11
PENGAJARAN DARI SURAH LUQMAN Surah Luqman (Ayat 13 – 19) øŒÎ)u ρ t Α$s % ßy ϑø )ä9 ÏμÏΖö/e ω u θèδu ρ çμÝàÏèt ƒ ¢o _ç6t ƒ Ÿω õ8Îô³è@ «!$$Î/ ( āχÎ) x 8÷Åe³9$# íΟù=Ýàs 9 ÒΟŠÏàt ã ∩⊇⊂∪ $u ΖøŠ¢¹u ρu ρ z | ¡ΣM}$# Ïμ÷ƒy Ï9≡u θÎ/ çμ÷Fn =u Ηx q çμΒé& $Ζ÷δu ρ 4n ?t ã 9÷δu ρ çμè=≈| ÁÏùu ρ Îû È÷t Β%t æ Èβr & öà6ô ©$# Í< y 7÷ƒy Ï9≡u θÎ9u ρ ¥n <Î) çÅÁy ϑø9$# ∩⊇⊆∪ βÎ)u ρ š#y y γ≈y _ #n ?t ã βr & šÍô±è@ Î1 $t Β } §øŠs 9 y 7s 9 ÏμÎ/ ÖΝù=Ïæ Ÿξs ù $y ϑßγ÷èÏÜè? ( $y ϑßγö6Ï m$| ¹u ρ Îû $u ÷ Ρ9$# $]ùρã ÷èt Β ( ôìÎ7¨?$ #u ρ Ÿ≅‹Î6y ôt Β z >$t Ρr & ¥n <Î) 4 ¢ΟèO ¥n <Î) öΝä3ãèÅ_öt Β Νà6ãÎm;t Ρé's ù $y ϑÎ/ óΟçFΖä. t βθè=y ϑ÷ès ? ∩⊇∈∪ ¢o _ç6t ƒ !$p κ¨ΞÎ) βÎ) à7s ? t Α$s )÷WÏΒ 7π¬6y m ôÏiΒ 5Αy Šöy z ä3t Fs ù Îû >οt ÷| ¹ ÷ρr & Îû ÏNu θ≈y ϑ¡¡9$ # ÷ρr & Îû ÇÚö F{$# ÏNù't ƒ $p κÍ5 ª!$# 4 ¨βÎ) ©!$# ì#‹Ï Üs 9 ×Î7y z ∩⊇∉∪ ¢o _ç6t ƒ ÉΟÏ%r & n ο4θn =¢Á9$# öãΒù&u ρ Å∃ρã ÷èy ϑø9$$Î / t μ÷Ρ$#u ρ Çt ã Ìs ßϑø9$ # ÷É9ô¹$#u ρ 4n ?t ã !$t Β y 7t /$| ¹r & ( ¨βÎ) y 7Ï9≡s Œ ôÏΒ ÇΠ÷t ã ÍθãΒW{$# ∩⊇∠∪ Ÿωu ρ öÏi è| Áè? š£s { Ĩ$¨Ζ=Ï9

Pengajaran dari surah luqman 1

Embed Size (px)

DESCRIPTION

 

Citation preview

Page 1: Pengajaran dari surah luqman 1

PENGAJARAN DARI SURAH LUQMAN

Surah Luqman (Ayat 13 – 19)

øŒ Î)uρ tΑ$ s% ß≈ yϑ ø)ä9 ϵ ÏΖö/ eω uθ èδ uρ … çµÝà Ïè tƒ ¢o_ ç6≈ tƒ Ÿω õ8Î� ô³ è@ «! $$ Î/ ( āχ Î) x8÷� Åe³9 $# íΟ ù=Ýà s9 ÒΟŠ Ïà tã

