23
PENERAPAN UNSUR SEJARAH DALAM MATEMATIK BAGI TOPIK GEOMETRI KOORDINAT SITI MAISARAH BINTI AHMAD SAARANI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PENERAPAN UNSUR SEJARAH DALAM MATEMATIK · PDF filedalam Matematik 5.6 Penutup 77 BAB 6 ... A Lembaran Kerja bagi Topik 88 ... Matematik telah wujud sejak beribu-ribu tahun yang lepas

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: PENERAPAN UNSUR SEJARAH DALAM MATEMATIK · PDF filedalam Matematik 5.6 Penutup 77 BAB 6 ... A Lembaran Kerja bagi Topik 88 ... Matematik telah wujud sejak beribu-ribu tahun yang lepas

PENERAPAN UNSUR SEJARAH DALAM MATEMATIK

BAGI TOPIK GEOMETRI KOORDINAT

SITI MAISARAH BINTI AHMAD SAARANI

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: PENERAPAN UNSUR SEJARAH DALAM MATEMATIK · PDF filedalam Matematik 5.6 Penutup 77 BAB 6 ... A Lembaran Kerja bagi Topik 88 ... Matematik telah wujud sejak beribu-ribu tahun yang lepas

 

Page 3: PENERAPAN UNSUR SEJARAH DALAM MATEMATIK · PDF filedalam Matematik 5.6 Penutup 77 BAB 6 ... A Lembaran Kerja bagi Topik 88 ... Matematik telah wujud sejak beribu-ribu tahun yang lepas

 

 

 

Page 4: PENERAPAN UNSUR SEJARAH DALAM MATEMATIK · PDF filedalam Matematik 5.6 Penutup 77 BAB 6 ... A Lembaran Kerja bagi Topik 88 ... Matematik telah wujud sejak beribu-ribu tahun yang lepas

PENERAPAN UNSUR SEJARAH DALAM MATEMATIK

BAGI TOPIK GEOMETRI KOORDINAT

SITI MAISARAH BINTI AHMAD SAARANI

Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai

Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat Penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik)

Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

MEI 2008

Page 5: PENERAPAN UNSUR SEJARAH DALAM MATEMATIK · PDF filedalam Matematik 5.6 Penutup 77 BAB 6 ... A Lembaran Kerja bagi Topik 88 ... Matematik telah wujud sejak beribu-ribu tahun yang lepas

ii  

 

 

 

 

Page 6: PENERAPAN UNSUR SEJARAH DALAM MATEMATIK · PDF filedalam Matematik 5.6 Penutup 77 BAB 6 ... A Lembaran Kerja bagi Topik 88 ... Matematik telah wujud sejak beribu-ribu tahun yang lepas

iii

DEDIKASI

Khas buat,

Bonda dan ayahanda yang dikasihi,

Azizah Bakar dan Ahmad Saarani Mohd Saad,

budi dan jasa kalian tidak akan

ku lupakan,

berkat doa dan dorongan kalian,

menjadi penawar dan semangat

untukku,

Teristimewa untuk,

Abang tersayang,

Azaruddin, Azlan dan Azizul,

Dan kakak ipar serta anak-anak sedara,

kau menjadi sumber inspirasiku,

dalam menempuhi liku dan ranjau,

kata perangsang mu ubat paling mujarab

buatku,

akanku semat ianya dalam kalbuku,

akanku ingati sepanjang hayatku.

Page 7: PENERAPAN UNSUR SEJARAH DALAM MATEMATIK · PDF filedalam Matematik 5.6 Penutup 77 BAB 6 ... A Lembaran Kerja bagi Topik 88 ... Matematik telah wujud sejak beribu-ribu tahun yang lepas

iv

PENGHARGAAN

Syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia dan izinNya memberikan kekuatan dan kesabaran dalam menyiapkan Projek Sarjana Muda ini. Selawat serta salam ke atas junjungan baginda Rasullulah S,A,W, keluarga baginda, para sahabat, para suhadak, para ambia serta para pejuang Islam keseluruhannya.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada penyelia pembimbing, PM. Dr. Mohini Mohamed kerana memberi bimbingan serta dorongan sepanjang tempoh penyelidikan ini.

