Pengadilan Moral Dalam Penulisan Sejarah

Embed Size (px)

Citation preview

  • 8/17/2019 Pengadilan Moral Dalam Penulisan Sejarah

    1/27

    Siri Kuliah WebEX PPPJJ, USM

     JMS 101: Pengantar Sejarah

    PENGADILAN MORAL DALAM SEJARAH

    Dr. Ku Boon Dar 

    [[email protected]];04-6532288

     JMS 101/4: PENGANTAR SEJARAHSidang Akademik 2015/2016

  • 8/17/2019 Pengadilan Moral Dalam Penulisan Sejarah

    2/27

    We lead 

    HASIL PEMBELAJARAN

     Menjelaskan pengadilan moral [moral judgment] dalam sejarah.

     Menilai perbezaan pendapat aliran yangmenyokong [konservatif] dan membantah[progresif] pengadilan moral dalamsejarah.

  • 8/17/2019 Pengadilan Moral Dalam Penulisan Sejarah

    3/27

    We lead 

    Pendahuluan

     Pengadilan Moral adalah perlakuanmenjatuhkan hukuman, ataupunmengenakan penilaian tertentu, kepadasuatu peristiwa sejarah dan/atau kepada

    seorang pelaku dalam sejarah. Menghukum dan menilai.“ Adalah lazimnya dibuat dalam bahasa yang memuji ataumempersalahkan dengan berpandukan kepada ukuran baik danburuk.[Moral statements, and especially moral judgments, are typicallymade in language that praises or blames].”

     Adrian Oldfield

  • 8/17/2019 Pengadilan Moral Dalam Penulisan Sejarah

    4/27

    We lead 

    Persoalan?

     Apakah perlu tokoh-tokoh atau peristiwa-peristiwadalam sejarah diadili?

     Apakah faedahnya kita mengadili tokoh-tokoh sejarahatau peristiwa-peristiwa sejarah itu?

    Dua golongan dikemukakan oleh sejarawan terhadap isupengadilan moral; 1) Menyokong (golongan konservatif)

    2) Menentang (golongan progresif)

     Ada juga sejarawan berada di tengah-tengah, menyokongdan menentang pada tempat-tempat tertentu. ContohnyaE.H. Carr.

  • 8/17/2019 Pengadilan Moral Dalam Penulisan Sejarah

    5/27

    We lead 

    [ Progresif -Menentang]

    Leopold von Ranke,

    Benedetto Croce

    Herbert Butterfield

    G. Kitson Clark

     Antara sarjana yang menentang pengadilan moral

    dalam sejarah:

  • 8/17/2019 Pengadilan Moral Dalam Penulisan Sejarah

    6/27

    We lead 

    [ Progresif –Menentang [X]

    Bagi Ranke, sejarah harus dipaparkan seperti yangsebenar-benarnya berlaku maka unsur pengadilanmoral haruslah diketepikan.

     Mengapa?

     Pengadilan Moral bukanlah tugas ahli-ahli sejarahdan penulisan sejarah objektif tidak dapat dicapai sekiranya ahli sejarah dipengaruhi oleh pengaruhdan nilai sezaman.

    - Leopold von Ranke

  • 8/17/2019 Pengadilan Moral Dalam Penulisan Sejarah

    7/27

    We lead 

    "

    Mahkamah Tinggi ulung yang meneliti semuapengadilan sulit yang berpunca dari nafsu-nafsudan kesilapan-kesilapan manusia, membetulkannyadan menjatuhkan satu keputusan muktamadsebagai satu pengadilan sejagat, yang membezakanorang yang mulia daripada orang yang berdosa.”

    Mengapa?

    Pandangan Sarjana [Croce]

  • 8/17/2019 Pengadilan Moral Dalam Penulisan Sejarah

    8/27

    We lead 

    Ketidakupayaan sejarawan menembusi ke lubukhati manusia yang mencetuskan sesuatu kejadiansejarah.