∩⊇⊂∪ $ uΖ øŠ ¢¹uρuρ z≈ |¡Σ M} $# ϵ ÷ƒy‰ Ï9≡ uθ Î/ çµ ÷Fn= uΗxq …çµ •Β é& $ �Ζ ÷δuρ 4’ n?tã 9÷δ uρ … çµ è=≈ |ÁÏù uρ ’ Îû È÷ tΒ% tæ Èβ r&

ö�à6 ô©$# ’ Í< y7 ÷ƒ y‰Ï9≡ uθÎ9 uρ ¥’ n< Î) ç�� ÅÁ yϑø9 $# ∩⊇⊆∪ βÎ)uρ š‚#y‰ yγ≈ y_ #’ n?tã β r& š‚ Í�ô± è@ ’ Î1 $ tΒ

}§ øŠ s9 y7 s9 ϵ Î/ ÖΝ ù=Ïæ Ÿξ sù $ yϑßγ ÷è ÏÜ è? ( $ yϑ ßγö6 Ïm$ |¹ uρ ’ Îû $ u‹ ÷Ρ‘‰9 $# $ ]ùρã�÷è tΒ ( ôì Î7 ¨?$#uρ Ÿ≅‹Î6 y™ ôtΒ

z>$ tΡr& ¥’ n< Î) 4 ¢ΟèO ¥’ n< Î) öΝ ä3 ãèÅ_ ö�tΒ Ν à6 ã∞ Îm; tΡé' sù $ yϑ Î/ óΟçFΖ ä. tβθ è=yϑ ÷è s? ∩⊇∈∪ ¢o_ ç6≈ tƒ !$ pκ̈ΞÎ) βÎ) à7 s?

tΑ$ s)÷W ÏΒ 7π¬6 ym ôÏiΒ 5Α yŠ ö�yz ä3tF sù ’ Îû >ο t�÷‚ |¹ ÷ρr& ’ Îû ÏN≡ uθ≈ yϑ ¡¡9 $# ÷ρr& ’ Îû ÇÚ ö‘F{ $# ÏN ù' tƒ $ pκÍ5 ª! $# 4

¨β Î) ©! $# ì#‹ ÏÜs9 ×�� Î7 yz ∩⊇∉∪ ¢o_ ç6≈ tƒ ÉΟ Ï%r& nο4θ n=¢Á9 $# ö�ãΒ ù& uρ Å∃ρã�÷è yϑø9 $$ Î/ tµ ÷Ρ$#uρ Çtã Ì�s3Ζßϑ ø9 $#

÷� É9ô¹ $#uρ 4’ n?tã !$ tΒ y7 t/$ |¹ r& ( ¨β Î) y7Ï9≡ sŒ ôÏΒ ÇΠ ÷“ tã Í‘θãΒ W{ $# ∩⊇∠∪ Ÿω uρ ö�Ïiè|Á è? š‚ £‰s{ Ĩ$ ¨Ζ=Ï9

Page 2: Pengajaran dari surah luqman 1

Ÿω uρ Ä· ôϑ s? ’ Îû ÇÚö‘F{ $# $ �m t�tΒ ( ¨β Î) ©! $# Ÿω �= Ït ä† ¨≅ä. 5Α$ tF øƒ èΧ 9‘θ ã‚ sù ∩⊇∇∪ ô‰ ÅÁ ø%$#uρ ’ Îû

š� Í‹ô± tΒ ôÙ àÒøî $#uρ ÏΒ y7 Ï?öθ|¹ 4 ¨β Î) t�s3Ρr& ÏN≡ uθ ô¹F{ $# ßN öθ|Á s9 Î��Ïϑpt ø: $# ∩⊇∪

13. dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, semasa ia memberi nasihat

kepadanya:" Wahai anak kesayanganku, janganlah Engkau mempersekutukan Allah

(dengan sesuatu Yang lain), Sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman

Yang besar".

14. dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah

mengandungnya Dengan menanggung kelemahan Demi kelemahan (dari awal

mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah

Dalam masa dua tahun; (dengan Yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada

kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima

balasan).