Kerjasama daripada guru-guru matematik, pengetua serta pihak pentadbir Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Selesa Jaya, Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Selesa Jaya 2, Sekolah Menengah Kebangsaan Damai Jaya, Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Universiti, Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Sutera dan Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Tun Aminah amatlah dihargai.

Penghargaan juga ditujukan khas buat keluarga saya kerana memberi sokongan moral dan kewangan. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan ribuan terima kasih kepada sahabat saya, Najmin Ramli kerana banyak membantu dan berkongsi idea dalam menjayakan penyelidikan ini.

Akhir sekali penghargaan ini juga ditujukan kepada semua yang terlibat samada

secara langsung atau tidak langsung dalam membantu menyiapkan Laporan Projek Sarjana Muda ini.

Page 8: PENERAPAN UNSUR SEJARAH DALAM MATEMATIK · PDF filedalam Matematik 5.6 Penutup 77 BAB 6 ... A Lembaran Kerja bagi Topik 88 ... Matematik telah wujud sejak beribu-ribu tahun yang lepas

v  

ABSTRAK

Kajian ini adalah bertujuan untuk menyediakan satu bahan pengajaran bagi topik

geometri koordinat yang dapat digunakan oleh guru untuk proses pengajaran dan

pembelajaran atau sebagai rujukan. Selain itu, kajian ini juga adalah bertujuan untuk

mendapatkan pendapat atau maklum balas guru mengenai bahan pengajaran yang

disediakan dan penerapan unsur sejarah dalam matematik. Sampel kajian dipilih secara

rawak terdiri daripada 30 orang guru matematik sekolah menengah di kawasan Skudai

iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Selesa Jaya, Sekolah Menengah

Kebangsaan Taman Selesa Jaya 2, Sekolah Menengah Kebangsaan Damai Jaya, Sekolah

Menengah Kebangsaan Taman Universiti, Sekolah Menengah Kebangsaan Taman

Sutera dan Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Tun Aminah. Alat kajian yang

digunakan ialah soal selidik dan nilai kebolehpercayaan adalah .81. Statistik digunakan

bagi mendapatkan nilai kekerapan, peratusan dan min. Dapatan kajian menunjukkan

bahawa guru-guru memberi reaksi yang positif terhadap penerapan unsur sejarah dalam

matematik khususnya topik geometri koordinat.

Page 9: PENERAPAN UNSUR SEJARAH DALAM MATEMATIK · PDF filedalam Matematik 5.6 Penutup 77 BAB 6 ... A Lembaran Kerja bagi Topik 88 ... Matematik telah wujud sejak beribu-ribu tahun yang lepas

vi  

ABSTRACT

The purpose of this study is to prepare the teaching materials in coordinate

geometry that can be used by teacher as well in teaching and learning process as a

reference. Besides, the purpose of this study is also to investigate teacher’s opinion

about that teaching material and integration of the elements of history of mathematics.

A sample of 30 mathematics teachers were randomly selected in secondary school in

Johor Bahru such as Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Selesa Jaya, Sekolah

Menengah Kebangsaan Taman Selesa Jaya 2, Sekolah Menengah Kebangsaan Damai

Jaya, Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Universiti, Sekolah Menengah

Kebangsaan Taman Sutera and Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Tun Aminah. A

questionnaire was used as the research instrument to collect information in order to

answer the research questions and the value of reliability is .81. Statistical analysis was

used to find the frequency, percentage and min. The results obtained showed the

teachers’ response on integrating the elements of history of mathematics in coordinate

geometry are positive.

