86
PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU SESI 2015 TINGKATAN 4 KATA-KATA BOMBASTIK DALAM PENULISAN POLEMIK Maksud : Perbahasan yang dilakukan dalam surat khabar atau dalam majalah mengenai sesuatu perkara Aplikasi dalam ayat [Tema: Lumba Haram] Akhir-akhir ini, isu lumba haram kerap menjadi polemik dalam kalangan masyarakat 1 KELAS : NAMA :_______________________________________________ ________________ :____________________________________________________ ___________ :____________________________________________________ ___________ :____________________________________________________ ___________ :____________________________________________________ ___________

Pengajaran Bahasa Melayu 2015

  • Upload
    faizal

  • View
    135

  • Download
    2

Embed Size (px)

DESCRIPTION

GY

Citation preview

Hari : Tarikh :

PEMBELAJARAN BAHASA MELAYUSESI 2015

KELAS :NAMA :_______________________________________________________________:_______________________________________________________________:_______________________________________________________________:_______________________________________________________________:_______________________________________________________________:_______________________________________________________________TINGKATAN 4

KATA-KATA BOMBASTIK DALAM PENULISAN

1

POLEMIKMaksud :Perbahasan yang dilakukan dalam surat khabar atau dalam majalah mengenai sesuatu perkaraAplikasi dalam ayat [Tema: Lumba Haram]Akhir-akhir ini, isu lumba haram kerap menjadi polemik dalam kalangan masyarakat

MARHAENMaksud:Rakyat jelataAplikasi dalam ayat[Tema:Menabung]Golongan marhaen tidak diabaikan oleh kerajaan dalam usaha mentransformasikan ekonomi ke arah negara berpendapatan tinggi.

KULAWARGAMaksud:KeluargaAplikasi dalam ayat[Tema: Keluarga Bahagia]Kulawarga yang harmonis mampu membentuk anak-anak bersahsiah mulia

DASAWARSAMaksud:Dekad Aplikasi dalam ayat[Tema: Semangat Kejiranan]Dasawarsa ini , hubungan kejiranan semakin diabaikan terutama dalam kalangan masyarakat metropolitan.

IKHTISARMaksud:Pendapat yang ringkas mengenai sesuatuAplikasi dalam ayat[Tema: Pelajar Cemerlang]Pelajar perlu memberikan ikhtisar yang mantap sewaktu pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

TAMSILMaksud:Seperti,umpama, misalAplikasi dalam ayat[Tema: Menabung]Tamsilnya ,tabiat menabung bukanlah sesuatu yang asing dalam kalangan masyarakat.

WASILAHMaksud:IkatanAplikasi dalam ayat[Tema: Jasa Guru]Seseorang pelajar tidak wajar melupakan wasilah yang terjalin dengan guru.

NIRMALAMaksud:SuciAplikasi dalam ayat[Tema: Budi Bahasa]Pada pagi yang nirmala ini, saya akan menyampaikan syarahan bertajuk, Budi Bahasa Budaya Kita.

SAKINATMaksud:KetenanganAplikasi dalam ayat[Tema: Keluarga Bahagia]Ajaran agama yang diterapkan dalam keluarga mampu menjamin sakinat berpanjangan

SINERGIMaksud:KerjasamaAplikasi dalam ayat[Tema: Inap Desa]Akhir kalamnya, rakyat dan kerajaan perlu bersinergi untuk merealisasikan pelancongan inap desa menjadi pilihan kalangan rakyat Malaysia .

USLUB/MINHAJ/MANHAJMaksud:Kaedah, caraAplikasi dalam ayat[Tema: Membaca]Membaca merupakan uslub berkesan untuk menambah ilmu pengetahuan dalam kalangan pelajar.

PRAKARSAMaksud:InisiatifAplikasi dalam ayat[Tema:Lumba Haram]Prakarsa perdana dalam membanteras gejala lumba haram ialah pemantauan ibu bapa di rumah.

AFORISMEMaksud:Ungkapan, peribahasa, bidalanAplikasi dalam ayat[Tema: Gejala Ponteng Sekolah]Kasih sayang yang diberikan oleh ibu bapa terhadap anak-anak bertepatan dengan aforisme, melentur buluh biarlah dari rebungnya.

SIRNAMaksud:HilangAplikasi dalam ayat[Tema: Gejala Buli]Rasa perikemanusiaan semakin sirna daripada sanubari generasi pelajar pada hari ini.

JAGATRAYAMaksud:Seluruh duniaAplikasi dalam ayat[Tema: Pelancongan]Malaysia terkenal di jagatraya sebagai sebuah negara yang memiliki keunikan budaya dan keindahan alam.

SEANTEROMaksud:SeluruhAplikasi dalam ayat[Tema: Bangunan Warisan]Seantero dunia akan memandang tinggi negara Malaysia jika kita Berjaya mengekalkan warisan sejarah rakyat Malaysia.

OBLIGASIMaksud:KewajibanAplikasi dalam ayat[Tema: Semangat Patriotik]Sudah menjadi obligasi setiap rakyat Malaysia untuk mempertahankan negara daripada ancaman musuh.

MAYAPADA/MARCAPADAMaksud:Dunia modenAplikasi dalam ayat[Tema: Kemalangan Jalan Raya]Isu kemalangan remaja kerap disiarkan dalam media massa marcapada ini

MAPANMaksud:Tidak berubah, sudah diterima umumAplikasi dalam ayat [Tema: Gejala Lumba Haram]Sudah terang lagi bersuluh, kempen merupakan prakarsa mapan yang mampu mengatasi gejala lumba haram.

SEYOGIAMaksud:SepatutnyaAplikasi dalam ayat[Tema: Semangat Patriotik]Seyogia golongan remaja tidak terlibat dengan aktiviti subversif yang akan mencalarkan imej negara.

SEMENTELAHANMaksud:Tambahan pulaAplikasi dalam ayat[Tema: Semangat Kejiranan]Sikap tidak ambil peduli merupakan punca hubungan kejiranan semakin renggang sementelahan kesibukan bekerja menyebabkan komunikasi antara jiran semakin terbatas.

MAUDUKMaksud:Pokok perbincanganAplikasi dalam ayat[Tema:Rakan Sebaya]Mauduk syarahan yang akan saya sampaikan ialah, Ciri-ciri Rakan yang Menjadi Pilihan Saya.

PADAUMaksud:LayarAplikasi dalam ayatSebelum padau perbincangan saya gali lebih dalam, molek kiranya saya mulakan dengan pendefinisian tajuk terlebih dahulu.

TEGARMaksud:Tidak dapat dilenturkan, kerasAplikasi dalam ayat[Tema: Merokok]Pihak Kementerian Pelajaran gusar kerana ramai pelajar sekolah kini menjadi perokok tegar.

KONGKALIKUNGMaksud:Sekongkol dalam melakukan sesuatu yang tidak baikAplikasi dalam ayat [Tema: Ponteng Sekolah]Sekumpulan pelajar SMK Lepar Hilir berkongkalikung ponteng sekolah di ladang kelapa sawit

MENYISIRMaksud:Mengemaskan Aplikasi dalam ayat Sebelum saya menyisir usul perbahasan dengan lebih dalam, izinkan saya mendefinisikan terlebih dahulu frasa demi frasa.

MAHMUDAHMaksud:TerpujiAplikasi dalam ayat[Tema: Remaja Berwawasan]Sifat mahmudah jika diaplikasikan dalam kehidupan akan merubah personaliti remaja agar menjadi remaja cemerlang dan terbilang.

GEMULAHMaksud:ArwahAplikasi dalam ayat [Tema: Bangunan Bersejarah]Sewajarnya kita mencontohi sifat gemulah terdahulu yang sanggup mempertahankan warisan bangsa agar dapat dinikmati oleh anak cucu.

CERITERAMaksud:CeritaAplikasi dalam ayat[Tema:Remaja Berwawasan]Sebagai remaja berwawasan, kita sepatutnya tidak terpengaruh dengan ceritera palsu yang berlegar-legar dalam kalangan masyarakat.

INTI PATIMaksud:Bahagian yang pentingAplikasi dalam ayat[Tema:Remaja Berwawasan]Perlembagaan Persekutuan Malaysia merupakan inti pati yang wajar difahami dan dihayati oleh seluruh warga Malaysia

BERIJTIHADMaksud:Memberikan tafsiran berdasarkan peraturan tertentuAplikasi dalam ayat[Tema:Remaja Berwawasan]Remaja mesti mengkaji sesuatu isu agar mampu berijtihad apabila ditanyakan tentang sesuatu isu oleh orang luar.

MENGHADAPMaksud:Menghala, mengarahAplikasi dalam ayat[Tema: Remaja Berwawasan]Kita perlu menghadap serta mendepani sesuatu perkara dengan cara yang rasional.

BELASUNGKAWAMaksud: ucapan takziahAplikasi dalam ayat:Kami mengucapkan belasungkawa kepada keluarga Ali atas kematian anak tunggal mereka

KENDATIPUNMaksud:MeskipunAplikasi dalam ayat[Tema: Menabung]Kendatipun pendapatan kita sekadar cukup-cukup makan, kita seharusnya menyimpan sebahagian daripada pendapatan sebagai tabungan.

