Upload
nobiha
View
282
Download
3
Embed Size (px)
Citation preview
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERKESAN 2011
PENGURUSAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Perancangan dan Persediaan Mengajar
1 Pengertian konsep pengajaran
Pengajaran ialah cara-cara yang digunakan untuk menyampaikan bahan yang hendak diajar. Hasil daripada pengajaran berlakulah perubahan yang relatif kekal dalam tingkah laku atau pengetahuan hasil daripada pengalaman. Perubahan merupakan suatu penambahan yang baru, pengukuhan dan pengubahsuaian yang berlaku terhadap anak dididik.
2 Keperluan perancangan pengajaran dan pembelajaran Perancangan perlu dilakukan untuk
memenuhi masa yang diperuntukkan menepati kehendak objektif/matlamat berkesan sepanjang waktu pengajaran menarik perhatian dan tidak membosankan
3 Objektif pengajaran Objektif boleh dalam bentuk
Objektif implisit o melibatkan perubahan tingkah laku yang ketara seperti :
memahami atau mengetahui atau menghargai
sesuatu yang telah diajar Objektif eksplisit
o melibatkan perubahan tingkah laku yang boleh dilihat seperti : menyenaraikan atau menjelaskan atau memberikan contoh atau menunjukkan cara yang betul
terhadap apa yang telah diajarkan
4 Buku rekod mengajar Buku himpunan pelan tindakan guru sebelum mengajar. Berdasarkan SPI Bil
3/1999. Buku rekod mengajar wajib mengandungi dua perkara penting :
Rancangan Pelajaran Tahunano Rancangan berdasarkan takwim minggu persekolahan.
Mengandungi isi ringkas rancangan pengajaran berdasarkan sukatan pelajaran kebangsaan.
o Butiran yang perlu ada ialah : Mata pelajaran Tingkatan Minggu Tajuk/isi Objektif
Kemahiran Nilai dan bahan bantuan mengajar
Rancangan Pelajaran Harian o Rancangan berdasarkan rancangan Tahunano Butiran yang perlu ada ialah :
Hari dan tarikh Mata pelajaran dan tingkatan Masa Tajuk dan Objektif/kemahiran yang ingin dicapai Aktiviti yang dijalankan dan Impak/Refleksi
Buku rekod pengajaran menjadi rujukan dan dokumen penting bagi pihak
sekolah PPD JPN dan jemaah nazir sekolah
Ia adalah milik sekolah dan mesti dikembalikan dan disimpan oleh pihak sekolah sebelum cuti sekolah akhir tahun bermula. Ia juga digunakan sebagai sasaran kerja tahunan untuk menilai prestasi kerja tahunan guru.
Rekod P&P boleh juga disediakan dalam apa jua bentuk yang munasabah dan sesuai dengan teknologi semasa. Rekod P&P dan bahan-bahan lain berkaitan dengan penyediaan rancangan pelajaran tahunan perlu dikemukakan dengan serta merta apabila dikehendaki oleh pihak yang diberi kuasa.
Rekod P&P boleh disimpan dalam bentuk data komputer
Kegagalan menyediakan BRP merupakan satu kesalahan dan jika disabitkan kesalahan, seseorang itu boleh didenda tidak kurang daripada RM500 - berdasarkan Peraturan 11(b), Peraturan-peraturan Pendidikan (Kurikulum kebangsaan)1997 (P.U.A.531)
DENDA RM500 Jadual Waktu Berdasarkan Akta Pendidikan 1996, Jadual waktu mestilah ada Senarai mata pelajaran yang diajar kepada murid
Setiap hari persekolahan
Nama guru yang mengajar mata pelajaran dan bilangan waktu mengajar Diluluskan oleh Menteri Pelajaran dan Ketua Jabatan
Sukatan Pelajaran
Dokumen yang mengandungi perkara-perkara yang wajib diajar kepada pelajar sepanjang tahun persekolahan. Sukatan pelajaran disediakan oleh bahagian PPK , Kementerian Pelajaran Malaysia. Ia perlu dikemukakan serta merta apabila diminta oleh orang-orang yang diberi kuasa seperti Ketua Pendaftar, Jemaah Nazir dan Pengetua. Jika gagal dan disabit kesalahan boleh didenda.
Aspek-aspek penting dalam perancangan P&P
Sebelum merancang dan melaksanakan P&P seseorang guru perlulah
1. Mengkaji dan mentafsir sukatan pelajaran secara mendalam2. Memilih kemahiran-kemahiran dan dan isi pelajaran yang sesuai3. Merancang pengajarannya
o Set iduksio Perkembangan P&Po Penutup
4. Menentukan strategi P&P5. Menyediakan bahan bantu pengajaran6. Menyediakan penilaian
Komponen P&P Elemen-elemen yang perlu diambil kira dalam mereka bentuk pengajaran ialah
Objektif pengajaran Strategi pengajaran yang sesuai Bahan bantu pengajaran Maklum balas pelajar Penilaian
Fasa P&P Fasa P&P terbahagi kepada empat peringkat I. Pra perancangan
o Guru mempunyai gambaran mental mengenai keseluruhan pengajaran pelajar - potensi, pengetahuan sedia ada dan lain-lain isi kandungan pelajaran strategi
bahan yang diperlukan dan boleh digunakanII. Perancangan aktif
o Guru perlulah menulis rancangan mengajar menyediakan nota, membina transparens/power point/model memastikan peralatannya masih berfungsi baik dan sesuai
digunakan menyediakan senarai semak
III. Perancangan semasao Guru perlu
mendapat maklum balas tentang kefahaman pelajar mengubahsuai mengikut keperluan dan keadaan semasa mengaitkan dan mengulangi pelajaran yang lepas
IV. Pasca perancangano Guru perlu
menyedari kelemahan pengajaran mengesan kekuatan pengajarannya membuat catatan tentang perubahan yang diperlukan
Sumber-sumber pengajaran dan pembelajaran Sumber ialah bahan yang digunakan semasa proses P&P seperti
buku teks buku rujukan buku latihan lampiran nota Alat audio visual
o LCDo komputero petao gambar rajah dano TV
Bahan/Alat bantu mengajar menghidupkan suasana pembelajaran
Perlaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran
Proses P&P 1 Perlaksanaan P&P I. Set Induksi
o Langkah permulaan dalam proses P&Po Tujuan - untuk menghasilkan aliran pemikiran dan merangsang
minat pelajar agar dapat memberi perhatian kepada pengajaran yang akan berlaku
o Masa - 5 minit / 10% daripada masa pengajarano Teknik - soalan, kejutan, kaitan dengan pelajaran lalu, isu semasa
yang berkaitan, gambar atau bunyiII. Perkembangan P&Po Bahagian keduao Penyampaian isi pelajaran
1. Teknik penyampaian guru disampaikan berperingkat - dari mudah kepada
yang sukar, dari yang konkrit kepada yang abstrak suara yang jelas dan terang menggunakan pelbagai kaedah dengan mengambil
kira pengalaman dan potensi murid berfokus kepada apa yang diajar mengamalkan penekanan-penekanan dalam konsep
KMSM/KBSR Membuat penilaian berterusan
2. Teknik Menyoal Soalan yang dikemukakan
3. Penggabungjalinan4. Penyerapan5. Pengukuhan