Page 10: PENERAPAN UNSUR SEJARAH DALAM MATEMATIK · PDF filedalam Matematik 5.6 Penutup 77 BAB 6 ... A Lembaran Kerja bagi Topik 88 ... Matematik telah wujud sejak beribu-ribu tahun yang lepas

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI SINGKATAN xiii

SENARAI LAMPIRAN xiv

BAB 1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 2

1.3 Pernyataan Masalah 4

1.4 Objektif Kajian 5

1.5 Persoalan Kajian 6

1.6 Kepentingan Kajian 7

1.6.1 Guru 7

1.6.2 Pelajar 7

Page 11: PENERAPAN UNSUR SEJARAH DALAM MATEMATIK · PDF filedalam Matematik 5.6 Penutup 77 BAB 6 ... A Lembaran Kerja bagi Topik 88 ... Matematik telah wujud sejak beribu-ribu tahun yang lepas

viii

1.7 Skop Kajian dan Batasan Kajian 8

1.8 Definisi Istilah 9

1.8.1 Bahan Pengajaran 9

1.8.2 Penerapan Unsur-Unsur Sejarah 9

1.8.3 Geometri Koordinat 10

1.9 Penutup 10

BAB 2 SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 11

2.2 Menjadikan Matematik Lebih Bermakna Dari 12

Perspektif Penerapan Sejarah

2.3 Penerapan Sejarah Dalam Pengajaran dan 13

Pembelajaran Matematik

2.4 Aplikasi Sejarah Dalam Penyelesaian Masalah 14

Matematik

2.5 Sejarah dan Perkembangan Geometri Koordinat 16

2.6 Penutup 18

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 19

3.2 Rekabentuk Kajian 20

3.3 Lokasi Kajian 21

3.4 Sampel Kajian 21

3.5 Instrumen Kajian 22

3.5.1 Bahagian A 22

Page 12: PENERAPAN UNSUR SEJARAH DALAM MATEMATIK · PDF filedalam Matematik 5.6 Penutup 77 BAB 6 ... A Lembaran Kerja bagi Topik 88 ... Matematik telah wujud sejak beribu-ribu tahun yang lepas

ix

3.5.2 Bahagian B 22

3.6 Prosedur Kajian 24

3.6.1 Kajian Rintis 25

3.7 Analisis Kajian 25

3.8 Jangkamasa 26

3.9 Penutup 26

BAB 4 BAHAN PENGAJARAN

4.1 Pengenalan 27

4.2 Bahan Pertama 28

4.3 Bahan Kedua 33

4.4 Bahan Ketiga 37

4.5 Bahan Keempat 40

4.6 Bahan Kelima 43

4.7 Bahan Keenam 47

4.8 Bahan Ketujuh 53

4.9 Penutup 57

BAB 5 ANALISIS DATA DAN PERBINCANGAN DAPATAN

5.1 Pengenalan 58

5.2 Dapatan Kajian – Bahagian A 60

5.2.1 Analisis Responden Mengikut Jantina 60

5.2.2 Analisis Responden Mengikut Sekolah 61

5.2.3 Analisis Responden Berdasarkan 62

Pengalaman Mengajar Matematik

5.3 Dapatan Kajian – Bahagian B (Pengalaman Guru) 62

5.4 Dapatan Kajian – Bahagian B (Pendapat Guru) 65

5.4.1 Analisis Item Mengenai Implikasi 66

Penerapan Unsur Sejarah Dalam Matematik

Page 13: PENERAPAN UNSUR SEJARAH DALAM MATEMATIK · PDF filedalam Matematik 5.6 Penutup 77 BAB 6 ... A Lembaran Kerja bagi Topik 88 ... Matematik telah wujud sejak beribu-ribu tahun yang lepas

