untuk menentukan keberkesanan guru dan
pihak sekolah dalam usaha menghasilkan insan yang harmoni dan
seimbang. PS merupakan aktiviti berterusan yang menuntut
komitmen yang tinggi, dan hala tuju yang jelas daripada guru dan
pihak sekolah untuk memperkembangkan potensi setiap murid ke
tahap maksimum. PS mempunyai ciri-ciri berikut:
Iaitu mampu memberi maklumat menyeluruh
tentang penguasaan, pengetahuan, kemahiran, dan
pengamalan nilai murni;
Berterusan iaitu aktiviti pentaksiran berjalan seiring
dengan PdP;
Fleksibel iaitu kaedah pentaksiran yang pelbagai
mengikut kesesuaian dan kesediaan murid; dan
Merujuk standard prestasi yang dibina
berdasarkan standard kurikulum.
PS boleh dilaksanakan secara:
Pentaksiran formatif yang dijalankan seiring dengan PdP.
Pentaksiran sumatif yang dijalankan pada akhir unit
pembelajaran, semester atau tahun.
Pentaksiran Rujukan Standard
Standard Prestasi diguna untuk melihat kemajuan dan
pertumbuhan (growth) pembelajaran, serta prestasi seseorang
murid. Pentaksiran Rujukan Standard merupakan proses
mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid tahu, faham
dan boleh buat atau telah menguasai apa yang dipelajari
berdasarkan pernyataan standard prestasi yang ditetapkan.
Pentaksiran sedemikian tidak membandingkan pencapaian
seseorang murid dengan murid lain. Prestasi murid dilaporkan
dengan menerangkan tentang kemajuan dan pertumbuhan murid
dalam pembelajaran. Murid dinilai secara adil dan saksama
sebagai individu dalam masyarakat berdasarkan keupayaan,
kebolehan, bakat, kemahiran dan potensi diri tanpa dibandingkan
dengan orang lain. Pihak sekolah berupaya mendapatkan maklum
balas yang lengkap dalam bentuk data kualitatif dan kuantitatif.
DRAF
8
Maklumat yang diperolehi membolehkan pihak yang
bertanggungjawab mengenali, memahami, menghargai, mengiktiraf
dan memuliakan anak didik sebagai insan yang berguna, penting
dan mempunyai potensi untuk menyumbang kepada pembangunan
negara dan bangsa mengikut keupayaan dan kebolehan masing-
masing.
Tahap Penguasaan (TP) merujuk kepada aras penguasaan tertentu
yang disusun secara hierarki, dan diguna bagi tujuan pelaporan.
Jadual 2 menyenaraikan maksud dan tafsiran umum tentang setiap
TP. Jadual 3 pula menyediakan tafsiran tentang TP yang diguna
pakai dalam mentafsir prestasi murid bagi mata pelajaran
Pendidikan Seni Visual
Tafsiran Umum
MAKSUD TAHAP
PENGUASAAN
TAFSIRAN UMUM
Tahu 1
Murid tahu perkara asas, atau boleh
melakukan kemahiran asas atau memberi
respons terhadap perkara yang asas.
Tahu dan
Faham 2
Murid menunjukkan kefahaman untuk
menukar bentuk komunikasi atau
menterjemah serta menjelaskan apa yang
telah dipelajari.
Tahu, Faham
dan Boleh
Buat
3
Murid menggunakan pengetahuan untuk
melaksanakan sesuatu kemahiran pada suatu
situasi.
Tahu, Faham
dan Boleh
Buat dengan
Beradab
4
Murid melaksanakan sesuatu kemahiran
dengan beradab, iaitu mengikut prosedur
atau secara sistematik.
Tahu, Faham
dan Boleh
Buat dengan
Beradab
Terpuji
5
Murid melaksanakan sesuatu kemahiran
pada situasi baharu, dengan mengikut
prosedur atau secara sistematik, serta tekal,
dan bersikap positif.
Tahu, Faham
dan Boleh
Buat dengan
Beradab
Mithali
6
Murid berupaya menggunakan pengetahuan
dan kemahiran sedia ada untuk digunakan
pada situasi baharu secara sistematik,
bersikap positif, kreatif dan inovatif, serta
boleh dicontohi.