SIGNIFIKANMaksud:PentingAplikasi dalam ayat[Tema: Gejala Lumba Haram]Langkah-langkah signifikan perlu dilakukan untuk membasmi gejala lumba haram dalam kalangan remaja

TERAMPILMaksud:Cekap dalam melaksanakan sesuatuAplikasi dalam ayat[ Tema: Remaja Berwawasan]Sifat terampil merupakan ciri yang perlu ada pada seorang remaja yang berwawasan.

PROGNOSISMaksud:Ramalan,telahanAplikasi dalam ayat [Tema:Ponteng Sekolah]Prognosis yang tepat dalam menilai keperibadian rakan sebaya perlu ada dalam memilih rakan sebaya.

PROKLAMIRMaksud:PengisytiharanAplikasi dalam ayat[Tema:Bangunan Bersejarah]Kerajaan telah menyampaikan proklamir Melaka sebagai Bandar Raya Bersejarah.

TRAGEDIMaksud:Peristiwa yang menyedihkanAplikasi dalam ayat[ Tema: Lumba Haram]Menjadi suatu tragedi yang menyedihkan apabila golongan remaja yang terlibat dengan lumba haram mencambahkan penularan gejala sosial lain seperti seks bebas dan penagihan dadah.

KULAWARGAMaksud:KeluargaAplikasi dalam ayat[Tema: Semangat Kejiranan]Kulawarga dewan sekalian,Tajuk pidato saya pada hari ini ialah, Peranan Remaja dalam Menyemarakkan Semangat Kejiranan.

JALUR LEBARMaksud:Rangkaian yang mempunyai julat yang besarAplikasi dalam ayat[Tema:Teknologi Maklumat]Kemudahan jalur lebar yang disediakan oleh kerajaan dapat dinikmati oleh segenap lapisan masyarakat

NIHILISMEMaksud:Fahaman yang menolak nilaiAplikasi dalam ayat[Tema: Gejala Sosial Remaja]Remaja yang terlibat dalam gejala sosial mengamalkan nihilisme dalam kehidupan mereka

MOBILITIMaksud:Perihal mudah bergerak dan digerakkanAplikasi dalam ayat[Tema: Ponteng Sekolah]Masyarakat berilmu pengetahuan akan bermobiliti ke arah kecemerlanganHEDONISMEMaksud:Pandangan hidup yang mementingkan keseronokanAplikasi dalam ayat[Tema: Gejala Sosial Remaja]Remaja perlu dinasihati agar tidak mengamalkan budaya hedonisme dalam kehidupan mereka.

FRANCAISMaksud:Kebenaran oleh pengeluar untuk memasarkan barangannyaAplikasi dalam ayat[Tema: Pelancongan]Agensi pelancongan boleh mengaplikasikan konsep francais untuk mempopularkan produk dan perkhidmatan mereka kepada pelancong asing.

SAFMaksud:BarisAplikasi dalam ayat[Tema: Lumba Haram]Remaja perlu menyusun saf agar dapat bergerak seiring menangani gejala lumba haram yang semakin mencengkam pada hari ini.

PARADIGMAMaksud:Model yang jelas tentang sesuatuAplikasi dalam ayat[Tema: Remaja Berwawasan]Kita perlu melakukan anjakan paradigma untuk merubah senario negatif yang membelenggu golongan muda negara ini.

KODIFIKASIMaksud:Kegiatan menyusun maklumatAplikasi dalam ayat[Tema:Membaca]Remaja yang berpengetahuan mampu melakukan kodifikasi apabila membaca bahan bacaan daripada pelbagai sumber.

ENTENGMaksud:Ringan, mudahAplikasi dalam ayat[Tema:Gejala Sosial]Sikap masyarakat yang memandang enteng gejala ponteng sekolah menyebabkan golongan remaja beraja di mata , bersultan di hati.

CAKNAMaksud:Ambil beratAplikasi dalam ayat[Tema:Gejala Lumba Haram]Ibu bapa perlu cakna akan perubahan yang berlaku dalam diri anak-anak mereka.

TUNTASMaksud:Menyeluruh dan lengkapAplikasi dalam ayat[Tema: Dasar 1 Murid 1 Sukan]Tuntasnya, Dasar 1 Murid 1 Sukan mampu memupuk minat bersukan dalam kalangan murid-murid sekolah..

IZHARMaksud:JelasAplikasi dalam ayat[Tema:OKU]Izharnya, golongan orang kurang upaya turut membantu perkembangan ekonomi negara Malaysia.

AFDALMaksud:Lebih baikAplikasi dalam ayat[Tema: Menabung]Prakarsa yang afdal bagi menggalakkan anak-anak menabung ialah ibu bapa membuka akaun simpanan di bank untuk anak-anak.

JERAYAWARAMaksud:Pameran, ceramahAplikasi dalam ayat:Jerayawara secara progresif perlu diadakan ke seluruh negara bagi menerangkan keburukan gejala lumba haram.

REKAYASAMaksud:Penerapan unsur-unsur ilmuAplikasi dalam ayat[Tema:Guru]Guru yang berkesan mampu melakukan rekayasa melalui pelbagai medium dan kaedah pengajaran di dalam kelas.

EGOSENTRIKMaksud:Mementingkan keperluan diriAplikasi dalam ayat[Tema: Semangat Kejiranan]Sikap egosentrik yang ada di dalam diri menyebabkan masyarakat bandar tidak mengamalkan semangat kejiranan.

ADIWANGSAMaksud:Bangsa muliaAplikasi dalam ayat[Tema: Gejala Sosial]Remaja yang mampu menongkah arus kebejatan sosial akan menjadi adiwangsa yang mengharumkan nama negara..

EGALITARIANISMEMaksud:Fahaman bahawa semua orang sama rataAplikasi dalam ayat[Tema: Perpaduan]Konsep 1Malaysia mampu merealisasikan egalitarianisme dalam pembudayaan budaya dan bahasa

ATMAMaksud:JiwaAplikasi dalam ayat[Tema: Gejala Sosial Remaja]Sementelahan , generasi muda pada hari ini mengalami gangguan atma sehingga menyebabkan mereka tidak memikirkan baik buruk sesuatu perkara.

BOBROKMaksud:Rosak, binasaAplikasi dalam ayat[Tema: Gejala Sosial]Masyarakat yang bobrok akhlaknya akan merugikan negara.

PENGITLAKANMaksud:Membuat rumusan Aplikasi dalam ayat[Tema: Bangunan Bersejarah]Sebagai pengitlakan, kita seharusnya berganding bahu memulihara bangunan bersejarah untuk memastikan generasi hari muka dapat mewarisinya.

EFISIENMaksud:BerkesanAplikasi dalam ayat[Tema: Pendidikan Vokasional]Langkah yang efisien mampu memperkasakan pendidikan vokasional di negara ini.

GELANDANGANMaksud:MerempatAplikasi dalam ayat[Tema: Menabung]Amalan menabung sejak kecil mampu merubah kehidupan gelandangan menjadi lebih baik.

DEWASAMaksud:Kontemporari, semasa Aplikasi dalam ayat[Tema:Membaca]Dewasa ini, budaya membaca dalam kalangan rakyat Malaysia telah meningkat.

SIMBIOSISMaksud:Perkaitan hidup antara dua atau lebih organismaAplikasi dalam ayat[Tema: OKU]Sememangnya simbiosis antara kerajaan dengan rakyat mampu menghasilkan sinergi yang merubah senario masyarakat.

PIDANAMaksud:KejahatanAplikasi dalam aya[Tema: Gejala Sosial]Anak-anak terdorong untuk melakukan pidana dek galakan rakan-rakan.

NINGRATMaksud:Orang muliaAplikasi dalam ayat[Tema: Remaja Berwawasan]Remaja seharusnya berusaha menjadi golongan ningrat yang akan membanggakan nama ibu bapa dan negara.

JEMBELMaksud:MiskinAplikasi dalam ayat[Tema: Krisis Makanan Antarabangsa]Seharusnya kita membantu negara-negara jembel di Afrika yang mengalami krisis makanan

MURBAMaksud:Rakyat jelataAplikasi dalam ayat[Tema: Sukan]Sebagai golongan murba, kita seharusnya menyokong dasar 1Murid 1Sukan.

PROLETARMaksud:Kaum yang suka membunuh/ membuat kacauAplikasi dalam ayat[Tema:Gejala Sosial]Kita seharusnya memerangi gejala buli dan ponteng sekolah kerana kita tidak mahu melihat generasi akan datang menjadi masyarakat proletar.