x

5.4.2 Analisis Item Mengenai Penyelesaian 69

Masalah Berasaskan Bahan Sejarah

5.4.3 Analisis Item Mengenai Pengetahuan Asas 71

dan Umum Sejarah Matematik

5.4.4 Analisis Item Mengenai Kelebihan 73

Penerapan Unsur Sejarah Dalam Matematik

5.5 Perbincangan Mengenai Pendapat Guru Terhadap 74

Bahan Pengajaran Yang Disediakan

5.6 Perbincangan Mengenai Penerapan Unsur Sejarah 75

dalam Matematik

5.6 Penutup 77

BAB 6 RUMUSAN, IMPLIKASI DAN CADANGAN KAJIAN

6.1 Pengenalan 79

6.2 Rumusan Kajian 79

6.3 Implikasi Kajian 81

6.4 Cadangan Kajian 81

6.5 Cadangan Kajian Lanjutan 82

6.6 Penutup 83

RUJUKAN 84

LAMPIRAN A-D 87 -106

Page 14: PENERAPAN UNSUR SEJARAH DALAM MATEMATIK · PDF filedalam Matematik 5.6 Penutup 77 BAB 6 ... A Lembaran Kerja bagi Topik 88 ... Matematik telah wujud sejak beribu-ribu tahun yang lepas

xi

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

3.1 Item-Item Soal Selidik Mengikut Kategori Tertentu 23

3.2 Skala Pemeringkatan Skor Min 26

5.1 Taburan Responden Mengikut Jantina. 60 5.2 Taburan Responden Mengikut Sekolah 61

5.3 Taburan Responden Berdasarkan Pengalaman 62

Mengajar Matematik

5.4 Taburan Kekerapan, Peratusan, Min Setiap Item dan 64

Min Keseluruhan Berdasarkan Pengalaman Guru

5.5 Taburan Peratusan, Min Setiap Item Dan Min 68

Keseluruhan Bagi Kategori Implikasi Penerapan

Unsur Sejarah dalam Matematik

Page 15: PENERAPAN UNSUR SEJARAH DALAM MATEMATIK · PDF filedalam Matematik 5.6 Penutup 77 BAB 6 ... A Lembaran Kerja bagi Topik 88 ... Matematik telah wujud sejak beribu-ribu tahun yang lepas

xii

5.6 Taburan Peratusan, Min Setiap Item Dan Min 70

Keseluruhan Bagi Kategori Penyelesaian Masalah

Berasaskan Bahan Sejarah

5.7 Taburan Peratusan, Min Setiap Item Dan Min 72

Keseluruhan Bagi Kategori Pengetahuan Asas

dan Umum Sejarah Matematik

5.8 Taburan Peratusan, Min Setiap Item Dan Min 73

Keseluruhan Bagi Kategori Kelebihan Penerapan

Unsur Sejarah dalam Matematik

5.9 Taburan Min Keseluruhan Mengikut Kategori 77

Page 16: PENERAPAN UNSUR SEJARAH DALAM MATEMATIK · PDF filedalam Matematik 5.6 Penutup 77 BAB 6 ... A Lembaran Kerja bagi Topik 88 ... Matematik telah wujud sejak beribu-ribu tahun yang lepas

xiii

SENARAI SINGKATAN

KBSM - Kurikulum Berpadu Sekolah Menengah

KPM - Kementerian Pendidikan Malaysia

P&P - Pengajaran dan Pembelajaran

IPT - Institut Pengajian Tinggi

EPRD - Education Planning and Research Department

SMK - Sekolah Menengah Kebangsaan

PPD - Pejabat Pendidikan Daerah

JPN - Jabatan Pendidikan Negeri

Page 17: PENERAPAN UNSUR SEJARAH DALAM MATEMATIK · PDF filedalam Matematik 5.6 Penutup 77 BAB 6 ... A Lembaran Kerja bagi Topik 88 ... Matematik telah wujud sejak beribu-ribu tahun yang lepas

xiv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Lembaran Kerja bagi Topik 88

Geometri Koordinat

B Borang Soal Selidik 99

C Surat Kebenaran EPRD Daripada 105

Kementerian Pendidikan Malaysia

D Nilai alpha Cronbach 107

Page 18: PENERAPAN UNSUR SEJARAH DALAM MATEMATIK · PDF filedalam Matematik 5.6 Penutup 77 BAB 6 ... A Lembaran Kerja bagi Topik 88 ... Matematik telah wujud sejak beribu-ribu tahun yang lepas