Jadual 2: Maksud dan tafsiran umum tentang
Tahap Penguasaan
DRAF
9
Tafsiran Mata Pelajaran : Pendidikan Seni Visual
Jadual 3 : Tafsiran Tahap Penguasaan bagi matapelajaran Pendidikan
Seni Visual
Pelaksanaan Pengajaran Dan Pembelajaran Dan Pentaksiran
Sekolah
Setiap guru perlu merancang PdP dengan merujuk kepada
Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran. Kebijaksanaan
guru adalah perlu dalam merancang dan melaksanakan PdP yang
berkesan dan bersesuaian. Pada waktu yang sama, guru perlu
mentaksir dan menentukan tahap keupayaan murid berdasarkan
Standard Prestasi yang telah disusun mengikut kelompok standard
kandungan dan standard pembelajaran. Guru seharusnya memberi
peluang kepada setiap muridnya untuk mencapai tahap keupayaan
yang lebih baik dengan melaksanakan proses bimbingan dan
pengukuhan.
Standard Pembelajaran merangkumi perkara yang perlu dipelajari
dan disampaikan dalam PdP. Standard Prestasi pula mengandungi
panduan untuk mentaksir murid mengikut tahap penguasaan
seperti yang dihasratkan. Dokumen Standard Kurikulum dan
Pentaksiran mengintegrasikan standard kurikulum dan
pentaksiran sekolah dalam satu dokumen.
Beberapa kaedah pentaksiran dalam bilik darjah yang boleh
dijalankan adalah:
Pemerhatian: Kaedah ini sesuai untuk menilai individu dari aspek
kemahiran saintifik serta sikap saintifik dan nilai murni. Kaedah
pemerhatian adalah untuk menilai proses yang dilakukan murid,
bukan hasil akhir yang diperoleh.
TAHAP PENGUASAAN
TAFSIRAN
1 Mengenal dan mengetahui bahasa seni visual,
media serta proses dan teknik pada karya.
2 Menyatakan dan memahami bahasa seni visual,
media serta proses dan teknik pada karya.
3
Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman
bahasa seni visual, media serta proses dan
teknik dalam penghasilan karya.
4
Menzahirkan idea, pengetahuan, kefahaman
dan kemahiran bahasa seni visual, media serta
proses dan teknik dalam penghasilan karya.
5
Menzahirkan idea, pengetahuan, kefahaman
dan kemahiran bahasa seni visual, proses dan
teknik serta menggunakan media yang betul
dalam penghasilan karya yang kreatif.
6
Menzahirkan idea kreatif berpandukan
kemahiran bahasa seni visual, media ,proses
dan teknik yang betul dalam penghasilan karya
serta berhujah terhadap hasil karya sendiri dan
rakan secara lisan dengan menghubungkaitkan
sejarah seni, tokoh seni dan warisan seni
negara.
DRAF
10
Ujian: Ujian boleh dijalankan dalam bentuk kertas pensel atau
lisan. Ujian kertas pensel boleh disediakan dalam bentuk soalan
objektif atau subjektif. Contoh ujian lisan adalah kuiz.
Persembahan secara lisan: Persembahan secara lisan adalah
penting untuk menilai kemahiran bertutur, keyakinan diri dan
pengetahuan murid tentang kemahiran yang dipelajari.
Senarai semak: Senarai semak merupakan laporan individu
tentang penguasaan elemen-elemen yang diuji dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Elemen yang diuji dalam sains
adalah pengetahuan, kemahiran serta sikap saintifik dan nilai
murni.
Portfolio: Portfolio adalah kompilasi hasil kerja murid secara
individu atau kumpulan. Contoh portfolio adalah buku skrap dan
folio.
Esei: Esei mempamerkan tentang kemahiran murid untuk
menyampaikan maklumat secara saintifik dan sistematik.
DRAF
11
TEMA: ALAM SEMULAJADI / ALAM BENDA 1. MENGGAMBAR
STANDARD KANDUNGAN
(Murid dibimbing untuk….)