    Kecenderungan sejarawan memasuki unsur 

    prasangka dalam pengadilan mereka. Kekurangan bukti serta ketidakmampuanmembuat pengadilan yang dipersetujui semuasejarawan.

    Perbezaan pengadilan antara mahkamah dandalam sejarah.

    Pandangan Sarjana [Croce]

  • 8/17/2019 Pengadilan Moral Dalam Penulisan Sejarah

    9/27

    We lead 

    Ketidakupayaan sejarawan untuk menilai dari segi moral semua tindakan manusia.

    kecenderungan sejarawan membuat pengadilanmoral – setengah masak atau palsu.

    Pengadilan moral tidak bersangkut paut denganpenyiasatan sejarah dan asing kepada ruangintelek sejarah saintifik.

    Pandangan Sarjana [Butterfield]

     Alat mendedahkan kesalahan lawandan menutup kesalahan kawan.

    Ketidakupayaan menyelami lubukpemikiran atau hati seseorangpelaku sejarah.

  • 8/17/2019 Pengadilan Moral Dalam Penulisan Sejarah

    10/27

    We lead 

    [ Konservatif- Menyokong [/]

    Francois-Marie Arouet [Voltaire] John EmerichEdward Dalberg[ Lord Acton] Isaiah Berlin

     Antara sarjana yang menyokong pengadilan moral dalam sejarah:

  • 8/17/2019 Pengadilan Moral Dalam Penulisan Sejarah

    11/27

    We lead 

    Tugas sejarah sebagai mengajar kewajiban-kewajiban dan hak-hak kita.

    Sejarah seharusnya bertindak sebagai pembelakeadilan dengan memuji mereka yang berjasa

    dan memalukan mereka yang berdosa.Sejarah merupakan saksi, bukan pemuja.

    Pandangan Sarjana [Voltaire]

    “Sebagai para pegawai awam, mereka harusbertanggungjawab untuk tindakan-tindakanmereka kepada orang ramai …bahawa sejarahadalah saksi dan bukan pemuja.”

    - Voltaire

  • 8/17/2019 Pengadilan Moral Dalam Penulisan Sejarah

    12/27

    We lead 

     Diocletian, seorang Maharaja Romdikecam kerana berlaku kejamterhadap para penganut Kristian.

    Contoh-Contoh

    Constantine, Maharaja Rom

    dikutuk kerana membunuhsecara kejam anggotakeluarganya.

  • 8/17/2019 Pengadilan Moral Dalam Penulisan Sejarah

    13/27

    We lead 

    Hukuman mati yang dikenakan keatas penganut ajaran sesat dalamZaman Pertengahan di Eropahdisifatkan oleh beliau sebagai pembunuhan yang tidakberperikemanusiaan.

    Contoh-Contoh

    Perang Salib yang dianjurkan

    oleh raja-raja Kristian terhadapkuasa Islam sebagai   tindakankurang bijak.

  • 8/17/2019 Pengadilan Moral Dalam Penulisan Sejarah

    14/27

    We lead 

    "Walaupun pendapat-pendapat berubah, tabiat-tabiat 

    berubah, kepercayaan-kepercayaan bangkit dan jatuh, tetapi hukum moral telah diukirkan ke atas kepingan logam yangberkekalan.”

    [Opinions alter, manners change, creeds rise and fall, but the

    moral law is written on the tablets of eternity]

    Pandangan Sarjana [Acton]

    Menyangkal tanggapan bahawa nilai moral am tidak wujudatau peraturan-peraturan moral manusia sentiasa berubah. Acton menganggap bahawa nilai-nilai ulung sejagat memang

    wujud. Manusia boleh diadili tidak kira masa dan tempat. Tindakan jenayah seharusnya dikutuk oleh sejarawan ;bukan semata-mata cuba memahami dan menjelaskantindakannya sehingga memaafkan orang yang bersalah itu.

  • 8/17/2019 Pengadilan Moral Dalam Penulisan Sejarah

    15/27

    We lead 

    Kejadian sejarah tidak dicetuskan olehindividu/persendirian.