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Matematik telah wujud sejak beribu-ribu tahun yang lepas. Penemuan

matematik dapat dilihat daripada pelbagai tamadun; antaranya seperti tamadun Mesir,

tamadun, Islam, tamadun Greek, tamadun China, dan sebagainya. Sumbangan ahli

matematik daripada pelbagai tamadun telah membawa perubahan yang besar kepada

perkembangan masa kini.

Peranan matematik amat besar dalam perkembangan sains dan teknologi pada

masa kini. Kurikulum matematik sekolah menengah telah menggariskan sepuluh

objektif yang perlu dicapai dan antaranya adalah menghubungkan matematik dengan

bidang ilmu yang lain. Justeru itu, matematik tidak boleh dilihat secara bersendirian dan

ia mempunyai kaitan dengan bidang-bidang lain seperti sains, astronomi, teknologi

komputer dan kejuruteraan. Penguasaan matematik merupakan satu syarat dalam

menyediakan tenaga kerja yang berpotensi dan berkemahiran tinggi.

Page 19: PENERAPAN UNSUR SEJARAH DALAM MATEMATIK · PDF filedalam Matematik 5.6 Penutup 77 BAB 6 ... A Lembaran Kerja bagi Topik 88 ... Matematik telah wujud sejak beribu-ribu tahun yang lepas

2

Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) mengaplikasikan pendekatan

bersepadu dalam perlaksanaan kurikulum atau pengajaran. Dalam konteks bersepadu ini

pengajaran sesuatu mata pelajaran adalah berpusatkan pelajar dan menekankan konsep

gabungjalin dan konsep penyerapan (Esah Sulaiman, 2003). Konsep penyerapan dalam

pengajaran ialah dalam pengajaran sesuatu mata pelajaran guru tidak sahaja mengajar

idea, fakta dan nilai dalam mata pelajaran berkenaan tetapi juga mengajar idea, fakta dan

nilai daripada mata pelajaran yang didapati sesuai (Esah Sulaiman, 2003). Misalnya,

dalam mata pelajaran matematik, guru juga boleh mengajar fakta-fakta bagi mata

pelajaran Pendidikan Islam. Guru mengajar topik algebra bagi matematik dan dalam

masa yang sama guru menerapkan sejarah perkembangan Islam dalam pengajaran

tersebut. Konsep ini selaras dengan salah satu objektif kurikulum sekolah menengah

iaitu menghargai kepentingan dan keindahan matematik.

Pendidikan adalah usaha-usaha yang dilakukan untuk melahirkan individu-

individu yang professional contohnya seperti akauntan, jurutera, saintis dan sebagainya.

Untuk merealisasikan hasrat ini, satu proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan

perlulah diwujudkan. Hunter (1995) mentakrifkan pengajaran yang berkesan sebagai

pengajaran yang dapat meningkatkan pembelajaran dalam diri pelajar. Unsur-unsur

sejarah perkembangan Islam yang diterapkan dalam mata pelajaran matematik dapat

meningkatkan pembelajaran dalam diri pelajar. Justeru itu, bahan berunsurkan sejarah

ini dapat memberikan kesan yang positif terhadap pembelajaran seseorang pelajar.

1.2 Latar Belakang Masalah

Matematik merupakan antara mata pelajaran yang kritikal terkandung dalam

sukatan pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). Kebanyakan

pelajar menganggap matematik itu sebagai mata pelajaran yang sukar difahami,

Page 20: PENERAPAN UNSUR SEJARAH DALAM MATEMATIK · PDF filedalam Matematik 5.6 Penutup 77 BAB 6 ... A Lembaran Kerja bagi Topik 88 ... Matematik telah wujud sejak beribu-ribu tahun yang lepas

3

kompleks dan abstrak. Anggapan sebegini menyebabkan pelajar-pelajar ini tidak

berminat dan bosan untuk menumpukan perhatian kepada pengajaran dan pembelajaran

matematik.