STANDARD PEMBELAJARAN
(Murid berupaya untuk..…)
STANDARD PRESTASI
(Murid boleh….)
TAHAP
PENGUASAAN TAFSIRAN
1.1 Melukis secara spontan
untuk menghasilkan imej.
1.1.1 Menghasilkan gambar
dengan teknik
gosokan menggunakan
media kering :
i. krayon
ii. arang
1
Mengecam krayon dan arang untuk membuat
gosokan.
2
Menyatakan bahan yang boleh menghasilkan
corak dengan teknik gosokan.
3
Menghasilkan gosokan bebas menggunakan :
krayon
arang
4
Menghasilkan gambar dengan teknik gosokan
menggunakan :
krayon
arang
5
Menghasilkan gambar bertema dengan teknik
gosokan menggunakan gabungan krayon dan
arang.
DRAF
12
STANDARD KANDUNGAN
(Murid dibimbing untuk….)
STANDARD PEMBELAJARAN
(Murid berupaya untuk..…)
STANDARD PRESTASI
(Murid boleh….)
TAHAP
PENGUASAAN TAFSIRAN
6
Menghasilkan gambar dengan teknik gosokan
menggunakan pelbagai gabungan teknik dan
media kering secara kreatif.
DRAF
13
STANDARD KANDUNGAN
(Murid dibimbing untuk….)
STANDARD PEMBELAJARAN
(Murid berupaya untuk..…)
STANDARD PRESTASI
(Murid boleh….)
TAHAP
PENGUASAAN TAFSIRAN
1.1.2 Menghasilkan gambar
menggunakan teknik
gurisan.
1
Mengecam alatan dan bahan membuat
gurisan.
2
Menyatakan dua bahan yang boleh
menghasilkan corak dengan teknik gurisan.
3
Melakar secara bebas dengan teknik gurisan
pada sebarang permukaan.
4
Menghasilkan gambar bertema dengan teknik
gurisan pada sebarang permukaan.
5
Menghasilkan gambar secara spontan
menggunakan gabungan dua alatan pada
sebarang permukaan dengan teknik gurisan.
DRAF
14
STANDARD KANDUNGAN
(Murid dibimbing untuk….)
STANDARD PEMBELAJARAN
(Murid berupaya untuk..…)
STANDARD PRESTASI
(Murid boleh….)
TAHAP
PENGUASAAN TAFSIRAN
6
Menghasilkan gambar atau corak dengan
teknik gurisan dengan gabungan pelbagai
teknik dan bahan secara kreatif.
DRAF
15
STANDARD KANDUNGAN
(Murid dibimbing untuk….)
STANDARD PEMBELAJARAN
(Murid berupaya untuk..…)
STANDARD PRESTASI
(Murid boleh….)
TAHAP
PENGUASAAN TAFSIRAN
1.2 Menghasilkan gambar.
1.2.1 Menghasilkan gambar
dengan teknik
kolaj menggunakan :
i. Kertas warna
ii. kertas surat khabar
iii. kertas majalah
iv. bijirin
v. kekacang
vi. rempah ratus
1
Mengecam bahan untuk membuat kolaj.
2
Menyatakan bahan untuk menghasilkan kolaj
3
Membuat lakaran imej secara bebas.
4
Menghasilkan kolaj dengan pilihan
menggunakan
tiga bahan :
kertas warna
kertas surat khabar
kertas majalah
bijirin
kekacang
rempah
DRAF
16
STANDARD KANDUNGAN
(Murid dibimbing untuk….)
STANDARD PEMBELAJARAN
(Murid berupaya untuk..…)
STANDARD PRESTASI
(Murid boleh….)
TAHAP
PENGUASAAN TAFSIRAN
5
Menghasilkan kolaj gambar atau corak
menggunakan gabungan pelbagai bahan :
kertas warna
kertas surat khabar
kertas majalah
bijirin
kekacang
rempah
6
Menghasilkan gambar dan corak
menggunakan teknik kolaj dan mozek dengan
gabungan pelbagai bahan kitar semula.
DRAF
17
STANDARD KANDUNGAN
(Murid dibimbing untuk….)