memberikan latih tubi memberikan tugasan / kerja rumah mengaplikasikan ilmu, nilai dan kemahiran dalam
aktiviti pembelajaran6. Pengayaan
membimbing murid mencari maklumat tambahan menyediakan bahan maklumat tambahan menggalakkan murid belajar daripada maklum
balas membimbing murid membuat jangkaan masa
depan7. Pemulihan
membimbing murid secara individu menggunakan pelbagai bahan memberi latihan ulangan menggunakan pelbagai teknik pengajaran
8. Penilaian pemerhatian soal jawab perbincangan kerja bertulis kerja rumah
9. Hasil pembelajaran murid memastikan murid dalam keadaan bersedia
mengikuti pelajaran melaksanakan pembelajaran arah kendiri (self-
directed) mengaplikasikan kemahiran mengambil nota mempersembahkan hasil aktiviti pembelajaran mendapatkan maklumat daripada pelbagai sumber mengemukakan pendapat semasa perbincangan berdisplin
III. Penutupo Bahagian terakhiro Aktiviti yang dijalankan seperti :
susulan
i. folioii. pengayaan
iii. membuat projek penilaian objektif pengajaran
i. pemerhatianii. teknik menyoal
iii. memeriksa kerja pelajar membuat kesimpulan rumusan
i. menegaskan isi-isi pentingii. memberi cadangan dan panduan untuk murid
meningkatkan kefahamaniii. mencadangkan bahan-bahan yang boleh dirujuk
untuk meluaskan ilmuiv. mengaitkan pelajaran dengan keperluan hidup
seharianv. mengaitkan pelajaran dengan keperluan
peperiksaan
pengubahsuaian pelajaran
Guru yang berkesan ...tidak membosankan
Pengurusan Kelas 1 Tanggungjawab guru menguruskan kelas
Guru (guru kelas) juga bertanggungjawab memastikan pengurusan kelasnya teratur dan baik. Guru bertanggungjawab :
I. menguruskan rutin kelaso menyedia, mentafsir dan menyimpan rekod pelajar
Rekod/buku daftar Jadual kedatangan kelas Rekod/buku/slip kemajuan pelajar Kad 001 dan 002 Rekod kutipan yuran
o menyedia dan melaksanakan rutin kelas menandakan kedatangan memastikan keceriaan kelas mengutip yuran memastikan maklumat dalam kelas dikemas kini
o menjalankan tugas-tugas lain mengurus pinjaman buku teks biasiswa
II. mengurus dan memastikan pelajar-pelajar menjalankan tugas harianIII. mengurus dan memastikan pelajar memahami dan mematuhi peraturan
kelasIV. mengurus keadaan fizikal kelas supaya sesuai untuk proses P&P
o Carta organisasi kelas o Pelan kedudukan pelajaro Papan kenyataan o Senarai tugas
Iklim Bilik Darjah
1 Proses P&P yang berlaku di dalam bilik darjah amat bergantung kepada iklim
bilik darjah iaitu interaksi dan aktiviti antara guru dan pelajarnya.
suasana yang tenteram
suhu dan peredaran udara
Sebuah bilik darjah yang baik mengandungi lima ciri iaitu :
2
I. Hubungan yang baik dan saling hormat menghormati guru dan pelajarII. Kesanggupan pelajar menerima aspirasi dan peraturan bilik yang
ditetapkan oleh pihak sekolahIII. Memiliki semangat kekitaan (espirit de corp) . Guru dan pelajar
bagaikan sebuah keluarga yang besar, harmonis dan mesraIV. Wujud minat untuk melibatkan diri dalam aktiviti kelas dan sukarela
dengan sopanV. Adanya keterbukaan , demokratik, kemesraan dan kebebasan yang
menggalakkan interaksi antara pelajar dan guru mereka.
Strategi Pengajaran dan Pembelajaran A. Pembelajaran secara kontekstual 1 Maksud
Kaedah pembelajaran yang menggabungkan isi kandungan pelajaran dengan pengalaman hidup harian individu, masyarakat dan alam pekerjaan. Ia menyediakan pembelajaran secara konkrit (nyata) yang melibatkan aktiviti 'hands-on' dan 'minds-on'
2 Teori pembelajaran secara kontekstual
Pembelajaran hanya berlaku apabila murid dapat memproses maklumat atau pengetahuan baru dengan cara yang bermakna dalam rangka minda mereka
Pembelajaran akan lebih berkesan jika maklumat disampaikan dalam konteks yang pelbagai dan bermakna kepada murid
Penekanan perlu diberikan kepada kepelbagaian persekitaran pembelajaran seperti bilik darjah, makmal, tempat kerja dan kehidupan harian untuk menghasilkan pembelajaran yang berkesan.
B. Pembelajaran Masteri 1 Maksud
Pendekatan pembelajaran yang memfokuskan kejayaan pelajar menguasai sesuatu perkara yang diajar. Semua pelajar perlu dipastikan menguasai hasil pembelajaran dalam satu unit sebelum berpindah ke unit pembelajaran seterusnya.
2 Pembelajaran Masteri memerlukan
masa yang mencukupi proses P&P yang berkualiti guru menyedari bahawa :
o pelajar mempunyai kebolehan dan keperluan yang berbezao pelajar perlukan pendekatan yang sesuaio pelajar perlu pengetahuan , kemahiran dan sikap yang di ajarkan
Pelajar perlu berpengetahuan, memiliki kemahiran asas
sebelum beralih kepada kemahiran berikutnya. 3 Prinsip asas Pembelajaran Masteri Pelajar normal boleh menguasai apa yang diajar oleh guru
Proses P&P akan menjadi lebih berkesan jika pelajar dipecahkan kepada kumpulan yang kecil
Pelajar memerlukan masa yang menguasai pengetahuan dan kemahiran Arahan P&P bagi setiap kumpulan dan proses mestilah jelas
4 Ciri-ciri Pembelajaran masteri
Hasil pembelajaran mestilah ditentukan Hasil pembelajaran mestilah berurutan mengikut hairaki atau dari unit ke
unit
C. Pembelajaran Kolaboratif 1 Maksud D. Pembelajaran Koperatif. 1 Maksud
Pelajar-pelajar bekerjasama, berinteraksi dan saling membantu dalam aktiviti pembelajaran
2 Kriteria
Semangat saling perlu-memerlukan yang positif Akauntabiliti individu Penglibatan yang sama Penglibatan yang serentak Penglibatan yang bersemuka
E. Pembelajaran konstruktivisme 1 Maksud F. Pembelajaran Melalui Pengalaman 1 Maksud G. Pembelajaran Melalui Rakan Sebaya 1 Maksud Kaedah Pengajaran A. Simulasi 1 Maksud
Situasi pembelajaran dalam keadaan terkawal dan sengaja diwujudkan sama dengan situasi sebenar
2 Jenis simulasi
Sosiodramamenggunakan skrip dan mengandungi konflik
Main perananLakonan spontan tiada skrip diperlukan, tidak menggunakan skrip. Mengandungi keterangan ringkas dan pelajar memikirkan sendiri penyelesaian
3 Persediaan
i. Guru merancangii. Guru menjelaskan secara ringkas mengenai situasi , masalah , peranan dan
tempoh lakonaniii. Pilih pelajar yang sesuai untuk melakonkan watak - suara yang jelasiv. Guru menyediakan skrip lakonanv. Guru membimbing pelajar membuat keputusan
4 Kelebihan