Sistem pengajaran matematik di sekolah-sekolah menengah pada masa kini lebih

berorientasikan peperiksaan. Guru–guru lebih cenderung mengajar pelajar dengan

menghafal rumus secara berulang kali atau melatih pelajar mengira mengikut langkah-

langkah yang tertentu. Keadaan ini mengakibatkan pelajar-pelajar tidak melihat

matematik sebagai elemen penting yang dapat digunakan dalam kehidupan seharian dan

keindahan matematik itu sendiri.

Dalam hal ini, guru perlu memainkan peranan penting dan kreatif serta inovatif

dalam pengajaran untuk meningkatkan motivasi para pelajar. Masalah ini tidak akan

dapat diatasi sekiranya guru tidak mengambil inisiatif dalam meningkatkan rangsangan

minat pelajar-pelajar. Namun demikian, keberkesanan sesuatu proses pengajaran itu

tidak bergantung semata-mata kepada guru sahaja bahkan kepada pelajar itu sendiri.

Sebagai seorang guru, kita haruslah mencari satu kaedah atau cara yang dapat

menimbulkan inisiatif pelajar itu sendiri untuk belajar matematik.

Selain itu, salah satu cara untuk meningkatkan proses pengajaran dan

pembelajaran ialah dengan menerapkan unsur-unsur sejarah ke dalam matapelajaran

matematik. Matematik diajar dengan menggunakan bahan sejarah sebagai bahan

pengajaran. Pendedahan unsur-unsur sejarah dalam matematik ini dapat memberitahu

para pelajar tentang perkembangan matematik seterusnya mengenai aplikasinya.

Page 21: PENERAPAN UNSUR SEJARAH DALAM MATEMATIK · PDF filedalam Matematik 5.6 Penutup 77 BAB 6 ... A Lembaran Kerja bagi Topik 88 ... Matematik telah wujud sejak beribu-ribu tahun yang lepas

4

1.3 Pernyataan Masalah

Pencapaian prestasi pelajar-pelajar terhadap matematik adalah rendah dan masih

wujud pelajar-pelajar yang lemah pada setiap tahun. Pelbagai kajian yang timbul demi

mengurangkan bilangan pelajar yang lemah ini dan untuk mencari inisiatif baru dalam

meningkatkan minat dan motivasi pelajar terhadap matematik. Penerapan unsur-unsur

sejarah dalam matematik merupakan salah satu cara yang boleh diaplikasikan dalam

proses pengajaran dan pembelajaran matematik. Proses pengajaran dan pembelajaran

akan menjadi aktif dan sikap pelajar terhadap matematik akan menjadi positif seterusnya

minat dan motivasi para pelajar dapat dipertingkatkan jika cara ini dilaksanakan dalam

proses pengajaran dan pembelajaran. Namun demikian, penerapan unsur-unsur sejarah

dalam matematik ini kurang dilaksanakan oleh guru-guru di sekolah. Ini disebabkan

oleh sistem pengajaran matematik di sekolah pada masa kini yang lebih berorientasikan

peperiksaan. Guru-guru mengejar masa dalam menghabiskan sukatan pelajaran. Selain

itu, kurangnya pengetahuan dalam sejarah matematik juga merupakan satu faktor yang

menyumbang kepada penerapan unsur-unsur sejarah dalam proses pengajaran dan

pembelajaran matematik kurang dilaksanakan di kalangan guru-guru.