15. dan jika mereka berdua mendesakmu supaya Engkau mempersekutukan denganku

sesuatu Yang Engkau - Dengan fikiran sihatmu - tidak mengetahui sungguh adanya

maka janganlah Engkau taat kepada mereka; dan bergaulah Dengan mereka di dunia

Dengan cara Yang baik. dan Turutlah jalan orang-orang Yang rujuk kembali kepadaKu

(dengan Tauhid dan amal-amal Yang soleh). kemudian kepada Akulah tempat kembali

kamu semuanya, maka Aku akan menerangkan kepada kamu Segala Yang kamu telah

kerjakan.

16. (Luqman menasihati Anaknya Dengan berkata): "Wahai anak kesayanganku,

Sesungguhnya jika ada sesuatu perkara (yang baik atau Yang buruk) sekalipun seberat

bijih sawi, serta ia tersembunyi di Dalam batu besar atau di langit atau pun di bumi,

sudah tetap akan dibawa oleh Allah (untuk dihakimi dan dibalasNya); kerana

Sesungguhnya Allah Maha Halus pengetahuanNya; lagi amat meliputi akan Segala

Yang tersembunyi.

17. "Wahai anak kesayanganku, dirikanlah sembahyang, dan suruhlah berbuat

kebaikan, serta laranglah daripada melakukan perbuatan Yang mungkar, dan

Page 3: Pengajaran dari surah luqman 1

Bersabarlah atas Segala bala bencana Yang menimpamu. Sesungguhnya Yang

demikian itu adalah dari perkara-perkara Yang dikehendaki diambil berat

melakukannya.

18. "Dan janganlah Engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah)

kepada manusia, dan janganlah Engkau berjalan di bumi Dengan berlagak sombong;

Sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang Yang sombong takbur, lagi

membanggakan diri.

19. "Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan, juga rendahkanlah suaramu

(semasa berkata-kata), Sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai".

Wasiat turut memainkan peranan yang penting di dalam berdakwah. 'Bapa' memikul

tugas yang amat berat untuk memelihara kebahagiaan keluarga yang terdiri dari isteri

dan anak-anak. Kita telah dihidangkan oleh Al Quran bagaimana Luqman al-Hakim

mendidik anaknya. Dan sebagaimana yang dimaklumi sebuah surah khusus di dalam Al

Quran diberi nama dengan nama Surah Luqman.

Ramai di kalangan umat Islam tidak mengetahui bahawa 'wasiat' yang

diberikan oleh Luqman kepada anaknya itu merupakan salah satu 'teknik' di dalam

berdakwah.Sekiranya teknik ini diamati lalu dipraktikkan di dalam kehidupan

seharian,nescaya anak-anak akan lahir sebagai muslim yang beriman dan bertaqwa

kepada Allah s.w.t.. Bertuahlah sebuah keluarga yang mempunyai anak-anak seperti

mereka. Mempunyai generasi yang diibaratkan umpama purnama yang menerangi

kegelapan malam. Wahai ayah dan ibu,wasiatkan kepada anak-anakmu sepertimana

wasiat yang diajar oleh Luqman al-Hakim!!!

Dr.Wahbah Az-Zuhaili telah berkata di dalam bukunya 'Tafsir Munir':

"Al Baidhawi telah berkata bahawa nama Luqman sebenarnya ialah

Luqman bin Ba'ura. Beliau bukannya nabi tetapi jumhur mengatakan bahawa beliau

seorang yang bijaksana. Diberikan kepadanya Al Hikmah iaitu kelebihan pada

Page 4: Pengajaran dari surah luqman 1

akalnya,cerdik dan perkataan atau kalam yang dikeluarkannya memberi kesan kepada

manusia. Nama sebenar anaknya ialah (mengikut As-Suhaili) An'am atau Asykam atau

Matan atau Tharan"

Abd.Rahman Hassan Al Maidani berkata di dalam bukunya 'Fiqh

Dakwah' bahawa di sana terdapat 14 jenis permasalahan yang dapat dipelajari melalui

kisah Luqman mendidik anaknya melalui 'wasiat'. Oleh itu marilah sama-sama kita

menilai wasiat tersebut yang mengandungi 14 permasalahan penting buat umat Islam

selepas ini.