Penggunaan Ungkapan Menarik dalam Karangan1. Dimensi: Individu Tema: Remaja dan Masalah Sosial PeribahasaMaksudIsu

Kurang ringgit boleh dicari, kurang akal habis bicara Susah kerana harta boleh dicari, susah kerana tidak berfikir tambah bermasalah Remaja suka bertindak melulu, tanpa berfikir terlebih dahulu

Mencurah air di daun keladi Nasihat yang sia-sia Remaja yang tidak mahu mendengar nasihat

Kerana nila setitik rosak susu sebelangaSeekor kerbau membawa lumpur habis semua terpalit Rosak maruah masyarakat kerana keburukan seseorangDisebabkan seorang sahaja yang bersalah habis semua mendapat malu Kesan negatif kepada masyarakat/masyarakat mendapat malu kerana sikap beberapa remaja

Ada udang di sebalik batu Berbuat baik kerana ada hajat terselindungPengaruh rakan yang kuat, rakan berbuat baik ada sebabnya

Kata HikmatIsu

Bill Gates- sekiranya kita mahu berubah selepas orang lain sudah berubah, sebenarnya kita tidak berubahNasihat kepada remaja supaya berubah menjadi positif dengan segera

Wellington - usah merendahkan diri seseorang kerana tabiat buruknya tetapi bimbinglah ia ke jalan yang lebih baik Usaha untuk membimbing remaja ke arah positif, bukan merendah-rendahkan mereka sahaja

Hamka- Hairan melihat setiap hari orang menyisir rambutnya, tetapi tidak pernah menyisir otaknya, memperkemaskan dadanya tetapi tidak mencuci hatinya. [ Disediakan oleh BKKeng] Digosok kasutnya tetapi tidak akalnya Remaja tidak sedar tentang keseronokan mereka adalah merugikan/ remaja hanya tahu bergaya tetapi tiada ilmu yang berguna

2. Dimensi: Individu Tema: Remaja dan Kerjaya PeribahasaMaksudIsu

Alang-alang mandi biar basah, alang-alang berdakwat biar hitam

Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan Apabila melakukan sesuatu kerja, lakukan sampai berjaya, walaupun menghadapi kesusahan

Cabaran dan saingan dalam pekerjaan memang susah tetapi remaja perlu menghadapinya hingga berjaya demi masa depan yang cemerlang

Bagai kerakap di batu, hidup segan mati tak mahu Orang yang malas berusaha tidak akan berubah selama-lamanya Remaja perlu berusaha dan mempunyai kerjaya yang baik untuk mengubah kehidupan yang lebih baik

Bagai rumput di tepi jalan Hidup daif dan terbiar Jika tidak berkerjaya, hidup remaja apabila dewasa akan daif dan terbiar

Kerja bertangguh tak menjadi, kerja beransur tak bertahanSesuatu urusan tidak akan selesai Jika selalu bertangguh Remaja tidak wajar menangguhkan sesuatu kerja, lantaran sikap ini akan merugikan diri sendiri

Batu yang sentiasa bergolek tidak akan mengumpul lumut/ orang pindah-pindahan tanaman masak tak dapat dirasa Orang yang selalu bertukar kerja tidak akan berjaya

Remaja perlu bersedia den~an cabaran kerjaya masing-masing supaya tidak cepat putus asa/ selalu bertukar kerja lantaran sikap ini menatijahkan remaja tidak berjaya dalam hidup

Pipit sama pipit, enggang sama enggang Tidak sama antara golongan berdarjat dengan golongan bawahan Remaja perlu bekerja untuk meningkatkan taraf hidup untuk menjadi orang bermartabat, supaya tidak menjadi orang bawahan yang tidak dipedulikan

Kata HikmatIsu

Benjamin Franklin - jalan kejayaan terletak kepada dua kalimah; kerja kuat dan berhemat Remaja perlu bekerja kuat secara berhemah untuk menuju kejayaan

K.H. Abdullah Gymniastiar - kredibiliti bermula dengan pengurusan hati, kejujuran, cekap dan berinovasi Remaja akan dipercayai dan dihormati jika bekerja dengan jujur, cekap dan dapat membuat sesuatu pembaharuan

3. Dimensi: Individu Tema: Semangat Patriotisme/ Cinta Akan Negara PeribahasaMaksudIsu

Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung

Hidup dikandung adat, mati dikandung tanah Hormat akan tempat kita bernaung (berlindung)

Remaja/ generasi muda wajar menghormati tanah air tempat kelahiran mereka

Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri lebih baik di negeri sendiriSusah dan senaang lebih baik di tanah air sendiri

Walaupun kesenangan kira peroleh dati negara luar, negara sendiri sebenarnya lebih baik dan mempunyai banyak keistimewaan

Jong pecah yu yang kenyang Kejatuhan sesebuah negara memberi untung kepada musuh Generasi muda wajar mempertahankan kedaulatan tanah air daripada dijajah semula lantaran kejatuhan ini akan menguntungkan musuh negara

Di mana ada kemahuan di situ ada jalan Jika ada azam, ada kejayaan

Jika para remaja kini bersungguh-sungguh mempertahankan tanah air dan sanggup menyumbangkan tenaga, pastilah negara akan terus maju di seantero dunia. [ Disediakan oleh BKKeng]

Biar berputih tulang, jangan berputih mata Lebih baik mati daripada menanggung malu kerana milik sendiri dirampas orangRemaja yang sanggup menyumbangkan tenaga mereka seperti menjadi perajurit, akan sanggup berjuang dan berkorban demi mempertahankan tanah air daripada dicerobohi oleh musuh

4. Dimensi: Keluarga Tema: Keluarga/Ibu Bapa dan Remaja PeribahasaMaksudIsu

Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi

Rosak bawang ditimpa jambak

Bapa borek anak rintik

Ketam menyuruh anaknya berjalan betul

Air perabung mengalir ke cucur atap Baik buruk perangai seseorang bapa itu sedikit sebanyak akan turun kepada anaknya. [ Disediakan oleh BKKeng]

Rosak anak-anak kerana perbuatan ibu bapa. [ Disediakan oleh BKKeng]

Anak-anak akan menurut baka/perangai bapanya. [ Disediakan oleh BKKeng]

Menyuruh orang lain membetulkan kesilapan tetapi diri sendiri silap.

Semua perwatakan ibu bapa diikuti oleh anak-anak. Ibu bapa perlu mengamalkan dan menunjukkan sikap yang baik kepada anak-anak kerana sikap / tindakan ibu bapa itu akan diikuti oleh anak-anak. Oleh itu, janganlah ibu bapa sendiri terlibat dalam masalah sosial, tetapi meminta anak-anak mereka menjadi baik. Contoh : Ibu/ bapa selalu keluar malam dan pulang lewat malam untuk berfoya-foya, tetapi meminta anak mereka duduk di rumah, mengulang kaji pelajaran sahaja. [ Disediakan oleh BKKeng]

Carik-carik bulu ayam lama-lama bercantum balik

Ludah ke langit jatuh atas batang hidung sendiri

Cubit paha kanan, paha kiri pun sakit juga

Lesung sama antan bertelingkah ayam yang kenyang

Rosak anak kerana menantu

Perpecahan sesama ahli keluarga lambat laun berbaik semula

Perbuatan menjatuhkan maruah keluarga sendiri, akhirnya kita yang mendapat malu

Memberi malu pada kaum keluarga sendiri, akhirnya diri kita pun terasa

Bergaduh sesama adik-beradik, musuh yang mendapat habuan

Merosakkan darah daging sendiri kerana percayakan orang lain Situasi sesama ahli keluarga yang tidak boleh dipisahkan dan perlu berbaik-baik sesama mereka demi menjaga maruah keluarga sekali gus dapat melahirkan keluarga bahagian

Tangan yang mengayun buaian memerintah duniaJasa ibu terlalu besar terhadap masa depan anak-anak Anak-anak perlu mendengar nasihat dan menghormati ibu kerana jasanya terlalu besar dan segala nasihat adalah untuk kebaikan/ masa depan anak-anak

Tidak ada harimau yang membaham anakSegarang-garang bapa hanya untuk mendidik Bapa yang garang/ tegas hanyalah untuk mendidik anak-anak ke jalan yang positif

Melentur buluh biarlah dari rebungnyaMendidik anak biarlah sejak mereka kecil lagi Ibu bapa perlu mendidik anak-anak sejak kecil lagi supaya sikap baik itu akan terbawa-bawa hingga dewasa

Menarik rambut di dalam tepung Bersikap bijaksana dalam menyelesaikan sesuatu masalah Ibu bapa perlu bijak menyelesaikan masalah anak-anak/ bijak menjalankan tanggungjawab mereka, supaya mewujudkan keluarga sakinah

5. Dimensi: Masyarakat Tema: Gaya Hidup Sihat/Kesihatan/Makanan Seimbang/Penyakit Berbahaya PeribahasaMaksudIsu

Sudah terhantuk baru tengadah Sudah susah baru beringat Apabila sudah terkena penyakit/ mengidap penyakit seperti obesiti, darah tinggi dan kencing manis, barulah seseorang sedar untuk menjaga kesihatan

Sediakan payung sebelum hujan Sentiasa beringat sebelum terjadi sesuatu yang kurang baikOleh itu, mereka perlu beringat dan menjaga kesihatan sebelum sesuatu yang buruk berlaku pada diri sendiri