Pelajar berpeluang memikirkan jalan penyelesaian masalah dengan cepat Kemahiran pertuturan pelajaran dapat ditingkatkan Pelajar dapat belajar dalam situasi yang menyeronokkan dan menarik Pelajar dapat menghayati nilai-nilai yang baik dalam lakonan Pelajar dapat menonjol bakat lakonan mereka
B. Tunjuk Cara (Demonstrasi) 1 Maksud
Situasi pembelajaran dengan guru menunjukkan cara melakukan sesuatu aktiviti atau memilih pelajar yang berpengalaman untuk melakukan aktiviti yang dikehendaki
2 Langkah-langkah tunjuk cara
Perancangan Perlaksanaan tunjuk cara Latihan Rumusan
3 Perlaksanaan tunjuk cara
menyediakan peralatan yang diperlukan memandang ke arah pelajar semasa tunjuk cara menggunakan teknik untuk menarik perhatian pelajar
o tenik menyoal
i. Soalan mestilah jelas dan mudah difahamiii. Menyusun aras soalan daripada yang mudah kepada sukar
iii. Soalan dikemukakan dahulu sebelum memanggil nama murid
iv. Berusaha mencungkil jawapan daripada pelajarv. Memberi masa secukupnya sebelum menjawab
vi. Memberi peluang kepada lebih daripada seorang pelajar untuk menjawab
membuat penegasan kepada bahagian yang penting dalam tunjuk cara
C. Syarahan D. Permainan E. Hafazan
F. Akhbar Dalam Darjah G. Melawat Sambil Belajar 1 Maksud
Membawa sekumpulan pelajar ke tempat sebenar . Ia adalah aktiviti sokongan pembelajaran
2 Tempat lawatan
Muzium tempat bersejarah tempat pengeluaran - kilang dan ladang, pusat kreatif
3. Tujuan lawatan
membolehkan pelajar mendapat pengalaman sebenar dalam lawatan Membolehkan pelajar membandingkan situasi sebenar dengan perkara yang
dipelajari di dalam kelas Mempelbagaikan aktiviti agar pelajar tidak mudah bosan Mengeratkan hubungan pelajar dengan masyarakat
4. Persediaan
Memilih tempat lawatan yang berkaitan dengan topik pelajaran Memohon kebenaran sekolah dan pejabat pendidikan daerah Menghubungi dan mendapat kebenaran lawatan daripada pihak yang ingin
dilawati Menguruskan pengangkutan dan penginapan pelajar untuk lawatan Memberi taklimat kepada pelajar mengenai
o tujuan lawatano keselamatan dirio disiplin o makan dan minumo peralatan
Menyediakan peralatan yang diperlukan Membahagikan pelajar kepada kumpulan kecil mengikut topik Memastikan pelajar terlibat aktif dalam aktiviti kajian Memberi bimbingan kepada pelajar yang kurang faham Mengadakan sesi perbincangan mengenai aktiviti yang dilakukan semasa
lawatan Aktiviti susulan seperti membuat model dan melukis rencana atau poster
5. Garis panduan lawatan Pekeliling SPI Bil 5/2002 (Lawatan pada hari Persekolahan) menggariskan Ia tidak melebihi dua kali dalam setahun
Setiap kali lawatan, ia tidak boleh melebihi empat hari berturut-turut termasuk hari perjalanan
Bagi sekolah yang kurang pelajar digalakkan bergabung dengan sekolah lain
Aktiviti pelajar sebelum dan, semasa dan selepas lawatan mesti dirancang terlebih dahulu.
Laporan lawatan yang dibuat pelajar perlu dikaitkan dengan pembelajaran di dalam kelas
E. Pembelajaran Akses kendiri 1 Maksud
Suatu pendekatan pemelajaran yang memberi ruang dan peluang pelajar belajar secara kendiri. Pelajar menggunakan dan mengendalikan sendiri bahan-bahan pembelajaran
2 Keperluan
Hanya pelajar sendiri dapat melakukan pembelajaran secara optimum Terdapat ruang tiada guru yang dapat melakukannya untuk pelajar Setiap pelajar mempunyai minat, keperluan, sikap dan tahap kecerdasan
dan kebolehan yang berbeza Pelajar lebih tepat menentukan sendiri strategi pembelajaran terbaik
untuknya
3 Ciri-ciri
Guru adalah berperanan sebagai fasilitator, jurulatih dan kaunselor Suasana pembelajaran fleksible, selesa dan tanpa tekanan Bahan PAK dan bahan fasilitator mudah diakses Pemilihan bahan dan aktiviti pembelajaran yang luas Kemudahan yang membolehkan pelajar belajar secara sendiri atau
kumpulan Membolehkan pembelajaran mengikut kadar dan kemampuan pelajar
4 Kelebihan
Pelajar mendapat kemahiran belajar untuk belajar Pelajar mendapat pengetahuan dan kemahiran secara berdikari Pelajar dapat belajar mengikut keperluan dan gaya mereka sendiri Pelajar memiliki kuasa autonomi dan tanggungjawab ke atas pembelajaran
sendiri
5 Fungsi Pusat Akses Kendiri
Menyediakan tempat persekitaran yang selesa dan menarik Menyimpan bahan dan peralatan pembelajaran Memberi peluang kepada pelajar untuk melalui pembelajaran yang
berkualiti dan berkesan Mempamerkan carta maklumat dan hasil kerja pelajar Sebagai pusat pengajaran, kemahiran amali dan pembelajaran
6 Jenis-jenis Pusat Akses Kendiri - PAK i. Bilik khas
o Bilik senio Bilik bahasa
ii. Ruang dan sudut pamerano Papan kenyataan
o Sudut-sudutiii. Pusat Mudah Alih
TEORI-TEORI PEMBELAJARAN A. Teori kecerdasan pelbagai 1 Maksud
Kebolehan menyelesaikan masalah Kebolehan menjana masalah baru untuk diselesaikan
2 Keperluan
Menyokong pembelajaran bersepadu yang menyeluruh selaras dengan falsafah pendidikan negara dan keperluan pelajar
Mempelbagaikan cara penilaian Mewujudkan suasana kolaboratif di sekolah
3 Jenis kecerdasan i. Kecerdasan Verbal Linguistik
o Kebolehan menggunakan kata-kata (bahasa) dengan berkesano Kebolehan mengingat maklumat, meyakini orang lain, serta
bercakap tentang bahasa sendiriii. Kecerdasan Logik Matematik
o Kebolehan menggunakan nombor secara berkesan dan berhujano Kebolehan menjangka
iii. Kecerdasan Visual Ruango Kebolehan mengesan dan menggambarkan bentuko Kebolehan mempersembahkan idea visual dan ruang secara grafik
iv. Kecerdasan Kinestetiko Kebolehan menggunakan badan untuk menyatakan idea, perasaan
dan penyelesaian masalaho Kebolehan menggunakan kemahiran fizikal seperti koordinasi,
keanjalan, kepantasan dan keseimbanganv. Kecerdasan Muzik
o Kebolehan mengesan irama dan laguo Kebolehan mengenal lagu mudaho Kebolehan membeza dan mengubah rentak dan tempo dalam melodi
yang mudahvi. Kecerdasan Interpersonal
o Kebolehan memahami perasaan, motivasi, tabiat serta hasrat orang lain.
o Kebolehan bertindak secara berkesan kepada orang lainvii. Kecerdasan Intrapersonal
o Kebolehan memahami diri sendiri dari segi kekuatan, kelemahan , hasrat dan kehendak.
o Kebolehan menangani perasaan, mengawal kemarahan dan kesedihan diri
o Kebolehan membantu diri lebih berdisplin , beradab dan bersopan.viii. Kecerdasan Naturalis
o Kebolehan mengenali dan mengklasifikasi tumbuh-tumbuhan, galian, binatang.