Prinsip Pendidikan Pertama:

Prinsip pendidikan pertama yang diajar oleh Luqman kepada anaknya ialah supaya

jangan Syirik kepada Allah s.w.t.. Disebutkan di dalam wasiat ini, bahawa syirik kepada

Allah s.w.t. adalah kezaliman yang amat besar kerana ia mengandungi syirik terhadap

Rububiyatullah (Allah Yang Maha Berkuasa memelihara alam semesta ) dan syirik

terhadap Uluhiyatullah (Tidak ada tuhan yang disembah melainkan Allah). Atau dengan

ertikata lain, mempersekutukan Allah s.w.t. dengan sesuatu lain yang juga mampu

memelihara alam semesta dan mempersekutukan Allah s.w.t. dengan sesuatu yang lain

yang juga layak untuk disembah. Inilah yang dinamakan Syirik.

Meskipun syirik terhadap Uluhiyatullah lebih ringan dari syirik terhadap

Rububiyatullah, akan tetapi Allah s.w.t. tidak akan mengampuni dosa orang yang mati

dalam hal demikian.

Syirik merupakan sebesar-besar kezaliman. Allah s.w.t. sahaja yang

layak disembah dan diagungkan kerana apa yang dilakukan-Nya itu tak mampu

dilakukan oleh kuasa lain. Tetapi jika kuasa lain yang diagungkan, maka inilah

kezaliman, iaitu meletakkan sesuatu bukan di tempat yang sepatutnya.

Inilah yang diperkatakan melalui ayat 13 surah Luqman yang bermaksud:

Page 5: Pengajaran dari surah luqman 1

"Wahai anakku! Janganlah engkau mempersekutukan Allah s.w.t..

Sesungguhnya mempersekutukan Allah s.w.t. itu adalah kezaliman yang amat besar."

Prinsip Pendidikan Kedua:

Prinsip yang kedua pula ialah Luqman mengajar anaknya supaya

bersyukur kepada Allah s.w.t. di atas anugerah nikmat-Nya yang tak terhitung luas dan

banyaknya. Salah satu cara bersyukur ini ialah beribadah kepada Allah dengan

melakukan ibadat-ibadat seperti yang disyariatkan, mendekatkan diri kepada Allah,

menuntut keredhaan Allah dan memuji-Nya serta menghadapkan diri dengan berdoa

kepada Allah yang Maha Esa.

Memuji lebih umum dari bersyukur kerana hak mutlak kepujian itu

diberikan ke atas yang dipuji apabila bersifat dengan sifat yang baik. Dan peringatan

'kesyukuran' kepada Allah s.w.t. ini dikaitkan dengan pembalasan pada Hari Qiamat.

Jika sekiranya kesyukuran itu kepada Allah s.w.t.,maka akan mendapat balasan pahala

dan jika sebaliknya akan mendapat balasan siksaan di atas kekufuran dan keingkaran.

Inilah yang diperkatakan melalui ayat 14 surah Luqman yang bermaksud:

"Dan kami wasiatkan (perintahkan) kepada manusia supaya berbuat baik kepada

ibubapanya...Bersyukurlah kepadaku dan...Kepadaku tempat kembali.".

Prinsip Pendidikan Ketiga:

Luqman al-Hakim juga mendidik anaknya agar berterima kasih kepada

ibubapa di atas ketabahan, kesabaran dan kesusahan mereka membesarkan dan

mendidik anak dengan pelbagai pemberian dan kebaikan untuk anak tersayang.