STANDARD PEMBELAJARAN
(Murid berupaya untuk..…)
STANDARD PRESTASI
(Murid boleh….)
TAHAP
PENGUASAAN TAFSIRAN
.
1.2.2 Menghasilkan gambar
menggunakan teknik
stensilan :
i. Menekap dan mewarna
hasil stensilan
ii. Menekap dan memotong
hasil stensilan
1
Mengecam bahan teknik stensilan.
2
Menekap dan mewarna hasil stensilan.
3
Menekap, mewarna dan memotong hasil
stensilan.
4
Menghasilkan gambar bertema dengan
teknik stensilan.
5
Menghasilkan gambar menggunakan teknik
stensilan dengan gabungan pelbagai corak
secara kreatif.
6
Menghasilkan gambar menggunakan alat
stensilan ciptaan sendiri secara kreatif.
DRAF
18
STANDARD KANDUNGAN
(Murid dibimbing untuk….)
STANDARD PEMBELAJARAN
(Murid berupaya untuk..…)
STANDARD PRESTASI
(Murid boleh….)
TAHAP
PENGUASAAN TAFSIRAN
1.3 Mewarna.
1.3.1 Mewarna gambar
dengan menggunakan
warna sekunder.
1.3.2 Mengenal warna tertier.
1.3.3 Mewarna bentuk organik
dengan menggunakan
warna tertier.
1.3.4 Mewarna bentuk geometri
menggunakan warna
tertier.
1.3.5 Mewarna gambar
dengan menggunakan
warna tertier.
1
Mengecam warna sekunder dan tertier.
2
Menyatakan rupa organik dan geometri.
3
Melakar rupa organik dan rupa geometri.
4
Mewarna bentuk organik atau geometri
menggunakan warna tertier.
5
Mewarna gambar dengan menggunakan:
warna sekunder
warna tertier
6
Mewarna gambar menggunakan gabungan
warna secara kreatif.
DRAF
19
STANDARD KANDUNGAN
(Murid dibimbing untuk….)
STANDARD PEMBELAJARAN
(Murid berupaya untuk..…)
STANDARD PRESTASI
(Murid boleh….)
TAHAP
PENGUASAAN TAFSIRAN
1.4 Meneroka unsur seni
1.4.1 Melakar rupa organik :
i. tumbuhan
ii. haiwan
1.4.2 Menghasilkan rupa
organik menggunakan
teknik :
i. montaj
ii. kolaj
1
Mengecam rupa organik :
tumbuhan
haiwan
2
Menyatakan rupa organik :
tumbuhan
haiwan
3
Melakar rupa tumbuhan dan rupa haiwan.
4
Menghasilkan rupa organik menggunakan
tenik :
montaj
kolaj
5
Menghasilkan corak berulang rupa organik
dengan teknik :
montaj
kolaj
DRAF
20
STANDARD KANDUNGAN
(Murid dibimbing untuk….)
STANDARD PEMBELAJARAN
(Murid berupaya untuk..…)
STANDARD PRESTASI
(Murid boleh….)
TAHAP
PENGUASAAN TAFSIRAN
6
Menghasilkan pelbagai corak rupa organik
dengan gabungan teknik montaj dan kolaj
secara kreatif.
DRAF
21
STANDARD KANDUNGAN
(Murid dibimbing untuk….)
STANDARD PEMBELAJARAN
(Murid berupaya untuk..…)
STANDARD PRESTASI
(Murid boleh….)
TAHAP
PENGUASAAN TAFSIRAN
1.4.3 Mengenal bentuk dua
dimensi dan tiga
dimensi.
1.4.4 Melakar rupa
geometri :
i. dua dimensi
ii. tiga dimensi
1
Mengecam bentuk :
Dua dimensi
Tiga dimensi
2
Menyambung titik-titik rupa geometri :
Dua dimensi
Tiga dimensi
3
Menekap rupa geometri dua dimensi dan tiga
dimensi.
4
Melakar satu rupa geometri dalam bentuk dua
dimensi dan tiga dimensi.
5
Menghasilkan pelbagai rupa geometri dalam
bentuk :
Dua dimensi
Tiga dimensi
DRAF
22
STANDARD KANDUNGAN
(Murid dibimbing untuk….)