Matematik tidak perlu dilihat secara bersendirian dan berasingan kerana ia

berkaitan dengan bidang-bidang lain seperti sains dan kejuruteraan. Salah satu topik

matematik yang mempunyai kaitan dengan bidang sains adalah geometri contohnya

geometri koordinat. Kurikulum matematik sekolah rendah dan sekolah menengah

mengalami dilemma yang serius bila berhadapan dengan konsep geometri. Ianya mudah

untuk mencari kesilapan mengenai pengajaran geometri secara tradisional tetapi bila

berhadapan dengan cara mengatasi masalah ini adalah tidak mudah untuk dihadapinya

(Carl Allendoerfer, 1969). Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh (TIMSS, 1998)

menunjukkan pelajar yang tamat pendidikan menengah pada masa itu membuktikan

mengenai apa yang diperkatakan oleh Allendoerfer belum diatasi (Wayne Bogss et.al.

1999). Usiskin (1997) menyatakan bahawa geometri menghadapi masalah berkaitan

pencapaian dan kurikulum. Kelemahan dalam geometri contohnya seperti geometri

Page 22: PENERAPAN UNSUR SEJARAH DALAM MATEMATIK · PDF filedalam Matematik 5.6 Penutup 77 BAB 6 ... A Lembaran Kerja bagi Topik 88 ... Matematik telah wujud sejak beribu-ribu tahun yang lepas

5

koordinat menyebabkan segelintir pelajar mempunyai masalah dalam mata pelajaran

sains (Wayne Bogss et.al. 1999). Topik geometri koordinat ini melibatkan banyak

rumus dan kebanyakan pelajar lebih cenderung menghafal rumus dan langkah-langkah

pengiraan tertentu serta kurang kefahaman bagi topik ini. Kesilapan pada rumus dan

langkah-langkah pengiraan merupakan masalah yang besar. Pelajar hanya menghafal

rumus dan tidak mengetahui sejarah di sebalik penemuan rumus ini. Penerapan unsur-

unsur sejarah dalam topik geometri koordinat merupakan salah satu cara dalam

mengatasi masalah ini selain dapat meningkatkan minat dan motivasi pelajar. Bahan

pengajaran yang berunsurkan sejarah ini dapat memberikan motivasi, mengekalkan

minat pelajar, mempamerkan kaedah matematik yang unik dan menunjukkan nilai-nilai

matematik yang tersendiri.

1.4 Objektif Kajian

Antara objektif-objektif kajian ini dilakukan adalah seperti berikut ;

i. menyediakan satu bahan pengajaran bagi topik geometri koordinat yang

dapat digunakan oleh guru untuk proses pengajaran dan pembelajaran atau

sebagai rujukan

ii. mendapatkan pendapat atau maklum balas guru-guru matematik sekolah

menengah mengenai bahan pengajaran bagi topik geometri koordinat yang

disediakan

iii. mendapatkan pendapat atau maklum balas guru-guru matematik sekolah

menengah mengenai penerapan unsur sejarah dalam matematik berdasarkan

empat kategori berikut:

Page 23: PENERAPAN UNSUR SEJARAH DALAM MATEMATIK · PDF filedalam Matematik 5.6 Penutup 77 BAB 6 ... A Lembaran Kerja bagi Topik 88 ... Matematik telah wujud sejak beribu-ribu tahun yang lepas

6

I. Implikasi penerapan unsur sejarah dalam matematik

II. Penyelesaian masalah berasaskan bahan sejarah

III. Pengetahuan asas dan umum sejarah matematik

IV. Kelebihan penerapan unsur sejarah dalam matematik

1.5 Persoalan Kajian

Antara persoalan-persoalan kajian ini dilakukan adalah seperti berikut :

i. Apakah pendapat guru-guru matematik sekolah menengah mengenai bahan

pengajaran bagi topik geometri koordinat yang disediakan?

ii. Apakah pendapat guru-guru matematik sekolah menengah mengenai

penerapan unsur sejarah dalam matematik berdasarkan empat kategori

berikut?

I. Implikasi penerapan unsur sejarah dalam matematik

II. Penyelesaian masalah berasaskan bahan sejarah

III. Pengetahuan asas dan umum sejarah matematik

IV. Kelebihan penerapan unsur sejarah dalam matematik