Tunaikan hak keduanya terutama kepada ibu. Kerana ibu bersusah payah menanggung

penderitaan bermulanya dari proses mengandung sehinggalah melahirkan

anak,menyusu sehingga tamat tempoh berakhirnya penyusuan selama 2 tahun dan

mentarbiyah serta mendidik anak tidak kira siang dan malam.

Page 6: Pengajaran dari surah luqman 1

Sesungguhnya ketaatan kepada ibubapa walaupun berlainan agama

adalah wajib diikuti kecuali apabila disuruh mengerjakan maksiat dan meninggalkan

amal ibadat yang disyariatkan oleh Islam. Maka ketika itu haram mentaati perintah

ibubapa.

Lihatlah tingkatan terima kasih (syukur) yang diperlihatkan melalui

wasiat ini. Terima kasih atau kesyukuran kepada ibubapa datang selepas syukur

kepada Allah s.w.t.. 'Logiklah' bahawa ucapan terima kasih atau syukur ini pertama-

tamanya buat Khaliq (pencipta). Selepas itu barulah diikuti pula buat makhluk yang

didahului oleh ibu bapa yang tercinta.

Inilah yang diperjelaskankan melalui ayat 14 surah Luqman yang bermaksud:

"Dan kami wasiatkan (perintahkan)kepada manusia supaya berbuat baik kepada ibu

bapanya. Ibunya mengandungnya dengan menderita kelemahan di atas kelemahan dan

menceraikan menyusu dalam 2 tahun. Bersyukurlah kepadaku dan kepada ibu bapamu!

Kepadaku tempat kembali"

Prinsip Pendidikan Keempat:

Luqman juga mendidik anaknya supaya tidak mentaati ibubapa yang

mengajak melakukan perbuatan syirik kepada Allah s.w.t. dan juga segala bentuk

perbuatan maksiat yang dilarang Allah s.w.t.

Akan tetapi sebagai anak,ibubapanya harus dilayani ,ditemani dan

digauli dalam suasana yang penuh kebahagiaan dan kasih sayang. Anak juga harus

melakukan kebaikan kepada mereka berdua seperti menjaga hal ehwal kewangan,

harta benda,menghormati dan berkhidmat kepada mereka serta masyarakat sekililing.

Inilah yang diterangkan melalui ayat 15 surah Luqman yang bermaksud:

"Dan kalau keduanya memaksa engkau supaya mempersekutukan Aku, apa yang tiada

engkau ketahui ,janganlah dituruti;dan pergaulilah keduanya di dunia ini dengan secara

patut"

Page 7: Pengajaran dari surah luqman 1

Permasalahan Kelima:

Luqman menasihati anaknya agar melalui jalan yang dilalui oleh mereka

yang kembali bertaut kepada Allah s.w.t. dengan keimanan, ketaatan dan meredah

jalan yang lurus (jalan yang Allah s.w.t. anugerahkan nikmat kepada mereka).Bukan

jalan yang dilalui oleh mereka yang dimurkai Allah s.w.t. dan mereka yang sesat!

Mereka yang kembali kepada Allah s.w.t ini terdiri dari kalangan para

Rasul, Nabi, orang benar dan sesiapa sahaja yang mengikuti mereka dengan

keikhsanan dari kalangan orang mukmin.

Inilah yang diterangkan melalui ayat 15 surah Luqman yang bermaksud:

"Dan turutlah jalan orang yang kembali kepadaKu "

Permasalahan Keenam:

Luqman berpesan kepada anaknya supaya melakukan 'pemerhatian' tentang Hari

Qiamat,urusan al- Qadha',pembalasan amalan serta melakukan pemerhatian terhadap

segala arahan menyuruh dan meninggalkan sesuatu perkara di dalam menongkah arus

dunia ini.