STANDARD PEMBELAJARAN
(Murid berupaya untuk..…)
STANDARD PRESTASI
(Murid boleh….)
TAHAP
PENGUASAAN TAFSIRAN
6
Menghasilkan lukisan dua dimensi dan tiga
dimensi secara kreatif.
DRAF
23
STANDARD KANDUNGAN
(Murid dibimbing untuk….)
STANDARD PEMBELAJARAN
(Murid berupaya untuk..…)
STANDARD PRESTASI
(Murid boleh….)
TAHAP
PENGUASAAN TAFSIRAN
1.4.5 Menghasilkan gabungan
corak rupa geometri
menggunakan teknik
guntingan dan tampalan.
1
Mengecam rupa geometri.
2
Menyatakan kegunaan alatan dalam teknik
guntingan dan tampalan.
3
Melakar rupa geometri.
4
Menghasilkan corak rupa geometri
menggunakan teknik guntingan dan tampalan.
5
Menghasilkan gabungan corak rupa geometri
secara berulang menggunakan teknik guntingan
dan tampalan.
6
Menghasilkan corak rupa geometri
menggunakan pelbagai bahan dan teknik
secara kreatif.
DRAF
24
TEMA: ALAM SEMULAJADI / ALAM BENDA 2. CORAK DAN REKAAN
STANDARD KANDUNGAN
(Murid dibimbing untuk….)
STANDARD PEMBELAJARAN
(Murid berupaya untuk..…)
STANDARD PRESTASI
(Murid boleh….)
TAHAP
PENGUASAAN TAFSIRAN
2.1 Mereka corak secara
tidak terancang.
2.1.1 Menghasilkan corak
menggunakan teknik
titisan :
i. warna air
ii. lilin
1
Mengecam bahan bagi menghasilkan corak
titisan.
2
Menyatakan kegunaan bahan bagi
menghasilkan teknik titisan.
3
Menghasilkan titisan bebas menggunakan :
warna air
lilin
4
Menghasilkan corak dengan teknik titisan
menggunakan :
warna air
lilin
5
Menghasilkan corak titisan dengan
gabungan warna air dan lilin.
DRAF
25
STANDARD KANDUNGAN
(Murid dibimbing untuk….)
STANDARD PEMBELAJARAN
(Murid berupaya untuk..…)
STANDARD PRESTASI
(Murid boleh….)
TAHAP
PENGUASAAN TAFSIRAN
6
Menghasilkan corak menggunakan pelbagai
teknik dan bahan secara kreatif.
DRAF
26
STANDARD KANDUNGAN
(Murid dibimbing untuk….)
STANDARD PEMBELAJARAN
(Murid berupaya untuk..…)
STANDARD PRESTASI
(Murid boleh….)
TAHAP
PENGUASAAN TAFSIRAN
.
2.1.2 Menghasilkan corak
menggunakan teknik
renjisan atau percikan :
i. berus
ii. bahan kitar semula
1
Mengecam bahan bagi menghasilkan corak
percikan dan renjisan.
2
Menyatakan kegunaan bahan bagi
menghasilkan corak percikan dan renjisan.
3
Menghasilkan percikan dan renjisan secara
bebas di atas sebarang permukaan.
4
Menghasilkan corak percikan dan renjisan
dengan menggunakan :
berus
bahan kitar semula
5
Menghasilkan corak renjisan dan percikan
dengan menggunakan gabungan berus dan
bahan kitar semula.
DRAF
27
STANDARD KANDUNGAN
(Murid dibimbing untuk….)
STANDARD PEMBELAJARAN
(Murid berupaya untuk..…)
STANDARD PRESTASI
(Murid boleh….)
TAHAP
PENGUASAAN TAFSIRAN
6
Mereka cipta dari hasil kerja teknik percikan
dan renjisan secara kreatif.
DRAF
28
STANDARD KANDUNGAN
(Murid dibimbing untuk….)
STANDARD PEMBELAJARAN
(Murid berupaya untuk..…)
STANDARD PRESTASI
(Murid boleh….)
TAHAP
PENGUASAAN TAFSIRAN
2.2 Mereka corak secara
terancang.