o Kebolehan mengenali artifak budaya dari segi pakaian dan makanan
B. Teori Behaviourisme 1 Didokongi oleh Thorndike dan Skinner 2 Menyatakan
Pembelajaran berlaku melalui pelaziman/kebiasaan Perubahan tingkah laku dapat dikekalkan dengan rangsangan yang sesuai Pemberian rangsangan mendatangkan kepuasan , kepuasan akan membawa
pengulangan tingkah laku tersebut Rangsangan yang mendatangkan keadaan tidak selesa akan menyebabkan
tingkah laku tersebut diberhentikan Ganjaran, insentif dan peneguhan diberikan sebagai rangsangan dalam
pembelajaran supaya tingkah laku yang diingini diteruskan dan dikekalkan
C. Teori Konstruktif 1 Disokong oleh Von Glassefel, Piaget dan Vygotsky 2 Menyatakan
Ilmu pengetahuan terhasil daripada inisiatif seseorang individu itu sendiri Ilmu pengetahuan yang dibentuk oleh seseorang itu kerana ingin
menyesuaikan dirinya dengan alam sekitar Ilmu pengetahuan terbentuk hasil rasionalisasi pengalaman individu Ilmu pengetahuan terbina hasil penglibatan aktif individu yang
menghubung kait maklumat baru dengan pengalaman sedia ada Seseorang individu tidaklah menerima sesuatu ilmu secara pasif
D. Teori Kognitif 1 Didokong oleh Atkinson, McClelland and Bruner 2 Menyatakan
Tingkah laku manusia adalah dipengaruhi cara pengamatan seseorang Setiap individu berminat mengejar kejayaan Terdapat dua jenis dorongan yang bertentangan yang wujud semasa
mengejar sesuatu iaitu mengejar kejayaan atau mengelakkan kegagalan Kejayaan dan kegagalan seseorang individu adalah bergantung kepada
kefahaman terhadap sesuatu institusi dan keperibadiannya
Guru ceria murid gembira
Ciri-Ciri Dan Potensi Diri Guru Berkesan Dalam Merealisasikan Pendidikan Cemerlang "If they aren't learning...then you aren't teaching." ~ Anon Pendahuluan Antara persoalan yang sering timbul di benak kita ialah mengapakah berlaku prestasi sebuah sekolah itu lebih baik daripada sebuah sekolah yang lain? Apakah pula faktor-faktor yang menyebabkan wujudnya senario demikian? Atau adakah perbezaan yang wujud itu disebabkan 'nasib' semata atau kurangnya usaha-usaha melakukan perubahan dan penambahbaikan yang berterusan (Kaizen) kerana tidak wujudnya misi (mission), visi (vision), komitmen (committment) atau contoh ikutan (role model), sama ada dari aspek diri individu atau pihak pengurusan sekolah yang boleh mencetuskan inspirasi dan halatuju (direction) yang jelas, betul dan tepat. Ramai orang inginkan kemajuan, peningkatan, kecemerlangan dan kegemilangan seterusnya apa yang kita namakan sebagai kejayaan. Kejayaan pula berlaku dalam banyak bentuk sama ada kejayaan peribadi, kejayaan organisasi atau pun kejayaan kelompok dan komuniti. Phillip Van Hooser (1998) mendapati bahawa ada tiga unsur penting dalam menentukan kejayaan. Tiga unsur ini berkait rapat antara satu sama lain dan ianya digelar sebagai "Triangle of Success" (yang merangkumi ilmu pengetahuan, kemahiran dan sikap). Ilmu Pengetahuan: Apakah pengetahuan? Adakah pengetahuan sahaja sudah cukup? Phillip Van Hooser menyatakan bahawa pengetahuan bukan dimanifestasikan oleh sijil dan diploma, ia juga bukan satu ukuran yang tepat berdasarkan angka gred mata purata atau dengan kekananan dan kelamaan seseorang itu berada di tempat kerja. Pengetahuan sebenar ialah kefahaman (understanding). Dalam kepimpinan, kefahaman terhadap apa yang diperlukan dan dijangkakan oleh pengikut-pengikut daripada pemimpin merupakan pengetahuan kerja yang praktikal. Kemahiran: Pengetahuan dan kemahiran sama-sama penting. Kedua-duanya sangat diperlukan bagi pembangunan kepemimpinan personal. Ringkasnya, kemahiran sama erti dengan aplikasi (application). Kebolehan mengaplikasi sesuatu konsep atau idea kepada sesetengah 'task' merupakan satu kelebihan kepimpinan yang tidak dapat dipertikaikan. Kemahiran-kemahiran khusus termasuklah keberanian profesionalisme, ketegaran (decisiveness) dan kesabaran serta kemahiran mendengar. Sikap: Sikap adalah kunci kepada segalanya. Sikap dapat disamakan dengan kehendak (desire). Sesiapa jua boleh memiliki pengetahuan dan kemahiran yan tertentu bagi melaksanakan perkara-perkara besar lagi hebat, tetapi jika tanpa kehendak yang mendorong dan menggerakkan tingkah-laku dan perbuatan maka hasil akhirnya adalah potensi yang tidak dapat direalisasikan. Didapati juga individu-indidvidu yang kurang pengetahuan dan kemahiran tetapi mereka memiliki sikap, kehendak dan dorongan yang cukup kuat dapat mengatasi sebarang halangan yang mereka hadapi dengan jayanya.
Cabaran kita ialah secara sedar membuang perasaan berpuas hati (complacency) dan terlalu yakin (overconfidence) sewaktu kita mengembangkan satu atau lebih unsur-unsur di atas. Kejayaan dan kecemerlangan sekolah terletak pada keberkesanan seluruh sistem, nilai, kepercayaan, iklim, semangat dan budaya yang diamal dan dipamerkan setiap waktu oleh setiap orang pelajar, guru, kakitangan bukan guru dan juga pentadbir dan pengurus kurikulum sesebuah sekolah itu. Pihak yang amat besar kesan dan pengaruhnya terhadap kemajuan dan kecemerlangan ini tidak lain tidak bukan ialah guru-guru sendiri. Guru Berkesan Bagaimana dan apakah ciri-ciri yang dimaksudkan dengan seorang guru yang berkesan itu? Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Dato' Dr. Abdul Shukor Abdullah menyenaraikan ciri-ciri guru berkesan sebagaimana berikut:
Bersikap profesional. Mempamerkan ciri-ciri kekuatan teori. Kaya ilmu. Bertindak di atas landasan etika dan tatasusila kerja. Bermoral teguh. Sentiasa berusaha meningkatkan kualiti hasil pengajaran. Prihatin dengan kehendak murid dan ibu bapa. Berkebolehan menilai kekuatan dan kelemahan murid-murid. Melengkapkan diri dengan kemahiran yang sejajar dengan tuntutan semasa. Menampilkan watak terpuji, berimej, berperibadi mulia, berwawasan sebagai
pendidik unggul pada setiap masa. Mempastikan situasi 'Guru mengajar murid belajar' wujud di dalam kelas. Berupaya melahirkan 'persekolahan berwatak' supaya pelajar mempunyai kekuatan
ilmu, berpersonaliti sihat dan serba boleh. Berupaya membina minda pelajar yang cemerlamg akademik. Berupaya membentuk perwatakan murid dengan pelbagai keteguhan nilai diri
(bermoral, berakhlak mulia, berketrampilanm, pandai menyesuaikan diri dengan situasi tertentu).
Taat dan setia terhadap perkhidmatannya, mempertahankan martabat profesionnya. Menunjukkan kesetiaan kepada kerajaan, bebas pendirian, tidak berbelah bahagi. Profesional dan menumpukan perhatian kepada P&P di sekolah.
Kenyataannya adakah semua ciri tersebut telah kita miliki? Atau sekurang-kurangnya sebahagian besarnya telah kita amalkan dalam diri peribadi mahu pun dalam organisasi? Tetapi yang nyata masih ramai atau sebahagian besar dari kita amat kurang memiliki ciri-ciri tersebut. Jadi bagaimana kita hendak melahirkan pengajaran dan pembelajaran yan berkesan dan seterusnya sekolah berwatak dan sekaligus pendidikan cemerlang? Untuk menjadi guru berkesaan kita perlu berubah. Kita perlu menganjak paradigma, kita perlu melakukan lonjakan quantum dengan merobah dan meruntuh tembok penghalang yang pertama dan utama iaitu Menolak Perubahan (Resist Change). Ken Blanchard, pengarang buku "The One Minute Manager" menyatakan bahawa kita lumrahnya liat dan sukar menerima perubahan. Beliau menyatakan bahawa;
Bila memikirkan perubahan kita sering fikirkan perkara-perkara yang kita kena kepaskan, bukan kepada perkara-perkara yang akan kita dapat .