Inilah yang diterangkan melalui ayat 15 surah Luqman yang bermaksud:

"Nanti kamu akan kembali kepadaKu dan akan Aku beritakan kepada kamu apa yang

telah kamu kerjakan"

Permasalahan Ketujuh:

Luqman menerangkan kepada anaknya akan 'syumul'nya Ilmu Allah

melewati ilmu manusia. Allah s.w.t. bebas melakukan apa sahaja tanpa ada halangan.

Allah s.w.t. mendatangkan sesuatu yang diinginkanNya dari segenap tempat yang tak

mampu dibuat oleh makhluk.

Page 8: Pengajaran dari surah luqman 1

Sesuatu kebaikan,kejahatan,kezaliman dan kesalahan yang

diumpamakan seperti berat biji sawi walaupun tersembunyi jauh di dalam batu atau

jauh berada di tempat yang tinggi seperti langit atau jauh berada di sedalam-dalam

tempat seperti di dasar bumi akan didatangkan oleh Allah s.w.t. jua pada Hari Qiamat

untuk dihisab / dihitung dan diberi ganjaran dosa atau pahala.

Inilah yang diterangkan melalui ayat 16 surah Luqman yang bermaksud:

"(Kata Luqman): Hai anakku! Sesungguhnya jika ada (amal engkau) seberat biji sawi

dan ada (tesembunyi) dalam batu,di langit atau di bumi ,itu akan dikemukakan oleh

Allah dan Allah itu Halus (mengerti hal-hal yang halus) dan Cukup Tahu"

Permasalahan Kelapan:

Luqman menyuruh anaknya agar menunaikan solat/sembahyang kerana

solat merupakan fardhu yang difardhukanNya melalui utusanNya di bumi( dari kalangan

Nabi dan Rasul).

Selepas manusia ditegah dari syirik dan ditakutkan dengaan Ilmu Allah

dan QudratNya yang tak dapat ditandingi oleh sesiapa,datanglah arahan supaya

beramal dengan amalan-amalan yang serasi dengan prinsip-prinsip Tauhid iaitu

antaranya solat / bersembahyang. Solat adalah tiang agama. Dalil keimanan dan

yakinnya hamba terhadap Ilahi. Jalan mendekatkan diri kepadaNya dan membantu

mencegah kemungkaran, kekejian dan mensucikan diri.

Inilah yang diterangkan melalui ayat 17 surah Luqman yang bermaksud:

"Hai anakku! Dirikanlah solat/sembahyang "

Permasalahan Kesembilan:

Luqman menyuruh anaknya berbuat yang ma'ruf / kebaikan dan

mencegah kemungkaran. Ini menunjukkan kepada kita bahawa arahan supaya

Page 9: Pengajaran dari surah luqman 1

menyuruh berbuat kebaikan dan mencegah kemungkaran dari 'tugasan' yang

terkandung di dalam seruan Ilahi kepada Agama Islam semenjak dahulu lagiE

Inilah yang diterangkan melalui ayat 17 surah Luqman yang bermaksud:

"Suruhlah mengerjakan yang baik,cegahlah perbuatan yang buruk"

Permasalahan Kesepuluh:

Luqman menasihatkan anaknya agar bersabar di atas segala perkara

yang dibenci yang menimpa diri samada musibah itu datang dari Ilahi menguji

diri,harta,suami isteri dan anak-anak. Atau musibah ini berpunca dari bertembungnya

dengan masyarakat yang membenci pendakwah (pendakwah bersifat pembawa

hidayat,pemberi ingatan ,pembaik pulih dan pelindung) apabila menyeru ke arah

kebaikan dan mencegah kemungkaran dan apabila pendakwah mengajak manusia

kepada Agama Allah iaitu Islam serta lain-lain bidang atau cabang-cabang kebaikan.

Dimulakan wasiat dengan arahan solat / bersembahyang dan ditamat

dengan arahan supaya bersabar. Mengapa? Kerana solat tiang agama dan sabar

merupakan asas kekalnya ketaatan sepanjang masa.