Nasi sudah menjadi bubur Sesuatu perbuatan yang sudah terlanjur/terlewat tidak dapat dibaiki lagi Jika telah sakit, memang sukar untuk disembuhkan semula/ sihat seperti sediakala

Melentur buluh biarlah waktu rebungnya

Alah bisa, tegal biasa Mengajar anak biarlah dari kecil, jika sudah besar harinya sudah keras dan sukar menerima ajaran lagi segala kesusahan biasanya akan dirasai pada peringkat awal, setelah sudah biasa, kesusahan itu tidak terasa lagi Usaha membudayakan pemakanan seimbang dan sihat oleh ibu bapa kepada anak-anak perlu dimulakan sejak mereka kecil supaya apabila dewasa, mereka sudah biasa dengan selera dan cita rasa pemakanan sihat tersebut

Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya Jika kita membuat sesuatu pekerjaan dengan tidak bersungguh-sungguh, sudah pasti kita tidak akan mendapat hasilnya Masyarakat perlu meluangkan masa dan tenaga untuk menjaga kesihatan fizikal demi memiliki tubuh badan yang sihat

Bukan bersuluh batang pisang, bersuluh bulan matahari Kebenaran yang dapat dilihat oleh semua pihakPenyakit berbahaya seperti penyakit jantung, darah tinggi, kencing manis, obesiti dan sebagainya sudah disahkan oleh doktor bahawa penyakit ini berpunca daripada tidak mengamalkan gaya hidup sihat dan banyak pihak mempersetujuinya

Cogan kataIsu

Mencegah lebih baik daripada mengubati Masyarakat perlu mempraktikkan amalan pemakanan seimbang demi menjaga kesihatan diri sejak awal lagi supaya tidak mengidap sebarang penyakit

Saiyidina Ali- sabar terbahagi kepada dua iaitu sabar dalam menjauhkan segala yang engkau tidak suka dan sabar mengejar segala yang engkau suka Setiap anggota masyarakat perlu sabar menempuh segala kesukaran demi memperoleh badan yang sihat iaitu sesuatu yang semua orang inginkan malah sabar juga berusaha untuk menjauhkan diri daripada sebarang penyakit, iaitu sesuatu yang semua orang tidak inginkannya

6. Dimensi: Masyarakat Tema: Warisan Bangsa dan Budaya/Bangunan Bersejarah/Budaya Bangsa/Warisan Sejarah/ Adat Perkahwinan PeribahasaMaksudIsu

Tak lekang dek panas, tak lapuk dek hujan Adat/ sesuatu yang tidak berubah, tetapi tetap utuhPelbagai tindakan/usaha perlu diambil untuk mengekalkan warisan sejarah supaya tidak berubah dan utuh demi melambangkan kedaulatan negara

Bagai cendawan tumbuh selepas hujan Terlalu banyak pada sesuatu masa

Selaras dengan perkembangan teknologi moden, segala budaya Barat dan moden telah semakin menular di negara kita sekali gus menyebabkan masyarakat terpengaruh untuk mengamalkannya

Bagai aur dengan tebing

Bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi Hubungan yang rapat dan saling membantu

Kedua-dua belah pihak sama-sama bertanggungjawabUntuk mengekalkan warisan bersejarah termasuk bangunan bersejarah, kerjasama antara semua pihak amatlah diperlukan kerana jika pihak kerajaan sahaja yang bersungguh-sungguh, mustahil segala adat/warisan bangsa ini dapat dikekalkan

Ada asap adalah apiSangat rapat, tidak boleh dipisahkanWarisan seni dari segi pakaian dan nyanyian tidak dapat dipisahkan daripada kebudayaan tempatan

Telur di hujung tanduk Dalam keadaan bahaya/ serba sulit Kebanyakan bangunan bersejarah yang sudah usang/lama, berada dalam keadaan bahaya kerana beberapa pihak akan merobohkannya/ memusnahkannya tanpa memulihara warisan sejarah negara Malaysia ini

Biar mati anak, jangan mati adat Orang kuat berpegang pada adatSebagai warganegara Malaysia, masyarakat pelbagai bangsa wajar mengamalkan budaya hidup yang baru dan moden, adat warisan bangsa tetap perlu diamalkan dan tidak dilupakan

7. Dimensi: Masyarakat/Remaja Tema: Riadah/Rekreasi/Hobi PeribahasaMaksudIsu

Untung sabut timbul untung batu tenggelam

Cencaru makan petangHabuan dan nasib kadang-kadang bergantung pada tuah

Memperoleh kejayaan pada akhir sesuatu perlawanan/ kegiatan Kebiasaannya, individu yang melakukan sesuatu aktiviti hanya sebagai hobi/ rekreasi/ riadah iaitu untuk mengisi masa lapang, mereka tidak mengharapkan kejayaan pada akhir aktiviti tersebut lantaran mereka hanya bergantung pada tuah masing-masing seperti hobi memancing, tidak semestinya berjaya mendapat ikan yang banyak, berlayar dan mengembara, tidak semestinya diakhiri dengan kejayaan

Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit

Sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain Sesuatu kejayaan berpunca daripada usaha kecil-kecilan dan akhirnya menjadi besar dan mencapai apa-apa yang dihajati

Tekun dan usaha tentu berjaya

Untuk melaksanakan/ melakukan kegiatan hobi, seseorang itu terpaksa berjimat cermat dalam berbelanja/ menabung/ mengumpul wang untuk membeli peralatan seperti membeli joran untuk memancing, membeli kasut untuk bersukan, membeli setem untuk mengumpul setem dan lain-lain. Hasil usaha sebegini tentukan mereka akan berjaya

Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan Jika ada azam, ada kejayaan

Walaupun sibuk dengan kerjaya seseorang akan tetap mencari masa untuk aktiviti riadah/hobi demi melepaskan tekanan/ merehatkan minda

Bermandi peluh Bekerja dengan bertungkus-lumus Seseorang sanggup bertungkus-lumus di tengah panas/hujan demi hobi mereka seperti memancing, mengembara, aktiviti perkhemahan dan sebagainya untuk kepuasan hati.

Jauh berjalan banyak pengalaman, lama hidup banyak dirasa Orang yang suka merantau mempunyai pengalaman yang luas dan orang tua yang panjang umur tentulah banyak suka duka yang pernah dirasai Hobi melancong dapat memberikan faedah kerana seseorang itu akan mempunyai pengalaman yang luas dengan hobi suka merantau

Indah khabar daripada rupa Beritanya lebih hebat daripada yang sebenar Paparan daripada iklan tentang tempat-tempat menarik/tempat rekreasi selalunya hebat, walhal apabila kita pergi sendiri ke tempat-tempat tersebut kerana beriadah/ berekreasi, kita akan tahu sendiri keadaan sebenarnya

8. Dimensi: Masyarakat Tema: Perpaduan/Kerjasama/Kejiranan/ Rumah Terbuka PeribahasaMaksudIsu

Bagai aur dengan tebing

Ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni

Serumpun bak serai, sesusun bak sireh

Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat

Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing

Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecahHidup saling membantu

Bermuafakat dan sentiasa bersatu padu

Hidup yang saling bermuafakat

Kata sepakat yang dicapai melalui mesyuarat

Mengalami susah senang bersama

Pengagihan yang sama banyak Di sesebuah kawasan petempatan, penduduknya perlu mengamalkan sikap bantu-membantu, bermuafakat/ bermesyuarat supaya mereka sentiasa bersatu padu serta hidup dalam keadaan yang aman damai

Jika susah senang dihadapi bersama dan diselesaikan secara berunding/bermesyuarat, segala masalah dapat diselesaikan dan akan mencapai kemakmuran

Setiap kerja/ tugasan bergotong royong diagihkan sama banyak/ seimbang supaya semua penduduk berpuas hati

Bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing Pentingkan diri sendiri, orang yang tidak bermuafakat dan berpegang pada pendapat masing-masing sahaja Hidup berjiran tidak boleh mementingkan diri sendiri sahaja jika ingin mewujudkan perpaduan dan keharmonian

Rendah hati

Murah hati Tidak meninggi diri

Pemurah Amalan rumah terbuka bagi penduduk/jiran yang pemurah dan tidak bongkak dengan kekayaan yang ada, akan mengeratkan silaturahim antara penduduk

Maksud HadisIsu

Nabi Muhammad SAW bersabda, sebaik-baik umatku ialah mereka yang banyak manfaatnya. [ Disediakan oleh BKKeng] Berilah sesuatu walaupun sebuah senyuman sudah memadai daripada mengeluarkan kata-kata yang menyakitkan hati. Amalan jiran tetangga yang baik

9. Dimensi: Negara Tema: Teknologi Maklumat/Telekomunikasi/lnternet/ Kad Elektronik/Telefon Bimbit/TV PeribahasaMaksudIsu

Bagai cendawan tumbuh selepas hujan Maksud Terlalu banyak pada sesuatu masa Pada zaman modenisasi ini, teknologi maklumat dan telekomunikasi membangun dengan banyak dan sangat cepat menunjangi hidup masyarakat alaf baru ini