2.2.1 Menghasilkan corak rupa
positif dan negatif secara
berulang.
1
Mengecam rupa positif dan rupa negatif.
2
Menghasilkan lakaran rupa.
3
Mewarnakan rupa positif dengan warna yang
cerah dan rupa negatif dengan warna gelap.
4
Mereka corak ulangan menggunakan rupa
positif dan negatif.
5
Menghasilkan corak cerminan rupa positif
dan negatif dengan menggunakan teknik
lipatan dan guntingan.
6
Menghasilkan corak rupa positif dan rupa
negatif dengan menggunakan pelbagai teknik
dan media secara kreatif.
DRAF
29
STANDARD KANDUNGAN
(Murid dibimbing untuk….)
STANDARD PEMBELAJARAN
(Murid berupaya untuk..…)
STANDARD PRESTASI
(Murid boleh….)
TAHAP
PENGUASAAN TAFSIRAN
2.2.2 Menghasilkan corak
hiasan dinding dengan
teknik mozek.
1
Mengecam alatan dan bahan untuk
menghasilkan teknik mozek.
2
Menyusun bahan tanpa bertindih di atas
sebarang permukaan.
3
Menyusun dan menampal bahan mengikut
teknik mozek.
4
Menghasilkan corak dengan menggunakan
teknik mozek.
5
Menghasilkan hiasan dinding
menggunakan teknik mozek dengan
gabungan pelbagai bahan.
DRAF
30
STANDARD KANDUNGAN
(Murid dibimbing untuk….)
STANDARD PEMBELAJARAN
(Murid berupaya untuk..…)
STANDARD PRESTASI
(Murid boleh….)
TAHAP
PENGUASAAN TAFSIRAN
6
Mereka corak hiasan dinding dengan
teknik mozek menggunakan pelbagai
bahan secara kreatif.
DRAF
31
STANDARD KANDUNGAN
(Murid dibimbing untuk….)
STANDARD PEMBELAJARAN
(Murid berupaya untuk..…)
STANDARD PRESTASI
(Murid boleh….)
TAHAP
PENGUASAAN TAFSIRAN
.
2.2.3 Menghasilkan corak
dengan teknik resis :
i. motif flora
ii. motif fauna
1
Mengecam alatan dan bahan untuk
menghasilkan corak menggunakan teknik
resis.
2
Menyatakan motif flora dan fauna.
3
Membuat lakaran bermotifkan :
flora
fauna
4
Menghasilkan corak sama ada bermotifkan
flora dan fauna dengan menggunakan
teknik resis.
5
Menghasilkan corak gabungan motif flora
dan fauna secara kreatif menggunakan
teknik resis.
DRAF
32
STANDARD KANDUNGAN
(Murid dibimbing untuk….)
STANDARD PEMBELAJARAN
(Murid berupaya untuk..…)
STANDARD PRESTASI
(Murid boleh….)
TAHAP
PENGUASAAN TAFSIRAN
6
Menghasilkan corak bermotif flora dan
fauna dengan teknik resis menggunakan
pelbagai teknik dan bahan secara kreatif.
DRAF
33
STANDARD KANDUNGAN
(Murid dibimbing untuk….)
STANDARD PEMBELAJARAN
(Murid berupaya untuk..…)
STANDARD PRESTASI
(Murid boleh….)
TAHAP
PENGUASAAN TAFSIRAN
2.3 Membuat projek.
2.3.1 Menghasilkan corak
pada kad ucapan
menggunakan teknik
mozek.
1
Mengecam jenis-jenis kad ucapan.
2
Menyatakan kegunaan kad ucapan.
3
Menghasilkan corak dengan teknik mozek pada
sebarang permukaan.
4
Menghasilkan corak pada kad ucapan
menggunakan teknik mozek.
5
Menghasilkan pelbagai corak pada kad ucapan
menggunakan teknik mozek secara kreatif.
6
Mereka kad ucapan menggunakan pelbagai
corak dengan gabungan teknik dan bahan
secara kreatif.
DRAF
34
STANDARD KANDUNGAN
(Murid dibimbing untuk….)