    Tetapi oleh pengaruh-pengaruh sosial yang besar,ketiadaan nilai-nilai moral secara mutlak, kewujudansikap prasangka dalam kalangan para pengkaji yangboleh menyelewengkan tulisan sejarah.

    Ketidakupayaan ahli sejarah untuk mengkaji tindakanmanusia dari segi dalam atau sanubari. Manusia mempunyai pilihan di antara beberapa

    alternatif dan pemilihan yang dibuat oleh individu ituadalah bebas dan boleh diadili dari segi ukuran kebaikanatau keburukan.

    Pandangan Sarjana [Berlin]

    •  Ahli sejarah perlu meneliti alternatif-alternatif yangdipertimbangkan oleh seseorang pelaku sejarah sebelummengambil sesuatu keputusan serta menilai kesan-kesan

    yang berpunca dari keputusan itu.

  • 8/17/2019 Pengadilan Moral Dalam Penulisan Sejarah

    16/27

    We lead 

     Berlin berpendapat bahawa sejarawan akanmeneliti alternatif-alternatif yang dipilih olehtokoh-tokoh itu dan seandainya alternatif yangdipilih itu membawa keburukan, maka tindakan

    tokoh tersebut perlu dikutuk; dan sebaliknya.Berlin berpendapat bahawa tanggungjawabsejarawan mengadili Charlemange atau Napoleonatau Genghiz Khan atau Hitler atau Stalin keranapembunuhan beramai-ramai yang telah dilakukanoleh tokoh-tokoh tersebut.

    Pandangan Sarjana [Berlin]

  • 8/17/2019 Pengadilan Moral Dalam Penulisan Sejarah

    17/27

    We lead 

     Berlin menyatakan bahawa manusiamempunyai pilihan atau alternatif dalam hidupnya.

    Manusia bebas memilih antara yang jahat dengan yang baik.

    Manusia itu bolehdipertanggungjawabkan dan bolehdiadili.

    Pandangan Sarjana [Berlin]

  • 8/17/2019 Pengadilan Moral Dalam Penulisan Sejarah

    18/27

    We lead 

     Ahli sejarah yang mengkaji tindakan manusiaadalah dikehendaki menitikberatkan “niat -niat individu-individu, jenis-jenis tindakan yangdigalakkan oleh niat-niat tersebut serta kesan-

    kesan tindakan-tindakan tersebut”. "Boleh menyatakan bahawa si pelaku itu

    bertindak secara bodoh, bijak, [sedangkan] si 

    pelaku itu bertindak secara bodoh.”

    Pandangan Sarjana [Oldfield]

  • 8/17/2019 Pengadilan Moral Dalam Penulisan Sejarah

    19/27

    We lead 

     Ahli sejarah harus memberi asas-asas bagi keputusannya dan rumusannya hanya dicapai di peringkat kesudahan kajian yang dijalankan itu.

    Tidak melihat perbezaan nilai di antara ahli sejarah dan si pelaku sebagai batu penghalangkepada pengadilan moral. Contohnya kes KitsonClark mengutuk British yang memerintah Irelanddalam dasar penempatan tuan-tuan tanahBritish abad ke-18.

    Pandangan Sarjana [Oldfield]

  • 8/17/2019 Pengadilan Moral Dalam Penulisan Sejarah

    20/27

    We lead 

    Kecenderungan para ahli sejarah ke arah membuat pengadilan moral juga digalakkan oleh penggunaankata-kata tertentu yang berunsur moral seperti penindasan, persubahatan, kesahan dan

    kebolehpercayaan. Peranan ahli sejarah sebagai pendidik moral

    kepada masyarakat dengan mendedahkan

    keadaan-keadan yang mencetuskan sesuatukejadian sejarah. Contohnya penglibatan W.G.Gladstone menyelamat pelacur-pelacur .

    Pandangan Sarjana [Oldfield]

  • 8/17/2019 Pengadilan Moral Dalam Penulisan Sejarah

    21/27

    We lead 

    Tempoh tiga minggu selepas tarikhpenyerahan kalah Jepun merupakan"suatu masa yang paling kacau-bilau.”