Kad elektronik yang banyak dicipta pada zaman sains dan teknologi yang berkembang dengan pesat adalah untuk kemudahan manusia. [ Disediakan oleh BKKeng] Seseorang tidak perlu membawa dokumen peribadi yang banyak untuk urusan rasmi tetapi cukup dengan kad pintar dan Mykad

Buta huruf Tidak tahu membaca dan menulis Kad elektronik senang digunakan oleh semua orang termasuk golongan yang tidak tahu membaca dan menulis

Ingat sebelum kena, jimat sebelum habisPerlu berhati- hati supaya tidak menyesal kemudian hari Kad elektronik harus digunakan secara berhati-hati dan menjaganya sebaik yang mungkin supaya kemudahan kad ini, tidak memberikan kesan sebaliknya

Bertepuk sebelah tangan, tidak akan berbunyi Kedua-dua belah pihak sama-sama bertanggungjawab Usaha kerajaan untuk menjadikan teknologi maklumat dan komunikasi dapat digunakan semaksimum boleh untuk semua, perlu disambut dengan positif oleh rakyat supaya penggunaan teknologi canggih ini dapat dimanfaatkan

Seperti katak di bawah tempurungOrang yang sempit pengetahuannya Apabila rakyat menggunakan teknologi moden seperti komputer, Internet, televisyen dan radio, mereka tidak lagi akan ketinggalan zaman, kerana dapat mengetahui semua isu yang berlaku dan tidak lagi sempit pengetahuan

Wau melawan angin Tidak ambil hirau sekelilingJika terlalu asyik menghadap komputer pastilah seseorang tidak akan mempedulikan lagi perihal sekelilingnya

10. Dimensi: Negara Tema: Alam Sekitar/Bencana Alam PeribahasaMaksudIsu

Seperti enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing Hidup yang hanya mementingkan diri sendiri Sikap mementingkan diri sendiri perlu dihindarkan demi mengelakkan pencemaran alam yang akhirnya merugikan diri sendiri

Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna Sebelum mengerjakan/ melakukan sesuatu, hendaklah difikirkan habis-habis Sebelum sesetengah pihak melakukan sesuatu yang mencemarkan alam, lebih baik difikirkan dahulu kesan- kesannya kepada mereka sendiri

Sediakan payung sebelum hujan Sentiasa bersiap sedia sebelum terjadi sesuatu yang kurang baik Seseorang perlu menjaga kebersihan alam sekitar sejak kecil lagi/ sejak awal lagi, supaya dapat elakkan pencemaran serta kemusnahan alam

Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih Jika menghendaki sesuatu, bermacam-macam ikhtiar dapat dijalankan, sebaliknya jika tidak mahu pelbagai alasan diberikan Penjagaan alam sekitar bukanlah susah untuk dilakukan, tetapi semuanya bergantung pada kehendak masyarakat sendiri sama ada hendak atau tidak

Guruh tak berbunyi, malang tak berbau Malang tidak diketahui bila ia akan terjadi Malapetaka boleh berlaku pada bila-bila masa dan menimpa sesiapa

Betapa berat mata memandang, berat lagi bahu memikul Walau betapa susah seseorang melihat kesusahan yang ditanggung oleh orang lain, tetapi lebih susah orang yang menanggung kesusahan itu Kesan bencana alam lebih dirasai oleh mangsa sendiri

Gadai terdorong ke pajak, sehari sebulan juga Sudah terlanjur/buat salah, meskipun sedikit akibatnya sama dengan yang besar Walaupun seseorang hanya membuang sampah/sisa toksik dan lain-lain yang dianggap remeh, tetapi lama-kelamaan senario ini akan menjadi masalah yang besar iaitu dengan mencemarkan alam yang boleh menyebabkan kesan buruk pada hidupan di bumi juga

Hutang berbaris/ hutang keliling pinggangHutang yang banyak

Bencana alam menatijahkan mangsa hidup susah, hilang pendapatan dan terpaksa membuat banyak hutang

Dimensi: Negara Tema: Ekonomi - Pelancongan/Pertanian/ Perindustrian/ Pelaburan PeribahasaMaksudIsu

Berbudi kepada tanah, tanah tidak tipuMaksud hasil usaha bercucuk tanam pasti berjaya Masyarakat harus menjalankan kegiatan pertanian secara bersungguh-sungguh kerana hasil usaha daripada bercucuk tanam selalunya akan berjaya

Ibarat berdagang buluh kasap, hukum hilang pangkal lesap

Yang jolok tak jatuh, penjolok tersangkut Menjalankan perniagaan yang belum pasti akhirnya menanggung rugi

untung tidak dapat, modal pun lesap Kita perlu berhati-hati dengan pelbagai perniagaan/ pelaburan yang begitu banyak diwujudkan kerana menjalankan perniagaan yang tidak kukuh/ tidak terjamin, akhirnya boleh mendatangkan kerugian, iaitu modal kita hilang dan tiada keuntungan daripada perniagaan tersebut

Rezeki secupak tidak akan jadi segantang Tanpa usaha tiada tambahan untung Masyarakat perlu berusaha untuk meningkatkan taraf ekonomi mereka dan supaya mendapat untung berlipat ganda

Tidak lari gunung dikejar, hilang kabus tampaklah ia

Ulat dalam batu pun ada rezekiSikap yang hanya menunggu tidak akan mendapat apa-apa faedah

Jika kuat berusaha pasti ada rezeki Walaupun terdapat banyak peluang pekerjaan iaitu dari segi pelancongan/ pertanian/ perindustrian, rakyat tidak harus menunggu sahaja untuk mendapatkan tawaran kerja tersebut kerana sikap ini tidak akan memberikan sebarang faedah. Rakyat sebaliknya perlu berusaha merebut peluang pekerjaan yang ada lantaran orang yang kuat berusaha pasti ada rezekinya

Tak kenal maka tak cinta Kalau tahu baru timbul suka Sektor pelancongan perlu dijalankan secara meluas dengan mempromosikan negara kita kepada negara luar kerana jika masyarakat luar negara mengenali Malaysia ini, barulah timbulnya rasa suka untuk datang melancong ke sini

Bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi Kedua-dua belah pihak mesti sama-sama bertanggungjawabJanganlah hanya pihak kerajaan sahaja yang bersungguh-sungguh menjalankan usaha untuk meningkatkan ekonomi negara dalam bidang pelancongan/pertanian, tetapi rakyat tidak menyambut baik usaha kerajaan. Jika semua pihak tidak bergabung tenaga, pastilah usaha ini menuju kegagalan

Hidup segan mati tak mahuOrang yang hidup melarat kerana kemiskinan/ selalu sakit. Keadaan yang melarat/ tidak maju Industri Kecil Sederhana (IKS) di negara kita ini sebenarnya sudah lama ada dan beroperasi, tetapi kewujudan industri ini seperti tidak dipedulikan dan kurang dimajukan seperti industri-industri lain

Sambil menyelam minum air

Di mana-mana air bertakung, di situ ikan berkampung Sekali melakukan pekerjaan, beberapa maksud tercapai

Di mana-mana tempat berpeluang mencari rezeki orang akan bertumpuDengan meningkatkan industri pelancongan yang menguntungkan negara, industri ini juga telah memberikan faedah kepada para peniaga makanan, pengusaha penginapan dan banyak lagi rakyat Malaysia yang berpeluang mencari rezeki kerana orang akan bertumpu di tempat pelancongan itu

11. Dimensi: Negara/Antarabangsa Tema: Sukan PeribahasaMaksudIsu

Bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing

Berat sama dipikul ringan sama dijinjing

Banyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragam Cencaru makan petang Hidup yang hanya mementingkan diri sendiri

Mengalami susah senang bersama-sama

Kemahuan dan kegemaran setiap orang berbeza-beza Memperoleh kejayaan pada akhir perlawanan Setiap individu yang terlibat dalam sukan, terutama dalam sukan secara berkumpulan seperti bola sepak, bola jaring, ragbi dan hoki, mereka tidak boleh mementingkan diri sendiri. Sebaliknya antara sesama ahli perlu bertolak ansur kerana masing-masing mempunyai kemahuan yang berbeza-beza. [ Disediakan oleh BKKeng] Mereka juga perlu bersama-sama menghadapi susah dan senang, demi mencapai kemenangan dalam setiap pertandingan

Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian

Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit

Alah bisa, tegal biasa Bersusah payah terlebih dahulu untuk mendapatkan kesenangan pada kemudian hari

Sesuatu kejayaan berpunca daripada usaha kecil-kecilan akhirnya menjadi besar dan mencapai apa-apa yang dihajati

Segala kesusahan biasanya akan dirasai pada peringkat awal, setelah sudah biasa, kesusahan itu tidak terasa lagi Para atlet disarankan supaya dapat mengamalkan disiplin diri yang baik dan sanggup bersusah payah menjalani latihan intensif demi memperoleh kemenangan pada kemudian hari, lantaran setiap kejayaan berpunca daripada usaha secara kecil-kecilan supaya lama-kelamaan mereka sudah terbiasa dengan kesusahan yang dirasai semasa latihan dan akhirnya mereka akan mencapai kemenangan/ kejayaan idaman semua