Secara jelas dapat difahami ,bahawa sabar menahan musibah ini

tergolong di dalam 'perkara yang berhajat kepada kehendak yang kuat dari tahap

keazaman'.

Inilah yang diterangkan melalui ayat 17 surah Luqman yang bermaksud:

"Dan berhati teguhlah menghadapi apa yang menimpa engkau;sesungguhnya (sikap)

yang demikian itu masuk perintah yang sungguh-sungguh"

Permasalahan Kesebelas:

Page 10: Pengajaran dari surah luqman 1

Luqman menasihati anaknya agar jangan takabbur dengan apa-apa

pergerakan sekalipun yang menunjukkan kesombongaan dan ketinggian diri di depan

manusia.

Luqman berpesan agar jangan memaling muka apabila bercakap

dengan manusia kerna ia menunjukkan sifat takabbur dan menghina(merendah-

rendahkan seseorang). Jangan takabbur dan merendah-rendahkan seseorang. Jangan

memaling muka,membantah atau membangkang tanpa usul periksa. Akan tetapi

sentiasalah tawadhuk(merendahkan diri) ,berlembut,manis bicara,senang diajak

berbicara,seronok diajak berbicara,riak muka yang gembira,seronok ,ramah dan

menjadi pendengar yang baik.

Inilah yang diterangkan melalui ayat 18 surah Luqman yang bermaksud:

"Janganlah engkau memalingkan muka engkau dari manusia kerana kesombongan"

Permasalahan Kedua Belas:

Luqman nasihati anaknya agar tidak berjalan di atas muka bumi ini

dengan menampakkan keseronokan yang amat sangat hinggalah akhirnya

keseronokan ini melebihi had di dalam pergerakannya ,membezakan kelakuannya

dengan manusia lain kerana ia mengandungi ciri-ciri berlebih-lebihan atau jauh dari

kesederhanaan .Dengan ciri ini orang yang gembira ini akan menjadi takabbur dan

sombong yang melebihi had syara'.

Inilah yang diterangkan melalui ayat 18 surah Luqman yang bermaksud:

"Dan janganlah berjalan di bumi dengan angkuh!Sesungguhnya Allah tidak mencintai

sekalian orang yang sombong dan membanggakan diri"

Permasalahan Ketiga Belas:

Luqman menasihati anaknya agar bersederhana dan sekata ketika berjalan. Tidak

terlalu perlahan hingga menampakkan kemalasan, kelambatan yang amat sangat

Page 11: Pengajaran dari surah luqman 1

sehingga menampakkan diri lemah konon-kononnya ingin dikatakaan 'zuhud'. Tidak

terlalu laju sehingga menonjolkan sikap berlebih-lebihan serta tidak peduli kepada

suasana sekeliling.Oleh itu sikap sederhana dan sekata di antara lambat dan laju

merupakan tanda / lambang seseorang itu tenang,beraqal dan diri yang cergas dan

sihat.

Inilah yang diterangkan melalui ayat 19 surah Luqman yang bermaksud:

"Dan besederhanalah dalam berjalan"

Permasalahan Keempat Belas:(terakhir)

Luqman menasihati anaknya agar merendahkan suara dan mencukupi suaranya

didengari mengikut hajat atau keperluan pendengar. Inilah antara adab bersuara dan

bercakap untuk keperluan.Diterangkan dalam wasiat ini ,bahawa mengangkat suara

tanpa hajat/keperluan merupakan perkara yang dikutuk ,dikecam ,tidak disukai dan

buruk. Contoh yang akan diberikan dalam ayat berikut ini bahawa seburuk-buruk suara

adalah suara himar / keldai kerana suara himar / keldai awalnya suara mengeluh dan

akhirnya suara menguak /melalak.

Inilah yang diterangkan melalui ayat 19 surah Luqman yang bermaksud:

"Dan lembutkan lah suara engkau! Sesungguhnya suara yang amat buruk ialah suara

himar"