    - Cheah Boon Kheng

    Pandangan Sarjana [Sunthalingam]

     Tugas ahli sejarah tidaklah terhad kepada usahamengenalpasti peristiwa-peristiwa yang harus dikaji ataumentafsir bukti, ataupun menghuraikan masalahpenyebaban, tetapi juga menilai dan membuat pengadilanmoral ke atas tindak tanduk seseorang tokoh atau

    institusi itu.  _ Suntharalingam

  • 8/17/2019 Pengadilan Moral Dalam Penulisan Sejarah

    22/27

    We lead 

    Pandangan Sarjana [Qasim Ahmad]

    “Lebih baik seorang sejarawanyang terlatih membuat penilaian

    dan menjatuhkan hukumanmoral daripada orang ramaiyang tidak terlatihmembuat pengadilan...”

  • 8/17/2019 Pengadilan Moral Dalam Penulisan Sejarah

    23/27

    We lead 

    Pandangan Sarjana [E.H. Carr]

    E.H. Carr menolak pengadilan moral tetapi padamasa yang sama beliau menggalakkan pengadilanmoral ke atas institusi atau dasar masa lampau.

    Bagi beliau, sejarah merupakan proses berterusaninteraksi di antara ahli sejarah dengan fakta-faktanya yang merupakan satu dialog yang tiadakesudahan di antara masa kini dengan masalampau.

    Pengadilan moral amat penting dalam merungkai,menilai dan mentafsir sesuatu peristiwa sejarahsupaya sejarah itu ditulis seperti sebenar-benarnyaia terjadi dan menjadikan pensejarahan itu tidakkaku.

  • 8/17/2019 Pengadilan Moral Dalam Penulisan Sejarah

    24/27

    We lead 

    Kesimpulan

    Kecenderungan pengadilan moral mencerminkanhakikat bahawa kewujudan nilai-nilai moral yangdiiktiraf umum oleh masyarakat dunia.

    Morris Ginsberg berpendapat bahawa semuamasyarakat mempunyai kanun-kanun yangmencegah jenis-jenis kelakukan tertentu seperti pembunuhan dan pencurian.

     Aliran-aliran falsafah dan kemanusiaan telahmenyumbang ke arah melahirkan secara rasional"satu universalisme moral yang tulen”   yangditerima umum oleh semua manusia.

  • 8/17/2019 Pengadilan Moral Dalam Penulisan Sejarah

    25/27

    We lead 

    Usaha ahli sejarah untuk menceritakanperkara/peristiwa yang telah berlaku itu. "Jika pengadilan moral dikikiskan, Sejarah

    tinggal tidak lebih dari cerita”.

    Pandangan Sarjana [Oldfield]

    “Niat -niat individu-individu”yang membawakesan-kesan tertentu kepada pergolakansejarah. Walaupun ahli sejarah berkenaan

    tidak bercadang menjatuhkan pengadilanmoral, namun kecenderungan ini secara tidaklangsung akan memaksanya melakukan itu.

  • 8/17/2019 Pengadilan Moral Dalam Penulisan Sejarah

    26/27

    We lead We lead 

    Buku Rujukan

    1. Qasim Ahmad. 1991.   Karya Sejarah : Pendekatan dan Persoalan . Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

    2. Abdul Rahman Haji Abdullah. 1994.   Pengantar Ilmu Sejarah . Pulau Pinang: Pusat Pendidikan Jarak Jauh, USM.

    3. E. H. Carr. 1984.   Apakah Sejarah?  Kuala Lumpur: DewanBahasa dan Pustaka.

    4. R. Suntharalingam. 1985.   Pengenalan Kepada Sejarah .

    Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

  • 8/17/2019 Pengadilan Moral Dalam Penulisan Sejarah

    27/27

    We lead 

    Terima Kasih

    Presented byDr. Ku Boon Dar | [email protected]