Koleksi PeribahasaSenarai Peribahasa Nilai MurniBaik hati / Berbudi bahasa / Berhemah tinggi Baik membawa resmi padi daripada membawa resmi lalang - Merendah diri lebih baik daripada bersikap sombong Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali -Melakukan kebaikan biarlah berpatutan tetapi elakkan daripada berbuat jahat Hancur badan dikandung tanah, budi baik dikenang juga - Seseorang yang berbuat bakti dan jasa akan sentiasa dikenang walaupun telah meninggal dunia Hidup kayu biar berbuah, hidup manusia biar berjasa - Berbuat baiklah semasa hidup untuk diri sendiri dan masyarakat, sebaliknya berbuat jahat jangan sesekali Kalau asal benih yang baik, jatuh ke laut menjadi pulau - Orang yang berketurunan baik. ke manamana dia pergi akan baik juga jadinya Umpama minyak setitik, di laut sekalipun timbul jua - Orang yang baik biar di mana-mana sekalipun akan dimuliakan juga

Daya Usaha / Kesungguhan / Kerajinan Alah bisa tegal biasa - Kerja yang sukar kalau selalu dilakukan akan menjadi mudah Alang-alang menyeluk pekasam biarlah sampai ke pangkal lengan - Setiap perbuatan yang dilakukan biarlah meraih hasil daripada perbuatan tersebut Bagai lebah menghimpun madu - Sangat rajin Belakang parang kalau diasah lagikan tajam - Orang yang lemah atau bodoh kalau berusaha bersungguh-sungguh akan berjaya juga akhirnya Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian -Kesenangan akan dicapai setelah berusaha dan mengalami kepayahan Bulat kata - Keazaman yang sungguh-sungguh Cepat kaki, ringan tangan - Rajin dan cepat bekerja Diam ubi berisi, diam penggali berkarat - Pendiam tetapi rajin bekerja Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan - Jika seseorang mempunyai cita-cita, dia akan berusaha dengan bersungguh-sungguh Genggam bara api biar sampai menjadi arang- Melakukan sesuatu biarlah sehingga mendapat hasil Hati waja - Tidak mudah berputus asa Hendak seribu daya tak hendak seribu dalih - Jikalau ada kemahuan tentu ada cara untuk melakukannya. [ Disediakan oleh BKKeng] jika tidak mahu pelbagai alasan diberikan Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya - Kita tidak akan mendapat hasil jika tidak berusaha Malas bergarit perut perit - Sikap malas berusaha akan mendatangkan kesusahan Malu berkayuh perahu hanyut. malu bertanya sesat jalan - Orang yang malas tidak akan maju Mandi peluh - Bekerja keras Memeras otak - Berfikir atau belajar dengan bersungguh-sungguh Rajin dan usaha tangga kejayaan - Jika seseorang itu berusaha. [ Disediakan oleh BKKeng] sudah tentu dia akan berjaya Sambil menyelam minum air - Membuat dua pekerjaan dalam satu masa Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit - Sabar dan tekun mengerjakan sesuatu. akhirnya berjaya Juga Sehari selembar benang. lama-lama menjadi kain - Apabila bersabar melakukan sesuatu. akan berhasil juga akhirnya Seperti anai-anai makan kayu - Mengerjakan sesuatu pekerjaan dengan tekun dan rajin Ulat buku - Rajin membaca Yang bulat tidak datang bergolek. yang pipih tidak datang melayang - Sesuatu yang dihajatkan mestilah diikuti dengan usaha kerana tidak datang dengan sendirinya

Semangat bermasyarakat / Kekeluargaan / Perhubungan Air dicencang tidak akan putus - Hubungan persaudaraan yang tidak akan putus walaupun berlaku perpecahan/perselisihan Bagai beliung dengan asahan - Perhubungan yang akrab Banyak orang banyak ragamnya - Banyak orang. maka banyaklah perangai/ buah fikiran yang berbeza-beza Biduk berlalu kiambang bertaut - Dua pihak yang bergaduh akan berbaik-baik semula apabila tiada penghasutnya Buang yang keruh ambil yang jernih - Melupakan perkara yang tidak baik dan mengingati perkara yang baik sahaja Carik-carik bulu ayam lama-lama bercantum juga - Adik-beradik yang bergaduh akan berbaik semula Cubit paha kanan, paha kiri terasa juga- jika orang yang rapat dengan kita mendapat kesusahan. kita turut berasa susah Darah daging - Anak atau saudara-mara daripada keturunan sendiri Enggang dengan enggang, pipit sama pipit. baru dapat terbang bersama - Perhubungan yang sama taraf Hilang di mata di hati jangan - Walaupun berjauhan. tetap ingat di hati Ibarat telur sesangkak, pecah sebiji pecah semua - jika seseorang ahli dalam sesuatu kumpulan mendapat susah. ahli yang lain juga turut merasai kesusahannya Ikan di laut asam di darat, di dalam periuk bertemu juga - jikalau jodoh. di mana-mana pun akan bertemu juga Jauh bau bunga, dekat bau tahi - Kaum keluarga yang berjauhan akan rindu-rinduan tetapi apabila berdekatan akan berkelahi Kalau bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi - Sesuatu perkara tidak akan berlaku jika "melibatkan satu pihak sahaja Mati anak berkalang bapa, mati bapa berkalang anak - Anak dan bapa saling bertolongan Melentur buluh biarlah daripada rebungnya - Mendidik seseorang wajar dilakukan semenjak kecil Seperti isi dengan kuku - Hubungan yang sangat akrab Seperti pungguk merindukan bulan - Seseorang yang sentiasa ingat akan kekasihnya

Penyesalan Ikut hati mati, ikut rasa binasa - Orang yang mengikut nafsu akan musnah akhirnya Nasi sudah menjadi bubur - Perbuatan yang terlanjur tidak dapat diubah kembali Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna - Kita hendaklah berfikir dahulu sebelum melakukan sesuatu agar tidak menyesal pada hari kemudian Sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan-Sekiranya terlanjur dalam melakukan sesuatu kesalahan, eloklah insaf dengan segera Sudah terhantuk baru tengadah - Sesudah ditimpa kemalangan, baru hendak beringat-ingat Takut akan bayang-bayang sendiri - Rasa takut kerana bersalah

Berhati-hati / Teliti / Berjimat cermat Air yang tenang jangan disangka tiada buaya - Orang pendiam jangan disangka bodoh atau penakut Alah membeli, menang memakai - Biarlah barang . yang dibeli mahal asalkan tahan lama Berjalan pelihara kaki, bercakap pelihara lidah- Melakukan sesuatu kerja dengan berhati-hati Biar titik jangan tumpah - Lebih baik rugi sedikit daripada rugi banyak Biar lambat asalkan selamat - Melakukan sesuatu pekerjaan biarlah berhati-hati supaya hasilnya baik Cencaru makan petang - Pekerjaan yang lambat tetapi mendatangkan hasil yang baik Berkata siang melihat-lihat, berkata malam mendengardengar - Seseorang itu perlulah berhati-hati apabila berbicara tentang sesuatu perkara Cicir dipungut, hilang dicari - Jangan membazirkan sesuatu makan kerana hendak berjimat Daripada segenggam jadi segantang - Daripada sedikit lama-lama menjadi banyak Ikat perut - Mengurangkan makan kerana susah Ingat sebelum kena, jimat sebelum habis - Selalu berwaspada dan berhati-hati Memasang telinga - Mendengar dengan sungguhsungguh dan teliti Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati - Sesuatu perkara yang buruk dapat dielakkan jika melakukan langkah pencegahan dari awal Mengukur baju di badan sendiri - Berbelanja mengikut kemampuan diri Rosak badan kerana mulut - Seseorang akan menerima akibat buruk jika tidak pandai mengawal tutur kata Sediakan payung sebelum hujan - Berjaga-jaga sebelum ditimpa bencana Sekali jalan kena, dua kali jalan tahu - Sekali tertipu, tentu akan berhati-hati pada masa akan datang Seperti air di dalam kolam - Orang yang bersifat tenang Tepuk dada tanya selera - Sesuatu pekerjaan yang dilakukan hendaklah difikirkan baik-baik Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya - Berhati-hati apabila bercakap kerana ditakuti akan menyinggung perasaan orang lain

Keberanian Berani buat berani tanggung - Bertanggungjawab terhadap sesuatu yang dilakukan Berani kerana benar, takut kerana salah - Berani kerana berada di pihak yang benar Cacing hendak menjadi naga - Orang kecil yang hendak menyamai orang besar Membujur lalu melintang patah - Tidak menghiraukan halangan/masalah Pantang berundur sebelum berjuang - Tidak mudah berputus asa sebelum berjaya Pantang mati sebelum ajal - Tidak akan tewas/ berundur sebelum masanya