Setiap orang mempunyai toleransi yang berbeza terhadap perubahan kendatipun kepada mereka yang memiliki tahap toleransi yang tinggi akan ada satu titik di mana perubahan tidak berupaya ditanggungi.
Selali pun perubahan telah berlaku kita secara fitrahnya mahu meletakkan perkaarap-perkara kembali kepada keadaan asalnya.
Mengubah Diri Mengubah Sikap Plato berkat, "Kemenangan yang utama dan pertama ialah menakluki diri." Garfield pula berkata, "Di dunia ini benda-benda tidak berubah, kecuali ada orang yang mengubahnya." Jelas sekali perubahan tidak terjadi tanpa penggeraknya atau pun penyebabnya, dan perubahan yang paling berat dan paling sukar ialah perubahan diri peribadi. Stephen Covey (1989) dalam bukunya "The Seven Habits of Highly Effective People" menyatakan ada dua tahap proses perubahan yang perlu dilalui bagi mencapai status 'orang-orang yang paling berkesan' iaitu tahap 'memenangi peribadi' dan 'memenangi publik'. Tiga tabiat (habit) yang fundamental bagi seseorang memenangi diri peribadi adalah:
Jadilah Proaktif (Be Proactive) Mulai dengan yang akhir di dalam minda (Begin with the End in Mind) Buat dahulu perkara pertama (Put First Things First)
Bagi memenangi publik (dalam hubungan interpersoal) tabiat (habit) yang perlu diamalkan adalah:
Fikirkan Menang/Menang (Think Win/Win) Fahami dahulu, kemudian minta difahami (Seek first to understand, and then to be
understood) Sinergi (Synergize) Tajamilah mata gergaji (Sharpen the Saw)
Memenangi Peribadi Dalam hubungan interpersonal kita sentiasa berinteraksi dengan orang-orang di dalam organisasi rasmi kita iaitu sekolah di mana personaliti dan perwatakan memainkan peranan dan pengaruh yang kuat terutama ke atas anak didik kita dan juga rakan sejawatan. Peribadi yang positif dan kuat mudah memberi kesan dan pengaruh serta dapat menjalin hubungan interpersonal yang baik dan harmonis. Antara rangsangan (stimulus) dan tindakan (response) terdapat satu ruang di mana kita boleh membuat pilihan. Apa jua tindakbalas/tindakan yang diambil bergantung kepada sedar-diri (self-awareness), imaginasi, hati nurani (conscience) dan keazaman-diri (independent will) setiap individu itu. Oleh itu sebelum berlakunya sebarang tindakbalas, setiap orang mempunyai satu ruang untuk membuat pilihan, dan di ruangan 'kebebasan memilih' inilah pula manusia sebenarnya memiliki 'anugerah istimewa' iaitu sedar-diri -- keadaan setiap orang sedar situasi sekeliling dan juga implikasi terhadap tindakbalas yang mungkin diambilnya. Di samping sedar-diri ini manusia juga dianugerahkan imaginasi -- kebolehan menjana sesuatu di dalam minda yang melangkaui realiti semasa. Hati nurani (consceince) pula merupakan kesedaran dalaman (suara hati) terhadap salah dan betul, benar dan palsu, terhadap prinsip-prinsip yang mengawal tingkah-laku serta kesedaran wujudnya harmoni antara pemikiran dan tindakan. Akhir sekali ialah satu anugerah kepada 'kemerdekaan' dan keazaman diri -- satu kebolehan bertindak berdasarkan sedar-diri dan bebas daripada segala bentuk pengaruh.
Ciri kedua memenangi peribadi ialah 'mulai dengan gambaran akhir di dalam minda' yang bererti setiap kita dapat melihat diri di akhir episod hidup kita sama ada kemajuan dalam kerjaya atau kejayaan peribadi dan keluarga. Ringkasnya apakah kita mahukan 'husnul khatimah' atau pun 'su'ul khatimah'. Dan ciri ketiga ialah buat dahulu perkara pertama (Put First Things First) yang maksudnya kita mengamalkan 'pengurusan masa' yang kemas dan sistematik, mengutamakan prioriti tindakan serta tidak suka menanggguh kerja. Insya Allah setelah tiga unsur penting ini kita kuasai maka tidaklah sukar untuk menjadi seorang yang lebih berkesan baik dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai seorang guru yang cemerlang mahupun sebagai seorang ahli organisasi yan boleh menjadi role model kepada orang-orang lain. Pendidikan Cemerlang Aristotle berkata, "We are what we repeatedly do. Excellence, then, is not an act, but a habit." Sesungguhnya kecemerlangan bukan terjadi secara begitu sahaja tanpa faktor-faktor yang menggalak dan merangsang setiap guru dan pelajar berusaha mencapai matlamat dan kepuasan kendiri yang tinggi setelah bekerja keras, berkorban masa dan tenaga yang bukan sedikit. Oleh itu sekolah dan guru-guru perlu pertamanya melakukan sesuatu bagi menghapuskan atau mengurangkan faktor-faktor dalaman sekolah yang menyekat kemajuan pelajaran pelajarnya. Usaha-usaha memperbaiki kemajuan dan sekaligus kecemerlangan pendidikan di sekolah mestilah berfokuskan pengajaran dan pembelajaran di bilik-bilik darjah. Semua ini perlukan perubahan sikap dan kepercayaan para guru (termasuk pelajar-pelajar). Hussein Mahmood (1993) dalam bukunya "Kepemimpinan dan Keberkesanan Sekolah" berkata; "Walau bagaimanapun , di peringkat sekolah pada keseluruhannya, seluruh cara hidup atau cara bekerja - yang dikatakan budaya sekolah serta sistem-sistem tertentu yang menghalang kejayaan sekolah perlu dikaji semula dan diperbetulkan segera. Jika tidak, segala apa juga usaha untuk memajukan sekolah, kemungkinan matlamat yang sepatutnya dicapai tidak dicapai." Menurut beliau usaha untuk memajukan sekolah hendaklah berfokuskan;
a. Pencapaian matlamat sekolah, iaitu pelajaran dan pencapaian akademik para pelajar; b. Penyelesaian punca-punca masalah yang menyebabkan keadaan sekolah demikian; c. Membentuk atau mewujdukan budaya baru bagi menggantikan budaya yang sedia
ada melalui (b) atau memperkukuhkan budaya yang didapati produktif; dan d. Menggerakkan segala tenaga di sekolah dan di luar sekolah ke arah pencapaian
matlamat-matlamat sekolah melalui kepemimpinan pengetua. Kajian terhadap Program Peningkatan Kurikulum dasn Kemajuan Pendidikan (PKKP) Jabatan Pendidikan Pahang, Edisi Kedua (1999); Satu Penilaian dan Cadangan Pembaharuan menyebut faktor-faktor berikut sebagai penghalang kepada peningkatan dan dengan itu mstilah dibasmi dan dielakkan:
Visi bersama tidak dijelaskan dan tidak dihayati oleh setiap anggota; Mesyuarat/perbincangan mengenai strategi yang terlalu kurang; Sikap tidak cakna;
Anggota yang masih tidak mahu berubah dari 'zon selesa'; Cepat berpuas hati atau puas hati yang melampau; Pemimpin organisasi tidak terlibat dan tidak ikut serta untuk membuat perubahan; Tiada usaha yang lebih atau tiada pengorbanan; Terlalu cepat mengisytiharkan kemenangan; Tiada kemenangan jangka pendek yang boleh diraya atau dibanggakan oleh organisasi
menyebabkan hilang momentum untuk berubah dan anggota yang kecewa akan memasuki kumpulan yang menolak perubahan.