STANDARD PEMBELAJARAN
(Murid berupaya untuk..…)
STANDARD PRESTASI
(Murid boleh….)
TAHAP
PENGUASAAN TAFSIRAN
2.3.2 Menghasilkan corak untuk
dijadikan pembalut hadiah
menggunakan teknik
resis.
1
Mengecam pembalut hadiah.
2
Menyatakan kegunaan pembalut hadiah.
3
Menghasilkan corak dengan teknik resis pada
sebarang permukaan.
4
Menghasilkan corak untuk dijadikan pembalut
hadiah menggunakan teknik resis.
5
Menghasilkan pelbagai corak pembalut hadiah
menggunakan teknik resis secara kreatif.
6
Menghasilkan pembalut hadiah menggunakan
pelbagai corak dengan gabungan teknik dan
media secara kreatif.
DRAF
35
TEMA: ALAM SEMULAJADI / ALAM BENDA 3. MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN
STANDARD KANDUNGAN
(Murid dibimbing untuk….)
STANDARD PEMBELAJARAN
(Murid berupaya untuk..…)
STANDARD PRESTASI
(Murid boleh….)
TAHAP
PENGUASAAN TAFSIRAN
3.1 Membuat binaan mudah.
3.1.1 Menghasilkan kotak
kertas.
3.1.2 Menghias kotak dengan
menggunakan bahan
kitar semula.
1
Mengecam kotak kertas.
2
Menyatakan alatan dan bahan untuk
menghasilkan kotak kertas.
3
Melipat kertas secara bebas.
4
Menghasilkan kotak kertas mengikut teknik yang
betul.
5
Menghias kotak kertas dengan menggunakan
bahan kitar semula.
6 Menghias kotak kertas menggunakan pelbagai
teknik dan bahan secara kreatif.
DRAF
36
STANDARD KANDUNGAN
(Murid dibimbing untuk….)
STANDARD PEMBELAJARAN
(Murid berupaya untuk..…)
STANDARD PRESTASI
(Murid boleh….)
TAHAP
PENGUASAAN TAFSIRAN
3.2 Membuat projek.
3.2.1 Menghasilkan binaan
model :
kenderaan
bangunan
haiwan
perabot
tumbuhan
1
Mengecam binaan model.
2
Menyatakan alatan dan bahan untuk
menghasilkan binaan model.
3
Merangka binaan model menggunakan bahan
sedia ada.
4
Menghasilkan tiga binaan model
menggunakan bahan dan teknik yang sesuai.
5
Menghias kemasan pada binaan model.
6
Membuat kemasan pada binaan model
menggunakan pelbagai teknik dan bahan
secara kreatif.
DRAF
37
TEMA: ALAM SEMULAJADI / ALAM BENDA 4. KRAF TRADISIONAL
STANDARD KANDUNGAN
(Murid dibimbing untuk….)
STANDARD PEMBELAJARAN
(Murid berupaya untuk..…)
STANDARD PRESTASI
(Murid boleh….)
TAHAP
PENGUASAAN TAFSIRAN
4.1 Projek Kraf.
4.1.1 Mengenal tembikar.
4.1.2 Mengenal teknik-teknik
dalam menghasilkan
tembikar.
i. teknik picitan
ii. teknik lingkaran
4.1.3 Menghasilkan tembikar
dengan doh dan tanah liat
menggunakan:
i. teknik picitan
ii. teknik lingkaran
1
Mengecam tembikar.
2
Menyatakan bahan yang digunakan untuk
membuat tembikar.
3
Membentuk doh dan tanah liat dengan teknik:
memicit doh
menggelek doh
4
Menghasilkan tembikar menggunakan:
teknik picitan
teknik lingkaran
5
Menghasilkan corak pada tembikar.
6
Membuat kemasan pada tembikar
menggunakan pelbagai teknik dan bahan
secara kreatif.
DRAF
38
TERBITAN
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
ARAS 4-8 BLOK E9 KOMPLEKS KERAJAAN PARCEL E
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN 62604 PUTRAJAYA
Tel: 03-8884 2000 Fax: 03-8888 9917 http//www.moe. gov.my/bpk