Permuafakatan/Bekerjasama Bagai aur dengan tebing - Tolong-menolong antara satu sama lain Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing - Kerja yang berat atau yang susah akan menjadi senang dan mudah sekiranya dilakukan bersama-sama Bersatu teguh, bercerai roboh - Bersatu padu menyebabkan masyarakat menjadi kuat, perpecahan pula akan melemahkan masyarakat Bersekutu bertambah mutu - Perpaduan dalam kalangan rakyat menjamin kesejahteraan hidup Bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana muafakat - Mencapai kata sepakat Hati gajah sama dilapah, hati nyamuk sama dicecah - Pengagihan yang sama banyak Ibarat telur sesangkak, pecah sebiji pecah semua - Orang yang bermuafakat akan sehidup semati dan tidak berubah kesetiaannya Ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni - Perhubungan yang sangat akrab, susah senang ditanggung bersama Muafakat membawa berkat - Sikap bekerjasama membawa kebaikan kepada semua Ringan tangan - Suka membantu

Kepatuhan /Kesetiaan Air orang disauk, ranting orang dipatah, adat orang diturut - Hendaklah patuh kepada undang-indang negeri yang didiami Biar mati anak, jangan mati adat - Adat resam yang tidak boleh dilanggar atau dibelakangkan Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung - Kita hendaklah mengikuti undang-undang atau peraturan di tempat kita menetap Hidup dikandung adat, mati dikandung tanah- Semasa hidup mengikut peraturan atau adat, apabila sudah mati terserah kepada hukum Tuhan Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, baik juga negeri sendiri - Walaupun kelebihan di negara orang banyak, namun negara sendiri lebih baik lagi Jika kerbau dipegang talinya, manusia dipegang janjinya - Janji mesti ditepati Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak - Menyesuaikan diri dengan tempat dan keadaan Seperti kerbau dicucuk hidung - Seseorang yang menurut sahaja kemahuan orang lain

Semangat patriotisme / Cinta akan negara Seperti belut pulang ke lumpur - Orang yang kembali ke tempat asalnya setelah lama merantau Seperti gagak pulang ke benua - Orang yang pulang ke tempat asal Seperti ikan pulang ke lubuk - Orang yang pulang ke tempat asal Setinggi-tinggi bangau terbang, hinggap di belakang kerbau juga - Sejauh mana pun seseorang itu merantau, dia akan kembali ke tempat asalnya Juga

Rasional Ada akal - Mempunyai cara untuk menyelesaikan sesuatu masalah Akal budi - Fikiran yang sihat Cari akal - Berikhtiar menyelesaikan sesuatu perkara Jangan bercermin di air keruh - Perbuatan yang negatif janganlah ditiru Ke tengah boleh, ke tepi pun boleh - Orang yang dapat menyesuaikan diri dalam semua keadaan Mencari jalan - Mencari akal atau idea ketika melakukan sesuatu

Kepentingan ilmu Diam ubi berisi - Diam orang yang berilmu sedang berfikir Harimau menyembunyikan kukunya - Orang yang menyembunyikan kelebihannya Ilmu itu pelita hati - Manusia yang berilmu hatinya akan tenang dan hidupnya tenteram Jauhari juga yang mengenal manikam - Orang yang bijaksana sahaja yang mengetahui kelebihan sesuatu perkara Kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga - Sekiranya tiada ilmu untuk melakukan sesuatu lebih baik jangan melakukannya Membaca jambatan ilmu - Membaca dapat meluaskan pengetahuan

Kepentingan Masa Bertangguh itu pencuri masa - Tidak wajar berlengah-lengah apabila melakukan sesuatu kerana membazirkan masa Kita mesti menepati waktu, waktu tidak menanti kita - Manusia tertakluk kepada ketentuan masa untuk melakukan sesuatu, masa yang terlepas tidak akan kembali lagi Masa itu emas - Masa sangat berharga

Kesesuaian/ Kesepadanan Bagai bulan dengan matahari - Pasangan yang sepadan Bagai pinang dibelah dua - Pasangan pengantin yang secocok Bertemu buku dengan ruas - Pasangan yang sesuai Duduk sama rendah, berdiri sama tinggi - Sama taraf/ sepadan Enggang sama enggang, pipit sama pipit -Bersahabat dengan orang yang sama taraf

Kasih sayang Air yang dingin juga yang dapat memadamkan api - Kata-kata yang lemah lembut saja yang dapat meredakan kemarahan seseorang Bagai menjaga intan dicanai - Kasih sayang yang teramat sayang Mabuk kepayang - Dilamun cinta sehingga terganggu fikiran Hilang di mata di hati jangan - Walaupun berjauhan, tetap ingat dalam hati Karam sambal oleh belacan - Seseorang yang dikasihi telah merosakkan harta yang diberikan kepadanya tetapi ia tetap disayangi Kasih ibu sepanjang jalan, kasih anak sepanjang pegangan - Kasih ibu bapa kepada anak-anak untuk selama-lamanya, tetapi kasih anak terhadap ibu bapa tidak tetap Kasihkan anak tangan-tangankan. kasihkan isteri tinggal-tinggalkan - Mengasihi anak dan isteri biarlah berpatutan, jangan terlalu dimanjai bagi mengelakkan perkara buruk berlaku Menatang minyak yang penuh - Dijaga dengan sempurna kerana sangat dikasihi Tatang di anak lidah - Terlalu kasih akan anak dan isteri

Berdikari Kalau pandai meniti buih. selamat badan sampai ke seberang - Orang yang pandai membawa diri, di mana-mana pun pergi tentu hidupnya selamat Ke tengah boleh, ke tepi pun boleh - Seseorang yang pandai menyesuaikan diri Pandai menyelam air dangkal - Orang yang pandai membawa diri Timba air mandikan diri - Berusaha sendiri dengan tidak mengharapkan pertolongan orang lain

Hormat-menghormati Menjaga hati - Bertolak ansur dan saling menghormati Yang tegak disokong. yang lemah ditopang - Orang kaya dimuliakan, sedangkan orang miskin diberikan pertolongan

Keadilan Duduk dengan cupak dan gantang - Ketua yang adil Seduit dibelah tujuh - Pembahagian yang sama rata Seperti menghela rambut dalam tepung, rambut jangan putus, tepung jangan terserak - Menghukum hendaklah dengan seadil-adilnya Umpama jari di tangan, ada bercincin ada tidak - Hukuman yang kurang adil

Kebebasan Diberi berpadang luas - Seseorang diberikan kebebasan sepenuhnya Nafsu-nafsi beraja di mata, bersultan di hati - Orang yang bebas untuk melakukan apa-apa sahaja Orang berdendang di pentasnya, orang beraja di hatinya - Setiap orang berkuasa di rumah masing-masing Tepuk dada tanya selera - Terpulanglah kepada diri sendiri untuk membuat keputusan

PENANDA WACANAPERMULAAN KARANGAN Pada era globlisasi ini, Pada zaman pascakemerekaan ini, Dalam meniti arus kemodenan, Dewasa ini, Pada masa ini, Kini, Dasawarsa ini, Kebelakangan ini,

MEMULAKAN ISI BARU Selain itu, Di samping itu, Sementara itu, Lebih-lebih lagi, Dalam pada itu. Lain daripada itu, Pada waktu yang sama, Seterusnya,

PENANDA HURAIAN ISI KARANGAN Hal ini demikian kerana, Hal ini berlaku kerana, Hal ini terjadi kerana, Hal ini disebabkan oleh, Hal ini wujud akibat daripada, Hal ini bersangkut-paut dengan, Hal ini berpunca daripada, Hal ini tercetus apabila, Hal ini timbul apakala,

MEMBERI CONTOH DALAM KARANGAN Misalnya, Contohnya, Sebagai contoh, Tamsilnya, Sebagaimana yang kita sedia maklum, Antaranya adalah seperti,

MENGHURAIKAN CONTOH Hal ini mengakibatkan, Hal ini menyebabkan, Oleh itu, Maka, Oleh hal yang demikia, Oleh sebab itu, Jelaslah bahawa, Justifikasinya,

MENUTUP ISI Kesannya, Natijahnya, Akibatnya, Akhirnya, Dengan itu, Dengan berbuat demikian, Demi keadaan sedemikian,

MENULIS 2 HURAIAN DALAM 1 AYAT Malah, Malahan, Tambahan pula, Sementalahan itu, Sekali gus, Di samping itu, Bahkan, Malar-malar,

MEMULAKAN PERENGAN PENUTUP Kesimpulannya, Intihanya, Secara tuntus, Konklusinya, Sebagai penutup wacana, Sebagai penghias bicara akhir, Sebelum mengakhiri wacana ini, Secara keseluruhan, Secara total,

MENERANGKAN HURAIAN/ PENDAPAT BERBEZA Walaubagaimanapun, Walakin begitu, Namun, Namun demikian, Daripada perspektif yang berbeza, Jika dilihat dari sudut lain, Dengan kata lain, Kontradiksinya, Di sebalik itu, Dalam pada itu, Dari sudut lain,

PERIBAHASA Bak kata peribahasa, Bak kata peribahasa Melayu, Bak kata orang tua, Bak kata mutiara, Bak peribahasa, Bak kata cendekiawan, Persis kata peribahasa, Persis kata peribahasa Melayu, Persis kata orang-orang tua, Persis kata mutiara, Persis peribahasa, Persis kata cendekiawan, Hal ini sama dengan peribahasa, Senario ini persis dengan peribahasa Melayu, yakni Fenomena ini dikatakan, Masalah ini sama dengan, Saya yakin rakyat Malaysia mengenali peribahasa

Soalan KBAT :Adakah Gagasan 1 Malaysia berjaya memupuk nilai perpaduan dalam kalangan masyarakat?______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

Berdasarkan soalan di atas bina peta buih

Soalan Karangan :Langkah mewujudkan perpaduan kaum di negara kita.