Menempa Kejayaan Persekolahan dan pendidikan hari ini bukan sahaja menuntut para guru menyempurnakan tugas dan tanggunjgjawab mereka dalam mempastikan setiap anak didik menguasai tulis baca dan mengira, malah menguasai pengetahuan dan kemahiran-kemahiran baru. Oleh itu tugas dan tanggungjawab serta komitmen guru juga haruslah bertambah dan meningkat dari sebelumnya dan ini sudah tentu memerlukan satu sikap baru dan 'pandangan baru' dalam menempa kecemerlangan pendidikan secara keseluruhannya. Untuk mencapai matlamat ini guru-guru mestilah mempunyai kesedaran diri yang tinggi bahawa apa jua faktor yang memghalang hendaklah dibanteras di samping membuat perubahan pendekatan, strategi dan teknik serta secara berfikir yang positif. Salah satu aspek penting menempa kejayaan ialah pendekatan positif terhadap disiplin dalam hubungan meningkatkan mutu kerja, mutu pengajaran dan pembelajaran, dan akhirnya mutu output iaitu pencapaian anak didik di dalam penilaian dan peperiksaan. Blaine Lee dalam bukunya The Power Principle (1989) menyebut bahawa "The positive approach to discipline focuses 20% on what went wrong, and 80% on what could be different next time." Yang demikian kita seharusnya menumpukan lebih perhatian dan tenaga kepada aspek "next time" ini dan sekali gus menghapuskan segala amalan, tabiat dan tingkah-laku negatif yang merugikan semua orang. Satu daripada pendekatan dan konsep yang boleh diamalkan ialah Shewhart Cycle atau lebih dikenali sebagai PDCA (yakni Plan - Do - Check - Act). Plan (Rancang) : Semua aktiviti (sekolah, kelas, kokurikulum, zon dan daerah) mestilah dirancang dengan rapi. Elakkan sekali-kali mentaliti ad-hoc, buat sesuatu secara tangkap muat, atau ikut sahaja kerana ramai orang lain buat begitu. Do (Buat) : Semua yang telah dirancang mesti dilaksanakan sepenuhnya. Inilah aspek paling penting dan kritikal kerana pada peringkat inilah yang menentukan kejayaan setiap perancangan itu. Apa makna dan apa gunanya jika perancangan tinggal pernacangan sahaja? Soal balik diri sendiri apakah perancangan yang kita buat telah semuanya dilaksanakan? Lihat kembali Folio B dalam Program PKKP selama ini sudahkah dibuat sebagaimana dirancang? Jujurlah kepada diri sendiri, dan jika belum, nah inilah puncanya mengapa kita begitu sukar mengatasi kelemahan dan kemerosotan. Check (Semak) : Semakan amat penting kerana setiap perancangan dan pelaksanaan perlukan; penilaian bagi melihat keberkesanannya atau pun sebab-sebab mengapa ianya tidak mencapai objektif yang ditentukan. Banyak kerja guru-guru kita perlu disemak dengan teliti dan rapi seperti buku latihan murid diperiksa atau tidak, pembetulan dibuat atau tidak,
diagnosis mata pelajaran dibuat atau tidak dan jika dibuat tindakan susulan dibuat atau tidak, keputusan mesyuarat guru atau mesyuarat panitia mata pelajaran dibuat atau tidak, pencerapan pengajaran guru dalam bilik darjah dibuat atau tidak; atau laporan-laporan berkala yang diminta oleh JPNP dan PPD dibuat atau tidak, dan dihantar mengikut masanya atau tidak? Satu cara berkesan memastikan sistem semakan yang praktikal ialah dengan mewujudkan satu Senarai Semak Komprehensif yang melibatkan semua perancangan aktiviti di sekolah. Act (Bertindak) : Setelah semakan dibuat dan jawapannya diketahui sama ada ianya positif atau sebaliknya, tindakan yang amat penting seterusnya ialah mengambil tindakan. Cari puncanya, cari mana silapnya dan cari siapa culpritnya (afritnya). Adakah puncanya kerana sikap manusia atau sistem dan prosedur atau tidak jelas bidang tugas? Tindakan seterusnya memastikan tidak berulang lagi perkara-perkara tidak memuaskan ini dan personnel yang terlibat mestilah disedarkan melalui nasihat, teguran, bimbingan dan kaunseling malah amaran dan tindakan selanjutbya sekali pun jika sudah sampai kepada tahap yang serius dan kritikal. Penutup Menjadi guru berkesan, sekolah berkesan dan pencapaian pendidikan yang gemilang dan cemerlang bukan suatu yang mustahil dicapai. Prasyarat yang utama dan pertama ialah kesediaan dan keanggupan guru-guru sendiri mengubah paradigma, mengubah stail berfikir dan bertindak secara orang-orang profesional dan yang paling penting menjadi seorang guru yang tidak mudah patah semangat. Guru yang profesional sentiasa mempamerkan ciri-ciri kekuatan ilmu dan bertingkah-laku dengan keluhuran etika kerja serta menuntut kefahaman yang jelas dan mendalam, kesungguhan dan komitmen yang tinggi kepada penyempurnaan tugasnnya di sekolah setiap masa dan waktu. Guru yang berjiwa waja tidak mudah mengaku kalah dalam kehidupan kerjayanya di sekolah, dan mempunyai sikap optimistik dalam semua tindakan, serta sedia belajar dari kesilapan dan kelemahan. Orang-orang yang berfikiran dan bersikap optimistik tidak mudah melatah, merungut dan menyalahkan orang lain dan keadaan semata-mata, orang yang optimistik melihat semuanya dari sudut yang serba berkemungkinan berjaya dan meningkat maju, sama ada dari aspek diri peribadi mahu pun aspek organisasi. Seperti kata Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Dato' Abdul Shukor Abdullah di dalam perutusan Hari Guru 1999, beliau menyebut; " Guru-guru perlu dapat menyampaikan ilmu pengetahuan secara berkesan, menjadi pembimbing yang dihormati dan memastikan diri masing-masing dapat dijadikan contoh kepada pelajar. Oleh itu pada setiap masa, kaum guru sekalian hendaklah menampilkan watak terpuji, berimej, berperibadi mulia dan berwawasan sebagai pendidik yang unggul."
. PENGENALAN
Proses pengajaran dan pembelajaran merupakan satu proses yang kompleks. Ia melibatkan
banyak langkah dan usaha yang merangkumi ilmu, kemahiran, pendekatan, kaedah satu
teknik yang perlu diketahui oleh seseorang guru. Dalam masa yang sama, ia juga
menitikberatkan faktor situasi, persekitaran, emosi, dan peranan murid dalam satu-satu proses
pembelajaran yang dijalankan. Ini kerana proses pengajaran dan pembelajaran berlaku
dengan wujudnya interaksi antara kedua-dua pihak iaitu murid dan guru.oleh yang demikian,
faktor-faktor yang mempengaruhi keadaan kedua-dua pihak perlu di ambil kira.
Kurangnya kemahiran dan penekanan terhadap faktor tersebut sering dilihat menjadi punca
masalah yang boleh menghalang daripada tercapainya objektif pengajaran, sekaligus
dianggap kurang berkesan.kelemahan ini akan mempengaruhi prestasi kerja guru malah ia
akan memberi kesan negatif terhadap pencapaian serta kemajuan murid. Sekiranya masalah
ini tidak ditangani, ia akan menjejeskan matlamat utama sistem pendidikan untuk melahirkan
generasi yang seimbang mental, fizikal, emosi, dan rohani.
Justeru, untuk menjadi seorang guru yang professional dan berkesan dalam pengajaran,
seseorang guru perlu melengkapkan diri dengan segala ilmu pengetahuan dan kemahiran
yang berkaitan dengan bidang perguruan.Terdapat 3 langkah yang perlu diambil iaitu:
1)Langkah pertama: MENGENALPASTI MASALAH
-Murid-murid kurang faham isi pelajaran.
-Sukar mengingati fakta penting.
-Kurang tumpu perhatian
-Menunjukkan sikap kurang minat belajar.
2)Langkah kedua: MENCARI PUNCA MASALAH.
