Penerangan PK SPSK 2015.doc

Embed Size (px)

Citation preview

PENERANGAN PK

PROSEDUR KUALITI (PK)SPSK YANG DILAKSANAKAN DI SEKOLAH

PK01PENGURUSAN PANITIAProsedur ini bertujuan untuk memastikan pengurusan panitia diurus dengan cekap dan teratur supaya prestasi setiap mata pelajaran bagi peperiksaan pertengahan tahun, akhir tahun dan peperiksaan awam meningkat 3 peratus atau minimum 65 peratus keseluruhan dalam tahun semasa. PK02PENGURUSAN JADUAL WAKTUProsedur ini diguna pakai untuk memastikan jadual waktu diedarkan dalam tempoh tujuh (7) hari sebelum sesi persekolahan dimulakan. PK03PENGURUSAN PEMBELAJARAN & PENGAJARANProsedur ini bagi memastikan proses Pembelajaran dan Pengajaran yang telah dirancang dan dilaksanakan 100 % berdasarkan Rancangan Pelajaran Tahunan, melainkan berlaku perkara-perkara di luar kawalan sekolah. PK04PENGURUSAN PENCERAPANProsedur ini bertujuan memastikan guru-guru yang mengajar di Sekolah Rendah/Menengah Negeri Selangor dicerap minimum sekali (1) kali setahun PK05PENGURUSAN PEPERIKSAANProsedur ini disediakan untuk memastikan penyediaan soalan dan pengurusan Peperiksaan Pertengahan Tahun dan Peperiksaan Akhir Tahun dapat berjalan dengan lancar dalam tempoh 60 hari mengikut perancangan yang telah ditetapkan dalam Takwim Sekolah. PK06PENGURUSAN SEMAKAN HASIL KERJA MURIDProsedur ini bertujuan untuk memastikan: 1.1100 peratus hasil kerja murid disemak oleh guru mata pelajaran. 1.2Pihak pentadbir memantau semakan hasil kerja murid minimum dua kali setahun. PK07 PENGURUSAN MESYUARATProsedur ini bertujuan untuk memastikan proses pengendalian mesyuarat yang teratur mengikut agenda yang ditetapkan dengan mematuhi Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bilangan 2 Tahun 1991. PK08PENGURUSAN BIMBINGANProsedur ini bertujuan untuk memastikan 100% murid mendapat Perkhidmatan Bimbingan daripada Guru Bimbingan dan Kaunseling dalam Perkhidmatan Bimbingan, Kemahiran Belajar, Perkhidmatan Bimbingan Kerjaya, Perkhidmatan Pembangunan Diri Murid dan Perkhidmatan Bimbingan Motivasi, melainkan dalam hal-hal yang bukan kawalan pihak sekolah. PK09PENGURUSAN PUSAT SUMBERProsedur ini bertujuan untuk memastikan 80% murid membuat pinjaman buku di Pusat Sumber di sekolah, minima 10 buah buku dalam setahun persekolahan. PK10 PENGURUSAN PERKEMBANGAN STAF ( PENGURUSAN LATIHAN PERSONEL )Prosedur ini bertujuan untuk memastikan semua guru sekolah di Negeri Selangor mendapat latihan tujuh (7) hari dalam satu tahun, sebagaimana Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 6/2005 - Dasar Latihan Sumber Manusia Sektor Awam.PK11PENGURUSAN ADUAN PELANGGANProsedur ini bertujuan untuk memastikan proses pengendalian aduan diurus dengan cekap dan teratur melalui tindakan terhadap semua aduan yang diterima dan direkodkan.PK12PENGURUSAN MAKLUM BALAS PELANGGANProsedur ini bertujuan memastikan proses pengurusan maklum balas pelanggan dan tahap kepuasan guru dan staf diuruskan secara terancang dan berkesan. Analisis hendaklah dibentangkan dalam mesyuarat pengurusan:a. Maklum balas pelanggan sekurang-kurangnya 4 kali setahun. b.Tahap kepuasan guru dan staf sekurang-kurangnya 2 kali setahun.c.Maklum balas murid murid 2 kali setahun.PK13PENGURUSAN KAWALAN DOKUMEN DAN REKOD KUALITIProsedur ini bertujuan untuk menjelaskan tatacara kawalan dokumen dan rekod kualiti bagi memastikan semua dokumen dan rekod yang digunakan dalam sistem pengurusan dokumen dan rekod kualiti dilaksana mengikut kaedah yang ditetapkan di bawah prosedur ini. Prosedur ini juga bertujuan supaya rekod kualiti dikendalikan dengan baik, dapat dibaca, mudah dikenal dan mudah diperolehi semula. Prosedur yang diwujudkan bertujuan untuk mengawal, mengenal, menyimpan, menjaga, mendapatkan semula dan melupuskan rekod kualiti.PK14PENGURUSAN AUDIT DALAMProsedur ini bertujuan menentukan kaedah mengendalikan Audit Dalam supaya dapat dilaksanakan sekurang-kurangnya sekali dalam tahun semasa dengan teratur dan cekap bagi memastikan keberkesanan sistem pengurusan kualiti dan tindakan penambahbaikan dapat dilaksanakan di semua sekolah Negeri Selangor.PK15PENGURUSAN KAWALAN PERKHIDMATAN YANG TIDAK AKURProsedur ini adalah panduan bagi mengawal perkhidmatan tidak memenuhi keperluan yang ditetapkan dalam proses Sistem Pengurusan Sekolah Kualiti di semua sekolah di Negeri Selangor.PK16TINDAKAN PEMBETULAN, PENCEGAHAN DAN PENAMBAHBAIKANProsedur ini bertujuan untuk memastikan semua ketakakuran dikaji dan tindakan pembetulan, pencegahan dan penambahbaikan dilaksanakan bagi menghapuskan punca-punca ketidakpatuhan supaya ianya tidak berulang.PK17PENGURUSAN PEROLEHANProsedur ini bertujuan untuk memastikan perolehan dibuat secara cekap, berkesan dengan mematuhi Arahan Perbendaharaan dan Tatacara Pengurusan Kewangan dan Perakaunan Kumpulan Wang Sekolah, tanpa Audit Berteguran.PK18 PENGURUSAN PEMBELAJARAN DAN PEMBELAJARAN GURU GANTIProsedur ini bagi memastikan proses pembelajaran dan pengajaran dapat dilaksanakan dengan berkesan tanpa kehadiran guru subjek.PK 19 PENGURUSAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)Prosedur ini disediakan untuk memastikan pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dijalankan mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan dan Jawatankuasa PBS sekolah.PK 20 PENGURUSAN DATAProsedur ini bertujuan untuk menentukan proses pengurusan data yang sistematik supaya dapat diakses secara berterusan dengan cepat, tepat, mudah dan boleh dipercayai.PK 21 PENGURUSAN PROGRAMProsedur ini bertujuan memastikan pengurusan program dilaksanakan secara terancang

dan berkesan bagi mengukur pencapaian objektif seperti berikut:a.Objektif bagi setiap pelaksanaan program tercapai;

b.Menyediakan laporan dalam tempoh 14 hari setelah program selesai.