Berdasarkan soalan di atas bina peta dakap

Soalan KBAT :Apakah usaha-usaha yang perlu dilakukan oleh ibu bapa untuk membudayakan gaya hidup sihat dalam keluarga? ______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

Berdasarkan soalan di atas bina peta buih

Soalan Karangan :Amalan gaya hidup sihat

Berdasarkan soalan di atas bina peta dakap

Soalan KBAT :Mengapakah masyarakat Melayu tradisional menggunakan syair dalam kehidupan seharian mereka?______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

Berdasarkan soalan di atas bina peta buih berganda

Soalan Komsas :Berdasarkan syair yang telah dipelajari nyatakan persoalan yang diperoleh.

Berdasarkan soalan di atas bina peta buih

Soalan KBAT :Sejauh manakah konsep rumah terbuka dapat memupuk semangat kejiranan?

______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

Berdasarkan soalan di atas bina peta pokok.

Soalan rumusan dan pemahaman :

Berdasarkan petikan yang telah di baca, senaraikan isi tersurat dan tersirat dalam peta pelbagai alir

Latihan Karangan Rangsangan :

Berdasarkan bahan rangsangan di atas, nyatakan langkah - langkah memupuk semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat dalam bentuk peta buih.Soalan KBAT :Apakah peranan ibu bapa dalam melahirkan generasi remaja yang berminda kelas pertama?______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________Soalan KaranganBerdasarkan soalan karangan yang dibincangkan, nyatakan isi-isi penting dan huraian secara ringkas dalam bentuk peta dakap

Soalan KomsasBerdaarkan pembelajaran prosa tradisional, nyataka persoalan, nilai, dan pengajaran dalam bentuk peta minda.

Soalan KBATMengapakah aktiviti kokurikulum menjadi satu keutamaan untuk melayakkan diri ke universiti?______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

Soalan Karangan:Nyatakan faktor-faktor yang mempengaruhi gaya hidup remaja pada masa kini dalam bentuk peta dakap

Soalan KBATAdakah gajet-gajet elektronik mempengaruhi sahsiah remaja?______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

Soalan Rumusan dan Pemahaman :Berdasarkan petikan yang telah diberikan, tulis kembali isi tersurat dan tersirat dalam peta pokok

Soalan KBATMengapakah teknologi maklumat menjadi keperluan asas dalam pendidikan hari ini?______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________Soalan KaranganBerdasarkan soalan yang diberikan, nyataka kembali isi-isi penting dalam peta buih.

Soalan KBATPerlukah masyarakat hari ini menggunakan kad kredit dalam perbelanjaan seharian?______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________Soalan Rumusan dan pemahamanBerdasarkan petikan rumusan yang diberikan, tuliskan kembali isi tersurat dan tersirat dalam bentuk peta pokok.

Soalan KBATMengapakah peristiwa-peristiwa dalam persoalan menarik perhatian pembaca?______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________Soalan Komsas Bina peta pokok berdasarkan tema dan persoalan novel yang telah dipelajari

Soalan KBATMengapakah penggunaan kad pintar dikatakan sebagai penyumbang kepada peningkatan kes jenayah kolar putih?______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________Soalan Karangan RangsanganBerdasarkan bahan rangsangan yang dipelajari, nyatakan isi-isi penting dalam bentuk peta buih.

Soalan KBATWajarkah kerajaan menaikkan harga minyak?______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________Bacaan LuasBerdasarkan bahan bacaan yang telah dibaca, nyatakan isi-isi penting dalam bentuk peta dakap

Soalan KBATBerikan pendapat anda tentang peleraian novel yang dikaji.______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________Soalan KomsasBerdasarkan novel yang telah dipelajari, nyatakan plot novel berdasarkan konsep 5P dalam bentuk peta alir

Soalan KBATKemudahan teknologi maklumat mampu menghancurkan dunia. Berikan pendapat anda.______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

Soalan Karangan Berdasarkan soalan karangan yang diberikan, nyatakan isi dan huraian yang sesuai secara ringkas dalam bentuk peta dakap.

Soalan KBATMengapakah penyakit berjangkit mudah menular dalam masyarakat?______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________Soalan Karangan Berdasarkan soalan yang diberikan, nyatakan langkah dan kesan dalam bentuk peta pelbagai alirSoalan KBATBagaimanakah melahirkan remaja yang berwawasan?______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________Soalan KomsasBerdasarkan sajak yang telah dipelajari, nyatakan beberapa gaya bahasa yang terdapat dalam sajak tersebut dengan menggunakan peta buih.Soalan KBATMengapakah penyakit berjangkit mudah menular dalam masyarakat?______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________Soalan KBATBagaimanakah memupuk semangat patriotik dalam masyarakat berbilang bangsa?______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________Soalan KBAT Mengapakah setiap ahli masyarakat mesti mempunyai semangat patriotik ? ______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________Soalan KBATMengapakah kita perlu menghargai warga emas ?______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________Soalan komsasBerdasarkan cerpen yang dipelajari, nyatakan nilai dan pengajaran yang diperoleh.Soalan KBATAdakah perlu setiap lepasan sekolah menghadiri PLKN ?______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________Soalan Karangan Berdasarkan karangan yang telah dipelajari, nyatakan isi-isi penting mengikut urutan menggunakan peta alir.

Soalan KBAT

Bagaimanakah ahli masyarakat dapat membantu dalam meringankan beban golongan yang tidak bernasib baik.______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________Soalan KaranganBerdasarkan bahan rangsangan yang diberikan, nyatakan isi-isi yang sesuai dan huraian secara ringkas menggunakan peta buih. Soalan Rumusan dan pemahaman Berdasarkan petikan susun kembali pendahuluan, isi tersurat, isi tersirat, dan penutup menggunakan peta alir

Soalan KBATWajarkah kerajaan mengenakan tindakan terhadap negara jiran yang menjalankan pembakaran terbuka?______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

Soalan KaranganHuraikan Langkah-langkah mengatasi pencemaran sungai dengan menggunakan peta pokok.

Soalan KomsasBerdasarkan cerpen Musyi, susunkan plot cerita dengan menggunakan peta alir

Soalan Rumusan dan pemahamanBerdasarkan petikan di atas, nyatakan pemahaman anda berkaitan alam sekitar dalam bentuk peta bulatan. Soalan KBATApakah yang perlu dilakukan oleh kerajaan untuk menangani masalah pencemaran sungai?______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________Soalan KBATRiadah melahirkan murid atau insan yang bermoral dan berdaya saing ke arah kemajuan negara. Bincangkan.______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

Soalan KBATMengapakah kita perlu belajar sastera dalam matapelajaran bahasa Melayu.______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________Soalan KomsasTuliskan kembali maksud setiap rangkap sajak Aku membaca lagi dalam bentuk peta alir.

Soalan KBATBagaimanakah penganjuran sukan antarabangsa dapat menjana ekonomi negara?______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________Soalan Bahan RangsanganNyatakan kepentingan beriadah dalam bentuk peta pokok

Soalan KomsasBerdasarkan puisi tradisional Gurindam Dua belas nyatakan nilai dan pengajaran menggunakan peta buih berganda. Soalan KBATWajarkah mata pelajaran sejarah dijadikan subjek wajib lulus?______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

Soalan KBATMengapakah generasi remaja hari ini kuramg menghayati semangat patriotik?______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________Karangan Bahan Rangsangan Nyatakan ciri-ciri generasi berwawasan menggunakan peta buih.Soalan KBATApakah peranan pihak sekolah dalam melahirkan remaja yang cinta akan negara?______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

KBATApakah peranan pihak sekolah untuk meningkatkan kualiti gaya hidup sihat?______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

Soalan KaranganNya.takan langkah-langkah untuk menjaga kesihatan dalam kalangan masyarakat.Soalan KBATNyatakan kepentingan pemeriksaan kesihatan berkala.______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________Soalan KBATBenarkah media massa memainkan peranan penting dalam mempengaruhi tingkah laku remaja?______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________Soalan KBATMengapakah kerjaya dalam bidang pertanian kurang diminati oleh generasi kini?______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

Soalan KBATMengapakah lepasan universiti masih ramai yang menganggur?______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

Soalan KBATWajarkah kerajaan membuat pelaburan dalam pemuliharaan bangunan-bangunan bersejarah?______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

Soalan KBATApakah impak permainan moden terhadap permainan tradisional?______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________Soalan KBATMengapakah kita perlu mengamalkan Dasar 1Malaysia?______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________101