Murid keliru, tidak faham dan tidak dapat mengaitkan isi pelajaran yang telah dipelajari
dengan yang baru dipelajari kerana maklumat yang diterima tidak teratur dan tersusun.
Murid-murid tidak memperolehi maklumat yang jelas ketika sesi awal pembelajaran
mengenai satu-satu topik.akhirnya, agak sukar bagi mereka untuk mengikuti pelajaran yang
seterusnya serta tidak boleh mengingati fakta-fakta penting dalam tajuk tersebut.
Murid-murid tidak mampu membezakan jenis rangsangan yang perlu diutamakan. Kesannya,
mereka kurang tumpuan ke arah sesi pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung.
Kurangnya motivasi dalam aktiviti pembelajaran juga menyebabkan murid-murid tidak minat
terhadap apa yang disampaikan guru.
3)Langkah ketiga: CADANGAN MENYELESAIKAN MASALAH.
Secara umumnya, empat masalah utama yang dihadapi cikgu dalam pengajarannya boleh
diatasi dengan memberi penekanan terhadap aspek-aspek berikut:
i)Pengaplikasian teori-teori yang sesuai dalam pengajaran.
ii)Menekankan proses pengajaran dan pembelajaran secara peringkat-peringkatnya.
iii)Memilih strategi pengajaran dan bembelajaran yang sesuai dengan situasi murid.
Ketiga-tiga aspek tersebut akan dibiancangkan secara terperinci pada bahagian seterusnya
yang didahului dengan penjelasan konsep pengajaran dan pembelajaran secara umum.
2. KONSEP PENGAJARAN
Pengajaran merupakan satu proses yang melibatkan system aktiviti –aktiviti yang ditujukan
kepada murid dengan tujuan membawa perubahan-perubahan tingkah laku dikalangan
mereka.Proses pengajaran merangkumi perancangan,pengelolaan,penyampaian,bimbingan
dan penilaian.Kesemua langkah-langkah ini adalah bertujuan untuk menyebarkan ilmu
dengan berkesan.
Manakala bagi mencapai objektif untuk mendapatkan perubahan tingkah laku, guru perlulah
jelas dengan jenis perubahan yang dikehendaki, kemudian merancang aktiviti yang sesuai
untuk menjayakannya.Antara perubahan-perubahan yang dikehendaki ialah jenis
pengetahuan yang hendak diajarkan, kemahiran dan perubahan sikap.Pengajaran bermaksud
aktiviti yang dirancangkan oleh guru dengan teliti dan melaksanakannya melalui kaedah dan
teknik tertentu yang bertujuan untuk menyebarkan ilmu pengetahuan dan kemahiran murid-
murid.
3. CIRI-CIRI PENGAJARAN
Pengajaran juga membawa makna pencapaian atau tugasan.Proses pengajaran melibatkan dua
pihak iaitu guru dan murid.Pengajaran, selain daripada guru dan murid,meliputi rancangan
mengajar,objektif pelajaran,tempat belajar,alat Bantu mengajar serta strategi,kaedah dan
teknik mengajar. Di dalam aktiviti pengajaran,guru memainkan peranan sebagai pengajaran
dan murid memainkan peranan sebagai pelajar.Aktiviti yang paling rapat dengan pengajargsi
an ialah instruksi (mengajar), diikuti dengan latihan, indoktrinasi dan akhirnya pelaziman.
4. MODEL-MODEL PENGAJARAN
Dalam menghasilkan satu proses pengajaran yang sistematik, kita perlu merujuk kepada
beberapa model pengajaran.Antara fungsi utamanya ialah sebagai satu panduan kepada guru
bagi menghasilkan satu sessi p&p yang menyeronokkan dan memotivasikan murid-murid
selain untuk mengukur sejauh mana keberkesanan penggunaan terhadap murid-murid.Di
antara model-model pengajaran yang sering kali diamalkan dalam bilik darjah ialah :
4.1 Model Ekspositori
4.2 Model Pemerosesan Maklumat
4.3 Model inkuiri
4.4 Model Projek
4.1. Model Ekspositori
Ia bermaksud penerangan yang jelas dan terperinci.Dalam konteks pengajaran ekspositori
merupakan penyampaian maklumat atau isi kandungan pelajaran secara langsung kepada
murid-murid di dalam kelas. Oleh itu,kaedah ekspositori ialah cara penyampaian pelajaran
melalui penerangan,bercerita atau demonstrasi dengan tujuan mengajar sesuatu.Dalam model
ekspositori ini,guru memberi penerangan terlebih dahulu dan murid mendengar dengan teliti
hingga mereka memahami dan mengingatinya atau merekodkan isi pentingnya dalam buku
rekod mereka.Guru boleh menggunakan model ini untuk menerangkan konsep,
fakta,hokum,prinsip atau teorem matematik.Dari segi implikasi sesuai untuk peringkat
perkembangan.Guru juga mendapat manfaat dari segi menjimatkan masa ketika
menyampaikan pelajaran kerana dengan kaedah ini guru dapat terus menyampaikan semua
maklumat tentang konsep dalam masa yang lebih singkat dan murid-murid hanya duduk diam
dan mendengar sahaja.
Contoh:-Model Resepsi Ansubel (David P.Ansubel 1961).
4.2 Model Pemerosesan Maklumat
4.2.1 TEORI PEMEROSESAN MAKLUMAT R.M GAGNE.
-Teori ini menjelaskan bagaimana maklumat dalam sesuatu proses pembelajaran diperolehi.
-Rangsangan dari persekitaran luar diterima dalam system saraf melalui deria,selepas itu
maklumat akan ditafsir dalam satu ingatan,kemudian ia di hantar kepada stor jangka panjang
dan akhirnya kepada penggerak tindak balas melalui system saraf.
-Fasa-fasa proses pembelajaran menurut teori Gagne.
i. Fasa motivasi – Jangkaan
ii. Fasa kefahaman – Pemerhatian –Simpanan Persepsi
iii. Fasa Perolehan – Pengekodan – Simpanan Awal
iv. Fasa Penahanan – Penyimpanan – Stor Ingatan
v. Fasa Ingatan Kembali – Mengingat Kembali – Mencari
vi. Fasa Generalisasi – Pindahan
vii. Fasa Prestasi – Gerak balas
viii. Fasa Maklum balas – Peneguhan
LAPAN JENIS PEMBELAJARAN UNTUK MEMPEROLEHI MAKLUMAT:
Pada tahun 1977,Gagne cuba menghuraikan lapan jenis pembelajaran daripada peringkat
yang mudah kepada peringkat yang kompleks:
1)Pembelajaran Melalui isyarat
-Berbentuk primitif.
Contohnya: Manusia melalui pengalaman,mempelajari isyarat asap seperti kebakaran.
2)Pembelajaran stimuli-tindak balas
-Menghubungkaitkan stimuli yang dirancang dan dirangsangkan dengan tindak balas
individu.
Contoh:Guru menunjukkan sesuatu benda konkrit,murid menyebut namanya.
3)Pembelajaran Melalui Rantaian
-Merujuk kepada pelbagai hubungkait daripada pembelajaran stimuli-tindak balas selepasnya.
Contohnya:Membuat ayat dengan menghubungkaitkan perkataan-perkataan .
4)Pembelajaran Melalui Asosiasi Verbal
-Merupakan bentuk asas pembelajaran bahasa.
Contohnya:Mengaitkan nama orang dengan alamatnya.
5)Pembelajaran Melalui Pelbagai Pembezaan.
-Merujuk kepada pembelajaran untuk memilih satu sahaja tindak balas terhadap pelbagai
rangsangan.
Contohnya:Sebutan e dan e,murid akan menggunakan satu sahaja sebutan seperti semak,bela.
6)Pembelajaran konsep
-Merujuk kepada pembelajaran membentuk konsep dengan perwakilan symbol berdasarkan
cirri-ciri yang sama.
Contohnya:Beg,buah-buahan,buku.
7)Pembelajaran prinsip.
-Merujuk kepada pembelajaran perkaitan dua atau lebih konsep yang telah dipelajari.
Contohnya:Air mengalir ke tempat yang lebih rendah.
8)Pembelajaran penyelesaian masalah
-Merupakan pembelajaran melalui proses berfikir,iaitu memikir cara penyelesaian masalah
dengan menggunakan konsep dan prinsip yang telah dipelajari.
Contohnya:Menyelesaikan masalah matematik.
4.2.2 MODEL TABA
A. Menekankan pembentukan Konsep;konsep boleh dibentuk dengan tepat melalui
penyusunan
bahan-bahan pengajaran dalam suatu sisitem yang sesuai.
B. Sesuatu konsep haruslah dilakukan melalui 4 peringkat utama,iaitu:
1)Peringkat penyusunan data
Menyusun fakta-fakta dengan memerhatikan cirri-ciri persamaan dan perbezaannya.
2)Peringkat membentuk konsep
Menggolongkan dan mengelaskan fakta-fakta berdasarkan cirri-ciri persamaan supaya
menjadi kategori tertentu.
3)Peringkat membentuk hukum
Membuat kesimpulan atau generalisasi ke atas hubungan-hubungan di antara kategori-
kategori yang dibentuk dalam peringkat 2.
4)Peringkat aplikasi
-Penggunaan generalisasi atau kesimpulan dalam situasi baru.
4.2.3 MODEL INKUIRI
1. Menekankan proses soal selidik untuk mendapatkan maklumat.
2. Aktiviti soal selidik ini memerlukan murid mengenal pasti bentuk-bentuk
soalan ,membentuk hipotesis,merancang dan menjalankan aktiviti kajian dan akhir sekali
membuat rumusan.
Contoh:
a)Model Inkuiri Sains (Model Dewey)
-digunakan untuk mengkaji prinsip,fenomena dan cirri-ciri unsur sains.
-berlandaskan kepada 5 langkah:
i. MENGENAL PASTI MASALAH
ii. MENCARI MAKLUMAT RUMUSAN
iii. MEMBUAT HIPOTESIS
iv. MENGUJI HIPOTESIS
v. MENILAI DAN MEMBUAT RUMUSAN
b)Model Inkuiri Sosial
- Mengkaji topik-topik yang berkaitan dengan bidang kemasyarakatan dan kemanusiaan.
- Proses kajian berlandaskan kepada aktiviti pemerhatian,temubual atau soal selidik.
- Merangkumi 6 langkah:
i. PEMBENTUKAN MASALAH OLEH GURU
ii. PEMBENTUKAN HIPOTESIS OLEH MURID
iii. PERBINCANGAN KESAHAN HIPOTESIS
iv MEMBERI DEFINISI KEPADA HIPOTESIS
v. MENCARI SOKONGAN UNTUK HIPOTESIS
vi. MEMBUAT KESIMPULAN ATAU RUMUSAN
c) Model Inkuiri Jurispudential
- Digunakan untuk mencari kebenaran dan ketepatan isu-isu.Ia juga berlandaskan kepada
aktiviti perdebatan.
Contoh:Belajar Sains adalah lebih berguna daripada belajar Sastera.
Terbahagi kepada 2: -
i)-Inkuiri Terbimbing
- Melalui bimbingan guru
- Sesuai digunakan untuk peringkat Sek.Rendah dan Menengah.
ii)-Inkuiri Terbuka
- Tidak di beri sebarang bimbingan .Segala proses dijalankan olehmurid sendiri.
- Sesuai digunakan pada peringkat sekolah menengah atas dan peringkat yang lebih tinggi.
iii)Inkuiri Suchman
Berlandaskan andaian bahawa strategi –strategi yang digunakan oleh ahli sains boleh juga
digunakan sebagai model pengajaran dalam mata pelajaran sekolah,khasnya mata pelajaran
sains.
d) Model Projek
-Diperkenalkan oleh Professor William Kilpatrick (1871-1965).
-Menekan konsep pembelajaran murid untuk menambah minat ketika melaksanakan aktiviti
pembelajaran yang dirancang.
-Menyarankan bahawa murid-murid belajar melalui aktiviti permainan,kerja praktik,kajian
luar dan lawatan.
4.2.4 Model PengajaranASSURE
A- Analyse learner (analisis pelajar)-
(1) Ciri umum; umur, tahap, latarbelakag sosioekonomi
(2) kopetensi khusus pringkat masuk; kemahiran sedia ada
(3) Stail Pembelajaran ; sama ada auditori, visual, atau kinestatik
S- State Objective (nyatakan obj)-
(1) tahap minimum sepatutnya dipelajari murid dpd P&P
(2) fokus kpd pengetahuan, kemahiran dan sikap yg baru utk dipelajari.
S- Select Method, media & materials (kaedah, media, bahan)- Kaedah; simulasi,
demostrasi, latihan tubi. Media; kreteria-
(1) sepadan dgn kurikulum
(2) maklumat tpt/tkini
(3) bahasa jelas
(4) tarik minat/cetus motivasi
(5) galak plibatan pelajar
(6) kualiti teknikal
(7) terbukti keberkesanan
(8) ada panduan untuk digunakan. Reka bentuk Bahan; ambil kira;
- objektif
- pelajar
- kos
- kepakaran teknikal
- peralatan
- fasiliti
- masa
.
U- Utilise Media & materials (guna media, bahan);
(1)prebiu bahan
(2) sediakan bahan
(3) sediakan persekitaran
(4) sedikn plajar
(5) sedia pengalaman pembelajaran.
R-Require Learner Participation (dorong penglibatan pelajar); latihan, kuiz, projek
E-Evaluate and revise (nilai dan semak)-
(1) nilai pencapaian pelajar
(2) pembelajaran yd terhasil
(3) media/kaedah
(4) penggunaan guru
(5) penggunaan murid.
5. KONSEP PEMBELAJARAN
Pembelajaran merupakan satu proses mengakumulasi maklumat dan pengalaman secara
berterusan.Ia berlaku dalam diri seseorang sejak dia dilahirkan.(Kamaruddin Hj.Husin,hal.
93).Proses pembelajaran melibatkan pelaksanaan strategi supaya pelajar dapat mencapai
matlamat dan perubahan tingkah laku tertentu serta memperoleh kebiasaan,pengetahuan dan
sikap yang positif.
Pembelajaran biasanya diertikan sebagai perubahan tingkahlaku yang kekal dan stabil
disebabkan oleh pengalaman atau latihan yang diteguhkan.
Proses pembelajaran bukan disebabkan oleh factor kematangan atau factor-faktor perubahan
konstitusi badsan. Sebarang penggunaan tenaga untuk pembelajaran bahan baru dan
penyelesaian sesuatu masalah boleh dianggap sebagai sebahagian dsripada prosese
pembelajaran.
Ciri-ciri pembelajaran :
-Ia adalah proses yang berterusan.
-Ia boleh berlaku secara disedari atau tidak disedari.
-Ia melalui Proses Pembelajaran seperti :
1. Rangsangan dan persekitaran
(guru, buku, ibu bapa, rakan, filem)
2. Rangsangan sesuai dipilih oleh organ deria.
(rangsangan positif dan bermakna)
3. Rangsangan diproses dalam otak untuk diberi makna dan diterima.
(pemikiran dan pengalaman, pemikiran refleksi, analisis, dan penilaian)
4. Pembentukan pengalaman atau pengetahuan dalam ingatan.
(diterima dan kekal dalam ingatan untuk dipanggil semula)
5. Mengamalkan pengalaman atau pengetahuan baru dalam suatu situasi yang sesuai dan
sepadan.
(pemindahan pelajaran dalam situasi yang sama).
6. Perubahan tingkah laku.
(pembelajaran sebenar)